Khamis, 31 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Khlong nadi kota Bangkok

Posted:

Khlong nadi kota Bangkok

Khlong nadi kota Bangkok

SETIAP pagi, puluhan ribu penduduk di Bangkok bergegas menaiki bot-bot kecil digelar khlong yang berulang-alik melalui terusan menuju ke pusat bandar.

Mereka rela menaiki khlong kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di ibu kota Thailand tersebut.

"Saya menaiki bot kerana ia jauh lebih cepat," kata seprang pelajar universiti berusia 18 tahun, Pam Olanthanyawat sebelum dia melompat masuk ke dalam salah sebuah bot yang sarat dengan penumpang di terusan Saen Saeb.

Ketika trafik di kota raya yang dihuni 12 juta penduduk lumpuh pada waktu puncak, orang ramai memilih terusan sepanjang 30 kilometer sebagai mod pengangkutan.

Tetapi bot-bot kecil bukan untuk orang yang penakut.

Sebahagian besar daripada pengguna khlong terdiri daripada golongan belia dengan hanya segelintir warga emas atau keluarga bersama anak-anak berani menaiki khlong.

Penumpang lelaki dan wanita lincah melompat ke dalam bot sempit walaupun ada yang memakai kasut tumit tinggi. Mereka akan berpaut pada tali yang disediakan ketika bot tersebut meluncur laju menuju ke perhentian seterusnya.


PENUMPANG lelaki dan wanita lincah melompat ke dalam bot sempit walaupun ada yang memakai kasut tumit tinggi.


Laman perkongsian video YouTube banyak memaparkan klip video menunjukkan penumpang yang tidak cukup tangkas dan ragu-ragu terjatuh ke dalam terusan berbau hanyir.

Satu klip video tersebut memaparkan insiden yang digelar tsunami khlong. Ia menunjukkan ramai penumpang basah kuyup terkena percikan air ketika bot-bot khlong melintasi mereka.

Terusan besar

Klip video tersebut telah mencatat beberapa ratus ribu tontonan.

Penumpang akan mengawal sendiri kain kanvas yang dijadikan bumbung bot dengan menggerakkannya ke atas dan ke bawah untuk memudahkan penumpang lain masuk, di samping melindungi mereka daripada terkena percikan air.

Bagaimanapun, kaedah tersebut lazimnya tidak berkesan.

"Ibu saya tidak pernah menaiki bot kerana dia begitu takut," kata Pam ketika air percikan menitis dari kanvas.

Bangkok mempunyai rangkaian terusan yang besar, walaupun pembangunan negara tersebut mengakibatkan kebanyakan sungai menjadi pendek.

Dalam pada itu, terdapat juga terusan yang tersekat dengan batang-batang paip atau pelbagai objek yang menghalang bot daripada melalui.


KESESAKAN lalu lintas di Bangkok menyebabkan penduduknya lebih rela menaiki bot berbanding menggunakan pengangkutan darat.


Profesor dan pakar pengangkutan di Universiti Thonburi, Tawatchai berkata, masalah yang dihadapi oleh penumpang khlong setimpal dengan pulangan yang diperoleh.

"Tidak ada bot yang mengalami kesesakan dan tambangnya murah," katanya.

Menurut laporan pihak berkuasa, seramai 38 juta penumpang bergerak menggunakan khlong atau 100,000 orang sehari pada tahun 2012.

Bagi mereka yang menaiki dari pinggir bandar, tambang bot sangat murah berbanding kereta api laju iaitu kurang daripada 20 baht (RM2).

Bas adalah antara pengangkutan awam yang paling murah di bandar, tetapi dengan keadaan tingkap terbuka, penghawa dingin rosak dan tersangkut dalam trafik lalu lintas menjadikannya pilihan terakhir.

Ketika ini, pengangkutan khlong diuruskan oleh syarikat persendirian, Family Transport yang menyediakan 70 bot meliputi kawasan terusan sejauh 20 kilometer.

Tawatchai berkata, cabarannya adalah infrastruktur di Bangkok yang perlu dipertingkatkan.

Pihak berkuasa perbandaran sedang menguji bot-bot awam dengan jarak perjalanan 11 kilometer dan menambah 14 pontun baharu daripada jumlah 27 yang telah digunakan sebelumnya.

Laluan khlong

Kerajaan Bangkok juga menjanjikan untuk membuat tambahan tempat rawatan sisa kumbahan dan loji air bagi menyediakan persekitaran yang lebih bersih untuk laluan khlong.

Baru-baru ini satu artikel dari akhbar bahasa Inggeris, Bangkok Post melahirkan kekecewaan terhadap pihak kerajaan kerana tidak ada terusan atau sungai besar yang dibina di pusat bandar.


ORANG ramai beriadah di sungai Cheonggyecheon yang terletak di tengah-tengah Seoul, Korea Selatan.


Akhbar tempatan itu turut membandingkan tindakan kerajaan Korea yang menggalakkan pembinaan dengan memberikan peruntukan untuk pembinaan laluan terusan di tengah bandar mereka.

"Seoul boleh melakukannya, mengapa tidak Bangkok dan kerajaan kita?" kata kenyataan itu merujuk kepada sungai Cheonggyecheon yang dibuat di tengah-tengah Seoul. Di sungai tersebut, penduduk bandar turut boleh merendamkan kaki mereka ke dalam air dan berkelah di sekitar.

Agensi pelancongan, The Rough Guide to Bangkok berkata, Khlong Saen Saeb merupakan satu pengalaman yang berbaloi kepada pengunjung yang ingin ke ibu negara Thailand yang turut digelar Venice Asia.

"Khlong adalah pengangkutan yang paling cepat dan mengujakan dalam melakukan lawatan antara bahagian barat dan timur bandar jika pengunjung boleh tahan dengan bau terusan," kata agensi itu.

Mengulas lanjut mengenai persekitaran terusan, Pam berkata, ibunya masih boleh mengingati air terusan yang pernah bersih pada masa dahulu, namun ia masih tidak setanding dengan terusan kontemporari dan akuatik sistem transit di Itali Venice.

"Ini seperti Venice?" katanya, dengan wajah terkejut kerana ternyata terusan yang sedang dilaluinya berbau hanyir dan busuk.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


UiTM, Landskap Malaysia catat rekod tanam pokok

Posted:

UiTM, Landskap Malaysia catat rekod tanam pokok

UiTM, Landskap Malaysia catat rekod tanam pokok

JEANNE (depan enam dari kiri), Abdullah (depan tujuh dari kiri) dan Sahol Hamid (depan lapan dari kiri) bergambar bersama peserta program penanaman pokok meranti bukit terbesar di UiTM, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


SEJARAH. Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Landskap Malaysia melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan program penanaman 2,013 batang pokok meranti bukit secara serentak di semua kampus universiti itu di seluruh negara baru-baru ini.

Lebih membanggakan apabila kejayaan program yang dikenali sebagai Going Green UiTM 2013 itu direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai acara penanaman pokok terbesar yang pernah diadakan di negara ini setakat ini.

Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah berkata, program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya memelihara alam sekitar khususnya dalam memastikan spesies pokok-pokok hutan dapat dikekalkan untuk generasi masa depan.

Turut hadir memeriahkan program itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar.

Perlis bantu masyarakat India sambut Deepavali

Posted:

Perlis bantu masyarakat India sambut Deepavali

Perlis bantu masyarakat India sambut Deepavali


KHAIRI (lapan dari kiri) bersama sebahagian penerima sumbangan sempena Deepavali di Dewan 2020, Kangar, Perlis baru-baru ini.


SAMBUTAN. Lebih 603 penduduk India di Perlis diraikan oleh kerajaan negeri pada Majlis Sumbangan Sempena Deepavali di Dewan 2020, Kangar baru-baru ini.

Mereka turut diberi sumbangan duit raya terutamanya orang kelainan upaya, ibu tunggal, peserta program rakyat termiskin, warga emas dan anak yatim.

Sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban mereka menjelang perayaan Deepavali.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Pembangunan Sumber Manusia negeri, Khairi Hassan. Turut hadir Exco Pembangunan Wilayah, Koridor dan Bandar Bharu negeri, Sabry Ahmad dan Exco Wanita dan Pembangunan Masyarakat negeri, Rela Ahmad.

35 staf Jabatan Pertanian sertai kursus gubahan bunga

Posted:

35 staf Jabatan Pertanian sertai kursus gubahan bunga

35 staf Jabatan Pertanian sertai kursus gubahan bunga


PEGAWAI dan kakitangan Jabatan Pertanian bergambar kenangan pada Kursus Gubahan Bunga Segar di Pusat Teknologi Florikultur dan Herba, Kompleks Jabatan Pertanian Serdang, Selangor baru-baru ini.


GUBAH. Seramai 35 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia menyertai Kursus Gubahan Bunga Segar anjuran Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Selangor di Pusat Teknologi Florikultur dan Herba, Kompleks Jabatan Pertanian Serdang, Selangor baru-baru ini.

Kursus yang bertemakan Gerbang Perkahwinan itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik dan kaedah yang betul dalam menggubah bunga segar.

Setiap peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan mereka dikehendaki menghasilkan gubahan dengan menggunakan bunga-bunga segar.

Kesemua peserta memberikan maklum balas yang positif terhadap penganjuran kursus itu, malah mereka berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pekebun haram bawa bencana

Posted:

Pekebun haram bawa bencana

Pekebun haram bawa bencana

KEADAAN bukit yang gondol akibat diterokai untuk tujuan pertanian di Brinchang, Cameron Highlands.


CAMERON HIGHLANDS - Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu merupakan petanda awal pusat peranginan terkenal itu kini menjadi bom jangka untuk berlakunya bencana alam besar-besaran.

Kerakusan pekebun haram menarah kawasan itu sesuka hati untuk dijadikan kebun sayur komersial tanpa memikirkan impaknya kepada alam sekitar mula membawa padah.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands, R. Ramakrishnan berkata, lebih mengejutkan, daripada sejumlah lebih 4,000 buah kawasan kebun sayur di tanah tinggi negeri Pahang itu, separuh daripadanya diteroka secara haram.

Dalam satu pertemuan eksklusif bersama Kosmo! baru-baru ini, beliau mendedahkan senario menggerunkan dengan membuat dakwaan berlaku 200 tan tanah terhakis di Cameron Highlands bagi setiap hektar dalam setahun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Orang Minyak buat pusingan U

Posted:

Orang Minyak buat pusingan U

Orang Minyak buat pusingan U

RAUB - Seorang perogol bersiri yang sedang menjalani hukuman penjara 133 tahun dan sebatan 50 kali menukar pengakuan kepada tidak bersalah terhadap dakwaan merompak dan merogol isteri seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong hujung tahun lalu.

Rabidin Satir, 42, sepatutnya dijatuhi hukuman pada prosiding di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas dia mengaku salah atas tiga pertuduhan itu ketika didakwa kali pertama 7 Oktober lalu.

Tertuduh yang dikenali sebagai Orang Minyak dan Rambo Bentong itu bagaimanapun menukar fikiran semasa pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Shahrizat Ismail.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jadi pengawal untuk samun kedai emas

Posted:

Jadi pengawal untuk samun kedai emas

Jadi pengawal untuk samun kedai emas

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF dan KHAIRIYAH HANAFI
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan yang baru sebulan bekerja tergamak menyamun kedai emas majikannya yang beroperasi di dalam pusat beli-belah KL Festival City, Setapak di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, suspek yang dikenali sebagai Hikman Jacob, 23, dari Sabah meluru ke arah pengurus premis lalu mengacu pistol ke arah mangsa.

Ketika kejadian, selain mangsa, terdapat tujuh orang pekerja sedang menyusun barang kemas di ruang cermin pameran di aras bawah bangunan tiga tingkat tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Khairy persoal cara jualan tiket

Posted:

Khairy persoal cara jualan tiket

Khairy persoal cara jualan tiket

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

STADIUM Shah Alam turut diserbu penyokong kedua-dua pasukan untuk mendapatkan tiket final Piala Malaysia semalam.


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil memberi penjelasan kepada peminat tempatan berhubung isu tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 yang habis dijual dalam tempoh singkat.

Setiap kali tiba perlawanan-perlawanan besar seperti kempen Piala FA, Piala Malaysia mahu pun Liga Super Malaysia, masalah tiket yang cepat habis dijual di kaunter masih berterusan, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai jumlah sebenar peruntukkan tiket yang disediakan FAM.

Terbaharu, sebanyak 15,000 daripada 75,000 keping tiket perlawanan akhir melibatkan pasukan Pahang dan Kelantan pada Ahad ini juga dilaporkan habis dijual di Stadium Shah Alam hanya dalam tempoh sejam.

Situasi tersebut menyebabkan Khairy mempersoalkan kredibiliti FAM dalam mengawal permintaan tinggi pembelian tiket berkenaan serta kelemahan badan bola sepak negara itu mengekang sindiket 'ulat tiket' yang semakin berleluasa ketika ini.

"Saya rasa FAM perlu beri penjelasan kepada semua peminat bola sepak di Malaysia berhubung perkara ini kerana ia sesuatu yang tidak adil kepada peminat kita.

"Mesti ada penjelasan tentang berapa jumlah tiket yang diperuntukkan bagi jualan runcit atau pun pukal dan kepada siapa jualan ini diberikan.

"Kalau dijual secara pukal, saya juga nak tahu sama ada FAM melakukan kawalan ketat atau tidak ketika menjualnya kerana tidak mahu tiket-tiket tersebut akhirnya sampai kepada ulat tiket," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pembukaan Persidangan Sukan Untuk Semua ASEAN di Putrajaya, semalam.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam hingga hari ini itu bertujuan mempromosikan keperluan dan kepentingan dalam membangunkan sukan untuk semua bagi meningkatkan kualiti hidup.

Seramai 145 peserta tempatan dan 30 peserta dari negara rantau ASEAN termasuk seorang pakar dari Amerika Syarikat menyertai persidangan berkenaan.

Dalam perkembangan yang sama, Khairy turut meminta FAM menempatkan pegawai mereka untuk membuat kawalan di sekitar luar Stadium Shah Alam bagi membendung kegiatan 'ulat tiket' pada hari perlawanan akhir Piala Malaysia, Ahad ini.

"FAM perlu cegah perkara ini daripada berleluasa terutama di sekitar stadium, namun kita faham jika penjualan tiket haram ini berlaku di tempat yang jauh dari stadium, perkara ini tidak dapat dikekang.

"Kita mahu satu pemantauan dilaksanakan oleh FAM kerana kalau di UK (United Kingdom) perbuatan menjual tiket secara haram adalah satu jenayah," kata Khairy lagi.

Pahang tidak tertekan

Posted:

Pahang tidak tertekan

Pahang tidak tertekan

Oleh M. RIZAL NOR
sukan@kosmo.com.my


PARA pemain Pahang bersalaman dengan Dollah (kiri) sebelum memulakan latihan mereka di Kuantan semalam.


PAHANG tidak berdepan tekanan untuk menghadapi juara bertahan, Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Penyerang skuad Tok Gajah, Mohd. Fauzi Roslan berkata, dia bersama rakan-rakan sepasukan akan memberi persembahan terbaik dalam misi mereka untuk bergelar juara kejohanan berprestij tanah air itu.

"Semua pemain dalam keadaan bersemangat untuk mempamerkan persembahan terbaik buat Pahang pada final itu nanti.

"Saya bertekad untuk menjaringkan gol buat Pahang, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain," katanya kepada pemberita di Kuantan semalam.

Tambah Mohd. Fauzi, mereka juga sudah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi ancaman Kelantan pada perlawanan akhir itu nanti.

Ujar Mohd. Fauzi lagi, dia bersama rakan-rakan sepasukan juga tidak mahu mengecewakan harapan ketua jurulatih, Dollah Salleh serta para penyokong setia skuad Tok Gajah.

"Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir memang menjadi impian kami selama ini dan kami tidak mahu melepaskan peluang untuk menjulang Piala Malaysia.

"Ada yang menganggap Pahang bukan pasukan pilihan untuk muncul juara, tetapi kami akan membuktikan kemampuan Pahang yang sebenar," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Fauzi menyeru rakan sepasukannya supaya tidak leka serta mudah terpedaya dalam menghadapi taktik permainan Kelantan.

Beliau menambah, mereka akan sedaya upaya mempertahankan bahagian tengah serta benteng pertahanan supaya tidak mudah ditembusi skuad Kijang.

"Kelantan mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu mengucar-kacir kawasan tengah dan pertahanan," katanya.

Kelantan ada kemampuan

Posted:

Kelantan ada kemampuan

Kelantan ada kemampuan

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


HODAK (kanan) berbincang sesuatu dengan kapten Kelantan, Badhri Radzi sebelum memulakan latihan di Kota Bharu semalam.


KELANTAN memiliki kemampuan untuk menjulang Piala Malaysia, Ahad ini.

Demikian tegas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menjelang perlawanan akhir piala paling berprestij tanah air itu menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Menurutnya, dia tidak menghiraukan semangat pasukan lawan yang kali terakhir bergelar juara pada tahun 1992.

"Semangat para pemain Pahang mungkin berada pada tahap kemuncak untuk mengulangi kejayaan mereka kira-kira 21 tahun lalu namun, para pemainnya juga kini berada dalam keadaan terbaik untuk memastikan Piala Malaysia terus kekal di bumi Kelantan," tegas Hodak.

Menurutnya, The Red Warriors tidak berdepan sebarang tekanan untuk menghadapi perlawanan kali ini biarpun ramai pemerhati bola sepak menganggap Kelantan adalah pasukan pilihan untuk muncul juara berbanding Pahang.

"Semangat 1992? Saya tidak tahu apa-apa mengenainya, saya belum berada di Malaysia ketika itu. Pada saya, ia pastinya menjadi perlawanan yang sengit, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang, 50-50 dan kita mampu untuk memenanginya.

"Apa yang baik buat Pahang, mereka akan turun bermain tanpa tekanan kerana ramai yang memilih Kelantan untuk menang.

"Pada saya, kita tidak merasai tekanan tersebut, kita sudah bergelar juara trebel musim lalu. Musim ini juga kita sudah memenangi Piala FA dan satu lagi trofi kita anggap sebagai bonus," katanya ketika ditemui di Kota Bharu kelmarin.

Tambahnya, persiapan skuad Kelantan berjalan dengan baik terutama 'mood' para pemain yang kini berada pada tahap terbaik apabila masing-masing bersaing untuk mencari tempat bagi disenaraikan dalam kesebelasan utama pada perlawanan akhir nanti.

Katanya, ketiadaan Obinna Nwaneri sedikit merencatkan persiapan namun, ia tidak begitu mempengaruhi sehingga menimbulkan masalah besar kerana rata-rata pemain Kelantan yang ada, memiliki pengalaman untuk beraksi dalam perlawanan berprofil tinggi seperti itu.

"Masalah pada kita ialah ketiadaan Obinna yang cukup berpengaruh di bahagian pertahanan tetapi, itu bukan sesuatu yang merunsingkan kita kerana sebahagian besar pemain Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di final tidak seperti Pahang namun, mereka memiliki pemain muda yang hebat.

"Saya mungkin akan melakukan satu atau dua pertukaran dan perlu mencari pengganti untuk Obinna. Saya perlu membuat keputusan sama ada menggunakan khidmat K.Nanthakumar yang mempunyai pengalaman atau pun Rizal Fahmi Rosid yang sentiasa bermain dalam perlawanan akhir.

"Mungkin Zairul Fitree Ishak kerana dia juga pernah bermain pada perlawanan akhir sebelum ini. Saya perlu melakukan rombakan, Farisham (Ismail) juga oleh diletakkan di pertahanan tengah, kita memiliki beberapa pilihan dan sudah tentu melegakan."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rakyat Malaysia ditahan di FIlipina akan dihantar pulang - Wisma Putra

Posted:

Rakyat Malaysia ditahan di FIlipina akan dihantar pulang - Wisma Putra

Rakyat Malaysia ditahan di FIlipina akan dihantar pulang - Wisma Putra

31/10/2013 10:40pm

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Filipina di Zamboanga City, selatan Filipina, 4 Oktober lepas, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) akan dihantar pulang ke Malaysia.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan atas dakwaan kesalahan memasuki negara itu tanpa dokumen sah dan akan dihantar pulang selepas mendapat kebenaran daripada Biro Penyiasatan Kebangsaan Filipina.

Pihak berkuasa Filipina memaklumkan kepada Kementerian Luar bahawa lelaki itu mengaku sebagai anggota MNLF.

"Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada siasatan pihak berkuasa Filipina," demikian menurut kenyataan Wisma Putra hari ini.

Kenyataan itu menyebut lelaki berkenaan kini ditahan di Pusat Tahanan Biro Imigresen, Bucutan, Taguic City di Manila dan sedang menunggu penguatkuasaan perintah penghantaran pulang. - Bernama

Kegiatan pengintipan: Wisma Putra dapatkan penjelasan Duta AS

Posted:

Kegiatan pengintipan: Wisma Putra dapatkan penjelasan Duta AS

Kegiatan pengintipan: Wisma Putra dapatkan penjelasan Duta AS

31/10/2013 10:35pm

KUALA LUMPUR - Wisma Putra telah mendapatkan penjelasan daripada Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Joseph Y. Yun berhubung dakwaan mengenai kegiatan pengintipan di kedutaan negara itu di sini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini berkata, Yun menyatakan bahawa semua kegiatan pengawasan yang dijalankan oleh AS di seluruh dunia adalah bagi tujuan keselamatan.

Ini khususnya untuk mengenal pasti kewujudan ancaman seperti keganasan dan senjata pemusnah besar-besaran.

Isu itu timbul berikutan laporan akhabar mengenai dakwaan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa AS mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaan AS di Kuala Lumpur.

"Duta itu menyatakan Kedutaan AS telah menerima arahan daripada Washington D.C. untuk menyemak semula skop kerjanya dalam perkara itu," kata Anifah dalam kenyataan.

Menteri itu berkata, duta Amerika itu turut memberi jaminan bahawa privasi individu tidak akan terjejas.

"Wisma Putra sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa relevan Malaysia berhubung perkara ini dan sekiranya terdapat bukti sahih, kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Wisma Putra memberi jaminan keselamatan dan kedaulatan Malaysia adalah menjadi keutamaan kerajaan Malaysia," kata Anifah. - Bernama

Cuepacs mahu penambahbaikan pada semua, bukan hanya 81 skim

Posted:

Cuepacs mahu penambahbaikan pada semua, bukan hanya 81 skim

Cuepacs mahu penambahbaikan pada semua, bukan hanya 81 skim

31/10/2013 10:31pm

SHAH ALAM - Cuepacs mahu penambahbaikan skim perkhidmatan kakitangan awam tidak terhad kepada 81 skim sebaliknya meliputi kesemua lebih 200 skim.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penambahbaikan skim perkhidmatan awam perlu dibuat secara menyeluruh bagi mengelak produktiviti dalam kalangan 1.3 juta penjawat awam terjejas jika 81 skim sahaja ditambah baik.

"Kita berharap bukan untuk 81 skim sahaja, kita ada lebih 200 skim.

Kita mahu sebelum 31 Disember ini, kalau boleh semua skim dapat penyelesaian," katanya semasa melawat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Padang Jawa hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti JPJ, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.

Begitu juga dengan kumpulan pentadbiran sistem maklumat dan kewangan serta kumpulan pengurusan dan profesional, katanya.

Omar berkata, Cuepacs akan mendengar taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya esok berkaitan skim yang akan ditambah baik dan pihaknya dijangka membangkitkan keperluan penambahbaikan kepada semua skim.

Beliau juga berkata, gred gaji permulaan bagi anggota penguatkuasa masih rendah iaitu kira-kira RM800 sebulan berbanding gaji minimum yang ditetapkan kerajaan sebanyak RM900 sebulan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kanada miliki mesin duit maya pertama di dunia

Posted:

Kanada miliki mesin duit maya pertama di dunia

Kanada miliki mesin duit maya pertama di dunia

SEORANG lelaki menyaksikan mesin duit maya itu.


VANCOUVER - Tiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit yang boleh digunakan untuk traksaksi di internet.

Mesin itu yang dikenali sebagai Bitcoin adalah yang pertama di dunia.

Ia digunakan kelmarin yang kemudian dihantar ke Vancouver di barat Kanada oleh sebuah syarikat pengeluar mesin tersebut di Amerika Syarikat (AS), Robocoin.

Mesin itu diletakkan di dinding sebuah kedai kopi popular dan menyerupai sebuah Mesin Teler Automatik (ATM).

Bagaimanapun, selain mampu melakukan urus niaga tunai, ia juga mampu menukarkan mata wang Kanada dengan duit maya yang digunakan dalam dunia internet.

Duit itu mula dicipta pada tahun 2008 oleh seorang saintis komputer yang hanya dikenali dengan nama samaran Satoshi Nakamoto.

Beberapa orang pelanggan mula beratur panjang kelmarin untuk menggunakan mesin ATM itu dan kemudian menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli air kopi dan mufin di kedai kopi Waves.

"Mesin ATM ini adalah yang pertama di dunia," kata pengasasnya, Mitchel Demeter.

Demeter merupakan seorang usahawan tempatan yang memulakan perdagangan mata wang elektronik beberapa tahun lalu.

Dia dan rakan-rakannya yang pernah belajar bersama berkata, mereka melihat mesin ATM sebagai sebuah peluang perniagaan.

"Tiada orang memiliki mesin ATM. Semua orang hanya melakukan pembelian dan penjualan di dalam laman web sahaja," kata Demeter.

Para pelanggan akan menggunakan nombor pengenalan peribadi untuk mengakses akaun mereka di mesin duit maya itu.

Pelanggan-pelanggan itu akan memasukkan wang kertas ke dalam mesin tersebut yang akan menukarkannya ke dalam bentuk mata wang maya yang akan dimasukkan ke dalam telefon bimbit menerusi kaedah pengimbas.

Para pengguna kemudian akan membelanjakan duit maya itu dengan menggunakan telefon bimbit iaitu cara yang sama kad kredit digunakan. - AFP

Israel umum bina rumah haram

Posted:

Israel umum bina rumah haram

Israel umum bina rumah haram


BEBERAPA orang bekerja di sebuah lokasi pembinaan kediaman di Ramat Shlomo, timur Baitulmuqaddis semalam.- REUTERS


BAITULMUQADDIS - Pemerintah Israel semalam mengumumkan rancangan untuk membina 1,500 rumah baharu di timur bandar Baitulmuqaddis.

Sebahagian bandar itu turut dituntut oleh pihak Palestin.

Pengumuman itu dibuat sejam selepas regim Zionis membebaskan sekumpulan tahanan Palestin sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mengadakan rundingan damai.

Pembinaan penempatan tersebut dilihat sebagai satu cubaan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai balasan kerana membebaskan tahanan berkenaan.

Tindakan itu telah mendapat kritikan hebat oleh penduduk Yahudi.

Tahanan-tahanan tersebut dipenjarakan kerana telah melakukan serangan maut ke atas penduduk Israel.

Seorang jurucakap Kementerian Dalam Negari Israel, Lital Apter berkata,sebanyak 1,500 kediaman akan dibina di Ramat Shlomo yang merupakan satu penempatan yang luas di Baitulmuqaddis.

Katanya, Israel turut merancang untuk membangunkan sebuah tapak arkeologi dan pelancongan dekat Bandar Lama di sini.

Israel menawan Baitulmuqaddis termasuk Tebing Barat dan Genting Gaza menerusi Perang Asia Barat pada tahun 1967.

Penduduk Palestin mahu menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara mereka. - AP

Cincin hilang 25 tahun lalu ditemui

Posted:

Cincin hilang 25 tahun lalu ditemui

Cincin hilang 25 tahun lalu ditemui


ALWORTH menunjukkan cincin miliknya yang hilang 25 tahun lalu di Encinitas, San Diego kelmarin.- AP


ENCINITAS, San Diego - Sebentuk cincin milik bekas bintang sukan bola sepak Amerika, Lance Alworth yang hilang 25 tahun lalu akhirnya berjaya ditemui semula, kata Jabatan Syerif San Diego kelmarin.

Cincin itu dicuri pada tahun 1998 dari sebuah bar di San Diego, Amerika Syarikat semasa pameran barang-barang cendermata sukan berlangsung.

Penemuan cincin itu bermula selepas satu pasangan dari Palm Springs menerima cincin tersebut pada tahun 2001.

Mereka memperoleh cincin itu yang dicagarkan oleh seorang lelaki yang meminjam wang daripada pasangan tersebut sebanyak AS$5,000 (RM15,734). Lelaki itu menyatakan dia memperoleh cincin itu menerusi satu permainan poker.

Pasangan itu kemudian memutuskan untuk menjual cincin tersebut menerusi satu lelongan.

Baru-baru ini, Alworth menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang tidak dikenali dengan niat untuk menjual cincin tersebut.

Namun, individu itu menetapkan syarat Alworth perlu membayarnya sebanyak AS$44,000 (RM138,465).

Jabatan syerif kemudian melancarkan siasatan selepas panggilan telefon itu dibuat.

Anggota-anggota syerif kemudian menemui cincin itu di sebuah firma lelongan di Laguna Niguel.

Lelongan cincin itu akan dibuat pada 20 November depan dengan harga permulaan sebanyak AS$44,000.

Cincin itu kini telah dipulang semula kepada Alworth.

Setakat ini tiada tangkapan telah dibuat berhubung kes itu.

Alworth dihadiahkan cincin itu pada tahun 1972 selepas pasukan yang diwakilinya, Dallas Cowboys mengalahkan Miami Dolphins dengan mata 24-3 di New Orleans. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Natalie Portman bunga hati Thor

Posted:

Natalie Portman bunga hati Thor

Natalie Portman bunga hati Thor

SELEPAS filem Thor pada tahun 2011, wajah aktres Natalie Portman hilang sebentar dari layar perak.

Menyepi setelah memenangi anugerah Oscar untuk watak Nina Sayers dalam filem Black Swan serta melahirkan permata hati pertamanya, Aleph Portman-Millepied pada Jun 2011, Natalie kini kembali.

Kemunculan semulanya tahun ini umpama balas dendam apabila sebanyak empat buah filem menanti tayangan secara giliran iaitu Thor 2: The Dark World, Knight Of Cups, Jane Got A Gun dan sebuah filem arahan Terrence Malick yang masih belum mempunyai judul.

Filem terdekat menemui penonton sudah pasti sekuel filem Thor iaitu Thor 2: The Dark World yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada hari ini.

Bercakap tentang filem epik yang turut menjalani penggambaran sekitar London, England, Natalie mengakui, dia cukup gembira apabila dapat kembali sebagai Jane Foster dan menjalin semula cinta yang tertangguh dengan Thor.

"Memang seronok dapat kembali sebagai Jane. Bagi saya, sangat sukar untuk mendapat peluang memegang watak sebagai sainstis wanita dalam filem epik seperti ini," ujarnya.

Sambung Natalie, 32, disebabkan cintanya dengan Thor tertangguh dalam filem pertama, sekuel ini menyaksikan mereka kembali bersatu sebagai pasangan.

"Jane masih rindukan Thor tetapi dan cuba meneruskan hidupnya. Bagaimanapun dia marah dan sedih kerana Thor tidak berjumpa dengannya ketika Thor berada di bumi sewaktu menyelamatkan bumi (The Avengers).

"Namun, selepas ditenangkan Thor dan diberitahu alasan yang kukuh, Thor dan Jane menjadi satu pasukan yang hebat bukan sahaja dalam cinta tetapi juga dalam misi menyelamatkan bumi," ujarnya.

Apabila disoal tentang perasaannya ketika bercium dengan watak Thor yang dipegang oleh Chris Hemsworth, Natalie hanya tertawa.

Dia hanya mempunyai ketinggian 162 sentimeter (sm) sedangkan Chris berketinggian 195sm.


NATALIE PORTMAN dan Chris Hemsworth kembali bergandingan dalam Thor 2: The Dark World sebagai pasangan kekasih.


"Saya memegang watak Jane itu kerana saya dapat buat sesiapa kelihatan lebih besar apabila mereka berdiri di sebelah saya. Mungkin penonton tidak sedar tetapi saya seorang yang sangat rendah.

"Biasanya pihak produksi akan menyedia pentas kecil atau bongkah kayu ketika saya berjalan atau adegan romantis supaya wajah saya sentiasa hampir dengan wajah Chris. Bagi saya Chris kekasih yang hebat di layar perak," tutur Natalie membocorkan rahsia.

Luahnya lebih lanjut tentang Chris, ternyata Natalie cukup senang bekerjasama di samping aktor kelahiran Australia itu.

"Saya sentiasa senang dan seronok bekerja dengan Chris kerana dia sentiasa berlawak di set penggambaran. Jika diikutkan, dia paling penat kerana banyak adegan aksi tetapi dia sentiasa penuh dengan tenaga.

"Dia juga seorang yang sangat fokus dengan kerjanya dan saya tidak pernah tertekan sepanjang menjadi Jane di sampingnya," ujarnya.

Terpukau di Asgard

Dalam filem sekuel ini, Natalie turut mengikut Thor ke tempat asalnya di Asgard dan bagi Natalie, set penggambaran yang menjadikan Asgard realiti cukup hebat.

"Set penggambaran cukup hebat. Saya berjalan masuk ke set penggambaran seperti anak kecil yang terpukau dengan keindahan serta kebolehan kru menjadikannya realiti.

"Dalam hati saya berkata, kami sedang buat filem, terlupa yang saya turut berlakon (ketawa). Sebagai pelakon saya amat berbesar hati kerana berpeluang untuk melihat kerja tangan yang halus. Dewan sains di Asgard sangat cantik," katanya.

Selain set penggambaran, pakaiannya dalam sekuel ini turut berubah kerana harus disesuaikan dengan suasana di Asgard bukannya di bumi.

"Semua baharu bagi saya termasuk pakaian mengikut penduduk di Asgard. Jadi, watak saya secara automatik menjadi tidak selesa dengan pakaian yang disarungkan di Asgard.

"Lucunya, Jane telah menggabungkan jaket moden yang dipakainya ketika di bumi dengan gaun Asgard. Gabungan itu memang pelik dan cukup untuk membuatkan orang ketawa," katanya.

Selepas filem Thor dan The Avengers, penonton masih teruja mengikuti watak Thor dan saudara angkatnya, Loki.

Jelas Natalie, perjalanan hidup dan konflik hidup Thor yang mudah dikaitkan dengan kehidupan semua orang menjadi kunci utama kenapa watak Thor terus diminati.

"Thor seorang yang mengharungi kesukaran hidup seperti mana manusia lain. Dia mempunyai masalah dengan bapanya, nasibnya yang harus menjadi raja dan bertarung apa yang ingin dilakukan dalam hidupnya.

"Semua ini merupakan rencah klasik yang menjadi sebahagian dalam kehidupan kita hari ini," tuturnya.

FIGURA jelita ini kini sedang bahagia menjalani rutin kehidupan sebagai isteri dan ibu.


Los Angeles ke Paris

Beralih ke kehidupan peribadinya, Natalie yang berkahwin dengan Benjamin Millipied, seorang koreografer ballet yang ditemui ketika berlakon dalam filem Black Swan, dikhabarkan bakal berpindah ke Perancis pada penghujung tahun depan.

Natalie sanggup meninggalkan Los Angeles demi mengikut suaminya yang menjadi pengarah Paris Opera Ballet.

"Saya amat sukakan Los Angeles kerana ia tempat yang menarik dan penuh dengan kesenian. Apabila Ben bertanyakan kepada saya adakah saya mahu tinggal di Perancis, saya terkejut.

"Semua orang mengidam untuk tinggal di Perancis kerana ia sebuah tempat yang hebat di dunia. Bahasa Perancis saya okey, rasanya tidak ada masalah untuk berkomunikasi.

"Selepas berbincang dan meneliti apa yang patut serta apa yang kami peroleh sepanjang berada di sana, kami bersetuju untuk berpindah pada penghujung tahun depan," tuturnya.

Natalie yang kini tampil dengan rambut paras bahu mengakui, sebelum ini dia seorang yang takut untuk meluahkan pendapatnya kerana bimbang disalah erti.

"Saya tidak suka meluahkan pendapat secara lantang tetapi sekarang saya sudah boleh meluahkan pendapat saya secara terbuka mengikut peredaran masa.

"Saya sedar, sikap saya yang tidak suka beri pendapat sebelum ini adalah cuba membuatkan semua orang suka dan senang dengan saya. Itu pemikiran saya yang tidak matang (ketawa).

"Sekarang saya lebih matang dan boleh berbicara tentang sebarang topik tanpa rasa gentar," akuinya.

Saya tak nak jadi perabot tua - FBI

Posted:

Saya tak nak jadi perabot tua - FBI

Saya tak nak jadi perabot tua - FBI

Oleh MALIAH SURIP

FAIZAL ISMAIL mengakui dia seorang yang sentiasa merancang soal masa depan dan realistik terhadap kitaran kehidupan. Justeru, dia selalu memikirkan perkara yang lebih menjamin kestabilan ekonominya dan keluarga.


PADA 24 Oktober lalu, tanpa angin atau ribut, Faizal Ismail melalui medium sosial Twitter dan Facebook peribadinya mengumumkan dirinya meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM.

Pengumuman tersebut telah mengejutkan banyak pihak, sementelah Faizal mahu mengundurkan diri pada saat namanya masih menjadi sebutan sebagai salah seorang penyampai radio paling popular di Malaysia.

Alasan Faizal yang terkenal dengan jolokan FBI itu, dia mahu memberi fokus terhadap perniagaan yang baru ditubuhkan dua bulan lalu, FBI Entertainment. Sdn. Bhd.

Tidak memberi sebarang kenyataan pada hari berita tersebut tersebar kerana menghormati syarikat tempatnya bekerja, Faizal hadir bersama Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul bertemu pihak media memberi pencerahan terhadap keputusan nekadnya untuk memulakan cabaran baharu dalam kehidupannya.

Kosmo!: Mungkin Faizal boleh lanjutkan kenyataan tentang pengumuman meninggalkan Hot FM seperti yang diumumkan pada 24 Oktober lalu. Adakah benar anda berhenti 24 jam atau bagaimana proses persaraan ini terjadi?

FAIZAL: Pertama sekali, saya memohon maaf kerana selepas membuat pengumuman peletakan jawatan pada 24 Oktober lalu, saya gagal dihubungi pihak media. Ini kerana saya mahu menghormati pihak tempat saya bekerja yang juga terkejut dengan keputusan saya.

Keputusan tersebut saya ambil tanpa pengetahuan sesiapa, kecuali isteri dan berfikir ini adalah masa terbaik buat saya memulakan satu fasa lain iaitu mengembangkan bisnes saya yang baru bermula dua bulan lalu.

Sebenarnya, ia bukan peletakan jawatan 24 jam seperti yang didakwa, sebaliknya saya mengikut prosedur syarikat iaitu surat peletakan jawatan itu akan aktif dalam tempoh enam bulan. Mungkin, ada yang menyangka 24 Oktober sebagai 24 jam, jadi kekeliruan berlaku di situ.

Jadi, sebenarnya bila anda benar-benar akan meninggalkan Hot FM?

Selepas perbincangan, perkhidmatan saya secara kontrak akan tamat pada 15 November ini. Namun, bermula Disember, saya akan bekerja secara sambilan pada hujung minggu untuk mengisi slot yang sesuai dengan saya.

TETAP SAHABAT... Seelan Paul (kiri) mengaku mengekalkan Faizal sebagai penyampai sambilan di Hot FM kerana ia bersifat bisnes iaitu rating pendengar yang tinggi dimiliki oleh Faizal.


Anda sedang berada di puncak karier dan begitu popular tetapi mengapa berani mengambil keputusan drastik sebegini?

Saya tidak mahu hidup dalam kepompong atau zon selesa yang membuatkan saya lupa untuk mencabar dan mempertingkatkan diri. Saya kira, tujuh tahun lalu sebelum saya menyertai stesen radio ini, banyak yang bertanya tentang keyakinan saya untuk menjadi deejay di sebuah stesen radio yang belum dikenali dan saya berjaya mencabar diri saya kerana saya memang cintakan bidang ini.

Saya masih ingat, saya bermula dari bawah sehingga berada pada tahap sekarang. Kemudian, saya rasa, saya sudah mencapai semua yang saya inginkan dan saya tidak mahu terlalu selesa.

Lantas, saya kini mahu bergerak pada fasa seterusnya iaitu dunia bisnes. Sekali lagi saya diajukan persoalan yang sama dan jawapan saya masih sama, saya mahu mencabar diri saya.

Satu lagi, saya selalu ingatkan diri sendiri agar 'pergi sebelum waktunya' sebab saya tidak mahu menjadi 'perabot tua' di pejabat apabila tiba kitaran itu.

Tidak sayang melepaskan dunia selebriti dan populariti?

Sejak dulu, itu bukan matlamat saya, jadi saya tidak berasa rugi. Saya kira, insya-Allah bidang bisnes saya juga nanti akan membuka lembaran yang baik buat saya kerana saya masih berada dalam industri hiburan dengan melakukan servis di belakang tabir.

Apakah perasaan anda selepas membuat pengumuman tersebut? Lega?

Ya, lega itu lebih bersifat peribadi.

Atau adakah anda sebenarnya sudah penat dengan dunia anda sekarang?

Kalau nak cakap soal penat, pada setahun pertama menyertai Hot FM, ia merupakan tahun yang paling padat buat saya. Kemudian, ia akhirnya menjadi satu rutin dan ya, saya akui, kini saya berasa penat

Highland Tower bukan klise

Posted:

Highland Tower bukan klise

Highland Tower bukan klise


SUASANA seram di Highland Tower yang dirakam oleh sekumpulan remaja ini menjadi intipati utama filem Highland Tower.


BUKAN pertama kali, namun sudah banyak kali, tapak runtuhan bangunan Highland Tower pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 43 nyawa dijadi- kan subjek bagi segelintir penggiat seni. Topik yang selalu diangkat, tentulah gambaran klise tentang misteri atau kewujudan hantu di tapak lokasi.

Namun kali ini, Highland Tower dijadikan satu naskhah filem yang lebih bersifat dokumentari.

Diarahkan oleh Pierre Andre, Highland Tower harus diakui mempunyai banyak elemen kejutan dan bukan sebuah filem hantu tipikal yang berlambak di pasaran.

Jeritan atau adegan berlari-lari menyelamatkan diri merupakan unsur asas cerita seram, namun untuk sebuah subjek dokumentari seperti filem ini, hal-hal klise seperti itu dimaafkan.

Ironi, Highland Tower juga tidak dibikin dalam sebuah naskhah yang memerlukan pelakonnya meluahkan perasaan dalaman untuk karakter lakonan masing-masing.

Seolah-olah melakonkan watak diri sendiri, barisan pelakon utamanya iaitu Mikael Andre, Nizam Zaidi, Eddy Rauf, Shima Anuar, Atikah Suhaimi dan Adibah Yunus dalam filem ini, masing-masing dikenali dengan nama yang sama.

Menariknya, biarpun mereka bukan pelakon terkenal atau berada dalam kategori pelakon gred A, namun persembahan lakonan mereka harus diberi pujian.

Sementelah, jalan cerita Highland Tower yang dibikin dalam konsep found footage (sebahagian rakaman filem yang dijumpai atau dalam bentuk rakaman video) itu cukup hidup, biarpun mendapat sedikit suntingan bagi mengekalkan keaslian filem ini, umpama menghidupkan kisah misteri di tapak runtuhan tersebut.

Kisahnya bermula apabila Mikael dan Nizam ingin membuat sebuah dokumentari seram.

Mereka cuba mendapatkan bantuan daripada pihak Metrowealth untuk mengetengahkan idea mereka itu.


MIKAEL ANDRE (depan) turut menyuntik aura tersendiri dalam menguatkan tenaga lakonan untuk filem Highland Tower.


Selepas berbincang, Metrowealth kemudian telah bersetuju dengan idea mereka.

Tanpa berfikir panjang, Mikael telah menghubungi kawan-kawannya iaitu Anuar, Shima, Atikah dan Adibah bagi menjayakan dokumentasi tersebut.

Sepanjang tiga hari merakam semua momen di tapak runtuhan tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku.

Ia adalah satu fakta yang bukan lagi hanya momokan buat tujuh sekawan ini. Semua perkara terakam jelas di dalam penggambaran tersebut.

Aura keseraman dibungkus rapi apabila naskhah berdurasi 85 minit ini membabitkan penggambaran dilakukan 100 peratus pada waktu malam yang gelap dan sunyi, sekali gus menimbulkan aura seram.

Dialog-dialog yang dilontarkan juga bukan muncul atas dasar skrip. Antaranya: "Wei jomlah kita balik. Aku rasa ada yang tak kena."

Ia menjelaskan perasaan Eddy yang mulai berasa seram setelah sampai di pintu masuk menuju bangunan tersebut.

Antara babak yang mendebarkan termasuklah ketika Shima asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya dan tanpa disedari lensa kameranya telah merakam objek misteri.

Mereka seronok dan percaya bahawa dokumentari itu akan membuahkan hasil. Atikah terdengar bunyi aneh. Dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena. Pelbagai kejadian aneh telah menghantui dan menyelubungi mereka.

Pada suatu ketika, lampu semua terpadam secara tiba-tiba. Shima meraung dan menangis ketakutan. Tiba-tiba Shima hilang dilarikan oleh sesuatu. Mereka mula buntu.

Bagi mengetahui dan merungkaikan apa yang terjadi kepada mereka dan ke mana hilangnya Shima, mari saksikan filem seram ini.

Kepada anda yang berani, cabar diri anda dengan membeli tiket untuk menyaksikan kisah mistik dan misteri di panggung wayang berdekatan bermula hari ini (31 Oktober).

Kredit: www.kosmo.com.my

Rabu, 30 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bina otot tanpa produk tambahan

Posted:

Bina otot tanpa produk tambahan

Bina otot tanpa produk tambahan

KELIBAT mereka di sekitar jalan-jalan utama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini menjadi tumpuan orang ramai. Ada yang terpegun dengan aksi salah seorang daripada mereka tergantung pada sebatang tiang seperti sehelai bendera yang berkibar.

Tangannya begitu kuat untuk menampung berat badan dan mampu bertahan lebih 20 saat di tengah-tengah tiang bendera itu.

Selain daripada gerakan yang diberi nama Human Flag itu, kumpulan lima orang anak muda itu juga melakukan aksi Dragon Flag, Back Lever dan Front Lever tanpa segan di tengah-tengah ibu kota.

"Mereka melakukan setiap gerakan dengan kemas tanpa sebarang kesilapan. Kumpulan ini merupakan salah satu sumber rujukan saya dan rakan-rakan dalam arena senaman jalanan," ujar seorang pelancong dari Brunei, Nadzri Harif, 26, yang terpegun dengan aksi kumpulan senaman jalanan itu.

Menurut penyampai radio Kristal FM di Brunei itu, dia sering mengikuti perkembangan kumpulan senaman jalanan Bar-Risan dari Malaysia di laman sosial Instagram.

Kelengkapan

Selain itu, Nadzri juga banyak mempelajari teknik-teknik senaman jalanan yang betul di Facebook kumpulan itu untuk dipraktikkan sewaktu berlatih.

Bar-Risan merupakan salah sebuah kumpulan senaman jalanan yang bergerak aktif di negara ini sejak dua tahun lalu. Palang besi merupakan kelengkapan utama yang diperlukan dalam setiap rutin senaman kumpulan itu.

Pengasas Bar-Risan, Syed Fernash Syed Batlishah, 25, memberitahu, kumpulan itu ditubuhkan selepas dia dan dua orang rakannya melihat perkembangan senaman jalanan di luar negara yang mendapat sambutan ramai.

Menerusi laman YouTube, Syed Fernash melihat kumpulan seperti Bar Brothers dan Bar-barians dari luar negara bersenam tanpa menggunakan sebarang alatan senaman di gimnasium.


AKSI senaman archer pull up lebih sesuai dilakukan di palang-palang di taman permainan.


Dia mula tertarik dengan gaya senaman mereka yang hanya menggunakan palang-palang di taman permainan dan di tengah-tengah bandar.

"Pada permulaan kami memulakan rutin senaman, ia ternyata amat sukar. Ketika itu, kami mempunyai minat yang amat tinggi tetapi kekuatan otot bisep dan trisep tidak mampu menampung berat badan sewaktu melakukan rutin senaman.

"Saya mengambil masa sebulan untuk membiasakan diri dengan rutin senaman jalanan ini. Setiap hari, saya akan ke taman permainan berhampiran kediaman untuk melakukan senaman pull-up pada palang," ujarnya yang berasal dari Arau, Perlis.

Dua tahun lalu, senaman jalanan yang menggunakan palang dan tiang kurang mendapat perhatian di Malaysia. Syed Fernash dan rakan-rakan merupakan antara perintis terawal yang mempopularkan senaman tersebut di negara ini menerusi Facebook, YouTube dan Instagram.

Kini ia popular di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Prinsip senaman jalanan setiap ahli Bar-Risan ialah kaedah yang sihat tanpa menggunakan sebarang pemberat dan tidak mengambil sebarang minuman atau produk tambahan yang membantu pengembangan otot sewaktu bersenam.

Rutin senaman Bar-Risan dikategorikan sebagai kalistenik iaitu senaman gimnastik yang direka untuk membentuk tona otot dan menggalakkan kesejahteraan fizikal.

Medan senaman jalanan

"Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa sebarang kos. Saya dan rakan-rakan akan memeriksa palang dan tiang-tiang yang akan digunakan sebelum memulakan senaman sebagai langkah keselamatan. Setakat ini, tiada ahli Bar-Risan yang cedera parah ketika melakukan senaman. Luka-luka tapak tangan semasa memegang palang dan tiang merupakan kecederaan biasa yang dialami.

"Langkah-langkah sebelum memulakan rutin senaman juga perlu dititikberatkan agar tidak mengalami kecederaan otot. Selain itu, senaman ini juga memerlukan kerjasama antara rakan-rakan lain untuk membantu menyokong bahagian kaki semasa bergantung di palang," ujar Syed Fernash yang pernah memenangi pertandingan Lelaki Terkuat di Universiti Teknologi Mara kampus Arau, Perlis.


REGANGAN badan merupakan rutin penting bagi setiap ahli Bar-Risan sebelum memulakan senaman.


Bar-Risan kini mempunyai 100 ahli di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Johor dan Melaka. Laman Facebook kumpulan itu juga menjadi medan bagi peminat senaman jalanan untuk bertanyakan sebarang persoalan kepada kumpulan itu.

Tambah Syed Fernash, senaman jalanan yang diketengahkan oleh kumpulannya itu berupaya menarik minat golongan muda menjalani gaya hidup sihat. Selain itu, ia merupakan platform terbaik bagi mereka untuk menterjemahkan kreativiti dalam setiap gerakan rutin senaman.

Seorang ahli Bar-Risan yang aktif dalam kegiatan senaman jalanan di Alor Setar, Kedah, Ahmad Amin Azizan, 25, memberitahu, kumpulannya itu bukan sahaja melakukan senaman jalanan di negara ini malah turut menyertai pertandingan di luar negara.

Terbaharu, Bar-Risan menyertai pertandingan First Pre-Asia Street Workout Jam Singapore and Malaysia 2013 di Singapura.

Melalui pertandingan itu, kumpulan tersebut telah memenangi lima kategori yang dipertandingkan iaitu Pistol Squat, Ketahanan Human Flag Paling Lama, Ketahanan Back Lever Paling Lama, Cabaran Banzuke dan Tekan Tubi Paling Lama.

"Pertandingan itu merupakan peluang terbaik bagi Bar-Risan untuk membuka mata peserta dari negara luar mengenai kemampuan rakyat Malaysia dalam arena senaman jalanan. Selain itu, ia merupakan satu pengalaman yang menarik kerana kami juga sempat mengadakan persembahan senaman jalanan di sekitar bandar Singapura," ujar pengurus perniagaan syarikat swasta itu.

Selain ibu kota, Bar-Risan juga pernah melakukan persembahan senaman jalanan di sekitar bandar Alor Setar, Pulau Pinang, Hat Yai, Thailand dan Singapura. Aksi dan gerakan senaman mereka juga ternyata menarik perhatian ramai.

Bar-Risan merupakan satu-satunya kumpulan senaman jalanan di negara ini yang menerima tajaan daripada syarikat minuman tenaga Drive M7.

Syarikat tersebut menaja pakaian rasmi, minuman dan kewangan kumpulan itu sewaktu menyertai pertandingan atau pertunjukan.


LATIHAN intensif dalam senaman kalistenik amat diperlukan untuk melakukan aksi Back Lever.


Kuasai rutin

Menurut Amin, bagi yang ingin mencuba senaman jalanan, terdapat beberapa senaman yang harus dikuasai sebelum memulakan rutin pada palang dan tiang.

"Tekan tubi merupakan rutin asas kepada mereka yang mula berjinak-jinak dalam senaman jalanan. Melalui senaman itu, ia membina kekuatan otot tangan untuk menampung berat badan sewaktu bergantung pada palang dan tiang.

"Senaman kardiovaskular seperti berlari amat penting untuk menguatkan stamina dalam senaman ini. Selain menguatkan otot, stamina juga penting untuk membantu kita melakukan rutin senaman jalanan ini," ujarnya.

Bar-Risan juga melakukan pelbagai formasi senaman secara berkumpulan tanpa menggunakan palang dan tiang.

Cara terbaik kumpulan itu untuk mengumpul ahli baharu ialah melalui pertunjukan senaman jalanan. Kebiasaannya, golongan remaja pasti tertarik untuk mencuba senaman itu tanpa dipaksa.

Seorang lagi ahli Bar-Risan, Muhammad Farhan Abdul Kapor, 20, memberitahu, dia berjaya menarik pelajar-pelajar di kampus pengajiannya untuk sama-sama mencuba rutin senaman kumpulan tersebut.

"Semasa saya mula mendaftar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), rakan-rakan tidak mengetahui mengenai senaman ini. Kini, Bar-Risan sudah mempunyai ahli di Melaka setelah saya mengajak rakan-rakan terdekat untuk mencuba rutin senaman ini.

"Selain Utem, pelajar-pelajar Universiti Multimedia (MMU) juga memnyertai Bar-Risan di Melaka. Kebanyakannya terdiri daripada pelajar luar negara seperti Arab Saudi, Afrika Selatan dan Korea Selatan yang berminat untuk mencuba senaman ini," ujarnya.

Kegilaan jus sayur di California

Posted:

Kegilaan jus sayur di California

Kegilaan jus sayur di California


SEGELAS jus sayur mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi untuk mereka yang berdiet.


BUNYI kisaran kobis hijau, timun dan bayam kedengaran di dapur kediaman guru yoga, Kia Miller, 44, yang terletak berhampiran Pantai Venice, California di Amerika Syarikat (AS).

Miller kelihatan teruja ketika menceritakan obsesinya terhadap jus tersebut yang dikatakan baik untuk kesihatan.

"Saya seronok melakukannya, rasa seperti menekan butang penetapan semula. Ia seolah-olah memberikan anda peluang untuk memikirkan tentang hubungan dengan makanan.

"Ia merupakan cara yang terbaik untuk tubuh memperoleh nutrisi daripada sayur-sayuran segar," ujar Miller ketika ditemu bual di kawasan pinggir pantai tersebut.

Kedai jus berkonsep bar memang mudah ditemui di California kerana kota itu sudah lama membudayakan amalan alaf baharu. Di kawasan elit seperti Santa Monica dan Beverly Hills, bar jus dapat dilihat di setiap sudut jalan.

Pemandangan seperti orang lalu lalang sambil memegang cawan polistiren yang mengandungi jus sayur adalah sesuatu yang biasa. Malah penggemar jus sayur lebih mudah ditemui berbanding penggemar kopi.

"Jus ini dianggap seperti wain baharu," kata Miller sambil menghidangkan jus tersebut kepada wartawan.


DI Los Angeles dan New York, AS sahaja terdapat sebanyak 6,500 bar jus.


Jus sayur mengandungi pelbagai jenis sayur yang terdiri daripada kobis hijau, halia, ubi kayu, lobak, santan dan kacang almond. Bagi penggemar buah-buahan pula, mereka boleh mendapatkan jus yang dikisar daripada kurma, pisang, epal dan daun saderi.

Minuman kecantikan

Ada antara penduduk di negara tersebut menjadikan jus sayur sebagai rejim minuman kecantikan yang diamalkan untuk tempoh tiga hari, tujuh hari ataupun 30 hari secara berturut-turut.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, boleh mencuba meminum jus sayur selama lima hari tanpa makan hidangan lain. Tidak mustahil amalan tersebut membolehkan anda menurunkan berat sebanyak 10 kilogram.

Pakar fisioterapi, Heather, 42, baru menamatkan tempoh pembuangan toksin dalam badan yang dibuat selama 72 jam.

"Proses ini membuatkan saya rasa lebih sihat dan seperti ketagih untuk melakukannya lagi. Saya rasa lebih dekat dengan diri sendiri dan bertenaga," kata Heather.

Pengurus bar jus berketurunan India, Baba Ji, membuka dua cawangan pada dua tahun lepas di Silver Lake dan Los Feliz yang terletak di timur Hollywood.

"Beberapa tahun kebelakangan ini, minuman jus menjadi satu fenomena. Semua orang mahu membuka bar jus. Mereka semua mahu membuang toksik dalam badan," katanya.

Harga bagi jus tersebut bergantung kepada lokasi. Contohnya, kos bagi bekalan minuman jus selama tiga hari dianggarkan bernilai antara AS$120 hingga AS$150 (RM380 hingga RM476). Jangan terkejut jika kos bagi jus untuk lima hari boleh mencecah RM1,270.


JUS buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan langkah terbaik untuk membuang toksik dalam badan.


Harga

Seorang pelanggan di bar tersebut percaya tabiat meminum jus itu mengubah kehidupan mereka.

Laporan kewangan mingguan Barron yang dibuat pada Julai lalu menganggarkan nilai keuntungan yang diperoleh daripada industri penghasilan jus adalah sekitar RM15.86 bilion. Industri tersebut turut mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak empat hingga lapan peratus setahun.

Setakat ini, AS memiliki sebanyak 6,200 bar jus yang tertumpu di Los Angeles dan New York. Kafe Starbucks terbesar yang pertama mengkhususkan jualan minuman jus dibuka di Seattle dan San Fransisco tahun ini. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved