Rabu, 26 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Terbaik,tercorot 2012

Posted:

Terbaik,tercorot 2012

Terbaik,tercorot 2012

BINTANG atau individu yang bernaung bawah tiket selebriti sering digilai ramai dan memiliki kapasiti peminat yang akan menyalurkan sumber pendapatan terhadap hasil kerja mereka.

Resipinya mudah - semakin bertambah bilangan peminat, semakin bernilai seseorang individu dalam industri. Peningkatan nilai atau harga selebriti itu sekali gus akan mendorong ke arah pertambahan tawaran dan peningkatan jumlah pendapatan.

Populariti pula secara tidak langsung mempengaruhi corak pandangan dan pemikiran umum kepada individu yang dipanggil selebriti itu. Fesyen mereka akan menjadi ikutan, gaya hidup akan dijadikan panduan.

Magis populariti itu melanda industri hiburan saban tahun dan pada tahun ini kita melihat beberapa selebriti antarabangsa mencuri tumpuan global antaranya bintang pop Korea Selatan, Psy yang tampil dengan fenomena Gangnam Style dan sudah tentu kejayaan penyanyi tempatan yang melakar nama di peringkat antarabangsa tahun ini, Shila Amzah.

Tidak adil untuk membandingkan populariti bersifat antarabangsa Psy dan Shila Amzah kerana kejayaan itu berbeza sifat dan cara liputan.

Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang terkenal hanya dengan sebuah lagu iaitu Oppa Gangnam Style di laman sosial YouTube yang kini mencatat bilangan penonton muzik video paling tinggi di dunia iaitu satu bilion pada 21 Disember lalu.

Lagu, gerakan tarian dan video menarik melonjakkan prestasi terbaik dunia Psy dan sejak kemunculannya pada 3 Oktober 2012 hingga hari ini, Psy masih relevan melakar populariti sehingga ditabalkan Raja YouTube Dunia.


SHILA AMZAH dan Psy membanggakan negara masing-masing dengan melakar kejayaan hebat masing-masingdi peringkat global dengan cara masing-masing.


"Saya tidak boleh membandingkan ia (Oppa Gangnam Style) dengan sebarang lagu lain, tahun 2012 adalah tahun yang hebat dan memberikan pelbagai pengalaman baharu.

"Sejujurnya saya membuat video muzik itu tanpa sebarang jangkaan untuk mendapat perhatian lebih satu bilion penonton, saya tidak terfikir pun untuk memasuki pasaran antarabangsa.

"Cuma saya membuat kerja saya, menunggu dan melihat sehinggalah hari ini saya masih tertanya-tanya dan menganalisis kejayaan itu. Saya mahu tahu kenapa ia menjadi begitu popular jadi saya boleh buat lagi pada masa akan datang," ujar Psy kepada MTV News berkenaan kejayaannya baru-baru ini.

Oppa Gangnam Style telah mengalahkan video muzik Justin Bieber berjudul Baby dengan setakat ini hanya mampu mengumpul sebanyak 810 juta penonton.

Shila ke peringkat global

Berkat penghijrahan Shila Amzah pada tanggal 4 Ogos 2012 untuk mengenakan tudung sepenuhnya, tuah puteri kepada penyanyi terkenal ND Lala semakin bersinar selepas itu.

Kejayaan terbesar yang belum pernah diraih oleh penyanyi tempatan sebelum ini, penyanyi lagu Patah Seribu itu mengharumkan nama negara menerusi kejayaannya menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada 21 September lalu.

Memetik kenyataannya terdahulu, kata Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, pencapaian itu adalah yang terbaik sepanjang 12 tahun usia kariernya.

"Sebaik sahaja saya memakai hijab, keyakinan diri semakin bertambah dan pelbagai rezeki datang tanpa diduga. Sebelum ini sukar untuk membuat semua orang memberi fokus kepada saya seorang.

"Asian Wave boleh dikatakan seperti Olimpik dunia muzik. Semua peserta yang bertanding bukannya penyanyi amatur sebaliknya sudah mempunyai kejayaan di negara masing-masing. Penting untuk peserta menyanyikan lagu yang terbaik pada setiap peringkat.

Impak kemenangannya sebagai juara, Shila ditawarkan kontrak dana pembangunan kerjaya di China oleh Shanghai Media Group (SMG) sebuah syarikat media terbesar di China sebanyak RM5 juta yang akan dikongsikan bersama pemenang tempat kedua, Chang Shilei (China) dan ketiga, Huo Jun (China).

Bunohan & Songlap

Dua buah filem tempatan yang turut mencuri perhatian dari segi mutu pada tahun ini sudah tentu Songlap dan Bunohan - kedua-duanya berjaya tercalon dalam beberapa kategori sempena Festival Filem Asia Pasifik ke-55 (FFAP 55) di Macau baru-baru ini.


FILEM Bunohan turut tercalon untuk merebut lima tempat bagi pencalonan untuk kategori Filem Asing Terbaik merebut Anugerah Oscar.


Selepas berjaya membolot tiga anugerah di Anugerah Skrin 2012 dan Breakthrough Local Feature Award di Shout! Awards, Songlap tercalon untuk kategori Lakon Layar Terbaik dan Muzik Terbaik di FFAP 55.

Bunohan yang sebelum ini diiktiraf sebagai filem terbaik Anugerah Skrin 2012 pula tercalon untuk kategori Pengarah Terbaik dan Sinematografi Terbaik dalam festival yang sama.

Filem itu juga tersenarai untuk merebut lima tempat pencalonan Academy Awards ke-85 untuk kategori Filem Asing Terbaik yang bakal berlangsung pada 10 Januari depan di Academy's Samuel Goldwyn Theater, Amerika Syarikat.

Biarpun tidak berjaya menggondol sebarang anugerah pada FFAP 55, kedua-dua filem itu ternyata memberi tamparan hebat buat pengkarya tempatan untuk tampil lebih agresif pada tahun akan datang.

Mampu bertahan, bakal menyerlah 2013

Posted:

Mampu bertahan, bakal menyerlah 2013

Mampu bertahan, bakal menyerlah 2013

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


HUGH JACKMAN dijangka mengekalkan auranya sebagai antara pelakon terhangat di Hollywood pada tahun depan.


TIRAI tahun 2012 bakal berlabuh dan lembaran baharu tahun 2013 akan diselak bersama harapan, azam dan impian positif untuk menggapai prestasi cemerlang industri seni.

Jika tahun 2012 memaparkan pelbagai kisah kontroversi, coretan suka dan duka, ada yang terbaik dan tercorot, tahun 2013 juga pasti menyajikan seribu satu rona warna dalam kanvas hiburan sama ada tempatan atau antarabangsa.

Berikut disenaraikan beberapa nama selebriti dan karya yang dijangka menjadi perhatian pada tahun 2013 berdasarkan pencapaian pada tahun 2012.

Pucuku muda Emma Maembong

Mula dikenali sejak membintangi drama rantaian Kau Yang Terindah sekitar bulan Ogos 2012, pelakon kacukan Melayu-Scotland itu tidak terlepas daripada terpalit kontroversi.

Masalah disiplin serta gambar bercium, sedikit sebanyak membantu melonjakkan momentum nama pucuk muda industri lakonan Malaysia sehingga namanya pernah tersenarai antara carian tertinggi di Google Malaysia.

Bakal tampil bersama beberapa naskhah drama baharu pada tahun depan, pastinya tahun 2013 menjadi tahun bermakna Emma Maembong.

Selain Emma, beberapa nama lain tersenarai antara pelakon tempatan yang bakal mencuri tumpuan pada tahun 2013, antaranya Shah Iskandar, Azlee Khairi dan Dazrin Kamarudin.

Nama yang tiba-tiba menjadi perhatian umum sekitar hujung tahun 2012, pelakon, penyanyi dan model terkenal tahun 1980-an, Raja Ema juga dijangka tersenarai antara selebriti yang akan meledak tahun 2013.

Beralih kepada sisi seni muzik, kemunculan beberapa nama penyanyi baharu sekitar tahun 2012 antaranya Asmidar, Kaka dan penyanyi Singapura Tengku Adil dijangka lebih bersinar pada tahun depan.

Aura berterusan Aaron


AARON AZIZ dijangka mengekalkan popularitinya pada kedudukan teratas pada tahun depan dengan kemunculan filem terbaharunya, KL Gangster 2.


Wajah yang tidak perlu diperkenalkan, Aaron Aziz antara selebriti yang dijangka mengekalkan pencapaian terbaik tahun 2012 pada tahun depan.

Masih relevan bersama naskhah drama rantaian adaptasi novel Adam & Hawa yang akan bertemu penamat sekitar bulan Januari depan, Aaron juga akan muncul dengan filem KL Gangster 2 sekitar bulan Mac yang sudah pasti menjamin keunggulan namanya sepanjang tahun 2013.

Aktres yang sedang meniti transisi remaja menjadi dewasa, Elfira Loy dijangka masih kekal antara yang terbaik tahun depan. Begitu juga pelakon genit Nad Zainal yang dikhabarkan bakal muncul bersama beberapa buah filem tahun 2013.

Prestasi cemerlang masih dikekalkan oleh bintang YouTube, Najwa Latif yang merencanakan perjalanan seni yang lebih matang pada tahun depan.

Pertarungan tiga diva

Tiga diva dunia, Lady Gaga, Britney Spears dan Beyonce tersenarai antara bintang yang akan terus mengekalkan populariti global pada tahun depan.

Ketiga-tiganya akan muncul bersama album terbaharu yang disifatkan seolah-olah 'berperang' untuk menjadi yang terbaik pada tahun 2013.


KETIGA-TIGA Beyonce, Britney Spears dan Lady Gaga bakal muncul dengan album terbaharu pada tahun depan.


Barisan nama seperti Rihanna, Taylor Swift, Kelly Clarkson, Bruno Mars dan Justin Bieber pasti akan mencuba untuk kekal terbaik sepanjang tahun. Dalam pada itu, Kelly Clarkson dirasakan antara yang paling bakal menyinar apabila pemenang dua anugerah Grammy pada tahun 2006 ini meraih empat pencalonan Grammy 2013 yang bakal berlangsung pada 10 Februari depan iaitu bagi kategori utama Rekod Tahunan, Lagu Tahunan, Persembahan Solo Terbaik dan Vokal Album Pop Terbaik.

Begitu juga beberapa nama baharu seperti Rita Ora, One Direction, Carly Rae Jepsen yang dijangka popular tahun depan.

Pelakon kelas A

Hugh Jackman, Chris Hemsworth dan Robert Downey Jr. antara barisan bintang ternama kelas A yang akan terus mendapat perhatian sepanjang tahun 2013 sementelah beberapa naskhah filem terbaik hanya menanti untuk ditayangkan tahun depan.

Bakal mencuri tumpuan, pelakon remaja Josh Hutcherson yang pernah membintangi filem Hunger Games tahun ini akan sekali lagi muncul pada tahun 2013 bersama francais terbaharu filem tersebut. Begitu juga heroin filem yang sama, Jennifer Lawrence.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Bina semangat dalam kedamaian desa

Posted:

Bina semangat dalam kedamaian desa

Bina semangat dalam kedamaian desa

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA

SAYUP-SAYUP kedengaran bait-bait lirik lagu Cinta Muka Buku yang dipopularkan penyanyi kelahiran laman sosial video, YouTube, Najwa Latif memecahkan kesunyian kawasan resort yang terletak di Batu. 19, Hulu Langat itu.

Kelihatan sekumpulan remaja lelaki berusia belasan tahun berkumpul sambil berdiri tegak di dalam sebuah kolam kecil.

"Jangan berhenti, kena nyanyi sampai habis, nanti saya suruh ulang semula," kedengaran lantang suara seorang lelaki di satu sudut kolam.

Ibrahim Mohamed Rashid hanya memerhatikannya dari jauh. Hatinya sedikit terhibur melihatkan teletah kumpulan remaja berkenaan.

Dalam keadaan tubuh basah kuyup, mereka tampak bersungguh-sungguh menyanyikan lagu tersebut.

"Kumpulan remaja itu sedang bermain aktiviti mencari harta karun. Pasti, mereka sedang 'didenda' oleh fasilitator sebab gagal menyelesaikan masalah yang diberikan," katanya kepada Kosmo! pada pertemuan di Nur Lembah Pangsun pada pagi itu.

Ibrahim ialah Pengarah Urusan Nur Lembah Pangsun Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab menguruskan rangkaian resort pusat latihan di bawah Kumpulan Nur Eco Resort.

Penglibatan Ibrahim dalam perniagaan yang berkonsepkan resort, program bina diri dan latihan itu bermula kira-kira 15 tahun lalu ketika bertugas di Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Salah satu tugas saya ketika itu ialah mencari kem-kem atau pusat latihan di negara ini untuk melatih dan memberi motivasi kepada para pelajar kolej.

"Apa yang saya perhatikan, kebanyakan pelajar yang mengikuti modul dan program ini mengalami perubahan positif yang membawa kepada kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik malah perlakuan serta sikap mereka.

"Misalnya, jika dahulu pelajar itu malas, dia akan berubah menjadi rajin. Jika dia suka melawan, dia akan mula menghormati orang lain. Di situ timbul kepercayaan dalam diri saya bahawa sesiapa sahaja boleh berubah sekiranya diberi peluang," katanya yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan.


PERSEKITARAN Nur Eco Resort yang dikelilingi alam semula jadi memberi suasana tenang dan damai.


Percaya potensi

Menyedari potensi yang ada, Ibrahim nekad meletakkan jawatan dan memberi tumpuan terhadap konsep perniagaan yang agak asing dalam kalangan usahawan-usahawan Melayu ketika itu.

Bersama seorang rakan kongsi, beliau memberanikan diri membuka resort pusat latihan pertama, Nur Lembah Pangsun di kawasan seluas 7.3 hektar di Hulu Langat, yang berlatarbelakangkan alam semula jadi dan suasana desa.

Katanya, tema sedemikian sengaja dipilih bagi mewujudkan kelainan kepada setiap peserta di samping membolehkan mereka beraktiviti dalam suasana yang tenang dan jauh daripada hiruk-pikuk kota.

"Selain menawarkan pelbagai jenis penginapan dari jenis calet, vila, dormitori dan tapak perkhemahan, kami juga menyediakan kemudahan seperti bilik seminar, dewan, surau dan dewan makan.

"Lebih penting, resort pusat latihan seperti ini menyediakan aktiviti lengkap untuk semua peringkat umur sama ada di darat atau air, lasak atau bersifat permainan kekeluargaan atau berpasukan," jelasnya.

Tambah Ibrahim, pada peringkat awal dahulu mereka terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran dan rintangan terutama dalam mendapatkan kepercayaan pelanggan di samping memasarkan konsep perniagaan sedemikian.

Bagaimanapun, berkat kesabaran dan komitmen tinggi selain mengutamakan keselesaan dan kepuasan pelanggan, Nur Lembah Pangsun terus menjadi sebutan sebagai salah sebuah resort pusat latihan terkenal di negara ini.

"Ketika ia mula-mula dibuka dahulu, kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti.


AKTIVITI berhalangan seperti ini menguji keberanian mental dan fizikal peserta.


"Namun dalam tempoh beberapa tahun sahaja, kami mula mendapat tempahan dalam kalangan syarikat-syarikat korporat terkenal," kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Permintaan yang sentiasa tinggi dan berterusan mendorong pembinaan beberapa buah resort pusat latihan lain seperti di Nur Bukit Unggul (Sepang), Nur Sungai Merab (Kajang), Nur Lembah Lenggong (Perak) dan Nur Laman Bestari (Hulu Yam) yang diletakkan di bawah Kumpulan Nur Eco Resort.

"Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri dengan kepelbagaian penginapan dan aktiviti yang ditawarkan serta suasana dan kumpulan sasaran yang berbeza.

"Sama ada untuk seminar, pembinaan pasukan, hari keluarga, hari terbuka dan sebagainya, kami bersedia menerima kehadiran para tetamu, sesuai dengan moto kami iaitu Dekat Di Mata, Lekat Di Hati," katanya sambil memberitahu sebuah resort yang sama bakal dibina di Marang, Terengganu tahun hadapan.

Katanya, berdepan dengan ratusan malah ribuan manusia saban hari menyebabkan pihak pengurusan begitu menitikberatkan aspek keselamatan di setiap resort pusat latihannya.

"Kami mempunyai syarikat Nur Adventurer yang bertanggungjawab menyelenggara dan menyelia peralatan serta aktiviti lasak yang disediakan.

"Pada masa yang sama, setiap peserta di bawah rangkaian kami juga dilindungi perlindungan insurans bermula dari saat mereka menaiki bas ke sini sehingga pulang ke destinasi masing-masing," ujarnya.

Mendamaikan jiwa

Sementara itu, Muhammad Zulfaqar Mohd. Isa, 29, penyelia program Kem Tahsin al-Quran anjuran Pusat Pendikan Al Barakah di Nur Lembah Pangsun berkata, dia sangat berpuas hati dengan kerjasama dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pengurusan di situ.

Katanya, sejak berkampung di situ hampir enam minggu lalu, dia mengakui selesa mengendalikan kem berkenaan, biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah peserta yang datang dari seluruh negara.

"Suasana di sini sangat tenang dan mendamaikan jiwa dengan dikelilingi alam semula jadi seperti hutan dan sungai yang mengalir yang sesuai untuk para peserta kami beraktiviti sambil mempelajari teknik dan hafazan al-Quran yang betul," katanya.

Dia yang baru pertama kali diberi peluang mengendalikan kem itu berkata, selain keselesaan penginapan untuk peserta dan fasilitator, kemudahan yang disediakan juga agak lengkap dan mencukupi.


TAPAK perkhemahan turut disediakan bagi kumpulan peserta bina semangat.


"Kami tidak perlu berebut ke dewan makan atau ke dewan, begitu juga ketika melakukan aktiviti-aktiviti luar biarpun terdapat kumpulan lain yang turut sama beraktiviti di sini.

"Paling penting ialah kebajikan dan keselamatan peserta begitu dititikberatkan. Setiap aktiviti yang dilakukan sentiasa dipantau oleh mereka yang berpengalaman dan mahir tentang teknik menyelamat dan bantuan kecemasan," katanya yang juga merupakan seorang guru yang mengajar di Kuala Terengganu.

Bagi Jordan Kong, 39, dari Persatuan Amitabha Kepong pula, pihaknya memilih Nur Lembah Pangsun sebagai lokasi aktiviti kerana kedudukannya yang tidak jauh dari ibu negara.

"Pada masa yang sama, ia juga terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti klinik kesihatan, balai polis dan sebagainya bagi memudahkan sebarang tindakan sekiranya berlaku kecemasan," katanya.

Tambah Jordan, program selama tiga hari dua malam yang melibatkan kira-kira 80 peserta itu lebih tertumpu kepada program bina diri yang menitikberatkan aspek kepimpinan, keyakinan diri dan jati diri.

Atas alasan tersebut, pihaknya memilih untuk berkhemah kerana ia dapat membantu peserta untuk berdikari dan

10 pantai tercantik di dunia

Posted:

10 pantai tercantik di dunia

10 pantai tercantik di dunia


SUASANA privasi dan terpencil menjadi tarikan pengunjung ke Pulau Ocracoke.


BAGI kebanyakan orang di negara bermusim, percutian musim panas sering dikaitkan dengan satu perkataan iaitu pantai. Cabaran untuk mencari sesebuah pantai yang sempurna dan bertaraf dunia sememangnya mengujakan para pelancong sejak sekian lama.

Tentunya sukar untuk mencari jawapan yang tepat kerana ia bergantung kepada penilaian seseorang individu itu sendiri.

Mereka yang gemarkan suasana sunyi dan privasi lazim memilih kawasan pantai yang terpencil. Tidak kurang juga yang sukakan kawasan pantai yang sesak semata-mata mahu mencuri perhatian melalui fesyen pakaian mandi terkini mahupun bentuk tubuh yang ideal dan berotot.

Walau apapun alasannya, mencari sesebuah pantai yang sempurna bergantung kepada tiga 'resipi' asas iaitu cahaya matahari, pasir pantai dan panorama menakjubkan di sekitarnya.

Sama ada pantai yang terkenal atau tidak, privasi atau sesak, senarai ini sekurang-kurangnya memberi idea mengenai lokasi pantai popular dunia untuk rujukan percutian masing-masing.

Pantai La Minitas, Republik Dominica

Pantai yang terletak di Republik Dominica itu terkenal dengan kecantikan dan ketenangannya.

Bersih, jauh daripada sebarang pencemaran dan dikelilingi panorama indah, pengunjung pasti tidak akan menyesal sekiranya memilih republik itu sebagai destinasi percutian.

Pantai La Minitas hanya memakan masa 10 minit perjalanan dengan menggunakan bas shuttle. Ia merupakan lokasi terbaik bagi pengunjung yang suka berjemur dalam suasana privasi.

Biarpun kedudukannya agak terpencil, pengunjung tidak akan kelaparan kerana terdapat banyak restoran di sekelilingnya. Lebih menarik, terdapat perkhidmatan spa dan urutan yang ditawarkan di tepi pantai.

White Beach, Boracay, Filipina

Mempunyai pesisiran pantai yang halus memutih sepanjang lebih dua kilometer, White Beach atau Pantai Putih dianggap syurga bagi peminat-peminat aktiviti pantai di seluruh dunia.

Persekitarannya memukau dengan keaslian semula jadi yang tidak pernah terusik sejak 30 tahun lalu.

Dikelilingi perkampungan nelayan, ia menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang mahu merasai suasana percutian dalam iklim tropika.

Masa terbaik untuk berkunjung ke situ ialah ketika musim Amihan (monsun barat laut) bermula dari September hingga Jun. Ketika itu, suhunya agak sederhana dengan sedikit hujan dan angin sejuk yang lazim bertiup dari Timur.


DIKENALI sebagai Pantai Merah Santorini, lokasi istimewa ini menawarkan landskap dan panorama menakjubkan.


South Beach, Miami, Florida, Amerika Syarikat

Sejak sekian lama, South Beach menjadi pilihan pelancong yang mahu merasai imej mewah dan glamornya.

Bagaikan sebuah jenama yang tidak perlu diterjemahkan, pantai itu sesak dengan pengunjung yang mahu merasai budaya keriangan pantai ala Amerika. Selain itu, pantai tersebut menjadi tumpuan kerana kehadiran wanita-wanita seksi berpakaian mandi atau lelaki yang berotot sasa.

Dikelilingi ratusan hotel mewah, pusat membeli-belah, restoran dan kelab malam, ia menawarkan pelbagai aktiviti dan hiburan tanpa henti sehingga ke malam.

Sepanjang berada di situ juga pengunjung mungkin terserempak dengan selebriti Holywood kesayangan yang sedang memandu kereta mewah atau membeli-belah.

Pantai Merah Santorini, Akrotiri, Kepulauan Greece

Jika mahu menikmati percutian unik sambil menyaksikan landskap istimewa, Santorini Red Beach (Pantai Merah Santorini) berbaloi untuk dikunjungi.

Pertembungan warna biru air laut, rona merah daripada pasirnya yang halus dan puncak gunung berapi di sekelilingnya menghasilkan landskap unik dan tiada yang seumpamanya di dunia.

Biarpun kawasan pantainya agak kecil, namun ia sangat popular dan sering menjadi tumpuan pelancong untuk bersantai.

Perlu diingat, tiada sebarang kemudahan asas disediakan kecuali sebuah gerai yang menyewakan payung dan kerusi pantai. Anda perlu membawa makanan dan minuman sendiri sekiranya mahu berada di situ lebih lama.

Pantai Tulum, Mexico

Mexico sememangnya terkenal dengan keindahan bandar raya dan pantainya yang mempesona.

Terletak kira-kira 80 kilometer dari Cancun, Tulum terkenal sebagai kawasan yang menyimpan sejarah silam puak Maya satu ketika dahulu.

Di samping nilai sejarahnya yang hebat, ia juga memiliki pantai yang tidak kurang hebatnya, Pantai Tulum.

Pasir pantai yang halus memutih dan air laut yang jernih menjadi tarikan ideal bagi pelancong yang mahu berada jauh daripada kesesakan orang ramai dan hiruk-pikuk kota.

Pantai Arambol, Goa, India

Mudah untuk mengetahui mengapa Pantai Arambol yang terletak di wilayah Pernem, utara Goa, terus masyhur.

Mudah diakses dan terletak hanya satu jam pemanduan dari Lapangan Terbang Dabolim, Arambol yang terkenal dengan imej pasir berwarna kuning emas kekal sebagai antara rahsia yang masih belum diterokai sepenuhnya di India.


PANTAI yang bersih, jauh daripada pencemaran dan landskap tropika menghijau menjadi daya penarik di La Minitas, Republik Dominica.


Dikelilingi pokok-pokok palma dan kolam-kolam air tawar, ia menawarkan suasana percutian yang diidamkan oleh pelibur yang mencari ketenangan tropika.

Popularitinya telah menyebabkan pesisir pantainya meriah dengan binaan kafe dan restoran serta peniaga jalanan yang menjual pelbagai produk kraftangan.

Terdapat sebuah menara penyelamat pantai disediakan bagi menjami keselamatan pengunjung sepanjang berada di situ.

Pantai Teluk Hanalei, Kauai, Hawaii

Sekiranya suasana pantai dan landskap ala imej poskad menjadi syarat utama percutian anda pada masa hadapan, Hanalei Bay Beach (Pantai Teluk Hanalei) pasti tidak akan menghampakan.

Pantai teluknya yang berbentuk melengkung cukup indah dengan kehalusan pasir dan lautnya yang membiru.

Kehadiran air terjun serta gunung-ganang yang gah di sekelilingnya sudah cukup meletakkan Hanalei Bay Beach berada dalam kelas yang tersendiri.

Ia mungkin agak sesak terutama menjelang musim sejuk, bagaimanapun kelebihan yang ditawarkan pasti memberi kenangan manis yang sukar dilupakan.

Pulau Ocracoke, Carolina Utara, Amerika Syarikat

Sekiranya anda memilih percutian yang penuh privasi, sukar untuk menolak apa yang ditawarkan di Pulau Ocracoke.

Lokasinya yang agak terpencil membuatkan ia hanya dapat diakses menggunakan bot, feri atau kapal terbang persendirian.

Sepanjang bercuti di pulau itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati kedamaian suasana pantainya malah bebas daripada pengaruh teknologi moden pada hari ini.

Ya, Ocracoke tidak dilengkapi jaringan talian telefon atau internet, maka sepanjang tempoh percutian di situ anda terlepas daripada gangguan yang menyesakkan fikiran.

Pulau itu juga turut menempatkan perkuburan tentera-tentera British yang terbunuh sewaktu Perang Dunia Kedua dahulu. Upacara peringatannya diadakan pada bulan Mei setiap tahun.

Pantai Ipanema, Rio de Janeiro, Brazil


PASIR pantai yang halus memutih menyebabkan White Beach menjadi idaman para penggemar aktiviti pantai di Filipina.


Terletak di selatan bandar raya Rio de Janeiro di antara Leblon dan Arpoador, Ipanema merupakan pantai yang popular di Brazil.

Sejak tahun 70-an lagi, namanya sering menjadi sebutan peminat-peminat aktiviti dari seluruh dunia.

Dikurniakan kawasan pantai yang luas, Ipanema Beach bukan sekadar lokasi bermandi-manda.

Ia juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti bola tampar pantai dan bola sepak pantai yang sememangnya sinonim di negara Latin itu.

Pada musim sejuk, ombaknya mampu mencecah ketinggian 0.3 meter sekali gus menjadi tumpuan dalam kalangan peluncur-peluncur ombak yang mahu menguji skil masing-masing.

Populariti yang diraihnya juga menyebabkan namanya diabadikan dalam judul lagu The Girl From Ipanema, karya Antonio Carlos Jobim dan Vinicius de Moraes.

Aroa, Aitutaki, Kepulauan Cook

Berbanding pulau-pulau kecil lain yang membentuk Kepulauan Cook pada hari ini, Pantai Aroa yang terletak di Pulau Aitutaki sememangnya layak digelar sebagai juara.

Suasana damai, tenang dan dikelilingi lagun unik berwarna biru firus, Aroa memiliki pantai yang hampir sempurna dengan kehijauan alam semula jadi.

Kejernihan air laut dan kekayaan terumbu karang dan hidupan laut yang masih terpelihara menyebabkan ia dianggap syurga bagi penggemar-penggemar aktiviti snorkeling dan menyelam.

Menawarkan suasana percutian iklim tropika, Aroa pastinya menjanjikan pengalaman romantis kepada sesiapa jua yang bertandang.

Percutian pelancongan agro

Posted:

Percutian pelancongan agro

Percutian pelancongan agro

Oleh FARIK SALLEH


KIRI: Para pelawat boleh mempelajari banyak perkara di Institut Teknologi di Lembah Bio-Tek Peladang Johor.


SEEKOR cacing telah siap dipasang di mata pancing, lalu Mohd. Nor Hafizi membuat satu lontaran sebelum mata pancing itu jatuh di tengah kolam.

Tidak berapa lama menunggu dengan sabar di tebing kolam, joran tersebut sudah terlihat tanda-tanda umpannya dimakan ikan.

Lantas disambarnya joran itu lalu digulung talinya. Dia tersenyum dengan hasil tangkapan itu. Seekor ikan keli Afrika seberat 4.5 kilogram.

"Saya sama sekali tidak menyangka penantian hampir dua jam membawa kejayaan, Umpan cacing yang digunakan membawa hasil yang lumayan," kata Mohd. Nor yang berasal dari Felda Ulu Penggeli, Kluang.

Tangkapan ikan tersebut membolehkannya memenangi wang tunai sebanyak RM3,000 sebagai juara Cabaran Memancing Joran Bagus yang dianjurkan bersama Pertubuhan Perladangan Negeri Johor (PPNJ) di Tasik Lembah Bio-Tek Peladang Johor, Kota Tinggi baru-baru ini.

Aktiviti pertandingan memancing merupakan salah satu tarikan Tasik Lembah Bio-Tek Peladang Johor sejak dibangunkan pada tahun 1996. Bagaimanapun, kawasan tersebut hanya dibuka kepada pelancong mulai Jun tahun lalu.

Terdapat empat kolam yang sesuai untuk memancing dan satu kolam khas untuk pertandingan memancing.

Pengurus Lembah Bio-Tek Peladang Johor, Omar Mohd. Uzir berkata, pihaknya menggalakkan penganjuran pertandingan memancing di kawasan tersebut yang dikenali sebagai pusat pelancongan agro.

Pilihan rekreasi


PENGUNJUNG dapat menyaksikan dan mempelajari kaedah penternakan lembu.


"Kawasan seluas 243 hektar ini menawarkan aktiviti pelancongan agro berasaskan alam semula jadi. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkhemah, meredah hutan, berakit, melawat ladang-ladang sayur yang menggunakan kaedah tanaman fertigasi, lembu dan kambing.

"Walaupun, lokasi kawasan pelancongan agro ini jauh dari bandar namun para pelancong pasti teruja dan seronok sepanjang berada di sini," katanya.

Dikelilingi bukit-bukit dan pokok-pokok hutan yang menghijau membuatkan minda menjadi tenang malah pelancong dapat menikmati suasana malam yang sunyi.

Dengan bayaran RM30 seorang bagi satu malam, orang ramai boleh berkhemah di tengah-tengah kawasan yang dikelilingi kolam. Khemah, surau dan tandas juga disediakan.

Bayaran tersebut tidak termasuk makanan, namun anda berpeluang menikmati buah-buahan di ladang berkenaan. Antara buah-buahan yang terdapat di kawasan tersebut termasuk belimbing, nangka, kelapa pandan dan lain-lain.

Sebelah malamnya, aktiviti barbeku merupakan kegiatan yang sukar dilepaskan para peserta yang terbabit dengan aktiviti perkhemahan. Lebih menarik, mereka yang berkhemah boleh memancing ikan secara percuma di beberapa kolam yang disediakan. Hasil tangkapan boleh dijadikan santapan pada sebelah malam.


PERTANDINGAN memancing antara aktiviti yang dianjurkan di sini.


Pada waktu siang pula pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti berakit, berbasikal dan meredah hutan sekali gus membuatkan kawasan ini sesuai untuk aktiviti bina semangat.

Luangkan juga sedikit masa untuk melawat projek ternakan kambing dan lembu. Di kandang-kandang kambing dan lembu, pengunjung dapat merasa dan melihat sendiri binatang-binatang itu diternak menggunakan kaedah yang betul. Ladang-ladang sayur dan buah-buahan juga boleh dilawati.

"Kepelbagaian aktiviti pertanian dan ternakan menjadikan tempat ini sesuai untuk program latihan, lawatan dan kursus serta seminar kepada pelajar dan kakitangan agensi kerajaan dan swasta," kata Omar.

Jika tidak mahu berkhemah, katanya, orang ramai boleh menyewa dormitori yang mampu memuatkan sehingga 50 orang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


JPN Sarawak melawat SMKAJ Hulu Langat

Posted:

JPN Sarawak melawat SMKAJ Hulu Langat

JPN Sarawak melawat SMKAJ Hulu Langat


FAUZIAH (duduk tengah) bergambar bersama Mahadi (duduk, enam dari kanan) dan kakitangan JPN Sarawak di SMKAJ Hulu Langat baru-baru ini.


CEMERLANG. Seramai 22 kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak diketuai oleh Ketua Unit Kokurikulum JPN Sarawak, Mahadi Mobin telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil (SMKAJ), Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Lawatan tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman pengurusan SMKAJ yang berjaya mendapat tempat ketiga selama dua tahun berturut-turut sebagai Sekolah Cemerlang Kokurikulum peringkat Kebangsaan sejak tahun 2011.

Rombongan disambut oleh Pengetua SMKAJ, Fauziah Mohamed Ramli dan Penolong Pengarah Unit Kokurikulum JPN Selangor, Basrin Yaman.

Pelajar kurang berkemampuan terima bantuan persekolahan

Posted:

Pelajar kurang berkemampuan terima bantuan persekolahan

Pelajar kurang berkemampuan terima bantuan persekolahan


MUSA (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada pelajar yang menerima bantuan kelengkapan sekolah di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok 2, Bukit Mertajam baru-baru ini.


KEMBALI KE SEKOLAH. Sebanyak 150 pelajar dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang menerima bantuan pakaian seragam, kasut dan beg sekolah yang disumbangkan oleh Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Bukit Mertajam pada satu majlis di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok 2, Bukit Mertajam baru-baru ini.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Selain itu, 10 pelajar berketurunan India turut menerima bantuan yang sama daripada UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

Musa berkata, pemberian bantuan tersebut membuktikan UMNO tidak hanya membantu kaum Melayu sahaja sebaliknya turut memberi bantuan kepada kaum lain.

Hadir sama, Pengurus Dana Pendidikan Rendah dan Menengah YPM, Che Embun Bakar dan Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian, Ramlan Ishak.

Bekas pelajar SMTSJA adakan pertemuan semula

Posted:

Bekas pelajar SMTSJA adakan pertemuan semula

Bekas pelajar SMTSJA adakan pertemuan semula


SEBAHAGIAN daripada bekas pelajar SMTSJA yang menyertai majlis pertemuan semula di Sedeli Damai Resort, Sedeli Kecil, Kota Tinggi baru-baru ini.


BERTEMU SEMULA. Seramai 48 bekas pelajar Sekolah Menengah Tan Sri Jaafar Albar (SMTSJA), Kota Tinggi mengadakan majlis pertemuan semula berkonsepkan hari keluarga di Sedeli Damai Resort, Sedeli Kecil, Kota Tinggi baru-baru ini.

Pengerusi program, Mesran Tukiman berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk mengeratkan kembali ikatan silaturahim bekas pelajar SMTSJA yang menamatkan pengajian pada tahun 1987 dan 1988 lalu.

Menurutnya, idea itu tercetus selepas sudah lama tidak berjumpa rakan-rakannya yang sibuk dengan karier masing-masing.

"Melalui pertemuan ini, kami berkongsi dan mengimbau kembali kenangan sepanjang bergelar pelajar dan juga pengalaman selepas tamat persekolahan selain mengadakan sukaneka, karaoke dan majlis makan malam," katanya.

Jelasnya, program itu akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya hubungan sedia ada tidak terputus.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Terjun kereta dipandu 100km/j

Posted:

Terjun kereta dipandu 100km/j

Terjun kereta dipandu 100km/j

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

NOR (duduk kanan) menunjukkan jubah hitam yang dipakai kepada wartawan Kosmo!, Firdaus Hassan (kiri) ketika ditemui di Kuching semalam.


KUCHING – Seorang wanita tidak menyangka sehelai jubah hitam pemberian suami yang dibeli di Mekah semasa menunaikan haji pada tahun ini menjadi perisai apabila dia hanya cedera ringan ketika nekad terjun dari kenderaan yang sedang bergerak laju kelmarin.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nor, 41, itu bertindak demikian selepas menyedari kenderaan jenis Mitsubishi Pajero milik suaminya dipandu seorang pencuri dengan kelajuan 100 kilometer sejam dalam kejadian pukul 11 malam di Jalan Main Bazaar, Kuching Waterfront di sini.

Selepas berguling beberapa kali di atas jalan, ibu kepada lima anak itu hanya cedera di lengan, siku, kedua-dua lutut dan kaki.

Mengimbau semula kejadian itu, peniaga gerai makanan itu mendakwa, dia terlena di kerusi penumpang depan dalam kenderaan yang diletakkan di bahu jalan kira-kira 20 meter dari gerainya dalam keadaan enjinnya hidup manakala pintu tidak dikunci. Dia dan suami berniaga di Kuching Waterfront.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Murid naik bas sekolah dilindungi RM100,000

Posted:

Murid naik bas sekolah dilindungi RM100,000

Murid naik bas sekolah dilindungi RM100,000

PELAJAR yang menaiki bas sekolah akan mendapat perlindungan insurans sehingga RM100,000 mulai tahun depan.


KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans mulai Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Syed Hamid berkata, skim itu dikenali sebagai perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had sebanyak RM100,000 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 September lepas di Parlimen.

Katanya, SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu.

"Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans.

"Kita sasarkan apabila sekolah dibuka tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan diinsuranskan sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat antara SPAD serta Pengusaha Bas Bentong dan Temerloh di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Persiapan kahwin Apek-Leuniey berjalan lancar

Posted:

Persiapan kahwin Apek-Leuniey berjalan lancar

Persiapan kahwin Apek-Leuniey berjalan lancar

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


LEUNIEY sedang dirias inai oleh seorang jurusolek di Pasir Pekan, Tumpat semalam.


TUMPAT - Banjir yang melanda tiga negeri di Pantai Timur ketika ini tidak menjejaskan kerancakan persiapan perkahwinan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eilunie Natasha Jaafar yang dijadualkan akan bernikah esok.

Eilunie atau Leuniey, 21, ketika ditemui di rumahnya di Pasir Pekan di sini memberitahu, semua persiapan untuk majlis tersebut berjalan lancar dan dia bersyukur kerana rumahnya tidak dinaiki air.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan sudah disiapkan, hanya tinggal pelamin yang akan dipasang malam ini (malam tadi). Risau juga musim hujan lebat macam ini.

"Pihak kami juga telah menunaikan solat hajat mendoakan agar segalanya berjalan sempurna dan cuaca baik pada hari perkahwinan nanti," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chelsea singkir Lampard

Posted:

Chelsea singkir Lampard

Chelsea singkir Lampard

LAMPARD diarah untuk mencari pasukan baharu sebaik musim perpindahan pemain dibuka 1 Januari 2013.


LONDON - Pemain tengah England, Frank Lampard dijangka meninggalkan Chelsea.

Karier Lampard, 34, bersama skuad The Blues sampai ke penghujungnya selepas dia diarah untuk mencari pasukan baharu sebaik musim perpindahan pemain dibuka 1 Januari 2013.

"Lampard sangat tertekan," menurut satu sumber dalaman kelab yang berpangkalan di Stamford Bridge itu.

"Dia mahu terus bermain untuk Chelsea tetapi mereka memberitahunya supaya mencari kelab lain pada Januari depan. Dia tidak mempercayainya. Apa yang dia mahu lakukan adalah bermain untuk Chelsea. Kelab ini sungguh bermakna buatnya."

Lampard menerima berita yang mengejutkan itu sebelum dia meledakkan gol dari jarak 25 meter dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penyokong di Stamford Bridge sebaik mengetuai pasukan itu mencatat kemenangan besar 8-0 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana England, Ahad lalu.

Bagaimanapun, kesetiaan Lampard kepada Chelsea sejak dia menyertai kelab itu pada tahun 2001, 'diragut' dengan kejam.

Sepanjang tempoh itu, dia membantu Chelsea memenangi satu trofi Liga Juara- Juara, tiga Liga Perdana England, empat Piala FA dan dua Piala Liga.

Kontrak asal Lampard akan berakhir pada musim panas depan dan dia berharap persembahannya di padang mampu mendorong kelab untuk menyambung perjanjian tersebut.

Begitupun, Chelsea memberitahu Lampard bahawa dia boleh mencari kelab lain sebelum perlawanan menentang Villa.

"Lampard telah 'menghambakan diri' kepada kelab, terutamanya para peminat dan dia gembira untuk mengakhiri karier di Stamford Bridge," menurut sumber itu lagi.

"Selepas apa yang dilakukannya untuk Chelsea, dia tidak percaya dengan cara kelab membuangnya.

"Sesiapa sahaja yang melihat persembahannya ketika menentang Aston Villa mengakui dia sepatutnya berada dalam kesebelasan utama pasukan itu.

"Lampard sangat profesional kerana dia masih mampu bermain dengan baik meskipun mengetahui kelab tidak lagi memerlukan khidmatnya." - Agensi

Perpindahan tidak berbaloi

Posted:

Perpindahan tidak berbaloi

Perpindahan tidak berbaloi


LAMPARD (kiri) dijangka akan mengikut jejak langkah Anelka (kanan) dan Drogba (tengah) ke Shanghai Shenhua di China.


SHANGHAI, China - Sekiranya Frank Lampard mahu berkelana ke China, dia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman 'pahit manis' dua bekas rakan sepasukan di Chelsea, Nicolas Anelka dan Didier Drogba.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pemain tengah England itu.

Tidak hanya gaya kehidupan di luar padang tetapi perbezaan budaya yang begitu ketara menyebabkan ramai bintang bola sepak asing, terutamanya dari Eropah yang bermain pada saingan Liga Perdana China, kecundang separuh jalan.

Mereka terpaksa mencari jalan keluar dan ada yang hanya baru tiba beberapa bulan sahaja terpaksa meninggalkan China kerana tidak mampu menyesuaikan diri.

Bekas penyerang Perancis, Anelka menjadi antara pelopor pemain bertaraf bintang yang berhijrah ke China dan dia telah ditawarkan gaji £175,000 (RM865,198) seminggu oleh kelab Shanghai Shenhua kira-kira 10 bulan lalu.

Pada musim panas lalu, penyerang 'kembarnya' di Chelsea, Drogba turut menyertainya di Shanghai dengan bayaran gaji £200,000 (RM988,849) seminggu.

Anelka, 33, tekad untuk meninggalkan Shanghai dan dia telah menyuarakan perkara itu kepada pihak pengurusan kelab serta satu sumber juga memberitahu, Drogba bakal mengikut jejak langkah sahabat baiknya itu.

Oriental Sports Daily melaporkan bahawa Drogba masih belum menerima gaji pada bulan Disember kerana krisis pihak lembaga pengarah dan Shenhua juga dikatakan dalam proses bagi membatalkan kontrak Anelka.

Dalam pada itu, aksi Drogba di atas padang tetap tidak mengecewakan apabila dia menjaringkan lapan gol daripada 11 penampilan musim ini dan membantu Shanghai berada di kedudukan kesembilan liga daripada 16 pasukan.

Bagaimanapun, aksi Anelka sedikit menghampakan apabila sekadar meledak tiga gol sepanjang musim ini.

Apa yang pasti, kedatangan Anelka ke China seperti tidak dirasai dan dia juga dilihat gagal menambat hati peminat-peminat di sana sejak tiba pada Februari.

Namun, Anelka menegaskan, dia berpindah ke China bukan kerana wang dan perkara-perkara yang menjadi persoalan itu akan terlerai tidak lama lagi.

Ketua jurulatih Shenhua, Jean Tigana yang juga merupakan bekas pengurus Fulham telah dipecat selepas mengendalikan pasukan itu untuk lima perlawanan kerana pemberontakan pemain-pemain.

Anelka yang terkenal dengan sikap pendiam serta tidak mesra media mungkin terkejut dengan keputusan memecat Tigana sebagai ketua jurulatih Shenhua.

Beberapa minggu selepas Anelka membuat pengumuman mengugut untuk meninggalkan Shenhua, para pemilik kelab itu seperti mahu memujuk Anelka dan berjanji akan membawa bekas pengurus Argentina, Sergio Batista ke kelab tersebut.

Sementara itu, terdapat satu lagi kes pelik membabitkan pemain dari Argentina, Dario Conca.

Conca dipilih sebagai pemain terbaik Liga Brazil selama dua tahun berturut-turut ketika beraksi untuk Fluminense apabila dia kemudian membuat keputusan menyertai juara China, Guangzhou Ever- grande.

Penyerang tengah itu menyertai Guangzhou pada musim panas 2011 dengan rekod perpindahan China sebanyak AS$10 juta (RM30 juta) dengan kontrak selama tiga tahun dengan gaji AS$1.3 juta (RM3.98 juta) sebulan.

Sekarang, dia juga dilihat sedang berusaha mencari jalan untuk keluar daripada kelab itu.

Pada bulan lalu, dia meninggalkan satu nota yang tertulis perkataan bahawa dia telah pergi dan tidak akan kembali.

Conca memberitahu bahawa dia tidak gembira berada di kelab itu dan banyak perkara pelik yang sentiasa berlaku, namun dia enggan menyata- kan sebab-sebab tersebut.

Untuk rekod, antara kes yang sama pernah dihadapi pemain-pemain Eropah yang berkelana ke negara lain terutama di Asia adalah bekas bintang England, Spurs dan Lazio, Paul Gascoigne yang menyertai Gansu Tianma pada 2003 tetapi hanya bermain empat perlawanan sebelum bertindak meninggalkan kelab itu atas alasan tidak dibayar gaji.

Lampard, 34, ketika ini masih belum menerima tawaran kontrak baharu bersama Chelsea dan dia dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke China pada musim depan dan mungkin dia ingin bersama bekas penjaga gol Spurs, Ian Walker yang kini melatih Shanghai Shenhua.

Walker secara terbuka mengkritik kesukaran untuk memulakan kehidupan baharu di China dengan perbezaan cara hidup, budaya dan makanan.

"Perkara paling merumitkan adalah makanan. Saya masih belum dihidangkan dengan menu anjing lagi. Mereka berkata tidak akan berbuat demikian, namun saya beberapa kali dihidangkan dengan burger yang sangat meragukan.

"Saya menghabiskan masa duduk di rumah. Saya bertuah kerana dapat duduk di rumah sambil menonton televisyen walaupun hanya terdapat satu saluran sukan," kata Walker. - AFP

Raihan tekad buat penampilan semula

Posted:

Raihan tekad buat penampilan semula

Raihan tekad buat penampilan semula


RAIHAN bertekad untuk membuat penampilan semula pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember tahun depan.


BEKAS atlet angkat berat wanita kebangsaan, Raihan Yusoff bertekad untuk membuat penampilan semula pada Sukan SEA 2013 di Myanmar selepas tempoh penggantungan terhadapnya tamat November tahun depan.

Raihan menaruh harapan yang tinggi untuk mewakili negara pada temasya dwitahunan itu setelah sekian lama tidak menyertai pertandingan.

"Saya meletakkan sasaran untuk menyertai Sukan SEA buat kali ketiga di Myanmar selepas tempoh penggantungan saya tamat.

"Namun, saya menyerahkan kepada Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berhubung nasib saya ini," katanya semalam.

Pemenang pingat gangsa acara 53 kilogram (kg) pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India itu dikenakan penggantungan dua tahun dan didenda AS$5,000 (RM15,100) oleh Persekutuan Angkat Berat Dunia (IWF) setelah gagal dalam ujian antidoping ketika menyertai Kejohanan Dunia Kelayakan Olimpik di Paris pada November 2011.

Raihan yang kini bertugas di Kem Tentera Darat Batu 5, Mentakab, Pahang berkata, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, dia tidak menjalani latihan intensif kerana kesibukan tugas sebagai anggota tentera.

"Memang ada kelengkapan bersenam di gimnasium di sini (Mentakab) namun tiada peralatan angkat berat disediakan. Kesibukan bekerja juga membataskan saya untuk menjalani latihan intensif," katanya.

Ditanya mengenai kemelut yang melanda PABM ketika ini, Raihan berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera bagi memastikan persediaan atlet untuk menghadapi kejohanan utama pada tahun depan tidak terjejas.

Untuk rekod, anak jati kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu meraih tempat keempat (Sukan SEA 2007) di Korat, Thailand dalam kategori 58kg sebelum merangkul pingat perak acara 53kg pada Sukan SEA 2009 di Laos. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mesej ambulans merah jambu

Posted:

Mesej ambulans merah jambu

Mesej ambulans merah jambu

ORANG perseorangan mahupun syarikat korporat turut sama menyumbangkan dana bagi tabung BCWA.


KEINDAHAN Hotel Grand Hyatt, Jalan Pinang, Kuala Lumpur bertambah meriah dengan kehadiran tetamu yang hadir dengan persalinan rona merah jambu bagi meraikan malam Pink Jazzy Affair yang dianjurkan oleh Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) baru-baru ini.

Ia merupakan tahun kedua GKL mengadakan malam amal yang bertemakan warna merah jambu bagi meraikan Hari Kanser Sedunia selain mengumpul dana bagi Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) dan program A Heart for A Heart.

Malam itu, pihak GKL berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM150,000 apabila kesemua meja habis terjual dengan kehadiran tetamu seramai 400 orang.

"A Pink Jazzy Affair merupakan acara kebajikan yang meraikan harapan, kesihatan dan cabaran menghadapi hidup. Kami amat berbesar hati dengan kemurnian hati setiap tetamu dan penyokong yang hadir pada acara ini," ujar Ketua Pegawai Eksekutif GNK, Amir Firdaus Abdullah dalam ucapan pada majlis perasmian.

BCWA menerima bantuan sebanyak RM100,000 sebagai dana dalam membantu program kesedaran kanser dan penghidap barah. Sementara itu, program inisiatif GKL iaitu A Heart for A Heart menerima dana sebanyak RM50,000 untuk membantu kanak-kanak yang berdepan dengan kecacatan jantung kongenital.

Pada masa sama, GKL turut melancarkan kereta ambulans pertama berwarna merah jambu. Ia selamat dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Kenderaan tersebut dilengkapi fasiliti kecemasan yang komprehensif, paramedik terlatih dan jururawat selain jalinan kerjasama antara GKL dan First Ambulance.


SULTAN AHMAD SHAH menurunkan tandatangan baginda sebagai merasmikan pelancaran ambulans merah jambu GKL.


Ambulans GKL itu juga bertujuan menggalakkan sokongan kepada kesedaran kanser payudara dan pesakit.

"Ambulans merah jambu GNK merupakan salah satu komitmen jangka panjang kami dalam menyokong program kesedaran kanser payudara. Ia bakal beroperasi di sekitar Lembah Klang dan sebahagian kutipan daripada servis perkhidmatannya bakal disumbangkan kepada persatuan-persatuan kanser payudara.

"Ia bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan malah menyelamatkan nyawa pesakit kanser payudara," jelas Amir.

Acara kemuncak pada malam itu adalah persembahan istimewa daripada penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang mendendangkan seleksi lagu-lagu malar segarnya. Istimewanya, setiap lagu-lagu itu digubah dengan mengikut rentak jazz bagi mengekalkan tema pada malam tersebut.

Penyanyi, Atillia dan Donne Ray Radford turut hadir menyampaikan lagu-lagu berentak jazz. - HAFIZ AHMAD

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Banjir jejaskan pendaratan ikan di Terengganu

Posted:

Banjir jejaskan pendaratan ikan di Terengganu

Banjir jejaskan pendaratan ikan di Terengganu

26/12/2012 6:27pm

KUALA TERENGGANU — Tangkapan ikan di Terengganu semasa musim banjir ini sejak dua minggu lepas terjejas disebabkan banyak bot tidak keluar ke laut.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu), Marzuki Abdul Jalil berkata, daripada 72,000 metrik tan tangkapan sebulan, hanya baru 48 metrik tan didaratkan dalam tempoh dua minggu ini.

"Sekarang ini kita bergantung kepada bekalan dari luar Terengganu untuk menampung keperluan orang ramai di sini," katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, Terengganu telah membawa masuk kira-kira 500 metrik tan atau 30 peratus ikan beku dari negeri lain di Semenanjung termasuk dari Thailand sejak dua minggu ini.

Jelas beliau, pada musim biasa, kesemua bot laut dalamnya daripada jenis pukat jerut itu mampu mendaratkan kira-kira 60 metrik tan ikan setiap minggu.

"Biasanya ikan yang bermutu tinggi saya hantar ke Kuala Lumpur dan Johor sementara ikan kurang bermutu seperti ikan selayang saya pasar di sini," katanya.

Beliau berkata, berikutan kekurangan bekalan ikan tempatan secara tidak langsung harga ikan meningkat. — BERNAMA

Tanah runtuh di Jabor: Tiada yang terkorban

Posted:

Tanah runtuh di Jabor: Tiada yang terkorban

Tanah runtuh di Jabor: Tiada yang terkorban

26/12/2012 6:25pm

KEMAMAN — Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Che Suza Che Hitam ketika dihubungi pemberita berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Menurut beliau, runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah. — BERNAMA

Jumlah pelancong ke Perak meningkat

Posted:

Jumlah pelancong ke Perak meningkat

Jumlah pelancong ke Perak meningkat

26/12/2012 6:23pm

IPOH — Jumlah kedatangan pelancong asing ke Perak meningkat kepada 800,000 orang bagi tempoh Januari hingga kini berbanding 400,000 orang bagi tempoh sama pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, daripada jumlah itu, kedatangan pelancong Singapura meningkat tujuh kali ganda berbanding hun lepas.

"Pelancong luar negara yang datang ke Negeri Perak meningkat, dan ini merupakan satu petanda baik untuk Program Tahun Melawat Malaysia yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, rata-rata pelancong memberi maklum balas yang baik. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lagi kejadian tembakan di AS

Posted:

Lagi kejadian tembakan di AS

Lagi kejadian tembakan di AS

RUMAH dibakar Spengler bagi mengumpan anggota-anggota bomba supaya datang ke rumahnya di Webster, New York.


WEBSTER, New York – Seorang bekas banduan membakar sebuah rumah dan kereta di kejiranannya di sini, dalam negeri New York, untuk mengumpan pihak bomba sebelum menembak mati dua anggota pasukan berkenaan.

Penyerang kemudian bertindak membunuh diri selepas berbalas tembakan dengan pihak polis.

Dalam kejadian tersebut, pihak berkuasa terpaksa menggunakan kereta perisai untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terbunuh serta 33 orang penduduk sekitarnya.

Ketua polis bandar ini, Gerald Pickering berkata, penyerang bersenjata itu, William Spengler telah dipenjara lebih 17 tahun kerana memukul sampai mati neneknya yang berusia 92 tahun pada tahun 1980.

Menurutnya, pembunuhan tersebut berlaku di sebuah rumah bersebelahan kediaman tempat serangan kelmarin berlaku.

Pihak berkuasa memberitahu, Spengler, 62, memperoleh parol pada 1998 dan menyepikan diri sejak dia dibebaskan.

"Kebakaran itu satu perangkap," kata Pickering pada satu sidang media.

"Mereka ini (anggota-anggota bomba) bangun di tengah malam demi memadamkan kebakaran. Mereka tidak menyangka akan ditembak dan terbunuh," tambahnya.

Setakat ini, polis masih menyiasat motif serangan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, satu rakaman audio yang disiarkan di laman web RadioReference.com menunjukkan seseorang melaporkan bahawa penyerang menggunakan sepucuk raifal atau senapang.

Dia melepaskan tembakan dari atas sebuah rabung di luar kediaman tersebut.

Jelas pihak berkuasa, dua anggota bomba mati di tempat kejadian manakala dua yang lain dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu turut cedera dalam insiden tersebut.

Menurut Pickering, sebanyak tujuh buah rumah musnah dengan polis masih belum dapat mengesahkan sama ada terdapat mangsa lain yang maut dalam serangan tersebut. Dalam perkembangan yang sama, seorang anggota polis Bellaire dan seorang penduduk ditembak dan dibunuh seorang suspek di tempat letak kereta kedai barangan penjagaan diri di barat daya bandar raya Houston kelmarin, kata beberapa

pegawai.

Pihak berkuasa menyatakan, Koperal Jimmie Norman, 53, sedang mengejar suspek berusia 21 tahun itu, Harlem Harold Lewis apabila dia menaiki kereta ke tempat pakir pada pukul 8.55 pagi waktu tempatan.

Beberapa saksi berkata, Lewis keluar dari kenderaannya dan mula melepaskan berdas-das tembakan.

"Lelaki itu mula menembak dengan tembakan dilepaskan ketika saya melarikan diri. Kira-kira 10 minit kemudian saya terfikir pistol apa yang digunakan lelaki itu," kata sorang saksi, Stephanie Pacheco.

Seorang saksi lain, Selvin Romero memberitahu Lewis melanggar trak pikap miliknya.

Menurut Romero, dia mengekori Lewis ke laluan di hadapan kedai itu.

Katanya, dia melihat Norman menghampiri kereta Lewis untuk memaksa dia menyerah diri. Namun, beberapa saat kemudian, Lewis melepaskan tembakan ke arah anggota polis itu.

"Suspek mula menembak anggota polis itu dan seterusnya menembak pemilik kedai berkenaan," kata Romero.

Pemilik kedai itu, Terry Taylor ditembak pada jarak dekat di kepala. Menurut polis, dia mati di tempat kejadian.

Polis menyatakan, Norman dibawa ke Hospital Ben Taub di sini dan meninggal dunia tidak lama kemudian. Dia tidak berbalas tembakan dengan suspek.

Lewis cedera dan melarikan diri tetapi dia ditemui di belakang sebuah premis perniagaan tidak jauh dari lokasi kejadian. Menurut polis, sepucuk senjata api ditemui di tempat kejadian.

Lewis kemudian dibawa ke sebuah hospital berhampiran dan berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Beberapa doktor memberitahu, dia dijangka pulih. Suspek kini berdepan dakwaan membunuh seorang anggota polis dan melakukan pembunuhan.

Sementara itu, seorang lelaki Seattle berusia 30 tahun terbunuh dan seorang lelaki cedera dalam insiden tembakan di sebuah bar di Bellevue dalam negeri Washington juga kelmarin.

Polis Washington mengeluarkan waran tangkap pada hari yang sama terhadap seorang remaja berusia 19 tahun berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, kejadian tembakan berlaku di Sekolah Rendah Newton, Connecticut pada 14 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, seorang pemuda berusia 20 tahun, Adam Lanza menembak ibunya dan 20 kanak-kanak termasuk enam kakitangan sekolah tersebut.

Lanza kemudian membunuh diri.

– Agensi

Kereta sport hibrid Ferrari akan dikeluarkan

Posted:

Kereta sport hibrid Ferrari akan dikeluarkan

Kereta sport hibrid Ferrari akan dikeluarkan


SEORANG pekerja memeriksa sebuah kereta Ferrari di kilang kenderaan itu di Maranello, Itali pada 5 Disember lalu.


MARANELLO - Gergasi perlumbaan Itali, Ferrari akan mengeluarkan model kereta sport hibrid untuk memenuhi cita rasa peminat kereta berkelajuan tinggi dan pada masa yang sama, peka terhadap penjagaan alam sekitar dalam tempoh beberapa bulan lagi.

"Kami sedang berusaha mengurangkan pengunaan tenaga tanpa menjejaskan prestasi Ferrari," kata ketua pembangunan kereta berkenaan, Matteo Lanzavecchia di sini.

"Kami juga berjaya meningkatkan kuasa kuda kereta Ferrari serta mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida sebanyak 30 peratus," katanya.

Model California 30 yang berharga AS$239,000 (RM731,340) keluaran Ferrari kini lebih berkuasa dan dilengkapi teknologi terbaharu tetapi beratnya telah dikurangkan sebanyak 30 kilogram berbanding versi sebelum ini.

Pada tahun lalu, sebanyak 7,200 kereta Ferarri telah dijual di seluruh dunia, meningkat 10 peratus berbanding 2010.

Pengarah Komersial Ferrari, Enrico Galliera berkata, pihaknya turut meminati pasaran di Malaysia.

"Terdapat banyak peluang di serata dunia. Ya, pastinya kami amat berhati-hati dengan beberapa pasaran seperti Eropah tetapi terdapat ekonomi lain yang sedang berkembang iaitu China, Indonesia, Malaysia dan Amerika Syarikat," katanya. - AFP

Bekas ibu pejabat syarikat Hainan diruntuhkan

Posted:

Bekas ibu pejabat syarikat Hainan diruntuhkan

Bekas ibu pejabat syarikat Hainan diruntuhkan


BANGUNAN yang pernah menjadi ibu pejabat syarikat Hainan Airlines diruntuhkan di Haikou, China semalam.


HAIKOU, China - Sebuah bangunan yang pernah menjadi ibu pejabat syarikat penerbangan Hainan Airlines diruntuhkan di sini semalam.

Bangunan yang dibina pada tahun 1996 itu diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan.

Pihak syarikat penerbangan itu memutuskan untuk meruntuhkan bangunan berkenaan selepas ibu pejabat baharu Hainan Airlines siap dibina pada tahun lalu. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved