Isnin, 2 September 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Harga RON95, diesel naik 20 sen

Posted:

Harga RON95, diesel naik 20 sen

Harga RON95, diesel naik 20 sen

NAJIB ketika mengumumkan kenaikan harga minyak di Putrajaya semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.

Menurut beliau, kenaikan itu merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

"Pada masa ini, kerajaan menanggung subsidi minyak sebanyak 83 sen seliter bagi minyak petrol RON95 dan RM1 seliter bagi diesel," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam sidang akhbar di sini semalam.

Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Liberalisasi AP hasil pertanian

Posted:

Liberalisasi AP hasil pertanian

Liberalisasi AP hasil pertanian

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat.ramli@kosmo.com.my


ISMAIL SABRI (dua dari kanan) meninjau sebuah pasar sayur-sayuran baru-baru ini.


SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kementeriannya mengamalkan konsep terbuka dalam penawaran tender permit import (AP) untuk produk pertanian tanpa sebarang monopoli oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, semua pihak kini mempunyai peluang untuk memohon permit termasuk yang membabitkan hasil ternakan dan sayur-sayuran.

"Kerajaan yang ada sekarang adalah telus. Semua proses menyertai tender AP adalah berdasarkan konsep terbuka sama ada AP untuk ternakan khinzir, lembu atau sayur-sayuran seperti kubis.

"Sesiapa yang layak dan berkemampuan adalah berhak memperoleh tender... tiada pihak akan monopoli atau berpakat menguasai sesuatu projek, tiada siapa yang boleh menguasai sesuatu AP dan tidak ada sistem kartel," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Faktor kewangan diambil kira

Posted:

Faktor kewangan diambil kira

Faktor kewangan diambil kira

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan projek-projek pembangunan dalam usaha memenuhi permintaan rakyat namun masih bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

Perdana Menteri berkata, kriteria tertentu akan dinilai sebaik-baiknya sebelum projek-projek pembangunan dilaksanakan.

"Bukan bererti bahawa semua permintaan boleh kita tunaikan. Mesti ada batas kewangan. Bagaimana cara pun ada batas kewangan. Kalau kita berbelanja terlalu berlebihan, ekonomi kita akan merosot.

"Kalau kita tidak belanja maka ekonomi kita tidak berkembang. Jadi belanjalah secara berhemah dan cubalah mendapatkan nilai yang maksimum bagi setiap ringgit yang kita belanjakan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved