Jumaat, 26 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perjuangan komuniti reggae tempatan

Posted:

Perjuangan komuniti reggae tempatan

DI SEBUAH bilik di Ovo Live Bistro, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor, sekumpulan anak muda sedang leka dalam dunia mereka.

Ada yang kelihatan berbual sesama sendiri, ada yang diam seribu bahasa dan ada juga yang leka memainkan instrumen muzik.

Mereka ialah ahli kumpulan Sharpshooter yang sedang menunggu giliran membuat persembahan di kelab tersebut. Sejurus naik ke pentas, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2004 itu menerima tepukan dan sorakan daripada penonton.

Daripada sebuah lagu ke sebuah lagu, alunan melodi kedengaran santai dan mudah untuk dihayati segenap lapisan pendengar.

Sesekali lagu yang didendangkan berubah daripada perlahan kepada rancak. Seiring itu juga, penonton yang asyik menari mengubah lenggok tarian masing-masing mengikut rentak.

Muzik santai

Ritma reggae yang relaks ditambahkan tarikannya dengan kombinasi mainan instrumen seperti gitar, bass, perkusi, harmonika dan keyboard sekali gus meingkatkan dimensi iramanya.

"Reggae adalah muzik yang santai. Kami memperjuangkan irama pop reggae dengan lagu-lagu kami berunsurkan keamanan, cinta dan keharmonian," kata penyanyinya, Azizul Othman, 28.

Lebih dikenali sebagai Peo, pekerja di syarikat penyiaran itu bersemangat bercerita tentang dunia reggae di negara ini.

Baginya, irama reggae memiliki kelompok penyokong tersendiri, namun bilangannya agak kecil dan kurang mendapat perhatian kelompok masyarakat umum.

"Begitupun, peminatnya semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kami hanya bermain di kelab-kelab atau pub kerana kekurangan penganjuran muzik reggae di negara ini.


KUMPULAN Akar Kayu dari Johor Bahru berharap irama reggae terus berkembang di negara ini.


"Persembahan yang paling besar kami sertai adalah pada acara Rock The World di Stadium Merdeka pada 2008 yang dihadiri kira-kira 3,000 penonton," katanya yang popular dengan lagu Panji-Panji Reggae.

Sejarah reggae

Reggae yang dikatakan tercetus daripada evolusi muzik ska mula bertapak di Jamaica pada tahun 1960-an. Tidak lama selepas itu, kemunculan Bob Marley telah menjenamakan muzik tersebut di serata dunia.

Imej penyanyi dan pemuzik reggae yang tampil dengan rambut dreadlock (bersimpul mati) menyebabkan mereka mudah dikenali.

Banyak kumpulan reggae moden seperti Big Mountain dan UB40 berjaya mengetengahkan konsep sedemikian kerana pasarannya lebih luas di seluruh dunia.

Di Malaysia, pada awal tahun 1980-an, seorang penyanyi bernama Poe telah mewarnai persada muzik tempatan dengan album Satu Dunia, Satu Harapan.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album reggae itu ialah Ala Lala Latok Jangan Saman berjaya memikat khalayak pendengar dan menjadi siulan peminat pada ketika itu malah lagu tersebut masih diminati hingga ke hari ini.

Selain Poe yang tampil bersama kumpulan Rampa, penyanyi Dr. Sam juga turut popular dengan lagu-lagu seperti Abu Nawas dan Hutan Batu.

Dalam tempoh 30 tahun ini, kelompok peminat reggae di Malaysia boleh dikatakan bergerak sendirian dan mereka selalunya membuat persembahan di kelab-kelab malam dengan kehadiran penonton berskala kecil.

Bagaimanapun, peminat muzik itu tidak terbatas faktor kaum, usia mahupun asal usul.

Hal itu terbukti apabila menyaksikan persembahan di Ovo Life Bistro, Petaling Jaya. Kumpulan yang membuat persembahan di situ turut berasal dari negara seperti Filipina dan Singapura. Bahkan, penontonnya turut melibatkan penonton pelbagai warganegara.

Meskipun komuniti reggae bergerak sendirian, perkembangan mereka diikuti oleh pengikut seluruh dunia. Bahasa bukanlah penghalang untuk menikmati irama yang diterima sejagat itu.

MESKIPUN bergerak dalam skala kecil, komuniti reggae tempatan saling menyokong antara satu sama lain.


"Kami membuat semua kerja - menulis lirik, merakam lagu, menyusun rentak muzik dan menghasilkan album demo," kata Pengurus Kumpulan Akar Kayu, Halimatunsaadiah Samani, 26. Antara lagu yang mereka hasilkan ialah Keinginan Hati, Otak Mati dan Maha Esa.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2007 dengan sembilan anggota berusia 20 hingga 26 tahun itu banyak menerima undangan membuat persembahan di Johor dan negeri lain sekitarnya.

Rintangan

Membuat latihan sekerap tiga kali seminggu, kumpulan Akar Kayu turut berdepan rintangan dalam memperjuangkan irama yang mereka minati itu.

Kebanyakan ahli kumpulan tersebut mempunyai pekerjaan lain ekoran pendapatan daripada menyanyi tidak menentu.

Bahkan, mereka perlu mengeluarkan duit saku sendiri untuk berlatih bermain muzik atau menghasilkan album demo.

"Kami tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak dalam memperjuangkan irama reggae ini. Bayaran untuk membuat persembahan juga tidak tinggi," katanya.

Penyanyi kumpulan itu, Muhammad Siddiq Burhan, 23, merupakan penyanyi sepenuh masa termasuk menjadi pemuzik jalanan.

Dia yang pada mulanya meminati muzik metal sebelum terpesona dengan irama reggae, kesal apabila ada sesetengah pihak di negara ini yang mengaitkan muzik tersebut dengan pengaruh dadah.

Penampilan imej rambut dreadlock juga, menurut Muhammad Siddiq, adakalanya mengundang rasa kurang senang.

"Kami sekadar memperjuangkan irama muzik, bukannya mencedok keseluruhan budaya dari Jamaica termasuk penyalahgunaan dadah," tegasnya.

Perlu sokongan

Sementara itu, anggota kumpulan Rasta Syndicate pula yakin jika masyarakat didedahkan dengan muzik reggae secara berterusan, ia mampu berkembang dengan baik.

Rasta Syndicate yang bermaksud 'gerombolan yang menyukai reggae' ditubuhkan pada tahun 2008 oleh empat anak muda yang terbabit secara sepenuh masa.

"Memang nampak sedikit perkembangan pada hari ini. Komuniti reggae saling membantu dalam memperjuangkan muzik ini. Kita paparkan aktiviti di laman sosial seperti Facebook," kata penyanyinya, Mahatzir Abd. Rahman, 41, atau lebih dikenali sebagai Chek Det.

Tambahnya, muzik reggae tidak jauh beza dengan aliran muzik lain iaitu memperjuangkan isu kehidupan. Muzik reggae telah diserapkan dengan nilai-nilai kehidupan, keamanan dan bersifat tempatan.

MENDIANG Bob Marley digilai peminat muzik reggae di serata dunia.


Sokongan berterusan seperti penganjuran acara atau persembahan yang kerap, bantuan kerajaan dan swasta, katanya, boleh membawa reggae ke tahap baharu di negara ini. Di Thailand, reggae berada pada tahap yang lebih terkehadapan dan acara yang dianjurkan menarik kehadiran penonton dari serata dunia.

"Saya yakin peminat muzik ini ramai, cuma tiada tempat benar-benar sesuai untuk kami berkarya. Kami banyak bergerak di pub-pub atau kelab-kelab. Sekiranya diberi peluang yang kerap di hadapan khalayak yang lebih ramai, pasti irama ini lebih diterima," katanya yang memiliki album bertajuk Bagai Rollercoaster.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Pengganti Z750

Posted:

Pengganti Z750

Oleh SHAWKATH AZDE

AKHIR tahun 1960-an menyaksikan corak peralihan pembangunan enjin dua lejang kepada empat lejang oleh beberapa syarikat pengeluar motosikal di Jepun.

Mengikuti arah aliran semasa pada ketika itu, Kawasaki Heavy Industries Ltd. (KHI) mula menyusun langkah bagi membangunkan motosikal empat lejang iaitu N600.

Projek yang diketuai oleh Sam Tanegashima itu berjaya menyiapkan jentera berkenaan pada bulan Oktober 1968. Ia dipercayai bakal mencipta sejarah dalam industri motosikal global.

N600 dipasang enjin sejukan udara DOHC empat silinder sebaris bersesaran 750cc dan menanti masa untuk memasuki barisan pengeluaran dalam skala besar-besaran.


Reka bentuk model Z800 diberi penelitian rapi agar kelihatan agresif atas jalan.


Hasrat KHI untuk mengejutkan dunia pemotoran terbantut apabila mengetahui pesaing senegara iaitu Honda sudah mendahului kejutan di Tokyo Motor Show pada tahun sama (1968).

Honda memperkenalkan model CB750 Four berkapasiti 750cc. Kejayaan Honda mendahului pengenalan produk itu membuatkan pasukan projek N600 kembali ke meja rundingan untuk mengatur strategi baharu.

Enam tahun kemudian, pasukan projek itu tampil dengan pengenalan Kawasaki Z1. Itulah motosikal sport pertama dunia yang dihasilkan secara besar-besaran.

Kawasaki Z1 dipasang enjin DOHC empat silinder sebaris bersesaran 903cc dan kotak gear lima kelajuan.

Lebih menarik lagi, pelumba Reg Pridmore memenangi kejuaraan perlumbaan AMA Superbike di Pocono Raceway di Amerika Syarikat pada tahun 1977 dengan menunggang model Z1.

Kejayaan itu meletakkan jenama Kawasaki sebagai motosikal pertama keluaran Jepun memenangi kejuaraan AMA Superbike.

Ahli keluarga Z mula berkembang menerusi pengenalan beberapa model baharu termasuklah Z1-R pada 1977 dan model Z1300 (1978).

Kawasaki Z1100GP pula muncul pada 1981, sebelum disusuli model Z1000R (1982), Z1000 (2003, 2007 dan 2010) serta Z750 (2004, 2007 dan 2011). Model terbaharu ialah Z800, pengganti kepada Z750.

Tepat pada masanya.

MUKHRIZ (dua dari kiri) dan Takata (kanan) melancarkan dua model baharu Kawasaki sambil disaksikan oleh barisan pengurusan tertinggi KHI dan Kawasaki Malaysia di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


Di pasaran Malaysia, model Z800 diperkenalkan oleh Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (Kawasaki Malaysia) sewaktu majlis Makan Malam Gala Kawasaki di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Z800 yang berwajah agresif dipasang enjin baharu bersesaran 806cc. Pereka motosikal itu juga mengadun huruf 'Z' pada aspek rekaannya. Antaranya pada lampu belakang, tangki minyak dan tempat duduk.

Kemasukan model naked itu boleh dikatakan tepat pada masanya memandangkan kedudukan dan prestasi jualan semasa Kawasaki Malaysia.

"Sejak sembilan bulan pertama tahun ini, Kawasaki Malaysia sudah menguasai 50 peratus pasaran motosikal berkapasiti 500cc ke atas," kata Pengurus Besar Kawasaki Malaysia, Jeffrey Lim Chee Sing.

Apa yang paling mengejutkan adalah harga Z800. Untuk sebuah jentera berkuasa begitu, harga sekitar RM48,000 boleh dianggap sebagai cukup berpatutan. Pengenalan harga itu berikutan Z800 merupakan produk pemasangan tempatan (CKD) ASEAN yang dipasang di Thailand.

Saiz pasaran motosikal berkapasiti 500cc ke atas tidaklah begitu besar di Malaysia. Kategori berkenaan hanya merangkumi tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV).

INFORMASI dipamerkan menerusi instrumen meter digital.


TIV tahun lalu adalah sebanyak 540,000 unit dan angka itu dijangka meningkat kepada 600,000 menjelang akhir tahun ini.

Biarpun volum jualan motosikal Malaysia masih kecil, ia berpotensi untuk berkembang bersama dua negara ASEAN lain iaitu Indonesia dan Thailand.

Perkara itu diakui oleh Presiden Motorcycle & Engine Company KHI, Hiroshi Takata. Namun tiada angka atau peratusan peningkatan didedahkan.

Sebagai persiapan awal, kapasiti pengeluaran kilang Kawasaki Malaysia di Shah Alam, Selangor tersenarai untuk dinaik taraf.

Takata berkata, dalam tempoh tiga tahun akan datang, jumlah pengeluaran akan ditingkatkan kepada 40,000 unit. Kadar semasa ialah 15,000 unit sahaja.

Jika itu berlaku, sudah pasti lebih banyak model bakal dipasang secara tempatan dan pilihan motosikal pastinya bertambah. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman terbaharu daripada Kawasaki Malaysia.

Kempen servis khas untuk pelanggan Toyota dan Lexus

Posted:

Kempen servis khas untuk pelanggan Toyota dan Lexus

PEMILIK Vios keluaran tahun 2006 hingga 2010 akan dihubungi oleh UMW Toyota untuk membolehkan kereta mereka diservis.


UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota), pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, baru-baru ini mengadakan kempen servis khas bagi menyelesaikan isu berkaitan masalah tingkap kuasa (Power Window Master Switch).

Kempen berkenaan seiring dengan usaha Toyota Motor Corporation (TMC) untuk menyelenggara model-model yang terlibat iaitu Camry, Corolla Altis, Vios, RAV 4 dan Yaris keluaran tahun 2006 hingga 2010.

Menurut UMW Toyota, sebanyak 63,083 unit kenderaan Toyota yang dijual di Malaysia terlibat dalam kempen berkenaan. Para pemilik akan dihubungi bagi kerja-kerja pembaikan sebaik sahaja komponen baharu untuk penukaran diterima syarikat.

Proses penukaran dijangka mengambil masa selama satu jam. Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Toyota 1800-8-869682.

SUV mewah berkuasa 550hp

Posted:

SUV mewah berkuasa 550hp

Oleh MUHAMMAD MD. TAJUDIN

CAYENNE Turbo S menambah variasi famili Cayenne sebelum ini termasuklah model Hybrid, Diesel, GTS dan Turbo.


PORSCHE adalah satu nama besar dalam dunia automotif. Daripada kanak-kanak hinggalah golongan berusia, masing-masing mengenali dan mengagumi kereta yang berasal dari Stuttgart, Jerman itu.

Menyusuri sejarah jenama tersebut, Porsche diasaskan oleh Profesor Ferdinand Porsche yang pada awalnya menawarkan perkhidmatan konsultansi dan pembangunan kenderaan.

Antara bisnes awal yang diterima Porsche adalah daripada kerajaan Jerman untuk membina kereta rakyat. Kereta rakyat itu ialah Volkswagen Beetle.

Porsche 64 yang merupakan model pertama Porsche berkongsi banyak komponen dengan model Beetle. Pada tahun 1948, model kedua Porsche iaitu 356 dibina oleh Ferry Porsche iaitu anak kepada pengasas jenama itu. Sekali lagi, model tersebut berkongsi komponen dengan model Beetle seperti enjin, transmisi dan suspensi.

Lebih menarik lagi, model 356 dibina selepas Ferry Porsche gagal menemui model dalam pasaran yang kena dengan jiwanya dan langsung membina sendiri kereta idamannya.

Berpuluh-puluh tahun kemudian, reka bentuk Porsche masih tetap sama. Cuma modifikasi dilakukan sedikit supaya ia kekal relevan dengan peredaran zaman. Tetapi model yang dipaparkan kali ini iaitu Cayenne Turbo S sungguh radikal.

Kekalkan identiti Porsche

Model SUV yang dikeluarkan pada tahun 2002 itu memecah tradisi Porsche yang sebelum ini hanya mengeluarkan kereta sport dua pintu. Walaupun badannya jauh lebih besar, namun Cayenne masih lagi mengekalkan identiti Porsche seperti aplikasi rekaan lampu utama, lampu belakang, bonet dan bampar.

Senang kata, sekali lalu orang boleh mengecam bahawa model itu adalah keluaran Porsche. Selain Cayenne, Porsche turut mengeluarkan sebuah lagi model yang lari daripada tradisi iaitu Panamera, sebuah sedan sport empat pintu.

Strategi yang langsung lari daripada tradisi bukanlah pelik dalam keadaan ekonomi tidak menentu demi survival memandangkan kehendak pelanggan adalah jauh lebih penting daripada ego pengeluar. Lagi pun, bukan semua orang kaya menyukai kereta sport dua pintu.

Berdasarkan kepada laporan agensi berita Newspress, pada tahun 2010 Porsche mengeluarkan Cayenne generasi kedua menerusi beberapa varian seperti Hybrid, Diesel, GTS dan Turbo.

Tidak cukup dengan itu, Porsche turut mengeluarkan model terkini dan paling berkuasa iaitu Turbo S yang memiliki kuasa mencecah 550hp. Dengan pakej kerangka, sistem pacuan empat roda dan kuasa enjin, model SUV tersebut lebih berprestasi berbanding mana-mana kereta sport yang ada dalam pasaran.

Model Turbo S mempunyai ekstra 50hp berbanding model Cayenne Turbo. Peningkatan tork daripada 700Nm kepada 750Nm diterjemahkan kepada kuasa pecutan dan kelajuan maksimum yang lebih tinggi.

Pecutan dari titik pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya mengambil masa 4.5 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 282km/j. Cayenne Turbo S dikonfigurasi dengan

terperinci bagi mencapai dinamik prestasi yang maksimum.

Justeru, model tersebut dipasang dengan sistem kawalan yang bersesuaian dengan prestasinya sebagai peralatan standard. Berkongsi dengan model Turbo, Cayenne Turbo S menggunakan komponen yang sama seperti supspensi dan kawalan PASM damping control.

Peralatan lain ialah Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC) yang bertanggungjawab mengurangkan sudut olengan semasa di selekoh tajam, sekali gus memperbaiki kelincahan dan keselesaannya.

RUANG kabin menampilkan pakej warna merah dan hitam yang eksklusif.


Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus) juga merupakan peralatan standard yang menggabungkan torque vectoring pada roda belakang dengan rear differential lock kawalan elektronik untuk meningkatkan aspek cengkaman, seterusnya menjadikan SUV itu lebih sedap dipandu dalam apa jua kondisi pemanduan.

Penampilan luaran Cayenne Turbo S amat jelas dalam memberi isyarat kuasa yang dimilikinya. Rekaan menonjol ialah gril yang mempunyai liang udara, perumah lampu utama dan cermin yang diwarnakan hitam berkilat.

Roda aluminium bersaiz mega iaitu 21 inci yang diberi nama 911 Turbo II pula direka khas untuk model Cayenne Turbo S. Pada bahagian dalaman, pereka Porsche telah memberi pakej warna dan corak yang segar khusus untuk model itu.

Kombinasi warna istimewa yang tersedia ialah kombinasi Black/Carrera Red atau Black/Luxor Beige. Pakej Interior Carbon pula menjadi pelengkap kepada tema warna merah tersebut untuk menambah lagi kemasan model tersebut.

Di United Kingdom, Cayenne Turbo S akan dipasarkan pada Januari 2013. Harga yang ditawarkan bermula dari £107,460 pound sterling atau kira-kira RM527,000 seunit.

Untuk pengetahuan anda, harga Cayenne Turbo di pasaran tempatan ialah RM970,000 manakala harga Cayenne Turbo S masih belum ditentukan. Agak-agaknya berapakah harganya nanti? Pasti melebihi takat harga RM1 juta.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mangsa rompak beraya di hospital

Posted:

Mangsa rompak beraya di hospital

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

AZIZAN yang cedera di kepala dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Malang bagi sebuah keluarga di Kampung Simpang Empat Sedaka, Yan dekat sini semalam yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di hospital apabila dua anggota keluarga itu cedera parah ditetak dua penyamun sehari sebelum itu.

Dua mangsa yang malang itu ialah Azizan Hanafi, 63, dan menantunya, Mohd. Fakhzan Nasir, 34. Mereka yang cedera masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Cerita Azizan, sebelum kejadian pada pukul 5.30 pagi, dia berada di dalam bilik kerana mahu mengambil ubat selepas habis bersahur bersama isteri, Mah Sulaiman, 62, anak, Shaukiah Hanim, 33, dan menantu, Mohd. Fakhzan.

"Tiba-tiba saya terdengar isteri menjerit dari dapur memberitahu ada penyamun.

"Saya bergegas masuk ke dapur sebelum bergelut dengan seorang lelaki bertopeng yang kemudian menetak belakang badan dan kepala saya menggunakan parang," kata Azizan ketika ditemui di HSAH.

Katanya, Mohd. Fakhzan yang berada di luar rumah cuba membantu namun dia juga ditetak penjenayah.

Dalam pergelutan itu, Azizan yang mengusahakan bendang di kawasan rumahnya ditetak tiga kali di atas kepala dan dua kali di belakang badan. Azizan terpaksa menerima kira-kira 50 jahitan.

Mohd. Fakhzan pula ditetak di tapak tangan kanan dan atas kepala.

Azizan memberitahu, insiden tersebut merupakan kejadian pertama rumah mereka cuba dirompak sejak keluarganya tinggal di rumah itu kira-kira 40 tahun lalu.

Sementara itu, Mohd. Fakhzan berkata, ketika kejadian dia membuka pintu dapur dan keluar dari rumah untuk masuk ke bilik air yang terletak di luar.

Sebelum sempat memasuki bilik air, Mohd. Fakhzan mendakwa dia ternampak kelibat seseorang di luar rumah yang disangka bapa mertuanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Derita ibu, anak koma dua tahun

Posted:

Derita ibu, anak koma dua tahun

Roswati bersama Nor Arisya terlantar di rumah mereka di Felda Jengka 18, Maran semalam.


MARAN - Sambutan Aidiladha tiada erti lagi kepada dua beranak malang di sini selepas mereka koma sejak dua tahun lalu akibat komplikasi ketika melahirkan anak.

Roswati Abd. Wahab, 33, bekas pembantu tadbir sebuah agensi kerajaan di Melaka dikatakan koma ketika bersalin manakala anak yang dilahirkan, Nor Arisya A. Razak turut ditimpa nasib yang sama dengan ibunya kerana kekurangan oksigen.

Kini dua beranak itu hanya terlantar di rumah Rosnani Harun yang merupakan ibu Roswati di Felda Jengka 18, Maran.

Rosnani memberitahu, Roswati ketika mengandungkan Nor Arisya disahkan menghidap darah tinggi kronik selain penyakit sawan.

"Masa nak bersalin dia pengsan dan diserang sawan sehingga jantungnya berhenti berdenyut untuk seketika," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Rosnani, doktor yang merawat Roswati di Hospital Melaka terus melakukan pembedahan untuk menyelamatkan Nor Arisya tetapi cucunya itu lahir dalam keadaan koma berikutan kekurangan oksigen.

Memandangkan menantunya tidak dapat menjaga isteri dan anak mereka setiap hari disebabkan bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Melaka, Roswati dan Nor Arisya dihantar ke Maran untuk dijaga oleh Rosnani.

Komplikasi kesihatan yang dihadapi menyebabkan susuk tubuh Roswati yang dahulu gempal kini semakin susut dan hanya bergantung hidup kepada susu yang dimasukkan melalui tiub sebanyak enam kali sehari.

Rosnani mengharapkan ihsan mana-mana pihak yang sudi membantu agar dapat menghubunginya di talian 019-998 3526.

Geng pencuri budak mentah ditangkap

Posted:

Geng pencuri budak mentah ditangkap

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


TIGA remaja kumpulan pecah kedai membawa barangan yang dicuri dari sebuah pasar raya selepas ditangkap oleh anggota polis di Balai Polis Pusat Miri semalam.


MIRI – Misteri lima buah premis dipecah masuk dalam tempoh seminggu di bandar ini terurai dengan kejutan apabila mereka yang disyaki melakukan jenayah itu bukanlah kumpulan perompak profesional yang berbadan tegap, bengis serta bersenjata tetapi hanyalah empat budak lelaki berusia 12 hingga 14 tahun.

Mereka dipercayai belajar cara membuka mangga kunci menggunakan pemutar skru daripada rakan-rakan dan menggunakan ilmu itu untuk melakukan jenayah.

Semalam, empat penjenayah cilik yang tidak bersekolah itu bertindak menceroboh sebuah pasar raya di Jalan Brooke di sini pada pukul 7 pagi dan melarikan mesin wang.

Bagaimanapun, kali ini mereka tersilap langkah apabila berjalan membawa mesin tersebut di hadapan Balai Polis Pusat Miri.

Anggota polis yang berkawal di situ mencurigai kehadiran kumpulan remaja itu dan terus menegur mereka sebelum kesemuanya menjadi takut dan melarikan diri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tiada ‘permusuhan’

Posted:

Tiada 'permusuhan'

LONDON – Tidak akan berlaku 'permusuhan peribadi' pada pertemuan antara Chelsea dengan Manchester United dalam saingan Liga Perdana England di Stamford Bridge malam esok.

Demikian tegas pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel semalam yang yakin pertemuan tersebut akan berjalan dengan lancar.

Malah, pemain kelahiran Nigeria itu percaya tonggak pertahanan United, Rio Ferdinand sudah membuka 'buku baharu' berhubung skandal perkauman kapten The Blues, John Terry terhadap adiknya, Anton.

Mikel berkata, United dan Chelsea sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik demi semangat kesukanan bola sepak di England.

"Sudah tiba masanya kita lupakan perkara itu dan buka buku baharu.

"Pertemuan ini berkait dengan bola sepak dan saya berpendapat, kami telah kehilangan semangat itu dalam kes skandal perkauman Terry.

"Memang benar, ada sebuah kisah di sebalik konflik itu tetapi saya berharap ia dapat dilupakan supaya penyokong-penyokong menikmati bola sepak dengan semangat kesukanan," ujar Mikel.

Kenyataan pemain berusia 25 tahun itu dilihat sebagai menyambut baik kunjungan skuad kendalian Alex Ferguson ke Stamford Bridge selain mahu melupakan skandal Terry menjelang pertemuan mereka di London.

Begitupun, Terry tidak dapat diturunkan selepas digantung empat perlawanan apabila didapati bersalah atas kesalahan menghina pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand.

Namun, Rio dijangka diturunkan pada aksi menentang The Blues dan Mikel memberitahu, bekas pemain Leeds United itu merupakan pemain pertahanan yang memiliki ketahanan mental yang kental dan berwibawa.

"Rio merupakan seorang pemain yang berani. Dia mengetahui cara untuk mengendali emosi dalam satu perlawanan besar seperti menentang Chelsea," katanya. – Agensi

Garrigus pimpin saingan

Posted:

Garrigus pimpin saingan

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


GARRIGUS tampil cemerlang pada pusingan kedua semalam untuk mengambil alih kedudukan pendahulu.


BIARPUN menutup saingan dengan catatan bogey, Robert Garrigus tetap bangga apabila berjaya merampas kedudukan sebagai pendahulu pada hari kedua Kejohanan Golf CIMB Classic 2012 di The Mines Golf and Resorts, Seri Kembangan semalam.

Pada aksi pusingan kedua semalam, pemain dari Amerika Syarikat itu berjaya mengutip tujuh pukulan bawah par 64.

Bermula agak perlahan dengan beberapa catatan par di awal saingan, Garrigus mula mendapat rentak ketika mengharungi lubang ketujuh yang menyaksikannya mencatat birdie.

Permainan agresif Garrigus berjaya membuahkan lapan birdie berturut-turut di lubang ketujuh, lapan dan sembilan serta lubang ke-12 dan ke-13.

"Saya mendahului dengan dua mata sekarang dan ia tidak memberi apa-apa makna. Saya mungkin pendahulu hari ini (semalam) tetapi pada hari Ahad, kedudukan saya mungkin akan berubah.

"Jadi, masih terlalu awal untuk memperkatakan walaupun saya gembira dengan corak permainan saya hari ini (semalam)," katanya yang pernah menjadi pendahulu saingan sebanyak dua kali dengan kali terakhir pada 2011 di Hyundai Tournament of Champions.

"Paling utama, saya mahu menikmati permainan saya sepanjang empat hari ini dengan penuh selesa. Biarpun saya tidak bermain dengan baik, saya tidak akan kecewa kerana itu adalah sifat saya," tambah pemain berusia 34 tahun itu.

Pemain kelahiran Idaho itu juga menyifatkan, kejayaannya sebagai pendahulu selepas mengharungi dua pusingan dibantu dengan corak permainan yang agak agresif serta keadaan lapangan golf yang cukup menyenangkannya.

"Saya pernah bermain dengan Rory McIlroy serta Tiger Woods dalam beberapa kejohanan sebelum ini. Berdasarkan pengalaman tersebut, saya perlu mengekalkan rentak permainan saya sendiri.

"Mungkin kekuatan saya hari ini (semalam) adalah pada putting. Saya lakukannya cukup baik dan ia memberi keyakinan di mana saya boleh menewaskan pemain lain," katanya yang akan bergandingan dengan Jbe Kruger pada aksi pusingan ketiga hari ini.

Sementara itu, Troy Matteson yang mendahului saingan pada hari pertama, terpaksa berpuas hati dengan catatan dua pukulan bawah par 69 semalam.

Siapa pilihan Selangor?

Posted:

Siapa pilihan Selangor?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

TEKA-TEKI berhubung siapa penyerang import baharu Selangor masih belum terjawab.

Sebelum ini, jodoh penyerang import, Bosko Balaban dilihat seakan-akan sudah pun ternoktah gara-gara dikatakan enggan memperbaharui kontraknya bersama skuad Gergasi Merah itu musim depan.

Disebabkan itu, nama beberapa penyerang import mula meniti di bibir peminat fanatik Selangor biarpun masa depan Balaban masih belum diputuskan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Antara yang dikaitkan bakal menjadi mesin pencetak gol baharu Gergasi Merah musim depan termasuklah peledak Terengganu, Francis Forkey Doe.

Penyerang kebangsaan Vietnam, Le Cong Vinh juga antara calon-calon yang disebut menerajui jentera serangan Selangor musim depan.

Kredibiliti Forkey Doe sememangnya tidak boleh dipertikai berdasarkan reputasinya yang muncul penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan 15 gol.

Nama Cong Vinh juga bukan asing buat peminat bola sepak tempatan apabila meledak satu gol semasa membantu Vietnam menewaskan Harimau Malaya 2-0 dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, 11 September lalu.

Jika kehadiran Cong Vinh ke Selangor menjadi kenyataan, ia pastinya mengimbau sejarah lalu buat Gergasi Merah yang pernah mendapat sentuhan penyerang import dari rantau Asia Tenggara sebelum ini iaitu Bambang Pamungkas dari Indonesia.

Pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim begitupun sebelum ini bersikap 'mengunci mulut' berhubung perkara itu.

"Memang ada beberapa pemain yang berkenan, tetapi masih terlalu awal untuk didedahkan kepada umum.

"Pendek kata, biarlah FAS yang mengumumkan siapa pemain baharu Selangor musim depan," kata Irfan Bakti sebelum ini.

Terdahulu, Selangor yang kempunan mendakap sebarang piala musim ini dikatakan bakal membuat rombakan besar-besaran musim depan.

Antara bintang yang dikatakan bakal meninggalkan Selangor termasuklah 'pakar sepakan percuma', Safiq Rahim yang dikhabarkan menyertai Johor sementara penyerang veteran, Amri Yahyah juga dikatakan 'bertukar angin' menyertai Selangor PKNS musim depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Jemaah haji berhimpun di Arafah

Posted:

Jemaah haji berhimpun di Arafah

SEJUMLAH jemaah haji tiba di Jabal Rahmah dekat Mekah semalam.


PADANG ARAFAH - Lautan jemaah haji yang berpakaian ihram membanjiri Padang Arafah di sini, barat Arab Saudi awal pagi semalam untuk menunaikan salah satu daripada lima rukun haji.

Ramai jemaah berkhemah di padang itu dengan kebanyakan mereka tiba sekitar waktu subuh semalam.

Lelaki, wanita dan kanak-kanak dari 189 buah negara membanjiri kawasan itu dan mendirikan khemah pelbagai warna untuk tidur serta berdoa.

Sekitar 2.5 juta jemaah berada tiba di Padang Arafah.

"Kami datang dari Mekah. Kami berjalan kaki dari Masjidilharam ke Mina dan menaiki bas ke Padang Arafah," kata seorang jemaah haji dari Mesir yang datang bersama keluarganya.

"Semakin penat kami rasa, semakin banyak ganjaran pahala yang Tuhan berikan," kata lelaki itu.

Selepas selesai solat subuh, ramai jemaah haji menuju ke sebuah bukit kecil di Padang Arafah yang dikenali sebagai Jabal Rahmah.

Sebahagian jemaah berehat dan berdoa di celah batu di bukit tersebut dengan air mata mengalir di pipi mereka.

Nabi Muhammad SAW dipercayai menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam di kaki bukit tersebut sebelum baginda wafat.

BEBERAPA jemaah haji berdoa di bukit Jabal Rahmah.


Sementara itu, seorang lelaki menggesa jemaah haji agar tidak mendaki tangga batu yang licin untuk menuju ke puncak Jabal Rahmah.

"Nabi dan pengikutnya tidak pernah mendaki bukit ini. Tolong jangan mendakinya," kata lelaki berkenaan dengan menggunakan pembesar suara.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa jemaah haji pernah tergelincir dan terjatuh semasa memanjat bukit tersebut manakala sebahagian lagi meninggal dunia akibat insiden rempuhan.

Sebahagian jemaah tidak menghiraukan nasihat tersebut dan cuba mendaki Jabal Rahmah tetapi tiada sebarang kejadian tidak diingini yang dilaporkan berlaku.

Beberapa jemaah haji Syria turut dilihat mengibarkan bendera para penentang Presiden Bashar Al-Assad.

Ia merupakan simbol kebangkitan rakyat negara itu yang menentang pemerintahan Bashar sejak 19 bulan lalu.

Jemaah haji kemudian akan bergerak pula ke Muzdalifah yang terletak di antara Mina dan Arafah untuk melontar batu di tiga buah jamrah. - AFP

Perry bantu kempen Obama

Posted:

Perry bantu kempen Obama

OBAMA melambaikan tangan ke arah para penyokongnya.


LAS VEGAS - Penyanyi terkenal, Katy Perry membuat persembahan pada kempen politik Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di sini kelmarin, menurut akhbar dalam talian, MailOnline semalam.

Perry membuat persembahan sebelum Obama tiba untuk berkempen menjelang pilihan raya presiden AS yang akan berlangsung pada 6 November depan.

Penyanyi itu memakai pakaian ketat berwarna putih yang tertera nama Obama dan Naib Presiden AS, Joe Biden.

Konsert Perry yang terkenal dengan lagu Hot n Cold itu diadakan secara percuma.

Selepas persembahan itu, Obama menyatakan bahawa Perry merupakan seorang wanita yang hebat.

Obama turut bergurau dengan berkata beliau mengenali nenek Perry ketika berkempen di hadapan kira-kira 13,000 orang.

"Satu-satunya perkara yang saya perlu dedahkan ialah kesan gincu Anne (nenek Perry) terdapat pada muka saya selepas beliau mencium saya.

"Malangnya, terdapat seseorang yang telah memadamkan ia (kesan gincu itu) sebelum Michelle (isteri Obama) melihatnya," kata Obama.

Presiden AS itu akan menentang pencabarnya yang merupakan seorang jutawan dan bekas gabenor Massachusetts, Mitt Romney daripada parti Republikan pada pilihan raya itu.

Sementara itu, Obama ketika diwawancara dalam program The Tonight Show di Los Angeles bergurau dengan menyatakan beliau dan bilionair terkenal, Donald Trump dibesarkan bersama di Kenya.

Beliau membuat gurauan itu kerana Trump berjanji akan membuat sumbangan sebanyak AS$5 juta (RM15.19 juta) kepada badan kebajikan jika Obama mendedahkan rekod pasport dan kolejnya.

Trump kerap mempersoalkan sama ada Obama pernah dilahirkan di AS.

Semasa diwawancara , Presiden AS tersebut turut menafikan dakwaan Trump.

"Semua itu berputar ke belakang apabila kami (Obama dan Trump) dibesarkan bersama di Kenya," katanya.

Obama turut menegaskan bahawa rogol merupakan satu perbuatan jenayah.

Beliau membuat penjelasan itu bagi menyelar kenyataan calon Dewan Senat Indiana daripada parti Republikan, Richard Mourdock.

Mourdock membuat kenyataan bahawa wanita yang hamil disebabkan dirogol lelaki merupakan 'sesuatu yang Tuhan mahukan kejadian itu berlaku' sekali gus menyebabkan sebahagian remaja perempuan di AS berasa marah.

Kenyataan itu juga dijangka menyebabkan golongan wanita yang sebelum ini menyokong Romney akan beralih kepada Obama.

- Agensi

Artis seni menari tarian kuda

Posted:

Artis seni menari tarian kuda

GAMBAR yang dirakamkan kelmarin di sebuah lokasi yang tidak didedahkan menunjukkan (kiri) menari tarian seperti yang dipopularkan Psy.


BEIJING - Seorang artis seni yang kontroversi dari China, Ai Weiwei menari tarian kuda yang dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy dalam satu rakaman video.

Namun, Weiwei melakukan sedikit kelainan apabila dia melakukan aksi menghayun sepasang gari ketika menari.

Video bertajuk Grass Mud Horse Style itu dipercayai dihasilkan Weiwei untuk menyindir undang-undang penapisan internet China.

Video tersebut dimuat naik di laman YouTube dan beberapa laman web di negara berkenaan.

Dalam klip video itu, Weiwei dilihat memakai baju berwarna merah jambu, jaket hitam dan cermin mata hitam untuk meniru Psy.

Weiwei berkata, dia dan beberapa rakannya merakamkan video tersebut dan memuat naik di internet kelmarin.

Artis seni itu juga meniru beberapa aksi Psy seperti gerakan tarian kudanya.

Dia yang lantang mengkritik pemerintah China pernah ditahan secara rahsia selama 81 hari pada tahun lalu sebelum didakwa cuba mengelak daripada membayar cukai.

Muzik video Psy yang berjudul Gangnam Style di YouTube telah ditonton lebih 530 juta kali selepas dimuat naik sejak Julai lalu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


300 adakan demonstrasi bantah projek kondo di Batu Caves

Posted:

300 adakan demonstrasi bantah projek kondo di Batu Caves

26/10/2012 7:28pm

BATU CAVES — Kira-kira 300 orang mengadakan demonstrasi aman di hadapan kuil Sri Subramaniar Swamy di sini hari ini untuk membantah cadangan pembinaan dua blok kondominium setinggi 29 tingkat berhampiran kuil itu.

Mereka berkumpul sejak pukul 10 pagi dengan membawa sepanduk, termasuk yang bertulis "Hentikan pembinaan, selamatkan warisan semula jadi dan tempat ibadat terkenal di dunia". Pengerusi Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam, Datuk R. Nadarajah berkata, pembinaan dua blok kondominium setinggi 29 tingkat yang dicadangkan itu akan memusnah patung Dewa Murugan tertinggi di dunia yang terletak kurang 300 meter dari tapak pembinaannya.

"Pembinaannya akan membahayakan nyawa pengunjung kuil dan pelancong dari seluruh dunia akibat (kemungkinan) benda jatuh berikutan pembangunan besar-besaran di tempat berhampiran kuil ini.

"Oleh itu, projek ini perlu dihentikan terus, bukan hanya sementara dan kami menggesa kerajaan (Selangor) supaya menimbang masalah yang kami hadapi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, bekas presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, pembinaan bangunan tinggi perlu dibantah kerana ia memberi pelbagai kesan terhadap ekosistem bukit batu kapur di tempat berkenaan.

"Kami tidak meminta wang atau tanah, kami hanya minta pembinaannya dihentikan terus kerana kerana ia juga akan menjejaskan banyak spesies haiwan dan tumbuhan," kata Duta Khas Infrastruktur Malaysia ke India dan Asia Selatan itu. — BERNAMA

Kunalan sah sertai Selangor musim depan

Posted:

Kunalan sah sertai Selangor musim depan

26/10/2012 6:19pm

KUALA LUMPUR — Pemain sayap pasukan Negeri Sembilan, S. Kunalan mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi pasukan Selangor untuk saingan Liga Super musim depan.

Anak jati Semenyih berusia 26 tahun itu berkata, penghijrahan beliau ke skuad Merah Kuning musim depan adalah bagi mencari angin baharu setelah enam tahun menabur bakti bersama pasukan Negeri Sembilan.

"Kontrak saya bersama Negeri Sembilan akan tamat penghujung tahun ini malahan saya telah memaklumkan perkara tersebut kepada majikan saya, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).

"Mereka menghormati keputusan saya memandangkan sudah lama saya berkhidmat dengan mereka selaku pemain skuad Piala Presiden sejak 2006 sebelum diserapkan ke dalam skuad utama mereka pada awal 2008," katanya di sini hari ini.

Beberapa akhbar tempatan sebelum ini melaporkan Kunalan merupakan antara beberapa pemain utama skuad Rusa yang dikaitkan untuk berhijrah ke pasukan luar termasuk kapten pasukan Muhd Shukor Adan yang dikatakan berminat menyarung jersi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk saingan Liga Super musim depan.

Pemain bertubuh kecil yang lincah di posisi sayap itu berkata, beliau akan menandatangani kontrak bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam masa terdekat. — BERNAMA

Lelaki ada rekod jenayah maut ketika curi kabel

Posted:

Lelaki ada rekod jenayah maut ketika curi kabel

26/10/2012 6:17pm

KUALA LUMPUR — Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel elektrik membawa padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Taman Kampung Muhibbah, Bukit Jalil pagi tadi.

Kejadian berlaku pada pukul 4.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, mangsa yang berusia 40 tahun itu turut mempunyai beberapa rekod jenayah.

Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras untuk bedah siasat. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Tindakan tepat mampu selamatkan nyawa

Posted:

Tindakan tepat mampu selamatkan nyawa

Oleh KHAIRIYAH HANAFI

DARI jauh sudah sayup-sayup kedengaran siren ambulans. Seiring bunyi isyarat kecemasan itu, sebuah kenderaan berwarna putih dilihat laju membelah kesesakan lalu lintas di atas jalan raya.

Sementara itu, di bahagian pintu utama unit kecemasan Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), para jururawat dan doktor bertugas telah bersiap sedia menyambut mangsa kemalangan yang dibawa ambulans tersebut.

Sejurus kenderaan itu berhenti, mangsa kemalangan diusung keluar dengan pantas dari perut ambulans.

Kebiasaannya, pergelangan tangan mangsa telah siap diikat dengan gelang berwarna oleh jururawat yang digegaskan ke tempat kejadian kemalangan.

Menurut Pegawai Perubatan Kanan Permaustautin HPKL, Dr. Thirunavakarasu Pathmanathan, terdapat empat warna gelang digunakan untuk menunjukkan tahap kecederaan yang dialami mangsa.

"Sistem ini sebenarnya digunakan untuk mempercepatkan proses rawatan mangsa seperti merah untuk mangsa yang berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan rawatan segera manakala gelang kuning pula untuk mangsa yang mengalami kecederaan separa kritikal.

"Sementara itu, bagi yang mengalami kecederaan ringan pula, mereka akan diikat dengan gelang hijau.

"Gelang berwarna hitam pula digunakan untuk mangsa yang telah disahkan mati di tempat kejadian," katanya.

Pemeriksaan mangsa

Thirunavakarasu menjelaskan, sistem yang digunakan itu dinamakan sebagai sistem Triage.

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengusung mangsa kemalangan dalam sebuah latihan tindakan kecemasan baru-baru ini.


Menurutnya, mangsa yang memakai gelang berwarna merah akan diutamakan dan diberikan rawatan terlebih dahulu memandangkan keadaan mereka yang lemah dan kritikal.

Doktor serta jururawat yang bertugas kemudiannya akan memeriksa mangsa dengan teliti. Melihatkan kepada tahap kecederaan, penggunaan imbasan sinar elektromagnet atau lebih dikenali dengan x-ray turut membantu mengenal pasti sekiranya terdapat tulang-tulang yang patah atau retak.

Mangsa yang mempunyai kecederaan serius dan masih tidak sedarkan diri akan dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala mangsa yang sudah stabil ditempatkan di wad biasa.

Sementara itu, mangsa yang mengalami kecederaan yang tidak kritikal akan ditempatkan di wad biasa selepas pemeriksaan dilakukan oleh doktor serta jururawat yang bertugas. Lazimnya, mereka memakai gelang berwarna hijau dan kuning.

Walaupun dalam keadaan tegang, wajah doktor dan jururawat yang bertugas kelihatan tenang menjalankan tugas masing-masing.

Menurut Ketua Jururawat HPKL, Datin Punithavathy Navaratnam, situasi menyambut dan memberi rawatan pantas kepada mangsa itu merupakan satu perkara yang normal bagi petugas-petugas hospital.

"Kita akan menempatkan seramai enam orang jururawat bertugas dalam satu masa. Namun jika ia melibatkan kemalangan-kemalangan besar, jururawat di bahagian lain akan dipanggil untuk membantu," katanya.

Tambah Punithavathy, apabila melibatkan insiden kemalangan, jururawat akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Sebuah kumpulan ditempatkan di hospital dan satu lagi akan bertugas di tempat kejadian.

SINERGI kerjasama pihak polis, pasukan penyelamat, hospital dan orang awam amat penting demi memberi harapan hidup kepada mangsa kemalangan.


"Jururawat yang berada di tempat kejadian akan ditugaskan untuk memeriksa keadaan pesakit dan mengikat gelang berwarna mengikut keadaan mangsa," terangnya.

Membuka mata

Latihan tindakan kecemasan yang diadakan baru-baru ini di ibu negara merupakan lakonan senario kemalangan yang membabitkan sebuah bas, van dan motosikal.

Lakonan yang mengambil masa selama 45 minit itu melibatkan seramai 15 orang mangsa selain mencatatkan sebanyak dua kematian.

Inisiatif HPKL dengan kerjasama Prasarana Berhad Negara (Rapid KL), anggota polis serta bomba itu bertujuan mendidik awam untuk bertindak segera bagi mengurangkan risiko kematian di jalan raya.

Ia juga membuka mata banyak pihak tentang tanggungjawab pihak berkuasa, pasukan penyelamat dan tenaga kerja profesional di hospital dalam menangani kes-kes kemalangan besar.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih ramai yang tidak mengetahui tindakan yang wajar diambil apabila berdepan dengan kemalangan.

"Kalau boleh, kita mahu kurangkan lagi 50 peratus daripada tempoh tersebut agar mangsa kemalangan semuanya dapat diselamatkan," ujar Thirunavakarasu.

Gigi sihat sepanjang hayat

Posted:

Gigi sihat sepanjang hayat

Oleh NURUL IZZA ROSLY

SETIAP peserta pertandingan mewarna tidak pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing mendapat hadiah sagu hati daripada pihak Darlie.


RUANG legar AU2 Jusco Setiawangsa tanggal 15 September lalu lain daripada biasa. Beberapa orang kanak-kanak dan golongan dewasa mengerumuni seorang wanita untuk mendapatkan autograf serta merakamkan foto kenang-kenangan.

Segala tanda tanya mengenai tujuan acara itu seakan-akan terjawab apabila kelibat selebriti terkenal tanah air iaitu Vanidah Imran yang merupakan Duta Darlie hadir bagi menjayakan kempen kesedaran kepentingan kesihatan gigi Darlie.

Kempen tersebut diadakan bagi menguar-uarkan produk terbaharu Darlie iaitu ubat gigi Double Action Enamel Protect.

Pelbagai aktiviti direncanakan sepanjang hari, antaranya peraduan mewarna untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun, permainan Spin & Win, permainan Darlie dan penjualan produk-produk Darlie pada harga istimewa.

Di satu sudut ruang legar tersebut, kelihatan beberapa orang kanak-kanak begitu khusyuk mewarna lukisan yang diberikan sambil ditemani ibu bapa masing-masing.

Ada pula yang mendapat arahan daripada ibu bapa mengenai warna yang perlu dipilih bagi memastikan anak-anak mereka membawa pulang hadiah kemenangan.

Hadiah istimewa

Bagi pengunjung yang membuat pembelian RM15 ke atas, mereka berpeluang menyertai Peraduan Spin & Win dan Permainan Darlie yang menjanjikan hadiah berupa beg eko, berus gigi serta ubat gigi Darlie Double Action Enamel Protect.

Menurut Pengurus Kanan Pemasaran Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., Leong Kok Fong, kempen jelajah tersebut merupakan kali pertama diadakan dan ia mendapat sambutan yang di luar jangkaan.

SELAIN mengadakan pelbagai aktiviti menarik, pengunjung juga berpeluang membeli produk-produk Darlie pada harga istimewa.


"Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan penjagaan kesihatan gigi. Kesihatan oral sebenarnya memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan," katanya.

Tambahnya, ubat gigi terbaharu Darlie iaitu ubat gigi Double Action Enamel Protect mempunyai tiga kuasa pelindung enamel iaitu menguatkan kalsium, mengekalkan enamel dan menghadang hakisan asid.

"Ia bukan sahaja menguatkan enamel, malah membuatkan gigi lebih sihat dan nafas yang segar.

"Selain itu, berus gigi baharu antibakteria turut dijual di sini. Ia yang pertama seumpamanya di Malaysia kerana berusnya diperbuat daripada arang," ujarnya.

Sementara menunggu keputusan peraduan mewarna diumumkan, para pengunjung terutamanya kanak-kanak dihiburkan dengan persembahan Teeth Boxing oleh Shawn Lee yang merupakan juara Beatbox Asia dan mendapat tempat keempat pada kejohanan dunia.

Pelbagai bunyi unik dihasilkan daripada mulut Shawn yang kedengaran seperti muzik rancak berentak hip hop.

Kanak-kanak begitu khusyuk melihat aksinya, malah ada yang cuba meniru aksi Shawn dengan menjuihkan bibir mungil mereka.

Debaran para peserta peraduan mewarna semakin terasa saat para juri sibuk mengadili dan memilih karya seni terbaik pada pandangan mata mereka.

Biarpun pelbagai hadiah menarik menjadi habuan buat tiga pemenang teratas, tiada seorangpun kanak-kanak itu pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing menerima sagu hati daripada Darlie.

Demi nafas segar

BEGINILAH telatah kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna di AU2 Jusco Setiawangsa baru-baru ini.


Dalam pada itu, bagi Vanidah, jenama Darlie sangat sinonim dengan dirinya sejak kecil.

"Kempen kesedaran seperti ini sangat penting untuk penjagaan gigi dan nafas. Mungkin amalan memberus gigi dua kali sehari sangat payah untuk dilaksanakan terhadap kanak-kanak, tetapi ibu bapa perlu memainkan peranan mereka.

"Kesihatan gigi kita mencerminkan personaliti kita. Bayangkan apabila sedang berinteraksi dengan orang, nafas kita berbau, pasti ia menimbulkan rasa kurang selesa bukan?" katanya.

Oleh yang demikian, bagi memastikan kesihatan gigi anak-anaknya terjamin, Vanidah mempunyai rejim penjagaan gigi buat permata-permata hatinya dan salah satunya ialah berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali.

"Penjagaan gigi seharusnya diterapkan sejak usia anak-anak kecil supaya mereka tidak anggap remeh mengenai soal penjagaan gigi.

"Ayah saya sendiri mencabar saya. Pada usia 75 tahun, dia masih mempunyai semua gigi. Walaupun sudah berumah tangga, saya masih amalkan cara-cara menggosok gigi yang diajar olehnya," katanya yang menegur sikap sesetengah ibu bapa yang memberikan anak-anak mereka jus dalam botol kerana ia sebenarnya menjadi punca kerosakan gigi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kebangkitan semula Benjy

Posted:

Kebangkitan semula Benjy

SELEPAS dibebaskan dari penjara, Benjy kini lebih berkeyakinan berhadapan dengan khalayak.


PERTEMUAN Kosmo! bersama aktor Benjy untuk sesi fotografi Hari Raya Aidiladha yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini berjalan dengan cukup lancar.

Pertama kali menatap wajah lelaki yang pernah didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram pada Mac, 2010 dan ditahan selama dua tahun di penjara memberi pandangan yang berbeza.

Wajah dan tubuh Benjy semakin susut sejak dibebaskan tanpa syarat pada Januari tahun ini. Penampilannya nampak meyakinkan, kemas dan segak berbaju kemeja serta berseluar jean.

Dia juga cukup ramah menegur orang di sekelilingnya bagai tiada sejarah hitam yang pernah berlaku kepadanya. Senyuman juga sentiasa tersimpul di bibir tanda bersedia menghadapi khalayak.

"Saya okey, Alhamdulillah sihat. Tengoklah gambar saya dulu dan sekarang, sangat berbeza. Berat ketika dipenjara sebanyak 89 kilogram, sekarang turun 74 kilogram dan saya masih dalam usaha untuk mengurangkan berat badan sebanyak mungkin," katanya sambil menunjukkan gambar pada kad pengenalan lama dan terbaharu dirinya.

Selain saiz badan yang berubah jelas, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim selepas dibebaskan dari penjara masih sama seperti dahulu, bahkan keyakinan dirinya cukup tinggi meskipun terpaksa berdepan dengan gelaran bekas banduan.

"Keyakinan diri saya seperti biasa, saya tidak disabitkan kesalahan dan dibebaskan tanpa syarat. Maknanya, saya tidak bersalah. Mungkin disebabkan saya pernah tinggal di penjara buat sementara waktu, orang tetap akan label saya sebagai bekas banduan.

"Berjaya mengharungi segala kesusahan ketika di penjara bermakna saya boleh harungi segala kesukaran hidup di luar penjara.

"Saya tidak boleh elak persepsi masyarakat. Bukannya saya boleh tutup mulut orang. Itu hak masing-masing dan bagi saya persepsi negatif itu bukan satu masalah yang besar," balasnya.

Menurut Benjy, terlalu banyak hikmah daripada apa yang berlaku terhadap dirinya. Selepas dirinya ditahan pihak berkuasa dan hidupnya hanya bertemankan jeriji besi serta tembok batu, dia mengaku bagai baru tersedar daripada lamunan hidup glamor.

"Selepas saya ditahan, saya dapat kenal pasti mana kawan yang benar-benar ikhlas dan mana kawan yang hanya temankan saya untuk berseronok sahaja. Saya akui, sebelum ini saya tersalah pilih kawan.

"Sekarang saya amat berhati-hati dalam berkawan. Syukur, kawan-kawan yang ikhlas masih setia di belakang saya sehingga hari ini. Kini saya juga tahu apa yang saya mahukan dalam hidup dan tidak akan sia-siakan orang yang selalu menyokong saya terutamanya keluarga," ucapnya.

Apabila ditebak soalan apakah yang berada dalam fikirannya apabila berada dalam penjara, dia terdiam dan berfikir sejenak. Air matanya tiba-tiba jatuh tanpa kawalan mengenang pengalaman di penjara.

Kata Benjy, anak lelaki tunggalnya, Fridauz Juan Benjamin yang kini berusia enam tahun tidak terlepas daripada fikirannya walaupun sesaat.

"Selama tiga tahun anak saya sudah biasa tidur di atas dada saya setiap malam, jadi apabila saya berada dalam penjara saya sering tertanya-tanya, bagaimana keadaan dirinya, rindukah dia pada saya dan apabila saya keluar nanti, masih ingatkah dia pada papanya ini.

"Alhamdulillah, selepas saya dibebaskan, anak saya masih mengenali saya dan sekarang masa saya hanya untuk mencari rezeki selebihnya diperuntukkan untuk anak serta keluarga terutamanya ibu (Azean Irdawaty) yang sedang bertarung dengan penyakit kanser," ujarnya.

Hak penjagaan anak

Bercakap tentang status dirinya, Benjy tanpa berselindung memberitahu dia sudah bercerai dengan Safiya Stephanie yang merupakan seorang mualaf, tetapi ia masih dalam proses mencari jalan penyelesaian di mahkamah syariah.

Soal penjagaan anak pula jelas Benjy, dia dan bekas isterinya itu bersetuju untuk hak penjagaan bersama.

"Hubungan saya dan bekas isteri masih baik, kami tidak berdendam. Bagi saya, bekas isteri sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan cukup baik, anak juga dijaga bersama. Lima hari seminggu anak dijaga oleh dia, manakala saya pada hujung minggu.

"Saya amat berharap apa yang berlaku antara kami tidak menjejaskan emosi Fridauz, sebab itu saya banyak menghabiskan masa bersamanya seperti keluar beriadah atau membawanya berjalan-jalan," katanya.

Diaju persoalan tidak tertekankah dengan segala dugaan yang datang kepadanya dan terpaksa menghadapinya seorang diri tanpa seorang isteri di sisi, Benjy lalu menyusun jawapannya.

BENJY mengaku dia kini telah menjadi bapa tunggal kepada anaknya yang kini berusia enam tahun, Fridauz Juan Benjamin, selepas bercerai dengan isterinya, Safiya Stephanie.


Kata Benjy: "Rasanya kehidupan saya hari ini sudah cukup bahagia dengan kerja, keluarga dan anak. Mungkin pada peringkat awal saya berasa sedikit tertekan dan sedih. Tipulah kalau saya tidak sedih dengan semua perkara yang berlaku.

"Namun, sebagai anak sulung dalam keluarga saya harus kuat. Melihat ibu saya kuat dan sentiasa berfikiran positif melawan penyakit kanser, automatik menjadikan saya lebih kuat dan tabah. Dugaan Allah saya harus terima, apa yang boleh saya lakukan ialah berusaha dan berdoa," bicaranya serius.

Jika sudah bergelar bapa tunggal tidak terfikirkah Benjy untuk mencari pengganti suri hatinya?

Bagai ada yang dirahsiakan, Benjy hanya tertawa lantas berkata dirinya masih belum bersedia dan hanya ingin memberi fokus kepada anaknya.

Luah Benjy, jika sebelum ini keadaan dirinya tidak stabil disebabkan tiada sumber pendapatan, tetapi kini selepas memegang jawatan Pengarah Jualan dan Pemasaran Destini Ringgit Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang membekalkan mesin ais ke beberapa buah negara, selain kembali berlakon, masa depannya kelihatan lebih meyakinkan.

"Kalau sebelum ini saya tidak boleh menjaga anak sebab diri sendiri belum stabil, sekarang saya berusaha untuk memberi yang terbaik dan menebus masa yang terlepas bersama anak," tuturnya.

Pengawal penjara

Benjy yang cukup terkenal dengan watak Jibek menerusi drama Kerana Cintaku Saerah kini sedang mempersiapkan diri untuk kembali aktif di pentas lakonan.

Lakonan pertamanya selepas di bebaskan dari penjara adalah teater Tatto Gestapo yang akan dipentaskan di Black Box Kaki Seni, SS2 Mall Petaling Jaya, Selangor pada 22 hingga 25 November ini.

Menariknya dalam teater tersebut, Benjy bakal memainkan watak Lokman, seorang pengawal penjara yang ditugaskan melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah.

"Tugas Lokman menghukum orang mati tetapi selepas itu, dia pula yang berada di kedudukan tali gantung atas satu kesalahan. Bagi saya, teater ini amat berat dan bermain dengan emosi dalaman.

"Apa yang ingin diketengahkan dalam teater ini adalah pentingnya untuk seseorang mengakui kesalahan, minta maaf dan berdoa memohon keampunan," ujarnya yang berbesar hati ditawarkan watak tersebut.

Melakonkan situasi di penjara, rasanya tidak ada pelakon lain yang lebih sesuai daripada dirinya meskipun pada peringkat awal watak Lokman tersebut diciptakan buat aktor Zahiril Adzim.

"Saya sungguh seronok dapat tawaran teater ini kerana isi kandungannya agak berat. Pengalaman di penjara saya gunakan sepenuhnya dalam teater ini kerana orang yang sudah masuk ke penjara sahaja yang benar-benar memahami situasi sebenar.

"Pengarah dan penulis skrip juga ada meminta pendapat saya untuk menjadikan teater ini lebih hidup. Saya ada menambah beberapa perkara terutamanya dari segi bahasa, jadi jangan lupa datang beramai-ramai," katanya mengenai teater yang mengenakan bayaran RM20 bagi seorang penonton itu.

Selain Benjy, aktor lain yang turut terlibat dalam karya Hariry Jalil itu ialah Pekin Ibrahim yang memegang watak Mustapa, Shariffuddin Md. Jais (Dan), Azman Hassan (Algojo) serta aktor Namron pula bertindak selaku pengarah artistik.

Pengaruh muzik Soulfly

Posted:

Pengaruh muzik Soulfly

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

TIGA daripada empat anggota Soulfly yang hadir pada sidang akhbar bersama media tempatan di Kuala Lumpur baru-baru ini, (dari kiri), Marc Rizzo, Max Cavalera dan Tony Campos.


PEMINAT tegar muzik heavy metal pasti mengenali kumpulan dari Amerika Syarikat, Soulfly yang memulakan perjalanan karier kumpulan mereka sejak 1997 lagi.

Mengimbas sejarah Soulfly, ia ditubuhkan dan diterajui oleh bekas vokalis kumpulan Sepultura, Max Cavalera selepas dia meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 1996.

Sejak 15 tahun lalu, sudah banyak negara Eropah yang dijelajahi kumpulan heavy metal ini.

Bukan sahaja peminat mereka yang teruja menyaksikan persembahan mereka pada konsert Rockaway Festival 2012 Sabtu lepas, namun ahli kumpulan ini sendiri meluahkan keterujaan mereka berada di Malaysia.

"Ini pertama kali kami sampai ke Malaysia, dan sejujurnya, kami sangat teruja dan gembira dapat berada di sini. Kami baru pulang dari siri jelajah Eropah selama dua bulan, dan kami akan berikan yang terbaik kepada peminat di Malaysia.

"Kami juga tidak sabar untuk menggegarkan pentas Rockaway Festival esok ( Sabtu, 20 Oktober)," tutur Max ketika sesi temu ramah bersama kumpulan Soulfly yang bertempat di Hotel Double Tree, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sehari sebelum konsert berlangsung.

Sepanjang bergelar sebuah kumpulan selama 15 tahun, Soulfly telah pun menghasilkan sebanyak lapan album studio termasuk album baharu yang kini sedang giat dipromosi yang berjudul Enslaved.

Album tersebut telah dilancarkan pada bulan Mac lepas.

Apa yang menarik, anggota kumpulan Soulfly tidak pernah kekal dan sering bersilih ganti.

Buat masa ini, anggota kumpulan Soulfly terdiri daripada Marc Rizzo, Tony Campos, David Kinkad dan Max Cavalera sendiri.

"Bukannya setiap kali melancarkan album baharu, Soulfly akan bertukar anggota. Sebenarnya, itulah keunikan Soulfly.

"Mereka semuanya bagus dan ia dianggap sebagai kelebihan kerana setiap kali Soulfly punya anggota kumpulan baharu, kami akan dapat kumpulkan idea segar dan berbeza.

"Kami nampak bagaimana progres penghasilan album dan ia sangat mengujakan kami.

"Bagi saya, ia pengalaman membuat rakaman yang paling menyeronokkan sepanjang bersama Soulfly, kerana studio penuh dengan tenaga," jelas Max ketika ditebak persoalan tentang kesukaran menyesuaikan diri bersama anggota kumpulan baharu Soulfly.

Berbicara mengenai kandungan serta konsep album Soulfly kali ini, apa yang dilihat, kumpulan ini sekali lagi menggunakan konsep penghambaan seperti mana album terdahulu mereka.

Tutur Max, sepanjang menghasilkan album, dia antara tunjang yang banyak mengeluarkan idea mengenai konsep dan kandungan album.

"Saya sering mengeluarkan idea, dan kali ini saya seperti telah kekeringan idea setelah menghasilkan tujuh album Soulfly.

"Namun, saat itu juga timbul idea untuk saya menggunakan semula idea album pada tahun 1998 iaitu album pertama Soulfly yang juga mempunyai judul yang serupa.

"Saya memang berminat dengan sejarah dan dengan itu saya menulis tentang gladiator dan roman. Ia juga merupakan sebuah heavy metal dan konsep keseluruhan ialah mengenai penghambaan," akhiri Max.

Walaupun Soulfly merupakan sebuah kumpulan heavy metal namun, muzik yang mereka hasilkan pernah dipengaruhi elemen muzik negara Brazil dan Afrika, selain irama beat dan juga metal.

A. Aida cerai ada sebab

Posted:

A. Aida cerai ada sebab

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA

MENGAKUI emosi dirinya terganggu dengan isu perceraiannya kali ini, A. Aida kini hanya mahu menfokus terhadap anak dan bisnesnya.


KEHIDUPAN peribadi pelakon yang kini begitu sukses sebagai pengarah dan penerbit, A. Aida nampaknya tidak selancar pencapaiannya dalam bidang seni.

Tiga kali mencari bahagia dalam sebuah institusi perkahwinan, ia bagaimanapun berakhir dengan episod yang tidak membahagiakan.

Kali pertama berkahwin, Aida bergelar isteri kepada vokalis kumpulan Spring, Ameng, 43, atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail pada 1994. Mereka bagaimanapun bercerai talak satu pada 17 Disember 2003.

Bersama Ameng, pasangan tersebut dikurniakan dua anak iaitu Wan Aleesa, 16, dan Wan Natassha, 11.

Selepas gagal dalam perkahwinan tersebut, Aida tidak serik untuk membina rumah tangga semula. Untuk perkahwinan kali keduanya, Aida memilih seorang anggota polis yang berusia 26 tahun - sepuluh tahun lebih muda daripada dirinya.

Perkahwinan itu tidak dikurniakan anak sebelum mereka akhirnya bercerai.

Tidak berapa lama selepas itu, penerbit drama Halimah Jongang ini sekali lagi mendirikan rumah tangga, juga dengan seorang anggota polis.

Kali ini dia bertemu jodoh dengan Asisten Superitendan Suffian Sulaiman dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rahul yang kini berusia empat tahun.

Malangnya, kebahagiaan rumah tangga mereka hanya bertahan selama lima tahun sehingga Aida memfailkan perceraian secara baik pada 27 September lalu disebabkan tiada persefahaman antara mereka berdua.

Ikuti temu bual Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang bersama Kosmo! ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri pertamanya untuk TV3, Putera Rayyan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Bagaimanakah Aida berdepan dengan isu cerai pada kali ini memandangkan ia perceraian kali ketiga buat anda?

AIDA: Saya tahu banyak orang bercakap-cakap kenapalah saya selalu bercerai, tetapi percayalah, tindakan yang saya ambil dan segala yang berlaku itu bersebab. Ia bukan satu tindakan dan keputusan yang diambil secara suka-suka.

Bagaimana perkembangan proses perceraian anda sekarang?

Saya kini mengambil jalan menuntut cerai secara fasakh selepas permohonan untuk bercerai sebelum ini tidak mendapat persetujuan (Suffian Sulaiman).

Anda terganggu dengan masalah ini?

Sudah tentu. Terus terang saya katakan, perceraian ini telah mengganggu fokus saya terhadap kerja, terutamanya bidang penulisan skrip. Jika sebelum ini saya ambil masa tulis skrip untuk telemovie hanya dalam masa sehari, sekarang dua bulan pun saya tidak dapat menyiapkan satu skrip.

Perancangan anda selepas bercerai?

Selepas selesai perceraian ini, saya hanya mahu beri tumpuan kepada anak-anak dan perniagaan sahaja. Walaupun saya kini berada dalam masalah rumah tangga, namun Alhamdulillah rezeki saya tidak pernah putus. Perniagaan saya kini semakin berkembang.

Selepas tiga kali bercerai, adakah anda serik untuk berkahwin lagi?

Buat masa ini, saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Saya sudah sampai satu tahap tidak mahu fikir soal lelaki atau benda lain. Dalam otak saya, hanya ada anak-anak dan perniagaan sahaja. Saya sudah serik dengan lelaki.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved