Selasa, 12 Mac 2013

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pilihan komuniti Subang sejak 25 tahun

Posted:

Pilihan komuniti Subang sejak 25 tahun

Pilihan komuniti Subang sejak 25 tahun


PUSAT beli-belah ini melalui banyak fasa pembaharuan demi memastikan ia kekal relevan.


MENJADI satu-satunya pusat beli-belah paling hype dan terpanjang di Asia Tenggara suatu masa dahulu, Subang Parade masih mengekalkan momentum kunjungan warga beli-belah generasi urban, lama dan baharu.

Beroperasi selaku pusat beli-belah yang membekalkan kemudahan dalaman yang moden dan pelbagai, Subang Parade baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-25 dalam acara yang penuh meriah seiring dengan sambutan Tahun Baru Lunar, Tahun Ular.

Menjadi pilihan berdekad lamanya dalam kalangan komuniti Subang Jaya dan kawasan berdekatan, pihak pengurusan Subang Parade teruja untuk menyampaikan token penghargaan kepada pengunjung setia pusat tersebut di samping memberi hadiah kepada pemenang pereka logo ulang tahun ke-25 Subang Parade pada acara sambutan ulang tahun berkenaan.

"Kami amat berbesar hati dengan segala sokongan yang diberikan oleh komuniti setempat sejak Subang Parade dibuka pada tahun 1988.

"Di sebalik latar niaga yang penuh persaingan, iaitu dengan pertumbuhan kira-kira 90 pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang, kami dengan jayanya mampu menjadi antara pilihan utama komuniti di sini," kata Pengurus Pusat Subang Parade, Ong Boon Hock.

Rentetan sambutan ulang tahun itu, beliau memberitahu, pihak pengurusan Subang Parade sebelum itu menganjurkan pertandingan mencipta logo ulang tahun ke-25 pusat beli-belah berkenaan.

Pemenang pertandingan tahun ke-25 Subang Parade, Muhammad Falihin, 34, yang mereka logo angka 25 menggunakan warna perak dan merah jambu dalam bentuk hati membawa pulang wang tunai RM5,000.

Selain itu, 25 orang pengunjung setia Subang Parade turut diberi sambutan istimewa.

"Mereka dipilih menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti yang diadakan di Subang Parade serta penglibatan dalam laman sosial Facebook pusat beli-belah ini," kata Boon Hock lagi.

Aplikasi kesan kedudukan masjid

Posted:

Aplikasi kesan kedudukan masjid

Aplikasi kesan kedudukan masjid

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


INISIATIF Wardi dan pasukannya daripada Guanoolab.com membangunkan aplikasi FindMasjid bertujuan untuk menggalakkan komuniti Muslim mengimarahkan masjid.


BAGI umat Islam yang mementingkan solat berjemaah dalam kehidupan sehari-hari, masjid pasti menjadi persinggahan wajib walau di mana sahaja mereka berada.

Oleh itu, sekiranya berada di luar kawasan sekalipun, mereka seboleh-bolehnya akan cuba mencari masjid atau surau berhampiran untuk menunaikan kewajipan solat lima waktu.

Menyedari hakikat itu, pembangun aplikasi mobil tempatan, Guanoolab.com tampil memperkenalkan aplikasi sulung ciptaan mereka yang dinamakan FindMasjid.

Naib Presiden Operasi Guanoolab.com, Mohd. Wardi Hilmi, 34, berkata, FindMasjid merupakan satu inisiatif permulaan dalam usaha menggalakkan komuniti Muslim mendekati masjid.

"Niat kami hanya untuk membantu mengimarahkan masjid-masjid yang ada di kawasan masing-masing. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengesan kedudukan dan lokasi sesuatu masjid jika mereka berada di luar kawasan atau kariah.

"Selain masjid, ia turut memaparkan lokasi surau berhampiran. Antara ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam aplikasi ini termasuklah ruang carian, memuat turun gambar aktiviti masjid dan respons terhadap aplikasi ini," ujar Wardi ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Aplikasi FindMasjid versi Android ini sudah berada di Google Play Store bermula 20 Februari lalu dan ia boleh dimuat turun secara percuma di laman tersebut.

Menurut Wardi, setakat ini lebih 20 lokasi masjid di sekitar Lembah Klang sudah berada dalam paparan aplikasi berkenaan. Antaranya termasuklah Masjid Sultan Mizan atau Masjid Besi di Putrajaya, Masjid Negara, Masjid Imam As-Shafie di Maluri dan Masjid Kem Tentera Sungai Besi.

"Melalui aplikasi ini juga, para pengguna boleh menambah koleksi masjid sedia ada yang pernah dikunjungi sekiranya mereka berada di luar daerah.

"Ia boleh dilakukan dengan cara memuat naik lokasi, data, Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan gambar masjid lain yang pernah dikunjungi sekiranya mereka berada di luar daerah sebagai maklumat kepada pengguna lain.

"Dengan cara ini, pengguna yang mempunyai aplikasi ini dapat mengetahui lokasi masjid terbaharu yang dimuat naik," jelas Wardi sambil memberitahu aplikasi FindMasjid versi iOS juga telah berada di pasaran bermula 1 Mac lalu.

Tambahnya lagi, pihaknya tidak akan membuat apa-apa iklan komersial melalui aplikasi ini kerana tidak mahu mencampur aduk niat murni dalam mengajak orang ramai ke masjid dengan niat menambah pendapatan.

"Inisiatif ini merupakan khidmat bakti kami kepada masyarakat tanpa berharap pada sebarang imbuhan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat beragama Islam agar lebih mendekati masjid dan surau.

"Saya percaya, jika kita buat sesuatu perkara yang baik, Allah akan membalasnya dengan pelbagai cara. Justeru, atas kepercayaan itu, kami di Guanoolab.com tidak akan meletakkan ruang iklan komersial," luah Wardi jujur.

Graduan Teknologi Maklumat dalam jurusan Multimedia dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu juga berharap agar lebih ramai pengguna akan memuat turun aplikasi FindMasjid untuk kemudahan mereka.

Guanoolab.com ditubuhkan hasil daripada gabungan lima sahabat yang menjalin hubungan secara maya untuk membangunkan aplikasi mobil berkualiti pada masa hadapan.

Uniknya, kesemua mereka tidak pernah bertemu secara bersemuka, tetapi hanya menjalankan tugas di tempat masing-masing. Kecanggihan teknologi ternyata memudahkan mereka untuk berkomunikasi dan berhubung tanpa perlu berjumpa.

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, layari laman web www.guanoolab.com.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Selangor hormati Tampines

Posted:

Selangor hormati Tampines

Selangor hormati Tampines

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

IRFAN BAKTI (kanan) bersalaman dengan Bacina selepas sidang media di Stadium Shah Alam semalam.


SELEPAS dikecewakan pada aksi sulung, Selangor kini terdesak untuk memburu tiga mata pertama pada aksi kedua Piala AFC menentang Tampines Rovers di Stadium Shah Alam malam ini.

Skuad Gergasi Merah itu tewas 0-1 kepada kelab India, East Bengal menerusi jaringan tunggal Lalrindika Ralte pada 27 Februari lalu.

Tampines dari Singapura pula kalah mengejut 2-3 kepada wakil Vietnam, Xuan Thanh Saigon pada aksi pembukaan Kumpulan H Piala AFC, 6 Mac lalu.

Selangor yang masih segar dengan kejayaan membelasah Johor Darul Takzim (Johor DT) 4-1 pada saingan Liga Super, Sabtu lalu tidak rela berputih mata di laman sendiri.

Jurulatih Gergasi Merah, Irfan Bakti Abu Salim mengakui hanya kemenangan ke atas pasukan yang dikenali sebagai skuad Rusa itu dapat meletakkan kembali juara 32 kali Piala Malaysia di landasan tepat dalam memburu trofi Piala AFC.

Bekas jurulatih Terengganu itu berkata, beliau tidak mahu barisan pemain terlalu mengambil mudah cabaran Tampines selain menganggap pasukan yang dibarisi pemain-pemain kebangsaan Singapura itu sebagai salah sebuah kelab yang hebat di Kota Singa.

"Kami menghormati Tampines kerana mereka adalah juara Liga Singapura (Liga S).

"Selain itu, mereka dibarisi lima pemain kebangsaan Singapura (Mustafic Fahrudin, Shahdan Sulaiman, Mohamad Shaiful Esah Nain, Mohamad Firdaus Kasman dan Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal) serta beberapa pemain import yang mendapat kerakyatan.

"Saya menjangkakan ia bakal menjadi satu pertembungan sukar buat kedua-dua pasukan. Saya mengetahui bahawa rakan sejawatan saya, (jurulatih Tampines), Nenad Bacina turut berhajat untuk memperoleh tiga mata pertama selepas kami tewas pada aksi pertama Piala AFC.

"Selain itu, Selangor masih belum dapat mengesahkan status S. Kunanlan dan K. Gurusamy kerana kedua-dua pemain ini ditimpa kecederaan ketika menentang Johor DT. Saya perlu melakukan sistem penggiliran pemain.

"Ia penting untuk mengelakkan pemain-pemain lain ditimpa masalah yang sama," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Piala AFC di Stadium Shah Alam petang semalam.

Sementara itu, Bacina mengakui yang mereka tetap memperoleh kejayaan sekiranya berjaya mengikat Selangor.

Pengendali kelahiran Croatia itu turut memberikan amaran kepada barisan pemain agar mengawasi beberapa pemain utama Selangor sekiranya berhasrat untuk mencuri satu mata di Shah Alam malam ini.

"Situasi kami sama seperti Selangor. Rancangan kami adalah membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

"Saya menyedari bahawa kami adalah pasukan pelawat dan kelebi- han dilihat lebih memihak kepada Selangor.

"Selain itu, kami akan berwaspada dengan ancaman pemain sayap, Kunanlan dan penyerang, Mohd. Amri Yahyah yang dilihat mampu mengubah rentak perlawanan," katanya.

FAM lali dilanda kontroversi

Posted:

FAM lali dilanda kontroversi

FAM lali dilanda kontroversi

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


HAMIDIN (tengah) memberikan penjelasan kepada pihak media selepas mempengerusikan JKPT FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) seolah-olah sudah lali dilanda kontroversi.

Keputusan badan induk itu memperkenalkan peraturan yang buat julung-julung kalinya membenarkan tiga pemain tempatan menyertai pasukan lain sebaik pendaftaran pemain dibuka semula April depan pastinya mengundang polemik baharu dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan.

Biarpun Peraturan Am 4.5.5 Liga Malaysia (2013-2016) hanya membenarkan tiga pemain berkenaan berhijrah jika mendapat 'lampu hijau' daripada majikan asal, masa depan pemain tertentu, terutamanya yang gagal mencapai prestasi memberangsangkan seolah-olah berada 'di hujung tanduk' sekiranya dijual kepada mana-mana pasukan.

Begitupun, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berharap peraturan baharu itu dilihat dari sudut positif.

Hamidin berkata, peraturan itu memberikan peluang sama rata kepada pasukan bagi menggantikan pemain yang cedera atau gagal mencapai aksi terbaik ketika pendaftaran pemain dibuka pada 8 hingga 22 April depan.

"Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar tiga pemain tempatan baharu sama ada secara pinjaman atau pendaftaran baharu dengan syarat pemain itu mendapat pelepasan daripada pasukan asal.

"Selain itu, peraturan baharu ini turut merangkumi dua pemain import baharu seperti mana musim sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan JKPT, Datuk Affendi Hamzah.

Hamidin memberitahu, peraturan baharu itu tidak bercanggah dengan garis panduan yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), selain pihaknya juga tidak menolak kemungkinan menggubal semula peraturan berkenaan supaya mana-mana pasukan boleh merombak sepenuhnya pasukan masing-masing pada masa akan datang seperti mana Liga Perdana England.

Kelima-lima pemain baharu yang bakal didaftarkan itu juga tidak mempunyai tempoh menunggu dan dibenarkan beraksi sebaik permohonan diluluskan.

"Ketika ini, kami masih belum menerima permohonan daripada mana-mana pasukan berhubung pendaftaran pemain baharu tersebut.

"Bagi pemain import baharu, setiap pasukan perlu mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) seperti biasa manakala bagi pemain tempatan, setiap permohonan akan ditolak sekiranya gagal mendapat pelepasan majikan asal," jelasnya.

Sementara itu, Hamidin turut mengesahkan aksi persahabatan antarabangsa antara Harimau Malaya dan Singapura yang akan diadakan secara timbal balik pada 4 dan 7 Jun depan.

"Aksi playoff Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 10 Julai juga bakal bermula pukul 9.45 malam bagi menghormati Ramadan.

"Aksi itu membabitkan pertemuan antara pasukan tercorot Liga Super bertemu pasukan kelima Liga Premier manakala pasukan ke-11 Liga Super bakal berdepan pasukan keenam Liga Premier," katanya.

Bina segera velodrom tertutup

Posted:

Bina segera velodrom tertutup

Bina segera velodrom tertutup


DARI kiri, Muhammad Firdaus, Fatehah dan Josiah merangkul pingat emas pada ACC 2013 di New Delhi, India.


NEW DELHI - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bertekad untuk menukar skrip pencapaian pelumba basikal negara pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2013.

Selepas pelumba trek 'menggegar' Velodrom Tertutup Basikal Kompleks Sukan Indira Ghandi, badan induk sukan lumba basikal negara itu meletakkan sasaran menang sekurang-kurangnya satu pingat dalam acara lebuh raya yang akan membuka tirainya hari ini.

Seperti biasa, skuad trek diketuai tiga bintang ternama yang berpangkalan di Melbourne, Australia iaitu Josiah Ng, Mohd. Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa berpesta pingat.

Paling menarik, pelumba trek menutup saingan dengan menduduki tempat kedua selepas meraih tujuh pingat emas iaitu pencapaian terbaik sejak 2007, sekali gus membuktikan anak-anak anak buah John Beasley terus meningkat dari semasa ke semasa.

Namun, persoalannya sampai bila Malaysia yang gah selaku kuasa besar dalam acara trek di Asia tetapi hanya mampu berbangga dengan sebuah velodrom usang di Cheras, Kuala Lumpur.

Ramai pelumba trek negara mengagumi kehebatan Velodrom Tertutup Basikal Kompleks Sukan Indira Ghandi tetapi pada masa yang sama terselit satu harapan di hati mereka untuk melihat pembinaan sebuah velodrom serupa di tanah air sendiri.

Pemenang pingat emas Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Azizulhasni 'terpaku' apabila melihat seorang demi seorang pelumba pelapis negara memperaga aksi menarik di New Delhi.

Ia seolah-olah seperti mereka sudah biasa berlumba di sebuah velodrom tertutup.

"Kami sepatutnya sudah ada sebuah velodrom tertutup. Cuba tengok aksi pelumba pelapis. Mereka mungkin belum biasa berlumba di lokasi tersebut.

"Ia adalah suatu suasana yang sangat berbeza. Namun, saya kagum apabila lihat mereka mampu untuk menunjukkan aksi yang mantap," katanya.

Persoalan yang sama diutarakan jurulatih skuad pelapis, Shuod Hussin.

"Saya terpaksa merayu kepada MSN (Majlis Sukan Negara) untuk terbang lebih awal ke New Delhi. Rata-rata pelumba pelapis belum biasa berlatih dan berlumba di velodrom tertutup. Jadi, saya minta kebenaran MSN untuk terbang lima hari lebih awal daripada tarikh perlumbaan sebenar.

"Saya mahu setiap pelumba tahu apa gear, tayar dan peralatan yang sepatutnya digunakan di sini. Masing-masing mempunyai ratio kegunaan yang berbeza. Apabila sampai di sini, barulah pelumba pelapis tahu apa perbezaan berlumba dalam sebuah velodrom tertutup," katanya.

Malah, Shuod menyifatkan kejayaan pasukan 4km kejar-mengejar berpasukan lelaki negara meraih pingat gangsa dan hampir memperbaharui rekod kebangsaan adalah satu eksperimen yang menarik berlaku di depan mata pelumba pelapis sendiri.

"Pada peringkat saringan mereka gagal untuk mencatat masa yang bagus. Akibatnya mereka terpaksa lawan Korea Selatan yang jelas mempunyai catatan masa yang lebih baik daripada kuartet Malaysia.

"Bagaimanapun, mereka mudah dan berjaya memotong (overlap) skuad Korea Selatan pada penentuan pingat gangsa dan hampir pecahkan rekod kebangsaan.

"Soalnya, kenapa perkara ini berlaku? Ini adalah kerana perbezaan suhu pada hari mereka berlumba. Pada hari saringan, kuartet negara berlumba pada suhu 14 darjah Celsius. Pada hari mereka berlumba memburu pingat gangsa, cuaca lebih panas iaitu sekitar 28 darjah Celsius.

"Di sinilah letaknya kalau kita berlumba dalam sebuah velodrom tertutup. Jadi, selepas ini mereka boleh mengetahui perbezaan berlatih dan berlumba dalam sebuah velodrom tertutup," katanya.

Shuod turut menyarankan sebuah velodrom tertutup dibina dengan segera bagi menggantikan Velodrom Kuala Lumpur di Cheras yang dianggap sudah tidak sesuai dengan perkembangan dunia trek ketika ini.

"Permukaan trek di Cheras didapati tidak rata dan boleh mendatangkan masalah kalau pelumba kurang mahir berlumba di sebuah velodrom tertutup. Namun, apa yang nyata, dengan status kita sekarang, Malaysia wajib mempunyai sebuah velodrom tertutup," katanya.

ACC 2013 menyerlahkan seorang bakat luar biasa pelumba pelapis yang meraih tiga pingat emas dan sebutir pingat perak iaitu pencapaian yang hanya mampu dilakukan oleh Azizulhasni pada ACC 2006 di Velodrom Kuala Lumpur.

Muhammad Firdaus Mohd. Zonis yang dibimbing oleh Mahadzir Hamad iaitu legenda trek dan lebuh raya negara berjaya menyamai pencapaian Azizulhasni apabila mengungguli acara keirin, 200 meter pecut individu, 1 kilometer ujian masa individu dan perak dalam acara pecut berpasukan.

"Saya anggap kejayaan meraih tiga pingat emas pada ACC kali ini sebagai suatu pencapaian yang cukup baik. Saya sendiri terkejut kerana dapat meraih tiga emas di penampilan pertama pada kejohanan ini.

"Pada awalnya, saya meletakkan sasaran untuk meraih emas dalam acara 1km ujian masa individu dan pecut tetapi tak sangka pula saya dapat menambah koleksi satu lagi emas menerusi acara keirin.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua jurulatih yang melatih saya dan rakan-rakan sepasukan yang banyak memberi sokongan kepada saya apabila beraksi di sini," kata Muhammad Firdaus.

Biarpun pertama kali beraksi di pentas berprestij di Asia itu, Muhammad Firdaus mengakui, dia tidak berasa gentar untuk berdepan dengan barisan pencabarnya.

"Setiap kali beraksi, saya hanya fokus di trek dan tidak mempedulikan perkara lain. Syukur, saya dapat memberikan aksi terbaik dalam setiap acara yang disertai.

"Kejayaan pada ACC kali ini menambahkan lagi semangat saya untuk tampil lebih baik pada kejohanan akan datang. Saya berazam untuk memberikan aksi yang lebih baik selepas ini.

"Saya anggap ini semua sebagai satu permulaan dan langkah pertama untuk melakar kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi," jelas pelumba berusia 17 tahun kelahiran Kuala Selangor itu.

Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia menggantikan tempat Azizulhasni atau Josiah suatu hari nanti, Muhammad Firdaus atau lebih mesra dengan gelaran Toi berkata: "Seperti yang saya katakan, perjalanan saya masih jauh.

"Bagi saya, saya perlu mengambil masa beberapa tahun lagi untuk memperbaiki prestasi saya. Siapa tidak mahu berada sebaris dengan pelumba-pelumba elit dunia.

"Buat masa ini, saya hanya fokus untuk memperbaiki skil serta rentak kayuhan saya."

Pada kejohanan yang sama, skuad basikal paralimpik yang dibimbing bekas jurulatih kelab benua, Le Tua, Johari Nayan meraih dua pingat emas.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Sepina ke atas Jamalul Kiram ditarik balik

Posted:

Sepina ke atas Jamalul Kiram ditarik balik

Sepina ke atas Jamalul Kiram ditarik balik

GAMBAR fail menunjukkan Jamalul Kiram (kiri) berada di dalam rumahnya di Kampung Maharlika, bandar Taguig, Manila pada 3 Mac lalu.- AP


MANILA - Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina semalam menarik balik sepina berhubung siasatan konspirasi pencerobohan di Sabah yang dikeluarkan kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan keluarganya, menurut beberapa portal berita di negara ini.

Portal berita Inquirer.net melaporkan, penasihat Jamalul Kiram, Pastor 'Boy' Saycon memberitahu para wartawan, sepina tersebut ditarik balik selepas berlaku kesilapan komunikasi berhubung sepina itu semasa ia dikeluarkan.

"Terdapat kesilapan komunikasi. Justeru, mereka (pegawai-pegawai NBI) menarik balik," katanya.

Beliau berkata, sebelum ejen NBI tiba ke kediaman Jamalul Kiram di Kampung Maharlika, bandar Taguig, dia telah mencapai persetujuan dengan pihak agensi untuk mengecualikan keluarga Kiram daripada memberi keterangan.

Saycon berkata, hanya jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani akan tampil secara sukarela pada Khamis nanti sebagai wakil keluarga itu ketika dipanggil untuk memberi keterangan kepada NBI.

Beliau berkata, pihak NBI telah selesai melakukan siasatan ke atas insiden serangan di Lahad Datu, Sabah dan bersedia untuk mendedahkan tentang penemuannya.

Sepina itu diserahkan kepada keluarga Jamalul Kiram pada kira-kira pukul 3 petang semalam sebelum ia ditarik balik.

Saycon berkata, Jamalul Kiram berasa amat kecewa apabila ejen-ejen NBI memasuki rumahnya.

"Beliau (Jamalul Kiram) berasa diaibkan. Diplomasi diperlukan untuk menyelesaikan isu itu," katanya.

Menurut isteri Jamalul Kiram, Fatima Cecilia Kiram, anaknya, Jacel Kiram dan Idjirani menerima sepina tersebut daripada dua ejen NBI.

Beberapa minit selepas itu dua lagi ejen memberikan sepina tersebut kepada Jamalul Kiram.

Fatima Cecilia berkata, dia dan suaminya tidak melanggar undang-undang apabila mengarahkan para pengikut ke Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 9 Februari lalu.

Sebelum sepina itu dikeluarkan, Saycon telah pergi ke NBI untuk diambil keterangan pada waktu pagi.

Beliau bersama dua orang lagi termasuk bekas Penasihat Keselamatan Nasional, Norberto Gonzales dan bekas wartawan, Waldy Carbonel turut diarah tampil beri keterangan di NBI. - Agensi

Penduduk Falklands pilih Britain

Posted:

Penduduk Falklands pilih Britain

Penduduk Falklands pilih Britain


SEJUMLAH penduduk gembira apabila mendengar keputusan pungutan suara di Port Stanley, Kepulauan Falklands kelmarin.- AFP


STANLEY, Kepulauan Falkland - Penduduk Kepulauan Falkland kelmarin sebulat suara memilih untuk berada di bawah penguasaan Britain berbanding Argentina berdasarkan keputusan pungutan suara yang dilakukan kelmarin.

Pegawai-pegawai pungutan suara itu mengumumkan, 99.8 peratus mengundi bersetuju untuk kekal berada di bawah pentadbiran Britain.

Sebanyak 92 peratus daripada 1,672 penduduk pulau tersebut keluar mengundi dalam pungutan suara yang diadakan selama dua hari.

Hanya tiga orang yang memilih untuk tidak berada di bawah penguasaan Britain.

Sebelum ini berlaku perbalahan antara Britain dan Argentina berhubung Kepulauan itu.

Argentina menegaskan kepulauan itu yang terletak dalam negaranya merupakan miliknya.

"Pastinya, ia merupakan mesej paling kuat yang boleh kami beritahu kepada dunia," kata seorang penduduk, Roger Edwards.

Perang Falklands meletus pada tahun 1982 apabila Presiden Argentina ketika itu, Leopoldo Galtieri menghantar tentera untuk menawannya.

Perang yang berlangsung selama 10 minggu itu menyebabkan 650 penduduk Argentina dan 255 warga Britain terbunuh.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam menggesa Argentina menghormati hasrat penduduk Pulau Falkland selepas mereka mengundi untuk kekal di bawah jajahan Britain.

Cameron turut memberi amaran terhadap sebarang tindakan ketenteraan oleh negara Amerika Selatan itu selepas keputusan pungutan suara tersebut diperoleh.

"Kepulauan Falklands mungkin berada jauh beribu-ribu kilometer tetapi penduduknya merupakan rakyat Britain. Kami akan sentiasa berada di sana untuk mempertahankan mereka," katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

Jurujual diculik lelaki sakit mental di China

Posted:

Jurujual diculik lelaki sakit mental di China

Jurujual diculik lelaki sakit mental di China

SEORANG pemuda mengacukan pisau di leher seorang jurujual wanita di sebuah pasar raya di Putian, China kelmarin.- AFP


PUTIAN, China - Seorang pemuda yang mempunyai masalah mental dan bersenjatakan dua bilah pisau menculik seorang jurujual wanita di sebuah pasar raya di sini, petang kelmarin, lapor akhbar Shanghai Daily semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan itu kemudian menjadikan wanita tersebut sebagai tebusannya.

Beberapa anggota polis dan perunding yang tiba cuba untuk menenangkan lelaki tersebut.

Namun, pemuda berkenaan mengacukan pisau di leher wanita itu.

Ibu dan isteri pemuda itu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memujuknya memberi air minuman kepada tebusannya.

Penculik itu kemudian bertindak membuang pisau dan melepaskan wanita yang menjadi tebusannya.

"Kakak pemuda itu memberitahu saya bahawa dia mempunyai sedikit masalah mental," kata seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Liu.

Penculik tersebut telah ditangkap oleh polis untuk siasatan lanjut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Seorang askar gugur, tiga pengganas maut

Posted:

Seorang askar gugur, tiga pengganas maut

Seorang askar gugur, tiga pengganas maut

ANGGOTA pasukan keselamatan yang bertugas membersihkan Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU - Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam menyaksikan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu di sini.

Dalam pertempuran pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 1.50 petang itu, seorang lagi anggota tentera cedera.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, anggota keselamatan yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau manakala seorang lagi anggota tentera yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan di pipi dan dirawat di Hospital Tawau.

Menurut beliau, pertempuran itu bermula pada pukul 7.30 pagi ketika sepasukan anggota keselamatan membuat operasi pembersihan di Sungai Nyamuk dan berjaya mengesan lima anggota pengganas.

"Sebaik kumpulan lima pengganas itu terserempak dengan pasukan keselamatan, berlaku pertempuran tetapi kumpulan pengganas itu berundur," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan terus menjejaki puak musuh sebelum berlaku pertempuran kali kedua bermula pada pukul 10.45 pagi hingga pukul 1.30 petang, kira-kira empat kilometer dari kawasan pertempuran pertama.

"Dalam pertempuran kali kedua ini, seorang wira kita gugur manakala seorang lagi cedera.

"Pasukan keselamatan juga berjaya menembak mati tiga daripada kumpulan pengganas itu," ujar beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Prebet maut trak jatuh gaung

Posted:

Prebet maut trak jatuh gaung

Prebet maut trak jatuh gaung


RUSILAWATI tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui anaknya, Ahmad Farhan terkorban dalam kemalangan trak tentera di Cenderawasih, Lahad Datu semalam.


Lahad Datu - Seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih di sini semalam.

Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan untuk menghantar bekalan ke kawasan operasi Ops Daulat.

Sementara itu, di Kota Bharu, Kelantan, seorang ibu tidak menyangka kelibat beberapa anggota tentera yang datang ke rumahnya di Taman Desa Darulnaim 2, Pasir Tumboh membawa khabar sedih mengenai kematian anaknya yang menyertai Ops Daulat.

Rusilawati Ghani, 44, berkata, Ahmad Farhan, anak kedua daripada lima beradik itu maut selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kes Lahad Datu jadi pengajaran

Posted:

Kes Lahad Datu jadi pengajaran

Kes Lahad Datu jadi pengajaran

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai peristiwa yang bukan sahaja membuka mata kerajaan, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia terutama di Sabah tentang kepentingan meningkatkan persiapan menghadapi ancaman luar.

Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memandang ringan tentang keselamatan negara, beliau berkata, segala usaha akan dilakukan untuk memastikan pasukan keselamatan diberi latihan sebaik mungkin, dilengkapi peralatan lebih canggih dan sentiasa bersedia untuk menangani kejadian seperti itu.

"Saya rasa, kita telah menikmati suasana aman dan stabil yang begitu lama di Malaysia. Komunis meletak senjata pada 1989 dan sejak itu, kita dilimpahi suasana aman dan stabil dalam tempoh cukup panjang.

"Kejadian itu (serangan di Lahad Datu dan Semporna) merupakan ancaman luar dan kita perlu menanganinya. Sekiranya kita membuat keputusan menambah perbelanjaan untuk pertahanan dan keselamatan, janganlah rakyat mempertikaikannya pula.

"Mereka perlu melihatnya sebagai langkah untuk melindungi keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah kita," katanya pada program Conversation With The PM yang disiarkan melalui saluran TV3 malam tadi.

Kata Najib, kerajaan tidak akan berkompromi tentang keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah Malaysia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Hitam putih Nurita Harith

Posted:

Hitam putih Nurita Harith

Hitam putih Nurita Harith

Oleh HAFIZ AHMAD

RONA lembut dengan potongan minimalis menjadi signatur Nurita.


PELUANG bertemu pereka busana wanita diaturkan dalam jangka masa yang agak singkat. Ruang masa terhad itu, bagaimanapun tidak membuatkan Nurita Harith menolak pelawaan Stailo untuk berkunjung ke butiknya yang terletak di nadi fesyen ibu negara di Jalan Telawi, Bangsar.

Deretan butik dalam kawasan tersebut ibarat dikhususkan untuk pencinta fesyen jenama tempatan kerana kebanyakan rumah fesyen pereka muda dan profesional berpusat di sekitarnya.

Nurita berada dalam mood berdebar dan teruja kerana sedikit masa lagi, anak jati Kuala Lumpur itu bakal menyertai sejumlah pereka fesyen tanah air serta antarabangsa bersama-sama meraikan keindahan fesyen dan memartabatkan usaha kreatif mereka.

"Keadaan sedikit bercelaru namun masih terkawal," ujarnya mengukir senyuman manis.

Di hujung sudut butik kelihatan supermodel, Tengku Azura tekun menyiapkan diri untuk menyarungkan busana anggun Nurita. Salah satu daripadanya bakal dipamerkan pada malam pertunjukan fesyen terbesar dan berprestij itu.

"Gemuruh tetapi pada masa sama, tidak sabar untuk berkongsi pentas dengan rakan-rakan yang lain kerana saya difahamkan ramai pereka bakal menyertai minggu fesyen kali ini. Pereka antarabangsa juga ada yang turut serta," jelas Nurita berkongsi keterujaan.

Selama tujuh hari, industri rekaan busana kreatif bakal disajikan dengan deretan fesyen bersempena Minggu Fesyen Mercedes-Benz Stylo 2013 bermula 17 hingga 23 Mac ini. Busana Nurita bakal sebaris dengan pereka-pereka lain seperti Wanpa, Hazree Wahid dan ramai lagi.

Dalam menyiapkan koleksi tersebut, Nurita mengambil masa selama lebih sebulan untuk menampilkan idea terbaharu yang dianggap bakal lari sedikit daripada kebiasaan.

"Sebelum ini saya banyak menggunakan rona-rona lembut polos seperti merah jambu cair atau kuning cair, tetapi untuk menonjolkan kelainan dalam Minggu Fesyen kali ini saya hanya ambil dua palet warna asas iaitu hitam dan putih," ujar Nurita ketika mengulas idea rekaan.

Rona putih dan hitam mudah untuk menampakkan unsur-unsur eksklusif dan potongan badan seseorang, tambahnya. Walaupun begitu, signatur Nurita tetap dapat kelihatan dalam setiap inci rekaan koleksi istimewanya itu. Fabrik sutera sifon dan organza menghiasi koleksi Nurita.

SALAH satu busana berfabrik sifon dengan teknik cerapan warna hitam yang bakal dipamerkan di pentas peragaan Minggu Fesyen Mercedes-Benz Stylo Grand Prix 2013.


Signatur Nurita

Queen of Draping adalah gelaran diberikan teman pereka, Alia Bastamam kepada Nurita. Dia tergelak kecil saat dijolok gelaran itu, namun tidak menafikan kerana di situ terletak sentuhan peribadi Nurita.

"Saya lebih suka terus membuat rekaan pada patung tanpa perlu melakukan draf terlebih dahulu. Apabila mencipta busana melalui patung, kita akan dapat melihat sama ada kain sesuai pada kedudukan tubuh badan si pemakai," ujar graduan Institut Seni Surrey, London, United Kingdom itu.

Dalam kesibukan memberi sentuhan akhir koleksi minggu fesyen, Nurita tetap tenang meneruskan perjalanan perniagaan. Ketika ditemubual, pelanggan keluar masuk bertemu dengan sang pereka, sama ada mengambil tempahan atau sesi perbincangan awal untuk menempah baju.

Penulis sempat berbual dengan pasangan pengantin yang akan melangsungkan majlis resepsi pada Mei akan datang.

"Nurita bijak menampilkan siluet tubuh sempurna seorang wanita. Rekaannya tidak terlalu sarat bersesuaian dengan tema perkahwinan kami," kongsi pengantin wanita.

Pemilihan warna, siluet dan teknik balutan atau draping menjadi kekuatan kepada sentuhan Nurita yang pernah menyertai program realiti Project Runway Malaysia.

Langkah dalam dunia fesyen

Pengalaman dalam program berkenaan membuka jalan kepada wanita berumur 30 tahun itu untuk menapak dalam dan berkembang dalam industri fesyen, biar pun hanya bertahan setakat minggu keempat.

Minat dalam dunia seni dan rekaan bercambah sejak kecil lagi. Tidak mahu melupuskan bakat yang ada, Nurita melanjutkan pelajaran peringkat A Level pengkhususan dalam bidang seni halus dan arca sehingga menyambung ke peringkat ijazah rekaan fesyen.

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 2006, Nurita tidak risau untuk tercari-cari imej yang perlu ditonjolkan kerana tidak mahu terikut-ikut dengan kehendak semasa. Namun baginya, perkara paling utama adalah cara untuk menempatkan jenama setaraf pereka sedia ada.

NURITA akan memasang lagu sama berulang kali ketika mencari ilham rekaan terbaharu atau melancong ke destinasi percutian bagi merehatkan minda.


Selama tujuh tahun, Nurita telah menyertai pelbagai pertunjukan fesyen dalam dan luar negara. Butik Nurita Harith yang dibuka pada tahun 2008 mengukuhkan lagi jenamanya untuk selangkah ke hadapan.

Momen paling indah apabila busana rekaannya menyerlahkan kejelitaan Lisa Surihani sewaktu dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23.

"Percutian banyak membantu saya hadir dengan idea-idea segar dan terbaharu. Destinasi pilihan saya tidak tetap, malah tiada kena mengena dengan bidang rekaan supaya badan dapat beristirehat seketika daripada tuntutan kerjaya," cerita Nurita. Selain itu, pereka dari Scotland, Christopher Kane turut menjadi sumber rujukan kepada suai padan dan gaya.

"Khoon Hooi antara pereka tempatan saya gemari kerana mempunyai potongan feminin yang menarik," kata Nurita.

Sesi fotografi pada hari itu mengalir pantas dan tangkas. Lagak gaya profesional Tengku Azura melancarkan proses dalam desakan masa yang menghimpit.

Prestij Busana Mahligai

Posted:

Prestij Busana Mahligai

Prestij Busana Mahligai

Oleh ALIF ABU BAKAR


ALIA (depan) bersama barisan model yang menggayakan koleksi busana pengantinnya.


PERCUBAAN pertama Alia Bastamam memperkenalkan koleksi perkahwinan 2013 wajar diberi pujian. Busana khusus untuk hari bahagia itu direka ringkas dan mengangkat tinggi elemen klasik.

Moden, indah, ringkas, elegan, mudah difahami dan berprestij merupakan kumpulan huraian bagi koleksi perkahwinan Alia.

Meminjam inspirasi rangkaian busana perkahwinan aktres ternama antarabangsa, Elizabeth Taylor, Alia cuba menterjemahkan potongan asal pakaian pelakon tersebut ke dalam versi moden.

"Kelihatan selesa sangat penting kepada pengantin, namun berasa selesa adalah lebih penting," ujar Alia yang memegang frasa itu setiap kali menghasilkan pakaian.

Alia turut menjadikan busana perkahwinan sosialit New York, Amerika Syarikat, Minnie Cushing bersama pasangannya, Peter Beard, seorang jurugambar terkenal sebagai rujukan. Pada majlis yang diadakan pada tahun 1967 itu, Cushing tampil anggun mengenakan dres sutera bersama tampalan flora dan manik kaca ciptaan Oscar de la Renta.

Dekorasi berciri kesenian dapat dilihat ketara pada koleksi Alia. Dres satin dengan perincian tampalan les yang ditindih di atas kain net nipis pada bahagian leher, bahu dan pergelangan tangan memberi simfoni mewah.

"Saya sering menjadikan beberapa wanita sebagai ikon setiap kali menghasilkan sesuatu koleksi. Bagi koleksi perkahwinan ini, sudah tentu inspirasi utama datangnya daripada pengantin-pengantin yang pernah menyarungkan rekaan saya," jelas Alia.

Koleksi baharu Alia kali ini juga menampilkan kepelbagaian dari segi fungsi pakaian tersebut. Busana dengan potongan baju kurung sopan amat menepati konsep akad nikah yang melambangkan kesucian dan kesederhanaan.

Kaftan, skirt lepas (wrap) dan baju (top) pula mencipta penampilan ringkas serta sesuai digayakan mempelai yang memilih majlis perkahwinan bertemakan pantai.

Paduan ilham buat wanita

Posted:

Paduan ilham buat wanita

Paduan ilham buat wanita


SOO WINCCI mereka sendiri kasut yang khusus buat wanita.


PENAMPILAN bergaya seorang wanita yang mementingkan penampilan tidak lengkap jika tidak dipadankan bersama kasut mengikut kesesuaian acara atau sesuatu aktiviti.

Kasut tumit tinggi layak dipakai ketika menghadiri acara glamor atau formal malah sepatu tapak leper tampak bersahaja ketika aktiviti seharian. Peraturan tidak bertulis itu menjadi pegangan setiap wanita untuk tampil menarik ketika berada dalam khalayak ramai.

Penggunaan kasut tinggi atau sebarang jenis kasut perlu mementingkan keselamatan dan keselesaan pada kaki.

Ratu Cantik Malaysia/Dunia 2008/2009, Soo Wincci, tidak mahu ketinggalan dalam dunia aksesori pelengkap penampilan wanita tersebut.

Beliau menyerlahkan bakat dengan mengeluarkan kasut hasil rekaan kreatifnya yang menitikberatkan keselesaan dan reka bentuk menarik melalui kerjasama dengan label kasut XES.

Bercakap mengenai inspirasi di sebalik reka bentuk kasut, Soo Wincci mendapat ilham berdasarkan gaya hidup aktifnya sebagai selebriti fesyen yang kini turut menceburi dunia nyanyian.

"Memandangkan saya melakukan pelbagai pekerjaan, kerap kali timbul situasi yang memerlukan saya perlu berada di lima lokasi dan majlis berbeza dalam satu hari. Ia akan menjadi igauan ngeri sekiranya menyarungkan kasut yang tidak sesuai.

"Oleh itu, saya memerlukan kasut yang selesa namun cukup bergaya dan menepati setiap situasi. Ia terdiri daripada kasut daripada jenis kasual hinggalah formal bagi memenuhi keperluan wanita muda zaman moden yang bekerja," ujarnya.

Menariknya, Soo Wincci sendiri terlibat secara langsung dalam proses pembuatan merangkumi pemilihan warna, material dan teknologi yang terdapat pada sepatu rekaannya.

"Saya tidak akan meletakkan nama pada sebarang kasut yang saya tidak akan pakai sendiri," jelasnya yang kini sedang mengembangkan kerjaya seni ke Taiwan dan pada masa sama sedang menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah (PhD).

Rangkaian kasut wanita Soo Wincci dicipta istimewa untuk wanita bekerjaya dengan reka bentuk yang mengutamakan keselesaan kepada si pemakai.

Ia terdiri daripada enam jenis rekaan kasut tumit tinggi dan setiap satunya dihiasi warna-warna menarik yang mampu dipadankan dengan busana yang digayakan.

Harga runcit untuk rangkaian kasut itu adalah RM139.90 sepasang, manakala koleksi akan datang boleh didapati pada lingkungan harga RM109.90 hingga RM159.90. Ia boleh didapati di 25 cawangan utama premium XES di Malaysia.

Pengarah Eksekutif XES, Jason Tan berkata, pada mulanya XES berhasrat memperkenalkan Soo Wincci sebagai duta jenama itu sempena sambutan ulang tahun ke-10, tahun lepas.

"Namun, kesungguhannya telah menarik minat kami untuk bekerjasama menghasilkan koleksi istimewa ini," ujarnya dala majlis pelancaran koleksi tersebut.

Tidak terhenti setakat rekaan kasut, jalinan kerjasama tersebut bakal diteruskan pada masa hadapan dengan rangkaian beg dan aksesori.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Jalinan cinta Nora-Sam

Posted:

Jalinan cinta Nora-Sam

Jalinan cinta Nora-Sam

SAM dan Nora menjalin cinta dalam filem Dua Kalimah.


KETIKA pelakon Nora Danish dan Shaheizy Sam muncul di studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menjalani sesi fotografi bersama-sama bagi mempromosikan filem Dua Kalimah, kelihatan cukup jelas kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.

Kemesraan yang ditampilkan itu bukan sahaja semasa beraksi di depan kamera, malah ketika berada di luar sesi fotografi sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai gosip percintaan mereka berdua sebelum ini.

Mengenai kisah percintaan dengan Sam, ternyata Nora mengakui ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, cinta mereka hanya berlaku menerusi filem Dua Kalimah yang akan ditayangkan pada 4 April ini.

"Tidak dinafikan saya sering kali digosipkan bercinta dengan setiap pelakon lelaki yang digandingkan dengan saya seperti yang pernah berlaku terhadap Adi Putra sebelum ini.

"Adakalanya perkara tersebut membuatkan saya agak risau kerana tidak mahu peminat salah sangka, namun saya anggap apa yang berlaku itu lumrah dalam kehidupan sebagai artis," ujar pelakon berstatus janda itu.

Sepanjang 10 tahun bergelar pelakon, Nora mengakui tidak pernah terlintas di benak fikirannya untuk jatuh hati dengan rakan sesama artis dan menganggap hubungan yang terjalin tidak lebih sebagai rakan sekerja.

Jelasnya, bekas suaminya sendiri sebelum ini bukanlah seorang artis. Bagaimanapun, dia tidak menolak ketentuan Allah sekiranya dijodohkan dengan artis pada masa akan datang.

"Secara jujurnya saya hairan apabila selalu digosipkan bercinta dengan rakan artis, sedangkan saya lebih selesa untuk menjalinkan hubungan profesional dalam kerja tanpa menaruh apa-apa perasaan," tegasnya.

Mengenai gandingan dengan Sam dalam filem Dua Kalimah, ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Putera Rayqal Ramli itu berkata, sejak dahulu lagi dia berhasrat agar dapat digandingkan bersama.

Ujar Nora, apabila mendapat tahu dia dan Sam akan berlakon dalam filem arahan Eyra Rahman itu, dia lantas memberikan persetujuan dan berasa teruja apabila mereka digandingkan berdua untuk watak utama.

"Selama ini saya memang mengagumi Sam kerana dia seorang pelakon yang hebat dan ia terbukti dengan pelbagai pencapaian yang diraih. Meskipun kami bernaung di bawah syarikat yang sama, baru sekarang kami berkesempatan digandingkan berdua," ujarnya.

Berkenaan dengan wataknya dalam filem ini, Nora menjelaskan ia memegang watak sebagai Selina, seorang gadis kaya yang menjalinkan hubungan cinta dengan Aiman (Sam) semasa sama-sama belajar di luar negara.

Apabila Aiman mahu pulang ke kampung halamannya, Selina mahu mengikut kekasihnya itu. Kemudian konflik berlaku apabila Aiman dibesarkan dalam keluarga yang penuh didikan agama, manakala Selina pula sebaliknya yang menjalani kehidupan lebih bebas.

"Salah satu yang membuatkan saya tertarik untuk membintangi filem ini kerana saya diberikan watak yang lebih serius. Selain itu, ia merupakan sebuah filem berat kerana bercorak Islamik dan sudah tentu memberi cabaran baharu kepada saya," jelasnya.

NORA sedar dia sering digosipkan dengan pasangan dalam filemnya, namun dia menganggap hubungan baik mereka hanya pada tahap profesional.


Luar negara

Melihat kepada laman instagram milik Nora Danish sejak kebelakangan ini, ternyata kebanyakannya adalah gambar-gambar dirinya ketika berada di luar negara.

Jelasnya, pemergiannya ke luar negara secara kerap sejak awal tahun ini bukanlah melancong semata-mata. Sebaliknya, ia lebih kepada tuntutan kerja.

"Pada bulan Januari saya telah berkesempatan pergi ke Jepun untuk menjalani sesi fotografi sebuah produk jenama terkenal setelah saya dilantik menjadi duta. Cuma saya tidak boleh umumkan jenama tersebut buat masa sekarang.

"Kemudian tidak lama selepas pulang dari Jepun, saya mengikuti pula rombongan bersama pengedar produk losen Mustajab ke Singapura memandangkan saya adalah duta kepada produk itu," jelasnya.

Menurut Nora, pada bulan lepas pula dia berkesempatan pergi ke Jakarta. Menariknya, pemergiannya itu bertujuan untuk menjayakan sebuah rancangan terbitan Astro berjudul Republik Cinta Ahmad Dhani sebanyak 10 episod.

Ujarnya, mendapat peluang menjadi pengacara rancangan tersebut memberikan kenangan tersendiri buat dirinya apabila berpeluang mengunjungi rumah komposer dan pemuzik popular itu.

"Sudah tentu saya berasa sangat bertuah kerana tidak semua orang yang dapat berkunjung ke rumahnya yang turut dijadikan studio. Ternyata ia satu pengalaman yang menarik apabila dapat mengenalinya dengan lebih dekat.

"Bagi yang tidak mengenali Ahmad Dhani secara dekat, pasti ramai menyangka dia seorang yang serius dan saya juga agak gementar semasa menemubualnya. Namun begitu, dia sebenarnya seorang yang sangat kelakar dan tidak sombong," ujarnya.

Mengenai perkembangan kerjaya lakonannya pula, Nora memberitahu dalam tempoh terdekat ini dia akan berlakon dalam filem Suamiku Ustaz dan sekali lagi dia akan bergandingan dengan Adi Putra selepas drama Tentang Dhia dan filem Aku Terima Nikahnya pada tahun lalu.

SAM tidak kisah berganding dengan sesiapa sahaja dalam sesebuah karya lakonannya.


Cepat serasi

Sementara itu, Shaheizy Sam yang merupakan teraju utama filem Dua Kalimah pula menyatakan tidak sukar untuk mencari keserasian semasa bergandingan dengan Nora, meskipun kali pertama mereka digandingkan.

Menurut Sam, jika kebanyakan pelakon lain memerlukan sedikit waktu untuk serasi dengan pasangan dalam sesebuah filem, tetapi mereka berdua ternyata cepat serasi bersama.

"Sepanjang menjalani penggambaran dengan Nora, dia buat saya rasa begitu senang untuk kami sama-sama menghayati watak yang diberikan dan sebab itu kami kelihatan agak mesra.

"Saya harap janganlah kemesraan kami ini disalah erti pula kerana apa yang dilakukan itu semuanya atas dasar kerja, malah saya akui memang agak teruja bergandingan dengannya," jelas Sam apabila mengulas mengenai kemesraannya itu.

Pada masa yang sama, Sam juga menyatakan kekagumannya terhadap pelakon cantik itu dan menyifatkan ketika ini sudah banyak peningkatan terhadap lakonan Nora.

"Kalau boleh saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan sebarang kisah cinta lokasi. Buat masa ini saya mahu memberi lebih banyak tumpuan terhadap kerjaya lakonan setelah berehat panjang sebelum ini," ujarnya.

Produksi luar

Biarpun ramai yang sudah mengetahui tentang Sam yang menjadi artis naungan Metrowealth Pictures sejak 2010, ia langsung tidak menghalang dirinya untuk terus bekerja dengan produksi luar.

Menurut Sam, pada tahun ini dia banyak menerima tawaran lakonan daripada syarikat lain, termasuk berlakon dalam bersiri Kisah Cinta terbitan syarikat kakaknya sendiri, Zizie Ezette iaitu BZ 2121 Production.

"Dalam drama berkenaan saya berlakon di samping Nadia Aqilah dan Nazim Othman. Ia akan ditayangkan di stesen TV3 dalam tempoh terdekat ini, malah saya turut bertindak sebagai penerbit bersama.

"Selain itu, saya juga akan muncul dalam dua buah filem bersama Red Films Sdn. Bhd. yang bakal memulakan penggambaran pada bila-bila masa sahaja," ujar anak kepada pelakon Khaty Fauziah itu.

Jelasnya, memandangkan sebelum ini dia sudah berehat dalam tempoh yang cukup lama iaitu selama sembilan bulan, kini sudah tiba masanya untuk kembali aktif dalam lakonan.

Tangguh kahwin, Misha fokus album baharu

Posted:

Tangguh kahwin, Misha fokus album baharu

Tangguh kahwin, Misha fokus album baharu

MISHA OMAR pertama kali berganding dengan pelakon Nazim Othman.


SUDAH lama tidak muncul dengan sebarang single, Angin Syurga kini menjadi pengubat rindu buat pencinta Misha Omar.

Dihasilkan oleh gabungan Buddi Hikayat untuk lirik dan Datuk M. Nasir pada melodinya, lagu tersebut kini semakin mendapat perhatian.

Justeru, Misha mengambil keputusan untuk membuat klip video yang pertama kali menyaksikan dia berganding dengan pelakon Nazim Othman.

Malah, klip video Angin Syurga juga merupakan buah tangan sulung pengarah drama Pali Yahya.

"Untuk klip video ini, Misha hanya memandang kamera untuk satu babak sahaja, yang lainnya, ia dibikin seolah seperti sebuah drama," ujar Pali yang mengambil masa sehari untuk menyudahkan klip video tersebut.

Misha yang bakal muncul dengan drama bersiri Nur Kasih Di Jabbal Rahmah sewaktu dihubungi Kosmo! berkongsi cerita tentang lagu tersebut, klip video serta kisah perkahwinannya bersama Firos Ezwan Rosly yang terpaksa ditangguhkan.

Bolehkah Misha ceritakan tentang kisah di sebalik lagu Angin Syurga?

Angin Syurga umpama satu keluhan seorang wanita terhadap status hubungan mereka. Saya rasa ia mirip dengan kisah peribadi saya.

Apakah magis Angin Syurga bagi anda?

Sejujurnya saya tak pasti apa magis lagu ini, namun saya harus katakan lirik dan melodinya yang melekat di hati. Barangkali juga ia terletak kepada kehilangan saya selama ini tanpa sebarang single. Alhamdulillah, sejak bulan Januari, ia mula diputarkan di corong-corong radio, ramai yang memberi komen positif dengan mengatakan vokal saya kedengaran semakin matang.

Siapakah yang memilih Nazim Othman untuk klip video ini? Kenapa dia, bukan pelakon lain?

Pemilihan ini dibuat oleh pengarah, Pali Yahya. Pali berpendapat Nazim mempunyai 'wajah kasihan' yang sesuai dengan jalan lagu ini.

Bagaimanakah anda membina keserasian bersama Nazim?

Sebenarnya tak ada keserasian yang wujud antara kami. Tapi Nazim banyak membantu saya mencari mood dan membuang rasa segan saya berganding dengannya. Dia seorang pelakon baharu yang sangat berbakat.

Bolehkah kongsikan tentang persiapan perkahwinan anda yang sepatutnya dirancang pada tahun ini?

Sebenarnya, saya tidak jadi kahwin tahun ini. Saya telah menunda perkahwinan saya ke tahun hadapan. Jangan fikir bukan-bukan, kerana tiada hal negatif yang berlaku. Kesibukan kami berdua membuat majlis perkahwinan terpaksa dianjak ke tahun hadapan. Bagaimanapun, saya melihat ada banyak hikmah kerana saya boleh memberi fokus terhadap album yang dijadual keluar pada bulan Mei ini. Tahun ini, saya mahu kembali aktif sebagai penyanyi dengan mempromosi album baharu saya.

Bila anda beritahu tak ada hal negatif, ia bertentangan dengan gosip yang kami terima. Anda menunda perkahwinan kerana kononnya tidak mendapat surat cerai daripada bekas suami sebelum ini. Ya, kisah kononnya anda pernah berkahwin dengan seorang usahawan automotif kembali dibangkitkan. Bolehkah anda komen sedikit?

Oh, saya tak berani nak komen tentang surat cerai ini. Cuma apa yang boleh saya tegaskan, saya tidak pernah berkahwin. Sehingga kini pun, saya belum lagi pergi mengambil kursus perkahwinan.

Kalau benar saya ini isteri orang, macam mana saya boleh bertunang dengan orang lain. Dayus suami saya tengok saya bertunang dengan lelaki lain. Jadi tolonglah, jangan bercerita tentang perkara yang tidak wujud. - MALIAH SURIP

Asmidar enggan mengalah

Posted:

Asmidar enggan mengalah

Asmidar enggan mengalah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


KEMUNCULAN album, Kali Pertama membuktikan Asmidar serius dalam karier nyanyiannya.


SINONIM dengan single sulung Biar Sampai Ke Bintang selepas menjuarai program realiti, Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama pada tahun lalu, Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmidar Ahmad mengorak langkah ke depan dengan kemunculan album pertamanya, Kali Pertama.

Album yang memuatkan tujuh buah lagu itu diistilahkan sebagai sebuah pengembaraan dan perjalanan daripada pengalaman yang kosong menjadi lebih erti.

"Hidup dan kitaran metamorfosis kupu-kupu diibaratkan seperti perjalanan karier saya dan analogi ini sangat istimewa. Selain warna kupu-kupu yang pelbagai, saya turut mengharapkan album ini akan meninggalkan satu calit warna dalam industri muzik tempatan," katanya ketika pelancaran album Kali Pertama di Black Box, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bermula dengan rentak ala retro menerusi lagu Kali Pertama ciptaan Audi Mok, album itu membawa penonton seolah-olah terbang bersama fantasi yang direka Asmidar.

Menyusul trek kedua, lagu nukilan Taja dan lirik Ad Samad berjudul Goldilocks dengan tempo lebih rancak. Kemudiannya kembali kepada kekuatan vokal Asmidar dengan lagu berentak balada, Bila Cinta Ada, Sepenggal Kasih dan Pesona Cinta.

Menarik tentang album ini, salah sebuah daripada lagu yang termuat dicipta dan senikatanya ditulis khas oleh penyanyi Ana Raffali yang diberi judul Sepasang Sudu.

Secara kasar, ritma signatur Ana tetap boleh dikesan menerusi lagu itu.

Menutup intipati album Kali Pertama ialah lagu yang membawa Asmidar ke puncak kejayaan, Biar Sampai Ke Bintang ciptaan Ajai yang dikekalkan susunan asal kerana mahu mencipta elemen nostalgia.

Mengambil masa 12 tahun untuk dikenali umum, namun kata Asmidar, jatuh bangun dan kegagalannya pada masa silam menyimpan hikmah untuk masa sekarang.

"Seronok apabila muzik saya diterima dalam industri ini tapi saya akan terus membaiki diri untuk menjadi lebih baik.

"Berkali-kali saya putus asa dan banyak kali mencuba tapi gagal. Atas sokongan keluarga dan kawan-kawan saya tidak berhenti dan teruskan mendaki. Alhamdulillah, setiap yang berlaku ada rahmat," katanya yang pernah kecewa ketika rakan seangkatannya seperti Misha Omar, Farawahida dan Azharina terlebih dahulu popular berbandingnya.

Asmidar sebelum ini pernah dinobatkan sebagai naib juara Bintang RTM pada tahun 2000 dan juara Bintang Asli (2006) sebelum memenangi tiga pingat emas, tiga perak dan satu gangsa di World Championship for Performing Arts di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2009.

Memasuki usia 27 tahun dan kariernya baru bermula bagi Asmidar bukan faktor untuk dia mengalah memandangkan persaingan juga kian bertambah.

"Lambat atau cepat tak penting tetapi apa yang akan dibuktikan. Kalau cepat naik tapi tak boleh bertahan tiada guna sebaliknya, lebih hebat kalau lambat tapi meninggalkan impak besar yang lebih bermakna," ujarnya.

Kejayaan menjuarai Vokal Bukan Sekadar Rupa, kata Asmidar, nyata telah membuka perspektif baharu dalam kehidupannya.

"Kesukaran itu ada tapi cabarannya adalah untuk mengatasi kepayahan itu dan memperbaiki diri untuk ke depan. Saya tidak mengharapkan perjalanan lancar tapi saya mengharapkan panduan itu tidak tersasar daripada landasan sekarang," kata Asmidar yang belum terfikir untuk menjalinkan hubungan cinta dalam masa terdekat.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved