Jumaat, 21 Jun 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Stesen Petronas anjur program Pecutan Akhir UPSR

Posted:

Stesen Petronas anjur program Pecutan Akhir UPSR

Stesen Petronas anjur program Pecutan Akhir UPSR


SHAIDI (empat dari kanan) bersama Syed Azmir (lima dari kanan) dan Mohd. Tarmizi (tujuh dari kiri) pada program Pecutan Akhir UPSR di Ipoh baru-baru ini.


CEMERLANG. Stesen Servis Petronas Taman Pengkalan Utama, Ipoh, Perak meneruskan tradisi menganjurkan program motivasi murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh di Ipoh baru-baru ini.

Mereka yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi menyertai program Pecutan Akhir UPSR yang dikendalikan pakar motivasi, Mohamad Azir Ismail.

Menurut pengurus stesen minyak terbabit, Shaidi Mat Zain, aktiviti itu adalah kesinambungan kepada beberapa program kemasyarakatan yang telah dianjurkan pihaknya di sekolah itu.

Program itu turut disertai Pengurus Kawasan Jabatan Jualan Runcit Wilayah Utara 2 Petronas Dagangan Berhad, Syed Azmir Syed Abdullah dan Guru Besar sekolah tersebut, Mohd. Tarmizi Mohd. Tahir.

Majlis AIDS Malaysia dapat sumbangan RM870,000

Posted:

Majlis AIDS Malaysia dapat sumbangan RM870,000

Majlis AIDS Malaysia dapat sumbangan RM870,000


ZAITOON (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan Yayasan Sime Darby berjumlah RM870,000 kepada Raj (tengah) di Kuala Lumpur baru-baru ini.


DERMAWAN. Yayasan Sime Darby menyampaikan sumbangan berjumlah RM870,000 kepada Majlis AIDS Malaysia, bagi membantu badan itu melaksanakan program membantu para pesakit di Jalan Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sumbangan untuk tempoh tiga tahun itu juga bertujuan membantu pertubuhan tersebut menampung kos operasi dan program pemerkasaan advokasi serta dasar-dasar pembangunannya.

Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Sime Darby, Datin Paduka Zaitoon Othman berkata, pemilihan Majlis AIDS Malaysia sebagai penerima sumbangan dana itu disebabkan pertubuhan itu begitu komited membantu penghidap AIDS.

"Menerusi sumbangan ini, diharap mereka boleh terus membantu golongan sasar menjalani kehidupan seharian," katanya.

Turut hadir, Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Dr. Raj Karim.

Pelajar Politeknik Kota Bharu sertai Walkaton Diraja Kelantan

Posted:

Pelajar Politeknik Kota Bharu sertai Walkaton Diraja Kelantan

Pelajar Politeknik Kota Bharu sertai Walkaton Diraja Kelantan


SEBAHAGIAN pelajar Politeknik Kota Bharu yang menyertai Walkaton Diraja Kelantan 'Walk With Me' bergambar di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu baru-baru ini.


SOKONGAN. Seramai 200 kakitangan dan pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) bermandi peluh menjayakan program Walkaton Diraja Kelantan 'Walk With Me' anjuran Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al Muhammadi yang diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar PKB, Mohd. Saiful Azhar Jaafar berkata, tujuan mereka menyertai acara itu bagi memberi sokongan kepada program yang dianjurkan oleh pihak istana Kelantan.

Menurutnya, melalui program tersebut, pelajar dan kakitangan PKB berpeluang berjalan kaki bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

"Usaha ini sewajarnya menjadi contoh bagi mengeratkan hubungan antara rakyat negeri ini dengan pemerintah.

"Program ini turut menggalakkan budaya hidup sihat dan menjadi satu program ikon tahunan bagi menarik pelancong ke Kelantan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ribut tropika Bebinca jadi punca

Posted:

Ribut tropika Bebinca jadi punca

Ribut tropika Bebinca jadi punca

EXCO Melaka, Yunos Husin mengagihkan penutup mulut dan hidung kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Melaka semalam.


KUALA LUMPUR – Krisis jerebu yang melanda negara sejak minggu lalu terutama di Johor kini semakin buruk apabila 475 buah sekolah di empat lagi daerah di negeri itu terpaksa ditutup semalam.

Krisis tersebut dijangka berterusan sehingga Rabu depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), ia berpunca daripada ribut tropika Bebinca yang bertiup dari arah barat daya.

Dalam perkembangan terbaru semalam, kesemua sekolah di empat daerah terbabit terpaksa ditutup apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah lebih 300, menyebabkan 267,590 murid terpaksa bercuti.

Empat daerah tersebut ialah Kota Tinggi apabila 97 buah sekolah ditutup melibatkan 37,108 murid.

Di Pasir Gudang, seramai 116493 murid terpaksa bercuti apabila 105 buah sekolah di daerah itu ditutup.

Di Batu Pahat, sebanyak 175 sekolah menerima nasib sama menyebabkan 80,000 murid terpaksa bercuti sehingga keadaan pulih manakala di Pontian, sebanyak 98 buah sekolah ditutup membabitkan 33,989 murid.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

MB terlelap pada sidang akhbar

Posted:

MB terlelap pada sidang akhbar

MB terlelap pada sidang akhbar


DITANGKAP TERTIDUR... tiga gambar menunjukkan detik-detik Abdul Khalid tertidur kira-kira 15 saat pada sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Sidang akhbar Menteri Besar Selangor selepas Majlis Angkat Sumpah pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semalam menyaksikan gelagat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba-tiba hilang fokus sebelum terlelap ketika bercakap kepada sekumpulan pemberita.

Turut bersama pada sidang akhbar yang diadakan di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini ialah Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dan Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad. Sidang akhbar itu diadakan bagi mengulas mengenai majlis angkat sumpah tersebut.

ADUN Pelabuhan Klang tersebut disedari tertidur apabila beliau membuat kenyataan dalam nada terputus-putus sehingga sukar difahami dan diikuti mata tertutup sebelum terus terlelap selama hampir 15 saat.

Apabila tersedar, Abdul Khalid ditanya seorang pemberita sama ada beliau tertidur. Menteri Besar itu mengakui bahawa beliau sememangnya terlelap.

Selepas itu, Abdul Khalid yang masih berada pada sidang akhbar sama turut dilihat terlelap buat kali kedua selama kira-kira 10 saat ketika Hannah bercakap di depan kira-kira 15 wartawan dan jurugambar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

4,000 unit Saga SV ditempah dalam tempoh enam hari

Posted:

4,000 unit Saga SV ditempah dalam tempoh enam hari

4,000 unit Saga SV ditempah dalam tempoh enam hari


MODEL Saga SV sudah menerima 4,000 unit tempahan sejak dilancarkan enam hari lalu.


KUALA LUMPUR – Selepas enam hari dilancarkan, Saga Super Value (SV) dilihat mendapat permintaan mengalakkan apabila dalam tempoh tidak sampai seminggu sebanyak 4,000 unit sudah ditempah.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, permintaan yang banyak itu menyebabkan pembuat kereta nasional itu mungkin perlu menambah pengeluaran varian Saga SV daripada 2,000 unit sebulan pada masa ini kepada angka yang lebih banyak bagi menampung permintaan.

"Kini pengeluaran kami mencukupi untuk memenuhi tempahan yang diterima dan kami akan memastikan pelanggan yang menempah sekarang boleh mendapat kereta masing-masing sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Sudah agak lama kami tidak menerima sambutan baik seperti ini," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, daripada tempahan awal itu, 65 peratus membabitkan modal transmisi automatik CVT dan selebihnya versi manual.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Seni bina mewah berprestasi

Posted:

Seni bina mewah berprestasi

Seni bina mewah berprestasi

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my

TAHUN 1938 menyaksikan kelahiran model Rolls- Royce Wraith. Model tersebut ditempatkan sebagai model asas dalam rangkaian produk pengeluar kenderaan mewah British itu.

Wraith merupakan perkataan yang dipopularkan oleh penyair terkemuka Scotland, Robert Burns. Makna Wraith dalam bahasa Inggeris ialah Ghost (hantu).

Jangka hayat Rolls-Royce Wraith tidak kekal lama. Tempoh produksi hanya berlangsung selama setahun. Sebanyak 491 unit Wraith berjaya melepasi barisan pengeluaran.

Ia berikutan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Pada era itu, Rolls Royce mengalihkan operasinya bagi menghasilkan enjin Merlin untuk kegunaan kapal terbang perang Tentera Udara Britain.

Untuk makluman, Britain merupakan salah satu negara dalam pakatan Tentera Berikat yang menentang Tentera Paksi dalam Perang Dunia Kedua.

Fastback paling berkuasa

Dipantaskan masa ke hadapan, nama Wraith sekali lagi muncul dalam rangkaian produk Rolls-Royce.

Kali ini, penampilannya bukan sebagai model asas tetapi pengisi vakum di antara model Ghost dan Phantom.

Membuat debut sewaktu Pameran Motor Geneva di Switzerland awal Januari lalu, Wraith ialah jentera paling dinamik dan berkuasa yang pernah dicipta Rolls-Royce.

Fastback itu dipasang enjin V12 dengan padanan transmisi automatik ZF lapan kelajuan. Ia mampu menjana kuasa output sebanyak 624bhp dan tork setinggi 800Nm.

Wraith memiliki satu teknologi unik pada bahagian rangkaian kuasa. Teknologi itu dinamakan sebagai Satellite Aided Transmission (SAT).

Ia menggunakan data sistem kedudukan global (GPS) untuk memilih kedudukan gear yang sesuai sewaktu pemanduan.

SAT berfungsi dengan meramal tindakan mengikut corak pemanduan seseorang pemandu. Kemudian, ia akan memilih gear bersesuaian lebih awal sebelum jentera memasuki laluan berkenaan.


ROLLS-ROYCE Wraith membuat penampilan sulung sewaktu Pameran Motor Geneva di Switzerland awal tahun ini.


Kualiti material kulit

Di jalan lurus, selekoh, simpang atau bulatan, SAT membantu mengekalkan kuasa optimum, sekali gus menjadikan Wraith lebih berprestasi.

Rolls-Royce memberi perincian mendalam pada seni bina dan kualiti produk keluarannya. Jadi, Wraith tidak terkecuali.

Material kulit yang ada dalam jentera itu memiliki standard pemilihan tersendiri. Hanya kulit lembu jantan berusia dua tahun sahaja dipilih.

Jika anda tertanya-tanya mengapa bukan lembu betina. Jawapannya mudah. Apabila lembu betina menyusu, kulitnya akan kendur. Kekenduran itu menurunkan kualiti kulit.

Bagi menyalut material kulit pada sesebuah kereta Rolls-Royce, ia memerlukan sekurang-kurangnya 11 ekor lembu jantan.

Kemasan papan ruang kabin pula diambil daripada pokok yang berusia 60 tahun. Pokok-pokok itu ditanam oleh para vendor Rolls-Royce. Tiada isu menebang pokok secara rambang.

Pemanduan malam pasti tenang jika anda berada dalam Wraith. Bumbung kabinnya memaparkan panorama malam diterangi bintang.

Bukannya pandang terus ke langit tetapi hasil pencahayaan 1,340 butir lampu gentian optik. Sulaman itu dibuat menerusi tangan oleh para pekerja Rolls-Royce.

Fungsi ketersambungan antara muka dipermudahkan dengan adanya kawalan suara. Tekan butang pada stereng dan beri sahaja arahan untuk sistem navigasi, telefon atau lain-lain.


KESELESAAN penumpang tempat duduk belakang turut diberi perhatian khusus oleh pasukan jurutera Rolls-Royce.


Komputer Wraith akan memenuhi permintaan dan memaparkan maklum balas menerusi satu skrin definisi tinggi berukuran 10.25 inci yang dipasang pada papan pemuka.

Sekali pandang pada bahagian hadapan jentera itu, sudah pasti gril tradisional rekaan baharu menjadi perhatian.

Saiz lekuk gril sudah dipanjangkan sebanyak 45 milimeter agar lebih menawan dan meningkatkan saluran angin ke ruang enjin.

Kehalusan garis badan dari bahagian hadapan ke belakang menyempurnakan susuk badan maskulin Wraith. Aplikasi dua tona warna pada jentera itu membuatkannya lebih unik.

Pembuka pintu Wraith ditempatkan di bawah cermin pandang sisi. Pintu dibuka secara songsang jika dibandingkan dengan kereta-kereta konvensional lain.

Struktur pintu koc itu kelihatan besar dan panjang disebabkan ketiadaan tiang B dan bingkai cermin sisi.

Jika sudah berada dalam di kereta, pintu boleh ditutup secara automatik dengan hanya menekan butang yang disediakan.

Kestabilan pemanduan menerima sentuhan terbaik daripada jurutera Rolls-Royce. Olengan badan kereta diminimumkan hasil talaan sistem suspensi jentera itu.

Maklum balas stereng berubah mengikut kelajuan. Pada kelajuan rendah, stereng menjadi ringan. Ketika dipandu laju, ia bertukar berat.

Untuk pasaran Malaysia, Wraith dibawa masuk oleh Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur. Tempahan kini dibuka dan penghantaran pertama dijadualkan pada akhir tahun ini.

Harga anggaran permulaan bagi Rolls-Royce Wraith adalah RM1.3 juta seunit. Itu tidak termasuk cukai, duti dan caj-caj lain.

Jaminan yang diberikan adalah selama empat tahun tanpa had perbatuan. Ia tidak termasuk cermin dan tayar kereta.

MINI Countryman CKD

Posted:

MINI Countryman CKD

MINI Countryman CKD


MODEL Countryman ditawarkan dengan dua varian sebagai pilihan untuk pengguna tempatan.


BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) menunjukkan komitmen serius dalam industri automotif tempatan apabila menampilkan produk pemasangan kenderaan tempatan (CKD) MINI untuk pasaran Malaysia.

Model MINI Cooper CKD pertama keluarannya ialah Countryman. Ikon Britain itu dihasilkan di kilang pemasangan BMW Malaysia yang terletak di Kulim, Kedah.

Sebanyak dua varian diperkenalkan iaitu MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman ALL 4. Secara amnya, spesifikasi produk CKD dengan jentera diimport sepenuhnya (CBU) adalah sama.

MINI Cooper Countryman menggunakan enjin empat silinder bersesaran 1.6 liter. Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik. Kombinasi itu berupaya menjana kuasa maksimum 120hp pada 6,000rpm dan tork setinggi 160Nm @ 4,250rpm.

Jentera empat pintu itu memerlukan tempoh 11.6 saat bagi pecutan 0 kilometer (km) hingga 100km. Kelajuan maksimum ialah 182km sejam (km/j).

Bagi varian Cooper S Countryman ALL 4, enjin sama digunakan tetapi dipasang dengan unit pengecas turbo, sistem pancitan terus bahan api dan sistem pengurusan pembolehubah injap Valvetronic.


DARI kiri: Duta Australia, Andrea Wicke; Duta Jerman, Dr. Guenter Gruber; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, Dr. Gerhard Pils dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Tan Sri Datuk Bakke Salleh pada majlis pelancaran MINI Cooper Countryman CKD di Kedah baru-baru ini.


Penambahan itu membolehkan enjin tersebut meledakkan kuasa setinggi 184hp @ 5,500rpm. Sementara kuasa tork 240Nm dapat dinikmati sepenuhnya pada pusingan enjin antara 1,600 hingga 5,000rpm.

Model itu turut dibekalkan dengan sistem penggalak (boost) untuk melonjakkan tork sehingga 260Nm. Kotak gearnya masih enam kelajuan automatik tetapi dengan nisbah berbeza.

Tempoh diperlukan bagi pecutan dari titik pegun ke 100km/j mengambil masa 8.3 saat. Kelajuan maksimum ialah 205km/j.

Selain itu, Cooper S Countryman ALL 4 didatangkan dengan sistem pacuan semua roda. Teknologi itu membantu mengagihkan kuasa tambahan ke roda belakang ketika pemanduan mencabar.

MINI Cooper Countryman didatangakan dengan rim aloi 17 inci manakala Cooper Countryman S dipasang rim aloi 18 inci.

Sebanyak 11 warna pilihan disediakan bagi produk MINI CKD. Harga runcit bagi MINI Cooper Countryman ialah RM218,888 seunit.

Cooper S Countryman ALL 4, ditawarkan pada harga RM258,888 sebuah.

Ia adalah harga atas jalan meliputi pakej servis MINI Tender Loving Care, tetapi tidak termasuk insurans.

Jiwa kental Mazda BG

Posted:

Jiwa kental Mazda BG

Jiwa kental Mazda BG

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


BUKAN mudah untuk menyelenggara kereta seperti Mazda BG ini.


TANPA sebab yang jelas, kereta Mazda generasi BG tiba-tiba 'terpadam' dalam kamus modifikasi kereta tempatan.

Kalau di Kuala Lumpur, hendak jumpa BG merupakan benda terakhir yang boleh anda harapkan. Terserempak sebulan sekali pun belum tentu. Mazda Astina, Lantis pun sama. Pokoknya, Mazda generasi 1990-an yang kalau jumpa pun mungkin FD3S RX7.

Mazda pada era gabungan Ford dahulu sangat mementingkan pasaran domestik Jepun. Kejuruteraan kereta zaman itu memang betul-betul cukup sifat sebagai sebuah kereta.

Sejak penjenamaan zoom zoom, Mazda seolah-olah lupa dengan model Familia mereka. Hendak cari kereta ini pun bukan main jauh. Jadi, tak malulah saya nak cakap bahawa ini antara BG paling cantik yang saya pernah jumpa. Sempurna dari segenap segi.

Enjin kemas

Pemiliknya bernama Nik Mohd Khairul Mohd Nawi. Seorang jejaka yang sudah memandu kereta ini lebih sepuluh tahun.


PAPAN pemuka yang nampak sarat dengan barisan meter.


Untuk berada pada tahap ini, jiwa mesti kental. Alat ganti kereta seperti ini bukan boleh main pesan sahaja di kedai. Inilah kelebihannya apabila main kereta yang sama dalam jangka waktu lama. Jadi anda boleh agak mana yang akan rosak dan siap-siap dengan alat gantinya terlebih dahulu.

Kereta ini pada asalnya versi 1.6 standard yang dipandu oleh Nik untuk beberapa tahun. Tidak lama kemudian, dia mula tukar enjin.

Enjin BPD B8 berkuasa 210hp sebenarnya sangat maju dalam kategorinya. Namun, ia tidaklah lasak macam enjin SR20DET, tetapi nak mengubahsuainya agak senang.

Bahagian dalaman enjin dipasangkan dengan piston SR20DET berdiameter 86mm. Turut dipasangkan ialah injap blow-off HKS SSQV, penapis udara HKS, paip-paip tahan karat, wastegate Mines dan intercooler EVO 9 pada bampar depan.

Apa yang mengagumkan saya bukan kuasa enjin, tetapi kemasan bay warna hijau, rocker 'frosted' merah dan bersih sekali. Tidak perlu wire tuck, enjin masih kelihatan begitu cantik dan menawan.


ENJIN BPD B8 ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 210hp.


Kotak gear BPD dimodifikasi menjadi pacuan dua roda sahaja. Untuk makluman, kereta asal Interplay 210 enjin ini semuanya 4WD macam GSR dan EVO.

Opsyen yang selalu diambil ialah kotak gear BPT atau Claire, tetapi ia ada isu reliabiliti dan bukanlah senang nak dapat.Sebelum dipasang, kotak gear dilengkapkan dengan pelapik klac Triniti.

Sistem suspensi dikemas dengan jenis boleh laras GAB, sedang elok untuk bawa otai ini beraksi dengan yakinnya. Brek disalin sepenuhnya daripada Interplay kepada BG. Rim pula ialah SSR Type C 16 inci dengan tayar Advan Neova AD07 bersaiz 205/50/16. Cemerlang!

Bahagian dalaman kereta nampak meriah dengan kehadiran warna merah hitam pada tempat duduk jenama Interplay lengkap bersama sulaman tag Mazdaspeed.

Papan pemukanya juga daripada Interplay. Stereng dan knob gear M'S serta deretan meter Defi di atasnya. Semasa saya teliti bahagian atas barulah nampak RSM dengan AFC Neo.

Bahagian luar seperti lazimnya pada BG ialah kit depan B8 210. Belakang pasang spoiler dengan lampu BG spesifikasi pasaran United Kingdom (UK). Akhir sekali ialah sunroof BG, juga spesifikasi UK.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Jenama produk sukan lasak

Posted:

Jenama produk sukan lasak

Jenama produk sukan lasak

Oleh NASRI JAMALUDIN
nasri.jamaludin@kosmo.com.my

PELANGGAN menggemari barangan TLD kerana ia unik dan tahan lasak.


BERWARNA terang, unik dan selesa dipakai ialah antara sebab peminat sukan berbasikal dan motosikal lasak menggilai jenama barangan serta peralatan keluaran Troy Lee Designs (TLD).

Manakan tidak, sejak dicipta oleh Troy Lee lebih 30 tahun lalu di Corona, California, Amerika Syarikat, jenama tersebut dikenali di seluruh dunia sebagai peneraju barangan sukan khususnya topi keledar dan aksesori sukan pemotoran.

Sebutkan sahaja acara sukan lasak seperti Formula Satu, Nascar, Enduro, perlumbaan jalanan, litar atau lumpur, pasti jenama TLD ada di situ.

Di Malaysia, jenama itu mempunyai pengikutnya sendiri walaupun ia baru dibawa masuk pada tahun 2010 oleh Ketua Pegawai Eksekutif TLD, Datuk Seri Patrick Tan Hing Chew.

Bagaimanapun, baru-baru ini, syarikat terbabit telah membuat penjenamaan semula. Kini, ia dikenali sebagai Troy Lee Designs Concept Store. Kedai itu bukan sahaja menjual barangan TLD malah barang-barang berjenama lain seperti Ducati, Fox Racing, Oakley dan Go Pro.

Ketika ini, TLD menguasai 75 peratus pasaran downhill dan 45 peratus trail riders di pasaran tempatan. Syarikat berkenaan juga menyasarkan untuk menguasai pasaran sukan lasak lain.


ARJUNAIDI (tengah) merasmikan pembukaan TLD Concept Store di Dataran Glomac, Petaling Jaya baru-baru ini.


"Terdapat ramai anak muda di negara ini yang meminati aktiviti sukan lasak tetapi mereka takut dilabel sebagai budak nakal. Kebanyakan mereka yang terlibat pula tidak mengutamakan aspek keselamatan.

"Kita mahu memberitahu orang ramai bahawa sukan lasak seperti basikal atau motosikal adalah selamat. Mereka cuma perlu menitikberatkan aspek keselamatan ketika menunggang," kata Hing Chew pada majlis perasmian penjenamaan semula TLD di Dataran Glomac, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.

Duta produk

Selain itu, salah satu objektif TLD adalah untuk menarik lebih ramai kaum wanita supaya terlibat dalam sukan ekstrem seperti menunggang basikal.

Bagi menyokong pendekatan itu, TLD melantik selebriti seperti Ruzana Ibrahim, Nishaa Dir, Linora Low dan Chelsea Ng sebagai duta produk.

"Saya sangat teruja apabila dilantik sebagai duta produk TLD kerana saya memang meminati sukan lasak. Produk TLD berkualiti tinggi malah terdapat pakaian sukan khas untuk wanita.


DARI kanan, Nishaa, Linora, Chelsea dan Ruzana merupakan duta-duta TLD.


"Sebagai duta produk saya berharap dapat membantu TLD menarik lebih ramai golongan wanita terbabit dalam sukan ekstrem," kata Nishaa.

Seorang pelanggan, Zulirwan Zulkifli, 31, dari Bangsar, Kuala Lumpur berkata, sebelum ini dia terpaksa memesan menerusi rakan-rakan yang pergi ke luar negara supaya membelikannya produk jenama TLD.

Ujarnya, sejak premis tersebut dibuka tiga tahun lalu, dia tidak melepaskan peluang untuk membeli produk yang diminatinya.

"Biasanya saya beli produk berkaitan sukan basikal bukit seperti pakaian kerana kualitinya sangat baik dan tahan lasak," katanya yang bekerja di syarikat minyak dan gas.

Zue's Oven guna blog jual kek 3D

Posted:

Zue's Oven guna blog jual kek 3D

Zue's Oven guna blog jual kek 3D

ZURIANI kini boleh menarik nafas lega apabila produk Zue's Oven mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.


BERMULA sekadar suka-suka, usaha Zuriani Abd. Kadir, 47, menghasilkan kek cawan kini menjana pendapatan lumayan.

Pemegang Ijazah Sarjana Perakaunan dari Universiti London Timur, United Kingdom itu sanggup meninggalkan kerjayanya demi perniagaan bakeri.

Bekas kakitangan sumber manusia Syarikat Bina Darul Aman, Alor Setar iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) itu berhenti kerja empat tahun lalu semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perniagaan bakeri yang semakin mendapat sambutan.

Minatnya yang mendalam terhadap pembuatan kek menyebabkan Zuriani lebih mementingkan kepuasan pelanggan berbanding keuntungan.

Zuriani atau lebih mesra dengan panggilan Zue berkata, sejak di bangku sekolah dia memang gemar melukis dan memasak kek.

"Sejak kecil saya sering membantu ibu menyediakan pelbagai jenis biskut raya yang ditempah secara kecil-kecilan.

"Ketika belajar di luar negara selama enam tahun, saya dan teman-teman akan bergotong-royong menyediakan kek dan biskut sebagai juadah hari raya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Usaha Zuriani menghasilkan biskut dan kek itu mendapat sokongan daripada suaminya, Mohd. Jafri Abd. Hamid, 47, serta tiga orang anak mereka.

Zuriani terlibat secara tidak langsung dalam perniagaan bakeri lima tahun lalu menggunakan jenama Zue's Oven.

"Bisnes ini bermula selepas saya membawa marble cheese brownies ke pejabat. Mereka sukakannya. Sejak itu ramai kawan-kawan yang menempah kek, biskut dan makaroni saya," katanya yang berusaha memantapkan kemahiran dengan mengikuti kelas-kelas menghias kek.

Tempahan

Pada hari-hari biasa, Zuraini biasanya menerima tempahan kira-kira 10 biji kek. Permintaan itu akan meningkat pada musim perayaan.

Meskipun Zuraini lebih suka membuat kek tanpa bantuan orang lain, anak-anaknya sering membantunya.


SEORANG anak Zuriani membantunya membuat dan membungkus kek.


Kek hasil tangan anak ketiga daripada lapan beradik itu bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan orang tempatan malahan pernah mendapat tempahan dari luar negara seperti Belanda dan India.

Selain itu, jirannya yang merupakan warganegara Jerman juga sangat menyukai kek yang dihasilkan Zuraini dan pernah memintanya membuat kek marble cheese brownies untuk dijadikan buah tangan.

Selain kreatif menghias kek dengan pelbagai figura bunga, Zuriani juga berbakat dalam membuat kek tiga dimensi (3D), kek balang, biskut, brownies, pasta, pemanis mulut dan kek mini.

Malah, dia pernah diberi kepercayaan menyediakan kek untuk sambutan hari lahir bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abd. Razak.

Produk-produk hasil tangan Zuriani juga berjaya mendapat tempat di hotel-hotel di sekitar Alor Setar.

Dia yang berasal dari Nilam Puri, Kelantan turut mengiklankan produk Zue's Oven dalam blog dan Facebook.

Selain itu, Zuriani juga menyediakan katalog yang dimuatkan dengan gambar-gambar produk bakeri hasil buatannya untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan melalui blog miliknya iaitu cekmekzue-zue.blogspot.com atau www.facebook.com/pages/Zues-oven. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Peluang Selangor huni tiga terbaik

Posted:

Peluang Selangor huni tiga terbaik

Peluang Selangor huni tiga terbaik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

AMRI meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama Selangor ketika menentang ATM di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 2-1.


SELANGOR kini berada pada landasan terbaik dalam usaha memburu kelompok tiga teratas Liga Super selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Perancang Gergasi Merah, K. Gurusamy muncul sebagai wira skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua.

Seperti diramal, Selangor dan ATM mempamerkan persembahan agresif sebaik perlawanan dimulakan.

Skuad Gergasi Merah terlebih dahulu menguji benteng pertahanan The Gladiators menerusi percubaan tepat daripada pemain sayap lincah, S. Kunanlan.

Bagaimanapun, penjaga gol ATM, Farizal Harun berjaya menyelamatkan percubaan Kunanlan itu pada minit ke-25.

Hasrat The Gladiators untuk mengasak benteng Selangor dilihat menemui kesulitan apabila penyerang berbisa, Marlon Alex James dilayangkan kad merah pada minit ke-34.

Ia gara-gara pemain import itu mengutip kad kuning kedua selepas pengadil, Shamsuddin Ibrahim mendakwa Marlon menggunakan tangan ketika berebut bola dengan pemain Selangor, Mohd. Nasriq Baharom.

Gergasi Merah mengambil kesempatan itu dengan melancarkan serangan ke kubu ATM dan hasilnya, Amri Yahyah membuka jaringan pertama pada minit ke-39.

Begitupun, kelebihan jaringan Selangor tidak bertahan lama apabila perancangan import The Gladiators, Bruno Sebastian Marteloto menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Shamsuddin memberikan sepakan penalti itu selepas tonggak pertahanan Selangor, Adam David Griffiths mengasari Christie Jayaselan pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, Selangor sekali lagi hampir mendahului permainan apabila Solihin Kanasian berjaya melepasi pertahanan ATM, namun percubaannya dinafikan Farizal pada minit ke-47.

Kedua-dua pasukan semakin terdesak untuk mencari jaringan kemenangan tetapi tiada penyudah berkesan berjaya dihasilkan.

Penantian Gergasi Merah untuk merakamkan tiga mata penuh akhirnya berbaloi apabila Gurusamy meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

Tidak timbul isu mahu melancong

Posted:

Tidak timbul isu mahu melancong

Tidak timbul isu mahu melancong

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan reaksi pantas berhubung isu seorang pegawai badan induk itu yang didakwa membawa isteri ke Slovakia baru-baru ini bagi tujuan 'melancong'.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam, pegawai yang dimaksudkan itu ialah Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah yang diberi tanggungjawab memantau latihan dan perkembangan skuad Harimau Muda A di Slovakia.

Menurut kenyataan FAM, Afandi telah melaksanakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin, sekali gus menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa pengurus skuad Harimau Muda A itu ke Slovakia atas tujuan kepentingan peribadi.

"FAM ingin menjelaskan bahawa pengurus pasukan Harimau Muda A, Datuk Afandi Hamzah telah berlepas ke Slovakia pada 16 Jun 2013 untuk memantau latihan dan perkembangan pasukan yang berada di bawah tanggungjawab beliau.

"Beliau sepatutnya berada bersama pasukan sepenuh masa. Namun, disebabkan tugas harian beliau, maka beliau tidak dapat berbuat demikian.

"Pemergiannya adalah di bawah bidang tugas beliau di mana beliau dikehendaki melaporkan perkembangan terkini pasukan kepada Exco FAM yang akan bersidang pada 17 Julai 2013.

"Kunjungan ini amat penting bagi memantau persiapan pasukan menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar di mana FAM telah meletakkan sasaran untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya Sukan SEA lalu.

"Di dalam surat pemakluman sebelum berlepas, Afandi memberitahu bahawa beliau akan membawa keluarganya bersama ke Slovakia atas tanggungan beliau sendiri," menurut kenyataan FAM itu.

Untuk rekod, Afandi merupakan pegawai FAM yang pertama melawat skuad HArimau Muda A yang telah berada di Slovakia sejak Mac lalu.

Kelmarin, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar mempersoalkan tindakan FAM menghantar skuad Harimau Muda ke Slovakia, sambil mendakwa sesi latihan di benua Eropah itu bertujuan untuk memudahkan pegawai pasukan dan isteri masing-masing melancong ke luar negara.

Dakwaan itu hadir beberapa hari selepas Annuar mempersoalkan wang berjumlah RM30 juta setahun yang diterima FAM menerusi penjualan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Justeru, FAM berharap kenyataan yang dikeluarkan badan induk itu dapat menangkis segala tohmahan serta fitnah terhadap pegawai-pegawai FAM.

Kumar penentu nasib Kok Chi

Posted:

Kumar penentu nasib Kok Chi

Kumar penentu nasib Kok Chi

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

PERSOALAN mengenai nasib Datuk Sieh Kok Chi sama ada dapat mengekalkan tugasnya sebagai Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2013-2015 bakal diketahui pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu hari ini.

Selain Kok Chi, 74, turut dicabar dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi MOM itu ialah jawatan Timbalan Presiden, Datuk A. Sani Karim yang bakal berdepan dengan Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim.

Begitupun, tumpuan lebih terarah kepada kerusi paling 'panas' iaitu Setiausaha Kehormat MOM yang disandang Kok Chi sejak 1992 apabila beliau akan dicabar oleh penolongnya sendiri, T. Kumar.

Selepas dilanda pelbagai kontroversi, Kok Chi yang tidak pernah dicabar sepanjang memegang peranan tersebut di MOM, dilihat memiliki peluang 50-50 untuk meneruskan tugasnya itu.

Begitupun, bekas atlet polo air negara itu masih mendapat kepercayaan Presiden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja'afar bagi meneruskan tugasnya itu yang melibatkan pengurusan atlet dan 35 persatuan sukan di negara ini.

"Bagi saya Kok Chi telah berjaya menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Kehormat dengan baik selama ini.

"Saya tiada masalah jika ada orang mahu mencabarnya kerana kami mengamalkan sistem demokrasi. Terpulang kepada setiap perwakilan untuk memilih individu yang difikirkan sesuai," jelas Tunku Imran yang akan mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MOM.

Bagi T. Kumar pula, beliau bersedia mencabar Kok Chi bukan kerana mahu memporak-perandakan MOM, sebaliknya mahu memastikan MOM terus relevan dalam misi dan visinya menguruskan persatuan sukan tanahair.

"Terpulang kepada 105 perwakilan untuk menentukannya kerana keputusan di tangan mereka.

"Namun, apa jua yang berlaku, saya harap kami semua dapat kembali bersatu dan meneruskan kerjasama dengan baik seperti sebelum ini," jelas Kumar yang menerima pencalonan daripada Persatuan Karate Malaysia dan Persatuan Bola Jaring Malaysia.

Bagi jawatan lima Naib Presiden, empat muka baharu - Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalif, Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar, Andrew Bryan Perera dan Datuk Tang See Hang bakal mencabar empat penyandang kerusi berkenaan iaitu Datuk Low Beng Choo, Datuk Dr. Zakaria Ahmad, Datuk Roy Rajasingham dan Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Satu lagi kerusi yang menjanjikan persaingan satu lawan satu ialah jawatan Bendahari Kehormat apabila penyandangnya, Yong Choo Kong akan dicabar Ling Eng Chan.

Proses bagi pemilihan ini akan diketuai oleh tiga ahli panel bebas iaitu bekas Naib Presiden MOM, Datuk Norminshah Sabirin, Pengarah Eksekutif SportExcel, C. Sivanandan dan Ong Leng Kok.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


FAM batal imbuhan RM1,000

Posted:

FAM batal imbuhan RM1,000

FAM batal imbuhan RM1,000

21/06/2013 9:54pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat pusingan 'U' apabila membatalkan pemberian ganjaran RM1,000 kepada mana-mana penyokong yang menangkap penyokong sendiri yang cuba mencetuskan

kekacauan pada final Piala FA, 29 Jun ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, rancangan itu tidak

dilaksanakan bagi mengelak berlaku salah faham antara penyokong serta atas

nasihat pihak polis.

Pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, juara bertahan, Kelantan

akan menentang Johor Darul Takzim (Johor DT).

"Satu kajian akan dilakukan sebelum rancangan itu dilaksanakan pada masa

akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat dan

perbincangan khas keselamatan perlawanan akhir Piala FA di sini, hari ini.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan

Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rashid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM. - Bernama

46 hektar ladang nanas PPNJ terbakar

Posted:

46 hektar ladang nanas PPNJ terbakar

46 hektar ladang nanas PPNJ terbakar

21/06/2013 8:17pm

MUAR - Hampir 46 hektar ladang nanas dan kelapa sawit milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 13, Air Hitam, dekat sini, terbakar sejak Rabu lalu.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Johar Tumin berkata, kebakaran di kawasan tanah gambut berkenaan dipercayai akibat cuaca panas ketika ini serta pembakaran terbuka dilakukan penduduk kampung yang merebak ke kawasan ladang.

Ujar Johor, pihaknya menerima maklumat awal pada Rabu lalu sebelum menghantar sepasukan 30 anggota untuk kerja memadamkan api di kawasan terbabit sejak pagi semalam.

"Ketika ini kita mengambil bekalan air dari parit dalam ladang berkenaan menggunakan pam bagi memadamkan api supaya tidak merebak ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran," katanya ketika ditemui di ladang tersebut hari ini. - KOSMO!

Jerebu: Bilangan pesakit di empat daerah di Johor meningkat

Posted:

Jerebu: Bilangan pesakit di empat daerah di Johor meningkat

Jerebu: Bilangan pesakit di empat daerah di Johor meningkat

21/06/2013 7:37pm

JOHOR BAHRU - Cuaca yang berjerebu di negeri ini memberi kesan kepada kesihatan orang ramai apabila bilangan individu yang mendapat rawatan pesakit luar di empat daerah meningkat.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Khairi Yaakub berkata, rawatan radang pernafasan, batuk dan selsema meningkat sehingga 70 peratus pada minggu ini

manakala penyakit asma mencatatkan peningkatan 20 peratus.

"Peningkatan dicatatkan di empat pusat kesihatan iaitu di Muar, Pasir

Gudang, Kota Tinggi dan Larkin Lama," katanya ketika dihubungi di sini hari

ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


1,000 orang dikhuatiri terkorban

Posted:

1,000 orang dikhuatiri terkorban

1,000 orang dikhuatiri terkorban

DERETAN kenderaan yang terkandas selepas hujan lebat di negeri Uttarakhand, utara India pada Selasa lalu.- reuters


DEHRADUN - Tentera India meningkatkan usaha untuk memasuki beberapa buah kampung dan bandar yang terputus hubungan akibat banjir kilat dan tanah runtuh di utara negara itu semalam, kata beberapa pegawai.

Mereka memberi amaran, sekurang-kurangnya 1,000 orang dipercayai terkorban dalam bencana kali ini.

Beberapa helikopter dan hampir 10,000 askar telah dikerah untuk memindahkan pelancong dan penziarah agama yang terkandas selepas banjir akibat hujan monsun melanda negeri Uttarakhand hujung minggu lalu.

Pasukan tentera itu dikerah untuk memberikan bantuan perubatan, kejuruteraan dan kepimpinan, kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Sejumlah rumah, bangunan dan kenderaan runtuh atau hanyut dibawa air banjir dan tanah runtuh manakala beberapa jambatan serta jalan kecil turut musnah.

Menurut pihak tentera, perkembangan tersebut menyebabkan sekitar 65,000 orang terkandas di beberapa tempat suci penganut Hindu di pedalaman negeri itu.

Hujan lebat luar biasa turun di Uttara- khand dan ibu kota India, New Delhi sejak hujung minggu lalu.

Sekurang-kurangnya 138 orang terbunuh di serata Uttarakhand dan dua negeri jiran- nya yang juga dilanda banjir dan tanah runtuh.

"Kami menganggarkan lebih 1,000 orang telah terkorban dengan mayat mereka bergelimpangan di merata-rata tempat," kata pengerusi yayasan kuil Hindu di bandar Kedarnath dan Badrinath, Ganesh Godiyal.

Sementara itu di negara jiran India, Nepal, sebanyak 22 orang terbunuh sejak beberapa hari lalu dalam insiden tanah runtuh dan banjir kilat juga disebabkan oleh hujan lebat.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh memberitahu kelmarin bahawa keutamaan diberikan untuk menyelamatkan mereka yang masih terperangkap di samping membantu lebih 10,000 orang yang telah dipindahkan ke lokasi selamat.

Pihak berkuasa membina 40 buah kem sementara bagi menempatkan penduduk dan pelancong yang dipindahkan.

Sebanyak 18 buah helikopter turut digunakan untuk membawa mangsa-mangsa banjir ke kem tersebut. - AFP

Kualiti udara Singapura cecah tahap bahaya

Posted:

Kualiti udara Singapura cecah tahap bahaya

Kualiti udara Singapura cecah tahap bahaya


SEORANG pekerja memakai topeng muka untuk melindungi diri daripada jerebu yang melanda Singapura semalam.- AP


SINGAPURA - Kualiti udara di Indonesia merosot ke tahap berbahaya semalam selepas jerebu akibat pembakaran hutan di Indonesia menyelimuti pulau ini sekali gus mengganggu aktiviti perniagaan dan pengangkutan.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini, masa lebih lama diperlukan untuk pendaratan dan pelepasan pesawat ekoran jarak penglihatan yang terhad.

Kerja-kerja di beberapa tapak pembinaan turut perlahan dengan rangkaian makanan ringan McDonald's menggantung perkhidmatan penghantaran di pulau ini.

Setakat pukul 1 tengah hari semalam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sini melonjak kepada 371 sekali gus menandakan kualiti udara mencapai tahap berbahaya.

Takat IPU melebihi 300 menandakan udara berbahaya manakala bacaan antara 201 hingga 300 menunjukkan kualiti udara amat tidak sihat.

Dalam pada itu, kerajaan Singapura mahu pemerintah Indonesia bertindak menangani krisis tersebut.

"Tiada negara atau badan korporat yang berhak mencemari udara sehingga menyebabkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Singapura terjejas," kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Vivian Balakrishnan di laman Facebooknya.

Menurut Balakrishnan, Singapura telah menghantar beberapa pegawainya bagi membincangkan masalah jerebu tersebut di ibu negara Indonesia, Jakarta.

Masalah itu berpunca daripada pembakaran hutan di Pulau Sumatera yang terletak di barat pulau ini dan Malaysia.

Pembakaran hutan itu berlaku pada musim panas antara Jun hingga September bertujuan untuk membersihkan tanah bagi penanaman kelapa sawit.

Bacaan IPU di sini sejak dua hari lalu melebihi paras tertinggi 226 yang direkodkan pada 1997 apabila jerebu akibat pembakaran hutan di Indonesia mengganggu laluan kapal dan perjalanan udara di Asia Tenggara.

Dalam pada itu, beberapa pegawai Indonesia cuba menyalahkan syarikat-syarikat negara ini berhubung kebakaran hutan tersebut.

"Apa yang kami tahu terdapat beberapa pelabur asing dari Singapura terlibat dalam pembakaran hutan itu," kata seorang pegawai kanan Kementerian Perhutanan Indonesia, Hadi Daryanto.

Namun, tiga syarikat di sini yang diberikan konsesi tanah di Indonesia iaitu Wilmar International Ltd, Golden Agri-Resources Ltd dan First Resources Ltd menafikan mereka melakukan pembakaran hutan untuk meratakan tanah.

Ketiga-tiga syarikat menyatakan, proses tersebut dilakukan secara mekanikal tanpa melibatkan pembakaran hutan. - Reuters

3,500 pekerja kilang di Dhaka diganggu hantu

Posted:

3,500 pekerja kilang di Dhaka diganggu hantu

3,500 pekerja kilang di Dhaka diganggu hantu


PARA pekerja kilang kain ini didakwa masih trauma dengan kejadian sebuah kompleks kain, Rana Plaza yang runtuh sebelum ini.- Agensi


DHAKA - Seramai 3,500 pekerja kilang kain di sini terpaksa berhenti melakukan kerja masing-masing apabila tempat kerja itu diserang hantu dan mengganggu mereka.

Justeru, para pekerja berkenaan enggan meneruskan kerja kerana pihak pengurusan kilang enggan mengambil langkah sewajarnya untuk menghalau hantu tersebut.

Inspektor polis kawasan industri Gazipur, Showkat Kabir berkata, pemilik sebuah kilang kain di sini dipaksa untuk berdoa dan mengedarkan makanan kepada fakir miskin pada Rabu lalu.

Usaha itu diharap dapat menghalau hantu yang sering mengganggu para pekerja di kilang berkenaan.

Kira-kira 3,500 pekerja berhenti melakukan kerja mereka di sebuah kilang di Gazipur di utara Dhaka baru-baru ini.

Para pekerja itu kemudian bertindak memusnahkan kelengkapan perabut kilang bagi memaksa pemilik kilang bertindak menangani masalah tersebut.

Para pekerja kilang mendakwa mereka diganggu makhluk halus semasa berada di dalam tandas wanita.

"Semua pekerja, pemilik dan pengurus kilang akan menyertai majlis doa itu. Kilang akan beroperasi semula pada hari Khamis (semalam) selepas dua hari ditutup kerana gangguan hantu," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Norliza popularkan bunga tangan felt

Posted:

Norliza popularkan bunga tangan felt

Norliza popularkan bunga tangan felt

Oleh NURUL IZZA ROSLY

SAAT melangkah masuk ke Sekoci's Craft House di Taman Kencana Indah, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor hasil kraf memenuhi segenap ruang.

Jika ruang tamunya dipenuhi bunga felt pelbagai warna, raknya pula disusun kemas dengan kain felt dan bunga tangan.

"Tempat ini merupakan lokasi khas untuk saya melakukan aktiviti kraf yang ditempah pelanggan.

"Pada waktu cuti, saya akan berada di sini seharian bagi menyiapkan tempahan kraf tangan terutamanya bunga tangan selain aksesori yang lain," kata pemilik premis tersebut, Norliza Samingon, 34.

Ibu kepada Ridwana Rif'iah Rafiq, 9, dan Muhammad Rizqin Rafiq, 4, itu mengakui dia bukanlah seorang yang mahir menjahit. Menurut Norliza, minatnya terhadap seni kraf felt berputik pada empat tahun lalu ketika hamil anak kedua.

Pada masa itu, Norliza sibuk mencari buku bayi yang bagus dan berkualiti dikenali sebagai buku busuk.

Norliza mendapati buku-buku bayi di pasaran agak mahal iaitu sekitar RM80 hingga RM85 sebuah. Bahkan, dia tidak menafikan untuk mencari buku tempahan khas juga agak sukar namun dia tetap mahukan sesuatu yang istimewa untuk permata hatinya itu.

"Saya mencari-cari di internet mengenai produk terkini dalam pasaran dan kemudian terjumpa tutorial secara talian yang menunjukkan cara-cara menjahit buku bayi. Ia memberikan idea kepada saya," jelasnya.

Selepas bersalin dan melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan untuk bayi, Norliza membawa muka surat buku yang belum siap untuk dijahit. Sementara menunggu giliran, Norliza mengisi masa dengan menghabiskan jahitan tersebut.

Tanpa disangka-sangka, 'aktiviti'nya itu mendapat perhatian daripada ibu bapa lain, lalu dia mula mendapat tempahan

Memandangkan tidak mempunyai mesin jahit dan melakukannya secara sendirian, Norliza tidak mampu memenuhi permintaan yang banyak.

Kewujudan buku bayi tersebut yang semakin meluas di pasaran membuatkan jurutera rangkaian ini mahu tampil dengan sesuatu yang berbeza.

Sejak itu, Norliza semakin ligat membuat aksesori kanak-kanak seperti klip rambut, cekak rambut, rantai kunci, signage dan terkini ialah jambangan bunga tangan.


KAIN felt pelbagai warna yang digunakan untuk menghasilkan barangan kraf.


Fenomena felt

Pada bulan Mac 2011, dia mula berjinak-jinak menghasilkan bunga tangan felt. Namun, rezeki kurang menyebelahi kerana produk tersebut gagal dijual selama enam bulan.

"Kemudian, saya buat sesi fotografi bersama teman-teman di Taman Tasik Shah Alam, ambil gambar sendiri dan ketika itu ramai yang melihat apa yang kami lakukan," ceritanya mengimbas detik awal bertatih dalam bidang kraf felt.

Sungguhpun dia menjual bunga tangan felt pada harga yang lebih rendah daripada harga kos iaitu RM50, tiada sesiapa pun yang mahu membelinya.

Rasa kecewa yang terbuku di hatinya terubat selepas seorang pelanggan yang juga blogger memuat naik foto bunga tangan ciptaannya.

Kini di Malaysia, bunga tangan sudah menjadi satu fenomena. Masing-masing mahukan bunga tangan sendiri dan tidak mahu menyewa daripada butik pengantin.

"Bunga tangan ini mula mendapat perhatian ramai sekitar pertengahan tahun 2011.

"Saya sendiri mendapat inspirasi dan idea-idea menghasilkan bunga tangan ini dari luar negara," katanya yang melakukan promosi pengenalan bunga tangan di bazar-bazar, blog dan laman sosial Facebook.

Mereka yang mahukan bunga tangan felt Norliza perlu menempahnya sebulan lebih awal. Dibantu oleh tiga orang pembantu yang terdiri dalam kalangan suri rumah, Norliza mampu membuat 20 set bunga tangan dalam tempoh sebulan.

Dijual pada harga antara RM80 hingga RM180 sejambak, Norliza biasanya akan berbincang dengan pelanggan khususnya bakal pengantin bagi menghasilkan bunga tangan mengikut bajet.

Tempahan dari luar negara

"Tempahan tidak bertumpu di dalam negara sahaja kerana saya turut menerima tempahan dari negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Eropah.

"Namun, atas masalah kos penghantaran yang tinggi, pelanggan dari Indonesia dan Eropah membatalkan tempahan kerana harga penghantaran lebih tinggi daripada nilai barangan," ujarnya yang mendapatkan material dari China dan Thailand.

Bermula dengan modal sebanyak RM250, kini Norliza menghabiskan antara RM1,500 hingga RM2,000 membeli kain felt untuk stok selama dua bulan.

Walaupun membuat banyak aksesori lain menggunakan felt, 80 peratus daripada tempahan yang diterima adalah bunga tangan untuk perkahwinan, pertunangan dan sambutan ulang tahun.

MINAT terhadap seni kraf felt membuatkan Norliza belajar menjahit.


Selain memenuhi tempahan pelanggan, Norliza mengadakan kelas kraf jika ada permintaan.

"Kelas kraf yang diadakan bukan untuk orang dewasa sahaja, malah bagi kanak-kanak.

"Kelas kraf kanak-kanak terbuka kepada mereka yang berumur dari lima hingga 12 tahun. Kelas dewasa pula untuk mereka yang berusia 15 tahun ke atas," katanya yang pernah mendapat pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.

Norliza juga menerima tempahan membuat signage yang dijual antara RM15 hingga RM40 berdasarkan bilangan huruf yang digunakan.

Tidak mahu selesa dengan produk yang sedia ada, kini Norliza berjinak-jinak menghasilkan bantal cincin yang digunakan untuk meletakkan cincin pertunangan atau cincin pernikahan. Pada masa yang sama dia juga merancang membuat bantal hadiah.

"Nampak senang untuk buat kraf felt ini tetapi cabarannya terletak pada pencarian idea dan kita perlu sentiasa kreatif bagi menghasilkan sesuatu yang baharu.

"Saya tidak akan pernah puas dengan apa yang saya lakukan dan bercadang untuk tampil dengan buku Do It Yourself (DIY) sendiri untuk kanak-kanak dan dewasa yang kini masih dalam proses untuk dihasilkan," ujar Norliza sambil memberitahu, anak lelakinya sudah pandai menjahit kraf daripada felt.

Kempen makan secara sihat

Posted:

Kempen makan secara sihat

Kempen makan secara sihat

Oleh NURUL IZZA ROSLY


DUA kanak-kanak ini menjadi pembantu kepada Chef Hamidon untuk menyediakan bebola daging yang digandingkan bersama pasta.


RUANG legar Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) di Kuala Lumpur pada hari itu tidak ubah seperti sebuah akademi seni dan masakan.

Kelihatan dua kanak-kanak yang lengkap dengan topi chef dan memakai sarung tangan, bersedia menerima arahan Chef Eksekutif PCMC, Hamidon Din bagi membuat demonstrasi masakan sihat.

Walaupun menjadi 'chef cilik' pada hari tersebut, kedua-duanya langsung tidak kekok beraksi. Segala arahan Chef Hamidon dilaksanakan dengan baik sekali.

"Saya sangat seronok dan pada masa yang sama rasa gemuruh dapat membantu Chef Hamidon melakukan demonstrasi masakan.

"Ia sangat mudah. Saya akan cuba membantu ibu memasak di rumah kelak," kata Amira Sofea Yuhada Ellis, 9.

Demonstrasi tersebut merupakan salah satu aktiviti PCMC sempena Bulan Nutrisi yang bertemakan Eat Right, Your Way, Every Day.

PCMC turut mengadakan pertandingan memasak untuk kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 11 tahun bagi mewujudkan kesedaran mengenai cara memasak makanan sihat memandangkan bilangan kanak-kanak yang menghidap obesiti di Malaysia semakin meningkat.

Di satu sudut lain, sekumpulan kanak-kanak teruja melihat kek cawan yang sudah siap dihias. Mereka meneliti satu persatu kerana selepas itu mereka dikehendaki membuat dekorasi untuk kek cawan masing-masing.

Kelihatan ada yang kekok memegang beg plastik krim yang dibekalkan. Usai menghias krim pelbagai warna, mereka sibuk mengambil bahan-bahan hiasan seperti strawberi, anggur, ceri, marshmallow dan anak patung kecil.

Ibu bapa turut membantu memberikan arahan dari jauh bagi memastikan hasil tangan anak mereka menjadi.


MASING-MASING begitu seronok memilih bahan-bahan hiasan untuk dekorasi kek cawan.


Mencuri tumpuan

Turut diadakan pada hari berkenaan ialah pertandingan melukis untuk kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 11 tahun dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.

Seperti biasa, anak-anak ini dibantu oleh ibu bapa yang mengambil peluang meluangkan masa bersama sempena cuti hujung minggu.

Gelagat mereka amat mencuri tumpuan. Ada yang meniarap di atas lantai dan ada yang duduk dengan bermacam-macam gaya bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Dalam pada itu, Chef Hamidon memberitahu, demonstrasi masakan itu lebih bertujuan untuk mengajar dan mendedahkan anak-anak kepada makanan sihat.

"Di luar sana banyak makanan tetapi kita tidak tahu sama ada kandungan garam dan lemaknya dikawal atau tidak.

"Dalam resipi bebola daging yang kami buat sebentar tadi, kita letakkan sayur sebab kanak-kanak kebanyakannya tidak gemar makan sayur," ujarnya sambil menjelaskan, cuma sedikit garam dan minyak digunakan dalam masakan itu.

Katanya lagi, bagi ibu yang tidak sempat menyediakan hidangan untuk anak-anak setiap hari, sekurang-kurangnya mereka perlu memasak pada hujung minggu.

"Luangkan masa memasak untuk anak-anak. Sediakan masakan ringkas bersama mereka, secara tidak langsung ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan," katanya yang sudah berkhidmat selama enam tahun di PCMC.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pemakanan anak-anak. Gaya pemakanan sihat mesti dibentuk sejak kecil lagi.

Jika pemakanan sihat tidak diberi penekanan, maka Malaysia akan kekal sebagai negara nombor satu di Asia Tenggara dengan kadar obesiti yang tinggi.

Kini, menurut Kementerian Kesihatan, seorang daripada enam rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Ganjaran besar menanti bapa mithali

Posted:

Ganjaran besar menanti bapa mithali

Ganjaran besar menanti bapa mithali

MASIH belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa, ayah, abi, papa atau apa saja gelaran anda. Walaupun sambutan Hari Bapa sudah disambut pada 16 Jun lalu, tidak salah rasanya jika saya memberikan fokus kepada isu berkenaan pada perbincangan kali ini.


TANGGUNGJAWAB mendidik anak lebih diberatkan kepada bapa berbanding isteri.


MASIH belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa, ayah, abi, papa atau apa saja gelaran anda. Walaupun sambutan Hari Bapa sudah disambut pada 16 Jun lalu, tidak salah rasanya jika saya memberikan fokus kepada isu berkenaan pada perbincangan kali ini.

Siapakah bapa? Bapa ialah semua lelaki yang menyebabkan lahirnya seorang manusia ke dunia ini sama ada melalui hubungan yang sah atau tidak.

Menurut hukum syarak, bayi yang dilahirkan usianya kurang enam bulan dari tarikh perkahwinan, tidak boleh dinasabkan kepada si ayah yang menjadi punca kelahirannya.

Bagaimanapun, sebagai tanda anda benar-benar bertaubat dan menyesal dengan kesilapan yang lepas, sewajarnya anda bertanggungjawab ke atas anak tersebut.

Buat bapa yang sememangnya menyebabkan kelahiran anak yang sah, anda memikul peranan dan tanggungjawab yang lebih utama.

Bagaimana pula dengan anak yang tidak dijangka? Ayat mudah sebahagian ibu bapa ialah 'accident'.

Wah! Wah! Jelas sangat tidak amalkan doa yang diajar Rasulullah SAW ketika hendak bersama pasangan. Ini kerana jika berdoa, pasti anda sedar bahawa hubungan tersebut sekiranya menghasilkan zuriat, anda mahukan anak tersebut turut terpelihara daripada godaan syaitan. Tidak kisahlah terlupa doa atau tidak faham doa diucap, yang penting adalah tindakan yang perlu anda lakukan ketika ini.

Semua orang maklum, tugas dan tanggungjawab seorang bapa yang utama adalah menyara keperluan anak-anaknya, bermula daripada anak itu dilahirkan hinggalah mampu berdikari sendiri (bagi anak lelaki). Jika anak itu perempuan, tugas saraan keperluan ini akan tamat apabila si anak berkahwin.

Malangnya, realiti kehidupan hari ini, tidak ramai bapa yang melaksanakan tanggungjawab yang diwajibkan oleh syarak ini.

Kebanyakan mereka melepaskan sebahagian besar tanggungjawab memberi nafkah kepada ibu si anak. Bukan sahaja dalam kes pasangan bercerai malah ketika perkahwinan masih wujud.

Seorang suami dan bapa bertanggungjawab memberikan segala keperluan kepada isteri dan anak-anak. Ketahuilah wahai para suami, memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukanlah satu bebanan. Ia merupakan satu keutamaan dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) pada jalan Allah, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar ialah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu." - Hadis riwayat Muslim.


SEORANG bapa akan dipersoalkan di akhirat kelak jika gagal melaksanakan tanggungjawab mendidik isteri dan anak-anak.


Kasih sayang

Bukan sahaja saraan malah seorang bapa bertanggungjawab memberikan didikan, bimbingan, kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada anak.

Rasulullah mengajar agar anak-anak dibentuk sikap dan akhlaknya melalui empat peringkat usia:

1. Umur bawah enam tahun: Dibentuk melalui bermain, bermanja dan bergurau.

2. Umur tujuh hingga 14 tahun: Dibentuk secara mengajar dan mendisiplin.

3. Umur 15 hingga 21 tahun: Mendidik melalui berkawan.

4. Umur melebihi 21 tahun: Diberikan kebebasan bertindak sementara ibu bapa sebagai penasihat.

Saranan Rasulullah ini ditujukan kepada kedua-dua ibu dan bapa. Malah, para ulama menetapkan tanggungjawab mendidik anak-anak lebih perlu dimainkan oleh seorang bapa.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan perintahkanlah keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan engkau hendaklah bersabar menunaikannya. Kami tidak pernah meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik hanya bagi orang-orang yang bertakwa." - Surah Toha: 132.

Ayat ini menjelaskan tentang tanggungjawab berat seorang suami dan seorang ayah untuk memimpin isteri dan anaknya agar beribadat kepada Allah. Dijanjikan, kegagalan para suami dan ayah melaksanakan tanggungjawab ini menyebabkan mereka turut sama memikul dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.

Buat si ayah yang pernah mendabik dada kononnya anda ayah dan ketua keluarga, kata-kata anda adalah kata muktamad, tidak boleh ditambah kurang apatah lagi dibangkang, berusahalah untuk mengubah sikap sekiranya inginkan anak anda juga berubah.

Tidak perlu jadi seorang yang garang, kasar dan keras terhadap anak-anak bagi menjadikan diri anda dihormati dan disayangi.

Kasih sayang hanya akan wujud dan bercambah dengan kasih sayang juga, bukan dengan kekerasan. Jika kekerasan yang anda ajarkan kepada anak anda, pastinya kekerasan juga yang anda peroleh.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved