Khamis, 3 Januari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Akur perubahan trend pembaca

Posted:

Akur perubahan trend pembaca

Akur perubahan trend pembaca

NEWSWEEK majalah berita mingguan kedua terbesar di AS terpaksa akur dengan landskap pembacaan baharu hari ini.


SELEPAS ensiklopedia Britannica yang berusia 244 tahun ditamatkan penerbitannya awal Mac lalu, kini nasib sama menimpa majalah berita terkenal Amerika Syarikat, Newsweek yang diterbitkan buat kali terakhir pada 31 Disember baru-baru ini.

Bagaimanapun, hayat majalah berita mingguan kedua terbesar di Amerika Syarikat tidak sepanjang ensiklopedia Britannica kerana hanya mampu bertahan hampir 80 tahun apabila mula menemui pembacanya pada 17 Februari 1933.

Penamatan riwayat edisi cetak kedua-dua naskhah tersebut berlaku akibat penghijrahan trend pembacaan khalayak yang lebih gemar membaca secara dalam talian berbanding bahan bercetak kerana ia lebih cepat dan mudah, malah boleh didapati secara percuma.

Rentetan perubahan selera pembacaan tersebut, Newsweek tidak mampu meneruskan survival selepas bergelut dengan hasil pengiklanan dan kemerosotan edaran.

Akur dengan landskap media yang berdepan dengan kepesatan transformasi, Ketua Pengarang yang juga pengasas syarikat Newsweek Daily Beast, Tina Brown dengan berat hati mengumumkan keputusan untuk menghentikan edisi cetak majalah tersebut Oktober tahun lalu.

Tidak mahu menoleh kebelakang, tahun 2013 membuka lembaran baharu buat warga Newsweek yang akan disiarkan dalam format digital yang dikenali sebagai Newsweek Global awal tahun ini.

Ia dilihat sebagai satu-satunya jalan selamat bagi meneruskan era kegemilangan majalah tersebut selepas berhadapan dengan kemerosotan edaran sebanyak 51 peratus sejak lima tahun lalu.

"Ini merupakan 'buku' baharu buat Newsweek dan kami bukan lagi sebuah majalah konvensional. Kami melakukan transformasi ke atas Newsweek dan bukan mengucapkan selamat tinggal.

"Keputusan menamatkan edisi cetak tidak kena mengena dengan kualiti jenama dan ia masih mempunyai pengaruh. Penutupan terpaksa dilakukan berikutan cabaran ekonomi penerbitan cetak dan pengedarannya," kata Tina.

Kerugian demi kerugian

Diasaskan oleh bekas Pengarang Berita Luar Negara Time, Thomas JC Martvn, Newsweek meniti sejarah kecemerlangan yang panjang bersama nama-nama besar dalam bidang kewartawanan iaitu Jonathan Alter dan Anna Quindlen.

Berpangkalan di Bandar New York, Newsweek mempunyai 22 biro. Sembilan di Amerika Syarikat iaitu di New York, Los Angeles, Chicago/Detroit, Dallas, Miami, Washington D.C., Boston dan San Francisco serta biro luar negara seperti London, Paris, Berlin, Moscow, Baitulmuqaddis, Baghdad, Tokyo, Hong Kong, Beijing, Asia Selatan, Cape Town, Mexico City dan Buenos Aires.

Newsweek turut menerbitkan edisi Jepun, Korea, Poland, Sepanyol, Arab dan Turki serta naskhah bahasa Inggeris iaitu Newsweek International. Newsweek Rusia yang diterbitkan sejak tahun 2004 telah ditutup pada bulan Oktober 2010.

Edisi pertama Newsweek diterbitkan pada 17 Februari 1933 memaparkan tujuh keping gambar pada muka depan menunjukkan berita yang berlaku dalam tempoh seminggu.

Sejak tahun 2008, Newsweek mula 'berubah angin' apabila melalui fasa perubahan dengan mengalihkan fokus majalah dan pembaca dengan harapan dapat memacu kewangannya, namun usaha demi usaha menemui jalan buntu kerana ia gagal meningkatkan jumlah pengedaran.

Keputusan kewangan 2009 seperti yang dilaporkan The Washington Post Company menunjukkan hasil pengiklanan merudum 37 peratus pada 2009 dan bahagian majalah pula menanggung kos kerugian AS$29.3 juta (RM89.07 juta) berbanding kerugian sebanyak AS$16 juta (RM48.64 juta) pada 2008.

Pada suku pertama 2010, Newsweek menanggung kerugian hampir AS$11 juta (RM33.44 juta).

Tidak betah menanggung kerugian demi kerugian, pemilik Newsweek iaitu The Washington Post Company tekad menjual majalah tersebut kepada jutawan California, Sidney Harman pada 2 Ogos 2010 dengan nilai AS$1 (RM3.04)


GENERASI baharu lebih gemar membaca menerusi gajet berteknologi.


Walaupun sudah bertukar tangan, nasib Newsweek tidak menunjukkan sebarang perubahan positif berikutan majoriti pembaca generasi baharu yang membesar dengan kepesatan teknologi maklumat lebih cenderung mendapatkan informasi di alam maya.

Edaran Newsweek di seluruh dunia melebihi 4 juta naskhah yang pernah dicatatkan pada tahun 2003 termasuk 2.7 juta naskhah di Amerika Syarikat, jumlahnya jatuh mendadak kepada 1.5 juta naskhah (dengan jualan menurun kepada hanya lebih 40 ribu naskhah seminggu) menjelang tahun 2010.

Pada November 2010, Newsweek bergabung dengan syarikat media The Daily Beast membentuk entiti baharu Newsweek Daily Beast Company selepas rundingan antara pemilik kedua-dua penerbitan.

Sejak itu, Ketua Pengarang The Daily Beast, Tina mula berkhidmat sebagai editor kedua-dua penerbitan dan ia dimiliki bersama oleh Harman dan American Internet Company IAC.

Sepanjang tempoh Tina menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pengarang Newsweek, beliau mengemudi majalah tersebut ke arah yang berbeza daripada mantan editor sebelumnya.

Bongkar kisah kontroversi

Jika sebelum ini, Jon Meacham memberi tumpuan sepenuhnya kepada politik dan hal ehwal dunia, Tina memberi nafas baharu dengan membawa tumpuan pembaca kepada peristiwa-peristiwa semasa bukan sahaja politik, perniagaan dan hal ehwal dunia.

Ketika hayatnya Newsweek tampil mengejutkan dunia dengan isu-isu yang penuh kontroversi.

Antaranya hasil tulisan Michael Isikoff yang merupakan wartawan pertama mendedahkan skandal Presiden Bill Clinton dengan Monica Lewinsky.

Newsweek juga menggegarkan dunia apabila melakukan pendedahan mengenai isu al-Quran dibuang ke dalam tandas di kem tahanan Guantanamo selain berita penyusupan wartawan Newsweek, Fareed Zakaria ketika mesyuarat rahsia Presiden George W. Bush semasa merancang menyerang Afghanistan dan Iraq.

Malah, Tina yang berjuang mengembalikan kegemilangan Newsweek juga pernah tampil dengan isu-isu muka depan sensasi yang membincangkan ketagihan seks dan menggelar Presiden Obama sebagai Presiden Gay Pertama.

Kini, Newsweek berada dalam lipatan sejarah selepas penerbitan edisi cetak terakhirnya.

Tina sendiri menyifatkan perubahan daripada media tradisional ke digital sebagai 'tunduk' dengan masa depan digital yang tidak dapat dielakkan.

"Anda tidak boleh mengubah era inovasi gangguan terbesar.

"Tiada seorang pun yang boleh mengundurkan atau menterbalikkan trend tersebut. Anda tidak boleh mengembalikan masa lalu dan melawan arus trend yang tidak dapat disekat," ujar Tina ketika sesi interviu melalui telefon.

Sebagai simbolik, edisi 31 Disember 2012 tersebut menyiarkan foto arkib ibu pejabat Newsweek di New York dengan paparan tajuk, Last Print Issue.

Bermula 2013, pembaca tegar Newsweek boleh membaca majalah tersebut dalam versi digital sahaja kerana ia tidak lagi relevan untuk dicetak rentetan daripada ekonomi baharu industri media.

Edisi terakhir Newsweek memuatkan esei-esei daripada mantan-mantan editor dan alumni Newsweek berprofil tinggi serta sejarah lisan majalah yang panjang.

"Berbekalkan semangat baharu dan perubahan momentum ke arah medium digital, wajah terkini Newsweek bersedia memberikan perkembangan berita di dunia dalam wadah yang canggih kepada sidang pembaca," ujarnya.

Tina, individu yang berjuang menghidupkan kembali Newsweek dalam cetakan konvensional namun tewas, sempat menitipkan pesanan melalui Twitter, Bitter sweet! Wish us luck!.

Malaysia ke arah digital 10 tahun lagi

Posted:

Malaysia ke arah digital 10 tahun lagi

Malaysia ke arah digital 10 tahun lagi


KEMAJUAN ICT mungkin turut mengubah landskap pembacaan di Malaysia dalam 10 tahun lagi.


KEPESATAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ditambah pula dengan keghairahan majoriti masyarakat mendapatkan informasi terkini di hujung jari membuatkan dua naskhah hebat seperti ensiklopedia Britannica dan majalah berita mingguan kedua terbesar di Amerika Syarikat, Newsweek ditinggalkan pembacanya.

Kemerosotan pembaca menyebabkan dua naskhah yang pernah meniti zaman kegemilangan tersebut akur dan terpaksa keluar daripada 'kepompong' konvensional sekali gus membuka lembaran baharu mendekati pembaca melalui pendekatan digital.

Persoalannya, adakah nasib serupa akan menimpa majalah-majalah dan akhbar-akhbar di Malaysia?

Pensyarah Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Faridah Ibrahim tidak menafikan bahawa senario tersebut akan berlaku di Malaysia.

"Ya, kita akan mengalami nasib yang sama memandangkan generasi Y semakin ramai. Semua sedia maklum bahawa generasi baharu ini tidak gemar membaca akhbar kerana lebih cenderung mendapatkan segala informasi melalui media baharu," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Sungguhpun begitu katanya, perubahan berlaku daripada segi saluran komunikasi sahaja kerana pengisiannya tetap sama.

Bezanya, generasi Y lebih suka menggunakan medium saluran yang lebih mudah dan pantas kerana ia menjimatkan masa dan wang.

Ujarnya, walaupun berubah dari segi saluran, profesionalisme wartawan tetap sama, cuma mereka perlu lebih kreatif dan agresif mencari bahan-bahan berita untuk memikat selera generasi baharu.

"Usia generasi Y kini dalam lingkungan 35 tahun dan generasi lama pula dalam lingkungan umur 60 tahun. Dalam beberapa tahun mendatang bilangan generasi lama ini semakin merosot membuatkan generasi Y lebih dominan.

"Kemungkinan dalam tempoh 10 tahun lagi majalah dan akhbar-akhbar di Malaysia mengalami nasib yang sama dan akan menemui pembaca dalam format digital," ujarnya sambil memberitahu media cetak lebih sinonim dan lebih dekat dengan 'orang lama'.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Anak angkat keluarga Melayu Champa

Posted:

Anak angkat keluarga Melayu Champa

Anak angkat keluarga Melayu Champa

Oleh NASRI JAMALUDIN

RASANYA lemak-lemak manis. Kalau habis sebungkus pasti kenyang hingga ke petang. Itulah makanan tradisi masyarakat Melayu Champa yang dikenali sebagai nam cek.

Semasa berkunjung ke Perkampungan Samrong, Takeo, Phnom Penh, Kemboja, saya dapati hampir semua penghuni rumah membuat hidangan tersebut iaitu sehari sebelum sambutan Hari Raya Haji.

Makanan tradisi berupa roti pisang itu dibuat masyarakat negara berkenaan pada hari-hari istimewa termasuk Hari Raya Aidilfitri. Ia menjadi kegemaran masyarakat di sana, malah kanak-kanak leka menikmatinya sambil bermain bersama rakan-rakan.

Bahan-bahan penting untuk menghasilkan nam cek ialah beras pulut, santan kelapa, gula, garam, minyak masak dan pisang.

Biasanya golongan wanita akan memulakan kerja-kerja menghasilkan kuih tersebut yang dilakukan secara tradisional dan ia dimulakan selepas menyediakan sarapan pagi.

Cara pembuatannya, isi pisang akan dipicit-picit sebelum dilumurkan dengan beras pulut yang telah dibasuh dan digaul bersama minyak masak, sedikit garam serta gula. Kemudian ia dibungkus menggunakan daun pisang sebelum direbus selama lima jam.


TENGKORAK dan tulang mangsa kekejaman Pol Pot dipamerkan untuk peringatan generasi semasa serta pelancong asing.


"Roti pisang merupakan makanan tradisi masyarakat di kampung ini terutama pada musim perayaan. Kos menghasilkan makanan ini ialah kira-kira RM50 bagi 30 bungkus," kata Sonsak, 56, seorang suri rumah yang mempunyai tiga anak dan tujuh cucu.

Kenangan manis

Seenak nam cek, begitulah juga memori manis menjadi tetamu di desa permai itu. Perkampungan Islam tersebut terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari bandar Phnom Penh. Kunjungan saya bersama ahli rombongan lain ke kampung berkenaan bagi mengikuti program keluarga angkat selama tiga hari dua malam.

Penduduk di kampung itu sangat peramah, walaupun bahasa merupakan satu masalah dalam pertuturan, ia bukanlah penghalang untuk kami beramah mesra.

Kedudukan rumah-rumah dibina agak rapat dan kebanyakannya diperbuat daripada kayu serta papan. Hanya beberapa buah rumah diperbuat daripada simen dan batu.

Sekeliling kampung dipenuhi sawah padi dan pemandangannya indah dan mendamaikan. Saya terpesona menyaksikan matahari terbit dan terbenam di kawasan sawah padi yang ketika itu sedang dalam proses penanaman semula.

Haiwan ternakan seperti lembu, ayam dan itik ada di mana-mana sahaja menghiasi landskap hijau kampung tersebut.


KEMESRAAN yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Samrong benar-benar menyentuh hati peserta rombongan dari Malaysia.


Bantuan kewangan

Pembinaan masjid di kampung berkenaan khabarnya disumbangkan oleh seorang rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, kampung tersebut masih memerlukan bantuan kewangan untuk membesarkannya memandangkan rumah ibadat itu turut dijadikan pusat pendidikan anak-anak mereka yang majoritinya hidup serba kekurangan.

Kebanyakan penduduk juga menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan rumah masing-masing seperti kedai runcit, kedai makan dan minum serta menjual pelbagai barangan keperluan lain.

"Saya hanya membantu keluarga berniaga kecil-kecilan di rumah, Saya jual barang-barang keperluan harian, minuman dan kuih-muih," kata Maryam, 21, yang berhasrat untuk keluar ke bandar mencari pekerjaan yang menawarkan gaji lebih lumayan.

Saya juga dapat saksikan beberapa peniaga datang ke kampung itu dengan menaiki basikal yang diubah suai, motosikal atau kereta sambil menjual pelbagai jenis makanan dan barang-barang. Lebih unik, seorang peniaga dari Thailand datang menjual barangan dengan menunggang gajah.

Para peserta rombongan semakin rapat dengan keluarga angkat masing-masing saban hari. Namun, masa pantas berlalu dan kami perlu meneruskan perjalanan ke bandar Phnom Penh bagi menerokai sisi lain Kemboja.

Kami sampai di bandar Phnom Penh ketika matahari sudah terbenam. Sejurus tiba di hotel dan selesai urusan mendaftar masuk, kami terus ke bilik penginapan masing-masing untuk beristirehat.

Poco-poco

Pada sebelah pagi keesokan harinya, kumpulan kami sempat berkunjung ke tebing sungai yang bernama Sisowath Quay. Di sini, dapat disaksikan beberapa kumpulan orang melakukan tai chi, karate malah ada kumpulan yang melakukan poco-poco dan terselit juga lagu-lagu dangdut dan irama Melayu.

Tanpa diminta, kami lantas menyertai kumpulan tersebut sekadar untuk bersuka-suka selama beberapa minit sebelum meneruskan perjalanan sehingga berada berhadapan Istana Diraja (Royal Palace).

Selepas itu, kumpulan kami menyewa 16 buah beca mengelilingi bandar Phnom Penh. Mod pengangkutan yang dapat merehatkan sebentar kaki kami itu dikenakan bayaran sebanyak AS$16 (RM49) bagi setiap satu.


SETIAP gelang kain berwarna-warni ini adalah bagi mengingati nyawa kanak-kanak dan bayi yang mati diseksa.


Kekejaman

Kami kemudiannya menaiki bas menuju lokasi selanjutnya iaitu melihat kesan tinggalan kekejaman rejim Khmer di bawah pimpinan Pol Pot dari tahun 1976 hingga 1979.

Di Killing Field, saya dapat menyaksikan tengkorak-tengkorak mangsa disimpan dalam almari kaca yang tinggi dan dipamerkan kepada orang ramai. Terdapat lubang-lubang kubur besar yang digali dan sisa-sisa tulang kelihatan di atas tanah tersebut.

Sebatang pokok besar turut menjadi tumpuan kerana di atasnya terdapat banyak gelang kain berwarna-warni. Rupa-rupanya ia menyimpan kisah memilukan iaitu bayi-bayi yang suatu ketika dahulu dipukul atau dibaling ke pokok itu sehingga mati.

Rombongan kami juga dibawa melawat Tuol Sleng Genocide Museum (Muzium Bukit Pokok Beracun) atau Strychnine Hill. Ia merupakan sebuah bangunan sekolah menengah yang dijadikan penjara pada zaman Pol Pot.

Di situ, pengunjung dapat menyaksikan bilik-bilik darjah yang menjadi tempat penyeksaan dan pembunuhan. Setiap ruang diubah suai menjadi penjara yang sempit. Ia kini menempatkan pameran alat-alat penyeksaan dan gambar-gambar mangsa.

Hati rasa sayu apabila menyaksikan gambar-gambar dan seksaan-seksaan yang dilakukan ke atas penduduk tempatan termasuk kanak-kanak dan wanita. Menurut rekod, jumlah mangsa yang terbunuh dalam kekejaman itu mencecah seramai dua juta orang.

Makan dan beli-belah

Setelah itu, rombongan kami mencari restoran untuk mengisi perut yang kelaparan. Sebenarnya tidak sukar untuk mencari makanan halal di Phnom Penh. Terdapat beberapa restoran yang menyajikan masakan tempatan atau Melayu yang sedap.

Kami dibawa ke beberapa buah restoran makanan halal seperti Cambodian Muslim Restaurant dan D' Wau Restaurant. Makanan yang dihidangkan sebahagiannya mendapat pujian daripada kami lantaran rasanya yang menepati selera orang Malaysia.

Tidak sah rasanya, jika ke luar negara tanpa membawa pulang sedikit buah tangan. Sasaran kami membeli-belah ialah di Pasar Rusia (Russian Market) dan Central Market.

Kami menghabiskan masa lebih dua jam di kedua-dua pasar berkenaan. Barangan seperti beg sandang, kain sutera dan baju boleh didapati pada harga yang murah. Cuma, perlu pandai tawar-menawar.

Kunjungan pada hari biasa lebih bagus kerana mudah untuk menawar harga yang lebih rendah berbanding hari minggu.

Sepanjang lima hari berada di bumi Kemboja, saya dapati negara ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia bercuti.

Keagungan masjid lumpur

Posted:

Keagungan masjid lumpur

Keagungan masjid lumpur


MASJID Besar Djenne menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk beribadat.


DJENNE merupakan sebuah kota purba yang terletak berhampiran delta Sungai Niger di wilayah Mopti di Republik Mali.

Sejak kewujudannya pada kurun kesembilan, ia pernah menjadi pusat perdagangan dan perkembangan ilmu Islam khususnya ketika pemerintahan empayar Songhai, Sonni Ali.

Salah satu tarikan di kota itu ialah Masjid Besar Djenne yang dipercayai dibina pada kurun ke-13.

Diceritakan pada asalnya masjid itu merupakan sebuah istana dan dijadikan masjid selepas pemerintah Mali ketika itu, Sultan Koi Kunburu memeluk agama Islam.

Pemerintah seterusnya, Sheikh Amadou Lobbo yang menawan Djenne semasa Perang Tukulor, mengarahkan masjid asal dirobohkan pada 1834. Dia kemudiannya merancang sebuah masjid baharu berhampirannya pada 1896.

Bagaimanapun, penjajah Perancis yang berkuasa selepas itu telah mengarahkan pembinaan semula Masjid Besar Djenne di lokasi asalnya pada 1906.

Seorang arkitek tempatan, Ismaila Traore telah diberi tanggungjawab tersebut.

Menggabungkan gaya seni bina Islam dan Sudan, Masjid Besar Djenne tampak unik kerana tidak menggunakan konkrit sebaliknya lumpur sebagai bahan asas binaannya.

Memandangkan kedudukannya yang terletak berhampiran delta Sungai Niger yang sering dilanda banjir, Ismaila telah membina pelantar tinggi berkeluasan 5,625 meter persegi sebagai tapak masjid.


ELEMEN seni bina Islam dan Sudan menyerlahkan keindahan masjid yang berusia lebih satu abad itu.


Bahagian tiang-tiang masjid menggunakan blok lumpur kering sebelum dilapisi dengan lumpur basah bagi memastikan ia kelihatan licin dan halus.

Dindingnya pula mempunyai ketebalan yang berbeza antara 0.4 meter hingga 0.6 meter.

Dahan pokok palma turut dimasukkan ke dalam binaan dinding bagi mengurangkan rekahan akibat perubahan mengejut suhu di samping bertindak sebagai tangga ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan setiap tahun.

Kiblat masjid itu ditanda oleh tiga menara besar berbentuk segi empat yang dibina lebih tinggi daripada dinding utama.

Menara yang puncaknya seperti kon itu juga turut dilengkapi tangga berputar yang menghala ke arah bumbung masjid.

Ruang solat

Umumnya, terdapat dua ruang solat utama disediakan iaitu ruang terbuka dan ruang tertutup.

Ruang tertutup yang mampu memuatkan kira-kira 3,000 jemaah disokong oleh 90 buah tiang merentasi dewan sembahyang bagi memastikan ketahanan strukturnya.

Aspek pengudaraan dan pencahayaan juga diberi penekanan pada ruang itu bagi keselesaan jemaah. Beberapa buah lubang udara turut dibina bagi menyalurkan udara bersih di samping penggunaan kaca seramik sebagai pencahayaan semula jadi.


KIRI: Setiap tahun ratusan sukarelawan berkumpul dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan masjid.


Biarpun, Djenne jarang menerima hujan, Ismaila turut membina corong bagi mengalirkan air daripada bahagian bumbung ke longkang bagi mengelakkan dindingnya daripada diresapi air.

Masjid Besar Djenne berjaya disiapkan pada 1907, iaitu setahun selepas pembinaannya. Di samping menjadi ruang beribadat penduduk sekitar ia juga menjadi antara mercu tanda di Republik Mali.

Setiap tahun, sebuah pesta khas yang meraikan budaya dan muzik tempatan iaitu Festival Crepissage dianjurkan berdekatan dengan masjid itu. Ratusan penduduk di bandar tersebut berkumpul dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan masjid secara sukarela.

Pada 1988, Masjid Besar Djenne telah diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Bina semangat dalam kedamaian desa

Posted:

Bina semangat dalam kedamaian desa

Bina semangat dalam kedamaian desa

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA

SAYUP-SAYUP kedengaran bait-bait lirik lagu Cinta Muka Buku yang dipopularkan penyanyi kelahiran laman sosial video, YouTube, Najwa Latif memecahkan kesunyian kawasan resort yang terletak di Batu. 19, Hulu Langat itu.

Kelihatan sekumpulan remaja lelaki berusia belasan tahun berkumpul sambil berdiri tegak di dalam sebuah kolam kecil.

"Jangan berhenti, kena nyanyi sampai habis, nanti saya suruh ulang semula," kedengaran lantang suara seorang lelaki di satu sudut kolam.

Ibrahim Mohamed Rashid hanya memerhatikannya dari jauh. Hatinya sedikit terhibur melihatkan teletah kumpulan remaja berkenaan.

Dalam keadaan tubuh basah kuyup, mereka tampak bersungguh-sungguh menyanyikan lagu tersebut.

"Kumpulan remaja itu sedang bermain aktiviti mencari harta karun. Pasti, mereka sedang 'didenda' oleh fasilitator sebab gagal menyelesaikan masalah yang diberikan," katanya kepada Kosmo! pada pertemuan di Nur Lembah Pangsun pada pagi itu.

Ibrahim ialah Pengarah Urusan Nur Lembah Pangsun Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab menguruskan rangkaian resort pusat latihan di bawah Kumpulan Nur Eco Resort.

Penglibatan Ibrahim dalam perniagaan yang berkonsepkan resort, program bina diri dan latihan itu bermula kira-kira 15 tahun lalu ketika bertugas di Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Salah satu tugas saya ketika itu ialah mencari kem-kem atau pusat latihan di negara ini untuk melatih dan memberi motivasi kepada para pelajar kolej.

"Apa yang saya perhatikan, kebanyakan pelajar yang mengikuti modul dan program ini mengalami perubahan positif yang membawa kepada kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik malah perlakuan serta sikap mereka.

"Misalnya, jika dahulu pelajar itu malas, dia akan berubah menjadi rajin. Jika dia suka melawan, dia akan mula menghormati orang lain. Di situ timbul kepercayaan dalam diri saya bahawa sesiapa sahaja boleh berubah sekiranya diberi peluang," katanya yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan.


PERSEKITARAN Nur Eco Resort yang dikelilingi alam semula jadi memberi suasana tenang dan damai.


Percaya potensi

Menyedari potensi yang ada, Ibrahim nekad meletakkan jawatan dan memberi tumpuan terhadap konsep perniagaan yang agak asing dalam kalangan usahawan-usahawan Melayu ketika itu.

Bersama seorang rakan kongsi, beliau memberanikan diri membuka resort pusat latihan pertama, Nur Lembah Pangsun di kawasan seluas 7.3 hektar di Hulu Langat, yang berlatarbelakangkan alam semula jadi dan suasana desa.

Katanya, tema sedemikian sengaja dipilih bagi mewujudkan kelainan kepada setiap peserta di samping membolehkan mereka beraktiviti dalam suasana yang tenang dan jauh daripada hiruk-pikuk kota.

"Selain menawarkan pelbagai jenis penginapan dari jenis calet, vila, dormitori dan tapak perkhemahan, kami juga menyediakan kemudahan seperti bilik seminar, dewan, surau dan dewan makan.

"Lebih penting, resort pusat latihan seperti ini menyediakan aktiviti lengkap untuk semua peringkat umur sama ada di darat atau air, lasak atau bersifat permainan kekeluargaan atau berpasukan," jelasnya.

Tambah Ibrahim, pada peringkat awal dahulu mereka terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran dan rintangan terutama dalam mendapatkan kepercayaan pelanggan di samping memasarkan konsep perniagaan sedemikian.

Bagaimanapun, berkat kesabaran dan komitmen tinggi selain mengutamakan keselesaan dan kepuasan pelanggan, Nur Lembah Pangsun terus menjadi sebutan sebagai salah sebuah resort pusat latihan terkenal di negara ini.

"Ketika ia mula-mula dibuka dahulu, kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti.


AKTIVITI berhalangan seperti ini menguji keberanian mental dan fizikal peserta.


"Namun dalam tempoh beberapa tahun sahaja, kami mula mendapat tempahan dalam kalangan syarikat-syarikat korporat terkenal," kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Permintaan yang sentiasa tinggi dan berterusan mendorong pembinaan beberapa buah resort pusat latihan lain seperti di Nur Bukit Unggul (Sepang), Nur Sungai Merab (Kajang), Nur Lembah Lenggong (Perak) dan Nur Laman Bestari (Hulu Yam) yang diletakkan di bawah Kumpulan Nur Eco Resort.

"Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri dengan kepelbagaian penginapan dan aktiviti yang ditawarkan serta suasana dan kumpulan sasaran yang berbeza.

"Sama ada untuk seminar, pembinaan pasukan, hari keluarga, hari terbuka dan sebagainya, kami bersedia menerima kehadiran para tetamu, sesuai dengan moto kami iaitu Dekat Di Mata, Lekat Di Hati," katanya sambil memberitahu sebuah resort yang sama bakal dibina di Marang, Terengganu tahun hadapan.

Katanya, berdepan dengan ratusan malah ribuan manusia saban hari menyebabkan pihak pengurusan begitu menitikberatkan aspek keselamatan di setiap resort pusat latihannya.

"Kami mempunyai syarikat Nur Adventurer yang bertanggungjawab menyelenggara dan menyelia peralatan serta aktiviti lasak yang disediakan.

"Pada masa yang sama, setiap peserta di bawah rangkaian kami juga dilindungi perlindungan insurans bermula dari saat mereka menaiki bas ke sini sehingga pulang ke destinasi masing-masing," ujarnya.

Mendamaikan jiwa

Sementara itu, Muhammad Zulfaqar Mohd. Isa, 29, penyelia program Kem Tahsin al-Quran anjuran Pusat Pendikan Al Barakah di Nur Lembah Pangsun berkata, dia sangat berpuas hati dengan kerjasama dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pengurusan di situ.

Katanya, sejak berkampung di situ hampir enam minggu lalu, dia mengakui selesa mengendalikan kem berkenaan, biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah peserta yang datang dari seluruh negara.

"Suasana di sini sangat tenang dan mendamaikan jiwa dengan dikelilingi alam semula jadi seperti hutan dan sungai yang mengalir yang sesuai untuk para peserta kami beraktiviti sambil mempelajari teknik dan hafazan al-Quran yang betul," katanya.

Dia yang baru pertama kali diberi peluang mengendalikan kem itu berkata, selain keselesaan penginapan untuk peserta dan fasilitator, kemudahan yang disediakan juga agak lengkap dan mencukupi.


TAPAK perkhemahan turut disediakan bagi kumpulan peserta bina semangat.


"Kami tidak perlu berebut ke dewan makan atau ke dewan, begitu juga ketika melakukan aktiviti-aktiviti luar biarpun terdapat kumpulan lain yang turut sama beraktiviti di sini.

"Paling penting ialah kebajikan dan keselamatan peserta begitu dititikberatkan. Setiap aktiviti yang dilakukan sentiasa dipantau oleh mereka yang berpengalaman dan mahir tentang teknik menyelamat dan bantuan kecemasan," katanya yang juga merupakan seorang guru yang mengajar di Kuala Terengganu.

Bagi Jordan Kong, 39, dari Persatuan Amitabha Kepong pula, pihaknya memilih Nur Lembah Pangsun sebagai lokasi aktiviti kerana kedudukannya yang tidak jauh dari ibu negara.

"Pada masa yang sama, ia juga terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti klinik kesihatan, balai polis dan sebagainya bagi memudahkan sebarang tindakan sekiranya berlaku kecemasan," katanya.

Tambah Jordan, program selama tiga hari dua malam yang melibatkan kira-kira 80 peserta itu lebih tertumpu kepada program bina diri yang menitikberatkan aspek kepimpinan, keyakinan diri dan jati diri.

Atas alasan tersebut, pihaknya memilih untuk berkhemah kerana ia dapat membantu peserta untuk berdikari dan

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lemak beri tenaga ketika sakit

Posted:

Lemak beri tenaga ketika sakit

Lemak beri tenaga ketika sakit

GEMUK sedikit tidak mengapa tetapi jika berlebihan, ia akan bawa masalah. – Gambar hiasan


WASHINGTON – Berat badan berlebihan beberapa kilogram bukan sesuatu yang buruk, demikian menurut satu analisis baharu melibatkan hampir tiga juta orang. Analisis tersebut yang dibuat di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang memiliki berat badan berlebihan atau sedikit obes berkecenderungan hidup lebih lama. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran manfaat tersebut akan hilang sekiranya berat berlebihan beberapa kilogram itu bertambah dengan banyaknya.

Para penyelidik kajian berkenaan menggunakan data daripada hampir 100 kajian di seluruh dunia merangkumi maklumat kesihatan melibatkan lebih 2.8 juta orang dewasa. Antara sampel populasi tersebut, terdapat sekitar 270,000 kematian sepanjang tempoh kajian dijalankan. Selepas beberapa faktor lain seperti usia, jantina, tabiat merokok telah dikawal, kumpulan dengan ketinggian dan berat badan 'berlebihan' didapati kurang berisiko untuk mati sebanyak enam peratus berbanding mereka yang memiliki berat badan normal.

Kajian sama turut mendapati mereka yang 'sedikit obes' dengan ketinggian dan berat merangkumi indeks jisim badan (BMI) antara 30 hingga 35 didapati lima peratus kurang berisiko meninggal dunia sepanjang tempoh kajian. Namun, bagi mereka yang obes dengan BMI 35 dan ke atas, kadar kematian melonjak sebanyak 29 peratus berbanding subjek yang mempunyai berat badan normal. Penemuan terbaharu itu disiarkan Selasa lalu dalam jurnal saintifik, Journal of the American Medical Association (JAMA).

Pengarang-pengarang kajian itu memberikan beberapa sebab mengapa sedikit berat berlebihan baik untuk tubuh manakala berat ekstrem pula memudaratkan manusia. Mereka berkata, pertambahan lemak badan membekalkan manfaat metabolisme yang dapat melindungi jantung atau simpanan lemak berlebihan dapat membantu semasa ketiadaan selera makan ketika sakit. Ketua penyelidik berkenaan daripada Pusat AS Untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pernah menyiarkan satu kajian kontroversi pada 2005.

Kajian itu menunjukkan terdapat kaitan antara berat berlebihan dan jangka hayat lebih lama. Namun, kali ini, analisis kajian serupa dibuat berdasarkan sampel lebih besar yang diambil dari negara-negara berbeza di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Selatan. Dua saintis bioperubatan, Steven Heymsfield dan William Cefalu dalam satu editorial yang turut disiarkan Selasa lalu dalam jurnal JAMA mengulas, kajian terbaharu itu dan beberapa penyelidikan lain menunjukkan sejumlah kecil lemak berlebihan memberikan simpanan tenaga yang diperlukan badan manusia ketika sakit atau membantu dalam cara lain.

Kata mereka, faktor-faktor tersebut masih memerlukan kajian lanjut. "Penemuan ini menunjukkan tidak semua pesakit yang diklasifikasi mempunyai berat berlebihan atau obesiti tahap satu terutamanya mereka yang menghidap sakit kronik memerlukan rawatan pengurangan berat badan," jelas mereka. Pengarah CDC, Thomas Friedan ketika mengulas penemuan tersebut berkata: "Kita perlu lebih belajar tentang obesiti termasuk kaedah terbaik untuk mengiranya". – AFP

Amalkan gaya hidup sihat jika mahu umur panjang

Posted:

Amalkan gaya hidup sihat jika mahu umur panjang

Amalkan gaya hidup sihat jika mahu umur panjang

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan IKWHAN HAZWAN HAMIDUN
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Dua pakar pemakanan Malaysia mengakui bahawa individu yang memiliki berat badan lebih sedikit daripada Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal tidak akan membawa kemudaratan.

Ketua Bahagian Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa, Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada gaya hidup seseorang dan caranya mengurus berat badan.

Sebagai contoh, jelas beliau, mempunyai BMI antara 26 dan 27 tidak akan mendatangkan masalah selagi individu berkenaan mempunyai julat lemak dalam tubuh yang normal serta menjalani aktiviti fizikal seperti bersenam.

"Sekiranya seseorang itu mempunyai BMI yang ideal tetapi tidak bersenam sekurang-kurangnya 30 minit selama lima hari berturut-turut, maka dia akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis dan gout.

"Malah dia berkemungkinan mengalami sindrom mati mengejut disebabkan oleh kuantiti lemak yang terlalu tinggi dalam tubuh," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau diminta mengulas satu kajian yang dilaporkan dalam Journal of the American Medical Association menunjukkan golongan yang mempunyai berat balebih sedikit daripada BMI ideal, memiliki kurang enam peratus risiko untuk meninggal dunia berbanding orang normal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong berkata, kajian itu ada benarnya tetapi ia tidak bermakna kualiti hidup orang yang mempunyai berat badan berlebihan lebih baik berbanding golongan normal.

"Walaupun berkemungkinan dapat hidup lebih lama, mereka akan menderita pelbagai penyakit untuk satu tempoh yang panjang disebabkan penyakit-penyakit tersebut," katanya.

Gaji RM5,000 layak mohon Skim Rumah Pertamaku

Posted:

Gaji RM5,000 layak mohon Skim Rumah Pertamaku

Gaji RM5,000 layak mohon Skim Rumah Pertamaku

KUALA LUMPUR – Had pendapatan peminjam individu bagi Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan berkuat kuasa Januari 2013.

Kenaikan berkenaan merupakan satu daripada kriteria kelayakan SRP yang diumumkan dalam Bajet 2013 tahun lepas, demikian menurut Cagamas SRP Bhd. dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu menambah, bagi peminjam bersama, had pendapatan dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan tertakluk kepada pendapatan peminjam individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Menurutnya, skim itu membolehkan pembeli rumah mendapatkan 100 peratus pembiayaan daripada bank yang mengambil bahagian. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi balas dendam

Posted:

Misi balas dendam

Misi balas dendam

AHMAD ZAHID (kiri) menerima jersi baharu ATM pada sesi pengenalan pemain dan majlis penajaan di Hotel Quality, Shah Alam semalam.


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mempunyai misi peribadi pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam malam esok.

Perlawanan itu menjadi medan terbaik ATM untuk menebus kekalahan 2-3 kepada Kelantan pada final Piala Malaysia 2012 di stadium yang sama, Oktober lalu.

Menteri pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, juara Liga Perdana itu perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk membalas dendam terhadap juara treble musim lalu.

"Saya memetik kembali kata-kata Hairuddin Omar dalam laporan akhbar hari ini (semalam), pertemuan menentang Kelantan bukan sahaja misi membalas dendam tetapi sebagai medan penebus maruah kami.

"Kami memiliki sebuah pasukan yang boleh dikatakan mantap dan saya yakin pada pertemuan kali ini, kami mampu menyaingi pasukan gergasi Pantai Timur tersebut," katanya kepada pemberita pada sesi pengenalan skuad ATM dan majlis memperkenalkan penajaan Macron di Hotel Quality Shah Alam semalam.

Kelantan tekad pertahan gelaran

Posted:

Kelantan tekad pertahan gelaran

Kelantan tekad pertahan gelaran

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


PARA pemain Kelantan bergambar selepas Majlis Pelancaran Jersi dan barangan Rasmi Pasukan Serta Pengumuman Penaja The Red Warriors 2013 di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu semalam.


JUARA trebel musim lalu, Kelantan meletakkan sasaran untuk mempertahankan kejuaraan yang diraih musim lalu biarpun bakal berdepan saingan sengit daripada beberapa pasukan tahun ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun misi tersebut tampak sedikit sukar selepas kehilangan beberapa tonggak utama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azuan Roya dan Mohammad Ghaddar yang memilih untuk berhijrah ke pasukan baharu.

Bagaimanapun, beliau tetap optimis skuad The Red Warriors mampu mengulangi kejayaan yang dilakukan musim lalu.

"Saya akui, kehilangan tiga pemain tersebut merencatkan sedikit persiapan pasukan bagi mengharungi saingan musim ini kerana kita mempunyai masa yang singkat untuk mencari pengganti mereka.

"Harus diingat, saingan musim ini dijangka sengit selepas beberapa pasukan membuat persiapan rapi termasuk dari segi pemilihan barisan pemain. Saya menjangkakan antara pasukan yang akan memberikan cabaran buat skuad The Red War- riors musim ini ialah Perak, Selangor, Terengganu, Johor Darul Takzim dan Angkatan Tentera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jersi dan barangan Rasmi Pasukan Serta Pengumuman Penaja The Red Warriors 2013 di dewan utama Kelantan Trade Centre di Kota Bharu semalam.

Pada majlis tersebut, KAFA memperkenalkan 10 penaja rasminya untuk musim ini iaitu syarikat prabayar terkemuka Negara Hotlink Maxis, Azizan Osman.com, Sinar Harian, Tresenergy, Muda Osman, Mamme, Desa Murni Batik, Pure're Spritz, Redbull dan Keropok Sira Cap Nara Pasir Puteh.

Bagaimanapun, Annuar melihat perkara tersebut sebagai satu cabaran yang sihat dan perlu dihadapi oleh pasukannya dalam usaha untuk memperkasakan pasukan bagi saingan tahun ini.

"Bagi saya ia suatu persaingan yang sihat, secara tidak langsung ia akan meningkatkan lagi permainan pasukan. Ini adalah langkah yang baik untuk mengangkat lagi mutu saingan liga tempatan," ujarnya.

Mengulas mengenai tajaan itu, Annuar memberitahu Hotlink Maxis merupakan penaja utama Kelantan musim ini yang melibatkan jumlah tajaan paling besar sejak beliau dilantik menerajui KAFA.

KAFA belum terima bayaran tebus kontrak

Posted:

KAFA belum terima bayaran tebus kontrak

KAFA belum terima bayaran tebus kontrak

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan, pihaknya masih belum menerima bayaran tebus kontrak daripada bekas penyerang berbisanya, Norshahrul Idlan Talaha biarpun pemain tersebut telah menyarung jersi bersama pasukan Johor Darul Takzim musim ini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sehingga semalam pemain terbaik Liga Malaysia (Liga M) buat tiga musim berurut-turut ini masih belum membuat sebarang bayaran tebus kontrak seperti yang diminta oleh pihaknya.

Menuru Annuar, mengikut peraturan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain kebangsaan itu sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan bersama pasukan baharu.

"Kami tidak bantah keputusannya untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak tetapi sampai hari ini Mat Yo belum membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga KAFA terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM.

"Nilai baki kontrak pemain tersebut bersama KAFA berjumlah RM400,000. Dalam kes ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan dan berharap agar mereka dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jersi dan Barangan Rasmi The Red Warriors serta Pengumuman Penaja musim 2013 di dewan utama Kelantan Trade Centre di Kota Bharu semalam.

Annuar berkata, walaupun badan induk bola sepak negara itu mempunyai kuasa untuk memutuskan seseorang pemain layak bermain atau tidak dalam sesebuah liga setelah menebus kontrak, perkara tersebut sepatutnya tidak diambil mudah.

Bagaimanapun Annuar berkata, FAM boleh membenarkan seseorang pemain beraksi dalam saingan liga sedangkan dia masih belum menebus kontrak tersebut.

"Tebus kontrak hanya boleh ditamatkan sekiranya ia dibayar. Tebus kontrak tidak boleh berlaku dengan kata-kata dan terus bermain, ini tidak betul. KAFA akan melihat perkara ini sebagai precedence case.

"Ini merupakan kali pertama kes seperti ini berlaku di Malaysia dan persatuan berharap perpindahan itu mengikut norma-norma perpindahan yang betul kerana kami perlu berikan sijil pelepasan untuk dia bermain dengan pasukan lain," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Eksploitasi emosi si pengemis

Posted:

Eksploitasi emosi si pengemis

Eksploitasi emosi si pengemis

RAKYAT Malaysia secara keseluruhannya mudah simpati pada golongan peminta sedekah.- Gambar hiasan


KEBANYAKAN daripada kita pernah melalui pengalaman seperti berikut: Apabila kita berjalan di tengah bandar, kita didatangi peminta sedekah berkopiah yang meminta sedikit wang.

Apabila kita keluar dari pintu masjid, terdapat wanita yang berpakaian selekeh sedang mendukung anak kecil meminta simpati.

Sebaliknya, apabila kita menjamu selera di restoran, ada pula gadis-gadis muda yang berpakaian cantik mendatangi kita. Mereka lazimnya memberitahu bahawa mereka sedang mencari dana untuk membina rumah anak yatim atau pusat pengajian agama.

Mereka juga membawa bersama beberapa barang untuk dijual, walaupun barang yang dijual itu mungkin bukan sesuatu yang perlu dibeli.

Sebagai manusia, kita memang bertanggungjawab untuk mengurangkan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh manusia lain. Bantuan yang kita berikan sedikit sebanyak boleh membantu mereka. Apatah lagi mereka itu saudara seagama dengan kita.

Secara psikologikal, manusia terdorong untuk membantu orang lain yang tidak bernasib baik kerana ia dapat mengurangkan kesan psikologikal yang dialami.

Manusia akan berasa bersalah sekiranya tidak membantu orang lain yang sedang dilanda musibah, seolah-olah satu kesalahan besar sekiranya tidak menghulurkan bantuan tersebut.

Kajian juga menunjukkan bahawa dengan membantu orang lain, individu akan mengalami kepuasan diri.

Oleh yang demikian, bagi mengurangkan emosi bersalah tersebut, manusia akan menghulurkan bantuan apabila diminta walaupun dengan nilai yang sangat kecil.

Gerak emosi

Sungguhpun kita mungkin perlu bersimpati, kita juga perlu berhati-hati.

Tidak semestinya gerak emosi kita selalunya benar. Adakalanya kita mungkin terperangkap dengan beberapa fenomena psikologikal yang sedang dimainkan oleh para peminta sedekah dan pemungut derma ini.

Mereka mungkin bermain dengan emosi kita sahaja, sedangkan hakikatnya mereka mungkin tidaklah menghadapi situasi sukar seperti yang kita jangkakan.

Apatah lagi dengan kewujudan pelbagai sindiket profesional yang tahu bagaimana untuk memanipulasi manusia lain.

Kita mungkin membantu bukan kerana mereka kelaparan atau mengalami kesusahan, tetapi kita telah diperangkap oleh stereotaip kelompok.

Lebih buruk sekiranya bantuan yang kita hulurkan itu berkemungkinan 'membantu' meningkatkan lagi jenayah pemerdagangan manusia.

Kajian-kajian mendapati bahawa manusia cenderung untuk memberikan bantuan apabila mempunyai maklumat bahawa orang yang dibantu mempunyai perkaitan atau ciri yang hampir sama dengan mereka yang membantu.

Sebab itulah, kita akan selalu melihat mereka yang berkopiah atau memakai jilbab meminta sedekah di hadapan masjid.

Strategi memakai kopiah atau berjilbab mungkin tidak membantu sekiranya mereka meminta sedekah di hadapan rumah ibadat bukan Islam.

Begitu jugalah apabila ada anak-anak muda yang datang meminta derma ketika kita sedang makan di restoran.

Mereka ini akan memaklumkan kepada pelanggan yang sedang menjamu selera bahawa mereka ialah anak-anak yatim yang perlu mendapatkan derma bagi membina rumah anak yatim dan sebagainya. Mereka berpakaian kemas agar kelihatan profesional.

Rasa curiga

Secara psikologikalnya, kerana mereka mempunyai ciri yang sama dengan kita, misalnya dari segi agama, kita berasa sangat perlu untuk menolong mereka.

Bagaimanapun, sesekali kita juga perlu mempunyai rasa curiga. Sekiranya mereka ialah anak yatim yang sepatutnya perlu dijaga, mengapa mereka dihantar untuk meminta derma selewat pukul 12 malam?

Siapa pula yang menghantar mereka untuk berjalan seorang diri di setiap kedai makan pada waktu selewat itu? Bukankah membiarkan anak-anak gadis ini berjalan seorang diri di waktu malam mendedahkan mereka dengan risiko yang lain?

Kajian-kajian yang pernah dijalankan juga menunjukkan bahawa manusia cenderung untuk menghulurkan derma dalam keadaan apabila diperhatikan orang lain.

Ini kerana manusia mempunyai sifat 'ego' dan perlu menunjukkan bahawa mereka mempunyai nilai terpuji, apatah lagi apabila sedang diperhatikan.

Apabila seseorang itu tidak menghulurkan bantuan tatkala sedang 'diperhatikan' oleh pelanggan lain yang sedang menjamu selera, atau jemaah yang sedang berjalan keluar dari masjid, kita berasa bahawa kita telah menonjolkan sikap buruk.

Harus diingat, 'diperhatikan' dalam konteks ini bukanlah bermaksud bahawa kita sedang diperhatikan oleh individu lain. Ia hanyalah perasaan yang bermain dalam fikiran kita sahaja.

Sebab itulah, walaupun memberikan sedekah dan derma itu hal yang terpuji, tetapi ia tidak semestinya benar dalam semua keadaan.

Sifat terpuji yang kita miliki adakalanya telah dijadikan kelemahan oleh pihak tidak bertanggungjawab membuat keuntungan. Lebih daripada itu, sikap baik kita itu mungkin membantu kepada jenayah yang lain.

Sebagai manusia, kita perlu lebih rasional dalam setiap tindakan. Setiap hari kita mungkin sedang dimanipulasi oleh manusia rakus dengan pelbagai cara.

Adakalanya kita menyangka bahawa apa yang sedang kita lakukan itu sebagai betul dan merupakan ajaran agama, tetapi sebenarnya kita mungkin sedang dimanipulasi oleh pihak lain yang mungkin sedang menggunakan nama agama.

Primadona wakili Sarimah

Posted:

Primadona wakili Sarimah

Primadona wakili Sarimah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SARIMAH (tengah) diapit oleh Mohd. Nizar (kiri) dan Presiden Primadona Worldwide Sdn. Bhd., Musharuddin Mohd ketika melancarkan produk terbaharu Primadona di Petaling Jaya baru-baru ini.


"APABILA melakukan sesuatu, jangan sesekali mengharapkan balasan. Selain itu, setiap apa yang kita lakukan perlu ikhlas dari hati. Percayalah, ia antara faktor kita mampu menjalani hidup dengan penuh kebahagiaan."

Demikian pesanan yang terucap dari bibir seniwati Datuk Sarimah Ahmad ketika ditemui selepas pelancaran produk kesihatannya yang diberi nama Primadona.

Menurut Sarimah yang kini mencecah usia 70 tahun, jika dua perkara itu dapat dilakukan dengan penuh istiqamah, hidup akan menjadi lebih tenang walaupun ada orang yang berniat jahat terhadap kita.

Mengakui pernah ditipu dalam hidupnya oleh orang yang cuba mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri, Sarimah bagaimanapun akur semua itu merupakan ketentuan Ilahi untuk menguji keimanan setiap hamba-Nya.

Apa yang penting katanya, hidup mesti diteruskan terutamanya dalam mencari bekalan untuk dibawa ke alam akhirat yang kekal abadi.

Justeru, bagi berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan dalam hidup, Sarimah tampil dengan produk kesihatan Primadona yang dikeluarkan oleh syarikatnya, Primadona Worldwide Sdn. Bhd.

"Sebenarnya sudah lama saya mengimpikan untuk buat sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat. Alhamdulillah, ia menjadi kenyataan dengan penghasilan produk ini yang saya anggap sebagai hadiah buat mereka yang sentiasa mengutamakan kesihatan dalam kehidupan.

"Secara tidak langsung, ia juga sebagai bekal buat diri apabila sudah tiada lagi di dunia ini," ungkap Sarimah yang masih lagi sihat dan anggun.

Tampil dengan persalinan blouse hitam paras lutut yang dipadankan bersama skirt merah serta tudung rona serupa, Sarimah memberitahu, produk yang dinamakan Sari AgeGard dan Sari StemShape itu dihasilkan dengan kerjasama pakar perubatan profesional.

Pengarah Perubatan Primadona Worldwide Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Nizar Zakaria berkata, rangkaian produk kesihatan tersebut dicipta melalui teknologi dwisel induk yang diperkuat dengan terapi ozon.

"Sari AgeGard menjurus kepada kecergasan dan kesihatan diri, manakala Sari StemShape pula dikhususkan bagi individu yang mahu tampil langsing secara semula jadi.

"Adunan ekstrak bahan-bahan semula jadi terbaik yang kemudian disempurnakan dengan terapi ozon mampu memberi kesan yang pantas kepada pengguna," ujar Mohd. Nizar yang berpengalaman sebagai pakar ortopedik atau pakar tulang hampir dua dekad.

Tambah Sarimah pula, pengambilan kedua-dua produk itu telah menjadi kelaziman diri pada setiap hari iaitu Sari AgeGard dimakan sebelum sarapan manakala Sari StemShape pada sebelah malam.

"Melalui pengambilan Sari StemShape, anda bukan sahaja mampu kelihatan langsing, tetapi tidak perlu bersusah payah untuk kerap ke tandas seperti mana produk langsing yang lain.

"Bagi amalan mengambil Sari AgeGard, ia menjadikan tubuh lebih cergas di samping memperoleh waktu tidur berkualiti yang diperlukan oleh manusia," kata ibu, nenek dan moyang kepada enam anak, 32 cucu dan empat cicit itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Jet tentera Syria bom stesen minyak

Posted:

Jet tentera Syria bom stesen minyak

Jet tentera Syria bom stesen minyak

AP
SEBUAH stesen minyak terbakar akibat serangan jet tentera Syria di Mleiha, dekat Damsyik semalam.


BEIRUT - Sebuah jet pejuang tentera Syria mengebom sebuah stesen minyak berhampiran Damsyik semalam menyebabkan berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera.

Ia merupakan serangan yang terburuk dalam konflik yang berlanjutan selama 22 bulan.

Beberapa aktivis yang menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, sebuah jet pejuang MiG buatan Rusia melakukan serangan itu dengan menggunakan peluru berpandu.

Menurut mereka, stesen minyak itu kemudian terbakar di bandar Mleiha.

Sebuah video amatur di internet menunjukkan sekurang-kurangnya 10 mayat bergelimpangan di stesen tersebut dengan sejumlah anggota badan manusia bertaburan.

Dalam kejadian berasingan, satu serangan udara tentera dilancarkan di bandar Moadamiyet al-Sham, barat daya Damsyik mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Untuk Syria.

Kebanyakan daripada mangsa merupakan kanak-kanak daripada ahli keluarga yang sama.

Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Bashar bermula sejak Mac 2011.

Lebih 43,000 terbunuh dalam konflik itu.

Para penentang itu menuntut Bashar meletakkan jawatan kerana mereka tidak berpuas hati dengan pentadbirannya yang tidak membawa pembaharuan sejak kebangkitan penduduk berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. - Agensi

Majalah Perancis terbit komik Nabi Muhammad SAW

Posted:

Majalah Perancis terbit komik Nabi Muhammad SAW

Majalah Perancis terbit komik Nabi Muhammad SAW

PARIS - Sebuah majalah Perancis, Charlie Hebdo yang pejabatnya pernah dilontar dengan bom api selepas ia menyiarkan kartun mempersendakan Nabi Muhammad SAW menerbitkan buku komik biografi tentang rasul berkenaan semalam.

Seorang editor Charlie Hebdo bertegas bahawa buku berjudul The Life of Mohammed itu diterbitkan setelah penyelidikan menyeluruh dilakukan oleh seorang ahli sosiologi berketurunan Perancis-Tunisia.

Editor itu, Stephane Charbonnier berkata, buku biografi tersebut disunting oleh orang Islam.

Kulit komik itu menunjukkan Nabi Muhammad bersama seekor unta melakukan perjalanan di padang pasir.

Charbonnier memberitahu agensi berita AFP bahawa idea menerbitkan buku komik itu diperoleh pada 2006 apabila sebuah akhbar di Denmark yang menyiarkan beberapa kartun menghina Nabi Muhammad disiarkan semula oleh majalah Charlie Hebdo.

Kartun itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.

Setakat semalam, tiada reaksi ketara berhubung buku komik baharu tersebut yang dijual pada harga enam euro (RM24).

Namun, pada Isnin lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam karya tersebut sebagai satu bentuk provokasi dan berniat jahat.

"Bagi mengubah kehidupan rasul Islam dalam bentuk lukisan kartun itu pun merupakan satu kesalahan," kata seorang pengguna Twiiter, Ibrahim Kalin yang bersetuju dengan pendirian Erdogan di laman web tersebut. - AFP

Wanita dilarang duduk seperti lelaki

Posted:

Wanita dilarang duduk seperti lelaki

Wanita dilarang duduk seperti lelaki


AFP
SEORANG wanita membonceng sebuah motosikal di Banda Aceh semalam.


BANDA ACEH, Indonesia - Sebuah bandar di sini akan melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam, kata datuk bandarnya semalam kerana beliau menganggap posisi tersebut tidak sopan.

Langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.

Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal.

"Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya.

"Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe," tambahnya.

Namun, kata Suaidi, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka. Bagaimanapun, katanya, mereka mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam.

Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001.

Pihak berkuasa wilayah berkenaan kerap melaksanakan hukuman rotan ke atas mereka yang didapati meminum arak dan berjudi. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


6 kereta tertimbus tanah runtuh, tiada terkorban

Posted:

6 kereta tertimbus tanah runtuh, tiada terkorban

6 kereta tertimbus tanah runtuh, tiada terkorban

03/01/2013 7:50pm

KUALA LUMPUR – Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Balai Polis Putra Height, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian itu dilapor berlaku pada pukul 6.12 petang.

"Sehingga kini maklumat yang diterima hanya melibatkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehingga kini, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang. – BERNAMA

Kerosakan rumah pam selesai diperbaiki – Syabas

Posted:

Kerosakan rumah pam selesai diperbaiki – Syabas

Kerosakan rumah pam selesai diperbaiki – Syabas

03/01/2013 7:48pm

KUALA LUMPUR – Kerosakan di dua rumah pam yang menjadi punca krisis air di ibu negara sejak 29 Disember lepas selesai diperbaiki bagi membolehkan ia beroperasi semula, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat-peringkat ke semua kawasan terbabit dalam tempoh lima hari.

Katanya, kerosakan di rumah pam Wangsa Maju siap dibaiki pada jam 11.45 pagi semalam, manakala Pudu Hulu Baru selesai jam 5 pagi ini.

Kedua-dua rumah pam telah pun beroperasi semula, tetapi rumah pam Wangsa Maju beroperasi pada kapasiti yang lebih rendah iaitu 170 juta liter sehari (JLH) berbanding kadar biasa melebihi 200JLH, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bagi membantu penduduk yang terjejas, Syabas menggerakkan sebanyak 40 buah lori tangki air dan menyediakan 174 buah tangki air statik ke kawasan terjejas. – BERNAMA

Mufti cadang tangguh alih kubur di Pengerang

Posted:

Mufti cadang tangguh alih kubur di Pengerang

Mufti cadang tangguh alih kubur di Pengerang

03/01/2013 6:51pm

KOTA TINGGI - Jabatan Mufti negeri akan menghantar surat cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor supaya menangguhkan sementara kerja-kerja pemindahan kawasan perkuburan masyarakat Islam di Pengerang, di sini.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, hasil lawatan ke tapak perkuburan baharu di Punggai, beliau mendapati ia belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar.

"Kita harap pihak yang berkenaan dapat perhalusi dahulu perkara ini sebelum urusan pemindahan 1,545 kubur termasuk 940 yang tidak berwaris membabitkan tujuh kampung dipindahkan ke kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan perkuburan Islam untuk projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di sini, hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved