Isnin, 11 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Srikandi dunia seni kontemporari

Posted:

Srikandi dunia seni kontemporari

Srikandi dunia seni kontemporari

BERMULA dari bawah Wei Ling kini merupakan pemilik dua galeri, masing-masing di Brickfields dan Mid Valley.


PERNAH bersama-sama Galeri Wei Ling, menjayakan dua pameran seni solo utama, Yusof Ghani, 63, mengakui wanita di sebalik galeri tersebut adalah seorang yang mempunyai semangat dan kekuatan setanding kaum lelaki.

Wanita itu, Lim Wei Ling juga dilihat sebagai seorang yang mengangkat martabat industri seni kontemporari tanah air melalui semangat penuh agresif setiap kali mengendalikan sesebuah pameran.

"Kadangkala saya sendiri kelam-kabut untuk memenuhi permintaannya. Tetapi, harus diakui Wei Ling menjadi batu loncatan kepada industri seni kontemporari," ujar Yusof Ghani.

Pernah berkerjasama mengadakan pameran pada awal pembukaan Galeri Wei Ling di Townhouse, Bangsar serta di Jalan Scott, Brickfields, Kuala Lumpur, Yusof berkata pada waktu itu, Wei Ling begitu menghargai bakat artis-artis veteran.

"Kini dia sudah mengubah sedikit pendekatan itu dengan memberi ruang kepada artis muda dalam mengembangkan karya seni kontemporari. Ia satu perubahan yang bagus bagi saya," kata Yusof semasa dihubungi melalui telefon. Antara dua pameran seni utama Yusof di Galeri Wei Ling ialah Segerak dan Biring, masing-masing diadakan pada tahun 2007 dan 2006.

Semenjak memiliki ruang penghayatan karya seni, Wei Ling berjaya membina sebuah empayar tersendiri. Empayar yang menjadi titik permulaan dan penambah nilai kepada seni kontemporari.

Mengetengahkan lebih 100 pameran dan melibatkan berpuluh-puluh orang artis seni di galerinya, Wei Ling juga pemilik kepada sebuah lagi galeri iaitu Wei Ling Contemporary di pusat beli-belah The Gardens di Bangsar.


WEI LING di hadapan galeri beliau di The Gardens, Mid Valley.


Sikap suka memilih

Semua kejayaan serta reputasi Wei Ling dalam industri seni tempatan dan antarabangsa diakui disebabkan sikapnya yang suka memilih, mempelbagai dan mendalami setiap hasil seni sebelum disampaikan untuk pameran umum.

"Saya percaya kepada hasil kerja seni yang sejati dengan kedalaman yang nyata. Bukan sekadar melukis di atas kanvas. Seorang artis harus bersikap mementingkan diri, berkarya untuk diri sendiri dan meminati setiap calitan yang dihasilkan olehnya.

"Ia perlu menjadi koleksi peribadi terdahulu sebelum tujuan pameran," kata Wei Ling yang enggan bercakap tentang harga pada hasil sejati sesebuah karya.

Menerangkan secara lanjut, Wei Ling berkata, lazimnya, dia akan meminta para artis iaitu peserta pameran untuk menampilkan hasil seni yang berbeza dari semasa ke semasa.

Walaupun sesuatu hasil kerja seni mendapat sambutan menggalakkan, Wei Ling tidak meminta artis itu menghasilkan kerja yang serupa bagi pameran berikutnya.

"Tetapi itu tindakan yang bersifat komersial. Saya pula lakukan demi reputasi, perkembangan dan kepuasan galeri serta artis. Maka, saya tidak boleh membekukan kreativiti mereka demi wang," katanya yang sedikit lari daripada naluri bisnes.

Berdepan dengan situasi demikian, Wei Ling mengakui dia ialah seorang pemilik galeri yang sering meminta artis mempamerkan sentuhan berbeza.

Fasa hidup

Wei Ling percaya, perjalanan seseorang artis harus melalui kepelbagaian variasi, naik dan turun dalam perjalanan karier. Kisah suka duka golongan penggiat seni itu juga sesuatu yang indah untuk diketengahkan.

"Ia seperti membaca sebuah buku. Apabila anda tiba-tiba menyelak muka surat 35, ia menceritakan satu fasa baharu. Di muka surat 40, ia sebuah lagi fasa berbeza. Anda tidak mahu mengulangi kisah yang sama dalam muka surat seterusnya," katanya.

Menurutnya, jika kisah yang sama bakal diulangi, seelok-eloknya, artis hanya berhak menerbit buku empat muka surat sahaja, Wei Ling memberi kiasan.

Gesaan dan permintaan Wei Ling ternyata menjadi intipati beliau dalam menjayakan perjalanan Galeri Wei Ling di arena tempatan serta di platform antarabangsa.

Salah seorang artis Galeri Wei Ling, Anurendra Jegadewa, 43, mengalu-alukan tindakan Wei Ling yang tidak pernah sepi daripada menyemarakkan dunia seni kontemporari.

Anurendra yang mengenali Wei Ling sejak tujuh tahun memberitahu, wanita itu sebagai seorang pengoperasi seni yang efisien dan mempunyai 'mata' dalam menghayati setiap penyampaian seni.

"Dia mengambil berat terhadap pergerakan seni Malaysia dan antara perintis galeri seni. Jadi saya berbangga menjadi sebahagian daripada artis galerinya yang kini berkembang maju," kata Anurendra yang pernah mengadakan kira-kira lima pameran solo dan beberapa pameran berkumpulan bersama Galeri Wei Ling.


SETIAP kali Galeri Wei Ling mengadakan pameran, majlis pelancarannya diadakan dengan penuh meriah.


Bangkit dari abu

Wei Ling pernah tampil dengan karya lukisan yang dipamer secara solo di ruang tertutup pejabat bapanya, di Town House Gallery di Bukit Bandaraya, Bangsar pada tahun 2002.

Graduan Rekaan Barangan Kemas dari Universiti Charles Sturt di New South Wales, Australia itu bukan sahaja terlibat dalam kerja seni sebagai pelukis dan pereka barangan kemas malah pernah menjadi broker saham selama tujuh tahun sebelum kembali kepada dunia seni.

"Saya merasakan diri ini perlu kembali kepada dunia seni. Saya bermula di Town House," kata beliau.

Begitupun, sebuah kejadian buruk pernah terjadi kepada Wei Ling dan juga bapanya, Jimmy C.S. Lim, 60. Pada tahun 2004, pejabat dan galeri Town House musnah sekelip mata dalam sebuah kebakaran yang tragis.

Daripada serakan abu, beliau kembali semula ke titik mula dan bangkit meneruskan perjuangan memartabatkan seni berbekalkan sokongan ahli keluarga.

"Kemudian kami berpindah operasi ke Brickfields. Bapa selaku seorang arkitek membantu saya mengatur sebuah galeri seni seperti yang anda lihat sekarang. Ia berlaku begitu sahaja tanpa dirancang," katanya.

Anak kepada arkitek terkemuka yang pernah tersenarai antara 100 arkitek terbaik dunia itu mengakui bahawa keluarga beliau mempunyai cita rasa yang tinggi dalam bidang kreatif.

Ibu beliau, Winnie Cheah, seorang pemain alat muzik, biola manakala abangnya, Lim Cho Wei, seorang arkitek, mengikut jejak langkah bapanya.

"Saya direstui oleh seluruh ahli keluarga untuk berkecimpung dalam bidang ini. Bayangkan, ketika kawan-kawan saya mahu belajar menjadi akauntan, undang-undang, perubatan dan lain-lain, saya pula minta belajar seni. Kedua-dua ibu bapa akur dengan minat saya," kata Wei Ling.

Sementara itu, suami beliau, Yohan Raj, pula sentiasa memberi dorongan dan membantu menguruskan operasi Galeri Wei Ling.

Sehingga kini, antara nama-nama yang pernah dan terus mengadakan pameran di Galeri Wei Ling ialah Ivan Lam, Chin Kong Yee, Hamidi Haidi, Zulkifli Yosoff dan ramai lagi. Ini tidak ketinggalan artis seni antarabangsa seperti Amin Gulgee dari Pakistan dan Stewart Macfarlane dari Australia.

Anak hasil sperma penderma

Posted:

Anak hasil sperma penderma

Anak hasil sperma penderma

SPERMA penderma disimpan dalam tangki khas.


HIDEAKI KATO menemui identiti sebenar dirinya secara tidak sengaja. Semuanya bermula apabila beliau menjalani latihan perubatan kira-kira 10 tahun yang lalu. Doktor Jepun itu yang kini berusia 39 tahun telah menjalankan ujian darah terhadap ahli-ahli keluarganya.

Hasil keputusan ujian darah itu amat mengejutkan Kato apabila mengetahui beliau sebenarnya tiada pertalian darah dengan ayahnya.

Mengetahui kebenaran itu, Kato mengesyaki ibunya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain memandangkan bapanya suatu ketika dahulu sering bertugas di luar daerah.

Kato kemudian menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengetahui siapakah bapa kandungnya yang sebenar.

Namun, Kato akhirnya diberitahu, ibu bapanya sejak awal menyembunyikan kemandulan bapanya daripada beliau.

"Saya berasa separuh badan seolah-olah mahu rebah. Saya bertanya kepada diri sendiri, mungkinkah selama ini senyuman yang terukir di bibir ibu bapa ketika saya kecil adalah palsu?" soalnya.

Namun demikian, hasrat Kato untuk menjejaki lebih lanjut mengenai perkara tersebut terbantut kerana mendapat halangan daripada ibu bapanya.

Selain itu, tiada undang-undang yang membenarkan dia mengakses lebih lanjut mengenai butiran genetik di Jepun.

Begitupun, masalah penderma sperma tanpa nama adalah satu cabaran yang dikongsi oleh beribu-ribu orang di Jepun serta di negara lain yang menawarkan sperma tanpa nama.

Oleh itu, ramai yang mengalami masalah identiti apabila mahu menjejaki semula latar belakang mereka.

Mereka juga tertanya-tanya tentang kewujudan abang dan kakak.

Mereka berasa bimbang kemungkinan menjalani hubungan dengan adik-beradik sendiri.

Kebimbangan itu telah menyebabkan ramai kanak-kanak yang mengandung menerusi penderma sperma tanpa nama menyarankan amalan tersebut diharamkan.

"Saya berharap ia diharamkan. Mengapakah ia diterima pakai? Bagi saya, teknologi itu satu cara untuk berpura-pura bahawa anda mempunyai 'keluarga' sedangkan ia sebenarnya menyembunyikan kemandulan.

"Saya tidak mahu anak-anak hasil penderma sperma tanpa nama berasa sedih seperti mana yang saya alami sekarang," tegas Kato.


KATO secara tidak sengaja mendapati dia tidak mempunyai pertalian darah dengan bapanya sewaktu menjalankan ujian darah.


Tidak bersendirian

Seorang lagi mangsa yang lahir daripada proses yang sama, Olivia Pratten yang berasal dari Kanada telah memfailkan tuntutan mahkamah untuk mengetahui keturunan genetiknya.

Pada tahun 2011, Britain telah menggubal undang-undang untuk membolehkan kanak-kanak yang dilahirkan menerusi proses sperma penderma mengetahui identiti ibu bapa kandung mereka.

Mengikut laporan akhbar Kanada, undang-undang tersebut digubal pada bulan November tahun lalu tetapi Pratten boleh membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.

"Industri kesuburan suka menipu dan mendakwa masih belum ada penderma. Ia sememangnya palsu. Negara-negara lain seperti New Zealand, Sweden, United Kingdom, Australia telah mengharamkan teknologi ini," katanya.

Pada tahun 2005, Britain mengubah undang-undang supaya individu yang lahir daripada proses itu boleh mengetahui tentang identiti mereka.

Di negara Jepun, terdapat peraturan baharu bagi doktor menjalankan prosedur berkenaan.

"Ia lebih kompleks untuk menjalankan sistem terbuka, tetapi hak dan keperluan kanak-kanak yang dilahirkan mesti disimpan.

"Saya bersimpati kepada mereka yang menghadapi kemandulan, tetapi keinginan untuk mempunyai keturunan genetik perlu dihormati bagi ibu bapa dan kanak-kanak," ujarnya.

Pelopor rawatan kesuburan di Jepun, Netsu Yahiro berkata, beliau tidak boleh mengabaikan keinginan pesakit untuk mempunyai anak.

"Jika seorang kanak-kanak yang lahir daripada penderma sperma menghadapi krisis identiti, ia akhirnya akan meredakan kemarahan jika terdapat kepercayaan antara anak-anak dan ibu bapa," kata Netsu.

Begitupun, beliau bersetuju kanak-kanak harus mempunyai hak untuk mengetahui sejarah genetik mereka.

Sementara tu, Profesor dari Universiti Tezukayama, Mari Saimura terpilih untuk mewujudkan undang-undang mengenai isu itu.

"Jepun hanya boleh meluluskan teknologi itu selepas menetapkan garis panduan untuk menjamin hak rakyat mengetahui identiti mereka," katanya.

Namun dalam kes Kato, peluang untuk dia mengetahui siapakah bapa kandungnya masih lagi kabur.

"Saya tidak pernah lupa tentang bapa biologi saya. Saya sentiasa membawa senarai penderma. Saya cuma mahu mengetahui asal usul genetik saya," jelas Kato.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


22 mayat ditemui di dua kampung

Posted:

22 mayat ditemui di dua kampung

22 mayat ditemui di dua kampung

Ketua Forensik Bukit Aman, Asisten Superintendan Hussein Omar Khan (dua dari kiri) menunjukkan mayat-mayat pengganas yang dihantar ke Hospital Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU - Selepas seminggu mati ditembak, mayat 22 pengganas Sulu yang terkorban dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu di sini dan Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna ditemui dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Daripada 22 mayat yang reput dan berbau busuk itu, 18 mayat pengganas tersebut ditemui di Kampung Tanjung Batu dan empat lagi ditemui di Simunul.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua 22 mayat (tiada perempuan) itu telah dihantar ke Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau oleh pasukan forensik.

Bagaimanapun, menurut beliau, sembilan mayat pengganas Sulu yang ditemui reput dan berbau busuk di dalam sebuah kubur besar di Kampung Tanduo pada 6 Mac lalu tidak dikeluarkan.

Mayat disebut dipercayai akan dikebumikan di situ.

"Semua 18 mayat dari Kampung Tanjung Batu dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat mayat yang ditemui di Simunul dihantar ke Hospital Tawau," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tersungkur bersama tangkal

Posted:

Tersungkur bersama tangkal

Tersungkur bersama tangkal


ANTARA pakaian pengganas Sulu yang ditemui ditinggalkan di pangkal pokok kelapa sawit di Kampung Tanduo, Lahad Datu.


LAHAD DATU - Hajat menggunung kumpulan pengganas Sulu untuk menakluk Sabah bukan sahaja mendorong mereka menceroboh Kampung Tanduo di sini menggunakan senjata api dan senjata tajam malah, turut menggunakan tangkal kononnya untuk membuatkan diri kebal daripada ditembak.

Lebih teruk apabila mereka yang mengaku beragama Islam dipercayai mengamalkan ajaran sesat dan ilmu hitam sebagai pendinding diri untuk merealisasikan angan-angan 'Mat Jenin' untuk merampas wilayah berdaulat milik Malaysia itu.

Sejak melakukan pencerobohan pada 12 Februari lalu, mereka percaya dapat menawan sebahagian besar Pantai Timur Sabah selepas begitu yakin dengan ilmu dan tangkal yang tertulis ayat-ayat khurafat untuk membolehkan diri masing-masing tidak lut ditembusi peluru.

Namun, nasib tidak menyebelahi kebanyakan pengganas apabila mereka tetap mati di hujung senjata canggih pasukan keselamatan Malaysia.

Sebagai bukti, pasukan keselamatan yang memeriksa mayat dan peralatan yang dibawa pengganas menemui beberapa objek pelik seperti tangkal termasuk kain hijau tertulis ayat-ayat tertentu di kubu persembunyian kumpulan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kampung Tanduo disah selamat

Posted:

Kampung Tanduo disah selamat

Kampung Tanduo disah selamat


ANGGOTA tentera masih meneruskan rondaan di Kampung Tanduo, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU - Pasukan keselamatan semalam mengisytiharkan Kampung Tanduo yang ditawan puak pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu sebagai kawasan selamat.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pasukan keselamatan melalui Ops Daulat masih melakukan kawalan keselamatan di seluruh kampung itu.

Menurut beliau, lebih 50 penduduk yang dipindahkan ke penempatan sementara di Dewan Embara Budi, Dewan Fajar Harapan dan Dewan Cenderawasih akan dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat.

"Operasi menggeledah dan mencari di kampung itu hampir tamat dan apabila semua proses selesai, penduduk yang tinggal di penempatan sementara akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Berikutan itu, Hamza berkata, Ops Daulat kini memberi tumpuan untuk membersihkan Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Boleh tempah menu sendiri

Posted:

Boleh tempah menu sendiri

Boleh tempah menu sendiri

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

KERAMAHAN kakitangan Restoran Selera Senibong Seafood menambat hati pengunjung.


KEPADA kaki makan di Johor waima pelancong dari Kota Singa, Restoran Selera Senibong Seafood (SSS) yang terletak di Kampung Senibong, Johor Bahru lazimnya menjadi pilihan untuk singgah makan malam.

Populariti premis itu dapat diukur dengan kehadiran keluarga, rakan taulan, rakan bisnes, pasangan kekasih malah individu yang 'membayar' kepenatan dengan menikmati makanan lazat, memenuhi setiap ruang restoran itu pada hari- hari biasa atau hujung minggu.

Pemilik restoran, Mohd. Fauzi Saadon, 44, bersama adiknya Hasbullah, 43, berkata, mereka tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang terlalu ramai menunggu giliran.

"Kepada pelanggan yang masih mahu makan di restoran saya dan demi menjaga hati mereka, saya akan memujuk mereka dengan meminta mereka berjalan-jalan ke gerai-gerai jualan dulu dan tinggalkan nombor telefon.

"Bila ada meja kosong, saya akan hubungi mereka. Namun kadangkala saya mencadangkan kepada mereka untuk singgah ke restoran bersebelahan," kata mereka senada.

Servis pantas

Apakah tarikan Restoran SSS? Barangkali hasil laut segar yang menepati cita rasa ramai.

Restoran yang terletak di pesisir pantai yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan Restoran SSS lebih terserlah.

"Di samping menikmati makanan hasil air tangan lapan tukang masak yang kesemuanya lelaki dan berkebolehan, pelanggan kami leka melihat keindahan pantai negara seberang.

"Pemandangan para nelayan yang berulang-alik, feri yang membawa penumpang ke Batam dan kapal-kapal dagang yang berlabuh di situ akan menjadikan kunjungan mereka ke premis ini sesuatu yang cukup istimewa," katanya.

Bagaimanapun, antara faktor yang menarik orang ramai ke restoran ini ialah servis yang pantas dan keramahan 40 orang pekerjanya.

Justeru, tidak hairanlah, jika Restoran SSS menjadi pilihan beberapa tetamu penting seperti Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang juga merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, Tan Cher Puk.

Bercerita tentang menu Restoran SSS membuatkan sesiapa saja rambang mata untuk memilih.

"Semua hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk.

"Namun, apa yang istimewa di RSS ialah jika lauk yang dicadangkan tidak tersenarai dalam menu, kita juga akan memenuhi permintaan pelanggan untuk memasak resipi yang mereka ingini," kata Hasbullah sambil memberitahu mereka mendapatkan bekalan laut dari Pontian, Sedili, Mersing dan kadangkala dari Sabah dan Sarawak.

Pada kunjungan Kosmo! baru-baru ini, Restoran SSS menghidangkan satu masakan baharu yang sangat menyelerakan iaitu udang galah stim lemak cili padi tanpa santan.

Sebaliknya, chef SSS menggunakan susu cair menggantikan santan. Dengan membayar udang kara yang berharga RM120 untuk sekilogram, anda tidak akan menyesal.

Kepada peminat siput gonggong yang lazimnya banyak terdapat di Johor, anda boleh mencuba masakan siput gonggong cili kering.


HASBULLAH menunjukkan udang kara segar yang boleh dimasak mengikut resipi pengunjung.


Naik taraf

Begitu juga dengan ketam lada hitam yang berharga antara RM60 hingga RM90 sekilogram.

Itu tidak termasuk dengan udang goreng mentega, sotong goreng tepung, lala masak sambal dan kupang bercili.

Jangan lupa kepada signatur makanan Restoran SSS ini. Ikan siakap kukus limau yang dicipta oleh pemiliknya Mohd. Fauzi beberapa tahun lalu menambat hati pelanggan-pelanggan tegar.

Dalam sehari, beritahu Hasbullah, mereka akan menyediakan 40 kilogram (kg) ketam, 50 kg (udang) dan pelbagai jenis ikan lebih 80 ekor.

"Pada hujung minggu atau cuti am, kuantitinya akan digandakan," katanya.

Mohd. Fauzi dan Hasbullah mahu terus menggembirakan pelanggannya. Dengan rezeki yang semakin bertambah, mereka menaiktaraf restoran yang semakin menjadi tumpuan terutama dari Singapura, Jepun dan Asia Barat.

"Alhamdullillah, dahulu tak berbumbung, kita tambah bumbung, dahulu cuma ada lapan meja, namun kini ada 90 meja yang boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa," katanya yang melakukan ubah suai dekorasi restorannya baru-baru ini.

Kedua-dua beradik ini sepakat memilih konsep Minang kerana kata mereka, corak kesenian pada tiang, anjung dan lantai yang menggunakan kayu teruntun lebih menonjol.

Mereka bercadang untuk menambah keluasan restoran dengan konsep terbuka yang lazimnya digemari oleh pengunjung.

Di sebalik kejayaan pasangan beradik yang membangunkan perniagaan makanan laut, mereka belum bercadang mengembangkan bisnes tersebut ke luar Johor kerana mahu mengekalkan keaslian makanan tersebut.

Pencarian Duta HerbaLine

Posted:

Pencarian Duta HerbaLine

Pencarian Duta HerbaLine

Oleh NIZHA PERIASWAMY


ANTARA wajah-wajah peserta yang bersaing untuk gelaran Pencarian Duta Kecantikan Untuk Semua 2013.


MENURUT penyelidikan Statistics Brain pada Mac 2012, sebanyak 100,000 pertandingan ratu cantik diadakan di Amerika Syarikat setiap tahun.

Di Malaysia juga, kita tidak ketinggalan dalam menganjurkan pertandingan ratu cantik, namun kesemuanya hanya mengutamakan kecantikan fizikal.

Buat pertama kalinya, HerbaLine menganjurkan Pencarian Duta Kecantikan Untuk Semua 2013 yang tidak terhad kepada kecantikan fizikal. Pertandingan itu juga dibuka kepada wanita dan lelaki daripada semua peringkat umur.

Menurut Pengarah Urusan HerbaLine, C.K. Low, pencarian duta itu adalah salah satu cara HerbaLine mengiktiraf kecantikan sejati dan memberi ganjaran kepada peserta yang mempunyai nilai-nilai kecantikan sejati.

Acapkali apabila kecantikan ditakrif, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ialah penampilan fizikal seperti kecantikan paras rupa dan potongan badan. Begitupun, penyelidikan dan pengertian sebenar mengenai makna kecantikan pula berbeza.

Kecantikan ditakrif sebagai kombinasi ciri seseorang atau benda yang menyeronokkan perasaan dan menceriakan minda.

"Ini sekali gus membuktikan bahawa kecantikan adalah sangat individualistik dan boleh dinilai melalui pelbagai faktor seperti ciri-ciri perwatakan dan daya tarikan unik.

"Selain itu, jangan sekali-kali memperkecilkan faktor X yang membezakan seseorang daripada orang lain," kata Low.

Beliau menambah, pencarian tersebut adalah untuk mencari kualiti yang unik dan semangat yang tidak terbatas oleh usia. Ia boleh ditemui sama ada pada seorang remaja yang periang dan penuh bertenaga atau wanita berkerjaya yang mempunyai keyakinan dan semangat jati diri.

"Jika anda dalam usia 60-an, kualiti kecantikan boleh dinilai dalam bentuk kematangan, semangat anda yang berhati muda dan kecergasan yang setanding dengan remaja.

" Bagi lelaki pula, peribadi yang kami nilai termasuk keberanian, karisma dan tingkah laku yang menawan," tambah Low lagi.

Bagi mereka yang berminat, boleh menyertai pencarian duta tersebut dengan mengunjungi laman web www.herbaline.com.my. Pada akhir peraduan ini, HerbaLine akan memilih 12 finalis untuk menyertai sesi bergambar dan pengundian untuk memilih duta akan dibuka kepada orang ramai.

Hadiah Utama bagi empat duta Herbaline setiap seorang termasuk lawatan sehari ke Kuala Terengganu Heaven Spa (termasuk tiket penerbangan dan pengangkutan pergi-balik lapangan terbang), pasport rawatan muka peribadi tahunan sehingga 18 kali setahun dan juga pelbagai produk bernilai RM1,000. Nilai hadiah untuk setiap pemenang berjumlah RM3,999.

Jika anda rasa anda mencerminkan ciri kecantikan sejati dan anda ingin menyertai atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman web www.herbaline.com.my atau hubungi talian 03-5121 5055.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penasihat Kiram disoal siasat

Posted:

Penasihat Kiram disoal siasat

Penasihat Kiram disoal siasat

JAMALUL KIRAM III (kanan) berbual dengan adiknya, Sultan Bantilan Esmail Kiram II di rumahnya di Bandar Taguiq, selatan Manila semalam.


MANILA - Satu siasatan berhubung konspirasi Sultan Jamalul Kiram III menghantar sekumpulan lelaki bersenjata ke Sabah adalah wajar dan konsisten dengan usaha-usaha untuk menamatkan keganasan, kata Istana Presiden Filipina kelmarin.

Menurut laporan akhbar dalam talian Philstar.com semalam, pihak istana membuat penjelasan tersebut sehari selepas Biro Siasatan Nasional menyaman penasihat Jamalul Kiram III, Pastor 'Boy' Saycon supaya datang untuk disoal siasat esok kerana disyaki menjadi sebahagian daripada konspirasi tersebut.

Konspirasi itu bertujuan untuk mewujudkan suasana tidak stabil apabila para pengikut Jamalul Kiram dihantar ke Sabah dan menuntut negeri Malaysia tersebut sebagai milik mereka.

Saycon merupakan Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina.

Timbalan Jurucakap Presiden Filipina, Abigail Valte menyatakan kepada stesen radio dzRB, adalah sesuatu yang penting untuk menentukan kenapa situasi di Sabah bertukar menjadi insiden ganas sehingga melibatkan kematian.

Saycon telah mengaku menjadi penasihat kepada Jamalul Kiram semasa beliau mengemukakan tuntutan Sabah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menurutnya, beliau menjadi penasihat Jamalul Kiram tentang hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan selama 12 tahun.

Sebelum ini, Saycon menafikan menghasut tentera Kesultanan Sulu pergi ke Kampung Tanduo, Lahad Datu pada bulan lalu.

Menurutnya, beliau bekerjasama dengan Kiram atas kehendaknya sendiri berhubung tuntutan Sabah.

Presiden Benigno Aquino III sebelum ini menyatakan Filipina akan memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung konspirasi pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu.

Aquino juga akan memberitahu identiti ketua konspirasi itu kepada Najib.

Presiden itu pernah menyatakan bahawa para pengikut Jamalul Kiram dijanjikan bayaran AS$600 (RM1,862) setiap orang untuk menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu. - Agensi

Rusuhan agama berlaku di Pakistan

Posted:

Rusuhan agama berlaku di Pakistan

Rusuhan agama berlaku di Pakistan


ANGGOTA-ANGGOTA polis mengejar sekumpulan penunjuk perasaan Kristian di Lahore semalam.


LAHORE - Sejumlah penduduk Kristian menunjuk perasaan di beberapa bandar di Pakistan semalam bagi membantah sekumpulan penganut Islam membakar lebih 100 buah rumah di negara ini.

Tunjuk perasaan itu dibuat ekoran lebih 3,000 penduduk Islam bertindak ganas di sebuah kawasan yang dihuni penduduk Kristian, Joseph Colony.

Penduduk Islam itu bertindak membakar ratusan rumah selepas membantah tindakan seorang penganut Kristian yang membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW tiga hari lalu.

Menurut polis, kira-kira 150 orang telah ditangkap.

Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mati dalam rusuhan agama itu.

Polis berkata, satu perbalahan antara dua rakan yang mabuk telah menyebabkan kenyataan mengaibkan tersebut dikeluarkan.

Sejumlah penunjuk perasaan di bandar ini yang menuntut supaya lebih banyak perlindungan diberikan kepada para penganut Kristian bertempur dengan polis yang menggunakan cota dan gas pemedih untuk menyuraikan mereka.

Seorang pegawai polis, Abdul Ghaffar Qaisarani berkata, para penunjuk perasaan itu juga menyekat laluan sebatang jalan raya yang sibuk.

Terdapat juga pertempuran kecil antara polis dengan para penunjuk perasaan di Karachi.

Tunjuk perasaan turut berlaku di Islamabad, ibu kota Pakistan,

Pemerintah tempatan Punjab menjanjikan ganti rugi sebanyak 200,000 rupee (RM6,351) untuk setiap keluarga yang terjejas akibat rusuhan tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif menaikkan ganti rugi itu kepada 500,000 rupe (RM15,879). - Agensi

Bieber batal konsert di Portugal

Posted:

Bieber batal konsert di Portugal

Bieber batal konsert di Portugal


BEBERAPA peminat mengejar kereta yang dinaiki Bieber semasa dia meninggalkan hotel penginapannya di London kelmarin.


LISBON - Penyanyi terkenal Kanada, Justin Bieber membatalkan satu daripada dua konsertnya di Portugal yang dijadualkan berlangsung pada minggu ini, menurut promoternya.

Menurut laman promoter muzik penyanyi itu kelmarin, Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung pada Selasa depan di sini.

Promoter itu menyatakan, konsert Bieber akan diadakan pada hari ini.

Sebuah akhbar Portugal menyatakan, konsert pada hari pertama telah habis dijual.

Namun, jualan tiket untuk konsertnya esok digantung kerana sambutan yang tidak menggalakkan.

Semasa berada di London, penyanyi berkenaan telah menimbulkan kemarahan sejumlah peminatnya kerana lewat tiba di Arena O2.

Bieber juga menghadapi kesukaran bernafas yang menyebabkan dia terhenti seketika semasa membuat persembahan pada Khamis lalu.

Dia kemudian dimasukkan ke sebuah hospital untuk menjalani rawatan sebelum penyanyi itu membuat persembahan pada Jumaat lepas.

Penyanyi yang berusia 19 tahun itu juga berbalah dengan seorang jurugambar di luar hotel penginapannya di London.

Rakaman video yang menunjukkan dia memarahi jurugambar itu disiarkan di saluran Channel 5 News dan disiarkan di media Britain pada Jumaat lalu.

Seorang anggota keselamatan penyanyi itu bertindak menghalang Bieber daripada berbalah dengan jurugambar tersebut.

"Kadangkala apabila terdapat orang yang berasak-asak menghalakan kamera ke arah muka anda pada setiap hari dan menjerit perkara yang teruk ke arah anda...saya juga manusia. Minggu yang sukar," katanya di sebuah laman rangkaian sosial. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Fatehah raih emas acara pecut di ACC

Posted:

Fatehah raih emas acara pecut di ACC

Fatehah raih emas acara pecut di ACC

11/03/2013 7:41pm

KUALA LUMPUR — Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa berjaya meraih pingat emas dalam acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2013 di New Delhi, India, hari ini.

Ia adalah pingat emas pertama yang disumbangkan oleh pelumba elit negara dalam kejohanan berkenaan selepas skuad pelapis meraih dua pingat emas pada hari pembukaan, Khamis lepas.

Selepas merangkul gangsa dalam acara 500 meter ujian masa semalam, Fatehah dari Hulu Terengganu itu mengalahkan pelumba China, Shi Jingjing dalam saingan akhir di Velodrom Indira Ghandi.

Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan Fatehah meraih pingat perak pada kejohanan edisi lepas di Kuala Lumpur, tahun lalu.

Dalam pada itu, Malaysia turut meraih pingat gangsa menerusi Farihah Shahwati Mohd Adnan dalam kategori remaja perempuan pula selepas mengalahkan pelumba Korea Selatan, Im Sarang.

Pingat emas bagi kategori itu dimenangi pelumba Korea Selatan, Jang Yeonhee, manakala pingat perak menjadi milik pelumba India, Deborah.— BERNAMA

Cubaan seludup rokok, arak bernilai RM2.42j gagal

Posted:

Cubaan seludup rokok, arak bernilai RM2.42j gagal

Cubaan seludup rokok, arak bernilai RM2.42j gagal

11/03/2013 7:33pm

MELAKA — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menggagalkan cubaan menyeludup rokok dan arak bernilai RM2.42 juta termasuk cukai dalam empat serbuan berasingan antara 6 Mac hingga semalam.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, seorang lelaki yang merupakan penjaga stor turut ditahan dalam operasi di Melaka dan Perak itu.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama, sepasukan penguatkuasa JKDM menahan dan merampas sebuah lori membawa muatan tiga juta batang rokok kretek dan rokok putih bernilai RM1.7 juta termasuk cukai di Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Air Keroh pada 4.40 pagi 6 Mac lepas.

Katanya, pemandu lori tersebut bagaimanapun dapat melarikan diri dengan bantuan tonto.

"Dalam serbuan kedua pada 4.40 petang 8 Mac lepas, JKDM berjaya merampas 81,800 batang rokok dan 72 tin arak membabitkan nilai RM57,687 termasuk cukai di sebuah premis tidak berpenghuni... di Taman Kebaya Alor Gajah," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Mohd. Nasir berkata, pada serbuan ketiga pula, pihaknya berjaya merampas 1.1 juta batang rokok dan 1,248 tin arak seludup bernilai RM654,542 termasuk cukai serta menahan seorang penjaga stor warga tempatan berusia 46 tahun di sebuah rumah setingkat di Menglembu Ipoh, Perak kira-kira 11 pagi semalam.- BERNAMA

Kebanyakan pekerja kecewa dengan bonus

Posted:

Kebanyakan pekerja kecewa dengan bonus

Kebanyakan pekerja kecewa dengan bonus

11/03/2013 7:25pm

KUALA LUMPUR — Lebih daripada 49 peratus pekerja Malaysia yang menerima bonus menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan bayaran bonus masing-masing, demikian menurut kaji selidik tahunan JobStreet.com.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengambilan pekerja online, JobStreet berkata, kebanyakan industri membayar purata bonus 1.5 bulan.

"Bonus tertinggi diterima, yang merupakan enam bulan atau lebih, dibayar oleh syarikat di dalam sektor kewangan dan perbankan, telekomunikasi dan peruncitan," katanya.

JobStreet berkata, 40 peratus daripada mereka yang dikaji selidik berkata, bonus masing-masing telah meningkat berbanding dengan tahun lepas dan 36 peratus berkata, bonus masing-masing kekal sama manakala 25 peratus melaporkan bonus yang lebih rendah.

Katanya, 36 peratus daripada responden berkata, mereka akan berhenti kerja dari syarikat berkenaan kerana bonus masing-masing lebih rendah daripada jangkaan dan 25 peratus akan berbuat demikian walau apa pun faktor bonusnya.

JobStreet.com berkata, bonus dan insentif lain, seperti kenaikan gaji dan manfaat syarikat, kekal menjadi faktor utama mengekalkan pekerja. Sejumlah 4,543 pekerja, di mana 66 peratus merupakan eksekutif tahap kanan, mengambil bahagian di dalam kaji selidik itu.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tiga sifu mencari bintang

Posted:

Tiga sifu mencari bintang

Tiga sifu mencari bintang

FAIZAL ISMAIL, Sabri Yunus dan Raja Azura antara sifu yang terpilih untuk membimbing para peserta Bintang Mencari Bintang.


KETIKA ini sudah banyak rancangan realiti televisyen yang dianjurkan oleh stesen televisyen tempatan bertujuan mencungkil bakat terpendam orang ramai sama ada dalam bidang lakonan atau nyanyian.

Terbaharu menyaksikan sebuah rancangan yang diberi nama iaitu Bintang Mencari Bintang terbitan TV3, program yang memerlukan para peserta berkebolehan membuat komedi dan menyanyi.

Rancangan yang dianjurkan buat julung-julung kalinya itu juga mempunyai keistimewaan tersendiri apabila para peserta bakal dibimbing oleh setiap individu yang sememangnya mempunyai nama besar dalam dunia hiburan.

Antara yang terpilih seperti Sabri Yunus, Raja Azura, Faizal Ismail, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik serta kumpulan Senario dan mereka ini digelar sifu. Setiap sifu pula akan diberi tanggungjawab melatih dua orang peserta.

Salah seorang sifu iaitu Sabri berkata, dia sendiri meluahkan rasa gembiranya apabila dipilih menyertai rancangan Bintang Mencari Bintang dan menyifatkan rancangan berkenaan mampu melahirkan lebih ramai penghibur.

"Pada mulanya saya pernah menolak apabila ditawarkan menjadi sifu dalam rancangan ini. Bukan tidak berminat untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan, sebaliknya ia disebabkan faktor masa memandangkan jadual agak padat.

"Kemudian apabila pihak TV3 menyatakan mereka bersetuju untuk ikut jadual kerja saya, barulah persetujuan saya berikan kepada mereka kerana merasakan rancangan ini memang menarik," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran rancangan tersebut baru-baru ini.

Diberi tanggungjawab untuk membimbing dua peserta iaitu kumpulan Titan dan Bog Too, Sabri menyatakan, antara matlamat utamanya adalah mahu melahirkan seorang penghibur yang bijak.

Menurutnya, bakat komedi yang dimiliki sekadar merangkumi 20 peratus dan selebihnya bergantung kepada minat, kreativiti dan kebijaksanaan seseorang individu itu.

"Sebelum ini saya sudah beberapa kali terlibat dalam pelbagai rancangan pencarian bakat. Jadi, untuk rancangan ini saya membuat sedikit kelainan dalam pemilihan peserta.

"Sebagai contohnya, saya telah memilih beberapa individu yang semasa uji bakat dan membentuk mereka dalam satu kumpulan. Kemudian saya biarkan mereka untuk berbual apa sahaja topik dan barulah pemilihan dilakukan menerusi pemerhatian yang saya buat," jelasnya.

Mengenai pemilihan Azizul Ammar Abu Hassan dan Fazlisham Mat Hussin (Titan) dan Nor Alif Mohd. Mokhtar dan Mohamad Shafiq Raside (Bog Too) sebagai peserta bimbingannya, Sabri menyatakan kedua-dua kumpulan itu memiliki kekuatan tersendiri.

"Saya yakin bakat yang mereka ada mampu digilap dan dibentuk lagi. Cuma saya agak risau tidak mampu memberi sepenuh komitmen membimbing mereka dan mungkin saya dapat bertemu mereka selepas pukul 12 tengah malam kerana jadual saya yang padat.

"Bagaimanapun, saya harap ia tidak menjadi satu halangan buat mereka untuk tampil dengan persembahan yang terbaik. Saya akan mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang dimiliki agar dapat melahirkan penghibur yang berkualiti," ujarnya.

Berkenaan persembahan nyanyian pula, Sabri secara terus terang menyatakan dia memang tidak berkebolehan untuk menyanyi. Namun begitu, ia tidak akan mengambil mudah mengenai perkara itu.

"Apa yang saya tahu markah yang diberi lebih kepada sketsa komedi berbanding nyanyian, tetapi saya mahu persembahan kedua-dua peserta saya seimbang. Jadi, saya mungkin akan meminta pertolongan rakan yang boleh menyanyi untuk membantu saya memantau mereka," ujarnya.


MUHAMMAD SUFIAN (empat dari kanan) dan Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin (kanan) bergambar bersama barisan sifu program Bintang Mencari Bintang.


Pelawak wanita

Merupakan satu-satunya sifu wanita, Raja Azura menggalas tugasan besar membimbing kumpulan Kelawak yang dianggotai Syed Atiq Wan Long dan Muhd. Maaruf Zamani Lim serta Awok yang menampilkan satu-satunya peserta wanita iaitu Filzah Azmi dan Nurul Ain Othman.

Raja Azura atau lebih popular dengan panggilan Kak Engku memberitahu, dia sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri apabila terbabit dalam rancangan Bintang Mencari Bintang ini.

"Selama ini kita dapat lihat tidak ramai wanita yang berminat menjadi pelawak, sedangkan ia merupakan bidang yang mampu mendatangkan pendapatan lumayan.

"Menerusi rancangan ini saya memang merancang untuk memilih sebuah kumpulan wanita yang akan bersaing dengan peserta lain. Biarpun menjadi satu-satunya peserta wanita, saya tetap yakin Awok sedia mengharungi setiap cabaran yang bakal dilalui," ujarnya.

Jelas Kak Engku, memandangkan dunia komedi tempatan kurang penyertaan golongan wanita dan didominasi oleh lelaki, Kak Engku berhasrat mahu melahirkan pelawak wanita yang hebat dan mampu bersaing dengan pelawak sedia ada.

Menurutnya, semasa sesi uji bakat berlangsung sebelum ini Filzah dan Nurul Ain masing-masing datang berpasangan bersama peserta lelaki, lalu dia membuat keputusan memecahkan pasangan tersebut dan menggandingkan mereka berdua.

"Walaupun matlamat saya mahu melahirkan pelawak wanita yang berjaya, ia tidak bermakna saya mengabaikan kumpulan Kelawak. Saya akan membimbing kedua-duanya secara sama rata dan mahu melihat mereka mara ke peringkat yang lebih jauh," ujarnya.

SABRI (kiri) gembira manakala Faizal terkejut apabila diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai sifu program Bintang Mencari Bintang.


Terkejut

Seorang lagi sifu yang terpilih iaitu Faizal Ismail pula mengakui dia sebenarnya terkejut apabila dipilih oleh pihak TV3 untuk menyertai rancangan Bintang Mencari Bintang.

Pada peringkat awal dia sendiri agak hairan memandangkan dia lebih dikenali sebagai seorang penyampai radio dan bukanlah seorang pelawak atau pelakon komedi.

"Sebenarnya pembabitan saya ini sebagai pengganti kepada seorang pelawak lain yang tidak jadi menyertai rancangan ini, tetapi saya tetap tertanya-tanya apa yang menyebabkan saya mendapat tawaran ini.

"Apabila saya bertanyakan perkara ini kepada pihak TV3, mereka menyatakan terdapat unsur-unsur komedi dalam diri saya. Akhirnya saya bersetuju dengan tawaran ini untuk mencabar kebolehan diri sendiri," ujarnya.

Dalam rancangan tersebut, Faizal selaku sifu diberi tugasan untuk membimbing dua peserta iaitu kumpulan Tapaw yang dianggotai Khairul Faiz Sulaiman dan Mohd. Shahrizal Sulaiman serta peserta solo iaitu Wan Azrul Azizan (Ajo).

Selain kumpulan Titan, Bog Too, Kelawak, Awok, Tapaw dan Ajo, lain-lain peserta yang turut bersaing seperti Bowl dan Bocik (Afdlin Shauki), Achey dan XOXO (Harun Salim Bachik) serta Gegau dan Tocai (Senario) untuk merebut hadiah wang tunai RM200,000.

Ana Raffali pilih 800 peminat istimewa

Posted:

Ana Raffali pilih 800 peminat istimewa

Ana Raffali pilih 800 peminat istimewa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

ANA RAFFALI kini sudah muncul dengan single terbaharunya, Jauh ke Syurga.


JUARA Anugerah Juara Lagu pada tahun 2010, Ana Raffali, 28, dilihat menyepikan diri setelah membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang jurugambar bebas, Ahmad Aznaim Abdullah awal tahun lalu.

Bagaimanapun, penyanyi merangkap komposer dan penulis lirik itu sebenarnya mengakui, dia bukan sengaja mahu memencilkan diri daripada dunia seni tapi lebih mengutamakan kerja produksi lagu belakang tabir selain sedang merancang pembikinan album terbaharunya.

Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku tersebut ditemui pada majlis pelancaran album Asmidar, Kali Pertama di Black Box, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini mendapatkan kepastian lanjut.

Kosmo!: Ke manakah menghilangnya Ana Raffali yang sebelum ini pernah meraih populariti sekitar dua tahun lalu?

ANA RAFFALI: Saya kini melatih diri untuk menjadi seorang penerbit bagi album saya yang akan datang. Sekarang saya sendiri berpeluang dan bertanggungjawab sepenuhnya sepanjang pembikinan muzik, lagu dan album saya. Saya boleh memilih bunyi yang bagaimana saya mahukan dan saya suka melakukan kerja-kerja ini. Selain itu, saya memfokuskan kehidupan bersama suami dan keluarga saya.

Adakah Ana merajuk dengan industri?

Jauh sekali tidak. Malah, saya sentiasa memikirkan cara untuk kembali mencuri tumpuan peminat, sepanjang saya menjadi isteri orang pun saya tidak putus-putus diajukan pertanyaan sedemikian dan hadiah saya untuk peminat adalah lagu saya. Alhamdulillah pada 24 Januari lalu saya telah melancarkan single terbaharu saya berjudul Jauh ke Syurga dan sedang sibuk mempromosikan single itu.

Bagaimanakah sambutan peminat terhadap single itu kerana difahamkan lagu itu juga lebih bersifat Islamik?

Alhamdulillah dua hari selepas single itu dilancarkan, ia sudah mendapat lebih 65,000 hit di laman YouTube. Saya terharu dengan sambutan yang diterima. malah sebagai penghargaan, saya telah memilih 800 orang peminat bertuah untuk menerima lagu itu yang saya kirimkan melalui e-mel.

Saya seorang penulis lagu yang ingin berkongsi cerita dan lagu itu merupakan satu doa kepada isteri dengan harapan jodoh yang dipertemukan akan berkekalan sampai ke syurga. Kalau disebut dan dinyanyikan banyak kali akan menjadi satu doa.

Bagaimanakah kehidupan peribadi Ana bersama Aznaim?

Kami bahagia dan gembira. Sekarang, fokus saya adalah keluarga dan saya bersyukur kerana sentiasa ditemani oleh suami apabila berdepan waktu-waktu yang susah. Sekurang-kurangnya saya mendapat inspirasi yang positif walaupun dia hanya tidur di samping saya ketika saya sedang sibuk menyiapkan lagu. Kalau soal anak, kami tidak merancang kerana Allah mengetahui jalan hidup kita, saya berserah dan menantikan yang terbaik.

Kosmo! difahamkan Ana turut terlibat menyumbangkan sebuah lagu kepada Asmidar untuk dimuatkan dalam album terbaharunya, boleh Ana jelaskan lebih lanjut mengenai kolaborasi itu?

Lagu berjudul Sepasang Sudu dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh saya. Asmidar memiliki suara dan nada yang unik serta sesuai dengan lagu itu. Lagu Sepasang Sudu menceritakan situasi ketika minum petang dengan seorang teman baik tapi masing-masing menyimpan perasaan suka dalam hati namun malu-malu untuk diluahkan. Lagu ini ditulis sejak tahun 2008 dan mujurlah saya tidak merakamkan lagu ini untuk saya kerana sekarang ia sudah berjumpa dengan pemilik sebenarnya.

Produksi sensitif Ida Nerina

Posted:

Produksi sensitif Ida Nerina

Produksi sensitif Ida Nerina

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


IDA NERINA kini muncul dengan produksi arahannya, She.


TIDAK dinafikan sudah beberapa tahun, umum sudah tidak melihat atau mendengar sebarang perkembangan daripada pelakon yang berbakat besar, Ida Nerina.

Setelah lama menyepikan diri daripada sebarang aktiviti seni, Ida kini tampil dengan sebuah projek filem pendek sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac pada setiap tahun.

Apa yang menarik, projek tersebut bukan menghasilkan hanya sebuah filem, sebaliknya sebanyak 15 buah filem pendek dihasilkan membabitkan 15 pengarah berlainan yang terdiri daripada barisan aktres ternama Malaysia.

Mereka termasuklah Datin Sofia Jane yang pertama kali mengarah, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Elaine Daly, Fauziah Nawi, Dira Abu Zahar, Melissa Saila dan Susan Lancanster.

"Ia merupakan sebuah projek menggabungkan 15 wanita hebat yang mengekspresikan cerita mereka melalui karya filem pendek.

"Projek yang diberi nama Ikal Mayang ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat supaya menghentikan stereotaip terhadap kaum wanita dan membuktikan kami bukan kaum yang lemah.

"Dengan kewujudan projek ini, kami berharap masyarakat akan melihat wanita juga mampu mencapai cita-cita mereka dan kami bukan merupakan kaum yang lemah," ujar salah seorang penerbit eksekutif Ikal Mayang, Low Ngai Yuen pada sidang akhbar dan pratonton lima buah filem pendek di GSC, Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Ida kelihatan ceria dan tidak lagi menggunakan kerusi roda seperti tahun lalu selepas mengalami kemalangan jatuh tangga di kediamannya pada tahun 2009.

Namun pada majlis sidang akhbar tersebut, pelakon filem Selubung dan Layar Lara itu bagaimanapun menolak untuk ditemu bual tentang perkembangan kisah peribadinya yang terkini.

Cuma selaku pengarah kreatif projek produksi tersebut, Ida sebaliknya hanya bercakap tentang Ikal Mayang. Dia menjelaskan, apa yang ingin disampaikan melalui projek tersebut adalah tentang realiti kaum wanita yang jarang dipaparkan di kaca TV mahupun medium lain.

Malah jelasnya, daripada 15 buah karya yang dihasilkan, lima filem pendek yang dipertontonkan kepada media pada hari tersebut diklasifikasikan sebagai sensitif. Ia termasuklah karya hasil arahannya yang berjudul, She.

"Memang lima buah filem pendek yang kami tayangkan ini, mungkin agak sukar untuk ditayangkan dan mempunyai kemungkinan besar ia akan disunting.

"Bagaimanapun, jika disunting bahagian tertentu, maka mesej yang ingin diceritakan tidak dapat disampaikan dengan baik. Jadi, lebih baik ia tidak ditayangkan di TV," jelasnya.

Ida memberitahu, She merupakan filem terakhir dihasilkan daripada kesemua 15 buah karya tersebut.

"She berkisar tentang karakter manusia yang jarang disentuh oleh pembikin filem. Ini kerana, menjadi kebiasaan bagi saya untuk memerhati gerak geri atau perincian karakter manusia.

"Ia merupakan sebuah filem yang menggabungkan kesemua lima belas karakter. Ini kerana, She dalam filem ini ialah seorang penulis. Jadi dia banyak memerhati keadaan sekelilingnya untuk dijadikan sumber untuk karyanya," jelas Ida tentang filem pendek yang dihasilkannya itu.

Tambahnya, jika diberi peluang, berkemungkinan mereka ingin menjadikan Ikal Mayang ini sebagai projek tahunan setiap kali menjelang Hari Wanita Sedunia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pusat tumpuan industri marin

Posted:

Pusat tumpuan industri marin

Pusat tumpuan industri marin

MESIN penguji pergerakan yang canggih ini mempunyai kelajuan maksimum lima meter per saat.


SETIAP peralatan termasuk sambungan struktur batang paip telah dipasang, namun Mohd. Haidi Samsuri, 27, masih belum berpuas hati. Dia memeriksa sekali lagi.

Tindakan itu bagi memastikan ujian yang akan dijalankan berjalan lancar sekali gus mendapat keputusan yang paling tepat.

Kemudian dia menekan satu butang lantas mesin penguji mulai bergerak. Batang paip yang dipasang mulai bertindak balas dengan ombak dan data-data tertera di skrin monitor komputer.

"Saya perlu pastikan peralatan yang diuji dipasang dengan betul dan pelarasan mesin juga mengikut aturannya. Jika salah, mesin mungkin tidak berfungsi dengan baik atau keputusan yang diperoleh tidak tepat.

"Data-data yang tertera di skrin akan direkodkan kerana ia akan menentukan keupayaan batang paip berkenaan ketika digunakan dalam operasi di tengah laut," kata juruteknik yang bertugas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai itu.

Anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu melakukan ujian daya tahan batang paip ketika digunakan di dalam laut untuk industri minyak dan gas.

Ujian batang paip itu dilakukan sebuah syarikat berkaitan minyak tempatan di Pusat Teknologi Marin, UTM. Hasil ujian adalah rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada syarikat pesaing.

Pusat marin bernilai RM35 juta itu dibangunkan pada tahun 1996 bagi tujuan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), kerja komersial di bawah seliaan Jabatan Teknologi Marin malah merupakan yang pertama di Malaysia dan kedua di Asia Tenggara, selepas Indonesia.

Ia dilengkapi pelbagai prasarana terkini dan moden, antaranya tempat ujian model kapal merangkumi sebuah takungan air sepanjang 120 meter dan mesin penguji pergerakan dengan kelajuan maksimum lima meter per saat.

Pusat tersebut juga menyediakan mekanisme penjana ombak bagi menghasilkan olakan air seperti suasana sebenar dan penyerap gelombang. Ia menjadikan pusat berkenaan menjadi tumpuan pelbagai pihak yang inginkan khidmat perundingan mahupun kerja teknikal.


MAZIAH (kiri) bekerja sebagai jurutera seni bina kapal dan luar pantai di sebuah syarikat minyak dan gas di Kuala Lumpur.


Tugas berat

Mohd. Haidi berkata, dia bersama lima pekerja lain bertanggungjawab melakukan ujian seperti yang dikehendaki pelanggan terbabit.

"Pelanggan mahu kami melakukan kira-kira 300 ujian dalam tempoh tiga bulan. Ia merupakan satu tugas berat kerana setiap hari kami perlu melakukan sekurang-kurangnya 18 ujian rintangan.

"Ujian rintangan batang paip ini amat penting kerana apabila ia dipasang di lokasi sebenar di platform tengah laut, ia sepatutnya mampu menahan arus ombak. Jika gagal, kesan buruk akan berlaku seperti tumpahan minyak," kata anak kelahiran Labis, Johor yang memiliki kelulusan Diploma Elektronik dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor Bahru.

Ketika ujian dijalankan, beberapa pekerja syarikat minyak terbabit turut berada di lokasi ujian bagi memantau perjalanan ujian berkenaan yang membabitkan kos lebih RM1 juta.

Selain daripada tugas tersebut, Mohd. Haidi juga terbabit dengan kerja-kerja pembinaan prototaip kapal-kapal sebelum melakukan ujian rintangan, kestabilan, ombak dan pendorongan.

Pembinaan prototaip dilakukan di bengkel kayu di makmal berkenaan. Tugas tersebut memerlukan kreativiti dan imaginasi tinggi bagi menghasilkan model seperti lukisan yang diberikan oleh pelanggan atau pihak tertentu.

"Model kapal yang dihasilkan adalah berdasarkan nisbah 1:40 daripada saiz sebenar kapal. Model kapal yang diuji mestilah mempunyai kelajuan sederhana iaitu pada kadar 40 knot dan lazimnya ia untuk kapal yang panjangnya 200 meter pada ukuran yang sebenar," katanya.

Menimba ilmu

Selain tumpuan pihak luar menjalankan ujian bagi produk-produk mereka, pusat berkenaan juga menjadi medan para pelajar menimba ilmu dalam bidang berkenaan.

Antaranya, Maziah Suraya Abd. Majid, 32, yang kini mengikuti pengajian separuh masa peringkat Sarjana Teknologi Marin dan sibuk menjalankan kajian tentang platform minyak di tengah laut.

Pada masa sama dia turut bekerja sebagai jurutera seni bina kapal dan luar pantai (naval architect) di sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Setelah enam tahun bekerja, Maziah berpendapat inilah masa terbaik baginya menimba ilmu baharu malahan kemudahan yang ada di UTM tersebut merupakan satu peluang keemasan yang tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja.

"Saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran demi menggembangkan kerjaya dalam bidang ini. Ini kerana, saya dapati negara kita kekurangan pakar dalam menghasilkan platform terapung di laut untuk industri minyak dan gas," katanya yang berasal dari Johor Bahru.

Ekoran kekurangan itu, pakar-pakar luar terpaksa diimport bagi membantu membina platform terapung berkenaan.

Antara kajian yang dilakukannya termasuk mengenal pasti kemampuan platform dan paip gas menentang arus laut pada paras kedalaman berbeza.


UJIAN terhadap model kapal turut dilakukan di kawasan laut terbuka.


Kestabilan kapal

Seorang pelajar dari Sulawesi, Indonesia, Rahimuddin Samad, 41, sanggup merantau ke negara ini bagi mendalami ilmu berkaitan kestabilan kapal.

Antara perkara yang dipelajarinya termasuk membuat prototaip kapal, menjalankan ujian terhadap model kapal, pembangunan perisian komputer dan stimulasi komputer yang kesemuanya berkaitan dengan kapal.

"Sebahagian ujian perlu diadakan di kawasan laut terbuka seperti di perairan Selat Melaka atau Selat Johor. Ketika kajian dijalankan, pergerakan-pergerakan ombak akan direkodkan. Ini bagi memastikan apabila kapal sebenar dibina, tidak berlaku olengan yang boleh menyebabkan anak-anak kapal mabuk lauk.

"Kajian juga penting bagi memastikan prestasi kapal sebenar, keselesaan dan kemampuan menghadapi rintangan ombak. Jika tiada kajian itu, apabila dipukul ombak yang tinggi, kapal akan pecah sekali gus membahayakan keselamatan," katanya.

Dimensi baharu pementasan Secret Cinema

Posted:

Dimensi baharu pementasan Secret Cinema

Dimensi baharu pementasan Secret Cinema


PENONTON akan dibawa ke sebuah gudang yang diubah suai menjadi penjara untuk turut sama berlakon dengan para pelakon sebenar filem itu.


DI bawah pemantauan pengawal, sekumpulan penonton wayang duduk dalam keadaan senyap ketika bas era 1950-an yang mereka naiki meredah kota London. Tidak lama kemudian, sebuah kompleks penjara kelihatan.

Selamat datang ke Secret Cinema. Namun, berbeza daripada menonton di pawagam biasa, di Secret Cinema penonton akan dibawa ke lokasi lakonan sebenar.

Filem tidak setakat ditayangkan di skrin kerana penonton boleh melihat sendiri dengan lebih dekat karakter yang dihidupkan oleh pelakon.

Penonton datang sehelai sepinggang ke lokasi rahsia yang hanya diketahui melalui jemputan e-mel.

Mereka membayar sejumlah 43.50 pound sterling (RM213) untuk sekeping tiket Secret Cinema.

"Segalanya adalah rahsia. Mereka tidak mempunyai sebarang idea apa yang akan ditonton dan perkara yang akan dilalui.

"Namun, sebaik sahaja sampai ke lokasi pelakon, pengarah dan kru menjadi lebih terbuka. Penonton perlu bersedia merasai pengembaraan hebat itu," kata Fabien Riggall yang mengasaskan Secret Cinema pada tahun 2007.

Pendekatan wayang gambar inovatif itu juga kini sudah mula menjadi fenomena di New York, Amerika Syarikat (AS) dan Athens, Greece apabila mula merebak sejak April tahun lalu.

Lokasi sebenar

Secret Cinema menyaksikan penganjurnya mengubah sebuah gudang menjadi lokasi yang pelbagai.

Contohnya sebuah taman untuk latar belakang Lawrence of Arabia dan terowong bergenangan air bagi filem The Battle of Algiers.

Siri terbaharu pengembaraan menawarkan penonton pengalaman kehidupan penjara yang sukar seperti yang dialami Morgan Freeman dan Tim Robbins seperti dalam filem The Shawshank Redemption.

Pada awalnya penonton dimaklumkan akan tiba di sebuah perpustakaan di timur London dengan pakaian era 50-an, sebelum dibawa ke mahkamah dan dibicarakan atas pelbagai jenis jenayah yang menggelikan hati daripada penculikan hinggalah mempunyai dua isteri.

'Banduan' baharu tersebut kemudian dibawa menaiki sebuah bas vintaj ke sebuah sekolah tinggal yang ditukar oleh Secret Cinema kepada penjara.

Diasak masuk oleh 'pengawal penjara' iaitu pelakon sebenar filem, mereka kemudian dipaksa menanggalkan pakaian asal mereka.

Daripada topi cantik dan kot panjang, mereka kini diminta memakai uniform kelabu dan menghabiskan tiga jam meneroka bilik kurungan masing-masing dengan gangguan pengawal secara berkala.


UNTUK menjadi penonton Secret Cinema anda perlu bersikap terbuka kerana ia akan membawa anda mengembara ke lokasi sebenar filem itu.


Peningkatan penonton

"Jika anda mengikut rentaknya, ia menjadi menarik.

"Setiap kali menyertainya, ia menjadi lebih besar," kata Andy yang sudah enam kali mengikuti Secret Cinema dan pernah datang dengan pakaian Badwi untuk Lawrence of Arabia dan pesakit psikologi untuk One Flew Over The Cuckoo's Nest.

Babak filem seolah-olah jatuh daripada layar perak menjadi realiti. Bagi The Shawshank Redemption, ia melihatkan sebahagian pelakon tidak dapat dibezakan dengan penonton kerana memakai uniform yang sama, mencipta semula babak rogol dengan kejam, pergaduhan dan hukuman mati.

Bermula dengan kelompok penonton pertama seramai 400 orang pada 2007, Secret Cinema kini berkembang sehingga 13,500 orang 'banduan' dalam beberapa siri tayangan untuk The Shawshank Redemption pada Disember lalu.

"Setiap kali pembikinan, kami cuba mencipta sesuatu yang melebihi sebelumnya dari sudut bagaimana penonton menjadi sebahagian daripada dunia itu dan cara mewujudkan kekaburan antara persembahan serta tontonan," kata Riggall.

Tambahnya, ramai peminat melihat bentuk wayang baharu itu sebagai satu penawar kepada pengalaman biasa yang hanya memerlukan seseorang duduk di hadapan skrin.

"Ramai yang mahukan pengembaraan. Mereka mahukan kelainan daripada apa yang mereka sudah ketahui dan saya rasa Secret Cinema adalah langkah tersebut.

"Kami mempunyai pelakon yang tidur bersama penonton, malah anda mungkin bangun dan terdapat tahanan yang menyanyikan lagu klasik di sebelah. Seluruh bangunan ini menjadi pentasnya," katanya lagi.

Tiket-tiket untuk Secret Cinema kali ke-20 di London untuk April ini sudah pun habis dan ia buat julung-julung kalinya dijalankan serentak di lokasi rahsia di Athens dan New York.

Jos, seorang pemuda Belanda yang tinggal di London berkata, peminat filem dari bandar-bandar lain mengalu-alukan projek itu dengan tangan terbuka.

"Anda seperti disedut ke dalamnya. Pada mulanya agak kelakar namun selepas 10 minit anda sudah turut serta.

"Ia membuat anda berfikir bagaimana rasanya berada di penjara sebenar," katanya. - AFP

Karya agung Enid Blyton

Posted:

Karya agung Enid Blyton

Karya agung Enid Blyton

Oleh NIZHA PERIASWAMY


BLYTON (tengah) disanjung kerana menghasilkan karya penulisan kanak-kanak dengan gaya penceritaan dan watak-watak menarik.


JIKA anda pernah menjadi penggemar buku novel sewaktu zaman kanak-kanak, koleksi novel seperti Siri Lima Penyiasat, Siri Tujuh Penyiasat dan Siri Tiga Penyiasat pastinya tidak dapat dilupakan.

Ia antara koleksi buku wajib dalam kalangan murid sekolah, tidak kira rendah atau menengah.

Semestinya, lebih separuh daripada kita yang kini berada dalam lingkungan usia pertengahan 20-an hingga 40-an, membesar dengan berimaginasi watak dan jalan cerita karya-karya mereka.

Daripada senarai tersebut, penulis buku yang sangat popular menerbitkan lebih 800 buah novel ialah Enid Blyton.

Koleksi novel beliau adalah antara yang paling popular pada era 80-an dan 90-an apabila buku-buku beliau bukan sahaja boleh didapati dalam bahasa Inggeris, malah turut dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu.

Sedikit mengenai latar Blyton atau nama penuhnya, Enid Mary Blyton, beliau merupakan seorang warga Britain yang lahir pada 1897 hingga tamat hayatnya pada tahun 1968.

Beliau merupakan penulis novel kanak-kanak pada abad ke-20 serta disanjung oleh para pengkritik kerana gaya penceritaan dan watak-wataknya yang tidak dapat dilupakan.

ANTARA novel kanak-kanak pelbagai genre seperti pengembaraan, penyiasatan dan misteri tulisan Blyton yang terus kekal diminati sehingga ke hari ini.


Kekal popular

Blyton terkenal dengan siri buku berdasarkan watak-watak yang berulang-ulang dan ditujukan kepada kumpulan umur yang berbeza. Kehebatan Blyton membuatkan bukunya terjual lebih 400 juta naskhah di pelbagai negara.

Pada tahun 2007, Blyton diiktiraf sebagai penulis kelima popular di dunia di belakang beberapa penulis tersohor seperti William Shakespeare menurut Indeks Translationum.

Analisis itu berdasarkan bilangan naskhah buku Blyton yang dijual.

Jika diimbas semula karya Blyton, salah satu watak paling terkenal dan lekat di hati semua peminat siri Blyton ialah watak Noddy. Di samping itu, tidak dilupakan juga watak-watak dalam Siri Lima Sekawan (terdiri daripada 21 buah novel berkenaan empat orang remaja serta seekor anjing yang membuat pelbagai pengembaraan) dan Siri Tujuh Penyiasat (terdiri daripada 15 buah novel tentang tujuh orang remaja yang menyelesaikan pelbagai misteri).

Sehingga kini, buku-buku Blyton masih popular di Britain, India, New Zealand, Pakistan serta Australia malah telah diterjemahkan dalam hampir 90 bahasa.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved