Selasa, 27 Ogos 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pasukan penyiasat senjata kimia PBB diserang

Posted:

Pasukan penyiasat senjata kimia PBB diserang

Pasukan penyiasat senjata kimia PBB diserang

IMEJ yang dimuat naik di YouTube semalam menunjukkan dua penyiasat PBB (tengah) melawat sebuah hospital di bandar Moadamiyet Al-Sham dekat Damsyik.


DAMSYIK - Beberapa penembak tepat menyerang pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBO) semalam semasa mereka cuba menyiasat serangan senjata kimia dekat sini, kata seorang jurucakap.

Namun, selepas berundur seketika, pakar-pakar berkenaan mengunjungi sebuah hospital lapangan di mana mangsa-mangsa serangan pada minggu lalu itu dirawat.

Jurucakap PBB berkenaan, Martin Nesirky berkata, kenderaan utama konvoi PBB itu terkena beberapa das tembakan penembak tepat ketika mereka menuju ke lokasi tersebut di Ghouta, timur bandar raya ini.

Tiada kecederaan dilaporkan tetapi pasukan PBB itu terpaksa berpatah balik ke pangkalan mereka, kata Nesirky.

"Kenderaan pertama pasukan penyiasat senjata kimia kami ditembak dengan sengaja oleh beberapa penembak tepat yang tidak dikenali," ujarnya.

"Pasukan itu terpaksa berpatah balik kerana kenderaan tersebut rosak," tambah jurucakap tersebut.

Pasukan PBB kemudian mengunjungi sebuah hospital lapangan di bandar Moadamiyet Al-Sham untuk mengambil sampel pesakit.

Beratus-ratus orang terbunuh dalam serangan pada minggu lalu di Ghouta yang didakwa melibatkan penggunaan senjata kimia.

Kuasa Barat menyalahkan tentera Presiden Bashar Al-Assad berhubung serangan tersebut.

Kerajaan Syria pula mendakwa serangan kejam itu dilancarkan oleh pihak penentang.- AFP

33 nyawa melayang dalam serangan baharu

Posted:

33 nyawa melayang dalam serangan baharu

33 nyawa melayang dalam serangan baharu


ORANG AWAM berkumpul di lokasi serangan bom kereta di Baquba, sekitar 50 kilometer ke timur laut Baghdad semalam.


BAGHDAD - Siri serangan di ibu kota Iraq di sini dan utara negara itu meragut 33 nyawa kelmarin ketika keganasan melonjak ekoran kegagalan pihak berkuasa menanganinya.

Keganasan kelmarin mencederakan lebih 100 orang di bandar raya ini dan beberapa buah bandar-bandar yang dihuni penduduk majoriti Sunnah di utara negara itu.

Serangan bom kereta dan letupan bom tepi jalan yang berlaku antara pukul 4 petang hingga 5.30 petang (waktu tempatan di sini telah membunuh sembilan orang dan mencederakan 22 yang lain.

Dua lagi letupan yang menggegarkan kawasan bandar raya ini menyebabkan dua orang terbunuh dan 16 lagi cedera.

Beberapa pegawai keselamatan dan perubatan berkata, serangan kelmarin turut berlaku di wilayah Salaheddin, Nineveh dan Diyala di utara Baghdad.

Insiden paling dahsyat berlaku di Baquba, Diyala dengan empat letupan berlaku termasuk dua yang disasarkan terhadap satu majlis perkahwinan pengikut Syiah dan sebuah rumah baharu milik pelarian.

Sebanyak sembilan orang mati manakala 47 mangsa cedera dalam siri serangan tersebut.

Di tempat lain, sebuah bom kereta dekat bandar Balad menyebabkan lima orang maut dan 21 cedera. Serangan disasarkan terhadap seorang hakim kanan di bandar itu.

Di wilayah Nineveh, lima orang terkorban apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah van yang membawa anggota tentera.

Tiga lagi serangan berasingan oleh kumpulan lelaki bersenjata di Nineveh mengorbankan seorang tentera dan dua penduduk.

Siri serangan yang melanda Iraq sejak awal tahun ini telah meragut lebih 3,600 nyawa. - AFP

Cerut orang kanan Hitler dilelong

Posted:

Cerut orang kanan Hitler dilelong

Cerut orang kanan Hitler dilelong

CERUT Hermann Goering dilelong pada harga RM6,695 di England.


LINCOLN - Beberapa batang cerut yang telah dibawa keluar dari rumah pemimpin kanan Parti Nazi, Hermann Goering pada akhir Perang Dunia Kedua dilelong pada harga £1,300 (RM6,695) di Britain, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Cerut yang ditempah khas untuk Goering itu telah di bawa keluar dari sebuah bilik bawah tanah rumahnya di Brandenburg di Jerman.

Seorang penjual persendirian kemudian mewarisi cerut tersebut dari saudara-maranya.

John Leatt yang merupakan pelelong daripada firma lelongan Golding Young and Mawer berkata, ia adalah barangan yang luar biasa dan masih belum disentuh.

"Cerut itu dibeli oleh pembida luar negara melalui internet dan harganya melebihi anggaran sebelum ini iaitu antara £800 hingga £1,200 (RM4,128-RM6,192)," katanya.

Menurut Leatt, pada kotak cerut tertera perkataan Sondernfertigung Reichsmarschall Hermann Goering, yang bermaksud 'Dibuat Khas Untuk Marsyal Hermann Goering'.

Tandatangan pemimpin kanan Hitler itu dan nama syarikat pembekal cerut tersebut, Gildemann Ltd turut dicetak di kotak berkenaan.

Goering membunuh diri pada malam sebelum dia dijadualkan menjalani hukuman gantung pada 15 Oktober 1946 kerana melakukan jenayah kemanusiaan semasa Perang Dunia Kedua. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved