Jumaat, 7 Jun 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Penyelidik UniMAP johan keseluruhan ITEX'13

Posted:

Penyelidik UniMAP johan keseluruhan ITEX'13

Penyelidik UniMAP johan keseluruhan ITEX'13

KAMARUDIN (duduk di tengah) bersama para penyelidik UniMAP yang muncul johan pada ITEX'13 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


JUARA. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul johan keseluruhan pada International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2013 (ITEX'13) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

UniMAP yang menghantar 60 produk penyelidikan dalam pertandingan tersebut berjaya meraih 36 pingat emas, 26 perak dan satu gangsa menumpaskan pencabar terdekatnya daripada Universiti Teknologi Petronas yang menduduki tempat kedua.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin yang meraikan kejayaan tersebut berkata, produk yang dihasilkan oleh para penyelidik menunjukkan kematangan dan semakin berdaya saing.

ITEX'13 yang merupakan anjuran Malaysian Invention and Design Society dengan kerjasama World Intellectual Property Organization telah diadakan buat kali ke-24 membabitkan penyertaan lebih 1,000 produk penyelidikan daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara.

Tiga program disambut secara serentak

Posted:

Tiga program disambut secara serentak

Tiga program disambut secara serentak


ZAMBRY (duduk di tengah) melihat pokok herba yang ditanam di Taman Herba As-Syifa selepas merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa ke-67, Hari RTM ke-67 dan Hari Telekomunikasi Sedunia peringkat negeri di Ipoh baru-baru ini.


KERJASAMA. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa ke-67, Hari Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-67 dan Hari Telekomunikasi Sedunia peringkat negeri di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Ipoh baru-baru ini.

Zambry berkata, sambutan tiga program serentak melibatkan warga Jabatan Perhutanan, RTM dan Telekom Malaysia Berhad (TM) itu merupakan sebahagian daripada pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

"Kerjasama strategik tersebut bertujuan untuk memperkasa kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar, komunikasi dan perhubungan awam.

"Bagi menunjukkan komitmen antara tiga agensi tersebut, sebuah taman mini dinamakan Taman Herba As-Syifa yang ditanam dengan 130 spesies pokok herba telah diwujudkan di pekarangan kompleks bersepadu ini," katanya.

5,000 orang kunjungi Karnival Jom Masuk UM

Posted:

5,000 orang kunjungi Karnival Jom Masuk UM

5,000 orang kunjungi Karnival Jom Masuk UM


NORHANOM (tengah) menerangkan sesuatu kepada pengunjung mengenai program-program pengajian sarjana dan ijazah doktor falsafah yang ditawarkan UM pada Karnival Jom Masuk UM di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KARNIVAL. Lebih 5,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Jom Masuk Universiti Malaya (UM) yang berlangsung selama dua hari di Auditorium Kompleks Perdana Siswa UM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Karnival anjuran Institut Pengajian Siswazah (IPS) itu diadakan bertujuan untuk memperkenalkan program-program pengajian sarjana dan ijazah doktor falsafah yang ditawarkan.

Dekan IPS UM, Prof. Datin Dr. Norhanom Abdul Wahab berkata, karnival tersebut merupakan kali ketiga dianjurkan dan mendapat sambutan yang membanggakan daripada orang ramai.

Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon merasmikan karnival tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved