Jumaat, 4 Januari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Urusan fardu kifayah lebih sistematik

Posted:

Urusan fardu kifayah lebih sistematik

Urusan fardu kifayah lebih sistematik

KEHIDUPAN dalam dunia yang serba moden ini menyaksikan bermacam-macam kemudahan perkhidmatan ditawarkan kepada masyarakat oleh pelbagai pihak.

Tidak terkecuali, terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan bagi menguruskan mereka yang sudah meninggal dunia.

Perkhidmatan pengurusan mayat yang dikendalikan syarikat swasta kebiasaannya ditawarkan kepada masyarakat bukan Islam sahaja. Ia mencakupi segala hal berkaitan pemilihan keranda, majlis penghormatan terakhir serta lokasi perkuburan yang sesuai.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut kini mula ditawarkan kepada masyarakat Islam di negara ini yang meliputi semua aspek daripada memandikan jenazah sehingga proses pengkebumian mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak.

Lengkap dengan khidmat rundingan, syarikat bumiputera MyJenazah.com antara yang terawal menawarkan khidmat seumpama itu di negara ini.

Syarikat itu juga turut mengendalikan urusan dokumentasi termasuk pendaftaran kematian dan permit perkuburan serta hal pengangkutan jenazah ke tanah perkuburan tidak kira jarak jauh mahupun dekat.

"MyJenazah.com ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pengurusan jenazah berlandaskan prinsip Islam yang sistematik dan bersepadu serta menjadi pelengkap badan khairat sedia ada.

"Di samping memberi perkhidmatan, ini juga merupakan salah satu cara kami berdakwah kepada orang awam khususnya kepada ahli keluarga atau waris si mati", kata Ketua Pegawai Eksekutif MyJenazah.com, Mohd. Yusni Ismail yang berhasrat untuk menjadikan pengurusan jenazah sebagai pekerjaan yang profesional.

Perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu walau bagaimanapun tidak terhad kepada memandikan, mengkafan dan pengkebumian.

Ia juga menawarkan khidmat bernilai tambah seperti majlis khatam al-Quran, zikir tahlil, upah haji, pengurusan tanah wakaf, pembuatan batu nisan serta wang saguhati untuk diberikan kepada waris bagi meringankan beban keluarga si mati.


PENGURUSAN jenazah lengkap hingga ke liang lahad.


Wakil seluruh negara

Syarikat yang mengendalikan antara 15 hingga 20 jenazah sebulan itu mempunyai lebih 1,000 wakil di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Wakil yang dilantik dalam kalangan qariah surau atau masjid itu bertanggungjawab menguruskan jenazah bagi pihak MyJenazah.com di kawasan tersebut atau yang berhampiran.

Walaupun segala urusan dilakukan oleh wakil yang telah dilantik, namun MyJenazah.com tidak mengabaikan tanggungjawab yang patut dilaksanakan waris kepada jenazah dengan meminta mereka turut serta dalam pengurusan tersebut.

"Kami tidak mahu segala urusan diserahkan seratus peratus kepada pengurus jenazah kerana tanggungjawab mengurus jenazah juga terletak di bahu anak-anak terhadap ibu bapa mereka yang telah pergi dan untuk mereka berbakti kepada ibu bapa buat kali terakhir," ujarnya.

Selain memberikan perkhidmatan yang lengkap , masa yang diambil untuk menguruskan jenazah juga dapat dilakukan dengan cepat dan efisien.

Seorang wakil pengurus jenazah dari Masjid Bukit Indah, Ampang, Habidin Rashidi, 60, memuji inisiatif yang dilakukan oleh Yusni kerana ia dapat menjimatkan masa dan dapat meringankan beban waris.

"Apa yang dilakukan oleh MyJenazah.com adalah sangat bagus kerana ada pihak yang sanggup menolong menguruskan jenazah dan tidak semua masjid menawarkan khidmat tersebut. Jika ada pun, yang tidak berapa lengkap.


MELALUI perkhidmatan MyJenazah.com, pengurusan si mati dapat dilakukan dengan lebih efisien.


"Sebelum ini, saya menguruskan jenazah secara sendirian dan masa yang diambil untuk menyelesaikannya agak lama kerana segalanya perlu diuruskan sendiri tetapi kini dengan kemudahan yang mereka ada, proses pengurusan jenazah menjadi lebih mudah," ujarnya.

Menurut Habidin lagi, kekurangan orang mendekati masjid menjadikan seseorang itu sukar untuk mendapatkan bantuan daripada pihak masjid jika berlaku kematian.

Ia terjadi kerana pihak yang diminta untuk menguruskan jenazah itu tidak mengenali individu yang patut dihubungi untuk sama-sama menguruskan si mati.

Menjadikan pengurusan jenazah satu perniagaan bukan suatu kesalahan pada Habidin kerana ia dianggap sebagai usaha untuk menjalankan tuntutan fardu kifayah yang wajib diketahui oleh umat Islam.

"Bagi saya, perniagaan seperti ini bagus kerana pada zaman sekarang sudah kurang orang yang boleh menguruskan jenazah. Ia juga boleh mewujudkan satu sistem pengurusan yang lebih cekap, moden dan efektif.

"Sekarang ini memang ramai yang pergi mengikuti kursus pengurusan jenazah, tetapi apabila diminta untuk menguruskan jenazah, mereka tidak berani dan tiada keyakinan.

"Apabila ada syarikat seperti ini, sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah seperti itu," tambah Habidin.

Persediaan awal

Bagi Kaswadi Kamaruddin, 43, mengambil pakej yang disediakan oleh MyJenazah.com adalah langkah yang baik bagi dirinya sebagai persediaan apabila meninggal kelak.

"Segala perkara yang kita lakukan perlu ada perancangan, sama seperti majlis perkahwinan. Maka, kita perlu ada perancangan dan persediaan untuk menghadapi kematiani.

"Kita tidak tahu masa, tempat dan keadaan ketika kita meninggal kelak, jadi persediaan awal sangat penting. Sekurang-kurangnya, keluarga tidak perlu bersusah payah mencari orang yang boleh menguruskan jenazah kita.


SIJIL pengurusan jenazah yang menghidap HIV/AIDS daripada Jabatan Kesihatan Negeri.


"Jika saya meninggal di luar kawasan qariah tempat tinggal, keluarga tidak perlu fikir tentang siapa yang perlu dihubungi untuk membawa jenazah saya pulang tetapi hanya menghubungi MyJenazah.com dan mereka akan menguruskan segalanya," jelasnya.

Pendapat beliau disokong oleh Adriana Chin Abdullah, 39, seorang mualaf yang memeluk Islam sejak 1998. Adriana yang juga seorang ibu tunggal mempunyai tiga orang anak bimbang sekiranya anak-anaknya tidak boleh menguruskan jenazahnya kelak.

"Saya dapat tahu terdapat perkhidmatan seperti ini ketika ibu saudara saya meninggal dunia suatu masa dahulu. Dalam keadaan yang agak kelam kabut itu, seorang sepupu menjumpai laman web MyJenazah.com.

"Pada hari ibu saudara saya meninggal dunia, saya berfikir mengapa tiada orang Islam yang menjalankan perniagaan seperti yang ditawarkan oleh orang bukan Islam.

"Ia amat berguna kepada mualaf seperti saya yang tidak berpengalaman dalam hal pengurusan jenazah," ujarnya.

Jelas Adriana, bayaran yang dikenakan oleh MyJenazah.com semasa pengurusan jenazah ibu saudaranya adalah berpatutan jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh orang bukan Islam yang mampu mencecah ratusan ribu ringgit.

"Jika orang sanggup membeli telefon pintar sehingga RM2,000 lebih, mengapa mereka tidak boleh memperuntukkan sejumlah wang yang lebih rendah daripada itu untuk menguruskan jenazah keluarga dengan sempurna.

"Berkonsepkan takaful, pakej yang ditawarkan oleh MyJenazah.com memudahkan kita membuat persediaan menghadapi kematian dengan bayaran bermula serendah RM80 setahun," katanya dengan tenang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kos amah Indonesia RM6,700

Posted:

Kos amah Indonesia RM6,700

Kos amah Indonesia RM6,700

SEBAHAGIAN rakyat Malaysia memerlukan khidmat pembantu rumah asing untuk
melakukan kerja-kerja rumah. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuat kuasa serta-merta.

Struktur kos baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,000 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.

"Kos sebenar majikan hanya RM6,700. Struktur kos itu dicapai selepas rundingan berpanjangan dengan rakan kami, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (Apjati) sejak beberapa bulan kebelakangan ini," kata Presiden Papa, Jefrrey Foo (gambar kecil) pada sidang media di sini semalam.

Di bawah memorandum persefahaman (MoU) sebelum ini antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

Foo berkata, struktur kos baharu sebanyak RM6,700 itu adalah munasabah selaras dengan permintaan dan bekalan pasaran.

Beliau meramalkan bahawa struktur kos baharu itu boleh menarik lebih 10,000 pembantu rumah Indonesia ke Malaysia.

Beliau juga percaya cadangan yuran baharu itu akan diterima oleh kerajaan kedua-dua negara itu.

"Kami mengakui dan menghargai niat baik Kementerian Sumber Manusia dalam membenarkan Papa mencadangkan dan mamatuhi struktur harga yang adil," katanya.

Foo berkata, proses pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui anggota persatuan itu akan dilakukan mengikut prosedur yang betul dan dikawal selia.

"Kami akan melibatkan rakan kami di Indonesia (Apjati) dalam mengenal pasti calon-calon yang sesuai yang akan direkrut dan dilatih.

"Kami menjangka sambutan yang baik daripada mereka dalam beberapa bulan akan datang," katanya.

Sementara itu, Foo berkata Apjati akan membuka sebuah pejabat perwakilan asing di Malaysia bulan depan bagi memantau kebajikan dan keselamatan pekerja mereka di negara ini. - Bernama

Rayu kerajaan kuat kuasa umur persaraan 60 tahun 1 Julai

Posted:

Rayu kerajaan kuat kuasa umur persaraan 60 tahun 1 Julai

Rayu kerajaan kuat kuasa umur persaraan 60 tahun 1 Julai


MOHAMED SHAFIE (tengah) bersama-sama ahli UNI-MLC berkumpul selepas mereka menyerahkan memorandum had umur persaraan sektor swasta kepada pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) bimbang kira-kira 500,000 pekerja swasta bakal ditamatkan perkhidmatan jika kerajaan bertegas untuk menguatkuasakan had umur persaraan minimum 60 tahun mulai 1 Julai depan.

Sehubungan itu, Presiden UNI-MLC, Mohamed Shafie BP Mamal memohon agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan untuk menyelesaikan kemelut berkenaan dengan segera.

Beliau berkata, masalah tersebut boleh diatasi jika kerajaan menukarkan kembali tarikh penguatkuasaan umur persaraan tersebut pada 1 Januari, bukannya 1 Julai sebagaimana diumumkan baru-baru ini.

"Kira-kira 500,000 ataupun setengah juta pekerja sektor swasta yang akan bersara dalam tempoh enam bulan iaitu Januari hingga Jun dengan kadar 100,000 orang tamat perkhidmatan setiap bulan merangkumi syarikat kecil dan besar.

"Justeru kita mahukan tarikh kuat kuasa dan pelaksanaan itu mestilah disatukan agar mereka yang telah bersara pada 1 Januari hingga Jun dapat terus diambil bekerja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai kira-kira 300 anggota UNI-MLC menyerahkan Memorandum Tuntutan Penyelarasan Had Umur Bersara 60 Tahun kepada Pegawai Khas di Pejabat Perdana Menteri, Mohd. Samsi Kamarudin di sini semalam.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sebelum ini berkata, umur persaraan 60 tahun bagi sektor swasta dijangka dilaksanakan enam bulan selepas undang-undang berkenaan diwartakan.

Dinamakan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, ia telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27 Jun tahun lalu, diikuti Dewan Negara pada 17 Julai.

Rang undang-undang itu kemudian telah diwartakan pada 16 Ogos.

Mohamed Shafie menjelaskan, golongan pekerja di sektor swasta sebenarnya kecewa dengan keputusan kerajaan yang menetapkan tarikh kuat kuasa umur persaraan pada 1 Julai kerana ia bakal menjejaskan pekerja dan tanggungan mereka.

"Sepatutnya pekerja diberi opsyen sama ada untuk terus bekerja sehingga 60 tahun atau menamatkan perkhidmatan pada usia 55 tahun," ujarnya.

Bebas selepas dua hari tidur jel

Posted:

Bebas selepas dua hari tidur jel

Bebas selepas dua hari tidur jel

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


ZARINA ketika menunggu adiknya membayar wang jaminan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Selepas dua hari bermalam di Penjara Kajang, pelakon dan model kontroversi Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul akhirnya bebas setelah dijamin keluar oleh adik perempuan tirinya semalam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Pasaran terus dibanjiri produk baharu

Posted:

Pasaran terus dibanjiri produk baharu

Pasaran terus dibanjiri produk baharu

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

MODEL kompak V40 dilihat mampu menjadi agen pengubah yang signifikan untuk jenama Volvo di Malaysia.


RASANYA masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada pembaca setia Garaj! Tahun 2012 telah berlalu dengan beberapa sejarah penting telah tercatat dan bakal memberi kesan kepada industri automotif tempatan pada masa akan datang.

Peristiwa paling signifkan yang berlaku pada 2012 pastinya pengambilalihan Proton oleh DRB Hicom. Selain pembelian enjin buatan Petronas bernilai lebih RM60 juta, juga melibatkan pengeluar kereta nasional, Proton.

Tahun lepas turut menyaksikan banyak model menarik diperkenalkan dan mendapat sambutan hangat daripada pengguna tempatan. Biarpun orang ramai dikatakan mengambil pendekatan tunggu dan lihat berikutan pilihan raya umum bakal diadakan tidak lama lagi.

Apa yang pasti, 2013 dijangka lebih meriah dengan kehadiran banyak model baharu yang ditunggu-tunggu ramai. Minggu ini, Garaj! mengumpulkan beberapa model yang bakal diperkenalkan dan harus anda tunggu!


MAZDA6 dikatakan bakal dilancarkan oleh Bermaz Motor pada bulan Februari.


Honda

Honda akan mengujakan pasaran menerusi sekurang-kurangnya tiga model menarik pada tahun ini. Diramal menemui pengguna seawal suku pertama, anda pasti tidak sabar untuk melihat atau memiliki model-model seperti SUV popular Honda, CR-V, hibrid kompak dua pintu yang cukup sporty, CR-Z dan sedan segmen D, Accord.

CR-V generasi keempat itu akan menggantikan model sedia ada yang sudah begitu lama di pasaran. Memiliki kualiti pengendalian mengagumkan, penggunaan minyak yang jimat dan rekaan luaran sporty, maka tidak hairanlah CR-Z terus mengumpul peminatnya di Malaysia. Model naik taraf CR-Z dikatakan lebih berkuasa, selain menerima banyak penambahan lain.

Sedan segmen B bukan nasional paling popular, Toyota Vios akan tampil dengan model serba baharu. Selain Vios, UMW Toyota juga dijangka memperkenalkan model Altis dan sedan mewah Lexus IS250.

Setelah sukses dengan model SUV CX-5, Mazda menerusi pengedarnya Bermaz Motor Sdn. Bhd. akan meneruskan kesinambungan teknologi SKYACTIV menerusi model sedan segmen D, Mazda6.

Bakal menemui peminat Mazda tidak lama lagi, Mazda6 hadir dengan pelbagai teknologi terbaik SKYACTIV. Misalnya, sistem i-ELOOP yang berfungsi menjimatkan penggunaan bahan api.

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pula dijangka membawa masuk kenderaan elektriknya (EV), Nissan LEAF. Sudah pun menjalankan program perintis pada tahun lalu, ETCM nampaknya sudah bersedia untuk menawarkan EV kepada rakyat Malaysia. Bukan setakat LEAF sahaja, tunggu juga beberapa model-model lain yang akan ditambah baik terutama Sylphy.

Sebaik sahaja 'gambar risikan' model itu tersiar di Internet, maklum balas yang diterima begitu hebat. Proton dikatakan bakal mengetengahkan varian hatchback yang dibina berasaskan kepada sedan Preve. Adakah ia akan dipasang dengan enjin Petronas? Sama-sama kita nantikan.

LEXUS IS250 mahu mencabar monopoli BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class.


Jenama dari Korea iaitu Kia dan Hyundai tidak kurang hebatnya. Kia didakwa akan memasarkan model kompak Rio tidak lama lagi. Jauh berbeza dengan model terdahulu, Rio baharu nyata menawan hasil rekaan pasukan reka bentuk Kia yang diketuai oleh Presiden baharu Kia Motors, Peter Schreyer.

Memandangkan sekumpulan media tempatan telah dijemput untuk memandu uji Forte di Dubai (Kosmo! tidak tersenarai), tidak mustahil model baharu Forte akan menjadi sebahagian daripada tawaran Kia untuk tahun ini.

RENAULT Clio yang menawan kalbu.


Hyundai yang baru sahaja memperkenalkan model coupe tiga pintunya, Veloster mungkin akan menawarkan SUV Santa Fe kepada pengguna di Malaysia. Bagaimanapun, varian enjinnya masih tidak dapat dipastikan.

Volkswagen meneruskan pendekatan agresif melalui beberapa model menarik pada 2013. Antara model yang menjadi sebutan ialah hatchback Golf MKVII dan trak pikap Amarok.

Peminat kereta berprestasi tinggi pasti tidak kecewa dengan tawaran daripada Renault.

Nantikan sahaja kemunculan Clio generasi keempat dan Megane 265. Lepas ini, aktiviti pemilik jentera Renault di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mesti lebih meriah dengan peserta yang bertambah ramai.

2012 merupakan tahun yang agak senyap untuk Volvo. Diharapkan dengan pengenalan model V40 akan memberi sedikit kerancakan kepada pengeluar dari Sweden itu.

Ini hanyalah sebahagian daripada model-model baharu yang mungkin diperkenalkan pada tahun 2013. Pastinya akan ada penambahan atau pengurangan daripada senarai ringkas yang saya sediakan ini. Apa yang jelas, 2013 ialah tahun yang meriah buat industri automotif tempatan.

Bagi anda yang merancang untuk membeli kereta baharu, saya ucapkan selamat memilih!

Ducati Malaysia menang dua anugerah

Posted:

Ducati Malaysia menang dua anugerah

Ducati Malaysia menang dua anugerah


BORDIGA (kiri) dan Silei (kanan) menyerahkan anugerah Best Event 2012 dan Best Sales 2012 kepada SM Faisal baru-baru ini.


DUCATI Malaysia (Next Bike Sdn. Bhd.), anak syarikat Kumpulan Naza menerima pengiktirafan dalam dua kategori Asia Pasifik iaitu Best Event 2012 dan Best Sales 2012 sewaktu Persidangan Pengedar Dunia Ducati baru-baru ini.

Persidangan tersebut diadakan sempena Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA ke-70 di Milan, Itali. EICMA 2012 yang bermula pada 15 hingga 18 November disertai oleh 1,046 jenama motosikal dan produk berkaitan dari 35 buah negara.

Kategori Best Event 2012 dimenangi Ducati Malaysia berikutan kejayaan menganjurkan Asia Ducati Week kali kedua selama tujuh hari dengan pelbagai aktiviti. Acara itu disertai oleh para pemilik dan penggemar Ducati dari negara-negara Asia lain.

Peningkatan jualan sebanyak 300 peratus sejak tahun 2011 pula membolehkan Ducati Malaysia memenangi anugerah Best Sales 2012.

Naib Presiden Jualan Global Ducati Motor Holding, Cristiano Silei dan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Asia Pasific, Mirko Bordiga menyampaikan anugerah itu kepada Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dalam satu pertemuan di Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Jamu selera paling aneh

Posted:

Jamu selera paling aneh

Jamu selera paling aneh

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

MAKAN dalam keadaan gelap gelita dan mata ditutup dengan pengikat khas seperti di restoran di New York ini meningkatkan ketajaman rasa.


DIA selamba mengambil sekeping keropok ikan, lalu di atasnya diletakkan gumpalan rumpai laut yang digoreng garing. Lelaki yang berasal dari Montreal, Kanada itu kemudian mengambil secebis isi ketam lelabah Alaska dari pinggan hidang lain lalu diletakkan perlahan-lahan ke atas rumpai tersebut.

Sebagai tambahan, beberapa potong cili api turut ditaburkan ke atas kepingan 'resipi' spontan tersebut sebelum diakhiri dengan sos manis berhalia yang menyengat tunas rasa di lidah.

Tanpa menunggu lama, dia menyuapnya sekali gus ke dalam mulut hingga mengundang ketawa kecil orang lain yang melihat teletahnya di meja makan sebuah restoran makanan laut di Petaling Jaya, beberapa bulan lalu.

Begitulah Bob Blumer, pengembara kulinari bertaraf selebriti yang popular melalui beberapa rancangannya sebelum ini seperti The Surreal Gourmet dan Glutton for Punishments.

Menilai sifat dan minat Bob, soal makanan baginya adalah suatu keseronokan dan kegembiraan. Setiap yang dirasainya merupakan sebuah perjalanan merentasi dimensi gastronomi dan lapisan budaya yang bervariasi.

Kunjungannya ke Kuala Lumpur sedikit masa lalu adalah untuk mempromosikan rancangan terbaharunya iaitu World's Weirdest Rastaurants yang bakal menemui penonton pada pukul 9 malam setiap Isnin, bermula 7 Januari 2013 di saluran TLC (Astro 707).

"Ia adalah sebuah program yang diedit mengikut gaya klip pantas MTV. Setiap episod bersiaran selama 30 minit dan anda akan menyaksikan empat segmen menarik mengenai kunjungan saya ke beberapa buah restoran di destinasi berbeza," ujarnya yang sudah menginjak usia separuh abad.

World's Weirdest Restaurants merupakan program 13 episod yang menyaksikan Blumer dan kru penerbitannya meneroka keunikan 52 buah restoran di banyak lokasi menarik. Antara negara yang dilawati untuk menjayakan rakaman program itu ialah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Jeppun, Taiwan, Thailand, Jerman, Republik Czech dan England.

"Setiap satunya menawarkan pengalaman menjamu selera dalam suasana yang ekstrem dan luar biasa.

"Daripada restoran yang menjadikan monyet-monyet sebagai penghantar hidangan hinggalah kepada restoran bogel di New York. Seterusnya, menikmati kari yang dihidang dalam mangkuk tandas di Taiwan dan makan malam di dalam rumah agam berhantu di England," kongsi Bob.

DI restoran Jepun ini, monyet-monyet ditugaskan untuk menghantar sashimi, ayam goreng dan bir kepada pelanggan.


Ayam meriam

Tambah lelaki yang kini menetap di California, AS itu, penonton pasti menzahirkan pelbagai emosi tatkala menonton rancangannya - ketawa, jijik, terkejut mahupun terdiam tanpa mampu mengulas apa-apa.

"Dalam kunjungan ke sebuah restoran di Bangkok, saya sangat tertarik pada gaya salah satu menu dihidangkan. Sajian menu ayam seekor itu bermula dengan ia disumbatkan ke dalam sebuah meriam.

"Ayam itu seterusnya ditembakkan ke udara dalam keadaannya yang terbakar. Ia 'melayang' ke satu sudut restoran seperti bola api yang marak menyala.

"Bukan disambut dengan pinggan, sebaliknya ayam itu ditusuk dengan pencucuk daging yang terlekat di atas topi seorang lelaki yang menantikannya. Lebih hebat, lelaki itu perlu menusuk ayam itu sambil mengimbangkan dirinya di atas unicycle (ekasikal atau basikal satu roda)," cerita Bob teruja.

Asia istimewa

Benua Asia memang sentiasa menakjubkan orang Barat, termasuk Bob sendiri. Selain kekayaan warisan tradisi dan keistimewaan rempah ratus yang menyuntik 1,001 palet rasa, orang Asia juga menurut Bob, kreatif dalam menjalankan bisnes berkaitan makanan.

"Di Jepun, saya singgah pula di sebuah restoran yang memerlukan pelanggan memancing sendiri menu makan malam mereka. Kedengarannya biasa, tetapi ada kelainannya.

"Terdapat sebuah kolam 'misteri' di tengah-tengah restoran. Berbekalkan joran, mereka akan mula memancing. Jika umpannya mengena ikan yang biasa, mungkin memadai untuk bajet yang dirancang pada malam itu.

"Namun, jika umpan itu disambar ikan yang besar dan berharga mahal, pelanggan itu perlu membayarnya juga!" Kata Bob yang pernah menghasilkan enam judul buku masakan terlaris sepanjang kariernya.

GAYA jenaka Bob yang menikmati ketam lelabah Alaska di sebuah restoran makanan laut di Petaling Jaya, sedikit masa lalu.


Suka teh

Dengan wajah dan aksi seperti orang muda, ramai juga yang bertanya tentang rahsia Bob menjaga kesihatan. Mengakui dirinya seorang yang gila makan, Bob mendedahkan bahawa dia akan mengimbangkannya dengan membuat senaman walaupun dalam kesibukan jadual kerjaya dan penerbangan.

"Saya sentiasa membawa bersama peralatan senaman ringkas berupa tali regangan. Ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis rutin yang melatih keanjalan dan kekuatan otot.

"Walau sedang berehat dalam bilik hotel, saya boleh lakukan beberapa set ulangan untuk kekal bertenaga. Tentunya saya tiada pantang dalam soal makan, cuma saya tidak minum kopi," ujarnya yang lebih menggemari teh.

Bob sempat memuji betapa Malaysia beruntung kerana memiliki latar etnik yang berbeza dan kepelbagaian itu banyak menyumbang kepada eksperimentasi dunia kulinari.

Dia menambah, walau lidahnya berteraskan selera ruji daging, sayur dan kentang seperti yang lazim dinikmati di negara asalnya, Bob mengakui resipi yang pedas dan berempah seperti yang ditemui di Thailand dan Malaysia bukan masalah buatnya.

"Anda ada cadangan mengenai restoran yang pelik di Malaysia? Kalau ada, tolong beritahu saya. Musim kedua penggambaran World's Weirdest Restaurants sedang berjalan dan kami perlukan idea lagi," usiknya namun menunggu jawapan positif.

Pesona suri rumah tambat hati juri

Posted:

Pesona suri rumah tambat hati juri

Pesona suri rumah tambat hati juri

DARI kiri: Biruntha, Harvinderjit dan Alwizah masing-masing tersenyum bangga dan bergaya dengan replika cek kemenangan mereka.


MENJELANG penghujung tahun lalu, 26 wanita yang bergelar ibu menanti dengan penuh debar. Bukan kerana menantikan kelahiran cahaya mata baharu tetapi debaran menantikan siapakah antara mereka bakal dinobatkan sebagai juara dalam saingan Glowing Youthful Mother Contest 2012 yang diadakan di KLCC Plenary Theatre, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Walaupun sudah berusia 30 tahun ke atas, para ibu yang bertanding tampil anggun bergaya kelihatan sebaya dengan Ratu Cantik Malaysia Dunia 2010/2011, Nadia Heng dan pelakon, Corinne Adrienne yang bertindak selaku pengacara pada malam gala tersebut.

Menyarungkan busana 26 pereka fesyen daripada Bumiputera Designer's Association (BDA), para ibu tersebut begitu yakin mengatur langkah di pentas peragaan laksana ratu cantik.

Saat para peserta memperkenalkan diri dan mendedahkan usia masing-masing, kedengaran para hadirin melahirkan rasa tidak percaya kerana fizikal serta raut wajah mereka kelihatan jauh lebih muda daripada usia.

Para ibu yang bertanding pula bukan calang-calang orang kerana dalam kalangan mereka merupakan peguam, penganalisis perniagaan, pensyarah, guru, setiausaha, pengarah pegawai bank, eksekutif dan suri rumah.

Selain mengenakan gaun menarik, para finalis juga turut mempersembahkan gerak tari ala senaman. Ketika inilah, anak-anak dan suami dapat melihat bakat terpendam ibu dan isteri masing-masing mengatur langkah tari mengikut ritma lagu.

Persaingan sengit menyukarkan barisan juri selebriti undangan yang terdiri daripada Amber Chia, Bon Zainal, Daphne Iking dan Noniswara Baharuddin membuat keputusan.

Begitupun, berdasarkan pemerhatian juri terhadap keyakinan dan penampilan finalis ketika beraksi di pentas, tiga daripada 26 finalis telah dipilih untuk mara ke pusingan akhir.

Tiga finalis yang berjaya tersebut ialah Harvinderjit Kaur Dharm Singh, 31, Biruntha Letchumi Mooruthi, 32, dan Alwizah Al-Yafii Ahmad Kamal, 38. Mereka kemudian diuji dengan beberapa soalan mengenai penjagaan kecantikan dalaman yang perlu diselesaikan dalam masa satu minit.

Jika tahun lalu gelaran Glowing Youthful Mother 2011 dinobatkan buat ibu kepada dua anak, Toh Mi Mi yang juga seorang peguam, bagi tahun ini gelaran tersebut menjadi milik seorang suri rumah popular iaitu Harvinderjit Kaur.

Ternyata pesona Harvinderjit yang ceria dan yakin membuatkannya lebih menyerlah berbanding yang lain.

Kemenangan tersebut melayakkan ibu beranak satu dari Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000.

Tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh Alwizah dan Biruntha Letchumi yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000.

Dalam pada itu, Pengarah Serantau Mega Lifesciences Sdn. Bhd., Sudhir Gandhi memberitahu, peraduan tersebut dianjurkan untuk para ibu sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang memainkan peranan besar dalam pembentukan keluarga.

"Kesemua finalis peraduan ini berjaya membawa mesej gaya hidup sihat luaran dan dalaman serta pentingnya mikronutrien dalam kehidupan," ujarnya. - NURUL IZZA ROSLY

Lee Kum Kee beri sumbangan

Posted:

Lee Kum Kee beri sumbangan

Lee Kum Kee beri sumbangan


SEBAHAGIAN daripada penghuni rumah kebajikan yang gembira menerima lawatan daripada pasukan jenama Lee Kum Kee.


JIKA sebelum ini, syarikat-syarikat korporat menghulurkan bantuan berbentuk barangan mahupun kewangan kepada pusat-pusat jagaan kanak-kanak, lain pula pendekatan yang diambil jenama pengeluar sos dan perasa asli terulung, Lee Kum Kee (Malaysia).

Pada lawatan ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah, syarikat tersebut membawa seorang chef untuk menyediakan makanan kepada 120 kanak-kanak yang menginap di pusat berkenaan.

Chef Wilson menyediakan tiga hidangan iaitu nasi ayam belanga, ayam udang goreng rangup dan nasi goreng sos XO.

Program yang berlangsung pada pukul 10 pagi itu bukan sekadar membawa chef untuk memasak kerana golongan kanak-kanak dan penjaga pusat di situ turut diberi panduan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan lazat dengan menggunakan sos Lee Kum Kee dengan cara mudah dan cepat.

Menurut Pengurus Jenama Lee Kum Kee, Yvonne Teh, pihaknya sebelum ini menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dalam bidang pendidikan.

"Pada kebiasaan, kami akan membina sekolah untuk pelajar-pelajar yang kurang kemampuan supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

"Namun, kali ini kami membawa tukang masak dan nyata mereka gembira kerana dapat melihat program memasak secara lebih dekat," katanya ketika ditemui di pusat jagaan itu baru-baru ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan beg sekolah dan enam karton sos tiram kepada pusat itu.

Selain pusat berkenaan, empat lagi rumah kebajikan menerima empat karton Sos Tiram Panda serta buku resipi Chef Wan. Rumah berkenaan adalah Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, PJ Caring Home, Agathians Shelter dan PJ Sunshine Home.

Sehubungan itu, pihaknya juga bercadang menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama masyarakat menerusi demonstrasi masakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hajat besar dua kapten

Posted:

Hajat besar dua kapten

Hajat besar dua kapten

JADI REBUTAN... Hairuddin (kanan) dan Badhri memegang Piala Sultan Ahmad Shah yang menjadi rebutan pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


BAGAIKAN beraksi di pentas final, itu janji kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar dan ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam malam ini.

Biarpun aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) 2013 itu tidak menghadiahkan sebarang mata buat kedua-dua pasukan, Hairuddin yang mesra disapa Hai-O enggan mengambil mudah pertemuan tersebut.

Sebaliknya, Hai-O percaya perlawanan itu menjadi titik tolak kemampuan pasukannya mencabar mana-mana pasukan elit dalam saingan Liga Super musim ini.

"Perlawanan Sumbangsih tetap menjadi keutamaan kami sebagai penyuntik semangat sebelum berdepan Lions XII dalam aksi sulung Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi (9 Januari) nanti.

"Jika kami berjaya menewaskan Kelantan, ini bermakna ATM sudah bersedia mengharungi Liga Super," kata Hai-O pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Pada masa sama, Hai-O juga menyifatkan kejayaan menewaskan Kelantan mampu merealisasikan sasaran awalnya membantu ATM untuk sekurang-kurangnya mendakap satu trofi musim ini.

"Saya idam satu trofi, jadi Piala Sultan Ahmad Shah merupakan peluang pertama saya. Sudah tentu saya enggan mensia-siakan peluang itu," katanya.

Dalam pada itu, Badhri yang mesra dengan panggilan Piya mengakui, ATM bukan calang-calang pencabar seperti mana yang dibuktikan ketika aksi final Piala Malaysia, Oktober lalu.

Biarpun beberapa keputusan perlawanan persahabatan Kelantan sebelum ini kurang memuaskan, Piya optimis rakan-rakan sepasukannya kembali bangkit mempamerkan karakter selaku sang juara malam ini.

"Tekanan selaku juara trebel sentiasa ada, jadi kami perlu membuka buku baharu dan melupakan kejayaan lalu.

"Biarpun bukan mudah, terutamanya tanpa Apexs (Khairul Fahmi Che Mat), saya harap kami mampu mengekang serangan ATM dengan cukup baik.

"Saya juga tidak terlalu tertekan memburu gol kerana percaya dengan kemampuan jentera serangan Kelantan yang masih tajam biarpun tanpa Norshahrul Idlan Talaha dan Mohammad Ghaddar," katanya.

Tiada masa tambahan tentukan pemenang - FAM

Posted:

Tiada masa tambahan tentukan pemenang - FAM

Tiada masa tambahan tentukan pemenang - FAM

SEPAKAN penalti bakal menjadi penentu pasukan mana yang bakal mendakap Piala Sultan Ahmad Shah malam ini jika aksi 90 minit perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afendi Hamzah memberitahu, tiada lanjutan masa tambahan akan dilaksanakan sekiranya kedua-dua pasukan terikat pada 90 minit perlawanan.

"Tiada masa tambahan, sebaliknya pemenang akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

"Tiada sebarang mata juga diberikan kepada mana-mana pasukan yang menang, sebaliknya aksi Sumbangsih ini lebih dilihat sebagai simbolik pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) 2013," kata- nya pada sidang akhbar di Kelana Jaya semalam.

Afendi memberitahu, aksi sulung Kelantan (menentang PKNS) dan ATM (berdepan Lions XII) juga dilewatkan sehari berbanding pasukan lain seperti mana yang ditetapkan FAM sebelum ini.

"Saya harap kedua-dua pasukan, terutamanya penyokong dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi ketika perlawanan itu nanti," katanya.

Ini merupakan kali ketiga Kelantan beraksi di pentas Sumbangsih selepas muncul juara edisi 2011 (tewaskan Selangor 2-0) sebelum terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tumpas 1-2 kepada Negeri Sembilan musim lalu.

ATM pula memburu Piala Sumbangsih buat kali pertama selepas muncul naib juara Piala Malaysia musim lalu.

Untuk rekod, aksi Piala Sumbangsih mempertemukan juara Piala Malaysia dan juara Liga Super sejak 2011.

Sebelum itu, ia membabitkan pemenang saingan liga dan Piala Malaysia sejak diperkenalkan pada 1985 sebelum dirombak semula yang membabitkan pemenang Piala Malaysia dan Piala FA pada 1993.

Selangor merupakan pasukan terbanyak mendakap Piala Sumbangsih iaitu lapan kali diikuti Perak dan Kuala Lumpur (tiga kali).

Ujian sebenar Kelantan bermula

Posted:

Ujian sebenar Kelantan bermula

Ujian sebenar Kelantan bermula

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Barisan pemain dan pegawai pasukan Kelantan meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia di Stadium Shah Alam musim lalu.


"TUNGGU sahaja perlawanan malam esok (malam ini)." Demikian reaksi ringkas yang cukup bermakna oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak menjelang aksi Sumbangsih menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam malam ini.

Biarpun sedar harapan menggunung peminat fanatik The Red Warriors dalam memburu trofi sulung itu musim ini, Bojan tetap optimis anak-anak buahnya mampu pulang dengan kemenangan yang cukup bergaya.

Cuma pada masa sama, Bojan tetap menuntut anak-anak buahnya supaya mengelak daripada dibuai sikap terlalu yakin sehingga mengundang padah.

Keupayaan sebenar pasukannya yang kehilangan beberapa pemain utama musim ini seperti Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu dan Mohammad Ghaddar, jelas beliau, juga bakal teruji sepenuhnya malam ini.

"Kami kehilangan sekurang-kurangnya enam pemain utama musim ini, jadi sudah tentu perlawanan malam esok (malam ini) cukup mencabar.

"Kehebatan ATM juga tidak boleh dipertikaikan memandangkan mereka berjaya ke final Piala Malaysia.

"Jadi, saya harap dapat membantu Kelantan melakar sejarah kerana belum ada mana-mana pasukan trebel berjaya menjulang trofi keempat sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Bojan memberitahu, beliau percaya rakan sejawatannya, B. Sathianathan juga 'pening kepala' memikirkan formula terbaik bagi menghadapi aksi malam ini kerana turut kehilangan beberapa pemain utama seperti Azmi Muslim dan pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Razak.

"Saya harap, pemain saya dapat memberikan yang terbaik sebagai penyuntik semangat sebelum aksi sulung menentang PKNS (9 Januari)," tambah Bojan.

Pada masa sama, Bojan turut mempertahankan kredibiliti penyerang import baharu, Keita Mandjou biarpun penyerang kelahiran Guinea itu belum cergas sepenuhnya selepas tidak beraksi selama enam bulan sebelum ini.

"Lihat sahaja Marlon (Alex James), semasa dia menyertai ATM musim lalu, ramai yang meragui kemampuannya atas faktor usia.

"Sebaliknya, Marlon berjaya membuktikan sentuhannya masih berbisa, jadi saya percaya Keita juga mampu melakukannya," katanya optimis.

Pertemuan kedua-dua pasukan ibarat aksi final Piala Malaysia musim lalu yang menyaksikan Kelantan muncul juara selepas meraih kemenangan 3-2 pada aksi di Stadium Shah Alam.

Perlawanan Sumbangsih merupakan aksi pembuka tirai musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kos ambil amah Indonesia ditetapkan RM6,700

Posted:

Kos ambil amah Indonesia ditetapkan RM6,700

Kos ambil amah Indonesia ditetapkan RM6,700

04/01/2013 9:50pm

KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) hari ini mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuat kuasa serta-merta.

Struktur kos baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,000 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.

"Kos sebenar majikan hanya RM6,700. Struktur kos itu dicapai selepas rundingan berpanjangan dengan rakan kami, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (Apjati) sejak beberapa bulan kebelakangan ini," kata Presiden PAPA, Jefrrey Foo pada sidang media di sini, hari ini.

Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum ini antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

Jefrrey memperjelaskan struktur kos baharu sebanyak RM6,700 itu adalah munasabah selaras dengan permintaan dan bekalan pasaran. – BERNAMA

PRU: SPRM terima nama calon untuk ditapis

Posted:

PRU: SPRM terima nama calon untuk ditapis

PRU: SPRM terima nama calon untuk ditapis

04/01/2013 9:47pm

MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima beberapa nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dari pelbagai parti politik bagi menjalankan tapisan keutuhan integriti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan berkata, pihaknya akan melakukan tindakan susulan terhadap senarai nama tersebut.

"Tapisan keutuhan ini merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan SPRM sejak tahun 1985 dan kita sentiasa bersedia menjalankannya sekiranya terdapat permintaan dari mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Kumpulan Melaka Berhad (KMB) di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan tapisan keutuhan tersebut bagaimanapun tidak terhad kepada calon parti politik sebaliknya boleh dilakukan terhadap calon untuk kenaikan pangkat, calon mendapatkan pingat untuk bersara pilihan, calon pegawai kerajaan dan calon syarikat swasta yang hendak menjawat sesuatu jawatan.

Sebelum ini, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan supaya semua parti menghantar nama-nama calon yang akan bertanding dalam PRU-13 untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan oleh SPRM. – BERNAMA

Aktiviti seludup di sempadan kurang ketika banjir

Posted:

Aktiviti seludup di sempadan kurang ketika banjir

Aktiviti seludup di sempadan kurang ketika banjir

04/01/2013 9:17pm

KOTA BHARU – Aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand sekitar Rantau Panjang dan Tumpat didapati menurun ketika musim banjir lalu, kata Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan, Rusli Karim.

Beliau berkata, ia disebabkan beberapa faktor antaranya kawasan selatan Thailand yang juga terlibat dengan banjir, yang menyukarkan kegiatan untuk membawa masuk barangan ke negara ini.

"Aktiviti penyeludupan memang ada sepanjang masa, tetapi kita dapati ia berkurangan sejak banjir melanda kawasan sempadan beberapa minggu yang lalu.

"Bagaimanapun, kita akan membuat pemantauan secara berterusan walaupun menghadapi kesukaran terutama di kawasan sempadan yang mudah dibolosi penyeludup," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rusli berkata, UPP Kelantan kini menggunakan sepenuhnya kekuatan anggotanya bagi melakukan rondaan pada setiap masa pada musim tengkujuh, termasuk meningkatkan sekatan jalan raya di beberapa tempat strategik.

Beliau berkata mengikut statistik yang diperoleh dari hasil tangkapan sepanjang tahun lalu, aktiviti penyeludupan aktif ketika menjelang musim perayaan kerana permintaan meningkat terhadap pelbagai barangan terutama mercun. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Citilink beli 25 pesawat turboprop ATR

Posted:

Citilink beli 25 pesawat turboprop ATR

Citilink beli 25 pesawat turboprop ATR

AFP
SEBUAH model pesawat ATR 72-600 dipamerkan pada Pameran Udara Singapura pada Februari tahun lalu. Pesawat ini akan digunakan oleh Citilink untuk memenuhi keperluan pasaran penerbangan tambang murah domestik di Indonesia.


JAKARTA - Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda menerusi bahagian tambang murahnya, Citilink menyatakan telah menempah 25 buah pesawat turboprop daripada ATR dalam usaha memenuhi pasaran penerbangan domestik yang pesat berkembang menerusi pembelian bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion).

"Kami telah menempah 25 unit pesawat ATR 72-600, selain akan menyewa atau membeli 25 buah pesawat lagi pada tahun 2015.

"Dengan pesawat baharu ini, kami mahu menembusi wilayah-wilayah pedalaman dan bandar-bandar yang mempunyai kemudahan penerbangan terhad," kata Ketua Pegawai Eksekutif Citilink, Arif Wibowo.

Rakyat Indonesia bergantung kepada pengangkutan udara berikutan kedudukan geografi gugusan kepulauannya. Syarikat penerbangan di Indonesia juga sering membuat pembelian pesawat dalam jumlah yang besar berikutan golongan pertengahan negara itu kian meningkat.

Pada November 2011, Lion Air mengumumkan tempahan pesawat komersial terbesar di dunia apabila menyatakan hasrat untuk membeli 230 unit pesawat Boeing bernilai lebih AS$20 bilion (RM60 bilion).

ATR ialah syarikat kerjasama Perancis dan Itali yang berpangkalan di Tolouse, Perancis. Ia menghasilkan pesawat turboprop yang berharga lebih AS$20 juta (RM60 juta) sebuah.

Citilink dijangka menerima lima buah pesawat pertamanya pada September depan. Bakinya dihantar menjelang 2017 dengan kontrak pembelian akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini.

Citilink kini memiliki 21 buah pesawat, termasuklah Airbus A320 dan Boeing 737. - AFP

Thailand lancar TV Melayu

Posted:

Thailand lancar TV Melayu

Thailand lancar TV Melayu

BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam telah melancarkan saluran televisyen berbahasa Melayu pertama dalam usaha mendekati audien di kawasan selatan yang majoritinya penduduk beragama Islam.

Penyelia projek, Chamroon Den-udom menyatakan bahawa saluran baharu itu akan meningkatkan persefahaman di antara penganut Islam dan Buddha di negara ini.

Pada peringkat awal, stesen televisyen yang diberi nama TV Melayu itu hanya menawarkan program berita selama setengah jam setiap hari sebelum menyiarkan rancangan televisyen 24 jam sehari bermula tahun depan.

Penganut Islam di Thailand terutama di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat menyatakan mereka sering dilayan sebagai warga kelas kedua oleh pihak berkuasa Thai yang kebanyakannya beragama Buddha.

Sejak pemberontakan meletus pada 2004, lebih 5,000 orang telah terbunuh untuk menuntut satu wilayah Islam yang merdeka. - AP

Filem komedi bajet rendah terlaris di China

Posted:

Filem komedi bajet rendah terlaris di China

Filem komedi bajet rendah terlaris di China


AP
PENGARAH dan pelakon filem, Xu Zheng mempromosikan filem terbaharunya, Lost in Thailand di sebuah pawagam di bandar Chongqing, China.


BEIJING - Sebuah karya tempatan bajet rendah tanpa disangka menjadi filem China yang memperoleh pendapatan tertinggi sehingga ke hari ini.

Media rasmi China melaporkan filem komedi Lost in Thailand memperoleh kutipan lebih 1 bilion yuan (RM485 juta) sejak ditayangkan pada 12 Disember lalu.

Memetik perangkaan sebuah firma pemantauan box office, agensi berita Xinhua melaporkan kelmarin bahawa filem itu turut mengatasi filem Titanic dalam tiga dimensi (3D).

Karya arahan James Cameron itu merupakan filem asing paling popular di China sepanjang 2012.

Menjalani penggambaran di Thailand, filem Lost in Thailand mengisahkan dua ahli perniagaan yang pergi mencari ketua mereka di bahagian utara seterusnya menemui seorang pelancong yang teruja untuk meneroka negara itu.

Lost in Thailand sarat dengan jenaka slapstik dan adegan aksi. Rekod terdahulu untuk filem domestik ialah 726 juta yuan (RM353.5 juta) yang dicatatkan oleh filem Painted Skin 2. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Seronok menjahit tanpa upah wang

Posted:

Seronok menjahit tanpa upah wang

Seronok menjahit tanpa upah wang

Kemahiran dalam bidang menjahit dijadikan platform untuk menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

SEBAHAGIAN ahli GMJ yang hadir ke kelas jahitan di Shah Alam baru-baru ini.


HOBI atau minat dalam sesuatu bidang boleh menghasilkan sumber pendapatan yang lumayan. Maka, tidak hairanlah sekiranya seseorang itu sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menumpukan perhatian 100 peratus terhadap hobi yang membawa pulangan wang yang lumayan.

Berbeza pula dengan ahli-ahli kelab Geng Mesin Jahit (GMJ) yang mempunyai kepakaran dalam bidang jahitan pakaian dan produk berfabrik. Mereka sanggup menyumbangkan masa, tenaga dan hasil kreativiti mereka tanpa mengenakan sebarang caj, kerana yang penting adalah kepuasan peribadi.

Kelab yang baru berusia setahun itu ditubuhkan menerusi laman sosial Facebook dengan nama akaun Kusarungkan Kasih.

Aktiviti kumpulan penjahit bermotivasi tinggi itu sememangnya mendapat penyertaan menggalakkan dari seluruh negara walaupun ia tidak menjanjikan sebarang pulangan kepada individu terlibat.

Objektif GMJ sangat jelas. Mereka mahu menghulurkan bantuan dengan menjahit pakaian, sarung bantal dan sarung kotak pensel kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Bagi seorang ahli, Wan Shamsiah Yahya, 53, menjadi suri rumah sepenuh masa tidak menghalangnya untuk tampil membantu golongan yang memerlukan.

Atas dasar prihatin, wanita yang berasal dari Terengganu itu membuat keputusan untuk menyertai kelab tersebut dengan melakukan kerja-kerja menjahit pakaian dari rumah.

Bercerita mengenai dirinya, dia yang mula berminat dalam bidang jahitan sejak berusia lapan tahun mengakui pada usia itu dia sudah pandai menjahit jahitan lurus dengan menggunakan mesin jahit tanpa bimbingan ibunya.

Berbekalkan minat yang mendalam, akhirnya selepas dua tahun, Wan Shamsiah sudah mahir menjahit kain langsir biasa.

"Ketika itu, kain langsir yang dijahit biasa sahaja yang memerlukan jahitan lurus," katanya yang ditemui Kosmo! di kediamannya di Shah Alam.


SEBAHAGIAN ahli GMJ yang hadir ke kelas jahitan di Shah Alam baru-baru ini.


Berkat kesungguhan

Berbekalkan minat yang mendalam, wanita itu kini bukan sahaja mempunyai kemahiran menjahit kain langsir malah selimut, sarung kusyen dan beg.

Namun, bakat yang ada kepada wanita separuh usia abad itu hanya digunakan untuk keperluan diri sendiri dan membantu kawan-kawan yang memerlukan khidmatnya.

Begitupun, Wan Shamsiah mengakui bahawa dia tidak mendapatkan tunjuk ajar dari mana-mana pihak sebaliknya mengambil inisiatif mempelajari selok-belok bidang jahitan dengan melayari internet.

Menerusi medium maya itu, Wan Shamsiah menemui laman web GMJ. Keunikan kelab tersebut telah membuatkan suri rumah tersebut terpanggil untuk menyertainya.

Ibu kepada tiga orang anak itu mengakui objektif kelab tersebut sememangnya berbeza berbanding pertubuhan lain kerana ahli-ahli hanya perlu menjahit dari rumah dan menghantar bahan material itu semula kepada kelab berkenaan melalui pos.

"Ia sungguh mudah dan setiap hasil jahitan yang disiapkan itu disalurkan kepada kanak-kanak yang memerlukannya," ujarnya.

Cerita Wan Shamsiah lagi, setiap kali mendapat tempahan, dia sememangnya tidak sabar untuk menyiapkannya dengan segera.

"Apabila melihat senyuman mereka, ia sudah memadai," katanya sambil memberitahu hanya mengambil masa 15 minit untuk menyiapkan sehelai sarung bantal.

Sementara itu, seorang lagi ahli GMJ, Siti Aishah Sadri, 33, mengakui pada mulanya kemahiran menjahitnya cuma dalam pembuatan baju kurung.

Bagaimanapun, selepas menyertai kelab berkenaan, skilnya berkembang merangkumi jahitan sarung kotak pensil, sarung bantal telekung dan banyak lagi.

"Sebelum menyertai GMJ, saya tidak belajar membuat semua itu kerana produk-produk itu tidak digunakan untuk keperluan diri sendiri.

"Sejak menyertai persatuan ini, kami dikehendaki menjahit sesuatu yang lain. Maka, mahu atau tidak, saya perlu belajar," ungkapnya yang mengikuti sesi tutorial secara langsung dalam laman web GMJ.

Walau bagaimanapun, ibu kepada tiga anak orang itu mengakui dirinya tidak sia-sia menyertai kelab berkenaan lantaran seronok menimba ilmu pengetahuan dalam bidang jahitan dengan lebih mendalam.

Siti Aishah juga memberitahu, persatuan itu merupakan platform terbaik buatnya untuk berkongsi kemusykilan mengenai jahitan.


KUMPULAN ini adalah sebahagian daripada 170 ahli GMJ di seluruh negara.


"Apa yang saya pelajari, selain menghulurkan bantuan berbentuk kewangan, sebenarnya kita boleh membantu orang kurang bernasib baik melalui pelbagai cara," tuturnya yang gembira kerana berpeluang melakukan kerja-kerja amal.

Doktor suka menjahit

Seorang lagi ahli GMJ yang dihubungi Kosmo! mempunyai latar belakang menarik. Merupakan Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Nurul Kharmila Abdullah merasakan jadual tugas hakikinya tidak menjadi halangan untuk dia berbakti kepada masyarakat.

"Saya minat dalam jahitan sejak berusia sembilan tahun namun selepas mempunyai anak, minat terhadap jahitan terbantut buat seketika kerana mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka," katanya.

Begitupun, selepas anak-anak telah mula ke sekolah, minatnya itu timbul semula memandangkan perlu menjahit lencana sekolah dan mengubah suai seluar anak-anak.

Justeru, bagi memperbaiki mutu jahitannya itu, Nurul Kharmila melayari laman web dan akhirnya menemui kelab GMJ yang menawarkan tutorial jahitan dalam laman web kelab tersebut.

"Aktiviti menjahit semakin mudah dan pada masa yang sama saya boleh melakukan aktiviti amal," ungkapnya.

GMJ pertama di Malaysia

Posted:

GMJ pertama di Malaysia

GMJ pertama di Malaysia


AHLI GMJ menjahit pelbagai jenis barangan keperluan diri dan kediaman seperti beg tangan, sarung bantal pakaian, pakaian dan banyak lagi.


GENG Mesin Jahit (GMJ) menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan menyumbangkan hasil jahitan kepada golongan kurang bernasib baik.

Sumbangannya adalah berbentuk baju kurung, sarung bantal, sarung kotak pensil, telekung, topi dan beg.

Presiden GMJ, Rosni Otho berkata, pertubuhan yang baru ditubuhkan pada tahun lalu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dari seluruh negara.

Sehingga hari ini, pihaknya mempunyai 170 ahli yang terdiri daripada golongan profesional sehingga suri rumah.

Ketika ditanya mengenai perkhidmatannya, beliau memberitahu, ahli-ahli hanya perlu menjahit hasil mereka dari rumah seterusnya menghantar semula ke tempat pengumpulan menerusi pos.

Empat pusat pengumpulan tersebut merupakan rumah ahli GMJ yang masing-masing terletak di Putrajaya, Shah Alam, Cheras dan Sentul.

Bertutur lanjut mengenai pertubuhan itu, Rosni memberitahu, setiap ahli akan diberi peluang menjahit. Misalnya, setiap ahli hanya perlu menjahit dua helai sarung bantal.

"Jadi, setiap ahli dapat merasai pengalaman untuk menjahit setiap kali projek amal dilaksanakan," katanya sambil menambah, setiap ahli diberi tempoh sebulan untuk menyiapkannya.

Mengulas lanjut, Rosni berkata, material kain diperoleh daripada hasil sumbangan ahli-ahli yang menetap di Jepun dan Arab Saudi.

Mereka akan menghantar kain jenis kapas untuk projek yang mahu dilaksanakan tanpa mengenakan sebarang caj kepada persatuan.

Ketika ditanya mengenai golongan sasar, setakat ini pihak GMJ tertumpu kepada golongan anak-anak yatim dan juga kanak-kanak yang menghidap kanser di hospital.

Walau bagaimanapun, pihaknya juga bercadang untuk menjahit baju untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

"Ia adalah perancangan akan datang. Begitupun, saya mengalu-alukan pendapat ahli-ahli lain tentang produk yang mahu disumbangkan," katanya.

Terbaharu, GMJ telah menganjurkan projek Kusarungkan Kasih Untukmu kepada kanak-kanak di wad pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Hukum penuhi hajat si mati

Posted:

Hukum penuhi hajat si mati

Hukum penuhi hajat si mati

MEMENUHI hajat si mati memang dituntut tetapi perlu kena pada tempatnya.


APAKAH kita perlu memenuhi hajat si mati? Sebelum meninggal dunia, nenek saya berhajat supaya saya berkahwin dengan calon pilihannya walhal saya sudah lama berkawan dengan seorang rakan perempuan dan merancang untuk berkahwin. Adakah benar jika kita tidak tunaikan hajatnya, si mati tidak akan tenang?

JAWAPAN:

MEMENUHI hajat atau permintaan itu dituntut, tetapi hendaklah meneliti terlebih dahulu apakah hajat tersebut.

Jika hajat seperti yang ditanya oleh pembaca ini ia merupakan perkara yang tidak wajib dipenuhi kerana permintaan arwah neneknya untuk dia berkahwin dengan pilihan neneknya sedangkan dia telah pun mempunyai pilihan hatinya sendiri.

Dalam situasi ini, tidak berdosa jika tidak menunaikan permintaan tersebut, bahkan berdosa jika ditunaikan kerana dikhuatiri jika anda menikahi orang yang bukan pilihan hati anda, pasti akan timbul pelbagai perkara yang tidak sepatutnya, akhirnya akan menimbulkan dosa dan sebagainya.

Persoalan si mati tidak tenang dengan tidak tertunai hajatnya adalah tidak tepat sama sekali.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved