Rabu, 24 April 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rokok elektronik bukan penyelesaian ketagihan

Posted:

Rokok elektronik bukan penyelesaian ketagihan

Rokok elektronik bukan penyelesaian ketagihan

KEPEKATAN nikotin tanpa piawaian dalam rokok elektronik boleh menyempitkan saluran darah sehingga mengakibatkan strok.


SUDAH bertahun Khairul Hanafi Othman, 32, cuba mencari solusi untuk menghentikan ketagihan merokok yang dialaminya sejak 11 tahun lalu. Masalah ketagihan merokok berlarutan sehinggalah tahun lalu, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu mendapat perkhabaran mengenai kesihatan anak keduanya, Nur Salina yang berusia empat tahun menghidap penyakit lelah.

"Ketika menerima berita itu, saya merasa sangat bersalah kerana menjadi faktor utama kepada penyakit dialami Nur Salina," luah Khairul Hanafi yang bekerja dalam sektor awam ketika ditemui oleh Kosmo! baru-baru ini.

Masalah seperti anak Khairul Hanafi sering berlaku kepada kebanyakan perokok pasif. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perokok pasif tidak merokok, tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu.

Perokok pasif mempunyai risiko 30 peratus lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dan 25 peratus lebih tinggi mendapat penyakit jantung. Kanak-kanak adalah lebih mudah mendapat asma akibat asap rokok. Selain itu, pertumbuhan paru-paru mereka akan terganggu dan menyebabkan otak menjadi lembab.

Selepas berkahwin, Khairul Hanafi pernah berhenti terus daripada merokok, tetapi hanya bertahan selama tiga bulan. Dia tidak mampu menahan diri dengan bau asap rokok daripada orang sekelilingnya.

"Sejak akhir tahun lepas saya mencuba sekali lagi, namun kali ini tidak seperti dahulu iaitu berhenti serta-merta," ujarnya.

Sebagai langkah permulaan, dia menggunakan rokok elektronik yang dibelinya pada harga RM250 di sebuah pusat beli-belah sekitar ibu kota.

"Seorang rakan memperkenalkan rokok tersebut kepada saya dan mengatakan ia mampu membantu perokok tegar untuk berhenti secara berkala," tambah Khairul.

Alat rokok elektronik terdiri daripada tiga komponen iaitu alat pengewapan (atomizer) yang lazimnya diklasifikasikan sebagai alat elektronik, bateri dan katrij boleh ganti mengandungi cecair nikotin.

Walaupun mula menunjukkan perubahan positif dari segi pengambilan rokok tembakau, Khairul Hanafi dirundung dengan masalah baharu apabila anak penyakit lelah anaknya bertambah kronik.

"Selepas bertemu dengan doktor, barulah saya mengetahui bahawa rokok elektronik itu juga menjadi punca kepada masalah lelah Nur Salina," jelasnya.

PENJUALAN rokok elektronik semakin berleluasa di sekitar ibu kota apabila pembeli boleh mendapatkannya dengan mudah dan murah.


Sakit dada

Berada dalam yang hampir sama dengan Khairul Hanafi, Amir Hidayat Sulaiman, 38, berhenti menggunakan rokok elektronik sejak dua bulan lepas. Niat untuk berhenti merokok tidak kesampaian apabila masih merokok dalam kuantiti yang banyak.

Dia beralih menggunakan rokok elektronik selepas percubaan mengambil gula getah nikotin selama empat bulan menemui jalan buntu.

"Saya mengambil rokok elektronik kerana terikut-ikut dengan kawan sepejabat yang juga penjual rokok itu," ujar Amir Hidayat ketika diwawancara Kosmo! di sebuah restoran makanan segera di KL Sentral.

Eksekutif muda di syarikat hartanah itu berkata, tiada perbezaan dari sudut kesihatan jika dibandingkan dengan rokok tembakau. Amir Hidayat masih lagi mengalami sakit dada sama seperti ketika dia mengambil rokok tembakau.

Menurut Amir Hidayat, salah satu puncanya adalah pengambilan nikotin yang disedut daripada rokok elektronik.

Terdapat pelbagai jenis perisa dan aroma cecair nikotin untuk rokok elektronik yang dijual di pasaran. Pengguna rokok elektronik, terutamanya golongan muda, sering tertipu dengan cecair nikotin yang dibeli pada harga murah di pasar-pasar malam atau secara individu.

Dipasaran rokok elektronik biasanya dijual pada harga antara RM100 hingga RM500. Rokok elektronik yang murah biasanya dibawa dari China manakala rokok elektronik mahal dari Amerika Syarikat.

Harga untuk sebotol nikotin yang boleh bertahan antara seminggu hingga dua minggu pula sekitar RM10 hingga RM15.

Kepekatan nikotin

Pengarah Institut Perubatan Pernafasan Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Abdul Muttalif berkata, nikotin yang terdapat dalam rokok elektronik adalah sama dengan rokok tembakau.

"Namun begitu, kepekatan nikotin dalam cecair rokok elektronik tidak dapat ditentukan dengan pasti kerana kajian telah menunjukkan kepekatannya tidak mengikut seperti yang dilabelkan," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Andaian bahawa rokok elektronik dapat membantu mengurangkan ketagihan perokok adalah tersasar sama sekali. Tambah Abdul Razak, mereka sepatutnya berjumpa dengan doktor berkelayakan dan mempunyai semangat motivasi yang tinggi untuk berhenti merokok.

"Proses untuk berhenti merokok adalah sangat kompleks. Perokok tidak hanya diberikan ubat-ubatan kerana pada masa sama, mereka perlu melalui beberapa peringkat sebelum dapat berhenti dengan baik.


ASAP nikotin memberi kesan lebih kuat terhadap perokok pasif cilik sehingga menyebabkan mereka menghidap lelah.


"Antaranya mereka akan diberikan kaunseling, pengetahuan mengenai tabiat dan kandungan rokok selain membuat lawatan lanjut sepanjang proses itu," jelas Abdul Razak.

Mereka akan dibekalkan ubat-ubatan seperti varenicline yang membantu mengurangkan masalah ketagihan.

"Ubat-ubatan yang diberikan boleh membantu perokok antara 40 peratus hingga 50 peratus jika mengikut prosedur yang ditetapkan oleh doktor.

"Mereka mampu berhenti merokok dalam masa enam bulan atau lebih sekiranya bersungguh-sungguh. Malah, hampir 40 peratus pesakit telah berjaya berhenti secara tetap setakat ini," kata Abdul Razak.

Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya menawarkan Perkhidmatan Berhenti Merokok di semua hospital kerajaan dan klinik-klinik kesihatan bagi rawatan ketagihan nikotin.

Mengulas mengenai kaedah berhenti merokok, Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Chong Chee Kheong, berkata, perokok pada kebiasaannya akan diberi ubat-ubat Nicotine Replacement Theraphy (NRT) yang dapat membantu masalah ketagihan mereka.

"Ubat-ubat NRT bertindak dengan cara mengurangkan kesan sampingan yang dialami perokok akibat pemberhentian merokok.

"Pemberian ubat tersebut dilakukan secara berperingkat sehingga individu tersebut bebas daripada ketagihan nikotin," jelasnya.

Ubat-ubatan NRT yang sah terjual di Malaysia adalah selamat digunakan kerana ia menjalani ujian klinikal bagi mengenal pasti keselamatan dan keberkesanannya. Penggunaan ubat tersebut juga mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tukar sampah jadi tenaga elektrik

Posted:

Tukar sampah jadi tenaga elektrik

Tukar sampah jadi tenaga elektrik


SEORANG pekerja memeriksa telaga gas yang dibina di atas tapak pembuangan sampah.


TERESITA MABIGNAY, 50, sedang menyeterika baju menggunakan tenaga elektrik percuma yang terletak di kawasan pelupusan timbunan sampah.

Teresita tinggal berdekatan dengan pusat pelupusan sampah terbesar di Manila, Filipina yang menjadi pusat pelupusan pertama di negara itu yang berupaya menukarkan gas metana kepada sumber tenaga elektrik.

Para saintis mendakwa proses penguraian sampah untuk menghasilkan gas metana menjadi salah satu penyebab kesan rumah hijau yang mengakibatkan pemanasan global.

Namun, apabila gas metana tersebut diuraikan menggunakan teknologi moden, ia berubah menjadi tenaga elektrik sekali gus menghalang gasnya merebak di atmosfera.

Ini kerana, gas metana tersebut diperangkap menggunakan paip yang ditanam di bawah tapak pelupusan berkenaan, sama seperti terowong yang mengekstrak gas daripada tanah atau laut.

Gas metana itu kemudian disedut daripada punca tenaga yang terletak di bawah tapak pembuangan dan dipam ke dalam mesin janaan bagi menghasilkan tenaga elektrik.

Beberapa tahun lalu, Teresita dan masyarakat setinggan di kawasan pelupusan sampah Payatas diberi kebenaran masuk ke dewan bekalan tenaga yang dibina di kawasan berkenaan.

"Kemudahan ini mengurangkan perbelanjaan bayaran bil elektrik dan membolehkan kami menggunakan wang simpanan untuk membeli makanan," kata Teresita.

Suami Teresita turut mendapat pekerjaan sebagai pegawai keselamatan di tapak tersebut dengan gaji sebanyak 8,370 peso (RM618) sebulan.

Syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan iaitu Tenaga Hijau Pangea Filipina (Pangea) dianggap bermurah hati kerana membenarkan masyarakat memanfaatkan sumber tenaga tersebut yang nilainya boleh mencecah ribuan ringgit.

Memulihara alam sekitar

Presiden Pangea, Jennifer Ferman Campos berkata, pihaknya berasa gembira kerana berjaya memulihara alam sekitar melalui cara tersendiri yang mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Beribu-ribu projek tenaga yang boleh diperbaharui di negara membangun telah didaftarkan di bawah Mekanisme Pembangunan Bersih Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 2005, termasuk ladang angin, stesen solar dan empangan hidro.

Menurut laman web www.cdmpipeline.org, selepas projek menukarkan sisa buangan menjadi tenaga dijalankan oleh empat orang perintis Pangea di Filipina, semakin banyak projek seumpama itu dijalankan.

Bagaimanapun, harga pasaran bagi setiap tan gas rumah hijau mula jatuh mendadak pada tahun 2010 disebabkan krisis ekonomi di Eropah yang menjadi sumber terbesar pendapatan syarikat pengusaha.

Ekoran itu, kapasiti Pangea berkembang daripada 200 kilowatt (kW) kepada 1,000 kW sekali gus memaksa mereka mencari pasaran lain termasuk menjualnya kepada pihak pembekal tenaga elektrik di Manila.

Sebelum ini, elektrik yang dijana di Payatas hanya digunakan untuk operasi kuasa di tapak pelupusan dan bagi kegunaan komuniti setinggan berdekatan melalui projek seterika dan lampu jalan kejiranan.


JENTERA pemungut digunakan bagi mengumpul bahan kitar semula di tapak pelupusan sementara di Payatas.


Projek ditentang

Menurut Jennifer, jumlah gas rumah hijau yang berjaya 'diselamatkan' di Payatas kini bersamaan dengan gas yang dihasilkan oleh 18,000 kereta di jalan raya Manila.

Katanya, projek itu mempunyai pelbagai faedah alam sekitar yang lain termasuklah pengurangan pencemaran udara secara langsung terhadap penduduk sekitar.

Namun, Greenpeace dan beberapa kumpulan alam sekitar lain menentang projek penukaran sisa buangan kepada tenaga.

Mereka berpendapat, syarikat berkenaan yang menerima insentif kewangan daripada PBB telah menyumbang kepada peningkatan aktiviti pembuangan sampah.

"Satu-satunya cara untuk menangani isu penghasilan gas metana daripada sisa buangan adalah dengan menghentikan pembuangan sampah ke tapak pelupusan dahulu.

"Projek janaan tenaga melalui sisa buangan hanya akan menggalakkan aktiviti pembuangan sampah berbanding menghapuskannya kerana kamu terpaksa mencipta sisa bagi menggerakkan kemudahan tersebut," ujar pengurus program Greenpeace Filipina, Beau Baconguis.

Tambah Beau, kerajaan Filipina tidak berwawasan dalam mengurangkan sampah sarap dan pada masa sama seramai 12 juta penduduk Manila menghasilkan purata antara 6,000 hingga 8,000 tan sampah setiap hari.

Sementara itu, kerajaan tempatan di negara tersebut telah mula melaksanakan program kitar semula dan pengenalan pelbagai dasar baharu bagi mengurangkan pembuangan sampah sarap.

Ia dikatakan berjaya menurunkan jumlah pelupusan sampah daripada 1,800 tan metrik sehari kepada 1,200 tan metrik sehari. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Star Crusises tembusi pasaran halal

Posted:

Star Crusises tembusi pasaran halal

Star Crusises tembusi pasaran halal

Oleh RADZUAN HASSAN

SUPERSTAR Gemini menjadi satu lagi tarikan pelancong untuk industri pelancongan maritim.


KAPAL pertama yang dibina bagi tujuan persiaran di dunia ialah Prinzessin Victoria Luise, rekaan Pengurus Besar Hamburg-America Line, Albert Ballin pada tahun 1900. Kapal-kapal lain kemudiannya juga mengalami transformasi. Evolusinya bermula daripada kapal belayar untuk berperang atau berniaga kepada kapal yang mesra pelancong.

Proses yang sama juga melahirkan kapal persiaran terkenal, Titanic yang dianggap kebal tetapi akhirnya karam akibat terlanggar bongkah ais.

Hari ini, kapal persiaran saling tidak ubah seperti 'hotel terapung' dengan perkhidmatan hospitaliti yang lengkap. Malah, bukan sesuatu yang luar biasa bagi kapal-kapal persiaran terutamanya kapal mewah untuk mempunyai lebih ramai kru dan kakitangan berbanding penumpang.

Trend pelancongan itu juga tidak terkecuali di negara ini. Sebagai negara maritim, Malaysia menjadi tumpuan persinggahan kapal-kapal persiaran dari seluruh dunia.

Kapal persiaran terkenal di Malaysia kini dikendalikan oleh Star Cruises seperti Star Pisces, SuperStars Aquarius, SuperStar Libra, SuperStar Virgo dan terbaharu, SuperStar Gemini.

Gemini paling bongsu

SuperStar Gemini telah memulakan pelayaran sulungnya dari jeti kapal persiaran antarabangsa di Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang pada 6 Januari lalu ke Phuket dan Krabi di Thailand.

Kapal persiaran seberat 50,764 tan itu tiba di Pulau Mutiara dari Pusat Kapal Persiaran Mewah Singapura bagi menyambung pelayaran tahunannya mengelilingi Asia.

Naib Presiden Kanan Jualan Star Cruises, Michael Goh berkata, Pulau Pinang menjadi pelabuhan utama bagi SuperStar Gemini sepanjang Januari lalu sebelum kapal itu berlepas ke Sanya dan Shanghai, China sehingga Oktober tahun ini.

Menurut beliau, selepas dinaik taraf, kapal persiaran itu dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih seperti sistem pandu arah dan kawalan keselamatan.

"Kabin-kabin penginapan juga berwajah baharu, manakala sisi badan kapal pula dihiasi dengan corak hiasan gelombang berwarna-warni," katanya ketika ditemui di Pulau Pinang, baru-baru ini.


KOLAM mandi eksklusif yang disediakan kepada penumpang kapal.


Menurut Michael, SuperStar Gemini bukan sahaja menyajikan percutian hebat dalam suasana menyeronokkan kepada penumpang, tetapi juga menyajikan nilai-nilai kemewahan menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan.

Ia terbukti mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan apabila operasinya dikendalikan oleh syarikat pelancongan yang menjadi rakan perniagaan Star Cruises selama 20 tahun, Hwajing Travel and Tours (Hwajing).

"Tahun ini juga mencatat kejayaan tersendiri bagi Star Cruises yang bakal meraikan ulang tahun ke-20," katanya.

SuperStar Gemini yang melalui proses naik taraf melibatkan kos kira-kira AS$50 juta (RM151.5 juta) itu memiliki sebanyak 766 kabin penginapan mewah bagi menampung 1,532 penumpang dalam satu-satu pelayaran.

Bagi Pengarah Urusan Hwajing, Kenny Cheong, pelayaran sulung SuperStar Gemini menandakan permulaan baharu kepada Hwajing.

Selepas 20 tahun, kata Kenny, pihaknya terus kekal menyediakan pengalaman percutian pelayaran terbaik kepada pelanggan dengan kerjasama dengan Star Cruises.

Selain menaikkan reputasi Hwajing, Kenny berkata, ia secara tidak langsung menaikkan reputasi Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang dan Malaysia secara amnya sebagai pelabuhan singgah terbaik di rantau ini.


SALAH satu pemandangan indah di Phuket yang menjadi lokasi persinggahan kapal SuperStar Gemini.


Malah, ada pelancong Eropah dan Amerika Syarikat mula melihat Pulau Pinang sebagai tumpuan utama ke Asia melalui kapal pelayaran.

"Kami kini menuju era keemasan percutian pelayaran di Asia. Dengan peningkatan kuasa ekonomi Asia dan faktor penggalak lain seperti kemudahan pelabuhan premium, jumlah pelancong pelayaran Asia dijangka mencecah tujuh juta orang menjelang tahun 2015.

"Ia sekali gus menjadikan Asia sebagai lokasi paling digemari pelancong," katanya.

Kenny yang turut menyertai pelayaran sulung SuperStar Gemini itu memberitahu, kapal berkenaan memiliki ruang pasar raya seluas 557 meter persegi (6,000 kaki persegi) sekali gus menawarkan pengalaman membeli-belah barangan bebas cukai kepada penumpang.

Para penumpang, katanya, boleh mendapatkan jenama jam tangan mewah tanpa cukai, barangan kemas dan beg tangan sambil belayar selain kemudahan lain seperti gim, karaoke, kolam dan pelbagai pilihan jenis restoran.

Pelayaran halal

Apa pun, menurut Kenny, perkara paling menarik jika bercuti di atas kapal persiaran adalah melihat pemandangan matahari terbenam dan terbit setiap hari. Apatah lagi menghabiskan momen terindah itu bersama pasangan dan keluarga masing-masing.

Ditanya mengenai potensi pelancongan kapal persiaran, Kenny berkata, mulai tahun 2013, pihaknya akan membawa masuk lebih banyak restoran halal bagi meningkatkan jualan dalam kalangan pelancong Muslim terutamanya dari negara Asia Barat.

Setakat ini, menurutnya, kapal SuperStar Libra merupakan kapal persiaran pertama mempunyai restoran halal dan ia terbukti menjadi tarikan kepada pelancong Muslim mengikuti pelayaran.


SEORANG penyanyi menghiburkan tetamu kapal SuperStar Gemini pada majlis pelayaran sulungnya.


"Kami menyedari konsep halal ini menjadi penentu pasaran pada masa depan dan pada tahun 2013 kami akan menumpukan perkara itu. Mungkin kapal Star Virgo akan menjadi kapal persiaran kedua mempunyai restoran halal.

"Setakat ini, hanya 40 peratus pelanggan dari Malaysia menaiki kapal kami dan kami percaya sekiranya konsep halal berjaya diaplikasikan, ia akan menarik minat lebih 70 peratus pasaran tempatan," jelasnya.

Dalam pada itu, pihaknya juga memberi keutamaan kepada penumpang yang terdiri daripada kategori golongan kelainan upaya (OKU) atau orang tua.

Sekiranya ada pelanggan OKU, pihaknya akan menyediakan kakitangan khas untuk membantu mereka bergerak di sepanjang berada di dalam kapal.

"Jika ada penumpang OKU dan mereka memerlukan bantuan, mereka cuma perlu telefon kami dan ada kakitangan mengambil mereka di bilik," jelasnya.

Sejak 6 Januari hingga 24 Januari lalu, SuperStar Gemini meneruskan pelayaran ke Pelabuhan Phuket dan Krabi di Thailand sebelum menawarkan pakej pelayaran istimewa selama tujuh hari enam malam dari Singapura menuju ke Ho Chin Minh, Nha Trang dan Hong Kong antara 24 Januari hingga 1 Februari.

Ia melibatkan tiket berharga antara RM900 hingga RM2,500 berdasarkan bilik dan tingkat.

Bermula April hingga Oktober, kapal itu akan memulakan pelayaran ke lokasi lain di Asia. Maklumat lanjut mengenai SuperStar Gemini dan pakej pelayaran boleh didapati di www.hwajing.com.my atau menghubungi 03-9200 02929.

Menawan puncak Gunung Benum

Posted:

Menawan puncak Gunung Benum

Menawan puncak Gunung Benum


KEPUASAN jelas terpancar pada wajah para pendaki apabila berjaya menawan puncak Gunung Benum.


GUNUNG TAHAN yang terletak di Taman Negara Pahang mempunyai ketinggian 2,187 meter merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Bagi para pendaki, Gunung Tahan menawarkan 'aksi' hebat bukan sahaja memerlukan masa kira-kira 10 hari untuk sampai ke puncak, malah perlu merentas sungai dan trek mencabar.

Begitupun, bagi mereka yang ingin cabaran berbeza, Gunung Benum yang merupakan gunung kedua tertinggi di negeri tersebut boleh dijadikan pilihan.

Terdapat dua denai hutan yang boleh digunakan para pendaki untuk ke puncak Gunung Benum iaitu melalui denai dari Lata Berembun di Raub dikendalikan oleh pihak Jabatan Perhutanan Pahang.

Laluan kedua pula adalah dari Pos Perlok, Ulu Cheka, Jerantut yang diselenggara dan dikendalikan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pertengahan bulan Februari lepas, penulis bersama-sama 15 pendaki dari National Outdoor Adventure (NOA) telah menyertai ekspedisi mendaki Gunung Benum melalui denai Pos Perlok yang memakan masa lima hari empat malam.

Ekspedisi itu diketuai Siti Norhidayah Mohd. Azlan dan dibantu tiga jurupandu arah khas dari Perhilitan Ulu Cheka iaitu Saiful Alias, Azman Samah dan Ismail Johar.

Hari pertama

Kami memulakan perjalanan dari Pejabat Perhilitan di Pos Perlok menuju ke kawasan perkhemahan di Kem Jeneruh diketuai Saiful atau lebih mesra dipanggil Ali.

Dia memaklumkan kepada kami bahawa denai tersebut baru dibuka pada 16 Januari lalu setelah ditutup untuk kerja-kerja baik pulih.

Permulaan pendakian agak mudah, namun kami berdepan 'serangan' pacat yang menggigit pergelangan kaki. Serangan itu tidak mematahkan semangat kami, malah perjalanan diteruskan sehingga sampai ke Sungai Kepal.

Di seberang sungai itu, langkah kami terhenti seketika kerana mata terpesona melihat beberapa kuntum bunga terbesar di dunia iaitu rafflesia yang hendak mengembang. Terdapat juga beberapa bunga rafflesia yang mati di kawasan tersebut.

Kami meneruskan pendakian dan berhenti rehat untuk melepaskan penat di puncak bukit 800. Selepas itu, kami menuruni sebuah kawasan lembah menuju ke Kem Jeneruh untuk bermalam.


PENDAKI turut melalui kawasan sungai berarus deras.


Hari kedua

Selesai sarapan pagi, kami mengorak langkah ke Kem Batu Serondong yang merupakan lokasi untuk kami bermalam pada hari tersebut.

Kira-kira 30 minit perjalanan, kami berhenti seketika di sebuah kawasan dikenali sebagai Mata Air Bukit Damar. Mata air yang keluar dari celahan batu di situ merupakan sumber air terakhir dalam perjalanan yang masih berbaki dua hari.

Kami kemudiannya berhenti rehat, makan tengah hari dan solat di puncak Gunung Lilin.

Walaupun di kawasan tersebut tidak mempunyai sumber air, pihak Perhilitan telah mengambil inisiatif dengan mendirikan sebuah pondok kecil dan sebuah tangki air.

Kemudahan sama turut disediakan di kawasan perkhemahan Permatang Angin. Ia disediakan menggunakan bantuan helikopter bagi tujuan memudahkan para pendaki memasak dan berkhemah.

Dalam perjalanan menuju Kem Batu Serondong kami teruja kerana menemui periuk kera yang amat besar dan tidak pernah dilihat sebelum ini.

Kami tiba di Kem Batu Serondong pada lewat senja. Cuaca ketika itu sejuk dan berkabus. Kami segera mendirikan khemah dan menyediakan makan malam.

Hari ketiga

Sebelum itu, ke puncak Benum pendakian selama empat jam membawa kami ke tapak perkhemahan Permatang Angin.

Ia merupakan sebuah kawasan permatang yang lapang dan hanya ditumbuhi pokok pain. Pokok-pokok pain ini tumbuh di kiri dan kanan kawasan tersebut sekali gus memudahkan laluan angin.

Kami meletakkan barang-barang perkhemahan dan beg galas besar di kawasan tersebut. Perjalanan diteruskan hanya dengan membawa air minuman di dalam beg galas kecil.

Dalam perjalanan itu, kami menemui sebuah kawasan lapang bekas helikopter tentera mendarat berhampiran kemuncak Gunung Benum.

Menurut Ali, kawasan tersebut pernah menjadi kawasan persembunyian komunis selain pernah berlaku pertempuran.

Dua jam kemudian, kami akhirnya tiba di puncak Gunung Benum yang mempunyai ketinggian 2,107 meter dari aras laut. Terdapat penanda puncak yang diperbuat daripada besi dan zink di kawasan tersebut.

Pemandangan di belakang puncak Gunung Benum ketika itu diselubungi kabus tebal.

Setelah bergambar kenang-kenangan di puncak Gunung Benum, kami menuruni puncak dan menuju kembali ke kawasan perkhemahan Permatang Angin untuk bermalam.

PERIUK kera gergasi merupakan antara 'penghuni' hutan Gunung Benum.


Hari keempat

Kami meninggalkan Kem Permatang Angin dalam misi menuju Pos Perlok yang memakan masa selama dua hari.

Kami tiba di kawasan anak sungai dan berhenti rehat sambil menyegarkan tubuh seketika. Perjalanan diteruskan dengan mendaki sebuah tebing curam.

Di atas tebing curam itu, salah seorang jurupandu arah kami, Azman atau lebih mesra dengan panggilan Pak Andak menyuruh kami berhenti secara tiba-tiba.

Ini kerana dia telah menemui sesuatu yang unik iaitu seekor cacing besar dan panjang. Sebelum ini, penulis hanya mendengar cerita rakan-rakan tentang penemuan cacing gergasi di Banjaran Benum.

Setelah hampir lima jam menuruni beberapa laluan curam, akhirnya kami tiba di kawasan perkhemahan Kem Sungai Besar dan bermalam di situ.

Hari kelima

Hari terakhir ini, antara misi kami adalah menuju Kem Lata Bujang sebelum keluar ke Pos Perlok. Kami perlu meredah sungai berarus deras untuk sampai ke sana.

Kami tiba di persimpangan denai antara Pos Perlok ke Lata Bujang. Jarak persimpangan denai ke Lata Bujang hanya memakan masa 20 minit. Lata Bujang terkenal dengan air terjun empat tingkat yang cantik.

Terdapat sebuah kolam di tingkat pertama air terjun itu yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan terjun tiruk.

Setelah puas mandi-manda, kami meneruskan perjalanan ke Pos Perlok dan kemudian menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Pejabat Perhilitan Ulu Cheka.

Apabila tiba di pejabat tersebut, kepuasan jelas terpancar di wajah para pendaki kerana kejayaan mendaki Gunung Benum itu.

Jejak warisan bersama DBKL

Posted:

Jejak warisan bersama DBKL

Jejak warisan bersama DBKL

Oleh ROHANA NASRAH


KUALA LUMPUR memiliki banyak bangunan bersejarah dengan ciri seni bina kolonial seperti bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.


IBU negara Kuala Lumpur memang terkenal dengan kepelbagaian tarikan pelancongan. Justeru, bagi memberi lebih banyak pilihan kepada para pelancong, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan program Jejak Warisan Dataran Merdeka yang dilancarkan baru-baru ini.

Program lawatan selama sehari itu menawarkan beberapa produk percutian berkonsepkan warisan dan kebudayaan rakyat berbilang kaum di Malaysia serta keunikan makanan tradisional.

Orang ramai terutamanya ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai perbelanjaan yang perlu dikeluarkan kerana kebanyakan pakej ditawarkan secara percuma.

Melalui program tersebut orang ramai berpeluang mengetahui lebih dekat tentang bangunan bersejarah berdekatan Dataran Merdeka.

Antaranya, Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Mahkamah Tinggi Lama, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Panggung Bandaraya (bangunan lama DBKL).

Aktiviti menjelajah dengan berjalan kaki ditawarkan secara percuma yang diadakan pada setiap Isnin, Rabu dan Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 11.45 pagi.

Seorang pemandu pelancong akan mengiringi aktiviti tersebut. Ia pasti memberi satu pengalaman dan pengetahuan baharu kepada anak-anak tentang sejarah ibu negara.

Berbasikal

DBKL juga menyediakan aktiviti mesra alam seperti berbasikal menerokai persekitaran Kuala Lumpur bermula dari Dataran Merdeka sehingga ke Taman Warisan Tun Abdul Razak.

Di sepanjang laluan yang menghubungkan kedua-dua tempat menarik itu, pelancong berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Botani Perdana, Taman Burung, Memorial Tun Abdul Razak, Taman Orkid, Taman Rusa, Muzium Polis dan Masjid Negara.

Pakej sewaan basikal ialah pakej santai berharga RM30 selama empat jam dan pakej berkumpulan bersama pemandu pelancong sebanyak RM45 seorang.

"Dengan hanya RM1, pelancong dapat melawat Taman Warisan Tun Abdul Razak menaiki tram yang pastinya boleh memberi pengalaman lebih menakjubkan," kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Selain itu, pelancong boleh melawat Pasar Seni dari Bukit Bintang menggunakan kemudahan bas GO KL secara percuma atau menaiki KL Hop On Hop Off tanpa had berhenti.

Menurut Ahmad Phesal, Kuala Lumpur juga mempunyai banyak kemudahan awam seperti transit aliran ringan, monorel serta jejantas pejalan kaki termasuklah jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ke Bukit Bintang.

Kemudahan-kemudahan tersebut memudahkan orang ramai melihat keindahan Kuala Lumpur tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas jika menaiki kereta.


REPLIKA kapal terbang ini boleh dilihat di Muzium Polis Diraja Malaysia yang terletak di Tasik Perdana.


Makanan bajet

Selepas penat menjelajah tempat-tempat menarik, para pelancong boleh menikmati pelbagai makanan tempatan dengan harga bajet.

Terdapat banyak restoran dan gerai makanan di tempat tumpuan ramai seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India.

Para pelancong boleh menikmati makanan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan harga yang berpatutan seperti sarapan pagi pada kadar harga sekitar RM5, makan tengah hari RM7, manakala makan malam RM10.

Dengan wang sebanyak RM50 sebenarnya mencukupi untuk melawat setiap kawasan menarik di Kuala Lumpur. Kanak-kanak juga mampu menimba banyak pengalaman dan ilmu berguna sepanjang lawatan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.visitkl.gov.my untuk pakej dan aktiviti percutian menarik di Kuala Lumpur. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar hadiri ceramah kesihatan, pemulihan dadah

Posted:

Pelajar hadiri ceramah kesihatan, pemulihan dadah

Pelajar hadiri ceramah kesihatan, pemulihan dadah

HALIMAH (barisan belakang, tengah) bergambar bersama peserta Bual Bicara Kesihatan di Kota Tinggi baru-baru ini.


KESIHATAN. Seramai 80 orang termasuk 30 pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Tun Habab dan Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana menyertai Program Psikososial 'Bual Bicara Kesihatan' di Dewan Warisan Pejabat Pelajaran Daerah di Kota Tinggi baru-baru ini.

Program anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Kota Tinggi dan Persatuan Pengasih Kota Tinggi itu bertujuan memberi informasi dan galakan kepada orang ramai dalam menjaga kesihatan dan pemulihan berkaitan dadah.

Ceramah disampaikan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bandar Tenggara, Dr. Fadzilaton Rajulin dan penceramah bebas dari Singapura, Abd. Azil Hashim.

Ia dirasmikan oleh calon Barisan Nasional kawasan Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Halimah meminta masyarakat mengubah persepsi negatif terhadap bekas penagih bagi memastikan mereka tidak berasa tersisih.

Ujarnya, bekas penagih perlu diberi peluang untuk berubah serta memulakan kehidupan baharu.

SMK Gemilang juara Chef Remaja Maggi P. Pinang

Posted:

SMK Gemilang juara Chef Remaja Maggi P. Pinang

SMK Gemilang juara Chef Remaja Maggi P. Pinang


MOHD. HANIF (tengah) bergambar bersama para pemenang pertandingan Chef Remaja Pertandingan Memasak 2013 peringkat negeri Pulau Pinang di Butterworth baru-baru ini.


CHEF MUDA. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemilang, Teluk Air Tawar muncul juara Chef Remaja Pertandingan Memasak 2013 peringkat negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Pasukan SMK Gemilang yang dibarisi Nurul Liyana Sua'ad, 15, Putri Sorhana Muhammad Sayuti, 14, dan Khairunnisak Farhana Khairul Nizar, 14, mengetepikan 11 pasukan lain sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, pingat, sijil dan barangan sumbangan Maggi.

Menurut guru pembimbingnya, Zaharah Desa, tiga pelajarnya itu mengambil masa selama seminggu untuk berlatih dan mencari idea mencipta resipi baharu lauk-pauk yang boleh memberi saingan kepada peserta lain.

Hadir sama pada pertandingan itu ialah Pengurus Persampelan dan Acara Nestle Products Sdn. Bhd. Cawangan Utara, Mohd. Hanif Haron yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

MPP UniSZA lawat kediaman pelajar

Posted:

MPP UniSZA lawat kediaman pelajar

MPP UniSZA lawat kediaman pelajar


AHLI MPP dan kakitangan UnisZA yang melawat kediaman pelajar di Kuala Terengganu baru-baru ini.


PRIHATIN. Kira-kira 50 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pegawai dari Unit Perumahan dan Kebajikan Pelajar (UPKP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai program SRC UniSZA Home Attack: We Care Mission 2013 baru-baru ini.

Program yang diadakan buat julung-julung kali itu melibatkan 40 buah rumah sewa pelajar di sekitar Wakaf Tengah, Padang Nenas, Gong Pok Jin, Mengabang Telipot, Taman Alamanda dan Jalan Pusara, Kuala Terengganu, Terengganu.

Tiga kawasan di Kuala Nerus pula ialah Gong Badak, Tok Jembal dan Seberang Takir.

Presiden MPP 2012/2013, Muhammad Marzuqi Zainal Adlan berkata, program itu bertujuan memahami permasalahan yang dihadapi mahasiswa yang menetap di luar kampus sekali gus memastikan kebajikan mereka terjaga.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tiga beranak maut nahas ngeri

Posted:

Tiga beranak maut nahas ngeri

Tiga beranak maut nahas ngeri

Oleh FARIS HANAFIE
jenayah@kosmo.com.my

BEGINILAH keadaan kereta Proton Iswara Aeroback yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan tiga beranak maut di Mersing, Johor semalam.


MERSING - Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tunda dalam kemalangan ngeri di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi dekat sini semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan seorang guru, Abd. Razak Pid, 43, dan dua anaknya, Adibah Taqqiah, 14; dan A'fiqah Ihsanniah, 11, maut di tempat kejadian. Seorang lagi anak Abd. Razak, Alimulhilmi, 9, cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Mersing.

Difahamkan, sebelum kejadian empat beranak tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Sri Pantai di sini dari Johor Bahru selepas selesai berkursus. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 125 kilometer.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkiple Hashim berkata, sebelum kejadian, dia sedang mengawal lalu lintas tidak jauh dari tempat kejadian bagi menyambut kedatangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar ke sini.

Katanya, ketika bertugas dalam keadaan hujan lebat, dia terdengar bunyi dentuman kuat tidak jauh dari tempat dia berkawal sebelum bergegas ke situ.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penyamun parah dibelasah orang ramai

Posted:

Penyamun parah dibelasah orang ramai

Penyamun parah dibelasah orang ramai


SEORANG lelaki parah selepas dibelasah orang ramai di Seremban semalam.


SEREMBAN - Malang menimpa seorang lelaki apabila dia bukan sahaja gagal mendapatkan hasil samun malah, ditinggalkan rakan apabila melihat dirinya teruk dibelasah oleh orang awam dalam kejadian di Biz Avenue di Seremban 2 dekat sini semalam.

Kejadian pukul 3 petang itu berlaku apabila suspek bersama seorang lagi rakannya yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z cuba menyamun rantai leher seorang lelaki berusia 34 tahun.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang enggan menurut arahan cuba melawan menyebabkan suspek terus menetak kepala lelaki itu sebanyak dua kali sebelum cuba melarikan diri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kepala pelajar cedera ditusuk besi dart

Posted:

Kepala pelajar cedera ditusuk besi dart

Kepala pelajar cedera ditusuk besi dart

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

MOHAMAD NURFARID yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dirawat di Hospital Miri semalam.


LIMBANG - Seorang pelajar tingkatan tiga ditusuk dengan besi dart di kepalanya oleh tiga rakannya dalam pergaduhan di sebuah sekolah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.25 pagi itu, mangsa, Mohamad Nurfarid Jillah, 15, mengalami pendarahan teruk apabila batang besi dart tersebut tertanam sedalam beberapa sentimeter di tengah kepalanya.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd. Bukhori Saffai berkata, sebelum kejadian itu, salah seorang pelajar terbabit terlanggar bahu mangsa ketika mereka bertembung di kawasan asrama sekolah.

Ujarnya, mangsa yang berang kemudian menolak pelajar yang sebayanya itu menyebabkan berlaku pergelutan di belakang blok asrama sekolah berkenaan.

"Bagaimanapun, mangsa dibelasah oleh tiga rakannya itu dan ditikam bertubi-tubi dengan sebatang besi dart sepanjang 10 sentimeter sehingga menyebabkan alat logam itu tertusuk di kepalanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lelaki AS bunuh teman wanita, tiga yang lain

Posted:

Lelaki AS bunuh teman wanita, tiga yang lain

Lelaki AS bunuh teman wanita, tiga yang lain

TIGA anggota polis memeriksa penanda lokasi insiden tembakan di apartmen Pinewood Village di Federal Way, dekat Washington Amerika Syarikat.


FEDERAL WAY, Washington - Seorang lelaki menembak mati teman wanitanya di apartmen Pinewood Village di sini sebelum membunuh tiga yang lain, kata pihak berkuasa.

Suspek yang berusia 27 tahun kemudian ditembak mati beberapa anggota polis di tempat letak kereta apartmen berkenaan.

"Kami percaya kes pembunuhan ini berpunca daripada keganasan domestik," kata Ketua Polis Federal Way, Brian Wilson pada satu sidang akhbar.

Menurutnya, lelaki tersebut yang bersenjatakan senapang patah cuba membunuh beberapa saksi yang melihat dia menembak teman wanitanya.

Jelas Wilson, mangsa-mangsa itu terdiri daripada teman wanita suspek dan tiga lelaki lain termasuk seorang jirannya yang berusia 62 tahun.

Dua lagi lelaki yang terbunuh berumur 24 dan 46 tahun. Bandar ini terletak sekitar 32 kilometer ke selatan bandar raya Seattle. - AP

Guna pesawat ringan ke Kutub Utara

Posted:

Guna pesawat ringan ke Kutub Utara

Guna pesawat ringan ke Kutub Utara


JURUTERBANG Matevz Lenarcic bergambar di sisi pesawat ringannya di Lapangan Terbang Brnik, di Ljubljana, Slovenia kelmarin.


LJUBLJANA - Seorang pengembara Slovenia yang pakar dalam penerbangan ekstrem menuju ke Kutub Utara kelmarin menggunakan sebuah pesawat ultra ringan.

Penerbangan mencabar tersebut bertujuan untuk mengukur tahap pencemaran udara di beberapa lokasi panas pemanasan global.

Dinamakan Green Light World Flight - North Pole, misi tersebut percubaan pertama terbang ke Kutub Utara melalui Eropah dan Amerika Utara.

"Kawasan kutub mempunyai petunjuk penting perubahan cuaca dan adalah amat mustahak lokasi itu diselidiki," kata juruterbang tersebut, Matevz Lenarcic kepada agensi berita AFP.

Misi yang merangkumi kawasan seluas 15,600 kilometer itu dicetuskan pada tahun lalu selepas Lenarcic, 54, berjaya mengelilingi dunia menaiki pesawat satu kipas yang sama, Pipistrel Virus SW914.

Pesawat ringan itu cuma seberat 290 kilogram tanpa muatan. - AFP

Israel tuduh tentera Syria guna gas saraf

Posted:

Israel tuduh tentera Syria guna gas saraf

Israel tuduh tentera Syria guna gas saraf

BAITULMUQADDIS - Tentera Presiden Syria, Bashar Al-Assad menggunakan senjata kimia dipercayai gas saraf untuk menghapuskan pihak penentang di negara tersebut, kata penganalisis kanan tentera Israel semalam.

Brigedier Jeneral Itai Brun membuat dakwaan itu pada satu sidang keselamatan di Tel Aviv sehari selepas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel menyatakan, agensi perisikan AS masih menyiasat kebenaran laporan penggunaan senjata maut itu.

Terdahulu, Presiden Barack Obama memberi amaran bahawa AS akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pengunaan senjata kimia di Syria

"Berdasarkan pengetahuan kami, terdapat penggunaan senjata kimia di Syria. Senjata kimia yang mana? Kemungkinan besar gas sarin," kata Brun.

Menurutnya, dakwaan tersebut dibuat berdasarkan gambar-gambar mangsa dengan mulut berbuih dan anak mata tertutup yang menjadi tanda keracunan gas sarin.

Jelas Brun, tentera Bashar melancarkan beberapa serangan terhadap pihak penentang sejak beberapa bulan lalu termasuk serangan pada 19 Mac lalu yang mana pengunaan gas sarin telah dikesan.

Sebelum ini, tentera Bashar dan pihak penentang saling menuding jari berhubung penggunaan senjata kimia dalam serangan di pinggir bandar raya Aleppo, utara Syria pada bulan lalu. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tujuh maut, berpuluh-puluh cedera gempa bumi landa Afghanistan

Posted:

Tujuh maut, berpuluh-puluh cedera gempa bumi landa Afghanistan

Tujuh maut, berpuluh-puluh cedera gempa bumi landa Afghanistan

24/04/2013 10:13pm

JALALABAD - Tujuh orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera selain memusnahkan tempat tinggal penduduk setempat apabila gempa bumi menggegar timur Afghanistan semalam.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa sekuat 5.6 skala Richter itu telah menyebabkan orang ramai keluar dari tempat kediaman secara tergesa-gesa dan kawasan paling teruk terjejas ialah Kabul dan Islamabad yang berdekatan dengan Pakistan.

Gempa berlaku pada jam 9.25 pagi waktu tempatan dan gegaran dapat dirasakan dalam jarak 62 kilometer di bandar Jalalabad yang berhampiran dengan sempadan Pakistan.

Jurucakap bandar Jalalabad, Ahmad Zia Abdulzai berkata, seramai enam orang maut di wilayah Nangarhar dan antara 75 orang yang cedera, 35 masih dirawat di dalam hospital.

"Kami masih lagi dalam usaha mendapatkan maklumat mengenai kawasan yang terjejas. Terdapat juga kanak-kanak yang maut dalam kejadian ini," ujar Abdulzai.

Di wilayah Kunar pula, seorang mangsa terkorban dan banyak rumah yang mengalami kerosakan yang teruk, kata jurucakap wilayah itu, Wasefullah Wasef. - AFP

Medan Selera Jalan Semarak bakal berwajah baharu - Ahmad Fauzi

Posted:

Medan Selera Jalan Semarak bakal berwajah baharu - Ahmad Fauzi

Medan Selera Jalan Semarak bakal berwajah baharu - Ahmad Fauzi

24/04/2013 8:30pm

KUALA LUMPUR - Seramai 48 peniaga Medan Selera di Jalan Semarak di sini bakal menikmati beberapa pembaharuan selepas kunjungan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan beberapa pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ahmad Fauzi berkata, antara masalah yang disuarakan peniaga adalah peralatan seperti kipas dan lampu tidak berfungsi, keadaan tidak selesa kerana pengaliran udara tidak sempurna serta tandas sering rosak.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan pengusaha dan pengunjung di medan selera itu serta sempat menikmati makanan kegemarannya, iaitu nasi berlauk gulai ayam kampung.

"Saya tidaklah selalu ke sini, tetapi apabila saya rindukan masakan Melayu Pulau Pinang, saya akan ke sini kerana terdapat sebuah gerai yang menghidangkan masakan itu," katanya.

Kehadiran Ahmad Fauzi bersama pegawai DBKL menarik perhatian serta menceriakan peniaga dan pengunjung medan selera itu, yang rata-rata berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Unit Siasatan dan Penguatkuasaan (Penjaja), Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Saiful Mazli Ahmad berkata, pihaknya akan memulakan proses memperbaharui beberapa peralatan di medan selera itu mengikut keperluan secepat mungkin, tertakluk kepada peruntukan yang ada.

Beliau berkata pihak DBKL mempunyai hubungan baik dengan persatuan peniaga di situ, dan kali terakhir medan selera berkenaan diubah suai adalah pada Disember 2012.

"Kami melakukan kerja pembersihan longkang di sini setiap enam bulan, dan dalam masa itu, kami turut memperbaiki segala kerosakan yang telah dilaporkan seperti tandas, kipas dan lampu," katanya.

Presiden Persatuan Peniaga Medan Selera Semarak, Mohamad Isa Sulaiman, 58, pula berkata peniaga di situ tidak menghadapi masalah selain keperluan seperti kipas dan kipas ekzos untuk keselesaan peniaga dan pengunjung.

"Kemudahan yang telah disediakan ini amat berharga bagi kami, dan kami berharap pihak DBKL dapat membantu mempercepatkan permintaan kami," katanya.

Selain itu, beliau meminta medan selera berkenaan diceria dan dihias dengan pasu bunga untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Pengusaha gerai makan Ikhlas, Mariam Din, 67, berkata beliau berniaga di medan selera itu sejak ia dibuka pada 2002 dan sambutan pelanggan amat mengalakkan.

Bagaimanapun, beliau berkata peralatan asas seperti kipas, meja dan lampu perlu diperbaiki untuk keselesaan semua pihak.

Sementara itu, peniaga kedai runcit, Nasir Ahmad, 40, berharap pihak DBKL dapat menimbang permintaan untuk memperbesar ruang niaga di situ selain menambah kemudahan tempat letak kereta. - Bernama

Terengganu isytihar 5 Mei cuti umum

Posted:

Terengganu isytihar 5 Mei cuti umum

Terengganu isytihar 5 Mei cuti umum

24/04/2013 7:24pm

BESUT - Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan 5 Mei depan sebagai cuti umum sempena hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat khas baru-baru ini.

"Walaupun 5 Mei jatuh pada Ahad, namun ia merupakan hari bekerja di Terengganu, dan pemberian cuti itu bertujuan memudahkan penjawat awam di negeri ini menunaikan tanggungjawab untuk mengundi," katanya selepas merasmikan bilik Gerakan Jentera Barisan Nasional (BN) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di sini hari ini.

Turut hadir, calon Parlimen Setiu Mohd Zulkifli Jusoh, Calon DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan bekas penyandang DUN Jabi, Ramlan Ali. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kolaborasi bersama tiga penyanyi

Posted:

Kolaborasi bersama tiga penyanyi

Kolaborasi bersama tiga penyanyi

AIZAT AMDAN kini mahu muncul dengan penampilan yang lebih menarik, seiring dengan karya yang dipersembahkan.


JIKA dilihat kepada penampilan penyanyi Aizat sewaktu mula-mula berkecimpung dalam dunia nyanyian dengan sekarang, perbezaannya boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi.

Dahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu itu tampil dengan bentuk tubuh yang gempal, tetapi kini dia kelihatan lebih kurus, kemas serta nampak tampan berkumis nipis.

"Sebelum ini saya kurang ambil kisah tentang penampilan diri, kecuali berusaha untuk menguruskan badan. Kemudian, setelah difikirkan kembali barulah saya sedar bahawa penampilan itu memang sangat penting sebagai seorang penyanyi.

"Peminat sekarang bukan sekadar melihat kepada hasil karya seseorang pemuzik sahaja, sebaliknya, penampilan juga turut dinilai dan saya rasa lebih selesa dengan penampilan sekarang," ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran kerjasama antara syarikat telekomunikasi Digi dan Deezer baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut tentang perkembangan karier nyanyiannya, Aizat menyatakan dia sedang dalam proses untuk menghasilkan album baharu selepas terbit dengan dua buah album sebelum ini iaitu Percubaan Pertama (2008) dan Urusan Aizat Amdan (2010).

Ujar Aizat, sesuatu yang menarik tentang album baharu itu nanti ialah kolaborasi yang terjalin dengan tiga orang penyanyi hebat iaitu Yuna, Zee Avi dan Azlan & The Typewriter.

"Selepas membantu Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 27 pada Januari lalu sehingga bergelar juara, ramai yang bertanya tentang kolaborasi kami berdua.

"Sebenarnya, perancangan untuk kami menjalinkan kerjasama itu sudah bermula sejak tahun lepas, tetapi disebabkan kesibukan yang dilalui Yuna di luar negara menyebabkan perancangan tersebut sering tertangguh," jelasnya.

Menurut Aizat, memandangkan jarak antara mereka berdua yang berjauhan apabila Yuna sedang berada di Amerika Syarikat, proses rakaman lagu duet mereka berjudul Dwihati juga terpaksa dilakukan secara berasingan.

Ujarnya, terlebih dahulu dia akan menghasilkan susunan muzik dan lirik lagu tersebut bersama Noh Hujan. Selepas itu dia akan menghantar lagu itu kepada Yuna menggunakan e-mel dan penyanyi itu akan melakukan proses rakaman vokal di sana.

"Biarpun proses rakaman lagu Dwihati berdepan dengan situasi yang sukar, tetapi akhirnya ia telah berjaya dilakukan dua minggu lalu dan akan menjadi single pertama untuk album baharu saya nanti," ujarnya.

Berbeza dengan proses rakaman lagu duetnya bersama Yuna, penyanyi itu memberitahu dia tidak mengalami kesukaran untuk merakamkan lagu bersama Zee Avi menerusi lagu berjudul Will Be Happy.

Ujarnya, lagu duet bersama Zee Avi sudah siap dirakamkan sepenuhnya ketika Zee Avi pulang ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Ketika ini, dia sedang menantikan waktu yang sesuai untuk proses rakaman lagu berjudul Catwalk Ke Balai bersama Azlan.

"Bagi saya bukan mudah untuk menghasilkan projek kolaborasi ini kerana perlu mengikut kesesuaian jadual masing-masing. Jadi, proses untuk menghasilkan album ini mengambil masa yang agak lama.

"Namun begitu, saya berasa cukup puas kerana dapat berkolaborasi dengan ketiga-tiga penyanyi tersebut dan begitu menghormati mereka sebagai seorang anak seni yang jujur dalam menghasilkan karya," jelasnya tentang keistimewaan terhadap album baharunya itu.

Walaupun proses penerbitan albumnya itu memakan masa yang panjang, Aizat memberi jaminan bahawa ia akan dilancarkan sekurang-kurangnya pada bulan Jun ini.


AIZAT mahu memberi fokus terhadap bidang nyanyian, berbanding lakonan yang dianggap bukan selera utamanya.


Jadual padat

Memandangkan album baharunya itu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini, Aizat memberitahu jadual sekarang ini cukup padat dan dia banyak menghabiskan masa di studio rakaman miliknya yang terletak di Ampang, Selangor.

Ujarnya, sekarang ini dia masih lagi dalam proses untuk memilih lagu-lagu yang sesuai untuk dimuatkan dalam albumnya itu memandangkan baru dua lagu sahaja yang sempat dirakam daripada 10 buah lagu yang dimuatkan iaitu Dwihati dan Will Be Happy.

"Selain perlu memberi tumpuan kepada penerbitan album saya ini, ada beberapa projek lain yang perlu diberi tumpuan dan harus diselesaikan terutamanya membabitkan artis naungan saya iaitu Amir Jahari serta band Go Gerila.

"Berkenaan dengan penerbitan album sulung Amir Jahari, ia baru sahaja selesai dihasilkan dan akan dilancarkan pada bulan hadapan. Selain itu saya bakal menghasilkan sebuah album mini bersama Go Gerila pada akhir tahun ini," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada dia tidak kisah apabila album dia dan Amir akan dilancarkan dalam tempoh yang tidak jauh berbeza, Aizat menyatakan dia tidak risau kerana kedua-duanya tampil dengan konsep yang berbeza.

"Itu merupakan antara cabaran yang terpaksa dilalui supaya tidak ada persamaan antara kami berdua. Namun begitu, album kami ini akan dapat diterima ramai berdasarkan kelainan yang ditampilkan nanti," ujarnya.

Tidak minat

Pada tahun lalu, Aizat telah membuat kemunculan dalam filem berjudul Istanbul Aku Datang terbitan Grand Brilliance dan Red Films yang turut dilakonkan oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok.

Menurut Aizat, biarpun diberi peluang untuk muncul dalam filem yang mencatat kutipan pecah panggung itu, dia mengakui tidak begitu berminat untuk terus berlakon dan lebih gemar menumpukan kepada bidang nyanyian.

"Pembabitan saya dalam filem Istanbul Aku Datang sebenarnya berlaku secara kebetulan. Pada mulanya saya mendapat peluang untuk menghasilkan salah sebuah lagu tema untuk filem tersebut.

"Ketika perbincangan dilakukan pihak produksi memberitahu ada satu watak yang sesuai dan akhirnya saya ditawarkan. Tanpa berfikir panjang saya terus menerimanya kerana watak tersebut agak kecil dan saya berpeluang pergi ke negara Turki," ujarnya yang memegang watak Ijoi dalam filem tersebut.

Selepas berlakon dalam filem tersebut Aizat memberitahu ada beberapa tawaran berlakon yang diterimanya, tetapi terpaksa ditolak kerana merasakan bidang lakonan tidak sesuai dengan jiwanya.

"Saya merasakan biarlah peluang berlakon ini diberi kepada mereka yang memang menjiwai dunia lakonan. Jiwa saya pula lebih terarah kepada nyanyian dan lebih baik saya fokus kepada satu perkara sahaja," jelasnya.

Bagaimanapun, Aizat sedia mempertimbangkan tawaran lakonan sekiranya diberikan watak cameo atau sekadar kemunculan istimewa dalam mana-mana filem pada masa akan datang.

Afiq difitnah besar kepala

Posted:

Afiq difitnah besar kepala

Afiq difitnah besar kepala

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

AFIQ MUIZ mengaku dia selesa bergerak sendiri dan tidak suka ada pihak lain mencampuri urusan peribadinya.


SEBUAH akhbar mingguan tempatan Ahad lalu menyiarkan laporan mengenai sikap pelakon muda, Afiq Muiz yang didakwa semakin besar kepala dan sering membuat hal sejak akhir-akhir ini.

Afiq atau nama sebenar Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, katanya kini sudah tidak bernaung di bawah pengurusan yang memantau perjalanan kariernya sejak tiga bulan lalu dan atas alasan itu banyak cerita negatif mengenai pelakon drama Mimpi Cinderella itu timbul.

Tambah mengecewakan apabila Afiq khabarnya terlalu melebih-lebihkan kekasih hatinya, Eina Azman dalam pelbagai hal termasuk mengetepikan urusan kerja.

Sejauh manakah kebenaran tuduhan yang dilemparkan terhadap pelakon kelahiran Kelantan itu? Ikuti temu bual Kosmo! bersama Afiq Muiz menjawab spekulasi yang timbul.

KOSMO!: Benarkah dakwaan yang mengatakan Afiq kini bermusuhan dengan pihak pengurusan dan sudah semakin besar kepala?

AFIQ MUIZ: Tidak benar sama sekali dan saya tidak bergaduh dengan sesiapa! Itu semua fitnah! Benar, saya telah meninggalkan pihak pengurusan saya. Bagaimanapun, saya keluar daripada pihak pengurusan saya dengan cara yang betul tanpa ada berkasar atau meninggi suara. Saya rasa saya boleh menjaga diri sendiri dan mahu menguruskan kerjaya saya tanpa ada pihak lain. Saya kurang selesa apabila ada pihak yang memburuk-burukkan saya kepada orang lain, sedangkan perkara itu boleh diselesaikan dengan cara berhemah.

Anda menyatakan bahawa anda keluar daripada pengurusan secara baik, adakah sepanjang bernaung di bawah syarikat itu tiada langsung ikatan kontrak atau hitam putih perjanjian?

Tiada. Saya tidak menandatangani sebarang kontrak dengan syarikat tersebut dan saya sudah maklumkan awal-awal lagi bahawa saya akan tinggalkan syarikat itu andai saya tidak selesa. Setiap projek yang saya dapat, saya akan bahagikan kepada syarikat pengurusan saya sebanyak 20 peratus dan saya bersifat adil dengan mereka. Saya tidak mahu bergaduh, tapi mahukan penjelasan!

Sejak bilakah anda kembali bergerak sendiri dan kenapakah anda meninggalkan pengurusan?

Sejak awal bulan Mac lalu selepas dua bulan bernaung di bawah pengurusan tersebut. Saya tidak selesa dan rasa kaku, malah, saya tidak suka apabila pihak pengurusan masuk campur dalam urusan peribadi saya. Apabila saya dikatakan suka mengarah-arah dan lupa diri, saya rasa itu tidak adil kerana sudah menjadi tanggungjawab pengurusan untuk membantu saya apabila saya memerlukan pertolongan daripada mereka.

Timbul juga dakwaan anda besar kepala selepas semakin popular dan mendapat banyak tawaran berlakon. Komen?

Buat apa saya perlu besar kepala disebabkan kerja? Saya sudah dewasa dan boleh berfikir dengan matang, tidak perlu saya meninggi diri. Saya berharap dibukakan mata semua pihak supaya tidak melulu menuduh saya bukan-bukan. Saya tertekan dengan perkara sebegini.

HANYA KAWAN. Afiq menafikan dia mencintai Eina.


Susulan daripada pengunduran anda daripada pihak pengurusan tersebut, anda dikatakan terlalu mengikut telunjuk kekasih anda iaitu Eina Azman. Apa yang anda boleh katakan tentang tuduhan ini?

Saya tiada kekasih! Sejujurnya, saya tidak tahu kenapa saya digosipkan dengan Eina kerana kami cuma berkawan baik. Saya mengenalinya sudah tiga tahun dan saya tidak faham kenapa Eina sering dibabitkan apabila timbul masalah berkaitan saya. Dia tidak pernah masuk campur hal saya, begitu juga sebaliknya.

Sebenarnya, apakah bentuk hubungan anda dengan Eina?

Kami tidak pernah mengumumkan kami sedang bercinta dan tiada perancangan untuk meneruskan ke peringkat selanjutnya. Hubungan kami hanya sebagai kawan.

Anda turut terlibat dengan rancangan MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua, sudi kongsikan pengalaman menarik sepanjang membintangi program itu?

Mula-mula masuk MasterChef Selebriti saya tidak tahu memasak, tapi sekarang Alhamdulillah sekurang-kurangnya sudah tahu membezakan bawang besar dan bawang merah. Saya suka memasak makanan Melayu yang berasaskan buah-buahan contohnya pengat pisang dan bubur. Selain itu, saya kini terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Orang Gaji IQ bersama Anzalna dan Aida Khalida yang akan disiarkan di RTM tidak lama lagi.

Anugerah Blokbuster 2 di Johor Bahru

Posted:

Anugerah Blokbuster 2 di Johor Bahru

Anugerah Blokbuster 2 di Johor Bahru

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


ANTARA barisan karyawan yang hadir pada majlis sidang akhbar Anugerah Blokbuster 2 di Hotel Best Western Premier, Kuala Lumpur baru-baru ini.


ANUGERAH Blokbuster yang memasuki tahun kedua penganjurannya bakal berlangsung pada 15 Jun ini, pukul 9 malam. Kali ini, ia tidak diadakan di ibu kota, sebaliknya pihak penganjur memilih untuk mengadakannya di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor Bahru.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha Nalliah, Johor dipilih kerana ingin memberi peluang kepada penduduk di luar Lembah Klang untuk sama-sama menyemarakkan anugerah yang memartabatkan industri perfileman negara itu.

"Kami (PFM) dengan pihak Astro berbincang untuk mencari lokasi sesuai mengadakan Anugerah Blokbuster ini supaya penganjuran kali keduanya lebih cemerlang. Kami berasa Johor adalah lokasi yang paling sesuai,"jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar Anugerah Blokbuster di Hotel Best Western Premier, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Pansha memberitahu, anugerah yang diilhamkan oleh Norman Abdul Halim itu juga dibuat lebih awal iaitu pada bulan Jun berbanding sebelum ini dibuat pada bulan Oktober.

Tindakan itu (pemilihan bulan Jun) diambil kerana pihak PFM dan juga Astro mahu merakyatkan lagi filem tempatan.

"Kami bercadang mengadakan Anugerah Blokbuster ini pada bulan Jun kerana filem-filem luar kebanyakannya memasuki negara pada bulan Mei, Jun dan Julai. Jadi, kami tidak mahu dilupakan dan secara tidak langsung penonton akan menyokong filem yang dihasilkan oleh produksi tempatan," ujar Setiausaha Kehormat PFM, Norman pula.

Sementara itu, menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, sebagai penyiar rasmi Astro menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) akan memperhebatkan lagi promosi bagi menarik penonton menyokong anugerah ini.

"Tahun lalu kita menghadapi masalah kerana mempromosikan anugerah itu dalam masa yang singkat. Jadi, tahun ini promosi dapat disusun dengan lebih kemas kerana ia dimaklumkan berlangsung pada bulan Jun," ujarnya mengenai Anugerah Blokbuster yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro dan Radio Era.

Bakal mengangkat tema Hipster, begitupun, jelas Khairul, senarai pengacara, persembahan dan sebagainya akan diumumkan pada sidang akhbar yang seterusnya.

Mengulas lanjut, sememangnya senarai artis yang membuat persembahan dan juga pengacara untuk anugerah itu memainkan peranan yang besar untuk menjadikan sesebuah acara itu berjaya.

WAWA ZAINAL antara nama pelakon wanita yang tersenarai dalam senarai awal kategori Heroin Terhebat.


Terdapat 49 buah filem yang telah ditayangkan bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2012 memenuhi terma dan syarat untuk layak mengambil bahagian dalam Anugerah Blokbuster.

Sebanyak 15 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menerusi 100 peratus undian peminat.

Kategori tersebut merangkumi Anugerah Filem Terhebat, Anugerah Tuan Direktor Terhebat dan Anugerah Direktor Baru Terhebat.

Selain itu, terdapat juga Anugerah Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat, Filem Takut Terhebat, Drama Muzikal Terhebat dan Lagu Tema Terhebat.

Anugerah Blokbuster turut memiliki kategori Anugerah Hero Terhebat, Heroin Terhebat, Hero Baru Terhebat, Heroin Baru Terhebat dan Watak Penjahat Terhebat.

Menjadikan Anugerah Blokbuster itu lebih sempurna apabila ia turut mencalonkan kategori bagi Anugerah Istimewa Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan juga Anugerah Astro First Terhebat.

Bagi yang ingin mengundi, proses pengundian boleh dilakukan menerusi laman web www.anugerahblokbuster.com.my. Undian pusingan awal bermula pada 19 April sehingga 10 Mei ini.

Seramai 10 orang calon yang disenarai pendek oleh pihak penganjur akan bersaing untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved