Sabtu, 17 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sako bebas merayap dalam rumah

Posted:

Sako bebas merayap dalam rumah

Sako bebas merayap dalam rumah

JIKA pengacara Dangerous Encounters di saluran Nat Geo Wild, Dr. Brady Barr terkenal dengan kebolehannya menjinakkan semua spesies reptilia, kepakaran Phang Joon Siong, 52, melayan ular sawa yang rupa dan saiznya seakan-akan ular anakonda juga tidak kurang hebatnya.

Joon Siong boleh disamakan dengan Barr, pakar reptilia dari Indiana, Amerika Syarikat, kerana dia turut mempunyai pengetahuan saintifik dan minat yang mendalam terhadap haiwan eksotik berbahaya.

Percaya atau tidak, ahli perniagaan itu memiliki hubungan istimewa dengan ular sawa batik belaannya yang diberi nama Sako. Sako juga dipanggil 'Abang Ular' memandangkan ia sudah dianggap seperti anak kandung Joon Siong sejak 22 tahun lalu.

Malah, bapa kepada empat orang anak yang digelar pakar menjinakkan haiwan eksotik oleh orang ramai itu kadangkala membiarkan Sako yang sepanjang 7 meter dengan berat mencecah 80 kilogram itu bebas 'bermain-main' di dalam rumah mereka yang terletak di Stutong Baru, Kuching, Sarawak.

Bukan omongan kosong kerana ketika penulis datang ke kediamannya baru-baru ini, rumahnya sentiasa dipenuhi pengunjung. Mereka juga kelihatan begitu selesa membelai dan bergambar bersama Sako yang bukan sahaja manja bahkan mesra.

Tidak cukup dengan itu, ada pengunjung yang tidak pernah mendekati dan memahami kehidupan sebenar reptlia itu sebelum ini terkejut melihat Joon Siong mencium dan mengusap Sako sambil kepala ular itu diletakkan di tapak tangannya.


KATA Joon Siong, ular akan bertindak agresif semasa bersalin kulit.


Joon Siong juga menunjukkan demonstrasi cara menghadapi seekor ular sawa gergasi seperti Sako yang sedang mengawal sarangnya.

Joon Siong berkata, beliau sentiasa merendah diri meskipun mempunyai pengalaman berdepan dengan reptilia berbadan licin dan bersisik berkenaan.

Bapa kepada empat orang anak itu mengakui pengetahuannya mengenai ular adalah berdasarkan pembacaan selain kecintaannya terhadap haiwan sejak kecil. Semua itu mendorongnya untuk belajar berkomunikasi dengan Sako.

Bercakap

"Selepas memahami Sako dan berkomunikasi dengannya, saya lebih mudah menjaganya. Setakat ini, saya boleh bercakap dengan Sako sahaja dan bukan dengan ular-ular lain memandangkan saya sudah biasa berkomunikasi dengannya.

"Mungkin ramai yang menganggap ia sekadar cakap-cakap kosong, tetapi inilah bakat yang saya ada," katanya kepada penulis.

Mengetahui tidak mustahil dirinya boleh menjadi makanan terbaik ular sawa jantan belaannya itu, Joon Siong memberitahu, dia menyedari ancaman itu.

Katanya, sesiapa sahaja yang membela haiwan oportunis itu sebenarnya terdedah kepada bahaya ditelan hidup-hidup. Ular sawa sering bertindak agresif semasa sebelum mahupun selepas bersalin kulit.

"Namun, bagi saya Sako berbeza daripada ular sawa lain. Ia sangat jinak malah mampu mengenali tuannya. Lebih-lebih lagi ia langsung tidak menunjukkan ekspresi muka seperti sakit, marah dan lapar.

"Sako semakin jinak apabila kerap dibelai dan disentuh. Berdasarkan pengetahuan saya, kehangatan tubuh manusia menjadi salah satu faktor mengapa ular berasa selesa dan manja, bahkan tidak menganggap manusia yang menjadi tuannya sebagai ancaman," ceritanya.

Mengimbas kembali ketika dia mula-mula membela Sako pada tahun 1990, Joon Siong mengakui hatinya berbelah-bahagi untuk meneruskan hasrat itu kerana terlalu sibuk bekerja di sebuah warung selain berdepan masalah kewangan.

Selepas dua bulan membelanya, Joon Siong menyerahkan Sako kepada seorang kawannya.

"Bagaimanapun, empat bulan kemudian warung tempat saya bekerja gempar apabila seekor ular sawa muncul secara tiba-tiba di situ. Tidak sangka, rupa-rupanya ular tersebut adalah Sako yang lari dari rumah rakan saya tadi.

Tidur


AKSI mencium dan membelai ular sawa sudah menjadi kebiasaan ahli keluarga Joon Siong.


"Jadi saya memutuskan untuk membelanya semula. Sejak itu, nasib saya berubah menjadi lebih baik termasuk murah rezeki sehingga mampu memulakan perniagaan sendiri," katanya.

Menurut Joon Siong, dalam tempoh sembilan tahun pertama membela Sako, adakalanya mereka tidur bersama menyebabkan haiwan itu menjadi terlalu jinak kerana sudah kenal dengan bau badan tuannya.

Menjaga Sako tidak sesukar mana kerana ia cuma makan tiga ekor ayam hidup setiap dua minggu.

"Tetapi saya juga perlu menyediakan sangkar besar sebagai kediamannya. Sako tahu had kawasannya. Jika dia bermain-main hingga ke pintu, ia pasti berundur sendiri seolah-olah tahu kawasan di luar rumah tidak selamat untuknya," katanya.

Perkara paling menarik perhatian ialah apabila mendengar cerita Joon Siong yang mengambil inisiatif untuk tidak mengurung haiwan kesayangannya itu ketika dia berada di rumah.

Katanya, haiwan bukan untuk dikurung kerana keadaan itu akan menyebabkanya mengalami tekanan.

"Seperti manusia, apabila tertekan, haiwan berkenaan tidak akan makan dan menjadi murung. Justeru, haiwan peliharaan saya bebas di rumah. Sako ada bilik sendiri. Kadangkala mereka akan dibiarkan bebas di ruang tamu.

"Paling lucu, anjing dan kucing peliharaan saya yang nakal suka mengusik Sako. Jadi mereka selalu main sorok-sorok di bawah kerusi," ceritanya.

Selain Sako, Joon Siong juga ada memelihara seekor anak ular sawa yang diberi nama Sa Chiek.

Joon Siong perlu memperbaharui permit untuk memelihara haiwan seperti Sako yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak kepada Jabatan Hutan Sarawak dengan bayaran RM10 setahun.

Selama 22 tahun membela Sako, haiwan itu dipercayai banyak membawa tuah sehingga orang ramai datang menziarahinya setiap hari sambil memberikan derma.


ANAK Joon Siong, Phang Lee Cheng, 13, gemar bermain-main dengan Sako.


Malah, ada beberapa individu mahu membeli Sako dan menawarkan wang tunai sehingga RM10,000 namun dia tidak sekali-kali akan menjualnya.

"Saya pernah menerima tawaran harga yang tinggi daripada peminat ular dari luar negara dua tahun lalu, tetapi saya enggan berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan duit segera.

"Bagi saya, haiwan juga ada perasaan. Saya tidak akan menjualnya kerana saya tidak sampai hati kecuali haiwan itu dibiak untuk dipelihara," katanya.

Masalah terlalu pengotor, pembersih

Posted:

Masalah terlalu pengotor, pembersih

Masalah terlalu pengotor, pembersih

TIDAK mandi seharian sahaja sudah menyebabkan badan berbau busuk namun sebaliknya bagi seorang lelaki tua di Mumbai, India, Kailash Singh. Singh tidak mandi selama lebih 37 tahun.

Dia juga tidak pernah memotong dua tocangnya yang sepanjang 1.82 meter sejak berkahwin pada tahun 1974.

Malah, bapa kepada tujuh orang anak perempuan itu mengatakan, seorang guru agama Hindu memberi jaminan kepadanya bahawa dia akan dikurniakan anak lelaki kalau melakukan perkara tersebut.

Malangnya Singh, 66, belum dikurniakan anak lelaki sehingga kini. Akibat kedegilannya itu, isterinya Kalavati Devi, 60, pernah mengugut untuk tidak mahu tidur bersamanya.

Tetapi memikirkan tanggungjawab sebagai seorang isteri, hasrat itu dipendamkan begitu sahaja oleh Devi.

Walaupun tidak mandi, Singh membasuh muka dan tangannya setiap hari.

Dia juga menggembala lembu dekat bandar Varanasi yang mencatatkan suhu panas sehingga 47 darjah Celsius. Singh selalu menjadi mangsa ejekan kanak-kanak di kampungnya akibat terlalu liat untuk mandi.

"Saya pernah memaksanya mandi tetapi dia melarikan diri seperti budak-budak.

"Malah, dia mengatakan dia lebih rela mati daripada mandi," cerita Devi.

Anaknya Pooja, 16, pula bersikap sebaliknya. Tabiat ayahnya itu menyebabkan dia popular di sekolah.

"Rakan-rakan sekolah sering ingin berjumpa dengan ayah bagi mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana dia boleh terus hidup tanpa perlu menjirus air ke tubuhnya.

"Pada mulanya saya memang marah dengan sikapnya tetapi dia bertegas dengan pendiriannya. Dia enggan mandi sehingga dikurniakan anak lelaki," ujar Pooja.

300 kali

Jika Singh tidak mahu mandi, berbeza pula dengan seorang wanita bernama Julie, 40, yang bersikap terlalu pembersih.

"Saya merasakan diri tidak cukup bersih," katanya yang bekerja sebagai pembantu pentadbiran di ibu negara.

Sejak 20 tahun lalu, Julie akan mencuci tangan sebanyak 300 kali sehari dan mandi 25 kali sehari.

Secara keseluruhan, masa yang diambil wanita ini untuk mandi ialah selama lima jam. Sebenarnya, Julie menghidap penyakit kecelaruan obsesif kompulsif.

Mengikut sains perubatan, mereka yang mengalaminya akan bersikap terlalu pembersih dan antikotoran serta bakteria.

Menurut Julie, dalam tempoh seminggu, sebanyak dua botol pencuci rambut serta 21 ketul sabun digunakan untuk dirinya seorang. Selain itu, bayaran bil utiliti flat yang disewanya di Kuala Lumpur meningkat setiap bulan.

"Selama 20 tahun saya mengalaminya iaitu sejak mula bekerja di makmal yang perlu mengendalikan darah pesakit HIV.

"Selepas bekerja di sana, saya seperti ketagih mencuci tangan," tutur Julie.

Dia pernah dibuang kerja kerana sering lewat ke tempat kerja akibat penyakit 'mahu mandi lama' itu.

Namun, kini dia sedang mengikuti kelas bagi membolehkannya mengawal nafsu daripada terus membersihkan diri.

Situasi sama dialami Howard Hughes, seorang jutawan Amerika Syarikat yang sering membasuh tangan sejak kecil.

Menurut rakan-rakan Hughes, dia juga akan memotong kacang yang merupakan makanan kegemarannya menggunakan garpu khas kepada beberapa bahagian kecil selain tidak pernah keluar rumah selama beberapa bulan.

Menurut pakar sakit mental dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Nor Zuraida Zainal, penyakit ini disebabkan perasaan takut yang keterlaluan.

Ujarnya, tindakan itu boleh mendorong kepada simptom fizikal seperti sesak nafas dan jantung berdegup kencang sebelum menjurus kepada sakit dada manakala tangan dan badan menggeletar.

Fobia ini lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki.

"Banyak faktor yang mempengaruhinya, antaranya peristiwa yang dialami seseorang semasa kanak-kanak, keturunan, panik yang melampau atau tekanan yang sedang dihadapi.

"Tetapi mungkin ramai pesakit yang tidak berjumpa doktor menyebabkan kelakuan ini berubah menjadi lebih buruk kerana tidak diubati lebih awal," katanya yang menegaskan pesakit boleh menjadi gila jika tidak dirawat.

Namun, banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk memulihkan penyakit ini. Antaranya dengan mengambil ubat-ubatan secara berkala selain mengajar mereka mengawal perasaan fobia itu.

"Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan pesakit mental, jarang sekali menemukan kes seperti ini. Tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahui mereka sebenarnya sedang menghidap sejenis penyakit," tutur Zuraida. - Agensi

Mandi-manda sepuasnya

Posted:

Mandi-manda sepuasnya

Mandi-manda sepuasnya

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM



MUSIM cuti persekolahan yang kembali tiba menyebabkan ibu bapa runsing memikirkan keinginan anak-anak yang mahu bercuti di tempat-tempat menarik.

Sememangnya Malaysia kaya dengan destinasi percutian sama ada berkonsepkan gunung-ganang, sungai, mahupun pulau dan laut.

Bagi yang ingin merasai keghairahan mandi-manda selain menikmati pemandangan indah tepi pantai, Ancasa Allsuites Resort & Spa di Port Dickson, Negeri Sembilan mungkin satu percaturan yang baik.

Terletak di tengah-tengah kawasan hijau yang subur di Teluk Kemang, resort ini pasti menawan hati dengan aura kehangatan sebuah resort mewah ala tropika.

Menawarkan lebih 100 suite bilik tidur, kunjungan anda berbaloi dengan keadaan bilik yang selesa dan lengkap berhawa dingin.

Memasuki bilik pantas membuatkan anda terpesona dengan rekaan bercirikan mewahnya selain permainan warna terang dan gelap yang sangat sepadan.

Set perabot kayu berunsurkan tradisional membuai perasaan seolah-olah anda sedang bercuti di kampung halaman.

Susun atur perabot pula tidak terlalu padat sehingga menyesakkan pandangan.

Jangan terkejut kerana terdapat pokok buluh dan keladi hidup yang diletakkan di dalam bilik. Ini menjadikan persekitaran hijau benar-benar terserlah.

Pengurus Perhubungan Awam Ancasa, Melinda Marie Ambrose, berkata, sebelum mandi di pantai, eloklah mandi sepuas-puasnya di kolam renang hotel terlebih dulu kerana peluang mandi di kolam yang luas itu jarang dapat diperoleh.

Terapi

"Tetapi ada juga pengunjung khususnya kanak-kanak yang mandi pantai hampir seharian sebelum mencuba kolam renang," katanya.

Setelah puas mandi pantai dan kolam, Saffron Brasserie bersedia dengan menu makanan yang akan membuatkan anda kecur air liur.

"Terdapat kepelbagaian menu masakan yang sedia disajikan termasuk ala Barat dan Timur.

"Kemudahan barbeku juga disediakan mengikut permintaan tetamu," kata Melinda.

Selain itu, jika ingin menguji kelunakan suara, terdapat lima bilik karaoke pelbagai saiz boleh dicuba dengan kadar harga yang berpatutan.

Kalau anda lenguh-lenguh badan akibat bercempera terlalu lama, Spa Ancasa menjanjikan rehat maksimum sambil diurut oleh ahli terapi profesional.

Spa berkonsepkan tradisional Bali ini menawarkan pilihan rawatan daripada hujung rambut hingga hujung kaki bagi menyeimbangkan kembali minda yang kusut dan tubuh yang letih.

Malah, kelegaan mula terasa seawal kaki melangkah masuk ke kawasan spa yang berlandskap indah ini apatah lagi selepas telinga sayup-sayup menangkap kelunakan lagu-lagu Bali yang menenangkan.

Kemudian, pengunjung berpeluang membasahkan tekak dengan secawan air halia panas yang menyegarkan sebelum rawatan bermula.

Melinda memberitahu, urutan itu bagaikan dapat mengembalikan tenaga yang hilang bahkan mententeramkan fikiran.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bahana dadah anak jadi korban

Posted:

Bahana dadah anak jadi korban

Bahana dadah anak jadi korban

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
berita@kosmo.com.my

KEADAAN bilik tempat Nur Amirah mati disembelih yang berlumuran darah di Felda Panching Selatan, Kuantan semalam.


KUANTAN – Seorang bapa yang dipercayai khayal akibat mengambil dadah bertindak kejam menyembelih bayi perempuannya sendiri yang berumur 11 bulan menggunakan pisau sehingga mati dalam tragedi menyayat hati di Felda Panching Selatan dekat sini malam kelmarin.

Menurut ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 23, kejadian disedari oleh keluarganya pada pukul 9.30 malam semasa mahu menjenguk bayi malang tersebut, Nur Amirah yang merengek kuat ketika sedang tidur di bilik.

"Saya lihat, bapanya yang sebelum itu menemani Nur Amirah tidur, tiba-tiba keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu dengan sikap yang sedikit pelik.

"Ibunya, Suzy yang sebelum itu berada di dapur membancuh minuman untuk anak sulungnya kemudian masuk ke bilik untuk menjenguk anak keduanya itu selepas terdengar dia merengek.

"Kami semua terkejut apabila ibunya keluar sambil menangis memberitahu, Nur Amirah berlumuran darah dan sudah meninggal dunia," katanya semasa ditemui di rumah keluarganya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Parah diserang empat lelaki

Posted:

Parah diserang empat lelaki

Parah diserang empat lelaki

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


INILAH flat Taman Teluk Kumbar, George Town, tempat mangsa parah diserang empat lelaki semalam.


GEORGE TOWN - Seorang penjaga pusat hiburan cedera parah di kepala, muka dan bahu kanan akibat dibelasah dengan sebatang besi dan topi keledar serta dikelar menggunakan sebilah pisau oleh sekumpulan lelaki di kawasan flat Taman Teluk Kumbar, Sungai Batu di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Y. Dharani Dharan, 20, berjalan kaki bersendirian di kawasan perumahan terbabit sebelum didatangi antara tiga hingga empat suspek yang menaiki sebuah kereta.

Suspek tersebut terus memukul mangsa bertubi-tubi menggunakan topi keledar dan sebatang besi sebelum mereka mengelar bahu kanan dan pipi mangsa dengan pisau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

10,000 ibu tunggal mahu saman MB Selangor

Posted:

10,000 ibu tunggal mahu saman MB Selangor

10,000 ibu tunggal mahu saman MB Selangor

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my


JOHAN (tengah) bersama sekumpulan ibu tunggal menuntut kerajaan negeri Selangor menunaikan janji untuk memberi elaun kepada golongan itu di Semenyih semalam.


SEMENYIH - Lebih 10,000 orang wanita berstatus ibu tunggal akan memfailkan saman terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor kerana gagal melunaskan pemberian elaun untuk golongan itu yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz memberitahu, Tetuan Kamaruddin & Partners telah dilantik sebagai wakil untuk memfailkan saman tersebut.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat berkata, saman berkenaan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 November ini.

"Pada keesokan harinya pula (23 November) satu piket secara aman akan diadakan di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar berhubung tuntutan tersebut," katanya pada Majlis Sepetang Bersama Ibu-Ibu Tunggal DUN Semenyih di sini semalam.

Lebih daripada 2,000 ibu tunggal dijangka akan menghadiri piket tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Yusmira Trading 'lari' jadi penaja

Posted:

Yusmira Trading 'lari' jadi penaja

Yusmira Trading 'lari' jadi penaja

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

AZLAN (kanan) dan Mohd. Rafizi membaca laporan akhbar mengenai isu perpindahan Norshahrul ke Johor di pejabatnya di Kota Bharu semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya - Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja skuad The Red Warriors itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Keputusan itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Yusmira Trading, Datuk Azlan Muhammad dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu semalam.

Hadir sama peguam syarikatnya, Mohd. Rafizi Abdullah daripada Tetuan Rafizi Zubairi & Co.

Azlan berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tajaan itu dibuat selepas mengkaji implikasi perpindahan tonggak utama The Red Warrios, Norshahrul Idlan Talaha yang dijangka mengubah haluan baharu ke Johor musim depan.

"Mat Yo (Norshahrul) merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan, namun keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema.

"Akhirnya kami membuat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Ia (keputusan) sememangnya begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.

"Kami orang berniaga dan sudah tentu tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami," katanya.

Berita penghijrahan Mat Yo membantutkan hasrat syarikat produk kesihatan berasaskan halia itu yang terkenal di negara ini untuk terus menaja The Red Waariors bagi musim keempat berturut-turut.

Selain Yusmira Trading, turut menaja pasukan Kelantan musim ini ialah Sinar Harian, Al-Jabbar Group of Company, Umbro, Warriors, Masterskill, RW Energy Plus selain Happy selaku penaja utama.

Azlan memberitahu, pihaknya akan menghantar surat untuk tidak menyambung kontrak penajaan kepada pihak KAFA dalam masa terdekat.

"Sejak tiga tahun menjadi penaja untuk The Red Warriors, pihak kami sudah membelanjakan hampir jutaan ringgit semata-mata membantu menyemarakkan senario bola sepak Kelantan.

"Kalau pemain beritahu awal tidak mahu bersama Kelantan enam bulan lalu, itu kami tidak kisah tetapi tiba-tiba jadi macam ini (mahu berhijrah) sedangkan kontrak masih ada, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada penaja seperti kami," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kelantan dijangka menyenaraikan empat muka baharu bagi menghadapi kempen Liga M musim depan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui entri akaun Facebook miliknya semalam berkata, selain membawa masuk empat pemain baharu itu, KAFA turut memanggil balik bintang mudanya yang sebelum ini beraksi bersama Harimau Muda.

"Bagi memperkuatkan cabaran musim hadapan, kita membawa masuk dua penyerang baharu di mana kedua-dua pemain itu telah menjaringkan 24 gol dalam saingan Liga M musim lalu.

"Musim depan The Red Warriors akan diperkuatkan dengan kehadiran seorang otai yang akan beraksi di posisi tengah," katanya.

Peng Soon-Liu Ying lakar kejutan

Posted:

Peng Soon-Liu Ying lakar kejutan

Peng Soon-Liu Ying lakar kejutan


PENG SOON (belakang) dan Liu Ying menampilkan aksi bertenaga pada saingan separuh akhir Terbuka China di Shanghai semalam.


BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melakar kejutan pada Kejohanan Badminton Terbuka China 2012 di Shanghai.

Selepas empat kali kecundang di tangan gandingan Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir, Peng Soon-Liu Ying akhirnya berjaya menjinakkan beregu handalan Indonesia itu pada aksi separuh akhir semalam.

Sejak pertarungan sulung pada Seluruh England, September tahun lalu, Peng Soon-Liu Ying sekadar mampu memberikan saingan sengit kepada Tontowi-Liliyana sehingga aksi rubber set.

Kemudian, nasib yang sama dialami Peng Soon-Liu Ying yang kembali beradu tenaga dengan Tontowi-Liliyana pada Terbuka Malaysia 2011, Seluruh England 2012 dan Terbuka Switzerland 2012.

Begitupun, pertemuan kelima pada Terbuka China 2012 semalam membawa tuah kepada beregu utama campuran negara itu yang dilihat semakin garang menawan pencabar mereka.

Kemenangan straight set 21-19, 21-14 ke atas Tontowi-Liliyana itu sekali gus menyaksikan Peng Soon-Liu Ying menempah slot final untuk bertemu beregu tuan rumah yang berada pada ranking pertama dunia, Xu Chen-Ma Jin.

Gandingan China itu mara ke final selepas menewaskan beregu Korea Selatan, Yoo Yeon Seong-Jang Ye Na 21-19, 21-13.

Bagaimanapun, malang menimpa beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong apabila impian untuk melangkah ke final musnah selepas tumpas kepada pasangan Denmark, Marthias Boe-Carsten Mogensen 16-21, 16-21.

Aksi final beregu lelaki akan menemukan Boe-Mogensen dengan gandingan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Lee Yong Dae yang mara selepas mengalahkan beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-16, 21-15.

Nasib yang sama turut dialami pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng yang mudah ditewaskan pemain No. 3 dunia dari China, Chen Long dengan kekalahan 6-21, 7-21 pada aksi separuh akhir.

Bagaimanapun, Wei Feng harus diberikan pujian kerana dia yang berada pada ranking ke-26 dunia dilihat mempamerkan prestasi cemerlang sejak pusingan awal Terbuka China kali ini.

Chen Long akan berdepan dengan rakan senegaranya hari ini, Wang Zhengming yang mara selepas lawannya, Chen Jin menarik diri dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam.

Menteri kecewa, tidak puas hati

Posted:

Menteri kecewa, tidak puas hati

Menteri kecewa, tidak puas hati

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI,
NOR AZIRAN YUNUS
dan AFIFI HAFIZ MOHD.NOR
sukan@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (kanan) berbincang sesuatu dengan dua pegawai KBS di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya semalam.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa kerana Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18 di Putrajaya masih belum siap sepenuhnya.

Shabery berkata demikian selepas beliau 'turun padang' ketika menyaksikan Kejohanan Futsal Parlimen 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2012 yang di kompleks tersebut semalam.

"Saya agak kecewa dengan kontraktor (kerana) daripada segi pelaksanaan komplek itu terlalu lambat.

"Ia memakan masa yang begitu lama sedangkan terminal (Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2) pun dah nak siap, jambatan Pulau Pinang pun hampir siap tetapi buat satu kemudahan yang sedia ada masih mengambil masa beberapa tahun.

"Wang yang diperuntukkan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diluluskan oleh Perbadanan Putrajaya, saya berharap pihak tersebut dapat melihat perkara ini dengan lebih serius kerana sebenarnya Kompleks Futsal 1Malaysia memiliki satu simbol yang sangat kuat sekali dalam membina jenama di Putrajaya," kata Ahmad Shabery kepada Kosmo! Ahad semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery mengakui, beliau gembira dengan penganjuran edisi ketiga kejohanan tersebut.

Menurutnya, penganjuran futsal yang merupakan satu-satunya program yang mampu menghimpunkan ramai anak-anak muda dari seluruh negara mampu mencapai objektif dalam usaha melahirkan generasi lebih sihat dan cemerlang.

"Selain itu, pemilihan Kompleks Futsal 1Malaysia dilihat sebagai satu strategi kerana pemain-pemain boleh menikmati keindahan bandar Putrajaya.

"Apabila kejohanan ini diadakan pada setiap tahun, setiap parlimen yang bertanding akan sentiasa memandang ke depan bagi memberikan perhatian lebih serius kepada sukan futsal yang dilihat semakin berkembang pesat buat masa ini.

"Biarpun kompleks ini belum sempurna tetapi kita lihat setiap tahun ada perubahannya.

"Kita akan lengkapkan kompleks ini dengan gimnasium dan KBS juga memiliki perancangan untuk meletak bumbung di gelanggang futsal yang lain supaya tidak terganggu dengan cuaca seperti hujan.

"Saya berharap kompleks ini akan bersedia untuk menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa pada masa akan datang, ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat diberkas miliki syabu di Semporna

Posted:

Empat diberkas miliki syabu di Semporna

Empat diberkas miliki syabu di Semporna

17/11/2012 7:02pm

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin di sini memberkas seorang lelaki dan tiga wanita serta merampas dadah jenis syabu bernilai RM1,255 dalam serbuan 'Ops Landai' di Kampung Seri Jaya pada kira-kira pukul 11.00 malam, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kesemua mereka ditahan termasuklah dua wanita yang dipercayai pelanggan berusia antara lingkungan 20 hingga 40 tahun.

"Dalam serbuan ke sebuah rumah yang disyaki sarang pengedaran dan penyalahgunaan dadah jenis syabu, polis menemui seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Ekoran daripada tangkapan itu, anggota polis menahan dua wanita lingkungan 40-an yang berada berhampiran rumah tersebut yang dipercayai pelanggan untuk urusan membeli syabu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

- BERNAMA

Bapa kelar anak 11 bulan

Posted:

Bapa kelar anak 11 bulan

Bapa kelar anak 11 bulan

17/11/2012 5:59pm

KUANTAN - Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan dekat sini semalam.

Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.

"Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.

Suspek yang berumur 29 tahun kemudiannya memaklum perbuatannya kepada isteri dan ibunya.

Beliau berkata ibu suspek telah membawa bayi tersebut ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini namun bayi berkenaan disahkan sudah meninggal dunia sejurus selepas dikelar.

"Suspek kemudiannya ditahan di dalam sebuah kereta di lampu isyarat dekat Kem Batu 10 bersama bapa dan adik lelakinya, yang dipercayai mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk menyerah suspek kepada pihak polis," kata Mohd Jasmani.

Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya.

Pihak polis turut menemui parang dan pisau di tempat kejadian. - BERNAMA

Dua beranak lemas di Endau Rompin

Posted:

Dua beranak lemas di Endau Rompin

Dua beranak lemas di Endau Rompin

17/11/2012 3:58pm

KUANTAN - Dua beranak yang dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan Taman Negeri Endau Rompin semalam ditemui kira-kira dua meter daripada lokasi kejadian pagi ini.

Mayat Mohd Hanafi Zainuddin, 15, ditemui dalam operasi mencari dan

menyelamat pada 8.53 pagi sementara mayat ibunya, Rosnani Nordin, 31, ditemui pasukan selam skuba pada 10.31 pagi tadi.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah, kata Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Israel kerah 16,000 tentera simpanan

Posted:

Israel kerah 16,000 tentera simpanan

Israel kerah 16,000 tentera simpanan

AFP
BARISAN kereta kebal dan anggota tentera Israel dihantar ke sempadan Israel-Genting Gaza semalam. Pihak berkuasa Israel menyatakan ia bersedia untuk melancarkan serangan darat ke atas Genting Gaza jika keadaan memaksa.


BAITULMUQADDIS - Tentera Pertahanan Israel (IDF) dilihat mula mengerahkan kira-kira 16,000 anggota tentera simpanannya semalam sebagai persiapan untuk menyerang Genting Gaza.

"Proses memanggil anggota tentera telah pun dimulakan. Sebagai sebahagian daripada Operasi Tiang Pertahanan, IDF akan mula merekrut 16,000 anggota simpanan," kata kementerian terbabit dalam satu tweet rasminya.


AFP
GAMBAR yang dirakam dari sempadan Israel menunjukkan api dan kepulan asap tebal keluar dari bangunan selepas tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandar Gaza semalam.


Pada Khamis lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak meluluskan proses untuk memanggil 30,000 tentera simpanan yang boleh dikerah bagi terlibat dalam operasi ketenteraan pada bila-bila masa.

Langkah itu dibuat ketika Israel terus memberi tekanan ke atas pejuang Palestin yang dilihat bakal meningkatkan serangan roket kepada operasi ketenteraan darat selepas sebutir roket mengenai pantai tidak jauh dari Tel Aviv. Roket kedua pula meletup di bahagian selatan bandar tersebut.


AFP
IBU kepada kanak-kanak perempuan Palestin yang terbunuh, Hanen Tafesh ditenangkan oleh suami dan saudara-maranya sebelum mayat anaknya itu dikebumikan di Bandar Gaza. Serangan udara tentera Israel setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 23 orang warga Palestin.


"Kami kini dalam proses meningkatkan operasi ketenteraan. Menteri Pertahanan sudah memberi kelulusan berdasarkan kepada permintaan tentera iaitu penambahan 30,000 anggota lagi.

"Kami akan mengenal pasti berapa ramai tentera yang perlu dipanggil. Ini bermakna kami mempunyai semua pilihan," kata jurucakap ketua tentera Israel, Brigedier Jeneral Yoav Mordechai kepada televisyen Israel, Channel 2.


AFP
ANGGOTA polis antirusuhan Israel menahan seorang lelaki Palestin dalam satu protes membantah operasi ketenteraan Israel ke atas Genting Gaza di di Gerbang Damsyik, Bandar Lama Baitulmuqaddis semalam.


Menteri Kanan Kabinet Israel, Moshe Yaalon turut menyatakan bahawa pihaknya sedang menimbang semua pilihan operasi ketenteraan. Ini termasuklah amaran akan menyerang Gaza bagi menghentikan serangan roket pejuang Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang warga Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera akibat serangan udara Israel di bandar Khan Yunis semalam. "Ismail Qandil telah mati syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan," jelas kenyataan perkhidmatan kecemasan Genting Gaza.


AP
SEKUMPULAN tentera simpanan Israel berkumpul di kem Mishmar Hanegev, selatan Israel semalam. Pihak berkuasa Israel pada Khamis telah meluluskan kerahan sehingga 30,000 tentera simpanan jika ia mahu menyerang Genting Gaza.


Jurucakap perkhidmatan kecemasan Genting Gaza, Adham Abu Selmiya memberitahu, dua orang penduduk Palestin telah meninggal dunia kerana cedera dalam serangan udara Israel di bahagian utara wilayah tersebut.

Menurutnya, tiga kematian pada Jumaat menyebabkan jumlah mangsa meningkat kepada 23 orang dengan 250 yang lain cedera.


Reuters
PASUKAN bomba Palestin bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah kilang yang terbakar selepas terkena bedilan roket tentera udara Israel semalam.


Sementara itu, Presiden Mesir, Mohamed Mursi menyifatkan serangan Israel ke atas Genting Gaza sebagai pencerobohan kejam terhadap kemanusiaan, sambil menegaskan Mesir tidak akan membiarkan Gaza bersendirian.

Mursi membuat kenyataan itu dalam satu khutbah Jumaat di sebuah masjid di tengah Kaherah, lapor agensi berita Mena. Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil pulang semalam mengadakan lawatan selama tiga ke Genting Gaza.

"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza seorang diri. Mesir hari ini bukannya Mesir semalam. Masyarakat Arab hari ini juga bukan masyarakat Arab seperti sebelum ini," tegas Mursi. - Agensi

Kemaluan terpaksa dibuang selepas disuntik minyak zaitun

Posted:

Kemaluan terpaksa dibuang selepas disuntik minyak zaitun

Kemaluan terpaksa dibuang selepas disuntik minyak zaitun

BANGKOK - Pegawai-pegawai kesihatan semalam menasihati kaum lelaki di Thailand bahawa saiz tidak penting selepas zakar seorang pesakit terpaksa dibuang susulan percubaannya membesarkan organ tersebut dengan suntikan minyak zaitun.

Berisiko dan belum terbukti berkesan, kaedah itu biasa digunakan di Thailand, malah, sebuah hospital di sini menerima sekitar 40 pesakit sebulan yang bimbangkan kesan sampingan teknik tersebut.

Selain minyak zaitun, lelaki Thailand gemar menggunakan lilin lebah, silikon dan parafin untuk membesarkan saiz kemaluan mereka.

Jurucakap Hospital Besar Polis di sini, Sirikul Jiaranaikhajorn memberitahu agensi berita AFP bahawa pesakit berusia 50 tahun itu telah beberapa kali menjalani rawatan suntikan minyak zaitun sejak bertahun-tahun lalu.

Menurutnya, kemaluan lelaki itu mengalami jangkitan kuman yang teruk.

Dia juga didapati menghidap kanser zakar sekali gus menyebabkan pembedahan membuang organ berkenaan perlu dilakukan.

"Ini ialah pembedahan membuang kemaluan terbesar yang kami pernah lakukan selepas kami menemui kanser pada organ tersebut," kata Sirikul.

Katanya lagi, mereka merawat antara dua hingga tiga pesakit akibat zakar dijangkiti kuman pada setiap minggu tetapi belum ada bukti teknik itu menyebabkan kanser.

Jelas Sirikul, lelaki berkenaan menjalani suntikan itu di sebuah klinik dengan ditemani beberapa rakannya walaupun amaran telah dikeluarkan bahawa teknik pembesaran zakar seperti itu amat berisiko.

"Kaedah ini hanya mendatangkan mudarat, orang ramai mendapat maklumat salah bahawa ia berkesan," ujarnya.

Tambah jurucakap itu, kebanyakan lelaki mencuba prosedur tersebut kerana terpedaya dengan cerita rakan-rakan mereka.

"Wanita mencintai lelaki bukan kerana saiz zakarnya," jelas Sirikul.

- AFP

Kokain RM368.5 juta ditemui dalam kapal terdampar

Posted:

Kokain RM368.5 juta ditemui dalam kapal terdampar

Kokain RM368.5 juta ditemui dalam kapal terdampar

AFP
GAMBAR yang dikeluarkan oleh polis Australia semalam menunjukkan ketulan-ketulan kokain mampat yang ditemui di dalam sebuah kapal layar di Tonga.


SYDNEY - Sebuah kapal layar yang terdampar di pulau terpencil di Lautan Pasifik Selatan bersama mayat reput seorang lelaki di dalamnya didapati membawa lebih 200 kilogram (kg) dadah jenis kokain bernilai AS$120 juta (RM368.5 juta), kata polis semalam.

Polis Persekutuan Australia menyatakan, kapal layar JeReVe yang sepanjang 13 meter itu diawasi beberapa agensi penguatkuasaan antarabangsa selepas kapal berkenaan meninggalkan Amerika Selatan tetapi mereka gagal mengesannya sejak bulan lalu.

Dua penyelam menemui kapal tersebut awal bulan ini di sebuah pulau kecil dalam gugusan pulau Vava di Kepulauan Tonga.

Mereka membuat laporan polis selepas menemui mayat lelaki kulit putih tersebut.

"Turut ditemui di dalam kapal itu sejumlah 204 ketulan kokain mampat dengan setiap satu seberat satu kilogram dipercayai untuk dijual di pasaran Australia," kata pemangku pengurus unit jenayah berat dan terancang, David Sharp pada satu sidang akhbar.

Rampasan besar-besaran itu kini disiasat oleh polis Tonga, Kepulauan Cooks, Australia dan Pentadbiran Penguat Kuasa Dadah Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Tonga tidak menolak kematian tersebut mencurigakan tetapi setakat ini ia diklasifikasikan sebagai kematian misteri.

Pada akhir 2010, Polis Persekutuan Australia memberitahu, mereka telah menangkap empat lelaki di bandar raya ini berhubung komplot untuk menyeludup hampir 700 kg kokain ke negara itu melalui Tonga. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pecah panggung, pecah rekod

Posted:

Pecah panggung, pecah rekod

Pecah panggung, pecah rekod

"NAMA saya Bond, James Bond!" Itu merupakan dialog yang cukup sinonim dengan watak perisik British yang cukup dikenali dengan nombor kod 007 dan mula diperkenalkan kepada penonton di layar perak pada 5 Oktober, 1962 menerusi siri filem sulungnya berjudul, Dr. No.

Watak James Bond yang pertama itu dilakonkan oleh aktor Sean Connery.

Sejak itu sehingga tahun lepas, sejumlah 22 buah filem James Bond muncul membina francais dengan keuntungan keseluruhan terkumpul hasil kutipan tiket tayangan di pawagam yang cukup hebat - mencecah AS$5 bilion (RM15.5 bilion).

Meneruskan legasi filem-filem James Bond yang muncul sebelumnya, tayangan perdana Skyfall diadakan pada 26 Oktober tahun ini di Eropah sebelum ia menjengah pawagam di lebih 20 buah negara termasuk Malaysia.

Ia bagaimanapun hanya mula ditayangkan di Amerika Utara (menerusi rangkaian pawagam meliputi Amerika Syarikat dan Kanada) pada Jumaat, 9 November lalu dengan hasil kutipan selama tiga hari sepanjang hujung minggu lalu iaitu sehingga Ahad, 11 November mencecah AS$88.4 juta (RM266 juta).

Kutipan itu bukan sahaja meletakkan Skyfall sebagai juara carta Top 10 Filem Pecah Panggung Amerika Syarikat tetapi juga memecah rekod sebagai filem James Bond dengan kutipan minggu pembukaan tertinggi berbanding 22 filem James Bond yang muncul sebelum ini.

Sehubungan itu, menurut studio penerbitan Skyfall, Sony Pictures, kutipan terkumpul filem itu di seluruh dunia sejak mula ditayangkan pada 26 Oktober lalu kini terkumpul mencecah RM1.56 bilion - suatu pencapaian yang amat memberangsangkan berbanding kos pembikinannya yang cuma RM602 juta.

Apa yang pasti, sejak pertama kali filem ini ditayangkan, yang menjadi tumpuan impak kejayaan Skyfall sudah tentu Daniel Craig selaku wajah dan aura utama Bond.

Craig, 44, sememangnya mantap sebagai Bond. Sementelah dia bikin gempar apabila pertama kali muncul sebagai Bond menerusi Casino Royale (2006) dengan mendedahkan tubuh sasanya dalam satu adegan dia muncul dari dalam laut.

Kelangsungan Craig untuk watak Bond diteruskan menerusi Quantum Of Solace (2008).

Namun tutur Craig, setelah tiga kali memegang watak sebagai Bond, kini tiba masanya untuk mengundur diri dan katanya, Skyfall bakal menjadi filem terakhir Bond lakonannya.

Semasa ditemu ramah dalam program temu bual The Tonight Show with Jay Leno, Craig pernah menyatakan tentang keputusannya untuk bersara daripada dunia Bond.

"Saya pernah mencuba untuk keluar daripada dunia Bond sejak dari mula pembabitan saya menjadi perisik rahsia British ini.

"Mereka bagaimanapun tidak benarkan saya pergi dan saya pula telah bersetuju untuk terlibat dalam beberapa sekuel lagi, mungkin dua. Tengok nanti sejauh mana perkara ini akan berlanjutan," jelasnya.


KEUNGGULAN Bond yang dihidupkan Daniel Craig juga hasil aura fizikal tubuh sasanya.


Siri ke-24

Ujar Craig lagi, dia sendiri berasa bangga dan bertuah menjadi Bond. Setelah mendapat skrip Skyfall, dia seolah-olah telah bersedia untuk melakukannya lagi untuk sekuel Bond yang ke-24 dan seterusnya.

Dia menegaskan watak Bond lakonannya kali ini dalam Skyfall banyak bermain dengan emosi dan tidak dinafikan tenaga fizikal yang banyak perlu digunakan.

Sebagai latihan fizikal, Craig telah menjalani beberapa latihan seni mempertahankan diri.

Pada babak awal Skyfall, Bond digambarkan sebagai jatuh dari jambatan dan perlu berada di dalam air untuk beberapa ketika.

Bagaimanapun, walaupun ketika penggambaran babak dalam air, jurulatih skuba menyatakan Craig kelihatan seronok melakukannya.

Craig bagaimanapun mengakui dia tidak berapa menggemari adegan berlari yang perlu dilakukannya.

"Saya perlu banyak berlari dalam filem ini, yang mana sememangnya saya tidak suka untuk melakukannya. Bond pada kebiasaannya akan berlari apabila memasuki sebuah bilik atau sebagainya," tuturnya.

Dalam pada itu, penerbit filem-filem Bond, Barbara Broccoli sememangnya mahu Bond sentiasa dalam keadaan basah.

Katanya, Bond dan elemen air tidak boleh dipisahkan. "Itu (dibasahi air) merupakan perkara yang pasti yang akan dilakukan oleh Craig sebagai Bond," ujarnya.

Bagi Craig pula, watak Bond kali ini sangat berbeza berbanding Bond 50 tahun sebelumnya.

"Ini kerana kali ini Bond perlu mengalami kesakitan yang agak ekstrem. Dia juga turut berhadapan dengan persoalan tentang karier dan yang dipilihnya dan skilnya sebagai sebagai perisik rahsia," jelasnya.

Pilih Rihanna

Selain Bond, daya tarikan filem ini sudah tentu karakter gadis Bond yang akan tampil silih berganti dalam setiap sekuelnya. Kali ini, dalam Skyfall, Naomie Harris dan Bérénice Marlohe diberi kepercayaan memegang watak tersebut.

Bagi Craig sendiri, semasa ditemu ramah oleh Global Grind, dia menyuarakan pendapatnya tentang gadis Bond pilihan yang mungkin akan bergandingan dengannya pada sekuel akan datang. Pilihannya tidak lain dan tidak bukan, figura seksi dan sensasi Rihanna.

"Saya rasa Rihanna lebih sesuai menjadi gadis Bond pada sekuel hadapan kelak. Ini kerana saya percaya Rihanna akan berjaya membawa watak wanita tersebut berbanding Beyonce. Mungkin bagi saya, memandangkan karakter dan rupa Rihanna yang lebih 'nakal' berbanding Beyonce," tegas Craig tentang pilihannya antara Rihanna dan Beyonce sebagai calon gadis Bond pada masa hadapan.

Mengenai filem James Bond yang ke-24, ia dikatakan bakal muncul lagi dengan misi yang lebih mencabar dalam masa dua tahun lagi.

Biarpun sebelum ini dia mengatakan Skyfall merupakan filem Bond terakhir lakonannya, namun Craig dikatakan telah termakan pujukan penerbit.

Maka, peminat setianya bakal menyaksikan semula aksi aktor sasa itu dalam naskhah Bond ke-24 yang dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2014 kelak.

Ini kerana menurut penerbit bersama filem James Bond, Barbara Broccoli dan Michael G. Wilson, wajah Craig masih lagi diperlukan untuk menyambung legasi watak perisik 007 itu.

Ia disebabkan impak keterampilan dan aura perwatakannya yang amat sesuai selain sambutan memberangsangkan terhadap filem-filem lakonannya sebagai Bond.

Tolak label artis bermasalah

Posted:

Tolak label artis bermasalah

Tolak label artis bermasalah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


EMI SUFFIAN (lima dari kiri) bersama barisan pelakon drama bersiri arahannya, Cinta Itu Milikku.


MENYUSULI perjalanan tragis kisah Julia menerusi drama rantaian menerusi slot Akasia TV3, buah tangan terbaharu arahan Emi Suffian Sabhe, Cinta Itu Milikku mengisi ruang waktu pukul 7 malam setiap hari Isnin hingga Khamis.

Drama yang telah mula disiarkan di kaca televisyen sejak 12 November lalu itu membariskan bintang-bintang baharu tempatan Emma Maembong, Fazreen Rafi, Erry Putra, Ana Dahlia dan Karl Shafek sebagai teraju utama.

Selaku pengarah drama 24 episod, cabaran utama selain menggalas tanggungjawab rating slot Akasia yang sentiasa mendapat jumlah penonton paling tinggi, dia mengakui berdepan cabaran daripada segi kreativiti lokasi.

"Drama ini banyak tertumpu di latar tempat yang sama dalam banyak plot iaitu di sebuah kediaman mewah dan faktor itu yang sebenarnya banyak menguji keupayaan kami mencari sudut pandangan berbeza agar tidak membosankan.

"Sampai ada satu tahap kami turut membuat penggambaran di dalam tandas untuk beberapa babak," ujar Emi Suffian yang ditemui ketika sesi ramah mesra drama Cinta Itu Milikku di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Cinta Itu Milikku mengisahkan Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada tiga beradik yang bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi) namun, hubungan itu tidak direstui oleh belas tunang Zafril iaitu Dini (Ana Dahlia) kerana beranggapan Rania telah merampas haknya.

Dini mula menyimpan dendam sehingga sanggup berkahwin dengan Ridzuan (Karl Shafek) iaitu adik kepada Zafril semata-mata untuk mendekati keluarga itu.

Malang tidak diduga apabila Zafril terkorban dalam nahas kapal terbang dan hal itu menyebabkan Rania berkahwin dengan doktor peribadi keluarganya, Doktor Shafiq (Erry Putra). Jalan cerita menjadi lebih kompleks apabila Zafril sebenarnya masih hidup.

Berkongsi pengalaman berlakon bersama beberapa nama besar industri antaranya Datuk Aziz Singah, Liza Abdullah, Mustapha Kamal dan Ridzuan Hashim, pelakon muda Emma Maembong meletakkan harapan tinggi terhadap drama pertama yang menampilkan dirinya untuk watak utama itu.

"Takut, gemuruh dan teruja semua bercampur-baur sekarang. Saya menantikan reaksi penonton menerusi lakonan saya sebagai watak utama iaitu Rania.

"Saya masih mencuba untuk melakukan yang terbaik dan pastinya penonton akan meletakkan harapan tinggi terhadap slot Akasia ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Emma yang baru-baru ini dilanda beberapa kontroversi antaranya masalah disiplin dan gambar-gambar sosial bersama teman lelakinya menjelaskan dia enggan dilabelkan sebagai seorang pelakon bermasalah apatah lagi mencipta perhatian menerusi kontroversi murahan.

"Saya tidak mahu naik disebabkan kontroversi yang memalukan atau boleh menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya akui terdapat khilaf dalam hidup saya sebelum bergelar pelakon tapi biarlah perkara itu tidak dibincangkan lagi sampai sekarang.

"Namun, saya anggap itu semua cabaran untuk menjadi survival dalam industri ini. Masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan saya mengambil itu semua sebagai pengalaman baharu," katanya yang berjanji untuk menjaga diri, sikap dan tutur kata sebagai artis baharu.

Emma dalam perkembangan lain akan memulakan penggambaran sebuah filem arahan Ahmad Idham yang masih belum dimaklumkan judulnya tidak lama lagi.

Cinta Itu Milikku yang diterbitkan oleh Orangetree Production itu kini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3.

Saya tidak suntik, bedah hidung - Lydiawati

Posted:

Saya tidak suntik, bedah hidung - Lydiawati

Saya tidak suntik, bedah hidung - Lydiawati

Oleh HARYATI KARIM


LYDIAWATI mengakui hidungnya sering menarik fokus ramai.


PELAKON Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, cukup popular sekitar tahun 1990-an. Kini, pada usia 46 tahun, figura yang pernah membintangi filem Suami, Isteri dan ... itu masih kekal cantik meskipun memiliki jadual kerja yang padat.

Mungkin kerana kecantikan aslinya, ibu tunggal kepada dua orang anak itu telah dilantik menjadi duta produk Zmasha selama setahun.

Kata Lydiawati yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini, meskipun sudah berusia, kecantikan amat penting baginya.

Tambahan, kerjayanya sebagai pelakon menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.

Bagaimanapun, tegas Lydiawati dia rimas apabila ada pihak mendakwa dia melakukan pembedahan hidung dan melakukan suntikan untuk kekal cantik.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Lidiawati bagi mengupas persoalan tersebut.

Kosmo!: Apakah rahsia kecantikan Lydiawati sehingga hari ini?

LYDIAWATI: Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil multivitamin untuk mengekalkan tahap kesihatan. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula daripada dalam sebab itu saya suka mengambil ulam-ulaman dan jamu.

Tidak pernah mencuba sebarang alternatif lain seperti suntikan kecantikan?

Mungkin orang tidak percaya, tetapi saya tidak pernah langsung suntik wajah saya dengan botox atau sebarang vitamin kecantikan. Kalau suntik botox, kesannya memang cepat secara luaran tetapi tidak elok untuk kesihatan dalaman. Rasanya suntik botox bukannya lagi cantik.

Maknanya anda menolak seratus peratus secara cepat untuk cantik?

Ya. Bagi saya untuk kekal cantik tidak ada jalan yang singkat sebaliknya mengambil masa yang lama. Saya lebih percaya kepada penggunaan produk tradisional seperti jamu dan vitamin yang boleh dimakan. Dahulu, saya sendiri pernah mengambil berpuluh-puluh pil kesihatan sehari tetapi sekarang jumlah itu sudah berkurangan.

Bahagian mana pada wajah anda selalu menarik perhatian orang?

Rasanya hidung saya. Sebab ramai yang menyangka saya melakukan pembedahan untuk memancungkan hidung. Ada yang bertanya, di mana saya membuat pembedahan hidung? Sebenarnya, ini hidung saya yang asli. Mungkin kerana bentuk tulangnya yang sedikit tinggi sekali tengok seperti hidung yang dibuat, tetapi apabila mereka sentuh, memang mereka akui hidung saya asli.

Bagaimanakah perasaan anda apabila dikatakan melakukan pembedahan hidung?

Kelakar pun ada sebab saya memang takut nak suntik wajah, inikan pula bedah hidung. Saya bersyukur dengan wajah yang dikurniakan Allah dan menjaganya sebaik mungkin. Tidak perlu untuk saya ubahnya menjadi lebih cantik.

Selepas tiga tahun bergelar janda dan dua kali gagal dalam perkahwinan, adakah anda ingin berkahwin lagi?

Siapa yang tidak mahu kahwin. Saya tidak serik untuk berkahwin. Ada juga lelaki yang ingin rapat, tetapi saya memilih untuk menjalani kehidupan dengan dua orang anak saya. Lebih selesa apabila saya tidak terikat dengan sesiapa. Jadual harian saya sangat sibuk, jika berkahwin saya bimbang tidak boleh memberi komitmen kepada rumah tangga.

Sejak kebelakangan ini begitu ramai pelakon baharu yang muncul, adakah kemunculan mereka menjejaskan tawaran lakonan anda?

Tidak sama sekali. Alhamdulillah, jadual kerja saya sudah penuh sampai bulan April tahun hadapan dengan penggambaran drama. Pelakon yang boleh membawa watak ibu dan wanita pertengahan usia tidak ramai di Malaysia, jadi saya tidak terjejas. Ada kalanya saya terpaksa menolak tawaran kerana saya hanya berlakon satu drama dalam satu masa supaya tidak menyusahkan orang lain dan diri saya sendiri. Terbaharu, saya bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Rindu Bertamu di Abu Dhabi untuk TV3.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved