Rabu, 12 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sosok badan penentu populariti

Posted:

Sosok badan penentu populariti

Sosok badan penentu populariti

BINTANG tersohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan pernah menyuarakan pandangan mengenai penggunaan steroid dalam kalangan selebriti di India yang telah mencetuskan kontroversi beberapa ketika dulu.

"Pemilik fizikal yang semula jadi dalam industri ini (hiburan) milik aku! Inilah bentuk badan yang asli tanpa steroid, tanpa sebarang produk tiruan," tegasnya cukup lantang kedengaran.

Melihat perkembangan industri hiburan terutama bidang lakonan hari ini, obsesi artis lelaki untuk membina badan demi mendapatkan bentuk yang diidamkan sangat jelas terbukti.

Mungkin hanya melaburkan kurang 10 peratus daripada pendapatan bulanan, mereka dapat memperoleh sosok tubuh yang berotot, ideal dan menggiurkan.

Menyentuh mengenai dunia bina badan bagi golongan artis, pelakon Norman Hakim mempunyai pandangan tersendiri.

Menurutnya, selain dapat memastikan kualiti kesihatan yang seimbang, bina badan juga membentuk struktur badan yang dianggap satu aset penting.

"Saya begitu obses dengan bina badan sejak empat tahun lalu, daripada sekadar ikut mood sekarang ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup.

"Selepas Subuh lebih kurang dari pukul 6 hingga 8 pagi, bersenam di gimnasium merupakan acara wajib saya dan paling tidak pun selang sehari.

"Bina badan untuk kesihatan dan disebabkan aktiviti ini saya berhenti merokok tiga tahun lepas. Selain itu, rutin sebegini meningkatkan stamina selain menjadi satu instrumen fizikal dalam bidang lakonan.

"Mana tidaknya, kita akan nampak cantik dan kemas apabila mengenakan sebarang pakaian di badan," ujarnya yang biasa ke gimnasium secara purata empat kali seminggu.

Rutin senaman

Tidak menjadi alasan bagi Norman, 37, yang jadual kerjanya boleh mencecah jumlah 18 jam sehari untuk tiada masa ke gimnasium bagi membina badan.

Bagi suami kepada aktres jelita Memey Suhaiza itu, peruntukan durasi sejam sehari untuk aktiviti asas berpeluh sudah memadai.

"Biasanya, saya menghabiskan masa 50 minit untuk aktiviti senaman kardiovaskular dan baki lagi sejam 10 minit untuk angkat beban.

"Bahagian sasaran asasnya dada, belakang, otot bisep dan otot trisep," katanya

Norman sekadar mengambil makanan tambahan asas seperti pembakar lemak dan sumber asas protein atau karbohidrat bergantung pada corak pemakanannya.

"Saya beruntung sebenarnya kerana isteri saya, Memey bijak memasak makanan yang sesuai dengan keadaan biologi badan saya sekali gus dapat menjimatkan pelaburan saya. Tiada makanan bergoreng atau berminyak.

"Paling penting, corak pemakanan saya iaitu makan sedikit tapi kerap. Mungkin dalam tempoh dua jam sekali.

"Makanan dalam kuantiti banyak akan menyebabkan pembentukan lemak dalam badan kerana ia tidak sempat diproses menjadi tenaga," katanya yang pernah mengupah seorang jurulatih tiga tahun lalu.


HEFNY membabitkan diri dengan bina badan untuk kepuasan diri sendiri.


Pemikat

Ditanya adakah golongan aktor membina badan atas tujuan memikat, Norman menyangkal dakwaan itu. Katanya dari sudut psikologi, individu sekeliling terutama peminat akan menyukai seseorang yang positif.

"Apabila kita sihat dan cerdas, secara automatik kita akan jadi positif dan orang suka pandang. Aura positif itu sebenarnya yang memikat peminat untuk jadikan kita sebagai role model," katanya.

Sementara itu, Norman mengakui seseorang pelakon masa kini perlu mempunyai tubuh yang menarik untuk popular.

"Tubuh merupakan aset dan menjadi satu instrumen untuk digayakan dalam industri hiburan. Bagi saya, tubuh merupakan pesona bintang yang sebelum ini banyak ditekankan peranannya di Hollywood dan Bollywood.

"Sekarang memang perlu dimanfaatkan dan aktiviti bina badan perlukan inisiatif, malah ia tidak merugikan pun. Apabila sudah meletakkan komitmen, masa tidak menjadi alasan lagi.

Gimnasium 'underground'

Sementara itu, ulas penyanyi Sabhi Saddi yang telah mengamalkan aktiviti bina badan di gimnasium sejak tahun 2004 lagi, dia memilih untuk tidak berbelanja dalam jumlah yang tinggi semata-mata untuk memiliki tubuh yang diidamkan.

"Saya lebih selesa berkunjung ke gimnasium 'underground'. Gimnasium ini bukan yang terkenal atau banyak dikunjungi oleh selebriti. Cuma bayar RM6 untuk sekali masuk, bayangkan berapa banyak wang saya dapat berjimat.

"Lagipun, saya tidak suka berada di lokasi yang terlalu ramai orang. Nak bersenam pun tidak selesa.

"Saya tidak mengambil sebarang makanan tambahan seperti protein shake kerana mahu badan saya berkembang secara semula jadi. Secara tidak langsung, saya sudah menjimatkan kos," kata penyanyi kelahiran Sabah yang ke gimnasium enam kali seminggu.

Sabhi menjelaskan, dia akan memfokuskan satu demi satu sasaran anggota badan pada setiap sesi di gimnasium.

"Hari pertama, saya akan fokuskan bahagian dada dan hari-hari berikutnya anggota badan yang lain. Kekerapan itu untuk memastikan otot badan saya tidak terkejut dan stabil sepanjang masa.

"Penyanyi pun perlu ada badan yang menarik. Mungkin ia salah satu faktor pelaris tapi tidak mustahil juga ada wanita yang tidak terlalu gemarkan lelaki yang memiliki badan berotot," ujarnya yang mengaku obses dengan bina badan.


ADI PUTRA


Sosok badan tegap tidak dinafikan menjadi faktor penyumbang dan penambah nilai kepada aset penampilan. Hal itu diakui oleh pengacara dan aktor yang sedang meningkat naik, Hefny Sahad.

"Penting atau tidak memiliki badan yang tegap dilihat dari sudut trend mengikut peredaran zaman. Sekarang semua selebriti tidak kira dalam atau luar negara perlu kelihatan menarik, walaupun bukan terlalu berotot.

"Tak kira watak jahat atau hero, bentuk badan memberikan impak kepada keberkesanan lakonan.

"Ia penting untuk individu yang berada dalam industri seni. Selain itu, ia dapat menambahkan tahap kesihatan kita," ujarnya yang telah mula melakukan bina badan sebelum menyertai program On Air dua tahun lalu.

Kawal makan

Bina badan tidak semestinya untuk memiliki badan yang kekar tetapi kata Hefny, sudah memadai untuk memberikan kepuasan apabila melihat diri sendiri di hadapan cermin.

"Saya bersungguh-sungguh ke gimnasium kerana melihat badan seorang pelakon Hollywood, Cam Gigandet yang memiliki badan ideal - tidak terlalu kurus tapi maskulin.

"Rutin saya adalah tiga kali seminggu ke gimnasium untuk melakukan senaman melibatkan bahagian dada, belakang, otot bisep dan otot trisep pada hari pertama.

"Hari keduanya saya akan fokuskan bahagian bahu dan kaki, kemudiannya akan berselang-seli melakukan rutin hari sebelumnya

"Dari segi pemakanan, saya lebihkan makanan berprotein tinggi seperti daging dan ayam, manakala makanan tambahan cuma protein shake, minyak ikan dan multivitamin," ujarnya yang kini sedang giat bersenam menjelang malam kemuncak Anugerah Blokbuster hari Sabtu nanti.

Selebriti luar negara bina badan

Posted:

Selebriti luar negara bina badan

Selebriti luar negara bina badan

CHOI SIWON mengambil masa selama empat tahun untuk mendapatkan tubuh yang sasa ini.


DUNIA bina badan menjadi minat lelaki sejak dulu lagi dan tidak menjadi kesalahan jika gaya itu memberikan tempias kepada dunia hiburan.

Selebriti antarabangsa terlebih dahulu mengamalkan teknik bina badan sebagai aset untuk melariskan kerjaya di samping mengekalkan populariti.

Namun, ada antara selebriti yang disaksikan di layar perak atau layar kaca pada hari ini asalnya tidak bertubuh sasa, sebaliknya mereka mengambil inisiatif membina otot sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam industri lakonan.

Aktor Hollywood seperti Gerard Butler, Will Smith, Christian Bale, Jason Statham dan Edward Norton merupakan aktor yang berjaya mendapatkan sosok badan yang diidamkan.

Para pelakon Bollywood tersohor seperti Hrithik Roshan, John Abraham, Salman Khan, Aamir Khan dan Ajay Devgan juga mengamalkan perkara yang sama.

Tidak terkecuali ialah kebanyakan selebriti Korea Selatan seperti Choi Siwon, Tae Yang, Kim Hyung Jong, Daesung, Kim Jae Joong, Lee Gi Kwang dan Seul Long.

1. Christian Bale

Christian ialah antara pelakon Hollywood yang memanipulasi bentuk badan demi karakter lakonannya. Pernah beberapa kali berat badannya berbeza mengikut karakter yang dilakonkan menerusi filem berlainan, antaranya The Machinist, 55 kilogram (kg), Rescue Dawn (61kg), Batman Begins (86kg) dan The Dark Knight Rises (90kg). Rahsia Bale ialah makanan berprotein tinggi dan latihan di gimnasium.

2. Gerard Butler

Aktor yang popular menerusi filem 300 dengan ketinggian 187 sentimeter ini perlu mendapatkan sosok badan yang sesuai untuk menjayakan karakter Raja Leonidas yang perkasa menerusi produksi tersebut. Latihan tanpa henti seperti pull up, dead lift, push up dan clean and jerk akhirnya membentuk otot dan tubuh yang lebih kekar.

3. Will Smith

Mula membina badan demi menjayakan karakter seorang peninju menerusi filem Ali. Usaha Will membuahkan hasil apabila dia meraih pencalonan Oscar berdasarkan watak itu. Will mengamalkan latihan intensif selama enam jam sehari untuk memperoleh sosok umpama bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali.


HRITHIK ROSHAN


4. Hrithik Roshan

Siapa yang mampu menandingi aktor bertubuh sasa Bollywood, Hrithik Roshan? Dia antara aktor yang menderita masalah tulang belakang sehingga dinasihati supaya berhenti menari atau mengangkat beban berat. Bagaimanapun, dia satu-satunya pelakon Bollywood yang memiliki sosok maskulin tetapi dalam masa yang sama boleh menari dengan cemerlang.

5. Salman Khan

Hakikatnya, Salman merupakan aktor pertama Bollywood yang menayangkan tubuhnya menerusi beberapa buah filem sekitar tahun 1990-an lagi. Bintang itu sebenarnya menjadi contoh kepada pelakon-pelakon baharu seperti John Abraham, Dino Morea dan Varun Dawan. Begitupun, bentuk badan Salman kian susut barangkali sejajar dengan pertambahan usianya.

6. Choi Siwon

Choi Siwon mengambil masa selama empat tahun untuk mendapatkan badan seperti yang dilihat hari ini. Anggota kumpulan Super Junior itu pada mulanya sangat kurus sehingga menyukarkan dirinya mencari pakaian yang sesuai. Selepas bersenam, berat badannya pernah mencapai 85kg dan dinasihatkan agar mengawal pemakanannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Mabul kembali gamit pelancong

Posted:

Mabul kembali gamit pelancong

Mabul kembali gamit pelancong

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

KIRA-KIRA empat bulan lalu, Pulau Mabul yang terletak di daerah Semporna iaitu bersebelahan Lahad Datu turut merasai bahang pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Walaupun terkenal sebagai syurga untuk penyelam skuba, pulau yang terletak berdekatan dengan Pulau Sipadan itu kurang menerima kehadiran pelancong sepanjang insiden itu.

Situasi tegang di perairan itu menimbulkan perasaan takut kepada pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk meneruskan rancangan percutian mereka di Pulau Mabul.

Kini, suasana pulau itu kembali kepada keadaan asal dengan penduduk pulau yang terdiri daripada masyarakat Bajau Suluk dan Bajau Laut bebas melakukan aktiviti harian mereka.

Selain itu, pertambahan jumlah pelancong jelas kelihatan terutamanya di kawasan perairan dan resort-resort yang menyediakan perkhidmatan aktiviti skuba.

Seorang pelancong dari Manchester, England, Melissa Smith, 25, memberitahu, kunjungannya kali pertama ke Pulau Mabul itu ternyata memberi gambaran bahawa Malaysia mempunyai destinasi skuba terbaik di dunia.

Dia yang merupakan seorang pengembara sepenuh masa dan telah menjelajah banyak negara Asia dan Amerika Selatan, berpendapat Pulau Mabul antara kawasan pelancongan yang aman.

"Sepanjang lima hari berada di sini, saya berpeluang melihat persekitaran pulau. Aktiviti penduduk pulau ini memberi gambaran bahawa mereka hidup damai dan harmoni.

"Walaupun masyarakat Bajau di sini hidup serba kekurangan, mereka gembira melakukan aktiviti harian terutamanya sewaktu pergi ke laut untuk menangkap ikan," ujarnya yang sempat melakukan selaman skuba di Eel Garden dan House Reef.


TERDAPAT kira-kira 20 buah resort dan homestay untuk kemudahan penginapan para pelancong di pulau yang terkenal sebagai destinasi selaman skuba itu.


Pakej bajet

Di pulau itu, terdapat kira-kira 20 buah resort dan homestay untuk penginapan pelancong. Antaranya, Sipadan Mabul Resort, Borneo Divers dan Escuba Jonkey.

Sphere Divers Lodge merupakan antara penginapan yang menjadi tumpuan pelancong yang mahu melakukan aktiviti skuba.

Pemiliknya yang berketurunan Kadazan, Stanley Sie, 50, memberitahu, Sphere Divers Lodge mempunyai tujuh bilik tidur yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil dan kipas.

"Ketika hari ketiga pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu, saya telah membatalkan semua tempahan pelancong yang mahu menginap dan melakukan aktiviti skuba kerana khuatir terhadap tahap keselamatan. Kini, keadaan telah pulih dan saya kembali menerima tempahan daripada pelancong.

"Pakej yang ditawarkan kepada pelancong meliputi penginapan dan makanan. Setiap pakej dicaj sebanyak RM80 semalam. Ia merupakan pakej bajet untuk pelancong sepanjang berada di pulau ini," ujarnya.

Bagi aktiviti skuba pula, homestay itu mempunyai pelbagai kemudahan untuk disewa kepada penyelam. Stanley juga akan membawa pelancong ke kawasan perairan di sekitar Pulau Mabul dan Kapalai. Setiap sesi skuba mengambil masa selama 45 minit.

Kini, Sphere Divers Lodge sedang mengadakan promosi di laman web. Kumpulan yang datang seramai empat orang ditawarkan penginapan secara percuma kepada salah seorang daripada mereka.

Melihat pemandangan malam di Pulau Mabul sememangnya pengalaman yang mesti dinikmati oleh pelancong. Melalui celahan deretan rumah masyarakat Bajau Suluk, mereka berpeluang melihat penduduk menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual ikan bakar dan makanan.

Paling unik, kelihatan minyak masak, sabun pencuci pakaian dan sayur-sayuran dibungkus di dalam plastik kecil untuk dijual. Harga sebungkus minyak masak pula ialah 20 sen.

Menurut seorang penduduk, peniaga menjual keperluan asas dengan cara tersebut bagi mengelakkan pembaziran. Kaedah itu merupakan cara orang Filipina berniaga di negara asal mereka.

Seorang lagi pelancong dari London, Amy Dupres, 24, berkata, keindahan Pulau Mabul terletak pada kejernihan air laut yang sukar didapati di tempat lain.

"Saya ke sini untuk melakukan aktiviti skuba tetapi saya seronok melihat nelayan keluar menangkap ikan. Mereka ramah menegur pelancong," ujarnya.


PENDUDUK tempatan menjual barangan keperluan asas seperti minyak masak, sabun pencuci pakaian dan sayur-sayuran di dalam paket dengan harga serendah 20 sen sebungkus.


Bebas sampah sarap

Sementara itu, Ketua Kampung Pulau Mabul, Mohd. Yusof Jalal, 55, memberitahu, walaupun penduduk pulau itu terdiri daripada dua suku yang berbeza iaitu Bajau Laut dan Bajau Suluk, mereka hidup tanpa sebarang perbalahan.

Menurutnya, masyarakat Bajau Suluk terdiri daripada peniaga yang menjual hasil laut, manakala Bajau Laut bekerja sebagai nelayan.

Tarikan lain bagi pelancong ke Pulau Mabul adalah untuk mendekati dan melihat perkampungan kedua-dua masyarakat itu.

Ketika ditanya mengenai tahap keselamatan pulau itu selepas kes pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu, Mohd. Yusof berharap pelancong tidak khuatir lagi tentang perkara tersebut.

"Di pulau ini, Pasukan Gerakan Am (PGA) sentiasa mengawal kawasan perairan bagi mengelakkan pencerobohan berulang.

"Dianggarkan ada kira-kira 20 anggota polis di pulau ini yang ditugaskan untuk menjaga keamanan," ujarnya.

Menjadi lumrah penduduk di pulau, mereka tidak mempunyai sistem pembuangan sampah yang teratur sehingga mengakibatkan kawasan kampung dipenuhi dengan sampah sarap.

Namun, Mohd. Yusof amat menitikberatkan aspek kebersihan di pulau yang dihuni kira-kira 3,000 penduduk itu.

Sekiranya pelancong berjalan-jalan di sekitar pulau, mereka pasti melihat kawasan gerai-gerai dan rumah-rumah di atas air bersih daripada sebarang sampah.

Hidup terapung di Tasik Tonle Sap

Posted:

Hidup terapung di Tasik Tonle Sap

Hidup terapung di Tasik Tonle Sap


PENDUDUK bebas mengubah kedudukan rumah masing-masing.


PERJALANAN setengah jam menaiki bot melalui terusan ke Tasik Tonle Sap di Kemboja merupakan pengalaman yang menyeronokkan walaupun dalam cuaca yang panas.

Di kiri dan kanan tebing terusan itu kelihatan kawasan semak yang berselang-seli dengan pemandangan tadika, bengkel bot dan gelanggang bola keranjang yang terapung di tepi sungai.

Gelagat penduduk tempatan yang mencari rezeki di atas air menarik tumpuan penumpang bot pelancong. tetapi adakalanya perbuatan mereka mengganggu keselesaan penumpang bot.

Misalnya, sebuah bot laju menghimpit bot yang dinaiki penulis dan seorang kanak-kanak perempuan secara tiba-tiba melompat masuk hanya untuk menjual minuman.

Pengemis

Tidak ketinggalan pengemis menaiki bot demi meraih simpati penumpang. Walaupun tidak dilayan, seorang kanak-kanak di bot pengemis itu sempat menunjukkan seekor ular sawa yang dibawanya untuk menarik perhatian kami.

Hakikatnya, perbuatan kanak-kanak itu menimbulkan ketakutan kepada penumpang lain. Gelagat mereka ternyata mengganggu tumpuan kami tetapi jurupandu bot penulis yang dikenali sebagai Vireak cuba menenangkan kami semua.

Menurut Vireak, bilangan penjaja dan pengemis telah berkurangan dengan ketara hasil usaha kerajaan Kemboja membersihkan tebing terusan dan membangunkan kawasan jeti.

Vireak juga menuding ke arah tiang-tiang konkrit yang ditempatkan pada jarak tertentu di tebing sungai untuk menunjukkan ketinggian paras air naik semasa musim tengkujuh. Apabila diamati, paras air itu boleh mencapai ketinggian bangunan tiga tingkat.


SEBUAH keluarga sedang menjamu selera di rumah sampan mereka.


Pasang surut air

Apabila sampai di muara terusan, jelas kelihatan kampung terapung Chong Khneas. Kehidupan di sini saling berkait dengan rentak pasang surut air Tonle Sap.

Tonle Sap bermaksud sungai air tawar yang besar dalam bahasa Khmer. Penduduk di sini sudah sebati dengan rentak tasik yang mengalir ke Sungai Mekong itu.

Keluasan tasik itu menyusut semasa musim kering bermula pada bulan November hingga Mei dan semasa musim tengkujuh pula arah aliran air bertentangan dan keluasan tasik bertambah.

Walaupun penulis melawat tempat ini pada penghujung musim kering, ia begitu mengagumkan untuk melihat betapa luas tasik yang bagaikan sebuah lautan terbuka tanpa bayangan daratan di ufuk.

Semasa musim kering, tasik ini meliputi kawasan kira-kira 3,000 kilometer persegi dengan kedalaman kira-kira satu meter. Pada musim tengkujuh keluasannya mencapai sehingga 16,000 kilometer persegi dan paras air boleh mencapai ketinggian sembilan meter.

Punca air di Tonle Sap datang dari Banjaran Himalaya di benua kecil India. Tasik itu meliputi empat wilayah di Kemboja iaitu Siem Reap, Battambang, Kampong Tom dan Pursat.

Semasa musim tengkujuh, bot-bot boleh ke Phnom Penh dari Tonle Sap kerana sungai ini bergabung dengan Sungai Mekong di pusat bandar negara Kemboja itu.

Perkampungan air

Semasa bot pelancong bergerak mengelilingi perkampungan itu, kelihatan semakin banyak bangunan terapung. Antaranya ialah gereja, pasar masyarakat, kedai runcit, kediaman dan sekolah berbumbung merah yang bersaiz besar.

Bangunan di perkampungan air ini unik kerana ia terapung dan tidak bersambung antara satu sama lain. Ia berbeza dengan perkampungan air di tempat lain yang rumahnya berkaki panjang dan dihubungkan dengan laluan kayu.

Vireak memberitahu, terdapat perkampungan terapung yang mempunyai kandang babi dan buaya.

Bangunan-bangunan itu boleh naik turun mengikut rentak pasang surut air kerana di bawahnya terdapat pelampung. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan kejadian banjir.


SEORANG kanak-kanak mengemis dengan menaiki kawah.


Penulis menyaksikan sebuah rumah yang mempunyai kebun di belakangnya yang bergerak di atas air. Vireak menerangkan, penduduk di situ bebas mengubah lokasi kediaman mengikut cita rasa masing-masing.

Menurutnya lagi, pada musim tengkujuh, paras air yang naik akan menyebabkan keseluruhan kampung bergerak jauh.

Antara pemandangan yang dapat penulis saksikan termasuklah seorang kanak-kanak perempuan lengkap berpakaian seragam sekolah mengayuh sampan dan kucing meniti laluan tepi yang sempit di sebuah rumah.

Selain itu, terdapat seorang lelaki mengangkut barangan dapur dari sebuah kedai terapung dan kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun melompat ke dalam kawah lalu menghala ke arah pelancong untuk meminta duit.

Saling bergantung

Penduduk di situ bergerak lancar di atas air dengan menggunakan apa saja yang boleh terapung. Mereka saling bergantung antara satu sama lain.

Apa yang paling membanggakan ialah mereka amat menghargai alam sekitar. Sukar untuk melihat sampah terapung di atas air terutama di kawasan kediaman.

Ini memandangkan tasik tersebut merupakan sumber mereka mencari rezeki termasuk bekerja sebagai nelayan.

Kepesatan aktiviti pelancongan di Kemboja turut membuka peluang untuk mereka membuka perniagaan seperti membuka kedai cenderamata.

Bahkan, terdapat sebuah kapal di tasik tersebut yang dijadikan restoran. Pemandu bot juga sempat membawa penulis ke sebuah kedai cenderamata yang mempunyai dek pencerapan bagi pelancong menikmati pemandangan matahari terbenam.

Difahamkan, kira-kira satu juta penduduk tinggal di pinggir Tonle Sap dan mereka mengamalkan kehidupan terapung tersebut sejak dahulu lagi.– Bernama

Hotel mesra keluarga

Posted:

Hotel mesra keluarga

Hotel mesra keluarga

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

KUALA LUMPUR International Hotel turut dikenali sebagai hotel 'polis' dalam kalangan pelanggan setianya.


TERKENAL dengan panggilan hotel 'polis' dalam kalangan pelancong tempatan, Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) mempunyai kelompok pelanggan setianya sendiri.

Nama hotel 'polis' sebenarnya diberikan oleh pelanggan KLIH kerana ia hotel milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia.

Perjalanan yang jauh ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan mahupun bagi menikmati percutian hujung minggu bersama keluarga menjadi lebih mudah dan menjimatkan jika anda menginap di sini.

KLIH yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah ibu kota sekali gus menjadikannya pilihan nombor satu pelancong tempatan terutamanya dari negeri-negeri Pantai Timur.

Lokasinya yang berhampiran dengan pusat komersial, pusat beli-belah dan syurga makanan terkenal di Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman memudahkan pelanggan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Ia juga berdekatan dengan jalan-jalan utama dan sistem pengangkutan awam seperti bas, transit aliran ringan serta monorel.

Mesra keluarga

Penolong Pengurus Jualan KLIH, Sharifah Sharina Wafa berkata, hotel tersebut merupakan hotel bertaraf tiga bintang yang berkonsep mesra keluarga dan sering menjadi lokasi persinggahan ahli perniagaan.

"Hotel ini cukup terkenal dalam kalangan pelancong dari Kelantan, Terengganu dan Pahang kerana perkhidmatan yang ditawarkan membuatkan mereka seperti berada di rumah sendiri.


RUANG hiasan bilik jenis superior yang selesa untuk memuatkan dua orang tetamu.


"KLIH menyediakan sebanyak 207 buah bilik superior (berkembar), superior double (155), keluarga (4), junior suite (2) dan executive suite (2)," katanya ketika ditemui Horizon baru-baru ini.

Jelasnya, dewan bankuet utama boleh menampung antara 250 hingga 500 orang pada satu-satu masa bergantung kepada majlis yang ingin diadakan. Ia biasa digunakan untuk majlis pelancaran produk dan majlis makan malam syarikat korporat.

Selain itu, bagi anda yang tercari-cari hidangan tengah hari dengan selera masakan Melayu tradisional ala kampung, kafe KLIH pasti tidak mengecewakan kerana pelbagai juadah autentik seperti ayam kampung padang berkentang, ketam kari nanas dan ikan cencaru sumbat sedia menanti anda. Kesemuanya dihidangkan secara bufet pada harga berpatutan iaitu RM55 seorang.

Kafe tersebut turut dihias persis sebuah kediaman dengan susun atur ruang makan yang lengkap dengan ruang tamu dan pentas persembahan untuk mereka yang mahu bersantai bersama keluarga sambil berkaraoke.

Siapa sangka KLIH turut memiliki satu sudut landskap yang tersembunyi di tingkat lima yang menghubungkan antara dua bangunan berkembar hotel tersebut. Taman yang diberi nama Rock Garden (taman batu) itu dihiasi padat dengan tumbuhan hijau dan sedikit elemen bunga.

"Pengunjung boleh merakam gambar kenangan berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas yang jelas kelihatan dari Rock Garden kami," ujar Sharifah Sharina sambil tersenyum.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sambutan Hari Pendidik Mara 2013 meriah

Posted:

Sambutan Hari Pendidik Mara 2013 meriah

Sambutan Hari Pendidik Mara 2013 meriah

MOHD. SHAFIE (duduk, tengah) bergambar bersama para pemenang anugerah sempena Sambutan Hari Pendidik MARA 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SAMBUT. Seramai 1,000 warga pendidik Majlis Amanah Rakyat (Mara) memeriahkan sambutan Hari Pendidik Mara 2013 yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sambutan tersebut yang bertemakan 'Hari Pendidik Mara Pendidik Berintegriti Pembina Insan Holistik' dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Pada majlis itu, Mohd. Shafie turut menyampaikan anugerah Tokoh Pendidik Mara 2013 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional Perlis yang juga peneraju Pusat Latihan Giat Mara, Datuk Dr. Hashim Ahmad.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad memberitahu, pada masa ini, terdapat seramai 7,831 warga pendidik Mara berkhidmat di pelbagai institusi pendidikan Mara di seluruh negara.

SAM, Kuasa lepas penyu di Pantai Pasir Panjang

Posted:

SAM, Kuasa lepas penyu di Pantai Pasir Panjang

SAM, Kuasa lepas penyu di Pantai Pasir Panjang


PARA sukarelawan SAM dan Kuasa melepaskan anak-anak penyu di Pusat Pengurusan Penyu Segari, Lumut, Perak baru-baru ini.


BEBAS. Sukarelawan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) melepaskan anak-anak penyu di Pusat Pengurusan Penyu Segari, Pantai Pasir Panjang, Segari dekat Lumut baru-baru ini.

Program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Alam Sekitar 2013 yang bertujuan untuk memelihara dan mengekalkan kehadiran penyu-penyu di Pantai Pasir Panjang.

Pusat Pengurusan Penyu Segari merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong untuk melihat penyu.

161 pelajar sertai program Latihan 1Malaysia

Posted:

161 pelajar sertai program Latihan 1Malaysia

161 pelajar sertai program Latihan 1Malaysia


KHAIRY JAMALUDIN (empat dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada sebahagian daripada peserta yang menerima sijil Latihan 1Malaysia di Rembau baru-baru ini.


LATIH. Seramai 161 pelajar dari 31 buah sekolah menengah di Negeri Sembilan menerima sijil Latihan 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kelab Teknologi Bumiputera Giatmara (KTBG) di Rembau baru-baru ini.

Pelajar terlibat mengikuti kursus asas dalam pelbagai kursus kemahiran selama lima hari di beberapa buah Giat Mara di negeri itu.

Majlis penyampaian sijil tamat latihan tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Mereka merupakan kumpulan pertama menyertai program berkenaan yang bertujuan memasyarakatkan bidang kemahiran teknikal dan vokasional.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Maut disondol babi hutan

Posted:

Maut disondol babi hutan

Maut disondol babi hutan

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
berita@kosmo.com.my

LOKASI Syed Abdullah dikatakan disondol babi hutan ketika menaiki sebuah motosikal bersama isteri dan tiga anaknya di Rompin kelmarin.


KUANTAN – Hajat lima beranak yang menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss untuk membeli susu berkecai apabila salah seorangnya maut selepas kenderaan itu hilang kawalan setelah disondol seekor babi hutan di Kilometer 21.5 Jalan Ibam-Rompin dekat Rompin kelmarin.

Kejadian pukul 8 malam itu mengakibatkan Syed Abdullah Syed Ali, 32, dari Perumahan Mardi, Muadzam Shah meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Mangsa bekerja sebagai Pembantu Am.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian itu turut mengakibatkan isteri mangsa berumur 22 tahun dan tiga anaknya yang berusia antara satu hingga empat tahun cedera ringan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ibu cemas bayi diculik 5 jam

Posted:

Ibu cemas bayi diculik 5 jam

Ibu cemas bayi diculik 5 jam


BAYI lelaki yang hilang lima jam dijumpai seorang peniaga wanita di sebuah tandas di medan selera di Yong Peng, Batu Pahat kelmarin.


MUAR - Seorang wanita tidak menyangka kedatangan seorang lelaki yang kononnya mahu menghantar ikan dipesan bapa mertuanya mengundang peristiwa cemas selama lima jam apabila lelaki itu bertindak melarikan bayinya yang berusia setahun.

Sebelum kejadian pukul 10 pagi kelmarin itu, seorang lelaki datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona ke rumah mangsa di Jalan Bakariah di sini dan memberitahu mahu menghantar kotak kononnya berisi ikan yang dipesan bapa mertuanya.

Tanpa rasa curiga, wanita itu terus membuka pintu pagar rumahnya lalu mempelawa lelaki itu masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun, sebaik berada di dalam rumah, lelaki itu terus menolak wanita itu menuju ke dapur rumah.

Suspek kemudian bertindak mengikat kedua-dua belah tangan dan mata wanita itu sebelum membawa lari anak lelaki bongsu mangsa yang berusia setahun.

Bagaimanapun, dua lagi anak mangsa tidak diapa-apakan. Semasa kejadian, suami wanita tersebut tiada di rumah kerana bekerja.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Meraung di sisi mayat kakak

Posted:

Meraung di sisi mayat kakak

Meraung di sisi mayat kakak


SEORANG pemuda menangis di sisi mayat Samsidar (gambar kecil) yang maut dalam nahas di Penampang semalam.


PENAMPANG - Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya pecah dengan otaknya bersepai di atas jalan selepas digilis sebuah lori kontena dalam kemalangan di Jalan Lok Kawi berdekatan simpang lampu isyarat Sabindo di sini semalam.

Kemalangan pukul 11 pagi itu mengakibatkan Samsidar Samarudin, 21, dari Kampung Andus, Papar meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, kejadian berlaku apabila mangsa membonceng motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang adik lelakinya dalam perjalanan dari Papar ke pusat bandar.

"Sebaik ingin memasuki jalan besar dari satu susur, motosikal yang mereka naiki telah bergesel dengan sebuah lori kontena menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.

"Kepala mangsa kemudian digilis oleh tayar belakang lori berkenaan manakala adiknya tidak mengalami kecederaan," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Promosi hasil karya seni

Posted:

Promosi hasil karya seni

Promosi hasil karya seni

Oleh SUHANA VERU

ISMAIL bersama hasil karyanya di Pameran dan Jualan Karya Seni Arts For The World di Kompleks Kraf Kuala Lumpur baru-baru ini.


PAMERAN seni dan jualan karya seni yang diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay membawa suasana seakan-akan sebuah pasar raya seni.

Pameran yang diadakan pada 24 Mei lalu itu menawarkan lukisan asli hasil karya barisan artis tempatan. Namun, himpunan lukisan yang diilhamkan oleh 17 orang artis tempatan itu membawa inspirasi dan tema begitu unik.

Jika melihat karya mereka dengan teliti, pengunjung boleh menyaksikan kelainan hasil lukisan itu jelas terpapar menerusi penyampaian mesej, lakaran gambar dan olahan warna yang terang.

Walaupun kesemua artis itu mendukung tema yang berlainan dalam mengekspresi naluri masing-masing di atas sehelai kanvas putih, namun hasil karya mereka cukup memukau.

Seorang pelukis, Ismail Baba, 62, mengakui beliau gemar dalam bidang lukisan yang berbentuk naif.

Lukisan berkenaan menggambarkan tentang kejujuran yang dikaitkan dengan pemikiran serta perbuatan seseorang.

Menurut anak jati Kuala Selangor itu, kesemua karya naif beliau dihasilkan daripada imaginasi diri selain secara spontan.

"Tengok lukisan ini, ia ada bukit, pokok, kanak-kanak bermain dan rumah kampung. Ternyata, inspirasi boleh datang daripada pelbagai benda yang kita imaginasi dengan sendiri," katanya sambil menuding jari ke arah beberapa lukisan milik beliau.

Lukisan berwajah Malaysia

Ditanya mengenai lukisan mesej seni naif, beliau menjelaskan ia lebih bersifat keanak-anakan yang membolehkan sesiapa sahaja melukis kerana seni lukisan itu lahir di hati pelukis tanpa perlu berfikir.

Seni catan mempunyai pelbagai gaya, idea, pemikiran dan latar budaya setempat yang boleh diketengahkan melalui sesuatu karya.

"Kita kena ada lukisan yang berwajah Malaysia malah, seni ini banyak menyumbang ke arah itu," ujarnya.

Seorang pengunjung, Mohd. Anwar Abu Bakar, 34, mengakui dia teruja melihat karya-karya pelukis tempatan yang unik.

"Jarang dapat menyaksikan himpunan hasil karya pelukis tempatan di bawah satu bumbung. Sehubungan itu, saya berharap pameran seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, buat pertama kali, pihaknya mengadakan pameran Arts For The World itu.

Penganjuran pameran berkenaan bukan sekadar mempamerkan hasil karya pelukis tempatan, malah memberi peluang kepada orang awam untuk mendapatkan hasil seni pada harga serendah RM10.

"Pada kebiasaan, kami menganjurkan barangan kraf sahaja tetapi kali ini, kami memberi ruang yang lebih kepada pelukis untuk memperkenalkan hasil seni mereka," katanya dalam majlis pelancaran Pameran dan Jualan Karya Seni Arts For The World di Kompleks Kraf Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Malaya pamer belang

Posted:

Harimau Malaya pamer belang

Harimau Malaya pamer belang

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SAFIQ meledak gol sulung Harimau Malaya ketika menentang Sydney Olympic FC semalam.


"SUATU peningkatan yang bagus tetapi kita masih perlu mencari skuad yang kuat... itu yang mustahak."

Itu reaksi bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Syukor Salleh ketika diminta mengulas kemenangan skuad Harimau Malaya ketika membenam Sydney Olympic FC 4-0 pada aksi persahabatan di Padang Sukan Belmore, Australia semalam.

"Perlawanan persahabatan adalah untuk menguji pemain dan mendapatkan kombinasi pemain-pemain dalam setiap posisi.

"Jurulatih ada hak untuk menerapkan taktikal yang sesuai dan kunci kejayaan sesebuah pasukan adalah dapat mengawal bola dengan baik," jelas Shukor kepada Kosmo! semalam.

Pada aksi semalam, Harimau Malaya yang tewas 2-3 kepada Canberra FC dalam aksi sulung persahabatan Khamis lalu, membuka tirai jaringan menerusi perancang Johor Darul Takzim (Johor DT), Safiq Rahim seawal minit kesembilan.

Penyerang gantian, Mohd. Amri Yahyah melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Malaya dengan meledak hatrik pada minit ke-50, ke-73 dan ke-89.

"Kita tidak boleh terlalu cepat untuk mendabik dada dengan kemenangan ini kerana perjalanan kita masih jauh.

"Ini kerana kita akan berdepan Bahrain untuk aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada Oktober depan.

"Saya berharap jurulatih (Datuk K. Rajagobal) dapat mengambil kesempatan ini dengan membentuk skuad yang mantap," kata Syukor yang membuat 215 penampilan bersama skuad kebangsaan.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Hashim Mustafa turut senada dengan pandangan Syukor.

Hashim berkata, kemenangan itu sedikit sebanyak memberikan suntikan moral buat Harimau Malaya untuk terus memburu kejayaan di peringkat antarabangsa.

"Ia akan menjadi satu motivasi yang bagus dengan kejayaan itu. Pada pendapat saya, menang atau kalah dalam perlawanan persahabatan itu bukan perkara utama.

"Sebaliknya, kita harus mencari satu formula untuk menguatkan skuad negara. Para pemain dipilih berdasarkan prestasi terbaik mereka dalam Liga Malaysia (Liga M).

"Apa pun, saya percaya Safee (Sali) dan Safiq masih mampu memberikan sumbangan besar kepada skuad negara," katanya yang masih gah sebagai penjaring terbanyak Liga M edisi 1994 apabila meledak 29 gol.

'Tak perlu gantung-gantung'

Posted:

'Tak perlu gantung-gantung'

'Tak perlu gantung-gantung'


SHAHIDAN (kanan) berbual dengan Anuar selepas majlis taklimat kepada ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.


BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mencabar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memecatnya daripada PFA jika FAM berhasrat mengambil tindakan terhadapnya kerana terus mengkritik badan induk itu.

"Tak perlu gantung-gantung, pecat saja saya tetapi dengan syarat jangan bagi PFA kacau saya lagi (minta saya bayar gaji pemain Perlis).

"Saya tidak mahu ada kaitan apa-apa lagi dalam persatuan itu," kata Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk menilai sama ada Shahidan wajar dibicara- kan lagi setelah terus menerus mengkritik badan induk kebangsaan itu biarpun digantung selama 30 bulan.

Sambil mempertahankan tindakannya, Shahidan turut melahirkan rasa terkilan apabila FAM hanya mengenakan hukuman ke atasnya sedangkan masih ramai pemimpin yang mengkritik badan induk itu.

"(Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan) Tan Sri Annuar Musa keluarkan kenyataan tiap-tiap hari mengenai FAM, mereka tidak kata apa-apa.

"(Jurulatih Harimau Malaya) Datuk K. Rajagobal pun tak kena gantung. Kalau saya, suka hati mahu hukum, ingat saya tiada kepentingan, senang-senang mahu denda," jelas Shahidan.

Sabtu lalu, bekas Menteri Besar Perlis itu mengeluarkan kenyataan berhubung kemarahannya terhadap FAM yang telah menggantungnya tetapi tiada pegawai badan induk tersebut yang bertanya khabar PFA.

Shahidan juga meluahkan keluhan kerana terpaksa mengeluarkan duit sakunya untuk membayar gaji pemain Perlis ketika menjadi presiden skuad Singa Utara dan meminta FAM membantu PFA yang kini dilanda masalah kewangan.

Selain digantung 30 bulan, Shahidan turut didenda RM39,000 dan hilang status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.

Empat kerusi jadi rebutan

Posted:

Empat kerusi jadi rebutan

Empat kerusi jadi rebutan

PEMILIHAN pucuk pimpinan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2013 hingga 2015 sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 22 Jun ini bakal menyaksikan empat kerusi dipertandingkan dengan tiga daripadanya adalah persaingan satu lawan satu.

SHAHRIL NIZAM ABDULLAH melaporkan, jawatan Timbalan Presiden MOM yang disandang Presiden Persatuan Skuasy Malaysia, Datuk A. Sani Karim bakal dicabar oleh Naib Presiden MOM yang juga Timbalan Presiden Persatuan Tenpin Boling Malaysia, Tan Sri Mohamad Noor Abd. Rahim.

Satu lagi kerusi panas - Setiausaha Kehormat - turut menyaksikan perebutan satu lawan satu apabila Penolong Setiausaha Kehormat sebelum ini, T. Kumar bakal mencabar penyandang jawatan berkenaan, Datuk Sieh Kok Chi.

Bagi jawatan lima Naib Presiden, empat muka baharu - Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalif, Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar, Andrew Bryan Perera dan Datuk Tang See Hang bakal mencabar empat penyandang kerusi berkenaan iaitu Datuk Low Beng Choo, Datuk Dr. Zakaria Ahmad, Datuk Roy Rajasingham dan Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Satu lagi kerusi yang menjanjikan persaingan satu lawan satu ialah jawatan Bendahari Kehormat apabila penyandangnya, Yong Choo Kong akan dicabar Ling Eng Chan.

Pengerusi panel bebas pemilihan, Datuk Norminshah Sabirin menjelaskan, sehingga tarikh tutup pencalonan petang semalam, hanya empat kerusi sahaja yang akan diumumkan menang tanpa bertanding pada 22 Jun ini.

"Sehingga tarikh tutup petang ini (semalam), hanya jawatan Presiden, Penolong Setiausaha Kehormat lelaki dan wanita serta Penolong Bendahari Kehormat yang menerima satu pencalonan.

"Ini bermakna jawatan presiden yang disandang Tunku Imran Tuanku Ja'afar serta tiga jawatan lain ini akan diumumkan menang tanpa bertanding pada AGM penggal 2013-2015, 22 Jun ini," jelasnya pada sidang akhbar di Wisma MOM, Kuala Lumpur semalam.

Norminshah akan mengetuai dua lagi ahli panel bebas pemilihan yang dilantik oleh MOM iaitu Pengarah Eksekutif SportExcel, C. Sivanandan dan Ong Leng Kok.

Pada penamaan semalam, Tan Sri Mohamad Noor dicalonkan oleh MTBC, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Tinju Amatur Malaysia manakala Persatuan Skuasy Malaysia mencalonkan A. Sani.

T. Kumar pula dicalonkan oleh Persatuan Karate Malaysia dan Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk merebut jawatan Setiausaha Kehormat yang disandang oleh Kok Chi sejak 1992.

"Pengundian melibatkan 35 persatuan sukan di Malaysia dan setiap persatuan tersebut boleh menghantar tiga wakil pada hari pengundian nanti yang bermakna jumlah keseluruhan ialah 105 undi.

"Saya sendiri tidak tahu siapa wakil yang akan dihantar oleh persatuan sukan masing-masing kerana ia terpulang kepada mereka untuk memilih wakil mereka," ujar Norminshah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ramlan kembali terajui ISN, Shapawi kini Pesuruhjaya Sukan

Posted:

Ramlan kembali terajui ISN, Shapawi kini Pesuruhjaya Sukan

Ramlan kembali terajui ISN, Shapawi kini Pesuruhjaya Sukan

12/06/2013 10:12pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelantikan semula Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu.

Unit Komunikasi Korporat KBS dalam kenyataan berkata, Dr. Ramlan, 53, sebelum ini dipinjamkan sebagai Penasihat Sains dan Perubatan Sukan kepada Menteri Belia dan Sukan sejak 16 Ogos tahun lepas.

Ahmad Shapawi Ismail, 50, yang menjawat jawatan CEO ISN pula dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan.

"Pelantikan kedua-dua pegawai kanan (KBS) itu berkuat kuasa 17 Jun," menurut kenyataan itu. - KOSMO!

Kayuhan Fatehah sukar dicabar, Josiah sambar dua emas

Posted:

Kayuhan Fatehah sukar dicabar, Josiah sambar dua emas

Kayuhan Fatehah sukar dicabar, Josiah sambar dua emas

12/06/2013 10:10pm

KUALA LUMPUR - Pelumba elit negara, Josiah Ng berjaya menyambar dua pingat emas pada hari pertama Kejohanan Trek Berbasikal Grand Prix (GP) Kebangsaan 2013 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras hari ini.

Pelumba Sarawak itu meraih emas pertama menerusi acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) apabila mencatatkan masa 1 minit 07.927 saat (s).

Josiah meneruskan momentum apabila merangkul emas kedua peribadinya menerusi acara pecut selepas mengecewakan Edrus dalam saingan akhir.

Sementara itu, ratu trek negara, Fatehah Mustapa turut meraih dua pingat emas semalam apabila mengungguli acara 500 meter (m) ITT dan pecut.

Dalam acara 500m ITT, pelumba Terengganu itu men catatkan masa 37.510s untuk menewaskan rakan sene gerinya, Ummi Hamimah Mohammad (39.510s) dan Lauretta Eva Adrian dari Perlis (41.289s).

Fatehah juga tidak menghadapi sebarang masalah apabila menguasai pentas final pecut apabila mengecewakan Lauretta. - KOSMO!

Motosikal vintaj dijual pada harga AS$5,000 seunit

Posted:

Motosikal vintaj dijual pada harga AS$5,000 seunit

Motosikal vintaj dijual pada harga AS$5,000 seunit

12/06/2013 10:08pm

HANOI - Pameran basikal motosikal vintaj yang diadakan di sini nyata menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara.

Acara itu mengumpulkan banyak model motosikal yang dibuat pada era Soviet Union. Motosikal yang lengkap dengan tempat duduk penumpang di sebelah sebelum ini digunakan oleh pasukan polis dan tentera Vietnam.

Antara mekanik yang bertanggungjawab membaik pulih jentera tersebut ialah Tran Chi Cong yang memiliki pengalaman selama 20 tahun. Pakar dalam aspek baik pulih motosikal vintaj, dia mempunyai sebuah bengkel di pinggir bandar Hanoi. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Polis Turki gempur tunjuk perasaan anti-Erdogan

Posted:

Polis Turki gempur tunjuk perasaan anti-Erdogan

Polis Turki gempur tunjuk perasaan anti-Erdogan

SEORANG penunjuk perasaan melindungi dirinya daripada tembakan meriam air.- REUTERS


ISTANBUL - Polis pencegah rusuhan Turki melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah beratus-ratus penunjuk perasaan bersenjatakan batu dan mercun selepas mereka cuba menawan Dataran Taksim yang menjadi pusat tunjuk perasaan antipemerintah di sini semalam.

Polis pencegah rusuhan dengan dibantu sejumlah kereta perisai memasuki dataran yang menjadi pusat tunjuk perasaan sejak lebih 10 hari lalu itu sejurus selepas subuh.

Beberapa jentolak digunakan untuk memusnahkan halangan yang dibina daripada bongkah batu dan besi.

Tindakan polis itu mengejutkan penunjuk perasaan yang kebanyakannya masih tidur di Taman Gezi.

Ia dilakukan sehari selepas Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdongan bersetuju untuk bertemu pemimpin-pemimpin tunjuk perasaan tersebut.

Asap tebal memenuhi Dataran Taksim selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.

Sebahagian penunjuk perasaan yang memakai topi keledar dan topeng gas bertindak balas dengan membaling bom api, mercun dan batu.

"Percayakah anda? Mereka (polis) menyerbu Dataran Taksim selepas bersetuju untuk berunding dengan kami. Pemimpin jenis apakah ini?" kata seorang penunjuk perasaan berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Yulmiz.

Polis juga bertindak membuka kain-kain rentang yang digantung oleh penunjuk perasaan di sebuah bangunan berdekatan Dataran Taksim.

Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu berkata, pihaknya tidak merancang untuk menyuraikan tunjuk perasaan itu yang diadakan secara aman.

"Tujuan kami cuma untuk membuang sepanduk dan gambar pada patung Kamal Ataturk dan Pusat Kebudayaan Ataturk.

"Kami tidak mempunyai tujuan lain," katanya.

Erdogan memberi amaran, beliau tidak lagi bertolak ansur dengan para penunjuk perasaan itu yang menentang pemerintahannya.

Protes antipemerintah itu bermula sebagai bantahan terhadap projek pembangunan semula Taman Gezi yang terletak berhampiran dataran tersebut.

Tunjuk perasaan itu kemudian menjadi anti-Erdogan selepas Perdana Menteri tersebut enggan menarik balik rancangan berkenaan.

Pembangunan semula itu akan melibatkan pembinaan berek tentera pada era pemerintahan Ottoman dan pusat kebudayaan.

Dalam pada itu, Erdogan menuduh tunjuk perasaan itu didalangi kumpulan samseng, elemen pengganas dan anasir luar yang tidak didedahkan.

Pada masa yang sama semalam, beliau menyatakan empat orang termasuk seorang anggota polis maut dalam protes tersebut.

Hampir 5,000 orang turut cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran itu. - Agensi

China hantar tiga angkasawan ke angkasa lepas

Posted:

China hantar tiga angkasawan ke angkasa lepas

China hantar tiga angkasawan ke angkasa lepas


YAPING (kiri), Xiaoguang dan Haisheng (kanan) melambaikan tangan sebelum mereka berlepas ke angkasa lepas.- REUTERS


BEIJING - China melancarkan roket Long March 2-F yang membawa kapal angkasa lepas Shenzhou-10 ke angkasa lepas semalam.

Tiga angkasawan yang berada di dalam kapal angkasa tersebut berlepas dari pusat pelancaran Jiuquan di padang pasir Gobi, wilayah Gansu.

Kapal angkasa itu yang telah berpisah dengan roket tersebut selepas dilancarkan akan berlabuh di stesen angkasa lepas milik China, Tiangong-1.

Jurucakap Program Kejuruteraan Manusia ke Angkasa Lepas China, Wu Ping berkata, seorang wanita yang menyertai misi itu, Wang Yaping, 33, akan memberikan kuliah tentang graviti dari angkasa lepas.

Dia merupakan wanita kedua China yang berlepas ke angkasa lepas.

Pemimpin Parti Komunis dan Presiden China, Xi Jinping menyaksikan pelancaran roket tersebut di pusat angkasa lepas itu.

Perdana Menteri, Li Keqiang dan beberapa pemimpin tentera dan awam berjabat tangan dengan para saintis dan juruteknik di pusat angkasa lepas tersebut selepas roket berkenaan berjaya dilancarkan.

Keqiang turut bercakap dengan ketiga-tiga angkasa itu.

"Anda menyebabkan penduduk China berasa bangga dengan diri mereka," kata Keqiang.

Selain Yaping, dua angkasawan lain yang menyertai misi tersebut ialah Nie Haisheng dan Zhang Xiaoguang.

Mereka akan berada di angkasa lepas selama 15 hari.

China menghantar manusia ke angkasa lepas buat kali pertama pada tahun 2003.

Kejayaan itu sekali gus meletakkan China menjadi negara ketiga di dunia yang menghantar angkasawan ke angkasa lepas selepas Rusia dan Amerika Syarikat.

China telah melancarkan lima misi ke angkasa lepas yang membawa manusia dengan menggunakan kapal angkasa tersebut. - Agensi

Pesawat era Perang Dunia Kedua diangkat dari dasar laut

Posted:

Pesawat era Perang Dunia Kedua diangkat dari dasar laut

Pesawat era Perang Dunia Kedua diangkat dari dasar laut


PESAWAT itu diletakkan di atas sebuah tongkang.- AP


LONDON - Sebuah pesawat pengebom tentera Jerman pada era Perang Dunia Kedua dikeluarkan dari dasar laut dengan menggunakan kren di Selat Inggeris kelmarin.

Pesawat Dornier Do-17 itu ditembak jatuh di perairan Kent lebih 70 tahun lalu.

Pesawat itu tenggelam pada kedalaman 15 meter di dasar laut.

Ia kemudian diletakkan di atas sebuah tongkang.

Sepasukan pakar Muzium Tentera Udara Diraja Britain melakukan persiapan selama lima minggu untuk mengeluarkan kapal terbang pengebom tersebut dari dasar laut. -

Pesawat itu ditemui oleh sekumpulan penyelam pada tahun 2008.

Beberapa pegawai merancang untuk memulihkan semula pesawat tersebut dan dipamerkan di muzium itu.- Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved