Jumaat, 28 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Air perigi boleh terus diminum

Posted:

Air perigi boleh terus diminum

Air perigi boleh terus diminum

SEKITAR pukul 10 pagi, Hasnah Martin, 43, sudah bersiap-siap untuk ke bandar Semporna, Sabah bagi mendapatkan bekalan air bersih. Hasnah menyiapkan dua tong berkapasiti 10 liter air yang kemudiannya dimuatkan di dalam bot.

Rutin dua kali seminggu itu dilakukan bersama beberapa penduduk Pulau Dewanan. Kepada ibu tunggal dua anak itu, keperluan air bersih sangat kritikal untuk diminum dan kegunaan memasak.

Apa yang dilakukan oleh Hasnah itu bukanlah sesuatu yang baharu. Hakikatnya, wanita berbadan agak gempal itu mewarisinya sejak berdekad-dekad daripada ibu bapa dan nenek moyangnya.

Bagi mendapatkan air bersih itu, Hasnah perlu meredah perjalanan selama satu jam meredah Laut Celebes dari Pulau Denawan.

"Di Pulau Denawan, penduduk hanya bergantung kepada bekalan air perigi. Kebanyakan perigi digali oleh penduduk kampung berhampiran kediaman mereka untuk mandi dan membasuh pakaian," kata Hasnah ketika ditemui.

Setiap kali ke Semporna untuk mendapatkan air paip, perkara utama yang bermain di fikiran Hasnah ialah kos pengangkutan. Untuk ke Semporna, bot perlu diisi minyak petrol. Jika tidak, harapan untuk mendapatkan air bersih sekadar impian.

Hasnah sebelum ini pernah bekerja sebagai pembantu restoran di Tawau lapan tahun lalu kembali ke kampung halaman selepas kematian suami.

Situasi sukar untuk mendapatkan air bersih di Pulau Denawan itu tidak hanya dialami oleh Hasnah seorang. Sebaliknya, kira-kira 1,400 penduduk berketurunan Bajau Palauh dan Bajau Suluk yang rata-ratanya terdiri daripada nelayan.

Perigi teknologi solar

Tambah Hasnah, air perigi di pulau itu tidak cukup bersih untuk memasak. Selain air perigi, penduduk pulau juga bergantung kepada tadahan air hujan sebagai alternatif mendapatkan bekalan air.

Kini, penduduk Pulau Denawan tidak perlu bimbang mendapatkan bekalan air bersih. Rutin berulang-alik ke Semporna yang memerlukan kos sebanyak RM20 semata-mata untuk mendapatkan air bersih juga sudah bernoktah sejak sebulan lalu.


RUTIN harian Hasnah (kanan) lebih mudah selepas pembinaan perigi Air Untuk Manusia di pulau kelahirannya itu.


Melalui projek Air Untuk Kemanusiaan, sebuah perigi yang menggunakan sistem teknologi solar telah dibina.

Perigi yang menempatkan dua buah tangki simpanan air yang setiap satunya mampu menampung isipadu 1,500 liter pada satu-satu masa itu merupakan harapan baharu kepada penduduk Pulau Denawan. Paling menggembirakan penduduk, air daripada perigi itu boleh terus diminum melalui paip yang disediakan.

Projek anjuran syarikat minuman Coca-Cola Malaysia itu diusahakan bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid).

Pengarah Komunikasi dan Pengurusan Awam Coca-Cola Malaysia, Mohamed Kadri Mohamed Taib memberitahu, projek di Pulau Denawan itu merupakan salah satu usaha Coca-Cola untuk memelihara sumber air di seluruh dunia.

Menurutnya, usaha itu juga merupakan salah satu cara untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan sumber air bersih.

"Air merupakan antara sumber utama yang digunakan dalam setiap penghasilan produk Coca-Cola. Tanpa air, maka tiada produk Coca-Cola. Jadi salah satu tanggungjawab sosial syarikat (CSR) kami ialah untuk berbakti kepada masyarakat yang memerlukan air.

"Pihak kami menyimpan rekod penggunaan sumber air yang diambil dari alam semesta untuk tujuan perniagaan. Usaha di Pulau Denawan ini juga merupakan komitmen Coca-Cola di seluruh dunia iaitu memberi semula air yang telah digunakan kepada mereka yang memerlukan," ujarnya.

Mohamed Kadri menjelaskan, rekod penggunaan air Coca-Cola dikira berdasarkan pemprosesan 1,000 tin air dalam masa seminit. Pihaknya berusaha sedaya upaya untuk memberi kembali sumber air yang telah digunakan menjelang tahun 2020.

"Kerjasama Coca-Cola dengan Muslim Aid merupakan salah satu usaha kami untuk mencapai sasaran itu. NGO itu juga mempunyai visi yang sama iaitu untuk membantu sesiapa sahaja tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Pulau Denawan baru-baru ini.

Muslim Aid merupakan sebuah NGO yang membantu membasmi kemiskinan dan mendidik anak-anak yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Air Untuk Manusia di Pulau Denawan merupakan projek kedua usaha sama antara Coca-Cola dan Muslim Aid selepas kejayaan projek yang sama di Pulau Mabul tahun lalu.

Air penyebab kematian

Majlis pelancaran Air Untuk Manusia yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pulau Denawas, Semporna hujung Mei lalu ternyata memberi peluang kepada penduduk pulau itu untuk mengetahui cara-cara menggunakan air perigi.

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab dalam kajian dan pemasangan perigi solar di Pulau Denawan ialah Institut Kajian Tenaga Solar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diwakili oleh Timbalan Pengarahnya, Dr. Mohd. Hafidz Ruslan dan Pengarah Eksekutif Solartif Sdn. Bhd., Shamsul Ezan Zairi. Mereka memberi penerangan mengenai penyelenggaraan perigi kepada penduduk pulau.


MASYARAKAT Bajau Suluk dan Palauh turut mendiami perairan di sekitar Pulau Denawan.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK), Pulau Denawan, Abdul Ghani Mahajud, 56, melahirkan rasa syukur apabila ada pihak yang prihatin mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk di pulau itu.

Menurutnya, pulau itu mempunyai sejarah hitam yang disebabkan oleh kekotoran yang berpunca dari sumber air di situ kira-kira sepuluh tahun lalu.

"Pada tahun 2003, 36 penduduk kampung meninggal dunia dalam tempoh sebulan akibat penyakit taun. Ketika itu, penduduk hairan mengenai penyakit yang melanda kampung sehingga ada yang berhijrah ke Semporna.

"Hasil siasatan Jabatan Kesihatan Semporna mendapati penyakit itu disebabkan oleh bakteria yang terkandung dalam sumber air iaitu perigi di pulau ini," ujarnya yang turut merasai kesedihan peristiwa itu apabila beliau kehilangan seorang anak manakala seorang lagi mengalami cacat penglihatan kekal.

Ceritanya lagi, selama dua minggu pihak Jabatan Kesihatan Semporna memberi ubat pencegahan penyakit taun kepada penduduk kampung dan selepas itu tiada lagi kematian disebabkan sumber air direkodkan di pulau itu.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Muslim Aid, Habsah Marjuni memberitahu, NGO itu menyampaikan hasrat dan hajat syarikat Coca-Cola Malaysia untuk membantu masyarakat yang memerlukan air bersih di Malaysia.

"Mengikut perancangan awal, usaha ini sepatutnya dilaksanakan pada bulan Februari lalu. Namun, disebabkan pencerobohan pengganas Sulu, kami terpaksa menangguhkan projek ini pada bulan Mac. Projek ini mengambil masa tiga bulan untuk siap sepenuhnya.

"Projek ini juga merupakan salah satu cabaran kepada kedua-dua belah pihak kerana pelbagai aspek yang perlu dititik beratkan terutamanya keselamatan dan pengangkutan ke sini," ujarnya.

Habsah juga selama ini tiada pihak berwajib yang tampil membantu penduduk dalam menangani masalah air di pulau itu.

"Rakyat Malaysia perlu berkunjung ke pulau ini untuk melihat kehidupan penduduk di sini. Kita dapat lihat kesukaran penduduk untuk mendapatkan air bersih. Seharusnya nasib mereka ini dibela sejak dahulu lagi," ujarnya.

Denawan tiada tarikan pelancongan

Posted:

Denawan tiada tarikan pelancongan

Denawan tiada tarikan pelancongan


ABDUL GHANI menunjukkanikan kering untuk dijual di Semporna.


JARAK Pulau Denawan, Semporna, Sabah dari Pulau Mabul hanya mengambil masa kira-kira 30 minit dengan bot laju. Walaupun berkongsi perairan yang sama iaitu Laut Sulawesi, namun kedua-dua pulau itu tampak berbeza.

Pulau Mabul ternyata lebih banyak daya tarikan terutamanya kepada mereka yang gemarkan aktiviti selaman skuba. Mabul yang terkenal dengan kejernihan air laut itu juga mempunyai kira-kira 30 inap desa dan resort untuk kemudahan penginapan pelancong.

Namun, segala kemudahan dan keindahan yang digambarkan di Pulau Mabul itu ternyata tidak terdapat di Pulau Denawan. Dalam kunjungan Kosmo! pada perasmian perigi Air Untuk Manusia anjuran Coca-Cola Malaysia dan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) di pulau itu, penduduk pulau menyambut baik kedatangan kami.

Bercucuk tanam

Penduduk pulau yang terdiri daripada masyarakat Bajau Palauh dan Suluk itu juga sentiasa menegur rombongan kami dan mereka begitu menghargai kunjungan orang luar. Difahamkan, pulau itu jarang mendapat kunjungan daripada pelancong.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK), Pulau Denawan, Abdul Ghani Mahajud, 56, pulau itu mula dihuni sejak tahun 1911 oleh sebuah keluarga dari Filipina.

Keluarga yang terdiri daripada suami isteri itu tinggal di pulau tersebut dan menjalan kerja-kerja bercucuk tanam sebagai aktiviti harian mereka.

GAMAT yang direbus merupakan sumber pendapatan utama bagi Moro untuk menyara isteri dan sembilan anaknya.


"Apabila sepasang suami isteri itu mendapat anak, mereka menamakan anak lelaki mereka dengan nama Danau kerana di pulau itu terdapat sebuah danau yang luas.

"Nama Danau itu semakin lama berubah menjadi Denawan mengikut dialek bahasa Filipina, lalu mereka menamakan pulau itu sebagai Denawan," ujarnya.

Sehingga kini, jumlah penduduk pulau itu mencecah 1,400 orang mengikut bancian yang dilaksanakan oleh pihak tentera.

Rata-rata penduduk pulau bekerja sebagai nelayan. Mereka juga menjual hasil tangkapan di Semporna untuk menyara kehidupan.

Seorang penduduk pulau, Moro Ajan, 40, merupakan seorang nelayan yang menangkap gamat di sekitar perairan pulau itu untuk menyara isteri dan sembilan anaknya.

Menurut Moro, dia melakukan kerja-kerja menangkap gamat sejak sedekad lalu dan memperoleh pendapatan sekitar RM300 sebulan.

"Selain menangkap gamat, saya juga melakukan proses membersih dan mengeringkan hidupan laut itu sebelum dijual. Gamat perlu direbus terlebih dahulu sebelum direndam dengan air garam supaya ia tahan lama.

"Harga bagi gamat kering dan basah yang dijual di Semporna juga berbeza. Gamat kering dijual pada harga RM50 sekilogram manakala gamat basah pula mencecah harga RM200 sekilogram," ujarnya ketika ditemuinya Kosmo! di kediamannya di Pulau Denawan baru-baru ini.


WAJAH riang kanak-kanak Pulau Denawan yang mencuri tumpuan lensa kamera.


Tiada pusat pelancongan

Selain itu, penduduk pulau juga membuka kedai runcit yang menjual makanan ringan dan minuman sebagai salah satu cara untuk menyara kehidupan. Pelanggan yang datang terdiri daripada penduduk pulau.

Menurut Abdul Ghani, Pulau Denawan tidak mempunyai produk pelancong berbanding pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Siamil.

"Pulau ini tiada inap desa atau resort. Kebanyakan pelancong ke sini hanya untuk melihat kehidupan masyarakat Bajau atau menjadi persinggahan sebelum melakukan aktiviti selaman skuba di persekitaran Pulau Siamil,"ujarnya.

Abdul Ghani yang mewakili seluruh penduduk kampung mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Coca-Cola Malaysia dan Muslim Aid kerana menghulurkan bantuan untuk membantu menyelesaikan masalah air di pulau itu.

Ketika ditanya mengenai kemudahan asas yang diperlukan oleh penduduk kampung, Abdul Ghani berharap ada pihak yang dapat membuka perusahaan memproses ais di pulau itu.

"Nelayan-nelayan memerlukan ais untuk menyimpan hasil tangkapan. Sebongkah ais di Semporna dijual pada harga RM20 dan ia membebankan golongan nelayan. Jika ada perusahaan memproses ais sekurang-kurangnya ia dapat memudahkan mereka," ujarnya. - MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


500 penduduk PPR Kuala Muda rai sambutan Hari Ibu

Posted:

500 penduduk PPR Kuala Muda rai sambutan Hari Ibu

500 penduduk PPR Kuala Muda rai sambutan Hari Ibu

CHE EMBON (duduk) diraikan oleh ahli-ahli Persatuan Ibu-Ibu Tunggal PPR 2 Daerah Kuala Muda di Sungai Petani baru-baru ini.


BERSATU. Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Projek Perumahan Rakyat (PPR) 2 Daerah Kuala Muda telah mengadakan program sambutan Hari Ibu di Kompleks Penyayang Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Hampir 500 ahli persatuan itu hadir memeriahkan pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya cabutan bertuah.

Seorang warga emas berusia 95 tahun, Che Embon Nayan dari Kampung Tok Abas, Sungai Layar turut diraikan pada majlis berkenaan.

Pengerusi persatuan itu, Zainab Husain memberitahu, program tersebut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda.

Katanya, persatuan itu turut merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti lain termasuk pada bulan Ramadan tidak lama lagi.

Festival Belia Perlis berlangsung meriah

Posted:

Festival Belia Perlis berlangsung meriah

Festival Belia Perlis berlangsung meriah


SEBAHAGIAN daripada belia yang memeriahkan Festival Belia Perlis di Kangar baru-baru ini.


HEBAT. Kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Festival Belia Perlis 2013 yang berlangsung selama tiga hari di pekarangan Stadium Utama Kangar baru-baru ini.

Festival yang diadakan sempena Hari Belia itu bertujuan menghargai peranan belia dengan menyediakan pelbagai acara bermanfaat dan menarik untuk golongan berkenaan.

Antara program yang dianjurkan ialah pameran oleh agensi-agensi kerajaan, pertunjukan kereta berhias, pertandingan drift, permainan kereta kawalan jauh serta sukaneka.

Majlis penutupan festival tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Abdul Jamil Saad.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kangar, Shaharuddin Ismail.

ADUN Pulau Betong agih 8,000 penutup hidung

Posted:

ADUN Pulau Betong agih 8,000 penutup hidung

ADUN Pulau Betong agih 8,000 penutup hidung


FARID (tengah) membantu mengenakan penutup hidung kepada seorang murid di SK Titi Teras, Balik Pulau baru-baru ini.


JAGA KESIHATAN. Sebanyak 17 buah sekolah di sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang menerima sumbangan penutup hidung dan mulut semasa jerebu melanda negara baru-baru ini.

Pengagihan sebanyak 8,000 penutup hidung dan mulut tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Farid Saad di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Teras.

Turut menerima sumbangan itu ialah para pelajar di Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau.

Menurut Farid, usaha tersebut merupakan tanda keprihatinan pihaknya kepada penjagaan kesihatan murid-murid di sekolah di sekitar kawasan berkenaan.

"Saya juga meminta guru-guru mengambil kesempatan ini untuk menerapkan amalan cintai alam sekitar agar pencemaran sebegini menjadi iktibar kepada generasi muda," katanya.

Pada majlis itu, Farid turut membantu memasangkan penutup hidung kepada beberapa orang murid.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Perkukuh jenama Lexus di Malaysia

Posted:

Perkukuh jenama Lexus di Malaysia

Perkukuh jenama Lexus di Malaysia

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

LEXUS Malaysia dilihat terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kenderaan premium Jepun di Malaysia menerusi pelancaran model Lexus IS serba baharu pada malam Rabu lalu.

Dipertontonkan kepada tetamu jemputan dan rakan media di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Lexus IS itu bakal meneruskan kejayaan model generasi kedua yang mula diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 2007.

Model baharu generasi ketiga itu memberi fokus kepada aspek prestasi, reka bentuk dan keselamatan.

"Ketika model IS terdahulu diakui sebagai cetusan sebenar perwatakan reka bentuk sport dalam kelasnya, IS baharu melangkah lebih jauh dengan memberi fokus kepada pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

"Semua aspek dalam IS baharu telah dijurutera semula. Fokusnya adalah untuk menambah baik aspek prestasi sport, pengendalian responsif, tindak balas tepat terhadap input pemandu dan maklum balas komunikasi yang terbaik," kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Tidak dapat dinafikan bahawa Lexus telah mengotakan janjinya untuk mencapai satu lagi kecemerlangan menerusi Lexus IS baharu. Harus tahu bahawa jentera itu menampilkan lebih daripada 12 ciri baharu dan inovasi teknikal.

Tidak ketinggalan, IS baharu juga mempamerkan ruang dalaman serba baharu yang kemas. Di samping menggabungkan ciri keselesaan dan kualiti yang tidak akan menghampakan pemiliknya.

Pendek kata, IS baharu ialah sebuah kereta yang menawan dari luar dan dalamannya. Ia berpaksikan kepada falsafah rekaan L-finesse yang juga menjadi inspirasi ke atas setiap model baharu Lexus hari ini.


ISMET (kiri) dan Paul Caroll ketika melancarkan Lexus IS baharu di bilik pameran Lexus di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada malam Rabu lalu.


IS menyerlahkan ciri-ciri unggul sebuah Lexus. Ini termasuklah lampu dan gril radiator yang sofistikated. Wajah IS nyata begitu agresif, selari dengan identiti jenama Lexus yang kukuh.

"Saya bangga untuk menyatakan bahawa IS ini bukan sahaja sebuah kereta yang kelihatan sangat bagus dari segi reka bentuknya. Malah keselesaan dan kemewahan juga menerajui kelasnya.

"Ia sebuah kereta yang mampu memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dengan pengendalian hebat, tahap keselamatan terbaik dan penjimatan bahan api optimum," tambah Ismet.

Empat Varian

Lexus Malaysia menawarkan IS melalui empat varian iaitu IS 250, IS 250 Luxury, IS 250 F Sport dan IS 300h yang merupakan model hibrid. Tiga model dengan sistem pacuan roda belakang itu menggunakan khidmat enjin bersesaran 2.6 liter V6.

Menurut Ismet, setiap varian tersebut memiliki keterampilan tersendiri. Sementara varian hibrid pula menawarkan keseimbangan di antara prestasi tiada tandingan dan pada masa yang sama mesra alam sekitar.

Enjin 2.6 liter V6 itu berupaya menghasilkan kuasa maksimum 205hp @ 6,400rpm dan tork mencecah 252Nm @ 4,800rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik yang dikawal secara elektronik (Super ECT) bersama mode Sport.

Lexus IS 300h pula merupakan sebuah jentera hibrid sepenuhnya yang juga menggunakan sistem pemanduan roda belakang. Rangkaian kuasanya terdiri daripada gabungan motor elektrik berkuasa dan enjin bersesaran 2.5 liter yang baru dibangunkan.

Enjin petrol empat silinder dengan sistem kitaran Atkinson tersebut mengetengahkan sistem suntikan bahan api D-4S baharu, Dual VVT-i dan sistem Exhaust Gas Recirculation (EGR) berkecekapan tinggi. Sistem itu menyasarkan pengeluaran emisi CO2 bawah 100 g/km. Selain purata penggunaan bahan api 20.4km/liter yang menerajui segmennya.

Harga? Lexus IS boleh anda miliki pada harga bermula RM269,900 hingga RM333,000 (F-SPORT) dan RM383,000 untuk varian IS 300h.


RUANG kabin Lexus IS yang mewah, selesa dan sporty.


Demi meningkatkan keupayaan dan penerimaan produknya, Lexus Malaysia akan terus menawarkan harga yang terbaik. Dengan pelbagai ciri-ciri reka bentuk dan teknologi maju, syarikat itu percaya bahawa terdapat Lexus untuk setiap pelanggan.

Sebenarnya tempahan bagi Lexus IS baharu sudah pun bermula pada 19 Jun lalu. Lexus Malaysia mengunjurkan untuk menjual lebih daripada 60 unit Lexus IS baharu menjelang akhir tahun ini.

Majlis pelancaran Lexus IS diakhiri dengan pengumuman pembukaan tiga lagi pusat Lexus di Ipoh, Kuching, dan Melaka pada suku keempat tahun ini.

Pembukaan tersebut menjadikan jumlah pusat Lexus di seluruh negara kepada lapan buah.

Ia diyakini dapat memenuhi permintaan yang kian meningkat. Selain menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan Lexus dan memberikan hospitaliti terbaik Lexus.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin; Timbalan Pengerusi, UMW Toyota Motor, Datuk Takashi Hibi; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings, Datuk Syed Hisham Syed Wazir serta Naib Presiden Divisyen Asia Pasifik Lexus, Toyota Motor Asia Pasifik, Paul Carroll.

Audi R8 enjin V10

Posted:

Audi R8 enjin V10

Audi R8 enjin V10


AUDI R8 merupakan antara bintang utama dalam filem adiwira Iron Man.


JENTERA Audi R8 tahun 2013 kini semakin agresif. Jentera itu sudah melepasi fasa transformasi yang melibatkan aspek rangkaian kuasa dan reka bentuk.

Pengimport rasmi kenderaan Audi di Malaysia ialah Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil).

Pembaharuan bahagian rangkaian kuasa melibatkan penukaran sistem transmisi Audi R8 kepada sport S tronic tujuh kelajuan klac berkembar. Model sebelumnya menggunakan kotak gear jenis R tronic automatik manual.

Sistem transmisi baharu itu tidak menjejaskan kuasa tarikan jentera. Malah membolehkan penukaran gear dibuat dengan lebih pantas.

Dengan adanya mode pemanduan sport, ia membantu menyelaras corak penukaran gear dan mengekstrak kuasa terbaik daripada enjin V10 tersebut.

Dengan adanya fungsi kawalan pelancaran, ia membantu mengawal kelajuan enjin dan membenarkan kadar gelinciran roda yang bersesuaian sewaktu jentera dipecut.

Transmisi itu dipadankan dengan enjin 5.2 liter V10 FSI dan berupaya menjana kuasa maksimum sehingga 525hp pada 8,000rpm. Tork pula setinggi 530Nm @ 6,500rpm.

Jentera itu berupaya memecut dari titik pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 3.6 saat. Kelajuan maksimum boleh dicapai ialah 314km/j. Kadar penggunaan bahan api ialah 13.1 liter bagi setiap 100km.

Casis kereta berprestasi tinggi itu dihasil menerusi teknologi daripada bidang sukan bermotor. Sistem suspensi (double wishbone) jentera diperbuat daripada tempaan aluminium.

Sistem suspensi itu dilengkapi rendaman magnetik untuk mode pemanduan biasa dan sport. Stereng kuasa R8 pula menyampaikan maklum balas yang dikategorikan sebagai amat sensitif.

Wajah hadapan R8 diberi gril rekaan baharu. Corong kemasukan udara pada bampar hadapan kini disalut kemasan krom.

Diod pemancar cahaya (LED) digunakan pada set lampu utama bahagian hadapan dan belakang. Ia merupakan ciri standard Audi R8.

Lampu hadapan juga didatangkan bersama DRL LED. Lampu isyarat membelok telah diadun bersama set lampu utama.

Enjin jentera boleh kelihatan menerusi cermin belakang. Pengguna memiliki opysen untuk menggunakan kemasan karbon dan pencahayaan LED pada penutup ruang enjin.

Ruang kabin memaparkan lencana R8 pada beberapa bahagian. Antaranya, tombol gear, sil pintu dan skrin monitor meter.

Rekaan semula bahagian dalaman membabitkan gugusan meter dan paddle shifter. Konsol tengah, brek tangan dan sistem audio kini dibalut material kulit.

Tempoh jaminan diberikan adalah empat tahun atau jarak perbatuan 120,000km (mana-mana tiba dahulu).

Komitmen Honda Racing Team

Posted:

Komitmen Honda Racing Team

Komitmen Honda Racing Team

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


PASUKAN Honda Racing Team sibuk membuat persediaan terakhir sebelum memulakan perlumbaan.


PERLUMBAAN AUTOBACS SUPER GT Series 2013 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah pun berakhir. Menjadi satu-satunya acara Super GT yang diadakan di luar Jepun, perlumbaan tersebut sememangnya mendapat perhatian daripada peminat sama ada dari dalam mahu pun luar negara.

Sehari sebelum perlumbaan bermula, Kosmo! diberi peluang untuk menemuramah pasukan Honda yang terlibat dalam perlumbaan itu. Bagi kategori GT300, ia melibatkan pasukan Team Mugen dan Autobacs Racing Team Aguri yang menggunakan jentera hibrid Honda CR-Z.

Sementara kategori GT500 pula terdiri daripada pasukan Weider Modulo Dome Racing, Keihin Real Racing, Autobacs Racing Team Aguri dan Team Kunimitsu yang menggunakan jentera Honda RSV.

Berikut adalah antara intipati temubual tersebut:

Kategori GT300

Soalan (S): Kenapa Honda memilih untuk berlumba dengan CR-Z?

JAWAPAN (J): Kami kini ingin fokus kepada jentera yang mesra alam dan cekap. Jadi, penggunaan CR-Z adalah untuk meningkatkan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk hibrid kami.

Dari segi pelumbaan, apakah perbezaan CR-Z jika dibandingkan dengan Toyota Prius?

CR-Z menggunakan enjin V6 produksi massa yang ditala untuk perlumbaan. Sementara Prius pula menggunakan enjin GT500 V8 yang bukannya diproduksi untuk kegunaan ramai.


PELUMBA Team ARTA bergambar dengan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno (dua dari kiri) serta Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah (baju hitam).


Selain itu, motor hibrid yang kami masukkan ke dalam CR-Z adalah motor kuasa IMA yang sama seperti model hibrid biasa, sedangkan Prius menggunakan khidmat motor berkuasa 60kW.

Bagaimanapun untuk motor tersebut, kami telah bekerjasama dengan pihak Zytek dan ditala bagi tujuan perlumbaan. Pendek kata, mekanisma motor tidak sama seperti kenderaan di atas jalan raya biasa. Sebaliknya ia dipasang di sebelah kotak gear untuk proses penghantaran kuasa. Ouput maksimum motor itu cuma 50kW.

Antara masalah yang dihadapi ketika berlumba di SIC adalah cuaca yang panas. Jadi apakah persiapan yang telah anda lakukan?

Memang bateri boleh menjadi panas jika digunakan secara berlebihan. Justeru, kami cuba mengekalkan suhunya dengan menggunakan radiator dengan sistem penyejukan cecair. Sebagai persediaan, kami menyediakan dua unit bateri untuk setiap dua buah jentera. Jadi, empat buah bateri kesemuanya.

Apakah strategi anda untuk berlumba dengan jentera hibrid? Adakah anda mendapat kelebihan ketika memotong atau memecut di laluan lurus?

Secara asasnya ia bergantung kepada para pemandu. Apa yang pasti, jika pendikit ditekan sepanjang masa ia akan menyebabkan bateri cepat panas. Maka, keseimbangan di antara menekan pendikit dan masa amat penting.

Kategori GT500

Honda akan tiba dengan model NSX baharu pada penghujung tahun ini, adakah ia akan menggantikan jentera HSV-010 GT?

Ya. Malah kami akan mula menggunakan NSX pada Ogos depan untuk shake down. Perlumbaan penuh menggunakan NSX hanya akan bermula pada tahun depan.

Soalan untuk Team Mugen. Ini merupakan kali pertama anda berlumba di SIC. Apakah perasaan anda?

Memang ini kali pertama kami mengetengahkan CR-Z di SIC. Tetapi bagi pemandu, ini bukan kali pertama mereka berlumba di SIC, jadi kami tidak bimbang.


KETUA Projek Honda GT, Masahiko Matsumoto menjawab soalan mengenai strategi pasukannya.


Apakah perbezaan paling besar di antara berlumba dalam kategori GT300 dan GT500?

Perbezaan paling ketara adalah kelajuan ketika mengambil selekoh dan memecut. Dari segi pemanduan pula, CR-Z sebuah kereta yang mudah untuk dikendalikan. Apa pun, kami teruja untuk memulakan perlumbaan.

Soalan untuk Aguri Suzuki. Anda mengetuai pasukan untuk kategori GT300 dan GT500, adakah terdapat perubahan strategi yang akan digunakan di antara kedua-dua kategori ini?

Tidak banyak yang berubah dari segi strategi berbanding perlumbaan sebelum ini. Kami cuma lebih lebih bersedia dari segi pemandu dan mekanik.

Soalan untuk Takashi, tahun lalu anda berlumba untuk pasukan Weider Racing GT500. Apa perasaan apabila menyertai pasukan Kunimitsu sekarang?

Saya teruja dan rasa bertuah kerana dapat menyertai pasukan ini. Saya juga sudah tidak sabar untuk berlumba.

Tahun lalu, jentera telah diringankan berikutan penggunaan sut yang menyejukkan oleh pemandu. Adakah jentera lebih ringan pada tahun ini?

Layout enjin kereta dan posisi ekzos telah diubah. Perubahan ini membolehkan kereta 20 kilogram lebih ringan berbanding tahun lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kerabat diraja dijel 4 tahun

Posted:

Kerabat diraja dijel 4 tahun

Kerabat diraja dijel 4 tahun

Oleh TAUFIK SALIMIN
jenayah@kosmo.com.my

ALEX (belakang, kanan), Mohd. Arif (depan) dan Tunku Nick Tazuddin (belakang, tengah) dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang kerabat diraja Johor dan dua rakannya dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang petinju negara, Mei tahun lalu.

Hakim Zamri Bakar memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd. Arif Husin, 36.

Dalam insiden pada 6 Mei 2012, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Muhammad Farkhan Haron, 25, di antara pukul 4.30 pagi hingga 7 pagi di Taman Molek dekat sini.

Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd. Jaafar mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hampir separuh tiada rumah

Posted:

Hampir separuh tiada rumah

Hampir separuh tiada rumah

HARGA rumah yang semakin meningkat menjadi halangan utama kepada penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Katanya, kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.

Menurutnya, rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.

"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perlis ikut jejak Melaka

Posted:

Perlis ikut jejak Melaka

Perlis ikut jejak Melaka


AMALAN menghisap shisha berleluasa ekoran pertambahan restoran Arab - Gambar hiasan.


KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana dikatakan boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.

Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja Juanda Jaya berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lalu membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara tersebut.

Beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.

"Amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tetapi turut memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Selatan sedia mengaum

Posted:

Harimau Selatan sedia mengaum

Harimau Selatan sedia mengaum

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak (kiri) dan jurulatih Johor DT, Fandi Ahmad bergambar bersama Piala FA selepas sidang akhbar menjelang final Piala FA 2013 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.


JURULATIH Johor Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad mengakui skuad kendaliannya sudah bersedia untuk mengejutkan pasukan pilihan, Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Pengendali kelahiran Singapura itu optimis bahawa Harimau Selatan mampu menyekat misi The Red Warriors yang berhasrat mempertahankan kejuaraan yang diraih pada tahun lalu.

Fandi menyifatkan pasukan bimbingannya memiliki kualiti dan kesungguhan dalam usaha melakar kejuaraan pertama buat Johor DT pada musim ini.

Jelasnya, beliau akan memutuskan kesebelasan terbaik Harimau Selatan petang ini.

"Buat masa ini, saya masih belum memutuskan kesebelasan utama dan perkara paling mustahak adalah menyaksikan persembahan pemain pada sesi latihan terakhir hari ini (semalam).

"Saya perlu memastikan pemain-pemain bersedia 100 peratus kerana perlawanan ini merupakan pertarungan penting dan kita harus berjuang untuk habis-habisan.

"Misi kami adalah untuk menjulang Piala FA walaupun menyedari ia bukan tugas yang mudah. Saya tahu Kelantan adalah pasukan pilihan tetapi kami sudah bersedia untuk mengecewakan mereka esok (hari ini).

"Ramai mengatakan kami cukup bertuah dalam saingan Piala FA, tetapi saya berpendapat kami memiliki semangat juang yang tinggi.

"Kami bermula dengan menentang Perak, Kedah, Selangor dan Pahang. Saya fikir, pada perlawanan-perlawanan tersebut, kami telah menunjukkan kualiti dan keupayaan tersendiri selain membuktikan semangat juang yang tinggi.

"Saya harap, berbekalkan komitmen dan disiplin, kami mampu menjuarai Piala FA pada edisi kali ini," katanya pada sidang akhbar menjelang final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Dalam perkembangan sama, Fandi yakin pertembungan pasukan gergasi Selatan dan Pantai Timur itu tidak berlarutan sehingga ke masa tambahan.

Katanya, biarpun menyaksikan barisan pemainnya dilihat keletihan selain masalah berdepan kecederaan, Fandi yakin skuad kendaliannya masih berupaya mempamerkan persembahan positif.

"Bukan mudah beraksi tiga perlawanan dalam masa seminggu. Ada pemain yang cedera dan menunjukkan kepenatan.

"Namun, saya tidak risau kerana saya percaya dan yakin bahawa Johor DT sudah bersedia dengan misi memburu Piala FA.

"Saya juga yakin bahawa perlawanan ini akan diselesaikan dalam masa 90 minit kerana kedua-dua pasukan tidak rela menerima kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti," katanya.

Hajat besar Mat Yo

Posted:

Hajat besar Mat Yo

Hajat besar Mat Yo

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

MAT YO mahu menghadiahkan Piala FA sempena hari keputeraan Tunku Ismail.


PENYERANG Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha berazam untuk menghadiahkan trofi Piala FA kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sempena hari keputeraan baginda esok.

Norshahrul berkata, selepas mengharungi laluan berliku sebelum aksi final ini, dia berharap rakan sepasukan akan memberikan sepenuh komitmen dan membawa pulang trofi Piala FA buat pertama kali untuk pasukan Johor DT.

"Saya akui, pemain-pemain Kelantan pasti sudah mengetahui di mana kelemahan kami. Kami pun begitu juga, sedikit sebanyak mengetahui di mana kekurangan mereka.

"Apabila kedua-dua pihak mengetahui kelemahan masing-masing, maka perlawanan akhir nanti lebih menarik dan saya jangka Kelantan akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk menghadapi perlawanan akhir itu nanti," kata Norshahrul.

Dalam pada itu, Norshahrul atau lebih dikenali dengan nama Mat Yo menegaskan, semua pemain Johor DT kini berada dalam motivasi terbaik dan sudah tidak sabar untuk turun dalam perlawanan akhir itu nanti.

Lebih manis, apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menjanjikan dua kenderaan mewah, SUV Audi Q7 buat dua pemain terbaik Johor DT jika berjaya menjulang trofi Piala FA malam ini.

"Saya langsung tidak terfikir tentang kereta itu, tetapi bagi kami (pemain) memang sudah bertekad mahu menghadiahkan trofi Piala FA ini kepada Tunku Ismail sempena hari keputeraan baginda pada 30 Jun (esok).

"Saya jangka perlawanan akhir itu nanti pasti sengit kerana Kelantan pasti tampil dengan perancangan baharu serta mahu mempertahankan trofi Piala FA itu kekal milik mereka," kata Norshahrul ketika ditemui Kosmo! semalam.

Musim lalu, Kelantan menjulang Piala FA selepas menewaskan pasukan Sime Darby FC 1-0 dalam perlawanan akhir.

Nwakaeme akan pastikan Johor DT merana

Posted:

Nwakaeme akan pastikan Johor DT merana

Nwakaeme akan pastikan Johor DT merana

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

PRESTASI terumbang ambing juara trebel musim lalu, Kelantan di awal musim dikaitkan dengan kesilapan memilih pemain import apabila Keita Mandjou gagal memberikan impak seperti yang diharapkan sehingga merencatkan perancangan untuk musim 2013.

Bagaimanapun, langkah segera yang diambil pihak pengurusan Kelantan untuk mencari pengganti pemain yang berasal dari Guinea itu merupakan langkah terpuji sehinggalah nama Dickson Nwakaeme dari Nigeria mula meniti di bibir puluhan ribu penyokong The Red Warriors.

Mula menyertai Kelantan April lalu, Nwakaeme terpaksa bergelut dengan kecederaan serta masalah kecergasan biarpun sedikit sebanyak memberi petunjuk positif kepada prestasi Kelantan, namun hakikatnya bintangnya masih belum bebar-benar bersinar.

Jaringannya di Kuala Terengganu ketika Kelantan menewaskan Terengganu pada saingan separuh akhir Piala FA untuk membawa pasukannya sekali lagi beraksi di pentas final menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) adalah detik penting untuk dikenang para peminat The Red Warriors.

Memiliki susuk tubuh yang agak besar, beliau tidak mempunyai larian yang laju namun, kawalan bola, ketenangan dan bijak membaca pergerakan pertahanan lawan antara aset penting Nwakaeme untuk berada dalam kesebelasan utama Kelantan malam ini.

Beliau yang ditemu bual baru-baru ini memberitahu, pentas perlawanan akhir ini bukanlah yang pertama sepanjang kariernya kerana sebelum ini beliau pernah beraksi pada perlawanan sebesar itu ketika menyertai kelab di Finland dan Vietnam.

"Ini bukan aksi final pertama saya, cuma mungkin di sini ia menjadi pengalaman pertama saya. Saya rasa bertuah dan gembira terutama apabila pasukan saya berjaya melangkah ke perlawanan akhir kerana semua pasukan dan pemain sentiasa dahagakan saat sebegini (perlawanan akhir) dan memenangi piala.

"Saya sudah bersedia dan tanpa sebarang keraguan untuk turun beraksi pada perlawanan akhir nanti. Kecederaan yang saya alami tidak begitu serius dan saya fikir saya mampu cergas dan sembuh sebelum perlawanan akhir itu nanti," katanya.

Tambahnya, dua kemenangan yang dikecapi Kelantan dalam tempoh beberapa hari sebelum perlawanan akhir merupakan bonus untuk membakar semangat beliau dan rakan-rakan dan yakin ini merupakan minggu yang cukup sempurna untuk diakhiri dengan kemenangan ketiga dan merangkul kejuaraan.

Mengulas mengenai Johor DT, Nwakaeme memberitahu, beliau menyedari kekuatan yang dimiliki oleh pasukan kendalian Fandi Ahmad itu terutama apabila mereka dibarisi pemain-pemain berstatus bintang selain rekod pertemuan musim ini yang jelas memihak kepada pasukan yang terkenal dengan jolokan Harimau Selatan itu.

"Johor DT pasukan yang mantap, memiliki pemain yang hebat, mampu bermain dengan cemerlang, kawalan bola yang bagus dan sudah tentu bukan mudah untuk kita mengatasi mereka.

"Peluang sudah tentu ada, bola sepak bergantung kepada bagaimana kita bekerja, bagaimana kita membuat persediaan dan bagaimana kita melawan. Jika semuanya sempurna, kita mempunyai peluang untuk menang.

"Bola sepak tidak semudah yang dijangka. Pasukan yang bijak menyambar peluang berpotensi muncul juara," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Keunikan manusia

Posted:

Keunikan manusia

Keunikan manusia

NILAI murni boleh dipupuk sejak kecil supaya ia menjadi rutin ketika dewasa kelak. – Gambar hiasan


SETIAP hari, kita mendengar berita kekejaman manusia membabitkan pelbagai kejahatan seperti merompak, merogol, bahkan ada yang sanggup melaku- kan pembunuhan.

Pada masa yang sama, kita juga mendengar cerita mengenai kebaikan manusia. Ada yang menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila diperlukan. Ada pula individu tertentu yang kita kenal dengan sifat kebaikannya.

Semua itu membuatkan kita bertanya, mengapa tatkala kita berasa bahawa dunia ini tidak lagi selamat, ada pula manusia yang memanfaatkan orang lain. Siapakah sebenarnya manusia ini?

Dalam psikologi, terdapat dua panda- ngan mengenai manusia. Ada pandangan yang menyatakan bahawa manusia ini bersifat rasional.

Ini bermaksud dalam setiap tindak- tanduk yang dilakukan, akan ada pertimbangan tertentu. Sebab itulah mereka yang rasional boleh mengawal diri mereka, sekalipun dihadapkan perkara yang sukar.

Orang miskin misalnya, mereka tidak mencuri atau merompak harta orang lain kerana ia tidak dianggap sebagai rasional.

Bagaimanapun, terdapat pula panda- ngan kedua mengenai manusia. Manusia dianggap mempunyai ciri- ciri seperti haiwan.

Pandangan itu mungkin sedikit mencetuskan kontroversi. Dengan melihat semula tindakan-tindakan tidak logik, kita mungkin boleh mengandaikan bahawa pandangan tersebut ada benarnya.

Peragut misalnya, tidak mempeduli- kan siapa mangsanya. Mereka sanggup meragut nenek tua atau ibu mengandung, asalkan mendapat habuan.

Lebih malang, mereka mengabaikan nyawa orang lain. Mereka tidak peduli kalau orang lain tercedera atau terdedah dengan bahaya.

Kalau mereka bersikap rasional dan tidak membawa naluri kebinatangan itu, hal kejahatan mungkin tidak berlaku.

Ini bermakna, tatkala ada manusia rasional, ada pula yang tidak bersikap rasional.

Sebab itulah kita perlu berhati-hati. Walaupun rambut manusia sama hitam tetapi apa yang ada di hati orang lain, tidak dapat kita ketahui.

Apakah pula yang membentuk sifat manusia ini?

Hal yang sering didebatkan oleh ahli psikologi, adakah peribadi manusia dibentuk secara semula jadi atau disebabkan faktor persekitaran.

Ada pandangan yang menyatakan bahawa keperibadian manusia diwariskan daripada orang tua mereka.

Sifat yang diwarisi

Pandangan itu menghujahkan bahawa ia berlaku di bahagian fungsi otak manusia atau dalam istilah saintifiknya frontal cortex dan limbic system (sekumpulan struktur otak termasuk amigdala, hipokampus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti fungsi autonomi, emosi dan tingkah laku).


KITA bebas untuk memilih sama ada mahu melakukan kebaikan atau kejahatan kerana kita mempunyai akal untuk berfikir. – Gambar hiasan


Sifat takut dan malu dikatakan diwariskan daripada genetik ibu bapa.

Bagaimanapun, pandangan yang lain menyatakan bahawa persekitaranlah yang sebenarnya membentuk sifat manusia.

Anak-anak kecil yang pemalu atau penakut misalnya, bukanlah kerana mereka mewarisi apa yang dibawa oleh ibu bapa mereka.

Sebaliknya, mereka mempelajari sifat tersebut daripada kedua ibu bapa atau keluarga mereka. Anak-anak yang sering didedahkan dengan cerita menakutkan, mungkin juga akan menjadi seorang yang penakut.

Seseorang itu mungkin juga menjadi pemalu kerana keluarga mereka telah mendidik mereka dengan sikap tersebut.

Sekiranya kita percaya bahawa sistem genetik atau persekitaran ibu bapa yang membentuk keperibadian seseorang, maka pada akhirnya kita tidak boleh menyalahkan individu yang melakukan jenayah.

Ini kerana bukan mereka yang berhasrat untuk menjadi sedemikian rupa tetapi mereka mewarisi apa yang orang tua mereka miliki.

Hakikatnya tidak sedemikian. Setiap manusia dikurniakan dengan akal untuk bertindak sama ada perbuatan mereka itu rasional atau tidak.

Bagaimanapun, adakalanya banyak perlakuan manusia itu disebabkan oleh pengaruh yang ada di sekelilingnya.

Ia bergantung kepada dengan siapa mereka bergaul dan berapa banyak masa dihabiskan dengan orang itu.

Mereka yang banyak bergaul dengan orang alim misalnya, mungkin akan cenderung untuk menjadi orang yang baik dan banyak bercakap mengenai kebaikan.

Mereka yang banyak menghabiskan masa dengan usahawan pula mungkin akan mempunyai kecenderungan untuk berniaga.

Begitu jugalah dengan mereka yang terlibat dengan jenayah. Biasanya, mereka juga mempunyai teman-teman yang mempunyai sifat atau kecenderungan seperti mereka juga.

Orang baik tidak boleh bergaul dengan mereka yang mempunyai perilaku tidak baik kerana secara psikologinya, ia menjadikan mereka tidak selesa.

Begitu jugalah sebaliknya, mereka yang mempunyai sifat yang buruk tidak mungkin mampu untuk menjadi teman akrab kepada mereka yang mempunyai sifat yang mulia. Mereka akan merasa diri diasingkan.

Kalaulah begitu kitar hidup manusia, ini bermakna sepanjang zaman kita akan tetap mempunyai dua jenis manusia iaitu manusia yang mulia dan manusia yang merosakkan orang lain.

Pada akhirnya ia bergantung kepada apa yang kita pilih. Manusia boleh memilih sama ada mahu menjadi makhluk yang rasional atau terus berasa megah dengan naluri haiwan.

Kita mungkin tidak mampu mengubah dunia. Bagaimanapun, sesiapapun tidak boleh menghalang diri kita untuk mengubah diri sendiri. Itulah definisi terbaik menceritakan makhluk yang bernama manusia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Air tangan Chef Nik di Picknik Solaris

Posted:

Air tangan Chef Nik di Picknik Solaris

Air tangan Chef Nik di Picknik Solaris

nizha.periaswamy@kosmo.com.my">

LAZIMNYA pembabitan seseorang dalam bidang perniagaan kerana mahu menambah pendapatan dan berdikari. Namun, bagi lelaki muda berdarah kacukan, Australia dan Melayu, Nik Michael Imran Nik Ezar, 23, beliau membuka restoran kerana minatnya yang mendalam terhadap dunia masakan selain mahu orang ramai menikmati hasil air tangannya.

Restoran Picknik di pusat beli-belah Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur dengan rekaan kontemporari moden merupakan percubaan pertama Nik Michael.

Dibuka awal tahun ini, pembukaan restoran itu menjadi pengalaman harian yang menggembirakan Nik Mi- chael. Beliau bukan saja berpeluang memasak pelbagai menu pilihannya, bahkan mempelbagaikan cita rasa di dapur Picknik. Lebih menggembirakan, pelanggan-pelanggan Picknik menyokong usaha dan bakat anak muda itu.

"Saya berpuas hati dapat memasak untuk rakan-rakan dan kenalan. Jika di rumah, ruang agak terhad dan hanya orang terdekat sahaja dapat menikmati air tangan saya. Justeru, saya membuka bisnes restoran ini agar dapat menarik lebih ramai pelanggan," kata- nya.

Menurut Nik Michael, minatnya dalam bidang memasak berputik sejak umurnya sembilan tahun. Beliau mendapat inspirasi daripada bapanya, Datuk Nik Ezar Nik Bolia yang juga seorang chef.

Kata Nik Michael, ayahnya sering mengadakan jamuan makan bersama keluarga, sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Di samping melihat bapanya memasak, Nik Michael sendiri akan membantu dan banyak belajar daripada beliau.

Pencuci mulut

"Makanan pertama yang saya belajar ialah pencuci mulut crepe suzette iaitu sejenis makanan Perancis. Ia diperbuat daripada tepung, telur, gula karamel, jus oren, mentega, gula kaster dan parutan kulit oren," kata lelaki yang mempunyai ketinggian 1.8 meter dan berat 82 kilogram itu.

Ketika umurnya 15 tahun, Nik Mi- chael belajar secara berperingkat-peringkat daripada bapanya dan banyak membuat rujukan pada buku-buku, internet dan sebagainya,.


RESTORAN Picknik menjadi tanda aras kepada minat Nik Michael yang mendalam terhadap dunia masakan.


Nik Michael yang masih menuntut di Universiti Multimedia Malaysia dalam jurusan perniagaan dan pernah mengikuti pelbagai kursus pendek berkaitan memasak memberitahu, nasi putih, telur dadar dan belacan merupakan makanan kegemarannya. Dalam pada itu, masakan aglio olio sebagai antara masakan istimewa hasil air tangannya.

Bahkan, Nik Michael mahu belajar falsafah makanan dan tampil dengan suatu penyelidikan tentang masakan autentik Melayu.

"Ia akan memudahkan para penggemar masakan dan generasi akan datang mengenali dan mendalami masakan kampung," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kekurangan atau ketiadaan rekod atau buku panduan yang lengkap mengenai kaedah memasak masakan kampung memberi ilham kepada Nik Michael mengangkat martabat masakan tersebut.

Duta TupperChef Inspire

Bertugas setiap hari daripada pukul 12 tengah hari hingga 11 malam, bekas peserta MasterChef 1 itu gemar meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti. Antaranya bermain permainan video, bersenam, sukan ekstrem dan mengacara sebuah program televisyen.

Terbaharu, Nik Michael dipilih sebagai duta jenama Tupperware Brands bagi mempromosi produk mereka peralatan memasak, TupperChef Inspire. Bagi memastikan tugas sebagai duta produk benar-benar membawa mesej kepada pelanggan, Nik Michael telah mencuba terlebih dahulu peralatan memasak Tupperchef Inspire.

"Selepas mencubanya, saya bersetuju menjadi duta. Set ini berkualiti dan memudahkan masakan. Ia tidak memerlukan air atau minyak yang banyak ataupun tanpa menggunakan kedua-dua bahan tersebut.

Rembesan cecair daripada makanan yang dimasak menjadikan makanan tersebut lebih enak dan sihat," ujar Nik Michael yang mendapat banyak sokongan daripada bapanya.

Bekas pengacara rancangan Hello Bro Tolong Masak Astro Ria itu juga memberitahu, ia suatu pilihan tepat khususnya kepada generasi muda yang peka terhadap kesihatan selain mahu peralatan memasak yang mudah.

Apakah perancangan Michael pada masa akan datang?

"Buat masa ini, saya mahu kekalkan sentuhan peribadi di Picknik. Jika mahu meluaskan rangkaian restoran ini, mungkin di luar negara dan bukan di Lembah Klang," kata anak muda itu yang menitikberatkan soal kualiti makanan di restorannya.

Michael mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai keraguan tentang makanan atau masakan dengan menghubunginya pada bila-bila masa di laman sosial Facebook/NikMichael dan Twitter/Nik9_.

Eksplorasi dunia susu Ducth Lady

Posted:

Eksplorasi dunia susu Ducth Lady

Eksplorasi dunia susu Ducth Lady


STESEN memerah susu ini berjaya mendedahkan asal usul produk tenusu yang mereka makan kepada kanak-kanak.


KAJIAN terbaharu di Amerika Syarikat mendapati, kanak-kanak yang tidak minum susu berpotensi menjadi lebih gemuk berbanding kanak-kanak yang minum susu.

Ini kerana kanak-kanak yang meningkat remaja memerlukan lebih banyak kalsium. Bagaimanapun, jika mereka kurang mengambil minuman berasaskan susu, mereka cenderung mengambil minuman manis atau minuman ringan yang boleh menggemukkan tubuh. Ia juga berupaya membantut perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut.

Seorang ibu dari Kuala Lumpur, Izany Aliyani, 31, berkata, beliau akan memastikan anaknya tidak terlepas waktu minum susu. Begitu juga jika anaknya itu enggan makan, beliau akan menggantikannya dengan susu.

Anak sulung Izany, Rayyan Irfan, 4, tidak gemar makan makanan berat. Jadi, bagi mengelakkannya kelaparan, Izany memberikannya susu sebagai ganti.

"Anak saya minum sebanyak enam hingga tujuh botol susu sehari. Susu kegemarannya ialah susu coklat," ujar Izany yang merupakan seorang pegawai tentera.

Dalam pada itu, anak kedua Izany, Rayyan Irsyad, 1, pula menyusu antara empat hingga lima kali sehari.

Ambil bahagian

Wanita itu ditemui pada sambutan Hari Susu Dunia 2013 anjuran Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) yang diadakan di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Pada hari itu, Izany turut mencuba produk tenusu Dutch Lady dan bermain permainan yang diadakan semasa sambutan tersebut.

Susu mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Ia turut membekalkan kalsium, riboflavin, fosforus, vitamin A, D dan B12 serta asid pantotenik.

Bagi Wahidah Ahmad, 35, seorang jururawat dari Kota Damansara, Kuala Lumpur, susu adalah pemacu kepada perkembangan otak dan pemikiran selain tumbesaran fizikal.

"Sebagai ibu, saya akan memastikan anak saya mengambil susu tiga kali sehari," katanya.


MEMBALING bola ke dalam mulut lembu memeriahkan lagi sambutan Hari Susu Dunia di 1Utama.


Selain susu, beliau turut menggalakkan anaknya, Nurfatihah Azmin, 10, mengambil produk tenusu yang lain seperti dadih.

Izany dan Wahidah ialah antara ibu yang prihatin terhadap kepentingan susu dan turut memeriahkan Hari Susu Dunia 2013. Acara yang masuk tahun keenam dianjurkan itu bertujuan mewujudkan kesedaran tentang khasiat susu.

Bersempena Hari Susu Dunia yang disambut pada 1 Jun lalu, Dutch Lady turut menemui ibu bapa dan kanak-kanak di seluruh negara khususnya di Pahang, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Lembah Klang bagi mendedahkan mereka kepada satu perjalanan menakjubkan tentang penghasilan susu dan memahami khasiatnya.

Sempena sambutan itu, satu pameran selama tiga hari berlangsung di 1Utama sejak 31 Mei lalu. Malah, sebuah konsert khas diadakan dengan kehadiran penyanyi seperti Faizal Tahir dan Ziana Zain selain selebriti yang lain.

"Tahun ini, Dutch Lady Malaysia akan memberi tumpuan khusus kepada asas perniagaan kami.

"Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang khasiat susu dalam membekalkan tenaga setiap hari supaya kita mampu mencapai potensi diri secara maksimum.

"Usaha ini sejajar dengan cogan kata Dutch Lady iaitu membantu rakyat Malaysia maju ke hadapan dengan pemakanan tenusu yang dipercayai," kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Anja Henze.

Iltizam aku janji

Sejak tahun 2008, Dutch Lady Malaysia menerajui sambutan Hari Susu Dunia di Malaysia.

Aktiviti lain yang dianjurkan oleh Dutch Lady termasuklah eksplorasi Dari Rumput Hingga Ke Gelas yang mengetengahkan cara-cara susu segar diperoleh, proses pengilangan, logistik, penghantaran dan nutrien yang terkandung di dalamnya.

Dutch Lady Malaysia juga beriltizam untuk memperoleh 50,000 aku janji dengan mengajak semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam kempen yang diadakan di seluruh negara. Ia bagi menyediakan masa depan yang lebih baik buat kanak-kanak di Malaysia.

Kempen Inspirasi Masa Depan itu menggalakkan setiap kanak-kanak mengejar impian mereka dalam bidang yang diminati seperti pendidikan, sukan dan seni kreatif.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Inspirasi Masa Depan Dutch Lady Malaysia, sila layari laman web www.inspiretomorrow.my atau www.- dutchlady.com.my.

Larangan meringankan solat Jumaat

Posted:

Larangan meringankan solat Jumaat

Larangan meringankan solat Jumaat


SOLAT Jumaat adalah wajib ke atas setiap lelaki Muslim.


APAKAH hukum apabila seseorang lelaki itu meninggalkan solat Jumaat banyak kali?

JAWAPAN:

SABDA Rasulullah SAW: "Solat Jumaat itu wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam secara berjemaah, kecuali empat jenis manusia iaitu hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak dan orang yang sakit." - (Hadis Riwayat Abu Daud dan Hakim).

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya wajib ke atas setiap individu Muslim.

Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa lain.

Daripada Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali dengan sengaja, maka Allah akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk." - (Hadis Riwayat Abu Daud).

Mudah-mudahan Allah memberi hidayah dan taufik kepada kita.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved