Selasa, 1 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Seorang lagi mangsa keracunan makanan meninggal dunia

Posted:

Seorang lagi mangsa keracunan makanan meninggal dunia

Seorang lagi mangsa keracunan makanan meninggal dunia

01/10/2013 9:35pm

SUNGAI PETANI - Seorang lagi mangsa keracunan makanan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Ismail Abu Taat berkata, Wan Razali

Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu pagi semalam.

Katanya, mangsa yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke HSAH.

Kematian terbaru ini menjadikan jumlah mangsa yang meninggal akibat

keracunan makanan daripada kenduri kahwin itu meningkat kepada empat orang.

Semalam tiga mangsa meninggal dunia berikutan mengalami keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas. - Bernama

Siling runtuh, kumpulan pakar siasat ditubuhkan

Posted:

Siling runtuh, kumpulan pakar siasat ditubuhkan

Siling runtuh, kumpulan pakar siasat ditubuhkan

01/10/2013 7:36pm

PELABUHAN KLANG - Satu kumpulan pakar ditubuhkan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyiasat secara menyeluruh punca kejadian runtuhan siling plaster di wad bersalin Hospital Serdang dekat sini semalam termasuk mengesan pihak bertanggungjawab.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, laporan menyeluruh mengenai kejadian tersebut dijangka diperoleh pada penghujung bulan ini.

Menurutnya, jika siasatan mendapati kontraktor gagal mematuhi reka bentuk kejuruteraan dan amalan kerja baik, pihak terbabit akan disenarai hitam dan dikenakan tindakan mahkamah.

"Kalau melibatkan kumpulan profesional, kita akan serah kepada pihak sepatutnya kerana arkitek, jurutera atau juruukur bahan ada badan tersendiri untuk uruskan hal seperti ini.

"Kita akan tengok sama ada kalau kumpulan pakar atau pihak reka bentuk yang tidak betul atau pelaksanaan kontrak tidak betul. Semua perkara ini akan kita tengok selepas selesai siasatan forensik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - KOSMO!

13 maut dilanggar kereta api

Posted:

13 maut dilanggar kereta api

13 maut dilanggar kereta api

01/10/2013 6:28pm

JAKARTA - Sebuah lori pikap sarat dengan penumpang yang baru pulang manghantar jemaah haji, dilanggar sebuah kereta api di Desa Jengkok,

di daerah Indramayu, Jawa Barat pada Isnin, mengakibatkan 13 orang maut manakala enam yang lain cedera.

Menurut polis, kejadian pada pukul 10.26 pagi itu dipercayai berlaku apabila

lori pikap itu nekad meneruskan perjalanannya di satu lintasan kereta api tidak berpalang, walaupun lampu isyarat memberi amaran bahawa kereta api akan melalui jalan berkenaan pada ketika itu.

Impak perlanggaran itu menyebabkan lori pikap itu tercampak ke dalam kawasan sawah kering, manakala kereta api dari Jakarta itu yang tidak mengalami kerosakan serius, meneruskan perjalanannya ke Solo. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved