Selasa, 26 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Menu lima bintang, gerai tepi jalan

Posted:

Menu lima bintang, gerai tepi jalan

Menu lima bintang, gerai tepi jalan

SUASANA Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur pada waktu malam sepi tanpa deruman enjin kenderaan.

Pada waktu siang, jalan itu sibuk kerana menjadi laluan utama bagi penjawat awam dan swasta yang bekerja di bangunan-bangunan pejabat sekitar jalan tersebut.

Waktu malam pula, penduduk yang tinggal di kawasan apartmen berhampiran jalan itu lebih tertumpu di beberapa kawasan seperti di restoran McDonald's, kedai runcit 24 jam dan beberapa restoran mamak.

Begitupun, di satu sudut jalan tersebut terdapat sebuah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai. Bukan struktur gerai mudah alih konvensional, ia sebaliknya merupakan sebuah lori kecil yang diubah suai.

Kelompok pelanggan yang memeriahkan suasana di situ boleh memilih sama ada untuk memesan makanan untuk dibungkus dan dibawa pulang mahu pun menikmatinya terus di meja makan yang disediakan.

"Ini kali pertama saya ke tempat makan yang menghidangkan menu ala Barat yang dijual di atas lori dan senario ini amat unik," ujar Nur Aina Omar, 25.

Aina dan rakannya, Sheila Shareena Mohamed Hamidi merupakan penggemar menu hidangan ala Barat seperti spageti, piza, burger, bebola daging dan lasagna.

"Saya tidak sangka akan menemui spageti yang dijual pada harga RM5 di Kuala Lumpur ini. Namun, Humble Chef telah menyangkal persepsi saya itu," jelasnya.

Kunjungan kali pertama Nur Aina dan Sheila dari Puchong ke lori Humble Chef yang terletak di Jalan Damanlela baru-baru ini ternyata berbaloi kerana makanan yang disediakan menepati cita rasa mereka.


WALAUPUN dengan sebuah lori kecil, Humble Chef menjadi tarikan orang ramai yang berkunjung ke Pusat Bandar Damansara pada waktu malam.


Tambah penjawat dalam sektor swasta itu, dia menggemari tempat makan seperti Humble Chef kerana mempunyai ciri-ciri santai dan ringkas walaupun tempat makan itu terletak di tepi jalan.

Sejak kira-kira empat tahun lalu, Humble Chef sudah dikenali sebagai gerai yang menggunakan lori kecil untuk menghidangkan makanan Barat ringkas seperti spageti, roti pita dan telur dadar (omelette).

Sesiapa sahaja yang pernah berkunjung ke Humble Chef, pasti berpuas hati dengan harga serta kualiti makanan yang ditawarkan oleh jenama tersebut.

Langkah mula

Pemilik Humble Chef, Rosman Hussin Rizal, 30 memberitahu, idea untuk menghasilkan makanan ala Barat yang dijual dengan lori itu timbul empat tahun lalu.

Ketika itu, lokasi pertama untuk mengenengahkan ideanya itu ialah di hadapan Masjid Wilayah yang terletak di Jalan Duta.

"Dengan hanya dua menu utama iaitu spageti bolognese ayam dan daging, saya nekad untuk menjalankan perniagaan saya sendiri dengan sedikit bantuan kewangan daripada ibu.

"Pada waktu itu, saya berniaga pada setiap waktu tengah hari. Saya yang mengambil pesanan dan saya juga yang akan memasak setiap hidangan.

Hari Jumaat merupakan hari yang paling mendapat sambutan. Kebanyakan yang datang ke lori saya ketika itu merupakan penjawat awam yang dalam tempoh percubaan untuk diet," ujar graduan Diploma Seni Kulinari, Kolej Legend, Kuala Lumpur itu.

Dia tidak meletakkan harapan yang tinggi dan hanya berharap mendapat pulangan harian sebanyak RM100 termasuk keuntungan dan modal.

Menurutnya, setelah beberapa bulan berniaga, dia mengambil keputusan untuk mengubah lokasi perniagaannya itu ke Jalan Damanlela kerana menyukai panorama malam di sekitar jalan tersebut.

"Sebagai seorang bekas pelajar seni kulinari, saya tahu mengenai pasaran makanan di Malaysia. Rakyat negara ini menyukai makanan yang murah dan hidangannya pula ringkas.

"Ketika mula berpindah, saya dan seorang rakan tidak memperoleh banyak pelanggan. Rata-ratanya yang datang untuk bungkus makanan untuk dibawa pulang.


ROSMAN (kanan) turut membantu Mokhtar dalam penyediaan hidangan ala Barat di restorannya.


"Namun, selepas masakan Humble Chef telah diulas baik oleh sebuah laman blog terkenal iaitu Bangsar Babe, pelanggan kami semakin bertambah. Daripada tiada kerusi dan meja untuk pelanggan, kami akhirnya menambah kelengkapan tersebut sedikit demi sedikit," ujar anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.

Ketika ditanya mengenai penggunaan jenama Humble Chef, Rosman memberitahu, idea tersebut datang daripada bapanya yang merujuk kepada sikapnya yang suka merendah diri.

Buka restoran

Selain daripada berniaga dengan lori, Rosman telah mengembangkan perniagaannya dengan membuka restoran yang terletak di Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara sejak setahun lalu.

Walaupun telah membuka restoran, Rosman masih mengekalkan menu, kualiti dan yang paling penting, harga yang sama seperti yang dijual di lori.

"Setiap resipi yang disediakan untuk pelanggan merupakan resipi rahsia yang dicipta sendiri oleh saya. Penyediaan hidangan tidak menggunakan bahan pengawet dan terjamin halal dan bersih.

"Saya amat mementingkan keaslian sesuatu makanan. Setiap restoran perlu ada signatur tersendiri untuk menarik pelanggan tidak kira menjual makanan tradisional atau masakan Barat," ujarnya mengenai menu di gerainya yang turut menjadi pilihan ramai selebriti tanah air.

Sementara itu, sahabat Rosman yang bertindak selaku tukang masak di restoran Humble Chef, Mokhtar Hashim, 30, memberitahu, dia berasa gembira apabila melihat pinggan kosong dipulangkan ke dapur selepas pelanggan menjamu selera.

"Bagi saya, apabila pelanggan menghabiskan makanan, mereka suka akan hidangan itu. Itu juga merupakan salah satu motivasi kepada saya untuk terus menghasilkan hidangan terbaik kepada mereka," ujarnya.


SUASANA restoran Humble Chef semakin meriah dengan kehadiran pelanggan apabila menjelang waktu makan tengah hari.


Mengimbau kenangan yang tidak dapat dilupakan Rosman adalah apabila seorang pengkritik masakan dari Singapura pernah berkunjung ke restorannya dan memuji masakan Humble Chef.

"Saya tidak tahu bahawa dia merupakan pengkritik masakan. Usai dia menghabiskan makanan, dia mengatakan makanan ala Barat di restoran ini ringkas dan sedap," ujarnya.

Rosman memberitahu, tukang masak di restoran mahupun di lori Humble Chef mampu menyiapkan hidangan spageti dalam masa satu minit.

Selain menggunakan Facebook dan Twitter sebagai strategi pemasaran Humble Chef, Rosman juga percaya bahawa percakapan dari mulut ke mulut yang dibawa oleh pelanggan merupakan strategi pemasaran terbaik.

"Kebanyakan pelanggan setia Humble Chef merupakan pelanggan yang mendengar buah mulut rakan-rakan mereka yang pernah ke lori saya. Dengan itu, secara tidak langsung nama Humble Chef tersebar kepada pelanggan baharu," ujarnya.

Menurut Rosman, dia kini sedang merancang untuk membuka cawangan restoran Humble Chef di Shah Alam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Jana idea dan inovasi tempatan

Posted:

Jana idea dan inovasi tempatan

Jana idea dan inovasi tempatan

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

MENINGGALKAN kenderaan seperti kereta di rumah lantaran terpaksa bertugas di luar daerah selama beberapa hari merupakan perkara normal yang dilalui ramai individu.

Tetapi, kadangkala ada yang berdepan pengalaman buruk apabila mendapati kereta yang ditinggalkan hilang akibat dicuri pihak tidak bertanggungjawab sebaik pulang.

Menyedari masalah itu, Jabatan Pembangunan Reka Cipta Inovasi dan Kecemerlangan, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang tampil dengan inovasi penghasilan Aplikasi Sistem Kereta AutoStart Java-Android.

Melalui aplikasi itu, pemilik boleh meningkatkan kawalan keselamatan terhadap kenderaan masing-masing yang dipantau secara terus daripada telefon pintar atau tablet walau di mana mereka berada.

Ketuanya, Sarizan Saaidon, 34, memberitahu, aplikasi yang diilhamkan sendiri itu, mula dibangunkan pada September tahun lalu dan ia mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan.

"Melalui pemasangan sistem ini, ia akan berfungsi untuk menjaga enjin dan pendingin hawa, menjaga suhu dan kelembapan kenderaan serta meningkatkan kawalan keselamatan terhadap kenderaan tersebut.

"Sebagai contoh, apabila kenderaan itu diceroboh, sistem penggera akan bertindak menghantar mesej pantas setiap empat saat kepada telefon pengguna. Kemudian, mereka boleh menghantar kod keselamatan untuk menyekat enjin kereta daripada dihidupkan.

"Ia secara automatik akan menyebabkan kenderaan yang mungkin telah dihidupkan berhenti di tepi jalan. Selain itu, jika kereta berkenaan turut dipasang dengan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), ia akan dapat mengesan lokasi kenderaan itu dibawa," ujar Sarizan kepada Kosmo!.


SARIZAN (kiri) menunjukkan antara pingat yang telah dimenangi melalui penciptaan Aplikasi Sistem Kereta AutoSmart Java-Android.


Dibangunkan menggunakan perisian PIC Microcontroller oleh Microchip Technology, sistem itu sudah diuji menerusi tiga model kereta tempatan iaitu Proton Perdana V6, Waja dan Satria, manakala Renault Kangoo bagi kenderaan continental.

Buat masa ini, ia masih belum dikomersialkan dan sedang menunggu kelulusan untuk mendapatkan dana prakomersial daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Namun, pihak ILP Kepala Batas mengalu-alukan mana-mana pihak atau syarikat berkaitan pemotoran yang berminat untuk menjalin kerjasama dalam mengembangkan teknologi tersebut.

MTE 2013

Aplikasi Sistem Kereta AutoStart Java-Android itu sebenarnya merupakan salah satu inovasi menarik yang dipamerkan sempena Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Februari lalu.

Dianjurkan oleh Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) dan Protemp Exhibitions Sdn. Bhd. dengan kerjasama MOSTI, ekspo yang telah memasuki edisi ke-12 itu, berjaya menarik 500 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur MTE 2013, Dr. Wan Manshol Wan Zin berkata, seiring dengan penganjuran MTE, pihaknya turut mengadakan Anugerah & Ekspo Reka Bentuk Antarabangsa Malaysia (mIDEAS) yang mewujudkan pendedahan lebih luas dan peluang pemasaran baharu bagi pempamer dan peserta.

"Ia diadakan untuk memperjuangkan kepentingan reka bentuk di samping memberi penghormatan kepada pereka cipta dan rekaan mereka. Malah, acara ini diharap menjadi satu platform permulaan kepada profesion dalam Industri Reka Bentuk.


NURSYAHIRAH bersama rakan sepasukan dan pensyarah dari PSSAAS kreatif menghasilkan Puzzle Kids Furniture.


"MTE/mIDEAS 2013 menjadi medan untuk pereka cipta dan pereka bentuk mempamerkan hasil inovasi, penciptaan serta produk mereka. Ia merangkumi pelbagai bidang seperti pertanian, sains hayat, kejuruteraan, teknologi maklumat, reka bentuk estetik untuk perumahan dan sebagainya," jelas Wan Manshol.

Meneroka keseluruhan program itu, banyak rekaan dan hasil inovasi kreatif sekali gus mampu membuatkan pengunjung teruja apabila menyaksikannya.

Bukan sahaja daripada golongan profesional di universiti, malah ia turut melibatkan penciptaan produk unik oleh pelajar peringkat menengah.

Penghasilan projek Drainage Bin atau dipanggil Drabin oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk, Pulau Pinang yang berfungsi untuk memerangkap semua jenis sampah termasuk minyak dan pasir halus antara yang menarik.

Penasihat Teknikal Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Mohd. Fuad Mohd. Khir berkata, projek itu dihasilkan oleh sekumpulan pelajar tingkatan dua sekolah tersebut selepas melakukan penyelidikan sejak tahun lalu.

"Drabin yang telah siap dipasang akan diletakkan di kawasan longkang yang dikenal pasti banyak sampah dan menyebabkan air menjadi kotor. Ia satu projek untuk menghijaukan alam dan menjadikan air yang mengalir lebih bersih," ujar Mohd. Fuad.

Kumpulan pelajar itu terdiri daripada Mohamad Nasri Nasehir, Mohd. Ikmal Mohd. Naser dan Mohd. Alif Irfan Mohd. Sabri. Walaupun baru berusia 14 tahun, namun idea yang dikemukakan mereka mampu membawa perubahan kepada alam sekitar.

Antara inovasi lain yang dipamerkan di MTE ialah Sistem Infotainment Dalam Kenderaan Menggunakan Teknologi Hijau Wavelength Division Multiplexing-Polymer Optical Fiber (WDM-POF) dan Aplikasi Bus Scheduling Model (BSM).


MENGGUNAKAN teknologi hijau WDM-POF, sekumpulan penyelidik UKM berjaya mencipta Sistem Infotainment Dalam Kenderaan.


Tidak ketinggalan, rekaan Puzzle Kids Furniture oleh pelajar tahun akhir Teknologi Berasaskan Kayu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) turut mempunyai keistimewaan tersendiri.

Ini kerana, ciptaan tersebut sangat praktikal dan mampu menguji minda kanak-kanak untuk menghasilkan pelbagai bentuk sofa daripada rekaan asal yang berbentuk seperti tilam. Ia diperbuat daripada material seperti kayu meranti, papan lapis, span dan fabrik Polyvinil Cloride (PVC).

"Kami gembira kerana berpeluang mempamerkan hasil ciptaan di eskpo ini. Puzzle Kids Furniture merupakan projek yang mendapat pingat emas atau tempat pertama daripada semua projek yang dihasilkan oleh pelajar tahun akhir di PSSAAS," kata wakil pelajar, Nursyahirah Ismail.

Untuk maklumat lanjut mengenai ekspo ini, layari laman web www.mte.org.my.

REVOLUSI TOSHIBA REGZA LX830

Posted:

REVOLUSI TOSHIBA REGZA LX830

REVOLUSI TOSHIBA REGZA LX830

Oleh KHAIRUL ANUAR RAHMAN


SKRIN sesentuh menjadi satu tarikan baharu Regza LX830.


KETIKA Apple sibuk mempromosi iPad dan Samsung dengan Galaxy Tab, Toshiba juga tidak mahu ketinggalan dalam persaingan dunia komputer abad ke-21 yang boleh ditakrifkan sebagai pengkomputeran berinternet di mana-mana sahaja.

Suatu ketika dahulu, Toshiba merupakan salah satu pengeluar komputer riba yang berkualiti tinggi, setanding dengan Sony dan Fujitsu.

Bagaimanapun, namanya seakan-akan tenggelam sebaik pengkomputeran mobil membuka lembaran baharu menerusi komputer tablet.

Sebagai satu strategi untuk merevolusi dunia pengkomputeran desktop, Toshiba memperkenalkan model terbaharu keluaran mereka, Regza LX830.

Ia dikatakan mampu mewarnai semula dunia pengkomputeran desktop yang semakin pudar dan semakin hilang sentuhan.

Ini kerana, lambakan telefon pintar dan tablet mampu melakukan pelbagai tugasan asas yang lazimnya dilakukan oleh sebuah komputer desktop atau komputer riba.

Regza LX830 merupakan komputer semua dalam satu (AIO) yang menggabungkan komputer desktop dengan televisyen (TV) berdefinisi tinggi (HD).


TOSHIBA menampilkan Regza LX830 dalam memeriahkan kembali dunia pengkomputeran hari ini.


Dikuasakan dengan unit pemproses Intel Core i5-3210M dan memori DDR bersaiz 4GB dengan kelajuan 1,600Mhz, sistem itu menggabungkan skrin dan komputer di dalam satu unit. Ia merupakan kombinasi yang ideal untuk pengguna rumah mahupun pejabat.

Apa yang menarik tentang komputer itu ialah selain pilihan peranti input biasa seperti papan kekunci dan tetikus, pengguna juga boleh menggunakan skrin sesentuh sama seperti sebuah tablet.

Skrin LED TFT dengan resolusi 1920 x 1080 berdefinisi tinggi dengan ciri Clear Superview bersaiz 23 inci dengan sokongan skrin sesentuh tentunya mampu memberikan pengguna kepuasan maksimum tidak kira sama ada sedang membaca, menaip, menonton video mahupun bermain permainan komputer.

Paparan yang lebar tidak menjanjikan imej menarik sekiranya unit pemproses grafik atau GPU yang digunakan bukan daripada jenis yang berprestasi tinggi.

Atas sebab itu, Toshiba mengambil keputusan melengkapkan model Regza itu dengan GPU NVIDIA GeForce GT 630M yang terbukti mampu menghasilkan grafik yang berkualiti tinggi dan menarik.

Dari sudut storan pula, Regza LX830 dilengkapkan dengan cakera keras berkapasiti 1TB. Ini tentunya penting kerana kebanyakan fail video serta muzik yang berkualiti tinggi hari ini mempunyai saiz yang agak besar dan pastinya memerlukan ruang storan yang besar untuk dimuatkan.

KEMUNCULAN tablet menjadi satu cabaran besar kepada pengeluar komputer riba dan desktop seperti Toshiba.


Selain itu, komputer tersebut juga menawarkan sistem audio 16-bit stereo dengan teknologi SRS Premium Sound 3D dan pembesar suara stereo Onkyo yang mampu memberikan kepuasan audio, khususnya ketika menonton video atau bermain permainan komputer.

Dengan berat tujuh kilogram, komputer AIO itu jelas menunjukkan yang ia tidak mempunyai ciri mobiliti seperti tablet yang boleh dibawa ke mana sahaja. Namun, ia menawarkan spesifikasi agak tinggi untuk kemudahan pengguna.

Antara ciri lain yang terdapat pada komputer itu ialah port USB 2.0, USB 3.0, TV Tuner, HDMI, ethernet, headphone, mikrofon dan slot pembaca kad memori.

Satu-satunya perkara yang penulis rasakan perlu diperbaiki oleh Toshiba adalah dengan menawarkan sistem operasi terkini Windows 8 dan bukannya Windows 7 kepada pengguna.

Ini kerana, Windows 8 sememangnya dibangunkan dengan ciri hibrid iaitu prestasi sebuah komputer desktop dengan ciri peranti input sebuah tablet.

Tukar botol untuk sewa basikal

Posted:

Tukar botol untuk sewa basikal

Tukar botol untuk sewa basikal

Oleh ADLAN JAAFAR


SEBANYAK 200 buah basikal disediakan pada peringkat awal kempen Recycle to Cycle diadakan.


KIRA-KIRA 60 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor berpakaian baju berwarna merah pada pagi minggu lalu. Mereka bersiap sedia dengan basikal masing-masing untuk dilepaskan.

Sebaik bendera pelepasan diangkat ke atas oleh Pengurus Besar Rantau Malaysia-Singapura-Brunei, The Coca-Cola Company (Coca-Cola), Gill Mclaren, para pelajar tersebut mula mengayuh mengelilingi kampus itu.

Bukan tujuan berlumba, perjalanan dari tempat mula iaitu di Jalan Tulang Daing mengelilingi kampus, kemudian balik semula ke tempat asal hanya memakan masa lebih kurang 10 minit dengan menunggang basikal.

Berbanding pelajar yang menaiki bas kampus, mereka terpaksa mengambil masa yang panjang dari waktu menunggu bas lebih lama daripada tempoh 10 minit untuk ke fakulti masing-masing.

Usaha menggalakkan pelajar berbasikal itu merupakan sebahagian daripada kempen Recycle to Cycle dengan kolaborasi UPM dengan Coca-Cola. Kempen Recycle to Cycle baru-baru ini juga bertujuan menggalakkan mahasiswa mengitar semula botol polietilena terephthalate dan tin aluminium.

Untuk mengitar semula botol dan tin, caranya mudah, para pelajar hanya perlu membawa barang-barang tersebut ke pusat kitar semula bagi ditukarkan dengan basikal untuk digunakan sekitar kampus berbanding mendapat wang.

Setiap botol dan tin yang dikitar semula akan diberi poin untuk dikumpul, kemudian ia boleh digunakan untuk menyewa basikal.

diperkenalkan untuk kemudahan kumpulan itu.

KEMPEN ini bukan sahaja mampu menarik orang ramai mengitar semula sampah, malah turut mengurangkan gaya hidup sedentari.


Semakin banyak poin yang dikumpul melalui kuantiti barang yang dikitar, semakin banyak masa yang mereka dapat menggunakan basikal di dalam kampus.

UPM mendapat geran sebanyak RM750,000 daripada Coca-Cola untuk menjalankan kempen itu yang merangkumi basikal sebanyak 200 buah sebagai permulaan dan pusat kitar semula untuk tempoh dua tahun.

Projek itu merupakan sebuah program yang lestari kerana semua barang-barang yang terkumpul akan dijual dan wang yang didapati digunakan semula dalam Recycle to Cycle.

Program dan pusat itu diurus oleh para pelajar dengan mendapat sokongan Jabatan Biologi, Fakulti Sains

"Projek ini merupakan yang pertama seumpama di seluruh dunia. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan pengeluaran karbon di dalam kampus, tetapi mengurangkan gaya hidup sedentari (tidak aktif)," kata Mclaren pada majlis pelancaran itu.

Kempen tersebut dimulakan oleh sekumpulan sukarelawan dari Fakulti Sains dengan menjalankan acara santai bertujuan mempromosi amalan kitar semula dengan mengayuh basikal.

Setakat ini, aktiviti mengayuh basikal dan berjalan kaki lebih aktif di Fakulti Perubatan dan Sains. Kini, aktiviti tersebut telah dikembangkan ke seluruh kampus dan majlis pelancaran itu menjadi tanda ia dimulakan.

"Kami menyasarkan seluruh kampus akan menggunakan basikal dan berjalan kaki menjelang bulan September ini. Kami menjalankan kajian, masa yang diambil untuk berjalan antara dua buah kampus kira-kira dua minit," terang Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan.

Bagi merealisasi matlamat tersebut, pelbagai insentif kepada pelajar dibuat seperti bakal membuat lorong khas untuk berbasikal dan berjalan kaki.

Bagi wanita yang sering memakai baju kurung, basikal dengan kuasa bateri juga akan

DENGAN berbasikal, pelajar hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit mengelilingi kawasan kampus.


Terdapat tiga bahagian diberi penekanan oleh pihak pengurusan UPM supaya matlamat tersebut dapat dibuat iaitu di kawasan residensi, akademik dan semua zon antara kedua-duanya.

Selain dapat mengurangkan masa perjalanan, menunggang basikal juga merupakan aktiviti yang sihat sekali gus membolehkan pelajar memberi fokus di dalam kelas dengan fizikal sentiasa cerdas.

UPM merupakan antara pusat pengajian tinggi yang sering mempromosikan aktiviti memulihara alam sekitar di Malaysia. Ia juga berada pada kedudukan keenam dalam kalangan 95 universiti dalam Ranking Universiti GreeMetric 2010.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Jabatan Biologi, Profesor Ahmad Ismail, Pengarah Komunikasi dan Ehwal Semasa Coca-Cola, Kadri Taib dan Pengurus Rantau Komunikasi Jenama Coca-Cola, Amanda Lin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Tujuh Perpustakaan 1Malaysia dibuka di Chemor

Posted:

Tujuh Perpustakaan 1Malaysia dibuka di Chemor

Tujuh Perpustakaan 1Malaysia dibuka di Chemor


AHMAD HUSNI (tengah) bergambar bersama kanak-kanak selepas merasmikan Perpustakaan 1Malaysia di Ipoh baru-baru ini.


KEMUDAHAN. Sebanyak tujuh buah Perpustakaan 1Malaysia telah dibuka untuk kegunaan penduduk setempat di sekitar Chemor, Ipoh baru-baru ini.

Ia melibatkan kawasan Seri Desa Tanah Hitam, Taman Klebang Jaya, Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Batu 10 Chemor, Kampung Ulu Kuang, RPT Batu 10 Ulu Chepor, Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 2 dan Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3.

Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, setakat ini, 23 Perpustakaan 1Malaysia telah diwujudkan di kawasan Parlimen itu.

1,000 alumni IKM, KKTM berhimpun semula

Posted:

1,000 alumni IKM, KKTM berhimpun semula

1,000 alumni IKM, KKTM berhimpun semula


IDRIS (tiga dari kanan) menyampaikan Anugerah Ikon Berjaya kepada pencipta tempatan, Zulkifli Haron pada majlis Himpunan 1,000 Alumni IKM dan KKTM di Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERKUMPUL. Lebih 1,000 alumni Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) diraikan pada majlis Malam Himpunan 1,000 Alumni di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan menghimpunkan semula lepasan pusat kemahiran itu dari seluruh negara.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ramai lepasan IKM dan KKTM yang telah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.

"Justeru, sokongan dan kerjasama daripada alumni adalah amat penting dalam membantu Mara merealisasikan transformasi Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional Mara," katanya.

37 terima anugerah pangkat kehormat Rela di P. Pinang

Posted:

37 terima anugerah pangkat kehormat Rela di P. Pinang

37 terima anugerah pangkat kehormat Rela di P. Pinang


MAHMUD (tiga dari kiri) bersama para menerima pangkat kehormat Rela di Nibong Tebal baru-baru ini.


LANTIK. Seramai 37 individu di Pulau Pinang dilantik menerima pangkat pegawai kehormat Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dalam satu majlis yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal baru-baru ini.

Mereka yang terdiri daripada pemimpin masyarakat setempat, ahli perniagaan dan golongan profesional itu dianugerahkan pangkat tersebut agar dapat terus menyumbangkan bakti dan peranan masing-masing kepada pasukan Rela.

Antara yang menerima lantikan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria yang dianugerahi pangkat Brigadier Jeneral Kehormat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kapal ditahan bersama minyak curi RM252 juta

Posted:

Kapal ditahan bersama minyak curi RM252 juta

Kapal ditahan bersama minyak curi RM252 juta

Oleh HAFIZ ABBAS dan TAUFIK SALIMIN
berita@kosmo.com.my


KAPAL tangki MT Bramani yang ditahan di perairan Pengerang, Johor.


JOHOR BAHRU - Sebuah kapal tangki bersama muatan 70,000 tan metrik minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) bernilai RM252 juta ditahan di perairan Pengerang di sini pada Sabtu lalu selepas dilaporkan hilang di Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada 10 Februari lepas.

Kapal itu, MT Bramani yang didaftarkan di Jakarta, Indonesia, ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada pukul 5 petang kira-kira 2.3 batu nautika dari tenggara Pulau Lima, Pengerang.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Md. Said berkata, turut ditahan ialah kapten dan 25 orang kru kapal yang kesemuanya berasal dari Indonesia.

Katanya, APMM menjejaki kapal itu selepas menerima laporan sebuah syarikat, Glammarine Services, yang mendakwa kapal itu telah hilang ketika berlabuh di perairan Tanjung Agas.

"Kami juga berjaya menemui semula semua muatan kapal itu.

"Ini adalah kes paling besar yang pernah dikendalikan oleh APMM," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jumpa tengkorak dalam lubang

Posted:

Jumpa tengkorak dalam lubang

Jumpa tengkorak dalam lubang

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


MUIDIN diiring keluar selepas perbicaraan hari kedua kes pembunuhan Dirang selesai di Mahkamah Tinggi Johor Bahru semalam


JOHOR BAHRU – Berkat solat hajat dan mengikut gerak hati, seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, dia dan empat lelaki menemui tengkorak, cebisan tiub tayar dan plastik yang terbakar di dalam lubang tempat rangka Nurul Nadirah Abdullah ditemui pada 8 Mac 2012.

Alan Alip, 50, yang merupakan datuk mangsa bunuh, Nurul Nadirah, 5, atau Dirang dalam keterangannya memberitahu, kesemua barangan itu ditemui di sebuah kawasan rumah terbengkalai di Nusa Damai, di sini.

"Saya bersama jemaah surau sebelum itu mengadakan solat hajat. Kami kemudian memulakan pencarian mengikut gerak hati sendiri sehingga di kawasan rumah terbengkalai itu lapan hari selepas Dirang dilaporkan hilang.

"Di situ, saya lihat dinding simen berwarna hitam seperti kesan terbakar dan apabila menghampiri kawasan tersebut, saya nampak seperti tengkorak di dalam sebuah lubang. Saya juga terlihat ada cebisan tiub tayar dan plastik yang sudah terbakar di dalam lubang berkenaan," katanya di hadapan hakim Datuk Abdul Halim Aman.

Bagaimanapun Alan berkata, ketika itu, dia tidak tahu rangka berkenaan milik siapa dan bertindak menghubungi polis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tawaran berkhidmat dalam sektor awam

Posted:

Tawaran berkhidmat dalam sektor awam

Tawaran berkhidmat dalam sektor awam

BAGAN DATOH - Graduan yang memperoleh ijazah kelas pertama dari pusat pengajian tinggi luar negara diberi keutamaan untuk berkhidmat dalam sektor awam di negara ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk R. Segarajah berkata (gambar), lulusan cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan kerajaan negeri diberi keutamaan untuk bekerja dalam sektor awam.

"Mereka (lulusan) akan melalui temu duga untuk membolehkan mereka membuat pilihan atau dilantik terus ke dalam perkhidmatan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sesi interaksi SPA bersama ketua jabatan Persekutuan, badan-badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan daerah Hilir Perak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kaji Artikel 88

Posted:

Kaji Artikel 88

Kaji Artikel 88

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


TENGKU ABDULLAH minta ahli gabungan FAM kaji Artikel 88 FAM.


ANGGOTA gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu tampil memberi cadangan untuk mengkaji semula Artikel 88 Statut FAM bagi membolehkan badan induk itu ditegur atau dikritik.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, peraturan tersebut dikuatkuasakan atas kelulusan anggota-anggota gabungan dan kini mereka perlu memberi cadangan untuk mengkajinya semula.

"Artikel ini dibuat oleh ahli gabungan, kalau perlu dikaji semula, mereka perlu tampil memberi cadangan.

"Ini kerana peraturan itu dibuat bukan atas arahan presiden atau timbalan presiden FAM, ini atas kelulusan ahli-ahli gabungan di semua negeri," titah baginda pada sidang akhbar di Kuantan, Pahang semalam.

Artikel 88 itu menjelaskan bahawa hanya presiden dan setiausaha agung yang boleh membuat kenyataan akhbar.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan pengkritik sukan negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim meluahkan pendapat bahawa tindakan FAM menguatkuasakan peraturan melarang anggota gabungannya menegur atau mengkritik boleh mengakibatkan mereka kehilangan ramai kawan yang jujur dalam membangunkan bola sepak negara.

Beliau melahirkan kebimbangan kesan penguatkuasaan Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk bola sepak itu boleh mengundang perasaan benci peminat bola sepak terhadap FAM.

Tambah Tengku Abdullah, selain itu, baginda sendiri sudah lama memaklumkan kepada jawatankuasa perundangan FAM untuk melakukan tindakan tersebut.

"Kalau boleh, kita juga perlu perhalusi keberkesanan peraturan ini.

"Janganlah apabila Artikel 88 itu ditarik balik, sewenang-wenangnya kita hendak kutuk FAM kerana ia tidak mencerminkan kematangan sukan bola sepak negara," titah baginda.

Menurut baginda, apa yang wajar dilakukan kini ialah memperkemas dan memperbaiki segala kelemahan dalam FAM selari dengan pindaan yang dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari semasa ke semasa.

Mengulas mengenai kritikan yang dilontarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tentang Liga Malaysia sebelum ini, baginda menyeru agar perkara itu dilihat dari sudut yang lebih luas.

Dalam pada itu, baginda turut mengakui dakwaan Tunku Ismail bahawa pengadil tidak profesional ada kebenarannya kerana mutu pengadilan bola sepak negara masih di peringkat amatur.

"Memang betul apa dinyatakan oleh Tunku Mahkota Johor bahawa pengadil kita tidak profesional, kerana kita masih amatur lagi. Jadi hendak kata terbaik tidaklah.

"Kalau terbaik, kena pergi Liga Perdana England atau La Liga. Tetapi, dari sudut positif, kita kena tengok dan perkemaskan, tetapi dan jangan cepat menghukum."

Ujar baginda, dalam perkara ini, semua pihak perlu faham bahawa pengadil dilantik sehingga umur 45 tahun dan apabila bersara, pengadil baru akan dilantik dan mereka memerlukan waktu untuk dilatih.

Baginda memohon anggota gabungan FAM agar menegur melalui saluran betul bagi mengelakkan kekecohan.

"Kalau boleh kita ikut saluran terbaik iaitu menghantar surat atau berjumpa dengan Setiausaha FAM, itu seelok-eloknya.

"Saya harap sekretariat FAM dapat menerima dengan positif agar setiap teguran itu boleh diperbetulkan. Tetapi, itu hak media hendak tanya kepada pihak terlibat," titah baginda.

Hujan jejaskan misi Anuar

Posted:

Hujan jejaskan misi Anuar

Hujan jejaskan misi Anuar

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


ANUAR (tengah) tetap bertekad untuk menjejak kaki di podium pada LTdL tahun ini.


HUJAN lebat dan keadaan jalan yang licin menjejaskan misi pelumba pecut negara, Anuar Manan untuk menaiki podium pada peringkat keenam kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Anuar, 27, daripada pasukan Synergy Baku Cycling Project, terpaksa berpuas hati di tempat ke-10 di belakang rakan senegara, Mohd. Harrif Saleh (Terengganu Cycling Team) pada perlumbaan dari Mentakab ke Kuantan sejauh 217.5 kilometer (km) itu semalam.

Kegagalan tersebut turut menyukarkan impian pelumba kelahiran Kampung Kuala Ibai, Terengganu itu untuk mengulangi pencapaian terbaik pada LTdL 2010.

Pada tahun tersebut, Anuar melakar sejarah menjadi pelumba Malaysia pertama memenangi perlumbaan peringkat dan menamatkan saingan selaku Raja Pecut.

"Perlumbaan hari ini (semalam) memang laju meskipun para pelumba terbaik mengharungi hujan lebat kira-kira 25km menuju ke garisan penamat.

"Saya berjaya mengutip lima mata di zon pecut pertama dan mata bonus selepas menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik.

"Hari ini saya meletakkan sasaran untuk menaiki podium tetapi berlaku beberapa pemecahan kelompok termasuk pada beberapa kilometer menuju ke garisan penamat.

"Keadaan hujan dan jalan licin memaksa saya untuk lebih berhati-hati kerana masih ada empat peringkat untuk diharungi.

"Hari ini (semalam) saya memang mahu mengutip banyak mata kerana Andrea Guardini (Astana Pro Team) turut mengutip mata di zon pecut pertama dan ketiga.

"Meskipun saya tidak mampu untuk mengutip mata di zon pecut ketiga kerana kayuhan pelumba hadapan sangat laju, namun saya tetap berpuas hati," katanya.

Ketika ditanya mengenai penarikan diri pelumba Blanco Pro Cycling Team (BLA), Theo Bos, Anuar tetap merendah diri mengenai peluangnya untuk menyarung Jersi Biru kerana masih ramai pelumba pecut beraksi pada tahun ini.

Selepas mengharungi enam peringkat perlumbaan, Anuar yang mengumpul 43 mata, ketinggalan di belakang Guardini (57 mata) manakala Wang Meiying daripada Hengxiang Cycling Team di tempat ketiga (36 mata).

Arredondo pertahan Jersi Kuning

Posted:

Arredondo pertahan Jersi Kuning

Arredondo pertahan Jersi Kuning

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


ARREDONDO masih mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan meskipun gagal memenangi perlumbaan peringkat keenam semalam.


PELUMBA Colombia, Julian Arredondo berjaya mempertahankan Jersi Kuning pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 semalam.

Arredondo, 25, yang menyarung jersi pasukan benua dari Jepun, Team Nippo-De Rosa kekal selaku pendahulu keseluruhan meskipun menamatkan kayuhan pada peringkat keenam di tempat ke-41.

Perlumbaan dari Mentakab ke Kuantan sejauh 217.5 kilometer (km) yang berakhir dalam keadaan hujan lebat itu dimenangi pelumba Belanda, Thomas Leezer daripada Blanco Pro Cycling Team (BLA). Dia mencatat masa empat jam 33 minit 42 saat.

Pelumba Korea Selatan, Juan Ji Min daripada KSPO (KSP) di tempat kedua (4'34:09s) manakala Michal Golas (Omega Pharma-Quick- step) ketiga dengan 4'34:09s.

"Ini adalah satu perlumbaan yang hebat dan pengalaman baharu buat saya. Saya seperti tidak percaya dengan kemenangan ini.

"Hari ini (semalam), saya melakukan 30 hingga 40 percubaan untuk keluar daripada kelompok besar pelumba tetapi yang terakhir baharu berjaya.

"Saya tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Bagaimanapun, saya tetap gembira. Tahun lepas saya terbabit dalam satu kemalangan serius di Belgium yang menyebabkan saya koma selama beberapa hari dan patah tulang bahu.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku kerana saya hilang ingatan. Kemalangan itu berlaku pada musim salji dan sepanjang tempoh itu, saya melakukan proses pemulihan dan fisioterapi.

"Saya kembali berlumba pada LTdL 2013. Ini adalah kemenangan pertama saya selaku pelumba profesional. Saya teruja. Saya sudah menunggu selama lima tahun untuk menikmati kemenangan ini. Saya telah bekerja keras hari ini (semalam).

"Saya 'membuat kerja' ketika perlumbaan berbaki tujuh kilometer," kata Leezer.

Sementara itu, Arredondo masih memimpin saingan selaku pendahulu keseluruhan buat hari kedua berturut-turut selepas mengumpul masa 22'17:48s.

Arredondo memiliki kelebihan 1:16s di depan Peter Weening

daripada Orica GreenEDGE (22'19:04) manakala pelumba MTN Qhubeka, Sergio Pardilla di tempat ketiga (22'19:58s).

"Perlumbaan hari ini (semalam) sangat sukar kerana laluannya terlalu panjang. Bagaimanapun, kami berjaya mengawal perlumbaan sehingga ke garisan penamat. Saya juga berjaya menamatkan perlumbaan seperti mana yang disasarkan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu saya. Laluan esok (hari ini) lebih pendek dan dijangka lebih mudah untuk dikawal. Saya menjangkakan penamat berkelompok," kata Arredondo.

Begitupun, Jersi Biru (Raja Pecut) kekal menjadi milik pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini dari Itali meskipun menamatkan perlumbaan semalam di tempat keenam.

"Esok (hari ini) saya mahu melakukan pecutan paling sempurna dan memenangi satu daripada empat peringkat terakhir. Hari ini (semalam) saya berjaya mengutip mata di zon pecut untuk mempertahankan jersi. Ia adalah satu penamat yang baik," kata Raja Pecut 2011 dan 2012 itu.

Dalam pada itu, pelumba China, Wang Meiying merampas semula Jersi Merah (Raja Bukit) daripada Arredondo selain mempertahankan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) yang dimenangi sejak peringkat pertama.

"Ketika perlumbaan berbaki 30km, kami berjaya 'menangkap' kelompok pelumba hadapan yang cuba untuk membuat pemecahan.

"Rakan sepasukan banyak membantu saya untuk mengutip mata di zon pendakian pertama. Sasaran kami hari ini (semalam) hampir ter- capai," kata Wang Meiying.

Saingan peringkat ketujuh hari ini akan bermula dari Kuantan, Pahang ke Dungun, Terengganu sejauh 149.8km yang meliputi tiga zon pecut (di Chukai, Kerteh dan Paka) dan dua zon pendakian kategori 4 (Bukit Anak Dara dan Kijal).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


'Conteng' dinding di Genting Highlands

Posted:

'Conteng' dinding di Genting Highlands

'Conteng' dinding di Genting Highlands

Oleh ALIF ABU BAKAR


DARI kiri: Pengarah Akedemik Kolej IACT Sdn. Bhd., Nicholas Lee; artis grafiti, Ooi Kok Chuen; Pengarah Urusan OMD Malaysia, Margaret Lim, Wei Heng dan Philip sempena pelancaran YNOT - Spark Your Creativity with Graffiti.


CONTENGAN grafiti yang banyak memenuhi dinding di sekitar ibu kota sering kali dikelaskan sebagai satu bentuk gejala vandalisme.

Biarpun hasil kerja artis grafiti tersebut sangat menarik, ia masih kurang mendapat perhatian masyarakat ekoran kekangan lokasi khas bagi mereka berkarya.

Grafiti mereka juga bukanlah sekadar lukisan biasa yang dihasilkan secara suka-suka. Kebanyakannya sarat dengan mesej bersifat peribadi ataupun mewakili suara generasi muda yang tidak dipandang serius.

Menyedari masalah yang dihadapi penggiat seni grafiti tempatan, Resorts World Genting dengan besar hati menganjurkan Pertandingan Seni Grafiti 2013, YNOT - Spark Your Creativity with Graffiti.

"Populariti seni grafiti kian melonjak sejak kebelakangan ini dan kami tahu terdapat ramai artis grafiti berbakat di luar sana. Pertandingan ini mampu bertindak sebagai platform bagi mereka mempertontonkan karya seni mereka kepada orang awam.

"Kami sedar, kawasan khusus untuk grafiti sangat terhad dan ramai yang terpaksa melakukannya secara haram. Penganjuran acara sebegini memberi mereka saluran yang betul untuk menunjukkan bakat," Jelas Naib Presiden Pemasaran Genting Malaysia Berhad, Chow Wei Heng pada satu sidang akhbar di Kolej IACT, Petaling Jaya, Selangor.

Penyertaan bagi pertandingan tersebut telahpun dibuka pada 21 Februari lepas sehingga 13 Mac depan. Mereka yang berminat dikehendaki menghantar satu visual asli berwarna lengkap dengan konsep dan idea bertemakan Keseronokan dan Keterujaan kepada laman rasmi Facebook Resorts World Genting, https://apps.facebook.com/ynot_graffiti.

Pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu terbuka kepada artis grafiti berumur 18 tahun ke atas dan pelajar institusi pengajian tinggi. Mereka yang mendaftar di bawah kategori pelajar perlu menyertakan salinan kad pelajar bersama hasil karya yang dihantar.

Kesemua penyertaan akan dipaparkan di Facebook bagi membolehkan orang ramai mengundi karya pilihan mereka bermula 15 sehingga 28 Mac depan.

Seramai 20 peserta bagi setiap kategori yang menerima undian tertinggi dan melepasi penilaian panel juri akan bersaing di pusingan akhir. Mereka yang terpilih akan diumumkan di Facebook pada 29 Mac 2013.

Naik Genting


KEKURANGAN kawasan bagi artis grafiti tempatan berkarya mendorong pertandingan YNOT - Spark Your Creativity with Graffiti diadakan. - Gambar hiasan


Selepas kesemua peserta akhir dipilih, mereka akan dibawa ke Genting Highlands bagi bersaing merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000. Selama dua hari, iaitu 11 dan 12 April 2013, para peserta diberi masa untuk menghamparkan karya mereka pada 40 ruang dinding di Taman Tema Luar (Outdoor) Resorts World Genting.

"Dinding-dinding yang disediakan adalah berbeza mengikut saiz. Barisan juri yang akan menetapkan sebesar mana ruang yang akan diperoleh setiap peserta. Keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian awal terhadap visual asli yang dihantar ketika pendaftaran," jelas konsultan pertandingan tersebut, Philip Wong yang juga seorang artis grafiti tempatan.

Juara bagi kategori terbuka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan pakej percutian Resorts World Langkawi. Pemenang tempat kedua akan menerima wang tunai RM2,000 beserta baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel Awana, Genting. Tempat ketiga pula bakal memenangi wang tunai RM1,000 dan baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World, Genting.

Kategori pelajar pula menawarkan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM1,000 dan baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World. Wang tunai RM800 dan baucar tiga hari dua malam di Hotel First World pula menanti pemenang tempat kedua. Tempat ketiga akan menerima wang tunai RM500 dan baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World.

Sementara itu, sebanyak tujuh hadiah saguhati berupa baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World juga akan diberikan bagi setiap kategori.

Untuk keterangan lanjut tentang pertandingan, layari laman web www.rwgenting.com atau www.facebook.com/resortsworldgenting.

Wajah baharu Uptown Kota Damansara

Posted:

Wajah baharu Uptown Kota Damansara

Wajah baharu Uptown Kota Damansara

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


SUASANA beli-belah di Uptown Kota Damansara semakin ceria dan menyeronokkan.


WAJAH baharu Bazar Malam Uptown Kota Damansara yang lebih sistematik dan kemas dilihat mampu meningkatkan imej peniaga bazar malam di sana. Pengubahsuaian yang dibuat ke atas lot-lot kedai sedia ada juga memberi impak besar terhadap hasrat pihak pengurusan yang mahu menjadikan ia sebagai salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi.

Tampil dengan suasana yang lebih ceria dan segar, bazar tersebut menawarkan pengalaman beli-belah yang mengujakan terutama buat kaum wanita.

Kepelbagaian barangan yang dijual di sana menyebabkan pengunjung rambang mata dalam membuat pilihan.

Pengurus Konsultan Bazar Malam Uptown Kota Damansara atau sebelum ini dikenali sebagai Uptown D'Kota, Siti Hazirah Suwito berkata, proses menaik taraf bazar tersebut sudah bermula sejak awal tahun lalu.

"Proses tersebut terdiri daripada pengubahsuaian aspek fizikal – daripada gerai yang dibina dengan khemah atau kanopi kecil kepada kedai berlantaikan simen dan dinding kaca lutsinar.

"Selain itu, pihak kami juga telah memberi nafas baharu buat medan selera yang ada di sini dengan membawa masuk variasi menu berbeza untuk dipilih oleh pengunjung mengikut kegemaran masing-masing," ujar Siti Hazirah ketika ditemui Kosmo! di Uptown Kota Damansara baru-baru ini.


PELBAGAI koleksi barangan wanita termasuk beg tangan, kasut dan aksesori boleh didapati di sini pada harga yang sangat berpatutan.


Tambah Siti Hazirah, setakat ini terdapat kira-kira 300 peniaga yang mencari rezeki di lokasi tersebut yang sentiasa dipenuhi pengunjung saban malam.

"Hasrat kami adalah untuk menaikkan imej peniaga uptown yang sebelum ini sering dianggap peniaga kelas bawahan kerana menjual barangan yang tidak berkualiti dan sebagainya.

"Justeru, kami akan memastikan produk yang dijual menepati standard sekali gus menepati cita rasa pengunjung yang datang untuk membeli-belah," tuturnya.

Tarik perhatian

Sementara itu, pemilik jenama pakaian Electra, Sya Ramly, 26, mengakui transformasi yang dilaksanakan terhadap Uptown Kota Damansara amat baik untuk peniaga kerana mampu menarik perhatian pengunjung.

Menjual baju dan aksesori wanita bertemakan vintaj dan mengikut fesyen terkini, Sya memberitahu, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.

"Produk yang saya jual di bawah jenama Electra menggunakan pelbagai material seperti fabrik kapas, sifon dan benang bulu biri-biri. Menariknya, ia merangkumi pelbagai saiz daripada XSS hinggalah saiz XXL yang dibeli secara borong dari beberapa negara termasuk China dan Korea. Paling penting harganya sangat berpatutan," ungkapnya sambil tersenyum.

Menjamu selera

Antara keistimewaan lain di sini ialah pengunjung boleh menjamu selera dan melepaskan dahaga selepas penat mencuci mata atau memborong sakan. Pilih sahaja jenis makanan yang digemari, semuanya tersedia di depan mata.

Burger bakar, char kuetiau, nasi ayam, makanan laut, rojak, sup, stimbot dan nasi kukus merupakan variasi menu yang boleh dicuba.


PENIAGA D'Krul Char Kuew Teow, Kamarul Isma Rizal menunjukkan sajian istimewa gerainya.


Peniaga makanan, Sukir Darman, 56, tidak ketinggalan berkongsi hidangan nasi ayam hainan yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk dinikmati.

"Alhamdulillah, setiap hari ramai pelanggan yang datang membeli-belah akan singgah untuk mengalas perut dengan sajian ini. Selain itu, minuman istimewa, Milo dinosaur turut menjadi kegemaran mereka," katanya yang mesra disapa Wak Sukir dalam kalangan peniaga di sana.

Dalam pada itu, sebagai usaha mempromosikan destinasi tersebut, pihak pengurusan turut mewujudkan satu laman web khusus untuk bazar berkenaan.

Melalui laman web streetfashionbazaar.wix.com/damansara, orang ramai boleh melayarinya untuk melihat maklumat terkini dan produk yang ditawarkan secara dalam talian.

Pembangunnya, Junaidah Abdul Aziz, 22, berkata, laman web tersebut telah pun beroperasi secara rasmi pada pertengahan Januari lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Banjir: 88 Penduduk di dua kampung dipindah

Posted:

Banjir: 88 Penduduk di dua kampung dipindah

Banjir: 88 Penduduk di dua kampung dipindah

26/02/2013 10:55pm

CYBERJAYA — Seramai 88 mangsa terpaksa dipindahkan akibat banjir kilat sedalam kira-kira semeter melanda Kampung Ampar Tenang dan Kampung Lalang di sini selepas hujan lebat lebih sejam petang tadi.

Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan sepuluh penduduk yang terperangkap pada kira-kira 5.40 petang.

Beliau berkata, lima pegawai dan 38 anggota dari Balai Bomba Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dikerah ke tempat kejadian bagi membantu memindahkan mangsa.

"Tujuh warga emas dan tiga bayi, termasuk seorang pesakit angin ahmar, berjaya diselamatkan dalam operasi tersebut," katanya ketika dihubungi.

Mohd. Sani tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa yang dipindah bertambah memandangkan operasi menyelamat masih dijalankan, dan dibantu anggota Jabatan Perkhidmatan Awam serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ampar Tenang dan Dewan Orang Ramai Kampung Lalang. — BERNAMA

Banjir: Jumlah di Kelantan terus meningkat

Posted:

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

26/02/2013 10:53pm

KOTA BHARU — Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat lebih sekali ganda kepada 477 orang pada malam ini berbanding pada sebelah petang kira-kira 200 orang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah terbanyak yang dipindahkan adalah di Kuala Krai iaitu 257 orang diikuti Tanah Merah (111), Pasir Puteh (97) dan Machang (12).

Mereka terdiri daripada 110 keluarga yang dipindahkan di 10 pusat pemindahan.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat naik melepasi bahaya iaitu 9.95 meter (bahaya 9 meter) manakala di Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah turut melepasi paras yang sama 17.15 meter (bahaya 16 meter).

Banjir yang mula melanda Kelantan hari ini turut meragut dua nyawa pelajar Sekolah Menengah Temangan yang masing-masing berumur 15 dan 13 tahun ketika bermain air banjir.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada laluan setakat ini dan Kelantan dilaporkan masih mengalami hujan yang sesekali lebat. — BERNAMA

50 usahawan disasar terima jenama “1Malaysia Best”

Posted:

50 usahawan disasar terima jenama "1Malaysia Best"

50 usahawan disasar terima jenama "1Malaysia Best"

26/02/2013 10:52pm

SEREMBAN — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasar sekurang-kurangnya 50 usahawan industri asas tani baharu akan memperoleh perakuan jenama "1Malaysia Best" tahun ini bagi mempromosi produk keluaran mereka.

Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Operasi), Sharifah Hashim berkata, produk usahawan yang memperoleh jenama itu akan diketengah bagi sasaran penjualan di rangkaian pasaraya AEON serta diperluas ke pasaran antarabangsa.

"Sebenarnya bukan mudah untuk menerima pengiktirafan ini kerana mereka perlu mempunyai sijil halal dan kemampuan usahawan itu sendiri dalam membekalkan produk yang mencukupi.

"Ini bagi mengelak timbulnya isu pembekalan produk yang tidak mencukupi ke pasaraya terpilih, walaupun produk tersebut mempunyai pembungkusan yang baik dan mampu berdaya saing," katanya selepas pelancaran Karnival 1Malaysia Best hari ini di pekarangan Pasaraya AEON, Seremban 2, yang berlangsung tujuh hari bermula semalam dan melibatkan 18 usahawan. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Daging kuda ditemui dalam bebola daging

Posted:

Daging kuda ditemui dalam bebola daging

Daging kuda ditemui dalam bebola daging

SEORANG pembeli membeli makanan di sebuah kafe Ikea di Prague, Republik Czech semalam.


STOCKHOLM - Daging kuda ditemui pada bebola daging yang dilabelkan sebagai daging lembu dan babi yang dijual di kedai rankaian perabot Ikea, lapor agensi berita AP semalam.

Pentadbiran Veterinar Negara Zcech menyatakan, daging kuda ditemui pada bebola daging beku yang diperbuat di Sweden dan dihantar ke Republik Czech untuk dijual di kedai-kedai Ikea.

Sejumlah 760 kilogram bebola daging itu dihalang daripada tiba di kedai tersebut untuk dijual.

Jurucakap IKEA, Ylva Magnusson menyatakan, bebola daging itu telah dihantar ke Slovakia, Hungary, Perancis, Britain, Portugal, Belanda, Belgium, Sepanyol, Itali, Greece, Cyprus dan Ireland.

Magnusson berkata, bebola daging itu ditarik penjualan di kedai-kedai Ikea di negara tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa di Denmark menyatakan, satu laporan polis akan dibuat selepas seorang penjual daging menjual daging kuda kepada kedai-kedai piza tempatan.

kedai-kedai piza itu ditipu kerana menganggap daging kuda tersebut sebagai daging lembu.

Ketua Penyiasat Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark, Michael Rosenmark berkata, beberapa sampel telah diambil daripada daging piza yang dikeluarkan oleh Harby Slagterhus menunjukkan ia mengandungi campuran daging kuda, babi dan lembu.

Penjual di bandar Arhus itu mendakwa pihak restoran mengetahui produk tersebut mengandungi daging kuda.

Pihak berkuasa di seluruh Eropah mula melakukan ujian asid deoksiribonukleik secara rawak selepas menemui cam puran daging kuda dalam produk beku daging burger dan lasagne. - Agensi

Rejim Bashar sedia berunding

Posted:

Rejim Bashar sedia berunding

Rejim Bashar sedia berunding


SEBUAH bangunan runtuh akibat pertempuran antara penentang dengan tentera Bashar di Dera pada 22 Februari lalu.


MOSCOW - Menteri Luar Syria, Walid al-Moualem menyatakan semalam bahawa Damsyik telah bersedia untuk berbincang dengan kumpulan penentang anti-Presiden Bashar Al-Assad, lapor agensi berita Rusia, Itar-Tass.

"Kami bersedia untuk berdialog dengan sesiapa sahaja yang mahu melakukannya walaupun dengan mereka yang mempunyai senjata pada tangan.

"Ia adalah kerana kami percaya bahawa perubahan tidak akan menjadi kenyataan dengan pertumpahan darah tetapi hanya melalui dialog," kata Walid sebelum berbincang dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Moscow.

Namun, agensi berita Itar-Tass tidak melaporkan sebarang komen lanjut daripada menteri itu tentang harapannya berhubung perbincangan tersebut.

Beliau tidak menjelaskan sama ada pemerintah Syria mempunyai sebarang cadangan untuk memulakan dialog berkenaan.

"Apa yang berlaku di Syria ialah satu peperangan menentang keganasan.

"Kami akan berpegang kuat kepada matlamat keamanan dan terus berjuang menentang keganasan," katanya.

Pertumpahan darah antara kumpulan penentang dengan tentera Bashar bermula pada Mac 2011.

Lebih 70,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Pertempuran itu berlaku disebabkan kebangkitan penduduk di Tunisia, Libya dan Mesir.

Para penentang itu mahu Bashar meletakkan jawatan kerana didakwa gagal untuk membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi

Penduduk Aceh tarik balik saman berhubung bunyi azan

Posted:

Penduduk Aceh tarik balik saman berhubung bunyi azan

Penduduk Aceh tarik balik saman berhubung bunyi azan


SAYED HASAN membaca sebuah buku Islam di rumahnya di Banda Aceh semalam.


BANDA ACEH - Seorang warga emas Indonesia semalam menyatakan dia mendapat kemenangan luar jangkaan berhubung samannya ke atas sebuah masjid yang terlalu bising walaupun dia dipaksa menarik balik tindakan undang-undang tersebut selepas orang ramai mengugut mahu membunuhnya.

Aduan terhadap bunyi terlalu bising pembesar suara pada waktu azan ditentang hebat di Indonesia yang memiliki sekitar 800,000 buah masjid.

Apabila warga emas itu, Sayed Hasan, 75, mengemukakan saman pada Disember tahun lalu di sini, aduan tersebut mendapat bantahan orang ramai.

Warga emas itu mengadu dia diganggu oleh bunyi rakaman berterusan bacaan ayat suci al-Quran.

Bagaimanapun, lelaki tersebut berkata, dia mendapat kemenangan di luar jangkaannya selepas saman itu ditarik balik.

"Selepas saya menggugurkan kes saya, bunyi itu dikurangkan separuh," katanya.

Seorang pemimpin Islam tempatan berkata, imam masjid berkenaan memutuskan untuk mengurangkan bunyi rakaman itu.

Seramai 90 peratus daripada 240 juta penduduk Indonesia terdiri daripada orang Islam.

Walaupun kebanyakan mereka mengamalkan ajaran Islam sederhana, wilayah Aceh melaksanakan undang-undang syariah yang dikuatkuasakan oleh polis agama. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved