Khamis, 7 Februari 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal lawat UniMAP

Posted:

Pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal lawat UniMAP

Pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal lawat UniMAP


SEBAHAGIAN pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal di Pendang, Kedah yang menyertai program 'Jom Pi UniMAP' di Pauh, Arau baru-baru ini.


PENDEDAHAN. Seramai 80 pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal di Pendang, Kedah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk mengenali secara lebih dekat universiti itu menerusi program 'Jom Pi UniMAP' di Pauh, Arau baru-baru ini.

Dalam program tiga hari itu, pelajar matrikulasi berkenaan dibawa melawat ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Mikroelektronik dan lain-lain lagi di universiti itu.

Ketibaan mereka disambut oleh Penyelaras Unit Komunikasi Korporat UniMAP, Mustaffa Ismail bersama kakitangan universiti yang lain.

TNB Perak rai petugas media

Posted:

TNB Perak rai petugas media

TNB Perak rai petugas media


WAN KAMIZI (duduk, empat dari kanan) bersama sebahagian petugas media pada majlis ramah mesra di Ipoh baru-baru ini.


ERAT HUBUNGAN. Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak mengadakan majlis ramah mesra dengan pengamal media tempatan di Restoran Shabu-Shabu di Ipoh baru-baru ini.

Pengurus Besar TNB Perak, Wan Kamizi Wan Ishak berkata, majlis tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara syarikat utiliti tersebut dengan wakil media tempatan yang sudah sedia terjalin selama ini.

Pada majlis tersebut, beliau turut memperkenalkan semua pengurus cawangan yang mengetuai TNB di peringkat daerah.

"Kami turut mengatur beberapa program khidmat masyarakat melibatkan penyertaan wakil media Perak sepanjang tahun ini," katanya.

Pesakit jalani hemodialisis di HPM terima buah limau

Posted:

Pesakit jalani hemodialisis di HPM terima buah limau

Pesakit jalani hemodialisis di HPM terima buah limau


KOK EWE (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan buah limau kepada seorang pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di HPM, Sungai Petani baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 85 pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis menerima sumbangan buah limau sempena perayaan Tahun Baru Cina di Hospital Pakar Metro (HPM), Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Dr. Lim Kok Ewe berkata, tiga ahli Lembaga Pelawat HPM iaitu Fazil Puteh, Fok Wong Hon dan Lee Yang Soo menyampaikan sumbangan tersebut.

"Ia merupakan antara program kebajikan HPM yang bertujuan meraikan pesakit sempena sambutan Tahun Baru Cina," kata Kok Ewe.

Katanya, HPM mula menyediakan kemudahan hemodialisis untuk pesakit sejak tahun 2002.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tabung Haji umum Bonus Jubli Emas 8 peratus

Posted:

Tabung Haji umum Bonus Jubli Emas 8 peratus

Tabung Haji umum Bonus Jubli Emas 8 peratus

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my

JAMIL KHIR (kiri), Abi Musa Asa'ari (tengah) dan Ismee ketika majlis pengumuman jumlah agihan bonus di Dewan Besar Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengagihan Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012 sebanyak lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 kepada 8.2 juta pendeposit mereka.

Pemberian bonus tersebut yang merupakan tertinggi sepanjang 50 tahun penubuhan TH itu merangkumi kadar bonus tahunan sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus.

Pendeposit boleh mengemas kini akaun masing-masing melalui kaunter-kaunter TH dan rakan-rakan strategik TH iaitu Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dan Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) mulai 10 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah keseluruhan pemberian bonus itu adalah sebanyak RM2.46 bilion iaitu RM2.13 bilion untuk bonus tahunan dan RM325 juta bagi bonus khas.

"Bayaran bonus tahunan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding RM1.68 bilion yang diagihkan pada tahun 2011," katanya kepada media selepas majlis pengumuman Bonus Jubli Emas TH 2012 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Berguling ditimpa air panas

Posted:

Berguling ditimpa air panas

Berguling ditimpa air panas

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


WAN ROHAILA memangku anaknya, Nur Aleeya Maisara yang melecur pada belakang badan dan kaki kiri akibat terkena air panas di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Percubaan pertama seorang tauke kedai makan mencelur ulam-ulaman di dalam periuk mengandungi air panas bukan sahaja tidak menjadi malah, dia kini menyesal tak sudah apabila air itu terbalik lalu menimpa anak bongsunya semalam.

Kejadian pukul 7.30 pagi di Kampung Tendong, Pasir Mas itu menyebabkan Nur Aleeya Maisara Mohd. Izba, 18 bulan, melecur di belakang badan dan kaki kirinya.

Mengimbau semula kejadian itu, ibu mangsa, Wan Rohaila Hassan, 39, memberitahu, sebelum kejadian, dia telah memasukkan air yang baru dimasak ke dalam periuk berkenaan manakala anaknya sedang tidur di ruang jualan.

Katanya, periuk itu diletakkan di atas bangku setinggi satu meter di dapur gerai miliknya berdekatan Klinik Kesihatan Tendong.

"Saya bercadang untuk mencelur ulam-ulaman ke dalam air panas tersebut untuk dijual pada waktu tengah hari. Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini sejak berniaga lima tahun lalu.

"Entah macam mana tiba-tiba saya terdengar anak saya meraung kuat sambil berguling-guling di atas lantai dapur dengan kulit yang menggelembung manakala periuk itu tergolek atas lantai berhampirannya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

800,000 peluang kerja diwujudkan tahun lalu

Posted:

800,000 peluang kerja diwujudkan tahun lalu

800,000 peluang kerja diwujudkan tahun lalu


MUHYIDDIN (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada Jamuan Rakyat 1Malaysia di Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Hampir 800,000 peluang pekerjaan diwujudkan di negara ini tahun lepas sekali gus membuktikan Malaysia berada pada kedudukan ekonomi yang kukuh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan negara ini menghadapi masalah tidak cukup tenaga kerja terlatih untuk mengisi kekosongan di sektor tertentu.

"Kita sediakan peluang pekerjaan cukup banyak. Kini ladang tak cukup pekerja, kilang pun tak cukup. Anak- anak muda yang ada tak cukup untuk tampung keperluan sektor tertentu. Kita terpaksa bawa pekerja asing untuk penuhi keperluan dan tuntutan industri," katanya pada Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dewan Seri Melati Beseri dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


England mengganas

Posted:

England mengganas

England mengganas

LAMPARD menjaringkan gol kemenangan England pada aksi menentang Brazil awal pagi semalam. Pada perlawanan tersebut, England menang 2-1.


LONDON – Selepas 23 tahun, England akhirnya berjaya memusnahkan Brazil. Walaupun sekadar aksi persahabatan, tetapi kemenangan 2-1 yang dilakar skuad kendalian Roy Hodgson itu membawa makna yang amat besar buat bola sepak England.

Ia satu kebangkitan yang sudah lama dinantikan oleh penyokong fanatik England yang selama ini sering dihampakan oleh bekas gergasi bola sepak dunia itu.

Bukan setakat berjaya menamatkan badi selama 23 tahun tetapi juga merupakan kali pertama England berjaya mengatasi Brazil dengan jaringan dua gol sejak tahun 1984.

Hodgson merupakan individu paling berbangga dengan kejayaan itu dan dia melontarkan pujian terhadap aksi anak-anak buahnya yang berjaya mencatatkan kemenangan pertama ke atas juara dunia lima kali itu.

Jaringan Wayne Rooney dan Frank Lampard kelmarin sudah cukup untuk menghadiahkan kejayaan cemerlang England ke atas Brazil pada aksi yang berlangsung di Stadium Wembley itu.

Hodgson berkata: "Saya sangat berpuas hati. Kami telah membuktikan bahawa kami sudah cukup bagus.

"Ia pertemuan pertama saya dengan Brazil sebagai jurulatih dan saya gembira kerana berjaya melaksanakannya dengan kemenangan.

"Kemenangan ini sesuatu yang positif bagi kami. Saya harap ia akan melonjakkan lagi keyakinan pemain. Paling penting, ia satu persembahan yang sangat memuaskan daripada seluruh pasukan."

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol England, Joe Hart berjaya menyelamatkan dua percubaan Ronaldinho hasil daripada sepakan penalti sebelum Rooney meletakkan The Three Lions di depan pada minit ke-27.

Penyerang Brazil, Fred kemudian menyamakan kedudukan 1-1 namun, perancang Chelsea, Lampard meledakkan gol kemenangan pada babak kedua.

Ini adalah kemenangan pertama England ke atas Brazil dalam 23 tahun dan juga kali pertama mereka menjaringkan dua gol ke atas gergasi Amerika Selatan itu sejak 1984.

"Apabila kamu mengendalikan skuad England dan bermain di Wembley, kamu pasti akan bangga dengan setiap kemenangan.

"Selain daripada aksi hambar pada awal babak kedua di mana kami banyak kehilangan bola, pasukan ini bagaimanapun berjaya menangani asakan Brazil dengan baik sekali.

"Apa yang paling saya puas hati ialah kami berjaya menunjukkan karakter sebenar meskipun dalam keadaan tertekan," katanya.

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari mengakui England memang layak untuk menang.

Bekas pengurus Chelsea itu berkata: "Saya tidak kecewa kerana kalah pada perlawanan ini.

"Kami beraksi menentang pasukan England yang memiliki pemain berkualiti dan berkelebihan dari segi fizikal," ujarnya. – Agensi

Harimau Malaya belum mampu

Posted:

Harimau Malaya belum mampu

Harimau Malaya belum mampu


AIDIL (kiri) tampil dengan aksi mengagumkan pada aksi menentang Qatar kelmarin.


NAMPAK gayanya, skuad bola sepak negara, Harimau Malaya masih belum mampu untuk bersaing di pentas Asia.

Bukan mahu merendahkan keupayaan mereka, tetapi masih terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum mereka boleh bersaing dengan gergasi bola sepak Asia yang lainnya.

Boleh dikatakan, gaya bola sepak Malaysia masih agak ketinggalan berbanding negara Asia yang lainnya, khususnya daripada segi taktikal, kepantasan serta fokus ketika mengharungi perlawanan.

Kreativiti untuk mempelbagai corak permainan memang tiada langsung, dan paling menyedihkan ialah pemain negara terlalu mudah kehilangan bola kepada pemain lawan.

Pada aksi pembuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan D menentang Qatar di Doha malam kelmarin, terlalu banyak kelemahan ditonjolkan oleh pemain negara sepanjang perlawanan tersebut.

Taktikal memang sangat mendukacitakan, kepantasan, tidak perlu dipersoalkan kerana ia kelemahan yang dilihat paling ketara dalam kalangan pemain.

Kawalan bola, tidak sampai empat saat pun bola berada di kaki, ia sudah disambar mudah oleh pemain lawan.

Andai kelemahan seperti ini masih gagal diatasi, impian untuk melihat skuad negara menjejak kaki ke pusingan akhir Piala Asia 2015 tidak akan menjadi kenyataan.

Mungkin hanya satu sahaja kelebihan yang ada kepada pemain negara, iaitu kerja keras, tetapi ia masih belum cukup untuk meraih kejayaan.

Penyokong mahukan keputusan positif.

Setinggi mana sekali pun komitmen mahu pun kerja keras setiap pemain, tetapi ia tidak membawa makna kerana peminat hanya mahukan keputusan.

Jika skuad tempang dijadikan alasan terhadap kekalahan tersebut, ia memang sama sekali tidak boleh diterima kerana bola sepak tidak bergantung kepada pemain tertentu untuk meraih kemenangan.

Ia memerlukan kerja berpasukan, tidak kira siapa yang diberi tanggungjawab untuk beraksi, dan setiap pemain hendaklah bersedia menunaikannya sebaik mungkin.

Kekalahan 2-0 kepada Qatar pada aksi pembuka tirai itu memang sangat mengecewakan kerana jaringan yang dihasilkan oleh pasukan lawan boleh dianggap sebagai terlalu mudah.

Gol kedua tidak seharusnya berlaku jika barisan pertahanan Harimau Malaya terus mengekalkan fokus mereka terhadap perlawanan.

Apa pun, itulah bola sepak Malaysia dan peminat tidak boleh mengharapkan yang lebih baik daripada itu.

Mungkin untuk tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang, peminat jangan mengharapkan sangat untuk menyaksikan bola sepak negara berdiri megah di pentas Asia, kerana berdasarkan momentum ketika ini, masih terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Bola sepak masa kini memerlukan kepantasan serta kebijaksanaan mencorakkan rentak permainan dan jika elemen ini masih tidak diamalkan, maka bola sepak negara akan semakin ketinggalan.

Malaysia sebenarnya memerlukan lebih ramai pemain seperti Aidil Zafuan Abdul Radzak, Azamuddin Mohd. Akil yang boleh dianggap antara pemain yang agak menonjol dalam skuad Harimau Malaya pada aksi menentang Qatar kelmarin.

Dua pemain ini dilihat memiliki kepantasan serta keyakinan diri yang tinggi, namun kebolehan yang ada pada mereka ini belum mampu untuk membantu skuad negara meraih kejayaan.

Pemain veteran, Mohd. Amri Yahyah juga layak dipuji kerana dia tampil lebih gagah berbanding pemain muda yang lain dalam pasukan.

Mungkin kerana pengalamannya, ia membantu dia tampil dengan penuh keyakinan pada perlawanan tersebut.

Jurulatih, Datuk K. Rajagobal tidak harus meletakkan Amri dalam senarai pemain simpanan selepas ini jika mengambil kira prestasinya pada aksi menentang Qatar itu.

Malangnya, Amri tidak mendapat bantuan secukupnya daripada bahagian tengah pada perlawanan menentang Qatar itu, akibatnya dia banyak berusaha sendiri untuk mencipta peluang.

Selepas Qatar, banyak lagi cabaran besar yang bakal dihadapi skuad Harimau Malaya dan mereka perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

Tugasan seterusnya ialah menentang Yemen pada 22 Mac nanti di Stadium Shah Alam dan apa yang diharapkan pada perlawanan itu kelak ialah untuk menyaksikan Harimau Malaya lebih menyerlah.

FAM tunggu jawapan Shahidan

Posted:

FAM tunggu jawapan Shahidan

FAM tunggu jawapan Shahidan

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai masa sehingga tengah hari ini untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung tiga pertuduhan terhadapnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang jawapan daripada Shahidan.

"Pihak jawatankuasa akan bersidang dan membincangkan kes tersebut sebaik sahaja sampai ke tarikh (akhir) tempoh yang diberikan kepada Shahidan untuk menjawab surat tunjuk sebab itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 1 Februari lepas, FAM menghantar surat mengandungi tiga pertuduhan terhadap Shahidan mengikut Artikel 88 Statut FAM yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, Shahidan berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM.

Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan mempunyai niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM.

Bagi pertuduhan ketiga, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikai, mempersoal atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014.

Bagi pertuduhan itu, beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000.

Taufek berkata, jika Shahidan tidak mengaku bersalah, beliau boleh mengemukakan sebab munasabah dan jika alasan yang diberi boleh diterima pakai, jawatankuasa itu akan pertimbangkan kes tersebut.

Susulan menerima surat pertuduhan itu, Shahidan mengumumkan untuk meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil FAM iaitu sebagai Anggota Jawatankuasa Kewangan (AJK) FAM dan AJK Bola Sepak Wanita FAM. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Horlicks kini di Chatime

Posted:

Horlicks kini di Chatime

Horlicks kini di Chatime

RODNEY (kiri) dan Bryan menunjukkan minuman Horlicks yang mula ditawarkan di semua cawangan Chatime mulai 14 Januari lalu.


BERITA baik buat penggemar minuman Horlicks dan Chatime. Kini, anda berpeluang menikmati minuman kesukaan anda apabila mengunjungi Chatime di seluruh negara kerana pembuat Horlicks iaitu GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare telah mengumumkan kerjasamanya dengan jenama teh, Chatime.

Kerjasama antara kedua-dua jenama tersebut menawarkan pilihan yang menyihatkan dan bernutrisi kepada golongan pelbagai usia.

"Sebagai jenama yang terkenal di Malaysia, Horlicks berasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan Chatime untuk memperkenalkan minuman bermalt dalam versi baharu dan mengujakan.

"Formula yang digunakan untuk menghasilkan minuman teh menyihatkan ini ialah campuran teh dan minuman bermalt yang pertama seumpamanya. Ia dapat memanfaatkan kebaikan Horlicks sepenuhnya serta menonjolkan kelebihan minuman ini," kata Ketua Pemasaran Komersial, GSK Consumer Healthcare, Rodney Tan.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Bryan Loo memberitahu, minuman teh moden telah menjadi pilihan gaya hidup popular yang disukai oleh rakyat Malaysia dan ia diterima baik sejak mula dijual.

"Sebagai salah satu jenama teh moden pertama di Malaysia dengan jumlah outlet yang sentiasa bertambah, kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki portfolio minuman kami dengan menggabungkan elemen kegembiraan dan kreativiti dalam aktiviti minum teh.

"Horlicks merupakan tambahan baharu dalam siri minuman kami kerana ia menawarkan pilihan teh menyihatkan untuk pelanggan yang mencari rasa minuman baharu dan mengujakan serta mengandungi bahan semula jadi," katanya.

Kini, pelanggan dapat menikmati Horlicks bukan sahaja di rumah atau kopitiam tempatan, tetapi buat kali pertama ia dapat dinikmati di outlet Chatime kegemaran mereka. Minuman berperisa Horlicks tersebut boleh diperoleh dalam tiga jenis varian berbeza iaitu Horlicks Milk Tea, Horlicks Cocoa dan Horlicks Smoothie.

Horlicks Milk Tea dan Horlicks Cocoa ditawarkan dalam dua saiz iaitu saiz sederhana pada harga RM5.90 dan saiz besar pada harga RM6.90.

Horlicks Smoothie pula berharga RM7.90 untuk yang bersaiz besar. Minuman teh menyihatkan yang eksklusif itu hanya ditawarkan di semua kedai Chatime bermula 14 Januari 2013. - NURUL IZZA ROSLY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


4 kapal lakukan pemindahan haram minyak ditahan

Posted:

4 kapal lakukan pemindahan haram minyak ditahan

4 kapal lakukan pemindahan haram minyak ditahan

07/02/2013 6:47pm

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat kapal tangki kerana melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, menerusi "Ops Telus" selama tiga hari mulai Isnin lepas.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Adon Shalan berkata, dua daripada kapal terbabit, iaitu MT Sinar Pik dan MT Sirikit ditahan 10.50 malam, Isnin lepas, selepas didapati melakukan pemindahan 123,740 liter minyak diesel di kedudukan 2.5 batu nautika Tanjung Kapal.

"Dua lagi kapal pula ditahan 3.40 petang, dua hari lepas membabitkan MT Continuum 1 yang sedang memindahkan 50,000 liter minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) dan Marine Gas Oil (MGO) kepada kapal MT Patcharawadee 15 di kedudukan dua batu nautika Tanjung Bulat, Teluk Ramunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Adon berkata, operasi yang dikoordinasikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor dengan kerjasama Polis Marin, Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Laut, Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Pelabuhan Johor itu mendapati keempat-empat kapal terbabit tidak mempunyai permit dan dokumen berkaitan pemindahan minyak.

Beliau berkata, MT Sinar Pik, MT Sirikit dan Mt Continuum 1 didaftarkan di Ulaan Baatar, Mongolia manakala MT Patcharawadee 15 didaftarkan di Bangkok, Thailand. - BERNAMA

157 notis kesalahan dikeluarkan dalam Ops Basuh

Posted:

157 notis kesalahan dikeluarkan dalam Ops Basuh

157 notis kesalahan dikeluarkan dalam Ops Basuh

07/02/2013 6:39pm

PUTRAJAYA - Sejumlah 157 notis kesalahan dikeluarkan Kementerian Kesihatan selepas memeriksa 2,759 premis jualan rokok dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 atau Ops Basuh pada 29 dan 30 Januari lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman dalam kenyataan berkata, 122 kedai didapati melakukan kesalahan menjual rokok di bawah harga minimum dan telah dikenakan kompaun RM500 seorang.

Manakala 35 kedai lagi didapati menjual rokok tidak sah, peniaganya akan didakwa di mahkamah, jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. - BERNAMA

Warga asing rempuh dinding rumah elak Imigresen

Posted:

Warga asing rempuh dinding rumah elak Imigresen

Warga asing rempuh dinding rumah elak Imigresen

07/02/2013 6:38pm

MELAKA - Seorang lelaki warga Indonesia merempuh dinding rumah kongsinya untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa, namun sia-sia kerana kawasan itu sudah dikepung dalam operasi di tapak pembinaan Ayer Keroh di sini.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Kamaluddin Ismail berkata, lelaki berusia 50 tahun dari Jawa Timur itu adalah antara 43 warga asing yang ditahan menerusi operasi di beberapa lokasi sejak petang semalam sehingga pukul 3 pagi hari ini.

Lelaki itu merempuh dinding rumah kongsi yang diperbuat daripada papan lapis hingga berlubang dan cuba melarikan diri tetapi ditangkap oleh pegawai Imigresen yang mengepung kawasan itu, katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya pihak Imigresen turut menemui isteri lelaki itu yang berusia 40-an sedang bersembunyi di dalam almari di rumah berkenaan. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


OIC minta perang Syria ditamatkan

Posted:

OIC minta perang Syria ditamatkan

OIC minta perang Syria ditamatkan

AP
GAMBAR menunjukkan para pemimpin yang mewakili negara masing-masing menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kaherah semalam.


KAHERAH - Para pemimpin Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini semalam meminta rundingan dilakukan bagi menamatkan peperangan di Syria.

Presiden Mesir, Mohamed Morsi (gambar) ketika berucap pada persidangan kemuncak OIC kali ke-12 itu meminta rejim Presiden Basyar Al-Assad di Damsyik untuk mempelajari sejarah dan tidak meletakkan kepentingan dirinya lebih utama daripada penduduk negaranya.

Morsi yang memberikan ucapan utama dalam persidangan OIC itu meminta anggota-anggota pertubuhan berkenaan untuk menyokong usaha-usaha pihak penentang Bashar menyatukan dan membawa pembaharuan di Syria.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyatakan kepada pemberita sebelum persidangan itu bermula bahawa kaedah ketenteraan bukan penyelesaikan terhadap konflik di Syria.

Lebih 60,000 orang terbunuh di Syria sejak para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan bangkit bertempur dengan tentera Bashar sejak Mac 2011.

Ketua Majlis Kebangsaan Syria yang menjadi penentang Bashar, Moaz Alkhatib menawarkan kepada Presiden itu untuk berunding secara damai jika pihak berkuasa membebaskan ribuan tahanan.

Bagaimanapun, tiada komen rasmi daripada Bashar setakat ini. - Agensi

Penyerang berani mati serang pejabat perisikan Syria

Posted:

Penyerang berani mati serang pejabat perisikan Syria

Penyerang berani mati serang pejabat perisikan Syria

BEIRUT - Satu letupan kuat berlaku semalam dengan menyasarkan sebuah bangunan perisikan di tengah Syria menyebabkan lima askar terbunuh.

"Letupan itu adalah disebabkan satu serangan berani mati di pejabat agensi perisikan di Palmyra," kata Ketua Pemantau Syria Untuk Hak Asasi, Rami Abdul-Rahman.

Menurutnya, askar-askar Syria turut bertempur dengan para penyerang.

Palmyra terletak di wilayah Homs.

Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh di Syria ekoran pertempuran antara tentera Presiden Bashar Al-Assad dengan para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan.

Para penentang itu mahu Bashar meletakkan jawatan selepas beliau didakwa gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan kebebasan bersuara.

Pertempuran di Syria bermula pada Mac 2011. - Agensi

5 maut tsunami landa Kepulauan Solomon selepas gempa bumi

Posted:

5 maut tsunami landa Kepulauan Solomon selepas gempa bumi

5 maut tsunami landa Kepulauan Solomon selepas gempa bumi



SYDNEY - Satu gempa bumi kuat di perairan Kepulauan Solomon mencetuskan ombak tsunami setinggi 1.5 meter semalam yang merosakkan puluhan buah rumah dan menyebabkan lima orang hilang di kepulauan berkenaan di Lautan Pasifik.

Semua mangsa yang hilang itu dikhuatiri mati.

Pihak berkuasa kemudian membatalkan amaran tsunami di pantai-pantai yang terletak jauh dari lokasi gempa bumi.

Beberapa pegawai tempatan berkata, dua ombak tsunami setinggi 1.5 meter melanda Kepulauan Santa Cruz dengan menyebabkan antara 70 hingga 80 buah rumah rosak.

Seorang jurucakap pemerintah, George Herming memberitahu bahawa ramai penduduk kampung berpindah ke tempat yang lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kami percaya beberapa orang terbunuh dalam bencana ini," kata Komisioner Polis Kepulauan Solomon, John Lansley pula.

Tsunami itu terbentuk selepas gempa bumi 8.0 pada skala Richter melanda dekat bandar Lata di Pulau Santa Cruz.

Lata terletak dalam wilayah Temotu iaitu bahagian paling timur di Kepulauan Solomon pada jarak sekitar tiga jam penerbangan dari ibu kota negara itu, Honiara.

Temotu dihuni oleh sekitar 30,000 penduduk.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan, ombak tsunami setinggi tiga meter melanda sebuah dermaga Lata.

Beberapa ombak yang lebih kecil turut berlaku di Vanuatu dan New Caledonia. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tak kesal jadi selebriti

Posted:

Tak kesal jadi selebriti

Tak kesal jadi selebriti

PENULIS blog terkenal, iniblogsaya.blogspot.com, Hanis Zalikha Zainal Abidin kini sedang meniti populariti setelah terjun ke dalam bidang lakonan.

Sebelum terlibat dalam dunia perfileman, Hanis, 23, sebenarnya telah berlakon dalam drama Memberku Hawa dan telefilem Mariam Kampung Putat.

Namun, bakat lakonannya bakal diuji menerusi kemunculannya dalam filem Gangster Celop menerusi karakter seorang anak gengster yang baru sahaja pulang dari London.

Zalikha mengakui dirinya berdebar-debar menantikan respons peminat terhadap lakonannya dalam filem arahan Ahmad Idham, lakonan utama Syamsul Yusuf dan Kamal Adli itu yang dijadualkan mula ditayangkan pada 21 Februari ini.

"Saya sudah tidak senang duduk sekarang. Kalau (lakonan) tidak menjadi nanti mesti kena kutuk. Namun kalau kena kutuk sekali tidak mengapa. Mana-mana yang kurang nanti, saya akan cuba atasi dengan latihan pada masa depan," jelasnya ketika ditemui pada majlis final Cabaran Switch For Xtra di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, pengarah filem tersebut, Ahmad Idham telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam menghayati watak lakonannya itu dan selebihnya dia menyerahkan kepada penonton untuk menilai bakat dirinya.

Dalam meniti populariti dengan pakej yang ada pada dirinya itu, Hanis turut tidak terlepas daripada dicemuh atau dikritik.

Dia sebelum ini dikejutkan dengan tindakan bekas teman lelakinya (yang enggan didedahkan namanya) telah bertindak mencanang cerita kepada umum mengenai karakter sebenar dirinya yang didakwa suka propa (menipu) dan berlagak.

Dia yang baru sahaja ingin mencipta nama telah dijengah kontroversi kurang enak, graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu tidak cepat melatah.

Dia sebaliknya menganggap kontroversi itu sebagai asam garam dunia glamor yang perlu dihadapinya sekarang ini.

"Saya tidak menyesal masuk ke dalam dunia seni. Sekarang, baru saya tahu apa yang perlu dihadapi oleh selebriti lain. Tidak semua gosip yang dibaca sebelum ini benar belaka," ujarnya.

Tambah wanita berbintang Libra ini, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dengan setiap kelakuan, percakapan dan apa sahaja yang dilakukan kerana ia akan menjadi bahan perbincangan umum pada kemudian hari.

"Sudah kena gosip begitu ketika mula-mula hendak masuk ke dalam bidang lakonan membuatkan saya rasa sudah tiba masanya saya kena membiasakan diri dengan semua perkara, tidak boleh jadi macam dahulu lagi," ujarnya.


DARI blog ke layar perak. Hanis kini dalam debaran menanti respons penonton wayang menerusi filem sulung lakonannya, Gangster Celop yang bakal disiarkan bermula pada 21 Februari ini.


Blog

Sibuk dengan pelbagai undangan majlis sosial sebagai seorang selebriti dan tawaran lakonan, Hanis mengakui dirinya sudah tidak kerap menulis blog lagi.

"Kalau dahulu, setiap hari ada sahaja perkara baharu yang saya hendak tulis. Sekarang, disebabkan sibuk kadang-kadang dua minggu sekali baru saya mengemas kini perkembangan terbaharu dalam blog," ujarnya.

Dia menjelaskan, walaupun banyak perkara yang dilakukan setiap hari selepas bergelar selebriti boleh dijadikan bahan bacaan dalam blognya, namun kekangan masa membuatkan dia kadangkala terlewat menulis.

Mengakui penulisannya turut mendapat kritikan peminatnya bukan kerana lambat mengemas kini blog, sebaliknya adalah kerana gaya penulisan yang tidak 'gila-gila' seperti dahulu lagi.

"Pembaca blog saya terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pembaca remaja ada yang merungut mengatakan tulisan saya tidak lagi macam dahulu. Namun, mereka kena terima hakikat bahawa saya sudah meningkat usia, tulisan juga kena matang," katanya yang malu dengan gaya penulisannya pada awal penulisan dalam blognya dahulu.

Solo

Walaupun mempunyai rupa paras yang menawan, Hanis mendedahkan dirinya masih solo dan tidak terfikir untuk mencari teman hidup dalam masa terdekat ini.

"Saya mahu beri tumpuan kepada karier yang sedang saya bina ini dalam industri lakonan. Buat masa sekarang, saya tidak mahu ada komitmen dengan sesiapa," katanya jujur.

Mahu bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana lelaki, dia menganggap jika mempunyai teman lelaki akan membuatkan dirinya terikat dengan kerjaya baharunya yang memerlukan banyak masa untuk diri sendiri.

"Kalau ada teman lelaki, ia akan melukakan hati orang. Kalau solo macam ini senang, mood saya juga tidak terganggu. Ia tidak jejaskan kerjaya saya nanti," tambahnya.

Namun bagi Hanis, itu bukan bermakna dia menolak jodoh sebaliknya dia mahu segala perkara berkaitan komitmen dirinya itu berlaku secara semulajadi.

Album AJL kali pertama diterbitkan

Posted:

Album AJL kali pertama diterbitkan

Album AJL kali pertama diterbitkan


AHMAD IZHAM (tiga dari kanan) dan Jacynta (tengah) pada majlis penyerahan cek kepada pemenang dan pelancaran album AJL 27.


ANUGERAH Juara Lagu ke-27 (AJL 27) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Januari lalu mendapat sambutan hangat apabila ditonton sebanyak enam juta penonton.

Berdasarkan sambutan yang diterima itu, TV3 telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan sebuah album khas AJL 27 yang diterbitkan dalam bentuk cakera video digital (DVD) dan cakera padat (CD).

Ketua Pengurusan Bakat The 8 Unit & Monkey Bone, Jacynta Au-Yong berkata, album berkenaan buat julung-julung kalinya dihasilkan memandangkan belum pernah lagi acara AJL diterbitkan dalam bentuk DVD atau CD.

"Idea menghasilkan album ini pastinya memberikan peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan menonton AJL 27 secara langsung sebelum ini.

"Selain itu, kami juga menjanjikan album yang dihasilkan ini berkualiti tinggi serta memberi kepuasan kepada mereka yang memilikinya," ujarnya ketika majlis penyerahan cek kepada pemenang AJL 27 dan pelancaran album berkenaan baru-baru ini.

Menurut Jacynta, album tersebut mengandungi sebanyak 12 buah lagu yang layak ke peringkat akhir AJL 27 seperti Idola (Azlan & The Typewriter), Pelangi Senja (Stacy), Terukir Di Bintang (Aizat), Anak Kampung (One Nation Emcee feat Jimmy Palikat), Ombak Rindu (Adira dan Hafiz), Tanpamu (Amir Jahari), Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan Malique), Ku Akui (Hafiz), Simetri (Amy Search dan Hazama), Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo) dan Patah Seribu (Shila Amzah).

Ujarnya, album AJL 27 sudah mula berada di pasaran pada minggu ini dengan harga RM29.90. Namun begitu, untuk cetakan pertama cuma 1,000 keping sahaja yang dihasilkan.

"Kami membuat keputusan untuk menghasilkan 1,000 keping sahaja buat permulaan. Sekiranya album ini mendapat sambutan yang baik kami akan menambah lagi jumlahnya," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar berkata, penerbitan album AJL 27 itu juga sebagai satu bentuk penghargaan dan tanda terima kasih kepada mereka yang menyokong AJL selama ini.

Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis penyampaian cek kepada pemenang, yang mana juara AJL 27 iaitu lagu Terukir Di Bintang nyanyian Aizat, ciptaan dan lirik oleh Yuna menerima cek sebanyak RM35,000.

Lagu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Nor Azlan Rosle (Azlan), Idola yang dinyanyikan Azlan & The Typewriter pula menerima cek sebanyak RM15,000 selaku naib juara.

Ditempat ketiga pula, lagu nyanyian Hafiz ciptaan dan lirik oleh Ajai, Ku Akui menerima cek berjumlah RM12,000.

Selain itu, lagu Teman Pengganti nyanyian Black dan RJ yang dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik menerima RM10,000, manakala Hafiz pula turut menerima RM10,000 untuk kategori Vokal Terbaik.

Anuar redha lokasi konsert bertukar

Posted:

Anuar redha lokasi konsert bertukar

Anuar redha lokasi konsert bertukar

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

FIGURA pujaan ramai ini masih mampu tersenyum dan tenang biarpun perancangan konsert sulungnya menghadapi masalah teknikal.


ANUAR ZAIN, satu nama yang sangat besar dalam industri muzik Malaysia. Walaupun sudah tiga dekad berada dalam industri, pada tahun ini dia bakal muncul dalam konsert pertamanya sepanjang penglibatan sebagai seorang penyanyi.

Konsert sulungnya yang diberikan judul sebagai Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari itu, sebelum ini dijadualkan bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam, 16 Februari ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Namun pada saat-saat akhir, Anuar Zain dan kru produksi menghadapi masalah teknikal.

Bertemu jejaka berlesung pipit ini pada sidang akhbar yang diadakan bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Anuar telah mengumumkan masalah yang dihadapinya iaitu penukaran lokasi konsert tersebut.

Penukaran lokasi yang dilakukan tiga minggu sebelum konsert mega itu berlangsung, bagaimanapun belum mampu memusnahkan ketenangan pada diri Anuar yang sebaliknya bersyukur dengan apa yang dilaluinya itu.

Bagi dirinya, segala kejadian yang berlaku itu dianggap sebagai rintangan yang perlu diharungi dan juga tersirat hikmah di sebalik setiap yang berlaku.

"Tiga minggu sebelum tarikh konsert, kami dapat tahu ada sedikit masalah logistik yang tidak dapat dielakkan," ujarnya.

Tambahnya: "Ini kerana ada majlis lain yang berlangsung di situ pada 17 Februari. Ini bermakna stadium itu perlu dikosongkan secepat mungkin selepas konsert tamat.

"Konsert ini berskala besar, namun agak mustahil untuk kami berkemas dalam masa beberapa jam sahaja bagi memberi laluan kepada majlis lain di situ pada keesokan harinya itu.

"Daripada menunda tarikh konsert, lebih baik kami menukar lokasi agar tidak menghampakan peminat yang telah lama menanti-nantikan konsert ini.

"Alhamdulillah, kami mendapat lokasi baharu iaitu di Stadium Malawati, Shah Alam pada tarikh dan waktu yang sama.

Tidak berasa kecewa dan panik dengan penukaran lokasi konsertnya itu, bicara Anuar, dia bersyukur kerana mempunyai kru produksi yang sangat cekap menangani masalah.

Tambahnya, dia reda dengan apa yang berlaku dan tidak akan mengubah apa yang telah dirancangkan pada asalnya untuk konsertnya itu.

"Saya tidak mahu kurangkan apa-apa pun kerana saya mahu peminat berpuas hati dengan apa yang saya tampilkan kelak.

"Bagi saya, walaupun tidak balik modal, konsert ini bukan kerana wang. Ini konsert saya yang pertama, jadi kepuasan peminat menjadi agenda utama saya mengadakan konsert ini.

"Walaupun tiada penajaan, saya tidak kisah. Memang ada rintangan dan mungkin tidak sempurna.

"Namun, saya perlu harunginya dan biarlah apapun yang mahu dikritik, tetapi memang semuanya untuk peminat saya," tutur Anuar yang mahukan peminat mengenang konsert sulungnya ini atas dasar kualiti yang ditampilkan nanti.

Setakat ini, jelas Anuar, 80 peratus tiket konsert sudah terjual dan kepada yang sudah membeli tiket, pihak Tiket Charge sudahpun menghubungi mereka bermula semalam, 6 Februari ini untuk menjelaskan tentang penukaran lokasi konsert tersebut.

Mereka yang berminat untuk menyaksikan konsert berkenaan masih boleh membeli tiket bermula 6 Februari menerusi laman web www.ticketcharge.com atau menghubungi Anuar Zain Network menerusi talian 012-464 2030.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved