Rabu, 11 Disember 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Siasat minyak dari dapur haram

Posted:

Siasat minyak dari dapur haram

Siasat minyak dari dapur haram

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

PIHAK berkuasa didakwa hanya memeriksa minyak kitar semula daripada pengusaha berlesen tetapi tidak memeriksa pengusaha tidak berlesen.
- Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan kebimbangan mengenai terdapat kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur restoran tidak halal sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar kecil) mendedahkan, tindakan itu dipercayai dilakukan oleh pengusaha-pengusaha minyak masak kitar semula tidak berlesen yang menjualnya semula pada harga murah kepada peniaga terbabit.

Menurut beliau, masalah itu tidak berlaku dalam kalangan pengusaha berlesen kerana mereka sering dipantau oleh pihak berkuasa tetapi pemantauan tidak dilakukan ke atas pengusaha minyak kitar semula haram.

"Pengusaha haram ini, selain mengitar minyak masak lebih dua kali dan menjualnya kepada peniaga pasar malam dan peniaga makan ringan tepi jalan, mereka juga tidak mustahil mencampur aduk minyak antara restoran halal dan tidak halal," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Nadzim memberitahu, pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

"Cuba periksa peniaga pasar malam, peniaga pisang goreng yang membeli minyak kitar semula itu pada harga murah. Mereka tidak membeli daripada syarikat berlesen," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, PPIM telah melantik pasukan penyiasat khas untuk menyiasat perkara tersebut dan memberi bukti kepada pihak berkuasa mengenai kewujudan penjualan minyak masak kitar semula yang tidak sesuai digunakan oleh peniaga.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rabecca guna duit dibayar Erma bantu mangsa banjir

Posted:

Rabecca guna duit dibayar Erma bantu mangsa banjir

Rabecca guna duit dibayar Erma bantu mangsa banjir

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

INILAH gambar-gambar menunjukkan barang-barang yang dibeli oleh Rabecca untuk disedekahkan kepada mangsa banjir.
Ia dimuat naik dalam Instagram pelakon itu.


KUALA LUMPUR - Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang kes saman ke atas Erma Fatima menggunakan wang yang dimenanginya untuk membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Rabecca, 23, berkata, wang sebanyak RM11,200 yang dibayar oleh pengarah filem itu dengan menggunakan not RM1 sebanyak 11,200 keping dihantar ke pejabat peguamnya kelmarin.

"Peguam saya telah menghubungi saya dan memberitahu mengenai wang tersebut. Saya kemudian meminta peguam saya supaya menghantar terus wang itu ke bank dan dimasukkan ke dalam akaun saya.

"Setelah wang tersebut diperoleh, saya terus mengajak beberapa orang rakan untuk membeli-belah di pasar raya Giant di Bukit Antarabangsa dan Mydin di Subang Jaya. Kami membeli pelbagai barangan keperluan seperti biskut dan air untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kuantan," kata artis itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Proton lancar Perdana versi baharu

Posted:

Proton lancar Perdana versi baharu

Proton lancar Perdana versi baharu


NAJIB (kanan) menerima kereta Proton Perdana edisi khas sebagai
kenderaan rasminya di lobi Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Muhyiddin (kiri).


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved