Jumaat, 14 September 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Detik perpaduan rakyat Malaysia

Posted:

Detik perpaduan rakyat Malaysia

MENYUSURI lipatan sejarah negara mengingatkan seluruh rakyat Malaysia kepada tarikh penuh keramat, 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963.

Dua tarikh ini membawa erti yang sangat besar selain menjadi detik kepada terbentuknya sebuah negara merdeka bernama Malaysia.

Hakikatnya, tarikh 31 Ogos diangkat sebagai tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang ketika itu menyaksikan bermulanya era pentadbiran dan sosioekonomi negara di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman.

Beberapa tahun kemudian selepas detik 1957, langkah mula diatur. Rancangan disusun oleh pemimpin pada masa itu dalam kewujudkan sebuah persekutuan yang direncanakan.

Bermula dengan perundingan diikuti penubuhan jawatankuasa dan seterusnya proses turun padang bertemu rakyat, maka persetujuan akhirnya dicapai dan lahirlah sebuah negara bernama Malaysia.

Detik bersejarah itu dirakamkan pada 16 September 1963 yang menyaksikan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura bagaimanapun keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Kini, selepas 49 tahun terbentuk atas nama Malaysia, seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama mahupun budaya terus berdiri teguh berprinsipkan Rukun Negara selain menjunjung sistem perlembagaan.

Namun, melihat kepada sisi masyarakat yang semakin maju, tarikh 16 September yang diisytiharkan sebagai Hari Malaysia sering kali dipandang sepi. Ia hanya diingati sebagai sebuah cuti umum.

Persoalannya, sejauh manakah rakyat negara ini khasnya golongan muda menghayati Hari Malaysia?

Satu nikmat besar

Bagi mantan Pengarah Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin, penubuhan sebuah gagasan bernama Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (sehingga 1965) merupakan satu nikmat besar yang perlu disyukuri.

Selepas Tanah Melayu bebas daripada penjajahan pada tahun 1957, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan mengenai penubuhan sebuah gagasan baharu menerusi gabungan bersama Singapura, Brunei, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak pada 27 Mei 1961 di Singapura.



"Apa yang dilakukan oleh Tunku ketika itu adalah untuk mewujudkan suatu kerjasama politik dan ekonomi yang lebih erat dalam kalangan wilayah-wilayah serumpun.

"Malah, penggabungan ini turut mengambil kira pandangan semua pihak termasuklah kalangan pemimpin dan rakyat setiap wilayah.

"Ketika itu, sikap tolak ansur dalam kalangan pemimpin begitu terserlah semata-mata untuk melihat rakyat bersatu di bawah satu payung negara," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tarikh 16 September menjadi saksi kepada kesepaduan serumpun masyarakat Malaysia.

Mengambil kira kepelbagaian kaum dan etnik di negara ini, Datu Tigabelas menyifatkan perpaduan yang terjalin sejak terbentuknya Malaysia 49 tahun lalu adalah nikmat yang sangat besar bagi Malaysia.

Jelasnya, tidak banyak negara di luar yang mampu berdiri dan duduk bersama di bawah satu pemerintahan seperti yang dirasai oleh rakyat negara ini.

Sekalipun banyak rintangan pada awal penubuhan gagasan ini termasuk campur tangan negara jiran dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun berbekalkan semangat persahabatan serantau, jalan penyelesaian berjaya dicapai.

Bermula dengan pengumuman Tunku di Singapura pada tahun 1961, usaha penggabungan diteruskan dengan mengambil kira keadilan semua yang terlibat.

"Kita perlu faham maksud sebenar Hari Malaysia. Tarikh 31 Ogos ialah hari kemerdekaan kita dan itu fakta yang sangat jelas, manakala 16 September pula Hari Malaysia iaitu hari lahirnya sebuah negara bernama Malaysia.

"Dua tarikh ini perlu diingati dan diraikan. Paling penting, jasa-jasa pemimpin terdahulu terutamanya Tunku Abdul Rahman harus disanjung," tambahnya.

Antara pemimpin-pemimpin lain yang telah berusaha merealisasikan pembentukan Malaysia termasuklah Tun Abdul Razak Hussien, Tun Datu Mustapha Datu Harun, G.S Sundang, Temenggung Juggah Anak Barieng dan Datuk Abang Haji Openg.

Bercerita lanjut, Datu Tigabelas yang banyak membuat kajian ilmiah berkaitan sejarah Malaysia turut memberi pandangan bahawa perpaduan yang terbentuk dalam kalangan rakyat pelbagai kaum merupakan benteng dan senjata utama negara.

UPACARA pembacaan Pemasyhuran Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 1963.


Lantas, beliau tidak mahu pengorbanan yang dilakukan pemimpin dan rakyat terdahulu sewenang-wenangnya dimusnahkan oleh generasi masa kini hanya kerana berlainan ideologi.

"Mengapa kemerdekaan kita mampu bertahan sehingga kini dan mengapa Malaysia terus dihormati oleh orang luar? Persoalan ini cukup mudah dijawab. Ia disebabkan kesepaduan dan tolak ansur kita.

"Jujur, kita perlu membuang segala persepsi untuk mencari perbezaan dan saya tidak faham mengapa perlu kita mencari perbezaan. Bukanlah indah andai kita sentiasa berbicara soal persamaan.

"Kita mungkin berbeza dari segi agama dan bangsa, tetapi kita tetap sama. Kita adalah rakyat Malaysia," jelasnya.

Cintakan negara

Pandangan itu turut disokong seorang belia, Amirullah Maraining, 26, yang menyifatkan kejayaan dan keharmonian sesebuah negara banyak didokong oleh semangat perpaduan.

"Sebagai anak muda yang mempunyai pelbagai persepsi, saya sentiasa sedar dan bersyukur dengan nikmat yang diperoleh di negara ini.

"Kita juga beruntung kerana mampu meraikan dua peristiwa bersejarah iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Ia adalah bukti wujudnya kesamarataan dalam kalangan kita," ujarnya.

Bagi seorang belia dari Sarikei, Sarawak, Edward Ellie, 26, dia merasakan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada setiap 16 September perlu menjadi platform untuk menyemai semangat cintakan negara.

Kata mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini, jika 31 Ogos diingati sebagai tarikh untuk menyemai semangat kemerdekaan di kalangan hati para belia, maka 16 September juga wajar diingati sebagai tarikh untuk memupuk semangat bangsa.

"Ramai golongan muda yang tidak faham dengan konsep 16 September dan tarikh itu hanya diraikan sebagai cuti umum.

"Namun, jika diimbas kepada sejarah lampau, Hari Malaysia merupakan hari rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama disatukan di bawah satu pentadbiran," katanya.

Rakannya, Eko Prayitno, 27 pula merasakan konsep dan pengertian Hari Malaysia ini perlu diterapkan dalam diri setiap daripada rakyat agar sentiasa menghargai perpaduan sedia ada.

Justeru katanya, sistem pendidikan memainkan peranan paling besar dalam menyalurkan semangat cintakan negara sejak dari bangku sekolah agar sindrom membencikan negara dan pemimpin tidak lagi wujud.

Rasa bangga

Stella Lasan, 26 berasal dari Sarikei, Sarawak dan kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah yang terletak beribu-ribu kilometer dari tanah kelahirannya.

DARI kiri: Tunku Abdul Rahman, Setiausaha Kolonial British, Duncan Sandys dan Perdana Menteri Pertama Singapura, Lee Kuan Yew berbincang mengenai penubuhan Malaysia.


Menyedari pengorbanan yang terpaksa dipikulnya untuk berjauhan dengan keluarga, Stella yang merupakan kakitangan universiti di Kota Kinabalu bagaimanapun tetap bersyukur dengan nikmat yang diperolehnya.

"Apa yang saya rasai hari ini ialah hasil perjuangan pemimpin terdahulu. Sekalipun saya lahir di Sarawak, tapi saya masih mampu mencari rezeki di Sabah.

"Begitu juga rakan-rakan yang lain. Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kami hidup sebagai sebuah keluarga," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dulu goreng ayam, kini tauke katering

Posted:

Dulu goreng ayam, kini tauke katering

Oleh NURUL IZZA ROSLY

CHEF ZAINAL tidak menyangka bahawa dia sudah mempunyai perniagaan katering sendiri yang dikongsi bersama rakan kongsinya, Mohammad Akram.


CHEF ZAINAL. Walaupun namanya tidak segah atau sepopular chef-chef selebriti yang lain seperti Chef Wan, Chef Zam, Chef Ismail mahupun Chef Florence Tan, kisah kehidupan dan kejayaannya pada hari ini sarat dengan cerita menarik.

Berasal dari Sungai Siput, Perak, Chef Zainal atau nama penuhnya Zainal Mohd. Saad, 50, berhijrah ke Kuala Lumpur mengikut kakak angkatnya untuk bekerja sebaik selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Memulakan kehidupan di ibu negara dengan bekerja di salah sebuah cawangan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) dengan menggalas tugas menggoreng ayam, Zainal juga puas berkhidmat di beberapa buah hotel. Semua itu demi menimba ilmu dan meraih pengalaman dalam bidang kulinari.

Mempunyai kepakaran dalam masakan tradisional Melayu, Arab dan Cina, Chef Zainal memberitahu dia pernah bekerja di restoran Cina selama 18 jam sehari dengan bayaran gaji RM1,000 sebulan semata-mata mahu mempelajari ilmu masakan mereka.

Meskipun tiada pendidikan formal dalam bidang masakan dan hanya bersandarkan pengalaman semata-mata, bapa kepada dua puteri itu sentiasa belajar daripada internet dan bertukar-tukar pendapat bersama rakan bagi menghasilkan masakan yang lazat.

"Ketika kecil dahulu saya sering mengikut ibu angkat saya, Hasmah Mohd. Yasin ke majlis kenduri-kendara kerana dia merupakan seorang tukang masak.

"Daripada situ, saya belajar melalui apa yang selalu dilakukannya. Ketika usia sembilan tahun, saya curi-curi buat kek pisang dan letakkan di bawah tudung saji. Apabila ibu tanya 'siapa buat?' Saya jawab: 'Sayalah'," katanya yang sudah pandai memasak rendang tok resipi arwah opahnya seawal usia sembilan tahun.

Pelanggan pertama

Tambah Chef Zainal, dia sendiri tidak menyangka bahawa dirinya kini sudah memiliki perniagaan sendiri iaitu Dapur Utama Katering Cita Rasa Chef Zainal yang diusahakan bersama rakan kongsinya, Mohammad Akram Ibrahim, 25, setelah sekian lama bekerja dengan orang lain.

Memulakan perniagaan di rumah seluas kira-kira 84 meter persegi, Chef Zainal memberitahu Kolej Poly Tech Mara (KPTM) merupakan pelanggan pertamanya dan dia masih mengingati tarikh tersebut iaitu 2 Januari 2012.

Walaupun sudah berjaya merealisasikan impiannya memiliki perniagaan sendiri, Chef Zainal tidak lokek berkongsi rezekinya dengan anak-anak yatim dari Rumah Belaian Kasih, Kampung Pasir, Hulu Kelang yang diraikan pada majlis berbuka puasa sempena Majlis Pembukaan Dapur Utama Katering Cita Rasa Chef Zainal pada 12 Ogos lalu.

Tragedi 3 pagi

Sudah menjadi resam kehidupan, kita diduga dengan pelbagai ujian oleh Allah. Dia pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya 10 tahun lalu dalam perjalanan Perak ke Kuala Lumpur.

"Ketika itu pukul 3 pagi di kawasan Bukit Beruntung. Kemalangan itu telah menyebabkan kerosakan kekal pada retina mata kiri dan ia tidak dapat diselamatkan.

"Tragedi tersebut membuatkan saya rasa rendah diri dan hilang motivasi kerana penglihatan mata kiri saya kabur dan tidak nampak. Ia menyukarkan saya menjangkakan kedudukan," ujarnya.

Tambah Chef Zainal, keadaan itu menyebabkan dia melihat sesuatu di sebelah kanan sedangkan ia berada di sebelah kiri dan sebaliknya.

"Nak masak pun susah, salah letak garam. Ambil masa setahun juga untuk sesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

"Bab memasak perlu teliti. Kita perlu ada feel apabila memasak. Jika ada masalah, saya akan 'gantung' dulu masalah tersebut di luar sebelum masuk ke dapur," jelasnya.

Chef Zainal begitu beruntung kerana ibu Mohammad Akram sanggup laburkan modal RM100,000 setelah melihat kesungguhan mereka dalam bidang perusahaan katering.

Mohammad Akram yang merupakan graduan lulusan Ijazah Undang-Undang Syariah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dikenali melalui laman sosial Facebook.

"Memandangkan anak perempuan saya tidak meminati bidang ini, saya mengajak Akram menjadi rakan kongsi kerana dia suka membuat kek dan biskut dalam masa yang sama ada kemahiran fotografi.

"Jika sebelum ini kami buat bisnes dengan dapur rumah flat sahaja, kini sudah mampu menyewa kedai dengan dibantu oleh lima pekerja sepenuh masa dan sambilan," katanya.

Chef Zainal yang menyimpan hasrat untuk menghasilkan buku resipi masakan tradisional cara mudah pada suatu hari nanti, kini bertekad untuk terus menempa kejayaan berlandaskan maksud pepatah 'bukan senang nak senang'.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malam penentuan

Posted:

Malam penentuan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

JOHOR FC (jersi oren) masih berpeluang untuk merebut tempat ke suku akhir.


SAINGAN peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia 2012 sudah pun memasuki episod terakhir malam ini.

Justeru, beberapa pasukan dilihat berdepan misi 'hidup dan mati' bagi menentukan pasukan mana yang berhak menyambar slot ke suku akhir.

Dalam aksi Kumpulan A, saingan tiga penjuru membabitkan Lions XII dan pasukan 'adik-beradik', Johor serta Johor FC dilihat masih terbuka dalam usaha mara ke peringkat seterusnya.

Malam ini, Lions XII yang dikendalikan V. Sundramoorthy bakal melayan kunjungan Sang Lebah dan pertembungan dijangka sengit apabila kedua-dua pasukan kini berkongsi lapan mata.

Hasrat Sang Jengking juga masih belum terkubur apabila mengutip lima mata setakat ini, dan jika menang ke atas PKNS malam ini tidak mustahil mereka mampu ke suku akhir dengan syarat Johor FC teruk 'dikerjakan' Sang Singa di Stadium Jalan Besar malam ini.

Untuk rekod, mana-mana pasukan daripada Kumpulan A yang mara ke suku akhir nanti dijangka berdepan Selangor dan Pahang yang ketika ini selesa menerajui Kumpulan D.

Dalam pada itu, saingan 'kumpulan maut' juga tidak kurang hebat apabila juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan yang kini mengutip lapan mata pastinya mahu membelasah Terengganu di Stadium Muhammed IV, Kota Bharu untuk muncul juara Kumpulan B.

Sudah tentu anak-anak buah Bojan Hodak tidak mahu sekadar muncul naib juara kumpulan lantaran juara bertahan, Negeri Sembilan yang dijangka muncul juara Kumpulan C akan menanti mereka di suku akhir nanti.

Ia begitupun tidak semudah dijangka memandangkan juara Liga Premier, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini selesa mengutip 10 mata dijangka tidak berdepan masalah mengatasi cabaran Kedah dalam satu lagi aksi kumpulan malam ini.

Jika muncul juara kumpulan, ATM dijangka berdepan cabaran dua pasukan berstatus kelab, Felda United dan Sime Darby yang ketika ini memiliki peluang sama rata dalam Kumpulan C apabila berkongsi enam mata.

Dalam aksi Kumpulan C malam ini, Sang Rusa bakal melayan kunjungan Felda United manakala Sime Darby berkunjung ke Ipoh berdepan Perak yang begitupun sudah boleh mengucapkan 'selamat tinggal' dalam kempen kali ini apabila sekadar menghuni tangga tercorot kumpulan dengan tiga mata.

Bagi saingan Kumpulan D pula, juara 32 kali, Selangor dilihat berpeluang cerah mara ke suku akhir apabila berkongsi 10 mata dengan Pahang yang juga dijangka tidak berdepan masalah menewaskan T-Team dalam satu lagi aksi kumpulan.

Begitupun, skuad kendalian Irfan Bakti masih belum boleh berasa selesa memandangkan pasukan di tangga ketiga, Sarawak yang mengutip tujuh mata mampu menafikan hasrat Selangor jika menang besar di Stadium Shah Alam malam ini.

Aksi suku akhir yang akan diadakan secara timbal balik dijadualkan berlangsung pada 28 September ini dan 5 Oktober depan, separuh akhir (8 dan 12 Oktober) manakala pentas final dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Oktober depan.

Jadual itu begitupun akan dipinda sekiranya Kelantan berjaya mara ke saingan separuh akhir Piala AFC 2012 dan jika The Red Warriors layak, suku akhir kedua kempen akan diawalkan pada 1 Oktober manakala aksi separuh akhir pula dipinda ke tarikh 5 dan 8 Oktober depan.

Justeru, pasukan mana yang mampu menjadi lapan pasukan terbaik dalam kempen kali ini, sama-sama kita saksikan malam ini.

Kedah tetap ingin menang

Posted:

Kedah tetap ingin menang

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

KEDAH (jersi hijau) tetap mahu memburu kemenangan meskipun peluang mereka untuk mara ke suku akhir agak sukar.


BIARPUN peluang Kedah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia musim ini sudah tertutup rapat, namun para pemain pasukan itu tetap bertekad untuk melakar kemenangan ke atas Juara Liga Premier, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pertemuan terakhir Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Namun, peluang skuad Kenari akan kembali terbuka sekiranya berlaku keajaiban menerusi kejutan yang mungkin boleh dibuat Terengganu dengan menewaskan Juara Liga Super, Kelantan.

Walau apa pun percaturan di atas kertas, anak-anak buah Marijo Tot yang diketuai kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar hanya mahu fokus dan tekad meraih kemenangan ke atas skuad bimbingan B. Sathianathan yang tewas kepada Kelantan 4-3 baru-baru ini.

Baddrol mengakui, sukar untuk menang besar ke atas pasukan kelab itu yang dibarisi pemain berpengalaman dan sudah pasti mereka juga mahukan kemenangan.

Namun katanya, pemain akan mempamerkan aksi terbaik pada pertemuan terakhir ini, sekali gus mahu mencatat keme- nangan bermakna buat pasukan di samping mengharapkan Kelantan tumpas kepada Terengganu.

"Pertemuan terakhir ini adalah sukar bagi pemain lebih-lebih lagi Kedah perlu menang besar dan mengharapkan Kelantan kalah, namun kami akan cuba yang terbaik," kata- nya.

Kedah ketika ini berada di tangga ketiga dengan lima mata, ketinggalan tiga mata di belakang Kelantan. The Red Warriors mengumpul lapan mata berbanding ATM yang menerajui Kumpulan B dengan 10 mata.

Baddrol juga berharap rakan-rakan sepasukannya khususnya rangkaian serangan mampu menterjemahkan peluang dengan jaringan dan tidak berputus asa untuk memecah benteng pasukan lawan.

"Apabila mendahului pasukan lawan pemain tidak usah berasa selesa, sebaliknya jika ketinggalan pemain perlu terus berusaha memburu gol sehingga wisel penamat," katanya.

"Apa pun, pemain perlu fokus dan komi- ted pada perlawanan ini tanpa perlu memi- kirkan keputusan lalu, tewas kepada ATM di gelanggang sendiri dan peluang ke suku akhir yang amat tipis," katanya.

T-Team mahu pertahankan maruah

Posted:

T-Team mahu pertahankan maruah

YUNUS mahu anak-anak buahnya mempertahankan maruah pasukan T-Team pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia malam ini.


PASUKAN berstatus kelab, T-Team tidak akan memberi jalan mudah ketika bertemu Pahang malam ini biarpun ia sudah tidak layak ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia musim ini, lapor MANIRAH OTHMAN.

Malah, pasukan yang mungkin tidak lagi wujud musim depan itu tetap tidak akan mengaku kalah lebih awal, sebaliknya mahu menampilkan persembahan terbaik tanpa mengulangi kesila- pan-kesilapan lampau.

Jurulatihnya, Yunus Alif memberitahu, rentak kemenangan perlu dicari dan pemain dinasi- hatkan supaya tidak mengambil mudah perlawanan malam ini bagi membolehkan mereka memungut tiga mata penuh.

"Sekurang-kurangnya kita mahu menang dalam perlawanan esok (malam ini) dan memungut tiga mata penuh di laman sendiri.

"Ini adalah maruah kita dan juga maruah pemain-pemain dan inilah satu-satunya perlawa- nan bagi musim ini untuk mereka buktikan yang mereka adalah antara pasukan yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasirud- din Shah kelmarin menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan D menentang Pahang malam ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya punca kegagalan sepanjang lima perlawanan sebelum ini, Yunus mengakui kecacatan dalam pasu- kan menjadi punca skuad bimb-i ngannya itu gagal menemui rentak kemenangan sepanjang saingan Piala Malaysia musim ini.

Katanya, pada perlawanan pembukaan ketika menentang Pahang, skuad bimbingannya itu berjaya menemui rentak perla- wanan, namun apabila salah seorang pemain (Marco Tulio) dibuang padang menyebabkan T- Team ketinggalan 2-3 setelah terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

"Pada perlawanan kedua ketika menentang Sarawak, kita berpe- luang untuk memenangi perlawa- nan, namun beberapa cubaan menarik di depan gawang gagal disudahkan dengan baik.

"Ketiga adalah faktor-faktor lain dimana kita dikenakan sepakan penalti pada saat-saat akhir dan ini menambah tekanan kepada pemain sehingga melunturkan semangat mereka untuk terus berjuang," katanya.

Justeru, beliau berharap para pemain T-Team dapat bangkit dan membuktikan bahawa mereka ini mampu memberikan saingan biarpun menerima pelbagai tekanan dan memenangi perlawanan terakhir saingan kumpulan D ketika turun menentang Pahang di laman sendiri.

Ekoran prestasi yang kurang memberangsangkan musim ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sedang menunggu laporan prestasi pasukan itu dan ada kemungkinan pasukan tersebut dibubarkan, namun keputusan itu masih pada peringkat perbincangan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Bayi lebih sihat dan cerdik

Posted:

Bayi lebih sihat dan cerdik

Oleh NURUL IZZA ROSLY

JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara 'jatuh'.

Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.

Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi. Soal malu ditolak tepi.

Jika dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini, pemberian susu badan diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu mencukupi.

"Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi.

"Semua haiwan menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. Bayi manusia juga sepatutnya disusukan dengan susu ibu sendiri kerana apa yang bayi perlukan terkandung dalam susu ibu," kata Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (II) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Noor Haliza Yusoff.

Tambahnya, berbanding susu formula yang diperbuat daripada susu lembu, komposisi zatnya sama sekali tidak sama walaupun ada pihak yang mendakwa ia lebih kurang sama dengan susu ibu.

"Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.

"Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Sebagai contoh, susu yang keluar pada usia bayi sehari lebih banyak kandungan lemak," ujarnya.

Banyak kebaikan diperoleh oleh bayi yang diberikan susu ibu. Bayi akan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, terhindar daripada jangkitan-jangkitan penyakit seperti cirit-birit berbanding susu formula yang mendedahkan mereka dengan risiko masalah itu kerana air dan botol yang tidak bersih.

Selain itu, susu ibu juga mengandungi antibodi-antibodi untuk mengelak dan mencegah jangkitan respiratori (pernafasan) dan jangkitan telinga, malah kesan daripada zat-zat yang diperoleh daripada susu ibu dapat mengelakkan kesan jangka masa panjang dari segi obesiti, darah tinggi dan diabetes.

NOOR HALIZA (kiri) menunjukkan teknik penyusuan yang betul kepada Siti Nor Adilla, 31, sambil diperhatikan oleh suaminya.


Perkembangan otak

Noor Haliza juga memberitahu bahawa kandungan susu ibu juga dapat membantu perkembangan otak bayi agar menjadi cerdik dan cerdas.

Walaupun banyak susu formula mengandungi bahan yang dikatakan dapat merangsang sel-sel otak, kita tidak tahu sama ada bahan itu dapat memberi kesan yang sama seperti apa yang terdapat dalam susu ibu.

"Pemberian susu ibu juga boleh mengelakkan bayi kembung perut. Di sebalik semua kebaikan ia juga akan mengeratkan ikatan kasih ibu dan bayi.

"Penyusuan badan juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin. Secara tidak langsung, si ibu kurang mendapat masalah pendarahan selain tubuh akan cepat kembali ke bentuk asal," jelasnya sambil memberitahu ia dapat mengurangkan risiko barah payudara, ovari, rahim dan osteoporosis.

Selain itu, penyusuan ibu dapat membantu ekonomi keluarga kerana tidak perlu membeli susu formula yang mahal harganya.

Ia juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan si ibu tidak perlu mengambil cuti kecemasan dengan kerap kerana si anak berada dalam keadaan sihat.

Mengulas mengenai mitos badan menjadi gemuk jika menyusu badan, Noor Haliza memberitahu bahawa mitos tersebut tidak benar sama sekali.

Jika berikan susu ibu, badan lebih cepat kembali ke bentuk asal kerana sentiasa mengeluarkan lemak melalui susu dan dibakar ketika proses menyusu.

"Semua orang fikir bahawa menyusu badan itu sesuatu yang semula jadi dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah.

"Ia satu kemahiran yang telah dilupakan dan perlu dipelajari semula kerana ramai yang sudah terbiasa memberikan botol dan menganggap menyusu badan itu tidak penting. Kita terpaksa ajar ibu-ibu cara menyusu badan dengan betul supaya ia menjadi satu penyusuan yang efektif," katanya.

Penyusuan berjaya

Kegagalan memberikan penyusuan efektif menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan baik dan mungkin susu ibu pula yang dipersalahkan.

Penyusuan tidak efektif dan ditambah pula dengan teknik yang tidak betul menyebabkan luka puting, bengkak susu dan sebagainya membuatkan sesetengah ibu serik untuk memberikan susu badan.

Lantaran itu, semua hospital kerajaan kini ialah hospital rakan bayi sejak tahun 1992 yang mengamalkan 10 langkah ke arah penyusuan ibu berjaya.

"Mula-mula kita ajar dengan satu polisi iaitu semua bayi perlu diberikan susu ibu sejak lahir hingga enam bulan secara eksklusif.

"Selepas enam bulan, kita sarankan ibu memberikan makanan pelengkap tanpa menghentikan penyusuan kerana selepas enam bulan, pemberian susu sahaja tidak cukup," katanya.

Ujarnya, kebaikan susu ibu perlu dijelaskan kepada para ibu. Selepas sahaja bayi dilahirkan, bayi terus diberikan kepada ibu tanpa dimandikan terlebih dahulu kerana pengenalan pertama itu penting bagi interaksi awal.

Apabila sudah ada stimulasi pada ibu dan bayi, senang untuk memulakan dan meneruskan penyusuan.

"Bayi boleh 'meneroka' tubuh ibu untuk mencari payudara. Jika bayi tidak hisap tidak mengapa. Kalau hisap, bagus. Selepas bayi dimandikan, barulah si ibu diajar untuk menyusu.

Tambah Noor Haliza, menyusu badan perlu ada tekniknya. Badan bayi perlu lurus, rapat dengan ibu, mukanya menghadap payudara. Jika bayi tidak hisap, kemungkinan dia dalam keadaan tidak selesa," ujarnya.

KINI, ibu yang bekerja juga mahu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka dengan memerah susu badan bagi memastikan stok susu mencukupi. - Gambar hiasan


Cara ideal

Katanya lagi, ada tanda-tanda menunjukkan bayi bersedia untuk menyusu. Apabila bayi berada dalam posisi menyusu, mulutnya akan terbuka luas dan barulah ia diberikan susu.

Mulut bayi perlu masuk dalam semua kawasan areola (kawasan hitam payudara) dan bukannya hisap puting sahaja yang akhirnya menyebabkan luka puting.

"Ada juga sesetengah ibu masih tidak mahu memberikan susu badan selepas kita menerangkan tentang kebaikan susu ibu kerana takut bentuk payudaranya tidak cantik dan suami tidak benarkan.

"Saya rasa ia satu kerugian. Bayi ada hak untuk mendapat yang terbaik. Sudahlah dia tidak dapat apa yang diciptakan untuknya, kita berikan pula susu haiwan seterusnya mendedahkannya kepada risiko jangkitan," katanya.

Sesetengah ibu pula cuba memberikan susu badan tetapi ditolak beberapa kali oleh bayi. Akhirnya, ibu tersebut putus asa dan mengambil keputusan memerah susu kemudian memberikannya melalui botol.

Antara sebab penolakan tersebut adalah kerana bayi mereka mengalami keliru puting (akibat pemberian susu melalui botol). Pengalaman si bayi menyusu terus dari payudara dan botol adalah sangat berbeza.

"Jika demikian, jangan berikan susu dengan botol dan ajar bayi minum dengan cawan sedikit demi sedikit. Dengan kedudukan 45 darjah, bayi akan minum seperti kucing dan lama-kelamaan apabila sudah biasa, dia akan dapat minum susu dengan banyak.

Noor Haliza mengesyorkan para ibu agar merancang jadual penyusuan dua minggu sebelum kembali bekerja. Susu perlu diperah dalam tempoh berpantang selepas bayi selesai menyusu bagi memastikan stok mencukupi.

Apabila susu kerap diperah, lebih banyak susu dihasilkan. Sungguhpun begitu, apabila si ibu letih, sedih, marah dan stres ia mempengaruhi penghasilan hormon oksitosin yang menyebabkan pengeluaran susu terhenti.

Bagi melancarkan pengeluaran oksitosin, ibu perlu duduk di tempat yang sunyi, lihat gambar bayi dan mendengar muzik-muzik lembut. Keadaan tersebut membolehkan susu keluar.

"Jangan putus asa. Jika mempunyai masalah penyusuan, jangan segan untuk berjumpa dengan pakar laktasi, doktor dan jururawat di hospital kerana mereka akan memberikan bantuan," ujarnya sambil berpesan supaya para ibu tidak terpengaruh dengan iklan-iklan susu formula di televisyen.

Seronok berlumba untuk rumah amal

Posted:

Seronok berlumba untuk rumah amal

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

CARRIE KON (tiga dari kiri) dan Lee Ann Low (tiga dari kanan) bergambar bersama juara cabaran Tesco Charity Community Sweep.


PINTU masuk Tesco Paradigm Mall, Kelana Jaya petang 14 Ogos lalu lain daripada biasa. Ramai kanak-kanak berebut-rebut mahu melihat punca keriuhan yang berlaku. Pada masa yang sama, mereka memberi sokongan moral kepada teman-teman mereka yang mengambil bahagian dalam Tesco Charity Community Sweep.

Bagaikan sudah tidak sabar, deretan troli kosong yang tertera angka 1 hingga 8 sudah sedia bersama 'pengemudi' masing-masing yang mewakili empat buah rumah amal.

Empat rumah amal yang mengambil bahagian itu ialah Rumah Amal Suci Rohani, Rumah Kids, Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih dan Shelter Home.

Sementara menunggu isyarat pelepasan, para peserta sibuk berbisik sesama sendiri bagi merangka strategi seterusnya menentukan barangan yang patut diletakkan ke dalam troli.

Begitupun, mereka juga perlu mencongak perbelanjaan agar tidak tersasar daripada bajet yang diperuntukkan iaitu RM1,000 untuk pusingan pertama.

Setiap pasukan diwakili empat peserta yang terdiri daripada dua orang kanak-kanak daripada rumah anak yatim yang dibantu oleh dua orang wakil media.

Cabaran bermula

Penulis pula mewakili pasukan 7 bersama dua gadis iaitu Grace Logeswary, 16, dan Kelly Lim Yoke Fong, 15, daripada Rumah Kids, Subang Jaya.

Sebaik isyarat pelepasan diberikan, dengan pantas semua peserta menolak troli ke rak-rak barangan yang diperlukan mereka.

Melaksanakan tugasan dengan tempoh masa yang diberikan selama 15 minit, ia sangat mencabar kerana ada antara peserta yang berpuasa.

Dua pasukan yang menghampiri nilai RM1,000 layak ke peringkat seterusnya yang memerlukan mereka berbelanja dengan bajet RM2,000, sekali gus membawa pulang kesemua barangan tersebut.

Sayangnya, pasukan penulis tidak layak ke peringkat seterusnya gara-gara terlebih bajet kerana berbelanja sebanyak RM1297.35.

Kedua-dua pasukan kuning dan merah jambu yang layak berentap ke pusingan kedua adalah daripada Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih.

Selepas berentap sesama sendiri selama 15 minit, pasukan kuning yang diwakili Muhammad Muaz Ramlan, 14, dan Wan Mubin Wan Zaidi, 16, dibantu oleh jurugambar dan wartawan The Sun, Mohamad Fairuz Ramli dan Anansa Jacob muncul juara.

Berbelanja sebanyak RM2005.05, mereka menewaskan pasukan merah jambu yang terlebih belanja sehingga jumlah RM3290.50.

"Tahniah kepada Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih yang telah menyempurnakan tugas dengan baik.

"Hari ini saya sangat teruja melihat kanak-kanak yang mengambil bahagian bersama abang dan kakak daripada wakil media berganding bahu membeli-belah barangan keperluan," kata Pengurus Pusat Paradigm Mall, Carrie Kon.

Menang besar

Tiada pasukan yang tewas dalam Tesco Charity Community Sweep. Kesemua pasukan layak membawa pulang barangan bernilai RM1,000 pada pusingan pertama dan juara membawa pulang barangan bernilai RM3,000.

Dalam pada itu, pasukan yang menang turut mendapat baucar tunai Tesco bernilai RM200 setiap seorang.

Selepas penat membeli-belah, kanak-kanak daripada empat rumah amal tersebut dibawa menonton filem Brave di Golden Screen Cinemas diikuti sesi berbuka puasa bersama-sama di Old Town White Coffee.

Dalam pada itu, Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tesco, Lee Ann Low memberitahu, Tesco komited memberikan sumbangan kepada komuniti yang memerlukan.

"Saya sangat bertuah kerana berpeluang meluangkan masa bersama kanak-kanak di Tesco baharu di Paradigm Mall ini.

"Sebagai sebahagian daripada program Kasih Ramadan, kami sangat gembira membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam komuniti dan berharap usaha murni sebegini sedikit sebanyak dapat menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri satu kenangan yang bermakna," katanya.

Tambah Carrie, pihaknya mahu memberikan pengalaman beli-belah baharu kepada orang ramai di Paradigm Mall.

"Tidak kiralah sama ada anda ke sini untuk menjamu selera, berhibur atau menjalani 'terapi' beli-belah, ia pasti memberikan pengalaman menarik.

"Sempena sambutan hari raya tahun ini, Paradigm Mall bersama Tesco berganding bahu dengan harapan dapat mengubah kehidupan kanak-kanak yang menyertai program kami hari ini," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tasik Putrajaya akan didalamkan

Posted:

Tasik Putrajaya akan didalamkan

14/09/2012 5:00pm

PUTRAJAYA - Tender bagi kerja-kerja mendalamkan satu kawasan di Tasik Putrayaja di sini akan dibuka tidak lama bagi membolehkan cruise tasik itu menawarkan perkhidmatan mengelilingi sepenuhnya kawasan pentadbiran itu kepada orang ramai.

Tender itu ditawarkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH), pemaju utama pembangunan bandar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat berkata kerja-kerja itu disasar bermula pertengahan November depan dan dijangka siap kira-kira enam bulan. Bagaimanapun, katanya, beliau akan berusaha agar cruise bot persiaran penumpang boleh mula menawarkan perkhidmatan pusingan penuh tasik itu seawal Jan depan, membabitkan jarak perjalanan kira-kira 10.4km.

Menurutnya ketika ini bot-bot persiaran hanya dapat membuat perjalanan kira-kira 5.7km, sebelum ia berpatah balik kerana air di laluan selebihnya semakin cetek. - BERNAMA

Foto separuh bogel Catherine tersebar

Posted:

Foto separuh bogel Catherine tersebar

14/09/2012 4:56pm

LONDON - Putera William dan isteri, Catherine berang apabila gambar Chaterine yang hanya memakai seluar mandi disiarkan sebuah majalah di Perancis.

"Kami kini percaya gambar itu adalah tulen," kata sumber diraja kepada AFP.

Menurutnya, William dan Kate marah dan sukar mempercayai tindakan penerbit majalah itu yang telah melanggar peraturan.

Keluarga Diraja British itu akan mendapatkan nasihat peguam dari Perancis berhubung kes tersebut.

Majalah Perancis, Closer menyiarkan gambar Catherine di muka depan dan lima muka surat di dalam yang hanya seluar mandi berwarna hitam dan putih ketika pasangan itu bercuti di Provence, selatan Perancis.

Pasangan itu kini berada di Malaysia.

Demam denggi menurun sepanjang minggu lepas

Posted:

Demam denggi menurun sepanjang minggu lepas

14/09/2012 4:21pm

KUALA LUMPUR - Kes demam denggi sepanjang minggu lepas dilaporkan menurun sebanyak 18 kes, dengan 354 kes dilaporkan berbanding 372 kes berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman berkata enam negeri bagaimanapun menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Perak 12 kes (32 peratus), Kedah tujuh kes (54 peratus), Pulau Pinang tiga kes (38 peratus), Melaka dua kes (100 peratus), Perlis satu kes (50 peratus) dan Johor satu kes (4 peratus).

Jumlah terkumpul kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang tahun hingga 8 Sept lepas ialah 15,268 kes berbanding 13,743 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kes kematian demam denggi buat tahun ini masih kekal 27 kes.

Dr Hasan menasihati ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap kebersihan rumah dengan sentiasa menghapuskan tempat pembiakan Aedes bagi menghindari jangkitan demam denggi dalam kalangan anak-anak pada musim peperiksaan utama yang sedang berlangsung ini.

Beliau berkata sepanjang tahun ini sehingga September, terdapat 1,130 kes demam denggi dan tiga kematian yang melibatkan pelajar sekolah berumur di antara tujuh hingga 12 tahun. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Misteri pengarah filem hina nabi

Posted:

Misteri pengarah filem hina nabi

REUTERS
ORANG ramai melarikan diri apabila polis melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan protes terhadap filem anti-Islam di luar Kedutaan AS di Sanaa, Yemen semalam.


LOS ANGELES - Seorang lelaki dari negeri California mengaku dia memainkan peranan di sebalik pembikinan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sekali gus mencetuskan bantahan hebat umat Islam terutamanya di Mesir dan Libya kelmarin.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula yang mengamalkan ajaran Kristian Koptik dan pernah didapati bersalah kerana melakukan jenayah kewangan memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa dia memainkan peranan mengurus dan membekalkan logistik untuk produksi tersebut.

Lelaki berusia 55 tahun itu turut mengaku dia adalah pengurus syarikat yang menerbitkan filem berjudul Innocence of Muslims itu.

Namun, dalam satu temu bual dekat sini kelmarin, Nakoula menafikan dia mengarahkan filem biadap itu.

Sebaliknya, dia menyatakan mengenali penulis dan pengarah Innocence of Muslims, Sam Bacile.

Bagaimanapun, nombor telefon yang dihubungi AP pada Selasa lalu untuk menelefon Bacile didapati menggunakan alamat sama dengan lokasi di mana Nakoula ditemui.

Rekod mahkamah persekutuan AS menunjukkan Nakoula mempunyai beberapa nama lain termasuk Nicola Bacily dan Erwin Salameh.

Lelaki itu menyatakan bahawa Bacile menyokong kebimbangan berhubung layanan buruk umat Islam terhadap penganut Kristian Koptik.

Namun, Nakoula menafikan dia menyamar diri sebagai Bacile.

Semasa temu bual tersebut di luar rumahnya, lelaki itu menunjukkan lesen memandunya untuk mengesahkan identitinya tetapi dia menggunakan ibu jari untuk menutup nama tengahnya, Basseley.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang paderi yang mencetuskan kemarahan umat Islam dengan membakar beberapa naskhah al-Quran, Terry Jones menyatakan, dia sempat berbual dengan Bacile melalui telefon kelmarin.

Jones berkata, lelaki berkenaan menghubunginya beberapa minggu lalu untuk mempromosikan filem tersebut.

"Saya tidak menemui dia. Sam Bacile bukan nama sebenarnya.

"Saya cuma bercakap dengannya melalui telefon. Dia tentu bersembunyi dan tidak mendedahkan identitinya," kata Jones.

Bacile sebelum ini menyatakan dia dilahirkan di Israel, berusia 56 tahun dan berketurunan Yahudi.

Seorang aktivis Kristian yang turut terlibat dalam projek filem berkenaan, Steve Klein memberitahu kelmarin bahawa Bacile merupakan nama samaran pengarah filem tersebut dengan dia seorang penganut Kristian.

Terdahulu, beberapa pegawai di Israel berkata, tiada rekod ditemui menyatakan Bacile seorang rakyatnya.

Menurut Klein, sekitar 15 pelakon dari Syria, Iraq, Turki, Pakistan, Iran dan beberapa penganut Kristian Qibti Mesir terlibat dalam filem Innocence of Muslims.

"Kebanyakan mereka enggan memberitahu nama sebenar kerana mereka takut," kata Klein.

Sementara itu, YouTube telah menarik balik klip video filem itu di Mesir dan Libya kelmarin. Namun, video berkenaan masih boleh diakses di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa Libya membuat beberapa tangkapan berhubung serangan ke atas Kedutaan AS di Benghazi

"Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kehakiman telah memulakan siasatan dan mengumpulkan bukti dengan beberapa orang telah ditangkap," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wanis Al-Sharif.

Namun, beliau enggan memberikan butiran terperinci berhubung bilangan orang yang ditangkap atau latar belakang mereka kerana tidak mahu menjejaskan siasatan. - Agensi

Filem warna pertama ditayangkan

Posted:

Filem warna pertama ditayangkan

AP
IMEJ oleh Muzium Media Nasional menunjukkan filem pendek warna pertama di dunia yang ditayangkan di muzium berkenaan di London kelmarin.


LONDON - Filem terawal di dunia yang dirakam dalam versi warna sekitar tahun 1906 ditayangkan semula oleh beberapa aktivis filem di Muzium Sains London di sini semalam.

Tayangan tersebut membolehkan penonton mengimbau usaha industri filem memajukan filem warna sehingga mencapai tahap yang kita lihat sekarang.

Filem kabur tersebut merupakan prototaip filem warna dan hanya ditonton oleh segelintir peminat sahaja sebelum ia diserahkan kepada sebuah arkib.

Namun pihak Muzium Media Nasional di bandar Bradford, utara England menyatakan, teknologi digital telah dapat menyelamatkan filem tersebut.

Filem yang ditayangkan di Muzium Sains itu secara purata berdurasi dari 5 hingga 40 saat. Filem itu memaparkan babak seekor burung kakak tua, latar belakang sebuah jalan di sini dan tiga kanak-kanak tersenyum sambil duduk di sebuah meja bulat.

"Tiada sesiapa pun yang pernah melihatnya (filem berwarna pertama) sehingga ke hari ini," kata kurator sinematografi Muzium Media, Michael Harvey.

Filem itu sedikit tersentak-sentak namun mempunyai kualiti yang baik.

Menurut Harvey, seorang usahawan filem Amerika Syarikat era 1930-an, Charles Urban menyerahkan filem pendek berwarna itu kepada Muzium Sains London dengan filem itu diserahkan pula kepada Muzium Media Nasional empat tahun kemudian. - AP

15 orang maut, 24 cedera minum arak haram di Republik Czech

Posted:

15 orang maut, 24 cedera minum arak haram di Republik Czech

PRAGUE - Pihak berkuasa Republik Czech mengumumkan situasi darurat selepas sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 24 lagi dimasukkan ke hospital selepas mereka meminum arak murah jenis vodka dan rum yang dicampurkan metanol.

Metanol merupakan bahan toksik yang digunakan untuk menguatkan lagi alkohol yang digunakan dalam pasaran gelap bagi membolehkan pengeluar arak haram mengaut keuntungan lebih tinggi.

Polis menyatakan, mereka telah menyerbu 410 kios dan pasar di seluruh negara dan mendapati sekitar 70 pekedai menjual arak haram.

Sebahagian mangsa menjadi buta manakala sebahagian lagi diletakkan dalam keadaan koma dengan harapan doktor-doktor dapat menyelamatkan mereka.

Perkembangan tersebut mendorong Perdana Menteri Petr Necas menggesa rakyat Republik Czech supaya tidak meminum arak yang tidak diketahui asal-usulnya. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tiz, Remy bercinta di Eropah

Posted:

Tiz, Remy bercinta di Eropah


PERTAMA kali bersetuju menjadi duta produk kecantikan, kata Tiz, dia perlu memilih produk yang terbaik dan sesuai untuk ditonjolkan kepada masyarakat.


TAHU hakikat bercinta lama bersama Remy Ishak bakal mengundang 1001 masalah kepada hubungan mereka, akui Tiz Zaqyah, dia sanggup menghadapinya.

"Ya, saya boleh terima apa jua keadaan pada hubungan kami ini," jelasnya ringkas tatkala diajukan soalan tentang dia tidak gentar bercinta lama dengan Remy. Hubungan cinta mereka boleh dihitung melebihi usia dua tahun.

Tidak meletakkan sasaran bila mereka akan berkahwin, ulas Tiz, dia hanya berserah kepada jodoh.

Katanya, jika ditakdirkan mereka berkahwin dalam masa terdekat ini, dia tidak menolak ketentuan itu.

"Saya tidak merancang dan meletakkan sasaran bila akan berkahwin. Kalau ada jodoh saya kahwin. Kalau dalam masa terdekatpun saya terima. Namun begitu saya juga berharap ketika itu keadaan saya sudah stabil," ulasnya ketika ditemui pada majlis pengumuman duta terkini produk kecantikan May di Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Tiz sendiri enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama Remy kerana memang pendiriannya tidak mahu menjaja kisah peribadinya melebihi kisah kerjaya lakonan.

Bagaimanapun, pada hari itu, dia berkongsi cerita cintanya bersama media kerana ingin menutup spekulasi bahawa hubungannya dengan Remy dilanda masalah.

Ini kerana sebelum ini banyak spekulasi mengenai hubungan mereka timbul. Ada yang mengatakan hubungan mereka sudah putus selepas isu Remy tidak menerima layanan yang baik dari Tiz ketika pelakon filem Jiwa Taiko itu sakit.

Ada juga mendakwa Tiz tidak tahan lagi dengan sikap panas baran Remy, namun semuanya itu sekadar gosip yang mematangkan hubungan mereka.

Bercuti ke Eropah

Tiz juga berkongsi rasa terujanya apabila dia dan Remy bakal bercuti ke Eropah, seterusnya menjayakan penggambaran drama arahan Kabir Bhatia iaitu Cinta Jangan Pergi pada pertengahan bulan Oktober ini.

"Mungkin 15 atau 18 Oktober ini saya akan terbang ke Eropah untuk menjayakan penggambaran drama Cinta Jangan Pergi bersama Remy. Sesi penggambaran akan diadakan di beberapa lokasi seperti London, Paris dan New Zealand yang memerlukan kami berada di sana selama 20 hari," ulasnya yang sekali lagi akan menjayakan watak kekasih kepada Remy dalam drama 26 episod itu.

Mengulas mengenai wataknya dalam drama tersebut, ujar Tiz, dia membawakan watak Lea Soraya yang memerlukannya berambut pendek.

"Lea merupakan seorang wanita yang sangat teratur dalam menguruskan hidupnya. Cinta Jangan Pergi menceritakan kisah percintaan Lea Soraya dan Khalil (lakonan Remy) yang sama-sama menuntut di sebuah universiti di London," terang Tiz.

Menurut Tiz, dia sangat berbesar hati melakonkan watak Lea Soraya kerana penulis skrip tersebut iaitu Mira Mustaffa yang juga isteri kepada Kabir Bhatia, mengilhamkan watak tersebut khusus buat dirinya.

Ulas Tiz, drama bersiri tersebut akan ditayangkan di TV9 selepas tamat sesi penggambaran kelak.

Terang pelakon itu lagi, ketika ini hanya drama bersiri tersebut yang menjadi keutamaannya memandangkan dia tidak mengambil tawaran lain.

"Saya cuma fokus pada satu kerja sahaja. Saya tidak mampu buat banyak kerja dalam satu masa. Lagipun penggambaran drama ini akan mengambil masa selama tiga bulan. Jadi saya perlu fokus dan memberi komitmen kepada produk ini," jelasnya.

Tidak tercabar

Ditebak soalan adakah dia berasa tercabar dengan kehadiran artis-artis baharu di persada seni seperti Neelofa, Anzalna, Izara Aishah dan Tasha Shilla, ujar Tiz, dia tidak merasakan persaingan wujud di antara dia dengan artis-artis baharu.

Baginya, dia berlakon untuk memberi kepuasan kepada dirinya, dan menganggap ia merupakan satu pekerjaan.

"Bila berlakon, saya tidak terfikir untuk bersaing tetapi gembira dengan apa yang saya lakukan. Lainlah kalau saya berlakon untuk mendapatkan anugerah," jelasnya.

Mengulas lanjut, kata Tiz, apa yang penting baginya adalah sentiasa memperbaiki mutu lakonannya agar ia sentiasa mendapat tempat di hati penonton.

Tiz juga memberitahu, adalah penting bagi seorang pelakon itu memilih watak dan jalan cerita daripada menerima segala tawaran yang datang.

Era FM terima banyak soalan cinta

Posted:

Era FM terima banyak soalan cinta

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA dan KHAIRUL AMRI HASSAN


AARON AZIZ akan memulakan tugas sambilannya bersama radio ERA sebagai 'doktor cinta' menerusi segmen Doktor Cinta Aaron Aziz pada hari ini.


SETELAH mengesahkan untuk tampil dalam segmen Doktor Cinta dan menyelesaikan masalah cinta yang dihadapi oleh peminatnya, pelakon filem Ombak Rindu, Aaron Aziz dihujani dengan pelbagai soalan cinta walaupun rancangan itu masih belum ke udara.

Segmen Doktor Cinta Aaron Aziz mula ke udara di radio Era FM bermula Jumaat ini (hari ini) pukul 9 malam hingga 11 malam menerusi slot Meletop 40 Era bersama DJ Shac.

Melalui kiriman e-mel di aaronaziz@era.fm mahupun hashtag #DrCintaAaronAziz di laman sosial Twitter, Aaron kini ditebak dengan 1001 soalan yang berkisar masalah percintaan remaja mahu pun pergolakan rumah tangga.

Menurut Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, pihaknya menerima terlalu banyak soalan yang ditujukan kepada Aaron mengenai masalah cinta dan rumah tangga walaupun segmen itu masih belum bermula.

"Di Twitter, Aaron sudah ditanya dengan pelbagai soalan, kami akan pilih soalan terbaik dahulu untuk disiarkan setiap minggu," ujarnya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Era FM baru-baru ini.

Mengulas mengenai segmen itu, Nazri berkata, setiap minggu Aaron akan menjawab 10 soalan sahaja berdasarkan e-mel, Twitter dan panggilan telefon.

Berdasarkan pengalaman Aaron sebagai selebriti yang sudah berkeluarga, beliau percaya pelakon itu mempunyai kredibiliti untuk menjawab persoalan mengenai kisah cinta dan masalah rumah tangga.

"Dia (Aaron) juga menjaga keluarganya dengan baik walaupun sibuk sebagai pelakon. Sudah tentu dia ada banyak pengalaman, jadi kami percaya dia boleh menjawab soalan cinta peminatnya," ujarnya.

Nazri turut menjelaskan, pemilihan Aaron sebagai doktor cinta juga adalah pilihan pelakon itu sendiri selepas pihaknya membuat perbincangan.

"Setelah berbincang untuk menempatkan Aaron dalam segmen yang mana satu, idea sebagai doktor cinta adalah daripada pelakon itu sendiri memandangkan dia sebelum ini banyak berinteraksi dengan peminat yang sering bertanya soalan cinta," jelasnya.

Nazri kemudian mengakui, pemilihan Aaron diharap dapat mengekalkan stesen radio itu sebagai radio utama di negara ini, berdasarkan reputasi dan populariti Aaron.

Segmen Doktor Cinta Aaron Aziz itu dikendalikan oleh DJ Shac bersama Aaron sebagai jemputan menyelesaikan masalah cinta pemanggil selama sebulan terlebih dahulu.

"Kita akan tengok sebulan ini kalau segmen itu berjaya, Era FM akan ikat kontrak dengan Aaron selama setahun," ujarnya.

Sementara itu, Aaron berkata tugasnya sepanjang slot tersebut cuma sebagai selebriti undangan yang berkongsi buah fikiran untuk menyelesaikan persoalan berkaitan masalah cinta.

"Saya bukan menjadi deejay pun, sekadar dijemput untuk memberikan pandangan terhadap sesuatu isu berkaitan cinta dan cuba menyelesaikan soalan yang diajukan pendengar," katanya yang ditemui ketika majlis amal selebriti dan Rafflesia di Great Eastern Mall, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Aaron akan memulakan penggambaran filem Lari arahan Ahmad Idham bersama Dira Abu Zahar pada 17 September ini selain menanti tarikh tayangan beberapa filem lakonannya yang lain antaranya Ngorat, Kerat 14, KL Gangster 2, Dampak dan Prince Of The City.

Bagi DJ Shac pula yang mengendalikan slot Meletop 40 Era dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, kehadiran Aaron bersamanya setiap Jumaat diharapkan dapat meningkatkan pendengar setia pada slot itu.

"Saya pernah bekerjasama dengan Aaron sebelum ini, jadi kami ada keserasian. Saya juga berharap kami tiada masalah untuk berinteraksi dengan pendengar apabila ke udara nanti," ujarnya.

Hudson maafkan pembunuh

Posted:

Hudson maafkan pembunuh


JENNIFER HUDSON tidak berdendam dengan abang iparnya yang telah membunuh tiga anggota keluarganya.


JENNIFER HUDSON telah memaafkan abang iparnya, William Balfour yang membunuh tiga anggota keluarganya, termasuk ibunya pada tahun 2008.

Kemaafan tersebut dilafaz Hudson sewaktu dia muncul dalam program bual bicara hos terkenal, Oprah Winfrey menerusi program Oprah Next Chapter.

Dalam temu bual tersebut, penyanyi berusia 30 tahun itu membuka mulut buat pertama kali tentang insiden penuh tragis itu selepas Balfour menjalani hukuman penjara seumur hidup di atas perbuatannya.

"Saya berasa bahawa apa yang dilakukannya itu bukan sepenuhnya kesalahan dia. Saya fikir, dia terpengaruh dengan gaya hidupnya sebelum ini dan bagaimana dia membesar tanpa kasih sayang.

"Kami cuba untuk menawarkan kasih sayang itu, tetapi dia tak dapat menerimanya," ujar Hudson dalam temu bual tersebut.

Pada 24 Oktober 2008, Balfour mengejutkan dunia apabila menembak mati ibu Hudson iaitu Darnell Donerson (57), abangnya, Jason Hudson (29), dan anak saudaranya, Julian King (7).

Sementara itu, Hudson yang sebelum ini belum bersedia untuk mengunjungi kubur anggota keluarganya yang mati memberitahu dia kini telah mendapat kekuatan untuk 'bertemu' mereka.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved