Sabtu, 21 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Sepupu Raja Kemboja mogok lapar demi keadilan

Posted:

Sepupu Raja Kemboja mogok lapar demi keadilan

Sepupu Raja Kemboja mogok lapar demi keadilan

PEMIMPIN pembangkang, Sam Rainsy (kanan) berucap kepada penyokongnya dalam satu tunjuk perasaan di Taman Demokrasi di Phnom Penh pada 17 September lalu.- AFP


PHNOM PENH - Sepupu monarki Kemboja, Raja Norodom Sihamoni melancarkan mogok lapar semalam bagi membantah Perdana Menteri Hun Sen dalam pilihan raya umum di samping menuntut keadilan buat pengundi.

Kemenangan Hun Sen dalam pilihan raya berkenaan dipertikai oleh banyak pihak.

Putera Sisowath Thomico berkata: "Saya melakukan mogok lapar sehingga rakyat (pengundi) mendapat keadilan."

Beliau merupakan anggota kanan parti pembangkang Kemboja, Parti Penyelamat Kebangsaan (CNRP).

Bercakap kepada pemberita selepas memulakan protes itu di sebuah pagoda di ibu negara Kemboja di sini, beliau menuduh Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen sebagai "mengadakan rampasan kuasa senyap" dan cuba menimbulkan konflik antara rakyat dengan raja.

Menurut keputusan rasmi pilihan raya umum pada Julai lalu, CPP memenangi 68 kerusi berbanding 55 kerusi oleh CNRP.

Pembangkang bagaimanapun menolak keputusan tersebut. CNRP mendakwa berlaku penipuan besar-besaran dalam pilihan raya berkenaan di samping mengugut untuk memboikot pembukaan Parlimen pada Isnin depan.

"Kami tidak akan menghadiri sesi pembukaan Parlimen pada 23 September ini," kata pemimpin pembangkang, Sam Rainsy pada satu sidang akhbar.

"Jika sesi pembukaan pada 23 September ini diteruskan dan tanpa CNRP, ia jelas melanggar perlembagaan negara," tambahnya."

Pada awal minggu ini, Raja Norodom Sihamoni telah menulis titah kepada anggota-anggota Parlimen daripada parti pembangkang agar membatal rancangan boikot tersebut demi "perpaduan negara".

Hun Sen yang telah memerintah Kemboja selama 28 tahun telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan Rainsy pada minggu lalu bagi memecah kebuntuan politik.

Namun, mereka berselisih berhubung permintaan pembangkang supaya jawatan kuasa bebas ditubuh untuk menyiasat dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Beberapa pertempuran ganas berlaku di sini menjelang satu tunjuk perasaan besar-besaran yang disertai 20,000 orang pada Ahad lalu.

Protes itu diadakan bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya menyiasat keputusan pilihan raya pada Julai lalu. - AFP

Telefon murah Apple, iPhone 5S didakwa mahal

Posted:

Telefon murah Apple, iPhone 5S didakwa mahal

Telefon murah Apple, iPhone 5S didakwa mahal


Orang ramai berbaris untuk membeli iPhone 5C dan iPhone 5S di luar sebuah kedai Apple di Tokyo semalam. – AFP


TOKYO - Pelancaran dua model baharu iPhone bermula di Asia semalam tetapi aduan mengenai harga tinggi dan ketiadaan pakatan baharu untuk pasaran China mengancam menjejaskan gajet keluaran Apple itu.

Dua model baharu yang pernah dilabel sebagai raja telefon pintar itu, dipasarkan menerusi perjanjian bersama syarikat telekomunikasi terbesar Jepun tetapi tanpa sebarang perkongsian baharu di China.

Sebahagian pemerhati berkata, kedua-dua faktor tersebut di samping harganya tinggi untuk model murah, iPhone 5C, menyebabkan pelancaran kali ini agak suram.

Pelancaran berkembar itu bermula di Australia dengan kedai-kedai membuka pintu mereka kepada orang ramai pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Jimmy Gunawan, 33, terkejut apabila menjadi orang pertama yang memasuki kedai Apple di Sydney selepas menunggu selama 20 jam.

"Pada tahun lalu, saya tiba di sini pada masa yang sama tetapi telah ada 20 orang di hadapan saya," kata Gunawan yang bekerja sebagai pereka grafik.

Di ibu negara Jepun, di sini peminat-peminat tegar mula beratur sejak minggu lalu malah, tidak berganjak semasa negara itu dibadai taufan pada Ahad lepas.

Mereka berbuat demikian kerana mahu menjadi antara orang pertama memiliki telefon baharu tersebut.

Menjelang kedai dibuka, barisan sepanjang satu kilometer kelihatan di sebuah gedung Apple di sini.

Model iPhone 5S dan 5C ditawar secara percuma oleh pembekal telekomunikasi, NTT DoCoMo dengan kontrak selama dua tahun.

Namun, di beberapa tempat lain, ramai pembeli menganggap harga gajet tersebut agak mahal.

"Wow, harga 1,129 dolar Australia (RM3,493) untuk iPhone 5S di sini. Ia tidak munasabah," kata seorang pengguna Tweeter, Hutchison merujuk kepada model 5S 64GB yang dilengkapi pemprosesan lebih pantas dan sensor cap jari.

Seorang lagi pengguna Tweeter, David Smith berkata, model 5C yang lebih murah pula dijual pada harga 740 dolar Australia (RM2,245) di negara tersebut.

"Patutlah telefon pintar dengan perisian Android kini popular," katanya.

Di China, ramai penganalisis turut menyifatkan harga dua telefon pintar baharu itu sebagai terlalu mahal.

"Harganya tidak berbaloi," kata penganalisis firma iResearch, Wang Ying yan beribu pejabat di Beijing.

Menurutnya, banyak telefon pintar keluaran domestik dijual pada harga semurah 100 yuan (RM53) di negara tembok besar itu. - AFP

Sukan warga emas di Amsterdam

Posted:

Sukan warga emas di Amsterdam

Sukan warga emas di Amsterdam


ACARA sukan berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pesara sebagai cara mengamalkan gaya hidup sihat. - Agensi


AMSTERDAM - Seramai 100 warga emas mengambil bahagian dalam acara lumba jalan kaki di Stadium Olimpik di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Acara tersebut diadakan pada setiap tahun di Belanda.

Para peserta berjalan kaki dengan bantuan kereta sorong di trek stadium tersebut.

Pada kali ini, sebanyak tiga kategori acara dipertandingkan iaitu 400 meter, 1,000 meter dan 2,400 meter.

Setiap pelumba dalam acara unik berkenaan diiringi oleh seorang pembantu.

Ketiga-tiga acara tersebut dimenangi oleh seorang warga emas lelaki, Piet Stricker manakala peserta tertua pula berusia 95 tahun.

Stricker berasa sangat bangga dengan kemenangan yang dicapainya dalam perlumbaan di Stadium Amsterdam itu.

"Dia berasa sangat bangga. Namun, semua peserta layak mendapat pingat kerana kegigihan mereka menamatkan acara ini," kata cucunya, Kim Abdoelhasiezkhan yang juga merupakan seorang pegawai kejohanan tersebut.- Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved