Khamis, 16 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ferguson tunjang kejayaan United

Posted:

Ferguson tunjang kejayaan United

Ferguson tunjang kejayaan United

"SAYA tidak boleh mempercayainya. Saya tidak boleh mempercayainya. Bola sepak sungguh di luar jangkaan."

Itu ucapan keramat yang keluar daripada mulut jurulatih legenda, Sir Alexander Chapman Ferguson atau popular dengan nama Alex Ferguson setelah berjaya menjulang United memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 26 Mei 1999.

Terkenal dengan sikap kepala batunya yang mempersoalkan tindakan pengadil, Ferguson sebenarnya seorang yang rasional dan bersemangat waja terhadap bola sepak. Tidak dinafikan, beliau merupakan pengurus pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak England yang memiliki pelbagai sisi personaliti yang mengagumkan.

Kisah tentang legenda tersohor itu akan sentiasa diceritakan selagi permainan bola sepak mengekalkan pengaruh di England. Tiada seorang pun individu yang mampu menafikan kehebatan Ferguson menyusun strategi perlawanan dan kekurangan pada dirinya.


UNITED meraikan detik kemenangan terakhir pasukan tersebut bersama pengurus prolifik, Ferguson di Old Trafford, Manchester, England.


Prinsip Ferguson

Penulis buku Football-Bloody Hell! The biography of Alex Ferguson, Patrick Barclay menyifatkan Ferguson bukan seorang yang genius ketika merumuskan bab terakhir kajiannya ke atas figura penting dalam arena bola sepak itu.

Namun, Barclay menyatakan tentang beberapa kualiti prinsip Ferguson yang membezakan beliau dengan pengurus hebat lain seperti Jock Stein, Arsene Wenger dan Matt Busby ialah semangatnya mempertahankan corak perlawanan yang 'kejam', bertenaga dan kawalan mutu permainan.

"Kemarahan Ferguson ibarat petrol. Beliau mampu berdebat dengan pengurus pasukan lain dan media seperti Perbadanan Penyiaran England.

"Sesuatu yang jauh daripada sempadan yang boleh diterima, tiada adab dan tidak logik akal," ujar Barclay melalui buku tersebut.

Ia merupakan sisi hitam Ferguson yang memaksa pemerhati sukan bola sepak yang bersikap neutral untuk menyembunyikan rasa kagum mereka terhadap kejayaan beliau.

Bekas pengadil profesional, David Elleray yang sering menjadi mangsa rasa tidak puas hati Ferguson berkata, dia seperti seorang yang memandu di belakang sebuah kereta.

"Bila perlawanan semakin sengit, dia berubah menjadi orang lain. Sama ada tepat atau tidak perumpamaan tersebut, saya tidak pasti," ujarnya.

Dilahirkan pada 31 Disember 1941 di Glasgow, Scotland, Ferguson merupakan anak kepada bekas pemain amatur bola sepak, Alexander Sr. dan isterinya, Elizabeth.


FERGUSON bergambar kenangan bersama isterinya, Cathy Holding dan tiga orang anak lelakinya, Jason (kiri), Darren dan Mark (kanan).


Ferguson dibesarkan di kawasan kejiranan berkelas rendah di Govan. Beliau boleh dianggap sebagai budak pintar namun tidak begitu beminat melakukan kerja sekolah. Figura itu lebih gemar bermain bola sepak bersama adiknya, Martin di kaki-kaki lima rumah tenemen. Bapanya menggilap bakat Ferguson sehingga bergelar bintang ternama.

Penampilan sulungnya dalam arena berkenaan bermula pada usia 16 tahun ketika menyertai kelab amatur, Queens Park Rangers pada November 1958, Ferguson berjaya menjaringkan gol tunggal untuk pasukannya. Beliau kemudian berpindah ke kelab St. Johnstone pada tahun 1960 dan berjaya mempamerkan kebolehan menjaringkan gol yang cemerlang sebagai pemain posisi penyerang.

Nama Ferguson meniti zaman kegemilangan pada tahun 1964 sewaktu bermain untuk kelab Scotland, Dunfermline Athletic dan dilanjutkan kontrak sehingga tahun 1967. Ferguson berjaya mengikat Divisyen Satu Scotland dengan jaringan sebanyak 31 gol (1965-1966).

Beliau kemudian menjadi penjaring terbaik dalam dua musim berikutnya dengan mendahului rekod lamanya. Ferguson turut menonjolkan corak pemikiran seorang bakal pengurus, beliau berjaya membuatkan rakan sepasukan kagum dengan pengetahuannya yang luas serta gaya permainan pasukan lawan.

Ferguson memulakan kerjaya baharu sebagai seorang pengurus kelab East Stirlingshire pada 1974 ketika berumur 32 tahun, sebelum berpindah ke kelab kelab St. Mirren.

Walaupun Ferguson berjaya memimpin St. Mirren memenangi kejuaraan Divisyen Satu Scotland pada 1977, beliau tetap dipecat setahun kemudian kerana melanggar kontrak.


FERGUSON bercakap dengan pemain tengah United, David Beckham di Barcelona pada 25 Mei 1999.


Namanya kembali melonjak ketika dilantik menjadi pengurus pasukan Aberdeen sehingga berjaya mengecapi kejayaan pada kejuaraan Celtic Rangers, seterusnya mempertahankan gelaran kemenangan di tiga Liga Perdana Scotland, empat Piala Scotland, Piala Liga, Piala Super dan Piala Eropah selama lapan musim.

Akhiri karier

Pada 1986, beliau menjadi insan yang bertanggungjawab membangkitkan kemaraan kelab United yang ketika itu dianggap lemah. Tiga tahun kemudian, United memenangi piala FA dan terus melakar kejayaan dengan menjulang Piala Juara-juara Eropah (1991), Piala Liga (1992) dan Liga Perdana England (1993).

Pencapaian kemuncaknya sebagai pengurus dilihat pada tahun 1999 apabila berjaya menjadi pengurus pertama membentuk United mengecapi kemenangan trebel iaitu pada kejuaraan Liga Perdana England, Piala FA dan Liga Juara-juara.

Setelah menghambakan diri dengan sepak terajang dunia bola sepak selama 55 tahun, Ferguson akhirnya bersara sebagai seorang pengurus pada usia 71 tahun.

Pada 8 Mei lalu, pengendali pasukan United selama 27 tahun itu mengakhiri kariernya secara rasmi setelah mengambil keputusan untuk bersara sejak Krismas tahun lalu.

Ferguson dalam nada emosi menyifatkan setiap pemain dan penyokong setia United sebagai pengalaman menakjubkan yang dilalui dalam hidupnya.

"Terima kasih. Saya amat bertuah kerana berpeluang mengendalikan pemain terbaik dari negara ini. Mereka memenangi kejuaraan dengan cukup bergaya. Syabas kepada mereka.

"Persaraan ini tidak bermakna hidup saya bersama kelab ini telah berakhir. Sekarang saya akan dapat menikmati (menonton) perlawanan mereka bukannya menderita dengan mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada penyokong pada perlawanan terakhirnya bersama kelab itu di Old Trafford.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sekitar sambutan Hari Guru 2013

Posted:

Sekitar sambutan Hari Guru 2013

Sekitar sambutan Hari Guru 2013


MURID-MURID Sekolah Kebangsaan Batu Lintang meraikan guru-guru mereka pada sambutan Hari Guru di Kuching, Sarawak semalam.


JASA dan pengorbanan 450,000 orang guru di Malaysia memang tidak ternilai harganya.

Semalam, kebanyakan sekolah di Malaysia menyambut Hari Guru di sekolah masing-masing dan ramai dalam kalangan guru menerima hadiah sebagai tanda ingatan.

Sambutan Hari Guru kali ini bertemakan Guru: Malaysia 1Aspirasi, 1Agenda.

1Aspirasi membawa maksud semua guru Malaysia mempunyai satu aspirasi membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan 1Agenda pula membawa maksud semua guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Guru juga perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ismail mula bersara

Posted:

Ismail mula bersara

Ismail mula bersara

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

ISMAIL melambaikan tangan sebagai tanda akan mula bersara pada Majlis Perbarisan Perpisahan KPN di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu merupakan antara perkara yang paling sukar dilupakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar sepanjang 42 tahun berkhidmat dalam pasukan polis.

Ismail, 60, yang bersara semalam berkata, lebih membuatkan dia terkesan ialah apabila insiden itu turut mengorbankan nyawa 10 anggota dan pegawai polis kerana ia berlaku ketika dia memegang jawatan nombor satu dalam pasukan polis.

Katanya, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan perkara itu dapat ditangani dengan baik.

"Perkara yang saya tidak dapat lupakan apabila kumpulan pengganas Sulu cuba menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

"Alhamdulillah dengan kerjasama dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia pencerobohan itu dapat ditangani walaupun berlaku pertumpahan darah," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Perpisahan KPN di Pusat latihan Polis Jalan Semarak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lelaki maut selepas mencuri

Posted:

Lelaki maut selepas mencuri

Lelaki maut selepas mencuri

Oleh ZULHILMI JALIL
zulhilmi.jalil@kosmo.com.my


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat seorang lelaki yang mati mengejut selepas melarikan sebuah MPV di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Malang menimpa seorang lelaki apabila dia bukan sahaja gagal melarikan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, malah ditemui mati selepas meninggalkan kereta itu ekoran tidak tahan dengan tangisan berterusan seorang budak yang berada di dalamnya semalam.

Kejadian pukul 7 pagi itu berlaku apabila ibu mangsa bertindak meninggalkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersebut di dalam MPV berkenaan dalam keadaan enjinnya masih hidup di Taman Melati di sini.

Difahamkan, ketika itu, wanita berkenaan hendak menghantar dua anak perempuannya masing-masing berusia empat bulan dan empat tahun ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebaik melihat wanita itu keluar, seorang lelaki berusia 47 tahun telah masuk ke dalam MPV tersebut lalu melarikannya ke arah Setapak Indah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Berkongsi kepakaran pendidikan

Posted:

Berkongsi kepakaran pendidikan

Berkongsi kepakaran pendidikan

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my


MUHYIDDIN (tengah) bersalaman dengan sebahagian para guru ketika hadir pada majlis pelancaran sambutan Hari Guru kali ke-42 di Nilai malam tadi.


NILAI – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Kementerian Pelajaran.

Menurut beliau, ringkasan bagi kedua-dua kementerian itu akan diguna selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti.

Katanya, penggabungan kementerian itu akan menjadikan pendidikan di negara ini dapat diurus dengan lebih cekap dan melaksanakan dasar yang seragam di semua peringkat pendidikan.

"Menerusi penggabungan itu, kita akan dapat melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan dan berkongsi kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan kali ke-42 bertemakan Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda di Stadium Tertutup Nilai di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I, Datuk Mary Yap Kain Ching serta Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P. Kamalanathan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pilih yang terbaik ke Sukan SEA

Posted:

Pilih yang terbaik ke Sukan SEA

Pilih yang terbaik ke Sukan SEA

KOK CHI mengingatkan persatuan sukan kebangsaan agar menyenaraikan atlet terbaik sahaja menggalas cabaran negara pada Sukan SEA 2013 di Myanmar penghujung tahun ini.


MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) akan memperketatkan pemilihan atlet ke Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dipilih bagi membawa cabaran negara pada temasya sukan dwitahunan itu.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, semua persatuan sukan terbabit perlu mematuhi dua syarat yang ditetapkan sebelum mengemukakan nama atlet masing-masing untuk dipilih menyertai kontinjen negara.

Dua syarat itu, katanya, setiap persatuan sukan perlu menganjurkan sekurang-kurangnya satu kejohanan peringkat kebangsaan, selain perlu mempunyai program latihan tersusun serta dipantau sama ada mereka sendiri, MOM atau Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kalau mereka tidak ada (menganjurkan) kejohanan kebangsaan, bagaimana nak bertanding di peringkat lebih tinggi (di Sukan SEA)? Kita tidak mahu atlet pergi seperti pelancong atau semata-semata menyokong badan sukan (serantau) masing-masing," katanya semalam.

Kok Chi turut menjelaskan bahawa jumlah penyertaan atlet Malaysia ke temasya sukan itu dijangka ditentukan pada Julai ini, selepas persatuan sukan menyerahkan senarai nama atlet masing-masing.

Katanya, kontinjen negara dijangka menghantar kira-kira 900 atlet dan pegawai ke temasya tersebut yang akan berlangsung di Nay Pyi Taw, Yangon dan sekitar Mandalay serta Pantai Ngwe Saung pada 11 hingga 22 Disember.

Sejumlah 33 acara dipertandingkan termasuk olahraga, akuatik, memanah, bola keranjang, badminton, tinju, bina badan, kenu, ekuestrian, bola sepak dan Muay Thai.

Selain itu, penganjur Sukan SEA Myanmar turut mempertandingkan beberapa sukan tradisional seperti kempo, vovinam dan perlumbaan bot tradisional.

Mengulas lanjut, Kok Chi berkata, MOM kekal dengan keputusan sebelum ini bahawa atlet yang dipilih dalam kategori A akan dibiayai sepenuhnya oleh MOM dan MSN manakala atlet kategori B, persatuan perlu menanggung perbelanjaan sendiri.

Mengikut rekod, MOM akan bayar semula semua perbelanjaan jika mereka berjaya membawa pulang pingat emas atau sebahagian daripada kos perbelanjaan sekiranya mendapat pingat perak.

Justeru, beliau menasihatkan persatuan sukan supaya membuat perancangan awal dengan menyediakan peruntukan bagi membiayai atlet masing-masing, jika atlet terbabit diletakkan dalam kategori B.

Kok Chi sekali lagi menegaskan bahawa MOM tidak akan berlembut kali ini dengan mendahulukan wang kerana MOM sudah serik apabila persatuan sukan terbabit tidak membayarnya semula selepas atlet mereka gagal menyumbangkan pingat. – Bernama

TNB mahu lebur hajat KLHC

Posted:

TNB mahu lebur hajat KLHC

TNB mahu lebur hajat KLHC

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


NOR AZLAN (tengah) bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar menjelang perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala TNB di Bukit Jalil semalam.


PASUKAN Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah bersedia menjadi penghalang terhadap impian musuh ketatnya, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menjulang gelaran hatrik Kejohanan Hoki Piala TNB apabila mereka berentap pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil Ahad ini.

KLHC yang telah mendominasi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) sejak 2006 ketika dikenali sebagai Ernst & Young (E&Y), berpeluang menjuarai gelaran berganda musim ini sekiranya berjaya menewaskan TNB.

Malah, ia juga bakal menjadi gelaran hatrik pertama buat skuad kendalian Muhd. Dhaarma Raj Abdullah itu dalam trofi keseluruhan MHL sejak memenanginya pada edisi 2011 dan 2012.

Begitupun, jurulatih TNB, Nor Azlan Bakar menjelaskan impian KLHC itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana anak-anak buahnya juga mempunyai misi yang sama iaitu memenangi gelaran keseluruhan bagi menebus kegagalan mereka yang menduduki tangga ketiga dalam saingan liga.

"Setiap kali turun beraksi dalam mana-mana perlawanan, TNB sudah pasti mahukan kemenangan. Jadi aksi final ini juga tidak terkecuali," jelas Nor Azlan pada sidang akhbar final Piala TNB di Bukit Jalil semalam.

"Saya yakin TNB akan bermain dengan cemerlang pada final ini dan saya juga pasti kalau kami bermain dengan bersungguh-sungguh, Insya Allah sesuatu yang manis akan berpihak kepada kami.

"Buat masa ini semua pemain dalam keadaan baik dan kami juga tidak berdepan krisis kecederaan. Jadi, saya jamin pertemuan final ini akan menjadi satu pertarungan sengit di antara dua pasukan terhebat," jelas bekas pemain pertahanan TNB dan Malaysia era 90-an itu lagi.

Sementara itu, jurulatih KLHC, Muhd. Dhaarma Raj tetap menghormati TNB sebagai antara pasukan terbaik dalam arena hoki negara.

"Walaupun ramai yang melihat kami sebagai pasukan pilihan, namun bagi saya ia tidak memberi sebarang makna kepada kami.

"TNB memiliki pemain yang bagus dan menunjukkan peningkatan dalam saingan kalah mati ini. Jadi peluang kedua-dua pasukan masih lagi sama rata.

"Namun, kami akan turun tanpa sebarang tanggapan mudah terhadap TNB dan saya juga kerap kali menasihati pemain supaya memandang serius pertemuan ini," jelas Dhaarma.

TNB dan KLHC memiliki rekod kejayaan yang seimbang dalam saingan Piala TNB iaitu masing-masing pernah menjuarainya sebanyak 12 kali ketika bergelar Kelab Kilat (TNB) dan Anderson serta E&Y (KLHC).

Kedua-dua musuh tradisi ini kerap kali bertemu dalam final di mana KLHC muncul juara pada dua edisi lalu manakala TNB pula kali terakhir menjuarai trofi yang diperkenalkan sejak 1987 ini ialah pada edisi 2010.

Kepenatan punca Selangor tewas

Posted:

Kepenatan punca Selangor tewas

Kepenatan punca Selangor tewas

MALE, Maldives - Kepenatan menjadi punca kekalahan Selangor kepada New Radiant Sports Club (SC) pada aksi pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 di Stadium Nasional, Male kelmarin.

Ia diakui jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim.

Menurutnya, beliau akur dengan kekalahan tersebut kerana pasukan tuan rumah lebih banyak menguasai permainan berbanding skuad bimbingannya.

Pada perlawanan tersebut, New Radiant menewaskan Selangor 2-0 menerusi jaringan Niyaz Ahmad dan Fasir Ali pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sebaik tamat masa perlawanan sebenar.

"Tidak banyak ynag boleh saya katakan, kami hanya mampu beraksi selama 90 minit sahaja. Itulah alasan saya.

"Selepas tempoh 90 minit itu, kami mula nampak kepenatan dan pemian sudah mula kehilangan fokus.

"Kami memiliki peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi nasib tidak menyebelahi Selangor.

"Walaupun kami biasa beraksi 120 minit tetapi kami gagal untuk memberikan aksi lebih bertenaga. Malah, saya terpaksa mengeluarkan Mohd. Amri Yahyah dan Mahalli Jasuli ekoran faktor kepenatan," katanya.

Tambah Irfan, beliau juga tidak berpuas hati dengan persembahan dua pemain import, Peter Chrappan dan Michal Kubala yang gagal memberikan impak kepada pasukannya.

Katanya, kedua-dua pemain tersebut beraksi buat kali terakhir bersama Selangor pada perlawanan tersebut memandangkan kontrak mereka akan tamat sebaik kempen pada Piala AFC berakhir.

Jelasnya, beliau kini memberikan perhatian kepada aksi Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Sabtu ini.

"Aksi Chrappan dan Kubala tidak begitu menyakinkan dan saya akui kecewa dengan persembahan mereka.

"Kini, kami hanya mahu memberikan fokus untuk aksi liga domestik dengan harapan dapat mengubah kedudukan Selangor dalam carta Liga Super," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Star Trek pertahankan galaksi

Posted:

Star Trek pertahankan galaksi

Star Trek pertahankan galaksi

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN
hiburan@kosmo.com.my

LAYAR PERAK pada minggu ini menampilkan sebuah filem francais Star Trek Into Darkness lakonan mantap Chris Pine, Zachary Quinto dan Benedict Cumberbatch.

Misi kali ini menyaksikan seorang anak kapal muda, James T. Kirk perlu menghalang kejahatan yang dilakukan oleh John Harrison.

Demi menyempurnakan misi tersebut, Kirk harus bergabung dengan Spock untuk menumpaskan kejahatan yang bermaharajalela.

Dalam pada itu, karisma pelakon kacak Leonardo DiCaprio teruji sekali lagi menerusi sebuah filem berlatarbelakangkan tahun 1920-an berjudul The Great Gatsby.

Filem arahan Baz Luhrmann itu menceritakan perjalanan Nick Carraway (Tobey Maguire) yang mencari kekayaan di kota New York. Bagaimanapun, takdir telah mengubah landskap hidupnya.

Penonton yang dahagakan filem aksi hasil lakonan lincah Jason Statham boleh memilih filem Hummingbird yang turut menjenguk pawagam pada minggu ini.

Selain itu, sebuah filem komedi tempatan berjudul Oh Mak Kau! barangkali menjadi santapan terbaik sempena sambutan Hari Ibu.

SALAH satu babak dalam filem Star Trek Into Darkness.


Star Trek Into Darkness

Tarikh tayangan: 16 Mei 2013

Genre: Sains fiksyen

Durasi: 2 jam 12 minit

Pengarah: J. J Abrams

Pelakon: Chris Pine, Zachary Quinto, Benedict Cumberbatch, Karl Urban, Zoe Saldana, Simon Pegg, John Cho dan Anton Yelchin

Sinopsis: Star Trek Into Darkness mengisahkan satu perjalanan hebat Kapten Krik (Chris Pine) yang berhempas pulas cuba menyelamatkan penduduk orang asli di sebuah planet daripada ancaman kejahatan. Dalam misi itu, Krik telah bertengkar dengan pegawai kanannya, Spock (Zachary Quinto) kerana tiada sefahaman, namun mereka tetap bekerjasama menentang John Harrison (Benedict Cumberbatch). Kirk hampir dilucutkan jawatan, namun tragedi berdarah menyatukannya kembali bersama Spock.

Hummingbird

Tarikh tayangan: 16 Mei 2013

Genre: Seram

Durasi: 1 jam 40 minit

Pengarah: Steven Knight

Pelakon: Jason Statham, Lee Asquith-Coe dan Benedict Wong

Sinopsis: Filem Hummingbird, Jason Statham yang melakonkan watak bekas tentera telah terperangkap dalam dunia penjenayah di London. Pada peringkat awal, dia yakin dapat menyelamatkan dirinya tetapi perkara sebaliknya berlaku hingga memaksanya menukar identiti. Ekoran itu, dia bertindak untuk membalas dendam terhadap pihak yang mengakibatkannya terbabit dalam dunia penjenayah.


KISAH percintaan dan penipuan orang kaya dipaparkan dalam filem The Great Gatsby.


The Great Gatsby

Tarikh tayangan: 16 Mei 2013

Genre: Romantik

Durasi: 1 jam 40 minit

Pengarah: Baz Luhrmann

Pelakon: Leonardo DiCaprio, Tobey Maguire, Carey Mulligan, Joel Edgerton, Isla Fisher, Jason Clarke dan Amitabh Bachchan

Sinopsis: The Great Gatsby menceritakan kisah seorang penulis, Nick Carraway (Tobey Maguire) yang telah meninggalkan kawasan Midwest Amerika Syarikat untuk ke New York bagi mencapai kekayaan sepertimana yang dimiliki seorang jutawan misteri yang suka menganjurkan parti, Jay Gatsby (Leonardo Dicaprio). Namun, segalanya berubah apabila dia terlibat dalam kisah cinta yang mustahil dan penipuan orang kaya.

O.M.K (Oh Mak Kau!)

Tarikh tayangan: 16 Mei 2013

Genre: Aksi, komedi

Durasi: 1 jam 40 minit

Pengarah: Nurul Ain Nordin

Pelakon: Nurul Ain Nordin, Jepp Sepahtu, Shuib Sepahtu dan Syamsul Yusof

Sinopsis: Filem mencuit hati ini mengisahkan Sam (Jep Sepahtu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja dengan ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Bagaimanapun, pertolongan kedua-dua mereka bukanlah meringankan beban Mama San malah mendatangkan banyak masalah. Ini kerana, Sam dan Mun mempunyai tabiat suka mencuri. Setiap kali mencuri, adik-beradik itu akan menyamar dengan pelbagai gaya. Segala-galanya berubah apabila Que (Nurul Ain) pulang ke kampung tersebut. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bayi berkepala besar dibedah

Posted:

Bayi berkepala besar dibedah

Bayi berkepala besar dibedah

GAMBAR fail menunjukkan Fatima mencium anaknya yang mempunyai saiz kepala tidak normal di rumah mereka di Jirania pada 13 April lalu.- AfP


NEW DELHI – Sekumpulan doktor semalam berjaya melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi berusia 15 bulan yang menghidap penyakit kepala membesar.

Seorang doktor, Sandeep Vaishya berkata, pembedahan itu berjalan dengan sempurna di sebuah hospital swasta di pinggir New Delhi.

Bayi itu, Roona Begum dilahirkan dengan menghidap penyakit peningkatan cecair dalam kepala yang dikenali sebagai hidrosefalus. Kepalanya membesar dua kali ganda daripada normal.

Kisah bayi itu diketahui pada bulan lalu di Kampung Jirania di negeri Tripura, India.

Ibu bapanya hidup dalam kemiskinan. Semasa Roona dilahirkan, bapanya, Abdul Rahman yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak AS$2.75 (RM8.25) sehari diberitahu supaya membawa anaknya ke sebuah hospital swasta.

Bagaimanapun, kos perubatan untuk ditanggung Abdul Rahman yang berusia 18 tahun itu adalah tinggi.

Sebuah hospital yang dikendalikan Kumpulan Fortis Healthcare di pinggir New Delhi kemudian merawat Roona dengan percuma.

Doktor-doktor di hospital itu menggunakan peralatan pembedahan untuk menebuk tengkorak Roona untuk mengalirkan cecair daripada kepalanya.

Ukur lilit kepala bayi itu sebelum pembedahan ialah 94 sentimeter (sm).

Selepas pembedahan, ukur lilit kepalanya ialah 60sm.

Pembedahan itu mengambil masa selama lebih sejam.

Bagaimanapun, Vaishya berkata, bayi itu memerlukan satu lagi pembedahan untuk mengurangkan saiz kepalanya.

Ibu bapa bayi itu menyatakan perasaan gembira ekoran kejayaan pembedahan itu.

Roona kembali sedar selepas pembedahan itu dilakukan.

Balutan di kepala Roona menyebabkan ibunya, Fatema Khatun yang berusia 25 tahun menangis.

Namun, tangisannya terhenti selepas Vaishya menyatakan, pembedahan ke atas anaknya telah berjaya dilakukan.

Dua pelajar kolej dari Norway, Jonas Borchgrevink dan Nathalie Krantz yang menyaksikan gambar-gambar Begum telah memulakan kempen di internet untuk mengutip wang sebanyak AS$52,000 (RM156,181) bagi membantu keluarga Begum dan rawatan selepas pembedahan.

– Agensi

Kedai Franz popular untuk mengawet haiwan

Posted:

Kedai Franz popular untuk mengawet haiwan

Kedai Franz popular untuk mengawet haiwan


JARUM-JARUM ditusuk pada kepala kulit seekor harimau bintang sebagai antara proses mengawet di kedai Franz.


SAKVICE - Seorang penduduk di Republik Czech, Radomir Franz dikenali sebagai pakar seni mengawet haiwan yang terkenal di tengah Eropah.

Dia bercita-cita untuk menjadi pakar seni pengawet haiwan sejak berusia 13 tahun.

Lebih tiga dekad kemudian, Franz merupakan seorang pakar seni mengawet haiwan yang mempunyai ramai pelanggan.

Dia mempunyai sebuah kedai mengawet pelbagai haiwan yang telah mati seperti buaya, ular, beruang, burung, rusa singa dan ikan.

Franz melatih 15 orang pekerjanya tentang cara untuk mengawet haiwan.

Kira-kira 40 peratus tempahan mengawet itu diperoleh dari luar negara.

Kos mengawet seekor gajah di kedainya itu ialah kira-kira AS$37,500 (RM112,631) yang melibatkan tempoh selama beberapa bulan.

Kira-kira 1,000 ekor haiwan diawet di kedainya pada setiap tahun.

Haiwan paling besar yang diawetnya ialah seekor zirafah. - AP

Musim menipiskan bulu alpaka

Posted:

Musim menipiskan bulu alpaka

Musim menipiskan bulu alpaka

SEEKOR alpaka yang sudah dinipiskan bulunya di sebuah ladang di Obertum, Salzburg kelmarin.


VIENNA, Austria - Bulu sejumlah alpaka dinipiskan baru-baru ini di sebuah ladang haiwan itu di Obertum, wilayah Salzburg ekoran musim panas.

Para pekerja ladang menipiskan bulu alpaka itu bagi membolehkan haiwan tersebut selesa dengan cuaca musim panas.

Menipiskan bulu haiwan itu dilakukan pada setiap tahun.

Alpaka diternak bagi tujuan untuk mendapatkan bulunya yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran kerana ia digunakan sebagai bahan untuk membuat pakaian. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penggabungan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi demi pelaksanaan dasar lebih seragam

Posted:

Penggabungan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi demi pelaksanaan dasar lebih seragam

Penggabungan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi demi pelaksanaan dasar lebih seragam

16/05/2013 10:03pm

NILAI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan diringkaskan dikenali sebagai Kementerian Pelajaran.

Kata beliau, ringkasan bagi kedua-dua kementerian itu akan diguna selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti.

Ujar beliau, penggabungan kementerian itu akan menjadikan pendidikan di negara ini dapat diurus dengan lebih cekap dan melaksanakan dasar yang seragam di semua peringkat pendidikan,

Jelas beliau, keputusan Najib menggabungkan dua kementerian itu adalah satu keputusan tepat untuk melihat bidang transformasi bidang pendidikan menyumbang kepada kemajuan negara.

"Menerusi penggabungan ini kita akan dapat melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan dan berkongsi kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan negara,'' katanya ketika berucap melancarkan Sambutan Hari Guru kali ke-42 bertema 'Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda' di Stadium Tertutup Nilai, di sini malam tadi. - KOSMO!

Android atasi Apple dalam persaingan telefon pintar

Posted:

Android atasi Apple dalam persaingan telefon pintar

Android atasi Apple dalam persaingan telefon pintar

16/05/2013 9:54pm

WASHINGTON - Sistem mudah alih Android Google kini mendahului pasaran telefon pintar global dan mengatasi rekod Apple pada awal tahun 2013. Sementara itu, Microsoft Windows melonjak ke tangga ketiga, menurut sebuah kajian.

Kaji selidik International Data Corporation (IDC) itu menunjukkan bahawa Android telah mendahului sehingga 75 peratus perkongsian pasaran dalam suku pertama tahun ini, berbanding 17.3 peratus bagi platform iOS Apple.

Beberapa platform lain masih ketinggalan jauh namun telefon pintar Windows menunjukkan peningkatan besar saban tahun hingga meletakkan Blackberry ke tangga ketiga.

IDC melaporkan, telefon pintar Windows memiliki penguasaan 3.2 peratus dalam pasaran selepas 133 peratus kenaikan dalam jualan berbanding Blackberry yang hanya mencatat penguasaan 2.9 peratus.

Nokia menunjukkan keberkesanan kerjasamanya dalam jualan telefon pintar Windows, dengan 79 peratus produknya beroperasi menggunakan platform Microsoft.

"Telefon pintar Windows sudah berada di tangga ketiga dan kedudukan itu menjelaskan hala tuju Microsoft dengan rakan utamanya Nokia, kata Kevin Restivo daripada IDC. - AFP

Zon periuk api Sri Lanka berjaya dibersihkan untuk petempatan semula

Posted:

Zon periuk api Sri Lanka berjaya dibersihkan untuk petempatan semula

Zon periuk api Sri Lanka berjaya dibersihkan untuk petempatan semula

16/05/2013 9:32pm

COLOMBO - Pihak tentera Sri Lanka hari ini mengumumkan bahawa pihak mereka telah selesai membersihkan ancaman periuk api di keseluruhan kawasan yang dirancang untuk tujuan pembinaan petempatan semula dan pertanian.

Proses pembersihan itu telah berlangsung selama empat tahun sejak mereka membanteras kumpulan pemberontak Tamil.

Pihak tentera negara itu berkata, hampir sejuta periuk api milik pemberontak telah dimusnahkan di wilayah utara dan timur pulau tersebut, termasuk periuk api yang digunakan untuk menghalang kemaraan kereta kebal dari pasukan tentera pemerintah.

"kami telah berjaya membersihkan kawasan penting yang diperlukan bagi tujuan pembinaan petempatan semula dan juga untuk keperluan agrikultur," kata jurucakap tentera, Ruwan Wanigasooriya dalam satu kenyataan kepada media.

Dalam kenyataan itu, daripada kawasan seluas 2,064 kilometer persegi yang sebelum ini dipenuhi periuk api, lebih daripada 95 peratus sudah dibersihkan dan diisytiharkan selamat.

Wanigasooriya berkata, hanya tinggal kawasan kecil di zon hutan tebal masih dalam proses pembersihan. Kawasan tersebut pernah menjadi tempat persembunyian akhir bagi kumpulan pemberontak. Pihak tentera Sri Lanka telah mengakhiri tentangan tersebut apabila ketua kumpulan pemberontak itu ditewaskan dalam sebuah serangan besar-besaran pada Mei 2009. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Anuar disaran pinang Dayang

Posted:

Anuar disaran pinang Dayang

Anuar disaran pinang Dayang

BUKAN mudah untuk mendapat peluang mengadakan satu sesi fotografi bersama dua orang penyanyi popular, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah lantaran kesibukan jadual masing-masing.

Akhirnya, peluang tersebut terlaksana apabila Anuar dan Dayang telah hadir pada sesi fotografi yang diaturkan sempena mempromosikan album terbaharu mereka iaitu Anuar Dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang kini sudah berada di pasaran.

Biarpun tujuan utama adalah untuk mempromosikan album berkenaan, tetapi dapat bertemu kedua-dua penyanyi yang boleh dikategorikan sebagai gred A itu pada masa yang sama telah memberi peluang untuk mencungkil lagi cerita-cerita menarik tentang mereka berdua.

Antaranya, mengenai status hubungan yang terjalin antara mereka memandangkan agak kerap digandingkan bersama dalam pelbagai persembahan nyanyian yang diaturkan sehingga ada yang beranggapan mereka bercinta.

Bagi menjawab segala persoalan yang timbul tentang status hubungan mereka itu, Anuar menjelaskan langsung tiada jalinan cinta antara dia dan Dayang.

"Kalau orang melihat kami beraksi mesra di atas pentas ketika menyanyi bersama-sama, ia tidak bermakna kami ini bercinta kerana apa yang kami lakukan itu sebagai satu cara penghayatan ketika menyanyi.

"Saya sudah agak lama mengenali Dayang iaitu sejak tahun 1999. Secara jujurnya saya menganggap dirinya tidak lebih sekadar seorang adik dan berasa agak pelik kalau ada yang menyangka kami ini bercinta," jelasnya mengenai status hubungannya dengan penyanyi kelahiran Sarawak itu.

Apa yang menariknya, Anuar turut mendedahkan bahawa kemesraan yang ditampilkan itu telah menyebabkan ramai yang suka dengan gandingan mereka sehingga ada yang menyuruh mereka berkahwin memandangkan kedua-duanya masih solo.

"Ketika menjayakan sesebuah persembahan ada peminat bertanya kepada saya tentang khabar Dayang kerana menyangka kami bercinta, sedangkan kami memang amat jarang bertemu memandangkan masing-masing sibuk.

"Terdapat beberapa kejadian lucu yang saya alami apabila terdapat peminat yang menyuruh saya berkahwin sahaja dengan Dayang kerana dia suka melihat keserasian kami," ujarnya.

Ketika ditanya apa yang menyebabkan dia kerap memilih Dayang sebagai rakan duetnya ketika mengadakan persembahan, Anuar menyatakan, dia begitu kagum dengan vokal dan bakat yang dimiliki oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu.

Mengakui terlalu selektif terhadap pemilihan penyanyi yang akan bergandingan dengannya, adik kepada Ziana Zain itu menjelaskan, dia lebih selesa bekerjasama dengan penyanyi yang rapat dengannya.

DAYANG mengakui dirinya masih kekal solo tanpa teman lelaki buat masa ini.


"Tidak dinafikan di Malaysia memang ramai penyanyi wanita yang sangat hebat, tetapi saya cuma memilih individu yang rapat dan sudah lama kenal supaya kerjasama itu menjadi lebih mudah.

"Bukan mahu terlalu memuji Dayang kerana secara ikhlasnya saya melihat dia merupakan antara penyanyi wanita yang hebat. Kalau menyanyi dalam keadaan sistem bunyi yang teruk dia masih mampu menampilkan persembahan yang baik," ujarnya.

Menurutnya, sebelum ini dia sudah berduet dengan beberapa penyanyi wanita lain seperti Hetty Sarlene, Hunny Madu dan Amy Mastura. Namun begitu, sehingga kini dia belum pernah berkolaborasi dengan kakaknya sendiri.

"Permintaan itu memang ada dan sudah ada perancangan serta beberapa buah lagu telah dipilih, tetapi kombinasi suara kami memang tidak sesuai untuk berduet bersama," jelasnya.

Berkenaan dengan album Anuar Dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas, ia mengandungi 14 buah lagu dan empat daripadanya menampilkan duet mereka menerusi lagu Bila Resah, Mana Mungkin, Biar Akhirnya Di Sini dan Sedetik Lebih.

Komposer luar

Bercerita lebih lanjut mengenai aktiviti seni terbaharunya, Anuar memberitahu, dia sedang menghasilkan sebuah album khas menerusi rakaman konsert solo pertamanya iaitu Anuar Zain - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari pada 17 Februari lalu di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut Anuar, pada tahun ini buat pertama kalinya dia tidak terlibat dalam sebarang persembahan untuk Minggu Setiausaha seperti kelaziman kerana telah menganjurkan konsert tersebut.

"Album khas ini dihasilkan atas permintaan ramai dan selepas itu saya akan memberikan tumpuan pula kepada penerbitan album baharu yang dijangka akan siap pada tahun hadapan.

"Pemilihan lagu pula masih lagi belum dilakukan, tetapi saya akan tampilkan konsep yang lebih ceria. Mungkin saya akan terus memilih lagu yang dihasilkan oleh komposer dari Indonesia," jelasnya.

Apabila diminta mengulas mengenai dirinya yang menggunakan khidmat komposer luar seperti album terdahulu, penyanyi itu menyatakan, langkah tersebut memberi kesenangan dalam proses pemilihan lagu.

Bukan hendak menafikan kebolehan dan kepercayaan komposer tempatan, tetapi Anuar menyatakan kebanyakan mereka agak sibuk kerana perlu menghasilkan lagu untuk penyanyi yang lain.

ANUAR mengakui pelik andai ada yang menyangka dia bercinta dengan Dayang.


"Saya akui komposer di Malaysia memang ramai yang hebat dan bagus, cuma kalau saya hendak menggunakan khidmat komposer pilihan sendiri, ramai yang tidak boleh buat kerana terlalu sibuk.

"Jadi, saya lebih suka mengambil pendekatan dengan memilih lagu-lagu yang dihasilkan komposer Indonesia kerana lebih banyak pilihan yang dapat dibuat," ujarnya.

Selesa bersama

Dilihat agak malu-malu apabila mendapat pujian yang melambung, ternyata Dayang Nurfaizah tetap merendah diri dan berasa sangat bertuah kerana menjadi pilihan Anuar Zain untuk berkolaborasi bersama.

Berhubung dengan dirinya yang dikatakan mempunyai ikatan istimewa dengan penyanyi tersebut, Dayang turut beranggapan bahawa Anuar seperti seorang abang memandangkan pengalamannya yang luas selama 30 tahun dalam industri nyanyian.

"Kalau ada yang menyangka saya dan Anuar bercinta, ia merupakan satu perkara yang cukup pelik. Ternyata tidak terlintas langsung untuk kami bercinta dan kemesraan yang ditampilkan pula atas dasar profesional.

"Tidak dinafikan agak ramai peminat yang mahu melihat kami berdua berkahwin, cuma kami lebih selesa kalau berkolaborasi bersama di pentas nyanyian atau menerusi album," ujarnya yang masih belum memiliki teman lelaki.

Berkenaan dengan projek kolaborasi seterusnya bersama Anuar, penyanyi tersebut menyatakan belum ada perancangan lagi buat masa ini. Namun begitu, dia tidak akan menolak sekiranya dapat bergandingan bersama pada masa akan datang.

Mengenai projek terbaharunya pula, Dayang menjelaskan dia baru sahaja selesai merakamkan sebuah single berjudul Bisikan Rindu untuk lagu tema drama bersiri Dahlia.

Selain itu, dia akan menjayakan sebuah showcase di The Venue, Pavillion, Kuala Lumpur pada 23 Jun ini.

"Ketika ini saya mahu mempromosikan lagu berkenaan terlebih dulu. Tentang album baharu pula perancangan itu memang ada dan kini sedang dalam proses pemilihan lagu yang sesuai," ujarnya yang kali terakhir menghasilkan album pada tahun 2011 iaitu Sayang & Cahaya.

Cinta tujuh tahun Aaron Kwok musnah

Posted:

Cinta tujuh tahun Aaron Kwok musnah

Cinta tujuh tahun Aaron Kwok musnah

MODEL kelahiran China, Lynn Hung baru-baru ini mengumumkan ikatan cinta selama tujuh tahun terjalin antara dirinya dengan aktor tersohor Hong Kong, Aaron Kwok kini sudah terlerai.

Dalam satu temu ramah dengan media China, Lynn mengakui buat pertama kalinya dia berasa hubungannya dengan Aaron selama tujuh tahun itu sebenarnya bukan sesuatu yang selesa buat dirinya.

"Bukan mudah untuk bergelar kekasih Aaron Kwok. Selama tujuh tahun, saya telah hidup dalam dunia orang lain (Aaron Kwok).

"Kadangkala, saya rasa terlalu memaksa diri. Kini, saya tidak mahu lagi memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang saya tidak mahu buat. Saya mahu bahagia dan membiarkan orang di sekeliling saya juga larut dalam kebahagiaan," luahnya.

Tambah Lynn: "Ini (putus cinta) merupakan satu permulaan, setiap hari merupakan hari yang berbeza dan saya berharap untuk berkenalan dengan rakan-rakan baharu."

Siti anggap Sakinah bergurau

Posted:

Siti anggap Sakinah bergurau

Siti anggap Sakinah bergurau

Oleh IZRINDA BADROLHISHAM
hiburan@kosmo.com.my

SITI berharap tidak timbul kontroversi apabila klip video single terbaharunya, Galau menampilkan dirinya yang tidak berhijab sepenuhnya.


SEMUANYA bermula apabila pelakon Sharifah Sakinah menggunakan akaun medium sosial Keek aktres Anzalna untuk memuat naik sebuah video pada petang Jumaat lalu.

Ketika itu Sakinah dan Anzalna sama-sama sedang menjalani penggambaran drama bersiri drama bersiri, Orang Gaji IQ.

Menerusi video tersebut, Sakinah telah mengajuk suara Datuk Siti Nurhaliza seperti dalam iklan Jusco yang membabitkan Siti sebelum ini.

Impaknya ramai yang mengutuk tindakan Sakinah sebagai sengaja mencari publisiti murahan sehingga Sakinah akhirnya tampil membuat permohanan maaf secara terbuka menerusi media.

Siti turut memberikan respons terhadap kontroversi yang dicetuskan Sakinah itu.

Ujarnya: "Saya sudah mengetahui tentang video (Sharifah Sakinah) tersebut. Setahu saya, video tersebut hanya mengajuk cara suara saya membuat voice over untuk iklan Jusco.

"Saya tidak ambil hati kerana saya anggap Sakinah mungkin sekadar ingin bergurau."

Tambah Siti: "Saya anggap ia sekadar gurauan budak-budak dan isi kandungan seterusnya tidak ada kena-mengena dengan diri saya."

Siti ditemui baru-baru ini pada majlis pelancaran klip video single terbaharunya, Galau di Kuala Lumpur.

Single tersebut merupakan hasil kerjasama Universal Music Sdn. Bhd. dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. yang diterbitkan oleh Mujahid Abd Wahab dari Rumpun Records

"Lagu berkonsep pop ini mengisahkan tentang hubungan dua insan yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam menempuhi ranjau kehidupan sebagai pasangan kekasih.

"Galau bermaksud kacau atau keliru. Alhamdulillah, Galau telah mula mendapat sambutan yang hangat di (stesen) radio-radio tempatan dan laman sosial seperti YouTube dan Facebook," ujarnya.

Penggambaran klip video Galau berlangsung pada 7 Disember tahun lepas di Moroccan Pavilion, Taman Botani, Putrajaya.

Menurut pengarah klip video tersebut, Daryl Adrian Emuang, lokasi itu dipilih kerana keunikan dan kecantikan senibinanya.

"Gabungan elemen kasih sayang daripada maksud lagu Galau dengan visual yang memfokuskan kepada ekspresi Siti bersama para penari pendingngiring. Klip video tersebut lebih kepada unsur abstrak dan sangat berbeza konsepnya berbanding klip video Siti sebelum ini," jelas Daryl.


SHARIFAH SAKINAH mengaitkan nama Siti menerusi rakaman video di laman YouTube.


Tidak berhijab

Pada majlis tersebut, Siti juga membuat satu pengumuman untuk menghasilkan kerjasama dengan Universal Music Sdn. Bhd. untuk album yang seterusnya.

"Saya akan mulakan proses rakaman pada bulan Ramadan ini dan Insya-Allah ia akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti.

"Saya akan berkerjasama dengan komposer dari Indonesia dan Malaysia," kata Siti yang membuat pelancaran klip videonya itu di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini

Menerusi klip video tersebut, Siti menampilkan imej dirinya yang belum berhijab sepenuhnya. Ini kerana ia dirakamkan pada Disember tahun lepas.

"Saya harap peminat saya faham yang saya mula berhijab sepenuhnya pada Januari tahun ini dan klip video itu dirakam sebelum saya sepenuhnya berhijab. Saya berharap ia tidak menjadi satu masalah kepada peminat-peminat saya," ujar Siti yang tidak sabar ingin memulakan rakamannya bersama Universal Music.

Tambahnya: "Klip video ini sepatutnya sudah lama dikeluarkan. Namun saya tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya disebabkan suami saya kemalangan dan menjaga suami selama empat bulan.

"Saya tidak mahu pihak penerbitan mengeluarkan bajet sekali lagi semata-mata ingin merakamkan klip video itu."

Kolaborasi bersama Yuna

Sementara itu, Siti juga mengumumkan projek terbaharuunya dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

"Siti akan muncul menerusi konsert mega di Dewan Philharmonic pada Julai ini," ujarnya mengenai koloborasinya dengan MPO untuk tiga malam berturut-turut iaitu dari 5 hingga 7 Julai nanti.

Siti juga mendedahkan, dia banyak menerima pemintaan daripada peminat untuk menyanyikan lagu Muara Hati secara solo.

"Saya akan mempertimbangkan mengenai perkara itu," ujarnya yang mengakui ingin menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi Yuna dan Awi Rafael pada masa akan datang.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved