Selasa, 4 Disember 2012

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Diseludup kerana bernilai tinggi

Posted:

Diseludup kerana bernilai tinggi

Diseludup kerana bernilai tinggi

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

MOHD. SHAIFUL AKMAL SALMAN, 32, sudah empat tahun berkecimpung dengan dunia penjagaan sugar glider, haiwan kecil daripada keluarga marsupial yang mempunyai mata bundar dan comel.

Menjaga haiwan eksotik itu bukan mudah. Ilmu mengenai haiwan tersebut seperti cara penjagaan, makanan dan tingkah laku perlu diketahui.

Paling penting adalah setiap pemilik mesti mempunyai komitmen yang tinggi dalam memelihara haiwan tersebut. Daripada pemerhatian Mohd. Shaiful, ramai yang meminati sugar glider pada peringkat awal, tetapi mulai bosan selepas tempoh dua atau tiga bulan.

Kemudian, mereka tidak tahu ke mana hendak diserahkan haiwan tersebut kerana ia bukan seperti haiwan domestik lain seperti anjing atau kucing yang boleh dibuang di pasar.

Sugar glider tidak boleh dibuang di hutan kerana persekitaran itu tidak sesuai dengannya lebih-lebih lagi jika binatang tersebut telah dijinakkan.

Disebabkan perkara itu dan rasa cinta pada haiwan kecil tersebut, Mohd. Shaiful mengambil inisiatif menubuhkan sebuah pusat pemeliharaan sugar glider.

Masih dalam peringkat perancangan, lelaki itu percaya bahawa dia bakal menerima sugar glider daripada pemilik yang sudah tidak mahu menjaga haiwan itu.

"Pusat itu nanti akan meletakkan syarat pada bilangan yang boleh diterima dalam satu-satu masa selain mencari keluarga angkat baharu bagi memeliharanya.

"Rancangan lain ialah jika ada individu yang mahu membeli sugar glider, kami akan jual secara berpasangan pada harga murah," terangnya yang berkali-kali menekankan peri penting bagi penjaga memiliki komitmen tinggi.

Sekurang-kurangnya usaha Mohd. Shaiful itu memberi ruang kepada mereka yang tidak mahu lagi menjaga haiwan tersebut dan pada masa yang sama menjamin keselamatannya.

Trend memelihara haiwan hutan atau eksotik sebenarnya sudah lama menjadi pilihan, mungkin kerana rupanya yang cantik, kepercayaan mahupun atas dasar taraf sosial dalam kalangan masyarakat.

Dilindungi

Kebanyakan penggemar haiwan eksotik kerap menjadikan burung dan reptilia seperti kura-kura dan ular sebagai binatang peliharaan.

Namun, terdapat kes terpencil apabila haiwan ganas turut dijadikan sebagai binatang peliharaan, kata Pegawai Kanan Komunikasi Traffic Southeast Asia (Traffic), Elizabeth John.


HAIWAN eksotik yang dijual di Pasar Chatuchak pasti menarik perhatian orang ramai.


Elizabeth memberi contoh satu kes rampasan pada tahun 2003 iaitu seorang pemilik ladang kelapa sawit yang memiliki seekor harimau sebagai haiwan peliharaan.

Secara kasar, penjualan binatang liar sebagai haiwan peliharaan di Malaysia tidaklah begitu serius berbanding Thailand yang terkenal dengan Pasar Chatuchak di Bangkok. Di Vietnam pula, haiwan dijaja dengan mudah sama ada sebagai makanan atau haiwan peliharaan.

Di Malaysia, haiwan liar terlindung di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Dalam menguruskan kes penyeludupan, senarai rujukan kawalan Persidangan Perdagangan Antarabangsa dan Spesies Flora dan Fauna Terancam Dunia (CITES) diguna pakai.

CITES menyenaraikan tiga lampiran spesies dilindungi mengikut darjah perlindungan yang diperlukan.

Lampiran 1 mengandungi senarai spesies yang terancam dengan kepupusan. Perdagangan haiwan dalam lampiran itu tidak dibenarkan sama sekali kecuali situasi tertentu seperti penyelidikan. Di Malaysia, orang utan dan harimau termasuk dalam lampiran tersebut.

Lampiran 2 pula merujuk pada haiwan tidak semestinya terancam dengan kepupusan tetapi pemerdagangannya perlu dikawal bagi mengelakkan penggunaan melebihi bilangan yang masih hidup secara liar. Contoh haiwan yang termasuk dalam lampiran tersebut ialah semua spesies kura-kura dari seluruh dunia.

Sementara itu, lampiran ketiga merujuk kepada spesies tertentu di negara tertentu yang terancam populasinya dan khuatir ia didagangkan ke luar negara tersebut.

Haiwan eksotik yang boleh diperdagangkan memerlukan penjual dan pemiliknya memiliki lesen. Ia bertujuan supaya pihak berkuasa dapat memantau bilangan haiwan yang masih wujud di habitat liar.

Selain itu, data yang didapati daripada pengeluaran permit boleh digunakan dalam kajian terhadap impak kepada populasi haiwan dan manusia pada masa hadapan.

Impak haiwan liar sangat sukar dijangka seperti yang pernah berlaku sebelum ini seperti pandemik H5N1 atau selesema burung. Jika perlu lebih jauh lagi, penyakit AIDS dikatakan berasal daripada monyet.


KURA-KURA radiated dari Madagascar ini mempunyai corak yang sangat cantik pada cengkerang.


Tambah Elizabeth, manusia belum mengetahui sepenuhnya bakteria yang terdapat pada haiwan yang hidup dalam persekitaran liar.

Strategi penyeludupan

Dari sudut penguatkuasaan perdagangan, menurut Pegawai Kanan Program Traffic, Kanitha Krishnasamy, 32, antara haiwan yang berada dalam Lampiran 1 dan 2, terdapat beberapa spesies yang seakan-akan sama.

"Perkara itu menyebabkan ramai penyeludup mengambil kesempatan ketika membawa masuk atau keluar haiwan terancam. Kedua-dua jenis haiwan dicampur menyebabkan berlaku kekeliruan.

"Apabila sampai ke destinasi, pekedai akan mempamerkan haiwan tersebut dan menjual pada harga yang sangat mahal," kata Kanitha.

Sebagai contoh, burung kakak tua berjambul kuning merupakan antara haiwan yang berada dalam Lampiran 1 CITES.

Berasal dari Indonesia, ia diseludup dengan burung kakak tua berjambul sulfur yang berada dalam Lampiran 2.

Kata Kanitha, kedua-dua jenis burung kakak tua itu kelihatan sangat serupa dan senang memperdaya mata pemeriksa.

Terdapat juga beberapa jenis burung yang dipelihara disebabkan suara yang sedap. Misalnya, tiung mas yang berada dalam Lampiran 2.

Burung murai batu dan burung barau barau turut mempunyai pasaran kerana bersuara merdu.

Selain burung, kura-kura yang merupakan sejenis haiwan reptilia juga mempunyai pasaran dalam kalangan penggemar haiwan eksotik.

Paling berleluasa diseludup ialah kura-kura Indian Star dan spesies kura-kura radiated (Astrochelys radiata) yang tersenarai dalam Lampiran 1 CITES.

Corak pada cengkerang kura-kura tersebut sangat cantik dan ia menjadi daya tarikan kepada para penggemar haiwan eksotik.

Pada tahun 2010, pihak berkuasa Malaysia mematahkan satu penyeludupan yang menyaksikan lebih 300 ekor kura-kura itu dirampas bersama-sama lima ekor kura-kura Madagascar, 47 katak tomato dan beberapa ekor sumpah-sumpah.

Kura-kura radiated yang diseludup melalui jalan udara itu dirampas di pintu masuk negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Disebabkan persekitaran hidup haiwan itu tidak sesuai di negara ini, lebih separuh daripada bilangan yang dirampas menemui ajal, ujar Kanitha menggeleng kepala.

Sampuk Elizabeth, mesin pengimbas bagasi di kebanyakan lapangan terbang antarabangsa kadangkala tidak dapat mengesan sama ada berlaku penyeludupan haiwan atau tidak.

"Kura-kura Indian Star apabila disusun dalam beg pakaian dalam kuantiti banyak, corak pada cengkerangnya kelihatan sama seperti pola kain batik pada alat pengimbas," terang Elizabeth.

Selain itu, banyak lagi kes rampasan yang dilaporkan oleh media seperti sepasang suami isteri dari Pekan, Pahang cuba untuk menjual bahagian anak harimau pada tahun 2010.

Ungkap Kanitha, siri rampasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dengan bilangan haiwan yang tinggi membuktikan binatang peliharaan eksotik mempunyai permintaan di Malaysia.

Melalui pemerhatian Elizabeth, sejak akta terbabit digubal semula dengan denda yang dikenakan lebih tinggi, para peniaga mula menjual haiwan eksotik secara dalam talian.

Aksi merakam foto terbaik

Posted:

Aksi merakam foto terbaik

Aksi merakam foto terbaik

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


AKSI Fakrul menggayakan kamera EOS 110D ketika menyertai pertandingan bagi menimba ilmu dalam dunia fotografi.


DARI jauh, pekarangan kompleks beli-belah Berjaya Times Square (BTS) di Jalan Imbi, Kuala Lumpur kelihatan meriah dengan segerombolan manusia yang berpakaian putih merah.

Di tangan masing-masing terdapat seunit kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) dari pelbagai jenama terkemuka. Semua mereka merupakan peserta bagi acara kemuncak Pertandingan Canon Photomarathon Malaysia 2012.

Daripada ribuan yang hadir, gelagat dua peserta cilik ternyata menarik perhatian media yang membuat liputan di sana. Mereka begitu asyik membelek kamera yang ada sebelum memulakan sesi perlumbaan merakam foto terbaik.

Ng Ta Chen, 6, mungkin boleh dianggap kanak-kanak bertuah kerana menjadi peserta termuda dalam pertandingan berprestij itu. Dia kelihatan tenang walaupun bersaing dengan jurugambar dewasa dan profesional.

Semai minat

Menurut ayahnya, Ng Kai Fong, 34, Ta Chen sudah mula memegang kamera pada usia empat tahun. Sejak itu, dia terus berminat dengan dunia fotografi.

"Anak saya gemar merakam gambar. Jika kamera ada di tangan, banyak jugalah gambar yang akan menjadi subjek lensanya.

"Jadi, apabila menyertai pertandingan ini, saya mengambil peluang untuk membawanya sekali bagi memberi pendedahan lebih lanjut tentang cabaran dalam dunia fotografi masa kini," ujar Kai Fong yang turut ditemani isterinya.


SALAH seorang peserta mengambil peluang menggunakan kamera DSLR Canon 1DX bersama lensa jarak jauh yang disediakan oleh Canon sempena pertandingan itu.


Bagi Fakrul Shahril Ezanie Zulkifli pula, minat yang mendalam terhadap kamera membuatkan dia sanggup datang dari Melaka bersama rakan-rakan untuk menyertai Pertandingan Canon Photmarathon Malaysia 2012.

Berbekalkan kamera EOS 110D yang dibeli tahun lepas, Fakrul mengakui dia sekadar menimba ilmu melalui aktiviti tersebut.

"Saya tahu sukar untuk memenangi pertandingan ini, apatah lagi ia turut disertai jurugambar profesional dari seluruh negara. Justeru, saya cuma mahu memeriahkan program ini di samping menambah kenalan yang mempunyai minat serupa iaitu fotografi," ungkap remaja berusia 13 tahun itu sambil tersenyum.

Ternyata, pertandingan sedemikian mampu menyuntik minat masyarakat untuk mendalami dunia fotografi yang semakin berkembang maju seiring kepesatan teknologi terkini.

Peluang terbaik

Pengarah Bahagian Produk Komunikasi Pengimejan Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon), Simon Wong berkata, pertandingan tersebut berjaya menarik sebanyak 3,000 penyertaan di dua lokasi iaitu Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur.

"Canon PhotoMarathon sememangnya peluang terbaik kepada jurugambar amatur dan profesional mempamerkan bakat masing-masing dan penyertaan tahun ini disifatkan sangat luar biasa.


KARYA Rapid Mobility yang dirakam oleh Chee Hoe membawa tuah padanya apabila dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama.


"Ini adalah petunjuk bahawa industri fotografi di negara ini semakin diminati ramai," ujarnya.

Daripada 3,000 penyertaan yang diterima, karya visual pokok oleh Shin Chee Hoe berjaya menambat hati juri sekali gus dinobatkan sebagai pemenang utama pertandingan tersebut.

Kemenangan itu membolehkan Chee Hoe mengikuti percutian ke Hungary selama lapan hari dan menyertai bengkel foto di sana. Selain itu, dia turut membawa pulang hadiah berupa badan kamera EOS 5DMark III Canon, pencetak Pixma Pro 1, tripod MT293A3 Manfrotto serta hadiah sampingan.

Pertandingan Canon Photomarathon Malaysia 2012 diadili oleh jurugambar profesional yang terdiri daripada Pengasas dan Pengarah Eksekutif Image Rom, Steve Koh; jurugambar yang berpengalaman 20 tahun dalam fotografi komersial, Joe Chan; Pengurus Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, Syed Agil Syed Jaafar; Editor Foto The Star Publications, Ng Kok Leong dan jurugambar terkemuka, Eddie Putera.

Sempena pertandingan itu, Canon juga menunaikan tanggungjawab korporat sosial (CSR) dengan menyerahkan cek berjumlah RM32,500 kepada Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Ramdass Nayar.

Lima aplikasi berguna Android

Posted:

Lima aplikasi berguna Android

Lima aplikasi berguna Android

Oleh KHAIRUL ANUAR
ABDUL RAHMAN
anuarrahman@gmail.com


SEMAKIN banyak telefon pintar dan tablet kini memilih platform Android.


PERANTI yang menggunakan platform Android tidak asing lagi di negara kita. Pelbagai jenama telefon pintar dan tablet kini sudah mula beroperasi dengan sistem operasi keluaran Google itu yang menggunakan konsep sumber terbuka.

Peningkatan bilangan pembangun aplikasi Android atau lebih popular dengan panggilan apps juga membuktikan kehadiran Android di pasaran bukan sahaja berjaya menarik hati pengguna, malah syarikat pembangun aplikasi.

Tidak ketinggalan individu yang berkemahiran di dalam pengaturcaraan.

Terdapat pelbagai jenis kategori apps yang dapat dimuat turun daripada Play Store di telefon Android, sama ada secara percuma ataupun berbayar.

Pengguna hanya perlu memilih kategori seperti apps komunikasi, permainan, komik, hiburan, kewangan, rangkaian sosial, pelancongan dan sebagainya.

Minggu ini Infiniti menyenaraikan lima aplikasi berguna untuk pengguna telefon Android.

1. WhatsApp

Anda lebih gemar berinteraksi dengan teman menggunakan pesanan teks berbanding panggilan telefon?

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi yang bukan sahaja menawarkan komunikasi secara pesanan teks, malah ia membolehkan pengguna Android berkomunikasi sesama pengguna Android yang lain.

Pengguna WhatsApp juga boleh berkongsi gambar, audio dan video dengan pengguna lain dengan percuma asalkan peranti Android yang digunakan mempunyai pelan data atau mempunyai capaian internet menerusi WiFi.

2. Waze


APLIKASI pengesanan AES mungkin dapat membantu pengguna jalan raya.


Tiada apa yang lebih membosankan selain terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas yang teruk. Waze menawarkan perkongsian maklumat trafik dengan pengguna Waze yang lain.

Aplikasi ini memaparkan peta dan panduan ke destinasi yang ingin dituju. Contohnya, kesesakan lalu lintas akibat kemalangan, sekatan jalan raya atau apa sahaja.

Pengguna juga boleh menghantar mesej kepada pengguna lain untuk memaklumkan tentang kesesakan yang berlaku.

3. Facebook

Sejak rangkaian sosial ini mula diperkenalkan di platform peranti bergerak, pelbagai penambahbaikan dan peningkatan telah dibuat pada aplikasi tersebut.

Pengguna kini tidak perlu lagi bergantung kepada komputer di rumah untuk mengakses akaun Facebook kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan capaian internet.


APLIKASI Waze mengelakkan pengguna sesat di jalan raya.


Malah, daripada sejumlah 1 bilion pengguna Facebook, dianggarkan sebanyak 600 juta terdiri daripada pengguna peranti bergerak.

4. AES Detector

Penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Malaysia pastinya menjadi mimpi ngeri kepada pemandu laju tegar.

Bagaimanapun, bukan golongan itu sahaja menjadi mangsa, malah turut membabitkan pemandu biasa terutama mereka yang tidak peka terhadap had laju di sesuatu jalan tersebut.

Dengan menggunakan aplikasi AES Detector itu, pemandu akan diingatkan tentang had laju sesebuah kawasan sekali gus memberi peringatan tentang kamera pengesan kelajuan AES yang berdekatan.

5. MyDurian

Rancang perjalanan anda sebelum melalui sesebuah lebuh raya dengan melihat keadaan trafik semasa menerusi kamera pengawasan trafik yang terdapat di lebuh raya di Malaysia.

MyDurian membolehkan anda melihat petikan syot berganda (snapshot) daripada rakaman video kamera pengawasan tersebut yang dikemaskini setiap beberapa minit.

Ini membolehkan anda memilih untuk

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved