Isnin, 2 September 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


KPDNKK rampas LPG bernilai RM47,000

Posted:

KPDNKK rampas LPG bernilai RM47,000

KPDNKK rampas LPG bernilai RM47,000

02/09/2013 9:04pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNKK WPKL) merampas gas petroleum cecair (LPG) bernilai kira-kira RM47,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Kovil Hilir, Sentul dekat sini.

Pengarah KPDNKK WPKL, Abu Samah Shabudin berkata, serbuan di premis tiga tingkat pada 2.15 petang itu hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati pemilik premis mempunyai lesen yang sah untuk mengedar LPG berkenaan namun melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan.

"Kesalahan itu ialah menyimpan stok yang berlebihan berbanding yang diluluskan iaitu 6,530 kilogram bagi satu silinder, tetapi hasil pemeriksaan, premis itu menyimpan melebihi stok yang ditetapkan, iaitu sebanyak 24,838 kilogram.

"Kita telah merampas 1,417 silinder gas LPG berkapasiti 14 kilogram dan 100 silinder gas LPG berkapasiti 50 kilogram yang digunakan untuk industri, dan hasil rampasan berjumlah RM32,307.60 bagi 14 kilogram manakala bagi 50 kilogram kira-kira RM15,000," katanya pada sidang akhbar selepas serbuan itu. - Bernama

Mayat seorang lagi mangsa lemas di Sungai Perak ditemui

Posted:

Mayat seorang lagi mangsa lemas di Sungai Perak ditemui

Mayat seorang lagi mangsa lemas di Sungai Perak ditemui

02/09/2013 8:47pm

IPOH - Mayat seorang lagi mangsa lemas ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian di Sungai Perak, Kampung Mandah, Manong, Kuala Kangsar dekat sini hari ini

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Abdul Gaffar Muhamad berkata mayat Mohd Faiz Norisham, 14, ditemui pada 6.10 petang.

"Gerakan mencari dijalankan anggota polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam sejak pukul 8 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Semalam, mayat sepupu Mohd Faiz iaitu Mohammad Badrul Amin Muhd Nazri, 17, ditemui tersangkut di pukat menangkap ikan pada 4 petang.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.15 petang ketika kedua-dua mangsa mandi di sungai berkenaan bersama enam lagi anggota keluarga mereka. - Bernama

Harga RON95 dan diesel naik 20 sen bermula tengah malam ini

Posted:

Harga RON95 dan diesel naik 20 sen bermula tengah malam ini

Harga RON95 dan diesel naik 20 sen bermula tengah malam ini

02/09/2013 8:26pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Belanjawan 2014 yang jumlahnya akan diumumkan semasa pembentangan belanjawan itu yang dijadualkan pada 25 Okt ini.

Najib terdahulu, mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

Perdana Menteri berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved