Ahad, 1 September 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Program derma darah merdeka KPMB

Posted:

Program derma darah merdeka KPMB

Program derma darah merdeka KPMB

MENDERMA darah merupakan salah satu cara masyarakat menyumbang kepada negara.


INSIDEN pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada hujung Februari dan awal Mac lalu secara tidak langsung meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, tragedi berdarah yang mengorbankan 10 wira negara di bumi Sabah itu menjadi bukti betapa perjuangan mereka yang tidak mengenal erti putus asa, sebaliknya diteruskan hingga ke titisan darah terakhir.

Apa yang pasti, peristiwa itu membuka mata banyak pihak agar tidak sesekali memandang remeh terhadap usaha yang dilakukan pihak berkuasa dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Justeru, sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-56 yang disambut pada Sabtu lalu, Kolej Profesional Mara Beranang (KPMB) akan mengadakan program Derma Darah dan Kuiz Kemerdekaan pada Khamis ini.

Acara tersebut akan berlangsung di Dewan Besar KPMB bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Menurut penyelaras program, Dr. Azwani Ismail, kedua-dua program itu dianjurkan oleh pelajar semester kelima Diploma Perakaunan KPMB sebagai inisiatif menyuntik semangat jati diri dalam kalangan rakan sebaya dan masyarakat sekitar.

"Oleh itu, kami amat mengalu-alukan penyertaan warga KPMB, para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta masyarakat setempat di sekitar kawasan Beranang atau Semenyih," ujarnya kepada Kosmo!.

KPMB menyasarkan penyertaan 300 penderma darah.


Menurut Azwani, melalui penganjuran program seperti itu, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar dan masyarakat mengenai kepentingan menyumbang kepada kesejahteraan negara dengan apa cara sekalipun.

"Kami menyasarkan seramai 300 individu tampil menderma darah untuk Tabung Darah Negara. Selain itu, penyertaan program Kuiz Kemerdekaan dibuka kepada semua pengunjung yang hadir.

"Pelbagai hadiah menarik seperti barangan elektrik, hamper dan makanan disediakan untuk para pemenang yang berjaya," jelasnya.

Program sehari tersebut turut mendapat kerjasama Pusat Darah Negara. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Azwani di talian 012-200 3419.

– KHADIJAH MOHAMAD NOR

Rangkaian penyental Scotch Brite

Posted:

Rangkaian penyental Scotch Brite

Rangkaian penyental Scotch Brite


SPAN ini mempu menyerap air sebanyak 10 kali ganda isipadunya.


PERNAHKAH anda terpaksa memilih antara produk mesra alam atau produk sintetik yang lebih efektif dalam membantu anda menyempurnakan tugas-tugas pembersihan?

Rangkaian produk pencuci 3M Scotch-Brite Greener Clean yang baharu pastinya memenuhi segala standard anda, baik sebagai pencinta alam mahupun sebagai pencinta kebersihan.

Rangkaian produk baharu itu bersifat mesra alam dan diperbuat daripada serat semula jadi tumbuhan agave yang teriodegradasi sepenuhnya apabila direndam dalam air dan bahan pencuci.

Pembungkusan rangkaian produk ini diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula dan dipek secara leper bagi mengurangkan isipadu dan berat.

Terdapat empat produk penyental dalam rangkaian Scotch-Brite Greener Clean iaitu Non-Scratch Greener Clean Scour Pad, Greener Clean Scrub Sponge, Greener Clean Sponge dan Greener Clean Nat Expand Sponge.

Penyental Scotch Brite Non-Scratch Greener Clean Scour Pad dapat membersihkan secara efektif permukaan dan peralatan dapur tanpa mencalarkannya.

Untuk peralatan dapur yang mudah calar, gunakan Scotch Brite Greener Clean Scrub Sponge yang boleh membersih secara lembut tetapi menyeluruh.

Dengan menggunakan Scotch Brite Greener Clean Sponge dan Scotch Brite Greener Clean Nat Expand Sponge, anda bukan sahaja dapat memastikan dapur sentiasa bersih dan kering tetapi juga mampu mengurangkan pembaziran serta kebergantungan kepada sumber asli seperti pokok.

Serat semula jadi dan kertas kitar semula dalam produk ini bersifat menyerap secara semula jadi dan mampu menyerap air sebanyak 10 kali ganda isipadunya.

Span yang tahan lama ini juga mudah dibasuh dan boleh digunakan semula.

Rangkaian Scotch-Brite Greener Clean dijual pada harga RM6.95 ke atas di kedai-kedai runcit utama di seluruh negara.

Buku kompilasi lima penulis

Posted:

Buku kompilasi lima penulis

Buku kompilasi lima penulis

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


MUHAYA (tiga dari kiri) menyempurnakan majlis pelancaran buku Ilmu Kehidupan: Ringkas tapi Signifikan di Kuala Lumpur & Country Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SIAPA sangka, siri memberi kuliah melalui Universiti MKI di laman www.muhdkamil.org/home, menjadi permulaan kepada penerbitan buku bertajuk Ilmu Kehidupan: Ringkas tapi Signifikan.

"Saya menggelar laman web tersebut sebagai universiti main-main di alam maya. Kemudian, Allah memberi ilham untuk membukukan segala ilmu yang terdapat di dalamnya apabila siswa-siswi yang berdaftar melebihi 5,000 orang.

"Prosesnya berlaku sangat pantas. Lebih kurang dua bulan, namun tatacara penerbitannya seperti kebiasaannya sedikit mengambil masa. Alhamdulillah, buku ini sudahpun berada di pasaran," ujar Prof. Muhd. Kamil Ibrahim, salah seorang daripada lima penulis buku tersebut.

Selain Muhd. Kamil, empat penulis lain ialah Raudzah Roslan, Noor Azma Mohd. Khassim, Datuk Zaini Ariff dan Sabtu M. Ali.

Pensyarah Perakaunan di Universiti Taibah, Madinah itu berkata, sepanjang proses menerbitkan buku tersebut, pihaknya tidak menghadapi masalah besar walaupun penulisnya agak ramai bagi penghasilan sebuah buku.

"Secara umumnya kami berlima. Maka sudah tentu terdapat lima perangai berbeza, lima gaya dan lenggok bahasa serta pengalaman yang pelbagai. Oleh itu, tugas saya bagi memastikan kami semua bekerja mengikut jadual.

"Strategi saya mudah. Setiap seorang perlu menulis satu bab yang merangkumi 10 catatan. Saya sendiri menulis tiga bab (30 catatan). Ini bermakna lebih 40 peratus berada di bawah kawalan saya. Apa yang penting, saya perlu menunjuk contoh dan komitmen yang baik supaya mudah diikuti. Jujurnya, semua penulis tahu apa yang patut mereka lakukan," jelas Muhd. Kamil lebih lanjut.


ORANG ramai menyaksikan majlis pelancaran buku Ilmu Kehidupan: Ringkas tapi Signifikan yang menghimpunkan karya lima penulis itu.


Kisah penulis

Ironinya, semua tajuk yang dipaparkan di dalam buku ini berkisar kepada kehidupan penulis itu sendiri. Namun, ia dikaitkan dengan sifat-sifat Allah SWT.

Sebagai contoh di dalam bab 1, ceritanya berkaitan kehidupan seorang peniaga yang berjaya. Lalu temanya diberi nama Usahawan Akhirat. Ada pula penulis yang sudah bersara, lantas fokusnya dinamakan Di Hujung Senja.

Sementara itu, Noor Azma yang mempunyai kelulusan dalam bidang pengajian hadis dan al-Quran, menyiapkan tulisan berkaitan kebesaran Allah. Raudzah pula bercerita tentang tajuk Hidup Itu Indah jika dibawa dengan cara dan kaedah yang betul.

Tidak ketinggalan, Muhd. Kamil tampil dengan catatan mengenai realiti kehidupan masyarakat zaman ini.

Hakikatnya, semua hasil penulisan dan catatan hidup yang terdapat di dalam buku ini mampu memberi pedoman buat manusia yang sentiasa mahu bermuhasabah diri dan menjalani kehidupan berlandaskan syariat.

"Tiada apa yang kami harapkan melainkan buku ini akan menjadi ilmu yang bermanfaat buat semua pembaca. Insya-Allah," luah Muhd. Kamil lagi.

Diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd., semua royalti buku Ilmu Kehidupan: Ringkas tapi Signifikan untuk cetakan pertama ini dikhususkan kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah.

Ia merupakan sebuah yayasan yang menaungi banyak rumah anak-anak yatim di negeri Kedah. Justeru, pembeli buku ini bukan sahaja mendapat ilmu daripada isi kandungannya, bahkan memperoleh saham akhirat atas sumbangan yang dihulurkan secara tidak langsung kepada pertubuhan tersebut.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh pendakwah terkenal, Prof. Dr. Muhaya Mohamad di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada bulan Ramadan lalu.

Buku ini dijual pada harga RM45 untuk Semenanjung Malaysia dan RM47 bagi Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.galeriilmu.com atau hubungi talian 03-6142 1614.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved