Isnin, 4 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kehidupan etnik Lundayeh

Posted:

Kehidupan etnik Lundayeh

Kehidupan etnik Lundayeh

Oleh SITI ZUBAIDAH ABDULLAH

LONG Pasia yang bermaksud mulut Sungai Merah dalam bahasa etnik Lundayeh merupakan sebuah kampung di daerah Sipitang, Sabah.

Kampung ini bersempadanan antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan timur, Indonesia. Long Pasia mempunyai 85 rumah dengan kira-kira 500 orang penduduk.

Satu-satunya jalan darat ke kampung ini terletak kira-kira 125 kilometer dari Sipitang ialah melalui jalan hutan balak. Dari Kota Kinabalu, ia mengambil masa perjalanan sekurang-kurangnya dua jam melalui jalan raya ke Sipitang. Dari Sipitang mengambil masa sekurang-kurangnya empat jam dengan pacuan empat roda melalui jalan hutan balak ke Long Pasia.

Penulis disambut dengan hidangan air sejuk apabila sampai di perkampungan ini setelah melalui satu perjalanan yang amat mencabar iaitu jalan hutan balak yang tidak berturap.

Kedamaian diselubungi dengan keindahan rimba semula jadi yang masih belum tercemar memberikan suatu pengalaman yang cukup indah.

Suasana dingin ketika angin sepoi-sepoi bahasa meniup seolah-olah membawa penulis berada di Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Menurut Ketua Kampung Lundeyeh yang mentadbir kampung itu selama dua dekad, Mudin Sia, 60, perkampungan Lundayeh kini berusia lebih 400 tahun dengan penempatan awal seramai 2,000 penduduk.

Suasana sunyi

Mudin berkata, penduduk kampung kemudiannya berpecah kepada empat buah kampung iaitu Sungai Bunggaya, Sungai Kampung Ruran, Kampung Long Mio dan Kampung Long Pasia.

Kepada mereka yang biasa dengan suasana riuh rendah dan bingit kenderaan di Kuala Lumpur, kunjungan ke Long Pasia ternyata memberikan kesan sebaliknya.


KAMPUNG Long Pasia bersempadan antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan timur, Indonesia.


Selain suasana sunyi pada awal pagi, sesekali kedengaran bunyi salakan anjing. Anjing merupakan haiwan yang paling disayangi di sekitar kawasan berhawa dingin itu.

Kebanyakan penduduk berada di kebun atau berkurung di dalam rumah melakukan rutin harian.

Sukar untuk bertembung mereka sama ada di jalan atau di mana-mana saja pada waktu pagi. Kedai koperasinya juga sunyi seperti tiada pembeli.

Sekolahnya tidak begitu jauh dan agak sepi. Melihat kepada kehidupan mereka, tidak langsung menampakkan kesukaran untuk hidup selesa, sedangkan sumber pendapatan mereka hanyalah bercucuk tanam secara kecil-kecilan iaitu padi, lada dan pelbagai jenis sayuran.

Jika hendak dikatakan maju dalam pendidikan, tidak ramai sebenarnya yang berjaya lantaran kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Sipitang.

Meskipun hanya mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan, kualiti hasil kebun mereka sangat tinggi. Benar, jika berpeluang menjamu selera, tidak cukup sepinggan makan nasi untuk mengenyangkan perut walaupun menu sekadar sardin dengan tiga jenis sayur.

Semuanya kerana keenakan dan kelembutan nasi daripada beras yang ditanam sendiri. Ditambah pula rasa pedas cili api. Masakan mereka ringkas tetapi menyelerakan.

Namun, itulah yang menjadikan perkampungan Lundayeh unik. Ia jauh daripada bunyi deruman kenderaan dan hingar-bingar kehidupan kota, sebaliknya menjanjikan sebuah kedamaian yang tidak ternilai dan sukar digambarkan.

Long Pasia dan masyarakat Lundayeh berada dalam dunia tersendiri. Mereka melakukan pelbagai aktiviti sukan seperti bola sepak dan futsal yang membabitkan kanak-kanak hinggalah ke dewasa, lelaki mahupun wanita untuk mengisi masa.


PENDUDUK Kampung Long Pasia berurusan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bergerak.


Hakikatnya, meskipun perjalanan ke kampung itu agak memenatkan, namun apa yang pasti ia cukup berbaloi. Bahkan, ia menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi perkampungan itu sekali gus mendekati masyarakat Lundayeh.

Berjalan kaki

Jika dahulu penduduk Long Pasia tidak mampu memiliki kenderaan dan terpaksa berjalan kaki selama lima hari membawa bekalan dengan menggantung beras serta terpaksa bermalam di hutan.

"Pengalaman itu memang perit, kadang-kadang muncul haiwan seperti rusa dan gajah, kami juga sering dibasahi hujan.

"Selain itu, kami juga perlu mendaki jalan yang berbukit-bukit dan menyeberang sungai," kata seorang penduduk Joseph Lakong Angang, 67, yang juga guru pertama di perkampungan terpencil itu.

Angang berkata, pembangunan dan kemajuan mula dirasai di Long Pasia sekitar tahun 1996 dengan kemudahan jalan balak. Mereka yang mahu ke pekan Sipitang boleh membayar tambang antara RM20 hingga RM30.

Antara kemudahan lain di kampung tersebut termasuklah bekalan air paip tenaga solar.

"Perkembangan dahulu dan sekarang dari segi perumahan sudah banyak berubah," katanya yang pencen pada tahun 2003 dengan gaji RM1,500 sebulan.

Bapa kepada sepuluh anak itu berkata berkata, kehidupan di Long Pasia juga sudah banyak berbeza berbanding ketika beliau mula-mula menjejakkan kaki ke kampung itu pada tahun 1963.


PETA menunjukkan kedudukan Long Pasia iaitu 125 kilometer dari Sipitang.


"Ketika itu, saya berusia 19 tahun dan saya sudah mengajar anak-anak di sini," katanya kepada penulis.

Angang berkata, Sekolah Kebangsaan Native Voluntary School merupakan satu-satunya sekolah di kampung tersebut.

Sekolah yang berdinding buluh itu terletak berhampiran lapangan terbang lama Sipitang yang kini ditukar nama sebagai SK Long Pasia.

"Sekolah yang berlantaikan simen dan menggunakan atap zink itu dibuat dengan bantuan askar dan guru . "Pada masa itu hanya ada empat orang guru termasuk askar sebelum guru tetap dari Kementerian Pelajaran datang," katanya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris dalam kalangan pelajar yang berumur lingkungan 11 hingga 14 tahun.

Beliau mendapat upah RM1 untuk setiap murid selain makan minum daripada orang kampung sebelum kerajaan mengambil alih. Gaji yang beliau peroleh selepas sekolah tersebut diambil alih kerajaan ialah RM105 sebulan sekitar tahun 1971 dan meningkat dari semasa ke semasa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Bantuan RM100 bantu ringan beban ibu bapa pelajar

Posted:

Bantuan RM100 bantu ringan beban ibu bapa pelajar

Bantuan RM100 bantu ringan beban ibu bapa pelajar


ABDUL HALIM (berdiri, tengah) bersama penerima sumbangan selepas menyerahkan Bantuan Awal Persekolahan kepada sebahagian pelajar SK Puteri Wangsa, Johor Bahru, Johor baru-baru ini.


GEMBIRA. Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 seorang daripada kerajaan bukan sahaja menggembirakan pelajar malah ibu bapa turut menghargainya sebagai usaha meringankan beban mereka.

Itu perasaan rata-rata ibu bapa yang ditemui semasa Majlis Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Puteri Wangsa di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdul Halim berharap kerajaan dapat meneruskan insiatif itu pada masa-masa akan datang.

Konvoi D2rooper erat hubungan antara ahli kelab

Posted:

Konvoi D2rooper erat hubungan antara ahli kelab

Konvoi D2rooper erat hubungan antara ahli kelab


SEBAHAGIAN ahli kelab KTM D2rooper bergambar ketika menyertai konvoi ke Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.


KONVOI. Seramai 30 ahli kelab motosikal, KTM D2rooper (D2rooper) melakukan konvoi ke beberapa buah negeri baru-baru ini dalam usaha merapatkan hubungan antara ahli-ahlinya.

Pengurus Komunikasi D2rooper, Mohd. Erwan Ezmin Jahiddin berkata, program yang merupakan sebahagian aktiviti kelab yang disertai oleh ahli-ahlinya yang terdiri daripada pemilik motosikal KTM Duke 200.

"Objektif utama kita untuk mengadakan konvoi adalah untuk mengeratkan hubungan serta jalinan ukhuwah dalam kalangan ahli kelab yang kini ada di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Konvoi ini telah bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban dan berakhir di Melaka dan kali ini disertai oleh ahli-ahli dari serata Lembah Klang, Selangor Melaka, Johor dan Negeri Sembilan," katanya

Jelasnya lagi, konvoi berkenaan juga bukan sahaja menjadi platform terbaik kepada ahli untuk berkenalan malah bertukar pandangan dan pendapat antara satu sama lain untuk kebaikan kelab.

UMSKAL juara sukan staf UMS

Posted:

UMSKAL juara sukan staf UMS

UMSKAL juara sukan staf UMS


BARISAN ahli kontinjen UMSKAL menjadi juara keseluruhan pada Kejohanan Sukan Staf UMS kali ke-13 di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


HEBAT. Kontinjen Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Sukan Staf UMS kali ke-13 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Kejayaan UMSKAL itu menerusi kemenangan yang dilakar dalam acara bola tampar pantai wanita, pool, tarik tali, kayak, boling wanita dan dart.

Naib juara keseluruhan menjadi milik kontinjen Hercules dan ketiga Twin Tower. Turut serta pada kejohanan itu adalah kontinjen D Arts, D6, Science United, Royal Esteem dan Sekolah Pertanian Lestari (Sandakan).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Kassim Md. Mansur yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Enam wanita Malaysia dipaksa jadi hamba seks

Posted:

Enam wanita Malaysia dipaksa jadi hamba seks

Enam wanita Malaysia dipaksa jadi hamba seks

SEORANG pekerja seks berada di dalam sebuah bilik di sebuah rumah pelacuran di Bondi Junction, Sydney pada 1 Julai 2008. - AFP


MELBOURNE - Seorang wanita yang dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney memberitahu mahkamah, enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes 'perhambaan seks' perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang mereka berhutang untuk datang ke Australia.

Semua wanita tersebut dikatakan dipaksa untuk bekerja sebagai pelacur selama 20 jam setiap hari.

Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).

Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko, mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010.

Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar.

Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata, wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus berjumlah kira-kira A$5,000.

"Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu," beliau dipetik berkata demikian oleh AAP.

Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka diberitahu yang mereka mesti melakukannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua beradik hilang ditemui

Posted:

Dua beradik hilang ditemui

Dua beradik hilang ditemui

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my


MOHAMAD (kiri) berkata sesuatu kepada Poh Choo (kanan) dan Poh Fong pada sidang akhbar di Klang semalam.


KLANG – Dua beradik, Chen Poh Choo, 15, dan Chen Poh Fong, 13, yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ditemui orang awam di kawasan rumah kedai Taman Sentosa di sini semalam.

Pada hari kejadian, mereka dikatakan tidak pergi ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandamaran Jaya pada hari kejadian.

Jarak antara sekolah dan Taman Sentosa adalah sejauh 10 kilometer.

Kedua-dua remaja perempuan itu dijumpai pada pukul 2 petang ketika berjalan di kawasan tersebut sebelum orang awam menahan mereka sementara sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, polis yang menerima laporan kemudian ke lokasi dan membawa dua beradik terbabit ke balai.

Namun begitu, katanya, dua beradik itu enggan pulang ke rumah dan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengapa mereka bertindak demikian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Najib terima kunjungan rombongan Guangxi

Posted:

Najib terima kunjungan rombongan Guangxi

Najib terima kunjungan rombongan Guangxi


NAJIB bersalaman dengan Qing Hua ketika menerima kunjungan rombongan dari Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menerima kunjungan hormat rombongan dari Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di pejabat beliau di sini.

Rombongan diketuai Peng Qing Hua, Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Parti Komunis China (CPC).

Mereka membincangkan kemajuan pembangunan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou di China.

Anggota lain dalam delegasi itu termasuk Naib Gabenor Guangxi, Lan Tianli, Timbalan Setiausaha Agung Pejabat Jawatankuasa CPC Guangxi, Lin Huaiyong, Timbalan Setiausaha Agung Kerajaan Guangxi, Wei Ran, Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Guangxi, Li Wenjie, Pengerusi Guangxi Beibu Gulf Port Group, Ye Shixiang dan Duta China ke Malaysia, Datuk Chai Xi.

Jia Qinglin, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik China (CPPCC) tiba malam tadi dan akan melancarkan MCKIP bersama Najib hari ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tiada pengecualian – FAM

Posted:

Tiada pengecualian – FAM

Tiada pengecualian – FAM

AZZUDDIN (kiri) bersalaman dengan Azmi selepas pertemuan di Wisma FAM semalam bagi membincangkan isu pendaftaran pemain baharu Selangor PKNS, Nazmi Faiz.


HASRAT Selangor PKNS menggunakan khidmat 'arkitek' muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor ketika saingan Liga Super kembali bersambung pada 16 Februari ini tidak kesampaian.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kekal dengan keputusan hanya membenarkan Nazmi, 19, beraksi selepas pendaftaran pemain Liga Malaysia (Liga M) dibuka semula pada 8 hingga 22 April depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, keputusan badan induk itu bukannya ekoran terkilan dengan tindakan Nazmi membuat keputusan menamatkan kontrak selama tiga tahun bersama kelab Portugal, S.C. Beira-Mar baru-baru ini.

Sebaliknya tegas beliau, Nazmi tidak terkecuali dengan peraturan sedia ada yang ditetapkan badan induk itu terhadap mana-mana pemain sebelum ini.

"Peraturan tetap peraturan, ia bukannya berlandaskan emosi FAM selaku badan induk semata-mata ekoran tindakan Nazmi.

"Dia hanya boleh beraksi pada April depan selepas memperoleh sijil perpindahan antarabangsa (ITC) daripada kelab yang diwakilinya sebelum ini," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud dan pengurus pasukan Selangor PKNS, Azmi Adnan.

Begitupun, Nazmi yang hadir bersama bapanya, Mansor Mustapha dilihat tergesa-gesa meninggalkan Wisma FAM tanpa sempat ditemu ramah media.

Sabtu lalu, Nazmi sah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan PKNS selepas menamatkan kontraknya bersama S.C. Beira-Mar atas dasar persetujuan bersama.

Begitupun, nilai perpindahan itu tidak didedahkan manakala Nazmi juga enggan memberitahu sebab sebenar dia meninggalkan kelab Portugal itu.

Mengulas lanjut, Azzuddin memberitahu, status Nazmi sebagai pemain Harimau Muda juga akan dirujuk ke mesyuarat Jawatankuasa Status FAM dalam masa terdekat.

Jelas beliau, mana-mana pemain yang beraksi bersama kelab lain sama ada di dalam atau di luar negara sepatutnya kembali ke pangkuan pasukan asal masing-masing.

Begitupun, Azzuddin membayangkan keputusan Jawatankuasa Status bakal berpihak kepada Nazmi sekiranya pemain itu mahu beraksi bersama Selangor PKNS.

"Berdasarkan pengalaman sebelum ini (kes Affize Faisal Mamat) yang mahu beraksi bersama Angkatan Tentera Malaysia, pemain berhak menentukan pasukan mana yang mereka mahu wakili.

"Biarpun Nazmi sepatutnya kembali ke pangkuan Harimau Muda, kami tiada kuasa menghalang hasratnya beraksi bersama Selangor PKNS," katanya.

PKNS akur keputusan FAM

Posted:

PKNS akur keputusan FAM

PKNS akur keputusan FAM

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

"BERJAYA mendapatkan pemain bintang seperti Muhammad Nazmi Faiz Mansor juga sudah cukup menggembirakan kami, seolah-olah 'bulan jatuh ke riba'.

"Jadi, kami menghormati keputusan FAM dan akan menunggu sehingga April depan."

Demikian kata pengurus pasukan Selangor PKNS, Azmi Adnan selepas rayuan mereka kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membenarkan Nazmi beraksi pada 16 Februari ini, ditolak badan induk bola sepak negara itu semalam.

Azmi memberitahu, Nazmi akan kekal menjalani latihan bersama pemain Selangor PKNS yang lain bagi mengekalkan prestasinya.

Buat masa ini katanya, pihaknya akan merujuk kepada FAM bagi menyelesaikan isu sijil perpindahan antarabangsa (ITC) Nazmi bersama S.C. Beira-Mar.

"Segala urusan termasuk ujian perubatan juga akan dilakukan oleh pihak kami sebelum pendaftaran pemain dibuka semula April depan.

"Kami tidak rugi apa-apa biarpun Nazmi hanya boleh beraksi dua bulan lagi, yang paling penting kariernya tidak terjejas," katanya.

Azmi memberitahu, Nazmi mungkin memperkuatkan Selangor PKNS dalam aksi persahabatan menentang Johor di gelanggang lawan pada Jumaat ini tetapi ia terpulang kepada percaturan jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim.

"Saya harap peminat dan penyokong Nazmi dapat hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada Selangor PKNS selepas ini.

"Dia pemain muda yang berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah. Saya percaya kehadirannya dapat membantu kami merealisasikan sasaran menempatkan diri dalam kelompok lima pasukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini," katanya.

FAM tetap 'sayang' Rajagobal

Posted:

FAM tetap 'sayang' Rajagobal

FAM tetap 'sayang' Rajagobal

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


BARISAN pemain skuad Harimau Malaya sudah bersedia untuk berdepan Qatar pada aksi pembuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha esok.


SUKA atau tidak, Datuk K. Rajagobal tetap menjadi 'anak emas' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Apa tidaknya, kedudukan beliau sebagai jurulatih masih tidak terjejas sekalipun Harimau Malaya tewas kepada Qatar dalam aksi pembuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jassim Hamad, Doha esok.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, badan induk itu sentiasa mempercayai kredibiliti Rajagobal yang menggalas tanggungjawab itu sejak Julai 2009.

Menurut beliau, aksi berdepan Qatar bukannya penentu masa depan Rajagobal, sebaliknya FAM akan menunggu sehingga kempen kelayakan tamat sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kalau kalah (berdepan Qatar), kena terimalah. Kami tetap akan menunggu sehingga hujung tahun. Sebagai majikan, kami sentiasa percaya dengan kemampuan Rajagobal.

"Biarpun perlawanan itu merupakan sebahagian daripada KPI (indeks prestasi utama) Rajagobal, kami perlu menilai secara keseluruhan," katanya.

Ketika ini, masa depan Rajagobal selaku jurulatih dilihat berada di ambang bahaya ekoran krisis kecederaan beberapa pemain utama Harimau Malaya seperti Mohd. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dan tugas penggempur kini digalas Amri Yahyah dan Khyril Muhymeen Zamri.

Bagaikan 'meludah ke langit', kata-kata Rajagobal sebelum ini yang akan meletak jawatan sekiranya gagal membantu Harimau Malaya juga seolah-olah 'menanti masa' sebelum menjerat diri sendiri.

Beliau dilaporkan berkata sedemikian selepas dikecam hebat pemerhati bola sepak tempatan gara-gara gagal mempertahankan trofi Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Begitupun kata Azzuddin, pihaknya tetap menuntut penjelasan Rajagobal sekiranya gagal mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

"Beliau masih perlu memberikan penjelasan (jika gagal) tetapi ada baiknya membenarkan Rajagobal melaksanakan tugasnya terlebih dahulu.

"Tidak perlu membuat sebarang andaian selagi tugas beliau belum tamat. Sebagai manusia biasa, sudah tentu (Rajagobal) terkilan jika berterusan dihentam," katanya.

Selepas bertemu Qatar nanti, Harimau Malaya bakal berdepan dua lagi pasukan Asia Timur iaitu Yemen dan Bahrain pada 22 Mac dan 15 Oktober depan.

Dalam pada itu, Azzuddin mengesahkan masih belum menerima sebarang usul daripada mana-mana pihak berhubung panel pemilihan pemain yang bakal mewakili skuad kebangsaan selepas ini.

Begitupun jelas beliau, kewujudan panel itu dikhuatiri menimbulkan pelbagai masalah lain termasuk mengehadkan kuasa mana-mana jurulatih kebangsaan selepas ini.

"Berdasarkan pengalaman saya sebagai pemain sebelum ini, saya khuatir timbul masalah lain jika panel pemilihan dilaksanakan."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Pemodenan pakaian tradisi Cina

Posted:

Pemodenan pakaian tradisi Cina

Pemodenan pakaian tradisi Cina

Oleh ALIF ABU BAKAR

KETIKA era pemerintahan Manchu pada zaman dinasti Qing di China, wujud satu sistem yang memperkenalkan kod pemakaian dalam kalangan masyarakat mereka. Qipao atau dikenali sebagai ceongsam mula popular dalam kelompok wanita daripada kerabat diraja.

Pada waktu itu, ceongsam direka dengan potongan lurus, sedikit longgar dan labuh sehingga mencecah lantai. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada fabrik sutera dan keseluruhan busana itu disulam manakala kolar dan lengan baju dihiasi perincian les.

Menjengah rangka masa 1920-an, ceongsam mula digayakan hampir keseluruhan wanita di China. Menerima pengaruh stail dres Barat, pakaian klasik itu mula mengalami perubahan rekaan. Siluetnya lebih ketara manakala labuhnya disingkatkan bagi menampilkan sosok tubuh seorang perempuan.

Transisi ceongsam terus berlaku sekitar tahun 1940-an. Fungsinya lebih praktikal terutamanya menjelang musim panas. Ceongsam tanpa lengan dicipta malah rekaan tanpa kolar mula mendapat perhatian.

Akhirnya, ceongsam menjadi busana standard wanita Cina di Asia pada tahun 1960-an. Bagaimanapun, rekaannya mengalami evolusi apabila fesyen Barat mula meresap dalam peradaban manusia di seluruh dunia. Ceongsam dengan belahan pada bahagian sisi mencipta fenomena luar biasa, malah ia menjadi semakin pendek sehingga ke paras lutut.

Ironinya, busana indah kebanggaan kaum Cina itu seakan-akan tenggelam dek arus kemodenan. Generasi muda jarang dilihat menggayakan ceongsam pada acara-acara rasmi mahupun perayaan Tahun Baru Cina. Legasi ceongsam seolah-olah berkubur tanpa diperjuangkan golongan muda.

Perunding pemasaran dan pengiklanan bagi Living Social, G-When, 25, mengakui telah wujud jurang minat dalam kalangan wanita muda berketurunan Cina terhadap ceongsam. Bagaimanapun, busana itu masih menjadi pilihan majoriti perempuan setiap kali tiba Tahun Baru Cina.


CEONGSAM tanpa lengan bersama seluar tiga suku memberikan sedikit aura maskulin.


"Dahulu ceongsam dipakai secara seharian, tetapi hari ini ceongsam hanya menjadi pilihan ketika perayaan dan acara rasmi.

"Saya sendiri memiliki sehelai ceongsam yang diperturunkan daripada ibu. Disebabkan ceongsam itu diperbuat menggunakan material berkualiti tinggi, saya hanya memakainya pada Tahun Baru Cina kerana takut ia rosak jika kerap digunakan," kongsi G-When yang juga model separuh masa.

Tawaran ceongsam moden di pasaran pada masa kini dirasakan efektif bagi membentuk kembali minat remaja Cina terhadap busana itu. Tambah G-When, inisiatif tersebut mampu mengingatkan anak-anak muda terhadap asal-usul dan tradisi masyhur kaum Cina.

"Ia bukan sahaja menjadi perlambangan masyarakat Cina di seluruh dunia malah membentuk identiti unik kepada kami yang berada di Malaysia.

"Setiap bangsa di negara ini mempunyai pakaian tradisional tersendiri dan ceongsam memang dikenali sebagai busana rasmi kaum Cina," ujar G-When yang menyifatkan Tahun Baru Cina sebagai waktu terbaik bagi keluarga berkumpul selepas tidak berjumpa untuk tempoh yang lama.

Ceongsam batik

Sutera dan kapas sentiasa mendominasi pilihan pereka fesyen yang bercadang menghasilkan sehelai ceongsam. Motif flora dan pohon kecil antara simbol utuh dalam frasa ceongsam. Begitupun, olahan unik daripada cetakan berbeza pada ceongsam seperti corak geometri mahupun polos, telah membenarkan individu kreatif bereksperimen dalam penghasilan ceongsam.

Melvin Shah, pereka fesyen tempatan menjadi antara individu yang berani mereka ceongsam yang bertentangan daripada konsep asal. Ceongsam batik menjadi pertaruhan Melvin sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang hujung minggu ini.

Batik eksperimentasi yang disediakan dalam rona terang seperti merah, biru dan ungu gelap itu dikhabarkan menggunakan teknik shibori yang amat terkenal di Jepun. Perincian dari segi penghasilan batik itu menjadikan ceongsam unik Melvin sebagai busana kategori klasik moden.

Menurut Melvin, ceongsam batik turut mengangkat sentimen ketimuran dari segi penghasilan kolar mandarin. Ia juga menggunakan zip belakang yang mudah tanpa sebarang butang.

Selain rekaan baharu itu, Melvin turut menjadikan ceongsam sebagai panduan bagi mencipta koleksi musim bunga/panas 2013. Bertemakan Oriental Opulance, elemen Cina pada persalinan ciptaan pereka dari Kuala Lumpur itu jelas dilihat pada kolar Shanghai yang diterapkan.

"Kolar ceongsam mempunyai kategori yang berbeza dari segi ketinggian dan lebar. Pada dasarnya, kolar Shanghai memang direka tinggi kerana di luar negara, ia sangat berguna ketika musim sejuk.


CEONGSAM yang diperkenalkan Lady Aixingioro Hengxiang ini popular pada era pemerintahan Guangxu sekitar tahun 1875 sehingga awal 1900.


"Kolar yang tinggi juga membuatkan leher wanita tampak lebih jinjang. Koleksi saya kali ini memang dihasilkan dengan kolar tinggi agar nilai elegan dan eksklusif itu mampu ditonjolkan.

"Setiap helaian Oriental Opulance, kecuali dres, didatangkan bersama seluar kembang pada bahagian atas dan kecil di bawah (harem) tiga suku," jelas Melvin ketika ditemui Stailo.

Gemilang broked

Mungkin ramai pereka akan berfikir panjang apabila memilih material broked untuk menghasilkan rekaan mereka terutama sekali ceongsam yang natijahnya dikenali sebagai busana ringan.

Secara amnya, broked merupakan kain tebal yang diperbuat daripada sutera dengan tenunan benang emas atau perak. Jadi, berbalik kepada peradaban lampau Cina, memang diakui broked berasaskan sutera sangat sebati dalam penciptaan ceongsam.

Dalam konteks Malaysia, material broked pernah melalui era gemilangnya sekitar tahun 1960-an. Kemegahan kain tersebut terbukti menerusi gaya yang ditampilkan barisan artis pada era tersebut. Perlahan-lahan ia menjadi material wajib untuk busana perkahwinan menjelang tahun 1980-an dan 1990-an.

Hari ini, konsepsi broked sering dikaitkan dengan terma negatif. Istilah 'ketinggalan zaman' adalah antara konotasi biasa didengar tentang broked. Namun, usaha Melvin menaikkan semula ceongsam broked perlu diberi pujian.

Ujarnya, ketepatan konsep membuatkannya memilih broked sebagai fabrik utama. Hasilnya amat menakjubkan. Motif flora tampak berseri dalam lingkaran benang emas yang menghiasi busana indah itu. Corak yang melatari busana-busana itu juga dilihat berjaya menggendong simbol Tahun Baru Cina kali ini iaitu ular.

Ceongsam tersebut diolah seakan-akan jaket berbutang tengah dan setiap helaian ditampilkan dalam potongan berbeza. Busana berlengan panjang diberi potongan ramping pada pinggang bagi menyerlahkan sifat feminin pada si pemakai.


IKLAN sabun di Shanghai pada tahun 1930-an ini menunjukkan dua wanita dalam busana ceongsam.


"Ceongsam broked tanpa lengan pula menggunakan potongan lurus agar sisi kekuatan wanita itu dapat diterjemahkan dengan sempurna," tambah Melvin yang memberitahu, warna firus, hijau jed, oren dan fuchsia menjadi rona dominan dalam koleksi tersebut.

Disebabkan ceongsam broked itu sudah sarat dari segi mainan warna, motif dan material, pemilihan aksesori perlu diminimumkan. Kata Melvin: "Sekiranya ingin menambah aksesori, pakai anting-anting jed atau rantai mutiara agar sesuai dengan konsep busana tersebut. Pastikan solekan yang dikenakan juga nipis agar tidak membayangi pakaian.

Potongan klasik penyeri Tahun Ular

Posted:

Potongan klasik penyeri Tahun Ular

Potongan klasik penyeri Tahun Ular

Oleh HAFIZ AHMAD


TABURAN motif flora menambah seri pada potongan ceongsam paras lutut.


BERTUAHNYA Malaysia apabila seluruh masyarakat dapat merasai kepelbagaian budaya di samping bersama-sama meraikan sambutan hari perayaan setiap kaum yang terdapat di negara kita.

Tidak lama lagi, Tahun Baru Cina akan disambut dan ia bakal dimeriahkan lagi dengan busana rona merah terang. Tentunya persalinan tradisional ceongsam menjadi pilihan pada hari tersebut.

Persalinan tradisi sememangnya indah dipakai bagi mengekalkan aura klasik bersempena sambutan perayaan. Jika renyah dan tidak selesa, pilih busana dengan gaya kontemporari dan dipadankan dengan seluar atau skirt mini.

Bagi memberikan gambaran pengolahan gaya tradisi yang diberi sentuhan terkini, Mayfair hadir dengan tujuh persalinan yang dipercikkan rona-rona ceria dan sederhana terang, bersesuaian konsep perayaan Tahun Baru Cina.

Ciri-ciri keaslian terserlah dalam koleksi istimewa Mayfair yang mengambil inspirasi gaya era 20-an hingga 40-an.

Seimbas lalu, pesona yang diketengahkan itu ibarat gaya wanita molek yang terdapat dalam poster kalendar Shanghai pada era tersebut. Ia jelas kelihatan pada rekaan, potongan, fabrik, motif dan kemasan butang buatan sendiri.

Koleksi tersebut banyak menggunakan motif-motif klasik seperti bunga-bungaan. Selain itu, rekaannya beralun cantik dan mengikut badan tampak menarik dipadankan bersama kasut bertumit tinggi atau bertumit rata.


USAH segan menyarungkan busana tradisi kerana padanan yang menarik memberi impak menawan.


Pemilihan fabrik perlu diambil kira agar bersesuaian dengan keadaan suhu tempatan. Mayfair menggunakan material seperti kapas halus kerana sifatnya yang selesa dipakai selain fabrik kait yang fleksibel menghasilkan siluet yang cantik mengikut alur tubuh badan.

Rangkaian ini merangkumi pakaian yang direka untuk perayaan biasa dan acara formal, dengan jahitan kemasan yang rapi, top berwarna terang yang sesuai dipakai ke mana-mana sahaja.

Mayfair tidak sekadar menyajikan variasi pilihan rekaan terbaharu malah pemakai boleh memilih untuk membuat ukuran sendiri memandangkan butik tersebut menerima tempahan eksklusif.

Kardigan kimono

Posted:

Kardigan kimono

Kardigan kimono

Oleh ALIF ABU BAKAR


BUSANA dengan rona senada menyerlahkan imej keayuan.


PERKEMBANGAN fesyen muslimah semakin rancak dalam pasaran tempatan. Kemunculan pelbagai rekaan berciri Islamik mendorong ramai wanita muda mencuba nasib dalam bidang perniagaan butik pakaian.

Umum mengetahui, fesyen muslimah telah berkembang selari dengan peredaran zaman. Tiada lagi definisi sempadan bagi kaum Hawa yang berhijab, malah kebijaksanaan mereka membentuk imej muslimah ranggi, sedikit sebanyak membuka mata dunia bahawa perempuan Melayu mampu tampil dengan rekaan ikonik tersendiri.

Daripada tudung kepada turban, blaus kepada kaftan dan kini kardigan sendat mampu diolah menjadi kardigan dengan potongan separuh berkonsep kimono.

Seorang arkitek, Sufiah Muhadzir, 27, yang senang dipanggil Suezir, antara individu kreatif yang menghasilkan rekaan tersebut. Niat ingin mencuba pada awalnya mencetuskan idea Suezir bagi mengetengahkan rekaannya untuk dipasarkan.

"Jarang orang tampil dengan kardigan singkat yang kembang dan saya mendapat inspirasi daripada kimono Korea. Ringkas, selesa dan mudah disuai padan menjadi fungsi utama pakaian ini.

"Selalunya kardigan perempuan agak ketat dan menunjukkan potongan badan. Memandangkan rekaan ini untuk wanita bertudung, saya jadikan ia kembang agar menepati etika kesopanan.

"Kardigan kimono merah misalnya, saya gunakan kain sifon dengan tiga jalur warna. Si pemakai perlu pakai inner atau blaus polos yang bersesuaian dan padankan bersama seluar seakan-akan palazzo rona merah. Lengkapkan gaya dengan tudung dwiwarna senada.

"Seluar pula menggunakan material satin dan singkat pada paras buku lali dan mempunyai poket dan ruang tali pinggang," ujar Suezir.

Kardigan kimono potongan kelawar (batwing) juga menarik untuk dicuba si gadis genit. Pilihan 10 warna seperti kuning mustard, coklat, kelabu, hitam dan firus pasti menyerlahkan imej remaja.

Bagi penampilan yang lebih elegan, cuba sarungkan kimono serong labuh yang kelihatan seperti kaftan potongan separuh. Fabrik sutera sifon yang digunakan membuatkan pakaian tersebut selesa dan sesuai digayakan pada acara makan malam atau santai.

Sekiranya anda seorang yang suka bermain dengan warna blok, padankan bersama seluar rona terang seperti kuning mustard. Gantikan tudung dengan turban supaya aura glamor baju itu tidak tenggelam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tawaran Coffee Bean

Posted:

Tawaran Coffee Bean

Tawaran Coffee Bean

KAFE Coffee Bean & Tea Leaf di TTDI kini sedang giat menjalankan promosi menarik bagi pelanggan mereka.


MUSIM Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa buah limau mandarin. Ia adalah simbolik kepada sambutan perayaan kaum Cina tanpa mengira negara. Selain buah, makanan yang dihasilkan daripada ekstrak oren juga menjadi pilihan.

The Coffee Bean & Tea Leaf (Coffee Bean) mengambil kesempatan sempena perayaan kali ini dengan memperkenalkan kek oren poppy seed. Sepotong kek yang berharga RM8.90 itu dilengkapi topping limau mandarin yang memberikan kenikmatan berganda kepada tunas rasa.

Sekiranya muak dengan limau, apa kata pilih kek mousse keju yang menggunakan buah markisa sebagai bahan utama. Warna kuningnya cukup membangkitkan selera dan gabungan rasa keju dan buah menjadikan ia hidangan yang sukar ditolak.

Bagi mereka yang hadir ke kafe Coffee Bean dalam jumlah yang ramai, jangan ragu untuk memilih pek parti Tahun Baru Cina yang mengandungi 20 ketul kek cawan vanila.

Kek cawan yang dihias dengan warna merah dan putih itu juga dicorakkan dengan gambar kanak-kanak lelaki dan perempuan yang memakai kostum tradisional Cina. Ia turut dilengkapi gambar mercun, buah limau mandarin, pokok bunga dan perkataan Gong Xi Fa Cai.

Pek parti berharga RM89 itu sememangnya pilihan bijak untuk disajikan kepada tetamu atau diberikan kepada keluarga si dia yang istimewa. Anda juga boleh membawanya ketika berkunjung ke rumah saudara-mara atau sahabat handai.

Lengkapkan suasana perayaan anda dengan menghirup minuman baharu yang diperkenalkan Coffee Bean. Sekali-sekala, tukar cita rasa kopi anda kepada minuman buah-buahan seperti Guava Fru-Tea dan Guava Latte. Pengenalan dua minuman itu juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 Coffee Bean pada tahun ini.

Air sedia diminum

Selain promosi menu Tahun Baru Cina, Coffee Bean juga sibuk mempromosikan seleksi air sedia diminum. Ia merangkumi kopi yang diperbuat 100 peratus menggunakan kopi Arabika dari Columbia, teh ais yang disediakan dalam tiga perisa, teh ais berkarbonat menggunakan teh hitam berkualiti dan uncang teh berdaun segar.

Teh ais sedia diminum misalnya, didatangkan dalam perisa buah pic, jasmin dan lemon. Minuman yang diisi di dalam botol 350 mililiter (ml) itu menggunakan teh semula jadi yang segar dan tidak mengandungi bahan pengawet atau pewarna tiruan.

Bagi pencinta kopi, barisan kopi sedia diminum menawarkan produk tiga dalam satu dan empat dalam satu yang diwujudkan ekoran peningkatan pertambahan ginseng Korea.

Teh ais berkarbonat atau air sparkling yang dihasilkan daripada teh hitam premium Coffee Bean pula disediakan dalam tiga perisa buah-buahan iaitu epal, lemon dan beri. Dibotolkan dalam saiz 330ml, minuman tersebut memberikan kesegaran dan mencergaskan anda pada hanya RM3.80 sebotol.

Sementara itu, Coffee Bean juga telah membuka kafe ke 49 mereka di negara ini pada penghujung Januari lalu. Kafe yang terletak di Sinaran Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Selangor itu kini menawarkan promosi beli satu percuma satu minuman ice blended kepada 100 pengunjung pertama.

Sebanyak 500 keping kad The Coffee Bean (TCB) juga diberikan percuma kepada mereka yang membuat pembelian pada harga RM30 ke atas.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Israel mengaku serang Syria

Posted:

Israel mengaku serang Syria

Israel mengaku serang Syria

GAMBAR yang disiarkan stesen televisyen Syrian TV kelmarin menunjukkan beberapa buah kereta musnah dalam serangan udara jet Israel di sebuah pusat kemudahan penyelidikan ketenteraan dekat Damsyik pada Rabu lalu.


MUNICH - Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak memberi petunjuk semalam bahawa negaranya merupakan dalang satu serangan udara ke atas Syria pada Rabu lalu.

Sebelum ini, beberapa pegawai Amerika Syarikat menyatakan sasaran itu ialah senjata-senjata antipesawat yang dihantar untuk anggota-anggota Hezbollah.

"Saya tidak boleh menambah sebarang perkara berhubung apa yang anda telah baca di dalam surat khabar tentang apa yang berlaku di Syria beberapa hari lalu," katanya di sini.

Beliau berada di Jerman untuk menghadiri satu persidangan berhubung keselamatan dengan para diplomat dan pegawai pertahanan dari beberapa buah negara.

"Kami menyatakan bahawa kita tidak berpendapat bahawa ia sepatutnya dibenarkan untuk membawa senjata-senjata canggih ke Lebanon," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa kejatuhan Bashar akan berlaku tidak lama lagi.

Menurutnya, kejatuhan tersebut akan memberi tamparan hebat kepada Iran dan Hezbollah.

Beberapa pemimpin Israel pernah menyuarakan kebimbangan bahawa perang saudara di Syria mungkin telah menyebabkan Presiden Bashar Al-Assad kehilangan kawalan di negaranya termasuk ke atas senjata kimia.

Di Syria, Bashar menyatakan kepada seorang pegawai kanan Iran bahawa negaranya akan berdepan sebarang serangan luar.

Bashar menyatakan bahawa Israel menyerang sebuah kemudahan penyelidikan ketenteraan dekat Damsyik.

Ia merupakan kenyataan pertama Bashar berhubung serangan udara Israel.

Beliau membuat kenyataan itu ketika membuat pertemuan dengan perunding kanan nuklear Iran, Saeed Jalili.

Iran merupakan sekutu rapat Syria.

Saeed berikrar bahawa Iran akan terus memberi sokongan kepada rejim Bashar.

Syria juga berikrar akan menyerang balas serangan Israel itu.

Ketua Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Mohammad Ali Jafari berkata, pihaknya berharap Syria akan menyerang balas Israel.

Pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan berlaku sejak Mac 2011.

Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pertempuran tersebut berlaku.

Kumpulan penentang itu mahu Bashar digulingkan kerana mendakwa beliau gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan hak asasi manusia. - Agensi

Mumia berusia 4,000 tahun diimbas

Posted:

Mumia berusia 4,000 tahun diimbas

Mumia berusia 4,000 tahun diimbas


MUMIA lelaki berusia 4,000 tahun dialihkan dekat mesin imbasan tomografi berkomputer di Pusat Pengimejan HCA Virginia, Richmond pada Jumaat lalu.


RICHMOND, Virginia - Para kakitangan Muzium Seni Halus Virginia di sini menganalisis mumia lelaki yang berusia 4,000 tahun pada Jumaat lalu.

Pihak muzium itu bekerjasama dengan sebuah pusat perubatan untuk membuat analisis itu dengan menggunakan mesin imbasan tomografi berkomputer.

Imbasan itu dibuat di Pusat Pengimejan HCA Virginia di sini.

Penggunaan mesin berkenaan akan membolehkan imej tiga dimensi mumia tersebut diperoleh dan membentuk semula wajah lelaki itu.

Pakar-pakar berharap mereka akan dapat mengetahui umur mumia yang bernama Tjeby dengan tepat, diet dan punca kematiannya menerusi data-data pengimejan mesin itu.

Mereka juga mahu mengetahui bahan yang digunakan untuk mengawet mayat lelaki tersebut dan organ-organ badan yang telah dikeluarkan.

Mumia itu ditemui di sebuah kawasan kubur di Sheikh Farag, Mesir dan digali pada tahun 1923.

Penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mendapati si mati mungkin berusia antara 23 hingga 40 tahun. - Agensi

Air tasik bertukar menjadi hijau

Posted:

Air tasik bertukar menjadi hijau

Air tasik bertukar menjadi hijau


SEORANG penduduk mendayung perahu di Tasik Ypacarai yang berwarna hijau dekat Aregua, Paraguay kelmarin.


AREGUA, Paraguay - Sejumlah ikan mati apabila air Tasik Ypacarai dekat sini bertukar menjadi hijau kelmarin.

Penduduk yang tinggal berdekatan tasik itu terpaksa berdepan bau busuk bangkai ikan tersebut.

Air itu bertukar menjadi hijau adalah kerana kewujudan tumbuhan alga biru hijau yang turut dikenali sebagai cyanobacteria di dalam tasik berkenaan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Permohonan PKNS guna Nazmi lebih awal ditolak

Posted:

Permohonan PKNS guna Nazmi lebih awal ditolak

Permohonan PKNS guna Nazmi lebih awal ditolak

04/02/2013 7:22pm

PETALING JAYA — Bintang muda negara Nazmi Faiz Mansor terpaksa menangguhkan hasrat beraksi dalam liga tempatan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak permohonan Selangor PKNS untuk menggunakan khidmat pemain itu lebih awal dalam kempen Liga Super.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, berdasarkan peraturan semasa, bekas pemain skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) itu perlu memiliki Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) sebelum mengemukakan permohonan.

Nazmi Faiz, 18, menamatkan kontrak tiga tahun dengan kelab divisyen satu Liga Portugal, SC Beira-Mar, selepas tujuh bulan untuk pulang beraksi dalam liga tempatan.

Kelmarin, Nazmi Faiz, mengesahkan status sebagai pemain baharu kelab Liga Super itu, selepas mengikat kontrak selama tiga tahun.

Azzuddin berkata, selain Sijil ITC, peraturan FAM menetapkan mana-mana pasukan tidak boleh menurunkan pemain baharu sehingga jendela perpindahan kedua dibuka dari 8 hingga 22 April ini.— BERNAMA

Geng ‘Heng Tai’ tumpas, pasangan kembar ditahan

Posted:

Geng 'Heng Tai' tumpas, pasangan kembar ditahan

Geng 'Heng Tai' tumpas, pasangan kembar ditahan

04/02/2013 7:18pm

KUALA LUMPUR — Geng 'Heng Tai', yang dipercayai aktif mencuri kereta sejak enam bulan lepas, tumpas apabila polis memberkas dalangnya dan sepasang kembar di kawasan Projek Perumahan Rakyat Desa Petaling, di sini.

Polis turut merampas enam kereta curi, antaranya Proton Perdana, Proton Waja, Proton Iswara, Honda City dan Honda Jazz, yang dianggar bernilai RM250,000.

Kesemua kereta itu dilapor hilang di sekitar Lembah Klang, kata Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh.

Beliau berkata, pasangan kembar berusia 27 tahun dan dalang kumpulan itu berusia 35 tahun yang juga abang sepupu kembar terbabit ditahan ketika berada dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta Proton Perdana pada pukul 9.30 malam, 22 Januari.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu, kami menemui sebatang Allen key yang diubahsuai, tiga batang kikir, satu rangkai kunci dan penggera kereta, dua kunci kereta Toyota dan Nissan serta sebilah parang panjang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Polis percaya dengan tangkapan itu, 17 kes curi kereta di sekitar Lembah Klang diselesaikan, katanya.— BERNAMA

6 wanita Malaysia didakwa jadi ‘hamba seks’

Posted:

6 wanita Malaysia didakwa jadi 'hamba seks'

6 wanita Malaysia didakwa jadi 'hamba seks'

04/02/2013 6:56pm

MELBOURNE, — Seorang wanita, dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney, memberitahu enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes 'perhambaan seks', mereka perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang dihutang mereka untuk datang ke Australia, mahkamah diberitahu.

Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).

Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Chee Mei yang juga dikenali sebagai 'Yoko', mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010.

Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India, yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar.

Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata, wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris, dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus - berjumlah kira-kira A$5,000.

"Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu," beliau dipetik berkata demikian oleh AAP.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kontroversi tidak gugat kebahagiaan

Posted:

Kontroversi tidak gugat kebahagiaan

Kontroversi tidak gugat kebahagiaan

LAKSANA sebuah istana kayangan yang dilakar indah untuk menyambut seisi alam bertandang, begitulah gilang-gemilangnya majlis pernikahan dan persandingan pasangan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan yang berlangsung pada hari Sabtu lalu.

Hotel Seri Pacific dan Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur menjadi saksi terpatri cinta dua jiwa antara pelakon dan penyanyi lincah Liyana, 25, bersama ahli perniagaan, Fathudin, 29.

Majlis akad nikah berlangsung seawal pukul 9 pagi di dewan utama Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur bersaksikan 200 orang tetamu undangan terdiri daripada keluarga, teman rapat dan media.

Sebanyak dua kali lafaz, pada tepat pukul 10.27 pagi Fathudin selamat dinikahkan oleh bapa Liyana sendiri, Datuk Jasmay Md. Shah dengan mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas bernilai RM5,500.

Setinggi-tinggi ucapan syukur dipanjatkan oleh kedua-dua mempelai yang turut melangsungkan persandingan pada sebelah malamnya di Dewan Merdeka, PWTC.

"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan dipermudahkan segala hal. Rasa seperti bermimpi pun ada dan saya bersyukur semuanya selamat dilangsungkan.

"Saya bukan seorang yang terperinci tapi asalkan semua tetamu yang hadir gembira dan biar majlis ini menjadi sebuah majlis yang diingati selamanya," kata Liyana usai majlis pernikahan awal pagi Sabtu lalu.

Menyarung sepasang busana rona putih rekaan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Liyana disolek penuh seri oleh jurusolek kegemarannya, Tiar Zainal.

Liyana menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa tepak sirih, seutas rantai emas, sebuah tas tangan, wang hantaran bernilai RM28,388, dan set barang kemas (seutas rantai, sebentuk cincin dan sepasang anting-anting).

Sementara pihak Fathudin pula dibalas dengan tujuh dulang hantaran iaitu kek, semangkuk buah anggur, dompet jenama Louis Vuitton, sepasang kasut kulit Prada, seutas jam tangan Tag Heuer, sebentuk cincin Bvlgari dan sirih junjung.

Hi jiran!

Perkenalan yang bermula dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Fathudin kepada Liyana yang berbunyi "Hi jiran!" akhirnya berakhir di jenjang pelamin pada tarikh keramat 2 Februari 2013.


MAJLIS resepsi Liyana berlangsung dalam suasana ala kayangan.


Kata Liyana, sepanjang melayari alam perkenalan mereka hanya bertemu sebanyak lima kali sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga bersama.

"Susah nak dijelaskan sebab saya suka dia (Fathudin) kerana itu terlalu peribadi, tapi apa yang boleh saya katakan dia seorang yang sangat memahami dan kami mudah serasi. Pertama kali berjumpa seperti sudah 10 tahun kenal!

"Dia sangat tenang dan penyabar, mungkin itu daya penarik dia. Walaupun kami berjiran, tidak pernah pula bertegur sapa selama ini," ungkap Liyana mengenai detik awal pertemuan mereka.

Janji Liyana dia bagaimanapun akan cuba menjaga hubungan rumah tangganya bersama Fathudin namun dalam masa yang sama tetap meneruskan kariernya sebagai pelakon, penyanyi dan bakal pengarah.

"Sepanjang kita membesar, personaliti dan kematangan juga berubah. Saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk menjaga dia.

"Dari segi lakonan pula saya akan memilih watak yang bersesuaian dengan imej saya sebagai seorang isteri orang, bagaimanapun saya tidak meletakkan syarat. Berlakon adalah kerjaya dan jiwa saya, cuma mungkin tidak sekerap seperti sebelum ini," jelas anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Layar seninya bakal dicorakkan dengan warna yang berbeza apabila syarikat produksinya, Mermaid Studio bakal ligat beroperasi.

Kontroversi

Ketika majlis pertunangan pasangan itu pada 29 Mac tahun lalu, Liyana membuat pengumuman mengenai tarikh pernikahan mereka yang sepatutnya dilangsungkan pada 24 Januari lalu.

Atas alasan tertentu yang tidak dapat dielakkan, majlis itu terpaksa ditunda ke tarikh 2 Februari.

Selain itu, seminggu sebelum majlis pernikahan pasangan itu turut terpalit dengan kontroversi gambar praperkahwinan yang telah mengundang banyak komen negatif selain percakaran dengan jurufoto profesional, Saiful Nang.

Menjawab akan kisah kontroversi yang melingkari perjalanan bahagia Liyana dan Fathudin, kata mereka isu itu tidak menjejaskan kedua-dua majlis pernikahan mahupun persandingan mereka.

"Saya tidak marah langsung. Kenapa perlu tertekan dengan perkara sebegini. Kami nak berkahwin dan majlis ini perlu diraikan dengan kegembiraan.

"Kalau boleh saya tidak mahu bercakap mengenai kontroversi itu kerana saya sudah lali dengan dunia seni.

"Perkara biasa jika ada orang bercakap mengenai kita dan sampai satu ketika orang akan melupakannya apabila timbul isu lain. Perkara ini langsung tidak menjejaskan kami," kata Liyana.

Sementara itu, Fathudin yang enggan meletakkan dirinya seiring dengan populariti Liyana menjelaskan dia tidak mengambil kisah akan perkara buruk yang terjadi sebelum majlis perkahwinannya.

"Isu itu merepek dan saya tidak mahu ambil tahu langsung. Fokus saya ketika itu adalah persiapan perkahwinan dan mahukan satu majlis yang indah untuk kami berdua," katanya.

Pekin bebas berlakon

Posted:

Pekin bebas berlakon

Pekin bebas berlakon

Oleh HARYATI KARIM


DAVID TEO (dua dari kanan) bersama barisan karyawan filem Paku Pontianak.


FILEM terbitan Metrowealth Pictures yang ke-85 yang berjudul Paku Pontianak mempertaruhkan bakat Pekin sebagai teraju utamanya di samping pelakon baharu, Uqasha Senrose.

Paku Pontianak merupakan filem ketiga Pekin bersama Metrowealth yang mana sebelum ini Pekin telah berlakon dalam filem Cerita Kita dan Legenda Budak Hostel.

Katanya yang ditemui pada majlis doa selamat pelancaran filem itu di pejabat Metrowealth di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, walaupun mengikat kontrak sebanyak lima buah filem bersama Metrowealth, dia masih bebas berlakon dengan mana-mana produksi lain.

"Ya, memang saya bersama Metrowealth untuk lima buah filem dan kontrak itu akan diperbaharui mengikut tahun. Pihak mereka juga menguruskan jadual saya jika berkaitan dengan filem-filem terbitan Metrowealth.

"Selebihnya saya uruskan sendiri. Jika ada tawaran daripada produksi lain, saya masih bebas untuk menerima tawaran itu seperti biasa," ujarnya.

Tahun ini, filem lakonannya yang bakal ditayangkan termasuklah Tokan, Rock Oo - Rimba Bara Kembali, Apokalips X dan Rentaz.

"Sebenarnya pihak Metrowealth yang menghubungi saya terlebih dahulu dan tawaran mereka ditolak beberapa kali. Selepas saya berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan apa salahnya mencuba sesuatu yang baharu.

"Alhamdulillah, sekarang ini saya bukan sahaja berhak memilih filem apa yang sesuai untuk diri saya tetapi juga pihak pengurusan mengatur jadual kerja saya dengan cukup teratur.

"Sebelum ini, semua benda saya lakukan sendiri. Agak berserabut kepala saya, sekarang ini biarlah ada pihak lain yang uruskan tetapi kerja di luar Metrowealth masih lagi tanggungjawab saya sepenuhnya," balasnya yang turut diberi kepercayaan oleh Metrowealth yang diterajui David Teo itu untuk mengarah filem tidak lama lagi.

Bercerita mengenai watak Adam yang dilakonkan Pekin dalam filem Paku Pontianak, ujarnya, tiada sesuatu yang istimewa pada karakter tersebut. Bagaimanapun, latar belakang Adam cukup menarik.

"Adam itu wataknya biasa-biasa sahaja tetapi latar belakangnya yang merupakan keturunan pawang adalah sesuatu yang menarik.

"Saya masih membaca skrip dan masih terfikir-fikir cara untuk watak Adam bagi memberi impak kepada penonton sebab filem berkaitan puntianak dari zaman hitam putih lagi sudah wujud.

"Apa yang hebat sangat puntianak, sedangkan ia hanya hantu tetapi seluruh dunia mempunyai cerita yang tersendiri mengenainya termasuk Malaysia.

"Sekarang ini terpulang kepada pengarah bagaimana ingin mengolah filem Paku Pontianak supaya berbeza dengan filem seram tentang puntianak yang sedia ada dalam pasaran tempatan. Saya akan memberi input yang terbaik untuk filem ini," ujarnya yang turut membikin lagu runut bunyi untuk filem Paku Pontianak.

Sementara itu, Paku Pontianak turut menampilkan pelakon baharu, Hidayah Samsudin. Hidayah, 24, sebelum ini diserap ke dalam agensi pelakon di bawah Metrowealth iaitu MIG Talent ekoran kemenangannya dalam program SimplySiti Star Search.

"Sebelum ini saya memang minat sangat berlakon dan menyanyi tetapi tidak pernah berpeluang. Jadi, filem Paku Pontianak merupakan pentas pertama saya mempamerkan bakat lakonan.

"Walaupun saya masih baharu dan tidak mempunyai sebarang asas dalam bidang lakonan tetapi saya yakin mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan pihak Metrowealth," katanya yang memegang watak antagonis sebagai Seri.

Paku Pontianak yang mula menjalani penggambaran pada 3 Februari lalu, diarahkan oleh Ismail Bob Hashim. Selain Pekin, Uqasha dan Hidayah pelakon lain yang turut terlibat dalam filem ini ialah Adibah Yunus, Along Eyzendy, Ruminah Sidek dan Sidek Hussin.

Clarkson gemuruh mahu kahwin

Posted:

Clarkson gemuruh mahu kahwin

Clarkson gemuruh mahu kahwin

KELLY CLARKSON dijadualkan bakal mengahwini Brandon Blackstock pada September tahun ini.


KELLY CLARKSON mengakui dirinya agak gemuruh memikirkan tentang perancangan perkahwinan dengan tunangnya, Brandon Blackstock yang dijadualkan berlangsung pada musim luruh iaitu sekitar bulan September tahun ini.

Pelantun hit, Stronger itu berusia 30 tahun yang mengikat tali pertunangan dengan Blackstock, 36, pada Disember tahun lepas ketika di temu bual stesen radio K-Frog berkata: "Saya dan Brandon sangat teruja dengan perancangan perkahwinan kami yang akan bermula pada bulan ini (Februari).

"Kami rancang untuk berkahwin pada musim luruh ini dan cuba untuk mengadakan majlis perkahwinan secara kecil-kecilan sahaja, tetapi ia merumitkan.

"Saya mengakui timbul perasaan gemuruh dan panik dua minggu lalu ketika membincangkan tentang senarai tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan kami itu."

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved