Jumaat, 12 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kedaifan minoriti Muslim di wilayah Cham Kemboja

Posted:

Kedaifan minoriti Muslim di wilayah Cham Kemboja

MOHD. ZUL FADLAIN ABDULLAH, 35, masih ingat terhadap sekumpulan kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun dalam perjalanan ke sekolah. Ingatannya itu mengembalikan memori ketika beliau berada di perkampungan di sebuah daerah di Kemboja.

Pakaian seragam berwarna rona teh susu yang tersarung pada tubuh kanak-kanak tersebut menjelaskan bahawa persalinan sekolah tersebut sudah lusuh dan lama tidak berganti.

Kepayahan penduduk minoriti Islam di kampung tersebut tidak jauh bezanya dengan Malaysia lima dekad lalu.

Mohd. Zul Fadlain meneruskan niatnya mengunjungi sebuah rumah untuk menghantar beras fidyah. Keadaan fizikal rumah yang beliau kunjungi boleh disifatkan separuh siap kerana tiangnya yang tinggi tanpa dinding, persis pondok sawah.

Selepas salamnya disambut, Mohd. Zul Fadlain yang juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sukarelawan Al-Falah dipelawa masuk oleh tuan rumah.

Meskipun hidup dalam kedaifan, sebagai mengalu-alukan ketibaan tetamu, tuan rumah menghidangkan ubi kayu rebus. Tanpa mengetahui duduk perkara sebenar, Mohd. Zul Fadlain bertanya: "Rumah ni belum siap lagi ke?"

"Taklah, inilah rumah saya. Tiada duit nak buat dinding," balas tuan rumah tersebut.

"Sayu hati saya melihat keadaan rumahnya. Ketika mahu menjamah ubi kayu yang dihidangkan dengan tangan, segera tuan rumah menghalang saya seraya berkata: 'Tunggu kejap encik, saya tengah pinjam sudu dengan jiran sebelah'," cerita Mohd. Zul Fadlain.

Beliau mengakui tersentuh dengan peristiwa tersebut sehinggakan air matanya menitis kerana dilayan sebegitu. Malah, katanya tuan rumah berkali-kali memohon maaf kerana tidak menyediakan minuman sebab air di rumahnya kotor, khuatir perutnya sakit.

Semangat berbakti

"Keadaan mereka membuatkan saya terharu dan menjadikannya kekuatan buat diri saya. Saya beruntung dan cukup bertuah dilahirkan di Malaysia. Lahir dalam keadaan kemudahan air dan elektrik serta serba-serbi lengkap jika dibandingkan dengan mereka," ujarnya.

Episod kehidupan yang ditontonnya secara langsung itu membuatkan semangat sukarelawan yang mengalir dalam diri Mohd. Zul Fadlain semakin membara.

Dalam nada mendatar berbaur sesal Mohd. Zul Fadlain agak terkilan dengan apa yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini.

"Pergilah ke luar negara dan lihat kehidupan rakyat di negara-negara dunia ketiga. Bukalah mata, lihat sendiri anak-anak di sana sangat susah. Ada yang terpaksa menjadi pelacur untuk meneruskan kelangsungan hidup.

SEDIKIT sumbangan yang diberikan oleh sukarelawan dapat meringankan beban penduduk minoriti Islam di Kampung Rakapram.


"Di Malaysia, anak-anak muda hidup senang dan mewah hingga ada yang tidak bersyukur. Di Kemboja, gaji AS$1 (RM3.70) sehari sudah besar bagi mereka," katanya yang mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Kemboja bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia dan Politeknik Metro Kuala Lumpur pada bulan Mei lalu.

Seramai 156 sukarelawan menyertai misi tersebut yang berlangsung selama dua hari semalam. Ia turut disertai oleh pelajar politeknik bagi memberikan pendedahan sekali gus membuat perbandingan keadaan di Malaysia dan Kemboja.

Serba kekurangan

Turut menyertai misi tersebut ialah Pakar Sakit Puan dan Perbidanan Hospital Pusrawi (Pusat Rawatan Islam Wilayah Persekutuan), Dr. Habibah Abdul Ghani, 55, yang merupakan salah seorang sukarelawan Al-Falah Pusrawi.

Mengakui dirinya kali pertama menjadi sukarelawan sejak ia ditubuhkan di Pusrawi pada 27 April lalu, Habibah juga terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk minoriti Islam Kampung Rakapram di wilayah Kampung Cham.

Kehidupan penduduk kampung yang terletak kira-kira 300 kilometer dari Phnom Penh itu sangat miskin dan serba kekurangan.

"Namun, kami dirai bak pembesar dan sepanjang berada di sama, kami diberi minum air kelapa sahaja kerana mereka khuatir air daripada sumber telaga akan menyebabkan kami sakit perut. Keadaan mereka memang menyedihkan dan ilmu pengetahuan mereka agak terhad. Kita perlu tunjuk ajar mereka hatta cara-cara menggosok gigi dan solat," katanya sambil menyifatkan kerajaan Kemboja meminggirkan mereka.

Di perkampungan tersebut langsung tidak kelihatan sekolah-sekolah atau klinik-klinik kerajaan. Sebab itulah, jika ada yang jatuh sakit, mereka akan ke hutan untuk mencari penawarnya.

Naluri keibuan Habibah tersentuh apabila melihat kanak-kanak yang berhingus, berkudis, berjalan hanya beralaskan tapak kaki dan terdedah kepada pelbagai penyakit.

"Mereka perlu keluar dari kampung untuk bekerja di ladang-ladang yang dimiliki oleh orang Khmer kerana di kampung mereka memang tiada sumber pendapatan walaupun mempunyai tanah yang luas.

"Dalam sebuah rumah yang berkeluasan 2.5 x 3 meter, ia didiami oleh datuk, nenek, anak dan cucu. Rumah tanpa bilik itu hanya menjadikan kelambu sebagai bilik kelamin," jelasnya.

Menyentuh hati

Menurut Habibah, boleh dikatakan nama Malaysia sentiasa meniti di bibir mereka. Masjid, surau, rumah jahitan, telaga dan sebagainya dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia yang pemurah.

"Klinik kami diserbu dan mereka berebut-rebut mahu mendapatkan khidmat perubatan. Sungguhpun serba kekurangan, mereka tidak meminta-minta. Barang-barang yang kami bawa pun tidak diusik atau dicuri walaupun barang tersebut ditinggalkan tanpa dijaga. Mereka ambil apa yang diberikan kepada mereka sahaja," katanya.

Bagi Mohd. Noor Wahi Ismail, 26, yang bertugas sebagai jururawat di Pusrawi, banyak peristiwa yang berlaku sepanjang berada di Kampung Rakapram tersebut menyentuh hatinya.

SUKARELAWAN berjaya membina sebanyak 105 telaga untuk kemudahan penduduk kampung tersebut.


"Seakan mahu menitiskan air mata tatkala melihat kanak-kanak di situ berebut gula-gula, tidak pakai selipar dan keterujaan mereka melihat kipas dinding.

"Ada seorang wanita yang usianya dalam lingkungan 60 tahun, berjalan dan berdiri di tepi pintu bas kami kerana mahu merasai sejuk pendingin hawa. Dia kemudian meminta izin naik sebentar ke dalam bas," ceritanya yang pertama kali menyertai misi kemanusiaan.

Walaupun Wahi kini berada di tanah air, namun memorinya terhadap tempat berteduh seorang nenek di kampung tersebut seperti reban ayam.

"Kalau rakyat Malaysia miskin, kerajaan masih bantu dan paling tidak pun mungkin jiran akan beri ikan seekor dua, tetapi di sana, jiran mereka tiada apa-apa untuk diberikan," jelasnya.

Dalam pada itu, pensyarah Politeknik Metro Kuala Lumpur, Mohd. Rosdi Ripin, 35, memberitahu, dia masih teringat bagaimana raut wajah gembira masyarakat Kampung Cham Kemboja ketika mereka datang memberikan sumbangan.

"Kehidupan mereka sangat daif. Masjid dan sekolah yang ada pun merupakan sumbangan masyarakat Islam luar negara.

Tambahnya, kunjungan ke Kemboja bersama sukarelawan lain membawa misi yang cukup besar iaitu membina 105 perigi yang diwakafkan, membuat pendawaian elektrik di masjid dan dua buah sekolah yang mempunyai 11 buah kelas, mengecat bangunan sekolah dan melaksanakan sembelihan akikah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


UTM berkonvoi promosikan festival konvokesyen

Posted:

UTM berkonvoi promosikan festival konvokesyen

JAWATANKUASA Fesko bergambar ketika mengadakan konvoi promosi Fesko UTM ke-49 di Johor Bahru baru baru ini.


PROMOSI. Jawatankuasa Festival Konvokesyen (Fesko) ke-49 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tampil dengan strategi baharu bagi mempromosikan acara berkenaan kepada orang ramai dengan mengadakan konvoi mengelilingi bandar raya Johor Bahru baru-baru ini.

Pengarah program, Wan Franny Muhtaddin berkata, melalui konvoi itu, pihaknya yakin dapat menarik 10,000 orang untuk hadir ke festival berkenaan.

Tambahnya, sempena Fesko itu juga, lebih daripada 50 pameran korporat, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan lebih 180 lot jualan disediakan kepada pengunjung.

25 pelajar ikuti bengkel keusahawanan

Posted:

25 pelajar ikuti bengkel keusahawanan

PARA peserta bergambar kenangan ketika menyertai Bengkel Keusahawanan Ukiran Bunga Kering di Inap Desa, Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi baru-baru ini.


BENGKEL. Seramai 25 pelajar Kursus Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) mengikuti program dua hari Bengkel Keusahawanan Ukiran Bunga Kering di Inap Desa, Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi baru-baru ini.

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi KKKT, Abdul Kharim Abd. Hamid, berkata, kursus berinspirasikan daun dan bunga kering bagi menghasilkan produk kraftangan seperti penanda buku, poskad dan bunga telur.

Sepanjang kursus tersebut, para peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kraftangan yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Katanya, kursus itu dapat menyediakan maklumat keusahawanan selain menggalakkan para peserta menceburi bidang perniagaan dan mendedahkan para peserta mengenai potensi kraftangan yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

"Program ini juga bertujuan menjadikan inap desa ini sebagai pusat keusahawanan dalam melahirkan lebih ramai belia terlibat dalam bidang perniagaan," katanya.

Pelajar masuk kampung melalui Karnival MDAB

Posted:

Pelajar masuk kampung melalui Karnival MDAB

PELAJAR UiTM bergambar kenangan ketika menyertai Karnival MDAB di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru.


KHIDMAT MASYARAKAT. Skuad Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Karnival MDAB di Permatang Sintok, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 Oktober itu mendapat kerjasama daripada Persatuan Belia 4B Kepala Batas.

Ketua Program Skuad MDAB, Azirah Azeni berkata, karnival seumpama itu dianjurkan dengan matlamat untuk memperkenalkan UiTM kepada masyarakat setempat khususnya kaum bumiputera.

"Memang menjadi fokus kita untuk masuk ke kampung-kampung dan sekolah bagi memberikan pendedahan tentang UiTM kepada generasi muda," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Polis tangkap pencuri Porsche

Posted:

Polis tangkap pencuri Porsche

Oleh FARHANA HANIM
MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

GAMBAR fail menunjukkan Zainuddin mengedarkan gambar Mohd. Azri yang dicari bagi membantu siasatan.


KUALA LUMPUR – Kecekapan polis menyiasat kes kecurian sebuah kereta sport Porsche Panamera 4 bernilai hampir RM1 juta dari sebuah pusat pameran kereta Porsche di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin terbukti apabila suspek yang disyaki terlibat dapat diberkas kurang dari tempoh 24 jam.

Suspek berusia 31 tahun yang merupakan bekas tahanan Pusat Tahanan Simpang Renggam itu ditahan oleh polis Klang pada pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pandamaran. Suspek kemudian diserahkan kepada polis daerah Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, kereta mewah berwarna emas bernilai RM900,000 itu masih belum ditemui dipercayai telah diserahkan kepada pihak tertentu.

Difahamkan, sebaik dapat melarikan kereta itu pada pukul 9 pagi, seorang rakan suspek yang memandu sebuah kereta lain telah mengekorinya hingga ke satu kawasan berdekatan Hotel Flamingo, Ampang Jaya melalui Jalan Lingkaran Tengah 2.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Peniaga penipu guna timbang haram

Posted:

Peniaga penipu guna timbang haram

megat@kosmo.com.my

OTHMAN memeriksa sebuah alat timbang dalam satu operasi di Pasar Besar Klang, Klang baru-baru ini.


SHAH ALAM – Segelintir peniaga yang menggunakan alat timbang tamat tempoh dan diubah suai dikesan begitu licik menyembunyikan kegiatan mereka dengan membawa lari atau menyorok alat timbang 'haram' itu sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Peniaga terbabit juga sepantas kilat akan menukar alat timbang lain yang sah mengikut peraturan lalu meneruskan perniagaan seperti biasa seolah-olah tiada kesalahan dilakukan.

Modus operandi para peniaga terbabit kini menjadi cabaran besar kepada pegawai dan anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor ketika menjalankan operasi membanteras kegiatan itu di pasar besar-pasar besar seluruh negeri itu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK negeri, Othman Nawang berkata, pihaknya terpaksa menggunakan ramai anggota setiap kali membuat serbuan di pasar besar bagi mengesan dengan cepat kesalahan yang dilakukan peniaga termasuk alat timbang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

100 penduduk bakal hilang rumah

Posted:

100 penduduk bakal hilang rumah

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

ISHAK (kiri) menerima notis tuntutan supaya PKNS mengambil alih hutang pembeli rumah di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kira-kira 100 pemilik Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya bakal kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka akan dilelong kerana gagal menjelaskan hutang bank ekoran kesempitan hidup.

Pembeli terbabit kini hanya bergantung harap kepada pemaju hartanah di kawasan tersebut iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menyelamatkan rumah mereka melalui pengambilalihan hutang daripada pihak bank.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India Pangsapuri Desa Mentari Jaya, Siva Murugan berkata, pihaknya mahu kerajaan negeri melalui PKNS mengambil alih hutang tersebut kerana kebanyakan pembeli merupakan mereka yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, jika benar PKNS melangsaikan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) sebanyak RM392 juta, penduduk miskin di Selangor juga patut dibantu.

"Dengan gaji serendah RM1,500 sebulan, kebanyakan daripada kami tidak mampu membayar hutang sebanyak RM350 sebulan kerana perlu menampung kos-kos lain seperti perbelanjaan harian serta belanja anak-anak ke sekolah.

"Kami juga tidak menikmati subsidi air percuma seperti terkandung dalam manifesto pilihan raya Umum 2008 pakatan pembangkang empat tahun lalu," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Tawar dua varian diesel

Posted:

Tawar dua varian diesel

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

APA yang anda ingat tentang SsangYong? Saya mengingati SsangYong menerusi model SUV kompak Rexton dan MPV Stavic yang seorang kawan menyatakan rekaannya seperti sebuah kapal layar.

Rexton memang berjaya memperkenalkan SsangYong kepada pengguna di Malaysia. Malangnya, momentum itu tidak bertahan lama. Kemudian, muncul pula trak pikap Actyon Sports yang dilihat oleh ramai orang sebagai mempunyai rekaan hadapan agak pelik.

Isu nilai jualan semula, penyelenggaraan dan sebagainya membuatkan jenama SsangYong tidak kuat dalam pasaran automotif tempatan. Malah, ramai yang mungkin tidak tahu mengenai kewujudannya. Keadaan itu nyata langsung tidak membantu untuk SsangYong kembali membina tapaknya di Malaysia.

Namun, itu bukanlah alasan buat pengedarnya, Competitive Supreme Sdn. Bhd. (Competitive Supreme) untuk tidak menawarkan jentera SsangYong kepada orang ramai. Terbaru, ia tampil dengan dua model iaitu SUV yang diberi nama Actyon dan trak pikap Actyon Sports.

Walaupun berkongsi nama yang hampir sama, kedua-dua kenderaan itu dibina di atas platform berbeza. Actyon menggunakan kerangka jenis monocoque, sementara trak pikap itu dihasil menerusi kerangka ladder frame.

Itu sahajalah perbezaaan paling ketara, komponen lain banyak dikongsi di antara satu sama lain. Tidak terkecuali, enjin dieselnya. Cuma, Actyon ditala agar mendapat lebih kuasa berbanding Actyon Sports.

Actyon

PAPAN pemuka dan meter diiluminasi menggunakan lampu berwarna kuning.


Direka bentuk oleh pereka terkenal Itali, Giorgetto Giugiaro dari firma rekaan Italdesign, Actyon yang dikenali sebagai Korando di banyak pasaran lain nyata memiliki citarasa Eropah. Rekaannya matang dan kemas.

Jangan salah tengok pula, itu bukan model keluaran Jaguar. Tidak perlu bimbang, bukan anda seorang boleh terkeliru jika hanya melihat kepada rekaan gril hadapan yang berwarna krom tersebut.

Percaya atau tidak, Actyon menawarkan ciri yang lebih baik berbanding pesaing sekelasnya. Selain daripada ciri yang ada, satu lagi perkara yang boleh membuatkan anda berfikir dua kali adalah harga yang ditawarkannya.

Ditawarkan pada harga RM129,977 seunit (tidak termasuk insurans), Actyon nyata amat kompetitif jika dibandingkan dengan pesaing sekelasnya seperti Kia Sportage. Mungkin ada yang beranggapan harga itu mahal untuk sebuah SsyangYong. Tetapi, cuba lihat dulu apa yang boleh ditawarkannya secara keseluruhan.

Actyon dijana oleh unit enjin diesel e-XDi200 baharu. Bagi sesiapa yang pernah memandu jentera diesel, pasti anda ketagih dengan kuasa tork yang mampu diberikannya. Tipikal enjin diesel, keseronokan itu tetap menjanjikan penjimatan.

Enjin diesel e-XDi200 yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan berupaya menghasilkan kuasa sehingga 175PS dan tork maksimum 360Nm @ 2,000 hingga 3,000rpm. SsyangYong mendakwa Actyon hanya menggunakan 7.5 liter petrol bagi setiap perjalanan sejauh 100 kilometer.

Menyentuh tentang ciri pula, ia sebuah SUV sebenar kerana dipacu oleh sistem pacuan semua roda (AWD). Bagi mereka yang tahu tidak akan membawa jentera itu meredah laluan off-road, Competitive Supreme memberitahu phaknya akan membawa masuk model pacuan dua roda nanti.

Melengkapkan penampilan maskulin Atcyon ialah tiang C yang lebar, lampu brek LED, roof rail dan bumbung suria. Di dalam kabin, anda boleh mengharapkan rekaan dan pengunaan material kulit serta plastik yang berkualiti.

Actyon Sports

ENJIN diesel e-XDi200 baharu yang menjanjikan kuasa dan penjimatan.


Faham mengenai pasaran trak pikap yang semakin kompetitif, terutama selepas kemuculan Ford Ranger, Actyon Sports bagaimanapun tidak gentar.

Hadir dengan rekaan lebih kontemporari, jentera itu ditawarkan menerusi empat varian yang dibezakan oleh sistem pacuan (2WD atau 4WD separuh masa) dan transmisi manual atau automatik enam kelajuan.

Penampilan luarannya menyerlahkan hala tuju rekaan SsangYong yang moden dan efisien. Bahagian kabin pula menawarkan ruang yang luas dan selesa untuk kegunaan seisi keluarga, bukan sekadar untuk bekerja.

Sentuhan mewah kabin Actyon Sports terserlah menerusi gabungan material berwarna hitam dan kemasan metalik. Sementara penggunaan kluster instrumen yang diiluminasi oleh lampu LED membuatkan ruang itu rasa lebih sofistikated.

Actyon Sports membezakan dirinya menerusi pelbagai ciri menarik. Antaranya ialah kewujudan bumbung suria dan cermin sisi berkuasa elektrik yang boleh dipanaskan.

Menggunakan enjin sama, talaannya sedikit berbeza. Actyon Sports menjana kuasa maksimum 155PS. Jumlah torknya juga sama iaitu 360Nm, tetapi ia dapat dicapai dengan lebih pantas pada julat rpm antara 1,500 hingga 2,800rpm.

Kalau diimbas sekali lagi, kedua-dua tawaran daripada SsangYong itu tiada kurangnya berbanding pesaing yang lain. Cuma, cabaran paling getir yang perlu dihadapi oleh Competitive Supreme adalah untuk mengubah persepsi dan rasa skeptikal pengguna terhadap jenama SsangYong. Memang bukan tugas yang mudah.

Pandu dulu baru tahu

Posted:

Pandu dulu baru tahu

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

REKA bentuk Civic kali ini dilihat lebih eksekutif berbanding generasi sebelumnya.


BUKAN senang untuk mengubah sesuatu yang sudah sedia cantik dan mendapat perhatian ramai. Itulah dilema yang terpaksa ditempuh oleh pasukan jurutera Honda ketika menghasilkan sedan pentingnya, Civic.

Civic sudah boleh dikatakan sebagai cukup matang. Menjadi model penting sejak ia dikeluarkan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun 1970-an, Civic mengalami revolusi yang bukan sedikit.

Bukan sekadar saiz tubuh yang semakin membesar, malah ciri yang ada padanya bertambah canggih. Keupayaan sebuah Civic terus ditambah baik dari satu generasi ke generasi seterusnya, terutama dari aspek penjimatan bahan api, pengendalian, reka bentuk, keselamatan dan banyak lagi.

Secara kumulatifnya, Civic telah terjual sebanyak 19.7 juta di seluruh dunia sejak pelancaran model pertamanya pada tahun 1972. Di Malaysia, apabila Civic generasi ketujuh diperkenalkan pada tahun 2003, sedan itu mencatat jualan sebanyak 58,000 unit. Jumlah itu sekali gus menjadikan Civic sebagai peneraju pasaran dalam segmen sedan bukan nasional.

Ternyata rakyat Malaysia masih terpengaruh dengan model Civic generasi kelapan. Malah, seorang kawan saya sendiri tetap membelinya walaupun tahu Civic terbaharu akan dilancarkan tidak lama lagi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan antara model Civic yang paling sporty dan memiliki reka bentuk menarik. Ia juga menjadi model pertama yang memperkenal rekaan paparan meter bertingkat pada papan pemukanya.

Tema spesifik

Jadi, apabila Civic generasi kesembilan diperkenalkan, ramai yang kurang bersetuju dengan reka bentuk luarannya. Pengguna seakan-akan berpendapat, Civic itu mestilah mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri yang lebih hebat.

Jangan menilai sesuatu dari bentuk luarannya sahaja. Betul, mungkin Civic tidak menepati piawaian reka bentuk anda, tetapi jangan biarkan persepsi itu mengaburi intipati yang membentuk Civic sebagai sebuah sedan yang bagus.

Apatah lagi setiap generasi Civic dibina dengan tema spesifik. Bagi Civic terbaharu, ia berpaksikan kepada konsep asas iaitu futuristik dan kompak dengan gaya tersendiri. Dibina berasaskan model sebelumnya, ia dimodelkan semula dengan pembaharuan lebih baik.

Saya berpeluang dua kali memandu Civic. Pertama di Bangkok, Thailand beberapa bulan sebelum ia dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan. Sementara kali kedua pula adalah ketika menyertai sekumpulan media memandu uji Civic menuju ke Pulau Pinang.

Secara ringkasnya, apa yang boleh saya katakan adalah anda perlu memandu kereta itu sebelum membuat penilaian. Ini kerana Civic baharu menawarkan kualiti pemanduan yang lebih memuaskan dalam banyak aspek. Paling ketara adalah betapa cemerlangnya ia ketika mengambil selekoh.

Kolaborasi di antara maklum balas stereng, badan kenderaan dan suspensi begitu meyakinkan. Malah, sistem suspensi yang terdiri daripada topang MacPherson untuk roda hadapan dan multi-link pada roda belakang memberikan anda keselesaan yang sewajarnya ketika melalui laluan tidak berapa elok. Inilah antara kepakaran Honda yang sukar ditandingi oleh pesaing dalam kelasnya.

Kestabilan di atas jalan raya juga banyak disokong oleh aplikasi Vehicle Stability Assist (VSA) yang diintegrasikan bersama sistem Motion Adaptive EPS (Electric Power Steering). Sistem-sistem tersebut membantu pemandu mengawal kenderaan sekiranya berada dalam kondisi oversteer dan understeer.

Berbaloi untuk dimiliki

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) menawarkan Civic dalam empat varian iaitu 1.8S, 2.0S,2.0 Navi dan Civic Hybrid. Menjadi model asas, varian 1.8S sebenarnya sudah berbaloi untuk dimiliki.

Pada takat harga RM115,980 seunit di atas jalan termasuk insurans, anda sudah dapat sebuah sedan yang lengkap. Civic 1.8S dipasang dengan enjin SOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 141PS.

Ouput enjin aspirasi biasa itu tidaklah sebanyak enjin dengan unit turbo atau sebagainya, tetapi sudah memadai untuk membawa jentera itu meluncur lancar di atas jalan raya.

Kalau orang lain sibuk dengan kotak gear enam, tujuh kelajuan berkembar atau sebagainya, Honda hanya menggunakan transmisi lima kelajuan torque converter konvensional. Apa pun, apa yang lebih penting ia mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan pada masa sama membantu menjimatkan penggunaan bahan api.

Bagi memberikan pengalaman pemilikan Civic yang memuaskan hati, jaminan tanpa had perbatuan telah dipanjangkan sehingga lima tahun. Pemilik juga tidak lagi perlu menyelenggara Civic setiap 5,000 kilometer (km), sebaliknya selang penyelenggaraan itu boleh dibuat selepas perjalanan mencecah 10,000km.

Tidak cukup dengan itu, Honda menawarkan kos buruh secara percuma sebanyak enam kali yang diselang-selikan dengan servis berbayar sehingga perbatuan mencecah 100,000km.

"Civic ini mengambil semua nilai-nilai generasi sebelumnya iaitu jimat minyak, teknologi pintar dan nilai jangka panjang. Ia juga lebih sofistikated dan memiliki penampilan yang energetik," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Memang betul pun. Kalau anda jenis yang selalu bertukar kereta dan tidak rela nilai kereta terpakai jatuh merudum, membeli Civic mungkin satu tindakan yang bijak.

Pek Vision Isuzu D-Max

Posted:

Pek Vision Isuzu D-Max

PEK Vision pada Isuzu D-Max melibatkan sistem audio, navigasi dan komunikasi.


BERDASARKAN kepada maklum balas pengguna, Isuzu UK telah melancarkan pek naik taraf yang meliputi sistem audio, navigasi dan komunikasi baharu berjenama Pioneer untuk semua trak pikap Isuzu D-Max.

Bermula hujung bulan ini, model Isuzu D-Max Yukon dan Utah boleh dipasang dengan pek Vision. Pelancaran aksesori pilihan itu dilihat sebagai bukti kesungguhan Isuzu mahu menjadi jenama trak pikap pertama di United Kingdom (UK).

Aksesori tersebut dikatakan meningkatkan kemampuan audio. Ia terdiri daripada pemain CD/DVD, MP3, micro SD, USB, iPod dan sambungan bebas tangan Parrot Bluetooth. Fungsi kawalan pada stereng bagaimanapun dikekalkan.

Unit audio dengan skrin sentuh itu lengkap dengan sistem bunyi keliling, sekali gus mengganti unit standard sebelum ini. Ia juga diintegrasi sepenuhnya ke atas papan pemuka.

"Pek Vision memberikan lebih kemewahan kepada model Yukon dan Utah yang sudah pun memiliki banyak ciri istimewa," kata Pengurus Besar Isuzu UK, William Brown. - Newspress

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Menghindari jenayah ragut

Posted:

Menghindari jenayah ragut

KEJADIAN ragut yang menyebabkan mangsa cedera teruk ataupun menyebabkan kematian membuatkan sesetengah masyarakat berasa gusar. - Gambar hiasan


MUTAKHIR ini, masyarakat dibimbangkan dengan kejadian ragut yang bukan sahaja menyebabkan mangsa kehilangan wang dan barangan berharga, malah telah menyebabkan kecederaan serius.

Lebih buruk, mangsa ragut juga berhadapan dengan kematian apabila peragut bertindak ganas dan tanpa belas kasihan.

Rentetan jenayah kejam ini hanyalah sekadar untuk mendapatkan beg tangan yang belum tentu mempunyai wang seperti yang diharapkan.

Walau bagaimanapun, kita boleh menghindar untuk tidak menjadi mangsa ragut dengan mengelak daripada berjalan seorang diri di lorong yang gelap, atau melewati kawasan yang mempunyai banyak kes jenayah.

Namun demikian, tanpa dapat diduga, ia tetap berlaku di tempat awam termasuklah di tengah-tengah kesesakan jalan raya atau ketika sedang membeli-belah.

Ia jenayah yang tidak boleh diramalkan kerana berlaku secara spontan, dan kita juga tidak bersedia untuknya. Oleh itu, di sini ada sedikit petunjuk psikologikal yang mungkin boleh membantu kita.

Dalam hampir semua kes ragut yang direkodkan, biasanya peragut terdiri daripada golongan lelaki manakala mangsanya pula ialah wanita.

Ini merupakan petunjuk yang mungkin tidak berlaku dalam jenayah lain. Dalam kes rompak dan samun, mangsa adalah sesiapa sahaja. Bagaimanapun, kejadian ragut ini hanya menyasarkan wanita sebagai mangsanya.

Jadi, ini menunjukkan kemungkinan peragut memiliki kepercayaan pertentangan di antara maskulin dan feminin yang mengandaikan lelaki lebih kuat manakala wanita pula ialah kumpulan yang lemah.

Kepercayaan seperti ini biasanya kuat di kebanyakan negara Asia, dan tidak di negara Barat.

Umumnya, walaupun seseorang penjenayah itu dianggap ganas tetapi kajian-kajian yang ada menunjukkan mereka juga sebenarnya tidaklah sepenuhnya seorang yang sangat berani.

Mereka sebenarnya mempunyai perasaan ketakutan. Mereka sentiasa mempunyai rasa risau untuk ditangkap atau diapa-apakan oleh orang lain.

Tidak seperti kejadian jenayah lain, ragut merupakan jenayah spontan. Ia tidak memerlukan perancangan yang sempurna seperti halnya mereka yang ingin merompak bank atau melakukan jenayah kolar putih.

Reaksi psikologikal

Sungguhpun begitu, peragut juga manusia yang bertindak atas reaksi psikologikal seperti kebanyakan manusia lain.

PERAGUT menyasarkan golongan wanita kerana mentafsirkan bahawa wanita tersebut ialah mereka yang lemah dan tidak akan melawan. - Gambar hiasan


Seseorang manusia yang membuat tindakan secara spontan biasanya bergantung kepada working memory yang ada dalam kotak fikir mereka. Misalnya, kita membuat keputusan untuk terus memecut atau tidak ketika lampu isyarat berwarna kuning, dengan 'membaca' beberapa petunjuk.

Ketika waktu malam di jalan yang tidak mempunyai kenderaan lain, manusia mungkin meneruskan kenderaan mereka sekalipun lampu sudah berwarna kuning.

Ini disebabkan oleh fungsi working memory yang membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.

Dalam kes kejadian ragut, ada kemungkinan peragut juga menggunakan 'petunjuk' yang mereka miliki. Peragut menyasarkan golongan wanita kerana mereka telah mentafsirkan bahawa kemungkinan wanita tadi ialah mereka yang lemah dan tidak akan melawan.

Pentafsiran peragut akan berubah sekiranya wanita tadi ialah seorang anggota polis yang berpakaian seragam, atau mereka yang memakai pakaian seragam yang berkaitan dengan agensi keselamatan.

Golongan wanita seperti ini dianggap kuat dan mampu melawan mereka semula. Peluang untuk berlaku ragut juga mungkin berkurangan sekiranya wanita berjalan bersama dengan orang lelaki atau secara berkumpulan.

Mengenai tanda-tanda yang mungkin dijadikan petunjuk oleh peragut ini, pada kebiasaannya peragut akan merampas beg tangan yang dipunyai oleh wanita dengan andaian bahawa di dalam beg tangan tadi tersimpan wang yang banyak.

Pentafsiran tadi mungkin berubah sekiranya wanita yang ingin diragut berjalan tanpa membawa sebarang beg tangan atau barang kemas. Ini telah mengurangkan potensi wanita itu dianggap memiliki wang.

Sebab itulah, kita dapati banyak kejadian ragut biasanya berlaku di kawasan tumpuan orang ramai, seperti pusat beli-belah atau berdekatan bank kerana ia melengkapkan potensi bahawa wanita yang berada di situ mempunyai wang di dalam beg tangannya.

Potensi untuk seseorang wanita diragut juga semakin besar jika mereka dilihat lebih bergaya dibandingkan mereka yang berpakaian biasa sahaja, kerana mereka yang bergaya ini 'berpotensi' mempunyai wang.

Walaupun adalah mustahil untuk kita mengurangkan semua petunjuk ini semata-mata bagi melemahkan working memory peragut, bagaimanapun, kita mungkin boleh melakukan sesuatu agar tidak menjadi sasaran peragut.

Mereka yang dilihat lemah tetapi mempunyai wang yang banyak mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diragut, dibandingkan dengan mereka yang dilihat 'kuat' dan tidak pula mempunyai wang yang banyak.

Sekiranya golongan wanita merasakan tidak mampu untuk mengubah semua 'petunjuk' ini ketika keluar rumah, ada baiknya jika mereka membawa bersama orang lain yang mungkin boleh membantu melemahkan persepsi peragut terhadap mereka.

Pencarian ibu cantik terbaik

Posted:

Pencarian ibu cantik terbaik

MEGA Lifesciences mengumumkan senarai 95 orang ibu yang layak untuk bersaing merebut gelaran Glowing Youthful Mother 2012.


SEBAIK sahaja pertandingan Glowing Youthful Mother 2012 dibuka kepada khalayak pada bulan Mei lalu, pihak penganjur menerima ribuan permohonan penyertaan daripada golongan ibu di seluruh negara.

Namun, hanya 200 permohonan disenarai pendek untuk menghadiri sesi uji bakat pertama pada bulan Julai lalu.

Usai sesi uji bakat itu, 95 peserta telah terpilih untuk ke peringkat seterusnya dan mereka juga telah diperkenalkan dalam satu majlis baru-baru ini.

Glowing Youthful Mother 2012 merupakan acara tahunan kedua dianjurkan oleh Mega Lifesciences selepas ia mendapat sambutan hangat tahun lalu.

Pertandingan tersebut merupakan platform bagi golongan ibu berumur lingkungan 30 hingga 60 tahun di negara ini untuk lebih bertanggungjawab mengenai kesihatan mereka dan mengetahui kepentingan penjagaan empat tonggak penting kesihatan manusia iaitu jantung, hati, sendi dan kulit.

Pengarah Serantau Mega Lifesciences, Sudhir Gandhi memberitahu, 95 peserta itu dipilih ketika uji bakat dengan melihat kepada tahap kecergasan yang setara dengan umur mereka.

"Sewaktu uji bakat, dua faktor yang ditentukan pihak juri ialah ujian biologi untuk mengukur tahap kesihatan yang setara dengan umur dan sesi soal jawab untuk menguji pengetahuan mereka mengenai topik kesihatan asas.

"Selain itu, penampilan dan kemahiran berkomunikasi juga diambil kira untuk peserta di pilih ke peringkat seterusnya. Sesi pengenalan kepada 95 peserta ini juga merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan ikon ibu sihat kepada ibu-ibu lain di luar sana," ujarnya ketika ditemui pada majlis itu baru-baru ini.

Sesi memperkenalkan 95 ibu di Publika, Solaris Dutamas baru-baru ini turut diserikan dengan aksi cat walk daripada peserta.

PERTANDINGAN Glowing Youthful Mother menggalakkan kaum ibu untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri walaupun sudah berkeluarga.


Seorang peserta yang terlibat, Alwizah Al-Yafii, 38, melahirkan rasa gembira apabila beliau dipilih sebagai salah seorang peserta sempena sesi pengenalan peserta itu.

"Semasa sesi uji bakat baru-baru ini saya telah membuat persiapan yang rapi terutama dari aspek kesihatan luaran dan dalaman serta ilmu pengetahuan mengenai kesihatan. Saya tidak menyangka akan terpilih sehingga ke tahap ini," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Glowing Youthful Mother 2012 mempertaruhkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM50,000.

Pemenang utama akan menerima wang tunai bernilai RM25,000, manakala pemenang tempat kedua RM10,000 dan tempat ketiga RM5,000.

Juri untuk pertandingan itu terdiri daripada personaliti terkenal iaitu Amber Chia, Daphne Iking dan Noniswara Baharuddin serta tidak ketinggalan juga pereka fesyen, Bon Zainal.

Profil 95 peserta kini terdapat di laman web rasmi pertandingan iaitu www.gymc.com.my dan laman Facebook www.facebook.com/glowforever.

Orang ramai juga boleh mengundi peserta kegemaran mereka di laman Facebook dan 20 peserta mendapat undian tertinggi akan terpilih ke peringkat akhir pada 3 November nanti. – MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Seorang maut bangunan parkir runtuh di Miami

Posted:

Seorang maut bangunan parkir runtuh di Miami

BANGUNAN tempat meletak kenderaan setinggi lima tingkat runtuh di Kolej Miami-Dade, Florida kelmarin.


MIAMI, Amerika Syarikat - Bangunan tempat meletak kenderaan yang masih dalam pembinaan runtuh kelmarin menyebabkan seorang pekerja terbunuh di sini, kata beberapa pegawai.

Menurut mereka, beberapa pekerja lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Salah seorang pekerja itu berjaya diselamatkan selepas terperangkap di celah runtuhan.

Jurucakap Jabatan Bomba Miami-Dade, Griselle Marino berkata, pekerja itu diselamatkan selepas dia menggunakan telefon bimbit untuk memberitahu lokasinya kepada anggota pasukan penyelamat.

Bangunan parkir itu setinggi lima tingkat dan terletak di Kolej Miami-Dade.

Tiada pelajar yang berada di kawasan itu ketika kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi.

Empat pekerja dihantar ke sebuah hospital termasuk seorang berada dalam keadaan parah.

Tiga lagi pekerja dirawat oleh anggota paramedik.

Punca kejadian masih belum diketahui. - Agensi

Turki tahan pesawat Syria

Posted:

Turki tahan pesawat Syria

GAMBAR menunjukkan sebuah pesawat penumpang Syria yang ditahan di Lapangan Terbang Esenboga, Ankara semalam.


ANKARA - Turki telah mengarahkan sebuah pesawat penumpang Syria yang dalam penerbangan dari Moscow untuk mendarat di Ankara semalam selepas menerima laporan bahawa pesawat itu disyaki membawa kargo berisi komponen senjata.

Tindakan Turki itu sekali gus meningkatkan lagi ketegangan antara dua buah negara jiran itu.

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu berkata, pihak berkuasa menahan kargo yang terdapat di dalam pesawat penumpang Syria itu kerana disyaki berbahaya.

Pesawat itu dalam penerbangan menuju ke Damsyik.

Agensi media Anatolia memetik seorang pegawai pemerintah sebagai berkata, pihaknya mengesyaki pesawat tersebut membawa kargo senjata.

"Terdapat kargo yang haram di dalam pesawat itu yang sepatutnya dilaporkan selaras dengan peraturan penerbangan awam," kata Davutoglu.

Menurutnya, kargo itu akan ditahan buat sementara waktu.

Turki menghantar dua buah jet untuk mengarahkan pesawat Airbus A-320 itu mendarat di Ankara kerana disyaki membawa senjata dan peluru.

Menurut rangkaian berita NTV, kargo yang dirampas itu dipercayai komponen peluru berpandu.

Bagaimanapun, stesen televisyen TRT membuat spekulasi bahawa kargo tersebut mengandungi peralatan komunikasi yang menuju ke Damsyik.

Pesawat itu dibenarkan untuk meninggalkan Lapangan Terbang Esenboga di sini selepas sembilan jam ditahan.

Seramai 35 penumpang berada di dalam pesawat itu.

Menurut agensi berita Interfax, seramai 17 penumpang pesawat itu ialah warga Rusia termasuk kanak-kanak.

Kedutaan Rusia di Ankara telah menghubungi pemerintah Turki untuk mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun, Davutoglu menyatakan insiden tersebut tidak akan menjejaskan hubungan antara Turki dengan Rusia.

Ketika ini Syria dilanda pergolakan ekoran kumpulan pemberontak mahu menyingkirkan Presiden Bashar Al-Assad.

Pertempuran antara para pemberontak dan tentera Syria itu berlaku sejak Mac tahun lalu yang menyebabkan lebih 30,000 orang terbunuh. - Agensi

Jutawan China tawar ganti kereta buatan Jepun milik mangsa rusuhan

Posted:

Jutawan China tawar ganti kereta buatan Jepun milik mangsa rusuhan

GUANGBIAO memegang basikal di atas bumbung sebuah kereta buatan China di Nanjing kelmarin.


NANJING - Seorang jutawan China, Chen Guangbiao berjanji untuk menggantikan kereta buatan Jepun milik 43 orang rakyat China.

Sebelum ini kereta milik 43 orang itu dirosakkan oleh sejumlah penunjuk perasaan di negara ini dalam isu tuntutan Kepulauan Senkaku di Laut China Timur.

Kerajaan Jepun memutuskan untuk membeli tiga daripada lima pulau kecil yang membentuk kepulauan itu daripada pemilik persendirian menyebabkan penduduk China berasa marah dan melancarkan tunjuk perasaan pada bulan lalu.

Menurut media negara ini semalam, Guangbiao menunjukkan 43 buah kereta buatan China yang dibelinya pada harga lebih AS$794,000 (RM2.4 juta) di sini pada Rabu lalu.

Jutawan berusia 44 tahun itu menawarkan kereta Geely buatan tempatan bagi menunjukkan perasaan patriotik terhadap negara.

"Saya melancarkan majlis ini (menawarkan kereta buatan China) untuk mengingatkan orang ramai bahawa semangat patriotik sepatutnya dikendalikan dengan rasional, kebijaksanaan dan disiplin," katanya.

Dia mempamerkan kereta yang telah dibelinya itu kepada orang ramai dan pemberita di sini kelmarin.

Menurut perangkaan industri, jualan kereta Jepun merudum ketika terdapat desakan supaya barang buatan negara tersebut diboikot ekoran isu tuntutan kepulauan yang tidak berpenghuni itu.

Guangbiao merupakan salah seorang daripada 400 individu yang kaya di negara ini.

Jumlah kekayaannya dianggarkan sebanyak AS$740 juta (RM2.27 bilion).

Dia memperoleh kekayaan menerusi sebuah syarikat kitar semula di Nanjing. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Sistem imunisasi serang sel sihat

Posted:

Sistem imunisasi serang sel sihat

Oleh SUHANA VERU
rencana@kosmo.com.my

PADA pertengahan tahun 2002, Azlina Jaafar, 33, kerap kali demam dan mengalami masalah ruam pada wajah.

Perubahan pada kulit kedua-dua belah pipinya yang menjadi kemerah-merahan begitu ketara hinggakan rakan-rakannya mula menegur.

Bagaimanapun, wanita itu tidak pernah mengambil peduli dengan teguran itu. Namun, jauh di sudut hatinya itu, dia mengakui berasa bimbang dengan masalah berkenaan.

Ekoran tidak tahan dengan teguran yang sentiasa diterimanya, Azlina akhirnya ke sebuah klinik untuk menjalani pemeriksaan.

Harapan untuk mendapatkan jawapan bagi masalah ruam itu sia-sia kerana doktor yang ditemuinya itu sendiri tidak dapat mendiagnosis jenis atau sebab dia mengalami simptom gangguan kesihatan tersebut.

Azlina yang masih tidak berpuas hati pernah mengulang kunjungan ke klinik yang sama. Begitupun, dia pulang dengan hampa kerana tidak menerima penjelasan tepat apatah lagi ubat-ubatan atau rawatan susulan.

Hinggalah pada satu hari, wanita itu jatuh sakit dengan situasi yang lebih serius. Berat badannya menurun secara mendadak iaitu kira-kira 10 kilogram dalam tempoh singkat.

"Gusar masalah itu berlarutan, saya merujuk masalah saya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan lanjutan," ujarnya yang mengakui semakin lemah waktu itu.

Autoimun

Selepas menjalani ujian darah dan air kencing di HKL, Azlina akhirnya didiagnosis menghidap Eritematosus Lupus Sistemik (SLE).

"Pada ketika itu, saya masih tidak memahami tentang SLE secara mendalam, walaupun doktor cuba membantu dengan memberikan saya beberapa keping risalah mengenainya," kata Azlina.

SLE atau lebih dikenali sebagai lupus adalah sejenis penyakit autoimun yang mengakibatkan sistem imunisasi tubuh menyerang tisu-tisu sihat dalam tubuh.

Penyakit itu sebahagian besarnya melibatkan kaum wanita yang berusia antara 15 hingga 45 tahun.


SETIAP pesakit SLE akan mengalami simptom yang berbeza dan salah satu daripadanya ialah ruam. - Gambar hiasan


Penyakit itu tidak mempunyai simptom spesifik dan petandanya berubah-ubah mengikut individu.

Oleh itu, ada yang menderita demam yang berlanjutan, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat ataupun mengalami kemurungan.

Berikutan simptom yang bervariasi itu, komuniti dunia perubatan turut menganggap lupus sebagai penyakit seribu wajah.

Menceritakan lanjut mengenai kehidupannya selepas didiagnosis dengan SLE, Azlina memberitahu, dia perlu mengambil 12 biji jenis prednisolone sehari selain dua jenis ubat yang lain bagi mengubati penyakit itu.

Namun demikian, selepas dua tahun mengambil ubat-ubatan tersebut, dia terpaksa membuat keputusan drastik dengan meninggalkan kerjayanya sebagai kerani akauntan.

"Saya tidak dapat bekerja kerana berterusan mengalami sakit sendi dan kerap kali demam. Lebih teruk, kaki kanan saya menjadi pendek," ujarnya yang diberitahu doktor, perkara itu terjadi akibat kesan sampingan pengambilan ubat prednisolone yang menjejas ketumpatan tulang.

Guna tongkat

Bertutur lanjut mengenai perubahan fizikalnya itu, Azlina memberitahu, dia terpaksa bergantung kepada tongkat kerana kemerosotan sokongan dan kekuatan kaki.

Oleh itu, doktor yang merawatnya menyarankan Azlina menggunakan tongkat selain selipar yang lebih tinggi supaya dapat membantunya bergerak.

"Saya terpaksa membeli selipar ringan yang diubah suai ketinggian tapaknya. Setakat ini, saya cuma ada tiga pasang untuk kegunaan harian," tuturnya yang tinggal di Selayang.

Dalam pada itu, Azlina mengakui ekoran menderita penyakit itu, dia pernah memencilkan diri daripada keluarga dan sahabat handai.

Walau bagaimanapun, sikap Azlina itu hanyalah sementara. Daripada menyendiri dan bersedih, wanita itu semakin menerima keadaan dirinya dengan sabar serta tabah.

Semangatnya untuk menempuh kehidupan sebaik mungkin kembali semenjak dia menyertai Persatuan SLE Malaysia pada tahun 2007. Persatuan itu banyak memberi sokongan selain menganjurkan aktiviti-aktiviti berguna untuk para pesakit SLE.

Tambah Azlina, penyertaannya dalam persatuan berkenaan banyak membantunya menjadi seorang positif dan mendapat maklumat berfaedah berkaitan penyakit SLE.

"Bagi sesiapa yang mempunyai masalah ini, lebih elok mereka menyertai persatuan ini kerana banyak perkara boleh dikongsi bersama ahli persatuan yang senasib dan memahami," katanya.

Persatuan membantu

Pendapat itu turut disokong seorang guru, Loh Pui Yee, 36. Anak sulung daripada tiga adik-beradik itu mula menyertai persatuan SLE selepas didiagnosis pada tahun 1993.

SAKIT sendi juga antara simptom penyakit SLE.


Ketika menerima keputusan itu, dia langsung tidak tahu-menahu mengenai penyakit itu sehinggalah terjumpa risalah mengenai ceramah lupus yang diadakan di hospital tempat dia mendapatkan rawatan.

Tanpa berfikir panjang, dia menyertai ceramah tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai kewujudan persatuan berkenaan.

Sejak hari itu, kakitangan kerajaan berkenaan mula menyedari betapa pentingnya seseorang individu yang menghidap penyakit berkenaan menyertai persatuan kerana tidak semua perkara boleh didapati dengan mudah.

"Saya pernah tertekan kerana penyakit ini tetapi dengan menyertai persatuan, saya dapat menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain.

"Mungkin masih ramai yang senasib dengan saya dan tidak mengetahui tempat bagi mendapatkan bantuan dan rawatan.

"Lagipun, SLE rumit untuk dikawal dan memerlukan rawatan berpanjangan. Maka, bagi mereka yang mengalami masalah yang sama, adalah lebih elok menyertai persatuan," syornya.

Pui Yee menghidap SLE ketika berusia 17 tahun dan mula mengalami perubahan pada diri seperti penglihatan kurang jelas dan kesan bintik-bintik merah pada muka.

Pada permulaan, dia menyangka ia sekadar gigitan nyamuk namun, selepas insiden pengsan di sekolah dan dirujuk ke hospital, barulah dia mengetahui tentang penyakit yang dihidapinya..

Meskipun terpaksa hidup dengan penyakit itu buat selama-lamanya, dia menerima suratan takdir itu dengan hati terbuka.

Hampir 20 tahun menghidap penyakit itu, dia kini hanya mampu bergantung kepada ubat-ubatan dan mengamalkan corak kehidupan yang sihat supaya keadaan dirinya tidak menjadi bertambah teruk.

Ronald ceriakan penghuni RMH

Posted:

Ronald ceriakan penghuni RMH

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

KANAK-KANAK begitu teruja mahu menjamu selera dengan hidangan Happy Meal yang disediakan khas buat mereka.


SUASANA Rumah Ronald McDonald (RMH) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur petang itu tidak seperti biasa. Kedengaran riuh-rendah suara kanak-kanak disulami hilai tawa tatkala pengacara majlis mengumumkan ketibaan Ketua Pegawai Kegembiraan McDonald's, Ronald McDonald di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri September lalu.

Lambaian Ronald McDonald dari kejauhan sudah membuatkan hati kanak-kanak tersebut girang. Masing-masing tidak sabar mahu mendekati ikon yang sinonim dengan restoran makanan segera, McDonald's itu.

Para tetamu cilik yang terdiri daripada 15 orang penghuni RMH dan 40 orang anak-anak yatim Rumah Nur Hikmah pada petang itu bukan sahaja berpeluang bergurau senda dengan ikon tersebut, malah menikmati hidangan lazat Happy Meal serta pelbagai juadah lain yang membangkitkan selera.

Apa yang lebih mengujakan kanak-kanak tersebut apabila mereka menerima oleh-oleh dan duit raya daripada McDonald's.

"Perayaan seperti hari raya merupakan sambutan yang menghimpunkan ahli keluarga. RMH merupakan sebuah rumah khas di PPUKM yang disediakan untuk membolehkan sejumlah keluarga yang datang dari jauh, menetap bersama anak mereka ketika menerima rawatan penyakit kronik di hospital itu.

"Sambutan sebegini adalah satu langkah yang tepat untuk menyuntik sedikit kegembiraan dengan meraikan anak-anak tersebut serta keluarga mereka," kata Pengerusi Ronald McDonald House-PPUKM, Datin Fadillah Othman.

FADILLAH (kiri) dan Chee Chin melihat kemudahan dapur yang disediakan di RMH untuk kegunaan para penghuninya.


Tambahnya, penganjuran majlis sedemikian bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim para penghuni sambil menikmati hidangan, malah dapat mengeratkan jalinan yang sedia ada.

RMH yang diwujudkan atas nilai kasih sayang adalah rumah khas yang pertama seumpamanya di Malaysia dan kedua di Asia. Ia merupakan transit kepada kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital.

"Sehingga kini, RMH telah menempatkan lebih daripada 450 buah keluarga dengan anak-anak yang memerlukan rawatan di PPUKM. Ia dilengkapi dengan kemudahan 19 bilik tidur, dapur, bilik komputer, perpustakaan, bilik dobi, bilik menonton televisyen, bilik bermain dan sebagainya.

"Berkonsepkan Home away from home ia berjaya mewujudkan suasana kekeluargaan," ujarnya.

Tinggal percuma

Presiden Rumah Kebajikan Ronald McDonald Malaysia, Chan Chee Chin memberitahu, RMH diwujudkan selepas menyedari akan kesukaran emosi dan fizikal yang dihadapi para pesakit dan ahli keluarga mereka.

"Dengan adanya program sebegini, kami berharap dapat meringankan beban mereka dengan menyediakan penempatan sementara yang selesa seperti di rumah.

"Mereka boleh tinggal di RMH tanpa dikenakan sebarang kos atau dengan bayaran minima RM5 semalam," katanya.

Kata Chee Chin, ia bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan untuk membayar kos penempatan dan pengangkutan, bahkan memudahkan ahli keluarga meluangkan lebih banyak masa bersama.

CHEE CHIN memberikan oleh-oleh kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri RMH September lalu.


Salah seorang penghuni RMH ialah Siti Rafizah Zainol Abidin, 36, yang setia menemani anaknya, Adam Danial Nor Azwan, 5, seorang pesakit leukemia.

Anak kedua daripada empat beradik tersebut menerima rawatan di PPUKM sejak setahun lalu.

"Pada mulanya, saya terkejut dengan penyakit yang dialami oleh Adam dan saya mahu sentiasa berada di sampingnya setiap kali rawatan dijalankan.

"RMH dilengkapi dengan kemudahan yang membuatkan saya rasa seperti berada di rumah sendiri dan dalam masa yang sama dapat memantau keadaan kesihatan anak tanpa memikirkan masalah penempatan," katanya yang sudah setahun menjadi penghuni RMH.

Seks bukan kunci utama bahagia

Posted:

Seks bukan kunci utama bahagia


HUBUNGAN intim seharusnya menambah kemanisan rumah tangga, bukanlah kunci utama kebahagian suami isteri. - Gambar hiasan


SAYA percaya, ramai yang beranggapan seks adalah segala-galanya dalam sebuah ikatan perkahwinan. Kalau hubungan seks baik, akan bahagialah rumah tangga.

Benarkah begitu? Adakah ia punca utama kepada peningkatan kes perceraian setiap tahun?

Hakikatnya, perkahwinan bukan untuk melampiaskan nafsu seks atau keseronokan semata-mata. Perkahwinan sebenarnya satu ikatan, tugas dan amanah yang perlu dipikul serta dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Ya, saya akui, salah satu tujuan dan hikmah perkahwinan adalah bagi membenarkan satu hubungan antara lelaki dan wanita.

Dalam Islam, melalui perkahwinan hubungan tersebut bukan saja dibenarkan, malah pelakunya akan diberikan pahala sama seperti melakukan ibadat suruhan Ilahi.

Namun perlu diingat, bukan itu sahaja tujuan dan hikmah perkahwinan. Malah, kalau dilihat kepada hikmah perkahwinan yang tersenarai, kita telah diajar sejak di bangku sekolah lagi, 'keseronokan' itu adalah tujuan terakhir.

Ini petikan daripada silibus Sijil Pelajaran Malaysia, telitilah sendiri:

Menyenaraikan hikmah perkahwinan:

*Melahirkan zuriat yang bersih.

*Memupuk perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.

*Mengelakkan perbuatan maksiat.

*Melahirkan perasaan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah Allah.

* Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani yang menjadi fitrah manusia melalui jalan halal.

Apabila seks menjadi hikmah terakhir dalam pensyariatan, jelaslah seks bukanlah kunci utama kebahagiaan. Lantas, di manakah terletaknya kunci bahagia rumah tangga?

Dua kunci utama

Seperti sebuah rumah, tidak cukup jika dikunci menggunakan satu kunci sahaja. Keselamatannya masih diragui. Paling kurang, ia memerlukan dua kunci iaitu satu kunci biasa dan satu lagi kunci mangga, barulah keselamatan lebih terjamin.

Sama dengan sebuah perkahwinan, ada dua kunci utama yang menjadi tulang belakang dalam usaha mewujudkan bahagia iaitu:

* Peranan yang dilaksanakan oleh suami dan isteri

* Isteri yang solehah

Peranan suami dan isteri

Suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tersendiri di samping tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan.

Tanggungjawab suami adalah hak isteri. Tanggungjawab isteri pula adalah hak suami. Suami perlu melaksanakan segala tanggungjawabnya agar isteri mendapat hak yang sewajarnya menurut syariat.

Isteri juga perlu melaksanakan segala tanggungjawabnya agar suami mendapat hak yang sewajarnya menurut syariat.

Secara ringkasnya, tanggungjawab seorang suami adalah melayani isteri dengan baik, memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan, menyediakan rumah serta keperluan berkaitan, melayani keperluan seks isteri dan bersikap romantik terhadap isteri.

Suami juga perlu bergurau dengan isteri, meluangkan masa bersama isteri, mewujudkan suasana ibadah di dalam rumah tangga, sentiasa menunjukkan wajah ceria, menjaga penampilan diri dan bersabar melayani kerenah isteri.

Sementara itu, tanggungjawab seorang isteri pula termasuklah taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat, melayani kehendak seks suami, menjaga harga diri, suami serta keluarga, menghormati suami dan menyenangkan hati suami.

Selain itu, tanggungjawab bersama bagi suami dan isteri pula adalah menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak serta menguruskan rumah tangga.

Sekiranya segala peranan dan tanggungjawab dilaksanakan dalam suasana penuh toleransi tanpa mengambil kesempatan, bahagia akan wujud walaupun hubungan intim bukan di takhta pertama.

Isteri solehah

Sukar diakui, tetapi satu hakikat yang perlu diterima adalah isteri yang solehah sebenarnya kunci utama kebahagiaan hidup berumah tangga.

Bukan niat mahu memihak kepada kaum Hawa. Tanyalah pada mana-mana kaunselor sekalipun termasuk kaunselor lelaki, pasti semuanya mengakui, isteri adalah kunci kebahagiaan rumah tangga.

Imbas semula asal usul kejadian manusia. Allah menciptakan Hawa sebagai teman hidup Adam apabila Adam mengadu dirinya keseorangan dan kesepian dalam syurga.

Sebab itulah juga, alim ulama mengatakan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.

Wanita solehah adalah wanita yang menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Malah, jika wanita itu seorang isteri, beliau isteri yang taat kepada suaminya selagi si suami tidak menyuruhnya melakukan kemaksiatan kepada Allah dan tidak melarangnya daripada melakukan suruhan Allah.

Ya sesungguhnya, isteri merupakan kunci kebahagiaan sesebuah perkahwinan. Apa sahaja ujian dan dugaan yang mendatang dalam rumah tangga, sekiranya si isteri bersabar, bukan sekadar bersabar, tetapi berdoa memohon pertolongan Yang Maha Esa, insya-Allah, akan tiba masanya kebahagiaan yang diinginkan akan menjelma di depan mata.

Tiada yang mustahil kerana memang diakui, wanita bukan insan yang lemah. Wanita sebenarnya diciptakan dengan satu kekuatan yang hebat, tetapi sukar dilihat.

Lantaran, saya menyeru kepada semua wanita bernama isteri, anda penentu kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Peranan anda penting! Jika sayangkan perkahwinan, lakukan peranan anda dengan sebaiknya dengan diiringi doa. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengurniakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nadia Aqilah jelmaan Zaiton Sameon

Posted:

Nadia Aqilah jelmaan Zaiton Sameon

BERPELUANG menonton filem biografi Zaiton Ceritaku, sebuah kisah hidup penyanyi berstatus diva tahun 1980-an, Zaiton Sameon sesungguhnya begitu mengujakan.

Bertempat di Cathay Cineplex e@Curve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, perasaan semakin melonjak untuk mengetahui kisah hidup Zaiton, khususnya tentang apa yang berlaku di sebalik tragedi hitam kemalangan yang meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, 13 tahun, pada 21 Februari 1990.

Bakal menemui penonton pada 1 November ini, antara karyawan filem ternama yang hadir memeriahkan majlis tayangan perdana filem itu pada Selasa lalu termasuklah Datuk Yusof Haslam dan Tiara Jacquelina.

Sepanjang tayangan Zaiton Ceritaku yang turut dihadiri Zaiton Sameon sendiri serta Nadia Aqilah Bajuri yang merealisasikan karakter Zaiton Sameon, perasaan sebak menguasai seluruh pawagam dan semua yang sedang menonton naskhah arahan sulung Esma Daniel itu.

Permulaan filem itu menonjolkan Nadia yang menyanyikan lagu hit Zaiton, Kabut Serangkai Mawar sekali gus mencetuskan gambaran dan nostalgia terhadap diva pujaan ramai pada era 1980-an itu.

Sepantas kilat emosi berubah apabila selepas itu, penonton dikejutkan dengan kemalangan tidak diduga yang dialami Zaiton dan Azirwan ketika dalam perjalanan pulang dari membuat persembahan di Ipoh, Perak.

Kemalangan ngeri itu berlaku di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Batang Kali, Selangor sehingga mengakibatkan dia kehilangan Azirwan buat selama-lamanya dan Zaiton sendiri koma selama tiga bulan.

Emosi semakin menggila apabila putaran filem diteruskan dengan memaparkan keadaan Zaiton yang kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ibunya, Kamariah kerana tidak dapat berjalan akibat kemalangan itu.

Duka terus dihambat derita apabila rumah banglo Zaiton serta segala barangan berharga telah dijual oleh kakaknya, ditambah pula dirinya kemudian terpaksa bergelut dengan kepedihan dan kekecewaan yang berganda selepas kematian ibunya itu akibat terkena strok.

Semua paparan tersebut nyata benar-benar menyentuh emosi jauh di lubuk hati dan nurani.

Menerusi filem itu juga, penonton didedahkan dengan fakta bahawa Zaiton sebenarnya bukannya kurang siuman seperti sesetengah laporan sebelum ini.

Dia sebaliknya bertarung dengan perasaan sendiri daripada mengingati tragedi hitam yang berlaku terhadap dirinya yang tiba-tiba sahaja hilang segala kemilau bintang diva yang pernah dikecapinya sebelum ini.

Zaiton juga terpaksa bergelut dengan keinginan dirinya yang membuak-buak untuk ke kancah nyanyian semula walaupun ketika itu dia sudah tidak mempunyai nilai seorang bintang lagi.


NADIA AQILAH teruja dan terharu diberi peluang menghidupkan karakter Zaiton Sameon dalam filem Zaiton Ceritaku.


Malah sungguh tragis, apabila Zaiton kemudian telah menyanyi di sebuah gerai menjual durian untuk mendapat habuan makan durian secara percuma.

Sebenarnya banyak lagi kisah lara Zaiton dipaparkan menerusi Zaiton Ceritaku yang begitu meruntun emosi.

Ia nyata sekali sukses direalisasikan lakonan berkesan Nadia Aqilah, 26, sebagai Zaiton yang berusia 20-an pada zaman kegemilangannya, 30-an, 40-an sehinggalah di zaman malap pada usia 50-an.

Walaupun nama Nadia masih agak asing di persada layar perak tetapi dia sebenarnya pernah membintangi beberapa drama bersiri di kaca televisyen seperti Tari Tirana, Emil Emelda, Sindarella dan Merah Putih.

Tabik Zaiton Sameon

Menurut Nadia, selepas disahkan memegang watak Zaiton Sameon, dia terus meminta untuk dipertemukan dengan pelantun lagu Menaruh Harapan itu untuk mengetahui dengan lebih dekat apa yang sebenarnya berlaku kepadanya.

"Apabila jumpa Zaiton, saya tabik dengan dia, dia masih gagah berdiri dan tetap menyanyi walaupun di kenduri kahwin. Saya tidak tahu dari mana dia dapat semangat itu," katanya.

Ujar Nadia, dia membuat pertemuan sebanyak tiga kali dengan Zaiton bagi menyelami dan menggali dalaman hati dan nurani wanita cekal itu.

Tambah Nadia, sepanjang pembikinan filem itu, hanya sekali, Zaiton membuat kejutan dengan muncul di set penggambaran.

"Zaiton sebenarnya seorang yang gigih, ada jiwa sebagai penyanyi, kalau tengok filem ini kita akan faham dirinya apabila sudah menyanyi sejak kecil, hidup kita hanya nak duduk atas pentas sahaja," katanya.

Dia juga menjelaskan, apabila menonton filem berkenaan, orang ramai akan tahu bahawa Zaiton sebenarnya bukan seorang yang sakit jiwa.

"Bila lihat mata dia, saya tahu dirinya sakit, filem itu akan beri penjelasan bahawa dia banyak kehilangan terutama anaknya Irwan, ketika bersembang dengan Zaiton dia banyak sebut nama Irwan jadi saya tahu dia sangat sayang anak tunggalnya itu," jelasnya mengakui sering menangis apabila mengingati kisah pahit Zaiton.

Gincu tebal

Mengakui proses menghidupkan watak Zaiton adalah sesuatu yang sukar dilakukan walaupun telah lima tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Nadia menganggap watak itu sebagai satu cabaran terhadap dirinya dan sememangnya dia menyukai cabaran sedemikian.

"Ketika menjiwai watak itu, saya rasa tenang sangat bukan seperti pegang watak lain, biasanya akan ada tekanan untuk membawa sesuatu watak bukan untuk watak ini," tambahnya.

Ujarnya, dia juga sering terbawa-bawa pembawaan Zaiton di luar set sehingga ditegur oleh beberapa artis senior lain yang turut berlakon dengannya.

"Kalau di rumah pula, saya suka pakai gincu tebal seperti Zaiton hingga membuatkan adik tegur saya dan banyak lagi perkara lain yang membuatkan watak itu sudah sebati dengan diri saya," jelasnya.

Nadia berkata, ketika bertemu dengan Zaiton beberapa kali dia mendapati wanita itu sering bercakap perkara yang sama berulang kali dan di situ dia tahu bahawa Zaiton menerima impak yang teruk terhadap kejadian yang berlaku ke atas dirinya.

"Orang cakap macam-macam pasal dia tetapi sebenarnya, apabila dia tidak ingat sesuatu perkara telah membuatkan Zaiton tenang," jelasnya yang harap filem itu dapat menukar persepsi masyarakat terhadap Zaiton.

Zaiton pula ketika ditemui di majlis itu meluahkan terkilannya apabila digambarkan seperti orang tidak normal dan terpaksa menyanyi untuk mendapat makan durian secara percuma.

"Saya memang suka makan durian tetapi tidak lah sampai macam tu sekali untuk makan percuma," jelasnya yang turut menangis apabila melihat klip tayangan kemalangan yang meragut nyawa Irwan di akhir filem berkenaan.

Dia juga yang menangis dan mahu mengungkit mengenai anaknya itu turut rasa tidak menyukai adegan filem berkenaan yang memaparkan seolah-olah ibunya, Kamariah meninggal disebabkan dirinya dalam bilik air ketika memandikannya duduk di kerusi roda.

"Rasa tidak seronok tengok adegan itu tetapi hendak buat macam mana saya sudah tandatangani kontrak, keseluruhannya saya gembira dengan filem berkenaan kerana tidak sentuh tentang keluarga saya," jelasnya.

Anak Madonna keluar rumah

Posted:

Anak Madonna keluar rumah

ANAK perempuan Madonna, Lourdes, 15, mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah ibunya dan tinggal bersama bapanya iaitu jurulatih peribadi, Carlos Leon.

Dia bertindak sedemikian selepas beberapa episod pergaduhan dengan Madonna.

Satu sumber memberitahu majalah Britain, Grazia: "Mereka bergaduh dengan begitu teruk, tetapi Madonna nampaknya sentiasa berusaha untuk menjernihkan keadaan. Dia tidak gembira dengan keputusan anaknya itu, tetapi Lourdes sudah membuat keputusan muktamad."

Madonna yang juga mempunyai seorang anak lelaki Rocco, 12, melalui perkahwinannya bersama Guy Ritchie selain memiliki dua orang anak angkat iaitu Mercy James, 6, dan David Banda, 7, sanggup membatalkan konsert jelajahnya ke Australia dengan mengatakan: "Anak-anak saya adalah keutamaan."

Perselisihan faham antara Madonna dan Lourdes dikhabarkan berpunca daripada hubungan sulit penyanyi berusia 54 tahun itu dengan seorang lelaki muda berusia 24 tahun, Brahim Zaibat. Selain itu, ketegasan Madonna dalam menghalang pergaulan Lourdes dengan kawan-kawannya juga antara yang menjadi puncanya.

Selepas Lourdes ditangkap merokok awal tahun lalu, Madonna memberitahu: "Ia sangat sukar. Setiap hari ada sahaja rundingan yang akan dibuat dengan anak saya. Saya memang tidak suka orang merokok, lebih-lebih lagi anak saya."

Sumber itu juga turut memberitahu, Lourdes tidak sabar lagi mahu meninggalkan rumah dan belajar di universiti. Semuanya sudah dirancangnya. Dia juga dikhabarkan sudah bosan mendapat begitu banyak perhatian media.

Seni suara Imam Muda

Posted:

Seni suara Imam Muda

Album kompilasi lima buah lagu zikir ini menjurus kepada cita rasa halwa telinga anak-anak muda, penyampaian dan penghayatan zikir lebih segar dan disulami komposisi muzik lebih berani.


KESINAMBUNGAN jenama Imam Muda musim ketiga diteruskan dalam bidang seni suara apabila sebuah album kompilasi lima buah lagu zikir dan berinspirasikan ketuhanan bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Lima buah lagu yang dinyanyikan oleh peserta-peserta Imam Muda musim ketiga berjudul Satu, Hasbi Rabbi, Subhanallah, Astaghfirullah dan gubahan semula lagu Allahyarham Datuk Ahmad Jais berjudul Takwa & Iman.

Album tersebut merupakan kompilasi kedua dari jenama Imam Muda selepas album pertama, Imam Muda: Memecah Tradisi berjaya merangkul tempat kedua Asian Television Award di Singapura tahun lalu.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, menariknya album kali ini akan ditampilkan bersama klip video lagu-lagu nyanyian sepuluh orang Imam Muda.

"Album ini menjurus kepada citarasa halwa telinga anak-anak muda, penyampaian dan penghayatan zikir lebih segar dan disulami komposisi muzik lebih berani.

"Pihak kami mahu melahirkan peserta yang serba boleh selaras dengan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin masyarakat.

"Pendekatan dakwah yang sedikit berbeza disampaikan melalui nyanyian dipilih kali ini," katanya yang ditemui selepas sidang akhbar majlis pelancaran album, Imam Muda 3: Ada Imam Di Kalangan Kita, di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lagu-lagu dalam album tersebut tambah Izelan diilhamkan oleh penggubah lagu yang sedang meningkat naik, Hezry Hafidz atau lebih dikenali AG Coco dari kumpulan Hujan.

(Dari kiri), Imam Muda Syed, Imam Muda Faris, Imam Muda Omar, Imam Muda Hafiz dan Imam Muda Naufal yang merupakan sebahagian daripada 10 Imam Muda musim ketiga yang terlibat dalam album Imam Muda 3: Ada Imam Di Kalangan Kita.


AG Coco pernah berkolaborasi bersama Astro untuk projek P. Ramlee... Dimana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi iaitu album kompilasi penghormatan buat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan album kompilasi, Aku Sudirman: Suatu Interpretasi.

Selain juara Imam Muda musim ketiga iaitu IM Jabbar, turut terlibat dalam pembikinan album itu termasuklah sembilan Imam Muda lain iaitu Ramadhan, Fakhrulrazi, Omar, Syed, Hafiz, Megat, Azri, Nasir dan Rahman.

Tidak pernah terfikir untuk diberi peluang menonjolkan bakat dalam bidang seni suara, kata Imam Muda Omar penghargaan ini amat besar nilainya.

"Nyanyian merupakan salah satu medium menyalurkan dakwah dengan lagu-lagu berunsurkan nasihat dan puji-pujian kepada Allah, semoga album ini mendapat sambutan dalam kalangan peminat program Imam Muda khususnya," kata pemilik nama sebenar Omar Mohd. Mokhtar, 21.

Hal yang sama dipersetujui oleh Imam Muda Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Abdul Khodir, 28, yang baru melangsungkan perkahwinan usai program Imam Muda sebulan lalu.

"Kenal dan lihat dari akar umbi masalah sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita membantu memperbetulkan persepsi asal, begitulah peranan yang dibawa oleh bidang seni suara," ujarnya.

Album terbitan Measat Broadcast Network System Sdn. Bhd. dan edaran Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM12.90. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved