Ahad, 21 April 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Buluh untuk kibar bendera

Posted:

Buluh untuk kibar bendera

Buluh untuk kibar bendera

SELEPAS pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penamaan calon oleh parti-parti politik Sabtu lalu, gendang perang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin kuat dipalu.

Ketika ini, setiap calon dan ahli parti masing-masing begitu sibuk berkempen untuk meraih undi. Ada yang turun padang berceramah, ada yang mengedarkan risalah, ada yang berkunjung ke rumah dan ada juga mempromosikan calon menerusi internet.

Namun, salah satu kempen konvensional yang masih dilihat begitu relevan pada hari ini adalah dengan menggunakan bendera atau sepanduk.

Lihat sahaja di mana-mana baik di tengah bandar, pekan, ceruk kampung dan desa, hampir di setiap pelosok tempat begitu meriah dengan kibaran bendera parti masing-masing.

Dalam keasyikan melihat pelbagai ragam perang bendera oleh parti-parti politik, mungkin ramai yang tertanya-tanya dari mana mereka memperoleh begitu banyak batang buluh. Hampir kebanyakan bendera yang dipasang baik di atas pokok, di tiang elektrik, jejantas jalan raya atau bangunan diikat pada batang buluh.

Hampir dua hari mencari jawapan, akhirnya minggu lalu penulis menemui jawapannya. Bagi bendera di sekitar Lembah Klang, kebanyakan buluh diperoleh daripada masyarakat Orang Asli berasal dari Hulu Langat dan Gombak.

Kandau Dan, 38, merupakan antara salah seorang Orang Asli yang boleh mengukir senyuman lebar ketika ini kerana dia dan rakan sekampungnya sudah menerima lebih 10,000 tempahan buluh sepanjang kempen PRU kali ini.

Menurut anak jati Kuala Pansoon, Hulu Langat itu, pekerjaan tersebut bukanlah satu tugas baharu memandangkan penduduk Orang Asli baik lelaki atau wanita melakukan pekerjaan tersebut sebagai pekerjaan harian. Dia sendiri sudah 18 tahun bekerja mencari buluh di hutan.

Kebanyakan penduduk Orang Asli sepertinya bergantung kepada hasil hutan seperti mencari buluh, pucuk paku, pisang, buluh, petai dan melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan.

Mengulas lanjut mengenai pekerjaan tersebut, bapa kepada sembilan orang anak itu memberitahu, pada kebiasaannya, dia akan masuk ke hutan bersama beberapa rakan sekampungnya.


PEMANDANGAN di sebatang jalan raya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan ratusan bendera parti politik menggunakan buluh.


Lazimnya, rutin itu dilakukan sekerap dua hingga tiga kali seminggu bergantung kepada permintaan.

"Jika, mereka membuat tempahan dalam 1,000 batang buluh, kami akan mendapatkan bekalan itu dalam tempoh tiga hari sahaja," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, mereka perlu membuat bayaran pendahuluan dan separuh daripada tempahan akan disalurkan terlebih dulu.

Ditanya mengenai harga, sebatang buluh dijual pada harga antara RM1 hingga RM2.

Kadar harga itu bergantung kepada ruasnya yang panjang. Misalnya, 8 kaki (2 meter) dijual pada harga RM1.50 manakala 12 kaki (3.6 meter) pula berharga RM2.

Begitupun, sifat buluh yang digunakan untuk pilihan raya seharusnya lurus dan tidak tebal. Ia bagi mengelakkan bendera yang diikat pada buluh menjadi kendur. Selain itu, bendera-bendera yang diikat pada buluh yang lurus tidak mudah jatuh walaupun ditiup angin kencang.

Namun lain pula bagi bendera gergasi yang memerlukan buluh yang lebih besar.

Cabaran

Menyentuh mengenai cabaran masuk ke hutan mencari buluh, Kandau mengakui, miang buluh adalah antara yang tidak dapat dielakkan.

"Kalau dari segi selok-belok dalam hutan memang kami tidak mempunyai masalah sebab kami membesar dalam hutan sejak kecil lagi.

"Namun, miang buluh memang susah nak elak sebab ia akan melekat juga pada tubuh biarpun saya mengenakan baju lengan panjang dan seluar panjang.

"Miang buluh akan menyebabkan saya gatal-gatal seluruh tubuh seharian," luahnya.

Kandau menambah, terdapat juga risiko-risiko lain seperti dahan reput serta terjumpa haiwan liar atau berbisa seperti babi hutan, lipan dan ular.

Kehadiran haiwan-haiwan itu membuatkan pencari buluh sentiasa berhati-hati.

"Apa yang penting, jika masuk ke dalam hutan, kami tidak boleh mengganggu haiwan itu kerana itu adalah habitat semula jadinya," kata Kandau sambil memberitahu belum ada sebarang kejadian yang tidak diingini menimpanya.

Permintaan luar biasa

Anak kedua daripada lima adik-beradik itu memberitahu, dia dan rakan-rakannya dapat meraih pendapatan agak lumayan ekoran permintaan tinggi buluh pada musim pilihan raya.

"Saya mula mendapat tempahan sejak sebulan lalu termasuk permintaan dari Kedah," tuturnya yang dapat meraih pendapatan lebih RM1,000 selepas dibahagikan bersama rakan-rakan.

Dalam pada itu, permintaan buluh melonjak kerana bekalan kayu tidak dapat menampung selain ia tidak menepati ciri untuk memasang bendera.

"Jika memasang bendera menggunakan kayu, ia tidak cukup tinggi berbanding buluh. Jadi, kini parti-parti yang bertanding menempah buluh.


SAMSURIE (kiri) membawa keluar batang-batang buluh yang telah ditebang di hutan Kuang bersama seorang rakan.


Bukan tugas mudah

Muhammad Samsurie Melan, 74, dari Kampung Kuang, Rawang, Selangor pula sudah hampir 10 tahun meraih rezeki melalui pekerjaan mencari batang buluh.

Dia mengakui tugas itu agak sukar kerana menuntut ketelitian, kesabaran dan kemahiran yang tinggi.

Selain kesukaran meredah hutan tebal di sekitar Kuang, kerja-kerja menebang pokok buluh juga bukan mudah memandangkan pokok buluh tumbuh terlalu rapat.

Sambil berjalan menyusuri hutan dengan berbekalkan sebilah parang, Samsurie menerangkan buluh jenis galah sesuai digunakan untuk menggantung bendera kerana ia lurus.

Ujarnya lagi, dari segi logistik dia yang biasanya melakukan tugas itu dengan seorang lagi rakan akan memotong dan mengumpulkan dulu buluh pada sebelah pagi, sebelum mengangkat buluh keluar dari hutan pada sebelah petang.

Biasanya mereka akan menggunakan kudrat tenaga sendiri untuk mengangkat keluar batang buluh itu.

"Kami angkat demi sedikit, biasanya 30 hingga 50 batang buluh kami pikul di atas bahu untuk dibawa keluar dari hutan," katanya sambil menyeka peluh yang bercucuran di mukanya.

Tempah 30,000 buluh

Sementara itu, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, Abdul Shukur Idrus, berkata, pihaknya mendapat bekalan buluh daripada masyarakat Orang Asli dan penduduk setempat di kawasan itu. Caj setiap buluh yang dikenakan antara RM1.50 sehingga RM2.

Menurut Abdul Shukur, ini pertama kali pihaknya menggunakan buluh untuk menggantung bendera parti.

Sebelum ini, pihaknya menggunakan batang penyapu kerana budaya buluh kurang popular berbanding di negeri-negeri utara.

Namun hari ini, kos sebatang kayu penyapu sahaja boleh mencecah RM5. Lagipun, sifat batang penyapu yang pendek tidak dapat menggantung bendera setinggi kayu buluh.

Ujar Abdul Shukur lagi, pada mulanya, jentera parti menempah 10,000 batang buluh, namun tidak mencukupi untuk kempen di Parlimen Selayang yang turut merangkumi DUN Kuang.

"Jadi, kami menambah lagi sebanyak 20,000 batang buluh kerana ia juga diberi kepada masyarakat setempat untuk memudahkan mereka mengikat bendera," katanya lagi.

Lagos dibanjiri jenama antarabangsa

Posted:

Lagos dibanjiri jenama antarabangsa

Lagos dibanjiri jenama antarabangsa


SEBUAH keluarga di Lagos menikmati piza Domino's, sebuah lagi rangkaian makanan segera dari AS.


SUASANA sebuah restoran makanan segera kelihatan begitu meriah dengan para pelayan mengalunkan lagu nyanyian Aretha Franklin beramai-ramai. Sambil menyanyi mereka turut membuat burger dan minuman susu kocak.

Lagu Ritchie Valens kemudian dimainkan menerusi kotak muzik yang terdapat di dalam restoran francais dari Amerika Syarikat (AS) itu.

Begitulah suasana restoran makanan segera, Jonny Rockets yang terletak di bandar Lagos, Nigeria. Jonny Rockets adalah antara beberapa buah restoran antarabangsa yang mula bertapak di negara Benua Afrika itu.

Sebelum ini syarikat asing masih teragak-agak untuk melabur disebabkan cabaran logistik, gangguan bekalan elektrik dan masalah rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.

Suka berbelanja

Namun hari ini, berlaku perubahan apabila bilangan golongan pertengahan di negara tersebut semakin meningkat. Keadaan itu telah menarik minat para pelabur asing untuk membuka restoran atau gedung pakaian.

Warga Nigeria yang mempunyai sikap suka berbelanja juga telah membantu perkembangan perniagaan dan ekonomi negara tersebut.

"Ia sangat mengujakan apabila restoran ini menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat. Walaupun, kebanyakan mereka dihimpit masalah kemiskinan, tetapi mereka tetap mengunjungi restoran itu bagi merasai sendiri pengalaman baharu tersebut," kata Christoper Nahman, Pengarah Urusan Johnny Rockets.

Menurut kajian yang dibuat oleh Biro Statistik Negara tersebut pada tahun 2012, daripada 160 juta penduduk Nigeria, lebih daripada 60 peratus cuma mempunyai pendapatan AS$1 (RM3.10) sehari.

Setelah beberapa dekad, hanya segelintir daripada rakyat negara itu terlibat dalam industri minyak dan kerajaan negara tersebut sering dikecam kerana amalan rasuah yang menyekat kepada kekayaan negara.

Pada penghujung era pemerintahan ketenteraan pada 1999, ekonomi Nigeria mula terbuka secara perlahan-lahan. Sehubungan itu, lebih banyak kerjaya profesional berkembang dalam bidang perbankan dan pasaran telefon bimbit turut meningkat.

Situasi itu telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi kelompok pertengahan di Nigeria. Menurut kajian yang dijalankan oleh firma guaman, Renaissance Capital pada bulan September 2011, terdapat suku daripada keseluruhan populasi negara itu memperoleh pendapatan kasar sekitar RM1,493 hingga RM2,000 sebulan.

Pembukaan pasar raya

Semakin lama semakin banyak perniagaan bertapak di Nigeria.

Banyak firma perniagaan dari Afrika Selatan cuba memasuki pasaran Nigeria untuk membuka kedai di pusat beli-belah baharu di bandar Lagos.

Gedung beli-belah Wallmart dari Bentonville, Arkansas yang dimiliki Massmart Holdings Ltd. turut bertapak di Nigeria.

Selain itu, rangkaian pasar raya bagi barangan runcit, Shoprite Holdings Ltd. turut membuka perniagaan di bandar tersebut. Sasarannya, bagi menarik lebih ramai warga Nigeria yang berpendapatan tinggi untuk berbelanja di pasar raya mereka.


MASIH dibelenggu kemiskinan, kebanyakan warga Nigeria hanya mengunjungi restoran antarabangsa untuk meraikan hari penting sahaja.


Menu selera tempatan

Selain itu, rangkaian restoran dari AS seperti Kentucky Fried Chicken turut berkembang pesat di Nigeria.

Baru-baru ini, jenama pizza dari Michigan, AS, Domino's Pizza Inc., membuka restoran francaisnya di dua lokasi berbeza di bandar Lagos.

Pada masa sama, pengusaha aiskrim daripada jenama Cold Stone Creamery dari Scottsdale, Arizona tidak ketinggalan menceburi pasaran negara beriklim panas itu.

Restoran Johnny Rockets pula terletak di hab perniagaan Pulau Victoria dan merentasi kawasan hotel tumpuan pelancong asing dan orang kenamaan. Kebanyakan pelanggan teruja menyaksikan pekerja menari lagu Hippy Hippy Shake dan pelbagai lagu klasik lain setiap jam.

Menu-menu di restoran itu seperti burger, kentang goreng dan gegelang bawang goreng diberikan sentuhan rasa tambahan iaitu dipadankan dengan nasi jollof Nigeria. Nasi yang rasanya pedas itu merupakan makanan ruji di negara berkenaan.

Namun, apa yang pasti makanan dari restoran rangkaian antarabangsa bukanlah murah.

Malah, sebiji burger boleh mencecah NGN3,500 (RM67) atau NGN1,800 (RM35) dari dapur restoran berkenaan.

"Sudah tentu berkunjung ke restoran makanan segera bukanlah rutin harian kami. Hanya sekali-sekala sahaja kami ke sana seperti untuk menyambut hari penting dalam hidup kami," kata Mimi Ade-Odiachi yang merupakan seorang pereka landskap taman. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


5 korban kemalangan awal pagi

Posted:

5 korban kemalangan awal pagi

5 korban kemalangan awal pagi

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

DUA daripada lima mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Lima lelaki terbunuh dengan dua daripada mereka putus kaki dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal dan dua buah kereta di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang berhampiran sebuah stesen Petronas selepas Plaza Tol Batu 3 di sini semalam.

Lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri pada pukul 3 pagi itu ialah Mohd. Faridzuan Mohd. Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21, M. Kalaychelven, 50, dan Wilson Lee, 22.

Turut putus kaki, Kalaychelven dan Amirul Faiq.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayop berkata, mengikut siasatan, sebelum kemalangan, pemandu kereta Honda City bernombor pendaftaran BHW 8678 dipandu Wilson Lee yang dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Klang hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian.

"Kereta Honda itu berpusing beberapa kali sebelum terbabas lalu melanggar tiga buah motosikal yang masing-masing bernombor pendaftaran AFB 5586, BKK 892 dan BJY 1340 yang berhenti di lorong kecemasan kerana salah sebuah motosikal itu dipercayai mengalami kerosakan," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga penjenayah gagal curi 44 ekor kambing

Posted:

Tiga penjenayah gagal curi 44 ekor kambing

Tiga penjenayah gagal curi 44 ekor kambing

HULU SELANGOR - Hasrat sekumpulan lelaki untuk melarikan 44 ekor kambing di sebuah bladang ternakan kambing dan lembu di Perindustrian Zurah, Rasa di sini semalam tidak kesampaian apabila lori membawa muatan ternakan curi itu diekori kereta peronda polis.

Satu sumber berkata, semasa kejadian pada pukul 3.50 pagi, tiga lelaki bersenjatakan parang telah menceroboh masuk ke rumah pekerja ladang yang didiami dua pekerja warga India.

"Tiga suspek kemudian memaksa salah seorang pekerja itu membuka pintu pagar ladang sebelum penjenayah itu mengheret kambing-kambing dianggar bernilai RM25,000 tersebut menaiki sebuah lori," kata sumber itu.

Jelas sumber itu, selepas kira-kira setengah jam berada di ladang tersebut, tiga penjenayah itu meninggalkan ladang tersebut.

Seorang pekerja ladang turut dibawa bersama dengan kambing yang dicuri. Tiga penjenayah itu turut menaiki kenderaan yang sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Khemah roboh dipukul ribut

Posted:

Khemah roboh dipukul ribut

Khemah roboh dipukul ribut


KEADAAN khemah di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang yang roboh akibat dipukul ribut semalam.


PASIR GUDANG - Petugas, tetamu utama dan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi nyaris cedera apabila khemah tempat mereka sedang menikmati jamuan, roboh dipukul ribut.

Kejadian berlaku selepas majlis perasmian Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 2013 di Dewan Serbaguna Taman Mawar dan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Semua tetamu dan peserta majlis itu sedang menikmati hidangan pencuci mulut, pengat pisang apabila berlaku hujan lebat disertai angin kencang pada pukul 12.10 tengah hari.

Khaled, yang juga calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Permas, meninggalkan majlis lima minit sebelum kejadian ribut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Alam dan wanita karya Sarbani

Posted:

Alam dan wanita karya Sarbani

Alam dan wanita karya Sarbani

Oleh ADLAN JAAFAR

SARBANI dengan tiga lukisannya yang bertemakan wanita dan alam semula jadi.


MEMANDANG tiga buah lukisan karya Sarbani Bhattacharya, 37, ia kelihatan seperti sangat kontemporari melalui garisan tubuh figura yang tidak realistik dan penggunaan warna yang terang.

Selain itu, gaya memberus Sarbani juga membentuk paten berkala seperti unsur-unsur semula jadi jika diteliti secara dekat dan terperinci.

Paling jelas, ketiga-tiga lukisannya mempunyai unsur-unsur alam semula jadi yang digabungkan bersama figura wanita yang mempunyai sifat keibuan.

Akui Sarbani, pada peringkat awal melukis, dia sukar mengintegrasi kedua-dua unsur terbabit. Selama ini, Sarbani akan melukis salah satu sahaja tanpa mencantumkannya.

Namun, ketika ditemui di Pameran Seni Flutters and Rhythms di Galeri Sutra, Kuala Lumpur, lancar dia menceritakan inspirasi karyanya iaitu alam semula jadi dan memupuk.

Pameran tersebut turut disertai empat pelukis dari Singapura iaitu P. Gnana, Kalidass J, Sangeeta Charan, Sagarika Sen dan Siva Perakas.

Motif bunga-bungaan

Tumbuh-tumbuhan bukan sahaja menguasai karya Sarbani malah melihat kain sari yang dipakainya, motif bunga-bungaan pelbagai warna kelihatan melatari kain putih itu.

Anggota badan wanita termasuk wajah menjadi subjek penting dalam setiap lukisannya, setiap satu lukisan cuba menyelongkar isi dan kualiti seorang wanita.

Cantik, penyayang, lemah lembut, ayu dan tenang cuba ditonjolkan untuk setiap lukisan dan pada masa yang sama disatukan dengan gaya alam seperti dedaun, sinaran cahaya dan bunga-bungaan.

Penggunaan warna yang terang seperti merah, biru, kuning dan jingga menjadikan sifat kewanitaan yang diketengahkan lebih menonjol.

"Saya sukakan alam semula jadi, saya bersuara untuknya," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Wanita berasal dari India itu kini menetap di Singapura.

Gaya lukisan dan inspirasi Sarbani bukan datang secara tiba-tiba, tetapi selepas melalui pelbagai pengalaman hidup dan perubahan fasa kehidupannya.

Dia mula dapat menggabungkan kedua-dua unsur tersebut selepas mendapat anak perempuan pada tahun 2004 apabila Sarbani mula merasai sendiri perasaan seorang ibu.

Tiga buah lukisannya yang menggunakan medium akrilik di atas kanvas ialah Lullaby, Submerged Elightenment-II dan Eternal Bliss.

Perkataan yang digunakan sebagai tajuk menggambarkan ketenangan dan kedamaian yang dikaitkan dengan alam semula jadi serta sifat wanita seperti dilukis.

"Melukis merupakan meditasi bagi diri saya," ungkapnya yang mula melukis sejak kanak-kanak dan mendapat pendidikan formal dalam bidang seni pada tahun 1995.

"Jiwa anda adalah sumber anda," katanya lagi yang menekankan supaya mempunyai hati yang jernih kerana setiap perlakuan dan tindak-tanduk berasaskan jiwa manusia.

Buku resipi pesakit dialisis

Posted:

Buku resipi pesakit dialisis

Buku resipi pesakit dialisis

BUKU Resipi Pesakit Dialisis 2013 dihasilkan HKL untuk panduan orang ramai.


"MAKAN kena pantang. Tak boleh makan nasi biasa, yang berkanji dan tinggi karbohidrat. Tak boleh juga ambil banyak makanan manis, tinggi kandungan protein dan garam. Jangan sampai terlebih ayam, ikan, daging, hati dan soya. Semuanya kena hati-hati kalau nak makan. Kalau dah semua tak boleh, habis saya nak makan apa?"

Demikian antara keluhan yang sering ditimbulkan oleh kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan dialisis kerana berdepan dengan masalah ginjal.

Malah, kebanyakan pesakit mengakui mereka lebih ditekankan mengenai apa yang tidak boleh dimakan berbanding apa yang boleh dimakan sehingga mendatangkan stres.

Seharusnya panduan pemakanan yang sihat boleh membawa keseronokan dalam kehidupan pesakit dialisis untuk diamalkan dalam pengurusan pemakanan dan diet mereka.

Atas keprihatinan itu, baru-baru ini Hospital Kuala Lumpur (HKL) melancarkan buku Resipi Pesakit Dialisis 2013 khusus untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis.

Ramai abai pengurusan makanan

"Isi kandungan buku ini menganjurkan cara pemakanan dan gaya hidup sihat. Diharapkan dengan pelancaran buku ini, ia dapat membantu meningkatkan pemahaman dan kepentingan pengurusan pemakanan kepada pesakit dialisis", kata Ketua Jabatan Nefrologi HKL dan Ketua Perkhidmatan Nefrologi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Ghazali Ahmad.

Di Malaysia, penyakit buah pinggang kronik adalah masalah kesihatan serius yang memerlukan rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang agar pesakit boleh meneruskan kehidupan.

Menurut statistik terbaharu HKL, negara mempunyai 25,688 pesakit dialisis dan 1,884 penerima buah pinggang berdaftar pada tahun 2011.

Kebanyakan orang menganggap hanya rawatan dialisis dan pemindahan buah pinggang adalah jalan terbaik bagi mengawal penyakit itu sehingga sanggup mengabaikan peranan penting pengurusan pemakanan.

PESAKIT buah pinggang perlu menjalani rawatan dialisis untuk membersihkan darah. - Gambar hiasan


Pelbagai resipi

Menurut Pakar Pemakanan HKL, Datin Nor Sharita Mohd. Saad, buku resipi itu bukan sahaja memaparkan pelbagai jenis hidangan yang boleh dicuba oleh pesakit, malah turut menyatakan jumlah dan sukatan yang bersesuaian untuk satu hidangan empat orang.

Turut disediakan adalah panduan sukatan yang betul mengikut sukatan peralatan yang sedia ada di dapur biasa.

Jika panduan itu diikuti dengan betul, pesakit dialisis akan dapat menikmati masakan seperti asam pedas, daging masak halia, ayam goreng berempah, nasi goreng Cina, asam laksa, cendol, samosa dan karipap.

"Resipi yang tersedia dalam buku ini adalah hasil yang diubah suai berdasarkan komen pesakit dan pegawai perubatan setelah sesi uji rasa dijalankan," jelas Nor Sharita.

Resipi yang dimuatkan mematuhi jumlah garam (sodium) yang dibenarkan. Selain turut mengandungi analisis makanan yang menunjukkan jumlah sebenar kandungan kalori, protein, potasium dan fostat dalam makanan itu.

Malah, cara penyediaannya mudah dan boleh dimasak sama ada oleh pesakit atau pun penjaga.

Buku resipi dialisis berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh Jabatan Nefrologi dan Jabatan Dietetik dan Sajian HKL dengan usahasama AbbVie Sdn. Bhd. itu juga bakal diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin. Ia juga boleh dimuat turun di www.hkl.gov.my - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Jangan cepat menghukumhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm PEJAM celik, sudah lebih sebulan skuad bola sepak Harimau Muda berkelana menimba ilmu di bumi Eropah selepas meninggalkan tanah air pada pertengahan Mac lalu.Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE<br>hidayat.azmie@kosmo.com.mySKUAD Harimau Muda harus mempergunakan sepenuhnya peluang menimba ilmu di bumi Eropah dalam misi mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0422/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Wan Zack, Nazirul Naim timba ilmu di Jepunhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm "BETAPA berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI<br>fazli.yadi@kosmo.com.my WAN ZACK (depan, kanan) dan Nazirul (belakang) gigih menjalani latihan bersama FC Ryukyu sebaik tiba di Okinawa, Jepun bulan lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0422/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Barca perhebat program bola sepak di Malaysiahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm TAWARAN menarik untuk peminat kelab gergasi Sepanyol, Barcelona apabila model sekolah skuad tersebut, FCB Escola akan menganjurkan kem latihan di Sekolah Antarabangsa Garden, Mont Kiara pada 4 hingga 8 Jun depan.Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI<br>ikhsan.azmi@kosmo.com.myIMBAS... Antara peserta yang menyertai program sama yang dianjurkan FCB Escola di Kuala Lumpur tahun lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0422/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm KLHC juara TNBMHL 2013http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm KELAB Hoki Kuala Lumpur (KLHC) berjaya menjuarai Liga Hoki Malaysia Tenaga Nasional berhad (TNBMHL) 2013, sekali gus merangkul kejuaraan kelima berturut-turut meskipun masih ada baki dua perlawanan lagi untuk diharungi musim ini.Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH<br>shahril.abdullah@kosmo.com.myPEMAIN KLHC (jersi merah) mengesahkan gelaran juara lebih awal selepas kemenangan bergaya 4-2 ke atas Maybank semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0422/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Arsenal masih belum selamathttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm LONDON - Arsene Wenger menyelar tindakan Steve Sidwell yang melakukan terjahan keras sehingga dilayangkan kad merah dalam kejayaan 1-0 Arsenal ke atas Fulham kelmarin.QPR turun pangkat, Cesar naik pangkathttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm LONDON - Hajat Julio Cesar untuk terus kekal di London mungkin tercapai apabila Arsenal dilaporkan berminat dengan penjaga gol Brazil itu.REDKNAPP (kanan) bersama barisan pegawai dan pemain simpanan kelihatan kecewa ketika QPR ketinggalan kepada Stoke kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0422/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm Bayern beri amaranhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm BERLIN - Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer menjelaskan, kejayaan Bayern Munich membelasah Hanover 6-1 dalam saingan Liga Jerman awal pagi semalam, merupakan bukti mereka sudah bersedia bertemu Barcelona dalam aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini.PEMAIN-PEMAIN Bayern meraikan kejayaan ketika berpesta gol menewaskan Hanover 6-1 semalam. Mereka akan berdepan Barcelona untuk aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, Rabu ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0422/Kosmo//su_07.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm Vettel mudah takluk GP Bahrainhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm MANAMA - Juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini selepas menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain semalam.Piala AFC: Chrappan kekal bersama Selangorhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm TONGGAK pertahanan import dari Slovakia, Peter Chrappan akan kekal bersama Selangor bagi mengharungi baki saingan Piala AFC musim ini.Real tunjuk belang sebelum ke Dortmundhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_10.htm MADRID - Real Madrid turun dalam perlawanan pemanas badan mereka sebelum aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund awal pagi Khamis ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Real Betis dalam saingan Liga Sepanyol di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.RONALDO (tengah) tidak menyumbang gol semalam tetapi sentiasa menjadi 'duri dalam daging' buat pertahanan Real Betis. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0422/Kosmo//su_10.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_10.htm
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Vettel juarai GP Bahrain buat kali kedua berturut-turut

Posted:

Vettel juarai GP Bahrain buat kali kedua berturut-turut

Vettel juarai GP Bahrain buat kali kedua berturut-turut

21/04/2013 11:06pm

MANAMA - Juara Formula One Dunia, Sebastian Vettel hari ini sekali lagi berjaya menawan Litar Lumba Antarabangsa Bahrain bagi memberikan pasukan Red Bull buat tahun kedua berturut-turut.

Kejayaan pelumba dari Jerman yang berusia 25 tahun itu berada 9.1 saat di hadapan pemandu pasukan Lotus, Kimi Raikkonen untuk memberikan beliau kemenangan kedua musim ini.

Sepuluh mata yang diperoleh daripada kejayaan itu turut membolehkan juara dunia tiga kali itu mempertahankan kedudukannya sebagai pendahulu pendahulu keseluruhan setakat ini. - Reuters

Manchester City tersungkur di White Hart Lane

Posted:

Manchester City tersungkur di White Hart Lane

Manchester City tersungkur di White Hart Lane

21/04/2013 10:47pm

LONDON - Misi Manchester City untuk mempertahankan trofi Liga Perdana England semakin mustahil apabila ditewaskan Tottenham Hotspur (Spurs) 1-3 di White Hart Lane malam tadi.

Meskipun terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan Samir Nasri seawal minit kelima, skuad kendalian Roberto Mancini gagal mengekang kebangkitan tuan rumah pada babak kedua.

Selepas melancarkan serangan bertali-arus, penyerang Spurs, Clint Dempsey akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 sebelum Jermaine Defoe menjadikan kedudukan 2-1 empat minit kemudian.

Arkitek Spurs, Gareth Bale melengkapkan derita The Citizens apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-82.

Dengan keputusan itu, City yang mengutip 68 mata kini ketinggalan 13 mata di belakang seteru utama, Manchester United yang hanya akan melayan kunjungan Aston Villa di Old Trafford, awal pagi Selasa ini.

Kemenangan itu juga mencerahkan peluang Spurs memburu slot Liga Juara-Juara musim depan apabila mengutip 61 mata ketika saingan liga hanya berbaki lima perlawanan. - KOSMO!

Suspek pengebom Maraton Boston ditahan dan kini kritikal

Posted:

Suspek pengebom Maraton Boston ditahan dan kini kritikal

Suspek pengebom Maraton Boston ditahan dan kini kritikal

21/04/2013 10:41pm

BOSTON - Gabenor Massachusetts, Deval Patrick semalam mengumumkan, seorang lelaki yang disyaki pengebom Maraton Boston, Dzhokhar Tsarnaev, 19, telah berjaya ditahan.

Bagaimanapun, Tsarnaev kini sedang dalam keadaan kritikal di sebuah hospital dan tidak mungkin dapat berkomunikasi.

Suspek dirawat di Pusat Perubatan Beth Israel Deaconess, tempat yang sama di mana 11 orang mangsa pengeboman masih dirawat. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


157 maut gempa bumi di China

Posted:

157 maut gempa bumi di China

157 maut gempa bumi di China

BEBERAPA orang berehat di luar rumah yang hampir runtuh akibat gempa bumi kuat di Kampung Longmen, Sichuan, China semalam.


BEIJING - Gempa bumi kuat melanda wilayah Sichuan di barat laut China menyebabkan 157 orang mati dan lebih 5,00 lagi cedera semalam.

Pada 12 Mei 2008, gempa bumi kuat dengan skala 7.9 Richter melanda wilayah yang sama sehingga menyebabkan lebih 90,000 orang mati.

Menurut agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi terbaharu itu sekuat 6.6 pada skala Richter dengan kedalaman 12 kilometer dekat bandar Ya'an, daerah Lushan di wilayah Sichuan.

Gegaran gempa bumi itu dapat dirasai oleh penduduk di bandar Chengdu yang merupakan ibu negeri Sichuan menyebabkan orang ramai bergegas keluar dari beberapa buah bangunan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 6,000 askar dihantar ke kawasan yang dilanda bencana.

Kebanyakan kematian berlaku di daerah Lushan yang turut menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus akibat gempa bumi tersebut yang berlaku pada pukul 8.02 pagi waktu tempatan.

Ketika gempa bumi berlaku, kebanyakan penduduk masih berada di rumah, tidur dan bersarapan pagi.

Sebahagian penduduk berlari keluar dari rumah dengan hanya memakai seluar dalam dan selimut ketika berlari ke jalan raya.

Pihak berkuasa menyatakan, hampir keseluruhan bangunan di Kampung Longmen musnah akibat gempa bumi itu. - Agensi

Suspek kedua letupan bom Boston ditangkap

Posted:

Suspek kedua letupan bom Boston ditangkap

Suspek kedua letupan bom Boston ditangkap

WATERTOWN, Massachusetts - Polis Amerika Syarikat (AS) kelmarin menangkap suspek kedua dalam kejadian dua letupan bom buatan sendiri pada pertandingan Maraton Boston di Boston yang berlangsung pada Isnin lalu.

Suspek kedua yang ditangkap itu, Dzohkhar Tsarnaev yang berusia 19 tahun dan pelajar perubatan tahun kedua di sebuah universiti AS ditemui berlumuran darah akibat terkena tembakan oleh anggota-anggota polis di dalam sebuah bot di sini.

Dzohkhar diburu oleh anggota-anggota polis selepas abangnya, Tamerlan Tsarnaev, 26, mati dalam kejadian berbalas tembakan semasa mereka menaiki sebuah kereta.

Kedua-dua mereka dikenal pasti sebagai etnik Chechen dari selatan Rusia yang telah tinggal di AS selama sedekad.

Dzohkhar kini dirawat di sebuah hospital.

Kedua-dua mereka dipercayai tinggal di Cambridge, Massachusetts.

Pihak berkuasa masih belum mendedahkan motif mereka melakukan perbuatan itu kerana Dzohkhar masih dirawat.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu itu, seramai tiga orang terbunuh dan 180 lagi cedera selepas dua butir bom buatan sendiri meletup dekat garisan penamat pertandingan Maraton Boston.

- Agensi

Polis Singapura siasat beberapa ancaman bom

Posted:

Polis Singapura siasat beberapa ancaman bom

Polis Singapura siasat beberapa ancaman bom

SINGAPURA - Seorang lelaki berusia 34 tahun ditangkap di Singapura kelmarin kerana membuat ancaman bom di beberapa lokasi di negara ini, kata polis semalam.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identiti lelaki dan kewarganegaraan lelaki itu. Menurut polis dalam satu kenyataan, lelaki tersebut membuat ancaman itu di dalam ruangan komen satu artikel berita tentang letupan bom pada pertandingan Maraton Boston.

Dalam kejadian di Boston, Amerika Syarikat itu, dua letupan bom yang berlaku dekat garisan penamat telah menyebabkan tiga orang mati dan 180 lagi cedera pada Isnin lalu. Artikel berita itu disiarkan di laman Yahoo! Singapura.

Membuat ancaman bom di Singapura merupakan satu kesalahan yang boleh menyebabkan pesalah dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga AS$82,000 (RM248,951) atau kedua-duanya sekali.

Polis turut menyatakan, pihaknya sedang menyiasat satu ancaman bom pada pertandingan Maraton Singapura yang akan berlangsung pada Disember depan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Emma Maembong telan kontroversi

Posted:

Emma Maembong telan kontroversi

Emma Maembong telan kontroversi

EMMA MAEMBONG pernah menetapkan hidupnya untuk berkarya melalui lukisan gara-gara terpengaruh dengan kerjaya bapanya sebagai seorang pelukis. Namun arus yang ditongkah membawa gadis berumur 21 tahun itu keluar dari hanya berkarya atas kanvas, berus dan warna.

Kini dia bermain dengan warna kehidupan, melengkapkan kemahuan pengarah, menggalas watak dan menjadi individu lain dalam setiap karya yang disertai. Jauh di sudut hatinya, Emma masih seorang pelukis yang memberi warna atas kanvas seni.

"Semuanya juga bergantung kepada minat. Dahulu saya melukis bersama-sama bapa saya kerana minat tetapi kini mula dikenali sebagai pelakon juga kerana minat.

"Kalau diberi pilihan, saya pilih kedua-duanya. Jika tidak berlakon saya akan kembali kepada lukisan," katanya memulakan bicara pada pertemuan sulung bersama Sensasi Bintang baru-baru ini.

Nama Emma sebagai pelakon segera meraih publisiti di sebalik portfolio kariernya yang baru setahun jagung. Produknya cuma ada dua. Drama pertama ialah Kau Yang Terindah manakala Cinta Itu Milikku pula menjadi drama kedua iaitu menampilkan Emma sebagai Rania.

"Saya masih terlalu baharu. Belum sampai setahun pun saya berlakon. Bulan Mei nanti barulah genap setahun saya serius bergelar pelakon.

"Selama ini semua orang hanya kenal dan lihat saya menerusi dua drama sahaja. Asalnya saya sekadar mencuba dan sampai hari ini sebenarnya saya sendiri masih terkejut dengan perhatian yang diterima," tuturnya.

Di sebalik kilau glamor yang diraih, peluang yang datang hari ini masih sebuah mimpi buatnya.

"Sebenarnya saya masih terkejut kerana naik mendadak. Saya sangat bersyukur dan mulai sedar, tugas saya sekarang ialah meneruskan kepercayaan yang peroleh. Cuma yang tidak menariknya sebab naik kerana kontroversi dan macam-macam gosip.

"Semasa mula-mula dahulu, saya jenis yang suka nak betulkan keadaan tapi sekarang saya sudah boleh biarkan sahaja cerita-cerita itu berlalu. Selagi keluarga, saudara-mara dan orang-orang terdekat dengan saya tahu perkara sebenar, saya sudah rasa lega," luah wanita berdarah Melayu-Scotland itu tentang dunia baharu yang menjadi rutin hidupnya.

EMMA bakal muncul dengan dua buah drama bersiri, Tiga Nenek Tiga Dara dan Kampung Girl.


Kontroversi berantai

Puas menjawab isu disiplin, gambar panas bersama bekas teman lelaki, seksi serta dicap suka berparti, rantaian kontroversi bersilih-ganti itu menyimbahkan populariti yang bukan sedikit ke wajah mulusnya.

"Saya tak minta semua gosip dan sensasi. Buat salah sikit, ia datang. Itu pakej yang harus saya telan. Jadi saya harus belajar daripada kesilapan. Sekarang saya sudah mampu senyum dengan setiap cerita buruk tentang saya," katanya yang agak beremosi lewat status akademiknya pula yang menjadi bahan diperkatakan ramai.

Kisah Emma yang hanya bersekolah sampai tingkatan dua menjadi satu isu besar buat segelintir pihak. Dia tidak sempat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) apatah lagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Sejak dari dahulu lagi saya tidak pernah berahsia tentang tahap akademik saya. Cuma dahulu cerita itu tidak diperbesarkan sebab ada isu lain. Sekarang mungkin sudah tiada cerita lain, tak mengapalah.

"Bagi saya sendiri, saya tak malu walaupun tiada SPM. Orang yang tidak berada di tempat saya pasti tidak tahu situasi sebenar. Saya juga tak salahkan sesiapa dalam hal itu, bahkan saya minta maaf terhadap ayah saya kalau-kalau isu itu ada menyentuh perasaannya. Alhamdulillah ayah saya okey, bahkan dia selalu menyokong minat saya," ujar Emma yang tinggal bersama ayahnya selepas lelaki itu bercerai dengan ibunya ketika dia masih kecil.

Mungkin kedengaran pelik bagi sesetengah pihak, tetapi bagi Emma dan adik-beradik yang tinggal bersamanya, kehadiran guru ke rumah untuk mengajar subjek-subjek asas seperti apa yang dipelajari di bangku sekolah ialah perkara normal buat mereka.

Tutup kisah akademik yang tidak perlu lagi dipanjangkan, Emma atau Fatimah Rohani Ismail ini tetap berbesar hati. Walaupun tiada SPM, dia kini sedang beroleh tempat dalam hati peminat sebagai pelakon.

"Siapa yang tak mahu belajar tinggi-tinggi tapi tahap akademik tak menyebabkan saya rasa rendah diri untuk berdepan orang luar. Tiada SPM juga tidak bermakna saya tidak boleh berjaya tapi sudah tentu saya tak boleh minta kerja di jabatan kerajaan. Kekurangan itu mungkin satu pelengkap untuk saya," jelas Emma yang sedang dikaitkan pula dengan gosip baharu konon-kononnya sedang bercinta pula dengan pelakon popular, Johan As'aari

EMMA MAEMBONG menyerlah dari segi populariti namun kerja lakonannya masih banyak yang belum disaksikan umum.


Heroin filem

Baru selesai penggambaran untuk beberapa drama bersiri antaranya Tiga Nenek Tiga Dara untuk RTM, Kampung Girl (TV3), pelakon yang bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, Wire Fame Sdn. Bhd. itu dinasihatkan berehat seketika daripada drama televisyen.

Tujuannya untuk memberi laluan baharu kepada Emma yang kini disunting pula untuk bergelar heroin dalam filem terbaharu Mamat Khalid berjudul Werewolf Dari Bangladesh.

Emma akan melakonkan watak Cik Zainab Remunggay, seorang pengusaha warung makan yang juga adik kepada cik Tun Remunggay lakonan Rozita Che Wan. Oleh kerana kecantikan yang dimilikinya, Cik Zainab menjadi kegilaan tiga lelaki lakonan Usop Wilcha, Zizan Razak serta seorang warga Pakistan.

"Sebut sahaja filem Mamat Khalid orang akan buka mata, itu yang buat saya berdebar-debar. Berlakon pula dengan bos sendiri (Zizan). Saya rasa ini penghargaan buat saya sebab masuk sahaja ke filem pertama, saya muncul dalam filem Mamat.

"Saya tak berani nak janji apa-apa, yang saya tahu saya hanya mahu lakukan yang terbaik. Saya mahu jaga setiap kepercayaan dan sokongan yang telah saya perolehi selama ini. Kalau boleh saya mahu mengelak daripada terjebak dengan benda yang bukan-bukan," katanya terlibat dengan penggambaran filem arahan pengarah prolifik itu sehingga 9 Mei nanti.

Rahsia awet muda Ziana Zain

Posted:

Rahsia awet muda Ziana Zain

Rahsia awet muda Ziana Zain

IBU beranak empat ini beranggapan konsep memahami keperluan tubuh sendiri harus menjadi asas dan keutamaan sebelum mengambil sebarang produk kecantikan.


UMUR penyanyi bersuara lantang ini genap 44 tahun pada 2 Mei ini. Pun begitu, tidak banyak tanda-tanda Ziana Zain sudah dimamah usia. Kejelitaan itu turut membuatkan rezeki penyanyi lagu Puncak Kasih dan Anggapanmu itu semakin bertambah. Tidak hanya dalam dunia nyanyian sahaja, terkini Ziana terpilih menjadi duta sebuah produk kecantikan.

Isteri kepada Armin Zaharin Ahmad Zambri Armin dan ibu kepada empat orang cahaya mata itu berkongsi tip untuk kelihatan kekal kelihatan muda sepertinya.

"Pastinya usaha menjaga kesihatan dan kecantikan harus diberi perhatian. Saya sendiri seorang yang cerewet tentang penjagaan wajah dan tubuh. Jadi, perkara pertama adalah kita perlu faham tentang tubuh sendiri sebelum mengambil apa-apa produk.

"Saya banyak bereksperimen dengan diri sendiri untuk mencari produk terbaik. Banyak juga masa dihabiskan di farmasi semata-mata untuk mendapat maklumat tentang kandungan sesuatu produk.

"Selain mengambil kira soal jenis kulit wajah sendiri, faktor harga juga perlu diambil kira kerana tidak semestinya kosmetik yang mahal itu akan memberi kesan yang baik untuk kita," katanya ketika ditemui ketika pelancaran produk kecantikan berkenaan di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Gosip cinta bukan gimik pelaris

Posted:

Gosip cinta bukan gimik pelaris

Gosip cinta bukan gimik pelaris


HANS ISAAC dan Neelofa masing-masing sepakat untuk tidak terlalu terbuka bercakap mengenai status hubungan mereka, cukup umum tahu mereka memang sedang berkawan rapat.


WANITA demi wanita hadir dalam hidup Hans Issac. Terbaharu, lelaki berumur 42 tahun itu didakwa semakin intim dengan selebriti jelita, Neelofa.

Namun Hans enggan sensasi 'cinta lokasi' bersama heroinnya Neelofa menjadi fokus dalam strategi pemasaran filem terbaharunya Lemak Kampung Santan.

"Saya sedih jika kisah hubungan kami yang lebih-lebih diberi fokus. Tak guna saya buat filem ini dengan sungguh-sungguh jika orang hanya mahu ambil tahu pasal hubungan kami.

"Setakat ini hanya gambar-gambar kami dari lokasi penggambaran yang selalu digunakan oleh pihak media. Selama ini juga saya tolak semua permintaan media untuk menggandingkan kami dalam mana-mana sesi fotografi tapi apabila filem ini sudah sampai masanya untuk dipromosikan, saya tetap kena buat sesi fotografi.

"Macam apa yang kami lakukan hari ini (Isnin lalu). Saya buat pelancaran awal ini dengan harapan menjelang pratonton nanti, fokus dapat diberikan kepada filem, bukan hubungan kami," jelas Hans yang tahu bahawa ramai dalam kalangan media sedia maklum tentang status hubungannya bersama Neelofa.

Kata Hans, dia mahu bersikap tertutup kali ini kerana tidak mahu hanya diingati dengan kisah cinta jika tidak lagi berada di persada seni pada masa hadapan.

"Saya mahu dikenang berdasarkan kerja saya selama ini. Bagi saya yang penerbit menggunakan gosip cinta sebagai gimik untuk lariskan filem mereka ialah penerbit yang kurang berkeyakinan terhadap dengan filem sendiri. Zaman 1980-an memang ada banyak produksi filem menggunakan cara tersebut untuk melariskan filem. Di Hollywood juga tidak terkecuali.

"Tapi sekarang sudah tahun 2013, tidak mungkin saya akan menggunakan cara yang sama untuk pancing penonton ke pawagam," ujar Hans heboh dikatakan bercinta dengan Neelofa sejak pelakon serta pengacara itu terbabit dalam pembikinan filemnya tahun lalu.

Masih seperti Cuci yang meletakkan dirinya sebagai hero filem terbitan dan arahan sendiri, Hans juga berani menyifatkan tiada pelakon lelaki lain yang paling layak untuk watak Ridzuan, hero filem Lemak Kampung Santan itu melainkan dirinya sendiri.

"Saya seorang yang sangat selektif dengan kerja saya. Semasa proses penulisan skrip lagi saya sudah berbincang tentang watak. Setiap pelakon harus ada karakter Ridzuan dan rasanya watak itu kena dengan saya kerana saya sendiri mahu terlibat dalam filem itu. Saya tawarkan watak Ridzuan itu kepada saya, lagi pun ia boleh menjimatkan kos," jelasnya sambil diakhiri dengan nada berseloroh.

Bercakap mengenai pemilihan pelakon pula, Hans mengatakan, dia memilih pelakon yang bersesuai dengan watak, bukannya popular semata-mata.

"Paling penting juga adalah keselesaan untuk bekerjasama. Sebelum watak heroin ditawarkan kepada Neelofa kami sudah ada pelakon lain tapi selepas satu perbincangan bersama, saya tak rasa pelakon wanita itu sesuai. Jadi saya dicadangkan oleh Aziz M. Osman agar memanggil Neelofa untuk diuji bakat," cerita Hans mengenai keterlibatan Neelofa ke dalam produksi dan hidupnya itu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved