Ahad, 8 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


PM Australia, Kevin Rudd tewas

Posted:

PM Australia, Kevin Rudd tewas

PM Australia, Kevin Rudd tewas

AFP
PETUGAS pilihan raya mula mengira kertas undi di Dewan Bandar Raya Sydney semalam.


SYDNEY - Ahli politik, Tony Abbott berjanji akan membentuk sebuah kerajaan yang cekap dan boleh dipercayai selepas parti campurannya menang besar dalam pilihan raya umum Australia semalam.

Abbott merupakan pemimpin gabungan antara Parti Liberal dan Parti Nasional.

Kemenangan tersebut sekali gus menamatkan pemerintahan kerajaan Parti Buruh selama enam tahun di negara berkenaan.

"Saya boleh menyatakan kepada anda bahawa kerajaan Australia telah berubah.

"Untuk kali ketujuh dalam tempoh 60 tahun kerajaan Australia telah berubah," kata Abbott sambil disahut sorakan penyokongnya di sebuah hotel di sini.

"Bermula hari ini saya mengisytihar bahawa Australia kini di bawah pentadbiran baharu," tambahnya.

Pengiraan kerusi masih belum muktamad tetapi Perdana Menteri, Kevin Rudd mengaku kalah pada hari yang sama selepas keputusan semasa memihak kepada Abbott.

Bakal Perdana Menteri baharu itu juga menyatakan, parti gabungan pimpinannya telah memenangi 13 lagi kerusi sekali gus membolehkan beliau membentuk kerajaan majoriti.

"Saya tidak sabar untuk membentuk sebuah kerajaan yang cekap, boleh dipercayai dan dapat melaksanakan komitmen yang dijanjikan sebelum ini," katanya.

Menurut Abbott, kerajaannya akan mengotakan semua janji kepada rakyat tanpa kejutan atau alasan.

"Kerajaan ini juga faham akan had kuasa dan juga potensinya," tambah pemimpin tersebut. - AFP

Eropah gesa AS tunggu laporan PBB sebelum serang Syria

Posted:

Eropah gesa AS tunggu laporan PBB sebelum serang Syria

Eropah gesa AS tunggu laporan PBB sebelum serang Syria


AP
GAMBAR yang dirakam oleh aktivis anti-Bashar di Damsyik menunjukkan mayat kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan kimia pada 21 Ogos lalu.


VILNIUS, Lithuania - Menteri-Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) semalam menyokong 'tindak balas yang keras dan jelas' berhubung serangan senjata kimia yang dipercayai dilakukan oleh pemerintah Syria.

Namun, EU menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya menangguhkan tindakan ketenteraan sehingga pakar-pakar senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan hasil penemuan mereka.

Kenyataan para menteri luar tersebut disambut baik oleh Setiausaha Negara AS, John Kerry yang sebelum ini cuba memberikan alasan kukuh untuk menyerang Damsyik.

Senada dengan Kerry, Presiden Barack Obama turut meminta Kongres AS meluluskan penggunaan kekerasan bagi menghukum rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Kedua-dua Dewan Kongres dan Senat AS dijangka mengundi berhubung rancangan Obama itu menjelang 16 September depan.

Dalam pada itu, satu kenyataan yang dibaca pada penghujung mesyuarat berkenaan oleh ketua dasar luar EU, Catherine Ashton menyatakan, serangan pada 21 Ogos lalu itu melanggar undang-undang antarabangsa selain merupakan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Menurut kenyataan EU, maklumat daripada pelbagai sumber mengesahkan bahawa serangan senjata kimia itu dilakukan oleh rejim Bashar.

Tambahnya, ini berikutan 'hanya pihak berkenaan (rejim Bashar) yang memiliki senjata kimia dan berupaya menggunakannya dalam jumlah yang mencukupi'.

"Sehubungan itu, tindak balas yang jelas dan keras penting supaya jelas bahawa jenayah tersebut tidak boleh diterima dan pihak bertanggung jawab tidak akan dibiar terlepas," tambah kenyataan EU.

AS sebelum ini menuduh rejim Bashar sebagai bertanggung jawab melancarkan serangan di pinggir bandar raya Damsyik itu.

Memetik beberapa laporan perisikan, Washington menyatakan, gas saraf Sarin telah digunakan dalam serangan tidak berperikemanusiaan itu.

AS menyatakan, seramai 1,429 orang termasuk 426 kanak-kanak terbunuh dalam insiden tersebut. - AP

Anjing teman dua anak cheetah

Posted:

Anjing teman dua anak cheetah

Anjing teman dua anak cheetah


AP
Amani diletakkan bersama dua ekor anak harimau cheetah di Zoo Dallas kelmarin.


DALLAS, Texas - Sebanyak dua ekor anak harimau cheetah menjadi ahli baharu keluarga besar haiwan di Zoo Dallas di sini kelmarin.

Pihak zoo berkenaan menyambut kehadiran dua anak cheetah jantan itu dengan menyediakan seekor anak anjing baka Labrador sebagai teman kepada spesies kucing besar itu.

Dua anak cheetah yang baru berusia lapan minggu itu diberi nama Winspear dan Kamau.

Winspear dan Kamau lahir pada 8 Julai lalu di Institut Biologi dan Konservasi Smithsonian, dalam negeri Virginia.

Dua ekor anak harimau tersebut ditemani anak anjing berkenaan, Amani yang juga berusia lapan minggu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak zoo terbabit, Amani bermaksud keamanan dalam bahasa Swahili.

Beberapa pakar haiwan percaya anak anjing tersebut akan dapat menenangkan anak harimau cheetah berkenaan. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved