Isnin, 21 November 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Cekal teruskan warisan keluarga

Posted:

Cekal teruskan warisan keluarga

Cekal teruskan warisan keluarga

AMUTHA RAMALINGGAM, 36, tidak pernah menerima sebarang permintaan khas untuk menyiapkan keranda sepanjang mengusahakan perniagaan yang menjadi periuk nasi warisan keluarganya.

Namun, hari itu, dia agak tertekan namun bertekad untuk membuat sebuah keranda khas mengikut kehendak seorang pelanggan.

Katanya, ia satu kebetulan. Pada hari yang sama dia bersetuju menjalani temu ramah dengan Kosmo!, dia juga terpaksa berbahagi masa untuk memantau dan menyiapkan sebuah keranda yang digelarnya sebagai peti sumo.

"Saya pun tidak sangka akan menerima tempahan seorang lelaki istimewa yang meninggal dunia semalam. Lelaki itu dikatakan bersaiz besar dengan berat badan 330 kilogram.

"Apabila diberitahu oleh pekerja saya, saya hampir tidak dapat bayangkan berapa besar keranda yang perlu kami siapkan," katanya yang ketika itu sedang melakukan kerja akhir perhiasan keranda di premisnya di Sungai Buloh, Selangor.

Pekerja Amutha, Veeramani Buminathan, 30, yang menjawab panggilan daripada ejen pengkebumian terpaksa berkali-kali memastikan berat dan saiz si mati supaya tidak berlaku kekeliruan mahupun kesilapan.

"Saya diberitahu si mati bersaiz tiga setengah kaki lebar. Jadi saya memutuskan untuk membuat keranda selebar empat kaki," kata Veeramani yang bekerja dengan Amutha sejak 10 tahun yang lalu.

Lelaki warga India itu memberitahu, itulah kali pertama dia dan rakan-rakannya diarah untuk membuat sebuah keranda yang lebih besar daripada biasa.

"Kami bertiga menyiapkan peti itu malam semalam selepas menerima satu panggilan. Binaan asasnya sahaja mengambil masa tiga jam, iaitu dari pukul 8 malam hingga 11 malam.

"Pagi tadi kami hantar peti itu untuk dikilatkan memandangkan keranda tersebut diperbuat daripada kayu," ketika berbual, Amutha sudahpun menjawab panggilan daripada ejen pengkebumian mengenai perkembangan pembuatan keranda tersebut.

Ketika sesi temu bual berlangsung, sebuah kenderaan pacuan empat roda menderum mendekati premis Amutha. Kelihatan hampir separuh daripada peti itu terkeluar daripada ruang muatan kerana saiznya yang panjang.

Tiga orang pekerja berhati-hati mengangkat peti itu sepenuh tenaga. Dengan bersusah-payah, peti itu kemudiannya ditempatkan di atas dua buah meja panjang yang sudahpun ditempatkan di hadapan rumah Amutha.

"Berat keranda ini sahaja 150 kilogram (kg). Bayangkan, dengan mayat si mati, ia boleh mencecah 500kg. Disebabkan itu, kami membuat keranda ini dengan pelbagai kemudahan tambahan termasuk papan tambahan dan papan kayu panjang untuk memudahkan ia diangkut dengan kenderaan pengangkut barang (forklift)," kata Amutha sambil mengarah pekerjanya memulakan kerja menghias bahagian dalaman keranda.

Cabaran pembuatan


BISNES warisan keluarga Amutha ini bermula sejak lebih tiga dekad lalu ketika bapanya masih hidup.


S. Manikandan, 29, antara pekerja lelaki bersaiz paling kecil masuk ke dalam keranda untuk mengalas keranda itu dengan kain putih, kusyen, bantal, kain hiasan di bahagian tepi keranda serta pelapik plastik PVC untuk elak kebocoran jika ada pendarahan.

Walaupun ia bukan satu amalan yang dipraktis kerana jelas ia seperti tidak menghormati roh si mati, Amutha akui tiada cara lain.

"Kami selalunya tidak melakukan sedemikian, tetapi bagi peti sumo ini, kami tiada pilihan lain," katanya dalam nada kemaafan.

Amutha dan sekumpulan sembilan orang pekerja tidak pernah berasa jemu dengan pekerjaan mereka.

Amutha, anak kedua daripada tiga beradik, memilih untuk menyambung perusahaan itu selepas bapanya meninggal dunia. Dia juga tiada pilihan lain apabila kakak dan adik perempuannya yang lain tidak berminat untuk mewarisi perusahaan tersebut.

"Kematian ialah sesuatu yang tidak boleh dihalang atau dijangka. Membuat keranda juga adalah satu pekerjaan. Saya tidak mahu mencampuradukkan kehidupan peribadi dan pekerjaan kerana ia merupakan dua perkara berbeza," ujarnya yang memperoleh bekalan kayu dari Johor dan aksesori dari kedai khusus keranda di Pulau Pinang. Katanya, bekalan itu akan digunakan untuk menyediakan keranda kepada kira-kira 18 agen pengkebumian di seluruh Selangor, Kula Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. "Kami akan hantar ikut tempahan sekitar 15 hingga 20 buah keranda setiap hari," ujar Amutha.

Menyentuh mengenai harga, Amutha berkata, pihaknya tidak membekalkan keranda kepada orang awam. Sehubungan itu, beliau enggan mendedahkan harga kerana tidak mahu menggangu keselarasan perniagaan ejen yang menentukan harga pasarannya.

Beliau membekalkan keranda bukan saja untuk keperluan pengkebumian tempatan, bahkan turut digunakan untuk penghantaran mayat ke luar negara.

Premis perusahaan keranda Amutha itu sebenarnya hanya terletak bersebelahan dengan rumahnya, malah mempunyai pintu masuk yang sama.

Sebab itulah, Amutha menggunakan ruang terbuka di tepi dan hadapan rumahnya untuk menempatkan keranda. Keadaan itu telah menjadi asam garam kehidupan keluarganya, sejak perniagaan itu dimulakan oleh bapanya lebih tiga dekad lalu.


PEMASANGAN aksesori termasuk hiasan sebegini adalah antara kerja lazim ketika menyiapkan keranda.


"Saya menggangap ia hanya satu kebetulan. Orang enggan memberi saya tempat kerana mereka mempunyai pemahaman yang berbeza. Di mana lagi saya harus menjalankan perniagaan saya?" kata wanita itu.

Begitupun, kata Amitha, dia mempunyai sebuah lagi premis yang disewa untuk kerja-kerja mengilat keranda kerana proses yang melibatkan bahan kimia berbau itu tidak boleh dilakukan di kawasan perumahan.

Bapa Amutha, Ramalingga, awalnya hanya seorang penjaga dan merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU). Mendiang dikatakan kali pertama membuat keranda buat adik lelakinya, iaitu pak cik Amutha. Selepas itu, dia menerima tempahan membuat keranda untuk saudara-mara terdekat.

"Lama-kelamaan, bapa saya memilih untuk menjadikan kemahiran membuat keranda sebagai bisnes memandangkan menerima banyak permintaan," terang Amutha.

Amutha mengakui, perniagaan tersebut tidak pernah sunyi dan aktif dengan permintaan. Operasinya tidak dipengaruhi faktor musim, keadaan ekonomi, cuaca, atau cuti umum dan perayaan. Apabila tiba waktunya, keranda tetap perlu disiapkan.

Ibu kepada tiga orang anak itu mengakui, sudah banyak mendengar pelbagai kata cemuhan hanya kerana dia terlibat dalam pengusahaan membuat keranda.

"Ada yang berkata melihat hantu depan rumah saya. Ada yang beritahu sebaik selepas melawat rumah saya, mereka jatuh sakit.

"Saya yang tinggal di sini bersama anak-anak, anak-anak saudara dan mak cik saya tidak pernah pula melihat apa-apa mahupun jatuh sakit tanpa sebab," ujarnya hairan.

Tidak peduli

Kata Amutha lagi, dia dan pekerjanya sudah jemu dengan pelbagai kenyataan seperti itu. Lebih menyakitkan hati, ada dalam kalangan jiran-jiran yang suka menyalahkan Amutha jika berlaku sesebuah kematian.

"Kebetulan dahulu, pernah seorang yang melalui depan rumah ini meninggal dunia. Ahli keluarganya terus menyalahkan saya," kata wanita itu yang menempatkan sebuah tempat pemujaan Hindu di sebelah tepi premis.


PETI sumo dengan berat 150 kilogram ini adalah antara segelintir tempahan istimewa yang pernah diterima Amutha.


Amutha juga dilihat mengenakan tanda sembahyang yang terang di dahinya, iaitu sapuan abu menandakan dia seorang yang kuat ikutan agama.

Perusahaan Amutha membuat keranda sebenarnya tidak ada kaitan dengan keluarga atau si mati kerana semua urusan tempahan, pengambilan keranda dan urusan jual beli diadakan oleh agen pengkebumian.

"Hanya apabila keranda diperlukan di tempat kejadian seperti kemalangan atau kebakaran, di rumah mayat dan atas permintaan khusus, pekerja saya akan dihantar," jelas Amutha.

Biar apapun cabaran dan pandangan orang lain yang buruk tentang bisnesnya, Amutha terus cekal meneruskan warisan keluarganya itu. Tidak sesekali dia mahu bersusah hati dengan tanggapan orang.

Dia tetap menjalankan bisnes itu seperti biasa. Anak-anaknya mahupun anak saudaranya, juga akan terus terbiasa menjadikan keranda sebagai sebahagian daripada tempat permainan.

Mereka akan tidur atau bersembunyi di dalam keranda separa siap yang di susun di premis pembuatan.

"Sewaktu saya masih kanak-kanak, bapa saya akan meletakkan saya di dalam keranda dan keluar membeli barang. Saya akan diarah untuk duduk di dalamnya sehingga dia balik. Tiada apa-apa yang aneh berlaku," katanya sambil ketawa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


17 sekolah sertai Latihan Pengurusan Pusat Sumber

Posted:

17 sekolah sertai Latihan Pengurusan Pusat Sumber

17 sekolah sertai Latihan Pengurusan Pusat Sumber


GURU dan para pelajar yang menyertai Latihan Pengurusan Pusat Sumber di Kuala Terengganu baru-baru ini.


BELAJAR. Sebanyak 17 buah sekolah di seluruh Terengganu terpilih untuk mengikuti Program Latihan Pengurusan Pusat Sumber sebagai pendedahan awal sebelum dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Program dua hari anjuran Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu itu adalah untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan pusat sumber kepada para guru dan pengawas terlibat.

Timbalan Naib Canselor Akademik Antarabangsa UMT, Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili berkata, ia bagi membolehkan mereka mendalami urusan perkhidmatan, pengurusan dan pemerosesan bahan.

Melalui program tersebut, perkongsian maklumat mengenai sistem pengurusan sumber komputer boleh dijadikan panduan kepada pusat sumber sekolah di seluruh negeri.

Full content generated by Get Full RSS.

Program semai kesedaran penjagaan alam sekitar

Posted:

Program semai kesedaran penjagaan alam sekitar

Program semai kesedaran penjagaan alam sekitar


ROSELINDA (kiri) mewarnakan tangan seorang peserta sebagai simbolik kempen selamatkan alam sekitar di Pelabuhan Klang baru-baru ini.


BUMI HIJAU. Kira-kira 300 orang menyertai program Cintai Alam Sekitar Selamatkan Bumi yang diadakan di Flat Seri Berembang, Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini.

Program anjuran Puteri UMNO Bahagian Klang melalui Kumpulan Sukarelawan Untuk Semua itu bertujuan menyemai rasa tanggungjawab untuk menghijaukan bumi di kalangan masyarakat terutama kanak-kanak.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Klang, Roselinda Jamil berkata, bagi mencapai objektif tersebut, pihaknya mengadakan pelbagai acara termasuk melukis dan mengecap tapak tangan berwarna-warni ke atas kain pemidang sebagai simbol selamatkan dunia.

"Melalui kaedah ini, kita boleh menarik golongan kanak-kanak untuk menyintai alam sekitar dengan cara yang lebih kreatif," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Jersi baharu MKFC jadi pembakar semangat

Posted:

Jersi baharu MKFC jadi pembakar semangat

Jersi baharu MKFC jadi pembakar semangat


MOHAMMAD Fatmi (kanan) menyerahkan jersi kepada wakil Pasukan Bola Sepak MKFC, Yatimin Abdullah yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Fatmi di Stadium Kijang Emas di Kota Bharu baru-baru ini.


SUMBANG. Pasukan Bola Sepak Media Kelantan FC (MKFC) mendapat suntikan semangat apabila menerima sumbangan jersi bagi mengharungi saingan Kejohanan Piala Datuk Fatmi yang akan bermula awal Disember ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Fatmi Che Salleh kepada wakil MKFC pada majlis pelancaran kejohanan tersebut di Stadium Kijang Emas, Kota Bharu baru-baru ini.

Ketua Pasukan MKFC, Zulhanifa Sidek berkata, sumbangan tersebut menjadi pembakar semangat untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.

Menurutnya, walaupun pasukan tersebut baru dibentuk, namun beliau tetap optimis pasukannya mampu memberikan saingan pada kejohanan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tuanku Mizan tiba di Antartika

Posted:

Tuanku Mizan tiba di Antartika

Tuanku Mizan tiba di Antartika

TUANKU MIZAN (tiga dari kiri) bersama rombongan Malaysia di Lapangan Ais Pegasus, Scott Base, Antartika semalam.


SCOTT BASE, Antartika - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tiba di sini semalam bagi lawatan khas ke Artartika.

Seri Paduka Baginda dan rombongan tiba di benua selatan itu dengan pesawat khas C-17 Globe Master Tentera Udara Amerika Syarikat yang mendarat di Lapangan Ais Pegasus, sebuah lapangan terbang yang dibina di atas lautan ais yang beku pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan.

Rombongan Seri Paduka terdiri daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Salleh Mohd. Nor; Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC), Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah dan Juruiring Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Brig. Jen. Datuk Zaharin Ahmad.

Rombongan itu turut disertai Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan dan Luar Negara New Zealand, Caroline McDonald dan Ketua Eksekutif Antartika New Zealand, Lou Sanson.

Pesawat berkenaan juga membawa sekumpulan 70 petugas lain terdiri daripada para penyelidik dan saintis antarabangsa yang akan melakukan penyelidikan di sekitar kawasan benua itu.

Tuanku Mizan yang disambut Penyelia Perkhidmatan Antartika, David Washer, kemudian dibawa ke Pusat Penyelidikan Scott dalam perjalanan yang mengambil masa 20 minit sambil menikmati pemandangan di sekitar kawasan itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar di Mesir dijamin selamat

Posted:

Pelajar di Mesir dijamin selamat

Pelajar di Mesir dijamin selamat


PARA penunjuk perasaan meneruskan pertempuran mereka dengan anggota keselamatan Mesir di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


PETALING JAYA - Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti memberi jaminan semua 10,000 pelajar Malaysia di negara yang sedang bergolak itu kini selamat.

Beliau berkata, keselamatan mereka dipantau oleh sebuah jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan sebelum ini selepas berlaku revolusi Mesir.

"Isu keselamatan tidak ada masalah memandangkan kita (kedutaan) telah memaklumkan para pelajar supaya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan supaya menjauhi kawasan bergolak.

"Justeru saya menasihatkan ibu bapa pelajar di sini (Malaysia) supaya tidak risau dengan apa yang sedang berlaku kerana ia merupakan keadaan normal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis penubuhan Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Cawangan Malaysia di Gerbang Perdana di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, keadaan di Mesir kembali bergolak apabila tunjuk perasaan berlaku di Dataran Tahrir, Kaherah bagi menuntut pihak tentera negara itu segera mengumumkan tarikh untuk menyerahkan kuasa kepada kerajaan pilihan yang dipilih rakyat selepas pengunduran Hosni Mubarak pada Februari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Basuh anak selepas tembak

Posted:

Basuh anak selepas tembak

Basuh anak selepas tembak

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


RUMAH keluarga Orang Asli yang sunyi selepas kejadian seorang kanak-kanak mati akibat terkena tembakan di Kampung Orang Asli, Gapam, Jasin kelmarin.


JASIN - Sepasang suami isteri Orang Asli merupakan antara tiga yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak mereka yang terkena tembakan di Kampung Orang Asli, Gapam, Selandar di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan anak bongsu daripada tiga beradik, Aszalie anak Arshad, 2, meninggal dunia selepas cedera parah di perut dan belakang badan.

Difahamkan, pasangan tersebut kemudian bertindak membersihkan darah pada badan anak mereka dan membuang senjata yang digunakan ke dalam paya berhampiran dengan rumah.

Bagaimanapun, kejadian itu sampai juga ke pengetahuan polis apabila Tok Batin kampung menghubungi pihak berkuasa setengah jam kemudian.

Selain pasangan berusia 31 dan 37 tahun itu, polis turut menahan bapa saudara mangsa berumur 25 tahun selepas ketiga-tiganya memberi keterangan yang meragukan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, mengikut keterangan bapa mangsa, kejadian itu berlaku apabila anaknya cuba merebut senjata api itu daripadanya.

"Selain itu, sebaik tiba, kita dapati tubuh mangsa telah dibersihkan oleh keluarganya termasuk tempat kejadian iaitu di dapur.

"Pemeriksaan di dalam rumah menemui sembilan kesan tembakan peluru penabur pada dinding. Di luar rumah pula, kita menemui tujuh butir peluru senapang patah yang belum digunakan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Sedia bimbing latihan fisio

Posted:

Sedia bimbing latihan fisio

Sedia bimbing latihan fisio

Oleh NIZHA PERIASWAMY

AMALAN kecergasan dengan meluangkan masa bersenam di pusat-pusat gim sudah menjadi sebahagian daripada rutin mingguan sesetengah lelaki urban.

Bagi mereka yang adakalanya kerap ke pusat tersebut, kesihatan dapat dicapai dengan latihan kardiovaskular dan mengangkat beban. Antara motivasinya adalah untuk mendapatkan bentuk fizikal yang diidamkan.

Trend itu dapat dilihat menerusi pembukaan dan pertumbuhan pusat-pusat gim yang semakin pesat, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Lazimnya, operasi gim menyasarkan lokasi bandar-bandar membangun, kawasan perumahan elit dan sederhana serta di lokasi-lokasi terpilih yang menepati permintaan pasaran.

Kelab-kelab sosial juga tidak ketinggalan dalam menyediakan ruang khas kepada ahli kelab untuk turut menggunakan fasiliti gim. Ia seolah-olah sudah menjadi satu kemestian untuk kelab-kelab sosial kerana mereka mahu menyediakan pakej lengkap.

Mengambil kira kepentingan yang sama, kelab sosial K-Klub yang bertempat di Taman Melawati, Kuala Lumpur, turut menyediakan ruang yang sama kepada para pelanggan ahli mahupun yang bukan ahli.

"Kami datang sini untuk bersenam. Ia sebahagian daripada rutin mingguan kami. Tidak kiralah berapa hari seminggu, tetapi kami akan cuba membuat latihan di sini hampir setiap hari.

"Kami berasa selesa di sini kerana sebagai ahli, ia umpama satu lagi pakej lengkap," demikian kata adik-beradik yang sibuk bersenam di K Body Fitness, Arun Chandrakumar, 21, dan Arjun Chandrakumar, 18.

"Kami melakukan senaman sendiri tanpa pelatih peribadi. Kami juga boleh memilih masa mengikut kesesuaian masing-masing," ujar Arun yang kemudian memilih untuk menumpu pada sesi senam dan latihan.

Platform terbaik


HALIM, pelatih bina badan yang komited untuk memberikan latihan mengikut keperluan pelanggan.


Penyelia K Body Fitness, Asrul Rizal, 33, yang berkecimpung dalam industri pusat gim sejak tujuh tahun lalu mengakui mahu menyediakan platform latihan senaman yang terbaik kepada pelanggan dan ahli K-Klub.

Tambahnya, dengan bantuan pelatih peribadi dan pengurus K Body Fitness, Halim Beduwali, 30, dia yakin ia memberi nilai tambah.

Halim bukan sekadar pelatih peribadi biasa, kerana dia sendiri merupakan pemenang gelaran Mr. Kuala Lumpur/Selangor dan bekas Mr. Malaysia yang berpengalaman luas dalam bidang kecergasan dan bina badan.

"Saya mahu memastikan pelanggan di sini bukan sahaja ditawarkan dengan perkhidmatan terbaik malah menjadikan kami sebagai model yang terbaik buat mereka," ujar Halim.

Menurut Asrul, pusat gim itu turut dikendalikan oleh rakan niaganya, Ravichandran Damalingam, 35, yang ketika itu sibuk memantau operasi sebuah lagi pusat gim milik mereka di Kota Kemuning, Shah Alam.

Antara kelebihan di pusat K Body Fitness adalah panduan dan bimbingan yang ditawarkan oleh pelatih dari segi latihan mengurangkan berat badan, membina otot, mengekalkan kecergasan tubuh dan mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia gim.

Bimbingan khusus


ARJUN (kiri) sedang mendapatkan nasihat Halim mengenai kelajuan mesindan stamina mereka.


Misalnya, bagi mereka yang mengambil latihan untuk mengurangkan berat badan, Asrul memberitahu, pihaknya akan menyarankan cara pemakanan yang sihat dan diikuti senaman tertentu yang boleh membantu mereka mengurangkan berat.

"Tentu sekali kami bukan doktor yang boleh memberikan pelan diet yang tepat tetapi bimbingan yang kami sampaikan berkonsep umum. Dengan pengalaman kukuh, kami mampu menyediakan bimbingan yang berhasil," katanya yakin.

Bagi membina otot dan bina badan pula, Halim, adalah orangnya.

"Saya sedia berkongsi tip-tip dan rahsia bina badan. Selain itu cadangan pengambilan makanan termasuk suplemen dan senaman yang konsisten juga akan diberikan," katanya.

Walaupun K Body Fitness menjadi tempat ideal untuk para pengunjung gim mengurangkan berat badan dan membina otot, Asrul mengakui pusat gim mereka memiliki satu lagi kelebihan.

"Kami menyediakan latihan fisio yang dikhususkan kepada pelanggan dengan sakit tertentu. Lazimnya ia berkaitan sakit belakang dan artritis. Kami boleh membantu untuk memberikan senaman ringan berbentuk fisio yang tidak membebankan dalam masa yang sama boleh membantu mereka bergerak fleksibel," terangnya.

Dalam pada itu, mereka juga menjamin akan sentiasa peka dan sedia memberikan bimbingan yang sewajarnya jika berlaku apa-apa kecederaan ringan sewaktu sesi senaman.

Usia muda

Saat ditanya mengenai usia yang terbaik untuk memulakan latihan senaman di pusat gim, Asrul memberitahu bahawa usia bukan halangan, lebih-lebih lagi dengan masalah obesiti yang kian meruncing dalam kalangan kanak-kanak.


SESEORANG digalakkan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.


"Apabila seseorang remaja itu sudah bersedia, mereka boleh mula 'diperkenalkan' kepada pusat kecergasan sekitar usia 14 tahun. Saya percaya pelatih seperti kami tahu kaedah untuk melatih dan menawarkan jenis latihan yang betul. Ia bukan sekadar untuk masalah obesiti tetapi juga bagi mengelakkan masalah kesihatan kelak," tambah Asrul.

Walaupun mempunyai peralatan yang terhad, bagi Asrul dan Halim, pusat K Body Fitness tetap menawarkan latihan senaman yang menyeluruh. Setiap satu peralatan mampu menawarkan pelbagai jenis senaman.

"Kami juga sedia mengajar mereka untuk membuat pelbagai jenis dan langkah senaman yang berbeza menggunakan peralatan di sini.

"Khususnya bagi mereka yang memilih untuk membuat senaman sasaran, mereka tidak memerlukan peralatan yang sofistikated. Di K Body Fitness, segalanya adalah mengenai pilihan pengguna dan bimbingan kami," ujar mereka.

Bercakap mengenai kekerapan menghadiri gim, Asrul berkata amnya seseorang itu digalakkan untuk melakukan senaman tiga kali seminggu selama 45 minit hingga satu jam pada setiap sesi kunjungan. Walaupun ia satu standard umum, Asrul berkata ia mampu membuahkan hasil jika dituruti secara konsisten.

"Kami di sini membuka pusat gim setiap hari kerana mahu menawarkan jangka masa latihan yang fleksibel. Kami juga mempelawa pengguna menggunakan gim ini pada bila-bila masa sehingga pukul 10 malam," katanya Asrul lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Berhibur ikut landasan agama

Posted:

Berhibur ikut landasan agama

Berhibur ikut landasan agama



APABILA Karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) diumumkan, khalayak berpendapat, ia sesuatu yang unik. Tidak kurang pula yang beranggapan, penganjuran program sebegini tepat pada waktunya lantaran masalah sosial dalam kalangan remaja semakin sukar ditangani.

Karnival yang dilangsungkan pada 28 hingga 30 Oktober lalu antara lain bermatlamat untuk mempraktikkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai garis panduan untuk berhibur mengikut syariat Islam seperti yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kira-kira enam tahun lalu.

Antara garis panduan hiburan yang dilaksanakan sepanjang karnival yang dijalankan di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya lalu adalah penyanyi perlu menyanyikan lagu yang berteraskan keagamaan selain para penonton diasingkan antara lelaki dan perempuan.

Di samping itu, setiap aktiviti diselitkan dengan tazkirah agama yang membina.


AKTIVITI berbentuk sukan turut menghiasi dan memeriahkan Karnival Best.


Memetik kenyataan Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mokhtar: "Masyarakat perlu tahu bahawa tidak salah berhibur, tetapi biarlah ia dilakukan dengan cara yang tidak bercanggah dengan hukum agama."

Karnival yang julung-julung kalinya diadakan mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis AIDS Malaysia.

Selain Pertandingan Juara Nasyid BEST, Pertandingan Battle Of The Band, Konsert Artis Tempatan, karnival itu turut memuatkan acara-acara seperti senamrobik, pertandingan mewarna dan Pertandingan Spell-It-Right yang mengetengahkan tulisan jawi dalam mengeja perkataan yang diberikan.

Acara lain yang turut diadakan ialah Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan aktiviti pameran serta jualan melalui gerai-gerai yang disediakan di tapak karnival.

Penanda aras


ANDA perlu berhati-hati kerana tidak semua ubat-ubatan yang terdapat di pasaran menepati standard halal seperti yang digariskan oleh Jakim. - Gambar hiasan


Pertandingan Battle Of The Band yang disertai lapan kumpulan dalam Karnival BEST telah dijadikan sebagai penanda aras bagi pertandingan yang serupa pada masa hadapan.

Ia berikutan syarat pertandingan yang digunakan tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Battle Of The Band mewajibkan para peserta mengguna pakai lirik yang berunsurkan ketuhanan dengan harapan mengekang remaja daripada terjebak dengan gejala negatif.

"Garis panduan itu tidak bermasalah untuk diikuti," kata Pegawai Perhubungan Korporat Nasyeed Edutainment Sdn. Bhd., Muhamad Razin Che Mud.

Dalam pada itu, Karnival BEST tersebut turut menjadi platform kepada usahawan-usahawan untuk memperkenalkan produk masing-masing.

Antaranya ialah NBH Golden Sdn Bhd (NBH Golden) iaitu syarikat pengedar eksklusif al-Quran digital, al-Quran Mushaf Tajwid.

Pengurusnya, Haizul Fakarudin Mohamed Redzuan berkata, pihaknya membawa 50 unit produk pen digital al-Quran untuk dijual kepada umum.


KANAK-KANAK tidak dipinggirkan apabila beberapa aktiviti permainan uji minda diadakan.


CCM Usaha Kimia (M) Sdn. Bhd. pula membawa sejumlah produk farmaseutikal yang disahkan halal untuk diperkenalkan kepada umum.

Jenama Ana Muslim yang popular menerusi beberapa karakter kartun Islam dalam siri majalah dan merupakan pengeluar pakaian untuk kanak-kanak turut tidak ketinggalan.

"Kami berusaha mempopularkan lagi jenama kami di mata masyarakat," kata Pegawai Pemasarannya, Sasyiella Abd. Rahman.

Melihat reaksi yang memberangsangkan daripada orang ramai termasuk para usahawan, Jakim memutuskan untuk menjadikan Karnival BEST itu sebagai aktiviti tahunan.

Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menyarankan supaya karnival itu diperhebatkan lagi bagi membentuk masyarakat berperibadi mulia. - MAZLINA ABDUL MAJID

Full content generated by Get Full RSS.

Reka dapur sendiri Reka dapur sendiri

Posted:

Reka dapur sendiri Reka dapur sendiri

Reka dapur sendiri Reka dapur sendiri


ANTARA lakaran kabinet sebenar dan Ezikit Kubiq.


MEMAHAMI kehendak generasi muda yang mahu menjadi pereka dalaman untuk kediaman ataupun mempamerkan kreativiti dalam rumah sendiri, jenama Kubiq menawarkan peluang itu.

Kubiq menawarkan khidmat memilih dan memasang kabinet dapur dengan aksesori yang lengkap. Namun, tawaran Kubiq agak berbeza, sama ada dari segi pilihan kabinet, harga dan peralatan aksesori.

Apa yang dimaksudkan berbeza dalam istilah Kubiq ialah pemilik boleh memilih sendiri reka bentuk kabinet dapur dan mengatur cara ikut suka selain memilih sendiri semua aksesori tambahan pada harga kos menggunakan Ezikit.

"Ezikit ialah kit yang menawarkan blok-blok kecil umpama kabinet pada skala yang kecil. Selain blok kabinet ia juga menawarkan blok tempat basuh, penyerap asap dapur, tingkap dan lain-lain untuk memudahkan pelanggan bermain dengan Ezikit dan mengatur sendiri pilihan mereka," kata Pengurus Besar Kubiq Sdn. Bhd., Clement Low.


KABINET dapur pintu melamine ini dijual pada harga RM2,250 tanpa aksesori dan peralatan.


Tambahnya, apa yang cuba disampaikan oleh Kubiq ialah mengenai penglibatan pengguna yang membolehkan mereka, memasang dan mengubah suai dapur sekali gus menjanjikan penjimatkan kos berganda.

"Kami yakin, dengan cara ini pelanggan bukan sahaja dapat kepuasan mereka kabinet dapur sendiri tetapi juga penjimatan yang banyak," katanya.

Menyasarkan golongan sederhana dan rendah, rumah pangsa, apartmen, kondo dan rumah teres dengan ruang dapur yang kecil, Kubiq dikatakan mampu menepati kehendak pelanggan sasaran.

Salah satunya ialah demonstrasi memasang kabinet dapur dengan pintu putih berkilat UV, bentuk L bersaiz 7 X 11 kaki pada harga RM4,690. Pengalas atas jenama Dupont Montelli bernilai RM810 menjadikan nilai kabinet sepenuhnya tanpa aksesori hanya RM5,500.

Clement berkata, pelanggan boleh memilih bagaimana untuk membawa dan siapa yang mahu memasangnya. Bagaimanapun, mereka mempunyai senarai yang boleh disyorkan bagi memudahkan pelanggan.


KABINET ini sahaja hanya memakan kos RM5,500 tanpa peralatan dan kasesori.


Konsep membuat sendiri atau DIY amat popular di negara-negara Barat dan semakin diterapkan oleh generasi semasa.

Kubiq yang bernaung di bawah Signatur International Berhad turut membuka ruang kepada usahawan yang berminat membuka kiosk Kubiq.

Dengan pelaburan sekitar RM20,000 hingga RM40,000 seseorang itu boleh memiliki sendiri kios atau bilik pameran Kubiq yang menawarkan pelbagai insentif serta stok.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Kubiq di talian 010-231 8929 atau layari laman info@kubiq.com.my. - NIZHA PERIASWAMY

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia benam Indonesia

Posted:

Malaysia benam Indonesia

Malaysia benam Indonesia

Asraruddin Putra Omar (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Indonesia. Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.


Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.

Full content generated by Get Full RSS.

Indonesia 'berpesta'

Posted:

Indonesia 'berpesta'

Indonesia 'berpesta'


PARA penonton Indonesia berkumpul di luar Stadium Gelora Bung Karno untuk membeli tiket perlawanan menentang Malaysia malam tadi.


JAKARTA - Bagai satu pesta.Itu gambaran yang dapat diperkatakan tentang kebanjiran ribuan penyokong Indonesia beberapa jam sebelum aksi final acara bola sepak Sukan SEA 2011 yang menemukan Harimau Muda dengan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.

Seawal jam 7 pagi (waktu tempatan), penyokong Indonesia mula berkampung di stadium tersebut. Ada yang mahu membeli tiket dan ada yang sudah berlegar-legar di sekitar stadium.

Tidak ketinggalan, peniaga-peniaga kecil yang mula menjual pelbagai aneka barangan seperti jersi, topi, bendera dan alatan bunyian.

Situasi itu hampir sama dengan apa yang berlaku ketika Indonesia menentang Harimau Muda dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan A pada 17 November lalu.

Rata-rata penyokong Indonesia yang ditemui terlalu ghairah untuk menyaksikan Harimau Muda tumbang di gelanggang keramat itu.

Kekalahan 0-1 di peringkat kumpulan sebelum ini, selain kegagalan skuad senior Indonesia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas tumbang kepada Malaysia, makin membangkitkan keghairahan mereka.

Bagi mereka, aksi final malam ini bukan sahaja medan mengembalikan maruah mereka yang tercalar, malah menjadi pentas terbaik buat skuad Garuda Muda membalas dendam kekalahan yang dialami mereka dan skuad senior Indonesia.

Biarpun pihak penganjur telah menaikkan harga tiket dua kali ganda daripada harga asal, para penyokong Indonesia mula menyerbu kaunter tiket di stadium tersebut sejak semalam bagi mengelak daripada terlepas menyaksikan aksi yang dijangka penuh dramatik itu.

Difahamkan, harga tiket kelas VVIP, VIP Barat, dan VIP Timur naik 100 peratus. Bagi kelas VVIP, harga tiket baharu ialah Rp1,000,000 (sebelumnya Rp500,000), VIP Barat Rp750,000 (sebelumnya Rp350,000), VIP Timur Rp500,000 (sebelumnya Rp250,000).

Bagi kategori 1, harga tiket kini dijual dengan Rp200,000 (sebelumnya Rp150,000), manakala kategori 2, 3 dan 4 kekal dengan harga asal iaitu masing-masing Rp100,000, Rp50,000 dan Rp25,000.

Di sebalik harga tiket yang naik mendadak, penyokong Indonesia tetap menyerbu setiap lokasi penjualan tiket - Stadium Gelora Bung Karno dan pejabat Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Namun sesuatu yang mengejutkan apabila ada segelintir penyokong fanatik Indonesia yang sanggup membakar kaunter tiket di stadium kelmarin kerana kecewa tidak dapat membeli tiket final.

Ketika diminta mengulas insiden tersebut, pengurus jualan tiket Inasoc, Agus Mauro berkata, kejadian itu berlaku kerana tiket yang dijual kelmarin sudah habis.

"Kejadian ini berlaku mungkin kerana skuad Indonesia telah lama tidak memenangi pingat emas (acara bola sepak Sukan SEA). Jadi penyokong terlalu ghairah untuk hadir memberi sokongan kepada pasukan.

"Lebih-lebih lagi Indonesia akan beraksi di final menentang Malaysia, ini sudah pasti memberikan impak yang luas biasa," jelas Agus semalam.

Agus menjelaskan, pada awalnya pihaknya menyediakan 70,000 keping tiket bagi aksi final tersebut. Namun, disebabkan kejadian membakar kaunter tiket kelmarin, pihaknya telah menambah 1,000 keping tiket lagi.

"Kami telah berusaha untuk memuaskan hati semua pihak dan tidak mahu kejadian buruk berlaku. Kami tidak mampu menghalang hajat penyokong untuk hadir ke stadium, tetapi kapasiti stadium juga harus diambil kira," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Henjutan emas pelumba

Posted:

Henjutan emas pelumba

Henjutan emas pelumba


AHMAD SHABERY (tengah) mengucapkan tahniah kepada Hafiz (kanan) dan Ahmad Fakrullah (kiri) selepas masing-masing memenangi pingat emas dan gangsa dalam acara basikal trek bagi kategori Omnium lelaki semalam.


JAKARTA - Henjutan bertenaga barisan pelumba basikal trek negara seakan-akan sukar untuk dibendung pencabar mereka pada temasya Sukan SEA 2011.

Selepas meraih tiga pingat emas hanya dalam tempoh dua hari acara basikal dipertandingkan di Velodrom Rawamangun, empat lagi emas berjaya diperoleh skuad lumba basikal trek negara semalam

Tumpuan sudah pasti terarah kepada ratu trek negara - Fatehah Mustapa yang memenangi dua pingat emas, masing-masing dalam acara pecut individu dan berpasukan bersama Ju Pha Som Net.

Ia merupakan pingat emas ketiga Fatehah selepas dia memenangi pingat emas dalam acara 500 meter ujian masa individu.

Pada saingan hari terakhir acara basikal trek semalam, Muhamad Hafiz Mohd. Sufian memenangi acara Omnium lelaki manakala Muhd. Idros Yunos menjuarai kategori pecut individu lelaki.

Dua lagi pelumba lelaki negara - Mohd. Fattah Amri Zaid masing-masing memenangi pingat perak acara pecut individu lelaki dan Muhamad Adiq Husainie Othman (30 kilometer perlumbaan mata).

Ahmad Fakhrullah Alias juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih gangsa acara Omnium lelaki.

Terdahulu, Hafiz mengesahkan pingat emas menjadi miliknya selepas mengungguli kategori Omnium lelaki dengan memenangi tiga daripada lima disiplin yang dipertandingkan.

Tiga disiplin tersebut ialah Flying Lap, Elimination dan Scratch, manakala dalam 4,000 meter kejar mengejar, dia menduduki tempat ketiga dan perlumbaan mata (keempat).

Hafiz berkata, dia mahu mendedikasikan kejayaannya itu kepada isterinya yang bakal menyambut anak sulung mereka pada awal Januari depan.

"Kejayaan saya hari ini (semalam) mungkin rezeki isteri dan bakal anak sulung saya yang dijangka lahir sekitar awal tahun depan," kata Hafiz sejurus ditemui selepas menamatkan perlumbaan semalam.

Hafiz mengakui, dia tidak menjangka penampilan pertamanya dalam acara Omnium pada temasya Sukan SEA kali ini akan menghadirkan gemilang bagi dirinya.

"Sebelum ini, saya hanya menyertai acara pecut, 1 kilometer dan keirin. Namun selepas meraih dua kemenangan awal, saya semakin bersemangat untuk menang pada disiplin terakhir," jelasnya.

Kelmarin gandingan Muhd. Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohd. Akmal Amrun dan Mohd. Harrif Saleh mengungguli saingan 4,000 meter kejar mengejar berpasukan lelaki.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pelajar disembur semburan lada

Posted:

Pelajar disembur semburan lada

Pelajar disembur semburan lada

RAKAMAN video menunjukkan seorang anggota polis menggunakan semburan lada terhadap barisan penunjuk perasaan di Universiti California, Amerika Syarikat Jumaat lalu. - AP


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan protes di kampus Universiti California sebagai menyokong gerakan duduki Wall Street disembur semburan lada pada jarak dekat oleh seorang anggota polis berpakaian seragam antirusuhan dalam insiden yang tersebar di Internet kelmarin.

Canselor Universiti California, Linda Katehi menyifatkan rakaman kejadian itu sebagai 'menakutkan' dan mengarahkan satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang menonton klip video rakaman beberapa pelajar itu menyatakan pengunaan kekerasan dalam insiden tersebut merupakan prosedur standard polis.

Dalam klip video berkenaan, seorang anggota polis dilihat menyembur semburan lada terhadap penunjuk-penunjuk perasaan yang sedang duduk.

Mereka bertindak menutup muka tetapi tidak melawan dengan beberapa pelajar menjerit meminta anggota polis berkenaan supaya berhenti berbuat demikian.

Klip video itu yang tersebar di YouTube dan beberapa laman web lain menimbulkan kemarahan pelajar pusat pengajian tinggi AS. - AP

Full content generated by Get Full RSS.

Rakaman video detik-detik penangkapan Seif al-Islam

Posted:

Rakaman video detik-detik penangkapan Seif al-Islam

Rakaman video detik-detik penangkapan Seif al-Islam


IMEJ yang diambil daripada laman web 17 February menunjukkan wajah Seif selepas ditangkap di Zintan.


ZINTAN, Libya - Satu klip video menunjukkan anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap selepas dipaksa keluar dari sebuah kenderaan di sini.

Klip sama juga menunjukkan Seif ditumbuk sebaik sahaja dia dikerumuni oleh sekumpulan pemberontak. Memakai serban berwarna coklat, Seif tidak menunjukkan sebarang emosi.

Ketua Briged Zintan, Al-Ajmi al-Atiri memberitahu, Seif meminta mereka yang menangkapnya supaya menembak kepalanya dan membawa mayatnya ke Zintan.

"Seif al-Islam ditangkap pada pukul 1.30 pagi di daerah al-Ajal berhampiran Awbari. Kami menerima maklumat daripada salah seorang pengawal peribadinya.

"Kami kemudian memasang perangkap. Dua buah kereta muncul dengan enam orang di dalamnya, termasuklah Seif. Kami menahan dan mereka tidak melawan. Bercanggah dengan laporan media sebelum ini, mereka tidak menawarkan wang," kata al-Atiri.

Berita penahanan Seif disambut gembira dengan tembakan senjata ke udara.

Perdana Menteri kerajaan sementara Libya, Abdel Rahim al-Kib semalam mengumumkan bahawa Seif yang diburu sejak tiga bulan lalu akan diberi 'perbicaraan yang adil'. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Penunjuk perasaan, polis Mesir bertempur lagi

Posted:

Penunjuk perasaan, polis Mesir bertempur lagi

Penunjuk perasaan, polis Mesir bertempur lagi


POLIS antirusuhan Mesir bergelut dengan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Beratus-ratus penunjuk perasaan yang membanjiri Dataran Tahrir di sini semalam bertempur dengan pasukan keselamatan Mesir, sekali gus meneruskan ketegangan pada malam sebelumnya.

Di dalam beberapa buah bilik rawatan yang dibina di dalam masjid berhampiran dataran tersebut, penunjuk perasaan menerima rawatan kerana ditembak dengan gas pemedih mata dan peluru getah.

Tunjuk perasaan itu bertujuan menuntut Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) yang mengambil alih kuasa selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ditumbangkan pada Februari lalu menyerahkan kuasa kepada rakyat.

Mereka juga mahu Hussein Tantawi yang mengetuai junta tentera dan Menteri Pertahanan sewaktu pemerintahan Mubarak meletak jawatan.

"SCAF meneruskan polisi Mubarak, tiada apa yang berubah," kata seorang penunjuk perasaan, Khaled di sebalik laungan "kebebasan! kebebasan!" rakan-rakannya.

"Keganasan hari ini menunjukkan bahawa Mubarak masih berkuasa," kata seorang lagi penunjuk perasaan, Ahmed Hani yang cedera di dahi akibat terkena peluru getah.

Penunjuk perasaan turut menggunakan rangkaian laman sosial untuk mengajak lebih ramai rakyat Mesir menyertai perjuangan mereka. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki Myanmar mati dibunuh

Posted:

Lelaki Myanmar mati dibunuh

Lelaki Myanmar mati dibunuh

21/11/2011 6:51pm

KUANTAN — Seorang warga Myanmar mati ditetak sekumpulan lelaki dipercayai dari negara itu juga dalam satu kejadian berdekatan sebuah rumah di Kampung Kasing, Pianggu, dekat Rompin.

Mangsa yang belum dikenal pasti itu mati di tempat kejadian akibat ditetak beberapa kali di bahagian badan, kata Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya.

Beliau berkata, orang awam melihat mangsa dikejar sekumpulan lelaki dipercayai warga Myanmar yang bertindak menetaknya dengan menggunakan senjata tajam di tepi jalan, di kampung berkenaan, dalam kejadian 2.30 petang semalam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa lelaki Myanmar telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

"Punca kejadian juga masih disiasat," kata Johari. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Syabu bernilai RM27 juta dirampas

Posted:

Syabu bernilai RM27 juta dirampas

Syabu bernilai RM27 juta dirampas

21/11/2011 6:49pm

KUALA LUMPUR — Sindiket dadah terbesar tahun ini kali ini melibatkan syabu siap diproses bernilai RM27 juta telah berjaya ditumpaskan dengan penahanan lapan ahli dua sindiket warga Iran dalam serbuan berasingan di Lembah Klang.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman percaya kedua-dua sindiket ini berbeza dan tiada kaitan namun menggunakan modus operandi sama iaitu menyeludup dadah melalui Pelabuhan Klang menggunakan kontena.

Dalam serbuan pertama di Jalan Ulu Klang pada 11 November, Pengarah jabatan itu Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dua lelaki Iran ditahan bersama syabu seberat 14.2 kg disimpan dalam sebuah kontena berisi palet batu marmar.

"Kedua-duanya ditahan sebelum itu di kawasan Jalan Kampung Pandan di sini yang kemudian membawa polis ke kawasan kontena dan menemui dadah diselitkan di celah-celah kepingan batu marmar disorok dalam lapisan polyboard " katanya.

Noor Rashid memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, dalam serbuan terbaharu di Taman D'Alpinia, Puchong, dekat sini petang Sabtu lepas, polis berjaya menahan enam warga Iran bersama syabu seberat 124.9 kilogram yang disorok dalam ruangan sulit bawah tiga kotak kayu. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pengurus dipenjara sehari, denda RM20,000

Posted:

Pengurus dipenjara sehari, denda RM20,000

Pengurus dipenjara sehari, denda RM20,000

21/11/2011 6:41pm

KUALA LUMPUR — Seorang pengurus kilang perabot dihukum penjara sehari dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku memberi suapan RM4,000 kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Mei lepas.

Hakim Rosbiahanin Ariffin memerintahkan Tan Boon Hing, 58, menjalani hukuman itu mulai hari ini, dan sekiranya gagal membayar denda, dia akan dipenjara enam bulan.

Boon Hing dituduh memberikan wang itu kepada Pengurus Kanan Bahagian Siasatan dan Risikan TNB Rumaizi Mohd Amin sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana disyaki mencuri arus elektrik.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Starbuck Bangsar Village, Bangsar pada 10.45 pagi, 25 Mei lepas, mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa K.P.Sevan daripada SPRM memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap Boon Hing, manakala peguam Y.S.Ram merayu hukuman ringan untuk anak guamnya kerana ini merupakan kesalahan pertama Boon Hing dan dia telah insaf dengan perbuatan yang dilakukan.

Boon Hing membayar denda itu. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Berbogel jiwai roh haiwan

Posted:

Berbogel jiwai roh haiwan

Berbogel jiwai roh haiwan

DIA dinobatkan oleh majalah People sebagai jejaka paling seksi pada tahun 2010. Majalah Men's Health pula menjulang aktor kelahiran Pennsylvania itu sebagai pemilik tubuh paling menggiurkan sepanjang musim panas pada tahun ini. Selain itu, dia juga dilabel antara 25 jejaka paling kekar oleh majalah Men's Fittest, Lelaki Luar Biasa Terhangat 2011 oleh majalah Entertainment Weekly dan Anugerah Sharp Dressed Man 2011 oleh majalah US Weekly.

Tidak hairan figura bernama Joseph Michael 'Joe' Manganiello atau Joe Manganiello, 34, yang melakonkan peranan Alcide Herveaux dalam drama bersiri hebat eksklusif di saluran HBO, True Blood itu kian membuka mata ramai. Tidak terkecuali dia kini muncul sebagai simbol seks era masa kini, sesuai dengan sosok kekarnya setinggi 1.96 meter.

"Siapa saya dan bagaimana rupa saya bergantung pada tafsiran peminat, jika mereka melihat saya ikon positif maka itulah saya.

"Tapi buat masa sekarang, setiap hari bagaikan Halloween bagi saya, ke mana saya pergi orang akan panggil saya serigala jadian," katanya menjelaskan imej yang dinilai peminat menerusi drama bersiri True Blood musim keempat yang kini bersiaran pada setiap hari Khamis pukul 10.30 malam di saluran Astro 411 (HBO).

Sebagai Alcide Herveaux yang berkebolehan menjelma menjadi serigala jadian menyaksikan karakter lakonan Manganiello yang mula diperkenalkan pada musim ketiga itu kini mula berkembang peranannya dalam musim keempat.

True Blood yang berkisar dunia moden yang kini dihuni secara berkongsi oleh puak manusia normal dan puntianak itu membariskan tiga pelakon hebat untuk karakter utamanya iaitu pemenang Oscar Anna Paquin, Alexander Skarsgard dan Stephen Moyer.

Badan hangat


BAKAL muncul menerusi filem lakonannya di samping Jennifer Lopez dan Cameron Diaz yang berjudul What To Expect When You're Expecting.


Seronok melakonkan watak serigala jadian kata Manganiello, watak itu juga turut menuntutnya berkelakuan seperti haiwan.

"Saya perlu pastikan badan sentiasa hangat terutama pada waktu malam, oleh itu lebih banyak daging yang perlu saya makan setiap hari.

"Dalam pada masa yang sama, pada mulanya saya harus belajar menghasilkan bunyi mengeram dan menyalak seperti kelakuan seekor serigala," ujarnya yang ditemui ketika sesi temuramah eksklusif bersama media dari Asia di Hong Kong baru-baru ini.

Malah, dalam musim keempat True Blood, Manganiello lebih banyak terbabit dalam babak yang memerlukannya menanggalkan pakaiannya dan beraksi tanpa seurat benang.

"Saya nilaikan berbogel dari sudut artistik dan tidak salah selagi saya masih memiliki badan yang sempurna untuk ditayang kepada peminat dan penonton," tegasnya yang mengakui bahawa keluarganya kini menerima secara terbuka hakikat bahawa dia berlakon bogel dalam True Blood.

Demi mendapatkan sosok tubuh yang sasa dan kekar, Manganiello mengupah jurulatih khas yang pernah terlibat dalam filem X-Men, Ron Matthew untuk melatih tubi dirinya setiap hari.

"Ia umpama satu latihan intensif untuk mendapatkan otot bisep yang lebih bergaya, saya yang dapatkan Ron untuk melatih saya dan membayarnya untuk memukul saya ketika sesi latihan," kata figura berdarah kacukan Austria, German dan Armenia itu.

Tambahnya, sistem pemakanan yang diamalkannya kini dilipatgandakan untuk mentransformasikan tubuhnya agar kelihatan lebih besar dan 'kehaiwanan'.

Menerusi musim keempat True Blood juga ujar Manganiello menampilkan lebih banyak kejutan dan konflik antara watak terutama Alcide dan Eric Northman (yang dilakonkan oleh Alexander Skarsgard).

"Babak paling mencabar dalam musim keempat ini adalah pada episod keempat. Setelah membaca skrip saya menggeletar.

"Dalam episod itu saya diperlukan untuk bertumbuk dengan Eric di kawasan lapang dalam keadaan berbogel dan Sookie Stackhouse (lakonan Anna Paquin) berada di tengah-tengahnya," bicaranya diiringi ketawa kecil.

Doa termakbul


JOE MANGANIELLO bersama tiga pelakon utama siri True Blood (dari kiri), Alexander Skarsgard, Anna Paquin dan Stephen Moyer.


Pemilik personaliti yang sangat menyenangkan itu turut berkongsi kisah ajaibnya ketika zaman kanak-kanak.

"Ketika di bangku sekolah saya sering dibuli sebenarnya kerana saiz badan yang pelik, maka setiap hari saya akan ke gereja dan berdoa untuk dijadikan seekor serigala jadian.

"Dan ia seolah-olah satu keajaiban apabila sekarang doa saya itu termakbul walau cuma beraksi dalam drama," ceritanya yang dahulunya pernah mengalami kecederaan teruk pada lutut, siku dan pergelangan kaki akibat bersukan.

Pada mulanya, karier sebagai seorang pelakon kurang disenangi oleh keluarga terutama bapanya, Charles.

Namun, mungkin kerana bakat dan keserasiannya muncul di kaca TV dan layar perak, bapanya sendiri sanggup menulis sebuah sajak mengenai serigala jadian dan dihadiahkan kepadanya.

"Sebaik meraih hadiah itu saya menangis dan saya lalu bingkaikan sajak itu untuk diabadikan di dinding rumah," maklum anak sulung daripada dua beradik itu.

Kawan rapat Thunder

Manganiello yang telah pun menandatangani kontrak enam tahun untuk True Blood itu sempat berkongsi kisah menariknya dengan serigala terlatih yang digunakan dalam setiap babak penjelmaannya.

"Nama serigala itu ialah Thunder, kalau dulu saya takut untuk menghampirinya tapi sekarang kami seperti kawan rapat.

"Ia pun nampaknya sudah mula sukakan saya, ada juga kadangkala saya membawanya bersiar-siar dan bagi saya Thunder adalah seekor serigala yang luar biasa!" tutur aktor yang terpaksa menolak tawaran menjadi Superman dalam filem francais akan datang Superman: Man Of Steel akibat pertindihan jadual.

Full content generated by Get Full RSS.

Penghijrahan Rahmat

Posted:

Penghijrahan Rahmat

Penghijrahan Rahmat

Oleh HARYATI KARIM


RAHMAT bersyukur kerana diberi peluang untuk terus berkarya.


LELAKI bernama Engku Rahmat Engku Ismail atau nama komersialnya Rahmat Ekamatra cukup popular bersama band rock, Ekamatra sekitar penghujung tahun 1980-an dan 1990-an.

Lagu Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya dan Hanya Satu Persinggahan antara lagu sinonim dengan Rahmat meskipun selepas dia keluar daripada band Ekamatra dan muncul bersama band yang diberi nama RAHMAT. Band RAHMAT tidak bertahan lama, akhirnya, Rahmat bergerak secara solo pada tahun 1993.

Rahmat muncul kali terakhir bersama album adalah pada tahun 2006 menerusi album Antologi. Sejak zaman band Ekamatra sehingga bergerak solo, imej Rahmat tidak banyak berubah.

Dia masih setia dengan berkemeja-T dan seluar jeans koyak serta rambut panjang mengurai yang menjadi identiti wajib setiap penyanyi rock ketika itu.

Bagaimanapun bertemu dengannya baru-baru ini, ramai yang terkejut dengan perubahan 360 darjah bapa kepada tiga orang anak itu.

"Saya sedar ramai yang terkejut dengan penghijrahan imej serta diri saya termasuk rakan terdekat serta peminat tetapi penghijrahan ini ke arah kebaikan.

"Sejak berubah dan mendalami ilmu agama, jiwa saya lebih tenang dan tenteram," ujar Rahmat.

Ditanya, bagaimana boleh berlaku penghijrahan terhadap dirinya, jawabnya, semuanya berlaku secara kebetulan dan tidak dirancang.

"Semuanya bermula di sebuah kedai buku pada tahun lepas. Saya terpandang sebuah buku yang menceritakan kisah Rasullullah S.A.W.

"Ketika itu saya tidak ambil kisah, tetapi apabila pulang ke rumah, fikiran saya asyik teringatkan buku itu sahaja. Dalam hati saya terdetik yang saya mesti dapatkan buku itu. Setelah membeli buku itu, timbul perasaan kagum terhadap Rasullullah S.A.W.

"Orang di kedai buku itu juga ada memberitahu saya, bahawa Yayasan Sofa ada menganjurkan kelas agama setiap hujung minggu jika saya berminat," katanya.

Sambung Rahmat lagi, bermula dengan sebuah buku, kemudian hatinya terus terpaut untuk mendalami agama selepas menghadiri kelas agama yang diadakan oleh Yayasan Sofa.

"Pengalaman pertama saya mengikuti kelas agama Yayasan Sofa telah membuka pintu hati saya untuk mempelajari lebih lagi tentang ilmu agama .

"Selain menimba ilmu, apa yang saya sedar, jiwa saya lebih tenang. Pertuturan saya menjadi lebih lembut dan terkawal. Alhamdulillah, seluruh keluarga termasuk anak-anak menyambut baik penghijrahan saya.

"Anak-anak saya juga sering bertanya bermacam perkara mengenai Rasulullah S.A.W. Bila saya sudah ada ilmu, saya juga jadi seronok untuk berkongsi kehebatan Rasulullah S.A.W bersama mereka," balas Rahmat.

Meskipun tampil dengan imej yang berbeza, tegas Rahmat dia masih lagi Rahmat yang sama, cuma yang berbeza adalah penampilan luaran serta pertuturan.

"Walaupun saya berjubah, tetapi hari-hari biasa, saya masih Rahmat yang sama. Jika ada permintaan untuk saya nyanyikan kembali lagu-lagu rock Ekamatra, saya masih boleh memenuhi permintaan itu.

"Tetapi dalam masa yang sama saya akan turut menyelitkan karya terbaru saya yang ke arah Islamik," jawabnya.

Rahmat kini muncul dengan album solo terbaharu berjudul Semarak Cinta Rasullullah yang kini telah terjual sebanyak 10,000 unit meskipun tanpa publisiti yang meluas.

Album yang dirakam pada bulan Jun tahun ini mengandungi lima qasidah yang memuji Rasulullah S.A.W dan diterbitkan sendiri oleh Rahmat.

"Saya benar-benar merasakan ini adalah buah tangan yang bakal menyentuh hati dan jiwa pendengar.

"Respon yang diterima juga memberansangkan. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berkarya kerana Allah," kata Rahmat .

Walaupun sudah bertukar arah daripada rock ke Islamik tidak mustahil buat Rahmat untuk muncul dalam sebuah album rock Islamik atau bergandingan dengan mana-mana kumpulan nasyid popular tanah air.

"Perancangan itu ada, tetapi belum dapat direalisasikan lagi. Saya tidak menolak sebarang cadangan, walaupun menyanyi lagu rock tetapi kalau isi lagunya mengajak pendengar ke arah kebaikan, apa salahnya untuk saya mencuba.

"Inilah masa dan peluang saya untuk berbakti dan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada peminat saya," ujarnya yang kini berusia 43 tahun.

Sebahagian wang yang dikutip daripada album yang dijual pada harga RM25 seunit itu akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Sofa untuk tujuan dakwah, pendidikan, penyelidikan dan kebajikan Islam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved