Selasa, 21 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Shahrin mencerap bintang dari rumah

Posted:

Shahrin mencerap bintang dari rumah

Shahrin mencerap bintang dari rumah

SAMBIL dikelilingi isteri dan empat anaknya, Shahrin Ahmad, 38, pantas membetulkan kedudukan teleskop pemantul jenama Meade yang jika ditegakkan hampir menyamai ketinggiannya.

Warna teleskop itu sedikit kusam dengan beberapa tompok coklat kekuningan. Namun, ia masih berfungsi dengan baik untuk meneropong ruang angkasa yang dipenuhi jutaan bintang pada waktu malam.

"Ini teleskop yang paling bermakna dalam hidup saya. Arwah ayah, Ahmad Abdul Wahab menghadiahkan teleskop ini atas kejayaan saya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1995.

"Ia juga sebagai penyuntik semangat untuk saya meneruskan minat dalam dunia astronomi yang diminati sejak kecil.

"Malah, teleskop yang dibeli pada harga RM3,500 ini juga membuatkan saya dikenali di kampus sehingga digelar sebagai 'orang bintang' dan 'orang bulan' oleh rakan-rakan sekuliah," terang Shahrin, peminat tegar dunia astronomi yang juga merupakan pengasas laman web Falak Online.

Turut dikenali sebagai Shahgazer dalam kalangan peminat astronomi tempatan, Shahrin mula berkecimpung dalam arena ini sejak tahun 1984.

Ketika itu, dia baru menginjak usia 10 tahun. Pada satu malam, anak bongsu daripada empat adik-beradik itu teruja melihat keindahan langit dan ruang angkasa yang dipenuhi jutaan bintang.

Naluri kanak-kanaknya membuatkan dia tertanya-tanya apa yang ada di sebalik kerlipan bintang itu dan bagaimana agaknya kehidupan dunia di atas sana?

Rentetan itu, Shahrin pantas membina impian dan cita-cita sendiri untuk mendalami ilmu berkaitan astronomi dan angkasa lepas. Nasibnya baik kerana minat tersebut mendapat sokongan keluarga.

Persahabatan dengan Mr. Looi

"Waktu itu boleh dikatakan tidak ada rakan sekolah yang mempunyai minat serupa. Namun, ia bukan penghalang untuk saya mencari maklumat dalam bidang tersebut melalui pembacaan buku di perpustakaan.

"Paling seronok apabila saya berjaya mendapat keputusan 5A dalam Penilaian Darjah Lima, ayah dan mak, Kalthum Jaafar telah menghadiahkan sebuah teleskop kecil berharga RM300," cerita Shahrin mengenai zaman kecilnya.

Pada tahun 1988, Shahrin telah bertemu dengan seorang penjual buku-buku astronomi yang dikenali sebagai Mr. Looi sewaktu mengunjungi Pesta Buku Kuala Lumpur.


MINAT Shahrin (tiga dari kanan) dalam bidang astronomi membuatkannya sering mengembara ke pelbagai destinasi di seluruh dunia termasuk Australia, China dan Turki.


"Apabila berbual dengannya, saya dapat tahu bahawa beliau mempunyai sebuah kedai yang turut menjual peralatan mencerap bintang seperti teleskop. Hubungan kami terus akrab kerana saya sering berkampung di kedainya.

"Boleh dikatakan, beliau merupakan guru pertama saya dalam bidang astronomi ini. Malah, daripada Mr. Looi juga, saya mula membina hubungan dengan ahli-ahli Persatuan Astronomi Malaysia," terang bapa kepada empat cahaya mata ini.

Sewaktu berusia 16 tahun, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu kemudian mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Astronomi Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang. Ia bertujuan untuk mengumpul para pelajar yang berminat dalam bidang tersebut.

Shahrin berjaya menarik kira-kira 30 pelajar untuk mendaftar sebagai ahli. Sejak itu, mereka sering berhubung dengan kelab astronomi sekolah-sekolah lain untuk bertukar-tukar pandangan dan menjalankan pelbagai aktiviti termasuk mencerap langit.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan cemerlang, Shahrin cuba mencari kursus yang sesuai dengan bidang astronomi, namun tidak ketemu.

Justeru, bapanya mencadangkan agar dia mengambil kursus berkaitan Sains Komputer di UPM. Walaupun masih belajar, tetapi Shahrin tidak mengenepikan minatnya. Dia tetap melakukan beberapa aktiviti mencerap langit bersama rakan-rakan di kampus.

Pada tahun 1995, berlaku gerhana matahari penuh di Kudat, Sabah yang menyebabkan Shahrin teruja untuk ke sana. Bagaimanapun, disebabkan peperiksaan masih berjalan, dia cuma memantau fenomena itu dari rumahnya.

"Di Petaling Jaya, hanya berlaku gerhana matahari separuh. Jadi, saya pasang teleskop pemberian ayah di luar rumah. Sambil itu, televisyen yang menyiarkan liputan tentang gerhana tersebut tetap dipasang.

"Saya berulang-alik dari luar ke dalam rumah. Tiba-tiba, saya terbau sesuatu yang hangit. Rupa-rupanya, bahagian tepi kanta teleskop itu terbakar. Sejak itu, saya lebih berhati-hati mengendalikan peralatan tersebut," terangnya sambil tersenyum lebar.

Disambar petir

Ketika membuat projek berkaitan perisian bagi pengajian tahun akhir di universiti, berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.

Ketika itu, Shahrin membuat keputusan untuk menghasilkan perisian astronomi yang dinamakan Sistem Pencerapan Samawi di bawah seliaan pensyarah bahagian fizik, Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab.

Menariknya, perisian ciptaan Shahrin itu terpilih sebagai projek terbaik bagi jurusan Sains Komputer. Kemudian beliau menjadi wakil untuk pertandingan projek terbaik peringkat Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, UPM.

Namun, tiga hari sebelum pembentangan projek di hadapan panel juri yang dilantik pihak fakulti, komputer Shahrin rosak akibat disambar petir. Ia menyebabkan semua bahan yang telah siap hilang dan tidak dapat diselamatkan.

"Apa yang ada cuma gambar skrin shot untuk projek tersebut. Jadi, hanya itu yang saya gunakan sewaktu sesi pembentangan tersebut. Walaupun kecewa tapi saya tetap menerangkan projek Perisian Sistem Pencerapan Samawi dengan bersungguh-sungguh.

"Tanpa disangka, akhirnya saya berjaya mendapat tempat kedua dalam pembentangan tersebut meskipun bersandar pada skrin shot sahaja," ungkap Shahrin lagi.

Melangkah ke alam pekerjaan sebagai pengaturcara komputer di sebuah syarikat swasta pada tahun 1998, Shahrin masih tegar dengan dunia astronominya. Meskipun baru bekerja, dia sanggup meminta cuti selama tiga hari semata-mata untuk menyaksikan gerhana matahari cincin.

Dia menyertai kumpulan Persatuan Pencinta Alam (MNS) untuk merakam fenomena tersebut di Pulau Aur, Johor dengan menaiki bot laju dari Mersing yang memakan masa tiga jam.

"Waktu itu, saya turut membawa peralatan mencerap termasuk teleskop Meade pemberian ayah. Saya rasa amat puas apabila dapat menyaksikan gerhana matahari cincin dengan mata sendiri.

"Kemudian, pada sebelah malamnya, langit malam yang dilihat dari Pulau Aur dipenuhi jutaan bintang tanpa dilindungi sebarang gugusan awan. Ia teramat cantik dan sukar diungkap dengan kata-kata. Itulah kali pertama dan terakhir saya melihat keindahan langit malam sedemikian rupa," jelas Shahrin sambil memberitahu, aktiviti mencerap langit mampu meningkatkan lagi keimanan kita terhadap kebesaran Allah dalam penciptaan alam semesta.

Selepas itu, Shahrin menubuhkan laman falak.net pada tahun 1998 sebagai platform untuk peminat astronomi bertukar-tukar pandangan. Ia kemudian ditukar kepada Falak Online pada tahun berikutnya.


SHAHRIN bersantai bersama anak-anak di balai cerap yang terletak di bumbung rumahnya.


Ubah suai loteng

Melalui forum yang dibuat dalam laman web tersebut, nama Shahrin semakin dikenali. Rentetan daripada itu, Shahrin mula menubuhkan syarikat sendiri, Equatorial Sky Innovations Sdn. Bhd. pada tahun 2009 yang memberi tumpuan terhadap penyelidikan serta pembangunan perisian dan perkakasan astronomi.

Sebagai Pengarah Urusan, Shahrin turut menawarkan khidmat konsultansi kepada pihak Agensi Angkasa Negara (Angkasa), jabatan-jabatan mufti termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang.

Kini, selepas 29 tahun, beliau sudah boleh digelar sifu bidang astronomi. Kemuncak minatnya diterjemahkan melalui pembinaan balai cerap di rumahnya sendiri pada tahun 2011.

Bermodalkan RM20,000, Shahrin mengubah suai loteng rumahnya menjadi sebuah balai cerap mini. Sebanyak enam buah teleskop yang dianggarkan bernilai RM30,000 menjadi 'penghuni tetap' di bilik dengan bukaan bumbung beroda itu.

"Di sinilah saya menghabiskan masa pada waktu malam untuk meneropong bintang-bintang di langit bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, menggunakan kamera khas dan kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR), saya dapat merakam pelbagai objek yang ada di atas sana.

"Dahulu, saya sendiri meragui kesahihan gambar astronomi yang dikeluarkan pihak Barat, tetapi kini saya dapat melihatnya sendiri melalui teleskop dan peralatan canggih ini," ungkap Shahrin sambil menjelaskan bahawa dengan peralatan fotografi yang hebat, dia dapat mencerap dan merakam kira-kira 5,000 objek terang yang ada di langit.

Sisa pepejal bandaran bebankan Hong Kong

Posted:

Sisa pepejal bandaran bebankan Hong Kong

Sisa pepejal bandaran bebankan Hong Kong


SEORANG kakitangan organisasi Kitar Semula Hong Kong mengutip sampah di depan pintu premis ahli yang berdaftar dengan kumpulan itu untuk dikitar semula.


DI pusat bandar raya Hong Kong, sepasukan penyapu sampah di jalanan dan pemungut sampah sentiasa memastikan setiap pelosok jalan di situ bersih. Bagaimanapun, berbukit-bukit sampah yang semakin hari semakin menimbun di pinggir bandar pula menjadi bukti kepada dakwaan para aktivis mengenai krisis alam sekitar.

Sementara bahagian bandar tampak seperti diuruskan dengan sempurna, tiga buah tapak pelupusan sampah bertimbun dengan sisa pembuangan manusia sekali gus bakal mencapai kapasiti maksimum pada tahun 2020, menurut agensi kerajaan, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD).

Terdapat beberapa ramalan mengenai kepadatan sampah di situ. Antara yang menakutkan adalah ia akan penuh dalam tempoh satu hingga dua tahun saja lagi.

Tapak pelupusan

"Kami mesti mencari pelan cadangan untuk mengurangkan sampah, jika tidak sampah sarap akan berada di jalanan dalam tempoh tujuh tahun ini," kata saintis alam sekitar, Profesor Jonathan Wong dari Universiti Baptis Hong Kong.

Majoriti daripada 13,000 tan sampah yang dibuang di tapak pelupusan di Hong Kong setiap hari dikategori sebagai sisa pepejal bandaran (MSW) yang dihasilkan di rumah, perniagaan dan industri.

Dengan populasi lebih 7 juta orang, Hong Kong menghantar 1.3 kilogram MSW bagi setiap orang ke tapak pelupusan sehari.

Kebanyakan adalah sisa domestik iaitu sampah dari perumahan dan institusi-institusi termasuk sekolah.

Ia adalah lebih tinggi berbanding bandar-bandar Asia lain termasuk Tokyo, Seoul dan Taipei.

Sikap orang awam dipersalahkan kerana menjadi punca kepada pertambahan sampah MSW.

"Hong Kong merupakan bandar yang bergerak pantas dan penduduknya mahu mengikut trend sama ada pakaian, perabot atau telefon bimbit.

"Mereka barangkali memiliki sebuah perabot yang masih baik, tetapi akan dibuang untuk digantikan dengan baharu," kata Pengarah Eksekutif Greeners Action, Angus Ho. Greeners Action merupakan sebuah badan bukan kerajaan di Hong Kong.

Angus bersama-sama para aktivis lain turut menyalahkan kerajaan kerana tiada tindakan yang diambil sehingga sampah sarap Hong Kong berbukit-bukit.

EPD menerbitkan sebuah rangka kerja untuk tempoh 10 tahun bagi menguruskan sisa bandaran pada tahun 2005, tetapi mendapat banyak kritikan.

Banyak cadangan yang dikemukakan gagal dibuat selain tiada penjadualan tepat dan konkrit untuk memulakannya.

Buat masa ini, pihak tersebut sedang dalam usaha merangka tindakan pada satu lagi pengurusan sampah yang bakal dikeluarkan dalam tempoh beberapa minggu.

EPD mengakui Hong Kong mengalami krisis sampah.

Tambahnya, ia hanya boleh ditangani dengan mengambil langkah yang mempunyai pelbagai penjuru iaitu daripada pengurangan sampah pada peringkat sumber sehingga meningkatkan pemulihan sisa.

Selain itu, pembinaan infrastruktur moden merawat sampah yang komprehensif juga penting terutamanya yang dapat menangani jenis-jenis sampah berbeza.

Kerajaan dan kumpulan-kumpulan alam sekitar percaya bayaran yang dikenakan kepada isi rumah dan perniagaan terhadap sampah yang dihasilkan mengikut jumlah merupakan cara tepat dalam mengurangkan sampah. Skim yang sama berjaya dilakukan di Taipei dan Seoul.

Namun, pihak pentadbiran teragak-agak untuk melaksanakan tindakan tersebut kepada orang awam, perniagaan, manakala ahli politik pembangkang pula asyik mendesak supaya polisi terbabit dijalankan.

"Kerajaan tidak mahu melakukan sebarang tindakan terlalu drastik dan kreatif kerana akan berdepan kesusahan dalam LegCo (Majlis Undangan Hong Kong)," kata Pengarah Sahabat Bumi Hong Kong, Edwin Lau.


TIMBUNAN sampah sarap yang semakin tinggi di Hong Kong menimbulkan kebimbangan dalam kalangan aktivis alam sekitar.


Kitar semula

Edwin berkata, levi beg plastik sebanyak HK$0.50 (RM0.18) yang diperkenalkan pada tahun 2009, kini meliputi 3,000 buah kedai termasuk pasar raya dan kedai serbaneka telah menunjukkan sistem bayaran sangat efektif dalam mengubah tingkah laku orang ramai.

Menurut EPD, penggunaan beg plastik dalam kalangan peruncit di bawah skim terbabit mampu mengurangkan bahan tersebut sehingga 90 peratus.

Cadangan-cadangan yang dibincangkan adalah seperti membesarkan tapak pelupusan sampah sekarang dan membina insinerator.

Bagaimanapun, kedua-dua kertas cadangan itu tidak popular dalam kalangan penduduk tempatan dan beberapa kumpulan aktivis alam sekitar.

Sementara itu, beberapa kumpulan dengan skala kecil cuba menyampaikan mesej pada peringkat akar umbi.

Kitar Semula Hong Kong merupakan sebuah lagi organisasi tidak berasaskan keuntungan dan ditubuhkan pada tahun lalu. Kumpulan itu memberikan empat buah beg boleh diguna semula kepada pelanggan.

Beg-beg itu digunakan dengan cara mengasingkan sampah bergantung kepada jenis iaitu kertas, plastik, metal dan kaca untuk kitar semula. Ia dikutip di pintu rumah sekali seminggu.

"Kami fikir ini merupakan jalan yang paling senang untuk mereka kerana kitar semula sebelum ini tidak mendapat sambutan kerana orang ramai malas berjalan sambil membawa sampah ke pusat komuniti," kata pengurus operasinya, Joshua Tan.

Pelanggan berdaftar membayar HK$25 (RM8.95) seminggu untuk perkhidmatan itu.

Pengarah syarikat peruncitan, Marc Dambrines, 39, yang menetap di Hong Kong selama 17 tahun berkata, dia mendaftar kerana Kitar Semula Hong Kong dapat menerangkan dengan jelas kepadanya destinasi sampah yang dikutip dan cara digunakan.

"Mudah mengitar semula, itu jalan terbaik yang kita ada," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja

Posted:

Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja

Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja

Oleh SUHANA VERU
suhana.veru@kosmo.com.my

PENGGUNAAN buku elektronik atau e-Book masih kurang popular dalam kalangan masyarakat di negara ini memandangkan tidak ramai yang mahu mengambil inisiatif untuk mencubanya.

Buku elektronik merupakan sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku, namun rakyat di negara ini dilihat lebih gemar membaca buku fizikal atas faktor kepuasan.

Begitupun, perkara itu tidak menghalang Pengarah Urusan Xentral Methods Sdn. Bhd., Faiz Al-Shahab, 33, melancarkan laman web, portal www.e-sentral.com.my pada tahun lalu.

Portal berkenaan menawarkan pelbagai jenis buku dalam bentuk e-Book. Lebih menarik, bahan bacaan itu boleh dibaca terus menerusi telefon pintar dan komputer.

Mengulas lanjut mengenai e-Book, Faiz memberitahu, portal berkenaan menyediakan lebih 15,000 judul buku dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Perancis dan Sepanyol.

Namun, fokus utama portal tersebut adalah untuk mempromosikan buku tempatan.

Kebanyakan buku berkisar tentang perniagaan, biografi, komik, teknologi maklumat, novel cinta dan penyiasatan.

Kesemua buku itu pada asalnya merupakan buku yang dicetak oleh syarikat penerbitan tempatan selain bahan daripada penulis bebas.

Akses e-Sentral

Menyentuh mengenai cara untuk membaca buku-buku tersebut, anak jati Selangor itu memberitahu, pembaca perlu melayari laman web di www.e-sentral.com.my menerusi telefon pintar, tablet, komputer dan komputer riba.

Seterusnya, pengguna perlu mendaftarkan nama dan kata laluan. Sebaik selesai berbuat demikian, pengguna berkenaan boleh terus membuat pembelian buku.

Setelah membuat pilihan, pengguna akan dimaklumkan mengenai penerbit, saiz fail, kategori buku dan format selain sinopsis buku berkenaan.

Selain itu, pembaca akan ditanya sama ada mereka mahu membaca menerusi komputer, tablet, iPad, iPhone, atau Android.

Justeru, pembaca dikehendaki mengisi kata laluan dalam e-mel yang terkandung dalam gajet canggih. Sebaik selesai, pengguna akan dikehendaki mengisi semula nama pengguna dan kata laluan yang didaftarkan melalui portal itu.

"Tidak sampai tujuh minit, anda sudah boleh membaca judul buku yang dipilih menerusi telefon atau komputer," katanya ketika ditemui di pejabatnya yang terletak di Cyberjaya, Selangor.

Malahan, pembaca akan diberikan beberapa judul buku secara percuma sebagai percubaan sebelum membuat pembelian namun, bukan semua judul buku.


E-BOOK e-Sentral boleh diakses melalui tablet, komputer riba atau telefon bimbit pintar.


Sistem operasi

Mengenai sistem operasi, aplikasi e-Sentral menggunakan sistem operasi IOS, Android, Cloud dan komputer.

Beliau memberitahu, format operasi aplikasi tersebut ialah e-pub dan ia merupakan format yang berbeza.

Pada kebiasaan, format yang digunakan pada e-Book adalah dokumen mudah alih (PDF).

"Bagaimanapun, kita tidak menggunakan PDF kerana apabila aplikasi menggunakan format itu ia akan melambatkan kerja-kerja memuat turun sekali gus fail tersebut akan menjadi berat.

"Jadi, kami menggunakan format e-pub kerana ia bukan sahaja melindungi setiap e-Book daripada digodam, malah format tersebut lebih ringan berbanding PDF," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengguna tidak perlu risau mengenai langkah-langkah perlindungan pada aplikasi itu.

Seseorang pengguna boleh menggunakan tiga akaun berbeza pada tiga gajet berbeza milik mereka sama ada iPad, komputer atau telefon bimbit memandangkan ia menggunakan teknologi pengkomputeran awan atau lebih dikenali cloud computing.

Pelbagai aplikasi

Teknologi itu membenarkan pelbagai aplikasi dijalankan pada variasi jenis platform. Ia tidak lagi tertakluk kepada satu-satu sistem operasi tertentu sahaja.

Ia turut membolehkan pengguna menggunakan sesuatu perisian tanpa perlu melakukan instalasi pada komputer yang ingin digunakan.

"Pengguna cuma perlu menggunakan pelayar internet terkini bagi mengakses e-Book," ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai harga, bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, ia dijual pada harga yang murah berbanding buku yang dicetak.

"Kami menjual buku serendah RM2.99 tetapi ia mengikut bab-bab dalam buku itu iaitu setiap bab dijual berasingan.

"Malah, kami juga menjual buku yang berharga RM5. Ia seperti buku cerita yang tidak mengandungi bab," jelasnya sambil memberitahu pihaknya menjual buku dari harga RM2.99 sehingga RM30.


FAIZ menunjukkan kepada salah seorang pelanggannya cara-cara e-Book.


Harga rendah

Buku-buku dijual pada harga rendah disebabkan ia tidak memerlukan kos pencetakan dan pemasaran.

Walaupun ditawarkan pada kos murah, beliau mengakui hanya sekitar 30 peratus pembaca yang berminat terhadap e-Book dan selebihnya masih lagi mengamalkan buku fizikal.

Hakikatnya, peratusan itu menunjukkan rakyat Malaysia tidak menyedari kewujudan dan kecanggihan teknologi e-Book.

"Banyak kelebihan menggunakan e-Book, antara yang menarik contohnya, anda boleh mengeluarkan penanda buku atau bookmark yang membenarkan pengguna terus kepada muka surat yang ditandai apabila membuka buku tersebut," ujarnya lagi sambil memberitahu, pembaca kini tidak perlu lagi berulang-alik ke kedai buku untuk mendapatkan bahan bacaan.

Bukan itu sahaja, jika pengguna ingin membeli buku berkaitan senaman, menerusi e-Book pembaca boleh melihat cara bersenam secara realistik berbanding buku fizikal yang hanya meletakkan gambar mengikut turutan langkah.

Lebih menarik, portal itu memberi peluang kepada penulis-penulis bebas untuk menghasilkan karya mereka melalui e-Book.

Penulis bebas tidak perlu mengeluarkan modal untuk pencetakan.

Langkah itu dilihat salah satu cara untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang penulisan untuk dipromosikan melalui portal tersebut.

Buluh khas untuk beruang panda

Posted:

Buluh khas untuk beruang panda

Buluh khas untuk beruang panda

Oleh SUHANA VERU


BULUH merupakan makanan utama beruang panda.


SEPASANG beruang panda yang dinamakan Fengyi (betina) dan Fuwa (jantan) dijangka tiba di Malaysia pada Disember depan.

Kedua-dua haiwan itu yang berasal dari China dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun.

Bagaimanapun, peminjaman haiwan itu merupakan simbolik bagi memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang bakal diraikan pada tahun 2014 nanti.

Sebelum ini, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pasangan panda itu akan ditempatkan di Zoo Negara, Kuala Lumpur yang dilengkapi kemudahan menyamai habitat asal panda tersebut.

Zoo Negara dipilih kerana dilihat sesuai dan mempunyai tenaga pakar untuk memastikan pasangan panda itu hidup selesa.

Justeru, 1Malaysia Development Berhad dan kerajaan Persekutuan akan menjalankan projek pembangunan eksibit khas bagi menempatkan panda berkenaan pada Jun ini di Zoo Negara.

Eksibit yang berkeluasan 0.6 hektar itu akan dilengkapi suhu kurang 24 darjah Celcius.

Menyentuh mengenai pemakanan, beliau memberitahu, makanan utama spesies berkenaan ialah buluh.

Haiwan tersebut memerlukan 25 kilogram buluh sehari, namun hanya terdapat 15 jenis buluh yang dimakan haiwan terbabit.

Antaranya buluh pagar, buluh betung, buluh Siam, buluh perut buddha, buluh botol, buluh semantan, buluh madu dan buluh galah.

Dalam menyediakan pemakanan untuk haiwan tersebut, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk membantu terutama membekal buluh.

Skop tugas institut itu khususnya dalam mengenal pasti spesies buluh tempatan yang boleh dimakan oleh haiwan tersebut dan menanam spesies buluh yang sesuai di negara ini.


KAKITANGAN FRIM, Zoo Negara dan pelajar MSU berganding bahu menanam beratus-ratus pokok buluh di Zoo Negara.


Tanggungjawab besar

Menyedari menggalas tanggungjawab yang besar, kira-kira 100 orang kakitangan yang terdiri daripada FRIM, Zoo Negara dan pelajar dari Management and Science University (MSU) menyertai program gotong-royong menanam buluh pada 16 April lalu di Zoo Negara.

Sebanyak 200 pokok buluh Siam (Thyrsostachys siamensis) telah ditanam dalam beg plastik.

Kesemua benih pokok itu ditanam di kawasan plot lereng bukit yang terletak di Zoo Negara.

Seorang pelajar MSU, Nuradilla Abu Bakar, 23, berkata, buat pertama kali dia menanam pokok buluh dan ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan.

"Penganjuran program yang melibatkan penyertaan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sekurang-kurangnya membantu pihak FRIM dan Zoo Negara menanam pokok buluh dengan lebih banyak.

"Lagipun, kita perlu memperbanyakkan usaha menanam pokok buluh untuk menampung pemakanan beruang panda itu selama 10 tahun," ujarnya.

Selain usaha menanam pokok buluh, FRIM juga telah menghantar tiga orang penyelidik ke Bifengxia Panda Base, Ya'an di China pada 17 Mac lalu.

Tujuan penghantaran penyelidik itu ke negara berkenaan bagi mendalami pengetahuan mengenai tabiat dan jenis buluh yang dimakan oleh haiwan tersebut.

Jenis buluh

Bagi mengetahui jenis buluh yang dimakan oleh haiwan itu, penyelidik telah membawa lima sampel buluh iaitu buluh Siam, pagar, madu, galah dan semantan.

Pegawai Penyelidik Cawangan Pengurusan Hutan Ladang, Bahagian Bioteknologi FRIM, Abd. Razak Othman berkata, pihaknya mendapati haiwan tersebut lebih gemar makan batang buluh jenis galah dan pagar berbanding semantan.

Ia berikutan, kulit buluh galah dan pagar mudah dikopek haiwan tersebut selain gemar memakan daun dan ranting buluh madu.

"Kami membawa kelima-lima jenis buluh ini sahaja berdasarkan pengalaman Zoo Chiang Mai, China dan Zoo Singapura. Kami dimaklumkan oleh kedua-dua zoo tersebut, haiwan itu boleh makan kelima-lima jenis buluh berkenaan," katanya.

Dalam lawatan itu, pihaknya mendapati, haiwan tersebut gemar makan buluh yang muda berusia antara 18 bulan hingga dua tahun.

"Selain buluh, kami mendapati haiwan tersebut turut diberikan kek buluh yang diadun dengan fiber buluh serta vitamin yang lain. Ia sebagai penambahan nutrien dalam makanan untuk haiwan itu," ujarnya sambil memberitahu ia juga turut makan epal dan lobak.

Bagaimanapun, beliau berkata, kajian lebih lanjut mengenai jenis pemakanan haiwan itu perlu dilakukan lagi.

Galaxy S4 lebih canggih

Posted:

Galaxy S4 lebih canggih

Galaxy S4 lebih canggih


TELEFON pintar paling ditunggu-tunggu di pasaran, Samsung Galaxy S4 akhirnya memasuki pasaran Malaysia pada April lalu.


PENERAJU global dalam media dan teknologi digital, Samsung Electronics Co. Ltd. telah melancarkan Galaxy S4 baru-baru ini.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia, Kwan Jae Hoon berkata, pihaknya yakin model terbaharu itu akan mengatasi jualan Galaxy S3.

Ia berikutan, telefon pintar itu dilengkapi dengan kamera belakang 13 megapiksel, teknologi Gorilla Glass Corning 3 yang mampu merekodkan bunyi dengan lebih jelas.

Malah, ia juga dilengkapi dengan teknologi Airview yang membolehkan operasi skrin dail pantas dengan mengeluarkan gambar daripada nombor satu hingga sembilan.

Selain berukuran 7.9 milimeter, skrin bersaiz lima inci dan bateri seberat 170 gram, ia juga mempunyai paparan Super AMOLED berdefinisi penuh pertama di dunia.

Bukan itu sahaja, pihaknya turut memperkenalkan aplikasi terbaharu iaitu S Translator.

"Aplikasi canggih ini membantu pengguna telefon pintar yang berdepan dengan masalah bahasa," katanya.

Sehubungan itu, bagi yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini, bolehlah mengunjungi semua premis terpilih termasuk di kaunter syarikat telekomunikasi.

Ia boleh didapati dengan harga serendah RM2,199 menerusi pilihan warna hitam dan putih.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


100 pelajar sertai perkhemahan di Taman Negara Niah

Posted:

100 pelajar sertai perkhemahan di Taman Negara Niah

100 pelajar sertai perkhemahan di Taman Negara Niah

PARA peserta yang menyertai Khemah Kerja Kelab 1Malaysia di Miri, Sarawak baru-baru ini.


PERPADUAN. Sebanyak 100 orang pelajar dari sekolah-sekolah menengah di Lawas, Limbang, Marudi, Miri, Niah dan Bintulu telah menyertai Khemah Kerja Kelab 1Malaysia di Taman Negara Niah, Miri anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak baru-baru ini.

Residen Bahagian Miri, Antonio Kahti Galis memberitahu, Sarawak merupakan sebuah negeri contoh yang baik daripada segi perpaduan kaum kerana lebih daripada 23 kumpulan etnik telah hidup bersama sejak sekian lama.

"Justeru, para pelajar perlu mengeratkan lagi perpaduan antara kaum semasa di bangku sekolah dan mengekalkannya sehingga mereka dewasa kerana Malaysia tidak akan bergerak maju tanpa perpaduan kaum yang kukuh," katanya.

Pekerja Samsung turun padang tanam pokok

Posted:

Pekerja Samsung turun padang tanam pokok

Pekerja Samsung turun padang tanam pokok


SEBAHAGIAN kakitangan Samsung bergambar selepas aktiviti menanam pokok di Lenggeng, Negeri Sembilan baru-baru ini.


HIJAU. Sebanyak 53 pekerja kilang Samsung SDI Energy (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan turun padang menjayakan program tanam pokok sempena Kempen Hijau di Hutan Lipur Lintang Lenggeng, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia kilang berkenaan, Dzulfadly Vasan Abdullah berkata, program itu adalah susulan daripada usaha berterusan syarikat dalam menjayakan Kempen Hijau.

"Kami mahu bergerak seiring dengan usaha kerajaan negeri dalam kempen alam sekitar dan telah menaja 150 anak pokok.

"Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada jenis Bouganvilla, Siang Malam dan Lily. Kami juga menyediakan baja organik untuk ditabur ke atas setiap anak pokok yang baru ditanam," katanya.

979 graduan UiTM Perlis terima ijazah dan diploma

Posted:

979 graduan UiTM Perlis terima ijazah dan diploma

979 graduan UiTM Perlis terima ijazah dan diploma


ABDUL RAHMAN (duduk tengah) bersama beberapa graduan cemerlang UiTM di Arau, Perlis baru-baru ini.


TAHNIAH. Sebanyak 976 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-78 yang berlangsung di Dewan Sri Semarak di Arau, Perlis baru-baru ini.

Graduan tersebut terdiri daripada 405 pelajar bagi ijazah sarjana muda dan 574 pelajar diploma selain 31 pelajar menerima Anugerah Naib Canselor pada istiadat yang diadakan selama dua hari bermula 15 sehingga 16 Mei lalu.

Penganugerahan ijazah dan diploma kepada para graduan tersebut disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Abdul Rahman Arshad.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Menteri Sarawak bergaji besar

Posted:

Menteri Sarawak bergaji besar

Menteri Sarawak bergaji besar

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

YANG Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin (tiga dari kiri) bersalaman dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada majlis pembukaan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching kelmarin.


KUCHING – Semua wakil rakyat di Sarawak mendapat nafas baharu untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi apabila mereka bakal menerima kenaikan gaji bulanan tiga kali ganda antara RM9,000 hingga RM26,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Mereka mendapat durian runtuh itu apabila Rang Undang-Undang (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-17 di sini semalam.

Rang undang-undang yang meliputi pelarasan gaji, pencen dan ganjaran itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dilakukan oleh Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh (gambar kecil).

Soon Koh berkata, wakil rakyat termasuk Setiausaha Politik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Muda, Menteri, Menteri Kanan, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri akan menerima kenaikan sekurang-kurangnya tiga kali ganda atau 200 peratus.

Beliau berkata, kali terakhir DUN Sarawak membuat pelarasan gaji wakil rakyatnya ialah 21 tahun lalu iaitu pada tahun 1992.

"Pelarasan gaji ini mengambil kira faktor seperti peningkatan kos semasa, tanggungjawab dan cabaran ketika berkhidmat di wilayah yang besar," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Mengulas lanjut, Soon Koh memberitahu, gaji Setiausaha Politik akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM9,000, ADUN (RM4,500 kepada RM15,000), Menteri Muda (RM7,000 kepada RM21,000) serta Menteri (9,000 kepada 27,000).

"Gaji Menteri Kanan pula dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM30,000, Timbalan Ketua Menteri (RM11,000 kepada RM35,000) serta Ketua Menteri (RM13,000 kepada RM39,000)," katanya.

Pada masa sama, Soon Koh menjelaskan, pelarasan berkenaan akan mengambil kira tunggakan gaji bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17 juta.

Enam pendaki Felda takluk Everest

Posted:

Enam pendaki Felda takluk Everest

Enam pendaki Felda takluk Everest

KUALA LUMPUR - Enam daripada tujuh pendaki Everest Felda 2013 berjaya mengharumkan nama negara apabila menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut semalam.

Mereka yang berjaya menakluk puncak tersebut ialah Myrza Fasha Md. Hamyrudin, Mohd. Nasuha Shamsuddin, Mohd. Hafizudin Ibrahim, Mohamad Asyraf Mohd. Halim, Zainudin Lot dan Muhammad Illaham Ishak,.

Menurut sumber, pendaki termuda Mohd. Nasuha, 21, menawan Gunung Everest pada pukul 8.31 pagi waktu Nepal (10.46 pagi waktu Malaysia).

Ini diikuti Mohamad Asyraf, 25, pada pukul 8.48 pagi (11.03 pagi) dan Muhammad Hafizuddin, 22, pada pukul 9.11 pagi (11.25 pagi).

Jurulatih mendaki, Zainudin, 37, pula tiba di puncak tersebut pada pukul 10.16 pagi (12.31 tengah hari), Myrza Fasha pada pukul 10.30 pagi (12.45 tengah hari) dan diikuti seorang lagi jurulatih, Muhamad Illaham pada pukul 11 pagi (1.15 petang).

Sementara itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengucapkan tahniah kepada enam pendaki tersebut kerana berjaya mengharumkan nama negara dan Felda khususnya.

Beliau berkata, latihan dan penat lelah mereka nyata tidak sia-sia kerana usaha itu menunjukkan potensi yang ada dalam diri rakyat Malaysia jika diberikan latihan dan peluang yang sesuai.

"Tahniah kepada anak-anak Felda yang berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest, kami akan menanti kepulangan mereka kelak," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd. Nasuha dan Myrza Fasha berasal dari Felda Tersang 3 di Raub, Pahang manakala Mohamad Asyraf dari Felda Lok Heng Timur di Kota Tinggi, Johor dan Muhammad Hafizuddin dari Felda Chini Timur 1, Pahang.

Ekspedisi anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda dan Felda Global Venture Holding (FGVH) itu disertai 12 lagi pendaki sokongan terdiri daripada tujuh anak Felda dan lima pendaki KE7B.

Ekspedisi yang disertai oleh Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles dan Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin selaku Ketua Ekspedisi itu bermula pada 2 April lepas. Mereka dijadual pulang ke tanah air pada 1 Jun ini.

Guna nama Kementerian Pendidikan

Posted:

Guna nama Kementerian Pendidikan

Guna nama Kementerian Pendidikan


MUHYIDDIN bersama Idris (kanan) pada sesi taklimat di Kementerian Pendidikan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Penyeragaman struktur Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Pada masa yang sama, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meringkaskan nama kedua-dua kementerian itu kepada Kementerian Pendidikan dan diharap mendapat persetujuan dalam tempoh segera.

"Proses pencantuman kedua-dua kementerian ini bukan sesuatu yang sukar kerana Kementerian Pelajaran menumpukan kepada sekolah rendah dan menengah yang telah dilakukan sekian lama. Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi berurusan dengan pendidikan tinggi dan ini telah dilaksanakan dengan baik dan cemerlang oleh pimpinan terdahulu.

"Struktur baharu kementerian ini sedang disusun. Saya telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara (Datuk Seri Ali Hamsa) dan kelmarin (berbincang) dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Mohamad Zabidi Zainal) sambil mendengar pandangan daripada kedua-dua pimpinan tertinggi sedia ada," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Impian Malaysia musnah

Posted:

Impian Malaysia musnah

Impian Malaysia musnah

CHONG WEI memberikan mata pertama Malaysia selepas menewaskan perseorangan Jerman, Dieter Domke 21-18, 21-18 di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.


MALAYSIA gagal melangkah ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 selepas tewas 2-3 kepada Jerman pada aksi akhir Kumpulan C di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad negara selepas tewas kepada Taiwan 2-3 pada hari pertama kejohanan berpasukan campuran itu.

Selaku pilihan ketiga kejohanan, Malaysia bukan sahaja gagal mencapai sasaran ke separuh akhir tetapi turut membuktikan bahawa skuad negara tidak memiliki pemain yang seimbang dalam semua acara yang dipertandingkan.

Skuad negara meraih mata menerusi pemain perseorangan, Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki, Lim Khim Wah-Goh V Shem yang menewaskan pencabar masing-masing.

Chong Wei menewaskan perseorangan Jerman, Dieter Domke 21-18, 21-18 pada aksi kedua manakala Khim Wah-V Shem menumbangkan Ingo Kindervater-Johannes Schoettler 21-16, 23-21.

Jerman pula meraih tiga mata menerusi, beregu campuran, Michael Fuchs-Birgit Michels, perseorangan wanita, Olga Konon dan beregu perempuan, Michels-Johanna Golsizewski.

Fuchs-Michels menewaskan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-17, 18-21, 17-21 pada aksi pertama perlawanan.

Bagaimanapun, Tee Jing Yi ditumpaskan Konon (12-21, 14-21) diikuti kekalahan beregu wanita, Woon Khe Wei-Vivian Hoo Kah Mun kepada Michels-Johanna Golsizewski 16-21, 21-16, 18-21.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata, kekalahan tersebut seharusnya menjadi pengajaran yang paling berguna untuk skuad negara.

"Memang kami mengharapkan kemenangan dalam acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran dan kalau salah satu daripada mereka tewas maka sukar bagi skuad negara untuk meraih mata.

"Hari ini, beregu campuran pula tewas tetapi ia sudah berlaku. Bagaimanapun, kekalahan ini akan pengajaran supaya selepas ini pembangunan badminton harus lebih seimbang lagi," kata Rashid.

Untuk rekod, skuad negara tewas kepada Korea Selatan 2-3 pada aksi suku akhir pada edisi terakhir Piala Sudirman 2011 di Qingdao, China dan pencapaian terbaik adalah pada 2009 di Guangzhou.

Kekalahan itu turut menyaksikan Malaysia sebagai pasukan tercorot Kumpulan C, manakala Taiwan sebagai juara kumpulan dan Jerman di tangga kedua.

Irfan tuntut aksi lebih agresif

Posted:

Irfan tuntut aksi lebih agresif

Irfan tuntut aksi lebih agresif


AMRI (dua dari kanan) tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini.


"SELANGOR perlu mengutip tiga mata penuh jika berhajat untuk kekal dalam kelompok tiga teratas Liga Super pada musim ini."

Demikian amaran jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim kepada anak-anak buahnya menjelang aksi menentang Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini.

Irfan berkata, aksi menentang skuad Penyu itu dianggap sebagai 'peluang' terakhir buat skuad Gergasi Merah untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam saingan liga.

Pengendali kelahiran Perak itu menegaskan, beliau menuntut aksi lebih agresif ketika melayan kunjungan pasukan pelawat dalam usaha melakarkan kemenangan di laman sendiri.

"Inilah peluang terakhir kami. Kami wajib menewaskan Terengganu sebelum aksi liga direhatkan kira-kira sebulan bagi memberi laluan kepada aksi skuad kebangsaan.

"Berbaki lima perlawanan, Selangor tidak boleh lagi mencatat keputusan seri. Cukuplah dengan sembilan kali seri dan saya berharap kami mampu melakar kemenangan di laman sendiri.

"Kali ini, saya mahukan barisan pemain lebih agresif sebaik perlawanan dimulakan.

"Bila sudah jaringkan gol, jangan hilang tumpuan dan kawal gawang sendiri kerana Selangor kerap dibolosi pada saat-saat terakhir termasuk ketika menentang Kelantan dan Pahang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan lain, Irfan memberitahu, penyerang skuad Gergasi Merah, Mohd. Amri Yahyah tidak akan beraksi menentang skuad kendalian E. Elavarasan itu.

Pemain veteran Selangor itu digantung dua perlawanan selepas mengutip enam kad kuning dalam aksi domestik.

"Amri akan terlepas dua perlawanan iaitu menentang Terengganu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Dia menjalani penggantungan selepas mengutip enam kad kuning tetapi saya tetap yakin bahawa kami masih mampu melakarkan kemenangan tanpa Amri.

"Sudah tentu ketiadaan Amri memberikan kesan kepada jentera serangan tetapi kami harus optimis," katanya.

'Jangan bermain api'

Posted:

'Jangan bermain api'

'Jangan bermain api'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


TENGKU ABDULLAH (tengah) menyempurnakan majlis pelancaran kad debit visa Bank Islam 'Team Harimau' di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi amaran kepada pemain-pemain Liga Malaysia (Liga M) supaya tidak terjebak dengan gejala mengatur perlawanan.

Tengku Abdullah menegaskan, sekiranya pemain terlibat dengan rasuah dan melakukan perbuatan tidak bermoral itu, ia mengundang banyak perkara yang tidak diingini.

Baginda bertitah, barisan pemain Liga M perlu berfikir lebih jauh dan menganggap perbuatan itu mampu 'membunuh' industri bola sepak negara.

FAM akan menjalin kerjasama dan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha memerangi sindiket mengatur perlawanan yang dilabel bookie, Khamis ini.

"Saya pun baru dapat maklum dan baca dalam akhbar tetapi saya berharap kes ini diambil perhatian oleh pihak berkuasa khususnya pihak polis.

"Saya juga hendak mengingatkan dan menasihati pemain-pemain supaya jangan sesekali mendekati pihak-pihak bookie ini.

"Sekali anda terlibat, kamu akan merasai kesannya. Saya sudah nasihat dari dulu (dan) apabila kita melayan mereka (bookie), inilah akibatnya.

"Ugutan, cubaan membunuh dan menakutkan keluarga.

"Inilah akibatnya dan tolong jangan 'hiburkan' orang-orang seperti ini.

"Kami (FAM) kena berkerjasama dengan pihak berkuasa. Mungkin kami akan dapatkan (khidmat) nasihat daripada mereka dalam hal ini.

"Saya dimaklumkan, pihak KBS juga akan mengadakan satu perjumpaan dengan SPRM dan polis dalam hal ini di Majlis Sukan Negara (MSN)," titah baginda kepada pemberita selepas pelancaran kad debit visa Bank Islam 'Team Harimau' di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, terdapat laporan beberapa pemain Liga M telah membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh daripada sindiket perjudian bola sepak.

Tindakan itu terpaksa diambil selepas sumber dalaman pasukan yang enggan mendedahkan identitinya memberitahu, keselamatan para pemain tersebut termasuk ahli keluarga mereka mula diancam apabila gagal memenuhi tuntutan atau arahan sindiket perjudian itu dalam satu perlawanan baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah turut memberikan respons kepada pengkritik-pengkritik yang dilihat 'memperlekehkan' hasrat FAM untuk membida pusingan akhir Piala Dunia 2034.

Titah baginda, FAM akan berusaha untuk merealiasasikan hasrat itu.

Tambah Tengku Abdullah, baginda percaya banyak negara pasti berminat untuk menjadi tuan rumah bersama selepas Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menyokong idea tersebut.

"Tidak mengapalah, itu hak dia (pengkritik) untuk berkata apa-apa sekalipun.

"Masa masih panjang. Kami sedang buat kajian dan teliti secara terperinci supaya membuat rumusan adakah perlu kami pergi untuk membida (Piala Dunia 2034) atau tidak?

"Apa yang dia nak katakan kemudian, terpulang kepada sesiapa sahaja.

"Yang penting adalah fikir positif. Kita harus memikirkan tentang positif dan ini bukan soal Malaysia sahaja tetapi soal agenda ASEAN.

"Kita hendak menaikkan dan meningkatkan mutu bola sepak di rantau ini. Kita mesti mempunyai satu usaha (dan) satu matlamat. Seluruh negara di rantau ini dapat meningkatkan cara mereka sendiri.

"Saya ingat bukan Thailand (FAT) sahaja tetapi banyak lagi (negara) yang akan masuk. Percayalah, biar saya adakan mesyuarat dahulu dan saya akan maklum kemudian," titah baginda.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Jam tawaf makin popular

Posted:

Jam tawaf makin popular

Jam tawaf makin popular

Oleh NURUL IZZA ROSLY

SEBANYAK 10 variasi bentuk muka jam disediakan untuk pilihan para pelanggan.


"EH, kenapa jam awak pukul 9 pagi lagi? Sekarang ini sudah pukul 3 petang. Jam habis bateri ya?"

Teguran tersebut penulis terima dengan iringan tawa daripada rakan yang mengerling ke arah jam dipakai pada tangan penulis.

Apabila ditunjukkan dengan lebih dekat kepadanya, barulah rakan tersebut menyedari bahawa penulis memakai jam tawaf.

Ya, jam tawaf. Tidak seperti jam biasa yang pergerakan jarumnya ke kanan, pergerakan jarum jam tawaf adalah ke kiri.

Arah tawaf

Bumi, bulan, bintang dan matahari beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah.

Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf.

Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.

Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.

Menurut Mohd. Wieza Mohd. Ali yang merupakan stokis Hijra Timepiece di Selangor, jam tawaf keluaran syarikat tersebut kalis air dan diperbuat daripada plastik tahan lasak serta mampu menahan tekanan kedalaman sehingga 50 meter.

"Pelanggan berpeluang memilih satu bentuk muka jam daripada 10 variasi yang ada selain memilih tali jam yang pelbagai warna.

"Terdapat dua pilihan saiz yang ditawarkan iaitu saiz biasa dan saiz nano yang lebih kecil," katanya sambil memberitahu jam tawaf tersebut sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita.

Jaminan

Tambahnya, pelanggan yang membeli jam tawaf tersebut diberikan jaminan selama setahun. Andai ada kerosakan atau kehabisan bateri dalam tempoh tersebut, pelanggan boleh menghubungi pihaknya untuk digantikan dengan jam baharu.

Selepas tempoh setahun, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak 50 peratus daripada harga produk untuk mendapatkan jam gantian.

"Jika bateri habis, ia boleh diganti dengan bateri yang boleh didapati di kedai-kedai jam biasa. Namun, kalau masih dalam tempoh jaminan, hubungi sahaja pihak kami kerana anda tidak perlu membayarnya.

"Selain daripada jam tawaf jenis ini, Hijra Timepiece akan menampilkan jam tangan pasangan dan jam loceng dalam masa terdekat," ujarnya ketika ditemui di Karnival Semarak Syariah yang berlangsung di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

SETIAP jam didatangkan dalam bungkusan kotak yang kemas dan cantik.


Jualan

Katanya, jualan jam tawaf sangat menggalakkan dan kebanyakan pelanggan merasakan ia sesuatu yang baharu walaupun ia sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu.

Jam tawaf juga dikatakan mempunyai manfaat kesihatan dengan memberikan keseimbangan badan, ketenangan fikiran, mengasah bahagian otak sebelah kanan, membetulkan aura si pemakai serta sesuai dipakai oleh pesakit kanser kerana dipercayai dapat memusnahkan sel-sel kanser.

"Penjualan jam tawaf ini dibuat secara dalam talian iaitu di Facebook, manakala orang ramai juga boleh mendapatkan secara terus apabila kami menyertai karnival.

"Jam yang dipesan secara dalam talian akan dihantar menggunakan pos laju di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Para pelanggan akan mendapat jam mereka dalam tempoh dua hingga tiga hari," katanya sambil memberitahu jam tersebut dijual pada harga RM110 secara dalam talian serta mendapat seutas tali jam percuma.

Mohd. Wieza memberitahu, pihaknya mengalu-alukan sesiapa yang mahu menjadi ejen jualan jam tawaf tersebut.

Sesiapa yang berminat untuk membeli jam tawaf tersebut atau menjadi ejen boleh mengunjungi laman web www.facebook.com/HijraSelangor dan http://hijraselangor.blogspot.com atau menghubungi Mohd. Wieza di 013-2407 220.

Model skala plastik aset ketenteraan

Posted:

Model skala plastik aset ketenteraan

Model skala plastik aset ketenteraan

Oleh ZAKI SALLEH


AHLI-AHLI PMA tidak sabar untuk berkongsi minat bersama pengunjung pada Pameran Model Plastik Berskala 2013 di Straits Quay, Tanjung Bungah yang bermula Jumaat ini.


PEMINAT model plastik berskala pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat model-model ketenteraan yang dipamerkan pada Pameran Model Plastik Berskala 2013 di Straits Quay, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Pameran anjuran Kelab Peminat-Peminat Model Plastik Berskala (PMA) berlangsung selama tiga hari iaitu pada 24 hingga 26 Mei ini.

Kebanyakan model skala plastik yang dipamerkan seperti aset-aset ketenteraan yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain berlatar belakang diorama sejarah peperangan.

Tidak kurang 200 model plastik pelbagai skala termasuk bersaiz gergasi bakal dipamerkan kepada pengunjung. Ia merupakan koleksi ahli-ahli PMA yang juga pembina model profesional dan amatur.

Antaranya, pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, MiG-29N, kereta kebal Pendekar PT-91M serta beberapa kelengkapan yang pernah digunakan ATM sebelum ini seperti pesawat A-4PTM Skyhawk dan F-5E Tiger.

Diaorama ketenteraan pula seperti berlatar belakang pertempuran semasa Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam termasuklah operasi yang melibatkan ATM di perbatasan negara.

Menurut penyelaras media PMA, Ridhzuan Mohd. Halim, pameran percuma itu bertujuan mendedahkan orang ramai kepada model-model plastik berskala ketenteraan.

Jelas beliau, PMA yang ditubuhkan setahun lalu bertujuan menyatukan orang ramai yang mempunyai minat atau hobi membina model skala ketenteraan. PMA kini mempunyai kira-kira 200 orang ahli di seluruh negara.

"Walaupun hobi ini agak mencabar serta memerlukan perbelanjaan tinggi tetapi ia memberi ruang dan peluang kepada individu agar sentiasa berfikiran kreatif selain melatih sifat sabar.

"Pada masa sama, mereka dapat meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah, perkembangan teknologi persenjataan dan industri pertahanan dalam serta luar negara.

"PMA berharap pameran ini dapat mendedahkan masyarakat, terutama golongan remaja dan belia tentang dunia model berskala," ujarnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Antara aktiviti lain yang diadakan ialah bengkel memasang dan mengecat model plastik berskala, kelas kemahiran lanjutan membina model serta demonstrasi menyiapkan model berskala.

Menariknya, PMA juga akan membuka kaunter pendaftaran untuk ahli baharu yang berpeluang menerima cenderahati iaitu kit model berskala 1/72, kemeja-T kelab dan kad keahlian.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang membeli kit-kit model berskala pada potongan harga sehingga 25 peratus yang dilakukan oleh penaja utama program iaitu World Hobby Miniatures.

"PMA juga berhasrat untuk menambah keahlian kepada individu yang berminat selain berkongsi tip-tip baharu.

"Walaupun kali pertama diadakan, kami yakin pameran ini mampu menarik kehadiran ramai pengunjung terutama kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan dunia model berskala plastik," ujar Ridhzuan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Jurusolek wanita juga tinggi cita rasa

Posted:

Jurusolek wanita juga tinggi cita rasa

Jurusolek wanita juga tinggi cita rasa

Oleh HAFIZ AHMAD

"JIKA dahulu, tiada siapa yang mahu menjadikan profesion jurusolek sebagai pekerjaan tetap terutamanya dalam kalangan wanita," ujar jurusolek profesional, Saidatulnisa Aminuddin, 50.

Dia yang senang disapa sebagai Kak Sai, mengenang kembali ketika mula-mula terlibat dalam bidang solekan dan dandanan rambut. Semasa itu, jumlah jurusolek wanita boleh dibilang dengan jari kerana ia banyak dimonopoli oleh kaum lelaki.

"Waktu itu, boleh dikatakan hanya Kak Sai dan beberapa orang sahaja yang berani ke hadapan untuk berdiri sama tinggi dengan jurusolek lelaki. Ramai wanita ketika itu hanya melakukannya secara sambilan dan kecil-kecilan sahaja," ujar kakak kepada ratu rock negara, Ella ketika ditemui Stailo baru-baru ini.

Menurutnya, ketika itu ramai beranggapan kerjaya tersebut tidak menjamin masa sepan selain kurangnya pendedahan daripada media massa.

Berbeza dengan situasi sekarang katanya, jurusolek wanita semakin ramai dengan kemahiran yang tinggi.

Saidatulnisa juga turut memainkan peranan tertentu dalam industri tersebut termasuk mengadakan kelas-kelas solekan dan dandanan kepada mereka yang berminat.

"Kehadiran jurusolek baharu merancakkan lagi arus solekan dan dandanan kerana kerjaya jurusolek ini memberi pulangan yang tinggi jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

"Jika ia tidak menguntungkan, tidaklah saya bertahan sehingga kini," seloroh ibu kepada dua cahaya mata itu lagi.

Melewati perjalanan seni wanita kelahiran Telok Gadong, Klang, Selangor itu, minat menyolek bermula ketika menjadi penari sambilan di stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia sewaktu berusia 19 tahun.

"Dahulu jika ada persembahan tarian, kami tidak disediakan jurusolek. Maka, solekan dan dandanan perlu dilakukan sendiri. Rakan-rakan yang menyedari kebolehan saya telah meminta saya menyolekkan wajah mereka.

"Teknik-teknik dan cara solekan saya belajar berdasarkan pengalaman dan pengamatan daripada rakan-rakan sekeliling.

"Dahulu mana ada kelas mengajar atau sumber rujukan untuk meminta tip. Semuanya kena memegang konsep cuba jaya," ujarnya.

SOLEKAN natural dan ringkas menjadi kegemaran kepada Romyza yang banyak menggunakan warna-warna lembut.


Pulangan

Berkat semangat yang tidak pernah luntur, Saidatulnisa kini boleh tersenyum puas apabila ia membuahkan pulangan berganda. Dia kini sudah mempunyai dua premis andaman dengan yang terbaharu terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Butik itu memberi pilihan kepada wanita dengan variasi busana sedia pakai seperti baju kurung, gaun labuh, top dan banyak lagi.

Romyza Muhamad, 35, yang telah lima tahun bergelar jurusolek turut mengakui kerjaya tersebut mampu memberi pulangan lumayan.

"Bakal pengantin terutamanya wanita mahukan jurusolek wanita kerana lebih selesa disolek oleh kaum sejenis. Perkembangan itu membuka ruang kepada jurusolek wanita untuk menunjukkan bakat seni mereka," jelasnya.

Romyza sebelum ini hanya melakukan kerja-kerja andaman dan solekan secara sambilan memandangkan mempunyai pekerjaan tetap.

"Dahulu saya bekerja di sebuah syarikat berteraskan kejuruteraan sebagai eksekutif teknikal. Tetapi pada masa yang sama, saya melakukan kerja-kerja sampingan dengan mengandam rakan-rakan dan keluarga terdekat," imbas Romyza.

Minat

Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur itu berkata, dia mula berminat dalam dunia solekan selepas diandam oleh jurusolek pada majlis persandingannya.

"Saya tidak mempunyai asas solekan dan dandanan, malah saya jarang memakai sebarang mekap. Namun, ketika disolek olek seorang mak andam timbul minat untuk mencuba dan mempelajari bidang ini," ujarnya.

Dia yang lebih dikenali sebagai Mimie Romyza telah mengikuti kelas-kelas solekan yang dianjurkan oleh jurusolek profesional. Sejak itu, dia mula mengetahui teknik mendandan dan menyolek yang betul.

"Kelas pertama yang diikuti adalah daripada mak andam perkahwinan saya sendiri iaitu Rozana Mustafa. Kemudian saya sertai kelas solekan anjuran Ema Mustafa yang saya jadikan sebagai mentor," katanya.

Romyza menambah, dia mengambil masa hampir setahun untuk mempelajari teknik solekan dan andaman. Ketika ditebak soalan bahagian paling sukar untuk dikuasai jawabnya, solekan pada bahagian kening.

"Pada pendapat saya, kening memainkan peranan yang penting untuk menjadikan solekan tersebut kelihatan natural dan kemas. Tidak dinafikan sewaktu ketika awal pembabitan, saya sukar membentuk kening dengan cantik," cerita ibu kepada tiga orang anak itu.


SAIDATULNISA (kanan) mengadakan kelas solekan untuk mengajar teknik yang betul menyolek wajah.


Berhenti kerja

Hanya selepas tiga tahun bergerak secara sambilan, pada tahun 2008 dia nekad untuk berhenti kerja dan mula serius dalam kerjaya solekan.

"Titik tolak keputusan itu dilakukan adalah disebabkan anak saya jatuh sakit dan memerlukan penjagaan rapi. Saya nekad berhenti kerja dan hanya fokus kepada butik pengantin, Teratai Kencana yang diusahakan bersama suami.

"Sekarang urusan rumah tangga dan penjagaan anak-anak saya uruskan sendiri. Malah, jika ada urusan andaman, suami akan turut membantu bagi meringankan kerja saya," ujar wanita berasal dari Sentul Utama, Kuala Lumpur itu lagi.

Selain menyolek untuk pengantin, sentuhan kreatif Romyza turut menghiasi wajah-wajah selebriti popular tempatan untuk keluaran media cetak dan elektronik.

"Saya ada juga menerima tawaran untuk filem dan drama, tetapi ada yang terpaksa ditolak. Bukan memilih tetapi saya perlu mengutamakan anak-anak yang masih kecil," jelas Romyza.

Dia berkata, tidak dinafikan apabila menyolek golongan selebriti, 'saham' jurusolek itu akan cepat naik kerana orang ramai mudah mengenali mereka.

"Pelanggan akan lebih mudah mempercayai kebolehan seseorang jurumekap jika mereka pernah menyolek artis," akui Romyza.

Asimilasi kurta Malaysia

Posted:

Asimilasi kurta Malaysia

Asimilasi kurta Malaysia

Oleh ALIF ABU BAKAR


GABUNGAN warna blok antara kurta dan seluar menyerlahkan imej ranggi.


DARI Afghanistan ke Pakistan, merentas Nepal, Bangladesh dan Sri Lanka, laluan akrab bagi pakaian tradisional etnik India, kurta menempiasi jajaran Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Serapan penggayaan kurta dalam masyarakat majmuk di negara ini bukanlah masalah besar. Keberadaan kaum India sebagai etnik ketiga terbesar di Malaysia mempercepatkan penangan kurta dalam mempengaruhi cita rasa fesyen penduduk berbilang kaum yang telah sebati sejak era penjajahan British.

Polos tanpa sebarang corak sarat dan mengangkat mainan rona pastel menjadi resmi sehelai kurta sejak sekian lama. Ia sememangnya pilihan ideal saat menyambut perayaan Deepavali, bahkan tidak janggal apabila digayakan kaum Melayu menjelang Syawal.

Hari ini, busana kebanggaan penduduk Asia Selatan itu melalui modifikasi unik.

Kurta lebih segar

Seorang anak tempatan, Azlan Zanudin, 34, berani mengolah empat jenis kurta moden bagi menepati keinginan muda-mudi yang mahukan sesuatu yang segar daripada pakaian tradisional tersebut.

Koleksi Kurta Hipster, Stripe-in-K, Ajmal-in-K dan White Cotton Kurta menjadi perantaraan awal Azlan menerusi label Lalan dalam bidang fesyen tanah air. Percubaan secara suka-suka pada awalnya mencetuskan nekad Azlan untuk menghasilkan helaian kurta yang lebih segar.

"Secara peribadi saya memang suka memakai kurta saban hari mahupun ketika menyambutan hari raya. Semua orang tahu ia selesa dipakai dan penggunaan warna-warna tanah membuatkan ramai lelaki tidak gentar menyarungkannya untuk bersolat.

KEMAS dan sopan menjadikannya sesuai untuk dipakai ketika menunaikan solat.


"Namun terdetik dalam fikiran saya, bagaimana jika kurta digayakan ke pusat beli-belah dan bersantai bersama rakan-rakan pada hujung minggu? Tidakkah kurta tradisional agak bosan untuk dipakai dan kurang menyerlah pada pandangan awam?

"Mula-mula saya hasilkan kurta moden untuk kegunaan sendiri tetapi selepas ramai memberi pandangan positif, saya buat keputusan mencipta kurta moden sedia pakai untuk dijual kepada orang ramai," kongsi Azlan ketika ditemui Stailo baru-baru ini.

Keistimewaan kurta Lalan terletak pada cetakannya. Setiap helaian kurta ciptaan lelaki yang bertugas selaku produser di Astro itu menampilkan cetakan minimum, namun cukup kuat bagi menjadi penegasan keseluruhan gaya.

Kurta Hipster misalnya, didatangkan dalam lima rona menarik iaitu kuning, ungu, hijau, biru dan firus. Pada poket atas kurta tersebut terletaknya cetakan signatur menarik seperti geometri, harimau bintang atau puak.

Pakaian yang menggunakan material kapas itu juga menawarkan seleksi corak berjalur melintang atau menegak.

Misi Kose selamatkan dasar laut

Posted:

Misi Kose selamatkan dasar laut

Misi Kose selamatkan dasar laut

Oleh HAFIZ AHMAD


KOSE menawarkan seleksi produk berasaskan bahan semula jadi yang dapat memastikan kulit lebih sihat dan lembut.


PRODUK kecantikan dari Jepun, Kose melancarkan satu projek istimewa iaitu Save The Blue Project yang bertujuan untuk memelihara kebersihan marin dan kelangsungan hidupan laut.

Bermula di Kepulauan Jepun pada tahun 2009, projek yang memberi fokus kepada pemuliharaan terumbu karang itu telah diluaskan ke beberapa negara Asia termasuklah di Malaysia.

Pulau Tioman menjadi destinasi usaha yang dijalankan pada tahun 2011 dengan kerjasama daripada sebuah badan tidak berkepentingan iaitu Organisasi Reef Check.

Usaha yang dijalankan meliputi meningkatkan pertumbuhan terumbu karang di pulau tersebut.

Di Jepun, terumbu karang yang dipulihara sejak empat tahun lalu telah membesar sehingga 7.32 meter dalam dasar lautan.

Menariknya, para pengguna produk kecantikan Kose turut boleh memainkan peranan dalam misi murni itu apabila dua peratus daripada pembelian mereka disumbangkan kepada projek itu.

Sumbangan

Sumbangan tersebut meliputi beberapa produk seperti Sekkisei Lotion 360ml Save the Blue Limited Edition dan Sekkisei Travel SetSave the Blue Limited Edition.

Tidak ketinggalan Infinity Lotion Concentrate 14-I 160ml Save the Blue Limited Edition dan Infinity Lotion Concentrate 14-II 160ml Save the Blue Limited Edition.

Sehubungan dengan itu, Kose juga melancarkan dua rangkaian baharu iaitu Sekkisei Sun Protect Gel and SPF 50 PA +++ dan Sekkisei Lotion 500ml bagi membantu wanita memiliki kulit sihat dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Sejak dilancarkan pada tahun 1985, rangkaian Sekkisei telah mendapat respons yang positif daripada pengguna. Kedua-dua produk baharu itu meneruskan kegemilangan Kose yang menjadi pilihan para wanita.


DUA peratus daripada pembelian produk tertentu Kose akan disumbangkan kepada projek Save The Blue Project.


Bahan asas

Sekkisei Sun Protect Gel dan SPF 50 PA +++ menggunakan ekstrak tumbuhan oriental sebagai bahan asas. Menerusi formula yang dipertingkatkan, ia dapat melembapkan kulit untuk jangka masa lama dan meninggalkan kesan yang berterusan kepada kulit.

Produk itu menjadikan kulit lebih berseri dengan mengurangkan bintik-bintik di wajah. Ia juga mempunyai tekstur yang ringan dan mudah meresap ke dalam kulit.

Selain itu, Sekkisei Sun Protect Gel meninggalkan rasa dingin ketika diaplikasikan ke wajah. Ia juga boleh dipakai setiap hari terutamanya pada waktu pagi.

Satu lagi produk baharu Kose, Sekkisei Lotion 500ml dapat memelihara kulit daripada masalah pigmentasi.

Esen yang terkandung dalam produk itu dapat menyegarkan dan melembapkan kulit wajah. Ia mengandungi ekstrak barli, daun anjalika selain Vitamin E dan beberapa minyak asas untuk kecantikan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved