Sabtu, 13 April 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Resort latih individu berkuda

Posted:

Resort latih individu berkuda

Resort latih individu berkuda


TETAMU dapat bermesra dengan kuda di Teratak Nalys.


NAMANYA sudah cukup untuk menggambarkan betapa uniknya Batang Kali yang terletak di Selangor ini.

Ibarat pekan transit, ia menjadi alternatif pengguna jalan raya yang ingin ke pusat peranginan Genting Highlands.

Namun, tarikan utamanya kini ialah sebuah ladang sayur yang menghasilkan sehingga 50 tan metrik sayur-sayuran setiap hari.

Berdasarkan kajian Jabatan Pertanian Selangor, sawi ditanam di kawasan ini merupakan yang terbaik di negara ini berikutan kualiti tumbesarannya yang disokong tanah subur.

Sayur-sayuran seperti kangkung, timun, bayam dan kacang panjang pasti membuatkan pengguna berasa teruja untuk membelinya kerana saiz dan tahap kesegarannya.

Namun sayur bukanlah satu-satunya tarikan yang ditawarkan di Batang Kali.

Teratak Nalys Eco Resort & Equestrian yang terletak di Jalan Hulu Tamu, Kampung Orang Asli menjanjikan pengalaman yang berbeza.

Pengunjung bukan sahaja dapat bermesra dengan kuda yang jinak bahkan landskap alam semula jadi yang belum tersentuh oleh arus pembangunan.

Tetamu turut dapat mandi-manda di sungai, bermain-main dengan arnab yang comel, mengejar ayam kampung dan mendengar bunyi bising kambing tatkala hujan turun.


ITIK yang boleh dipilih sendiri menjadi menu makanan anda sepanjang menginap.


Kuda jinak

Minggu ini, kru Jurnal berkunjung ke Teratak Nalys. Kedatangan kami disambut mesra pemiliknya yang berasal dari Arau, Perlis, Datuk Shuhaini Shafie.

Selesa mengenakan baju-T berkolar dan seluar jean, lelaki ini membawa kami menjengah ladang kuda miliknya yang terletak di resort itu.

Terdapat 14 jenis kuda antaranya jenis Arab, Through Breed dan Warm Blood yang kebanyakannya diimport dari Poland.

Kata Shuhaini, pengunjung boleh menunggang kuda dengan kadar bayaran yang berpatutan malah berpeluang mengikuti kursus intensif berkaitan mamalia itu.

"Ramai yang menganggap kuda jinak dan mesra tetapi sebenarnya ia agresif. Ia kelihatan jinak kerana haiwan ini telah dilatih untuk tujuan rekreasi dan riadah.

"Haiwan ini lebih sesuai untuk tujuan perlumbaan dan jelajah hutan.

"Kami memperkenalkan kursus mengenai kuda bermula daripada penjagaannya, jenis ladang, rumput yang dimakan sehingga cara menunggang yang betul," cerita Shuhaini.

Tambahnya, ramai yang masih tidak mengetahui tabiat sebenar kuda. Haiwan ini dapat mengenali pemiliknya berdasarkan bau dan suara.

"Kuda mengenali penjaganya walaupun jarak antara kedua-duanya jauh. Tetapi, saya sendiri yang telah 10 tahun bergelumang dengan kuda masih terjatuh apabila menunggang kuda kerana sifatnya yang agresif.

"Cara menunggang kuda juga perlu dalam posisi yang betul selain mengikut pergerakan badannya.

"Ramai orang mengatakan mereka yang sering menunggang kuda sombong kerana posisi badannya menegak dan seakan-akan mendada tetapi itu sebenarnya kaedah menunggang yang betul," ujarnya.

Shuhaini juga menerangkan bahawa sukan berkuda bukan semata-mata untuk golongan kaya.

Jelasnya, itu hanya mitos tetapi mengakui kos penjagaan kuda termasuk makanan agak mahal.

Harga seekor kuda ialah antara RM4,000 hingga RM100,000.

Terangnya, walaupun kuda bersaiz besar tetapi amat sensitif dan mudah terkejut.

"Walaupun ayam terbang berhampiran sekali pun, kuda akan terkejut dan menyebabkan penunggangnya terjatuh," kata Shuhaini sambil tersenyum.

Kursus itu mengambil masa sehari dengan bayaran RM500.

Tarikan tersendiri pastinya kuda bernama Nalys yang baharu sahaja lahir pada 1 Mei tahun lepas.

Bagi seorang penjaga kuda, Nik Azlan Sulung yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan, dia telah bekerja selama lebih setahun di resort itu.

Nik Azlan bersyukur kerana pelbagai insentif disediakan majikan kepadanya termasuk kemudahan rumah dan makanan.

"Selain itu, saya dapat mempelajari ilmu tentang kuda," ujarnya.

Terdapat tiga buah ladang kuda bersaiz kecil, sederhana dan besar untuk kemudahan pelanggan.


ARNAB comel yang dibawa pulang pasti menggembirakan tetamu resort terutamanya kanak-kanak.


Ternakan

Bukan itu sahaja tarikan yang terdapat di Teratak Nalys. Konsep resort berdasarkan penternakan dan pertanian yang dipraktikkan membolehkan tetamu memilih sendiri haiwan sebagai menu makanan.

"Mereka boleh memilih haiwan ternakan seperti ayam kampung dan itik di ladang untuk dimasak oleh pihak kami.

"Kebiasaannya kambing akan dimasak barbeku, ayam atau itik pula dimasak rendang atau kari. Terpulanglah kepada cita rasa sendiri," terang Shuhaini.

Setiap haiwan akan disembelih oleh pekerja mengikut syarat-syarat sembelihan Islam.

Menurut seorang pekerja yang hanya ingin dikenali sebagai Salus, dia teruja melihat gelagat pengunjung terutamanya kanak-kanak yang datang melawat kandang haiwan tersebut.

"Kebanyakan pelanggan berasa pelik kerana mereka jarang menemui resort yang mempunyai ternakan sebegini.

"Pelanggan khususnya kanak-kanak dapat mengejar haiwan-haiwan ini sama seperti suasana di kampung," katanya.

Menurut Shuhaini, pengunjung juga boleh membawa pulang arnab secara percuma.

"Tetapi kambing tidak boleh diambil percuma kerana kosnya mahal," katanya.

Harga bagi seekor kambing yang siap dimasak sekitar RM800 manakala bagi ayam kampung seekor RM12 dan itik RM15 tidak termasuk kos masakan.

Telur asin juga diberikan secara percuma. Tambah Shuhaini, tetamu resort juga boleh memberikan makanan seperti kangkung kepada arnab.

"Pengunjung juga dapat mempelajari cara penyembelihan ayam, membuang bulunya dan memasak haiwan itu seperti di kampung," katanya.

Bukan itu sahaja, pengunjung dapat menggunakan semua tanaman yang ditanam untuk dimasak seperti kangkung, pucuk ubi kayu dan limau.

Paling mengujakan, petai, lengkuas dan jering yang ditanam sekitar resort sedia untuk dimakan.

"Terdapat kolam ikan yang mempunyai pelbagai ikan seperti patin, kerapu dan tilapia. Pelanggan hanya memancing ikan dan boleh dimasak mengikut selera masing-masing," jelas Shuhaini.

Resort ini menerima rombongan berskala besar dan harga termasuk penginapan bermula daripada RM50 hingga RM1,000 termasuk makanan.

Masjid lumpur Mali

Posted:

Masjid lumpur Mali

Masjid lumpur Mali

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


MASJID lama di Timbuktu, Mali dibina dengan lumpur.


IBNU BATUTAH sememangnya dikenali sebagai seorang pelayar dan pengembara yang hebat.

Pemilik nama Muhammad Abdullah Muhammad yang berasal dari Tangier, Maghribi pada 25 Februari 1304 ini sebenarnya lebih popular berbanding Marco Polo dan Christoper Columbus.

Tahap keilmuwannya bukan calang-calang kerana menguasai ilmu perbandingan agama, kesusasteraan dan geografi.

Kononnya, untuk menyembunyikan sejarah dan pencapaiannya yang 'luar biasa' segala artifak dan dokumen mengenainya disembunyikan Perancis semasa menjajah negara Benua Afrika ini.

"Kehebatan Ibnu Batutah hanya dapat disaingi Marco Polo (1254M - 1324M)," ujar seorang pakar sejarah, Brockelmann.

Ironi, Ibnu Batutah mula menjelajah seluruh dunia semasa berumur 21 tahun.

Dalam buku catatannya yang ringkas iaitu Rihlah, lelaki bersemangat waja ini memberitahu, tujuan utamanya mengembara hanya untuk menunaikan haji di Mekah selain menziarahi makam Rasulullah SAW di Madinah.

Tetapi selama hampir 30 tahun, pelbagai negara di benua Afrika, Eropah Selatan, Eropah Timur, Timur Tengah, India dan China berjaya dijejakinya.

Perjalanan sejauh 117,000 kilometer itu hanya mampu ditandingi pelayar lain seperti Christopher Columbus, Vasco de Gama, dan Ferdinand Magellan itupun selepas 125 tahun.

Salah satu lokasi tumpuannya ialah Mali. Beliau menyifatkan kota Timbuktu, Mali sebagai kota kaya terindah yang mampu menandingi Eropah semasa itu.


URANIUM sebagai bahan utama menjana tenaga nuklear.


Timbuktu

Sebelum ini, gambaran kekayaan kota Timbuktu menarik minat penjajah Eropah untuk menguasainya.

Malangnya, orang bukan Islam dilarang masuk ke kota ini. Persatuan Geografi Perancis menawarkan wang yang banyak kepada penjelajah Eropah yang berjaya masuk ke Timbuktu. Tawaran ini disahut Rene Caillie.

Dia menyamar sebagai orang Islam dan berjaya menjadi orang bukan Islam pertama dapat masuk ke Timbuktu.

Pada akhir abad ke-19, penjajah Perancis menguasai Mali sebelum mengisytiharkan penggabungannya dengan negara itu pada 1904.

Namun, negara ini akhirnya mendapat kemerdekaan 56 tahun kemudian.

Kini, Timbuktu hanya sebuah bandar kecil yang miskin namun masih menyimpan ribuan khazanah berharga selain keunikan masjid dan perpustakaan dibina dengan lumpur.

Timbuktu diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1988 kerana 'nilai' 70,000 manuskrip lama termasuk al-Quran purba.

Malah reka bentuk capal Rasulullah SAW yang kini terkenal di dunia Islam ditemui di Timbuktu melalui manuskrip lama yang dibongkar oleh pakar-pakar sejarah Islam.

Kegemilangan Mali sebagai pusat perkembangan ilmu Islam bermula pada kurun ke-13 hingga ke-17 semasa pemerintahan Askia Mohammad.

Empayar ini merupakan kerajaan terbesar, maju dan kaya kerana perdagangan tekstil, emas dan garam merentas Gurun Sahara pada kurun ke-14.

Uniknya, dalam urusan perniagaan mereka menggunakan emas dan perak sebagai mata wang dalam bentuk dinar dan dirham.

Penggunaan mata wang wajib kerana amalan riba dapat dihindari dan perniagaan yang jujur dapat diadaptasikan.


MALI sarat dengan manuskrip Islam lama yang bernilai tinggi.


Masjid lumpur

Timbuktu juga terkenal dengan Masjid Djinguereber yang dibina 100 peratus daripada lumpur.

Ia dibina oleh Sultan Kankan Moussa selepas kepulangannya pulang menunaikan haji pada 1325.

Sebagaimana Masjid Djinguereber, Masjid Sankore, Timbuktu, Mali dibina mengikut saiz Kaabah di Mekah.

Sementara itu, Masjid Sidi Yahia pula dibina sekitar tahun 1400 dan dipulihara oleh pemimpin Mali iaitu Al Aqib pada tahun 1577 hingga 1578. Ia menempatkan 16 tapak perkuburan dan makam.

Negara Benua Afrika ini kaya dengan sumber galian seperti emas, fosfat, kaolin, bauksit, besi dan uranium.

Bekas penjajah Perancis masih menguasai negara ini untuk bekalan uranium.

Dua pertiga bahan bakar Perancis berasal daripada sumber tenaga nuklear yang berperanan untuk menjana tenaga dan persenjataan bom nuklear.

Mali pengeluar ketiga terbesar emas di Afrika namun malangnya kini merupakan antara negara termiskin di Afrika.

Namun, bintang muziknya Salif Keita sedikit sebanyak mengurangkan suhu politik negara ini yang kerap berlakunya perang saudara yang mengorbankan banyak nyawa.

Bomoh pilihan raya

Posted:

Bomoh pilihan raya

Bomoh pilihan raya

Oleh AQMA MOHD. NOOR


MENGGUNAKAN khidmat bomoh untuk menang pilihan raya menjadi pilihan sesetengah ahli politik. - Gambar hiasan


MENGGUNAKAN khidmat bomoh untuk karier politik bukanlah satu cerita yang baharu. Malah dalam zaman serba teknologi ini, amalan tersebut masih diamalkan.

Di Indonesia, ahli-ahli politiknya, biarpun sudah berada di puncak mahupun calon datuk bandar pasti tidak terlepas menagih magis bomoh. Bekas Presiden Indonesia, Sukarno didakwa mempunyai berpuluh-puluh bomoh yang berkhidmat secara sepenuh masa.

Di Afrika, peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo.

Czar Nicholas dari Russia pula mempercayai Rasputin dalam pentadbirannya kerana beliau yakin bahawa bomoh yang berjanggut panjang itu mempunyai kuasa mistik yang boleh meramal masa depan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah secara terbuka menegur ahli-ahli politik dalam blog rasminya agar tidak mencari bomoh untuk menang dalam pilihan raya kerana bukan bomoh yang boleh memberi kemenangan. Kata Dr. Mahathir, budi baik, tingkah sopan dan keprihatinan terhadap masalah rakyat ialah resipi kejayaan.

Sebuah akhbar sebelum ini turut mendedahkan bahawa ada ahli politik yang ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas. Mereka sanggup menggadai akidah dengan melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.

Kepercayaan karut

Amalan khurafat ini turut diakui oleh Exco Gabungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Sharhan Shafie yang memberitahu, beberapa orang ahli politik ada berjumpa dengannya untuk mendapatkan tangkal dan azimat yang bertujuan mendapatkan pengaruh politik.

"Perkara ini ada berlaku di dalam bidang politik terutamanya pada musim pilihan raya dan saya pernah didatangi beberapa orang ahli politik. Bagaimanapun saya menasihati mereka supaya jangan dekati unsur-unsur khurafat.

"Rakyat kini boleh menilai melalui jasa yang dibuat dan ilmu yang ada pada seseorang ahli politik itu dan unsur-unsur khurafat ini tidak perlulah dijadikan landasan hanya untuk mencapai tujuan tertentu.

"Antara azimat yang kononnya dapat membantu melariskan diri mereka ialah kelambu Kaabah dan bulu burung cenderawasih selain besi kuning yang kononnya membolehkan si pemakai menjadi kebal," ujarnya sambil memberitahu, kebanyakan azimat diperoleh dari negara Thailand, Indonesia dan Filipina.

Tambahnya, semakin mahal azimat yang diperoleh, semakin kuat jin yang menjaganya. Dalam nada separa menyindir, Sharhan berkata, azimat paling penting yang harus dipegang oleh ahli politik adalah dengan menjadikan rakyat sebagai orang yang paling dekat dengan mereka.

"Perbuatan seperti ini hanya mengundang kepada perbuatan syirik sahaja selain mengundang kemurkaan Allah," beritahu beliau.

Bagi Yang Dipertua Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin politik yang masih percaya kemenangan dalam pilihan raya bergantung kepada bomoh adalah tidak relevan.

"Jika mahu memenangi hati rakyat bukan disebabkan bomoh tetapi berdasarkan kepada khidmat yang diberikan dan tidak perlu menggunakan perkara lain yang tidak relevan serta karut," katanya.

Menurutnya, faktor kemenangan juga bergantung kepada rekod khidmat yang menepati segala janji kepada rakyat.

"Itu merupakan faktor penting dalam memenangi pilihan raya dan hati rakyat daripada menggunakan ilmu sihir kerana kita sudah melalui banyak proses pilihan raya, pasti rakyat boleh membuat pilihan yang terbaik bagi negara dan masa depan generasi akan datang," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menerima kira-kira 15 aduan sejak kebelakangan ini berkenaan amalan yang menjurus kepada perbuatan syirik dan bermotifkan politik.

"Perkara ini terjadi kerana sikap ahli politik yang mahu mendapat tempat dengan cara mudah. Sejak kebelakangan ini, banyak aduan diterima dan perbuatan seperti ini amat sukar untuk dikenal pasti.

"Kita hanya boleh membantu merawat individu yang terlibat dengan membawa mereka ke pusat-pusat rawatan Islam untuk proses pemulihan," ujarnya ketika dihubungi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Polis tahan doktor pondan

Posted:

Polis tahan doktor pondan

Polis tahan doktor pondan

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


DERETAN kedai yang menempatkan klinik tempat doktor wanita palsu bekerja sambilan di Batu Berendam, Melaka.


MELAKA - Selepas dipercayai memperdayakan ribuan pesakit, seorang doktor berwajah ayu, memakai tudung dan gemar mengenakan baju kurung akhirnya disedari bukan sahaja sebenarnya seorang lelaki tetapi juga tidak memiliki kelayakan perubatan.

Lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Sabah itu pernah mengikuti kursus kejururawatan tetapi tidak menamatkan pengajian.

Dia dikatakan berjaya menjadi doktor sambilan sejak awal tahun lalu di beberapa klinik di Perak, Pahang dan Melaka dengan hanya menunjukkan sijil Perakuan Amalan Tahunan daripada Majlis Perubatan Malaysia yang kemudian disahkan palsu.

Tembelang lelaki yang dikenali sebagai Doktor Ika itu akhirnya terbongkar apabila pemilik sebuah klinik di Batu Berendam, Melaka mendapati sijil itu palsu.

Siasatan juga dibuat setelah seorang pesakit wanita mengadu kepada majikan terbabit selepas berasa sangsi dengan perbuatan Doktor Ika suka menelefon suaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan Soh Hock Sing berkata, suspek ditahan di klinik itu ketika menunggu pesakit pada Khamis lalu.

HOCK SING menunjukkan gambar doktor palsu di Melaka semalam.


"Suspek bekerja dari pukul 6 petang hingga 10 malam dengan bayaran RM45 sejam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hock Sing berkata, sijil perakuan palsu yang digunakan oleh suspek menggunakan nombor siri pada sijil yang dimiliki oleh doktor lain.

Dalam sehari beliau dipercayai merawat lebih 25 orang pesakit di klinik itu sejak tiga bulan lalu.

Lelaki itu mempunyai alamat tetap di Ampang, Selangor.

Katanya, sepanjang tempoh menyamar, suspek lebih cenderung melayan pesakit lelaki di klinik tersebut dengan mengendalikan rawatan pesakit luar dan prosedur jahitan kecil untuk kes kemalangan.

Dia juga mengeluarkan sijil cuti sakit seperti doktor lain.

"Selain kursus kejururawatan di Selangor, dia juga tidak menghabiskan pengajian kejuruteraan di sebuah universiti di Johor," katanya.

Menurutnya, suspek sebelum itu pernah bekerja sebagai doktor sambilan di lima lagi klinik swasta di sekitar Melaka termasuk Sungai Udang dan Melaka Baru.

Beliau turut meminta orang ramai yang pernah menerima rawatan daripada lelaki tersebut supaya tampil membuat laporan polis.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga esok.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun keseksaan kerana menyamar dengan niat menipu.

Pelajar jadi mangsa pelanduk dua serupa

Posted:

Pelajar jadi mangsa pelanduk dua serupa

Pelajar jadi mangsa pelanduk dua serupa


LUQMAN menunjukkan SMS ugutan daripada individu tidak dikenali di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.


SEBERANG JAYA - Gara-gara wajah dikatakan mirip pelajar yang terlibat dalam kejadian pukul di sebuah sekolah menengah di sini seperti yang tersiar di internet baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan tiga sekolah itu kini hidup ketakutan selepas menerima ugutan daripada individu tidak dikenali.

Luqman Al Hakim Ahmad, 15, mendakwa, dia menerima 50 khidmat pesanan ringkas dan lebih 100 panggilan telefon berunsur ugutan serta cacian.

"Ramai menyangka saya yang membelasah pelajar terbabit sebab susuk tubuh, wajah dan warna kulit saya dikatakan mirip salah seorang pelajar terlibat," katanya ketika ditemui di sini malam kelmarin.

Menurutnya, ia semakin serius apabila akaun laman sosial Facebook dan Twitternya turut menjadi sasaran kemarahan yang mahu memukulnya selain mengecam ibu bapanya.

"Sebenarnya kes pukul ini berlaku bulan lalu dan ketiga-tiga pelajar berkenaan sudah dibuang sekolah tetapi tiba-tiba sahaja klip video berkenaan tersebar dan mereka sangka saya terlibat," ujarnya.

Klip video selama 1 minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolah dalam sebuah kelas.

Luqman berkata, bimbang dengan keselamatan dirinya, dia membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya Rabu lalu.

Jelasnya, dia amat tertekan dengan kes itu dan berharap orang ramai tidak terus menuduhnya tanpa bukti serta tidak mengaitkan ibu bapanya dengan kejadian itu kerana dia ingin menumpu perhatian kepada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang akan diduduki pada tahun ini.

Sindiket gagal seludup keluar 17 warga Iraq

Posted:

Sindiket gagal seludup keluar 17 warga Iraq

Sindiket gagal seludup keluar 17 warga Iraq


ANGGOTA polis marin memeriksa dokumen warga Iraq yang cuba diseludup keluar dari negara ini di Pelabuhan Klang kelmarin.


PELABUHAN KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 17 warga Iraq termasuk empat kanak-kanak perempuan ke Indonesia selepas menahan dua buah bot pancung di Sungai Chondong, Pelabuhan Barat di sini kelmarin.

Kedua-dua bot tidak bernombor itu ditahan pada pukul 9.30 malam hasil maklumat awam dan risikan pihak berkuasa.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM, Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, semasa bot terbabit dihampiri pasukannya, dua tekong warga Indonesia bertindak terjun ke laut tetapi seorang daripada mereka yang berusia 42 tahun berjaya diberkas manakala seorang lagi menghilangkan diri di kawasan paya bakau berhampiran.

"Kami menemui 12 lelaki, seorang wanita dan empat kanak-kanak perempuan warga Iraq berumur antara sembilan hingga 50 tahun di dalam bot berkenaan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Norzaid memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua warga asing terbabit memasuki negara ini secara sah sebulan lalu dan mahu ke negara ketiga melalui Indonesia dengan menjadikan Malaysia sebagai transit.

Katanya, warga asing tersebut dipercayai membayar RM700 hingga RM900 seorang kepada sindiket berkenaan. Kes itu disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (Pindaan 2010).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Peluang ke final cerah

Posted:

Peluang ke final cerah

Peluang ke final cerah

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

ANDY CHONG (empat dari kiri) bersama para pengurus pasukan dan pemain mempamerkan Piala Axiata selepas selesai majlis pengundian pusingan separuh akhir di ibu negara semalam.


LALUAN skuad negara untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 nampak cerah apabila diundi menentang Pilihan Bintang Asia (Asia) pada aksi separuh akhir hari ini.

Undian tersebut sekali gus melegakan para pemain serta jurulatih kebangsaan kerana skuad negara memiliki rekod yang baik selepas menewaskan Asia 3-1 pada aksi ketujuh peringkat kumpulan kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$1 juta (RM3.04 juta) itu.

Walaupun laluan nampak lebih mudah, namun ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek masih enggan mendabik dada, kerana beliau percaya Malaysia memiliki peluang 50-50 ke atas himpunan pemain-pemain terbaik Asia itu.

"Walaupun kami menang dengan Asia pada dua minggu lepas, tetapi ia tidak bermakna perlawanan memihak kepada skuad negara. Kami perlu lebih fokus dan tampil dengan aksi terbaik untuk mencatat kemenangan.

"Ketiadaan Datuk Lee Chong Wei juga akan membuatkan pasukan kita sedikit goyah, tetapi kita masih boleh meletakkan sasaran kepada beregu campuran (Chan Peng Soon-Goh Liu Ying) dan beregu lelaki (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong).

"Peluang bagi perseorangan lelaki (Liew Daren, Chong Wei Feng) dan wanita (Sonia Cheah Su Ya, Tee Jing Yi) pula hanya 50-50," katanya selepas majlis undian yang berlangsung di Hotel Best Western Premier Dua Sentral, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden Kanan dan Ketua Kumpulan Pemasaran dan Inisiatif Strategik Kumpulan Axiata, Andy Chong dan Setiausaha Agung Konfederasi Badminton Asia (BAC), Surasak Songvarakulpan.

Pasukan Asia pada peringkat kumpulan lalu diperkuatkan Lee Hyun Il (perseorangan lelaki), Zheng Bo-Bao Chunlai (beregu lelaki), Tai Tzu Ying (perseorangan wanita) dan Ashwini Ponnappa-Tarun Kona (beregu campuran).

Sementara itu, pengurus pasukan Asia, Greg Kim Hong Gi yakin skuad kendaliannya akan melakukan kejutan bagi menundukkan Malaysia pada aksi yang akan berlangsung di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur itu petang ini.

"Seperti yang saya cakap sebelum ini, kami hanya pasukan 'underdog', dan kami akan beraksi seperti biasa. Saya juga berharap Asia mampu membuat kejutan esok (hari ini)," ujar Greg.

Indonesia pula bertekad untuk mempertahankan kejuaraan yang diraih pada tahun lepas ketika skuad Garuda dan Rajawali mereka menundukkan Malaysia Tiger dan Malaysia Leopard bagi menguasai aksi final pada edisi 2012 itu.

Ketua jurulatih Indonesia, Herry I. P. berkata, kejohanan itu penting bagi mencari pemain yang terbaik untuk menghadapi Piala Sudirman di Kuala Lumpur pada Mei depan.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Thailand, Udom Luangphetcharaporn mengakui keputusan undian yang menyaksikan mereka bakal berdepan Indonesia, sudah pasti menyukarkan misi mereka untuk mara ke final.

Wan Zack, Nazirul akan buktikan

Posted:

Wan Zack, Nazirul akan buktikan

Wan Zack, Nazirul akan buktikan

Daripada AHMAD
FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


NAZIRUL (kanan) dan Wan Zack Haikal berharap untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Ryuku FC.


OKINAWA, Jepun – Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa peminat bola sepak tempatan bagaikan sudah tidak menaruh 'harapan' terhadap pemain negara khususnya yang beraksi bersama pasukan luar negara.

Ini kerana, para penyokong sering kali dikecewakan apabila gagal untuk menyaksikan pemain berbakat negara beraksi di pentas antarabangsa dengan lebih lama apabila sering kali dikaitkan dengan 'penyakit' rindukan kampung halaman, faktor pemakanan dan sebagainya.

Sebelum ini, hasrat untuk melihat kebolehan Muhammad Nazmi Faiz Mansor di pentas Eropah dengan membina nama bersama S.C Beira Mar tidak kesampaian apabila bintang muda negara itu memutuskan menamatkan kontrak dengan kelab Portugal tersebut dan kembali ke tanah air untuk menyarungkan jersi Selangor PKNS, Februari lalu.

Begitupun, dua pemain negara yang kini bersama kelab Divisyen Ketiga Liga Jepun (Liga J), FC Ryukyu, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim bertekad mengubah persepsi tersebut.

Bagi Wan Zack, dia lebih berminat untuk menumpukan perhatian terhadap kariernya sekali gus memberikan aksi terbaik bersama kelab Jepun itu.

Impiannya adalah untuk mencipta nama di pentas antarabangsa.

Jelas pemain sayap kiri kelahiran Pahang yang baharu pulih daripada kecederaan buku lali itu, dia turut berharap pengalaman beraksi bersama pasukan tersebut dapat meningkatkan tahap keupayaannya bagi membantu skuad kebangsaan kelak.

"Semua orang boleh bercakap, tetapi kita tidak dapat menutup mulut para penyokong. Apa yang kami dapat lakukan adalah memberikan persembahan yang terbaik agar mereka sentiasa memberikan sokongan padu kepada kami.

"Sokongan daripada para penyokong sangat penting dan dalam masa yang sama, saya berharap mereka tidak akan lagi memperkecilkan kebolehan pemain-pemain negara yang beraksi bersama kelab luar negara.

"Sepanjang dua minggu bersama FC Ryukyu, saya mendapat pengalaman yang cukup berguna kerana sesi latihan cukup berbeza jika dibandingkan dengan corak latihan skuad negara.

"Latihan intensif mereka cukup tinggi selain mengamalkan tempo permainan yang pantas, dan saya akan memanfaatkan peluang dan pengalaman ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nazirul Naim, 19, yang turut menyokong pendapat Wan Zack, mendedahkan bahawa dia berharap dapat memikat hati jurulatih FC Ryukyu, Hiroyuki Shinzato menjelang pertemuan menentang Sagawa Printing di Stadium Okinawa City Athletics, petang ini dengan harapan dapat beraksi.

'Seri dianggap bonus'

Posted:

'Seri dianggap bonus'

'Seri dianggap bonus'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


HAIRUDDIN OMAR (kanan) akan mengetuai jentera serangan ATM pada aksi menentang Kelantan di Kota Bharu malam ini.


BAGAIKAN 'berpijak di bumi nyata', pengendali skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan tidak mahu terlalu yakin untuk membawa pulang tiga mata ketika berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu berdepan Kelantan dalam aksi Liga Super malam ini.

Menyedari prestasi semasa Kelantan yang cukup memberangsangkan, terutamanya dengan mengungguli Kumpulan G dalam saingan Piala AFC baru-baru ini, Sathianathan menuntut anak-anak buahnya supaya kekal berwaspada sepanjang 90 minit perlawanan itu nanti.

Ketiadaan beberapa tonggak utama yang menjalani hukuman penggantungan perlawanan seperti Shukor Adan, Fitri Omar, G Jeevananthan dan R. Surendran, juga jelas dirasai beliau.

"Tiada kata-kata bagi menggambarkan kekuatan semasa Kelantan ketika ini.

"Bagi saya, satu mata sudah dianggap bonus apatah lagi jika berjaya memenangi perlawanan tersebut.

"Jadi kami perlu berjuang habis-habisan bagi mengelak ditewaskan mereka (malam ini)," kata Sathianathan.

Namun, Sathianathan mengakui ia satu tugas yang mencabar ekoran kecederaan yang dialami dua tonggak utamanya iaitu Irwan Fadhli Idrus dan Bruno Martelotto.

"Irwan yang mengalami retak tulang rahang masih belum pulih, begitu juga Bruno yang mengalami kecederaan lama (hamstring).

"Saya percaya pemain muda mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan beberapa pemain utama bagi menyerap asakan Kelantan," katanya.

Pada masa sama, Sathianathan juga tidak menyembunyikan kerisauan beliau berhubung kerapuhan benteng pertahanan The Gladiators yang telah melepaskan 13 gol dalam saingan liga musim ini.

"Ia sesuatu yang berbeza berbanding musim lalu, kali ini kami bolos lebih banyak gol.

"Jadi saya harap ia segera diatasi jika berhasrat menamatkan saingan dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super musim ini," katanya.

Selepas berdepan Kelantan, The Gladiators dijadualkan berdepan pendahulu liga, Lions XII di tempat lawan pada 20 April depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


PM hadir sambutan Vaisakhi

Posted:

PM hadir sambutan Vaisakhi

PM hadir sambutan Vaisakhi

13/04/2013 10:50pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan menghadiri majlis sambutan Vaisakhi di Gurdwara Sahib Petaling Jaya (GSPJ) esok.

"Jawatankuasa GSPJ amat berbesar hati atas kesudian Perdana Menteri menyertai masyarakat Sikh dalam menyambut Vaisakhi, dan kami amat menghargainya," kata Pengerusi Penganjur Sambutan Vaisakhi GSPJ 2013, Jasvinder Singh Bhatt hari ini.

Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat turut dijemput menyertai masyarakat Sikh di GSPJ untuk memeriahkan sambutan Vaisakhi pada tahun ini, dalam semangat 1Malaysia, katanya dalam kenyataan.

Acara itu bermula 10 pagi.

Kerajaan pastikan semua kaum jadi rakan pembangunan

Posted:

Kerajaan pastikan semua kaum jadi rakan pembangunan

Kerajaan pastikan semua kaum jadi rakan pembangunan

13/04/2013 10:46pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan berganjak daripada matlamatnya untuk memastikan semua kaum mampu berdikari dan menjadi rakan kongsi dalam pembangunan negara.

Dalam perutusan kepada masyarakat India sempena Tahun Baru Tamil (Putthandu, disambut oleh kaum Tamil), Vishu (disambut oleh Malayali) dan Vaisakhi (kaum Sikh), yang disambut esok, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menggandakan usaha dan terus menjadi rakan sebenar kaum India.

Najib berkata, kerajaan sentiasa terlibat secara langsung dengan kaum India dan melaksanakan pelbagai program khusus untuk mentransformasikan komuniti itu. - Bernama

Pingat PKN hargai pasukan keselamatan, agensi kerajaan terlibat Ops Daulat

Posted:

Pingat PKN hargai pasukan keselamatan, agensi kerajaan terlibat Ops Daulat

Pingat PKN hargai pasukan keselamatan, agensi kerajaan terlibat Ops Daulat

13/04/2013 7:36pm

LAHAD DATU - Kerajaan bersetuju mewujudkan pingat penghargaan khas yang dinamakan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) bagi menghargai anggota pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam Ops Daulat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PKN boleh diberikan kepada mana-mana individu yang berkhidmat dan terlibat secara langsung dalam Ops Daulat yang bertujuan menentang pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

"Ia sebagai penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan atas jasa, keberanian, kebaktian dan pengorbanan mereka, dan semua anggota kakitangan awam yang terlibat dalam Ops Daulat.

"Maka, hari ini saya akan sampaikan secara simbolik kepada beberapa anggota kita yang terlibat dalam ops itu," kata Najib sempena majlis Penghargaan Ops Daulat di sini hari ini.

Mengenai anggota yang cedera dalam Ops Daulat itu, Najib berkata, mereka ditawarkan membeli 50,000 unit saham Bank Rakyat seorang. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Korea Utara beri amaran

Posted:

Korea Utara beri amaran

Korea Utara beri amaran

BEBERAPA pelancar peluru berpandu Patriot berada di pekarangan Kementerian Pertahanan Jepun di Tokyo semalam.


TOKYO - Pemerintah Korea Utara semalam memberi amaran akan melakukan serangan nuklear ke atas Jepun jika negara itu campur tangan dalam konflik di Semenanjung Korea.

Agensi berita Korean Central News Agency menyatakan bahawa sebarang ancaman untuk menembak jatuh peluru berpandunya akan menyebabkan berlakunya peperangan.

Menurut kenyataan agensi berita dari Korea Utara itu, sebarang langkah yang dibuat Jepun dalam krisis di Semenanjung Korea akan menyebabkan negara itu terjerumus ke dalam peperangan.

Ekoran kenyataan itu, Jepun berikrar akan bertindak balas terhadap sebarang senario yang berlaku ekoran krisis di Semenanjung Korea.

"Kami mengetahui tentang kenyataan yang dibuat oleh Korea Utara menerusi media dan beberapa saluran lain.

"Kami tidak akan memberikan sebarang komen tentang reaksi kita berhubung kenyataan tersebut atas sebab-sebab operasi," kata Kementerian Pertahanan Jepun kepada agensi berita AFP.

"Apa yang boleh kami perkatakan adalah kita akan mengambil setiap pendekatan untuk bertindak balas terhadap sebarang senario yang berlaku," menurut kenyataan kementerian tersebut.

Beberapa pelancar peluru berpandu Patriot telah diletakkan di Tokyo untuk melindungi 30 juta penduduk di bandar raya tersebut daripada sebarang ancaman Korea Utara.

Kapal-kapal tentera Jepun yang dilengkapi peluru berpandu penangkis turut ditempatkan di Laut Jepun untuk menghadapi serangan negara komunis itu.

Tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan kini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan menjangkakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu miliknya sebelum 15 April ini iaitu sempena sambutan hari kelahiran bekas pengasas negara itu, Kim Il-sung.

Korea Utara yang merupakan sebuah negara komunis sebelum ini turut meminta semua warga asing di Korea Selatan meninggalkan negara itu kerana mendakwa perang nuklear akan berlaku.

Ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan sekatan pengimportan barang mewah dan perpindahan wang tunai untuk tujuan program nuklear ke atas Korea Utara pada Mac lalu.

Sekatan itu dibuat selepas Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un berusia dalam lingkungan 30-an telah melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.

Beberapa pesawat kalis radar milik AS turut ditempatkan di Korea Selatan bagi menghadapi serangan dari Korea Utara.

Tentera Korea Selatan turut menempatkan pelancar peluru berpandu Patriot di beberapa kawasan di Seoul sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi serangan dari Korea Utara. - Agensi

Gunung Etna muntahkan lahar

Posted:

Gunung Etna muntahkan lahar

Gunung Etna muntahkan lahar


LAHAR kelihatan mengalir dari gunung setinggi 3,329 meter itu.


ROM – Gunung Etna memuntahkan lahar semasa ia meletus di Pulau Sicily, Itali kelmarin.

Seorang jurugambar agensi berita Reuters berjaya merakamkan detik-detik letusan itu.

Gunung berapi setinggi 3,329 meter itu merupakan yang paling tinggi dan aktif di Eropah. – Agensi

Wanita pelihara tiga ekor puma di dalam apartmen

Posted:

Wanita pelihara tiga ekor puma di dalam apartmen

Wanita pelihara tiga ekor puma di dalam apartmen


VELIUTE mendukung salah seekor haiwan itu.- AP


KLAIPEDA, Lithuania - Tiga ekor puma dipelihara oleh seorang wanita, Rasa Veliute di unit apartmennya yang mengandungi tiga buah bilik di sini sejak empat bulan lalu.

Menurut Veliute, 23, dia membuat keputusan untuk memelihara puma tersebut selepas ibu ketiga-tiga haiwan itu enggan menjaganya di sebuah zoo persendirian.

Dia merupakan pekerja sukarela di zoo itu.

Veliute berkata, haiwan-haiwan tersebut diberi makan ayam dan hidup bersama seekor anjing miliknya.

Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga ekor puma itu membesar dengan cepat menyebabkan dia memutuskan untuk menghantar haiwan tersebut kembali ke zoo pada musim panas ini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Popular tanpa perlu gadai diri

Posted:

Popular tanpa perlu gadai diri

Popular tanpa perlu gadai diri

PELANTUN lagi Starship ini banyak menggunakan elemen warna merah jambu sebagai material dalam kedua-dua buah albumnya sebelum ini.


BINTANG berbakat besar yang bernaung di bawah label Young Money milik bintang hip hop tersohor, Lil Wayne ini bangkit menyuarakan pandangannya tentang suatu isu sensitif.

Pemilik nama komersial Nicki Minaj ini meluahkan pandangannya tentang kaitan antara label ikon seks dan maruah dalam jual beli bakat dengan populariti yang diraih dirinya kini.

Kata Nicki, 31, dia tidak akan sesekali menyerahkan mahkota kewanitaannya demi meraih populariti atau mencuri tumpuan produser muzik.

"Apabila saya mula bernaung di bawah label Young Money, Wayne mengajar saya untuk berasa malu.

"Namun ia bukan bermaksud saya asalnya pemalu, cuma saya tidak mahu sesiapa beranggapan bahawa saya semudah wanita lain melacurkan badan untuk tujuan tertentu.

"Tak kisahlah kalau lirik lagu saya kebanyakannya menonjolkan diri saya liar dan sering mengejar lelaki tetapi saya tetap seorang yang kolot.

"Saya tidak mahu orang sekeliling saya dengan mudah menyatakan 'Oh! Aku sudah tidur dengan dia' atau 'Kalau dia mahu berurusniaga, dia perlu serahkan badannya".

"Sehingga hari ini tiada seorang pun lelaki dalam industri ini boleh berkata-kata begitu kepada saya dan saya bangga dengan diri saya!

"Itu nasihat saya kepada penyanyi rap wanita yang baru memulakan langkah menjadi penyanyi. Kamu boleh menjadi seksi semahu hati tetapi pertahankan maruah kamu terutamanya daripada lelaki hidung belang," nasihatnya.

Terkejut dengan populariti yang diraihnya sejak tahun 2004, penyanyi solo pertama yang berjaya meletakkan tujuh buah single serentak dalam carta teratas Billboard ini bagaimanapun mengakui masih belum lupa daratan.

"Perjalanan saya bermula dari kota New York bukan mudah, saya berada di stesen kereta api bawah tanah bersama budaya hip hop suatu ketika dahulu dan melakukan apa saja untuk memastikan orang sekeliling melihat saya.

"Saya memuat naik muzik saya dalam talian dan banyak menulis, saya mengurung diri dalam bilik selama berjam-jam pada satu-satu masa .

"Mujurlah, individu yang tepat datang pada saya dan semuanya berjalan lancar lantas menjadi sebahagian daripada sejarah karier saya," katanya.


FIGURA ini cukup sinonim dengan imej unik dan eksentrik tetapi menarik pada pandangan umum.


Asmara Lil Wayne

Minggu lalu menerusi saluran World Star Hip Hop, Nicki telah mendedahkan klip video single terbaharunya yang berjudul High School bersama Wayne yang menampilkan adegan hangat membabitkan mereka berdua.

Menegaskan tiada babak bercium dalam klip video tersebut, kata Nicki, adegan intim itu menggunakan helah videografi sebenarnya.

"Kalau ada adegan mulut kami bercium, tidakkah anda terfikir kami akan meletakkannya untuk tayangan umum?

"Wayne cakap kami perlu bercium dalam klip video itu. Katanya, seperkara yang diperlukan untuk menjual klip video kami itu adalah perlu ada babak bercium.

"Dia bukan sahaja bos saya tetapi sudah seperti abang saya sendiri. Sangat aneh sebabnya kami selalu bergurau sesama sendiri dan setiap kali pengarah menjerit 'cut', saya rasa tersangat lega," kongsinya.

Dalam pada itu, Nicki meluahkan rasa bangga dengan penghormatan yang diberikan oleh Wayne sepanjang pembikinan klip video itu terutama yang membabitkan adegan asmara.

"Dia sendiri yang menolak untuk menyentuh saya, dia sangat menghormati saya!

"Kalau saya tidak memberitahu dia boleh buat itu atau pegang ini, dia tidak akan melakukannya," ujarnya mengenai Wayne.

Nicki bagaimanapun menyifatkan Wayne kelihatan seksi tanpa berbaju dalam klip video tersebut dan ia kelihatan seperti sebuah karya seni.

"Wayne sangat seksi dan setelah melihat hasil keseluruhan klip video itu saya menghubunginya dengan mengatakan, 'Kamu akan menawan hati seramai mungkin gadis apabila mereka menyaksikan video ini'. Dia seperti sekeping karya yang hebat, seksi, berkilat dan menawan," tambahnya.

American Idol

Nicki memberitahu dia tidak kisah dilabelkan juri yang bermulut jahat menerusi pembabitannya sebagai juri program American Idol 12, yang kini ditayangkan di 8TV pada setiap Jumaat pada pukul 10 malam dan Sabtu, 10.30 malam, memandangkan ramai yang belum mengenali peribadinya secara mendalam.

NICKI tidak kisah dengan gelaran juri American Idol bermulut celupar yang kini dilabelkan terhadap dirinya.


Tegasnya, komen-komen dan pendapat yang dilontarkan sepanjang menjadi juri program tersebut adalah jujur dan asli daripada dalam dirinya.

Begitu juga drama pertelagahan bersama pelantun lagu Hero, Mariah Carey.

"Saya fikir penonton dan peminat American Idol mula melabelkan saya bermulut jahat apabila footage saya dan Mariah bertegang leher tersebar.

"Namun, apabila berterusan menonton program realiti TV ini, mereka akan lebih memahami tentang diri saya sepenuhnya.

"Mereka kini mula mengenali saya kerana sebelum ini kebanyakannya jarang diberikan peluang untuk kenal saya.

"Sebenarnya saya tidak kisah kalau imej saya dilihat sebagai seorang yang teruk atau jahat dan mungkin sebaliknya. Saya tahu dalam hati saya setiap kali saya memberikan komen, ia adalah ikhlas dan jujur.

"Itu yang saya paling kisah sebenarnya," katanya kepada satu temu bual bersama stesen radio terkenal.

Dalam pada itu, pelantun lagu Va Va Voom itu mengesahkan dia tidak berminat untuk membuat persembahan secara langsung dalam American Idol 12.

"Saya tidak tahu sama ada akan memakai topi untuk membuat persembahan di atas pentas American Idol 12. Tahniah kepada Keith Urban atas persembahan bertenaga sebelum ini," kata Nicki yang memberikan nama gelaran kepada setiap peserta American Idol kali ini.

Mengulas mengenai kredibiliti dan bakat yang dimiliki peserta American Idol 12, kata Nicki, dia berbangga melihat pencapaian peserta musim ini.

"Saya rasa mereka sudah boleh keluar dan melahirkan album sendiri sekarang seterusnya membikin kejayaan seluruh dunia.

"Mereka gigih berusaha dan bekerja maka mereka memang layak mendapatkannya. Pencapaian mereka membuatkan saya gembira sebenarnya," tutur Nicki.

Aaron 'lega'kalah anugerah bintang popular

Posted:

Aaron 'lega'kalah anugerah bintang popular

Aaron 'lega'kalah anugerah bintang popular

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

AARON kini melangkah setapak lagi dalam kerjaya seni sebagai pengarah filem pula.


PADA tahun lalu kemenangan pelakon Aaron Aziz yang merangkul Anugerah Bintang Paling Popular telah dipertikaikan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi. Ini kerana dia berasal dari Singapura.

Bagaimanapun, tahun ini aktor kelahiran Singapura itu pastinya boleh menarik nafas lega apabila dia tidak lagi mempertahankan kemenangan yang pernah diraihnya menerusi acara Anugerah Bintang Popular 2012 setelah tumpas kepada Shaheizy Sam.

Aaron yang ditemui selepas acara berakhir pada Ahad lalu berkata, dia akur dengan keputusan tersebut dan ini bukan bermakna dirinya sudah mula hilang sokongan peminat.

Selain berharap tiada lagi sebarang kontroversi yang timbul selepas kejayaannya merangkul anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, pelakon itu meluahkan rasa terima kasih kepada peminat yang terus menyokong kerjaya seninya.

Kosmo!: Bolehkah Aaron komen tentang kegagalan untuk mengekalkan kemenangan pada tahun lalu?

AARON: Saya menganggap ia bukanlah satu kegagalan yang besar, sebaliknya ia merupakan usaha, kerja keras dan kesungguhan yang dilakukan oleh peminat Sam sehingga dia dinobatkan sebagai bintang yang paling popular. Lagipun, saya tidak kisah sama ada menang atau kalah dalam mana-mana acara anugerah. Kalau menang pastinya ia merupakan satu penghargaan dan kalau tewas pula sekurang-kurangnya tiada lagi kontroversi yang berlaku.

Adakah ini bermakna populariti anda sudah mula menurun sekarang?

Bagi saya, kegagalan ini satu 'kelegaan'. Tetapi ini tidak boleh menjadi penanda aras bahawa populariti saya semakin menurun. Lagipun saya akui pada tahun lalu saya tidak memiliki sebarang produk yang kuat, kecuali drama bersiri Adam dan Hawa. Tidak dinafikan impak terhadap drama tersebut sangat kuat sehingga saya berjaya merangkul anugerah untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan sangat berterima kasih kepada Datin Zaiton Mohd. Jiwa yang telah memberikan saya peluang berlakon dalam drama tersebut.

Adakah anda berminat untuk berlakon drama bersiri yang agak panjang seperti Adam dan Hawa selepas ini?

Sebenarnya saya masih lagi berminat berlakon drama sebegitu, tetapi mungkin hanya sekali dalam tempoh setahun. Namun begitu, jika ada tawaran mungkin saya akan mempertimbangkannya terlebih dulu, terutamanya melihat kepada skrip dan jalan cerita.

Apakah projek terbaharu anda sekarang?

Buat masa ini, saya sedang sibuk menjalani penggambaran filem berjudul Romeo Kota yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd. serta dibintangi beberapa pelakon seperti Fizo Omar, Nabil Ahmad dan Hanis Zalikha. Selain berlakon, saya juga turut menjadi pengarah untuk filem tersebut.

Bagaimanakah anda boleh terlibat menjadi pengarah?

Pada mulanya Ahmad Idham sekadar menawarkan saya berlakon sahaja untuk filem ini, tetapi semasa perbincangan dilakukan tiba-tiba dia menawarkan saya mengarah dan saya terus memberikan persetujuan.

Apakah yang membuatkan anda bersetuju menerima tawaran itu?

Saya merasakan peluang sebegini bukanlah mudah diperoleh dan begitu menghargai kepercayaan yang telah diberikan. Lagipun saya mahu curah segala pengalaman yang ada sebagai pelakon dalam bidang pengarahan pula.

Bagaimanakah pula dengan tawaran sebagai pengacara? Adakah anda mahu menerima tawaran mengacara program lagi selepas menerima banyak kritikan terhadap cara anda mengendalikan program Fear Factor Selebriti Malaysia?

Mungkin saya hanya terima untuk program Fear Factor sahaja. Jika untuk program lain, saya tidak pasti. Bagi saya, lain orang lain bakatnya. Jika ditanya pada saya, mungkin lakonan adalah yang terbaik buat diri saya.

Fazurina akui nikahi Hykal kali kedua

Posted:

Fazurina akui nikahi Hykal kali kedua

Fazurina akui nikahi Hykal kali kedua

Oleh HARYATI KARIM


FAZURINA tampil buat kali pertama mengulas tentang isu dia terpaksa berkahwin kali kedua dengan Hykal pada 20 Mac lalu.


NAMPAKNYA hubungan pelakon Siti Fazurina dengan ibunya, Zubaidah Abu Bakar masih belum pulih sejak dia menggemparkan industri seni ekoran melangsungkan pernikahan dengan membelakangkan keluarganya pada 20 Disember tahun lalu.

Pernikahan yang berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohd. Fahmi Freedam Shah, 59, itu adalah di luar pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.

Pernikahan Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd. Famir, 31, dengan suaminya Hykal Zulkifli, 32, itu bagaimanapun didapati tidak sah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Ini kerana ia berlangsung tidak mengikut hukum syarak.

Fazurina dipercayai memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang berhubung status walinya dengan mendakwa bahawa dia seorang anak tunggal.

Sedangkan dia mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak menjadi walinya.

Ibu Fazurina sendiri bertindak memfailkan kes ke mahkamah syariah tersebut.

Fazurina dan Hykal lalu terpaksa bernikah buat kali kedua di Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik lelaki kandung pelakon itu, Mohd. Firdaus, 22.

Hal tersebut didedahkan oleh ibu Fazurina kepada Kosmo! pada 26 Mac lalu, namun belum ada sebarang kekenyataan susulan tentang perkara itu dari mulut Fazurina sendiri.

Dalam pada itu, Fazurina juga digosip terkena sihir ekoran sikapnya yang membelakangi keluarga untuk mengahwini Hykal.

Fazurina yang ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular 2012 (ABP 2012) di Kuala Lumpur baru-baru bagaimanapun dengan tenang melahirkan perasaan bersyukur kerana kontroversi berhubung pernikahannya telah selesai.

"Alhamdulillah, saya lega kerana semuanya telah selesai. Memang benar saya telah bernikah buat kali kedua pada 20 Mac lalu kerana masalah wali.

"Akad nikah berjalan lancar, keluarga saya termasuk adik dan ibu turut hadir bersama," jelasnya.

Meskipun begitu, pelakon drama Puteri itu mengakui hubungan dengan ibunya yang menentang keras pernikahannya itu masih lagi tegang.

"Pada majlis pernikahan kali kedua itu, ibu turut hadir tetapi kami tidak bersua," balasnya.

Sejak bernikah, dia masih belum pernah berhubung dengan ibunya kecuali atas urusan dokumen bagi melengkapkan pernikahan keduanya itu.

"Sejak saya bernikah sehingga ke hari ini, saya dan ibu masih belum berhubung antara satu sama lain. Saya ada cuba untuk menjernihkan keadaan seperti menghubunginya melalui telefon tetapi tidak ada sebarang respons," katanya.

Selain itu, Fazurina yang hadir pada ABP 2012 bersama suaminya menafikan dakwaan yang dia terkena sihir sehingga sanggup berkahwin dengan membelakangkan keluarga.

"Tidak, saya tidak terkena sihir seperti yang didakwa. Jika ada sesuatu yang tidak kena pada diri saya, saya pasti akan sedar. Sekarang ini, saya okey dan sihat sahaja," tuturnya.

Impak daripada kontroversi pernikahannya yang tidak mendapat restu daripada ibunya itu, kerjaya lakoannya juga terjejas sehingga kurang mendapat tawaran lakonan.

Bagaimanapun, Fazurina tetap berfikiran positif dalam menghadapi dugaan terbesar hidupnya itu.

"Saya akui kerjaya agak terjejas kerana kontroversi dan dugaan yang berlaku dalam hidup saya sejak kebelakangan ini. Bagi saya, ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Doakan yang terbaik untuk saya," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga meluahkan hasratnya untuk menimbang cahaya mata secepat mungkin bersama suaminya.

"Kehidupan saya sejak akhir-akhir ini penuh dengan dugaan tetapi tidak menghalang saya untuk bahagia dengan perkahwinan ini.

"Saya dan suami merancang untuk mendapatkan cahaya mata secepat mungkin sebagai penyeri kehidupan kami," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved