Jumaat, 29 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pemanas daripada ramuan herba

Posted:

Pemanas daripada ramuan herba

Pemanas daripada ramuan herba

ANDAK SPA menyediakan perkhidmatan terapi spa kampung khusus buat kaum Adam.


KETIKA menyertai Latihan Pembentukan Usahawan di Melaka sedekad lalu, Raja Andak Raja Hussin, 53, menyedari tidak ada usahawan yang berminat untuk menjalankan bisnes spa.

Pada masa yang sama, beliau mengakui permintaan untuk mendapatkan khidmat spa ketika itu agak tinggi terutama daripada golongan lelaki.

"Rata-rata permintaan untuk mendapatkan khidmat spa pada masa itu datangnya daripada pelancong dari Singapura, Thailand dan Singapura," kata bapa kepada seorang anak lelaki yang berumur 21 tahun itu.

Menurut Raja Andak, lazimnya para pelancong yang mahukan perkhidmatan spa itu kerana mereka sudah biasa memanjakan diri di spa-spa di negara masing-masing. Jadi, apabila melancong ke Malaysia, mereka mahukan khidmat spa yang sama seperti yang mereka nikmati di negara sendiri. Atas kesedaran itu, Raja Andak menjalankan bisnes spa dengan memberi khidmat mengurut atas sampan dan mandi tempayan.

"Urut atas sampan sekadar nama komersial, sampan itu sekadar melambangkan identiti nelayan kerana lazimnya kita mengurut di atas lantai," ungkapnya panjang lebar. Daripada mengurut, khidmatnya kemudian dikembangkan kepada bertungku untuk pelanggan-pelanggannya.

Kata anak kelapan daripada 14 adik-beradik itu, pada peringkat awal pelanggannya terdiri daripada pelancong-pelancong yang bercuti di hotel di sekitar Melaka. Lazimnya, beliau dipanggil oleh pihak hotel berdasarkan tempahan daripada pelanggan. Rata-rata pelanggannya terdiri daripada lelaki yang berumur 30 tahun ke atas. Antara masalah pelanggan beliau ialah kelesuan, stres dan masalah kelelakian. Spa Raja Andak beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 9.30 pagi hingga 9.30 malam.

PENYEDIAAN untuk bertungku memerlukan ketelitian dan mengambil masa yang lama.


Ramuan herba

Raja Andak yang mewarisi kemahiran mengurut daripada nenek moyangnya memberitahu, bagi meningkatkan pengetahuan beliau juga menghadiri pelbagai kursus untuk mendalami bidang ini. Menurut beliau, amalan bertungku memberi manfaat pada tubuh kerana gabungan herba seperti pasir, garam, buah mengkudu, besi dan abu dapat memberi kesegaran kepada pengamalnya.

"Bertungku bukan sahaja sesuai untuk wanita bahkan lelaki. Tungku merupakan sejenis bahan pemanas yang mengandungi ramuan herba yang disangai bahan-bahannya sebelum dibungkus dengan kain kapas tebal," kata pemilik Andak Spa di Bandar Hilir Melaka, Melaka ketika ditemui baru-baru ini di spanya.

Lelaki itu memberitahu, bungkusan tersebut dipunjut dan dituam mengikut teknik yang betul pada tubuh badan.

Amalan bertungku mampu mengeluarkan angin dalam tubuh , memberi kesegaran, kelegaan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan rasa mengantuk dan stres serta awet muda.

Tungku terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya tungku pasir, tungku besi, tungku garam, tungku buah mengkudu, tungku abu, tungku bijirin dan tungku bawang putih.

Antara bahan-bahan herba yang digunakan untuk bertungku ialah daun mengkudu, bonglai, jerangau, cekur dan halia bara. Selain itu, bahan-bahan lain yang digunakan termasuklah bawang putih, lada hitam, lada ekor, cabai kering, bunga lawang, serai wangi dan daun kantan.

Menurut Raja Andak, proses menyediaan bahan-bahan bertungku agak rumit dan memerlukan ketelitian.

"Adakalanya ia mengambil masa sehingga tiga minggu kerana bahan-bahan tersebut perlu dilakukan seperti dibersihkan, dijemur, diracik, disangai dan dipunjut," ujar usahawan bimbingan Mara Melaka itu yang telah menjalankan perusahaan spa kampung selama 18 tahun.

Raja Andak memberitahu, mereka yang mengalami tanda-tanda mati pucuk, amalan bertungku amat sesuai diamalkan selepas senaman dan urutan.

Amalan bertungku turut membantu mengatasi kesihatan lelaki yang kerap mengalami keletihan, stres, sakit perut dan angin pada ari-ari.

Bahan bertungku

Amalan ini juga kata beliau, sesuai untuk bayi atau anak kecil yang mengalami kembung perut atau keletihan di kaki.

"Tungku buah, tungku bijirin dan tungku abu sesuai digunakan. Bayi yang tidak selesa badan, tungku dituam di kawasan pelipat kaki manakala bayi yang mengalami kembung perut, tungku dituam di perut dan belakang badan," jelasnya.

Bagi bayi yang kerap menangis dan merengek, tungku dituam di sisi telinga dan ubun-ubun kepala manakala untuk angin pasang, tuam di bahagian celah paha. Bahan-bahan herba yang digunakan lebih kurang sama cuma teknik penggunaannya mungkin berbeza.


BERTUNGKU tidak hanya dilakukan oleh ibu-ibu selepas bersalin tetapi boleh diamalkan pada bila-bila masa sahaja.


"Tungku besi misalnya, popular di Kedah, tungku abu terkenal di Melaka dan tungku pasir diguna secara meluas di Johor. Daun mengkudu dan daun jerangau wajib ada dan digunakan sebagai bahan asas untuk bertungku. Daun-daun herba inilah yang mengeluarkan khasiat," katanya yang banyak membuat kajian di muzium.

Biarpun wujudnya tungku moden yang dipanaskan menggunakan elektrik, kesannya tidak sama dengan tungku tradisional. Biasanya tungku akan dibalut dengan kain-kain berwarna supaya ia memberikan impak kepada tubuh mengikut cakra warna bahagian yang mahu ditungku.

Ada juga tungku yang dibalut dengan kain batik kerana ia memiliki banyak warna dan dipercayai dapat memberikan kesan kepada tubuh.

"Orang Jerman dan Albania contohnya mempunyai tungku atau dipanggil alat pemanas yang menggunakan herba-herba tempatan mereka," katanya penggunaan tungku diguna secara meluas di dunia.

Tungku garam popular digunakan di Sabah, Kemboja, Thailand dan Filipina dan Indonesia.

Dek minat yang mendalam terhadap terapi kampung, Raja Andak telah mempromosikan amalan bertungku ke Singapura, Medan dan Jakarta di Indonesia yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia.

"Terapi kampung seperti bertungku perlu diketengahkan kepada generasi baharu yang tidak tahu langsung nama herba, khasiat serta teknik penggunaannya," ujarnya yang turut menjual tungku pasir dan tungku garam.

Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak, Tengku Azmanira Raja Husin, 39, sependapat dengan Raja Andak bahawa bertungku tidak hanya dilakukan dalam tempoh berpantang sahaja. Anak ketiga daripada lapan beradik dari Besut, Terengganu itu mendalami mengenai amalan bertungku daripada ibunya Tengku Azizah Tengku Ismail, 65, seorang bidan kampung di Kampung Alor Lintang, Besut.

Bertungku untuk ibu-ibu selepas bersalin membantu mengecut dan membaiki sistem peranakan, melembutkan urat-urat dan melancarkan pengaliran darah.

Pengetahuan berpantang

Tengku Azmanira turut menafikan pandangan bahawa wanita yang melahirkan anak secara caesarean tidak boleh bertungku. "Mereka masih boleh bertungku tetapi tunggu selepas seminggu. Bertungku boleh dilakukan di bahagian kaki, belakang betis dan paha," katanya mengakui bahagian perut di tempat pembedahan tidak boleh ditungku.

Bagaimanapun, mereka yang menghidap hipertensi tidak dinasihatkan terus bertungku dan mengambil jamu bagi mengelakkan tekanan darah mereka meningkat mendadak. Mereka boleh berbuat demikian hanya selepas tempoh tiga minggu bersalin.

Pernah berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Selayang selama 15 tahun, Tengku Azmanira mahu berkongsi ilmu kepada para ibu. Beliau yang kini bertugas di Klinik Kesihatan Sungai Buloh di bahagian ibu dan anak menjelaskan, berdasarkan pemerhatiannya ramai ibu tiada pengetahuan bagi menjalani tempoh berpantang.

Justeru, kepada wanita yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pelbagai tip penjagaan kesihatan, boleh layari blog http://bidanbersalin.blogspot.com.

Bukan festival kopi biasa

Posted:

Bukan festival kopi biasa

Bukan festival kopi biasa


LEBIH 100,000 orang berkunjung ke Festival Kopi Vietnam setiap tahun.


"KOPI percuma, kopi percuma! Sila beratur untuk mendapatkan kopi anda," jerit seorang gadis genit, sambil menggamit pengunjung ke gerai pamerannya Royal Vietnam Moka.

Aroma kopi yang segar membuatkan orang ramai berpusu-pusu beratur untuk meneguk kopi yang diberikan.

Selang beberapa gerai dari ruang pameran Royal Vietnam Moka, suasana yang sama juga dapat diperhatikan di sebuah trak Nescafe.


NGUYEN LAM dimahkotakan sebagai Ratu Kopi 2013.


Ramai yang tidak kisah menunggu dalam barisan panjang semata-mata untuk menikmati secawan Nescafe panas.

Sejak empat tahun lalu, menjelang pertengahan Mac, kawasan tanah tinggi Buon Ma Thuot di daerah Dak Lak, Vietnam bertukar wajah menjadi sebuah tapak pesta.

Dengan status sebagai pengeluar kedua terbesar kopi di dunia, Vietnam selayaknya menjadi penganjur sebuah Festival Kopi yang mengumpulkan pencinta minuman itu dari seluruh dunia.


SEKUMPULAN gajah turut diarak bagi memeriahkan acara Festival Kopi Vietnam.


Diadakan dari 10 hingga 14 Mac, ia berjaya menarik pakar kopi dari Brazil, Colombia, Indonesia, India, Mexico dan Guatemala.

Setakat tahun 2012, Vietnam berada di belakang Brazil sebagai pengeluar terbesar kopi dunia dengan penghasilan sehingga 1.6 juta tan setahun.

Namun, uniknya di Festival Kopi Vietnam ini pengunjung bukan sahaja berpeluang melawat ruang pameran yang mempamerkan jenis-jenis kopi, teknik menyediakan kopi atau cara yang betul menikmati secawan kopi.


PENGUNJUNG beratur panjang untuk mendapat secawan kopi percuma.


Bagi memeriahkan festival tahunan ini, penganjur turut menyajikan pelbagai aktiviti lain seperti perarakan, persembahan muzik, tarian dan pertandingan ratu kopi.

Tahun ini, Nguyen Lam Diem Trang dari selatan Vinh Long ditabalkan sebagai Ratu Kopi Vietnam 2013.

Mahasiswi Universiti Ho Chi Minh itu bukan sahaja menawan 10,000 penonton dengan kecantikannya, bahkan dengan penguasaan pengetahuan kopi.

Tidak ketinggalan, menambahkan lagi ragam pada Festival Kopi Vietnam sekumpulan gajah turut diarak masuk ke kawasan festival sebagai kejutan kepada pengunjung.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mengaku Islam, tidak tahu mengucap

Posted:

Mengaku Islam, tidak tahu mengucap

Mengaku Islam, tidak tahu mengucap

Oleh TEON EG dan AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my

MAYAT seorang pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu.


SEMPORNA – Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

"Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

"Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

"Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.


MAYAT pengganas Sulu yang di kumpulkan di Hospital Lahad Datu baru-baru ini.


Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

"Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat," katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.

Penduduk sebak lihat rumah musnah

Posted:

Penduduk sebak lihat rumah musnah

Penduduk sebak lihat rumah musnah

Oleh MUSTAPA LAKAWA
dan MOHD. YUNUS YAKKUB
berita@kosmo.com.my


MAHMUD berdoa selepas melihat rumahnya yang musnah selepas diserang pengganas Sulu
di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU - Suasana sayu menyelubungi Kampung Tanjung Batu di sini ketika seramai 30 penduduk pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan itu selepas hampir sebulan diceroboh pengganas Sulu.

Penduduk tersebut yang terdiri daripada ketua-ketua keluarga sebak melihat rumah yang dibina hasil titik peluh sejak berpuluh tahun lalu musnah dalam sekelip mata bagaikan menjadi 'padang jarak padang tekukur'.

Mereka yang masih ditempatkan di pusat pemindahan turut terkejut apabila melihat ribuan peluru dan kelongsong peluru bertaburan di atas jalan raya dan kawasan sekitar termasuk di pekarangan rumah dan kawasan semak samun.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Malang berkata, tidak pernah terlintas di fikiran, kampung tersebut menerima nasib demikian yang berpunca daripada pencerobohan oleh pengganas Sulu pada 12 Februari lalu.

"Kalau tanya soal perasaan, memang saya rasa sangat marah. Dua buah rumah saya hancur dan dibakar.

"Dua buah kereta dan kebun saya juga rosak. Saya terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mahmud memberitahu, kampung yang wujud kira-kira 60 tahun lalu mempunyai 107 buah rumah yang dihuni kira-kira 450 penduduk yang rata-ratanya adalah warga tempatan.

Sementara itu, kebanyakan penduduk di kampung itu pula bekerja sebagai petani.


SEBAHAGIAN daripada penduduk yang dibawa melawat untuk melihat keadaan kawasan kampung mereka yang rosak atau musnah.


Katanya, kerosakan rumah tersebut tidak dapat dielakkan ekoran pertempuran antara pasukan keselamatan negara ini dengan kumpulan pengganas terbabit.

"Kami menyokong tindakan pasukan keselamatan namun apa yang kami kesal adalah perbuatan pengganas terhadap Kampung Tanjung Batu.

"Mereka (pengganas) bukan sahaja menyusahkan penduduk kampung kerana kami terpaksa berpindah malah memusnahkan penempatan kami," jelasnya.

Mahmud menjelaskan, mereka membuat keputusan untuk tinggal di kampung tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan para penduduk.

Dalam pada itu, seorang penduduk lain, Shahrin Jamaril, 22, melahirkan rasa sedih apabila rumah yang dibina hasil titik peluh keluarganya sejak 20 tahun lalu telah musnah.

John Dulahab, 62, pula memberitahu, dia bersyukur kerana kerosakan rumah yang dialaminya tidak sebegitu teruk berbanding rakan-rakan yang lain.

"Apa yang dikesalkan adalah kad pengenalan anak saya hilang selain sebuah motosikal," katanya.

Sementara itu, petugas media yang turut dibawa bersama dapat melihat sendiri dengan jelas kemusnahan di kampung itu mendapati hampir setiap rumah berlubang, rosak, tidak lengkap dengan ada atap dan pagar rumah hancur.

Para petugas media itu turut menemui kesan darah, pisau dan parang kecil di beberapa rumah serta kasut but hitam milik pengganas di sebatang anak sungai.

Najib sambung bincang calon

Posted:

Najib sambung bincang calon

Najib sambung bincang calon


TIMBALAN Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kelihatan ceria meninggalkan pekarangan Kompleks Perdana Putra, Putrajaya selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di kompleks itu semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) semalam meneruskan perjumpaan dengan pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Bangunan Perdana Putra di sini.

Perjumpaan yang diadakan sejak pukul 8 pagi itu di percayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Antara yang kelihatan memasuki kompleks itu pada sebelah pagi ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut berada di kompleks itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Zainal Abidin yang memperlahankan kereta ketika keluar dan lalu di hadapan kira-kira 30 pengamal media yang menunggu seawal pukul 7 pagi, hanya berkata: "Semua ok", ketika diminta mengulas mengenai pertemuan itu.

Pada sebelah petang pula, kenderaan yang membawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dilihat memasuki kawasan kompleks diikuti Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Hari Sarapan Malaysia bersama Milo

Posted:

Hari Sarapan Malaysia bersama Milo

Hari Sarapan Malaysia bersama Milo

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


DARI kiri: Nurul Iliani, Pengurus Pemasaran Pengguna, Ng Su Yen, Hau Chieh dan Pengurus Kanan Penjenamaan, Ivy Tan Link Cheh melakukan simbolik Pelancaran Sarapan Pagi Milo yang diadakan di Hotel Westin, Kuala Lumpur baru-baru ini.


TERKENAL dengan produk minuman sejak 60 tahun lalu, jenama minuman Milo sentiasa mendidik serta memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan fizikal dan keperluan makanan berkhasiat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Dikenali sebagai peneraju minuman nutrisi di Malaysia, Milo melancarkan Hari Sarapan Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei nanti di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.

Melalui sambutan yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia itu, pihak Milo cuba memecahkan rekod Guinness World Book of Records dengan pengambilan minuman malt coklat terbanyak dalam satu hidangan sarapan.

Dalam usaha itu, Milo telah melaksanakan Gerakan Sarapan Milo di seluruh negara bagi menyampai serta memperkukuhkan kefahaman rakyat Malaysia mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi.

Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Tenusu Nestle Product Sdn. Bhd., Ho Hau Chieh memberitahu, bagi permulaan tahun 2013, pihaknya telah menetapkan satu misi iaitu memberitahu kepada umum mengenai sarapan pagi yang ideal bagi rakyat Malaysia.

"Kempen Gerakan Sarapan Milo memberi peluang kepada kami untuk menyebarkan maklumat mengenai kepentingan sarapan pagi melalui pelbagai cara.

"Menerusi laman web Milo, kami menyalurkan informasi mengenai objektif, fakta dan panduan bagi gaya hidup sihat serta memberi idea mengenai idea penyediaan sarapan pagi yang lebih menarik," ujarnya dalam ucapan majlis perasmian Hari Sarapan Malaysia bersama Milo di Hotel Westin Kuala Lumpur baru-baru ini.

Resipi sihat Milo


SABRI menunjukkan demonstrasi masakan sihat menggunakan Milo sambil diperhatikan Nurul Illiani.


Pada majlis itu, Chef Sabri Hassan telah diundang untuk menunjukkan demonstrasi penyediaan beberapa resipi mudah untuk sarapan pagi iaitu Swiss Muesli dan pankek dengan garapan produk Milo.

Resipi idea olahan Master Chef Sabri itu turut mendapat penjelasan maklumat kandungan nutrisi dan manfaat yang diperoleh daripada pengambilan sarapan yang penuh bertenaga oleh Pakar Nutrisi Nestle, Nurul Illani Ahmad.

Menurut Nurul Illani, pengambilan sarapan pagi merupakan amalan terbaik yang perlu diamalkan oleh setiap individu.

"Mengambil perumpamaan seperti sebuah kereta, ia perlu diisi minyak untuk memulakan perjalanan pada setiap hari. Sama seperti manusia, kita perlu mengambil sarapan sebelum memulakan hari untuk memberi tenaga kepada kita," ujarnya.

Sempena Hari Sarapan Malaysia nanti, Milo akan menyumbangkan 20,000 pek sarapan pagi secara percuma. Pengunjung yang hadir juga boleh menyertai Larian Sarapan sekitar UPM sebagai langkah sokongan jenama tersebut dalam amalan gaya hidup sihat.

Maklumat lanjut mengenai Hari Sarapan Malaysia dan aktiviti yang akan dijalankan, sila layari laman web www.milo.com.my/breakfast.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


PDRM jamin keselamatan kawasan terjejas akibat pertempuran

Posted:

PDRM jamin keselamatan kawasan terjejas akibat pertempuran

PDRM jamin keselamatan kawasan terjejas akibat pertempuran

29/03/2013 8:21pm

KUALA LUMPUR - Polis hari ini memberi jaminan keselamatan kepada penduduk di empat daripada lima kawasan yang terjejas akibat pertempuran antara penceroboh militan dan pasukan keselamatan di Lahad Datu, Sabah.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, keempat-empat kampung itu ialah Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu, Kampung Labian dan kawasan Tanjung Bilis.

"Rancangan seterusnya ialah untuk membawa masuk semula penduduk kampung ke kediaman masing-masing dan hidup seperti sedia kala," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kepada lapan keluarga anggota polis yang terkorban dalam krisis pencerobohan itu di Pusat Latihan Polis, di sini hari ini.

Sumbangan berbentuk bantuan RM10,000 untuk setiap balu, 19 netbook dan RM200 untuk anak-anak wira yang terkorban itu disampaikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail dalam ucapannya berkata sumbangan itu menunjukkan keprihatinan kementerian itu terhadap pengorbanan anggota pasukan keselamatan dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan negara. - Bernama

Telefon bimbit rakan baik penduduk AS

Posted:

Telefon bimbit rakan baik penduduk AS

Telefon bimbit rakan baik penduduk AS

29/03/2013 7:51pm

SAN FRANCISCO - Para pemilik telefon pintar Amerika Syarikat (AS) cenderung untuk menggunakannya selepas mereka bangun pagi sehingga waktu tidur, menurut satu laporan yang ditaja Facebook.

"Telefon pintar yang mengandungi banyak aplikasi dan perkhidmatan data telah menyebabkan kita berhubung dengan keluarga, rakan dan komuniti selepas kita bangun sehingga waktu tidur," kata para penyelidik IDC dalam satu laporan yang disediakan pada minggu ini.

Kira-kira separuh daripada penduduk AS menggunakan telefon pintar.

Menurut IDC, bilangan pengguna telefon itu akan mencecah 181.4 juta orang pada tahun ini.

Kajian tersebut mendapati, bilangan pengguna telefon tersebut bakal bertambah kepada 222.4 juta dalam tempoh empat tahun lagi.

Lebih 7,000 orang yang berumur antara 18 hingga 44 tahun terlibat dalam kajian itu selama seminggu.

Kajian itu mendapati empat bagi setiap lima pengguna memeriksa telefon mereka selang 15 minit.

Tiga aplikasi telefon yang paling banyak digunakan itu ialah penghantaran mesej, melayari laman web dan Facebook. – AFP

Bank Negara pantau aliran wang keluar bantu pengganas

Posted:

Bank Negara pantau aliran wang keluar bantu pengganas

Bank Negara pantau aliran wang keluar bantu pengganas

29/03/2013 7:30pm

BACHOK - Bank Negara Malaysia sedang memantau pengaliran keluar wang melalui sempadan Sabah yang disyaki bertujuan membantu kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Katanya, semua bank yang beroperasi di Sabah perlu melaporkan segera kepada bank pusat jika terdapat pengeluaran wang yang mencurigakan terutama dalam skala yang besar.

"Siasatan boleh dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan akaun pengeluar boleh dibekukan jika mempunyai bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemantauan akan dilakukan secara lebih terperinci seperti memerlukan pengeluar wang menyatakan alamat penghantaran dan sebab wang itu dihantar untuk membendung perbuatan yang cuba membantu musuh negara.

Awang Adek berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tokoh ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam yang berkata pengaliran keluar wang kepada pihak luar sukar dikesan melainkan proses itu dilaksanakan secara rasmi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


AS hantar pesawat kalis radar

Posted:

AS hantar pesawat kalis radar

AS hantar pesawat kalis radar

GAMBAR menunjukkan pesawat B-2 Stealth terbang di sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Pyeongtaek, selatan Seoul semalam.


SEOUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan, sebanyak dua buah pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth terbang di ruang udara Korea Selatan semalam.

Penghantaran pesawat itu adalah bagi memberi mesej kepada Korea Utara bahawa AS komited untuk mempertahankan Korea Selatan daripada sebarang serangan.

Pesawat-pesawat yang tidak boleh dikesan dengan radar itu dibuat selepas Korea Utara memutuskan talian komunikasinya dengan Korea Selatan.

Roket-roket milik Korea Utara juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menyerang pangkalan-pangkalan AS di rantau Pasifik.

Tindakan Korea Utara itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barang mewah ke negara itu selepas rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu.

Pesawat-pesawat B-2 Stealth itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri.

Ia terbang sejauh 20,800 kilometer ke Korea Selatan.

Menurut Tentera AS dalam satu kenyataan, sebutir bom palsu digugurkan dari pesawat itu di sebuah lokasi di selatan Korea Selatan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan.

Kedua-dua pesawat itu menyertai latihan ketenteraan dengan tentera Korea Selatan yang telah mencetuskan kemarahan Korea Utara.

Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu mengancam untuk melancarkan Perang Korea Kedua dan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan AS. - Agensi

Ikan paus diburu untuk ditembak dengan alat pengesan

Posted:

Ikan paus diburu untuk ditembak dengan alat pengesan

Ikan paus diburu untuk ditembak dengan alat pengesan

GAMBAR fail seekor ikan paus biru.


SYDNEY - Sekumpulan saintis Australia menaiki bot untuk memburu beberapa ekor ikan paus biru di Lautan Selatan, Antartika selama tujuh minggu.

Saintis-saintis dari Divisyen Antartika Australia memburu ikan paus itu dengan tujuan untuk menembaknya supaya sebuah alat pengesan kecil satelit tertanam pada badan haiwan tersebut.

Alat pengesan itu akan membolehkan para saintis mengetahui pergerakan haiwan mamalia tersebut.

Ikan paus itu yang merupakan haiwan yang paling besar di dunia telah dikategorikan sebagai spesies terancam.

Menteri Alam Sekitar Australia, Tony Burke berkata, ikan paus itu boleh membesar sehingga lebih 30 meter dan mencecah berat 180 tan.

Menurutnya, lidah mamalia itu lebih berat daripada seekor gajah manakala hati ikan tersebut sebesar sebuah kereta yang kecil.

Setakat ini, para saintis tidak banyak mengetahui tentang kehidupan ikan paus itu. - Agensi

Dutt menangis semasa umum mahu serah diri

Posted:

Dutt menangis semasa umum mahu serah diri

Dutt menangis semasa umum mahu serah diri


GAMBAR menunjukkan Dutt mahu memeluk adiknya.


MUMBAI - Bintang Bollywood, Sanjay Dutt semalam menangis semasa dia mengumumkan tidak lagi mahu berjuang untuk mengelakkan dihukum penjara kerana didapati bersalah membeli sejumlah senjata api daripada gengster India.

Para penyokongnya sebelum ini mahu Dutt membuat rayuan selepas Mahkamah Tinggi India menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya pada minggu lalu kerana dia membeli senjata tersebut.

Dutt membeli senjata itu daripada kumpulan gengster yang terlibat dalam satu siri letupan bom pada tahun 1993 sehingga menyebabkan 257 orang mati.

Bagaimanapun, pada satu sidang akhbar di sini, Dutt yang disertai beberapa anggota keluarganya tidak dapat menahan titisan air matanya.

Dutt, 53, menyatakan, dia akan menerima takdir yang telah ditetapkan ke atas dirinya dan akan menyerah diri kepada pihak berkuasa penjara sebelum tarikh akhir penyerahan dirinya berakhir dalam tempoh tiga minggu lagi.

"Saya akan menyerah diri... mahkamah telah memberikan saya tempoh (untuk menyerahkan diri)," katanya kepada pemberita.

"Saya mahu memberitahu media dan penduduk di negara ini bahawa apabila saya tidak meminta diampunkan, tidak akan ada lagi perdebatan.

"Biarlah saya hidup dengan aman sehingga saya pergi... saya mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan," tambahnya.

Dia kemudian memeluk adiknya yang juga seorang ahli politik, Priya Dutt.

Dutt berharap akan menyelesaikan beberapa projek filemnya sebelum dia kembali ke penjara.

Aktor yang pernah membintangi filem Khalnayak itu sudah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan berhubung kes itu.

Dia yang terkenal sebagai perusuh dalam siri televisyen Munnabhai kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan kes rayuannya itu.

Dutt akan menjalani baki hukuman itu selepas dia menyerah diri.

Pelakon itu sebelum ini menegaskan, dia membeli senjata api dengan tujuan untuk melindungi keluarganya dalam rusuhan agama pada tahun 1993 yang meletus ekoran Masjid Babri dimusnahkan.

Ibunya ialah seorang Muslim manakala bapanya merupakan penganut Hindu.

Beberapa penganalisis berkata, hukuman tersebut bakal memberi tamparan hebat kepada industri hiburan India kerana beberapa projek filem lakonannya mungkin akan ditangguhkan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Diapercake unik dan comel

Posted:

Diapercake unik dan comel

Diapercake unik dan comel

Oleh NURUL IZZA ROSLY

DIAPERCAKE digubah oleh Azlin Huzaireen mengikut cita rasa pelanggannya.


APABILA menerima berita kelahiran bayi daripada ahli keluarga terdekat dan sahabat handai, pastinya otak ligat memikirkan hadiah yang mahu dibeli buat orang baharu.

Sudah menjadi kemestian majoriti daripada kita membeli pelbagai barangkeperluan bayi baik hamper mahupun kotak hadiah sepersalinan baju si comel yang banyak dijual di gedung-gedung barangan bayi.

Namun, bagi mereka yang mahu lari daripada pemberian hadiah yang klise dan mahukan kelainan, diapercake boleh dijadikan pilihan. Ia bukan sahaja comel dan unik, malah lain daripada yang lain.

Diapercake mula menjadi trend pemberian hadiah buat si comel sejak dua tahun lalu. Bagi yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan diapercake, ia merupakan diapers atau lampin bayi yang dibentuk menjadi kek ditambah dengan pelbagai keperluan bayi dan aksesori.

Suka-suka

Memandangkan ia sesuatu yang baharu di pasaran Malaysia, Azlin Huzaireen Mohd. Razaffli, 34, mula berjinak-jinak memasarkan diapercake hasil gubahan seni tangannya pada tahun 2011.

"Tidak terlintas untuk membuat bisnes kerana pada mulanya saya menjadikannya sebagai hobi sahaja.


AZLIN HUZAIREEN menjadikan laman sosial Facebook dan blog sebagai medium mempromosikan diapercake.


"Lama-kelamaan ia mendapat sambutan yang menggalakkan, jadi tidak salah untuk meneruskannya memandangkan ia dapat menjana pendapatan sampingan," katanya yang mencintai apa sahaja berkaitan kraf dan bayi.

Wanita berasal dari Kuantan, Pahang itu turut memasarkan diapercake melalui internet.

Anak pertama daripada empat beradik itu memberitahu, pada mulanya diapercake ciptaannya hanya mendapat sambutan dalam kalangan saudara-mara dan rakan-rakan rapat sebelum ia berkembang ke pasaran yang lebih luas.

Berbekalkan promosi daripada mulut ke mulut, semakin hari hasil gubahan diapercake Azlin Huzaireen mula mendapat tempat di hati pelanggan.

"Biasanya diapercake yang digubah mengandungi lampin pakai buang, rompers, washcloth musical soft toy, stokin, baby rattle, bedung dan soft book.

"Menggubah diapercake tidak susah, namun cabarannya adalah ketika memilih koordinasi warna. Ia perlu dipadankan dengan reka corak yang sedia ada dalam stok," ujarnya yang mengambil masa lebih kurang 30 minit bagi menggubah sebuah diapercake.

Permintaan pelanggan

Dia belajar seni gubahan diapercake melalui internet dan kaedah cuba jaya. Diapercake terbahagi kepada dua iaitu diapercake atau bakul hadiah digubah berdasarkan stok sedia ada dan tempahan pelanggan berdasarkan bajet, umur dan jantina bayi.

Diapercake biasanya untuk bayi baru lahir hingga berusia tiga tahun dijual serendah RM60 hingga RM300 bergantung kepada barang yang digunakan.

Masih bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat, Azlin Huzaireen memberitahu, tempahan diapercake diterima melalui panggilan telefon dan dalam talian.


AZLIN HUZAIREEN mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menggubah sesebuah diapercake.


Setelah pembayaran dilunaskan, diapercake akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos laju atau diambil sendiri oleh pelanggan jika berada di sekitar Kuala Lumpur.

"Permintaan tidak terhad di sekitar Lembah Klang sahaja kerana diapercake gubahan saya turut mendapat permintaan dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

"Modal permulaan perniagaan ini adalah sebanyak RM1,000. Perniagaan ini hanya dilakukan secara dalam talian memandangkan saya masih bekerja sepenuh masa," katanya yang mendapatkan stok pakaian kanak-kanak dari sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Menghasilkan 20 diapercake dalam tempoh seminggu tidak menjadi masalah, memandangkan dirinya sangat meminati seni gubahan.

Sebelum serius menggubah diapercake Azlin Huzaireen sering kali membantu rakan dan saudara-mara menyiapkan hantaran sama ada hantaran pertunangan, perkahwinan dan menghasilkan bunga telur.

Kini, dia mempelbagaikan produk perniagaan seperti bakul dan kotak hadiah.

Selain itu, Azlin Huzaireen turut menyediakan keperluan ibu selepas bersalin dan berpantang dengan menjual korset Premium Beautiful yang dikenali sebagai bengkung moden.

"Setiap perniagaan pasti ada cabarannya, dalam perniagaan diapercake ini, saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan stok.

"Begitupun, saya berharap bisnes ini berkembang maju dan mendapat tempat di hati pelanggan," ujarnya yang memasang impian untuk membuka kedai menjual pelbagai kelengkapan ibu dan anak.

Segalanya tentang hijab

Posted:

Segalanya tentang hijab

Segalanya tentang hijab

Oleh NURUL IZZA ROSLY


HIJAB Walk disertai oleh kanak-kanak serta gadis-gadis di sekitar taman KLCC untuk memberikan setangkai bunga ros dan tudung kepada kaum Hawa.


SEBUT sahaja hijab pasti semua dapat membayangkan wanita ayu menutup bahagian kepala bagi mengelakkan rambutnya kelihatan. Namun, definisi hijab itu meluas dan ia bukan sekadar menutup bahagian kepala sahaja, tetapi menutup aurat mengikut syariat Islam.

Tidak dinafikan ramai dalam kalangan anak-anak gadis kini, semakin cenderung mengenakan hijab atau tudung bagi memenuhi tuntutan Islam, namun hakikatnya ada antara mereka masih tidak faham mengenai istilah menutup aurat dalam konteks Islam.

Menyedari situasi tersebut, komuniti Facebook, We Are Beautiful, Allah Love Us dengan kerjasama Wanita Ikram Wilayah Persekutuan Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan sebuah program iaitu Hijab Event 2013.

Program yang berlangsung Februari lalu bertempat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat idea sebenar mengenai aurat menurut pandangan Islam.

Walaupun hijab bukan satu perkara baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia, masih terdapat kekeliruan mengenainya.

Program yang bermula seawal pukul 8 pagi dan berakhir pada 1 tengah hari itu diisi dengan pelbagai aktiviti yang direncanakan pihak penganjur.

Antaranya ialah Hijab Walk, forum Hijab Talk, demonstrasi hijab dan pertandingan video.

Program yang dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris berikutan terdapat panel jemputan dan peserta berbangsa asing itu berjaya menarik minat 350 orang peserta walaupun sasaran asalnya adalah seramai 300 orang peserta sahaja.


DEMONSTRASI pemakaian hijab dilakukan sebagai selingan forum.


Bertudung kerana Allah

Apabila berbicara tentang hijab pastinya penyertaannya meliputi golongan Hawa sahaja dan terbuka kepada wanita Islam dan bukan Islam.

Ruang solat masjid tersebut hari itu dipenuhi dengan wanita pelbagai lapisan umur yang sedang khusyuk mendengar butir bicara ahli panel dan tidak kurang pula mencatat nota supaya pesanan sentiasa tersemat di ingatan.

Menurut Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, ada segelintir wanita memakai tudung kerana suami dan ayah. Jika tidak, mereka tidak akan memakainya.

"Mereka pakai tudung kerana orang, bukannya kerana tuntutan agama dan suruhan Allah.

"Pakai tudung bukan kerana emak suruh, tetapi kerana Allah mahukan kita berbuat demikian dan lakukannya semata-mata kerana Allah," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Ikram Malaysia.

Tambahnya, dengan menutup aurat, ia menimbulkan hubungan santun antara manusia berlainan jantina. Wanita yang menutup aurat akan berasa selesa, selamat, dihormati dan sejahtera.

Harlina mengumpamakan menutup aurat seperti bonggol jalan kerana orang akan berhati-hati apabila berinteraksi selain ia meningkatkan keyakinan diri.

"Harus diingat bahawa, hijab bukannya rambut palsu yang boleh ditukar-tukar. Banyak persepsi salah mengenainya dan menganggap memakai hijab sekadar menutup rambut sahaja.

"Topi juga bukan pengganti hijab, ada juga menggunakannya walhal ia tidak menutup aurat yang sepatutnya sama seperti gaya bertudung kini yang keterlaluan," ujarnya menggalakkan pemakaian tudung yang sederhana.

Bagi wanita yang berhijab Harlina mengingatkan supaya tidak 'menghukum' rakan yang tidak memakai hijab atau baharu sahaja yang mengenakannya kerana mereka mungkin lebih baik daripada diri si penilai.


PESERTA ini menarik perhatian hadirin turut menyuarakan pendapatnya mengenai hijab.


Bersederhana

Dalam pada itu, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fadila Grine yang turut menjadi panel pada forum Hijab Talk memberitahu ada sebahagian wanita berhijab, tetapi sebenarnya 'berbogel' kerana memakai baju yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.

"Ada pula yang mengambil masa terlalu lama untuk memakai tudung kerana mahu nampak cantik.

"Kenapa ini terjadi? Sebab mahu membuatkan orang tertarik kepadanya. Itu sudah salah sama sekali, kita seharusnya memakai hijab kerana Allah," katanya.

Fadila memberitahu, pemakaian hijab perlu selari dengan konsep haya' (malu) iaitu malu kepada Allah atas segala perbuatan yang melanggar perintah-Nya.

"Pakailah hijab secara sederhana dan tidak keterlaluan hingga tidak menepati syariat.

"Hijab bukan sekadar menutup luaran sahaja, malah dalaman (hati) juga perlu dititikberatkan juga dengan menunjukkan contoh yang baik," ujarnya.

Ketika forum berlangsung yang dikendalikan oleh selebriti terkenal, Wardina Safiyyah Fadlullah, pengunjung di taman KLCC didatangi oleh wanita dan kanak-kanak yang melakukan Hijab Walk.

Pengunjung di taman, baik wanita Islam mahupun bukan Islam diberikan sekuntum bunga ros dan sehelai hijab selain risalah mengenai menutup aurat secara sempurna.

Tidak mahu hadirin hanya mendengar forum, diadakan juga demonstrasi empat jenis gaya pemakaian tudung oleh label tudung, Jumana selain mengadakan gerai-gerai jualan di ruang legar masjid.

Rapatkan hubungan mertua berbeza agama

Posted:

Rapatkan hubungan mertua berbeza agama

Rapatkan hubungan mertua berbeza agama


APABILA bergelar pasangan yang sah, seorang suami atau isteri juga harus menerima kehidupan baharu bersama keluarga mertua yang berbeza agama. - Gambar Hiasan


PERKAHWINAN antara dua individu yang mempunyai latar belakang agama dan budaya berbeza bukan lagi perkara luar biasa dalam kalangan masyarakat hari ini.

Begitupun, kajian membuktikan kebanyakan pasangan yang berkahwin dengan individu berbeza agama dan budaya mempunyai masalah dalam mewujudkan keharmonian hidup berumah tangga terutama dalam konteks interaksi bersama keluarga mertua.

Mungkin ada yang beranggapan, pedulilah dengan keluarganya kerana yang berkahwin dan diterima dalam hidup anda ialah si anak.

Mereka yang memegang prinsip sebegini perlu berusaha untuk menukar prinsip tersebut kerana perlu diingat, tanpa ibu bapanya, tidak mungkin anda dapat mengahwini pasangan anda.

Anda boleh merapatkan hubungan dengan keluarga mertua dengan syarat bersedia dan berusaha ke arahnya.

Antara perkara yang perlu dilaksanakan adalah menerima keluarga mertua seadanya, melayan mereka sebagai manusia biasa, meluangkan waktu dan melaksanakan komunikasi bijaksana.

Terima seadanya

Walaupun anda dan keluarga mertua berbeza agama serta budaya, itu bukan alasan untuk menolak mereka.

Fikirlah, mereka bersedia menerima anda sebagai menantu. Mungkin mereka juga perlu menerima keputusan si anak untuk menukar agama amalan mereka sekeluarga sebelum ini.

Jika mereka boleh menerima anda seadanya demi kebahagiaan anak mereka, pastinya anda juga boleh menerima mereka seadanya.

Hormatilah mereka sebagai ibu bapa pasangan anda. Ikhlaskan hati dalam menerima mereka, hormati prinsip hidup dan amalan agama mereka asalkan tidak bercanggah dengan prinsip agama anda. Jika berlawanan, berterus-terang secara berhemah agar tiada hati yang terasa.

Layan sebagai manusia biasa

Biar apa juga agama yang menjadi pegangan dan amalan seseorang, selagi dia manusia maka individu tersebut perlu dilayan sebagai seorang manusia. Fitrah seorang manusia mahu dilayan dengan baik sebagai manusia iaitu difahami, diterima, dihormati, disayangi, diberi perhatian dan dipercayai.

Setiap manusia sekeliling kita mahukan layanan sebegini termasuklah pasangan anda dan ahli keluarganya.

Prinsip asas setiap agama dan fahaman yang diamalkan di dunia ini juga menekankan kepada tingkah laku baik serta berperibadi mulia, cuma berbeza iktikad dan ketuhanan.

Luangkan masa

Usaha menerima dan melayan keluarga mertua sukar dilaksana andai anda gagal meluangkan masa untuk mereka.

Meluangkan masa bermaksud anda melakukan aktiviti bersama, menziarahi mereka pada hujung minggu, memasak atau makan bersama-sama.

Paling tidak pun, sentiasa berbual atau melayan mereka bersembang apatah lagi jika ibu bapa mertua anda warga emas yang memerlukan perhatian.

Mereka mungkin tidak boleh 'dilawan sembang' tetapi jika anda dapat menjadi pendengar yang setia maka ia pasti membibitkan keakraban silaturrahim.

Jika anda bermasalah dalam mengambil hati ibu bapa mertua, tetapi mampu menambat hati nenek mertua, hajat anda bakal kesampaian dalam tempoh terdekat.


BELAJAR budaya dan adat keluarga mertua untuk mengeratkan lagi hubungan dengan mereka. - Gambar hiasan


Komunikasi bijaksana

Dalam setiap hubungan, komunikasi memainkan peranan penting. Bersama tanpa interaksi mewujudkan komunikasi negatif yang tidak membantu usaha merapatkan hubungan.

Komunikasi yang diperlukan adalah komunikasi yang efektif, bijaksana dan mampu memberikan hasil yang positif.

Pelajarilah bahasa mereka jika berbeza dengan bahasa pertuturan anda. Sebagai permulaan, pasangan anda boleh bertindak sebagai jurualih bahasa atau penterjemah.

Situasi tersebut mungkin sedikit rumit, tapi boleh jadi lucu dan meriah. Jika perlu, boleh menggunakan bahasa isyarat, gambar atau apa saja yang dapat membantu anda.

Kesungguhan anda untuk berinteraksi menyebabkan mereka menyayangi anda. Jangan sesekali berasa putus asa untuk mendekati mereka terutama bagi anda yang tidak diterima oleh keluarga mertua.

Ada ibu bapa yang merasakan menantu merampas anak mereka apabila si anak bertindak menukar agama untuk bersama pilihannya dan mereka akan kecewa. Rasa kecewa dan sakit hati yang dialami oleh keluarga mertua merupakan perkara biasa.

Menjadi tanggungjawab anda untuk membuktikan kepada keluarga mertua bahawa anak mereka tidak tersalah apabila memilih anda. Ambil hati, pujuk dan curahkan kasih sayang yang ikhlas kepada mereka.

Sekeras-keras batu, masih mampu dilekukkan oleh titisan air tanpa jemu, apatah lagi hati manusia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Backstreet Boys kembali

Posted:

Backstreet Boys kembali

Backstreet Boys kembali

BACKSTREET BOYS akan menyambut ulang tahun ke-20 mereka pada 20 April ini dengan melancarkan album terbaharu.


KUMPULAN Backstreet Boys satu nama yang cukup gah pada penghujung tahun 90-an dengan 130 juta unit album terjual di seluruh dunia. Tanyalah kepada mana-mana wanita yang membesar pada zaman itu, pastinya mereka cukup mengenali lima jejaka kacak, A.J McLean yang kini telah berusia 35 tahun, Howie Dorough, 39, Brian Littrell, 38, Kevin Richardson, 41, dan anggota termuda mereka, Nick Carter, 33.

Selepas 20 tahun, mereka berlima masih lagi berdiri di pentas menghiburkan peminat tanpa jemu. Bagaimanapun, peningkatan usia jelas kelihatan pada wajah mereka ketika berkunjung ke Malaysia atas undangan persembahan di Konsert Twin Tower @Live 2013 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Empat daripada mereka telah berkahwin dan mempunyai anak dengan pasangan masing-masing, manakala Nick telah bertunang dengan kekasihnya selama empat tahun, Lauren Kitt pada Februari lalu.

"Ya, kehidupan kami telah banyak berubah sepanjang 20 tahun. Kebanyakan daripada kami semuanya telah berkahwin dan mempunyai anak dan tidak lama lagi Nick akan menyertai kami (ketawa).

"Sekarang kehidupan kami lebih stabil dan lengkap. Memang kami seronok bergelar bapa dan menghabiskan masa bersama anak-anak tetapi minat kami pada muzik tidak pernah pudar sehingga ke hari ini. Mungkin sebab itu Backstreet Boys tidak pernah bubar dan terus berada di atas pentas menghiburkan peminat," kata Howie.

Bercakap tentang muzik Backstreet Boys yang telah melalui perubahan seiring dengan peredaran waktu dan penambahan usia anggotanya, Brian mengatakan dia cukup bersyukur kerana Backstreet Boys diterima dan terus diminati selepas 20 tahun.

"Tidak sangka dan sangat bersyukur kerana kami mempunyai peminat yang setia serta sentiasa memberi sokongan di mana sahaja kami berada. Saya akui Backstreet Boys banyak mengalami perubahan bukan sahaja pada kehidupan peribadi sahaja tetapi secara keseluruhannya.

"Muzik kami juga telah berubah ke arah lebih dinamik dan matang sesuai dengan usia kami ketika ini. Namun, semua itu tidak mengubah identiti kumpulan Backstreet Boys, kami tetap sama seperti dahulu cuma komitmen kini lebih besar memandangkan masing-masing sudah berkeluarga," balas Brian.

Disoal bagaimana mereka bersaing dengan kumpulan dan penyanyi baharu yang muncul, balas Howie, mereka tidak perlu bersaing kerana Backstreet Boys mempunyai pengikut yang setia.


BACKSTREET Boyz teruja untuk kembali bertemu peminat mereka pada masa akan datang.


"Kami tidak perlu bersaing, sebaliknya kami menyokong penyanyi dan kumpulan generasi baharu. Apa yang penting kami harus sentiasa menghasilkan lagu-lagu berkualiti dan juga persembahan yang terbaik untuk peminat," ujar Howie.

Sungguhpun begitu, akui Nick perasaan berada kembali di atas pentas dan mengadakan persembahan di seluruh dunia cukup mengujakannya.

"Saya rasa seperti kembali ke masa dahulu, di mana kami mengadakan konsert jelajah. Cukup seronok dan bersyukur apabila kami kembali di atas pentas persembahan selepas senyap seketika daripada industri seni.

"Bagaimanapun pada usia kami sekarang, kami harus bekerja lebih kuat untuk mengekalkan stamina di atas pentas," tuturnya yang pernah muncul dengan program realiti House Of Carter bersama adik-beradiknya.

Penyatuan Kevin

Kevin yang merupakan sepupu kepada Brian, sebelum ini pernah mengundurkan diri daripada kumpulan Backstreet Boys pada tahun 2006 selepas 13 tahun bersama untuk memberi fokus kepada keluarga dan kehidupannya.

Namun, pada April 2012, kumpulan Backstreet Boys mengumumkan Kevin telah kembali bersama mereka secara tetap dan akan terlibat dalam pembikinan album terbaharu yang dijangka keluar pada 20 April ini.

"Keputusan untuk keluar daripada Backstreet Boys sangat sukar bagi saya tetapi ketika itu, mengundur diri merupakan keputusan yang terbaik. Hubungan kami tetap rapat meskipun saya tidak bersama mereka.

"Tahun lepas, saya mengambil keputusan untuk kembali bersama Backstreet Boys kerana hati saya mengatakan sudah sampai masanya untuk saya kembali," kata Kevin.

Album terbaharu yang akan muncul pada tahun ini merupakan album pertama mereka rakamkan bersama semua ahli asal selepas album Unbreakable (2007) dan This Is Us (2009) yang dirakamkan tanpa Kevin.

Menurut Brian, meskipun Kevin telah keluar daripada Backstreet Boys, tetapi mereka tidak pernah menghalang andai Kevin ingin kembali semula bersama mereka.

"Selepas Kevin kembali, saya rasakan seperti abang sulung telah kembali ke pangkuan keluarga (ketawa). Adanya Kevin kami lebih stabil dan kuat kerana Kevin merupakan tenaga positif dalam kumpulan ini," ujar Brian yang berkahwin dengan model dan aktres Leighanne Wallace yang ditemui pada pembikinan muzik video lagu As Long As You Love Me.

Tambah Kevin, mereka berlima telah tinggal bersama selama sebulan di London untuk pembikinan album terbaharu dan bekerja bersama penerbit Martin Terfere yang pernah bekerja dengan penyanyi Train dan Jason Mraz.

"Tinggal bersama telah membuatkan kami mengimbas seperti zaman muda. Kami hanya tinggal bersama buat sementara waktu sahaja iaitu sebulan, saya tidak boleh tahan jika tinggal lebih lama bersama mereka kerana mereka akan berperangai gila-gila (ketawa)," ucap Kevin.


LEBIH 20, 000 peminat setia Backstreet Boysberpuas hati dengan persembahan sulung mereka di Malaysia.


Ulang tahun

Tanggal 20 April ini merupakan tarikh keramat buat kumpulan Backstreet Boys apabila mereka akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-20 Backstreet Boys dan dalam pada masa yang sama melancarkan album terbaharu mereka.

Majlis ulang tahun itu akan diadakan diadakan di California, Amerika Syarikat bersama peminat. Kemudian pada 22 April kumpulan itu sekali lagi diraikan apabila nama mereka terpahat di Hollywood Walk Of Fame yang menjadi mercu tanda di Hollywood.

"Kami sudah tidak sabar untuk bersama peminat meraikan ulang tahun ke-20 kami. Apa yang pasti sambutannya akan dibuat secara besar-besaran khas buat peminat yang bersama kami selama 20 tahun.

"Kami juga cukup berbangga kerana selepas 20 tahun di dalam industri seni, akhirnya kami diberi penghargaan untuk nama Backstreet Boys berada di Hollywood Walk Of Fame yang menjadi tanda kejayaan kami. Terima kasih kerana terus menyokong kami," ujar A.J.

Selain itu, bermula bulan Mei depan, kumpulan itu akan memulakan siri konsert jelajah ke seluruh dunia dan Malaysia turut tersenarai sebagai destinasi konsert tersebut.

"Kami akan bertemu anda selepas ini di konsert jelajah. Kamu semua peminat yang hebat. Ini hanyalah sebuah konsert pemanas badan sahaja, nantikan konsert yang sebenar tidak lama lagi. Kami sayang anda semua," kata Kevin ketika membuat persembahan di Konsert Twin Tower @Live 2013.

Maskara bukan Desperate Housewife

Posted:

Maskara bukan Desperate Housewife

Maskara bukan Desperate Housewife

DARI kiri: Anzalna, Lisa Surihani, Adrea Abdullah dan Nasha Aziz menjadi tunjang utama drama Maskara.


SELEPAS kali terakhir mengarahkan drama bersiri Dottie tiga tahun lalu, pengarah drama Maskara, Nizam Zakaria kembali dengan buah tangan terbaharu menerusi drama komedi ringan, Maskara.

Maskara mengisahkan kehidupan empat wanita daripada pelbagai peringkat usia bernama Lynn (Lisa Surihani), Liza (Nasha Aziz), Hani (Anzalna Nasir) dan Sue (Adrea Abdullah) dalam mengharungi kehidupan di ibu kota Kuala Lumpur.

Berlakon bersama pelakon senior seperti Nasha Aziz yang telah banyak melakar kejayaan, kata Lisa, ia memberikan pengalaman baharu kepadanya.

"Tambah teruja sebenarnya apabila dapat berlakon bersama Nasha. Dia mempunyai cara tersendiri dan dia telah mengkaji karakter pelakon lain sebelum masuk ke dalam set," ujarnya yang ditemui pada sidang akhbar pelancaran drama Maskara di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Nizam, Maskara mengetengahkan elemen mockumentary (penceritaan ala dokumentari di luar realiti selepas sesuatu kejadian berlaku) dan pada masa sama menyampaikan mesej dalam mengangkat martabat golongan wanita.

"Proses sebelum penggambaran drama ini mengambil masa lebih setahun untuk saya mengolah skrip, jalan cerita, memilih warna serta konsep. Seperti karya saya sebelum ini, saya lebih menitikberatkan elemen pengarahan seni," kata Nizam.

Tegasnya, drama tersebut tidak meniru drama bersiri popular Amerika Syarikat, Desperate Housewife biar pun intipati dan subjek yang ingin ditonjolkan dilihat seakan-akan sama.

"Konsep mockumentary yang digunakan langsung tidak sama seperti Desperate Housewife, cuma momen dan subjek yang digunakan hampir sama kerana ia adalah satu genre.

"Maskara tidak meniru Desperate Housewife. Genre ini juga banyak digunakan dalam drama atau filem di Barat sama seperti cerita adiwira dan seram, cuma olahannya saja yang membezakan setiap cerita," ujarnya.

Drama terbitan KRU Studios itu memberikan hak penyiaran eksklusif secara digital bersama Maxis, Digi dan khususnya pengguna telefon pintar iPhone.

Maskara akan bersiaran secara rasmi di slot Arca pukul 10 malam di saluran RTM1 setiap hari Khamis dan Jumaat bermula April ini.

Aura kehebatan 2NE1

Posted:

Aura kehebatan 2NE1

Aura kehebatan 2NE1

Oleh HARYATI KARIM


2NE1 yang kali pertama hadir ke Malaysia baru-baru ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan oleh peminat mereka.


KEMUNCULAN kumpulan wanita popular dari Korea Selatan 2NE1 amat dinanti-nantikan peminat selepas konsert New Evolution yang sepatutnya berlangsung pada Disember tahun lalu di Kuala Lumpur telah dibatalkan.

Kunjungan kali pertama mereka di Malaysia atas undangan persembahan di konsert Twin Tower @Live 2013 pada Sabtu lalu bersama kumpulan Backstreet Boys menerima sambutan hangat apabila lebih 20,000 penonton membanjiri pekarangan KLCC.

Selepas persembahan Caprice, One Nation Emcee dan Mizz Nina, kumpulan 2NE1 yang dianggotai empat gadis, CL, Minzy, Sandara Park dan Park Bom muncul pada pukul 10.20 malam telah membuatkan peminatnya terutama remaja menjerit kegembiraan.

Muncul di atas pentas dengan gaya santai, sesuai dengan cuaca panas di Malaysia, mereka mendendangkan enam buah lagu iaitu Fire, Can't Nobody, Lonely, Ugly, I Am The Best dan I Love You.

Tidak hanya menyanyi, sesekali mereka juga berinteraksi dengan peminat dan memberitahu kini mereka dalam proses menyiapkan album terbaharu.

"Terima kasih kerana hadir, anda semua peminat yang hebat. Kami tidak dapat berada lama di Malaysia dan sebab itu kami tidak sempat untuk menerokai keindahan Malaysia.

"Kami berharap dapat bertemu dengan peminat dan mengadakan konsert sulung di Malaysia pada masa akan datang. Buat masa sekarang kami sedang sibuk menyiapkan material untuk album terbaharu," ujar CL.

Bukan itu sahaja, mereka berempat juga mencuit hati peminat apabila cuba mempelajari bahasa Melayu dengan bertutur: "Apa khabar Malaysia dan saya sayang Malaysia."

Ternyata, 2NE1 yang digelar Big Bang versi wanita telah membuat persembahan yang memuaskan hati penonton terutamanya ketika mendendangkan lagu berhantu mereka I Am The Best dengan cukup bertenaga sekali.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved