Rabu, 6 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Mahu setaraf antarabangsa

Posted:

Mahu setaraf antarabangsa

Mahu setaraf antarabangsa

FILEM animasi Bola Kampung menggunakan tenaga kerja sebanyak 100 orang termasuk animator dan penyumbang suara.


SELAMA ini penonton televisyen terutamanya kanak-kanak di negara ini sering kali dihiburkan dengan pelbagai program animasi yang menarik dari luar negara.

Siri animasi seperti Mickey Mouse, Tom And Jerry, Doraemon dan Crayon Sin Chan merupakan antara produk animasi luar negara yang begitu digemari kanak-kanak di negara ini.

Bagaimanapun, bidang animasi di Malaysia sebenarnya bermula sekitar era 80-an menerusi siri cerita pendek seperti Sang Kancil Dan Buaya, Sang Kancil Menipu Pak Belang dan Arnab Dan Kura-Kura yang disiarkan di saluran TV Pendidikan terbitan Filem Negara Malaysia.

Menariknya, cerita animasi yang diterbitkan itu bukan sekadar hiburan semata-mata, malah ia turut sarat dengan pelbagai mesej yang berguna kepada kanak-kanak.

Kemudian pada tahun 90-an industri animasi tempatan dilihat semakin berkembang dengan pelbagai siri animasi tempatan yang mula mendapat perhatian penonton seperti Usop Sontorian, Kluang Man dan Anak-Anak Sidek.

Seiring dengan peredaran zaman, kualiti produk animasi yang diterbitkan semakin meningkat dan berubah menjadi lebih baik, malah kerajaan menerusi Multimedia Development Corporation (MDeC) juga memang banyak menyokong penggiat animasi tempatan.

Biarpun perkembangan produk animasi tempatan agak lewat berbanding di beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun, ketika ini sudah banyak syarikat penerbitan produk animasi tempatan yang telah diwujudkan.

Salah satu syarikat tempatan yang kini semakin proaktif menerbitkan produk animasi ialah Animasia Studio Sdn. Bhd. (Animasia Studio) yang terletak di Taman Sri Jati, Jalan Puchong, Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Animasia Studio, Edmund Chan berkata, syarikat yang mula ditubuhkan pada tahun 2005 itu sememangnya memberikan tumpuan kepada penerbitan produk animasi seperti siri televisyen.

"Matlamat utama penubuhan syarikat ini adalah untuk menghasilkan pelbagai produk animasi yang menarik dan bermutu, memandangkan industri animasi di Malaysia sekarang semakin berkembang maju.

"Sepanjang lapan tahun beroperasi, syarikat ini sudah mempunyai seramai 150 orang animator dan 98 peratus daripadanya merupakan animator tempatan," ujarnya selaku pengasas syarikat tersebut.

Menurutnya, setakat ini Animasia sudah menerbitkan banyak siri animasi Bola Kampung, Supa Strikas, Balla Bowl, Chuck Chicken, ABC Monsters, Ask Lara dan Harry & Bunny.

Menganggap Animasia Studio masih lagi setahun jagung dalam industri animasi tempatan, Edmund menyatakan, pihaknya melahirkan rasa bangga dan gembira dengan pencapaian yang telah diraih.

Ujarnya, setakat ini Animasia Studio merupakan syarikat animasi pertama yang memperoleh sijil ISO certified (ISO 9001:2008) dan mendapat status Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia.

"Kebanyakan produk-produk animasi yang kami hasilkan pula turut dipasarkan di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, England dan Sepanyol.

"Salah satu produk animasi yang kami terbitkan berjudul Ask Lara pula turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila tercalon dalam International Emmy Kids Awards pada bulan lalu," ujarnya tentang perkembangan syarikatnya itu.

Apabila ditanya mengenai sejauh mana perkembangan industri animasi di Malaysia, Edmund memberitahu bahawa animasi tempatan sememangnya mampu bersaing dengan animasi luar negara.

Jelasnya, pada masa ini Malaysia sebenarnya tidak ketandusan bakat anak tempatan dalam bidang animasi dan ramai yang berkebolehan untuk menghasilkan sesebuah produk yang bagus.

Ujar Edmund, pihaknya sangat yakin dalam tempoh beberapa tahun akan datang, Animasia Studio mampu berdiri setanding dengan syarikat animasi antarabangsa.

"Kalau kita lihat sudah ada beberapa siri animasi yang dihasilkan syarikat tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa dan diminati ramai penonton.

"Paling utama produk yang dihasilkan perlulah bermutu dan berkualiti dan kami yakin syarikat ini mampu bersaing dengan syarikat animasi di luar negara menerusi beberapa perancangan yang akan dilaksanakan nanti," ujarnya.


PENGARAH Urusan Animasia Studio, Edmund Chan, telah menubuhkan syarikat dan rumah produksi ini sejak tahun 2005.


Filem pertama

Setelah menerbitkan beberapa siri animasi, kini Animasia Studio bakal tampil dengan filem animasi pertama mereka iaitu Bola Kampung The Movie yang akan ditayangkan pada 21 Mac ini.

Pengarahnya, Ah Loong berkata, sebelum ini pihaknya telah menerbitkan siri animasi Bola Kampung yang telah disiarkan di saluran RTM dan TV9 sejak tahun 2006.

"Sepanjang ditayangkan di kaca televisyen, Bola Kampung telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penonton dan pernah dinobatkan sebagai siri animasi nombor satu pada tahun yang sama.

"Selain itu, ia turut menjadi animasi pertama yang diterbitkan syarikat tempatan disiarkan ke 16 buah negara seperti Indonesia, Vietnam, Turki, Singapura dan Thailand menerusi saluran Disney Channel Asia pada tahun 2007 apabila dialih suara ke dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan tajuk Football Kids," jelasnya.

Menurutnya, berdasarkan sambutan yang diterima, pada tahun 2009 pihak syarikat telah bersetuju untuk menerbitkan dalam versi filem iaitu Bola Kampung The Movie.

Mengenai proses penerbitan filem berkenaan, Ah Loong menjelaskan, seramai 100 orang yang terlibat dalam pembikinannya termasuk animator, pemuzik dan penyumbang suara untuk setiap karakter.

"Mungkin ramai yang berasakan kami mengambil tempoh yang panjang iaitu selama empat tahun untuk menghasilkannya. Sebenarnya, ia merupakan suatu perkara yang normal kerana penerbitan sesebuah filem animasi memang mengambil masa lama untuk disiapkan.

"Lagipun banyak proses yang perlu dilakukan seperti pemilihan skrip yang sesuai, menghasilkan story board dan penciptaan setiap karakter animasi agar nampak kelainan berbanding siri televisyen," ujarnya yang turut mengarahkan siri animasi Bola Kampung.

Menurutnya, selain tempoh masa yang panjang untuk menyiapkannya, ia turut melibatkan kos yang sangat besar itu sebanyak RM5 juta dan ia tidak termasuk dalam kos promosi.

"Apa yang menarik tentang Bola Kampung ini, ia menjadi filem animasi pertama berbahasa Melayu yang akan ditayangkan dalam bentuk stereoskopik tiga dimensi (3D). Jadi, penonton boleh menyaksikannya sama ada dalam versi 3D atau normal," ujarnya.


KIRI: Aktres Deana Yusof merupakan salah seorang penyumbang suara dalam filem animasi Bola Kampung.


Elemen tempatan

Berkenaan dengan cabaran sepanjang menghasilkan Bola Kampung The Movie, Chua Chong Tee selaku seorang lagi pengarah menyatakan, cabaran paling utama adalah memastikan filem itu mampu setanding dengan produk animasi yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Jelasnya, mereka juga terpaksa mencari jalan cerita yang menarik sehinggakan skrip yang dihasilkan terpaksa diubah beberapa kali.

"Kalau boleh kami tidak mahu terikut-ikut dengan filem animasi seperti di luar negara. Jadi, antara langkah-langkah yang kami lakukan ialah menerapkan lebih banyak elemen tempatan dalam filem ini.

"Misalnya, memaparkan tentang budaya dan kehidupan di kampung yang agak jarang diterapkan dalam kebanyakan filem animasi. Menerusi cara ini ia bukan sahaja mampu menarik minat penonton Malaysia, malah penonton di luar negara sekiranya filem ini dipasarkan ke peringkat antarabangsa," ujarnya.

Mengenai harapannya terhadap filem ini, Choong Tee sememangnya sangat berharap agar para penonton dapat berbangga dengan produk yang dihasilkan oleh anak tempatan serta akan suka dan terhibur setelah menontonnya di pawagam nanti.

"Selain Bola Kampung The Movie, kami sudah merancang untuk menghasilkan beberapa buah filem animasi yang lain pada masa akan datang. Ketika ini kami mahu memberi tumpuan terhadap filem ini terlebih dahulu," jelasnya.

Bola Kampung The Movie mengisahkan tentang Amanda, seorang puteri dari dunia permainan maya Kingdom Hill telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari seorang wira yang digelar Suria Warrior untuk menyelamatkan Kingdom Hill yang sedang diserang virus.

Setibanya di Kampung Gong Lechar, Amanda telah kehilangan ingatan dan berkawan dengan wira-wira Bola Kampung seperti Iwan, Azizul, Sabok dan Kumar. Iwan pula menyangka Amanda merupakan sepupunya yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan dan terus memperkenalkan puteri itu kepada rakan-rakannya.

Menariknya, filem ini turut menggunakan khidmat beberapa artis popular untuk menjadi penyumbang suara iaitu Ezlynn (Iwan), Afdlin Shauki (Sabok), Marsha Milan (Puteri Amanda), Aznil Nawawi (Lord Vilus), Douglas Lim (Szeto), Harun Salim Bachik (Tok Ayah), Deanna Yusoff (Queen) dan Aizat Amdan (Mat).

Kuasa blogger makanan

Posted:

Kuasa blogger makanan

Kuasa blogger makanan


PENIAGA kecil menyukai blogger kerana ulasan di akhbar terbatas kepada beberapa muka surat sahaja. - Gambar hiasan


SEBAGAI penganut agama Hindu, Tashny Sukumaran tidak memakan daging lembu, namun dia tiada masalah untuk memakan daging binatang lain.

Ekoran majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, laporan media arus perdana mengenai makanan berasaskan haiwan lain yang haram di sisi agama tersebut amat kurang.

Bagaimanapun, laman blog membantu mempopularkan pilihan daging berkenaan untuk komuniti Cina dan India yang bukan Islam.

Blog-blog makanan bagaimanapun, kini menguasai menu-menu Asia dengan memberi ulasan tentang hidangan terbaharu di internet sekali gus satu pendedahan berharga kepada pengusaha restoran, kata blogger dari Australia, Thang Ngo.

Liputan

"Ulasan restoran di dada akhbar terbatas kepada beberapa muka surat setiap minggu. Restoran kecil menyukai blogger kerana kebanyakan mereka tidak pernah mendapat liputan di surat khabar," katanya kepada AFP.

Blog makanan merupakan fenomena dunia, namun di Asia ia lebih hebat kerana penggemar makanan begitu ghairah dengan sajian serta cerewet tentang rasa selain makanan turut berkaitan dengan tradisi masyarakat.


BLOG ulasan makanan seperti ini membantu ramai pengusaha restoran merancakkan bisnes mereka.


Di Malaysia, keghairahan tentang makanan begitu hebat berbanding negara-negara lain kerana negara itu mempunyai banyak kafe terbuka dan gerai-gerai makanan tepi jalan.

Justeru, peluang untuk liputan begitu kurang namun perbahasan atau ulasan di blog memudahkan penggemar makanan untuk mencari hidangan sedap di sesuatu tempat.

Blog makanan menarik perhatian ramai, justeru blogger turut mencari peluang menambah pendapatan.

Laman web www.ladyironchef.com milik warga Singapura, Brad Lau dikunjungi seramai 1.5 juta orang pada Disember lalu, ia juga menjual iklan di laman web tersebut termasuk yang tiada kaitan dengan makanan.

"Blog umpama promosi mulut ke mulut," kata Lionel Lau, pengasas bersama Des Gourmand, sebuah kumpulan restoran di Malaysia.

Komuniti blog makanan di Korea Selatan juga tidak kurang hebat. Antaranya, kumpulan yang dikenali sebagai Power Bloggers yang menarik kunjungan puluhan ribu orang setiap hari ke blog-blog mereka.

Janice Tan dan suaminya, Tee Tsun Joo membuka premis pertama restoran makanan segera, Ninja Joe, pada tahun 2009. Kini, dia memiliki lima buah restoran sekali gus menjana pendapatan yang lebih tinggi.

"Kami tidak menjemput blogger, mereka sendiri yang datang. Tahun lalu, kami dapati lebih 130 ulasan tentang restoran kami," katanya yang tidak pernah membuat sebarang iklan.


KEWUJUDAN blog-blog yang membuat ulasan makanan di sesebuah restoran atau gerai banyak membantu dari segi promosi.


Kesan negatif

Bagaimanapun, adakah kamu masih mempercayai blog makan?

Itulah soalan yang sering ditanya seiring peningkatan blogger dan ia semakin terdedah kepada kesan negatif, rungut segelintir pengusaha restoran.

Antara isu tersebut termasuk broker mengenakan kadar bayaran tinggi kepada peniaga untuk mendapat liputan media dan ulasan positif.

Tony Hong, pelakon dari Korea Selatan yang mempunyai beberapa restoran di sana, mendakwa pada 2011, pihak yang sering membuat liputan mengenai restorannya meminta bayaran sebanyak 120,000 won (RM342) sebulan untuk ulasan positif.

"Saya tidak memenuhi permintaan tersebut, selepas itu restoran saya mendapat beberapa komen negatif," kata Tony.

Lee Khang Yi, penyunting ruangan makanan The Malay Mail, akhbar yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, berkata, blogger Malaysia mampu memperoleh pendapatan antara RM300 hingga RM1,500 bagi satu ulasan positif dalam entri blog mereka.

Blogger di Singapura berkata, pengusaha restoran di negara tersebut sanggup membayar sehingga RM5,000 bagi satu ulasan positif dalam entri blog popular.

Pengusaha restoran mengadu tentang blogger meminta makanan percuma atau berdepan ulasan negatif juga semakin meningkat.

Meskipun terdapat beberapa aduan, penyunting Time Out Kuala Lumpur, Lim Chee Wah berkata, blog makanan dan media sosial telah membantu perkembangan industri makanan.

"Liputan di blog, media tradisional dan sosial mendapat banyak perbahasan di negara ini. Mereka membuat satu trend dengan mewujudkan rangkaian penggemar makanan kerana orang ramai akan mencuba makanan yang dicadangkan," katanya. - AFP.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


1,001 khazanah tarikan ke UTM

Posted:

1,001 khazanah tarikan ke UTM

1,001 khazanah tarikan ke UTM

Oleh NASRI JAMALUDIN

BERMESYUARAT atau sekadar bersantai amat sesuai dilakukan di Rumah Tropika.


SEJAK diiktiraf sebagai sebuah universiti pada tahun 1975, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, Johor bukan sahaja berjaya melahirkan ribuan graduan dalam bidang sains dan teknologi malah kini diiktiraf sebagai sebuah universiti penyelidikan.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa UTM yang berkeluasan 1,222 hektar itu mempunyai bangunan-bangunan bercirikan tradisional Melayu.

Malah, persekitaran kampusnya kaya dengan flora dan fauna sekali gus mampu menawarkan percutian berkonsepkan ekopelancongan.

Lebih menarik, ketika para pelancong meneroka kesemua keunikan tersebut mereka dapat menyaksikan kehidupan kampus sebuah universiti berkelas dunia.

"UTM mempunyai pelbagai tarikan yang sesuai untuk ekopelancongan antaranya balai cerapan, hutan rekreasi, taman tropika, litar kawalan jauh, taman rusa dan tasik-tasik yang cantik.

"Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti perkhemahan, menjejak rimba, berjalan malam, bersampan, berkayak, abseiling, memancing ikan, berkuda atau sekadar bersantai di tasik-tasik menikmati kesegaran udara dan kehidupannya," kata Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Profesor Ir. Dr. Wahid Omar.

Tarikan-tarikan tersebut termasuk:

Hutan rekreasi

Mempunyai keluasan 53 hektar, pengunjung pasti teruja menyusuri hutan rekreasi yang kaya dengan kehijauan pokok-pokoknya.

Sebutkan sahaja aktiviti berkaitan hutan, kawasan itu tidak kurang hebatnya. Aktiviti perkhemahan, jalan malam dan program bina semangat boleh sahaja dilakukan di situ.

Anda pasti tidak menjangka, kawasan hutan tersebut juga mempunyai laluan sungai yang berbatu-batu. Memijak batu-batu sambil meredah sungai memberikan cabaran yang tidak kurang menyeronokkan.

Menjalankan semua aktiviti itu membuatkan anda tenggelam dengan suasana hutan yang sunyi sekali gus dapat merehatkan minda dan menyegarkan badan.

Ekoran itu, pihak UTM telah menaik taraf kemudahan yang ada di hutan rekreasi tersebut dengan membina empat buah rumah berkonsepkan tradisonal Melayu.


KANAK-KANAK turut teruja apabila melakukan aktiviti menunggang kuda di Pusat Ekuin.


Taman Tropika

Taman Tropika terkenal dengan tumbuhan heliconia dan halia. Terletak hanya beberapa meter dari pintu masuk utama, taman itu sesuai untuk aktiviti santai.

Dalam kalangan pelajar UTM, taman tersebut merupakan lokasi bagi mereka menyegarkan dan merehatkan diri setelah penat menjalankan pelbagai aktiviti kehidupan kampus.

Selain berjalan-jalan menikmati keindahan tumbuh-tumbuhan, taman berkenaan juga bersebelahan tasik yang sesuai untuk aktiviti air atau sekadar bergambar bersama rakan-rakan atau keluarga.

Taman Rusa

Bagi penggemar rusa atau sekadar untuk membawa anak-anak melihat haiwan itu, Taman Rusa UTM menempatkan 33 ekor rusa bintik atau nama sainstifiknya, axis-axis yang dilepaskan bebas dalam kawasan berpagar.

Duduk di bawah rimbunan buluh dan pokok besar sambil memerhatikan kumpulan rusa bermain sesama mereka atau memakan tumbuh-tumbuhan pasti memberikan pengalaman unik terutama kepada kanak-kanak.

Bagi penduduk yang tinggal berhampiran UTM bolehlah meluangkan masa berjoging di sekeliling Taman Rusa yang berkeluasan 0.8 hektar itu.

Litar kawalan jauh

Bagi peminat kereta kawalan jauh yang ingin mengasah bakat atau meningkatkan kemahiran, UTM turut menawarkan kemudahan trek aktiviti tersebut.

Ia bukan sahaja dibuka kepada para pelajar, malah untuk masyarakat luar terutama bagi mereka yang ingin menganjurkan aktiviti permainan alat kawalan jauh.

Balai cerapan

Bangunan itu terletak di kawasan yang paling tinggi di UTM. Dari atas bukit, pengunjung boleh menyaksikan pemandangan keseluruhan kampus UTM termasuk kawasan perumahan dan pembangunan sekitarnya.

Balai Cerap itu terletak pada paras ketinggian 142 meter dari aras laut. Kawasan bukit itu menjadi tumpuan para pelajar dan kakitangan UTM untuk berjoging atau sekadar berehat-rehat di atas bukit berkenaan.

Pusat Ekuin

Peminat aktiviti berkuda atau yang ingin mencuba menunggang kuda boleh berbuat demikian di Pusat Ekuin UTM.

Dengan kadar bayaran RM5, pengunjung boleh menikmati aktiviti Fun Ride iaitu menunggang kuda padi bagi kanak-kanak atau menunggang kuda biasa untuk dewasa.

Pusat Ekuin itu juga terkenal dengan beberapa aktiviti sukan berkuda bertaraf antarabangsa sekali gus memberi peluang kepada masyarakat mengenali kuda dan aktiviti berkaitannya.

"Ketika ini Pusat Ekuin mempunyai 18 ekor kuda yang dibeli daripada Australia, New Zealand, Argentina dan Uruguay. Harga seekor kuda mencecah sehingga RM300,000 bergantung kepada kemampuan kuda atau aktiviti sukan yang disertai seperti lompatan, endurance, joget atau untuk persembahan," kata Pengarah Pusat Ekuin UTM, Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Mohd. Sam.

Tasik

SIAPA sangka aktiviti meredah sungai dan meniti batu-batu boleh dilakukan dalam kawasan UTM.


Di UTM terdapat beberapa tasik yang sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah seperti

Tasik Ilmu dan Tasik Desa Bakti.

Selain bersantai di tepi tasik, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti berkayak, mengambil gambar pemandangan dan hidupan liar atau menyertai pertandingan memancing ikan yang sering diadakan.

Masjid Sultan Ismail

Siap dibina pada tahun 1990, masjid yang terletak di kawasan tinggi di tengah-tengah kampus UTM itu mampu memuatkan lebih 10,000 jemaah sekali gus memudahkan para pengunjung untuk menunaikan solat.

Uniknya, masjid itu menggabungkan pelbagai elemen seni bina Islam yang dapat disaksikan seperti kubah elemen seni bina Isfahan dan pintu gerbang pengaruh Iwan di Iran. Tidak ketinggalan mimbar mengadaptasi masjid dari Kaherah, Mesir, tiang sokongan ala Afrika Utara dan menara dari Masjid Biru Istanbul, Turki.

Digamit laut biru Teluk Andaman

Posted:

Digamit laut biru Teluk Andaman

Digamit laut biru Teluk Andaman


PHUKET juga mempunyai kawasan yang sesuai untuk membeli barangan cenderamata bagi dibawa pulang.


STATUS Pulau Phuket selaku destinasi pelancongan utama dunia memang sukar untuk dipertikaikan. Penulis yang melancong ke Phuket, Thailand bersama isteri, Nor Asmanira Sulong, 29, selama empat hari baru-baru ini mendapat banyak pengalaman menarik.

Antara tempat yang kami kunjungi termasuk Central Festival Phuket, Taman Rama-Rama dan Dunia Serangga Phuket, Akuarium Phuket, Masjid Bang Tao, Pantai Bang Tao dan Patong.

Pada hari pertama di sana kami menginap di sebuah hotel berhampiran Pantai Patong. Pada hari itu, kami menghabiskan masa dengan bersiar-siar di sekitar Pekan Patong dan menikmati keindahan waktu petang di tepi pantai.

Pantai terindah

Pantai Patong terkenal di Phuket dengan pantainya yang memutih dan air laut berwarna biru kehijauan. Ia menjadikan Pantai Patong antara pantai terindah di pesisir Laut Andaman sehingga mampu menarik pelancong antarabangsa ke Phuket.

Keesokannya pula, kami menaiki sebuah kenderaan dipanggil songthaew ke Central Festival Phuket sebelum mengambil moto teksi ke Taman Rama-Rama dan Dunia Serangga Phuket.

Songthaew merupakan sebuah trak besar yang diubah suai menjadi pengangkutan awam. Mereka yang ingin menjelajah Phuket dengan bajet yang rendah, menaiki songthaew merupakan pilihan terbaik.

Bagaimanapun, anda perlu menaiki songthaew ke pekan Phuket terlebih dahulu sebelum mengambil songthaew lain ke destinasi yang dituju.

Motor teksi pula ialah motosikal yang digunakan untuk mengangkut penumpang di Phuket. Penunggang memakai jaket merah dan pelanggan dinasihatkan berunding harga sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut. Bayaran dikenakan berdasarkan jumlah penumpang dan destinasi yang dituju.

Central Festival Phuket merupakan sebuah kompleks pasar raya yang terkenal di Phuket. Kami sempat membeli cenderamata berupa pelekat magnet peti sejuk untuk dijadikan kenang-kenangan.


PANTAI Patong antara pantai terindah di pesisir Laut Andaman sehingga mampu menarik jutaan pelancong antarabangsa ke Phuket.


Jinak

Kunjungan ke Taman Rama-Rama dan Dunia Serangga Phuket juga tidak mengecewakan kerana kami dapat melihat rama-rama yang bebas berterbangan. Rama-rama yang mempunyai pelbagai saiz serta warna itu cukup jinak dan turut hinggap di badan penulis.

Bagi mengenali lebih mendalam tentang rama-rama dan serangga lain penulis tidak melepaskan peluang memasuki muzium rama-rama dan serangga yang terletak di dalam taman tersebut.

Selepas penat menjelajah sekitar taman rama-rama itu, kami mengambil keputusan untuk keluar dan menahan sebuah moto teksi.

Loghat utara

Pemandu motor teksi itu beragama Islam dikenali sebagai Abdullah yang boleh berbahasa Melayu loghat utara. Saya selesa berbual dengannya tambahan pula ayahnya berasal dari kampung yang berdekatan dengan tempat lahir penulis di Kedah.

Dia telah membawa kami ke sebuah restoran makanan halal di pekan Phuket. Sebelum, kami berpisah penulis sempat mengambil nombor telefonnya.

Selepas makan, kami sempat membeli sedikit barang cenderamata dan bersolat jamak di Masjid Pekan Phuket sebelum pulang ke hotel di Patong.

Hidupan laut

Pada hari ketiga, tumpuan kami pada hari itu adalah untuk melawat Akuarium Phuket dan sebuah perkampungan Islam yang mempunyai masjid terbesar di Phuket iaitu Bang Tao.

Akuarium Phuket kerana terletak di tepi laut iaitu penghujung kawasan Cape Panwa, di timur selatan Phuket. Ia mempunyai keluasan yang sederhana tetapi tetap berbaloi untuk diterokai.

Di akuarium itu, para pelawat boleh melihat pelbagai jenis hidupan laut secara langsung sambil merakam gambar aksi-aksi hidupan itu.

Salah satu tarikan utama di akuarium tersebut ialah sebuah terowong cermin kaca. Para pelawat boleh berjalan di bawah terowong tersebut sambil melihat kehidupan marin. Kami merasakan seolah-oleh berada dalam akuarium yang besar dengan kepelbagaian kehidupan marin lengkap dengan pasir, batu laut, batu karang dan rumpai laut.

Selepas keluar dari akuarium itu, kami menjamu selera di gerai yang diusahakan orang Islam yang terdapat di luar kawasan berkenaan. Selepas itu, kami menghubungi Abdulah untuk membawa kami ke Pantai Bang Tao.


TEROWONG kaca membolehkan pengunjung melihat kehidupan marin di Akuarium Phuket.


Masjid tercantik

Di pertengahan perjalanan, kami singgah solat jamak di Masjid Mukaram di kampong Bang Tao. Masjid Mukaram lebih dikenali dengan panggilan Masjid Bang Tao berusia 46 tahun merupakan masjid terbesar dan tercantik di Phuket.

Selepas mengambil gambar, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Bang Tao. Kami rasa teruja menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sambil mendengar deruan ombak memecah pantai.

Pantai Bang Tao cukup indah dan keasliannya masih terpelihara berbanding Pantai Patong yang kelihatan agak moden. Malah Pantai Bang Tao lebih bersih daripada Pantai Patong. Kami menghabiskan masa bermain-main di gigi air sehingga hari hampir senja, barulah kami pulang ke hotel.

Pada malam tersebut, kami hanya merehatkan badan di hotel. Keesokan harinya, kami bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia. Percutian di Phuket nyata memberikan kami pengalaman yang indah dan menyeronokkan.

Sejuta Pengunjung Lawat Bukit Bendera

Posted:

Sejuta Pengunjung Lawat Bukit Bendera

Sejuta Pengunjung Lawat Bukit Bendera

Oleh ZAKI SALLEH


SUASANA di puncak Bukit Bendera amat tenang, dingin dan mendamaikan.


BERADA di kawasan paling tinggi di Pulau Pinang, Bukit Bendera antara lokasi yang wajib dikunjungi jika ke Pulau Mutiara.

Terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar, Bukit Bendera yang berketinggian 830 meter dari paras laut itu bersuhu dingin dan menawarkan panorama mengasyikkan iaitu hampir separuh pemandangan Pulau Pinang.

Kini, perkhidmatan kereta api furnikular berkuasa elektrik menggantikan kereta api kabel untuk membawa naik pengunjung ke Bukit Bendera yang menempatkan pos pemerhati tentera British semasa era kolonial.

Projek menaik taraf itu dibiayai Kerajaan Persekutuan membabitkan kos RM73 juta termasuk pembinaan kemudahan asas lain seperti tempat letak kenderaan di kaki bukit.

Kereta api baharu ini lebih laju dan menggunakan koc buatan Switzerland yang moden serta selesa untuk penumpang dan jadual perjalanan kereta api itu ialah setiap setengah jam mulai 6.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Ia juga mampu membawa 1,000 penumpang sejam berbanding 280 orang sebelum ini. Penumpang juga tidak perlu menukar gerabak untuk sampai ke puncak bukit dan perjalanan hanya mengambil masa lima minit.

Difahamkan, kos operasi bagi setiap perjalanan kereta api ialah RM500 dan kos itu lebih tinggi berbanding kereta api kabel sebelum ini.

Tambang kereta api Bukit Bendera untuk pelancong tempatan ialah RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Bayaran pelancong asing pula ialah RM30 bagi dewasa dan RM15 kanak-kanak.

Pakej keluarga rakyat tempatan ditetapkan RM18, manakala pakej keluarga warga asing pula RM70. Tambang sehala kini ditetapkan RM5 dan orang kurang upaya (OKU) boleh menggunakannya secara percuma.

Pas bulanan untuk pekerja dan penduduk di Bukit Bendera kekal pada harga RM24.

Sebagai alternatif, pengunjung juga boleh menggunakan khidmat kenderaan pacuan empat roda dari Taman Botani.


KERETA API furnikular terbaharu buatan Switzerland ini lebih efisien.


Populariti kekal

Tahun lalu, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mencatatkan kehadiran sebanyak 1,204,739 orang iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dicatatkan dalam tempoh dua tahun sejak 2007.

Daripada jumlah itu, seramai 281,487 orang ialah pelancong asing. Statistik tersebut menunjukkan lonjakan sektor pelancongan negeri itu ke Bukit Bendera sekali gus membuktikan popularitinya masih kekal.

Pada 2007, Bukit Bendera menerima kedatangan seramai 461,247 pengunjung, manakala pada tahun 2008 seramai 509,735 orang dan 442,154 orang pada 2009.

Sementara itu, Pengurus Besar PBBPP, Maklen Ali berkata, pihaknya menyasarkan kira-kira 1.5 juta pengunjung melawat pusat peranginan itu tahun ini iaitu pertambahan kira-kira 20 peratus.

Katanya, angka itu boleh dicapai berikutan peningkatan jumlah pengunjung direkodkan tahun lalu yang melepas angka sejuta iaitu rekod terbaik sejak 2007.

Menurut beliau, peningkatan jumlah pengunjung itu disumbangkan oleh pengenalan sistem baharu Keretapi Furnikular pada Mei 2011 yang lebih baik selain penambahbaikan kemudahan sedia ada.

"Bagi menambah baik lagi perkhidmatan yang ada, PBBPP kini dalam proses menyediakan laluan berbumbung untuk pejalan kaki di puncak Bukit Bendera bagi memberi keselesaan.

"Kerja-kerja asas sedang giat dijalankan dan kami menjangkakan laluan ini siap pada Jun tahun ini dengan kos kira-kira RM3.8 juta," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


10 mayat pengganas ditemui

Posted:

10 mayat pengganas ditemui

10 mayat pengganas ditemui

AHMAD ZAHID dan Hishammuddin menunjukkan gambar mayat pengganas yang ditemui di Kampung Tanduo pada sidang akhbar di Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU - Operasi mencari dan menggeledah Ops Daulat yang masuk hari kedua di Kampung Tanduo di sini semalam menemui sepuluh mayat kumpulan pengganas Sultan Sulu dengan sembilan daripada mayat itu sudah berulat dan berbau busuk.

Sembilan daripada mayat itu ditemui dalam satu lubang besar yang ditutup dengan kayu dipercayai ditanam oleh kumpulan pengganas sebelum mereka berjaya menyelinap keluar meninggalkan Kampung Tanduo kelmarin.

Mayat sembilan pengganas yang ditemui di dalam lubang itu disahkan sebagai sebahagian daripada 12 mayat anggota pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu. Dalam pertempuran tersebut, dua anggota polis turut terbunuh.

Sehingga semalam, pasukan keselamatan belum menemui mayat pengganas yang terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan menggunakan lapan buah jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kelmarin.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkefili Mohd. Zin berkata, satu lagi mayat yang ditemui dalam operasi penggeledahan merupakan mayat pengganas yang ditembak mati pada pukul 6.45 pagi semalam.

"Sembilan mayat yang ditemui dalam satu lubang besar di kampung itu merupakan mayat sekumpulan 12 pengganas yang ditembak mati pada hari Jumaat lalu.

"Buat masa ini pasukan forensik sedang mengesan baki tiga lagi mayat yang mungkin ditanam atau berada di tempat lain," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, operasi mencari dan menggeledah di kampung berkenaan yang bermula sejak petang kelmarin turut menemui beberapa senjata api milik musuh.

"Kita terpaksa menggeledah beberapa kawasan lagi untuk mencari senjata-senjata yang mungkin ditanam atau disembunyikan pengganas itu," kata beliau.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan telah berlaku dua lagi pertempuran antara pasukan keselamatan dengan kumpulan pengganas di kampung tersebut pagi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

4 disyaki pengganas dicekup

Posted:

4 disyaki pengganas dicekup

4 disyaki pengganas dicekup


ANGGOTA pasukan keselamatan memberkas seorang lelaki disyaki pengganas Sultan Sulu di Sri Jaya, Simunul, Semporna.


SEMPORNA - Empat lelaki yang dipercayai anggota pengganas Sultan Sulu ditahan oleh polis di Kampung Sri Jaya, Simunul yang terletak kira-kira lima kilometer dari sini semalam.

Kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 50-an itu ditahan dalam operasi dan serbuan yang dilakukan dari pukul 11 pagi hingga pukul 1 petang.

Satu sumber berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat risikan dan orang awam yang mendakwa terdapat pergerakan luar biasa pada waktu senja dan malam dua hari lalu di kampung tersebut.

Bertindak atas maklumat tersebut, sumber itu memberitahu, sepasukan polis menyerbu Kampung Sri Jaya dan menggeledah sebuah rumah di kampung tersebut.

"Pemeriksaan di rumah yang digeledah berjaya menahan dua lelaki dipercayai anggota pengganas, namun polis tidak menemui sebarang senjata di dalam rumah atau di kawasan sekitar rumah itu," kata sumber itu.

Selepas itu, sumber tersebut memberitahu, polis menahan dua lagi lelaki juga dipercayai daripada kumpulan pengganas di kawasan belukar di kampung berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

2,000 penduduk terpaksa pindah

Posted:

2,000 penduduk terpaksa pindah

2,000 penduduk terpaksa pindah


PENDUDUK Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu semalam menerima bantuan makanan ekoran pencerobohan pengganas yang belum berakhir.


LAHAD DATU - Insiden pencerobohan yang berlaku di Kampung Tanduo di sini sejak 24 hari lalu memaksa kira-kira 2,000 penduduk dari lapan buah kampung di kawasan sekitar yang dilanda krisis itu meninggalkan rumah masing-masing.

Kesemua penduduk dari Kampung Tanduo, Labian, Kampung Tanjung Batu, Sungai Bilis, Lok Buani, Lok Sembuang, Tagupi dan Tanagian kini ditempatkan di penempatan sementara di Dewan Endera Budi dan Bandar Fajar Harapan dekat sini.

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman (gambar kecil) berkata, seramai 600 penduduk ditempatkan di Dewan Endera Budi, manakala 1,603 penduduk yang lain pula menumpang di beberapa buah rumah di Bandar Fajar Harapan.

Menurut beliau, penduduk yang meninggalkan rumah masing-masing kini hidup dalam keadaan tertekan kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

"Kita sedar dengan kesukaran yang dihadapi penduduk ekoran kejadian pencerobohan yang berlaku di Kampung Tanduo.

"Saya difahamkan ada sebuah rumah di Fajar Harapan terpaksa dikongsi bersama oleh kira-kira 60 orang penduduk," kata beliau ketika melakukan lawatan ke kawasan perumahan tersebut di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM kecewa

Posted:

FAM kecewa

FAM kecewa

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KETUA Pegawai Eksekutif Chelsea FC, Ron Gourlay (dua dari kiri) menyerahkan jersi pasukan itu kepada Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal pada sidang akhbar Jelajah Asia 2013 Chelsea di Subang semalam yang turut disaksikan Azzuddin (kanan).


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kecewa dengan tindakan wakil Barcelona FC yang menghebahkan kedatangan kelab gergasi Liga Sepanyol itu tanpa merujuk kepada mereka terlebih dulu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, apa yang dikesalkan ialah tindakan wakil berkenaan yang juga syarikat tempatan mengenai cadangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan pada 10 Ogos depan.

Katanya, tarikh itu tidak sesuai memandangkan umat Islam masih merayakan Hari Raya Aidilfitri.

"Kita bagaimanapun akan membuat pengesahan terlebih dulu mengenai kesahihan wakil berkenaan selaku ejen Barcelona atau tidak, bagi mengelakkan segala masalah berbangkit selepas ini.

"Mereka telah mengadakan perjumpaan dengan saya hari ini (semalam) di Wisma FAM namun saya tidak boleh mendedahkan butiran pertemuan tersebut kerana kedua-dua pihak masih belum mencapai kata sepakat," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman kedatangan kelab Liga Perdana England, Chelsea FC ke Malaysia.

Chelsea dijadualkan tiba pada Julai depan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya.

Azzuddin berkata, FAM sentiasa mengalukan-alukan kedatangan mana-mana kelab yang berhasrat mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan, namun mereka perlu mengikut segala prosedur yang ditetapkan termasuk mengadakan perjumpaan dengan FAM terlebih dahulu.

Begitupun, di sebalik perasaan kecewa itu, FAM tetap membuat pertimbangan dengan menunjukkan kesediaan untuk meminda tarikh perlawanan tersebut sekiranya aksi persahabatan itu tetap diteruskan.

Ferguson alami tekanan emosi

Posted:

Ferguson alami tekanan emosi

Ferguson alami tekanan emosi


FERGUSON (kiri) bertikam lidah dengan pegawai perlawanan sejurus Nani dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Real di Old Trafford awal pagi semalam.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson merupakan individu paling kecewa selepas skuad The Red Devils tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

United terpaksa melupakan kempen paling berprestij di Eropah itu selepas tewas menerusi agregat 2-3 kepada gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Bekas bintang United, Cristiano Ronaldo muncul wira apabila membantu Real melakar kemenangan 2-1 pada aksi kedua peringkat kalah mati di Old Traf- ford awal pagi semalam.

Pada aksi pertama di Santiago Bernabeu bulan lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

"Pada mulanya kami menguasai tempo perlawanan, namun ia berubah sekelip mata. Ia merupakan satu keputusan yang tidak sepatutnya terjadi.

"Saya terpaksa berdepan dengan pengurus (Alex Ferguson) yang cukup kecewa (dengan kekalahan itu) serta situasi menyedihkan di bilik persalinan.

"Beliau mengalami tekanan emosi dan jika beliau depan kamera, pasti sesuatu yang tidak elok akan diungkapkannya," kata penolong pengurus United, Mike Phelan.

Phelan berkata, Ferguson memintanya menghadiri sidang akhbar selepas tamat perlawanan tersebut disebabkan terlalu kecewa dengan kekalahan United.

"Anda semua boleh melihat bola itu berada di udara dan pemain bersaing untuk mendapatkan bola.

"Tiada tolakan yang kasar cuma terdapat sentuhan biasa sahaja dan ia bukan kesalahan yang menyebabkan kad merah," ulas Phelan mengenai pemain sayap United, Nani yang diperintah keluar padang.

Nani dilayangkan kad merah pada minit ke-56 oleh pengadil dari Turki, Cuneyt Cakir selepas didakwa sengaja menendang dada pemain pertahanan United, Alvaro Arbeloa.

Tindakan Cakir itu mengundang kemarahan Ferguson yang terus menjerit di tepi padang bagi membantah keputusan kontroversi pengadil tersebut.

Sementara itu, jurulatih Real, Jose Mourinho menyuarakan rasa simpati terhadap Ferguson.

Mourinho berkata, beliau mempunyai pengalaman yang sama apabila Pepe dilayangkan kad merah selepas Real tewas kepada Barcelona pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara 2011.

"Layangan kad merah (kepada Nani) dilihat sama seperti insiden dua tahun lalu apabila Pepe diarahkan keluar padang," kata Mourinho.

"Beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh yang panjang telah mengubah rentak perlawanan tersebut." - AFP

Ronaldo sedih United tersingkir

Posted:

Ronaldo sedih United tersingkir

Ronaldo sedih United tersingkir

MANCHESTER - Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo (gambar) berasa sedih selepas menyingkirkan bekas kelabnya, Manchester United pada aksi kalah mati kedua Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi di Old Trafford itu, Real bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan United 2-1, sekali gus mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.

Ronaldo, 28, yang pernah beraksi bersama United selama enam musim menerima tepukan gemuruh daripada penyokong-penyokong skuad The Red Devils sebelum sepak mula perlawanan tersebut.

"Ketibaan saya disambut dengan meriah. Ia merupakan kenangan yang mengusik emosi saya terutama untuk perlawanan menentang United malam ini (semalam)," kata Ronaldo.

"Saya tidak tahu bagaimana mahu menggambar- kan perasaan saya. Penyokong-penyokong United membuatkan saya rasa malu.

"Bagaimanapun, saya telah berjaya membantu pasukan dan ia memberikan saya sedikit kegembiraan tetapi di sebalik perasaan itu, saya akui sedih kerana United telah tersingkir."

United terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan sendiri kapten Real, Sergio Ramos pada minit ke-48.

Bagaimanapun, detik-detik 'kemusnahan' United mula menjelma selepas pemain sayap lincah, Nani dilayangkan kad merah pada minit ke-56.

Luka Modric mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-66 sebelum Ronaldo menjaringkan gol kemena- ngan Real tiga minit kemudian. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Amaran Misuari kepada Malaysia

Posted:

Amaran Misuari kepada Malaysia

Amaran Misuari kepada Malaysia

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan Misuari (kanan) bertemu dengan pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


MANILA - Pengerusi dan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia supaya tidak membunuh para pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com semalam.

Misuari turut menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin.

"Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami," katanya.

"Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami,' tambah Misuari.

Misuari bagaimanapun menafikan beliau merupakan dalang dalam kejadian pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram di Sabah.

"Menjadi pembiaya kewangan bukannya satu persoalan.

"Kenapa saya perlu menjadi pembiaya para pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang (pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah). Itu bukannya cara saya," katanya kepada pemberita semasa menemui sultan pengganas itu di rumahnya di sini.

Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu mengarahkan pengikut-pengikutnya yang diketuai adiknya menceroboh Lahad Datu pada Februari lalu kerana mendakwa ia merupakan tanah warisan Kesultanan Sulu.

Misuari berkata, sebagai pemimpin MNLF, dia mampu untuk menggerakkan seramai 4,000 orang untuk memburu anggota-anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang pernah menjadikan warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Namun, beliau tidak menafikan sebahagian pengikut Jamalul Kiram merupakan anggota MNLF.

"Mereka (anggota-anggota MNLF) pergi ke sana (Sabah) tanpa pengetahuan saya.

"Saya tidak mengarahkan sesiapa untuk menyertai mereka," katanya.

Misuari pernah ditangkap di Malaysia pada tahun 2001 kerana dituduh mengetuai pemberontakan yang menyebabkan kira-kira 100 orang terbunuh di selatan Filipina.

Bagaimanapun, sebuah mahkamah telah membebaskan Misuari kerana tiada bukti yang mencukupi bagi mendakwa beliau menjadi dalang dalam serangan di Pulau Jolo.

Sementara itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino III sebelum ini berkata, krisis yang berlaku jelas menunjukkan ada konspirasi sehingga menyebabkan Jamalul Kiram dan para pengikutnya membuat tuntutan ke atas Sabah.

Aquino menyatakan Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kuranya 100,000 peso (RM7,615) bagi menyewa sebuah bot besar untuk menghantar para pengikutnya ke Lahad Datu.

Menurutnya, keluarga Kiram III menggunakan dua buah bot besar dan sebuah bot laju ke Sabah.

Aquino menjelaskan, Jamalul Kiram sendiri tidak mungkin mampu untuk membiayai operasi itu kerana beliau menerima bantuan kebajikan daripada pemerintah bagi menjalani rawatan dialisis. - Agensi

Tunjuk perasaan di depan Kedutaan Malaysia di Manila

Posted:

Tunjuk perasaan di depan Kedutaan Malaysia di Manila

Tunjuk perasaan di depan Kedutaan Malaysia di Manila


SEBAHAGIAN penunjuk perasaan yang membantah tindakan ketenteraan Malaysia ke atas para pengikut Jamalul Kiram III berhimpun di luar Kedutaan Malaysia di Manila semalam.-AFP


MANILA - Kira-kira 40 aktivis berhaluan kiri dan Islam menunjuk perasaan di luar Kedutaan Malaysia di sini semalam bagi mendesak tindakan ketenteraan Malaysia ke atas para pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Sabah dihentikan.

"Hentikan pembunuhan rakyat Filipina di Sabah," jerit para penunjuk perasaan sambil membakar gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjabat tangan dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Kedutaan Malaysia terpaksa ditutup ekoran bantahan tersebut.

Para penunjuk perasaan itu turut menyelar pentadbiran Aquino kerana tidak menyokong perjuangan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin dan para pengikutnya di Sabah.

"Pertahankan kedaulatan negara kita," kata salah satu sepanduk yang dibawa penunjuk perasaan itu.

Pihak keselamatan bertindak mengawal kawasan kedutaan semasa tunjuk perasaan itu berlangsung. - Agensi

Pesawat terhempas belakang rumah

Posted:

Pesawat terhempas belakang rumah

Pesawat terhempas belakang rumah


BEBERAPA orang menyaksikan serpihan pesawat Compagnie Africaine d'Aviation yang terhempas di belakang sebuah rumah di Goma kelmarin.-AP


GOMA, Congo - Sebuah pesawat penumpang terhempas dekat sebuah rumah menyebabkan tujuh orang terbunuh dan tiga orang lagi cedera, kata beberapa pegawai Congo semalam.

Juruterbang pesawat syarikat Compagnie Africaine d'Aviation itu berjaya mengelak pesawat berkenaan terhempas di kawasan perumahan di bandar ini kelmarin.

Pesawat itu berlepas dari bandar Kananga di barat daya negara ini dan berhenti di Lodja.

Ia terhempas semasa dalam penerbangan ke sini.

"Terdapat ribut petir dan kami mendengar bunyi yang kuat.

"Kami keluar dan melihat sebuah pesawat di kawasan belakang rumah," kata seorang penduduk, Lauren Welsh.

Beberapa pegawai syarikat penerbangan itu dan pihak berkuasa menyatakan sebanyak sepuluh orang menaiki pesawat tersebut.

Juruterbang pesawat itu turut maut.

Seorang pegawai syarikat berkenaan menyatakan lima kru pesawat tersebut turut mati.

Datuk bandar Goma, Naasson Kubuya menyatakan, pesawat berkenaan terhempas ketika cuaca buruk. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jiwa saya masih di barisan hadapan - Inspektor Mohd. Hasnal

Posted:

Jiwa saya masih di barisan hadapan - Inspektor Mohd. Hasnal

Jiwa saya masih di barisan hadapan - Inspektor Mohd. Hasnal

06/03/2013 9:05pm

TAWAU — Walaupun cedera dalam kejadian serang hendap oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Simunul, Semporna pada Sabtu lalu, ia sama sekali tidak melunturkan semangat Inspektor Mohd. Hasnal Jamil, 31, untuk terus mempertahankan negara.

Mohd. Hasnal, dari Cawangan Khas Bukit Aman, mengalami beberapa kecederaan termasuk di kaki, kepala dan lengan dalam insiden itu, berkata jiwanya tetap berada di barisan hadapan demi mempertahankan kedaulatan negara.

"Alhamdulillah, kecederaan yang saya alami semakin pulih berbanding hari-hari sebelumnya dan ia tidak melunturkan semangat saya untuk berjuang. Saya juga tidak menghadapi fobia akibat kejadian pada malam itu," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau yang berasal dari Kedah dan telah bertugas lebih 10 tahun dengan Polis Diraja Malaysia, berlepas ke ibu negara petang tadi untuk rawatan susulan selepas dimasukkan ke sebuah hospital di sini.

Beliau juga berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan negara.

Kejadian serang hendap itu mengakibatkan kematian enam anggota pasukan keselamatan dan enam penceroboh.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Mohd Hasnal dibawa ke sebuah hospital dengan menaiki ambulans. — BERNAMA

Najib minta rakyat doakan kesejahteraan pasukan keselamatan

Posted:

Najib minta rakyat doakan kesejahteraan pasukan keselamatan

Najib minta rakyat doakan kesejahteraan pasukan keselamatan

06/03/2013 8:31pm

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia terus mendoakan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan negara yang sedang berjuang menamatkan pencerobohan pengganas di Sabah.

"Pada saat dan ketika saya berucap ini, perwira-perwira negara sedang menyabung nyawa dalam satu operasi yang berlangsung ketika ini."

"Marilah kita berdoa semoga mereka terselamat dan musuh-musuh negara dapat kita tumpas dan hapuskan sama sekali," katanya ketika berucap di hadapan lebih 3,000 warga Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena lawatan kerja beliau ke syarikat utiliti itu di sini hari ini.

Ucapan Najib turut diikuti lebih 20,000 warga TNB di seluruh negara menerusi sidang video.

Pada majlis hari ini, Najib turut menyaksikan pertukaran perjanjian persefahaman antara TNB dan Perumahan Rakyat 1Malaysia Berhad bagi pembinaan rumah mampu milik untuk warga TNB di kawasan seluas 3.2 hektar di Kajang.

— BERNAMA

Tembak menembak berlaku di 3 lokasi Tg Batu, Lahad Datu - KPN

Posted:

Tembak menembak berlaku di 3 lokasi Tg Batu, Lahad Datu - KPN

Tembak menembak berlaku di 3 lokasi Tg Batu, Lahad Datu - KPN

06/03/2013 8:29pm

KUALA LUMPUR — Tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas berlaku di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah petang ini tatkala pasukan keselamatan meneruskan operasi susulan dan penggeledahan dalam Ops Daulat.

Pasukan keselamatan negara mula membuat pemeriksaan di perkampungan itu pada pukul 3 petang untuk menjejaki musuh yang memasuki kawasan kampung berkenaan.

"Pada kira-kira 4.15 petang berlaku tembak menembak di tiga lokasi kampung itu dan kami percaya ada musuh yang gugur, tetapi waktu ini saya tidak dapat sahkan jumlah musuh yang terkena tembakan," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail, pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain pada pukul 6 petang ini, berkata tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kejadian itu dan tiada yang dijadikan tawanan pihak musuh.

Sesudah itu, gerakan susulan dan penggeledahan dilakukan dari rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di kampung itu bagi memburu kumpulan pengganas itu.

"Kami yakin masih ada saki baki pengganas di kawasan Kampung Tanduo," katanya.

Kedua-dua pimpinan tertinggi pasukan keselamatan negara itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak menghantar SMS kepada mereka memberi sokongan dan semangat serta diiringi doa untuk keselamatan dan kejayaan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Zamani masih laku

Posted:

Zamani masih laku

Zamani masih laku

SELAIN menyanyi secara solo, Zamani masih aktif bersama kumpulannya, Slam.


PADA zaman kegemilangannya, vokalis utama kumpulan Slam, Zamani pernah menjadi kegilaan peminat khususnya para wanita. Kejayaan Slam ketika itu menyebabkan jadual Zamani penuh dengan jemputan dan tawaran mengadakan persembahan di seluruh negara. Ia akhirnya membuatkan dirinya tidak menang tangan.

Setelah beberapa dekad mewarnai dunia muzik tempatan, kewujudan ramai penyanyi dan kumpulan baharu dalam industri seperti melenyapkan nama Slam mahupun Zamani buat seketika.

Namun begitu, alunan vokal Zamani yang tidak pernah berubah membuatkan peminat masih menghargai bakatnya dalam arena muzik Malaysia. Lagu-lagu milik Slam seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Tak Mungkin Berpaling, Cindai Asmara dan Bukan Niat Membalas Derita masih segar didengari hingga kini.

Tidak pernah berputus asa dan berhenti daripada bidang nyanyian, pemilik nama sebenar, Zamani Ibrahim ini sebenarnya masih aktif memenuhi jadual karier nyanyiannya.

Bertemu figura ini di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor ketika majlis sidang akhbar Minggu Setiausaha bersama Zamani, ternyata beliau seorang yang peramah serta tidak keberatan untuk menjawab segala persoalan yang diajukan kepadanya.

Selain tentang karier penyanyi berusia 42 tahun ini secara terbuka memberitahu dia masih menunggu cinta buat dirinya.


Saya mahu dia menerima bukan sahaja kebaikan, malah keburukan yang wujud dalam diri saya- ZAMANI


Pertama kali

Walaupun kumpulan Slam mahupun Zamani telah wujud dalam industri muzik sejak tahun 90-an lagi, akui Zamani sendiri, ini merupakan kali pertama dia dijemput untuk memeriahkan minggu setiausaha yang begitu popular pada setiap tahun.

"Sepanjang karier bergelar penyanyi, ini pertama kali saya dijemput untuk mengadakan persembahan bagi majlis minggu setiausaha. Saya tahu kewujudan minggu setiausaha tapi saya kurang ambil tahu kerana tidak pernah mendapat tawaran.

"Namun, kadang kala terdetik juga rasa teringin untuk membuat persembahan bagi menghiburkan para setiausaha. Jadi, saya rasa berterima kasih di atas peluang yang diberikan oleh Tripple Network Solution (M) Sdn. Bhd. kerana memberi kepercayaan kepada saya," tutur Zamani ketika ditanya kekerapan menerima tawaran mengadakan persembahan sempena minggu setiausaha.

Tambahnya, oleh kerana tidak pernah terlibat dengan program seumpama ini, pada mulanya, dia kurang berkeyakinan untuk menghiburkan para tetamu kelak. Akan tetapi, setelah berbincang dengan pengurus peribadinya, Johan, keyakinan itu hadir dalam diri. Harapan Zamani agar dia dapat melakukan sehabis baik pada majlis itu.

Selain bakal menghiburkan setiausaha, Zamani juga terlibat dalam konsert mega iaitu Konsert Gegar Lima Lagenda bersama Saleem, Ali XPDC, Rahmat Mega dan Aris Ariwatan yang bakal berlangsung pada 15 hingga 17 Mac ini di Istana Budaya.

Ditanya bagaimana dengan perkembangannya bersama Slam, jelas Zamani, mereka masih aktif menerima undangan persembahan termasuk di negara jiran, Singapura.

"Alhamdulillah, tahun lepas merupakan rezeki buat Slam di Singapura. Tiga kali kami dijemput untuk mengadakan persembahan dan ada satu persembahan solo saya bersama Saleem.

"Selain itu, ada juga saya buat beberapa persembahan lain di sini seperti di Melaka dan Sabah. Mungkin peminat lihat saya tidak banyak tampil di Kuala Lumpur. Namun, sebenarnya, saya banyak mengambil tawaran di luar Kuala Lumpur," jelasnya sambil bersyukur kerana masih mendapat tawaran menyanyi biar tidak sibuk seperti dahulu.

Sementara itu, saat ditanya tentang kemunculan single atau album baharu, tutur Zamani, buat masa ini, dia masih tidak punya perancangan untuk sebarang penghasilan album mahupun single terbaharu.

Jelasnya, mungkin dengan percambahan artis baharu dalam industri muzik, kini bukanlah masa yang sesuai untuk melancarkan single atau album. Buat masa ini, single bersama Sharifah Zarina yang berjudul Tak Keruan yang dilancarkan pada tahun lepas, merupakan single baharu daripada penyanyi ini.


ZAMANI mengaku kurang menerima publisiti daripada pihak media, bagaimanapun kariernya tetap berjalan lancar.


Cerita cinta

Pasti pelik jika seorang lelaki yang mempunyai nama besar dalam industri muzik, namun belum punya kekasih hati. Hal itu diakui oleh penyanyi yang telah mencecah usia 42 tahun ini.

Tanpa berselindung, dia mengaku pernah mengalami beberapa kali episod putus cinta dan sehingga kini masih belum mempunyai kekasih yang mahu disunting menjadi suri hatinya.

Ujarnya, dia masih belum bertemu wanita yang bakal dijadikan suri hati bagi menguruskan dirinya.

"Saya belum lagi mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo buat masa ini. Sejujurnya, saya tidak menolak jika memang benar ditakdirkan untuk berkahwin kelak.

"Namun hakikatnya, saya rasa jodoh belum lagi sampai dan saya perlu terima. Jika ada yang sudi, apa salahnya untuk saya mencuba juga," tutur Zamani tidak menyembunyikan keinginannya untuk membina rumah tangga.

Tambahnya, dia tidak pernah menolak atau berasa serik untuk mendekati atau didekati mana-mana wanita yang ingin mengenali dirinya. Namun, jika dia telah bertemu dengan seorang wanita yang layak menjadi calon isterinya, pasti dia akan berkongsi cerita dengan khalayak.

Zamani menambah: "Mungkin dahulu, ketika umur masih muda, saya juga pernah impikan wanita yang punya ciri-ciri yang diiinginkan. Bagaimanapun kini, memandangkan umur saya semakin berusia, saya hanya mahukan wanita yang memahami diri saya."

Ditanya bagaimana seseorang wanita itu mampu menawan hatinya, Zamani memberitahu bakal suri hatinya itu perlu benar-benar memahami siapa Zamani yang sebenar dan bukan Zamani yang dikenali ramai dan popular.

"Ini kerana, saya mahu dia menerima bukan sahaja kebaikan, malah keburukan yang wujud dalam diri saya. Buat masa ini, itulah wanita yang ingin saya cari dan untuk punya ciri-ciri, mungkin tidak lagi."

Walaupun mungkin agak sukar untuk menemui cinta hati, namun tegas Zamani, dia tidak pernah pasrah dengan apa yang berlaku terhadap dirinya.

Bella Awards iktiraf wanita

Posted:

Bella Awards iktiraf wanita

Bella Awards iktiraf wanita


PENYANYI antarabangsa Ronan Keating menerima kejutan ulang tahunnya dengan sebiji kek yang disediakan oleh pihak penganjur Bella Awards.


PENGANJURAN anugerah yang julung-julung kali diadakan oleh ntv7, Bella Awards dilihat berjaya dari segi menghargai sumbangan dan kejayaan wanita tempatan kepada masyarakat.

Daripada 10 anugerah yang ditawarkan dan satu kategori untuk lelaki iaitu Bella Mars Award, acara yang berlangsung gilang-gemilang di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur itu turut menampilkan wajah antarabangsa antaranya Ronan Keating, Rossa, Gary Chaw, Marcel Siahaan dan Maliq & D'Essentials sebagai penyeri majlis.

Menariknya pada malam yang turut sama meraikan Hari Wanita Sedunia itu, pengiktirafan bukan hanya merangkumi wanita yang aktif di persada seni bahkan juga bidang-bidang lain seperti kecantikan, fesyen, kesihatan, bisnes, kebajikan dan sukan.

Fara Fauzana barangkali nama yang tidak asing lagi dalam industri radio dan selama berkecimpung sebagai penyampai radio selama lebih lapan tahun, Fara melihat pengiktirafan yang diterimanya menerusi Bella Radio Award membuka lembaran baharu untuk audiens berbeza dan lebih meluas.

"Sebelum ini saya banyak menang anugerah berdasarkan pilihan orang ramai dan penghargaan kali ini berbeza kerana lebih urban dan audiens yang lebih besar. Saya rasa lebih diterima oleh orang sekeliling dan ini merupakan anugerah individual urban yang pertama saya," katanya yang tidak menduga akan kejayaan yang diterimanya pada malam Sabtu lalu.

Fara yang sebenarnya menjangkakan kejayaan itu bakal diraih oleh penyampai radio Fly FM, Hunny Madu memandangkan anugerah Bella sendiri yang bersifat hip, moden dan lebih antarabangsa.

Daripada 10 calon awal dalam kategori itu, lima calon terbaik diumumkan sebagai pesaing Fara Fauzana iaitu Dilly, Sara-Jane Lo, Serena C dan Yoon Ng.

Bella Radio Award dipilih berdasarkan undian orang ramai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan undian dalam talian di laman rasmi Bella Awards sejak awal bulan Februari lalu.


DATUK SITI NURHALIZA bersama anugerah yang dimenanginya, Bella On-Stage Award.


Tidak ketinggalan, anugerah Bella On-stage Award yang membuktikan Datuk Siti Nurhaliza tetap menjadi pilihan ramai berdasarkan kaedah undian sama seperti Bella Radio Award.

Malam bersejarah itu turut menyaksikan Datuk Ruby Khong merangkul anugerah tertinggi Bella Awards atas sumbangan dan minatnya yang mendalam berbakti kepada masyarakat.

Melihatkan kejayaan yang diraih pada penganjuran sulung ntv7 kali ini, ujar Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airil Zainul memberitahu anugerah ini akan diteruskan pada tahun akan datang.

"Saya sekarang sudah tidak sabar-sabar untuk membeli pakaian baharu untuk tahun depan apabila melihat kejayaan Bella Awards tahun ini dan acara ini akan bertambah meriah pada tahun mendatang," tambahnya.

Kehangatan malam Bella Awards turut diserikan oleh persembahan artis tempatan antaranya Mizz Nina, Joe Flizzow, Darren Ashley dan The Impatient Sisters selain diacarakan oleh Hans Isaac diapit oleh Elaine Daly, Daphne Iking dan Vanessa Chong. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Beego anggap diri bukan duda

Posted:

Beego anggap diri bukan duda

Beego anggap diri bukan duda

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


BEEGO dan Linda kini teruja untuk menjadi pasangan suami isteri.


TINGGAL lebih kurang tiga bulan sahaja lagi bagi pasangan pelakon, Beego serta Linda Hashim bakal mengakhiri zaman solo mereka. Mereka kelihatan sangat gembira ketika ditanya tentang persiapan bagi majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada 7 Jun ini.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Linda Hashim, namun perkahwinan kedua buat, Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah. Tidak kisah dengan apa yang berlaku, Linda kelihatan teruja apabila bercerita tentang persiapan bagi majlis tersebut kelak.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang perasaan berkahwin buat kali kedua, Linda tidak merasakan dirinya telah berkahwin sebelum ini. Justeru, dia menganggap ini merupakan perkahwinan pertama buatnya.

Ikuti temuramah Kosmo! bersama Beego dan Linda selepas majlis Anugerah Festival Filem Malaysia ke -25 di Pusat Konvesnyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Kosmo!: Bagaimanakah persiapan perkahwinan anda berdua?

BEEGO: Kami sudah pun membuat persiapan untuk majlis pada bulan Jun ini. Ia merupakan dua majlis yang sederhana iaitu pernikahan di masjid berdekatan rumah Linda dan sebuah majlis untuk resepsi.

Boleh ceritakan bagaimana detik perkenalan Beego dan Linda. Bilakah kalian mengambil keputusan untuk berkahwin?

Saya jumpa Linda ketika penggambaran drama dan ketika itu memang saya sudah lama minat dengan Linda. Jika saya nampak dia berlakon, pasti saya tidak akan tukar saluran televisyen. Selepas menaruh minat selama dua tahun lebih, saya pernah menyuarakan perasaan saya kepadanya. Namun, ketika itu, dia ingat saya main-main dan tidak serius. Tapi selepas itu, kami mula berkawan rapat.

Bilakah mula berbicara secara serius dengan Linda?

Ada satu hari, secara tiba-tiba saya bermimpi tentangnya tapi tidak ingat pula apa mimpinya. Saya terbangun dari tidur dan terus menghubungi Linda yang ketika itu berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Dengan serius saya memintanya supaya mendoakan jodoh kami berdua di sana dan mengharapkan agar hubungan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Jika benar kami punya jodoh, pasti akan bersama jua.

Mengapakah sebelum ini seperti ingin merahsiakan pertunangan dan perhubungan anda berdua?

Bukan niat ingin merahsiakan perkara gembira ini, namun, ketika itu kami belum bincang apa-apa lagi tentang perkahwinan. Takut juga jika ingin beritahu awal-awal mungkin ia tidak menjadi. Tapi, selepas majlis pertunangan dan kedua belah pihak telah berbincang, baru kami mengaku hubungan kami berdua. Saya juga menyahut cabaran untuk mengahwini Linda dalam tempoh setahun.

Bagi Linda, ia perkahwinan pertama, namun bagi Beego ia merupakan perkahwinan kedua. Perkahwinan Beego juga dilihat tidak berjaya sebelum ini. Boleh komen?

Saya tidak rasa seperti pernah berkahwin sebelum ini. Bagi saya, ini merupakan perkahwinan pertama saya iaitu bersama Linda. Ini kerana dalam perkahwinan sebelum ini, saya hanya sempat menjadi suami selama 10 hari. Tempoh 10 hari tidak memberi saya kesempatan untuk menjadi seorang suami. Jadi, sebelum ini saya memang tidak pernah berkahwin dan ini kali pertama.

Kosmo! juga menemuramah Linda yang ternyata sangat teruja menceritakan kisah cinta dan persiapan perkahwinan mereka yang bakal diadakan kelak.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved