Rabu, 31 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Salikin didik pereka muda

Posted:

Salikin didik pereka muda

SALIKIN SIDEK. Itu satu nama yang cukup besar dalam industri fesyen tempatan. Berpegang teguh kepada prinsipnya untuk mengekalkan rekaan warisan turun-temurun sejak menceburkan diri dalam bidang fesyen 25 tahun yang lalu, beliau kini boleh berbangga dengan hasil yang diperolehi.

Hasil kerja tangannya disenangi pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan juga selebriti tempatan.

Bagaimanapun, populariti butik yang menggunakan nama Salikin Sidek, 50, tidak mencukupi buatnya. Beliau mahu berkongsi ilmu serta pengalaman yang dimiliki bersama orang ramai dan pereka muda yang mempunyai keinginan untuk belajar membikin pakaian tradisional.

Pada tahun 2010, Salikin muncul dengan buku berjudul, Busana Tradisional. Ia menampilkan pelbagai ilmu jahitan pakaian tradisional Melayu daripada setiap negeri yang berbeza.

"Saya berasa terpanggil untuk menghasilkan sebuah buku kerana waktu itu kurangnya buku rujukan yang mendalam tetapi mudah difahami mengenai ilmu jahitan pakaian tradisional.

"Dalam buku itu, saya menurunkan ilmu daripada melakar pakaian, memotong kain, menjahit dan membuat kemasan. Selain itu, teknik mengukur untuk setiap baju berbeza turut dimuatkan dalam buku ini," ujarnya tentang buku yang berharga RM30 senaskhah itu.

Tambahnya, setiap rekaan pakaian yang ditampilkan dalam buku itu mengikut peredaran semasa namun masih mengekalkan nilai klasiknya.

"Buku saya menjadi rujukan buat pereka muda di sekolah fesyen dan universiti. Saya cukup berpuas hati apabila ilmu yang saya miliki dapat mendidik orang lain terutama generasi muda," ujarnya.

Sambutan menggalakkan yang diterima menyebabkan buku Busana Tradisional itu telah dicetak buat kali kedua pada tahun lalu.

Pada tahun lalu juga, Salikin telah muncul dengan buku keduanya berjudul, Busana Pengantin Melayu Tradisional. Buku yang berharga RM49.90 senaskhah itu menampilkan maklumat tentang busana tradisional daripada setiap negeri di Malaysia.

"Buku kedua saya berkongsi dengan pembaca tentang busana tradisi pengantin setiap negeri bersama aksesori wajib yang perlu ada ketika memakai busana itu.

"Sama seperti buku pertama, dalam buku kedua, saya turut memberitahu secara terperinci cara menjahit pakaian cuma kali ini ditambah dengan sejarah pakaian itu," kata bapa kepada tiga orang anak itu.

Bukan untuk mengaut keuntungan, luah Salikin, pada masa kini sudah jarang beliau melihat pasangan pengantin memakai pakaian tradisional secara keseluruhan.

Disebabkan itu, beliau ingin mengembalikan kegemilangan fabrik tradisi seperti songket supaya digunakan pada hari bersejarah pasangan pengantin moden hari ini.

"Sekarang ini cukup susah untuk saya melihat pengantin perempuan memakai sanggul lintang kerana mereka lebih suka stail yang moden.

"Jadi, saya tampilkan pakaian tradisional termasuk aksesori sekali supaya dapat membuka mata bakal pengantin.


ILMU pengetahuan. Antara koleksi buku Salikin tentang busana tradisional yang kini berada di pasaran.


"Pakaian tradisional Melayu cukup indah dah tidak ditelan zaman dan semakin cantik apabila ditambah dengan perincian seperti manik dan sulaman," ujarnya.

Selepas muncul dengan dua buah buku, Salikin kini dalam proses mengumpul bahan untuk buku terbaharunya berjudul Busana Kontemporari Seniwati Melayu.

Sejarah Salikin

Bercerita tentang bagaimana beliau terlibat dalam bidang fesyen, kata Salikin, semuanya bermula selepas beliau menamatkan zaman persekolahannya.

Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mengambil kursus jahitan pakaian lelaki selama enam bulan di sebuah pusat belia di Johor Bahru.

"Saya memang minat seni daripada kecil tetapi minat jahitan tercetus selepas tingkatan lima. Waktu itu saya ke sebuah kedai jahitan, saya lihat jari tukang jahitnya cacat tetapi dapat menghasilkan kerja tangan yang berkualiti.

"Dalam hati saya berkata, kalau tangannya cacat boleh menjahit dengan baik, pasti saya yang normal ini boleh lakukan juga," katanya.

Selepas tamat kursus enam bulan, Salikin menyambung pelajaran dalam bidang rekaan fesyen dan jahitan perindustrian di Institut Kemahiran Mara, Kuala Lumpur selama dua tahun.

"Kehidupan keluarga saya bukan senang, kalau belajar di universiti pasti banyak belanja yang harus dikeluarkan. Justeru, saya memilih menimba ilmu dengan jalan yang menjimatkan," beritahunya.

Kerjayanya bermula pada tahun 1982 di Butik Masaad sebelum berpindah ke Butik Filatoummo, Kuala Lumpur.

Kemudian beliau mendapat tawaran sebagai pereka fesyen di Dewi Sdn. Bhd. sebelum berpindah ke Laila Jaya Studio Brunei pada tahun 1985.

"Waktu itu saya mereka pakaian moden seperti pereka fesyen yang lain. Bekerja di Brunei memberi pengalaman berharga kerana saya dapat membuat baju untuk kerabat diraja Brunei," ujarnya.

Niatnya selepas itu mahu menyambung pelajaran ke London, England bagaimanapun ibunya menghalang menyebabkan Salikin kembali ke Kuala Lumpur bekerja di Okora Sdn. Bhd selama tiga tahun.

Pada tahun 1988 Salikin membuka butik Ateliar Apparell di Subang sebelum membuka butik Sali's Design pada tahun 1991. Ketika itu, Salikin telah mula terlibat mereka pakaian untuk artis tempatan dan membuat kostum untuk filem, teater serta drama tempatan.

"Saya masih membuat pakaian moden untuk artis tetapi selepas menyaksikan model mengayakan pakaian tradisional dalam sebuah pertunjukan fesyen, terdetik di hati saya alangkah bagus jika pakaian tradisional kita mampu pergi ke peringkat antarabangsa.

"Jadi sejak itu, saya mula serius mereka pakaian tradisional sehingga hari ini. Impian saya supaya Malaysia dikenali hanya menerusi pakaian seperti baju kurung. Negara India misalnya dikenali dengan sari manakala China dikenali dengan ceongsam," katanya mengakhiri bicara.

Siti Saleha


SITI SALEHA menggayakan busana koleksi terbaharu rekaan Salikin Sidek. Fabrik songket didatangkan khas dari Terengganu.


Ramai selebriti tempatan yang menggemari pakaian tradisional hasil tangan Salikin Sidek antaranya aktres popular Siti Saleha yang diambil menjadi model mengayakan pakaian Salikin.

Saleha yang mula popular dengan drama Nora Elena (2011) memberitahu, dia merupakan peminat baju kebaya meskipun merupakan anak kacukan Melayu-Inggeris.

"Saya suka baju kebaya pendek kerana sesuai dengan bentuk badan dan ketinggian saya. Apabila saya sarung pakaian tradisional terasa saya menjadi sangat Melayu daripada hari biasa.

"Biasanya saya akan pakai kebaya ketika menghadiri kenduri kahwin, hari raya, majlis berbuka puasa dan majlis rumah terbuka," ujarnya.

Adik kepada Sam Bunkface itu juga menggemari pakaian yang dibuat daripada fabrik songket yang ditambah dengan manik.

"Bagi saya kain songket sangat cantik, klasik dan nampak mewah. Walaupun zaman moden, kain songket masih boleh disesuaikan dalam pelbagai majlis," katanya yang suka memakai kebaya bersama korset.

Kejiranan setinggan terbesar Seoul

Posted:

Kejiranan setinggan terbesar Seoul

PENDUDUK Guryong kini semakin tersepit apabila kemajuan Seoul boleh menyebabkan kejiranan setinggan mereka lenyap begitu sahaja.


TERLINDUNG di sebalik kehidupan masyarakat kelas atasan di daerah Gangnam, Kim Bok-ja, 75, menolak trolinya yang dipenuhi kertas-kertas kadbod menyusuri laluan di salah sebuah bandar yang paling pesat membangun di Asia itu.

Di sebuah tapak kitar semula di bandar itu, Kim tersenyum riang sambil mengira jumlah wang diterimanya. Itulah pendapatan yang diterimanya selepas seharian menghabiskan masa mencari pelbagai barangan kitar semula.

"Ini sahaja yang saya mampu lakukan untuk terus menyara kehidupan. Sampai bila saya tidak pasti, mungkin sampai saya mati. Saya hidup sebatang kara di sini tanpa mempunyai pendapatan tetap," katanya.

Bok-ja menetap di Guryong, kawasan penempatan setinggan yang kotor dan padat, di mana kebanyakan rumah dibina daripada papan lapis dan kain tarpal.

Penempatan itu dibangunkan pada tahun 1988 oleh penduduk setinggan yang diusir dari sekitar Seoul selepas ia terpilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik ketika itu.

Selepas 25 tahun, Guryong yang bermaksud Sembilan Naga kini dihuni lebih 2,000 penduduk yang hidup dalam kemiskinan tanpa kemudahan sanitasi dan prasarana sempurna.

Keadaan itu jauh berbeza daripada kawasan kejiranannya Gangnam, daerah mewah yang dipenuhi butik-butik berjenama, kelab-kelab malam seperti yang dipaparkan dalam lagu hit Gangnam Stlye, nyanyian artis rap Korea Selatan, Psy.

Pemandu-pemandu teksi di bandar raya itu sendiri sukar untuk mengenal pasti lokasi Guryong, kawasan seluas 30 hektar yang hanya dipisahkan oleh lebuh raya enam lorong dari Gangnam.

"Kampung ini merupakan penempatan setinggan terbesar di Seoul dan ia tidak akan dijumpai di dalam mana-mana peta dunia," kata Lee-in, 59, yang merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk di Guryong.

Sebahagian besar penduduknya menetap di kawasan setinggan itu tidak pernah menerima bantuan daripada kerajaan sebelum ini.

"Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh dan melakukan apa sahaja pekerjaan untuk meneruskan kehidupan harian.

"Biarpun begitu mereka tidak akan kelaparan kerana sering dibantu sukarelawan dan kumpulan-kumpulan agama tertentu," ujat Lee-in.

Disebabkan itu, salah satu aspek yang ketara di Guryong adalah kehadiran tiang-tiang salib di atas bumbung bangunan yang hampir roboh, menandakan kehadiran puluhan gereja yang memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Penempatan di Guryong dibina secara tidak sah, tanpa kemudahan asas seperti gas dan elektrik. Penduduk terpaksa menggunakan arang batu sebagai sumber memanaskan badan ketika musim sejuk di Seoul.

Ia boleh mengundang pelbagai bencana akibat kebakaran. Bagaimanapun, salah satu kelebihan menetap di penempatan itu kebanyakan rumah mudah dibaiki atau dibina semula.

"Jika pagi ini ada rumah yang rosak atau musnah, menjelang malam ia boleh diduduki semula," kata seorang penduduk, Kim Mi-ran, 54.

Nilai hartanah

Ironi di sebalik kedaifan Guryong, ialah status tanahnya yang bernilai tinggi dan menjadi rebutan dalam kalangan pemaju-pemaju hartanah.

Ia merupakan kawasan tanah persendirian, tetapi kehadiran setinggan di situ sejak sekian lama di samping status penempatan sementara yang diberikan kepada penduduknya oleh majlis perbandaran antara punca ia terus bertahan sehingga ke hari ini.

Awal tahun ini, sebuah syarikat pemaju hartanah tampil dengan perancangan untuk membina sebuah penempatan bertaraf sederhana bagi penduduk-penduduk Guryong di samping membangunkan kawasan itu.

Pihak berkuasa Seoul juga telah beberapa kali merancang pelan yang sama sebelum ini. Bagaimanapun, kedua-dua perancangan itu menyebabkan penduduknya berpecah dua dan sering menimbulkan perdebatan hangat.

"Kami tidak mempercayai ahli politik yang hanya pandai berjanji, tetapi tidak pernah menunaikannya," kata Mi-ran.

Langkah tegas seperti pengusiran dilihat sebagai alternatif terbaik, namun pihak berkuasa sentiasa berhati-hati dalam tindakan yang bakal dilakukan.

Park Won-Soon, seorang aktivis yang dipilih menjadi Datuk Bandar Seoul, Oktober lalu menjelaskan sebarang penyelesaian berhubung isu Guryong mesti berdasarkan pendapat dan kehendak penduduknya.

"Di bawah pentadbiran datuk bandar sekarang, sukar untuk sebarang tindakan kekerasan," kata seorang pegawai majlis perbandaran kepada AFP.

Bagi Kim Kyo-seong, seorang profesor pengajian siswazah kebajikan sosial di Universiti Chung-Ang berkata, isu Guryong berkait rapat dengan permasalahan yang berlaku akibat kepesatan pembangunan ekonomi di Korea Selatan.

"Ia merupakan contoh terbaik dalam menunjukkan ketidakseimbangan dalam masyarakat," kata Kyo-seong sambil memberitahu ia berpunca akibat jurang pendapatan yang semakin meluas, kekurangan sokongan untuk warga emas dan sasaran di sebalik dasar perindustrian negara itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Sinonim dengan festival layang-layang

Posted:

Sinonim dengan festival layang-layang

Oleh NASRI JAMALUDIN

SUATU ketika dahulu, Pasir Gudang, Johor merupakan sebuah perkampungan nelayan dengan jumlah penduduk yang tidaklah begitu besar populasinya. Mengikut sejarah pada tahun 1918, kawasan Pasir Gudang yang sebelum itu disebut Kampung Pasir Udang telah diterokai oleh Long Abu, dipercayai berasal dari Riau, Indonesia.

Sejak itu, kawasan berkenaan terus berkembang termasuk pembukaan lebih banyak kampung dan penempatan baharu.

Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang. Nama tersebut dipercayai timbul kerana wujudnya kawasan perlombongan pasir dan terdapat timbunan pasir yang banyak. Pasir itu dieksport ke Singapura.

Hari ini, Pasir Gudang terus gah menjadi sebuah kawasan perindustrian termasuk dalam industri minyak dan gas. Seiring dengan pembangunan itu, Pasir Gudang turut menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana keunikannya yang tersendiri.

Mewarnai langit

PEMANDANGAN dari atas Sarang Buaya yang terletak di kawasan paya bakau di Tanjung Langsat.


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar berkata, antara lokasi tumpuan pelancong di Pasir Gudang termasuklah Muzium Layang-Layang Pasir Gudang, Sarang Buaya, Masjid Jamek Pasir Gudang, Litar Pasir Gudang dan perkampungan nelayan Pasir Putih, Tanjung Langsat serta Perigi Acheh.

Selain itu, penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia yang diadakan saban tahun juga memasyhurkan Pasir Gudang di mata dunia.

Menurutnya, Muzium Layang-Layang merupakan mercu tanda di Bukit Layang-Layang, di Taman Bandar. Bangunan muzium itu mudah dikenali kerana terdapat kincir angin di atas bumbungnya.

"Muzium yang menempatkan pelbagai saiz dan warna layang-layang itu dibina bertujuan untuk memelihara kegemilangan warisan budaya bangsa.

"Ia juga bagi meneruskan kesinambungan permainan rakyat berkenaan agar tidak dilupakan dan terus kekal diwarisi generasi akan datang," katanya.

Diiktiraf sebagai muzium layang-layang pertama di Malaysia, ia mempunyai koleksi lebih 500 layang-layang tempatan dan luar negara. Sejak dibuka pada tahun 2002, ia turut memaparkan sejarah permainan tradisional rakyat.

Layang-layang yang ditempatkan di situ juga datang dari pelbagai negara seperti Jepun, China, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Pada masa-masa lain, Taman Bandar Pasir Gudang berkeluasan 60 hektar itu turut menjadi tumpuan penduduk sekitar yang melakukan pelbagai aktiviti.

Kedudukannya di tengah-tengah pusat Bandar Pasir Gudang memudahkan penduduk tempatan dan juga pengunjung beriadah pada hujung minggu.

Taman Bandar Pasir Gudang sememangnya mempunyai ciri-ciri yang unik dan menarik sebagai pusat tumpuan rekreasi keluarga dan kegiatan sukan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuk berjoging, beristirehat di pondok-pondok yang disediakan, kawasan permainan kanak-kanak atau sekadar berjalan di sekeliling kolam atau taman.

PELBAGAI koleksi layang-layang dipamerkan di Muzium Layang-Layang Pasir Gudang.


Landskap cantik

Masjid Jamek Pasir Gudang yang terletak bersebelahan Bukit Layang-Layang bukan sahaja menjadi tumpuan umat Islam beribadat, malah pelbagai aktiviti lain.

Mula digunakan pada tahun 1989, ia telah beberapa kali memenangi anugerah Landskap Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Masjid.

Kombinasi seni bina Islam dan landskap yang cantik buatan manusia menjadi mercu tanda di tengah-tengah kepesatan pembangunan Pasir Gudang.

Ia juga dijadikan sebagai lokasi bagi penganjuran beberapa aktiviti keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul serta majlis perkahwinan beramai-ramai di Pasir Gudang.

Buaya tembaga

Bagi yang meminati hidupan liar, santuari buaya tembaga dikenali Sarang Buaya yang terletak berhampiran Pelabuhan Tanjung Langsat pasti mengujakan anda.

Kawasan seluas lapan hektar itu bukan sahaja berperanan sebagai pusat perlindungan, pemeliharaan dan pemuliharaan malah pembiakan spesies buaya tembaga. Selain itu, ia juga bertujuan menangani masalah kepupusan reptilia tersebut.

Buaya tembaga dengan nama saintifiknya, Crocodylus Porosus adalah reptilia yang hidup dalam air masin dan tawar. Antara 23 spesies buaya di seluruh dunia, reptilia itu merupakan yang terbesar dan ganas. Buaya tembaga mempunyai nilai yang tinggi di pasaran terutama kulitnya.

Sarang Buaya itu beroperasi di bawah pentadbiran MPPG. Ia dibina dalam kawasan hutan paya bakau dan mempunyai sebanyak 12 kolam khas.

Ketika ini sebanyak 144 buaya tembaga pelbagai saiz dan umur ditempatkan di Sarang Buaya itu bagi dipelihara serta untuk tatapan pengunjung.

Selain menyaksikan buaya dari atas sangkarnya, pihak Sarang Buaya juga menyediakan slot khas untuk pengunjung bukan sahaja bergambar, malah memberi makan buaya tersebut.

Bagaimanapun slot tersebut diadakan pada waktu tertentu. Contohnya aktiviti memberi makanan kepada buaya hanya diadakan pada hujung minggu atau cuti am iaitu pada pukul 10.30 pagi, 12 tengah hari, 2 petang dan 4 petang.

Sementara aktiviti berfoto dengan anak-anak buaya pula diadakan pada setiap hari pada pukul 10 pagi dan 2.45 petang.

Kehidupan nelayan

MUZIUM Layang-Layang Pasir Gudang meneruskan kesinambungan permainan rakyat itu agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang.


Meskipun dihimpit kemajuan pesat perindustrian, aktiviti penduduk sebagai nelayan masih boleh disaksikan oleh para pengunjung.

Kampung-kampung tradisional seperti Kampung Tanjung Langsat, Perigi Acheh dan Pasir Puteh menjadi tumpuan pengunjung yang meminati aktiviti memancing atau sekadar berehat.

Di beberapa kampung seperti di Kampung Tanjung Langsar dan Pasir Puteh pengunjung boleh menjamu selera terutama makanan laut.

Pengunjung juga dapat menyaksikan para nelayan mencari rezeki di laut, selain melawat kelong-kelong ikan milik persendirian.

Inap pengembara bisnes

Posted:

Inap pengembara bisnes

DEKORASI bilik yang mengutamakan elemen kontemporari dengan hiasan yang minimalis.


BERADA di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur, soal penginapan bukanlah sesuatu yang merunsingkan fikiran.

Terdapat puluhan, malah ratusan hotel-hotel bertaraf lima bintang hingga satu bintang yang menawarkan penginapan yang selesa dan berkualiti bergantung kepada penghuninya.

Bagi yang masih tercari-cari lokasi penginapan di tengah-tengah ibu kota, apa kata berkunjung ke Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur.

Terletak di kawasan segi tiga emas di Jalan Pudu yang padat dengan pelbagai aktiviti hiburan dan perniagaan, ia merupakan lokasi terbaik bagi pengembara bisnes dan pelancong yang mahu melihat sisi Kuala Lumpur dengan lebih dekat.

Berlatarbelakangkan panorama dan landskap indah bangunan pencakar langit di sekitarnya, hotel itu tampak mewah dan selesa dengan penginapan bertaraf empat bintang yang ditawarkan.

Secara keseluruhan terdapat 310 bilik dan suites pelbagai pilihan yang ditawarkan termasuk Deluxe, Executive, Family Deluxe dan Juinor Suite.

Serba lengkap

Menggabungkan elemen harmoni dan kontemporari pada rekaan setiap bilik, pengunjung pasti selesa dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Antaranya, pendingin hawa, televisyen, peti deposit, peti ais mini, telefon, kemudahan membuat minuman dan surat khabar.

Sepanjang menginap di sini, pengunjung berpeluang merasai pelbagai hidangan enak dan lazat yang ditawarkan di beberapa kafe, restoran dan lounge.

Nikmati hidangan makan malam yang unik di Flavors Restaurant atau bagi yang mementingkan kesihatan makanan pula, bolehlah ke Green Treats Delicatessen.

Sementara itu, Pool Bar pula merupakan lokasi terbaik bagi pengunjung yang mahu menikmati minuman atau snek dalam suasana terbuka. Jika mahu melakukan perbincangan tidak formal sambil bersantai mendengar irama muzik, apa kata ke Blue Chip Lounge.

Tidak sekadar itu, pengunjung boleh mencuba pelbagai kemudahan dan aktiviti riadah yang disediakan di hotel itu termasuk gimnasium dan kolam renang.

Pengunjung juga boleh membelai tubuh di Samsara Spa.

SWISS Garden Hotel & Residence Kuala Lumpur sering menjadi pilihan pelancong saat bercuti di ibu kota.


Berkonsepkan gaya Bali klasik dan kontemporari, pengunjung pasti teruja menikmati urutan dalam suasana yang cukup menenangkan oleh tukang urut profesional.

Selain menjadi lokasi penginapan, Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur juga sering berfungsi sebagai destinasi persidangan dan majlis-majlis rasmi.

Dewan utamanya, Grand Hibiscus Ballroom mampu memuatkan sehingga 800 pengunjung pada satu-satu masa. Ia juga mempunyai sembilan bilik pelbagai fungsi yang lengkap dengan kemudahan audio visual untuk acara persidangan, mesyuarat dan seminar.

Eksplorasi dunia maritim

Posted:

Eksplorasi dunia maritim

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA

BAHAN pameran menunjukkan aktiviti perdagangan yang dijalan di Melaka.


KITA mungkin mengenali Christopher Columbus, Vasco da Gama atau Ferdinand De Magellan, tokoh-tokoh pelayaran terkenal dari Barat dan pelbagai kisah kejayaan mereka.

Namun, tidak ramai yang mengetahui tamadun Melayu juga turut melahirkan tokoh pelayaran ulung iaitu Panglima Awang Hitam yang juga dikenali Henry The Black atau Enrique di Malacca.

Mengikut sejarah, Panglima Awang dikatakan berjaya mengelilingi dunia pada abad ke-15 ketika mengikuti ekspedisi Magellan dalam meneroka laluan perdagangan rempah ke Asia Tenggara ketika itu.

Kisah kejayaan Panglima Awang itu boleh diketahui lanjut tatkala berkunjung ke Muzium Samudera di Melaka.

Terletak di Jalan Quayside, Bandar Hilir, muzium itu tampak unik kerana dibina di atas replika kapal terkenal Portugis, Flor de La Mar yang dikatakan karam di perairan Sungai Melaka satu ketika dahulu.

Pembinaan muzium itu bermula pada tahun 1990 sebelum ia dibuka kepada orang ramai selepas dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan lapan meter lebar, muzium setinggi tiga tingkat itu memaparkan sejarah maritim Melaka bermula dari era Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda dan Inggeris.

Di tingkat atas, pengunjung akan dibawa melihat sejarah perdagangan Melaka pada era kegemilangannya.

Ia digambarkan melalui replika patung pedagang dari Arab, China dan India yang menjual aneka tekstil, rempah dan sutera.

Di samping itu, terdapat pelbagai ilustrasi yang membuktikan kemajuan pelabuhan Melaka yang terkenal dengan aktiviti perdagangan.

Kedudukan Selat Melaka yang strategik menghubungkan bahagian Timur dan Barat menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia.

Turut menjadi tumpuan adalah perkembangan agama Islam di Melaka dan kisah mengenai Hang Tuah serta lima saudaranya.

Di tingkat bawah pula, pengunjung akan dibawa melihat sejarah maritim ketika era penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris.

Di situ juga pengunjung berpeluang melihat pelbagai artifak seperti senjata, pakaian perang, peta lama, mata wang lama, tembikar dan ilustrasi mengenainya. Di ruang itu juga persoalan mengenai siapakah Panglima Awang bakal terjawab.

Di samping itu, turut dipamerkan pelbagai replika kapal perang dan kapal perdagangan dari setiap era.

Biarpun hanya replika, namun teknologi yang digunakan untuk menghasilkannya membuatkan sesiapa sahaja berasa kagum.

Apa yang pasti kunjungan ke Muzium Samudera membolehkan pengunjung mengenali sejarah Melaka dengan lebih mendalam. Jika masih belum berpuas hati, teruskan penerokaan ke Muzium Samudera Fasa 2, Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terletak bersebelahan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar UUM sertai sukan rakyat

Posted:

Pelajar UUM sertai sukan rakyat

SEBAHAGIAN pelajar UUM yang menyertai aktiviti sukan rakyat UUM 2012 di Sintok baru-baru ini.


TRADISI. Seramai 765 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai aktiviti Sukan Rakyat UUM 2012 yang berlangsung di Padang Serbaguna UUM, Sintok, Kedah baru-baru ini.

Program itu disertai pelajar yang mengambil mata pelajaran Kenegaraan Malaysia di bawah penyeliaan pensyarah, Suhana Hamdan yang juga penasihat projek.

Peserta yang menyertai sukan rakyat seperti tarik tali, sepak raga, tarik upih, konda-kondi, gasing, guli, galah panjang, teng-teng dan boling kelapa dibahagikan kepada empat kumpulan.

Menurut pengarah projek sukan, Mohamad Hazman Mohamad Jamil, aktiviti sukan rakyat dibuat bagi merapatkan hubungan antara pelajar selain dapat mengeratkan hubungan perpaduan kaum.

Penduduk Pekan sertai pesta kacau dodol

Posted:

Penduduk Pekan sertai pesta kacau dodol

AKSI beberapa peserta sempena Pesta Dodol dan Pulut Manis Chini 2012 di Pekan baru-baru ini.


KACAU. Kira-kira 1,000 orang peserta telah menyertai Pesta Dodol dan Pulut Manis Chini 2012 di Dataran Dara Chini,Pekan, Pahang baru-baru ini.

Sebanyak 63 kawah dodol termasuk pulut manis telah dimasak oleh peserta.

Pesta tersebut yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini selain menanam semangat gotong-royong dan mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, Datuk Abu Bakar Harun dan Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Pahang, Mohd. Sukarno Abdul Wahab.

Belia Malaysia sambut Aidiladha di Kemboja

Posted:

Belia Malaysia sambut Aidiladha di Kemboja

SEBAHAGIAN ahli MBNP dan MBM yang menyambut Hari Raya Aidiladha di Wilayah Cham, Kemboja baru-baru ini.


SUMBANGAN. Majlis Belia Negeri Perlis (MBNP) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penduduk Islam di Kampung Spue, Wilayah Cham di Kemboja baru-baru ini.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu melibatkan seramai 45 sukarelawan MBNP dan MBM itu yang berkampung di situ bermula 23 sehingga 28 Oktober lalu.

Antara aktiviti yang dilakukan, pemeriksaan kesihatan, keluarga angkat, solat sunat Aidiladha, penyembelihan lima ekor lembu, sumbangan 100 pasang pakaian sekolah dan dua komputer riba selain, sukaneka bersama lebih 1,500 penduduk kampung berkenaan.

Rombongan tersebut diketuai Yang Dipertua MBNP, Saiful Munir Bidin serta Timbalan Presiden MBM, Sukor Md. Yusoff bersama sukarelawan dari gabungan badan-badan bukan kerajaan negeri Perlis.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Liyana Jasmay, ibu terpaksa berkurung dalam rumah

Posted:

Liyana Jasmay, ibu terpaksa berkurung dalam rumah

LIYANA bersama ibunya dalam gambar yang dirakam di New York baru-baru ini.


NEW YORK - Pelakon terkenal, Liyana Jasmay terpaksa berkurung di dalam rumah sewanya di New York tanpa bekalan elektrik gara-gara dilanda taufan Sandy.

Liyana, 24, yang ditemani ibunya, Habsah Simpon kini mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan di Akademi Filem New York.

Usaha untuk menghubungi pelakon itu bagaimanapun gagal. Rumah sewanya itu terputus bekalan elektrik sejak Isnin lalu.

Berita mengenai Liyana itu disampaikan oleh kakaknya, Adriana Jasmay, 28, menerusi akaun Twitter.

"Mereka (Liyana dan ibunya) duduk di rumah. Tidak pergi mana-mana. Kali terakhir bercakap dengan mama ialah 12 jam yang lalu. Sekarang, tidak tahu bagaimana keadaan mereka," ujar Adriana dalam akaun Twitternya pada pukul 11 malam kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Duit kahwin DJ Hot FM disamun

Posted:

Duit kahwin DJ Hot FM disamun

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

HERMANSANI menunjukkan papan pemuka kereta tempat duit RM5,000 yang disimpan diambil penjenayah dalam kejadian di Jalan Pusara, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami kerugian RM5,000 apabila wang hantaran perkahwinannya disamun dua lelaki yang berpura-pura dilanggar keretanya di Jalan Pusara di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 12.15 pagi, mangsa Mohd. Hermansani Aminudin, 29, atau popular dengan panggilan DJ Bell dalam kalangan pendengar radio memandu kereta seorang diri selepas gagal mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun sendiri selepas mesin pengeluaran automatik (ATM) semasa itu berada dalam keadaan luar talian.

Dia yang tinggal di Batu Buruk di sini kemudian bercadang untuk minum di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin kira-kira satu kilometer dari bank yang dikunjungi.

Bagaimanapun, cerita Hermansani, ketika sampai di Jalan Pusara tiba-tiba dia ternampak sebuah motosikal dinaiki dua lelaki rebah di depan keretanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Langkawi kini dikenali 'Naturally Langkawi'

Posted:

Langkawi kini dikenali 'Naturally Langkawi'

NAJIB (tengah) melancarkan penjenamaan baharu Langkawi sebagai 'Naturally Langkawi' di Langkawi semalam.


LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan penjenamaan baharu Langkawi, 'Naturally Langkawi' atau Langkawi Serba Asli yang menonjolkan rangkaian pulaunya sebagai kawasan semula jadi serba indah yang menjadi pilihan utama pelancong.

Menurut beliau, Pulau Langkawi telah membina jenamanya yang tersendiri sejak sekian lama dan ia perlu diperkukuhkan lagi.

"Penjenamaan tersebut adalah satu daripada inisiatif yang penting kerana ia akan sentiasa bersaing dengan pulau-pulau pelancongan terkenal di dunia.

"Dengan adanya penjenamaan yang kukuh, Langkawi akan lebih dikenali dan lebih menarik di antara pulau-pulau lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan penjenamaan baharu Langkawi di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jalan Kuching, Jalan Duta ditutup

Posted:

Jalan Kuching, Jalan Duta ditutup

31/10/2012 6:20pm

KUALA LUMPUR — Sebahagian Jalan Kuching dan Jalan Duta ditutup untuk kerja-kerja pembinaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, lorong laju daripada Jalan Kuching akan ditutup secara berperingkat-peringkat mulai hari ini sehingga 14 Mei tahun depan untuk kerja-kerja pembinaan bebendul jalan tiga tingkat di sepanjang jalan itu.

Manakala sebahagian Jalan Duta akan turut ditutup secara berperingkat-peringkat untuk tujuan yang sama mulai esok sehingga 19 Jun tahun depan.

Kedua-dua jalan akan ditutup dari pukul 9.30 pagi sehingga 4 petang (peringkat pertama) dan 9 malam sehingga 5 pagi (peringkat kedua).

Sehubungan itu, DBKL meminta pengguna kedua-dua jalan itu supaya berhati-hati dan mematuhi papan tanda lalu lintas semasa kerja pembinaan dijalankan. — BERNAMA

Lebih 20,000 kad komuter 1Malaysia dikeluarkan

Posted:


Mahu jadi pemilik terawal

SAMBIL menggalas sebuah beg di bahu, seorang lelaki pertengahan usia menjadi orang pertama yang beratur dalam satu barisan khas. Dirinya tenang menunggu sementelah di belakangnya terdapat puluhan lagi individu yang juga sabar berbaris. Lagi...

Kandungan ibu tanpa rahim

HUJUNG minggu lalu menjadi hari paling bermakna kepada dua wanita berusia 30-an di Stockholm, Sweden apabila berjaya memiliki rahim selepas menjalani pembedahan pemindahan uterus yang dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar di Hospital Sahlgrenska yang terletak di barat negara itu. Lagi...

Deejay Hot FM disamun

Posted:

Deejay Hot FM disamun

31/10/2012 6:16pm

KUALA TERENGGANU — Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd. Hermansani Aminudin, 29, yang memandu kereta bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakan di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin.

Menurut mangsa, ketika kejadian, dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah ditutup.

Katanya, ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan penunggang motosikal tersebut menjatuhkan motosikalnya di hadapan kereta mangsa.

"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.

"Apabila saya keluar daripada kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta," katanya.

Beliau berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam "dashboard" keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Obama isytihar bencana besar

Posted:

Obama isytihar bencana besar

BEBERAPA buah kereta tenggelam di New York.


NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan.

Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey.

Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam.

Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.

Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS.

Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam.

Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut.

Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut.

Menurut laporan media, seramai 25 orang dilaporkan terperangkap di tingkat atas sebuah apartmen dalam kejadian tersebut.

Anggota-anggota bomba menggunakan bot untuk tiba di lokasi tersebut kerana jalan dipenuhi air.

Dua buah loji nuklear AS juga ditutup iaitu di New Jersey dan di tepi Sungai Delaware.

Menurut firma Eqecat, kerugian akibat taufan itu dianggarkan AS$20 bilion (RM61.04 bilion). - Agensi

Angkasawan lihat Sandy dari angkasa lepas

Posted:

Angkasawan lihat Sandy dari angkasa lepas

IMEJ satelit yang dirakamkan kelmarin menunjukkan taufan Sandy di luar pantai timur Amerika Syarikat.


CAPE CANAVERAL, Florida - Taufan Sandy yang membawa kemusnahan besar di pantai timur Amerika Syarikat (AS) dapat dilihat dari angkasa lepas.

Komander Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Sunita Williams semalam menyatakan dia dan seorang kru lain dapat melihat lingkaran besar Sandy semasa ia mendekati pantai timur itu.

Keluarga Sunita tinggal di New England dan dia membuat pemerhatian dengan teliti di wilayah tersebut.

Taufan Sandy itu melanda New York kelmarin sehingga mengakibatkan hampir keseluruhan bandar raya tersebut tenggelam.

Seramai 18 orang mati di tujuh buah negeri termasuk Kanada.

Kematian itu akibat dihempap pokok, rumah runtuh, terkena serpihan yang berterbangan dan renjatan elektrik.

Taufan itu tiba di New Jersey malam kelmarin dengan kelajuan angin 130 kilometer sejam.

Lebih enam juta penduduk terputus bekalan elektrik dari Carolina ke Ohio.

Sementara itu, kempen pilihan raya presiden terpaksa ditangguhkan selama seminggu.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan antara calon parti Republikan, Mitt Romney yang juga bekas gabenor Massachusetts dengan Presiden AS, Barack Obama.

Taufan itu juga menyebabkan sistem tren bawah tanah di bandar raya New York mengalami kerosakan teruk dalam tempoh 108 tahun.

"Ia akan menjadi salah satu rekod," kata Naib Presiden Kanan Consolidated Edison, John Miksad.

Beliau menyatakan, lebih 670,000 pelanggan syarikat itu yang tidak mendapat bekalan elektrik akibat taufan tersebut di bandar raya New York. - Agensi

Pesawat lama dijadikan tadika

Posted:

Pesawat lama dijadikan tadika

SEBAHAGIAN kanak-kanak yang belajar di dalam pesawat Yakovlev Yak-42.


RUSTAVI, Georgia - Pihak pengurusan sebuah tadika membeli sebuah pesawat lama, Yakovlev Yak-42 di bandar ini.

Pesawat itu diubah suai untuk dijadikan sebuah tadika yang mempunyai 15 kanak-kanak.

Menurut Reaktor Institut Hubungan Sosial Ukraine-Georgia, Gari Chapidze, pesawat kecil tersebut akan menjadikan kanak-kanak itu berasa seronok untuk belajar di tadika.

Chapidze berkata, kanak-kanak itu dibenarkan bermain dengan menekan 1,500 butang di kokpit pesawat berkenaan.

Institut itu menguruskan pentadbiran tadika tersebut.

Pihak institut berkenaan mengenakan bayaran sebanyak 70 euro (RM276.72) sebulan kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Pesawat itu dibina syarikat Saratov Aviation Plant, Rusia. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Sharifah Sakinah versi serius

Posted:

Sharifah Sakinah versi serius

TIDAK dinafikan wataknya sebagai Kinah menerusi Biar Mimpi Sampai Ke Bintang telah memberi impak yang tersendiri buat pelakon Sharifah Nurul Sakinah Al-Khaired Syed Abu Bakar.

Berlakon di samping Elfira Loy dan Randy Pangalila dalam telefilem tersebut, karakter Sakinah yang membawakan watak anak orang kaya yang kebodohan ternyata berhasil mencuit hati penonton.

Biarpun namanya semakin dikenali ramai selepas itu, ternyata Sakinah tidak mampu lari daripada berhadapan dengan beberapa kisah kontroversi yang melanda dirinya.

Pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan, Sakinah pernah berselisih faham dengan pelakon Julia Ziegler dan Gambit Saifullah.

Kemudian pelakon berusia 23 tahun itu juga pernah dilabel sebagai seorang artis sombong gara-gara kerap menolak permintaan pihak media yang ingin mengadakan sesi fotografi dengannya.

Berkesempatan menemuinya semasa siri jelajah Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Pulau Pinang baru-baru ini, pelakon berkenaan menafikan dia seorang yang suka mencipta kontroversi.

"Seboleh-bolehnya saya mahu menjadi seorang individu yang lebih matang dan tidak mahu mengingati lagi semua kontroversi yang pernah melanda diri saya dahulu.

"Sekarang ini saya enggan menoleh ke belakang lagi dan ingin dikenali sebagai seorang pelakon yang berbakat, bukannya pelakon yang sarat dengan kontroversi," jelasnya.

Menurut Sakinah, memandangkan minat yang begitu mendalam dalam bidang seni, dia pernah berhadapan dengan dilema sama ada memilih untuk bergelar pelakon atau memberikan fokus kepada pelajarannya.

Sebelum ini dia pernah menuntut di Kolej Universiti HELP di Damansara, Selangor dalam bidang pengajian undang-undang, tetapi hanya belajar separuh jalan dan kemudian mengambil keputusan untuk berhenti.

"Pada mulanya saya memang pernah bercita-cita mahu menjadi seorang peguam, namun akhirnya saya sedar bidang tersebut tidak sesuai dengan diri saya. Ternyata, jiwa saya lebih kepada bidang lakonan," ujarnya.

Berkenaan dengan gelaran artis sombong yang pernah dilabelkan pihak media sebelum ini terhadap dirinya, Sakinah memberitahu dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang masalah atau enggan memberikan kerjasama.


FIGURA ini berusaha sendiri untuk meraih peluang dalam bidang lakonan.


Ujarnya, dia bukan sengaja menolak tawaran untuk mengadakan sesi fotografi yang diaturkan media, tetapi dia sebenarnya seorang individu yang kurang gemar bersolek.

"Dulu saya tidak serius untuk bergelar pelakon. Saya terbabit dalam dunia lakonan pun sekadar suka-suka sahaja dan tidak terlampau mengejar populariti sangat serta tidak kisah kalau cerita mengenai diri saya kurang didedahkan dalam media.

"Bagaimanapun, lakonan sudah menjadi keutamaan saya sekarang dan sedar populariti itu memang penting jika hendak pergi lebih jauh. Kini, saya bersedia memberikan kerjasama terutamanya untuk mengadakan sesi fotografi dengan mana-mana media," ujarnya.

Rakan baik

Sejak namanya menjadi sebutan ramai selepas membintangi Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, ternyata Sakinah dilihat banyak terbabit dengan drama dan telefilem arahan Michael Ang dan syarikat penerbitan Cube Film sehinggakan dia dilabel sebagai anak emas pengarah popular tersebut.

Mengakui pengarah itu merupakan antara individu yang memainkan peranan menaikkan namanya dalam bidang lakonan, namun dia menafikan dirinya merupakan pelakon kegemaran Michael.

"Saya tidak pernah melihat diri saya ini merupakan anak emas atau pelakon kegemaran Michael. Lagipun, banyak lagi pelakon-pelakon lain yang selalu berlakon di bawah arahannya seperti Elfira Loy, Didie Alias dan Marsha Milan Londoh.

"Mengenai hubungan dengan Michael saya bukan sekadar menganggapnya sebagai pengarah, malah dia merupakan rakan baik yang banyak membantu sehingga nama saya dikenali ramai seperti sekarang," jelasnya.

Sakinah turut memberitahu, dia langsung tidak pernah terikat untuk berlakon di bawah syarikat Cube Film sahaja dan turut diberi kebebasan berlakon dengan produksi atau pengarah lain.

"Mungkin ramai tidak sedar yang saya juga sudah banyak terbabit dengan produksi lain, misalnya seperti Zeel Production yang memang banyak memberikan tawaran lakonan kepada saya.

"Terbaharu, saya juga berpeluang berlakon di bawah arahan pengarah tersohor iaitu Erma Fatima menerusi drama bersiri 13 episod berjudul Aku Bukan Untukmu," ujarnya sambil mengakui tidak terlalu selektif dalam memilih setiap tawaran berlakon yang diterimanya.

Berdikari

Pastinya ramai yang sudah tahu tentang status Sakinah yang merupakan adik kepada Sharifah Norhaslinda dan Sharifah Shahirah, dua orang pelakon yang terlebih dahulu mencipta nama dalam dunia lakonan.

Walaupun kedua-dua orang kakaknya itu sudah lama bergelar pelakon, Sakinah menyatakan dia tidak mengambil kesempatan menggunakan nama mereka untuk mendapatkan tawaran berlakon.


SAKINAH menolak tanggapan bahawa dia merupakan anak emas pengarah, Michael Ang.


"Memang tidak dinafikan, mereka merupakan sumber inspirasi yang membuatkan saya menjadi minat dan jatuh cinta kepada lakonan, malah mereka juga banyak memberikan galakan kepada saya untuk serius dalam bidang ini.

"Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya akan mengambil kesempatan dengan menjaja status saya sebagai adik kepada Norhaslinda dan Shahirah, sebaliknya saya lebih gemar berdikari dan mencari sendiri peluang lakonan tanpa mengharapkan bantuan mereka," tegasnya.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia berlakon bersama-sama kakaknya, terutama Shahirah yang masih lagi aktif berlakon, Sakinah menyatakan dia menerima seadanya tentang hal tersebut.

Ini memandangkan memang ramai peminat yang ingin melihat gandingan mereka berdua sama ada dalam drama atau telefilem.

Lisa turun berat badan

Posted:

Lisa turun berat badan

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


LANGSING. Berat badan Lisa pernah mencecah 58 kilogram sebelum mengamalkan diet pemakanan.


PELAKON wanita yang bakal menggalas watak isteri mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ketika muda dalam teater Tun Siti Hasmah tidak lama lagi ini telah susut berat badannya.

Bukan disebabkan tertekan dengan latihan teater berkenaan atau kerana sudah berbadan dua, Lisa sebaliknya ingin menurunkan berat badannya yang dikatakan agak berisi selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon, pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim.

Lisa yang kini kelihatan sangat langsing baru sahaja dilantik menjadi duta tempatan pertama untuk kanta lekap FreshLook, keluaran syarikat Alcon yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini antara selebriti luar negara yang pernah menjadi duta kanta lekap jenama tersebut ialah penyanyi Taiwan, Rainie Yang dan anggota kumpulan Girls Generation dari Korea Selatan, Im Yoona.

Lisa dan Yusri khabarnya bersepakat mahu menurunkan berat badan masing-masing dan untuk itu, mereka saling menyokong antara satu sama lain untuk mengurangkan makan nasi dan hanya makan makanan berkhasiat.

Ternyata, usaha tersebut memberikan impak terhadap Lisa. Ketika ditemui pada majlis pengumuman dirinya sebagai duta FreshLook di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor, kelmarin, Lisa mendedahkan rahsia dan petua yang diamalkan untuk menurunkan berat badannya.

Kosmo!: Lisa kelihatan langsing dan kurus berbanding sebelum ini, apakah rahsianya?

LISA SURIHANI: Rahsia berat badan saya sudah turun empat kilogram sebab banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kenapa Lisa ambil keputusan untuk menurunkan berat badan?

Selepas penggambaran filem Istanbul Aku Datang memang saya tidak boleh kawal makan. Saya nampak lebih berisi selepas kahwin, jadi sebelum kena penyakit baik saya diet.

Berapa berat badan Lisa sebelum ini?

Berat badan saya 54 kilogram (kg), dan ia naik empat kg selepas itu. Ia (turunkan berat badan) atas kesedaran sendiri bukan sebab kritikan pihak media kata saya sudah berisi.

Apa lagi yang Lisa lakukan dalam tempoh berdiet itu?

Saya jarang bersenam tetapi kurangkan makan nasi. Bukan tidak makan langsung, cuma makan sedikit. Kalau langsung tidak makan nasi, nanti perut akan terkejut sebab sudah makan nasi sejak kecil lagi. Selain itu saya banyak makan salad, minum yogurt dan air jus buah-buahan segar.

Lisa mahu turunkan berat badan sampai berapa kilogram?

Saya tidak mahu kurus sangat, janji saya nampak sihat itu sudah cukup.

Selepas pementasan teater Tun Siti Hasmah, apakah projek terbaharu Lisa?

Saya akan muncul dalam sebuah rancangan televisyen tetapi tidak boleh didedahkan di sini (buat masa ini). Saya juga terbabit dengan sebuah lagi program untuk siaran di internet iaitu Maskara.

Elizabeth Taylor selebriti mati terkaya

Posted:

Elizabeth Taylor selebriti mati terkaya

MENDIANG Elizabeth Taylor dan Michael Jackson merupakan dua selebriti yang telah meninggal dunia tetapi masih meraih pendapatan tahunan mencecah ratusan juta ringgit.


BINTANG legenda Hollywood, Elizabeth Taylor telah mengalahkan sahabat baiknya, Michael Jackson dalam senarai selebriti mati terkaya di dunia.

Menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, untuk tempoh dari Oktober tahun lepas hingga Oktober tahun ini, mendiang Taylor telah mengumpul pendapatan tertinggi berjumlah AS$210 juta (RM672 juta) dengan sebahagian besarnya iaitu RM592 juta adalah hasil daripada lelongan barangan peninggalannya yang termasuklah permata, kostum dan lukisan.

Antara harta peninggalan Taylor yang terjual dengan harga paling mahal termasuklah lukisan karya pelukis legenda, Van Gogh pada tahun 1889 - mencecah RM51 juta di samping pulangan bisnes pewanginya, White Diamonds sepanjang tahun lepas yang terkumpul mencecah RM240 juta.

Menurut laporan majalah bisnes itu lagi, pendapatan Taylor untuk tahun lepas juga disumbangkan daripada hasil jualan produksi filem lakonannya yang ditayangkan pada tahun 1963, Cleopatra.

Ini kerana Taylor yang meninggal dunia pada Mac tahun lepas pada usia 79 tahun sebenarnya, berkongsi 10 peratus hasil pendapatan daripada tayangan setiap filem-filem lakonannya.

Michael Jackson yang meninggal dunia pada tahun 2009 pula jatuh di tempat kedua dalam senarai tersebut dengan mengumpul pendapatan mencecah RM464 juta, manakala mendiang Elvie Presley di tempat ketiga selepas berjaya mengumpul RM176 juta - jumlah sama yang dikumpul pada tahun sebelumnya.

Kartunis selebriti, Charles Schulz, pencipta karya kartun popular Peanuts pula di tempat keempat dengan mengumpul sejumlah RM118 juta.

Antara selebriti yang masuk dalam senarai baharu Top 10 Selebriti Mati Terkaya itu termasuklah dua bintang legenda Hollywood, mendiang Marilyn Monroe dan Steve McQueen.

Kredit: www.kosmo.com.my

Selasa, 30 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kecacatan bakar semangat Daus

Posted:

Kecacatan bakar semangat Daus

KAWASAN sekitar pusat beli-belah Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada pagi itu agak sesak. Kebetulan, ia merupakan cuti hujung minggu, pastinya kesempatan itu digunakan warga kota untuk bersiar-siar dan membeli-belah.

Di satu sudut kedengaran suara seorang lelaki berkerusi roda sedang leka memberi arahan.

"Rapat sikit lagi. Hai, dah kahwin pun takkan masih malu-malu lagi," usik Mohamad Firdaus Abdul Latif, 27, kepada pasangan di hadapannya.

Selepas beberapa ketika, lelaki yang mesra dengan panggilan Daus itu pantas melihat skrin Lensa Refleks Tunggal Digital (DSLR) jenis Nikon D300 miliknya.

Satu persatu gambar yang tersimpan rapi dalam memori kameranya dibelek. Kepuasan jelas terpancar daripada riak wajahnya, ternyata sesi penggambaran itu berjalan lancar seperti diharapkan.

"Seorang jurugambar memerlukan kreativiti dan imaginasi tinggi untuk memastikan gambar yang diambil cantik dan mempunyai makna di sebaliknya.

"Saya mempunyai konsep tersendiri ketika mengambil gambar. Ia mestilah mempunyai nilai dan menarik perhatian pelanggan," katanya.

Tragedi menyayat hati

Sambil membetulkan kedudukan di atas kerusi roda, Daus, anak tunggal kepada pasangan Abdul Latif Nordin, 60, dan Azizan Buyong, 57, memulakan kisahnya.

"Jika tidak bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU) mungkin saya hanya tahu membaiki penyaman udara seperti yang dipelajari ketika menuntut di Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuala Lumpur dahulu," ujarnya.

Memorinya pantas berputar mengingati kisah yang berlaku pada pagi 12 Disember 2004.

Dia yang berusia 19 tahun ketika itu sedang menuntut di IKM. Seperti kelaziman, dua minggu sekali dia akan pulang bercuti hujung minggu ke rumahnya di Bandar Behrang 2020, Tanjung Malim, Perak.

KECACATAN bukan penghalang untuk Daus menzahirkan rakaman foto yang cantik dan kreatif.


"Saya sengaja memilih laluan jalan lama, Kuala Lumpur-Rawang ke Tanjung Malim kerana lebih dekat dan kurang sesak berbanding lebuh raya.

"Namun, takdir Tuhan sebaik tiba di sekitar kawasan Hutan Simpan Templer, motosikal saya telah dirempuh oleh sebuah kenderaan dari arah belakang.

"Akibatnya, saya tercampak bersama motosikal ke dalam gaung bersebelahan dan tidak sedarkan diri," ceritanya.

Malang bagi Daus kerana pemandu kenderaan itu bertindak melarikan diri. Tambah malang, lokasi tempat dia terjatuh yang dikelilingi gaung sedalam 30 meter menyebabkan kejadian itu tidak disedari oleh pengguna jalan raya yang lain.

Selepas 30 jam tidak sedarkan diri, kelibatnya hanya disedari oleh pekerja pemotong rumput yang kebetulan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan itu.

Katanya, dia hanya tersedar selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital.

"Ketika mahu bangun saya rasakan seluruh badan sakit, kebas dan sukar bergerak.

"Dalam keadaan mamai, saya diberitahu saya cedera parah. Kaki kiri saya terpaksa dipotong sehingga ke paras atas lutut, lebih malang saya juga disahkan lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat kecederaan saraf tulang belakang," katanya.

Pada peringkat awal, Daus sukar menerima kenyataan. Dia menjadi murung, suka menyendiri dan sering menangis.

Bagaimanapun, keadaan Daus berubah ketika menjalani rawatan susulan selama tiga bulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bangkit semula

Sepanjang di HKL, Daus menyaksikan keadaan pesakit-pesakit lain yang menjalani rawatan. Ada kes sepertinya dan ada juga kes kritikal kerana pesakit hanya mampu terbaring kaku di atas katil.

"Tidak semena-mena timbul rasa insaf dan syukur di dalam diri, sekurang-kurangnya nasib saya lebih baik berbanding orang lain.

"Lagi pun saya masih dikurniakan akal dan kudrat untuk bergerak, malah kedua-dua belah tangan saya juga langsung tidak terjejas," kata lelaki yang masih bujang itu.

Enggan menoleh ke belakang, Daus menggunakan kemahiran yang dipelajari sebelum itu dengan mengambil upah membaiki telefon.

Seterusnya, dia mula bekerja di pusat siber dan kedai komputer. Di situ dia mahir membaiki komputer sehingga mampu membuka perniagaan sendiri, Filara Enterprise pada tahun 2009.

DAUS kini boleh berbangga kerana mampu memiliki perniagaan membaiki komputer sendiri di bawah syarikat Filara Enterprise.


"Pelanggan saya terdiri daripada jiran tetangga, kenalan dan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

"Itulah punca pendapatan saya sekarang, setakat ini ia berjalan lancar, malah jumlah pelanggan juga semakin meningkat," jelasnya.

Pada masa yang sama, Daus turut berjinak-jinak dalam bidang fotografi selepas seorang rakan meminjamkan kamera DSLR kepadanya.

Sejak itu, dia semakin meminati hobi baharunya itu. Jika ada kelapangan, dia sanggup menghabiskan masa berjam-jam di sekitar kampungnya untuk mengambil gambar.

Mengakui tidak mempunyai asas dalam bidang itu, Daus tekad berguru dengan kenalannya yang dikenali sebagai Cikgu Zul, mengenai aspek teknikal kamera termasuk mempelajarinya menerusi internet.

Daus mengubah fasa daripada hanya sekadar hobi kepada satu tugas apabila dia diminta mengambil gambar perkahwinan salah seorang sepupunya.

Sejak itu, dia bertekad meneruskannya sebagai kerjaya sampingan selain menguruskan perniagaan sedia ada.

Katanya, kecacatan bukanlah penghalang untuknya berjaya dalam bidang fotografi.

Biarpun pergerakannya agak terbatas berbanding jurugambar yang lain, namun dia mampu menghasilkan gambar-gambar kreatif dan mempunyai nilai seni yang tinggi.

"Saya tidak merasakan kelemahan dan kekurangan dalam diri saya sewaktu berada di lokasi penggambaran.

"Bagi saya kekurangan ini membuatkan saya ingin membuktikan kreativiti dan kemampuan diri," katanya.

Di bawah kelab fotografi, Fotoshutter, Daus mengembangkan bakatnya, malah dia kini semakin menjadi rebutan untuk majlis perkahwinan, fotografi potret individu dan berkumpulan serta majlis-majlis korporat di seluruh negara.

"Sebagai jurugambar, saya perlu melahirkan idea serta-merta ketika merakam gambar. Ia terhasil daripada pengalaman dan persiapan awal yang dilakukan sebelum sesuatu tugasan.

"Saya suka merujuk kepada gambar-gambar terbaik dalam media cetak dan mengkaji teknik atau gaya fotografi terkini. Kemudian saya menyesuaikannya dengan idea dan gaya sendiri," katanya.

SELEPAS mempunyai lesen memandu, Daus berhasrat membeli kereta khas untuk golongan OKU sepertinya.


Adakah dia akan terus meneruskan minatnya di dalam bidang itu? Daus berkata, fotografi adalah kerjaya yang benar-benar sesuai dan sebati dengan jiwanya selain memberikan beliau kepuasan hidup," ujarnya penuh makna.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved