Isnin, 19 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Snek tradisi dari isi tenggiri

Posted:

Snek tradisi dari isi tenggiri

Snek tradisi dari isi tenggiri

LELAKI yang juga salah seorang peniaga amplang di Pasar Ikan Masin di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, Sabah dengan penuh teruja memberitahu, keropok amplang yang terbaik sebenarnya terdapat di Tawau.

Katanya, dia sendiri harus merempuh perjalanan dengan memandu sejauh lebih 600 kilometer (km) yang memakan masa lebih kurang 12 jam untuk mendapatkan bekalan dari sana.

"Para pelanggan saya terutama dari Semenanjung seolah-olah dapat mengagak amplang yang saya jual itu datang dari Tawau atau sebaliknya. Sememangnya, majoriti mereka mahukan amplang dari Tawau kerana rasanya sangat sedap.

"Kalau awak mahu beli amplang dalam jumlah yang banyak untuk dibawa jual ke Kuala Lumpur, saya cadang awak pergi ke sana saja. Lagipun untuk sekilo amplang di Tawau cuma berharga RM16 berbanding di sini yang berharga RM30," kata lelaki yang bertubuh sederhana tinggi itu.

Kebetulan, dalam satu tugasan di Tawau, penulis bersama jurufoto, Noradzrene Mohd. Noor berjaya bertemu dengan seorang pengusaha amplang yang terkenal di daerah itu iaitu Jeminah Abdullah, 43.

Tatkala kelibat kami muncul di muka pintu bengkelnya, senyuman Jeminah sampai ke matanya yang bercahaya. Namun, bahasa tubuhnya umpama memberi mesej kepada kami bahawa dia janggal menerima tetamu yang bergelar media.

Dia seolah-olah sedang menyusun konsonan ketika hendak membutirkan kata-kata. "Saya hanyalah pengusaha kecil-kecilan saja, buat amplang pun di sebuah bengkel kecil dan tiada apa-apa yang istimewa," katanya sedaya upaya menyogok bahawa dia tidak selayaknya untuk diwawancara.

Namun, kami dan pihak Seranta melihat Perusahaan Keropok D'Umas yang ditubuhkannya pada tahun 2003 yakin dia punya ruang untuk menjadi perniagaan yang berskala besar.

Asal usul

Usia bengkel Jeminah nampak lebih tua daripada usianya. Di dinding bengkel itu penuh dengan sijil-sijil penghargaan dan kursus yang digantungnya secara tersusun.


BUKAN mudah untuk menghasilkan amplang kerana ia perlu melalui proses yang sedikit rumit.


"Sebenarnya, bengkel ini adalah bekas sebuah balai raya. Kira-kira sembilan tahun lepas selepas saya ikuti kursus Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Sabah, saya mulakan bisnes buat amplang," katanya yang tidak menyangka posisinya sebagai seorang suri rumah tangga bertukar menjadi seorang usahawan.

Kepada penduduk Sabah, keropok amplang tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun, tidak semua orang mengetahuinya. Ujar Jeminah, sebelum ini ramai yang menyangka bahawa keropok amplang itu adalah makanan untuk ikan.

"Sebagai orang Tawau, saya terkejut juga dengan pandangan itu, tapi lama-kelamaan, orang sudah tahu bahawa amplang merupakan adalah makanan ringan," ujarnya.

Amplang pada asalnya sebenarnya adalah kudapan bagi masyarakat Melayu Indonesia. Namun mereka tidak menyebutnya sebagai amplang. Sebaliknya dipanggil sebagai plang sahaja.

Apabila komuniti itu berdikit-dikit berhijrah ke pantai timur Sabah khususnya pesisir pantai Tawau suatu ketika dahulu, makanan itu kemudian diuar-uarkan kepada masyarakat setempat.

Hasilnya, amplang menjadi kegemaran masyarakat Melayu berketurunan Bugis di Tawau. Lebih menariknya, amplang yang berbentuk segi empat tepat atau silinder dan berwarna coklat keemasan itu dijadikan sebagai sajian minum petang utama masyarakat Sabah sehingga kini.

Seperti kata Jeminah, amplang yang sudah menjadi santapan tradisi di negeri Di Bawah Bayu lebih enak dimakan bersama kopi panas. Populariti makanan ringan itu juga berjaya menjadikan amplang sebagai signatur makanan di negeri itu.

Lebih daripada itu, keropok dalam bentuk bebola itu kemudiannya dikomersialkan oleh pengusaha kecil dan sederhana (PKS) di Tawau untuk menjengah pasaran luar.

"Alhamdulillah, makanan tersebut yang pada mulanya hanya dijual di sini pada awal tahun 1990-an, berjaya menambat hati orang luar. Dari situ, timbullah idea untuk masyarakat setempat seperti saya mengusahakan dan memperluaskan industri amplang," kata Jeminah.

Pada masa ini, Tawau adalah pengeluar keropok amplang utama di Sabah dengan mengeluarkan kira-kira 120 tan metrik yang bernilai RM2.2 juta.

Rumit

Usahawan berketurunan Bugis Melayu itu sudah menemui rentak perbualan. Dia semakin bersemangat menitipkan segalanya tentang perusahaannya. Dia kemudian lantas mempelawa kami melihat proses penyediaan amplang di bilik menggoreng di bengkelnya itu.

Bahang kepanasan di situ sedikit tidak menghalang dirinya memberi penjelasan kepada kami yang ingin tahu. Tidak banyak peralatan moden. Rata-ratanya menggunakan kudrat manusia.


SYARIKAT Keropok D'Umas yang dikendalikan oleh Jeminah menghasilkan kira-kira 40 hingga 50 kilogram (kg) amplang dalam sehari.


Ketika mengambil alih posisi seorang pekerjanya yang sedang memotong kepingan adunan, Jeminah memberitahu, amplang diperbuat daripada bahan ikan tenggiri yang berharga RM8 hingga RM12 sekilo di sana.

Mengapa ikan tenggiri? Jawapannya, ikan itu rasanya lebih enak dan warnanya menarik setelah digoreng.

Selari dengan peredaran masa, bukan sahaja isi ikan malah, pengusaha IKS kini mempelbagaikan produk itu kepada perisa sotong dan udang.

"Ramuannya agak mudah, selain isi ikan, sotong atau udang yang menjadi bahan utama, kita turut gunakan tepung kanji, garam, gula, telur ayam dan bahan penambah perisa lain," katanya yang kadangkala turut serta membantu lapan orang pekerja yang lain memasak.

Bagaimanapun ujar Jeminah, proses penyediaannya tidak semudah seperti yang disangka. Ia sedikit rumit, katanya.

"Proses mengasingkan tulang ikan tenggiri saya kira agak mencabar. Isi ikan yang telah diasingkan akan diadun bersama tepung kanji, garam, gula dan kita akan membentuk doh. Ia (proses) mengambil masa kira-kira empat jam.

"Doh tadi yang seberat kira-kira 500 gram itu berbentuk silinder atau segi empat tepat kemudian akan dipotong kecil secara melintang. Setiap potongan kecil tadi, perlu dipotong halus lagi," jelasnya.

Proses menggoreng juga perlu diberi perhatian khusus. Jelas Jeminah, amplang perlu digoreng dengan minyak yang banyak selama lebih kurang 15 minit dan perlu dikacau selalu agar tidak hangit.

Biasanya, dalam sehari, Jeminah akan mengadun 40 hingga 50 kilogram amplang.

Potensi

Sepanjang hampir 10 tahun menjalankan bisnes itu sambil dibantu oleh suaminya, Platui Ambuk, 49, dan anaknya, Mohd. Azlie, 25, yang bertindak sebagai pegawai pemasaran, Jeminah memberitahu, dia puas.

"Pihak Felda banyak menyalurkan bantuan kewangan kepada produk ini. Saya hanya memulakan industri dengan bajet RM3,000 saja.


PASAR Ikan Masin di Kota Kinabalu antara lokasi mudah untuk mendapatkan makanan ringan seperti amplang.


"Tidak mungkin dengan wang sebanyak itu saya berupaya memperkembangkan bisnes saya tapi dengan adanya bantuan Felda, impian saya menjadi kenyataan," katanya sambil memberitahu dia meraih antara RM6,000 hingga RM7,000 sebulan melalui perniagaan ini.

Produk Perusahaan Keropok D'Umas bukan sahaja terdapat di Tawau tetapi melewati ke seluruh Sabah terutama bandar-bandar utamanya. Kini, usahawan wanita itu sedang mengintai pasaran Semenanjung Malaysia.

Untuk itu, sebagai langkah awal, dia kerap menyertai karnival-karnival yang dianjurkan. Beberapa tahun lalu dia pernah melibatkan diri pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).

"Bukan saya saja tapi pengusaha IKS keropok amplang di Tawau mempunyai iktikad untuk mempopularkan makanan tradisi kami," ujar Jeminah yang tampak yakin di akhir bicara.

Barangkali tidak sukar untuk usahawan amplang merealisasikan hasrat mereka. Memetik kenyataan Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, pihak mereka sedia membantu mencari pasaran baharu untuk bisnes ini.

Pembantu Menterinya, Datuk Michael Asang berkata, pihaknya akan memberi perhatian sewajarnya kepada pengusaha kecil yang serius dan berpotensi di seluruh negeri untuk diberi perhatian.

Katanya, makanan ringan itu tidak lagi boleh dianggap sebagai makanan orang kampung kerana amplang semakin digemari dan turut popular di luar Sabah.

"Amplang berpotensi untuk dikomersialkan kerana ketika ini sudah menjadi salah satu buah tangan yang perlu dibawa pulang oleh para pelancong," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


200 hadiri sambutan Jubli Perak SMK Lembah Keramat

Posted:

200 hadiri sambutan Jubli Perak SMK Lembah Keramat

200 hadiri sambutan Jubli Perak SMK Lembah Keramat


JAMIZAN (duduk kiri) bergambar bersama beberapa bekas pelajar dan guru pada majlis sambutan Jubli Perak SMK Lembah Keramat di Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 200 bekas pelajar dan bekas guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Keramat menganjurkan Majlis Gemilang Pautan Kasih dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penubuhannya baru-baru ini.

Yang dipertua persatuan bekas pelajar, Jamizan Jamaluddin berkata. tujuan majlis adalah untuk menyampaikan anugerah sijil kepada tokoh-tokoh yang berjasa dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

Salah seorang bekas pelajar yang menerima anugerah ialah Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar.

Majlis yang diadakan di K-Club Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor itu turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin.

Full content generated by Get Full RSS.

IWK Taiping anjur ekspedisi jelajah Gua Tempurung

Posted:

IWK Taiping anjur ekspedisi jelajah Gua Tempurung

IWK Taiping anjur ekspedisi jelajah Gua Tempurung


KAKITANGAN IWK Unit Taiping bergambar sebelum memulakan ekspedisi penjelajahan Gua Tempurung di Gopeng baru-baru ini.


SEMANGAT. Bagi meningkatkan semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan Indah Water Konsortium (IWK) Unit Taiping, Perak, satu ekspedisi menjelajah Gua Tempurung di Gopeng, Perak telah dianjurkan baru-baru ini.

Pelbagai gelagat dan aksi dapat dilihat sewaktu kira-kira 30 kakitangan dan ahli keluarga mereka menyusuri laluan di dalam gua sepanjang 1.9 kilometer itu.

Melalui pakej selama empat jam itu, mereka terpaksa merangkak di bawah batu melalui anak sungai, menggelongsor laluan tanah dan berbatu serta meredah anak sungai di dalam gua terbabit.

Selain itu, mereka turut diberi peluang melihat pelbagai bentuk stalagtit dan stalagmit di dalam gua tersebut yang berbentuk seperti kepala lembu, gajah, babi, singa dan obor-obor.

Full content generated by Get Full RSS.

KIST tingkat pengetahuan masyarakat

Posted:

KIST tingkat pengetahuan masyarakat

KIST tingkat pengetahuan masyarakat


MIMI SURIANA (empat dari kanan) menunjukan Kosmo! yang diedarkan pada perarakan keberangkatan Tuanku Abdul Halim ke Kuala Lumpur di Alor Setar baru-baru ini.


CERIA. Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) mengagihkan 5,000 naskhah Kosmo! kepada orang ramai yang menyertai perarakan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun di Alor Setar baru-baru ini.

Pengedaran Kosmo! secara percuma itu dibuat di sepanjang Jalan Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas mulai pukul 6.45 pagi.

Pengagihan Kosmo! dibuat oleh Ketua Eksekutif KIST, Mimi Suriana Md. Rashid bersama lima petugas kolej tersebut.

Menurut Mimi Suriana, orang ramai dapat mengenali dengan lebih dekat pasangan diraja itu melalui sisipan yang dipaparkan dalam Kosmo!.

"Ini adalah tanggungjawab sosial KIST dalam meningkatkan pengetahuan orang ramai menerusi Kosmo! yang menyiarkan banyak maklumat tentang pelantikan Yang di-Pertuan Agong dan institusi beraja di negara ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


13 barang kawalan Krismas

Posted:

13 barang kawalan Krismas

13 barang kawalan Krismas

TELUR ayam merupakan antara barangan kawalan sempena musim
perayaan Krismas pada 25 Disember nanti. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penetapan harga maksimum runcit bagi 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember di 146 kawasan dan daerah di seluruh negara.

"Peniaga diwajibkan menjual barangan tidak melebihi harga maksimum serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Menurut beliau, senarai barang tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato dan cili benggala hijau.

Katanya, harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah ayam hidup RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7), ayam super (RM7.80), ayam belanda import (RM25), daging kambing tempatan bertulang (RM33) dan daging kambing biri-biri import bertulang (RM20).

Selain itu, ia turut melibatkan daging biri-biri import tanpa tulang (RM24), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM26), telur ayam gred A (RM0.36 sebiji), gred B (RM0.35), gred C (RM0.34), tomato (RM4.50 sekilogram) dan cili benggala hijau (RM8.50).

Ismail Sabri memberitahu, peniaga individu yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu dengan menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan kementerian boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau dikompaun sehingga RM50,000 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Bagi syarikat, mereka boleh didenda maksimum RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

RM400 juta bantu syarikat bas

Posted:

RM400 juta bantu syarikat bas

RM400 juta bantu syarikat bas

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan telah meluluskan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan dalam meneruskan operasi mereka.

Perdana Menteri berkata, dana yang diluluskan itu akan diurus oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang merancang untuk mengagihkan sejumlah RM100 juta pada suku pertama 2012.

Beliau berkata, untuk fasa pertama, dana bantuan itu akan digunakan untuk membantu syarikat-syarikat yang bermasalah di Selangor diikuti dengan negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang.

"Dana ini juga merupakan langkah interim yang diharap dapat menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti, demi kepentingan rakyat yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan melalui SPAD akan memulakan rundingan dengan pengusaha bas terlibat untuk membincangkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Perdana Menteri berkata, ia penting untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi membolehkan pengusaha terlibat terus beroperasi berteraskan kepentingan pihak pengusaha dan juga pengguna.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Guna dakwat kekal di PRU-13

Posted:

Guna dakwat kekal di PRU-13

Guna dakwat kekal di PRU-13


SEORANG pengundi menunjukkan dakwat kekal pada jarinya selepas mengundi dalam pilihan raya Parlimen di Kaherah, Mesir baru-baru ini.


PUTRAJAYA - Dakwat kekal silver nitrate akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata, dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, tetapi tidak digunakan ketika itu selepas keberkesanan kaedah itu dipersoalkan pelbagai pihak.

Menurut beliau, dakwat kekal yang mengandungi silver nitrate itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan oleh orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum, katanya.

"Oleh kerana ia berlainan sumber (daripada yang sepatutnya digunakan pada 2008), maka ia perlu melalui proses semula seperti dulu. Ia bukan dakwat yang sama.

"Dakwat ini mengandungi logam silver nitrate yang apabila dicalit di jari (di kuku) ia akan diserap dalam kuku kulit. Lagi tinggi peratus silver nitrate, lagi lama ia kekal di jari," kataya pada sidang media di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Muda lepas geram

Posted:

Harimau Muda lepas geram

Harimau Muda lepas geram

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

THAMIL ARASU turut mencipta nama sebagai penjaring pada aksi Malaysia menentang Central South Mariner di Sydney, Australia semalam. Malaysia menang 4-1.


BAGAIKAN harimau yang kelaparan.Itu perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan prestasi skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee yang tampil garang untuk membelasah Central South Mariner 4-1 pada perlawanan persahabatan terakhir mereka di bumi Australia semalam.

Tewas pada aksi kedua kepada pasukan yang sama di Sydney pada 14 Disember lalu nyata tidak mematahkan semangat skuad remaja negara itu, malah mereka tampil dengan rentak yang lebih bertenaga dan terancang.

Dua gol daripada Ahmad Hazwan Bakri dan satu gol masing-masingnya dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani dan A. Thamil Arasu sudah cukup untuk membuktikan betapa mereka inginkan kemenangan sebelum kembali ke tanah air hari ini.

Kehadiran Mohd. Muslim Ahmad yang baru pulih daripada kecederaan betis turut memberikan impak kepada benteng pertahanan negara dalam mengekang asakan pasukan tuan rumah.

Bagi Kim Swee, dia merupakan individu paling gembira dengan kemenangan tersebut kerana ia dicapai dengan gaya yang sungguh memberangsangkan.

Menurutnya, semua pemain beraksi cemerlang dan mereka betul-betul mempergunakan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

"Saya amat berpuas hati dengan prestasi semua pemain. Barisan serangan pada hari ini (semalam) amat berjaya terutama Hazwan yang telah menjaringkan dua gol. Fakri dan Thamil juga tidak mengecewakan saya.

"Sebenarnya kami memiliki banyak peluang untuk menambah jaringan ketika menentang Central South Mariner pada babak kedua perlawanan namun nasib tidak menyebelahi kami.

"Saya sangat gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh skuad ini. Ini menunjukkan satu keputusan sangat positif yang dilihat sebagai persiapan terbaik untuk menghadapi Liga Singapura dan kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 22 tahun pada tahun hadapan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Sydney semalam.

Selain dua kejohanan penting itu, Kim Swee juga menegaskan beliau mahu membina satu pasukan yang lebih mantap untuk jangka masa panjang dalam menghadapi saingan temasya Sukan SEA 2013 Myanmar kelak.

"Sudah tentu kami kini sedang berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi pemain muda ini untuk terus membina satu pasukan yang lebih kuat bagi menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang.

"Dengan pendedahan perlawanan bermutu tinggi seperti ini, saya amat mengharapkan pemain dapat memanfaatkan segala pengalaman dan peluang untuk terus tampil dengan aksi terbaik dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Bahrain pada tahun depan.

"Paling mustahak, mereka harus mengekalkan konsistensi dalam corak dan rentak permainan masing-masing," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Gelisah cari pengganti Chong Wei

Posted:

Gelisah cari pengganti Chong Wei

Gelisah cari pengganti Chong Wei


ZULFADHLI antara pemian muda yang dilihat mampu menggantikan Chong Wei.


JAGUH China, Lin Dan belum sampai ke penghujung kariernya tetapi dia kini sudah mempunyai pelapis yang tidak kurang hebatnya.

Chen Long baru berusia 22 tahun dan masa depannya dalam sukan badminton sangat cerah.

Lin Dan pula sudah tidak perlu bimbang kerana kecemerlangan China dalam sukan tersebut pasti berterusan dengan kehadiran beberapa pemain pelapis sehebat Chen Long.

Tetapi senario di Malaysia berbeza.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak senang duduk berbanding China.

Setiap hari BAM dalam kegelisahan memikirkan siapa yang bakal menggantikan pemain perseorangan No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sehingga kini masih belum ada tanda siapa yang layak bergelar pelapis berwibawa, yang sehebat Chen Long.

Kalau ada pun, mereka masih belum layak bergelar pengganti kerana kurang memperlihatkan konsistensi di pentas antarabangsa.

Sebelum ini, ada beberapa nama yang difikirkan layak menjadi pelapis kepada Chong Wei seperti Mohd. Arif Latif, Zulfadhli Zulkifli tetapi 'disiplin' mereka di pentas antarabangsa masih belum meyakinkan.

Pencapaian juga kurang meyakinkan berbanding pemain pelapis China yang sudah mampu menawan dunia pada usia awal 20-an.

Menyedari kelemahan itu, BAM tiada pilihan lain kecuali terus 'melanyak' Chong Wei dalam semua kejohanan sehingga kadangkala menyaksikan pemain No. 1 dunia itu sudah tidak berdaya untuk mencipta kemenangan. Sepanjang tahun 'didera' untuk menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.

Bila sudah terlalu kerap beraksi, maka gaya permainannya mudah dibaca pemain lawan, khususnya musuh utama, China.

Mungkin atas alasan tersebut, Chong Wei mudah dijinakkan pemain muda China, Chen Long pada Kejohanan Siri Super Dunia Akhir baru-baru ini.

Bukan Chong Wei tidak hebat tetapi dia sudah terlalu letih 'didera' sepanjang tahun.

Sudah tiba masanya bagi BAM untuk lebih berani memberi kepercayaan kepada barisan pemain muda negara beraksi di pentas antarabangsa. Jika tidak, kumpulan pelapis ini tidak akan mencapai tahap permainan matang sehingga mereka bersara.

Banyak yang boleh dijadikan contoh seperti Muhd. Hafiz Hashim yang terus gagal mempamerkan aksi konsisten di pentas antarabangsa.

BAM juga harus sedar bahawa Chong Wei sudah semakin berada di penghujung karier.

Dia tidak boleh lagi dikerah sepanjang tahun. Chong Wei perlukan rehat dan kalau boleh, beri kelonggaran kepadanya untuk hanya beraksi pada kejohanan tertentu sahaja.

Pemain muda seharusnya diberi lebih banyak peluang beraksi. Tak perlu fikirkan kemenangan terlebih dahulu, yang penting mereka ini perlu kerap diberi pendedahan di pentas antarabangsa.

Begitu juga dengan barisan pemain wanita.

Selepas Wong Mew Choo, Malaysia nampaknya terus ketandusan pemain yang hebat.

Setakat ini, saya belum nampak lagi pengganti yang mampu menggegar dunia selepas persaraan Mew Choo.

Kalau di China, pemain perseorangan wanita boleh diibaratkan sebagai 'tumbuh macam cendawan'. Selepas persaraan Zhang Ning, lahir pemain seperti Wang Shixian, Wang Yihan mahupun Wang Xin dan mereka ini bila-bila masa sahaja mampu menawan dunia.

Tetapi pemain wanita kita tetap kekal sebagai 'jaguh kampung'. Hanya satu sahaja cara yang dilihat mungkin boleh membantu mematangkan mereka iaitu mendedahkan pemain di pentas antarabangsa seawal usia 17 tahun. Jika Chong Wei gugur, maka berakhirlah penguasaan Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Yang terbaik sah datang

Posted:

Yang terbaik sah datang

Yang terbaik sah datang

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

KEJOHANAN Badminton Siri Super Maybank Terbuka Malaysia 2012 bakal menyaksikan penyertaan 10 pemain terbaik dunia dalam semua kategori.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai, kesemua pemain yang berada pada kedudukan ranking 10 terbaik dunia telah mengesahkan penyertaan mereka selepas tarikh tutup 6 Disember lalu.

"Kecuali dalam acara beregu wanita yang menyaksikan beregu No. 2 dunia dari China (Tian Qing Zhao Yunlei) gagal hadir, kesemua pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia telah mengesahkan penyertaan mereka pada Terbuka Malaysia kali ini.

"Kami (BAM) berbangga apabila dapat menarik penyertaan 10 pemain terbaik dunia dalam semua kategori untuk beraksi pada Terbuka Malaysia kali ini.

"Namun, memandangkan Terbuka Malaysia hanya bertaraf Siri Super dan bukan merupakan kejohanan yang wajib disertai, kami tidak boleh menghalang mana-mana pemain untuk menarik diri pada saat-saat akhir," kata Chin Chai ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam acara perseorangan lelaki, kesemua 10 pemain yang menduduki ranking tertinggi akan beraksi termasuk jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan (China), Chen Long (China), Peter Hoeg Gade (Denmark) dan Chen Jin (China).

Tiga pemain China, Wang Yihan, Wang Shixian, Wang Xin, Saina Nehwal (India), Tine Baun (Denmark) pula akan menghiasi cabaran dalam acara perseorangan wanita.

Begitu juga dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran yang mana bakal menyaksikan perebutan gelaran juara di antara kelompok 10 pemain terbaik dunia.

Bagaimanapun, tumpuan pastinya terarah kepada acara perseorangan lelaki kerana peminat-peminat sukan dunia pastinya mahu menyaksikan pertembungan klasik antara Chong Wei dengan Lin Dan di final.

Jika berdasarkan ranking, Chong Wei bakal diletakkan selaku pemain pilihan pertama kejohanan, manakala Lin Dan pemain pilihan kedua ketika undian dijalankan nanti.

Situasi itu akan membuatkan kedua-dua pemain tersebut tidak akan bertembung di peringkat awal sebaliknya hanya akan bertemu sekiranya mereka layak sehingga ke pentas final.

Terbuka Malaysia 2012 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$400,000 (RM1.272 juta) bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil bermula 10 hingga 15 Januari tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Area27 pelengkap legasi Area27 pelengkap legasi

Posted:

Area27 pelengkap legasi Area27 pelengkap legasi

Area27 pelengkap legasi Area27 pelengkap legasi

Oleh ALIF ABU BAKAR

"SAYA mungkin popular di Malaysia, tetapi saya bukan sesiapa di London," ringkas dan jujur kenyataan dikeluarkan Datuk Bernard Chandran, 43, saat ditemui di butik rekaan santainya, Area27 yang terletak di Fahrenheit88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Benar, sejak membuat keputusan mendalami dunia fesyen pada usia 16 tahun, Bernard telah meraih pelbagai pengiktirafan dan beliau merupakan antara pereka tempatan yang berjaya membuka butik di tanah Eropah iaitu di Knightsbridge, London, England.

Selebriti ternama antarabangsa seperti Lady Gaga, Estelle, Rihanna dan Little Boots antara yang pernah 'ditangkap' memakai rekaan Bernard.

Biarpun hasil kreativiti Bernard diangkat tinggi masyarakat tempatan dan namanya dicanang serata dunia, bapa kepada lima cahaya mata itu enggan meletakkan dirinya sebaris dengan pereka-pereka antarabangsa.

"Menjadi seorang pereka fesyen bukan sekadar perlu tahu mereka pakaian sahaja malah, seorang pereka juga perlu membuat kajian terperinci tentang rekaan yang ingin dihasilkan.

"Setiap kali saya ingin hasilkan koleksi baharu, saya mengingatkan diri saya agar jangan malas membuat kajian dan yang paling penting perlu berani mengambil risiko," ujar suami kepada Datin Mary Lourdes Chandran itu.

Pujian serta kritikan orang ramai terhadap hasil kerjanya ditelan dengan rela kerana bagi lelaki itu, seorang pereka fesyen perlu merendahkan ego dan menerima teguran agar menjadi lebih baik pada masa akan datang.


PENTAS Malaysia International Fashion Week di Kuala Lumpur baru-baru ini menampilkan koleksi pakaian yang ekstravaganza.


"Jangan terlalu bergantung kepada orang lain, jika anda seorang pereka yang baik, orang pasti tahu anda memang bagus. Lagi satu, jangan cepat berasa selesa," kongsi Bernard tentang filosofi hidupnya sebagai pereka fesyen.

Area27

Selepas hampir dua dekad bergelumang di pentas fesyen, Bernard merasakan sudah tiba masanya beliau mencipta kelainan.

Kelahiran butik Area27 yang dibuka secara rasmi pada 13 Oktober lalu memperlihatkan keberanian Bernard meneroka cabang baharu.

"Area27 ibarat gerobok kepada rekaan yang relevan dan terkini buat orang ramai khususnya anak-anak muda yang suka bereksperimen dengan gaya kreatif.

"Butik ini juga menjadi medan buat pereka-pereka tempatan menghasilkan rekaan kreatif dan berkongsi kerja tangan mereka untuk dijual serta dihargai orang kita sendiri.

"Sesiapa sahaja berpeluang menghasilkan rekaan kreatif untuk Area27 dan ia tidak terhad kepada pereka-pereka yang telah mencipta nama sahaja," jelasnya yang mendedahkan bahawa terdapat beberapa rekaan di situ menggunakan fabrik yang dikitar semula.

Baju T bercorak, jaket yang boleh digayakan kedua-dua jantina, sneakers edisi terhad jenama Puma serta rekaan-rekaan antarabangsa termasuk label Alexander McQueen, Rudolf Dassler dan ramai lagi, semuanya terdapat di butik tersebut.

Menjunjung tema fesyen tanpa sempadan, Area27 menggalakkan seseorang itu menyerlahkan penampilan diri dan menjadi penggerak keyakinan untuk menjadi diri sendiri.

"Dengan adanya tempat ini, saya tidak perlu risau lagi kerana saya tahu saya telah meninggalkan sesuatu yang wajar untuk generasi akan datang.


BUTIK Area 27 mula menjadi bualan ramai sejak Oktober lalu kerana ia menampilkan kelainan dalam rekaan baju dan aksesori yang eksklusif dan kreatif.


"Area27 merupakan ekspresi saya dan pereka-pereka lain untuk mendidik masyarakat tempatan menghargai diri agar sentiasa tampil kemas dan menarik," kata Bernard yang memberitahu sasaran umur untuk rekaan butik itu ialah mereka yang berusia 14 tahun ke atas.

Lelaki malas

Melontar pandangan tentang cita rasa fesyen lelaki usia pertengahan yang kurang menitikberatkan soal penampilan diri, Bernard tanpa selindung menyatakan kebanyakan lelaki golongan tersebut didorong sifat malas.

Apabila lelaki mencecah angka 30, majoriti mereka cuba menyesuaikan diri dengan kelompok peringkat umur mereka yang rata-rata telah berkahwin dan mempunyai anak.

"Tidak susah untuk tampil bergaya. Dengan sehelai baju T kosong atau bercorak yang dipadankan dengan jean sudah cukup membuatkan seorang lelaki itu segak.

"Tetapi pastikan baju T yang disarungkan itu sesuai dengan diri kerana baju T yang tepat mampu memberi impak besar dan menyerlahkan personaliti lelaki," tutur Bernard yang menyarankan agar lelaki turut mengikuti perubahan fesyen selari dengan kematangan diri.

Ibu inspirasi koleksi terbaharu

Bercakap tentang koleksi terbaharu beliau untuk musim bunga/panas 2012 yang dipentaskan pada malam Malaysia International Fashion Week (MIFW) 2011 baru-baru ini, Bernard mendedahkan bahawa beliau mendapat inspirasi daripada ibunya.

Mengambil ilham era rekaan 1950-an, Bernard menyuntik elemen moden sofistikated pada kesemua 38 koleksi sedia pakai yang direka mengikut interpretasi beliau tersendiri.

Penghargaan Bernard terhadap keseimbangan dan geometri jelas kelihatan dalam rekaan kali ini. Struktur rekaannya bijak dilembutkan dengan penegasan potongan mengikut bentuk pinggang.


BERNARD (duduk tengah) melancarkan koleksi terbaharu fesyen street wear rekaan beliau dan beberapa pereka muda di butik Area 27 Bukit Bintang baru-baru ini.


Inovasi terbaharu Bernard dapat dilihat menerusi top skirt kepompong berlisu, baju ala dres, body suit serta potongan halus terutama pada jaket.

Cuba lari daripada pendekatan biasa, hasil seni Bernard kali ini menggunakan fabrik jenis jersi, kain kait digabungkan dengan kain kapas dan sutera satin.

Palet warna juga menepati kedua-dua musim tersebut yang merangkumi warna-warna seperti kelabu, emas, hijau, biru firus dan hijau epal.

"Musim kali ini saya mengangkat ibu saya sebagai garis panduan terpenting dalam mereka kesemua busana. Ketika ibu saya masih muda, semua orang cuba untuk berfesyen sehabis baik.

"Saya menemui diri saya di sebalik dia. Ibu saya sanggup menjahit sendiri baju buat dirinya dan menjadikannya cantik. Itu membuktikan kreativiti ibu saya dan usaha serta kesungguhan yang ditonjolkan beliau membentuk diri saya hari ini," luah Bernard.

Full content generated by Get Full RSS.

Larian lebih cengkaman

Posted:

Larian lebih cengkaman

Larian lebih cengkaman


NIKE LunarGlide + 3 Shield direka dengan memiliki tahap rintangan air agar mudah dibersihkan.


IKLIM tropika di Malaysia menyebabkan negara ini sering menerima taburan hujan yang tinggi sepanjang tahun. Kekerapan hujan juga meningkat menjelang musim tengkujuh dan ia membuatkan pergerakan orang ramai terbatas.

Permukaan jalan yang licin dan takungan air di merata tempat boleh mengundang kemalangan kecil seperti tergelincir dan terjatuh hingga membuatkan kita tercedera.

Kekalkan momentum larian

Kadangkala kita tidak dapat mengelak daripada berjalan atau meredah hujan pada masa-masa tertentu, jadi pastikan kasut yang dipakai bersesuaian dengan cuaca.

Hujan mengurangkan cengkaman kasut serta menyebabkan pengurangan geseran akibat permukaan jalan yang basah terutama buat mereka yang gemar melakukan aktiviti sukan seperti berjoging.

Bagi mengekalkan momentum individu yang berlari dalam hujan, Nike memperkenalkan Nike LunarGlide+ 3 Shield yang mampu membuatkan pelari kekal kering, hangat dan selamat saat berlari.


TAPAK kasut Lunarlon foam memberi lebih cengkaman saat anda berlari walaupun dalam hujan.


Ia sangat stabil kerana memiliki lapik kusyen yang lembut di bahagian dalamnya serta membantu individu mengecapi larian lancar serta sentiasa fleksibel.

Direka dengan ciri-ciri tersendiri, tapak kasut dengan Lunarlon foam bertindak sebagai sokongan buat si pemakai.

Alur di permukaan dalamannya juga tebal dan potongannya berbeza mengikut kesesuaian jantina yang memiliki kontras ketika berlari.

Di bahagian tapaknya pula, terdapat kawasan berwarna hijau yang mengekalkan keutuhan seseorang berpijak di atas permukaan licin.

Nike LunarGlide+ 3 Shield juga tahan rintangan air menjadikannya mudah dibersihkan jika terkena lumpur atau tanah kotor.

Keupayaannya memantulkan cahaya dalam suasana gelap jua meningkatkan lagi keyakinan orang ramai untuk memilikinya yang kini dijual disemua butik Nike seluruh Malaysia. Ia dijual pada harga bermula RM409.

Full content generated by Get Full RSS.

Kembali bertenaga di Energy Academy Spa

Posted:

Kembali bertenaga di Energy Academy Spa

Kembali bertenaga di Energy Academy Spa


BANEY menunjukkan bilik rawatan khas untuk pasangan.


KEBIMBANGAN untuk menikmati urutan badan yang betul seringkali wujud sebelum berkunjung ke spa buat pertama kali. Pertanyaan yang sering timbul antaranya adakah pakar terapinya bertauliah dan produk yang digunakan selamat.

Namun, jangan ragu-ragu saat bertandang ke Energy Academy yang terletak di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur kerana selain memiliki spa sendiri, ia juga melahirkan pakar-pakar terapi spa yang berpengetahuan dan bertauliah melalui program yang diiktiraf kerajaan.

Justeru, sebagai sebuah akademi yang dipercayai, Energy Academy menjadi salah satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin merehatkan badan yang letih dan kelesuan tanpa perlu bimbang dengan kualiti perkhidmatannya.

Konsep

Pancaran lampu kuning yang malap mewujudkan ketenangan semasa menjalani rawatan di spa itu.

Haruman serai yang menyegarkan memenuhi segenap ruang spa selain mempunyai kebaikan aroma terapi minda kepada para pelanggannya.

Selain itu, rekaan dalaman berkonsepkan moden kontemporari tetapi, mengutamakan penataan warna-warna alam seperti hijau dan perang memberikan satu persekitaran yang sejuk mata memandang.

Menawarkan


SELEPAS rawatan, bilik khas untuk merehatkan badan sambil membaca majalah-majalah terkini disediakan.


Rawatan spa dari hujung rambut ke hujung kaki di Energy Academy merangkumi urutan badan penuh, urutan badan spesifik, skrub badan, balutan badan, mandian stim, pelangsingan, terapi tangan dan kaki, penjagaan kuku dan melilin telinga.

Rawatan spa lain termasuklah rawatan pakej wajah, signatur tenaga, rawatan leher, mata, belakang badan, waxing penuh dan waxing bahagian tertentu badan.

Keistimewaan

Selain memberikan rawatan spa terbaik, Energy Academy turut menawarkan Program Perantisan Spa yang mengandungi Kursus Spa & Komplementari, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Menurut Pengarah Eksekutif Energy Academy, Rahatul Baney Mohd. Amin, program usaha sama dengan Kementerian Pelancongan itu menawarkan kursus selama 18 bulan termasuk tiga bulan kelas sepenuh masa, tiga bulan praktikal dan 12 bulan kontrak bekerja bagi pelatih yang lulus.

"Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM500 untuk yuran belajar, manakala selebihnya sebanyak RM6,500 akan dibiayai oleh Kementerian Pelancongan dan Majikan Spa.

"Pelatih-pelatih yang telah ditauliahkan kemudiannya boleh menyambung pengajian peringkat Diploma Anatomi dan Fisiologi atau Diploma Terapi Spa di bawah Program Pergabungan Terapi Kecantikan Antarabangsa dan Kosmetologi United Kingdom (UK)," katanya yang juga merupakan Presiden Persatuan Spa Malaysia (AMSPA).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pendidikan Islam di sekolah Cina

Posted:

Pendidikan Islam di sekolah Cina

Pendidikan Islam di sekolah Cina

Oleh HAMDAN ISMAIL

MAJLIS khatam al-Quran enam pelajar SJK (C) Chung Hua Pujut membanggakan guru-guru agama di sekolah itu.


BACAAN ayat-ayat suci al-Quran bergema memenuhi ruang dewan terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) Chung Hua Pujut, Miri, Sarawak baru-baru ini.

Di atas sebuah astaka mini, empat pelajar Islam tahun enam sekolah itu khusyuk memperdengarkan bacaan mereka dengar lancar dalam sebuah majlis khatam al-Quran.

Biarpun berlangsung dalam keadaan yang amat sederhana, majlis itu tetap unik dan meriah khususnya buat keempat-empat pelajar yang terlibat ekoran latar belakang keluarga mereka yang kesemuanya bukanlah terdiri daripada anak Melayu tulen.

Bacaan yang diperdengarkan oleh Mohamad Naim Kasri, Shaqeem Valinton, Hijazida Hamdan dan Jhony Mohamad Ali pada hari itu mengesahkan satu lagi pencapaian buat Ali Sagir. Ali merupakan guru pendidikan Islam yang mereka kenali sejak pertama kali menjejakkan kaki di sekolah itu enam tahun lalu.

Mesra dengan panggilan Ustaz Ali, guru agama yang berasal dari Pahang itu berbangga dengan pencapaian anak didiknya menamatkan pengajian al-Quran mereka sebelum menamatkan pendidikan di sekolah itu.

"Sebenarnya jumlah pelajar Islam tahun enam di sini memang sedikit. Biarpun jumlah mereka sedikit, hasrat kami adalah untuk memastikan mereka dapat membaca al-Quran dengan baik sebelum tamat persekolahan mereka.

"Ibu bapa mereka pun beria-ia benar meminta saya mengadakan majlis khatam al-Quran di sekolah sebagai tanda pencapaian anak-anak mereka. Jadi kami buat majlis ini dengan kerjasama ibu bapa mereka," katanya.

Sekolah tunggal

Ali berkata, SJK(C) Chung Hua Pujut adalah satu-satunya sekolah aliran Cina di Miri yang melaksanakan program j-QAF iaitu program yang bertujuan untuk memperkasa pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain.

Bermula dengan hanya beliau seorang di sekolah itu sebagai guru khusus dalam pendidikan Islam, sekolah itu kini mempunyai dua lagi tenaga pengajar bagi membantunya melaksanakan program j-QAF.

Tidak seperti di sekolah kebangsaan, kekerapan waktu yang diperuntuk untuk pendidikan Islam adalah enam kali seminggu, sebaliknya di SJK(C) Chung Hua Pujut pendidikan Islam diperuntukkan sebanyak empat kali.

Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada Ali untuk menjalankan tugasnya. Beliau secara sukarela mengadakan kelas mengaji untuk pelajarnya berikutan permintaan daripada ibu bapa.

"Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa pelajar ini juga amat saya hargai kerana mereka amat prihatin demi memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran agama biarpun berada di sekolah aliran Cina," katanya.

Ali menyifatkan sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbiran SJK(C) Chung Hua Pujut, khususnya guru besarnya, Chuo Kwong Ung dan guru-guru lain telah membolehkannya menjalankan amanah sebagai guru agama sekolah itu dengan baik.

"Mereka amat terbuka setiap kali kami menyuarakan saranan dan sudah sekian lama berada di sekolah ini, saya merasakan kepentingan terhadap pendidikan Islam untuk pelajar tidak pernah dipinggirkan," katanya yang telah berkhidmat lebih sedekad di sekolah itu.

Seorang lagi tenaga pengajar program itu, Nor Akmal Mohamad Zain berkata, beliau melalui pengalaman mengajar yang menarik sejak mula menjejakkan kaki di sekolah itu sejak 10 bulan lalu.

Kejutan

Anak kelahiran Kelantan yang juga merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan pada mulanya agak terkejut menerima arahan untuk ditempatkan di sekolah aliran Cina.

"Daripada sejumlah 50 orang pelatih kursus program j-QAF ini, saya seorang sahaja yang dihantar untuk mengajar di sekolah aliran Cina," katanya mengingati semula waktu beliau menerima arahan mengajar di sekolah itu.

Bagaimanapun, segala kerunsingan yang dirasakan sewaktu mula menjejak kaki ke sekolah itu hilang apabila beliau tidak mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baharu itu.

Menurut Nor Akmal, pelatih di bawah program j-QAF akan dihantar ke sekolah dahulu untuk menimba pengalaman praktikal dan semasa cuti sekolah mereka akan kembali untuk berkursus di institut pendidikan guru.

Kata anak muda itu lagi, tempoh latihannya di situ hanyalah selama 18 bulan. Bagaimanapun kalau ditakdirkan juga untuk terus mengajar di situ, dia tetap menerima dengan tangan terbuka. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Minggu Media Sosial Malaysia 13-17 Feb

Posted:

Minggu Media Sosial Malaysia 13-17 Feb

Minggu Media Sosial Malaysia 13-17 Feb

19/12/2011 7:18pm

PUTRAJAYA – Malaysia buat pertama kalinya akan meraikan Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2012 mulai 13 hingga 17 Februari depan yang turut diadakan serentak di beberapa bandaraya utama dunia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Ibrahim Abdul Rahman.

Menurutnya program itu yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan beberapa lokasi lain di ibu negara diadakan untuk mewujudkan serta merapatkan hubungan pengamal media sosial melalui pendekatan terkini dan mudah serta menangani isu-isu generasi muda pada supaya menggunakan media sosial dengan cara lebih positif.

Program ini dianjurkan oleh Social Media Chambers, iaitu organisasi yang mempromosi dan menyokong penggunaan media sosial secara berdisiplin dan beretika, dengan sokongan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

"Kementerian akan sentiasa menyokong program seumpama ini kerana ia turut melibatkan industri kreatif yang diterajui kementerian.

"Kita mahu menggalakkan lebih ramai anak muda untuk mewujudkan bahan-bahan untuk media siber dan media-media lain dengan memberikan dana-dana tertentu dan mahu menjadikan industri ini sesuatu yang sangat berkembang dalam negara," katanya kepada pemberita semasa taklimat mengenai MSMW 2012 di sini hari ini.

Ibrahim berkata pelbagai acara akan diadakan sepanjang minggu itu dengan kemuncak utama acara adalah Perhimpunan Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 yang akan menampilkan pakar-pakar dan pengamal media sosial elit seluruh dunia.

Selain itu turut diadakan adalah Majlis Anugerah Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 yang akan mengetengahkan penulis-penulis blog serta aktivis media sosial yang terbaik di peringkat global yang telah dicalonkan untuk pencapaian cemerlang mereka dalam arena media sosial. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Dua maut nahas motosikal di Pahang

Posted:

Dua maut nahas motosikal di Pahang

Dua maut nahas motosikal di Pahang

19/12/2011 6:47pm

KUANTAN – Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Pahang semalam.

Dalam kejadian malam tadi, 0vintara a/l Omathiram, 22, dari Taman Raub Jaya 3, Raub, mati akibat cedera parah di kepala dan badan selepas motosikalnya terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta di Km356 Jalan Raub-Bentong.

Menurut Pegawai Turus Trafik Pahang Supt Mohd Rizal Abdullah dalam kejadian 8.45 malam itu mangsa dari arah Raub ke Bentong, dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

"Akibatnya mangsa dirempuh kereta yang dipandu Zainudin Bakar, 53, yang sedang dalam perjalanan bersama keluarga pulang dari Kuala Lumpur menuju Kuala Lipis," katanya.

Mohd Rizal berkata mangsa mati di tempat kejadian sementara pemandu kereta dan keluarganya tidak cedera.

Dalam kejadian lain, seorang warga emas, Yip Sup Yiew, 75, berasal dari Rawang, Selangor, mati selepas motosikalnya merempuh bahagian belakang sebuah jip di Km148 Lebuh Raya Pantai Timur pada 6.50 petang.

"Mangsa yang menunggang sendirian dari Kuantan dikatakan merempuh belakang jip terbabit yang mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Polis, bank bekerjasama tangani jenayah siber

Posted:

Polis, bank bekerjasama tangani jenayah siber

Polis, bank bekerjasama tangani jenayah siber

19/12/2011 5:38pm

KUANTAN – Polis Pahang dan institusi kewangan kawasan zon Timur hari ini mengadakan dialog bersama bagi menangani jenayah siber dan kewangan yang dilihat semakin membimbangkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Thomas Devamany berkata sehingga kini bagi tempoh tahun ini, jumlah penipuan dan jenayah siber dan kewangan di Pahang sahaja membabitkan jumlah RM2.8 juta.

Bagi tempoh sama, seramai 280 orang ditahan di Pahang kerana terbabit dalam jenayah berkaitan.

"Dialog hari ini yang diadakan secara tertutup dipengerusikan Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali bersama 20 wakil pihak bank dan institusi kewangan di kawasan zon Timur," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Thomas berkata pihak polis memandang serius jenayah berkenaan dan dialog yang diadakan hari ini adalah satu usaha pihak polis untuk bersama-sama pihak institusi kewangan dan bank menangani jenayah berkenaan.

"Kes-kes penipuan, pemalsuan cek, kes pecah amanah, kejadian wang orang ramai di luar bank disamun selepas mengeluarkan wang dari bank, adalah antara perkara yang pihak polis bangkitkan dalam dialog berkenaan dalam usaha memerangi penjenayah terbabit," katanya.

Beliau berkata pihak polis juga mengharapkan pihak institusi kewangan dan bank memudahkan prosedur siasatan pihak polis sekiranya berlaku kejadian berkenaan.

"Dialog hari ini adalah satu usaha kita untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak, selain memerangi jenayah bersama," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Askar terakhir AS tinggalkan Iraq

Posted:

Askar terakhir AS tinggalkan Iraq

Askar terakhir AS tinggalkan Iraq

ASKAR-ASKAR AS beratur menaiki sebuah pesawat untuk pulang ke tanah air di pangkalan udara Al-Asad, barat Baghdad pada 1 November lalu.


SEMPADAN IRAQ-KUWAIT, Kuwait - Pasukan terakhir tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan Iraq dan memasuki Kuwait semalam, hampir sembilan tahun selepas AS melancarkan perang bagi menyingkirkan Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Pasukan terdiri daripada 110 buah kenderaan membawa 500 askar AS yang kebanyakannya anggota Briged Ke-3, Divisyen Pertama Kavalri itu melintasi sempadan Iraq pada pukul 7.38 pagi waktu tempatan.

Pengunduran tersebut menutup sejarah penaklukan Iraq oleh AS. Sebelum ini terdapat 170,000 askar negara polis dunia itu yang ditempatkan di 505 buah pangkalan tentera di seluruh Iraq.

Penaklukan hampir sembilan tahun AS ke atas Iraq menyebabkan puluhan ribu penduduk tempatan dan hampir 4,500 askar AS terbunuh dengan ramai lagi yang cedera manakala 1.75 juta penduduk Iraq terpaksa menjadi pelarian.

Washington turut membelanjakan AS$800 bilion (RM2.5 trilion) untuk membiayai kempen ketenteraannya di Iraq.

"Saya berasa seronok, sungguh seronok kerana dapat keluar dari Iraq," kata Sarjan Duane Austin selepas keluar dari kenderaan tentera yang membawanya ke Kuwait

"Tahun ini terasa amat panjang buat saya, kini tiba masanya untuk pulang," tambahnya.

Kumpulan kenderaan terakhir yang membawa tentera AS meninggalkan Pangkalan Imam Ali di pinggir bandar Nasiriyah pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan untuk memulakan perjalanan sejauh 350 kilometer ke sempadan Kuwait yang memakan masa lima jam.

Kumpulan tersebut bergerak melalui beberapa laluan terpencil bagi memastikan mereka tidak menjadi sasaran serangan hendap.

"Saya berasa bangga seluruh rakyat Iraq perlu berasa bangga kerana negara kami sudah bebas," kata seorang pembuat roti berusia 26 tahun, Safa.

"Askar-askar AS menggulingkan Saddam tetapi hidup kami sengsara sejak dari itu," ujarnya.

Penaklukan Iraq bermula dengan kempen ketenteraan bagi menumbangkan rejim Saddam pada 2003. Ketika itu, Washington percaya mereka dapat menamatkan misi ketenteraan mereka di Iraq dalam tempoh cuma beberapa bulan.

AS yang diperintah Presiden George W. Bush menggunakan alasan Iraq menyimpan senjata pemusnah dan senjata kimia untuk menggulingkan Saddam.

Menjelang subuh pada 20 Mac, 2003 satu serangan udara besar-besaran disasarkan ke atas selatan Baghdad yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Saddam.

Serangan itu disusuli pencerobohan tentera darat AS yang memasuki selatan Iraq melalui Kuwait. Ketumbukan tentera AS bergerak menuju ke ibu kota Iraq, Baghdad. Saddam dan rejimnya tumpas dalam masa beberapa minggu. Pemimpin Iraq itu ditangkap pada hujung tahun yang sama sebelum digantung pada 2006 oleh pentadbiran baharu Iraq.

Namun, kematian Saddam gagal mengamankan Iraq. Malah, ia membuka pintu kepada konflik berdarah yang berlanjutan selama beberapa tahun antara komuniti Sunnah dan Syiah.

Menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan Britain, Iraq Body Count, konflik berdarah antara dua komuniti itu menyebabkan lebih 100,000 penduduk Iraq terbunuh.

Pertumpahan darah tersebut cuma reda apabila Presiden Bush mengarahkan penambahan askar AS ke Iraq di samping persetujuan militia-militia Sunnah untuk memihak kepada AS dalam memerangi rangkaian pengganas Al-Qaeda.

Pada 2008, Baghdad dan Washington menandatangani satu perjanjian untuk mengundurkan semua askar AS dari bumi Iraq menjelang akhir tahun ini.

Pada masa sekarang, cuma 157 askar AS masih kekal di Iraq bagi membantu melatih pasukan keselamatan negara itu.

Iraq kini memiliki pasukan keselamatan dengan kekuatan 900,000 anggota. Ramai penganalisis percaya bilangan tersebut mencukupi untuk pemerintah mengekalkan ketenteraman awam dan mempertahankan perbatasan negara daripada pencerobohan asing. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Lebih 200 hilang dalam tragedi kapal karam di Indonesia

Posted:

Lebih 200 hilang dalam tragedi kapal karam di Indonesia

Lebih 200 hilang dalam tragedi kapal karam di Indonesia


BEBERAPA pencari suaka politik diiringi anggota-anggota polis berpakaian awam selepas mereka keluar dari sebuah hospital di pusat penempatan sementara di Trenggalek semalam.


JAKARTA, Indonesia - Beberapa pasukan penyelamat terpaksa mengharungi ombak besar semalam dalam operasi mengesan 200 pencari suaka politik yang hilang dan dikhuatiri mati selepas kapal kayu yang mereka naiki tenggelam di perairan Pulau Jawa.

Setakat ini, cuma 33 orang termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita berjaya dinaikkan dari laut dalam keadaan masih hidup.

Pegawai maritim yang mengetuai operasi menyelamat, Leftenan Alwi Mudzakir berkata, beberapa mangsa terselamat memberitahu pihak berkuasa mereka dalam perjalanan ke Australia semasa nahas berlaku.

Menurut Alwi, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada muatan berlebihan. Katanya, kapal berkenaan membawa lebih dua kali ganda muatan sepatutnya. Semasa kejadian ia membawa 250 lelaki, wanita dan kanak-kanak dari Afghanistan, Iraq, Iran dan Turki.

Para penumpang mula panik apabila kapal berkenaan terumbang-ambing sekitar 32 kilometer dari kawasan pantai Jawa sebelum terbalik dipukul ombak setinggi lebih tiga meter kelmarin.

Tiga hari sebelum itu, kumpulan imigran terbabit melalui ibu negara Indonesia, di sini tanpa memiliki dokumen yang sah.

Menurut polis, satu kumpulan tidak dikenali membawa mereka menaiki empat buah bas menuju ke sebuah pelabuhan sebelum berjanji akan menghantar mereka ke Pulau Krismas, wilayah Australia di Lautan Hindi.

Seorang mangsa terselamat, Esmat Adine, 24, memberitahu agensi berita rasmi Antara bahawa kapal berkenaan sarat dengan penumpang.

"Muatan berlebihan menyebabkan kapal ini menjadi tidak stabil dan akhirnya tenggelam," katanya.

Menurutnya, dia dan beberapa mangsa lain terselamat dengan berpaut pada serpihan-serpihan kapal tersebut sehingga mereka ditemui oleh nelayan tempatan.

Dia menganggarkan terdapat lebih 40 kanak-kanak di atas kapal tersebut. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Barangan rumah Jackson dilelong

Posted:

Barangan rumah Jackson dilelong

Barangan rumah Jackson dilelong


GAMBAR fail pada 12 Disember lalu menunjukkan barangan di bilik tidur Michael Jackson yang akan dilelong oleh firma Julien's.


BEVERLY HILLS, Amerika Syarikat (AS) - Kandungan sebuah kediaman yang pernah menjadi tempat tinggal Raja Pop, Michael Jackson (gambar kecil) bersama tiga anaknya menjana hampir AS$1 juta (RM3.1 juta) dalam satu lelongan di sini.

Dikendalikan oleh firma Lelongan Julien's kelmarin, perolehan tersebut jauh lebih besar berbanding anggaran prajualan cuma AS$400,000 (RM1.2 juta).

Antara barangan menarik termasuk sekeping papan hitam yang pernah digunakan oleh anak-anak Jackson untuk menulis ungkapan "Saya sayang ayah," yang dijual pada harga AS$5,000 (RM15,885) dalam lelongan tersebut.

Sebuah meja tulis yang digunakan oleh Jackson turut mencatat harga jualan tinggi iaitu AS$25,750 (RM81,807).

Lelongan tersebut menampilkan pelbagai barangan termasuk perabot, hasil seni dan kelengkapan rumah yang terdapat di sebuah rumah agam beralamat 100 North Carolwood Drive di sini.

Jackson menyewa kediaman itu semasa melakukan persediaan untuk siri konsert kemunculan semulanya di London sebelum dia meninggal dunia pada Jun, 2009. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved