Selasa, 14 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Generasi muda celik al-Quran

Posted:

Generasi muda celik al-Quran

Generasi muda celik al-Quran

SEBAIK Ustazah Muzaiyanah Mohamed Said, 27, melangkah masuk ke kelas 3 Wawasan, ucapan salam yang mendoakan kesejahteraan buat si guru bergema di seluruh kelas.

Kemudian, semua pelajar pantas mengangkat jari telunjuk seraya mengalunkan lafaz suci kalimah syahadah yang bermaksud: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

Ia diikuti dengan bacaan doa penerang hati, doa qunut dan diakhiri dengan selawat serta salam ke atas Rasul Junjungan. Masing-masing kelihatan bersemangat ketika membacanya.

Usai menyudahkan bacaan tersebut, Muzaiyanah terus menulis jawi di papan putih yang menjadi subjek pembelajaran pada petang itu. Guru muda itu turut menyediakan bahan bantu mengajar menggunakan kreativitinya sendiri.

Dia menampal beberapa sampul surat kecil di sehelai kertas keras berwarna biru. Di atas kertas warna itu tertera tulisan jawi yang bermakna Perkataan Berimbuhan Apitan.

Ternyata ia berjaya menarik minat pelajar untuk berlumba-lumba menjawab soalan yang dikemukakan melalui setiap sampul surat yang dipilih mereka.

Muzaiyanah merupakan salah seorang guru yang terlibat untuk program pembelajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur.


PARA pelajar sekolah rendah mengikuti kelas J-Qaf yang mula diwujudkan pada tahun 2004.


Kreativiti guru

Mula mengajar sejak Januari 2011, graduan Ijazah Sarjana Muda Sunnah & Pengurusan Maklumat dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu semakin bijak dalam usaha menarik perhatian pelajar program J-Qaf di sekolahnya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya peluang untuk menceburkan diri dalam bidang pendidikan.

"Justeru, saya perlu sentiasa kreatif bagi mengelakkan para pelajar bosan dengan konsep pembelajaran dan pengajaran yang biasa," tutur Muzaiyanah ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurut anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor itu, dia memilih untuk menjadi guru J-Qaf kerana minat dan tanggungjawab terhadap anak-anak Muslim.

Pada tahun akhir pengajiannya, Muzaiyanah bertekad untuk mendidik murid-murid ini dan mengajar mereka mengenal huruf jawi, membaca al-Quran dan cara melaksanakan solat dengan betul.

"Kesedaran ini timbul kerana saya merasakan ramai anak-anak zaman sekarang tidak kenal huruf jawi. Malah, terdapat sebilangan kecil daripada mereka masih tidak tahu membaca Iqra apabila melangkah masuk ke alam persekolahan tahun satu.

"Mungkin sesetengah orang mengatakan bahawa jurusan yang saya ambil di universiti tidak sesuai dengan kerjaya ini. Namun, secara peribadi saya bangga dengan tugas ini kerana dapat memberi tunjuk ajar kepada anak-anak kecil mengenai ilmu asas dalam Islam," terang Muzaiyanah penuh berhikmah.

Antara skop tugas guru J-Qaf ialah mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam serta memberi perhatian lebih kepada murid-murid yang lemah dalam subjek Jawi dan al-Quran.

Selain itu, guru-guru J-Qaf juga perlu melakukan tugas-tugas memfailkan maklumat, memasukkan data peribadi, prestasi murid, aktiviti kokurikulum dan sebagainya.

Untuk program J-Qaf, ia meliputi beberapa subjek dengan tempoh mengajar yang berbeza. Subjek Jawi selama 30 minit, Ulum Syariah atau Fardu Ain (60 minit), al-Quran (90 minit) serta Tasmik (30 minit).

Mereka yang berminat untuk menjadi guru J-Qaf perlu mempunyai kelayakan seperti mempunyai ijazah serta diploma pendidikan dalam bidang pengajian Islam termasuk Usuluddin, Syariah, al-Quran dan sunnah.

Setakat ini, Muzaiyanah bertanggungjawab mengendalikan lima kelas atau 200 orang murid.

"Bagi subjek tertentu seperti al-Quran dan Tasmik, pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil dan biasanya setiap kelas ada tiga orang guru. Murid-murid pula akan dibahagikan mengikut pencapaian mereka," ujarnya.

Apakah cabaran sepanjang bergelar guru J-Qaf? Anak kelapan daripada 11 beradik itu memberitahu, setiap tugas atau kerjaya pasti mempunyai masalah tersendiri.

Bagaimanapun, ia tidak seharusnya menjadi penghalang untuk mereka melahirkan pelajar atau generasi muda yang celik al-Quran dan berkeperibadian mulia.

GURU J-Qaf sentiasa memberi perhatian khusus kepada pelajar dalam setiap kelas.


Kekangan masa

Bagi Ustazah Norihan Yusof, 28, antara cabaran yang mereka hadapi ialah mengurangkan jumlah murid yang tidak mahir membaca tulisan jawi dan al-Quran selain terdapat kekangan masa dalam menjalankan program-program yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran seperti Kem Bestari Solat.

"Dalam subjek al-Quran pula, wujud perbezaan kaedah dalam membaca al-Quran semasa murid berada di rumah dan sekolah agama rakyat. Sebelum ini, mungkin kaedah mempelajari al-Quran yang dijalankan secara tradisional mengikut teknik yang pelbagai dan berbeza antara satu sama lain.

"Contohnya menggunakan kaedah Baghdadi atau ketukan, qiraah dan sebegainya. Tetapi, apabila program J-Qaf muncul, ia mengubah senario yang sedia ada. Kaedah mengajar al-Quran telah disusun secara sistematik dan terurus oleh kementerian dengan menggunakan buku Iqra sebagai asas terhadap kemahiran membaca al-Quran," ungkap Norihan yang merupakan graduan Diploma Tahfiz Al-Quran dari Darul Quran Kuala Kubu Bharu.

Di samping itu, Norihan juga berharap ibu bapa akan memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka di rumah sentiasa membaca al-Quran setiap hari dan melaksanakan kewajipan solat lima waktu yang telah dipelajari melalui kelas J-Qaf.

"Insya-Allah, jika ada usaha, saya percaya kita mampu melahirkan generasi al-Quran yang unik dan soleh untuk menjadi pewaris para Anbiya pada masa akan datang," tegasnya.

Rakyat AS gemar bahasa Mandarin

Posted:

Rakyat AS gemar bahasa Mandarin

Rakyat AS gemar bahasa Mandarin


SELAIN kaum Cina, kelas bahasa Mandarin di AS turut menarik perhatian murid kaum lain.


PADA mulanya, Susan Wang, 16, yang berasal dari Taiwan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris apabila dia tiba di California.

Kini, pada usia 49 tahun, beliau berjaya menubuhkan sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Broadway, Venice, di barat Los Angeles.

Penubuhan sekolah itu bertujuan untuk mengembangkan bahasa Mandarin di Amerika Syarikat (AS) dan beliau dibantu dengan kehadiran guru bergaji rendah dari Beijing untuk mengajar di sekolah berkenaan.

Usaha tersebut berbaloi apabila mendapat sambutan menggalakkan malah murid paling muda berusia lima tahun.

"Perkara yang paling menarik ialah menyaksikan anak-anak belajar, cara mereka belajar dan berapa cepat mereka menguasai bahasa lain, ia sememangnya menakjubkan," katanya yang merupakan pengetua sekolah tersebut.

Permintaan meningkat

Program pendidikan bahasa Mandarin bukanlah sesuatu yang baharu di sekolah AS. Perkembangan pengaruh China di seluruh dunia membuatkan permintaan terhadap kemahiran bahasa Mandarin semakin meningkat.

Ia secara tidak langsung mencerminkan diplomatik Washington merentasi Lautan Pasifik.

"Bahasa Mandarin merupakan salah satu bahasa yang semakin digemari rakyat AS berbanding bahasa Perancis, Jerman dan Jepun," ujarnya.

Kementerian Pengajian Beijing turut membantu dengan membawa masuk guru-guru dan penceramah dari negara China untuk bekerja di sekolah-sekolah AS.

California merupakan perintis program tersebut sama ada dari segi geografi atau sejarah.

Kemasukan pekerja China ke AS berlaku apabila mereka dibawa untuk bekerja membina landasan kereta api. Selain New York, San Francisco dan Los Angeles turut mempunyai komuniti Cina terbesar.

Sehubungan itu, secara tradisional, keluarga yang mempunyai salah seorang atau kedua-dua ibu bapa yang berketurunan Cina akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah bahasa Mandarin.

Langkah itu dilihat untuk memartabatkan budaya dan warisan mereka. Selain itu, kemahiran menguasai bahasa itu membolehkan mereka berkomunikasi dengan datuk dan nenek apabila pulang ke rumah.

Di dalam bilik darjah di Sekolah Rendah Broadway itu kelihatan dindingnya ditampal dengan gambar dan tulisan-tulisan Cina.

Bukan itu sahaja, kandungan buku teks juga menggunakan bahasa Mandarin selain guru-guru tidak akan menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, kelas tersebut bukan hanya disertai murid berketurunan Cina tetapi turut menarik perhatian kaum lain seperti Afrika-Amerika, Kaukasia dan Latin.

Seorang guru tadika, Carol Chan memberitahu, pada kebiasaannya, pada peringkat awal memasuki kelas bahasa Mandarin, murid-murid sukar untuk memahami bahasa berkenaan.

"Jadi, saya menggunakan banyak gambar, muzik, bahasa fizikal dan gerakan isyarat akhirnya, mereka dapat tangkap apa yang diajar.

"Lama-kelamaan, mereka mudah memahami bahasa Mandarin dan berasa gembira menghadiri kelas berkenaan," ujarnya.


SEORANG guru menggunakan alat bantu mengajar bagi memudahkan murid-murid memahami bahasa Mandarin.


Secara percuma

Seorang murid, Grace Ehlers mengakui pada mulanya, mempelajari bahasa Mandarin adalah sukar namun kini dia boleh bertutur bahasa tersebut dengan yakin.

"Mempelajari bahasa Mandarin menjadi sedikit mudah kerana ayah saya boleh bertutur banyak bahasa dan kadang-kadang dia mengajar saya," katanya.

Pengetua sekolah Pusat Bahasa, Nancy Rhodes pula berkata, kehadiran guru bahasa Mandarin secara percuma amat penting bagi Sekolah Rendah Broadway untuk menawarkan program belajar bahasa secara menyeluruh.

"Saya orang Cina, dilahirkan dan dibesarkan di Taiwan tetapi itu tiada kaitan langsung dengan apa yang saya lakukan untuk program ini. Kami boleh mengajar bahasa Mandarin kerana mempunyai guru sukarelawan berketurunan Cina.

"Sekiranya mempunyai guru yang boleh mengajar bahasa Perancis atau Sepanyol, kami juga akan menawarkan program yang sama," jelasnya.

Dalam pada itu, berdasarkan data yang dikumpulkan Pusat Linguistik Gunaan, terdapat 74 program bahasa Mandarin di AS.

Secara keseluruhan, program bahasa Sepanyol paling banyak diadakan yang mewakili 45 peratus, diikuti 22 peratus Perancis, Mandarin 13 peratus dan masing-masing 10 peratus bagi Jepun serta Jerman.

Tambah beliau, satu ketika dahulu bahasa Mandarin diajar di sebelah pantai barat dan bandar besar tetapi kini ia sudah menular di seluruh negara.

"Malah, sekolah-sekolah rendah di daerah kecil sedang menimbangkan untuk beralih dari mengajar bahasa Sepanyol ke bahasa Mandarin," ujarnya.- AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Teknologi Motion Capture di Aswara

Posted:

Teknologi Motion Capture di Aswara

Teknologi Motion Capture di Aswara

Oleh SUHANA VERU

AKADEMI Seni Budaya dan Warisan (Aswara) pernah mencipta sejarah dalam dunia animasi apabila menjadi institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia menubuhkan fakulti animasi iaitu pada tahun 2011.

Langkah itu dilihat mampu melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang animasi sekali gus mampu menghasilkan lebih banyak produk bermutu tinggi.

Usaha tersebut tidak terhenti di situ sahaja, pelbagai aktiviti dan pendekatan diambil bagi memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti.

Ia termasuk menjemput pakar animasi popular, Raman Hui yang pernah terbabit dalam pembikinan filem animasi seperti Shrek dan Kungfu Panda.

Kehadiran beliau pada 18 Jun 2011 lalu selama satu hari di Aswara bertujuan memberi pendedahan ilmu animasi kepada pelajar-pelajar yang mengambil jurusan berkenaan.

Terbaharu, Aswara mengambil inisiatif dengan menggunakan teknologi Motion Capture. Kira-kira 12 orang pelajar yang mengikuti kursus Animasi Komputer teknik tiga dimensi (3D) lanjutan berpeluang menggunakan teknologi canggih itu.

Begitupun, mereka hanya berpeluang menggunakan teknologi tersebut ketika berada di tahun ketiga pengajian.

Alternatif bidang animasi

Bagi mengulas lebih lanjut mengenai teknologi itu, Pensyarah Fakulti Animasi dan Multimedia Aswara, Mohammad Dzulsyafiq Mohammad Yusof berkata, Motion Capture atau lebih biasa dipanggil mocap adalah proses merakam pergerakan sesuatu objek, orang atau haiwan.

Selain untuk kerja-kerja animasi, ia juga sesuai digunakan untuk permainan komputer, sains kesihatan, tentera dan realiti maya.

Ia juga merupakan alternatif di dalam bidang animasi selain animasi keyframe (bingkai kekunci). Kaedah animasi bingkai kekunci adalah berbentuk lukisan tangan dan animasi 3D.


MOHD. RASHDAN (kanan sekali) ketika melancarkan animasi Supertots pada tahun 2011.


Pada kebiasaan, jika menggunakan kaedah berkenaan, seseorang animator terpaksa menggunakan tetikus untuk menggerakkan watak berbanding mocap.

Menyentuh mengenai cara-cara menggunakan mocap berkenaan, Mohammad Dzulsyafiq memberitahu, seorang pelajar perlu menyarungkan sut yang bersifat elastik.

Di Aswara terdapat tiga sut berkenaan yang bersaiz S, M dan L. Kehadiran tiga saiz yang berlainan dilihat perlu mengikut saiz badan seseorang pelajar.

Namun demikian, tidak terdapat saiz XL memandangkan saiz tersebut terlalu besar dan tidak sesuai dengan orang Asia.

Tambah, Mohammad Dzulsyafiq yang pernah berkhidmat dengan syarikat LesCopaque, individu yang memakai sut tersebut perlu ketat supaya marker (titik-titik) yang dipasang tidak bergerak.

Jika titik-titik berkenaan longgar, ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Pada kebiasaan, titik-titik berkenaan dipasang di bahagian dada, kaki, kepala, lengan, belakang badan dan pinggang. Terdapat 49 marker pada sehelai sut.

Menyentuh mengenai fungsi titik, ia sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam memantulkan cahaya kepada kamera yang dipasang di dalam sesebuah bilik.

"Terdapat 18 kamera yang akan dipasang dan kedudukan kamera-kamera berkenaan tidak akan diubah," katanya sambil memberitahu, mocap kurang sesuai digunakan di kawasan lapang kerana cahaya akan mempengaruhi keadaan imej yang dirakam.

Sebaik pemasangan kamera di studio yang berkeluasan enam meter, individu yang telah dilengkapi dengan sut itu perlu berdiri di tengah-tengah sambil mendepangkan kedua-dua tangan.

Tindakan itu membolehkan kamera yang dipasang mengesan sama ada kedudukan marker berada di tempat yang betul atau sebaliknya.

Penghasilan karakter

Sebaik selesai mengesan kesemua kedudukan marker berada di tempat yang betul, individu tersebut boleh memulakan gerakan anggota badan.

Setiap gerakan akan dirakam melalui kamera. Dalam sesi menangkap gambar pergerakan, kesemua kamera tersebut akan berfungsi dan hanya merakam pergerakan karakter dan bukannya penampilan visual karakter itu.

Lalu, data animasi akan dipetakan kepada model 3D supaya model yang melakukan tindakan yang sama seperti pelakon.

Begitupun, dengan menggunakan perisian yang dikenali sebagai arena, ia akan memadankan titik-titik tersebut dengan karakter 3D yang telah sedia ada di dalam komputer.

KAMERA ini digunakan untuk mengesan setiap pergerakan pada tubuh manusia.


Setelah selesai merakam kesemua gerakan ke dalam komputer, kesemua gerakan itu akan dieksport ke fail yang dikenali sebagai Biovision Hierarchy (BVH).

Bagaimanapun, karakter-karakter yang dihantar itu akan dikemas kini terlebih dulu.

"Jika watak manusia dan kartun tidak sama, misalnya, individu yang memakai sut itu mempunyai susuk badan yang kurus manakala watak kartun gemuk, jadi pengubahsuaian perlu dilakukan supaya kedua-dua watak sama," katanya sambil memberitahu, mocap pernah digunakan dalam filem Avatar, Happy Feet 2 dan The Adventure of Tintin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kelebihan menggunakan mocap, beliau berkata, teknologi tersebut dapat mengurangkan masa pelajar bagi menggerakkan sesuatu karakter yang rumit.

Selain itu, dengan penggunaan mocap, ia juga dapat merakam setiap satu gerakan secara terus-menerus.

Sungguhpun begitu, di sebalik kelebihan mocap terdapat juga kekurangan dalam teknologi itu.

Antaranya, ia tidak sesuai untuk digunakan bagi animasi bersiri kerana jika terdapat banyak kesilapan, seseorang animator itu perlu menghabiskan masa yang terlalu lama untuk membaiki masalah tersebut.

Malahan, jika mahu menggunakan mocap, perlu ada ruang kawasan yang besar untuk memasang peralatan khas mocap.

"Bukan itu sahaja, industri perfileman yang kecil juga tidak mampu menggunakan teknologi berkenaan kerana ia menelan kos yang tinggi," ujarnya lagi.

Kualiti tinggi

Ketua Pegawai Eksekutif Netcarbon, Mohd. Rashdan Ramlee pula memberitahu, pembelian mocap sememangnya menuntut perbelanjaan yang besar tetapi penggunaan teknologi itu menerusi perfileman animasi dilihat berbaloi kerana mempunyai kualiti yang tinggi.

Beliau yang merupakan pengarah animasi Supertots turut menggunakan mocap yang bernilai hampir RM400,000 memberitahu, pergerakan individu yang memakai sut khas itu menampilkan pergerakan yang realistik.


SATU saat animasi memerlukan 24 keping lukisan sekali gus menjadikan seni itu sesuatu yang sangat halus.


Sehubungan itu, seseorang animator terpaksa mengubah watak realistik itu kepada gaya kartun namun tidak menuntut kerja-kerja yang rumit.

Mocap juga katanya, mempercepatkan kerja-kerja pembikinan animasi berbanding bingkai kekunci yang memakan masa yang terlalu lama.

Supertots merupakan siri animasi 3D berlatar belakang angkasa lepas dengan menampilkan lima kanak-kanak pendukung watak utama iaitu Captain Danny, Elly, Alan, Shasha dan Blinq yang menentang Zeeboz.

Dalam siri animasi selama 11 minit bagi setiap episod itu, ia menerapkan nilai-nilai murni seperti persahabatan, perpaduan dan semangat kerjasama.

Tapak sulaiman berduri ancam terumbu karang

Posted:

Tapak sulaiman berduri ancam terumbu karang

Tapak sulaiman berduri ancam terumbu karang

Oleh SUHANA VERU


COT mempunyai bentuk bulat dan berduri yang makan serta merosakkan batu karang.


JABATAN Taman Laut Malaysia (JTLM) sentiasa mengambil langkah proaktif demi melindungi dan memulihara terumbu karang dan hidupan marin di negara ini.

Malahan, Malaysia merupakan antara 12 buah negara mega biodiversiti di dunia yang kaya dengan sumber asli dan kepelbagaian biologi.

Justeru, bagi memastikan kekayaan ekosistem itu sentiasa dilindungi, JTLM menganjurkan program Crown of Thorns (COT) dan Reef Clean Up pada 5 April lalu di Taman Laut, Terengganu.

Program itu diadakan untuk mengurus dan memulihara kawasan-kawasan perlindungan marin serta mengekalkan kelestarian biodiversiti marin di Taman Laut.

Program tersebut disertai seramai 100 sukarelawan yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pengusaha pelancongan di Pulau Perhentian termasuk kakitangan JTLM.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Zoal Azha Yusof.

Kesemua peserta diberi kelengkapan sut menyelam dan tangki oksigen sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan sampah. Mereka juga terbabit dalam operasi memusnahkan tapak sulaiman berduri yang lebih dikenali sebagai COT.

Pengawalan

COT yang berbentuk bulat dan berduri biasanya menghuni dasar laut terutama di kawasan terumbu karang. Ia bukan sahaja memakan malah merosakkan terumbu karang.

Berdasarkan rekod JTLM, dari tahun 2007 hingga 2012, lebih kurang 16,000 tapak sulaiman berduri telah berjaya dimusnahkan menerusi program pembersihan COT di Taman Laut, Pulau Perhentian.

Populasi COT yang berlebihan akan menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada terumbu karang.

Jadi, pengawalan terhadap COT perlu dilakukan apabila jumlah hidupan itu melebihi kuantiti yang diperlukan.

Dalam satu hektar kawasan Taman Laut, satu hingga 20 ekor COT sahaja yang dibenarkan hidup.

Pengarah Jabatan Laut, Dr. Sukarno Wagiman berkata, pihaknya telah menjalankan program seumpama itu di kebanyakan pulau di negara ini.

Antaranya, Pulau Tioman, Pahang; Pulau Redang, Pulau Tenggol dan Pulau Kapas, Terengganu; Pulau Aur serta Pulau Pemanggil, Johor.

Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, beliau memberitahu, pihaknya sentiasa menjalankan usaha untuk menyelamatkan terumbu karang.

"Kami memusnahkan COT jika didapati jumlahnya terlalu banyak di setiap satu hektar. Kehadiran haiwan itu dalam jumlah yang banyak mengundang bahaya kepada terumbu karang," katanya.

Pemindahan


PROGRAM memusnahkan COT adalah bagi mengawal populasi hidupan itu supaya tidak menjejaskan terumbu karang.


Dalam pada itu, pihak JLTM turut melakukan proses pemindahan dan penanaman semula terumbu karang di kedalaman 30 hingga 40 kaki dalam laut.

Terumbu karang yang dipindahkan akan ditanam semula di lokasi lain yang telah dikenal pasti.

Tindakan itu dapat membantu kelangsungan hayat terumbu karang.

Sementara itu, pihaknya juga pernah menutup kawasan terumbu karang pada tahun 2010 disebabkan suhu laut meningkat.

Kebiasaannya, sesuatu lokasi itu akan ditutup sehingga enam bulan bagi memastikan ia telah pulih sepenuhnya.

Sikap manusia yang membuang sampah ke dalam laut selain gemar menyentuh terumbu karang ketika melakukan aktiviti menyelam turut menjejaskan hidupan tersebut.

"Tindakan menyentuh terumbu karang akan merosakkan sejenis organisma karnivor yang disebut polip. Polip berfungsi dengan membantu pembesaran terumbu karang.

"Jadi, kami mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam program ini supaya mereka menghargai sumber alam dan menyaksikan sendiri kesan pencemaran laut terhadap terumbu karang," katanya.

Seorang penyelam, Muhammad Farose Muhammad, 38, berkata, ketika menyertai aktiviti tersebut, dia menemui banyak sampah di dasar laut.

"Macam-macam sampah saya jumpa di dalam laut seperti plastik, botol, guni, jaring ikan, besi dan tayar," katanya dengan nada kesal.

Samsung dengan sistem operasi Windows

Posted:

Samsung dengan sistem operasi Windows

Samsung dengan sistem operasi Windows

SAMSUNG ATIV S dilengkapi dengan ciri-ciri terbaharu kerana terdapat bahagian Now yang boleh direka mengikut cita rasa pengguna itu sendiri.


TELEFON pintar, Samsung ATIV S memberi kelainan dalam pengalaman dunia mobil dengan memberi pilihan sistem operasi, Windows Phone 8 selain Android kepada pengguna.

Peminat tegar jenama Samsung pasti dapat menerokai kelainan ATIV S melalui sistem operasi seperti antara muka untuk setiap paparan aplikasi.

Paling berbeza adalah pada bahagian Now yang boleh direka mengikut kehendak peribadi dan aplikasi mesej segera, ChatON yang ada pada semua model Samsung.

ATIV S mempunyai pemprosesan Dual Krait 1.5 gigahertz dan cip Qualcomm Snapdragon S4 bagi membolehkan prestasi melayari yang hebat, malah pada masa yang sama mampu menawarkan permainan video lebih lancar.

Model telefon itu juga didatangkan dengan Video Chat berdefinisi tinggi bagi memastikan tiada masalah ketika berhubung.

Ia juga mempunyai integrasi dengan fungsi Near Field Communications (NFC) yang membolehkan data dihantar dengan cara sentuh dan kirim.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Permatang C juara bola sepak ADUN Pinang Tunggal

Posted:

Permatang C juara bola sepak ADUN Pinang Tunggal

Permatang C juara bola sepak ADUN Pinang Tunggal


PASUKAN Permatang C (depan) dan pasukan Kampung Baru FC bergambar kenangan sebelum perlawanan di Padang MARDI Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


JUARA. Pasukan Permatang Tinggi C membuktikan kekehebatan mereka apabila memenangi Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pada perlawanan akhir di padang MARDI Kepala Batas, pasukan itu menewaskan lawannya, Kampung Baru FC dengan keputusan 4-2 untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

Menurut ketua pasukannya, Mohd. Nazri Pawanchik, mereka bagaimanapun akur terhadap kelicikan pemain pasukan lawan yang kerap membuat hantaran pendek bagi mengelirukan pertahanannya.

Kanak-kanak Tabika Kuala Besut rai Hari Ibu

Posted:

Kanak-kanak Tabika Kuala Besut rai Hari Ibu

Kanak-kanak Tabika Kuala Besut rai Hari Ibu


SEBAHAGIAN murid Tabika Perpaduan Kuala Besut menghulurkan bunga sebagai tanda terima kasih kepada ibu masing-masing sempena sambutan hari ibu di Besut, Terengganu baru-baru ini.


HARI IBU. Sebanyak 23 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan Kuala Besut meraikan sambutan Hari Ibu di tabika itu di Besut, Terengganu baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, pelajar juga menyanyikan lagu khas untuk ibu masing-masing.

Guru tabika berkenaan, Wan Hanisah Wan Shafie berkata, program tersebut diadakan bagi memupuk rasa kasih sayang dan menghargai kasih ibu.

Pelatih ILP pamer kemahiran bidang robotik

Posted:

Pelatih ILP pamer kemahiran bidang robotik

Pelatih ILP pamer kemahiran bidang robotik


PARA peserta ILP Kangar meraikan kejayaan mereka selepas menjadi johan pertandingan Cabaran Robot JTM di ILP Pedas, Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.


BAKAT. Sebanyak 40 Institut Latihan Perindustrian (ILP) termasuk Pusat Latihan Teknologi Tinggi dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia menyertai Cabaran Robot Jabatan Tenaga Manusia (JTM) 2013 anjuran JTM dan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di LLP Pedas di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ketua Pengarah JTM, Datuk Romli Hassan berkata, program selama empat hari itu merupakan platform bagi pelatih ILJTM mengasah bakat kreativiti dalam bentuk teknologi.

Katanya, aktiviti sedemikian sebagai satu persediaan bagi pasukan ILJTM untuk menyertai Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia pada 22 hingga 27 Mei ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Anak muda catat rekod dunia

Posted:

Anak muda catat rekod dunia

Anak muda catat rekod dunia

Oleh ZULKIFLI MANZOR dan SHAHERMAN SHAMSURI
berita@kosmo.com.my

NAJIB bersalaman dengan James sambil diperhatikan Ahmad Zahid (kiri) dan Danny (dua dari kanan) sejurus tiba di Pangkalan TUDM Subang semalam.


SUBANG – Rakyat Malaysia, Kapten James Anthony Tan, 21, berjaya memecah rekod dunia sebagai juruterbang termuda mengelilingi dunia secara solo selama 48 hari menggunakan pesawat Cessna P210 Eagle yang diberi nama Semangat Malaysia semalam.

Ketibaannya di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengasas Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi.

James yang berasal dari Kajang berlepas dari Terminal Subang Skypark di sini pada 28 Mac lalu bagi memenuhi cabaran Misi 1Malaysia Kelilingi Dunia (1RTW).

Pencapaian juruterbang muda negara itu mengelilingi dunia sejauh 20,597 batu nautika (38,146 kilometer) meliputi 20 buah negara dan 30 hentian dicatat dalam Guinness World Records dan Malaysia Book of Records.

Beliau mengatasi rekod kelilingi dunia selama 80 hari yang dipegang juruterbang warga Switzerland, Kapten Carlo Schmid, 22, pada 11 Julai 2012.

Najib dalam ucapannya berharap golongan belia menjadikan James sebagai sumber inspirasi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

6 mengaku salah ikut ajaran sesat

Posted:

6 mengaku salah ikut ajaran sesat

6 mengaku salah ikut ajaran sesat

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


TIGA daripada enam pengikut ajaran Tuhan Harun didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan semalam.


KUANTAN - Seramai enam pengikut ajaran Tuhan Harun didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan memiliki dan menyimpan dokumen meragukan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Enam tertuduh terbabit ialah Husin Ismail, 43, Pilus Anahong @ Mahdi Abdullah, 40, Mohd. Khalilie Zazali, 31, Syahiszam Soid, 40, Mohd. Nizam Mohd Salleh, 43 dan Mohd. Shahril Mohd Jaafar, 28.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Syarie, Abdul Wahid Md. Ali Al-Fakwie.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh masing-masing didakwa melakukan kesalahan tersebut di premis B16-1st, Lorong Pandan Damai 2/201 di sini pada pukul 6.50 petang pada 4 April lalu.

Bagi kesalahan tersebut, keenam-enam tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 165 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500 jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Abdul Wahid menangguhkan keputusan untuk menjatuhkan hukuman terhadap kesemua tertuduh kerana menunggu untuk mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bahawa dokumen yang disimpan tertuduh benar-benar meragukan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua mangsa cedera ditembak di simpang jalan semakin stabil

Posted:

Dua mangsa cedera ditembak di simpang jalan semakin stabil

Dua mangsa cedera ditembak di simpang jalan semakin stabil

SEBERANG JAYA - Dua mangsa yang terkena tembakan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun di Batu Kawan dekat sini semakin stabil dengan seorang masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala seorang lagi dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini atas permintaan keluarga.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, polis belum mengambil keterangan daripada kedua-dua mangsa itu yang hanya dikenali sebagai Ravi, 38, dan Mariappan, 58.

Menurut beliau, polis juga masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu termasuk bagi mengenal pasti pembunuh yang terlibat.

"Kita masih menunggu laporan lengkap daripada unit forensik seperti berapa jumlah tembakan yang mengenai keempat-empat mangsa dan jenis peluru yang digunakan oleh suspek dalam kejadian itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Kelantan tersungkurhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm IMPIAN Kelantan untuk mencipta sejarah mara ke pusingan suku akhir buat kali kedua berturut-turut pada Piala AFC tidak kesampaian selepas tumpas 0-2 kepada Kitchee Sport Club (SC) dari Hong Kong di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.Oleh YATIMIN ABDULLAH<br>sukan@utusan.com.myPETRATOS (kiri) terjatuh selepas diasak pemain Kitchee SC pada pusingan kedua Piala AFC 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0515/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Selangor intai slot suku akhirhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm MALE, Maldives - Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim mengakui 'terdesak' untuk menewaskan New Radiant SC pada aksi kalah mati Piala AFC 2013 di Stadium Rasmee Dhandu di sini petang ini.IRFAN BAKTI (kiri) mengakui 'terdesak' untuk menewaskan New Radiant SC pada aksi kalah mati Piala AFC 2013 di Stadium Rasmee Dhandu, Maldives petang ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0515/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm New Radiant buru gol awalhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm MALE, Maldives - Jurulatih New Radiant Sports Club, Velizar Popov menegaskan, beliau tidak akan menukar strategi pada aksi kalah mati Piala AFC 2013 menentang Selangor di Stadium Rasmee Dhandu di sini petang ini.PENGURUS pasukan Selangor, Datuk S. Sivasundaram (kiri) bersalaman dengan Popov pada sidang akhbar di Stadium Rasmee Dhandu, Maldives semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0515/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm MOM akhiri spekulasihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm TEKA-TEKI mengenai siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan akhirnya terjawab petang semalam.Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH<br>shahril.abdullah@kosmo.com.mySabah hargai jasa penggiat sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm SEBANYAK 14 anugerah disenaraikan pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah kali ke-25 yang akan diadakan di Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat ini.Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB<br>yunus.yakkub@kosmo.com.myTAWFIQ (tiga dari kiri) menerima replika cek sempena Anugerah Sukan Negeri Sabah kali ke-25 dalam satu majlis di Kota Kinabalu, Sabah semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0515/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm Hazlanshah sasar 10 terbaikhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm PELUMBA Bike ART Kawasaki Racing, Hazlanshah Mohd. Noor teruja apabila diberi peluang untuk berlumba di litar asing pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia Petronas di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 17 hingga 19 Mei ini.Benfica miliki kelebihanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm LONDON - Pasukan underdog , Benfica dilihat lebih bagus dari aspek teknikal berbanding Chelsea menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam final Liga Europa di Amsterdam Arena awal pagi esok.JURULATIH Benfica, Jorge Jesus (dua dari kiri) menjadi arkitek utama yang berperanan merencana strategi terbaik untuk pasukannya ketika mengendalikan latihan kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0515/Kosmo//su_07.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm Mancini akhirnya rebahhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm LONDON - Roberto Mancini akhirnya dipecat sebagai pengurus Manchester City kelmarin, genap setahun selepas beliau berjaya menghadiahkan kejuaraan pertama City dalam Liga Perdana England pada musim lalu.Pirelli cadang buat perubahanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm LONDON - Pirelli mengakui yang mereka gagal mengatasi masalah tayar pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Sepanyol minggu lepas, sekali gus mempertimbangkan untuk membuat perubahan drastik mengenainya.Laura kejutkan Venushttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_10.htm ROM - Pemain Britain, Laura Robson melepasi halangan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Rom apabila menewaskan pemain Amerika Syarikat, Venus Williams.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Imbangan hidup Victoria Beckham

Posted:

Imbangan hidup Victoria Beckham

Imbangan hidup Victoria Beckham

Susunan ALIF ABU BAKAR

SEKITAR 17 tahun dahulu, Victoria Caroline Adams bergandingan bersama empat wanita membentuk grup pop fenomena, Spice Girls. Menggunakan gelaran Posh Spice, wanita yang kini berusia 39 tahun itu menjadi inspirasi kepada jutaan gadis di serata dunia yang mahukan penampilan sepertinya.

Usai perpecahan Spice Girls pada penghujung 1990-an, Victoria membawa haluan sendiri dengan menjadi penyanyi solo. Kegagalan album keduanya kemudian memperlahankan kerjaya nyanyian Victoria dan menuntutnya mencari profesion lain.

Terdahulu, perkenalan Victoria bersama bintang bola sepak dunia, David Beckham pada tahun 1997 membawa hubungan itu ke gerbang perkahwinan. Pasangan tumpuan awam itu mengikat cinta mereka secara sah pada tahun 1999, empat bulan selepas Victoria melahirkan anak sulung mereka, Brooklyn Joseph.

Tiga tahun kemudian Victoria melahirkan pula Romeo James diikuti Cruz David pada tahun 2005. Bagi melengkapkan keluarga besar Beckham, Victoria mengurniakan anak perempuan, Harper Seven kepada David, 37, pada tahun 2011.

Meskipun beranak empat, susuk tubuh dan kejelitaan Victoria masih menawan. Sejak berkecimpung dalam dunia fesyen pada tahun 2004, stail peribadi Victoria kerap mencuri tumpuan ramai malah menjadi rujukan utama dalam kalangan pengkritik fesyen antarabangsa.

Baru-baru ini, Victoria sempat berkongsi tentang kariernya sebagai pereka fesyen bagi label Victoria Victoria Beckham dan Victoria Beckham yang mula diwujudkan pada tahun 2008.

Victoria yang bercakap pada Festival Vogue yang berlangsung di Dewan Festival Diraja London itu turut bercerita tentang susur hidupnya dalam menguruskan suami dan anak-anak serta kerjaya fesyen yang semakin memuncak.

"Anak-anak akan sentiasa menjadi keutamaan saya walaupun membesarkan mereka bukan tugas mudah. Saya menikmati tugas sebagai ibu dan saya sayangkan anak-anak saya lebih daripada segalanya.

"Mengimbangi dua kerja dalam satu masa memang menekan emosi dan fizikal. Ia membuatkan saya rasa bersalah kepada keluarga," ujar Victoria yang menyentuh hati pengunjung yang hadir pada festival tersebut.

USIA perkahwinan David dan Victoria telah mencecah 14 tahun dan masih utuh hingga ke hari ini.


Urus keluarga

Tambah Victoria: "Saya tidak tahu bagaimana saya melakukannya. Ia bukan kerja mudah dan saya juga melalui rutin yang sama seperti ibu lain untuk menjaga empat orang anak.

"Saya bangun awal pagi dan melakukan ujian ejaan dan Matematik dengan anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Tidur juga lewat kerana Harper masih kecil dan saya perlu melayan kerenah anak sulung yang enggan tidur awal."

Wanita yang berasal dari England itu memberitahu, dia menggalakkan pekerjanya membawa anak-anak mereka ke tempat kerja dan menyifatkan pejabatnya seperti pusat jagaan kanak-kanak.

Katanya: "Pejabat saya agak kecil dan Harper mempunyai buaian di situ. Dia akan bermain dan berbaring di atas longgokan fabrik serta berlari di dalam gantungan baju yang telah siap.

"Saya mempunyai pasukan handal yang menguruskan jadual harian saya. Sekiranya terdapat perjumpaan ibu bapa atau aktiviti setempat, saya akan merancang jadual dengan teliti agar saya dapat melibatkan diri sepenuhnya.

"Menguruskan anak-anak dan suami yang kerap ke luar negara seorang diri agak mustahil dan saya bernasib baik kerana mempunyai pengasuh.

"Saya rasa siapa yang menganggap tugas ibu bekerjaya adalah mudah ialah seorang pembohong."

Dunia fesyen

Pada awal penglibatan Victoria dalam bidang fesyen, dia bertindak sebagai pereka bersama bagi menghasilkan jean, skirt dan baju kait untuk jenama pakaian denim Amerika Syarikat (AS), Rock and Republic.

Menjelang tahun 2006, Victoria dengan yakin melancarkan koleksi jean sendiri di bawah Rock and Republic menggunakan nama DVB.

Victoria yang turut mengambil tawaran sebagai model pernah muncul sebagai wajah kempen pereka-pereka prolifik antarabangsa seperti Marc Jacobs dan Dolce and Gabbana.

Dia memperkenalkan koleksi dres Victoria Bekcham pada tahun 2008 dan diterima positif industri fesyen. Sejak itu, jenamanya menjadi antara label wajib untuk dipentaskan pada Minggu Fesyen New York.

"Dahulu terlalu ramai meragui kebolehan saya untuk membentuk label fesyen sendiri. Hari ini saya membuktikan mereka silap dan saya mampu pergi lebih jauh."

"Saya seorang yang mementingkan kesempurnaan dan mahu setiap perkara dilakukan dengan tepat. Sejujurnya bekerja dengan saya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kerana saya sangat cerewet" tambahnya.

Pakaian rekaan Victoria pernah disarungkan aktres, Gwyneth Paltrow, Anne Hathaway dan penyanyi, Beyonce Knowles. Tambahnya, dia mahu wanita tampak berkuasa dan yakin dalam setiap helaian pakaian rekaannya.

"Banyak benda bermain dalam fikiran setiap kali saya mereka sesuatu pakaian, tetapi ia mesti berdasarkan naluri wanita yang mahu kelihatan terbaik," ujarnya.

VICTORIA tetap menjalankan tugas sebagai seorang ibu dengan baik meskipun sibuk menguruskan karier fesyen.


Rejim harian

Pada kelewatan malam, Victoria mencuri sedikit masa bagi menguruskan perihal kecantikannya. Pada waktu itu, dia merapikan bulu kening dan memikirkan pakaian yang hendak dipakai pada keesokan harinya.

"Saya mempunyai empat anak dan saya tidak ada banyak masa pada waktu pagi memilih baju yang sesuai.

"Saya fikirkan hal ini di atas katil dan membayangkan gaya hari esok. Agak lucu kerana saya pernah memberitahu David tentang kebiasaan ini dan dia mengatakan bola sepak sering muncul dalam bayangannya sebelum tidur," kongsi Victoria.

Setiap tiga kali seminggu, Victoria bangun tidur lebih awal bagi melakukan senaman berdisiplin tinggi. Kelas guru kecergasan selebriti, Tracy Anderson yang melibatkan sedikit tarian di atas treadmill menjadi pilihannya.

Tambahnya: "Saya juga melakukan rock climbing dan berbasikal bersama anak-anak. Saya tidak memerlukan kasut tinggi untuk aktiviti ini."

Terdahulu, keluarga Beckham berpindah ke Los Angeles, AS pada tahun 2007 selepas David menyertai pasukan bola sepak LA Galaxy. Kini mereka sekeluarga kembali ke London selepas David menyertai pasukan Paris St-Germain.

Victoria mengatakan dia menikmati hidupnya di London walaupun suaminya bermain untuk pasukan yang berpangkalan di Perancis.

"Kembali ke London memang menggembirakan saya dan di kota inilah saya bercadang untuk membuka butik pertama saya," dedah Victoria tanpa memberikan penjelasan khusus tentang perancangan tersebut.

Ziana cerewet pilih produk

Posted:

Ziana cerewet pilih produk

Ziana cerewet pilih produk

Oleh ALIF ABU BAKAR

ZIANA ZAIN mula mengambil berat soal kecantikan sejak awal usia 20-an.


SEAWAL umur 20-an, penyanyi popular negara, Ziana Zain menjaga kecantikan menerusi penggunaan produk yang pelbagai. Krim dan toner menjadi dua barangan terpenting kepada Ziana dalam memastikan keremajaan kulit wajahnya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui, mencari produk kecantikan yang bertepatan dengan kulit memang memakan masa.

Sebagai individu yang amat teliti dalam membeli alat kosmetik, Ziana sering melakukan penyelidikan sendiri ke atas produk yang ada dalam pasaran dan membuat perbandingan bijak dengan mengambil kira kandungan, harga dan keberkesanan yang mampu diperolehnya sebagai pembeli.

"Membeli produk kecantikan bukan kerja mudah. Saya akan memastikan produk yang hendak saya beli serta pakai menepati jenis kulit saya dan berpatutan untuk dimiliki. Saya suka bereksperimen dengan produk dan memberikan tempoh setahun bagi menilai keberkesanan sesuatu produk.

"Sekiranya kesannya tidak seperti yang dijanjikan, saya tidak teragak-agak untuk bertukar kepada produk lain.

"Namun jika dalam jangka masa percubaan itu saya dapat lihat perbezaan ketara pada kulit wajah, saya akan terus menggunakan produk itu," kongsi Ziana ketika ditemui pada majlis perasmian rangkaian produk baharu Safi, Safi Rania Diamond yang turut menyaksikan Ziana sebagai duta.

Selain penggunaan produk kecantikan, Ziana turut menjadikan bapanya sebagai panduan. Tambah pelantun lagu Puncak Kasih itu, bapanya banyak memberikan tip serta galakan agar menjaga kecantikan wajah dan tubuh meskipun usia kian meningkat.

"Walaupun dia (bapa) sudah memasuki fasa 70-an, kulit wajahnya masih bersih dan dia memang menjaga rapi kesihatan kulitnya sejak muda. Kemudian dia terapkan amalan itu kepada anak-anaknya dan sering berpesan kepada kami adik-beradik supaya tidak menjadi tua sebelum usia," tutur Ziana.

Tolak suntikan

Melihat kepada kejelitaan wajah Ziana, sukar bagi kita untuk percaya dia sebenarnya sudah mencecah usia 45 tahun. Sebagai seorang figura terkenal, Ziana tidak terlepas daripada andaian yang mengatakan dia mengambil suntikan kecantikan seperti Vitamin C dan botoks.

Tanpa berselindung, Ziana mengakui pernah mengambil suntikan Vitamin C beberapa tahun dahulu. Selepas itu, dia bertanya kepada empat doktor berbeza tentang kesan negatif yang bakal diterima akibat prosedur kecantikan tersebut.

"Kesemua mereka mengatakan bahawa suntikan Vitamin C pada dasarnya untuk kanak-kanak dan orang tua

Nilai praktikal J Hijab

Posted:

Nilai praktikal J Hijab

Nilai praktikal J Hijab

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

KOLEKSI tudung J Hijab dihasilkan daripada material likra, satin dan sifon yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.


LAMBAKAN jenama dan rekaan tudung di pasaran membuatkan golongan Hawa yang berhijab di negara ini tidak kekeringan idea untuk bergaya. Pelbagai stail ditampilkan menerusi variasi tudung atau turban yang kini dicipta berpandukan peredaran fesyen semasa.

Namun, si pemakai perlu bijak memilih jenis dan warna tudung mengikut acara dan suasana. Sesetengah wanita lebih selesa memilih tudung rekaan ringkas dan dijual pada harga murah untuk dipakai ke pejabat, kuliah mahupun bersantai. Tudung dengan nilai eksklusif pula digayakan khusus ketika menghadiri acara rasmi seperti majlis perkahwinan atau majlis makan malam.

Pengenalan koleksi tudung J Hijab rekaan Jovian Mandagie secara tidak langsung membantu memenuhi keinginan wanita yang mencari hijab berfungsi praktikal. Menariknya, J Hijab yang hadir lebih 50 rekaan tudung dalam pelbagai warna menawan ideal digayakan dalam apa jua acara dan lokasi.

Tudung pelapik keras di bahagian hadapan (awning) dan selendang panjang potongan separuh bulan di bahagian belakang (half moon) menjadi pertaruhan J Hijab.

"Sakura merupakan koleksi utama dan pengenalan J Hijab. Ia direka secara half moon, menyelitkan elemen anggun (couture) dan dihasilkan dalam palet rona pastel. Signatur utamanya pula terletak pada perincian bunga sakura iaitu bunga berwarna merah jambu atau putih yang kembang pada awal musim panas di Jepun.

"Bagi menyesuaikan dengan iklim di Malaysia, material yang saya gunakan bagi koleksi J Hijab ini terdiri daripada likra, sifon dan satin," jelas Jovian yang turut memilih perincian manik kristal dan taburan bunga.

Tambah Jovian yang dilahirkan di Jakarta, Indonesia, setiap helaian tudung J Hijab dihasilkan dengan teliti dan kemas agar dapat menepati cita rasa wanita Muslimah hari ini.

"Koleksi tudung J Hijab dikeluarkan secara berperingkat dan bakal berada di pasaran pada pertengahan bulan Mei ini. Setiap rekaan terhad pada 20 hingga 50 helai sahaja," ujar Jovian pada majlis jualan koleksi pakaian tiga labelnya, J Luxe, Demi Couture dan J Hijab di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kad kredit premium untuk melancong

Posted:

Kad kredit premium untuk melancong

Kad kredit premium untuk melancong

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

SONIA (dua dari kanan) melancarkan kad WorldMiles Standard Chartered terbaharu yang membolehkan pelanggannya menebus mata ganjaran dengan tiket penerbangan atau diskaun eksklusif.


PENGALAMAN melancong pasti tambah menyeronokkan apabila setiap ringgit yang dibelanja boleh ditebus semula kepada nilai yang lebih menguntungkan.

Direka khas bagi memenuhi kehendak pelanggan setia, bank Standard Chartered Malaysia Berhad (SCMB) tampil memperkenalkan kad kredit premium terbaharu, WorldMiles MasterCard World (WorldMiles) yang menawarkan bonus mata ganjaran.

Mata ganjaran tersebut boleh ditebus bagi mendapatkan perkhidmatan penerbangan yang lebih pantas dan menguntungkan.

Bagi setiap RM3 dibelanjakan dalam negara menggunakan kad tersebut, pelanggan layak mendapat satu mata WorldMiles.

Tebus mata ganjaran

Setiap mata yang terkumpul membolehkan mereka menebus satu mata ganjaran daripada tiga rakan kongsi penerbangan terpilih antaranya Malaysia Airlines (MAS) dan Singapore Airlines (SIA).

Mata ganjaran WorldMiles boleh ditebus ke atas mata ganjaran Enrich Mile daripada MAS dan KrisFlyer daripada SIA.

Bagi setiap RM2 yang dibelanjakan di luar negara menggunakan kad berkenaan pula membolehkan pelanggan memperoleh sebanyak 50 peratus mata WorldMiles yang bersamaan dengan satu mata ganjaran.

Ketua Negara Bahagian Perbankan Pengguna SCMB, Sonia Wedrychowicz berkata, pelanggan baharu kad WorldMiles akan menerima 40,000 mata bagi syarikat penerbangan terpilih sempena dengan pelancaran kad tersebut.

"Mata sebanyak itu membolehkan pelanggan menebus perjalanan pergi-balik ke beberapa destinasi pilihan seperti Hong Kong, Phuket, Bangkok dan Bali.

"Selain itu, pelanggan boleh memanfaatkannya untuk diskaun eksklusif ke atas kos penginapan hotel, sewa kereta dan pakej percutian," ujarnya pada majlis pelancaran kad berkenaan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelancaran kad WorldMiles dianggap tepat pada masanya kerana trend mengembara dan melancong menggunakan pengangkutan udara semakin menjadi pilihan penduduk Malaysia. Ini kerana kos penerbangan menjadi lebih berpatutan dan mudah.

Justeru, SCMB menyasarkan lebih ramai individu yang mengembara atas urusan perniagaan atau percutian akan memilih kad WorldMiles memandangkan berlaku pertumbuhan sebanyak 36 peratus bagi perjalanan menggunakan udara dalam masa 10 tahun ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kimma Johor bantah Perhimpunan 505

Posted:

Kimma Johor bantah Perhimpunan 505

Kimma Johor bantah Perhimpunan 505

14/05/2013 10:04pm

JOHOR BAHRU - Ahli Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) negeri ini membantah sekeras-kerasnya Perhimpunan Black 505 yang dijadual diadakan di dua lokasi berasingan di bandar raya ini pada malam esok.

Sehubungan dengan itu, Presiden Kimma Pasir Gudang, Basir Beran yang mewakili 20,000 ahli persatuan itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam agar tindakan susulan dapat diambil kepada penganjur dan orang ramai yang mengambil bahagian.

"Kimma Johor berpendapat perhimpunan seumpama ini seolah menghasut rakyat bertindak ganas, memburukkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan memburukkan imej negara di mata dunia," katanya di sini hari ini.

Selepas perhimpunan pertama yang dianjurkan oleh pihak pembangkang diadakan di Kelana Jaya, Pulau Pinang dan Medan Istana, Ipoh, siri perhimpunan yang membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) itu seterusnya akan diadakan di Johor.

Polis Johor hari ini mengesahkan mendapat maklumat bahawa Perhimpunan Black 505 itu bakal diadakan di Dataran Johor Bahru dan di Sutera Mall namun ia tidak memenuhi kehendak Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mengulas lanjut, Basir berkata, jika pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13, bantahan seharusnya dilakukan mengikut saluran yang disediakan disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.

"Jangan gunakan rakyat dan kami amat berharap pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas untuk menghalang perhimpunan ini," katanya. - KOSMO!

PM Najib Tun Razak terima panggilan mengejut daripada Obama

Posted:

PM Najib Tun Razak terima panggilan mengejut daripada Obama

PM Najib Tun Razak terima panggilan mengejut daripada Obama

14/05/2013 8:27pm

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata dalam perbualan itu, Presiden AS tersebut juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Oktober.

"Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu. - Bernama

Jati mahu polis siasat laman web dan Facebook siar iklan gereja guna kalimah Allah

Posted:

Jati mahu polis siasat laman web dan Facebook siar iklan gereja guna kalimah Allah

Jati mahu polis siasat laman web dan Facebook siar iklan gereja guna kalimah Allah

14/05/2013 8:14pm

SHAH ALAM - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) petang tadi membuat satu laporan polis meminta pihak berkuasa itu menyiasat sebuah laman web dan laman sosial Facebook yang menyiarkan sekeping gambar iklan yang mempunyai mesej sebuah gereja menggunakan kalimah Allah.

Bendahari Jati, Noor Azizan Abdul Majid berkata, laman web yang mempunyai alamat www.necf.org.my yang dipercayai milik sebuah gereja National Envangelical Christian Fellowship (NECF) beralamat di No. 32, Jalan SS2/103, Taman Sea, Petaling Jaya dekat sini.

Menurut beliau, pada laman sosial Facebook milik Malaysia My Home pula didapati telah menyiarkan sekeping gambar iklan yang mempunyai mesej daripada penganut Kristian yang menggunakan perkataan dan kalimah Allah.

"Saya melihat laman web dan Facebook itu ketika berada di pejabat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pukul 9.45 pagi tadi.

"Saya lihat penggunaan kalimah Allah di dalam gambar tersebut adalah bertentangan dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam 1988) dan Perlembagaan Persekutuan Artikel 11," katanya pada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved