Khamis, 29 Ogos 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bakal pengantin maut dilanggar

Posted:

Bakal pengantin maut dilanggar

Bakal pengantin maut dilanggar

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


INILAH kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu dua lelaki dan terlanggar Shahrinawati Abu Bakar secara tidak sengaja di Ampang Jaya, Selangor semalam.


AMPANG JAYA – Seorang bakal pengantin menemui ajal secara tragis apabila dia dilanggar sebuah kenderaan dinaiki dua rakan secara tidak sengaja ketika mereka cuba membantu mangsa yang disamun dua lelaki bermotosikal pagi semalam.

Mangsa, Shahrinawati Abu Bakar, 30, yang merupakan kakitangan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia X menjadi mangsa samun ketika dia mahu pulang ke kediamannya di Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka di sini semalam.


INILAH Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka, Ampang Jaya, Selangor tempat Shahrinawati menetap.


Mangsa yang cedera parah akibat rempuhan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada pukul 3.15 pagi, kira-kira setengah jam selepas kejadian.

Sebelum kejadian, mangsa yang baru pulang dari tempat kerja di Sepang sedang berjalan menuju ke rumahnya selepas meletakkan kenderaan di luar pagar kondominium berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

RM4.2b untuk syarikat bumiputera

Posted:

RM4.2b untuk syarikat bumiputera

RM4.2b untuk syarikat bumiputera


NAJIB (empat dari kanan) menpengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tambahan RM4.2 bilion nilai peluang dalam empat lagi projek mega untuk syarikat-syarikat bumiputera melalui peruntukan khas.

Najib berkata, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan inisiatif peruntukan khas bumiputera dengan mewujudkan peluang kepada syarikat-syarikat menyertai empat projek mega iaitu Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, Pembangunan Tanah RRI Sungai Buloh dan Pusat Pameran Matrade.

"Sebanyak 40 peratus daripada nilai projek ini diperuntukkan kepada syarikat bumiputera yang secara langsung membuka peluang kontrak bernilai RM4.2 bilion," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

RM265 juta bantu warga emas

Posted:

RM265 juta bantu warga emas

RM265 juta bantu warga emas

Oleh LILY YEAN
lily.yean@kosmo.com.my


KERAJAAN sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan
golongan warga emas di negara ini. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyalurkan bantuan kira-kira RM265 juta kepada 156,070 warga emas di seluruh negara menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga Mei tahun ini.

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim (gambar kecil) berkata, sepanjang tahun 2012 pula sebanyak 152,138 warga emas menerima bantuan itu dengan jumlah peruntukan kira-kira RM519 juta.

"Bantuan Orang Tua yang disalurkan itu bertujuan membantu warga emas dari segi keperluan asas supaya mereka boleh tinggal bersama ahli keluarga dalam komuniti.

"Usaha ini akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan kebajikan warga emas lebih terjamin dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara di kementerian itu di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved