Ahad, 23 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tradisi beli-belah di Pasar Payang

Posted:

Tradisi beli-belah di Pasar Payang

Tradisi beli-belah di Pasar Payang

BUAH-BUAHAN tempatan khususnya pisang memenuhi kaki lima kawasan di luar pasar usang itu. Turut kelihatan kelapa dan ubi keledek yang masih segar. Para peniaga yang kebanyakannya sudah mencecah umur 60 tahun ke atas masih lantang memanggil orang yang lalu-lalang di depan mereka.

"Buah ini mak cik bawa dari rumah sendiri," kongsi seorang peniaga wanita di kaki lima itu ketika ditanya seorang pembeli.

Beralaskan guni plastik, barangan jualan peniaga di kawasan luar Pasar Besar Kedai Payang itu dapat diperoleh pada awal pagi. Penjual-penjual pula duduk bersimpuh di atas lantai pasar tanpa peduli basah atau panas, mereka selesa dalam keadaan demikian sejak berpuluh tahun lamanya.

Mungkin keindahan Pasar Payang di Kuala Terengganu itu terletak pada pemandangan klasik tersebut. Tiada kemodenan selari melatari segenap inci kompleks pasar dua tingkat itu. Segalanya tampak asli dan sifat itu menjadi tarikan paling berharga kepada pelancong asing.

Memasuki ruangan dalaman pasar kebanggaan negeri Darul Iman itu, suasana hingar-bingar terus menjemput tetamu. Proses jual beli berjalan dalam suasana muhibah. Paling penting, peniaga masih mengekalkan dialek negeri sekali gus mencerminkan ketinggian budi rakyat Terengganu.

Pelbagai barangan harian seperti sayur-sayuran, ikan, ayam, keropok malah kain batik dapat dibeli di Pasar Payang. Bukan sahaja barangan di sini asli kualitinya malah harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah berbanding pasar raya moden.

Di mana anda boleh mendapatkan salad berharga RM2? Zon sayur-sayuran pasar tersebut juga bakal menemukan anda kepada variasi sayur kampung yang segar. Pucuk asam gelugur dan serai kayu dijual pada harga RM1 secekak.

"Ulam pun banyak di sini seperti pegaga dan ulam raja. Saya ambil daripada pembekal dan selalunya pukul 2 petang semuanya habis dijual," ujar Jaharah Besar, 58, peniaga sayur yang telah 20 tahun berniaga di Pasar Payang.

Kehijauan sayuran di kedai kecil Jaharah dapat dilihat jelas dengan limpahan cahaya mentari yang masuk terus dari lubang yang terbentuk di atas bumbung bangunan pasar itu, menandakan keuzuran binaan bangunan pasar tersebut.

"Kalau hujan, memang air masuk terus tapi saya tak bimbang sebab sayur-sayur ini suka basah. Namun kalau pasar ini dimodenkan, saya tidak menolak kerana baharu itu lebih bagus," tambah Jaharah yang menyewa tapak perniagaan itu dengan membayar RM1 setiap hari.


BECA masih menjadi pengangkutan berguna penduduk tempatan untuk ke Pasar Payang.


Pelancong jatuh

Meneroka zon basah Pasar Payang, pandangan pasti terpana kepada keindahan Laut China Selatan yang membelakangi pasar tersebut. Bot-bot nelayan dengan hasil tangkapan singgah terus ke jeti kecil yang bersambung dengan pasar basah di situ.

Ikan tempatan pelbagai jenis seperti ikan air itam dan kerapu diserahkan terus kepada peniaga tanpa melibatkan orang tengah. Atas sebab itu, kesegaran hasil laut di Pasar Payang tiada tolok bandingnya dan menjadi pilihan utama penduduk setempat.

Bagaimanapun kedaifan pasar basah itu sangat ketara. Lantai simen yang basah membuatkan pengunjung berjalan dengan berhati-hati, bimbang permukaan licin mendorong mereka jatuh.

"Dua kali saya melihat pelancong asing jatuh sebab lantai licin. Saya dan peniaga pasar basah di sini akui kebersihan memang menjadi masalah. Jika dibandingkan dengan pasar di Chabang Tiga, pasar kami paling selekeh.

"Lantai pasar ini tidak pernah digantikan dengan mozek malah saluran air juga tidak diperbaiki. Kami semua tidak menolak sebarang perubahan dan sangat menyokong pembaharuan menaik taraf keadaan pasar.

"Namun untuk berpindah ke Chabang Tiga itu agak berat," luah Mahadi Ibrahim, 44, yang merupakan generasi ketiga keluarganya yang berniaga di Pasar Payang.

Tidak lama lagi, pasar basah di Pasar Payang akan dipisahkan dan ditempatkan di Chabang Tiga. Cadangan itu dilaksanakan sejajar hasrat kerajaan negeri membina kompleks bersepadu melibatkan pasar baharu empat tingkat, hotel dan pangsapuri di atas tapak asal Pasar Payang.

"Hampir 99 peratus peniaga di sini tidak setuju dengan perpindahan itu kerana lokasi sekarang sangat strategik memandangkan kedudukannya yang berhampiran laut," tambah Mahadi yang memberitahu kebanyakan hasil laut datangnya dari Pulau Redang dan perairan Besut.

Selain kekayaan pekerti desa yang masih diterapkan peniaga di Pasar Payang, ukhuwah sesama peniaga juga menyentuh hati pengunjung.

Kalau anda berkunjung ke sebuah kedai menjual keropok ikan dan mencari keropok cap tertentu, kedai itu tidak berat hati untuk meminta anda ke kedai sebelah jika mereka tiada barangan itu.

Bagi mereka, keuntungan boleh dicari tetapi sepakat sebuah keluarga di Pasar Payang itu tidak boleh diganti. Nilai itu didedahkan seorang peniaga buah jambu dan keropok lekor, Hayati Mat Zin, 45, ketika ditemui Kosmo! di Pasar Payang baru-baru ini.

Cerita pembangunan semula pasar itu tidak begitu mengusik sensitiviti mereka kerana semuanya bersedia untuk menerima perubahan. Namun berita berkenaan perpecahan pasar basah daripada pasar asal merundung kecewa para peniaga.

"Hidup saya memang di pasar ini daripada kecil. Saya membesar di Pasar Payang sejak jam besar di sebelah pasar ini masih belum dialihkan. Para peniaga di sini pun sudah seperti keluarga sendiri.

"Memang kami tidak mahu berpisah," penuh harapan hasrat Hayati yang merupakan seorang ibu tunggal dan kini bekerja keras bagi membesarkan 10 anaknya.


IKAN yang diperoleh terus dari laut menjadi pilihan kegemaran penduduk setempat.


Keagungan batik

Menaiki tangga ke tingkat dua pasar tersebut, pengunjung bakal bertemu lot-lot kedai menjual barangan kraf tangan dan item signatur Terengganu, batik. Lorong-lorong sempit yang menjadi laluan utama ruangan atas Pasar Payang menyebabkan kelancaran pergerakan sedikit terbatas.

Ruang terhad tingkat dua itu bagaimanapun tidak menyekat keterujaan pengunjung untuk singgah di kedai-kedai yang menjual kain bermotif batik. Sejak sekian lama, Pasar Payang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana kualiti tinggi batik yang dijual di situ.

"Orang luar ramai membeli batik di sini dan ia menjadi antara promosi terpenting pelancongan di Terengganu. Kami sangat menjaga kualiti batik di sini dan memang ia dihasilkan sendiri secara halus," cerita pekerja di sebuah kedai batik di Pasar Payang, Suriani Bidi, 30.

Barangkali atas faktor perbezaan barangan jualan, hampir semua kedai di tingkat dua Pasar Payang dilengkapi penghawa dingin dan diubah suai tanpa berpandukan keseragaman. Sewa sebulan bernilai RM300 juga dirasakan agak tinggi berbanding lot kedai di tingkat bawah.

Tambah Suriani: "Semua kerja pengubahsuaian kedai dilakukan sendiri peniaga. Kami perlu utamakan keselesaan pelanggan yang datang membeli kain di sini.

"Namun cadangan untuk menambah beberapa bahagian kepada pasar sedia ada kurang dipersetujui peniaga. Bukan kami menolak pembaharuan, malah semua akan gembira jika pasar ini diperbaiki dan dimodenkan."

Survival bot penambang Kuala Terengganu

Posted:

Survival bot penambang Kuala Terengganu

Survival bot penambang Kuala Terengganu


BOT penambang mampu memendekkan jarak perjalanan dari Seberang Takir ke pusat bandar Kuala Terengganu.


SEAWAL pukul 7.30 pagi, jeti penambang di Seberang Takir, Kuala Terengganu mula dipenuhi penduduk setempat. Ada yang menjinjing bakul untuk ke pasar dan segelintir yang lain pula berpakaian kemas untuk ke tempat kerja.

Kemudahan bot penambang di perkampungan nelayan Seberang Takir ke pusat bandar Kuala Terengganu itu telah lama menjadi pengangkutan tradisional pilihan mereka.

Dengan bayaran RM1 sehala, penumpang dapat tiba ke destinasi dengan lebih pantas berbanding jalan darat.

"Kalau naik bot ini kita boleh sampai ke bandar dalam tempoh kira-kira lima hingga 10 minit. Biasa kalau naik motosikal kita akan tiba dalam masa 15 minit.

"Perjalanan menaiki kereta pula jika dicampur kesesakan lalu lintas boleh mencecah 20 hingga 30 minit," kongsi seorang penumpang, Suriati Mohd. ketika ditemui Kosmo! di jeti bot penambang Taman Shahbandar, Kuala Terengganu.

Selama tiga tahun, Suriati menjadi penumpang harian bot penambang tersebut. Wanita berusia 30 tahun itu menaiki bot dari rumahnya di Seberang Takir ke Taman Shahbandar setiap pagi dan petang untuk ke tempat kerja lamanya di lot kedai baharu yang terletak di belakang Pasar Besar Kedai Payang.

"Dahulu tambangnya hanya 50 sen," tambah Suriati yang dilihat membawa beberapa beg plastik berisi barangan dapur yang dibeli di Pasar Payang.

Selain faktor masa dan penjimatan kos pengangkutan, Suriati juga menggemari suasana yang dirasai ketika berada dalam bot penambang. Kesejukan angin Laut China Selatan yang menyentuh wajah dan tubuh menghadirkan rasa nyaman yang cukup menyegarkan.

Dianggarkan kira-kira 20 buah bot penambang beroperasi setiap hari bermula pukul 6 pagi hingga 7 malam. Namun operasi membawa penumpang bot dari jeti Seberang Takir menuju ke jeti Taman Shahbandar tamat pada pukul 6 petang.


KEDUDUKAN jeti bot penambang terletak bersebelahan jeti utama ke Pulau Redang di Taman Shahbandar.


Anak muda

Saat kaki melangkah masuk ke dalam bot yang boleh memuatkan kira-kira 40 penumpang itu, tumpuan pasti terarah kepada golongan warga emas yang membawa pelbagai barangan harian yang dibeli dari bandar.

Kelibat anak-anak muda pula tidak kelihatan dan jika ada pun, kanak-kanak yang setia menemani ibu bapa atau datuk nenek mereka ke pasar. Timbul persoalan, adakah pengangkutan air itu tidak lagi digemari golongan belia?

Seorang penumpang muda, Mohd. Nasaruddin Mohd. Aziz memberitahu: "Hari ini merupakan kali pertama saya menaiki bot penambang dalam tempoh hampir 20 tahun.

"Kali terakhir saya menaiki bot ini ketika umur tujuh tahun ketika menemani mak cik saya membeli kuih di jeti Seberang Takir.

"Dahulu memang kerap menaiki bot ini sebab kuih yang dijual di Seberang Takir sangat terkenal dengan keenakannya. Lagi pun ketika itu keluarga saya masih menetap di Kampung Tanjung Pantai yang terletak berhampiran dengan jeti Taman Shahbandar.

"Saya dan mak cik menaiki beca atau berjalan kaki dari rumah ke jeti," singkap Mohd. Nasaruddin yang kini menetap di Kampung Bukit Tok Beng, Seberang Takir.

Tambah lelaki berusia 25 tahun itu, orang muda di Kuala Terengganu jarang memilih pengangkutan air tersebut. Jika ada pun penduduk yang tinggal berdekatan dengan jeti Seberang Takir yang tidak memiliki kenderaan.

"Orang sekarang ramai sudah berkereta. Ia lebih mudah dan praktikal untuk membawa barang yang dibeli di bandar," kata Mohd. Nasaruddin.

Bagaimanapun pengalaman menaiki bot penambang itu semula mengundang memori kanak-kanak yang cukup manis untuk dikenang Mohd. Nasaruddin. Baginya, meskipun wujud kenderaan darat, bot penambang masih perlu dikekalkan.

"Sejujurnya saya gembira bot penambang ini masih ada sehingga ke hari ini. Ia perlu diteruskan kerana ia telah sebati dengan imej Pasar Payang yang menjadi sebahagian besar warisan utama Terengganu," tutur Mohd. Nasaruddin.

Selain beroperasi membawa penumpang secara harian, bot di jeti penambang itu juga sedia untuk disewa bagi tujuan bersiar-siar menyusuri Sungai Terengganu. Caj bagi khidmat itu ditetapkan pada harga RM40 bagi tempoh satu jam.

Bersebelahan jeti penambang Taman Shahbandar itu pula terletaknya jeti bagi membawa orang ramai ke destinasi percutian terkenal Terengganu, Pulau Redang. - ALIF ABU BAKAR

Dilema badak Afrika di hutan China

Posted:

Dilema badak Afrika di hutan China

Dilema badak Afrika di hutan China


RAMAI aktivis berpendapat badak Afrika tidak mampu hidup di hutan China tanpa penjagaan dan pemakanan yang rapi.


DI dalam hutan hujan tropika China, tujuh ekor badak Afrika dikatakan menunggu waktu untuk dilepaskan ke hutan. Bagaimanapun, perkembangan perdagangan sumbu badak di negara itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan haiwan tersebut.

Ketibaan haiwan-haiwan itu di Taman Hutan Negara Pu'er yang terletak di wilayah Yunan, barat daya China turut diberikan publisiti meluas. Imej badak Afrika tersebut yang diturunkan dari dalam kandang menggunakan kren ditayangkan di kaca televisyen.

Tetapi pengkritik mengatakan lebih 150 ekor badak Afrika yang telah dibawa ke China sejak beberapa tahun lalu bakal melalui kehidupan sukar di dalam persekitaran hutan tersebut. Situasi itu secara tidak langsung menimbulkan keraguan terhadap tujuan sebenar projek berkenaan.

"Badak-badak itu tidak boleh dilihat oleh orang ramai. Anda juga tidak boleh melawatnya," kata penjaga haiwan, Qian Fuchun kepada AFP.

Majikannya, Kumpulan Mekong telah mengubah hutan yang masih tidak terusik dengan keluasan 23,800 hektar itu menjadi rumah kepada ratusan spesies burung dan cicak yang jarang ditemui kepada destinasi pelancongan.

Di Afrika Selatan, pengunjung yang datang ke taman negara biasanya tidak dibenarkan keluar dari kenderaan dan mereka harus ditemani renjer bersenjata.

Namun, lakaran di dinding pejabat Qian menunjukkan pelawat bersiar-siar dengan bebas di kawasan badak kelabu yang tertera papan tanda bertulis zon melihat badak di sebatang pokok.

Selain itu, krew AFP turut melihat para pekerja mengukir jalan merentasi hutan untuk membina lokasi rumah percutian keluarga.

"Kami harap badak-badak ini boleh membiak di sini. Itu matlamat utama kami. Kami akan bertanggungjawab melepaskan kawanan haiwan itu ke hutan. Projek ini adalah mengenai penyelidikan saitifik," jelas Qian.

Skim ini dibuat kerana berlakunya peningkatan pemburuan badak putih Afrika. Permintaan sumbu badak yang tinggi bagi tujuan perubatan tradisional di Asia Tenggara dan China menyebabkan haiwan tersebut dibunuh secara meluas walaupun Beijing mengharamkan penggunaannya pada tahun 1993.

Menurut laporan harga terbaharu di Vietnam, pasaran utama untuk sumbu badak menjadikan serbuknya lebih mahal daripada emas.

Badak putih diklasifikasi sebagai spesies hampir terancam dengan populasi yang tinggal kira-kira 20,000 di hutan, namun kerajaan Afrika Selatan mengatakan pemburuan meningkat daripada 13 haiwan pada 2007 kepada 668 tahun lalu.


KUMPULAN Mekong mendakwa badak Afrika dibawa ke China untuk tujuan penyelidikan.


Penternakan komersial badak

Badak Asia yang dimiliki China, spesies berbeza telah diburu sehingga pupus sekitar seabad yang lalu.

Menurut data daripada Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (CITES) yang mengawal perniagaan hidupan liar global, China mengimport lebih daripada 150 badak putih dari Afrika Selatan sejak 2007 hingga 2012.

Eksport badak hidup untuk ke destinasi yang sesuai dibenarkan di bawah CITES, namun rahsia mengenai projek China mengundang kerisauan.

Menurut laporan akhbar China-Daily, badak di Yunan berusia antara enam dan lapan tahun. Ia diimport dari Afrika Selatan pada 2010 dan dipelihara di taman hidupan liar di bandar itu sehingga dipindahkan ke hutan.

Sementara itu, pakar badak di kumpulan pemuliharaan haiwan Traffic, Tom Milliken memberitahu, hutan di China amat tidak sesuai untuk haiwan tersebut.

"Haiwan-haiwan ini tidak akan mampu hidup lama di hutan hujan. Kita perlu mengambil berat tentang nutrisi dan keupayaan kumpulan badak tersebut untuk menghadapi perubahan habitat sedemikian.

"Jika kita tidak menyediakan makanan tambahan, ia mungkin kelaparan. Ini bukan satu pemuliharaan," luah Milliken.

Kebimbangan Milliken kemudian telah disuarakan pakar-pakar China.

Profesor Ekologi di Universiti Normal Beijing, Zhang Li memberitahu media tempatan: "Ini adalah satu projek penternakan badak yang beroperasi secara komersial dan bukannya usaha akademik."

Kumpulan Mekong bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang komen kepada AFP sejak beberapa minggu lalu. Dalam pada itu, pihak berkuasa wilayah berkata, taman itu telah dibina dengan kebenaran dan enggan mengulas lanjut. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


111 peserta tamat latihan asas konstabel Orang Asli PDRM

Posted:

111 peserta tamat latihan asas konstabel Orang Asli PDRM

111 peserta tamat latihan asas konstabel Orang Asli PDRM

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menamatkan Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Lapang Sasar Utama, Markas Briged Utara PGA, Ipoh baru-baru ini.


TAMAN LATIHAN. Seramai 111 peserta Latihan Asas Konstabel Orang Asli Polis Diraja Malaysia (PDRM) menamatkan latihan di Lapang Sasar Utama, Markas Briged Utara Pasukan Gerak Am (PGA), Ipoh baru-baru ini.

Para peserta terlibat mengikuti latihan asas itu selama empat bulan di markas tersebut.

Sijil tamat latihan itu disampaikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

235 usahawan muda terima bantuan suntikan modal Putek

Posted:

235 usahawan muda terima bantuan suntikan modal Putek

235 usahawan muda terima bantuan suntikan modal Putek


SHAHIRUDDIN (kanan) menyampaikan replika cek Bantuan Modal Mula Program Inkubator Giat Mara Pahang 2013 kepada Pengarah Giat Mara Pahang, Sallehhoddin Abu Bakar pada majlis penyerahan bantuan tersebut di Kuantan baru-baru ini.


BANTU. Seramai 235 usahawan muda termasuk bekas pelatih Pusat Giat Mara di Pahang telah menerima bantuan suntikan modal menerusi Kursus Pembudayaan Keusahawanan Teknikal (Putek) sejak awal tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, usahawan muda itu menerima bantuan RM5,000 yang disalurkan dalam bentuk bantuan modal RM1,000 manakala RM4,000 bantuan peralatan.

"Bantuan modal berkenaan dapat membantu usahawan muda untuk memulakan perniagaan mereka dengan kemahiran yang diperoleh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Bantuan Modal Mula Program Inkubator Giat Mara Pahang 2013 di Kuantan baru-baru ini.

1,550 guru terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Posted:

1,550 guru terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

1,550 guru terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


PARA guru yang hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini.


ANUGERAH. Seramai 1,550 guru menerima anugerah sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur itu bertujuan menghargai para guru yang menjalankan tugas dengan cemerlang.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdullah Mad Yunus dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Darurat diisytihar di Muar, Ledang

Posted:

Darurat diisytihar di Muar, Ledang

Darurat diisytihar di Muar, Ledang

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA, ROSLI HASSAN dan MAZLINA ABDUL MAJID
berita@kosmo.com.my

KEADAAN jerubu teruk yang menyelubungi bandar dan daerah Muar semalam memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di daerah itu.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta-merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua- dua kawasan itu melebihi tahap kecemasan pada pukul 7 pagi semalam.

Darurat jerebu yang akan berlangsung sehingga ke suatu masa yang akan ditentukan itu dibuat selepas bacaan IPU pada pukul 7 pagi dan 11 pagi di kedua-dua daerah tersebut melebihi paras kecemasan 500 iaitu masing-masing pada bacaan 746 dan 690.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam berkata, pengisytiharan Darurat Bencana Jerebu itu tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan tiada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan.

"Saya mengisytiharkan keadaan Darurat Jerebu bagi seluruh kawasan daerah Muar dan Ledang mulai dari tarikh pengisytiharan ini hingga suatu masa pengisytiharan ini ditarik balik," kata Najib dalam kenyataan berkenaan.

Najib memberitahu, semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu peringkat Persekutuan, negeri dan daerah mesti mengatur dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam terpelihara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

1,817 sekolah ditutup angkara jerebu kritikal

Posted:

1,817 sekolah ditutup angkara jerebu kritikal

1,817 sekolah ditutup angkara jerebu kritikal


KEADAAN berjerebu menyelubungi ibu negara semalam.


KUALA LUMPUR – Pembelajaran seramai 1,459,306 pelajar daripada 1,817 buah sekolah di lima buah negeri terjejas apabila semua sekolah terbabit diarah tutup ekoran krisis jerebu yang semakin kritikal melanda negara ini sejak beberapa hari lalu.

Lima negeri yang dilanda jerebu sehingga memaksa sekolah-sekolah itu ditutup ialah Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Sebanyak 1,230 buah sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor diarah tutup hari ini ekoran jerebu semakin teruk melanda negeri tersebut sejak semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang mengambil tindakan susulan.

"Keadaan jerebu yang semakin buruk pukul 5 petang ini (semalam) memaksa penutupan sekolah kerana kualiti udara yang teruk dibimbangi boleh memudaratkan kesihatan pelajar," kata beliau dalam kenyataan akhbar di laman sosial Facebook miliknya semalam.

Sementara itu, semua 211 buah sekolah di daerah Muar dan Ledang telah diarah tutup mulai hari ini sehingga diberitahu kelak ekoran pengisytiharan darurat kerana keadaan jerebu berada pada tahap kritikal.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perniagaan terjejas akibat jerebu

Posted:

Perniagaan terjejas akibat jerebu

Perniagaan terjejas akibat jerebu


ORANG ramai memakai penutup mulut dan hidung ketika keluar membeli barangan keperluan di pasar tani di Muar semalam.


MUAR - Keadaan jerebu yang melanda seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian penduduknya, malah golongan peniaga makanan dan perhotelan di daerah itu turut merasai impaknya.

Daerah Muar yang sememangnya terkenal dengan pelbagai keenakan makanan seperti mi rebus, mi bandung, asam pedas, nasi beriani gam, sate dan nasi ayam sering menjadi destinasi pilihan pelancong untuk singgah makan di daerah tersebut.

Namun, sejak cuaca jerebu bertambah buruk Jumaat lepas, rata-rata peniaga gerai makanan mengeluh kerana bilangan pelanggan yang menjamu selera di warung atau restoran mereka berkurangan secara drastik.

"Kami kehilangan separuh daripada pelanggan yang biasanya berkunjung ke restoran kami pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu," kata Abu Bakar Hasan, seorang pengusaha mi bandung terkenal di Jalan Abdullah ketika ditemui di sini semalam.

Menurut beliau, biasanya jumlah pelanggan yang datang menjamu selera di restorannya mula bertambah setiap kali hujung minggu termasuk dari Singapura dan Kuala Lumpur.

Bagi Hishamudin Jais, seorang peniaga nasi ayam di bangunan Mara di Jalan Maharani berkata, kebanyakan pelanggannya lebih gemar membungkus makanan daripada makan di gerainya.

Menurut beliau, cuaca buruk seumpama itu merupakan yang pertama dihadapinya sejak memulakan perniagaan di situ lebih 10 tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


MSN 'tunggu dan lihat'

Posted:

MSN 'tunggu dan lihat'

MSN 'tunggu dan lihat'

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

LAPANGAN di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Selangor yang menjadi venue Kejohanan Golf Selangor Masters 2013 diselubungi jerebu semalam.


CUACA jerebu yang melanda negara mula mencetuskan tanda tanya mengenai nasib penganjuran beberapa kejohanan serta acara sukan utama yang dijadualkan berlangsung minggu ini.

Sebelum ini, masalah jerebu hanya melanda Johor dan Melaka, namun kini sudah dilihat mula menular ke seluruh negara sehingga ke Kuala Lumpur.

Situasi itu jelas mengundang bahaya dalam aspek kesihatan dan keselamatan para atlet yang bertanding, apatah lagi empat acara sukan utama akan berlangsung minggu ini.

Ia bermula dengan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1 Malaysia (J1M) 2013, Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-16, pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia dan final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong (gambar kecil) tidak merahsiakan lagi kebimbangannya tentang situasi yang berlaku ketika ini, sambil berharap masalah jerebu akan hilang dalam masa sekurang-kurangnya lima hari lagi.

"Buat masa ini, kami masih belum membuat keputusan lagi sama ada memberi nasihat agar pihak yang terlibat menunda tarikh kejohanan atau menukar venue pertandingan.

"Kita masih ada lebih kurang seminggu sahaja lagi dan dalam masa tersebut, segala-galanya boleh berlaku seperti hujan yang mungkin turun atau kebakaran di Indonesia dapat dipadam.

"Bagaimanapun, perkembangan ini akan dipantau dengan teliti dan MSN juga akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan sama ada meneruskan kejohanan atau pun dihentikan seketika demi kesihatan para atlet," jelas Zolkples semalam.

Menurut Zolkples, kebimbangan utamanya buat masa ini lebih terarah kepada Sukma 2013 yang mana ia melibatkan penyertaan ramai atlet negara beraksi di gelanggang yang terbuka.

Justeru, beliau menjelaskan, MSN yang menjadi pengelola bersama bagi temasya di Kuala Lumpur itu, bersedia menghadapi kemungkinan untuk menunda atau membatalkan acara sukan yang diadakan di gelanggang terbuka sekiranya mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan.

"Kesihatan atlet adalah perkara yang paling utama dan jika Kementerian Kesihatan mengarahkan supaya tiada aktiviti luar dijalankan, kami akan akur," ujarnya lagi.

Ditanya mengenai keperluan untuk membatalkan terus kejohanan besar atau temasya Sukma 2013 sekiranya jerebu masih berterusan, Zolkples mengakui, MSN atau penganjur kejohanan utama yang lain perlu mencari alternatif bagi menyelesaikan isu yang timbul itu kelak.

"Kalau keadaan masih tidak berubah, maka MSN atau penganjur kejohanan lain perlu mencari alternatif lain jika tidak mahu membatalkannya.

"Kasihan juga kepada atlet-atlet sukan yang telah menjalani persiapan selama ini terutama seperti Liga Hoki Dunia dan J1M 2013 yang melibatkan penyertaan atlet luar negara.

"Kalau tidak mahu membatalkan acara sukan masing-masing, cari alternatif lain seperti menukar venue pertandingan atau menunda tarikh kejohanant," tambahnya.

Azzuddin terima surat pelantikan

Posted:

Azzuddin terima surat pelantikan

Azzuddin terima surat pelantikan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad kini sudah boleh memberi tumpuan kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Ini kerana Azzuddin telah menerima surat pelantikan sebagai Setiausaha Agung AFF semalam.

Azzuddin berkata, tawaran untuk menyertai AFF bagi menggantikan bekas Setiausaha Agung badan induk itu, Datuk Seri Paul Mony Samuel telah diperkenan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden AFF.

Jelas Azzuddin, beliau akan meninggalkan FAM penghujung minggu ini sebelum memulakan tugas secara rasmi di AFF pada 1 Jun depan.

"Saya telah menerima surat pelantikan sebagai Setiausaha Agung AFF pada pukul 3 petang hari ini (semalam).

"Perkara ini telah diperkenankan oleh baginda (Sultan Ahmad Shah) yang menandatangani surat pelantikan tersebut.

"Saya akan meninggalkan FAM pada akhir bulan ini sebelum menyertai AFF pada 1 Julai nanti," kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sepanjang berkhidmat di FAM, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting badan induk bola sepak negara itu.

Antaranya ialah Ahli Jawatankuasa Bebas dari 2000 hingga 2006, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin (2001-2004) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil (April-September 2006).

Mengulas mengenai pengganti beliau sebagai Setiausaha Agung, Azzuddin yang enggan mendedahkan nama calon tersebut, berharap individu terbabit dapat melakukan tugas lebih baik daripadanya.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin disebut-sebut sebagai calon pilihan dan dikaitkan dengan 'kerusi panas' yang akan ditinggalkan Azzuddin nanti.

Tambah Azzuddin, beliau percaya Sultan Ahmad Shah akan memilih individu yang tepat bagi menjalankan tanggungjawab memperkemaskan lagi badan induk itu.

"Sejujurnya, Tuanku masih tidak mendedahkan apa-apa perkara mengenai hal ini secara rasmi.

"Tidak kira siapa termasuk Hamidin (yang bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM), saya percaya pilihan Tuanku pasti tepat kerana Tuanku akan menilai kewibawaan individu itu tersebut.

"Saya berharap pengganti saya akan melakar kejayaan yang lebih hebat untuk pencapaian skuad bola sepak negara pada masa akan datang," katanya.

'Saya umpama penumpang tunggu mendarat'

Posted:

'Saya umpama penumpang tunggu mendarat'

'Saya umpama penumpang tunggu mendarat'


IMBAS KEMBALI... Abu Samah (tiga dari kiri) dan Hee Wook (dua dari kiri) bersama delegasi ACC ketika beliau menerima anugerah daripada UCI di Limburg, Belanda tahun lalu.


NAMA Datuk Abu Samah Abd. Wahab bukanlah satu nama asing di Malaysia khususnya kepada komuniti sukan berbasikal. Pada 16 April lalu, beliau telah dinobat sebagai Tokoh Kepemimpinan Sukan pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2012.

Anugerah tersebut diberikan atas pelbagai jasa yang ditabur oleh Abu Samah dalam membangunkan sukan negara terutama berbasikal.

Penerimaan anugerah itu menimbulkan senario bahawa lengkaplah skrip jalan cerita perjalanan karier Abu Samah dalam dunia berbasikal.

Baru-baru ini, wartawan Kosmo!, AZIZUL FAHMI AHMAD FAHMI berkesempatan menemu bual Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi mengetahui adakah beliau sudah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sukan berbasikal.

KOSMO!: Tahniah Datuk di atas anugerah Tokoh Kepemimpinan Sukan yang diterima baru-baru ini. Bermakna lengkap sudah jalan cerita karier Datuk.

ABU SAMAH: Ramai yang bertanya apa yang akan saya lakukan selepas menerima bermacam anugerah dan pencapaian sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Selepas menerima anugerah tersebut (Tokoh Kepemimpinan Sukan), ada yang bertanya apakah yang akan saya lakukan selepas ini. Saya faham maksud tersirat pertanyaan itu adalah satu pertanyaan diplomatik. Maksudnya adakah saya akan bersara selepas tempoh perkhidmatan saya selaku Presiden PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) berakhir.

Saya cuba memahami semua perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia dan di luar negara. Misalnya, Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menggugurkan usul untuk membincangkan cadangan mengehadkan usia memegang satu-satu jawatan dalam badan induk bola sepak dunia itu.

Saya difahamkan Presiden FIFA, Sepp Blatter tidak menghalang agar usul berkenaan dibawa atau dibincangkan atas dasar demokrasi. Bagaimanapun, usul tersebut tidak berjaya menarik minat ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA agar diperdebat dan diluluskan. Maksudnya di sini, adakah faktor usia boleh membataskan sumbangan seseorang terhadap sukan tertentu?

Justeru, beberapa isu yang menarik telah tercetus di Malaysia ketika ini. Saya ambil isu velodrom tertutup kelas satu sebagai satu topik yang sangat menggusarkan hati saya.

Ramai pihak di luar negara agak kecewa kerana Malaysia sebagai salah sebuah kuasa besar dalam dunia trek masih tidak mempunyai velodrom tertutup kelas satu. Jadi saya begitu teruja apabila DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) sudah mula membuka tender untuk tujuan pembinaan velodrom tertutup kelas satu di Cheras.

Andainya ia siap pada awal 2015, saya masih ada harapan untuk menyaksikan Kejohanan Trek Klasik Piala Dunia di Kuala Lumpur atas kapasiti saya selaku Presiden PKBM.

Memang menjadi impian saya untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu venue untuk Kejohanan Trek Klasik Piala Dunia. Semua perkembangan itu banyak menggerakkan minda saya.

SENARIO itu membuktikan bahawa Datuk seolah-olah belum bersedia untuk berundur?

SEBENARNYA masih ada banyak perkara yang belum selesai dalam dunia berbasikal Malaysia. Untuk berlaku adil kepada semua, saya sebenarnya masih menyediakan barisan pelapis yang mantap bagi menggantikan tempat saya. Ia bukan hanya membentuk Timbalan Presiden, malah ia berkait rapat dengan soal kepemimpinan itu sendiri secara menyeluruh. Saya tidak sanggup meninggalkan sebuah kapal yang mungkin terumbang-ambing kalau saya selaku kapten sudah tiada lagi di dalamnya.

Soal pembinaan velodrom tertutup kelas satu juga harus dititikberatkan. Velodrom tertutup kelas satu bakal membolehkan pelumba Malaysia tampil menyertai kejohanan besar dengan persiapan mental dan fizikal yang mantap. Di New Delhi, April lalu (Kejohanan Lumba Basikal Asia), saya berasa agak malu bercampur sedih apabila ada pelumba trek junior kita, mengaku belum berpeluang berlumba di sebuah velodrom tertutup. Alhamdulillah... sekalipun tak pernah berkayuh di velodrom tertutup, pelumba junior kita tetap menang.

Jadi ada lebih baik saya guna ruang masa yang berbaki selaku Presiden PBKM untuk menyusun dan membentuk barisan kepemimpinan yang kemas dan memahami komitmen sedia ada. Misalnya, sampai sekarang kita masih terkial-kial untuk mencari seorang pelumba yang dianggap pendaki terbaik di Asia Tenggara. Masih ramai percaya pelumba Indonesia dan Filipina adalah pendaki terbaik di rantau ini, sedangkan kita mempunyai beberapa nama seperti Mohd. Adiq Hussainie Othman, Mohd. Saufi Senan atau Shahrul Mat Amin.

Masih ada dalam kalangan peminat yang beranggapan pelumba pasukan kebangsaan tidak mencapai kualiti kayuhan. Mereka gagal memahami bahawa PKBM telah, sedang dan akan terus berusaha untuk mencari pelumba yang kuat mendaki. Semua maklum bahawa Tour de France, Giro d'Italia atau Spanish Vuelta dimenangi menerusi acara pendakian. Kita amat sedar bahawa pelumba yang kuat mendaki akan mudah memenangi sesuatu kejohanan besar.

Jadi PKBM masih mempunyai iltizam tinggi untuk memperkasakan pasukan lebuh raya Malaysia. Kita sudah berjaya dalam acara trek. Saya sedar tentang ketidakseimbangan yang wujud dalam kalangan pasukan trek dan lebuh raya. Bagaimanapun, PKBM tidak hanya berpeluk tubuh. Kami sentiasa berusaha tanpa jemu. Oleh kerana itu, saya menyokong penuh impian Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah sporting nation. PKBM mahu terlibat secara langsung dalam usaha tersebut.

DIFAHAMKAN, Datuk juga akan bertanding merebut jawatan dalam Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Itali, September ini. Sekali lagi, kami merasakan seolah-olah Datuk mahu melengah-lengahkan tempoh persaraan Datuk?

TIDAK timbul soal saya cuba melengah-lengahkan persaraan. Sebenarnya saya dipujuk berkali-kali oleh Presiden (Konfederasi Berbasikal Asia) ACC (Cho Hee Wook). Sebelum bermulanya Kongres ACC di New Delhi pada April lalu, dia bertanyakan hala tuju saya dalam sukan berbasikal. Beliau beri fakta bahawa saya tak pernah berkhidmat untuk UCI. Dia juga jelaskan bahawa alangkah rugi kalau seseorang seperti saya tak mampu berkhidmat untuk UCI, walhal saya boleh berbuat demikian. Beliau beri saya masa untuk berfikir pada waktu itu.

Sebenarnya selepas memegang jawatan Setiausaha Agung ACC dan Presiden ACA (Persatuan Berbasikal ASEAN), saya umpama seorang penumpang yang sedang bersiap-siap untuk menunggu pesawat mendarat di landasan lapangan terbang. Saya umpama menunggu pengumuman kapten pesawat bahawa 'kita akan mendarat sebentar lagi'.

Namun, Hee Wook begitu bijak meyakinkan saya, malah beliau tegaskan bahawa usia bukan satu faktor kenapa saya tidak mampu untuk menyumbang idea kepada UCI. Beliau juga tegaskan bahawa usaha saya untuk memastikan empat negara di rantau Ocenia termasuk Australia dan New Zealand bergabung dan menyertai

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Menulis untuk kepuasan diri

Posted:

Menulis untuk kepuasan diri

Menulis untuk kepuasan diri

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SIAPA sangka, anak muda yang pada awal persekolahannya kurang gemar subjek Bahasa Melayu tetapi akhirnya berjaya menjadi seorang penulis novel.


SEBAGAI anak kepada guru Matematik, kecenderungan Muhammad Hamimi Hapipudin terhadap subjek tersebut begitu menyerlah. Sebaliknya, bagi subjek Bahasa Melayu (BM) dia agak lemah kerana kurang berminat untuk menguasainya.

Bagaimanapun, pada usia 12 tahun, dia terjebak dengan hobi membaca novel gara-gara melihat ibunya sering meluangkan masa berbuat demikian.

Novel pertama yang dibaca berjudul Untaian Rindu karya Fatinilam Sari berjaya menyuntik minat Muhammad Hamimi untuk meneruskan hobi tersebut.

"Rentetan itu, penguasaan BM saya menjadi bertambah baik. Sejak itu, saya mendapat markah yang baik untuk subjek karangan BM dalam setiap peperiksaan.

"Akhirnya, selepas beberapa tahun membaca puluhan novel pelbagai genre, saya terdorong untuk menghasilkan novel sendiri. Tambahan pula, adik saya, Hariz banyak memberi sokongan terutamanya ketika hasil penulisan saya dikritik.

"Pada masa yang sama, dia turut memberi idea dan pandangan bernas bagi menghasilkan penulisan yang baik," ujar pemilik nama pena Hafimi Huzin itu.

Graduan Diploma Penulisan Kreatif dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor itu memberitahu, novel pertamanya yang bertajuk Satu-Satunya Cinta mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

"Untuk manuskrip pertama ini, saya mula selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, tidak lama selepas itu saya berpeluang melanjutkan pengajian di UiTM.

"Kehidupan sebagai mahasiswa yang agak sibuk membuatkan saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel ini. Apa pun, saya bersyukur kerana cita-cita untuk bergelar penulis novel berjaya dicapai," terang Muhammad Hamimi, 23, yang kini bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Kebangsaan Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Tambahnya, dia turut berdepan situasi yang mencabar diri iaitu apabila pemacu pena yang menyimpan manuskrip novel tersebut diserang virus dan kesemuanya hilang. Lebih sedih, dia tidak membuat salinan manuskrip itu.

"Akibatnya, saya terpaksa menaip semula bab yang hilang perlahan-lahan. Selain itu, rasa bimbang dan tidak yakin pada diri juga sedikit sebanyak mengganggu kelancaran penulisan novel ini.

"Namun, sebaik melihat muka depan novel ini terpampang di fanpage laman sosial Facebook penerbit, saya terus menangis kerana sebak memikirkan pengorbanan yang telah dilakukan untuk menyiapkannya," luah anak muda yang menjadikan penulis terkenal, Khadijah Hashim, Zuraidah Othman, E-man Sufi, Siti Rosmizah dan Nasz sebagai idolanya untuk berjaya dalam bidang itu.

Genre cinta

Menurut Muhammad Hamimi lagi, dia cenderung memilih genre cinta kerana sudah terbiasa dengannya. Namun ujarnya, jika dilihat genre cinta bukan sahaja memfokuskan cinta antara kekasih bahkan lebih besar lagi.

"Bagi saya skop cinta itu terlalu luas dan saya lebih menekankan hubungan

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jerebu: 61 sekolah di PD tutup

Posted:

Jerebu: 61 sekolah di PD tutup

Jerebu: 61 sekolah di PD tutup

23/06/2013 10:04pm

SEREMBAN - Sebanyak 61 buah sekolah membabitkan seramai 24,052 pelajar di daerah Port Dickson di sini ditutup esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita memaklumkan telah mengarahkan semua sekolah di daerah itu yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup sehari mulai esok sehingga dimaklumkan kemudian.

Tindakan segera itu berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan mencecah 304 iaitu tahap bahaya selepas dicacatkan kira-kira pukul 9 malam tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Kalsom Khalid ketika dihubungi berkata, semua sekolah di Port Dickson telah dimaklumkan berhubung perkara itu selepas menerima laporan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri.

"Kira-kira pukul 8.30 malam JAS memaklum bacaan IPU direkodkan pada 296 dan pukul 9 malam naik sehingga 304.

"Kita telah memaklum kepada 61 buah sekolah melibatkan 24,052 pelajar ditutup selaras dengan selaras dengan arahan kementerian," katanya.

Pengarah JAS negeri, Charanpal Singh berkata, pihak akan memantau situasi jerebu dari semasa ke semasa.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti pembakaran terbuka ini boleh menghubungi talian 012-2295692 untuk tindakan lanjut. - KOSMO!

Pesakit asma, warga emas dan kanak-kanak diberi topeng muka

Posted:

Pesakit asma, warga emas dan kanak-kanak diberi topeng muka

Pesakit asma, warga emas dan kanak-kanak diberi topeng muka

23/06/2013 8:45pm

SEPANG - Golongan berisiko tinggi seperti pesakit asma, warga emas dan kanak-kanak yang ke klinik kesihatan dan hospital akan diberi topeng muka berikutan masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, arahan itu dikeluarkan Menteri Kesihatan kepada semua pejabat kesihatan negeri.

"Kita risau terhadap kesihatan warga emas, kanak-kanak dan pesakit asma akibat jerebu," katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di Terminal Penerbangan Tambang Murah di sini hari ini.

Azman menambah, pemantauan turut dilakukan melalui bilik operasi berhubung jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan bagi sebarang penyakit akibat jerebu di Selangor.

Mengulas dakwaan kehabisan bekalan topeng muka N95 di Selangor, beliau berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut. - Bernama

Jerebu: Petani dilarang lakukan pembakaran terbuka

Posted:

Jerebu: Petani dilarang lakukan pembakaran terbuka

Jerebu: Petani dilarang lakukan pembakaran terbuka

23/06/2013 8:23pm

MUAR - Kesemua petani diminta mematuhi arahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak daripada menjadi penyumbang kepada keadaan jerebu yang lebih buruk lagi di Johor terutama di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam keadaan daerah ini yang sudah diisytiharkan darurat pada hari ini berikutan kualiti udara merosot teruk.

"Oleh kerana keadaan jerebu bertambah buruk, petani dan peladang di negeri ini, harus mematuhi arahan kerajaan agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menjadikan keadaan bertambah buruk," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-30 Koperasi KOSPETA (M) Bhd. di sini hari ini.

Mengenai kebakaran ladang nanas dan kelapa sawit milik Pertubuhan Paladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 13, Air Hitam di sini, beliau meminta petani dan peladang di kawasan terbabit membantu 70 orang anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran ladang itu yang masuk hari ke lima hari ini.

Kata Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, bantuan mereka kepada pasukan Bomba dan Penyelamat yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran di ladang tersebut akan meringankan beban pasukan keselamatan. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Singapura buru firma sebabkan jerebu

Posted:

Singapura buru firma bertanggungjawab sebabkan jerebu

Singapura buru firma bertanggungjawab sebabkan jerebu

PELANCONG merakam gambar berhampiran tugu Merlion di Marina Bay, Singapura selepas keadaan jerebu di republik itu dilihat semakin pulih semalam.


SINGAPURA - Singapura semalam menyatakan akan menjejaki firma-firma dari negara itu yang dipercayai terlibat dalam kebakaran hutan di negara jiran, Indonesia. Tindakan itu dibuat selepas kumpulan alam sekitar, Greenpeace mendakwa kebakaran di ladang kelapa sawit di Indonesia dimiliki oleh beberapa syarikat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam berkata, pihaknya akan meneliti tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap firma tempatan yang bertanggungjawab ke atas kebakaran itu.

"Saya sudah meminta peguam negara untuk mempertimbangkan tindakan yang boleh dilakukan di Singapura jika syarikat-syarikat itu terbukti menyumbang kepada kebakaran," katanya dalam satu sidang akhbar.

Greenpeace dalam satu kenyataan semalam berkata, data titik panas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Pulau Sumatera, Indonesia dari 11 Jun hingga kelmarin mendedahkan beratus-ratus kebakaran di ladang kelapa sawit dimiliki oleh firma dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Bagaimanapun, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di republik yang memiliki 5.3 juta penduduk itu dilapor menurun kepada 73 pada petang semalam berbanding lebih 300 pada pagi hari yang sama. Singapura memberi amaran bahawa jerebu yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius ini mungkin berterusan selama beberapa minggu. - AFP

Thailand beli helikopter buatan Amerika Syarikat Syarikat

Posted:

Thailand beli helikopter buatan Amerika Syarikat Syarikat

Thailand beli helikopter buatan Amerika Syarikat Syarikat


HELIKOPTER Lakota biasanya digunakan untuk misi kecemasan dan mengawal sempadan.


WASHINGTON - Pentagon kelmarin menyatakan Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menjual enam unit helikopter tentera Lakota bernilai AS$77 juta (RM246 juta) kepada Thailand.

Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan yang mengendalikan penjualan senjata AS di luar negara memberitahu Kongres AS bahawa kerajaan Thailand ada meminta untuk membeli helikopter UH-72A terbabit.

Helikopter Lakota biasanya digunakan oleh pihak berkuasa AS untuk misi kecemasan dan mengawal sempadan.

Penjualan itu dilihat boleh membuka jalan kepada perjanjian lebih besar. Firma-firma pertahanan AS kini mengalih fokus mereka ke rantau Asia Pasifik berikutan perbelanjaan ketenteraan negara Asia kian meningkat.

"Thailand merupakan sekutu pertahanan pertahanan yang penting buat AS," kata jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Catherine Wilkinson yang mengesahkan penjualan tersebut.

Perjanjian perniagaan itu hadir selepas bekas Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta menandatangani satu kenyataan bersama dengan rakan sejawatannya di Thailand. Syarikat aeroangkasa EADS North America dinamakan sebagai kontraktor utama perjanjian tersebut. - AFP

Kanak-kanak terjatuh selamat disambut sekumpulan lelaki

Posted:

Kanak-kanak terjatuh selamat disambut sekumpulan lelaki

Kanak-kanak terjatuh selamat disambut sekumpulan lelaki

BEIJING - Sebuah saluran televisyen di China menyiarkan rakaman sekumpulan lelaki menyambut seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun setengah yang jatuh dari tingkap rumah lima tingkat.

Kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Qiqi dilaporkan selamat.

Insiden itu dikatakan berlaku di Ninghai, wilayah timur Zhejiang.

Rakaman dari sebuah kamera keselamatan yang kemudiannya disiarkan oleh pihak CCTV menunjukkan beberapa orang lelaki di sebatang jalan menuding ke bahagian atas sebuah bangunan.

Mereka kemudian bergegas menyambut Qiqi yang tiba-tiba jatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan.

CCTV memberitahu beberapa orang pekerja syarikat penghantaran berhampiran mendengar kanak-kanak itu menangis dan melihat kakinya terjuntai di tingkap.

Ibu bapa Qiqi dilaporkan meninggalkan kenak-kanak itu sendirian di rumah ketika dia tidur. Tetapi, apabila bangun, Qiqi memanjat tingkap rumahnya itu.

Dalam usaha menyelamatkan Qiqi, dua orang lelaki mengalami kecederaan.

Seorang mengalami kecederaan tangan, seorang lagi cedera di bahagian lehernya. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Telinga capang boleh dibaiki

Posted:

Telinga capang boleh dibaiki

Telinga capang boleh dibaiki



SEORANG penilai harta untuk firma lelongan Bonhams di York, England pernah diejek oleh rakan-rakannya kerana dia mempunyai telinga yang lebih besar daripada manusia biasa.

Penilai harta itu, Jeremy Wood pernah mengaku dia berasa malu dengan ejekan daripada rakan-rakan sekolahnya.

Rakan-rakan sekolahnya itu memembuat ejekan dengan memberikan gelaran kepadannya sebagai pemilik telinga kelawar.

Gelaran itu diberikan kerana dia mempunyai telinga capang.

Bagaimanapun, Wood kini tidak lagi mempunyai telinga yang panjang dan lebar itu.

Dia harus berterima kasih dengan teknologi perubatan yang menyebabkan telinga capangnya telah menjadi kisah silam.

Teknologi baharu itu menggunakan implan yang diletakkan pada telinga capang milik seseorang individu supaya ia kelihatan seperti telinga normal.

Seramai 50 penduduk Britain sudah menjalani prosedur terbaharu itu.

"Saya mewarisi telinga capang itu daripada bapa. Saya digelar mempunyai telinga kelawar oleh rakan-rakan di sekolah," imbas beliau tentang zaman persekolahannya.

Menurutnya, dia berasa malu kerana ejekan tersebut telah menghantui dirinya sehingga umurnya meningkat dewasa.

"Saya tidak pernah terfikir untuk menjalani pembedahan sehinggalah saya terdengar mengenai teknik implan pada telinga.

"Anak perempuan saya mempunyai telinga yang sama seperti saya dan menjalani pembedahan otoplasti konvensional semasa berumur 10 tahun. Dia mengalami trauma selepas menjalani pembedahan itu.

"Sehingga kini, dia masih terasa sensitif pada bahagian telinganya selepas empat tahun dia menjalani pembedahan," katanya.

Bagaimanapun, selepas menggunakan implan tersebut, Wood mengaku dia hanya berasa sakit selama dua minggu.

Dia berasa terkejut kerana tiada rawatan susulan diperlukan selepas menjalani prosedur tersebut selama 15 minit.

Disebabkan terdapat risiko dalam pembedahan otoplasti konvensional seperti yang dialami anak Wood itu, seorang pakar bedah plastik dari United Kingdom, Norbert Kang berusaha mencari kaedah terbaharu untuk memperbaiki rupa bentuk telinga capang.

Kang kemudian menemui idea untuk menggunakan kaedah implan.

Menurutnya, dia sudah melakukan pembedahan bagi membetulkan telinga sejak lebih 15 tahun lalu.

Kang berkata, menerusi pembedahan biasa , para pesakit terpaksa melalui proses pembedahan yang agak lama selain terdapat penggunaan ubat bius.

"Saya pasti terdapat kaedah lain yang lebih selamat. Kelebihan utama dalam kaedah tersebut ialah pesakit akan terlebih dahulu memberitahu saya apa yang mereka mahukan (bentuk telinga)," jelasnya.

Menurutnya, apabila pesakit sudah memberikan persetujuan untuk menjalani prosedur tersebut, lubang sepanjang lima hingga 10 milimeter (mm) akan ditebuk pada telinga.

Dua implan sepanjang 15mm yang lebih nipis daripada rambut manusia akan dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk.

Menurut Kang, implan itu kemudian dilekatkan pada kulit dekat telinga itu.

Dia berkata, implan itu yang diperbuat daripada bahan nitinol mudah dilentur.

Walaupun terdapat kesakitan dan bengkak selama dua minggu, katanya, tiada rawatan susulan diperlukan.

"Pesakit-pesakit dinasihatkan untuk tidak bersukan dan mengambil langkah berjaga-jaga selama beberapa minggu bagi mengelakkan telinga mereka terkena objek lain.

"Pemakaian anting-anting juga perlu dielakkan," tambahnya.

Prosedur tersebut yang dikenali sebagai earFold boleh didapati di Hospital Royal Free di London untuk pesakit persendirian.

Implan earFold itu disalut dengan emas 24 karat bagi mengelak ia dapat dilihat oleh orang ramai.

Sementara itu, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad menjelaskan, telinga capang terbentuk mengikut rawan yang berada di bawah kulit telinga.

"Bentuk telinga yang capang terhasil apabila rawan elastik (fibroelastik) terbentuk sedemikian rupa.

Menurutnya, kaedah menggunakan implan tersebut masih baharu dan ia belum digunakan secara meluas termasuk di Malaysia.

Dr. Irfan berkata, jika seseorang pesakit itu mempunyai indikasi untuk menggunakan implan tersebut, risikonya amat kurang berbanding dengan pembedahan konvensional.

Bagaimanapun, katanya, kajian terperinci perlu dilakukan berhubung penggunaan implan tersebut.

"Prosedur itu memakan masa antara 15 hingga 20 minit.

"Ia dilakukan dengan menggunakan bius setempat setelah telinga dibersihkan melalui kaedah antiseptik ketika pesakit berada dalam keadaan sedar.

"Pembedahan otoplasti dilakukan dengan seluruh badan dibius.

"Ia memakan masa yang lebih panjang dan mungkin perlu dilakukan sekali lagi pada peringkat yang seterusnya. Penjagaan selepas pembedahan juga lebih rumit dalam kes otoplasti konvensional berbanding dengan menggunakan kaedah implan.

Namun, katanya, telinga capang tidak mempunyai kesan secara langsung ke atas fungsi pendengaran.

"Telinga capang tidak mendatangkan masalah terhadap ramai individu.

"Cuma ia memberikan tekanan psikologi terutamanya kepada kanak-kanak," kata Dr. Irfan.

Justeru, tambahnya, pembedahan secara otoplasti atau menggunakan implan harus dilakukan bagi menghapuskan tekanan psikologi itu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved