Rabu, 19 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Potong sayurpakai kapak

Posted:

Potong sayurpakai kapak

Potong sayurpakai kapak

BERFUNGSI sebagai pisau, kapak Pak Harun juga sesuai digunakan oleh wanita untuk memasak di dapur.


SEBAIK suis mesin pemotong dihidupkan, Harun Sulaiman, 60, pantas menolak sekeping kayu beruti ke arah mata gergaji di hadapannya. Kerja itu dilakukan dengan penuh berhati-hati kerana tidak mahu sejarah lama berulang.

Dalam kejadian ngeri empat tahun lalu itu, ibu jari tangan kanan Harun terbelah dua 'dimakan' mesin. Ia mengakibatkan Harun terpaksa menerima 14 jahitan.

Tahun lalu, jari telunjuk tangan yang sama hampir putus gara-gara kecuaiannya mengendalikan mesin gergaji tersebut. Kali ini, dia menerima 21 jahitan selain terpaksa menerima kenyataan saraf jari telunjuknya sudah kehilangan fungsi sekali gus tidak boleh dibengkokkan.

"Tidak mengapa kerana saya masih boleh menunjukkan simbol 1Malaysia," ujar lelaki yang mesra dipanggil Pak Harun itu sambil mengangkat jari telunjuknya seraya tersenyum lebar.

Pak Harun merupakan seorang pengusaha kraf tangan kapak di Kampung Buluh Lima, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah. Namun, kapak yang dihasilkan bukan seperti kapak biasa yang digunakan bagi tujuan menebang pokok atau membelah kayu.

Sebaliknya, ia sejenis kapak yang mempunyai keunikan tersendiri. Selain saiz dan bentuknya yang berbeza, fungsi kapak Pak Harun lebih tertumpu untuk kerja-kerja di dapur.

Dalam erti kata lain, inovasi kapak ciptaan Pak Harun membolehkan ia digunakan sebagai alat memotong daging, menyiang ikan dan sayur serta mengupas buah-buahan.

Bentuk mata kapak direka sedikit melengkung dan tajam manakala bahagian pemegang dan sarungnya diperbuat daripada kayu dengan pelbagai ukiran corak menarik. Ada sarung yang berbentuk ikan, burung serta berunsur flora.

Berkecimpung dalam perniagaan membuat kapak sejak sedekad yang lalu, kini jenama kapak Pak Harun di bawah syarikat Harga Kraf Enterprise semakin dikenali ramai.

Menceritakan detik awal penglibatannya, bapa kepada lapan cahaya mata itu mengakui dirinya seorang yang tidak boleh duduk diam. Sejak muda, dia sentiasa aktif bekerja untuk menjana pendapatan keluarga.

Sebelum ini, Pak Harun bekerja sebagai tukang rumah. Apabila usianya semakin meningkat, beliau merasakan kerjaya bertukang sudah tidak relevan

"Waktu itu saya berusia 50 tahun. Hendak dijadikan cerita pisau kesayangan yang saya buat sendiri, 'hilang' kerana diambil oleh anak. Justeru, dengan sedikit kemahiran yang ada, saya cuba membuatnya sekali lagi secara manual," imbaunya.

PAK HARUN bersama koleksi kapak, parang dan tongkat yang dihasilkan sejak 10 tahun lalu.


Siapkan pisau

Pak Harun mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan sebilah pisau. Tanpa disangka, rupa-rupanya ada permintaan daripada penduduk kampung yang mahu menempah pisau. Sejak itu beliau mula serius dalam bidang ini sekali gus tampil dengan idea baharu membuat kapak.

Rentetan daripada itu, pada tahun 2004, dia tidak teragak-agak untuk membeli sebuah mesin pencanai murah yang berharga RM250.

Kemudian, Pak Harun sekali lagi mengeluarkan modal sebanyak RM2,000 untuk membeli meja gergaji dan mesin pencanai yang lebih berkualiti kerana minatnya yang semakin bercambah.

Selain mengambil tempahan daripada penduduk kampung, datuk kepada 13 cucu itu menggunakan platform berniaga di pasar minggu di Kota Sarang Semut dan Kampung Berjaya sebanyak empat kali sebulan untuk memperkenalkan produknya.

Kurangnya sambutan pada peringkat awal menyebabkan Pak Harun mendapat ilham untuk melakukan demonstrasi cara-cara menggunakan kapak tersebut.

"Saya memilih lobak dan daging sebagai bahan untuk dipotong menggunakan kapak di pasar. Akhirnya, baru pelanggan menyedari keistimewaan kapak ini dan berminat untuk membelinya," terang Pak Harun yang juga merupakan pemangku imam di masjid kampungnya.

Sementara itu, atas nasihat anak sulungnya, Harmiza yang terlebih dahulu terlibat dalam kraf tangan jahitan dan sulaman, Pak Harun membuat keputusan untuk mendaftar sebagai pengusaha kraf dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan) pada 2009.

Dapat sambutan

Menurut Harmiza, dia sentiasa memberi galakan kepada ayahnya untuk meneruskan perniagaan tersebut. Tambahan pula, dia juga telah berdaftar dengan Kraftangan sebagai pengusaha.

"Suami, Mohd. Zulkifli Ismail juga banyak membantu menguruskan perniagaan ayah. Kami gembira melihat ayah seronok dengan kerja-kerja membuat kapak.

"Ayah juga selalu berpesan, jika kita melakukan sesuatu, buatlah dengan bersungguh-sungguh sehingga ke tahap tertinggi kerana kelak hasilnya pasti ada," kata Harmiza yang bersara awal sebagai kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Cawangan Kedah.

Selepas menyertai Kraftangan pada 2009, Pak Harun masih tidak aktif disebabkan kekurangan produk siap untuk dijual. Selepas dua tahun, baru dia bersetuju menyertai promosi sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK).

Sejak itu, produk kapaknya terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dijual pada harga RM130 sehingga RM300, kapak Pak Harun dibuat menggunakan beberapa jenis kayu seperti serian, pokok ciku, nyireh, kayu penawar hitam dan halban belak iaitu sejenis kayu yang kulitnya berbelang-belang bak harimau.


PENGALAMAN ngeri terkena mesin gergaji pemotong ini membuatkan Pak Harun lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berulang kembali.


Kayu-kayu tersebut diperoleh dari beberapa tempat termasuk Padang Rengas, Perak dan Bukit Ibam di Chini, Pahang. Biasanya modal setiap kali membeli kayu mencecah antara RM1,000 hingga RM2,000. Setiap bulan, Pak Harun mampu menyiapkan kira-kira 55 unit kapak.

Hasil pendapatan menjual kapak, Pak Harun memberitahu, dia amat bersyukur kerana dengan wang itulah dia dapat menunaikan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadah haji di Mekah pada tahun 2011.

Tongkat biji pinang

"Saya juga baru pulang daripada menunaikan umrah pada awal Mei lalu menggunakan pendapatan hasil jualan kapak ini. Alhamdulillah, semuanya rezeki daripada Allah," ungkap Pak Harun tanda mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepadanya.

Selain kapak, Pak Harun juga ada membuat pisau, parang dan tongkat istimewa menggunakan biji pinang. Proses membuat tongkat ini unik kerana ia mengambil masa sehingga dua tahun untuk disiapkan.

"Saya perlu menunggu biji pinang kering yang diletakkan di bawah tempat redup. Kemudian, barulah ia diproses untuk ditampal di batang kayu johar bagi dijadikan tongkat.

"Setiap batang tongkat menggunakan kira-kira 65 biji pinang. Ia dijual pada harga RM800 sebatang. Inilah yang dikatakan, barang berharga dua kupang boleh menjadi ratusan ringgit. Apa yang penting, kreativiti kita untuk menciptanya," terang Pak Harun.

Keturunan hamba Afrika di India

Posted:

Keturunan hamba Afrika di India

Keturunan hamba Afrika di India


KANAK-KANAK Sidi merupakan penyambung warisan adat kuno masyarakat itu di India.


MASYARAKAT Sidi yang tinggal selama beratus tahun di kawasan pantai barat India masih mengamalkan adat resam nenek moyang mereka. Mereka terdiri daripada keturunan pendatang dari Afrika ke India pada abad kesembilan.

Buku bertajuk A Certain Grace hasil nukilan seorang jurugambar India, Ketaki Sheth mendedahkan masyarakat tersebut hidup dalam kemiskinan di negara itu. Namun, mereka masih berpegang teguh dengan budaya yang dibawa dari negara asal.

Buku yang dilancarkan di Mumbai pada bulan lalu menceritakan mengenai pengalaman kali pertama Sheth menyelami kehidupan masyarakat itu ketika bercuti di Gujerat pada tahun 2005.

"Inilah pertama kali saya berjumpa masyarakat Sidi di Sirwan iaitu sebuah perkampungan di tengah hutan yang dihadiahkan oleh Nawab iaitu seorang putera raja sebagai tanda penghargaan terhadap taat setia mereka," ujarnya.

Baur pemusuhan

Dianggarkan kira-kira 60,000 hingga 70,000 daripada 1.2 juta masyarakat Sidi dari Afrika Timur berhijrah ke India. Masyarakat itu ternyata kurang senang dengan kunjungan orang asing dan tidak menggalakkan perkahwinan campur.

Menurut Sheth, kehadirannya ke kampung itu disambut oleh sekumpulan lelaki yang menunggu di pintu masuk Jambur, sebuah kampung berdekatan dengan Sirwan. Pergerakannya sentiasa menjadi perhatian penduduk di situ.

"Sekiranya pandangan mereka itu boleh membunuh, saya merupakan salah seorang mangsa. Saya dapat merasakan baur-baur permusuhan dan mungkin kebencian melalui pandangan mereka terhadap orang asing," jelasnya.

Dua daripada sekumpulan kanak-kanak kelihatan marah dengan wajah menakutkan telah mencuri tumpuan lensa kamera Sheth. Dalam tempoh lima tahun Sheth terlibat dalam projek potret dan fotografi jalanan, dia melihat masyarakat itu berubah sedikit demi sedikit.

Jambur menjadi latar belakang utama dalam setiap karya fotografi yang berkonsepkan hitam dan putih.

Menurut cerita, tentera dan orang Arab telah membawa keturunan hamba ke India. Masyarakat Sidi tinggal di kawasan kampung dan bandar di pantai barat India dan ada dalam kalangan mereka tinggal bertebaran di negara itu.

Seorang profesor antropologi di Universiti Columbia, New York, Mahmood Mamdani memberitahu, kebanyakan mereka berhijrah bukanlah untuk menjadi buruh tetapi bekerja sebagai askar.


SHETH merupakan antara individu di India yang berminat mengkaji kehidupan masyarakat Sidi.


Menurut tulisan Mahmood dalam muka surat pengenalan buku Sheth, penceroboh Portugis telah membawa hamba askar dari Mozambique ke India.

"Apa yang menarik minat Portugis bukanlah bayaran murah untuk setiap buruh tetapi kesetiaan mereka. Dalam konteks ini, hamba yang terbaik ialah hamba yang berkhidmat sepanjang hayat kepada pemerintah atau keluarga kasta atas," jelasnya dalam buku itu.

Masyarakat Sidi yang setia akan diberikan tanah yang membolehkan mereka membina kediaman di situ.

Ahli akademik Amerika Syarikat (AS), Beheroze Shroff yang telah menjalankan kajian mengenai masyarakat Sidi selama enam tahun memberitahu, kaum tersebut seperti pendatang lain yang mencipta semula tradisi mereka di negara baharu.

Sesetengah adat telah hilang manakala selebihnya seperti muzik, tarian dan penggunaan perkataan Swahili dalam dialek pertuturan Gujarati masih diamalkan oleh masyarakat Sidi.

Ritual

Shroff memberitahu, masyarakat Sidi Muslim masih mengamalkan ritual dan upacara melibatkan gendang dan tarian. Ia dipanggil goma dalam bahasa Swahili yang bermaksud gendang, lagu dan tarian.

"Ia diwarisi dan dipelajari oleh setiap generasi sejak kanak-kanak," ujar Shroff yang mengajar di Universiti California, AS.

Masyarakat Sidi dianggap sebagai kaum terpinggir sejak tahun 1956, namun mendapat manfaat daripada dasar-dasar kerajaan India.

Pihak Berkuasa Sukan India (SAI) melancarkan sebuah pusat latihan Olimpik di Gujarat pada tahun 1987. Ia merupakan salah satu usaha untuk mengambil kesempatan terhadap orang Afrika yang berketurunan Sidi.

Buku A Certain Grace juga menceritakan mengenai eksperimen yang berakhir sembilan tahun lalu itu. Ia menunjukkan laporan politik kecil dan perbalahan dalam kalangan pentadbir telah melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa seperti Juje Jackie Harnodkar.

Harnodkar merupakan seorang atlet daripada masyarakat Sidi kelas pertengahan. Masyarakat Sidi sukar mendapat pekerjaan kerana mereka buta huruf.

Sukhi, salah seorang gadis daripada 88 gambar potret yang berjaya menarik perhatian Sheth dalam bukunya itu mengakui bahawa dia jarang ke sekolah.

"Kali terakhir dia hadir ke sekolah ialah pada kali terakhir saya berjumpa dengannya. Sukhi berumur 10 atau 12 tahun ketika saya mengambil gambarnya pada tahun 2005 tetapi apabila saya bertanya kepadanya, dia seolah-olah tidak pasti," ujarnya.

Gambar potret Sukhi merupakan antara karya yang menarik. Matanya kelihatan sedih dan rambutnya ikal mayang semasa Sheth mengambil gambarnya di Jambur. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Pulau Mutiara syurga makanan

Posted:

Pulau Mutiara syurga makanan

Pulau Mutiara syurga makanan

Oleh NASRI JAMALUDIN
nasri.jamaludin@kosmo.com.my

PENGIKTIRAFAN George Town, Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 26 Julai 2008 memang keputusan yang tepat.

Pelbagai tarikan dapat disaksikan di pulau tersebut seperti bangunan, budaya, makanan dan lokasi untuk beriadah seisi keluarga.

Salah satu tarikan yang mungkin sudah sebati dengan kehidupan masyarakat di negeri tersebut ialah makanan yang disajikan di lorong-lorong jalan.

Nasi kandar antara makanan yang cukup sinonim dengan Pulau Pinang. Jadi, kunjungan ke Pulau Mutiara seakan-akan tidak lengkap sekiranya tidak menikmati hidangan tersebut.

Nasi kandar merupakan nasi putih yang dihidangkan bersama kari dan bermacam-macam pilihan lauk seperti ikan, ayam, sotong, udang dan daging. Kepada mereka yang menggemari makanan yang berempah dan pedas, nasi kandar merupakan pilihan yang tepat.

Antara gerai yang menjadi tumpuan ramai ialah Nasi Kandar Imigresen. Gerai itu dibuka setiap hari dari pukul 11.30 pagi hingga 10 malam kecuali hari Jumaat.

Setelah tiga kali berusaha mencari lokasi tersebut, akhirnya kami menemui gerai tersebut. Ia terletak di Lorong Pasar, Jalan Masjid Kapitan Keling iaitu di depan Kafe Asia.

Di gerai ini disediakan beberapa buah kerusi dan meja untuk pelanggan menjamu selera. Ada juga pelanggan Kafe Asia yang menempah hidangan istimewa itu.

Kafe Asia merupakan kedai kopi Cina lama dan banyak poster-poster lama di dinding kedai itu.

Meskipun jam menunjukkan pukul 11.45 pagi, namun pelanggan sudah mengerumuni gerai tersebut. Ada yang membeli untuk makan di gerai, tidak kurang yang membungkus untuk dibawa pulang. Ia menjadi tumpuan pelanggan berbilang kaum.

Nasi kandar

Beroperasi sejak 15 tahun lalu, Nasi Kandar Imigresen antara gerai yang mendapat perhatian di negeri ini. Pada asalnya, kedai tersebut didirikan di belakang bangunan Imigresen Pulau Pinang sebelum berpindah ke lokasi sekarang.

Menikmati sepinggan nasi dengan campuran lauk daging, sotong dan sayur serta campuran kuah kari membuatkan sepinggan nasi licin dalam masa yang singkat.

MI goreng hasil tangan Mahboob terkenal dalam kalangan pelanggannya.


Masakan yang dihidangkan terasa enak dan tidak hairanlah jika gerai itu menjadi tumpuan pelanggan.

"Saya memasak lauk-pauk di rumah sebelum dibawa ke gerai ini. Nasi kandar lebih sedap dinikmati jika nasinya dilimpahi kuah kari," kata pemilik gerai, Sikkandar Dulkarunai Mohd. Noordeen, 59. Selain mengambil empat orang pekerja, anak lelakinya, Faizal Ali, 23, turut membantunya di gerai.

Selepas kenyang makan nasi kandar bersama air sirap, saya dan jurugambar, Zaini Husin meneruskan misi mencari beberapa buah gerai lain.

Sebelum itu, Pengurus Palanquinn Heritage Suites (Palanquinn), Cheah Leong Keah mencadangkan kami mencuba mi goreng di Lorong Bangkok. Palanquinn merupakan sebuah hotel butik yang juga terletak di Lorong Bangkok.

"Saya sangat sukakan mi goreng di gerai ini kerana rasanya agak masam dan sedap dimakan. Saya juga boleh meminta mi goreng banjir iaitu diletakkan lebih banyak kuah sambal," katanya yang merupakan pelanggan tetap mi goreng gerai di lorong tersebut.

Leong Keah juga menyatakan, keenakan makanan di Pulau Pinang termasuk mi goreng tersebut membuatkan dia tidak mahu menetap di luar negara.

Sebelum terbabit menguruskan hotel itu beberapa tahun lalu, dia pernah belajar dan bekerja di luar negara tetapi telah mengambil keputusan nekad kembali ke Pulau Mutiara.

"Saya rindu hendak menikmati mi goreng yang telah sebati dengan saya sejak zaman kanak-kanak. Selain itu, saya juga mempunyai pelbagai makanan kegemaran di George Town yang sukar hendak diperoleh di luar negara," katanya yang sebelum ini belajar di London, Britain.

Mi goreng

Apabila sampai di lokasi tersebut, saya dapati, gerai mi goreng itu terletak di dalam Kedai Kopi Sing Lee. Dari jauh kelihatan seorang lelaki, Mahboob Mohd. Zakaria, 57, lincah memasak mi. Aksi dan gayanya menarik perhatian kami. Bunyi sudip terkena kuali dan pekerja yang sibuk melayan tempahan pelanggan membuktikan betapa mi goreng ini mempunyai keunikan tersendiri.

"Cili, tomato dan sos saya buat sendiri, kemudian campur ubi kentang, cucur udang, sotong, telur dan tauge. Mi goreng ini memang asli, masakan stail lama," katanya. Menurut Mahbood, keluarganya telah berniaga di Pulau Pinang sejak lapan dekad lalu dengan menolak kereta empat roda dari satu tempat ke tempat lain.

Jelasnya, sejarah pembabitan keluarganya dalam perniagaan mi goreng tersebut sebenarnya lebih panjang iaitu sebelum berhijrah ke Malaysia lagi. Ketika itu, datuknya memulakan perniagaan di India dan setelah berhijrah ke Pulau Pinang dia meneruskan kerjaya tersebut dengan pelanggan utama merupakan pekerja-pekerja buruh.


George Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia kerana mempunyai bangunan-bangunan lama yang unik dan bersejarah.


Ketika pemerintahan British di Pulau Pinang, para peniaga jalanan tidak dibenarkan beroperasi dan jika ditangkap akan dirotan. Bagaimanapun, datuknya tetap berniaga tetapi secara sembunyi-sembunyi.

Dalam pada itu, sepinggan mi goreng campur sotong berharga RM5 manakala mi goreng bersama telur berharga RM4. Gerai tersebut dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 6 petang kecuali hari Isnin.

Roti bakar benggali

Walaupun perut masih kenyang, namun untuk menolak sepinggan mi goreng bercampur sotong amat sukar. Kami dapati mi goreng itu agak kering namun sedap dinikmati ketika masih panas. Rasa masam memang kuat tetapi rasanya sangat sedap. Tidak hairanlah mengapa kedai kopi itu sentiasa penuh terutama pada waktu tengah hari.

Di hadapan gerai mi goreng tersebut terdapat peniaga yang menjual roti bakar dan telur separuh masak.

Walaupun makanan ini kelihatan biasa sahaja, ia mempunyai keistimewaan tersendiri. Menggunakan roti benggali, roti tersebut dibakar menggunakan arang sekali gus menjadikannya beraroma harum. Roti itu kemudiannya disapu marjerin dan kaya.

Telur separuh masak di gerai milik Abdul Manaf Jahir, 59, terasa enak dan garing.

"Saya menggunakan roti benggali kerana rasanya lebih sedap jika dibakar dengan arang manakala telur rebus dimasak menggunakan air yang betul-betul panas supaya telur menjadi separuh masak," katanya. Lelaki itu telah berniaga sejak tujuh tahun lalu dan mempunyai ramai pelanggan tetap termasuk di luar Pulau Pinang.

Hidangan tersebut menjadi lengkap apabila dinikmati secara set iaitu dua keping roti bakar bersama dua biji telur rebus yang berharga RM2.40. Harganya jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.

Menurut Abdul Manaf, perniagaan itu diwarisi daripada bapanya yang memulakannya sejak 63 tahun lalu. Gerai tersebut diuruskannya sejak tujuh tahun lalu setelah bapanya yang berusia lebih 80 tahun tidak larat untuk menguruskannya. Gerai itu dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 5 petang.

Panorama indah tasik

Posted:

Panorama indah tasik

Panorama indah tasik


PENGUNJUNG yang ingin merasai pengalaman seperti berada di kampung bolehlah berkunjung ke Tasik Timah Tasoh.


ACAP KALI apabila menyebut nama Padang Besar yang terletak di Perlis, ramai yang akan membayangkan syurga beli-belah barangan murah di Malaysia.

Namun tidak ramai yang menyedari Padang Besar bukan setakat tempat untuk membeli-belah. Hakikatnya, tidak ramai yang mengetahui kewujudan sebuah tasik yang menyimpan pelbagai tarikan unik.

Tasik Timah Tasoh ialah nama yang tidak asing bagi penduduk Perlis. Ia bukan sahaja nadi pertanian di utara Semenanjung Malaysia, bahkan empangan saliran terbesar itu merupakan lokasi percutian pelancong yang cintakan alam semula jadi.

Tasik tersebut pada asalnya merupakan pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Ia juga merupakan lokasi sebuah kampung iaitu Tasoh yang telah ditenggelamkan bagi mewujudkan empangan tersebut.

Turut ditenggelamkan bersama kampung itu ialah masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan. Selain nostalgianya yang semakin luput daripada ingatan penduduk setempat, kampung tersebut terpaksa ditenggelamkan untuk membentuk takungan air bagi menyediakan bekalan air domestik dan perindustrian. Selain itu, ia bagi memenuhi keperluan untuk mengairi 2,466 hektar tanah sawah untuk penanaman dua kali setahun di kawasan utara dan tengah Perlis.

Buah percuma

Selain pemandangan yang menarik, tetamu di Tasoh Lake Resort & Retreat boleh menikmati buah-buahan secara percuma di dusun-dusun di sekitar tasik tersebut.


SEORANG pekerja memetik mempelam harumanis di ladang Jabatan Pertanian Bukit Bintang, Kangar. - Gambar hiasan


Bagaimanapun, tidak lengkap percutian di Perlis tanpa menikmati buah mempelam tempatan iaitu harumanis yang berharga RM20 sekilogram. Buah mempelam itu digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum, rasa yang manis dan isinya tebal. Mangga tersebut juga enak dimakan bersama pulut.

Ketua Pegawai Eksekutif Tasoh Lake Resort & Retreat, Helmy Faizal Mohd. Kamal memberitahu, harumanis juga merupakan satu daripada sajian tradisi Perlis dan isinya boleh diproses menjadi jus atau jem. Buah-buahan lain yang terdapat di dusun tersebut ialah durian, durian belanda, rambutan dan mangga yang boleh dipetik terus dari pokoknya.

Sekitar satu kilometer ke utara dari calet tersebut ialah Padang Besar. Padang Besar merupakan pusat beli-belah dan pintu masuk ke Thailand bagi pelancong yang ingin ke Hat Yai, Krabi atau Phuket.

Kedudukan Tasik Timah Tasoh juga berhampiran Wang Kelian iaitu pasar sehari yang menjadi tumpuan masyarakat setempat dan Thailand berbelanja. Mereka hanya perlu menunjukkan identiti pengenalan diri masing-masing.

Menurut Helmy Faizal, ramai pelancong asing yang singgah berehat di Tasoh Lake Resort & Retreat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Thailand.

"Misalnya, kita mempunyai pelanggan tetap dari England yang membawa Carry Van dan menetap selama sekurang-kurangnya sebulan di dalam van yang diletakkan di tepi tasik itu," kata Helmy Faizal.

Percutian di tasik itu juga menjanjikan syurga kepada kaki pancing Antara ikan air tawar yang terdapat di tasik itu ialah tilapia, ubi, keli dan haruan.

Spesies ikan

Ikan segar yang diperoleh dibakar terus di tepi tasik pada waktu malam yang bersuhu 28 darjah Celsius sambil bersantai di gazebo yang disediakan. Terdapat juga nelayan yang menjala ikan di situ. Para pemancing yang menyertai nelayan boleh mendapat hasil yang lebih lumayan.

Di tasik tersebut, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai aktiviti air seperti berakit, berkayak dan sukan air. Tasik Tasoh juga menjadi lokasi yang dipilih untuk sukan layar peringkat kebangsaan sejak 2010.

Jika memancing atau aktiviti air tidak menjadi pilihan, pengunjung boleh memilih untuk melakukan 12 aktiviti merempuh halangan dan menyertai pasukan bina semangat.


TASIK Timah Tusoh terletak berhampiran Wang Kelian iaitu pasar sehari yang menjadi tumpuan masyarakat setempat dan Thailand berbelanja.


Tasik tersebut juga dilengkapi kemudahan tapak perkhemahan bagi yang tidak mahu menginap di 51 unit calet pada kadar harga dari RM80 hingga RM500.

"Antara syarikat terkemuka yang pernah membuat aktiviti bina semangat di sini ialah Prudential, Safura dan institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara," tambah Helmy Faizal.

Lazimnya, pada bulan Ogos, Timah Tasoh menjadi santuari burung-burung hijrah terutama dari negara-negara sejuk. Pada bulan itu, tasik ini dan persekitaran semula jadinya menawarkan habitat termasuk makanan dan perlindungan yang diperlukan burung-burung berkenaan.

Timah Tasoh juga sering menjadi lokasi penggambaran drama bersiri Astro seperti Kiah Pekasam dan lokasi penggambaran klip video lagu Kisah Hati nyanyian Alyah.

"Majlis perkahwinan Fasha Sandha dan konsert sulung kumpulan Bunkface juga pernah diadakan di sini tiga tahun lalu," katanya. - Bernama

Bermalam di rumah Bajau Suluk

Posted:

Bermalam di rumah Bajau Suluk

Bermalam di rumah Bajau Suluk

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


PELANCONG yang menginap di Nuryati Inn dapat menikmati pemandangan laut yang terbentang luas di hadapan inap desa itu.


BAGI pelancong yang pernah berkunjung ke Pulau Mabul yang terletak di daerah Semporna, Sabah, ketenangan kawasan kampung yang didiami oleh masyarakat Bajau Suluk dan kebiruan air laut pasti menjadi memori indah untuk dikongsi bersama kenalan.

Pulau itu juga menjadi destinasi tumpuan para penyelam skuba dari seluruh dunia untuk melihat kecantikan dan keindahan batu karang serta hidupan lautnya. Eel Garden dan House Reef antara dua kawasan tumpuan untuk aktiviti skuba di pulau itu.

Usah risau mengenai penginapan sepanjang bercuti di Pulau Mabul kerana terdapat kira-kira 10 buah resort dan inap desa yang diusahakan oleh penduduk pulau itu.

Pengalaman bermalam di inap desa atas air merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Walaupun sentiasa dipukul ombak, kediaman yang dibina oleh masyarakat Bajau Suluk daripada kayu belian itu masih utuh berdiri.

Nuryati Inn merupakan antara inap desa atas air di Pulau Mabul. Ia sebuah penginapan yang ringkas dan mempunyai pelbagai kemudahan.

Pemilik homestay itu, Mohd. Yusof Jalal, 55, memberitahu, inap desa itu mempunyai warna tema iaitu biru dan putih. Ia dibina di kawasan seluas 0.8 hektar dengan kemudahan jeti botnya sendiri.

Dia yang juga Ketua Kampung Pulau Mabul berkata, pihaknya menyediakan sembilan bilik tidur dan lima bilik air.

KANAK-KANAK Bajau Laut sedang bermain-main di sekitar perairan Pulau Mabul.


Keperluan asas

"Bersesuaian dengan konsep ringkas, setiap bilik disertakan dengan dua buah katil, kipas dan soket elektrik yang merupakan keperluan asas pelancong sepanjang bercuti di sini.

"Penginapan dua hari satu malam merupakan pakej minimum di Nuryati Inn. Pakej itu meliputi pengangkutan dari Jeti Umum Semporna ke Pulau Mabul. Jadi, anda tidak perlu risau untuk menyewa bot ke sini," ujarnya yang dikenali sebagai Panglima oleh penduduk tempatan.

Kemudahan lain yang disediakan ialah kedai runcit yang menjual barang-barang keperluan asas seperti beras dan gula. Turut dijual ialah barangan cenderamata seperti kemeja-T.

Dalam pakej itu juga, pihak Nuryati Inn menyediakan hidangan sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Lebih menarik, anda berpeluang menikmati hidangan

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


290 murid sertai kem UPSR anjuran Petronas

Posted:

290 murid sertai kem UPSR anjuran Petronas

290 murid sertai kem UPSR anjuran Petronas

MOHD. HANIFF (duduk, kiri) bergambar bersama murid-murid yang menyertai kem motivasi anjuran Petronas di Kajang baru-baru ini.


PERSIAPAN. Seramai 290 pelajar tahun enam menyertai kem motivasi tahunan anjuran syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di Kajang, Selangor sebagai persedian untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Kem pembelajaran yang dijalankan secara intensif selama tiga hari itu bertujuan membekalkan para pelajar terbabit dengan tip-tip menjawab soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik serta persediaan mental untuk menghadapi peperiksaan.

Mereka turut didedahkan dengan aktiviti pembelajaran berkonsep santai dan ceria yang dikendalikan oleh sukarelawan daripada kakitangan Petronas.

Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Mohd. Haniff Hassan.

KPTM Bangi juara Sukan Kolej Poly-Tech Mara 2013

Posted:

KPTM Bangi juara Sukan Kolej Poly-Tech Mara 2013

KPTM Bangi juara Sukan Kolej Poly-Tech Mara 2013


SOHAIMI (belakang, tengah) bergambar bersama kontinjen KPTM Kampus Bangi yang menjuarai kejohanan Suptem 2013 di Kota Bharu baru-baru ini.


JUARA. Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Bangi dinobatkan juara keseluruhan kejohanan dwitahunan Sukan Kolej Poly-Tech Mara (Suptem) 2013 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

KPTM Kampus Bangi mengetepikan cabaran tujuh kampus KPTM cawangan lain dari seluruh negara dengan menggondol tujuh pingat emas dan tiga gangsa.

Naib juara milik KPTM Kuala Lumpur yang meraih lima emas, sembilan perak dan enam gangsa diikuti tuan rumah, KPTM Kota Bharu (empat emas, lima perak dan dua gangsa).

Seramai 600 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan seperti bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar.

Majlis penutup kejohanan disempurnakan Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan.

Kakitangan USM sertai program kemasyarakatan

Posted:

Kakitangan USM sertai program kemasyarakatan

Kakitangan USM sertai program kemasyarakatan


ZAINAL ARIFIN (kiri) menyampaikan sumbangan komputer kepada wakil pihak pengurusan Masjid Jamiul Rahman di Pendang baru-baru ini.


KERJASAMA. Seramai 30 kakitangan Pusat Islam Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM Bertam mengadakan Program Libat Sama Komuniti 2013 di Pendang, Kedah baru-baru ini.

Program yang bertujuan mendekatkan kakitangan USM dengan penduduk tempatan itu diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamiul Rahman, Kariah Paya Kelubi/Tempoyak.

Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Zainal Arifin Mohd. Ishak berkata, program seperti itu penting dalam usaha menjalin hubungan mesra antara penduduk dengan peserta program.

Zainal Arifin turut menyerahkan 10 unit komputer sumbangan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia kepada pengurusan masjid berkenaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Cikgu, suami dera amah dipenjara

Posted:

Cikgu, suami dera amah dipenjara

Cikgu, suami dera amah dipenjara

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

MARSINI yang menjadi mangsa dera pasangan suami isteri pada tahun lalu.


JOHOR BAHRU - Seorang guru sekolah menengah dan suaminya masing-masing dijatuhi hukuman penjara 25 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas pasangan itu didapati bersalah tergamak mendera pembantu rumah warga Indonesia pada tahun lalu sehingga mangsa cedera parah.

Perbuatan keji pasangan suami isteri itu berlarutan selama tiga bulan iaitu dari Julai hingga September 2012 gara-gara kesalahan remeh seperti tidak pandai memasak yang didakwa dilakukan mangsa, Marsini, 22.

Hakim Nu'Aman Mahmud Zuhudi mensabitkan jurujual kereta Mohd. Shukur Suradi, 29, dan guru Daeng Norul Asyikin Bachok, 28, bersalah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan parah dan juga memperdagangkan mangsa yang berasal dari Pontianak, Kalimantan.

Hakim Nu'Aman menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan terhadap Mohd. Shukur bagi pertuduhan pertama iaitu mendatangkan kecederaan parah manakala 10 tahun penjara bagi pertuduhan kedua iaitu memperdagangkan mangsa itu.

Sementara itu, Daeng Norul Asyikin, seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di sini, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi pertuduhan pertama dan penjara 10 tahun bagi pertuduhan kedua.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wanita Indonesia layak dibicara kes dera

Posted:

Wanita Indonesia layak dibicara kes dera

Wanita Indonesia layak dibicara kes dera

KUANTAN - Pemeriksaan kesihatan mental ke atas pembantu rumah warga Indonesia, Yuliana mendapati wanita itu waras ketika dia melakukan penderaan terhadap seorang bayi di rumah majikannya di sini pada Februari lalu.

Laporan Pegawai Perunding Psikiatri Forensik Hospital Permai Johor Bahru, Dr. Badi'ah Yahya menyatakan, pembantu rumah berumur 23 tahun itu tidak menunjukkan dia ada penyakit mental.

"Pada pendapat saya, semasa kejadian, dia menyedari apa yang berlaku dan mampu memahami bahawa tindakannya itu salah.

"Dia layak dibicarakan dan layak membuat pengakuan membela diri di mahkamah," kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya semasa membaca laporan tersebut semalam.

Peguam yang mewakili tertuduh, T. Vijayanandran bagaimanapun mempersoalkan hasil laporan tersebut kerana laporan itu didakwa sepatutnya disediakan oleh pengarah hospital berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Geng kongsi gelap bergaduh

Posted:

Geng kongsi gelap bergaduh

Geng kongsi gelap bergaduh

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH – Beberapa kes bunuh yang melibatkan penggunaan senjata api yang berlaku di Taiping sejak akhir-akhir ini rupa-rupanya berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah bagi merebut kawasan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar) berkata, siasatan polis mendapati sekurang-kurangnya empat kes bunuh termasuk yang terbaharu pada Isnin lalu yang berlaku di bandar ini berpunca daripada masalah perebutan kawasan oleh dua kumpulan kongsi gelap berkenaan.

"Walaupun setakat ini kes tembak dan pembunuhan itu hanya melibatkan anggota kedua-dua kumpulan terbabit, kejadian jenayah itu telah mengganggu ketenteraman awam kerana dilakukan secara terbuka terutamanya di restoran.

"Oleh itu, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim ditubuhkan bagi menangani masalah tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Revington kembali turun padang

Posted:

Revington kembali turun padang

Revington kembali turun padang

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

REVINGTON (tiga dari kanan) kembali mengetuai sesi latihan skuad negara di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.


SUASANA pada sesi latihan skuad negara di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam kembali ceria.

Ini kerana ketua jurulatih, Paul Revington sudah kembali membimbing anak-anak buahnya yang kini bersiap sedia menghadapi saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru bermula 29 Jun hingga 7 Julai depan.

Pada Isnin dan Selasa lalu, sesi latihan skuad negara dikendalikan penolong jurulatih, Arul Selvaraj.

Namun, semalam suasana kem latihan skuad negara kembali mendengar teriakan suara jurulatih kelahiran Afrika Selatan berusia 39 tahun itu dan para pemain juga dilihat begitu bersemangat menerima semula kehadiran Revington.

Revington berkata, beliau amat gembira kerana segala kekusutan yang berlaku sepanjang minggu lalu telah dapat diselesaikan secara baik.

"Kini, saya sangat gembira untuk kembali mengendalikan pasukan kebangsaan dan lebih manis apabila saya melihat pemain-pemain begitu bersemangat apabila melihat kehadiran saya hari ini (semalam). Saya sangat menyayangi pasukan ini.

"Saya juga berharap tumpuan pemain-pemain tidak terganggu dengan situasi yang terjadi minggu lalu," kata Revington.

Menurut Revington, beliau mahu memberi pujian kepada Arul serta staf kejurulatihan lain yang bekerja dengan baik sepanjang ketiadaannya dua hari lalu.

"Saya anggap apa yang telah terjadi sebelum ini mampu memberi pengajaran yang sangat berguna kepada semua pihak terutama pihak pengurusan," jelasnya.

Menyentuh mengenai pemilihan dua lagi pemain bagi melengkapkan senarai 18 pemain ke Johor, Revington berkata, beliau akan berbincang dengan Arul mengenai perkara itu sebelum keputusan dibuat esok.

Pada Isnin lalu, selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Revington telah membatalkan hasrat untuk meletakkan jawatan.

Tindakan mengejut Revington untuk mengundur diri itu disebabkan beliau tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik ekoran campur tangan pihak lain.

Difahamkan, antara individu yang mencampuri urusan Revington ialah jurulatih skuad remaja negara, Muhd. Dhaarma Raj Abdullah serta Pengarah Program Pembangunan 1MAS, Lim Chiow Chuan.

Kelmarin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong turut mengadakan pertemuan dengan Revington, Dhaarma dan Chiow Chuan bagi menjernihkan semula keadaan.

KBS tanggung beban

Posted:

KBS tanggung beban

KBS tanggung beban

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


KHAIRY (enam dari kiri) bergambar bersama para penaja temasya Sukma 2013 di Putrajaya semalam. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan (enam dari kanan) dan Ketua Pengarah MSN (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong (lima dari kanan).


KOS penganjuran yang semakin meningkat menjadi bebanan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) setiap kali menganjurkan sesuatu kejohanan, baik di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa.

Situasi tersebut secara tidak langsung dilihat mampu memberi implikasi terhadap usaha untuk membida dan menganjurkan Sukan SEA 2017 di mana giliran Kuala Lumpur menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kekurangan penajaan daripada sektor swasta dilihat menjadi faktor utama masalah tersebut berterusan.

"Tidak kira Sukma (Sukan Malaysia) atau Sukan SEA, masalah kos penganjuran sentiasa berlaku.

"Kos sebenar penganjuran Sukma tahun ini mencecah RM9juta dan 90 peratus daripadanya ditanggung oleh kementerian (KBS).

"Keadaan itu menggambarkan tahap kesedaran sektor swasta dalam menyokong industri sukan masih rendah," kata Khairy kepada pemberita selepas majlis penyampaian tajaan Sukma 2013 di Putrajaya semalam.

Edisi ke-16 Sukma 2013 yang bermula pada 28 Jun hingga 7 Julai nanti, melibatkan 4,934 peserta termasuk atlet, jurulatih dan pengurusan kontijen dengan 20 acara dipertandingkan.

Melihat senario itu, Khairy percaya ia akan menyukarkan perkembangan sukan di negara ini kerana pihak KBS terpaksa menyalurkan dana untuk penganjuran temasya sukan di peringkat kebangsaan.

"Dibandingkan dengan negara maju, kerajaan di negara terbabit hanya menumpukan kepada aspek pembangunan.

"Jadi kos menganjurkan kejohanan tiada masalah dan program pembangunan dapat dilakukan dengan baik, sekali gus mampu melahirkan atlet terbaik," katanya.

Sebagai rekod, Sukma 2013 hanya menerima tajaan RM1 juta dalam bentuk wang tunai.

Khairy menjelaskan, faktor kos juga akan memberi impak kepada kemampuan Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2017.

"Walaupun ada yang mengatakan kos menganjurkan Sukan SEA adalah lebih rendah berbanding Sukma, perlu diingat objektif kedua-dua temasya itu adalah berbeza.

"Sukma merupakan platform untuk melahirkan atlet kebangsaan manakala Sukan SEA pula sebagai pintu terbaik buat atlet negara bertanding di peringkat antarabangsa.

"Kita mahu yang terbaik dan dalam masa yang sama, kos dan penganjuran harus seimbang. Sekiranya terdapat tajaan daripada sektor swasta, giliran kita untuk menjadi tuan rumah tidak akan terjejas.

"Begitupun, saya akan berbincang dengan jemaah menteri mengenai kemampuan Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2017 sebelum hujung tahun ini.

"Bukan sahaja penganjuran itu penting daripada aspek diplomatik, kita tidak mahu terlepas giliran hanya disebabkan faktor kos," tegas Khairy.

ATM hidu peluang 'tekan' Lions XII

Posted:

ATM hidu peluang 'tekan' Lions XII

ATM hidu peluang 'tekan' Lions XII

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan menganggap hanya kemenangan ke atas Selangor malam esok mampu menghidupkan peluang skuad kendaliannya memburu kejuaraan Liga Super musim ini.

Pada masa sama, Sathianathan berharap Johor Darul Takzim (Johor DT) dapat menewaskan pendahulu liga, Lions XII sehari selepas The Gladiators menentang Gergasi Merah di Stadium Shah Alam.

Ini kerana Sathianathan percaya kemenangan ke atas Selangor dapat memberikan suntikan moral terbaik buat anak-anak buahnya dalam misi mereka mengutip 12 mata maksimum pada baki empat perlawanan terakhir liga.

Ketika ini, Lions XII unggul di puncak liga dengan kelebihan lima mata di depan ATM yang berada di tangga kedua.

"Aksi menentang Selangor memang sukar kerana mereka kembali bersemangat dengan kehadiran enam pemain yang baharu menjalani latihan bersama Harimau Malaya di Australia baru-baru ini.

"Kehadiran keenam-enam pemain terbabit pasti mengubah rentak permainan untuk Selangor. Namun, kami tetap optimis untuk mendapatkan tiga mata bagi terus memberikan tekanan kepada Lions XII.

"Bukan sahaja kemenangan ke atas Selangor, tetapi ATM wajib mengutip 12 mata untuk baki empat perlawanan terakhir sekiranya berhasrat untuk muncul sebagai juara Liga Super musim ini.

"Selain itu, kami turut mengharapkan pasukan lawan dapat menyekat kemaraan wakil Singapura itu (Lions XII) pada baki perlawanan liga," kata Sathianathan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Sathianathan turut mendedahkan khidmat kapten The Gladiators, Hairuddin Omar terpaksa dilupakan untuk aksi menentang Gergasi Merah.

Ia gara-gara pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu ditimpa masalah kecederaan tulang kaki kanan.

"Kami tidak dapat menurunkan Hairuddin kerana dia masih dilanda masalah kecederaan.

"ATM harus berkerja lebih kuat kerana pertemuan menentang Selangor satu aksi yang sengit.

"Namun, saya sentiasa percaya dan optimis dengan keupayaan anak-anak buah saya dalam usaha meraih tiga mata penuh di Shah Alam nanti," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Filem animasi mencuit hati

Posted:

Filem animasi mencuit hati

Filem animasi mencuit hati

Oleh IZRINDA BADROLHISHAM

MONSTERS UNIVERSITY merupakan prekuel filem MonsterInc.


LAYAR PERAK pada minggu ini membawakan filem Monsters University hasil kerja pelakon suara baharu seperti Dave Foley, Julia Sweeney, Joel Murray dan Peter Sohn.

Filem ini merupakan prekuel filem Monsters Inc. Ia bermula ketika Mike Wazowski (Billy Crystal) berada di sekolah rendah. Dia kemudian melanjutkan pengajian ke University of Fear.

Di universiti itu, Mike mendapat rakan sebilik iaitu Randall (Steve Buscemi). Pada waktu malam, dia sering bertelagah dengan seorang lagi pelajar, Sully (John Goodman). Bagaimanapun Mike dan Sully akhirnya berkawan baik.

Dalam pada itu, bagi yang pernah membaca sebuah novel karangan Max Brooks pasti tidak lena tidur apabila menonton filem World War Z.

Filem lakonan Brad Pitt ini semestinya memberi kepuasan kepada penggemar filem seram.

Filem tempatan, Tokak turut menemui penonton minggu ini. Filem ini berkisar tentang penemuan sebuah kotak misteri oleh Iskandar. Apabila Iskandar membuka kotak tersebut, satu roh telah merasuknya menyebabkan beberapa insiden pelik berlaku di hotel yang diurusnya. Pengunjung-pengunjung hotel itu turut terkena tempias gangguan tersebut.

Antara barisan pelakon lama dan baharu yang diketengahkan dalam Tokak ialah Abon, Julia Zeigler, Faiz Raja Lawak dan Diana Johor.

Monsters University

Tarikh tayangan: 20 Jun 2013

Genre: Pengembaraan, komedi dan animasi

Durasi: 1 jam 41 minit

Pengarah: Dan Scanlon

Pelakon: Billy Crystal, John Goodman, Steve Buscemi, Joel Murray, Sean Hayes, Dave Foley, Peter Sohn, Charlie Day, Frank Oz, Helen Mirren, Alfred Molina, Nathan Fillion, dan Aubrey Plaza

Sinopsis: Monsters University ialah filem prekuel kepada filem komedi animasi Pixar yang sangat berjaya, iaitu Monsters Inc. Filem ini memfokuskan kehidupan Sulley dan Mike ketika menuntut di University of Fear. Mereka berdua sentiasa bersaing sesama sendiri sebelum menjadi sahabat baik. Semua pelakon suara untuk filem pertama kembali untuk filem ini. Mereka juga disertai pelakon suara baharu seperti Dave Foley, Julia Sweeney, Joel Murray dan Peter Sohn.


LAKONAN bertenaga Brad Pitt (tengah) pasti memberi kepuasan kepada penonton.


World War Z

Tarikh tayangan: 20 Jun 2013

Genre: Seram dan aksi

Durasi: 1 jam 53 minit

Pengarah: Marc Forster

Pelakon: Brad Pitt, Mireille Enos, James Badge Dale, dan Matthew Fox

Sinopsis: Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel seram Max Brooks iaitu World War Z. Dalam filem ini, seorang wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Brad Pitt yang memegang watak Gerry Lane, telah mengembara ke seluruh dunia untuk menemu bual mangsa serangan Zombie yang digelar World War Z. Dalam filem ini dunia telah banyak berubah dari segi agama, geopolitikal dan alam sekitar.

Tokak

Tarikh tayangan: 20 Jun 2013

Genre: Komedi seram

Durasi: 1 jam 30 minit

Pengarah: Sabree Fadzil

Pelakon: Mikail Andre, Diana Johor, Abon, Julia Zeigler, dan Faiz Raja Lawak.

Sinopsis: Mengisahkan seorang pengurus hotel bernama Iskandar yang terjumpa sebuah kotak misteri di tepi pantai sewaktu berjoging. Isi di dalam kotak tersebut membuatkan dia bertukar watak menjadi ganas dan menggigit semua orang yang melakukan kemungkaran. Gangguan tersebut berlaku di dalam kawasan hotel. Dalam sebutan bahasa pasar orang Utara, tokak bermaksud gigit. Kemunculan seorang ustaz berjaya menyelamatkan tunang Iskandar daripada menjadi mangsa tokak yang terakhir.

Seni Mod terserlah di Mods Cafe

Posted:

Seni Mod terserlah di Mods Cafe

Seni Mod terserlah di Mods Cafe

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

VAN lama model Volkswagen menjadi tempat barista menyediakan kopi.


JIKA anda bersiar-siar melihat keunikan bangunan lama di Jalan Tokong, berdekatan Jalan Jonker di Melaka pasti pandangan mata anda tertancap pada sebuah kafe yang sangat unik hiasan dalamannya.

Kafe tersebut menjual pelbagai minuman yang terdiri daripada kopi dan kek buatan sendiri pada harga antara RM7 hingga RM15 segelas.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, pengunjung pasti tergamam melihat sebuah van model lama Volkswagen yang menjadi titik tarikan di Mods Cafe.

Van itu digunakan sebagai tempat barista membancuh kopi selain dijadikan tempat juruwang.

Sama seperti namanya, hiasan dalamannya menggunakan seni budaya yang berasal dari London, England yang bermula sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an.

NIKMATI secawan kopi sambil menghayati dekorasi unik di Mods Cafe.


"Saya memang meminati aliran Mod dan lokasinya di Banda Hilir amat sesuai dengan suasana yang tenang dan relaks," kata pemilik Mods Cafe yang hanya mahu dikenali sebagai A-bert Khow.

Nama panggilan Mod diambil daripada singkatan Modernist (Modernis) yang mempunyai signifikan elemen fesyen, muzik dan motor skuter.

Simbol budaya Mod yang menggunakan lambang Tentera Udara Diraja British turut menjadi logo Mods Cafe. Bukan setakat lambang, gaya retro jelas kelihatan pada keseluruhan hiasan dalaman.

Dalam subbudaya ini, motor skuter seperti Vespa dan miniatur kenderaan tersebut kelihatan di rak-rak di dalam bangunan itu.

Peralatan makanan seperti bekas air gula juga menggunakan botol lama dengan mengekalkan logo syarikat lama.


PENGGUNAAN miniatur Vespa menaikkan lagi aura tahun 50-an di Mods Cafe.


Muzik Mod juga jelas terserlah menerusi irama muzik yang berkumandang selain bola kaca yang digantung di tengah-tengah kafe.

Menurut Khow, penyerapan subbudaya Mod berakar umbi daripada budaya kedai kopi Beatnik yang menjadi tumpuan pelajar sekolah seni pada waktu itu.

Kebanyakan pelajar tersebut terdiri daripada mereka yang menjadi pengikut radikal aliran Bohemian di London.

Walau apa pun polemik yang ditimbulkan, Mods Cafe yang terletak di Jalan Tokong itu merupakan tempat yang sesuai untuk pencinta seni menyelami seni Mod sambil menikmati secawan kopi yang menyegarkan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rakyat bantah Piala Konfederasi

Posted:

Rakyat bantah Piala Konfederasi

Rakyat bantah Piala Konfederasi

SEORANG anggota polis menembak semburan lada ke arah seorang penunjuk perasaan di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.


RIO DE JANEIRO - Sejumlah belia bertempur dengan polis di sini kelmarin selepas lebih 200,000 orang berhimpun di beberapa bandar raya utama di Brazil bagi membantah perbelanjaan berbilion-bilion dolar untuk Piala Konfederasi di samping kenaikan tambang pengangkutan awam.

Secara keseluruhannya, tunjuk perasaan yang terbesar di Brazil dalam tempoh 20 tahun itu berlangsung secara aman.

Penunjuk perasaan berang kerana pemerintah berbelanja besar sebagai persiapan untuk menganjurkan Piala Konfederasi dan Piala Dunia pada tahun depan.

Brazil merupakan tuan rumah kepada dua piala utama dalam sukan bolasepak itu.

Penduduk miskin dan golongan kaya di Brazil dipisahkan oleh jurang sosial dan ekonomi yang ketara.

Beberapa kes vandalisme dilaporkan di bandar raya ini dan Porto Alegre manakala seorang remaja berusia 18 tahun berada dalam keadaan stabil di Hospital Belo Horizonte selepas terjatuh daripada sebuah jejantas semasa menunjuk perasaan.

Polis menggunakan gas pemedih mata, penyembur lada dan peluru getah untuk menyuraikan sekumpulan belia bertopeng yang bertindak liar berhampiran dewan undangan negeri Rio.


PENUNJUK perasaan berarak di bandar raya Sao Paolo, Brazil kelmarin.


Lima anggota polis cedera manakala sebuah kenderaan dibakar dalam kejadian tersebut.

Di tempat-tempat lain di bandar raya ini yang menjadi tuan rumah Piala Konfederasi, sekitar 100,000 orang berarak ke pusat bandar.

Di ibu kota Brazil, Brasilia pula lebih 200 belia menawan bangunan Kongres untuk seketika sebelum mereka beredar selepas dipujuk oleh pihak polis.

Tidak lama kemudian, sekitar 5,000 belia membentuk rantaian manusia di sekeliling bangunan tersebut.

Di bandar raya Sao Paulo, kira-kira 65,000 orang menyertai perarakan aman tanpa insiden kekacauan seperti yang berlaku dalam protes serupa minggu lalu.

"Bantahan aman dibenarkan di sisi undang-undang negara ini," kata Presiden Brazil, Dilma Rousseff.

Di beberapa tempat lain di Brazil, sekitar 30,000 penunjuk perasaan berarak di Belo Horizonte, 10,000 orang Curitiba dan 10,000 lagi di Belem.

"Saya berarak untuk menyatakan bahawa Brazil bukan hanya tentang bola sepak atau parti seperti tanggapan orang luar.

"Kami juga bimbang seperti kekurangan pelaburan dalam sektor penting, terutamanya kesihatan dan pendidikan," kata seorang peguam berusia 24 tahun di Rio, Daiana Venancio.

Terdahulu, Menteri Sukan, Aldo Rebelo memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan membenarkan penunjuk perasaan mengganggu kejohanan bola sepak antarabangsa di Brazil.

Protes itu juga diadakan bagi membantah tambang pengangkutan tren awam yang meningkat daripada AS$1.50 (RM4.70) kepada AS$1.60 (RM5) di Sao Paulo sejak 10 hari lalu.

Piala Konfederasi berlangsung dari 15 hingga 30 Jun ini manakala Piala Dunia 2014 pula bermula pada 12 Jun tahun depan. - AFP

Kastam rampas 213 tapak kaki beruang

Posted:

Kastam rampas 213 tapak kaki beruang

Kastam rampas 213 tapak kaki beruang


GAMBAR menunjukkan tapak kaki beruang yang dirampas oleh kastam di Manzhouli, China kelmarin.


MANZHOULI - Pasukan kastam di wilayah autonomi Inner Mongolia, China merampas sejumlah 213 tapak kaki beruang yang diseludup oleh dua lelaki warga Rusia di sini kelmarin.

Seorang pegawai kastam tempatan, Sun Rongxin berkata, tapak kaki beruang itu disembunyikan di dalam sebuah van yang dinaiki suspek di wilayah tersebut pada 22 Mei lalu.

Menurutnya, rampasan itu merupakan yang terbesar pernah dilakukan anggota kastam Inner Mongolia setakat ini.

Tambah Rongxin, kedua-dua suspek kini ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat bagi mengetahui lokasi penghantaran tapak kaki beruang berkenaan.

Jelasnya, tapak kaki beruang itu disembunyikan di dalam roda dan tayar ganti van tersebut.

Siasatan lanjut mendapati, tapak kaki beruang tersebut berasal daripada spesies beruang coklat yang dilindungi di China.

Pasukan kastam berkata, sekilogram tapak kaki beruang di Rusia berharga AS$63 (RM198).

Bagaimanapun harga tapak kaki beruang di China naik 10 kali ganda. - Agensi

Makmal biak katak damak beracun

Posted:

Makmal biak katak damak beracun

Makmal biak katak damak beracun


RACUN katak berwarna biru ini mampu membunuh 10 orang pada satu-satu masa.


LONDON - Sekumpulan pakar di Britain berjaya membiak spesies katak antara paling berbisa di dunia, lapor akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

Spesies amfibia yang jarang ditemui itu mampu membunuh 10 orang pada satu-satu masa dengan bisanya.

Dinamakan blue poison dart frog atau katak damak beracun, spesies sepanjang 2.5 sentimeter itu hidup dalam hutan tropika di Costa Rica dan Brazil.

Katak tersebut semakin pupus ekoran habitatnya musnah akibat aktiviti pembalakan dan pertanian.

Usaha pembiakan spesies itu dilakukan oleh sekumpulan pakar dari Kolej Walford dan North Shropshire. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved