Ahad, 18 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tenaga lebih 'muda' berbanding usia

Posted:

Tenaga lebih 'muda' berbanding usia

Tenaga lebih 'muda' berbanding usia

SECARA analogi, adalah tidak keterlaluan jika mengibaratkan tubuh manusia seperti kereta. Bagi kereta yang sudah sampai jarak kilometer perjalanan yang perlu diservis, pemiliknya perlu menghantar kenderaan itu ke bengkel untuk pemeriksaan komponen, menukar minyak enjin dan sebagainya.

Jika rutin tersebut diabaikan, pasti lambat laun jentera tersebut akan hilang prestasi seterusnya 'meragam'.

Begitu juga dengan tubuh manusia. Darah yang mengalir di dalam tubuh umpama minyak enjin bagi memastikan kelancaran fungsi setiap organ.

"Jika minyak hitam perlu ditukar baharu, manusia tidaklah perlu sehingga menukar darah. Memadai dengan merawat darah yang ada.

"Setitik darah sudah mampu menentukan pelbagai jenis penyakit, apatah lagi lebih 50 jenis penyakit berpunca daripada darah dan toksik dalam darah itu sendiri," kata Dr. Mohammad Hazimi Hamzah daripada Pusat Pakar Perubatan Ozon dan Rejuvenasi (OMRSC).

Darah terdiri daripada 40 peratus pepejal (sel darah) dan 60 peratus cecair (plasma). Ia berfungsi membekalkan oksigen, zat makanan dan menjadi medium untuk seluruh sistem organ dalam badan manusia.

Tambah Mohammad Hazimi, apabila darah sudah menjadi punca penyakit, rawatan boleh dilakukan pada darah dengan kaedah terapi ozon.

Ia merupakan cabang perubatan komplementari yang sudah bertapak di Malaysia seawal tahun 1999. Konsep rawatan terapi ozon tersebut seolah-olah kaedah berbekam yang mengeluarkan darah untuk melancarkan aliran darah dalam badan, tetapi terapi ozon membersihkan darah dengan cara menapisnya.

"Rawatan ozon membolehkan kadar oksigen dalam darah berada pada tahap optimum dan ia menjadikan seseorang itu lebih bertenaga sehingga proses penyembuhan penyakit menjadi lebih cepat.

"Ia adalah rawatan alternatif kepada pesakit bagi membantu proses penyembuhan penyakit. Selain itu, ia mengelakkan seseorang daripada bergantung harap pada ubat-ubatan yang terlalu banyak atau mengurangkan dos ubat yang diambil," ujarnya.

Singkir toksin

Jelas Mohammad Hazimi, sesiapa sahaja boleh mendapatkan rawatan itu kerana ia tidak khusus buat mereka yang berpenyakit. Selain meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan, rawatan itu juga boleh menggalakkan proses antipenuaan, penyingkiran toksin dan pengurusan berat badan.

Tiada had umur ditetapkan bagi menjalani rawatan tersebut. Sungguhpun begitu, kebiasaannya peringkat umur 17 tahun hingga 60 tahun disarankan untuk berbuat demikian.


SEMUA alat dan komponen pemindahan darah tidak akan diguna semula.


"Begitupun, wanita yang mengandung dan uzur (datang haid) tidak digalakkan melakukannya. Golongan yang menghidap penyakit Glukosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) pula perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan," jelasnya.

G6PD merupakan penyakit genetik iaitu tubuh tidak kekurangan enzim glukosa-6-fosfat dehidrogenase yang membantu sel-sel darah merah berfungsi secara normal.

Terapi ozon secara amnya boleh dijadikan alternatif untuk rawatan penyakit-penyakit seperti kolesterol tinggi, darah tinggi, diabetes melitus, ketidakseimbangan hormon, malaise (tidak sedap badan), gout, obesiti dan masalah kulit.

Semua pesakit perlu berjumpa dengan perunding terapi atau doktor bertugas terlebih dahulu untuk berbincang tentang masalah kesihatan yang dihidapi.

"Apabila segala maklumat latar belakang kesihatan pesakit diperoleh termasuk ujian darah, barulah pelan rawatan disediakan," katanya.

Sekali pandang, prosedur rawatan ozon seperti rawatan dialisis yang dijalankan ke atas pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang.

Terdapat pelbagai kaedah rawatan dan OMRSC menggunakan kaedah Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation (EBOO) yang menyertakan vitamin dan mineral mengikut dos yang bersesuaian dengan pesakit.

Setiap pesakit perlu mengikut nasihat dan menjalankan rawatan susulan bagi menjamin kesan yang lebih efektif terhadap rawatan ozon tersebut.

Ujar Mohammad Hazimi, rawatan tersebut mengambil masa selama satu jam dan lebih kurang 30 mililiter darah akan ditapis dalam seminit dan 1,800 mililiter dalam satu sesi rawatan.

"Darah akan keluar dan masuk ke dalam satu alat yang dipanggil dialyzer yang berfungsi menapis segala toksin, kolestrol dan sel-sel yang berisiko menyebabkan kanser.

"Darah yang sudah ditapis akan masuk melalui satu tiub dan ozon yang dicampur dengan oksigen tulen akan 'ditembak' ke dalam darah tersebut (pengoksigenan dan pengozonan) sebelum diserap masuk kembali ke dalam salur darah," terangnya sambil memberitahu pesakit tidak akan berasa sakit sepanjang rawatan kecuali sedikit ketika proses mencucuk jarum branula.

Mohammad Hazimi menambah, rawatan ozon tersebut tidak mempunyai kesan sampingan. Pesakit boleh pulang tanpa rasa terhuyung-hayang, cuma pesakit disarankan minum air sekurang-kurangnya sebanyak tiga liter dalam tempoh 24 jam selepas rawatan.

"Pesakit tidak perlu bimbang kerana semua alat-alat yang digunakan tidak akan diguna semula.

"Bagi pesakit kronik, kita sarankan mereka untuk membuat rawatan sebanyak tiga kali selama tiga minggu berturut-turut dan kemudian rawatan susulan," katanya yang turut berpengalaman dalam bidang perubatan Islam, moden, komplimentari, akupuntur, herba dan homeopati.


DARAH yang telah ditapis dan dimasukkan oksigen serta ozon akan bertukar warna merah cerah berbanding merah pekat sebelumnya.


Rawatan pelengkap

Mohammad Hazimi menjelaskan, rawatan ozon tidak mengetepikan kepentingan perubatan moden, kerana ia lebih kepada pelengkap bagi perubatan moden.

Contohnya, pesakit yang berhadapan dengan masalah darah tinggi tidak akan disuruh menghentikan pengambilan ubat.

Terapi ozon sebaliknya bertindak membersihkan darah daripada radikal bebas yang boleh mengganggu penyerapan ubat. Secara tidak langsung, terapi ozon membantu keberkesanan perubatan moden.

"Pesakit yang mengalami masalah strok, diabetes, kencing manis dan darah tinggi, kami mencadangkan agar rawatan dilakukan setiap minggu bergantung kepada keadaan pesakit. Jika keadaan seseorang itu bertambah baik, rawatan hanya dilakukan sebulan sekali.

"Darah pesakit yang keluar berwarna merah pekat dan selepas ditapis dan dimasukkan oksigen dan ozon, darah akan berwarna merah cerah menandakan darah tersebut sudah bersih," ujarnya yang turut mengalu-alukan pesakit yang baru sahaja didiagnosis menghidap kanser peringkat awal.

Dalam pada itu, seorang pesakit, Faridah Hussaini, 49, dan suaminya Abang Bohari Abang Johari, 63, sanggup merentas Laut China Selatan untuk datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan rawatan terapi ozon.

Faridah dan suami dari Petrajaya, Kuching mula mendapatkan rawatan pada bulan Jun tahun lalu selepas disyorkan oleh temannya.

"Sebelum ini, saya sering mengalami migrain dan turut mengambil suplemen. Namun, rakan saya memberitahu jika tidak cuci darah, suplemen tidak boleh menyerap dengan baik ke dalam badan," katanya.

Menurut Faridah yang menafikan proses itu menyakitkan, selepas beberapa minit terapi dijalankan kepadanya, dia dapat melihat bendasing kuning dalam darah yang keluar melalui tiub sebelum ia ditapis.

"Dahulu, setiap minggu pasti saya dan suami datang ke pusat rawatan ini untuk melakukan terapi ozon, tetapi kini kami ke sini sebulan atau dua bulan sekali mengikut kelapangan.

"Badan akan rasa segar dan ringan sebaik sahaja rawatan selesai. Migrain yang dihidapi sebelum ini juga semakin berkurangan," katanya.

Bagi Faridah dan suami, kesihatan merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya.

"Bagi saya, kesihatan itu sangat penting bagi membolehkan kita beribadat. Jika berbelanja untuk benda lain kita sanggup, kenapa untuk kesihatan sendiri perlu berkira?," katanya.

Kemudahan bayar zakat dalam talian

Posted:

Kemudahan bayar zakat dalam talian

Kemudahan bayar zakat dalam talian

Oleh NURUL HALAWATI AZHARI


EKSEKUTIF Zakat, Siti Rozy Liani Mohd. Ramli (kanan) membaca doa selepas seorang pelanggan selesai melakukan pembayaran zakat.


PORTAL Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), menerusi www.zakat.com.my, bukan sahaja mampu memperkenalkan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat dalam talian malahan meningkatkan jumlah pembayar zakat.

Sejak dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu, Portal PPZ-MAIWP berjaya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memberi kemudahan kepada pembayar zakat, menunaikan tanggungjawab zakat mereka pada bila-bila masa.

Berdasarkan statistik pembayaran zakat melalui potongan gaji zakat dalam talian dari bulan Ogos hingga Disember 2011, PPZ menerima jumlah RM266,638.28 daripada 740 pembayar zakat. Ia menyumbang sebanyak 10 peratus daripada kutipan zakat di portal PPZ-MAIWP.

Lebih menggembirakan, antara bulan Januari hingga Ogos tahun 2012, jumlah pembayar zakat potongan gaji dalam talian terus meningkat seramai 613 pembayar dengan kutipan sebanyak RM75,878.

Portal pembayaran

Menurut Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan perkhidmatan potongan gaji zakat itu dinamakan Skim Thohir.

"Thohir bermaksud suci dan membabitkan skim potongan gaji zakat berjadual. Portal ini menyediakan kemudahan pembayaran ke atas semua jenis zakat iaitu zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat saham dan zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."

Kemudahan Skim Thohir secara talian diperkenalkan bagi memudahkan pembayar zakat. Pengguna dan pembayar zakat dialu-alukan menggunakan kemudahan Skim Thohir dalam talian kerana mereka boleh mentaksir zakat dan taksiran tersebut akan disimpan dalam rekod taksiran.

Pengguna juga boleh mencetak, memadam atau membayar zakat yang telah ditaksir kerana ia mengandungi jumlah taksiran tahunan dan bulanan.

Mohammed berkata, langkah untuk membuat pembayaran zakat secara potongan gaji menerusi skim yang diperkenalkan PPZ-MAIWP itu sangat mudah.

Pembayar hanya perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ 052) dalam talian dan pihak PPZ-MAIWP akan membuat susulan kepada majikan pembayar. Proses ini mengambil masa dalam tujuh hari bekerja.

Beliau turut menyenaraikan faedah yang diperoleh pengguna menerusi skim berkenaan. Selain membolehkan taksiran zakat sendiri, pembayar zakat juga boleh mengisi borang potongan gaji dalam talian.

Segala urusan potongan gaji akan dikendalikan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP dengan majikan. Pembayar juga boleh melakukan semakan penyata dalam talian.

Bagi pembayar yang telah membuat bayaran zakat di kaunter-kaunter zakat di Wilayah Persekutuan, mereka juga boleh membuat semakan pembayaran rasmi dengan mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan.

Kemudahan lain, pembayar boleh memohon salinan resit. Penyata melalui e-mel dan akan dipos ke alamat yang didaftarkan. Pembayar juga boleh mencetak rekod bayaran yang telah dibuat.

Zakat diwajibkan ke atas setiap umat Islam yang mencukupi syarat-syarat berzakat iaitu Islam, merdeka, milik yang sempurna, cukup nisab, cukup haul dan niat untuk berniaga.

Keberkatan pendapatan

Seperti firman Allah: "Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu kerjakan." Al-Baqarah: 110. Sebagai salah satu daripada Rukun Islam yang lima, kewajipan menunaikan perintah Allah ini bertujuan untuk memberi ketenangan dan keberkatan pendapatan kepada si pembayar zakat. Pihak yang layak menerima zakat (asnaf) pula, hasil kekayaan itu dapat dirasai bersama dan membantu mengurangkan beban mereka.

Sehubungan itu, ibadat zakat yang diwajibkan ialah pembahagian harta yang dimiliki oleh golongan kaya mengikut syarak.

Menurut Mohammed, pihak PPZ-MAIWP berharap dengan kemudahan pembayaran zakat dalam talian ini, mereka yang layak membayar zakat dapat menunaikan zakat yang wajib ke atas mereka.

Beliau menjelaskan, mereka yang membayar zakat boleh mendapat rebat cukai pendapatan individu seperti yang terdapat dalam akta Rebat Zakat Individu (Mastautin).

Bayaran zakat dibenarkan potongan sebagai rebat di bawah Sek 6A (3) ACP 1967 yang berkuat kuasa mulai tahun 1978: "Rebat hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis."

Bagi kemudahan rebat bulanan atas Potongan Cukai Berjadual (PCB), majikan boleh menyelaraskan potongan cukai bulanan zakat daripada potongan cukai bulanan membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Penyelarasan terus hendaklah dibuat dengan mengambil kira amaun zakat dan mengurangkan jumlah PCB sesuatu bulan.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan PPZ di talian 1-300-88-5757 atau layari laman web www.zakat.com.my.

– Bernama

Ilham daripada murid sekolah

Posted:

Ilham daripada murid sekolah

Ilham daripada murid sekolah


ZAYU HISHAM menunjukkan beberapa buah karya tulisannya yang menjadi bacaan bermanfaat buat anak-anak muda.


BERTUGAS di Sekolah Kebangsaan PPR Lembah Subang, Petaling Jaya selaku guru dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Wan Zayuhisham Wan Yusoff, 40, berdepan dengan pelbagai pengalaman menarik.

Semua pengalaman tersebut menjadi pendorong untuknya menghasilkan beberapa buah novel dan buku cerita buat pembaca muda.

Mula mengasah ilmu penulisan novel Islamik di syarikat penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (GISB) pada bulan Mei 2009, dia yang menggunakan nama pena Zayu Hisham tampil dengan novel pertama, Impian Juara pada bulan Januari 2010.

"Sebelum memulakan minat penulisan ini, saya sebenarnya tidak pernah menulis cerpen dan tidak gemar membaca novel. Tetapi, saya banyak membaca buku-buku pembangunan diri.

"Pada bulan April 2009, Pengarang Kanan GISB, Zakaria Sungib, memaklumkan jika saya mahu menjadi novelis, saya wajib membaca seberapa banyak novel," kata anak kelahiran Setiu, Terengganu itu.

Pemegang diploma perguruan dari Institut Perguruan Islam Bangi dan ijazah Universiti Terbuka Malaysia (OUM) itu pada awalnya memaksa diri menghabiskan bacaan novel terbitan GISB berjudul Andai Namaku Afrina dalam masa tiga hari.

Zayu seterusnya membeli novel-novel remaja sebagai rujukan dan persiapan menulis manuskrip pertama.

"Ia penting supaya saya biasa dengan bahasa penulisan novel. Selepas itu saya menyertai pelbagai kursus penulisan novel dan cerpen. Antara guru penulisan saya ialah Zaharah Nawawi, Nisah Haron, Kusyi Hirdan, Zulina Hasan dan Maria Kajiwa," ujar Zayu.

Selama dua tahun setengah melibatkan diri dalam dunia penulisan, Zayu menghasilkan empat buah novel awal remaja selain Impian Juara iaitu Siri Penyiasatan Adib Adibah: Ops Menjejak Pencuri (2010), Impian Juara 2 (2011) dan Siri Penyiasatan Adib Adibah: Ops Conteng (2011).

Selepas itu, pada tahun 2012, Zayu mencuba genre penulisan buku motivasi iaitu Suami Yang Teruji yang telah dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012.

Dekat dengan diri

"Dunia kanak-kanak sangat dekat dengan diri saya. Itulah petua yang diberikan oleh Zakaria iaitu menulis sesuatu yang dekat dengan diri agar memudahkan tugasan menulis.

"Pengalaman berada dalam dunia pendidikan selama 14 tahun memudahkan tugasan saya menulis tentang dunia kanak-kanak," terang Zayu yang selalu mendapat ilham daripada anak-anak muridnya termasuk daripada empat orang anak lelakinya.

Sama seperti dirinya yang banyak menyerap ilmu penulisan, Zayu tidak lokek berkongsi tip kepada bakal penulis novel khususnya kanak-kanak.

Antara yang dititipkan Zayu ialah agar penulisan tersebut mengelakkan konflik yang sukar sebagaimana novel dewasa, watak negatif yang lebih dominan dan plot yang berselirat.

Zayu juga menasihatkan agar konflik dan mesej perlu sesuai dengan kanak-kanak sementara watak dalam novel itu seharusnya boleh dijadikan contoh kepada pembaca.

"Pastikan dialog yang digunakan boleh membina akhlak kanak-kanak. Tanamkan juga nilai-nilai murni seperti persahabatan dan kesabaran selain memuatkan unsur humor yang bersesuaian," ujar Zayu.

Jika diteliti, walaupun novel-novel Zayu berkisar tentang dunia sukan dan penyiasatan, tetapi unsur-unsur Islamik yang membina akhlak pembaca begitu ketara dipersembahkan.

Zayu juga sempat menceritakan tentang pengalaman yang paling tidak dapat dilupakannya. Menurutnya, sewaktu menghasilkan manuskrip pertama, hampir 80 peratus ideanya ditolak oleh Zakaria.

Begitupun, Zayu tidak putus asa. Dia tahu semua itu cabaran buatnya untuk menjadi lebih fokus, gigih dan lebih kreatif.

"Bukan mudah untuk bergelar novelis jika seseorang itu tiada burning desire dalam diri. Saya terpaksa menulis lebih kurang lima jam sehari pada setiap hari untuk menyiapkan novel pertama," ujarnya. - NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Program RIMUP tingkat semangat 1Malaysia

Posted:

Program RIMUP tingkat semangat 1Malaysia

Program RIMUP tingkat semangat 1Malaysia


SERAMAI 200 peserta menyertai program RIMUP di Ulu Tiram, Johor Bahru baru-baru ini.


DIDIK. Bagi memupuk semangat perpaduan dan menerapkan semangat 1Malaysia dalam kalangan murid berbilang kaum, program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) peringkat Negeri Johor diadakan di Tiram Indah Village Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu melibatkan 200 pelajar tahun enam dari 10 daerah di negeri itu.

Jurulatihnya, Sri Gauri Narayanan berkata, kesemua peserta diberikan motivasi serta diajar bagaimana untuk menjadi seorang pencinta keamanan dan mempraktikkan budaya hormat-menghormati.

Menurutnya, peserta dikumpulkan dalam satu kumpulan yang terdiri dari pelbagai kaum.

500 kanak-kanak berkhatan percuma di Bukit Mertajam

Posted:

500 kanak-kanak berkhatan percuma di Bukit Mertajam

500 kanak-kanak berkhatan percuma di Bukit Mertajam


SEBAHAGIAN daripada 500 kanak kanak yang menyertai program khatan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO di Bukit Mertajam semalam.


INJAK DEWASA, Seramai 500 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun dari Parlimen Permatang Pauh menyertai program Adik-Adik, Jom Berkhatan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh di Sekolah Kebangsaan Tok Kandu, Pulau Pinang semalam.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Bank Rakyat cawangan Bukit Mertajam itu merupakan kali kedua diadakan selepas kali pertama diadakan pada tahun lalu melibatkan 300 kanak-kanak.

Ketua Pergerakan UMNO Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk membuka penyertaan kepada lebih ramai peserta selepas penganjuran program yang sama tahun lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

"Kali ini kita buat keputusan untuk tanggung kos 500 kanak-kanak dari seluruh Parlimen Permatang Pauh untuk berkhatan melibatkan peruntukan sebanyak kira-kira RM30,000.

"Kita berharap ia dapat diadakan secara berterusan pada tahun depan," katanya.

Mutiara FC benam Padang Tembak 1-0

Posted:

Mutiara FC benam Padang Tembak 1-0

Mutiara FC benam Padang Tembak 1-0


PASUKAN Mutiara FC (duduk) dengan pasukan Jelutong FC bergambar bersama jawatankuasa penganjur selepas perlawanan di Kepala Batas baru-baru ini.


HEBAT. Pasukan Mutiara FC muncul juara pada Perlawanan Bola Sepak Sembilan Sebelah anjuran Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia cawangan Pulau Pinang baru-baru ini.

Jaringan Zafifi Azizi Mansor pada separuh masa kedua menewaskan Padang Tembak FC 1-0 di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas membawa pulang Piala Bekas Pengurus Serahan Cawangan Tanjung, Wan Mustafa Wan Ahmad.

Pengerusi kesatuan itu, Ahmad Tarmizi Taib berkata, sebanyak 10 pasukan menyertai perlawanan itu yang turut menyaksikan Pasukan Jelutong di tempat ketiga setelah menewaskan Bayan Lepas 2-0.

"Perlawanan ini bukan sahaja merapatkan lagi antara ahli kesatuan menerusi semangat kesukanan, malah merancakkan hasrat memilih pemain terbaik mewakili kesatuan," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dana RM50 juta bantu penjaja

Posted:

Dana RM50 juta bantu penjaja

Dana RM50 juta bantu penjaja

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my

ISMAIL SABRI (dua dari kiri) menyampaikan sijil pelan insurans kepada wakil persatuan penjaja di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Kerajaan akan menyediakan peruntukan dana sebanyak RM50 juta di bawah Skim Pembiayaan Mikro mulai tahun depan bagi membantu golongan penjaja dan peniaga kecil berdaftar di seluruh negara memajukan perniagaan mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dana tersebut bertujuan untuk membantu peniaga menambah modal pusingan selain menaik taraf perniagaan dengan peralatan yang lebih baik dan moden.

Menurut beliau, selain proses pinjaman menerusi skim tersebut yang akan dipermudahkan dengan jumlah antara RM10,000 hingga RM50,000, tempoh bayaran balik turut dipanjangkan sehingga sembilan tahun.

"Pinjaman itu kemungkinan akan mendapat pengecualian kadar faedah, namun kita masih menanti surat rasmi daripada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan jika tiada sebarang masalah, permohonan pinjaman dijangka boleh dibuat awal Januari depan.

"Buat masa ini, kita masih menunggu keputusan rasmi daripada Bank Rakyat untuk membawa perkara ini ke dalam mesyuarat minggu depan tetapi saya percaya keputusan itu akan diluluskan Bank Negara sebab ini adalah dana kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Norliana sah tidak mengandung

Posted:

Norliana sah tidak mengandung

Norliana sah tidak mengandung

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


NORLIANA (kanan) bersama ibunya, Che Som Endut ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena Khamis lalu.


ALOR SETAR – Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar mengesahkan Norliana Manaf dari Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena dekat sini yang sebelum ini mendakwa kandungannya hilang secara misteri pada Isnin lalu sebenarnya tidak hamil.

Jurucakap pejabat kesihatan tersebut memberitahu, wanita itu ada mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pokok Sena pada 12 November lalu dan pemeriksaan mendapati tiada tanda-tanda dia mengandung.

Katanya, jururawat klinik itu kemudian merujuk perkara tersebut kepada pegawai perubatan, namun wanita terbabit tidak mendapatkan rawatan doktor sebaliknya terus pulang.

"Pihaknya juga menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang tempat dia mendakwa mendapatkan rawatan sebelum ini dan dimaklumkan bahawa tiada rekod pesakit tersebut di sana," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan Norliana berada dalam kebingungan apabila mendapati bayi kembar berusia sembilan bulan yang dikandungnya didapati hilang secara misteri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Usul tergempar Palestin di Parlimen hari ini

Posted:

Usul tergempar Palestin di Parlimen hari ini

Usul tergempar Palestin di Parlimen hari ini


NAJIB bersalaman dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen sempena Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 di Phnom Penh, Kemboja semalam. Turut serta, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) dan isteri Hun Sen, Bun Rani.


PHNOM PENH – Kerajaan akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, usul itu akan menggesa Dewan Rakyat untuk mengambil ketetapan antaranya, mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin.

Ia juga akan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata.

"Bagi menzahirkan sokongan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia berhubung isu ini, saya telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membentangkan satu usul tergempar di Dewan Rakyat pada hari Isnin (hari ini)," kata Najib.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Kayu jadi pengimbang dan pemberat

Posted:

Kayu jadi pengimbang dan pemberat

Kayu jadi pengimbang dan pemberat

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
ayman.ghaffa@kosmo.com.my

"WALAUPUN kelihatan aneh melakukan pergerakan sambil memegang dua batang kayu seolah-olah senjata, ia merupakan tarikan utama untuk saya mencuba senaman ini," ujar seorang yang gemar melakukan aktiviti senaman aktif, Azlin Natisa Awang Musa, 37.

Azlin ternyata teruja apabila seorang rakan, Azie Aziz, 40, memperkenalkan senaman Stick2Stix kepadanya pada Oktober lalu.

Dia mendakwa, inovasi senaman aerobik itu lebih baik dan efektif berbanding senaman popular lain di negara ini.

Senaman yang terhasil daripada olahan idea Presiden Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita (WSFFM), Shariffa Sabrina Syed Akil, pada tahun 2010 itu menggabungkan rutin senaman aerobik dengan penggunaan satu atau dua batang kayu.

Sambil mengikut rentak muzik, banyak disiplin pergerakan boleh dibuat menggunakan kayu yang berukuran empat kaki (1.2 meter) panjang dan 3.8 sentimeter lebar itu.

"Saya dan rakan-rakan telah mengeksperimen pelbagai langkah dalam setiap senaman. Ia juga tidak terhad kepada pergerakan tarian Zumba seperti dalam kebanyakan senaman aerobik lain.

"Senaman ini juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan ia melibatkan penggunaan batang kayu itu. Kayu atau stick tersebut merupakan sokongan untuk setiap pergerakan dan dianggap sebagai pemberat sama seperti senaman kardio yang lain," ujar Azlin yang turut mempunyai kumpulan senaman aerobik dan Stick2Stix iaitu, Energy Fits Crew.

Kos yang rendah

Stick2Stix merupakan senaman aerobik yang dihasilkan oleh anak tempatan untuk diperkenalkan ke peringkat antarabangsa.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa senaman itu melibatkan kos tambahan kerana melibatkan perkakasan tersebut, namun tanggapan itu ternyata silap. Sepasang kayu hanya berharga kurang daripada RM15.

Ia juga senang dibawa kerana tidak berat. Bagi menambahkan keunikannya, ia didatangkan dalam pelbagai warna bagi memberikan suasana ceria ketika bersenam.

Penggunaan alat itu mampu membantu rutin kecergasan seseorang khususnya semasa melakukan senaman kardiovaskular, imbangan, regangan dan pelbagai pergerakan kreatif lain.

Bagi Ashraf Abdullah, 31, yang telah terlibat dalam sukan gimnastik sejak kecil, dia berminat menyertai senaman Stick2Stix setelah merasai kelebihan senaman itu berbanding senaman aerobik.


K-WARRIOR merupakan kumpulan pertama yang memperkenalkan senaman ini di Kelantan.


"Saya sememangnya sering melakukan senaman aerobik. Setelah mencuba senaman ini, ia sememangnya mampu meningkatkan tahap kecergasan dengan lebih cepat. Ambil cara yang mudah iaitu rutin senaman shoulder press.

"Saya dapat menggabungkan rutin tersebut dan mengulangnya dalam senaman Stick2Stik.

"Senaman ini juga membolehkan saya menghasilkan koreografi kreatif termasuk memasukkan elemen gimnastik dalam setiap rutin," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Asyraf, senaman ini seharusnya dijadikan rutin untuk warga kota. Paling mudah adalah dengan hanya meletakkan kayu itu di lantai dan melangkahnya berulang-ulang kali.

Stick2Stix dianggap sebagai sebuah senaman kardiovaskular kerana ia sejenis senaman yang menguji dan memperbaiki stamina, dengan menumpukan rutin pergerakan berulang banyak kali dalam tempoh tertentu.

"Rutin dalam senaman ini juga tidak terlalu bergantung kepada sesuatu format yang telah ditetapkan dan ini membuatkan Stick2Stix lebih bebas terutamanya dari segi pergerakan.


AKSI kumpulan T.A.G sejurus selesai menamatkan persembahan mereka di Piala Kejohanan Stick2Stix baru-baru ini.


"Usaha WSFFM memperkenalkan senaman ini adalah sebagai langkah menggalakkan warga kota menjaga kesihatan dan melakukan senaman dalam rutin harian mereka. Senaman ini lebih seronok jika dilakukan secara beramai-ramai," ujarnya.

Perkembangan Stick2Stik

Walaupun pengenalan mengenai senaman Stick2Stix secara serius dilakukan oleh pihak WSFFM melalui satu kursus pada Oktober lalu, senaman itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ia turut mendapat sambutan kumpulan-kumpulan senaman dari seluruh Malaysia termasuk kumpulan yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan iaitu K Warrior.

Atas inisiatif sendiri, kumpulan yang bernaung di bawah Persatuan Senamrobik Kelantan (Kesra) itu telah membuat stick rekaan sendiri.

Presiden Kesra, Profesor Mohamed Rusli Abdullah, 49, memberitahu persatuan itu aktif menganjurkan sesi senaman aerobik di sekitar Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Pada awalnya, kami tidak mendapat gambaran mengenai senaman ini. Setelah menghadiri bengkel kecergasan Stick2Stix, baru kami mengetahui senaman ini tidak jauh beza dengan senaman aerobik.

"Kami juga menggabungkan pergerakan-pergerakan dalam tarian tradisional Melayu dalam setiap rutin senaman. Kami juga akan cuba memperkenalkan kelebihan dan kewujudan senaman ini kepada warga Kelantan," ujar pensyarah Jabatan Komuniti Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian ini.

Halfest ekspo halal terbesar

Posted:

Halfest ekspo halal terbesar

Halfest ekspo halal terbesar

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
ayman.ghaffa@kosmo.com.my


IRWAN menunjukkan syiling dinar (kiri) dan dirham yang dipamerkan di gerai World Islamic Mint.


PENGANJURAN ekspo Halal Fiesta Malaysia 2012 (Halfest 2012) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini memberi peluang kepada orang ramai mengetahui secara mendalam bukan sahaja label-label produk halal bahkan cara pembuatannya.

Ekspo tahunan yang berlangsung selama lima hari itu telah disertai 500 syarikat dan usahawan seluruh negara yang mendapat sijil halal sah.

Menerusi ekspo itu, pelbagai produk telah diketengahkan untuk para pengunjung seperti sektor makanan, minuman, kosmetik, perbankan, insurans, seni kraf Islam dan busana untuk Muslimah.

Ia juga tidak terhad kepada usahawan yang terdiri daripada syarikat-syarikat besar malah mereka yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana juga diberi peluang untuk mempromosikan produk mereka.

Minuman cincau halal

Salah sebuah syarikat minuman tempatan, Fitrah Food, berjaya menarik pengunjung untuk singgah ke gerai mereka yang terletak di Dewan Tun Razak dengan memberikan sampel minuman herba cincau secara percuma.


EKSPO yang berlangsung selama lima hari ini berjaya menarik 70,000 pengunjung untuk mendapatkan informasi mengenai hal ehwal halal tanah air.


Pegawai pemasaran syarikat tersebut, Rabbiatul Adawiyah Hasim, 20, memberitahu, penyertaan syarikat milik bapanya, Hasim Mohd. itu dalam Halfest 2012 merupakan salah satu langkah memperkenalkan minuman cincau halal yang dihasilkan oleh syarikat bumiputera.

"Selain daripada cincau, kami juga memperkenalkan perisa baharu keluaran syarikat kami iaitu minuman rumpai laut dengan ekstrak lemon. Ia mempunyai banyak khasiat seperti mengandungi kandungan serat tinggi dan bagus untuk penjagaan kulit," ujarnya.

Tambahnya, Fitrah Food yang telah beroperasi sejak 12 tahun lalu turut memberi informasi mengenai cara pemprosesan dan pembuatan herba cincau secara halal kepada pengunjung yang sering kali ragu mengenai status halal herba yang diimport dari China itu.

Antara aktiviti lain yang mencuri tumpuan pengunjung ialah kehadiran selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Izara Aishah, Jamal Abdillah dan Kamal Adli yang menghiburkan para pengunjung serta menunjukkan kemahiran memasak dalam Bengkel Bersama Chef Zam.

Promosi harga

Selain itu, seminar dan forum yang membincangkan hal ehwal halal juga merupakan antara salah satu acara utama yang berlangsung sepanjang ekspo tersebut.

Sementara itu, syarikat yang terkenal dengan produk makanan dan minuman yang berasaskan kesihatan, Saffron Integrated Marketing tidak melepaskan peluang untuk terlibat dalam ekspo itu.

Syarikat yang terkenal dengan produk Jus Tok Guru itu menawarkan potongan harga untuk setiap produk yang dijual semasa ekspo itu.


HALFEST menjadi landasan bagi usahawan industri halal negara mempromosikan barangan bermutu keluaran syarikat tempatan.


Menurut duta produk untuk syarikat itu, Mohd. Fauzi Mustaffa, tiga botol Jus Tok Guru berharga RM50 berbeza dengan harga pasaran yang dijual pada harga RM60.

"Ini merupakan salah satu cara kami memberi informasi mengenai produk yang ditawarkan secara terus kepada pengguna. Setakat penglibatan kami dalam ekspo ini, ramai yang semakin mengetahui mengenai kepentingan produk berasaskan kesihatan terutamanya habbatus sauda," ujarnya yang juga aktif dalam bidang pengacaraan di stesen televisyen tempatan.

Selain Jus Tok Guru, antara produk lain keluaran syarikat tersebut yang dijual sempena ekspo itu ialah madu lebah dari Yaman, cuka epal dan air bacaan al-Quran 30 juzuk.

Tidak hanya tertumpu kepada sektor pemakanan halal, Halfest turut memberi informasi mengenai sistem kewangan Islam iaitu penggunaan syiling dinar dan dirham.

Antara syarikat yang mengadakan promosi dan pameran syiling emas dinar dan syiling perak dirham dalam ekspo itu ialah World Islamic Mint.

Pengarahnya, Irwan Izhar memberitahu, tujuan syarikat itu mengadakan pameran syiling itu adalah untuk memberi kesedaran mengenai penggunaan mata wang halal di sisi syariah.

"Dalam ilmu fikah, mata wang ini tiada unsur riba malahan tiada unsur-unsur hutang. Dalilnya ialah setiap urus niaga dijalankan dengan bersih semasa zaman Rasulullah dengan penggunaan dinar dan dirham," jelasnya.

Menurutnya lagi, ramai yang telah mula menyimpan emas terutamanya dinar dewasa ini sebagai pelaburan jangka masa panjang kerana nilai emas semakin naik sejak tahun 2010.

Perumahan mesra komuniti

Posted:

Perumahan mesra komuniti

Perumahan mesra komuniti


GAMBARAN suasana kejiranan di kediaman Royal Ivory 2 dari pandangan balkoni.


BERIKUTAN sambutan memberangsangkan di BSP Avenue, Bandar Saujana Putra, syarikat pemaju hartanah, LBS, terus menawarkan pengalaman hidup eksklusif kepada pembeli rumah dengan pelancaran Royal Ivory 2 dan Royal Garden.

Ia merupakan dua fasa terakhir pembangunan kediaman bertanah di BSP sebelum LBS memasuki fasa pembinaan bangunan tinggi.

Projek yang melibatkan rumah kembar berangkai kelompok dua tingkat dan rumah kembar dua tingkat itu menawarkan kediaman unggul kepada pembeli rumah dalam kategori pertengahan, masing-masing pada harga bermula RM549,900 dan RM699,900.

Rumah di kedua-dua fasa itu akan dilengkapi tingkap panjang yang ditempatkan secara strategik untuk membolehkan bahagian dalaman rumah diterangi pencahayaan semula jadi.

Royal Ivory 2 mempunyai empat bilik tidur dan empat bilik mandi manakala Royal Garden menawarkan susun atur yang lebih luas dengan 4+1 bilik tidur dan empat bilik mandi, serta laman teres di tingkat atas.

Persekitaran mesra

BSP Avenue menawarkan persekitaran yang mesra untuk kehidupan bermasyarakat. Ia menyediakan rumah reka bentuk kontemporari, ciri-ciri yang mengurangkan penyelenggaraan dan kawasan lapang.

Dengan pembangunan bercampur yang merangkumi rumah teres setingkat, rumah kembar berangkai kelompok dua tingkat dan juga rumah kembar satu serta dua tingkat, BSP Avenue akan didiami oleh 1,500 keluarga menjelang tahun 2015.

Jenis rumah di BSP Avenue termasuklah Ivory Residences 1, Ivory Residences 2, Royal Ivory, Indigo Homes, Magenta Homes I, Magenta Homes II dan Camellia Cottage, yang kesemuanya mendapat sambutan positif dan sudah dijual sepenuhnya.

"Kami komited untuk menyediakan rumah menurut keperluan gaya hidup pembeli rumah Malaysia.

Falsafah LBS adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan bermasyarakat dengan memudahkan hubungan dan kemesraan menerusi konsep rumah kelompok serta kemudahan lain," jelas Pengarah Urusan LBS, Datuk Lim Hock San.


ILUSTRASI grafik menunjukkan rumah model Royal Garden.


Walaupun lokasinya berhampiran dengan bandar raya, persekitaran menghijau yang segar dan nyaman membolehkan penduduk mendapat ketenangan dan mengasingkan diri.

Kawasan kediaman seluas 57.5 hektar itu juga menyediakan kawasan kelompok yang tidak terbatas. Ia memudahkan interaksi dan menyepadukan masyarakat.

Kemudahan awam

Projek tersebut juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan moden, taman permainan interaktif, laman hijau dan kemudahan awam yang lain seperti lorong joging untuk anak-anak muda dan warga emas.

Padang permainan interaktif menyediakan platform untuk menggalakan gaya hidup sihat, pembelajaran dan pergaulan sosial antara penduduk BSP.

Kemudahan lain yang terletak berhampiran termasuk sekolah, pasar raya hiper dan hospital. Taman perumahan BSP yang serba lengkap dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tujuh tahun.

Dilancarkan pada 2003, Bandar Saujana Putra adalah sebuah taman perumahan yang semakin terkenal, dengan lebih 6,000 rumah telah disiapkan setakat ini.

Taman perumahan serba lengkap itu terletak kira-kira 30 kilometer ke tenggara pusat bandar Kuala Lumpur, berhampiran banyak taman perumahan pinggir bandar utama di Lembah Klang, tetapi cukup terpencil untuk memberikan ketenteraman.

Ia dihubungkan kepada beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Maju (MEX). - NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Renjer melawan aedes

Posted:

Renjer melawan aedes

Renjer melawan aedes

Oleh Nurul Izza Rosly
izza.rosly@kosmo.com.my

PESERTA Road Rangers Anti-Aedes akan menjelajah ke 72 buah lokasi untuk memerangi aedes.


DIBERI nama Road Rangers Anti-Aedes, ia merupakan sebuah program bantuan komuniti bagi mencegah peningkatan kes denggi. Road Ranger Anti-Aedes merupakan hasil inisiatif SC Johnson iaitu sebuah syarikat pengedar jenama produk racun serangga.

Road Rangers Anti-Aedes terdiri daripada kakitangan SC Johnson yang berdedikasi serta duta-duta jenama itu. Mereka akan mengembara selama sebulan untuk menyebarkan mesej anti-aedes kepada komuniti di kawasan panas denggi.

Road Rangers akan mengembara ke 72 buah kawasan panas denggi di Lembah Klang dengan tujuan memperluaskan pendidikan pencegahan aedes kepada 10,000 warga komuniti terlibat.

10 minit seminggu

Program tersebut merupakan lanjutan daripada program anti-aedes SC Johnson yang melibatkan para pelajar sekolah rendah bagi merangsang pendidikan mengenai pencegahan denggi dalam tempoh empat tahun lalu.

"Di SC Johnson, kami mendokong usaha untuk menjadi warga korporat yang mulia. Oleh itu, kami sentiasa mencari peluang untuk menyumbang kembali kepada komuniti.

"Hari ini, anda akan menyaksikan para Road Rangers Anti-Aedes menyampaikan pesanan Kementerian Kesihatan iaitu Luangkan 10 Minit Setiap Minggu.

Ia untuk mengingatkan warga Malaysia agar memeriksa kawasan kediaman mereka bagi mengenal pasti tempat-tempat berpotensi pembiakan nyamuk aedes," kata Pengurus Besar SC Johnson & Son (M) Sdn. Bhd., Ramon Daez.

Tambah Ramon, pihaknya berharap dapat mencapai sasaran 10,000 orang bagi menjayakan pendidikan denggi supaya lebih banyak kediaman dapat dilindungi daripada ancaman nyamuk aedes.

Cegah lebih baik daripada merawat

"Adalah penting untuk memastikan endemik denggi menurun dan kita berpendapat pendidikan mengenai denggi adalah cara terbaik untuk menangani masalah ini dengan berkesan.

"Hakikatnya, masih tiada penawar atau rawatan bagi melawan denggi, maka pencegahan penting bagi mengekang penyakit ini," terang Ramon.

Meneruskan misinya untuk menyebarkan mesej pencegahan denggi bagi mengurangkan bilangan kes di Lembah Klang, Road Rangers Anti-Aedes berusaha untuk melibatkan diri dengan komuniti melalui permainan berunsur pendidikan yang mempunyai kaitan dengan aedes dan denggi.

SC Johnson berharap komuniti yang diperkasa dengan kesedaran anti-aedes akan berkongsi ilmu yang diperoleh bersama rakan-rakan serta keluarga mereka kerana memerangi denggi merupakan satu usaha kolektif.

Data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan dari bulan Januari hingga Oktober tahun ini mendedahkan bahawa kes denggi meningkat 11 peratus dan kes membabitkan kematian meningkat 13 peratus.

Maklumat yang berasaskan perbandingan dari tahun ke tahun ini amat membimbangkan dan warga Malaysia perlu meningkatkan penyertaan serta bersikap proaktif untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan denggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara membasmi nyamuk aedes, sila layari laman Facebook peminat SC Johnson Rage Against Aedes di www.facebook.com/RageAgainstAedes.

Maritim Malaysia menembak bersama media

Posted:

Maritim Malaysia menembak bersama media

Maritim Malaysia menembak bersama media


SEBAHAGIAN ahli jawatankuasa persenjataan Maritim Malaysia begitu teruja menyertai pertandingan menembak senjata kecil Maritim Malaysia bersama media.


MUNGKIN sesetengah daripada kita tidak begitu mengetahui mengenai fungsi kewujudan sebuah agensi keselamatan di negara ini yang bekerja keras membanteras segala jenayah di laut seperti jenayah lanun, pencerobohan nelayan asing dan penyeludupan dadah iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Dalam usaha untuk mengetengahkan skop pekerjaan yang dilakukan oleh anggota Maritim Malaysia, agensi itu telah menganjurkan pertandingan menembak senjata kecil bersama pihak media pada 30 Oktober lalu.

Pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan oleh agensi itu berlangsung di Lapang Sasar Majlis Sukan Negeri, Mantin, Negeri Sembilan. Sebanyak 80 pengamal media daripada 20 agensi media tempatan turut serta pada acara itu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd. Amdan Kurish memberitahu, objektif utama pertandingan tersebut ialah untuk memberi kefahaman mengenai tugas dan tanggungjawab yang dijalankan oleh agensi itu kepada pihak media.

"Banyak berita kejayaan Maritim Malaysia membanteras jenayah di perairan telah muncul di media tempatan. Namun, adakah mereka tahu tentang tugas kami di laut? Menerusi pertandingan ini, saya berharap pihak media mendapat informasi mengenai tugasan kami," ujar beliau semasa sesi penutup pertandingan itu.

Untuk pertandingan itu, pihak Maritim Malaysia telah menyediakan senjata kecil jenis Glock 19 untuk dua kategori iaitu kategori tembakan pada sasaran sejauh 15 dan 20 meter.

Senjata kecil buatan Austria itu menggunakan 19 butir peluru dalam setiap kelongsong. Untuk kedua-dua kategori yang dipertandingkan, hanya 10 butir peluru diisi dalam kelong.

Bagi seorang wartawan, Nor Adila Abdul Kadir, 26, ia merupakan kali pertama dia memegang senjata dan gugup apabila melepaskan setiap das tembakan.

"Ini merupakan langkah terbaik pihak APMM untuk memberi pendedahan mengenai skop pekerjaan mereka. Saya tidak pernah tahu bahawa Maritim Malaysia juga menggunakan senjata api dalam pekerjaan harian mereka," ujarnya ketika ditemui.

Pertandingan itu dimenangi oleh pasukan Maritim Malaysia bersama Ketua Pengarah. - MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tangga Batu takluk Putrajaya

Posted:

Tangga Batu takluk Putrajaya

Tangga Batu takluk Putrajaya

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan NOR AZIRAN YUNUS
sukan@kosmo.com.my

AKSI antara Wangsa Maju (kiri) mentang pasukan Tangga Batu pada perlawanan akhir kategori lelaki pada Kejohanan Futsal Parlimen 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2012 di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya semalam. Tangga Batu menang 3-1.


SEJARAH baharu tercipta di bumi Putrajaya. Pada Kejohanan Futsal Parlimen 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2012 yang melabuhkan tirainya di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya semalam, kedua-dua kategori lelaki dan wanita dibolot juara baharu dengan masing- masing membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta pingat dan trofi.

Dalam final kategori lelaki, Parlimen Tangga Batu dari Melaka menjinakkan Parlimen Wangsa Maju 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua- dua pasukan terikat tanpa jaringan sebaik masa sebenar perlawanan tamat.

Penjaga gol Tangga Batu, Razman Razak muncul wira apabila berjaya menggagalkan sepakan penalti penyerang lawan, Azrul Hanif.

Lebih manis, Razman berjaya muncul Penjaga Gol Terbaik kejohanan kategori lelaki dan berkongsi kejayaan bersama rakan sepasukan, Abu Haniffa Hassan yang muncul Pemain Lelaki Terbaik.

Ketiga-tiga sepakan penalti Tangga Batu berjaya disempurnakan Abu Haniffa bersama pemain adik- beradik, Jamal Alias dan Ayub Alias manakala satu lagi sepakan penalti pasukan Wangsa Maju disempurnakan Abdul Samad Ibrahim.

Kesemua hadiah dan trofi disampaikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Khadijah Mohd. Yasin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Datuk Zai- don Asmuni dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Dr. Mohd. Ghani Mohd. Yusof.

Pengurus Tangga Batu, Mohd. Fasarul Md. Isa ternyata gembira apabila anak- anak buahnya berjaya melunaskan 'dendam' terkandas di pusingan kedua sebanyak dua kali berturut-turut sejak kejohanan edisi pertama pada tahun 2010.

"Perit jerih kami mengadakan latihan intensif setiap minggu sejak tersingkir pada kejohanan tahun lalu ternyata berbaloi.

"Ini merupakan pencapai- an terbaik kami selepas muncul juara Kejohanan Jemputan Futsal Piala Tiger di Vietnam bulan lepas," katanya selepas tamat perlawanan.

Terdahulu, Tangga Batu menempah slot ke final selepas mengejutkan juara bertahan, Puchong dengan keputusan 2-1 pada peringkat separuh akhir.

Parlimen Puchong pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga kali ini apabila menewaskan Kuala Langat 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi penentuan tempat ketiga selepas terikat tanpa jaringan.

Dalam pada itu, pengurus Parlimen Wangsa Maju, Maizuri Mahayuddin akur dengan kekalahan pasukannya yang disifatkan kurang bernasib baik kali ini.

"Kecewa memanglah kecewa, terutamanya apabila tewas menerusi sepakan penalti biarpun kami mara lebih jauh kali ini berbanding sekadar terkandas pada suku akhir tahun lalu.

"Tetapi kami tidak akan berputus asa dan akan kembali tahun depan," katanya optimis.

Hoki: Malaysia tercorot

Posted:

Hoki: Malaysia tercorot

Hoki: Malaysia tercorot

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


AKSI antara Malaysia (jersi kuning) dengan New Zealand semalam yang berkesudahan Malaysia tewas 1-2.


MALAYSIA menamatkan kempen pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2012 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam dengan berada di tangga tercorot.

Jaringan emas melalui gol padang oleh pemain New Zealand, Kane Russel pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1, meleburkan impian skuad negara untuk sekurang-kurangnya menduduki tempat kelima daripada enam pasukan yang bertanding.

Pada aksi pusingan awal menentang New Zealand sebelum ini, skuad Projek 2013 negara itu turut dibelasah 5-2.

Kejohanan pada edisi kedua ini juga menyaksikan prestasi hambar skuad remaja negara itu apabila kalah dalam empat perlawanan dan mencatatkan keputusan seri 3-3 ketika menentang India kelmarin.

Malaysia hanya menang sekali pada aksi pertama perlawanan menentang Jerman dengan menundukkan lawan mereka itu 3-2.

Dengan rekod buruk itu, harapan skuad bimbingan jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah untuk mengulangi kejayaan pada tahun lalu berkecai sama sekali.

Pada edisi pertama tahun lalu, Malaysia muncul juara selepas berjaya mengejutkan Australia 3-2 pada perlawanan akhir.

Kejohanan Piala Sultan Johor ini diadakan buat pertama kali tahun lalu dengan menyaksikan enam pasukan bersaing di Johor Bahru.

Muhammad Dharma yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaan terhadap kekalahan yang memalukan itu berkata, anak-anak buahnya telah bermain dengan cemerlang, namun nasib sekali lagi tidak menyebelahi mereka.

Sementara itu, Jerman muncul juara selepas menewaskan India 3-2 pada perlawanan akhir.

Jerman mendahului jaringan menerusi Jonas Gomoll pada minit ke-11 menerusi pukulan sudut penalti sebelum India menyamakan kedudukan menerusi Satbir Singh minit ke-24.

Jerman kembali mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua menerusi jaringan Joshua Delarber dan Florian Adrians sebelum Akashdeep Singh merapatkan jurang pada minit ke-31, namun gol India itu sudah terlambat untuk menyekat kemaraan Jerman.

Boateng sah milik T-Team

Posted:

Boateng sah milik T-Team

Boateng sah milik T-Team

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


BUTLER (kanan) dan Boateng menunjukkan kontrak yang mereka
tandatangani dengan T-Team di Kuala Terengganu semalam.


BEKAS pemain tengah Belanda, George Boateng berazam mahu menempa nama bersama skuad T-Team apabila menandatangani kontrak dengan pasukan berstatus kelab itu semalam.

Boateng, 37, yang pernah menempa nama dalam Liga Perdana England dengan pasukan Middlesbrough dan Aston Villa menegaskan, kehadirannya dalam skuad T-Team bukan sekadar mahu melancong atau menerima habuan pada penghujung kerjaya tetapi ingin membantu skuad kendalian Peter James Butler itu mencatat kemenangan.

"Saya terus bermain kerana saya mencintai bola sepak," ujarnya selepas menandatangani kontrak di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Katanya, dia tetap Boateng yang dulu yang pernah mewakili pasukan Belanda dan pernah memegang rekod sebagai pemain luar yang paling banyak beraksi dalam Liga Perdana England iaitu 385 kali.

Boateng menjelaskan, meskipun terdapat banyak pilihan, dia lebih tertarik menyertai T-Team kerana kelab itu diuruskan dengan baik dan akan berada bawah kendalian jurulatih Butler.

"Memiliki Butler di sini adalah penting kerana beliau tahu bagaimana saya bermain dan bagaimana sepatutnya bola sepak dimainkan. Saya dan pemain lain dalam pasukan akan berusaha untuk menjadikan kelab ini hebat.

"Meskipun corak permainan di sini mungkin agak perlahan tetapi ia akan tetap menjadi cabaran kepada saya," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai Johor FC akan menurunkan penyerang Sepanyol, Daniel Guiza dan bekas pemain Lazio, Simone Del Nero, Boateng menjelaskan:

"Saya telah bermain bersama para pemain terbaik dunia, jadi saya sentiasa sedia berdepan dengan cabaran. Saya akan tunjukkan apa yang saya mampu lakukan."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Usul tergempar isu Palestin dibentang di Parlimen esok

Posted:

Usul tergempar isu Palestin dibentang di Parlimen esok

Usul tergempar isu Palestin dibentang di Parlimen esok

18/11/2012 6:54pm

PHNOM PENH — Kerajaan akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat esok bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata, usul itu akan menggesa Dewan Rakyat untuk mengambil ketetapan, antaranya:

* Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestine di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin.

* Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata.

* Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung PBB di bawah Resolusi 377A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

* Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat; dan

* Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan/ Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

"Bagi menzahirkan sokongan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia berhubung isu ini, saya telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membentangkan satu usul tergempar di Dewan Rakyat pada Isnin, 19 Nov 2012," kata Najib.

Najib berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari mulai hari ini hingga Selasa.

Israel melancarkan serangan terbaharu yang dinamakan operasi "Pillar of Defence" ke atas wilayah Palestin di Gaza yang setakat ini mengorbankan 40 orang termasuk seorang pemimpin Hamas Ahmed Jaberi, enam kanak-kanak, seorang wanita hamil dan seorang guru United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) dan lebih 345 orang cedera.

Tiga rakyat Israel terkorban dan 18 orang lagi cedera akibat serangan balas pihak Hamas.

Najib berkata, serangan tentera Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza jelas merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Semasa Perang.

"Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza," katanya.

Malaysia, kata Najib, juga berasa amat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza. — BERNAMA JM JM SN

Mayat mangsa lemas di Sg. Bukit Keluang ditemui

Posted:

Mayat mangsa lemas di Sg. Bukit Keluang ditemui

Mayat mangsa lemas di Sg. Bukit Keluang ditemui

18/11/2012 6:40pm

BESUT – Mayat mangsa lemas Norhaslin Abu Hassan, 36, yang hilang di Sungai Buit Bukit Keluang dekat sini Jumaat lalu ditemui pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 9.28 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut di satu kawasan sangkar ternakan ikan kira-kira 1.5 kilometer dari tempat mangsa hilang.

Katanya, mayat mangsa yang merupakan seorang penyelenggara stor sebuah syarikat perubatan di Petaling Jaya, Selangor itu telah dibawa ke Hospital daerah Besut untuk bedah siasat. — BERNAMA

Pemaju iklankan projek belum lulus diberi amaran

Posted:

Pemaju iklankan projek belum lulus diberi amaran

Pemaju iklankan projek belum lulus diberi amaran

18/11/2012 6:28pm

ALOR SETAR — Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung memberi amaran kepada pemaju perumahan supaya tidak mengiklankan penjualan rumah di akhbar sebelum projek diluluskan Jabatan Perumanan Negara (JPN).

Katanya, banyak pemaju didapati melanggar peraturan permit iklan dan penjualan rumah dan kesalahan ini boleh dikenakan denda maksimum RM250,000.

"Sehubungan itu beberapa syarikat telah diberi notis oleh JPN untuk dikenakan denda maksimum kerana sengaja melanggar peraturan tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci projek perumahan Taman Seri Derga Fasa 3, Derga di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Alor Setar itu menyarankan syarikat-syarikat akhbar meneliti dan mengkaji iklan pemaju perumahan sebelum mengiklannya dalam akhbar mereka.

"Saya harap syarikat akhbar tidak fikirkan keuntungan saja. Mereka perlu ada tanggungjawab untuk periksa iklan penjualan rumah yang hendak dibuat," kata Chor. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved