Selasa, 15 November 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kepuasan OKU tawan Kinabalu

Posted:

Kepuasan OKU tawan Kinabalu

Kepuasan OKU tawan Kinabalu

SEPASANG kaki yang semakin lemah itu masih bergerak mendaki tangga-tangga batu tanpa sekali pun melepaskan tongkat di tangan biarpun langkahnya tidak laju. Tanpa penglihatan untuk menikmati kehijauan alam dan menyaksikan keluasan langit yang terbentang dan berkabut awan, Taslim Kosni, 60, meneruskan pendakian yang seakan tiada penghujungnya.

Apakah yang dirasai oleh seorang lelaki warga emas yang cacat penglihatan itu tatkala kakinya menjejak puncak Gunung Kinabalu yang berada pada ketinggian lebih 4,095 meter dari aras laut itu?

"Memang saya tidak dapat melihat langsung keindahan yang terbentang di depan mata, malah saya teraba-raba sepanjang pendakian tetapi saya dapat menyentuh batu-batu, merasai rerumput yang pendek, air yang mengalir di kaki serta udara yang sejuk dan mendamaikan di puncak gunung.

"Saya menikmati keindahan Gunung Kinabalu dengan cara saya sendiri dan saya merasai kepuasannya lebih-lebih lagi dapat lari daripada kebisingan kota," katanya ketika ditemui di Pusat Kesihatan dan Pemulihan WQ Park, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menceritakan pengalaman manis itu, Taslim memberitahu ia adalah sebuah impian yang menjadi kenyataan biarpun begitu payah untuk dicapai, malah dia hampir berputus asa.

"Sebelum mendaki Gunung Kinabalu, saya begitu teruja sampai tidak lena tidur dibuatnya. Maklumlah, selama ini asyik dengar orang bercerita mengenainya walaupun tidak dapat membayangkan bagaimana rupa gunung ini.

"Apabila pendakian bermula dan perjalanan semakin sukar, saya mula berputus asa kerana pendakian ke puncak memang sukar," ujar lelaki yang hilang penglihatan sejak berumur empat tahun itu.

Semangat


EKSPEDISI turut melibatkan pelajar-pelajar Pusat Spastik Petaling Jaya.


Taslim memberitahu, jika tanpa dorongan dan semangat yang diberikan oleh ahli rombongan yang mendaki pada masa itu, pasti dia gagal sampai ke puncak.

"Saya berasa begitu letih mendaki tangga batu yang tinggi, curam dan licin, malah hujan batu yang turun di tengah-tengah pendakian menyebabkan kepala saya seperti dibaling batu.

"Ketika itu saya bertanya kepada diri saya, apa yang saya buat di sini? Tetapi jurupandu, ahli sukarelawan dan kumpulan perubatan memberi semangat kepada saya untuk meneruskan pendakian," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Cerita Taslim lagi, tidak seperti peserta lain yang dapat melihat, dia adalah peserta terakhir yang sampai ke puncak iaitu pukul 8 malam walaupun bertolak seawal pukul 9 pagi.

"Setiap langkah, saya perlukan bantuan. Kalau leka, saya akan terjatuh. Semasa turun juga kaki saya terselit di celah batu," katanya menceritakan harga yang perlu dibayar demi memenuhi impian menakluk puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Berita gembira

Namun, kepuasan yang dirasai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Taslim memberitahu, sebaik sahaja sampai ke puncak, dia segera menghubungi isterinya bagi memaklumkan berita gembira itu.

"Saya begitu teruja menghubungi isteri dan dia mengucapkan tahniah kepada saya kerana berjaya," katanya yang turut menyertai pendakian Menara Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-60 Persatuan Orang Buta Malaysia Sabtu lalu.


MESKIPUN sukar kerana kekurangan diri, namun semangat menjadi pembakar kepada golongan OKU untuk meneruskan pendakian.


Pengalaman yang dilalui Mohd. Irwan Halim Sidek, 29, juga tidak kurang hebatnya. Penghidap celebral palsy yang mengalami kesukaran bergerak dan tidak mampu bercakap dengan lancar itu begitu tekun menjalani latihan sebelum pendakian.

Menurut ibunya yang mewakili Irwan semasa sesi temu bual bersama penulis, Bashah Jaafar, 51, Irwan memanjat tangga apartmen kediaman mereka setinggi 16 tingkat sebanyak 15 kali sehari. Pada masa yang sama, Irwan mengikuti latihan-latihan yang dianjurkan oleh pihak penganjur ekspedisi pendakian berkenaan iaitu Kelab Rotary Bandar Utama dan USJ sembilan bulan sebelum ekspedisi berlangsung.

"Setiap kali pulang dari sekolah di Pusat Spastik Petaling Jaya, dia akan tidur dan bangun pada pukul 5 petang untuk menjalani latihan. Saya berasa gusar untuk melepaskannya tetapi dia bertegas ingin mengikuti ekspedisi pendakian ini.

"Bayangkan, dia hanya boleh berjalan ketika berumur 10 tahun tetapi kini dia sudah berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu," ujarnya terharu.

Menurut Bashah atau lebih dikenali sebagai Ida, suaminya, Sidek Ahmad, 51, menemani Irwan sepanjang pendakian itu supaya Irwan mempunyai dorongan dan semangat yang tinggi untuk sampai ke puncak.

"Suami ada memberitahu, Irwan sudah kelihatan tidak berdaya dan kerapkali dipapah, tetapi apabila sampai ke puncak, dia menjerit kegembiraan sambil mengangkat tangan ke langit kerana terlalu gembira sehingga membuatkan abahnya menangis.


AHLI ekspedisi Kelab Rotary menghampiri puncak Gunung Kinabalu.


"Suami saya memeluk Irwan dan ahli rombongan lain kerana terlalu gembira. Saya juga menangis apabila Irwan menghubungi saya dari puncak gunung kerana terharu dia mampu sampai ke puncak Gunung Kinabalu," katanya.

Bashah memberitahu, dia juga terharu dengan perhatian yang diberikan kepada anaknya ketika pendakian kerana anaknya tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri sepenuhnya tanpa bantuan.

"Saya lega melepaskan Irwan mengikuti ekspedisi kerana pihak penganjur meyakinkan saya setiap peserta mempunyai empat penjaga yang terdiri daripada jurupandu, pegawai perubatan dan sukarelawan.

"Bapa Irwan juga turut menjaga dan membantunya melumurkan minyak panas di kaki untuk menghilangkan lenguh dan kesejukan," kata Bashah.

Sementara itu, bagi peserta OKU yang cacat pendengaran dan bisu, Wan Nora Ashikin Abdul Razak, 24, perjalanannya mendaki puncak Gunung Kinabalu tidak sesukar pengalaman Taslim dan Irwan.

Muntah


PESERTA ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu yang melibatkan 13 OKU puas dengan pencapaian mereka.


"Tetapi, pendakian saya tidaklah semudah yang disangka. Disebabkan bergerak laju, saya rasa pening dan muntah pada awal pendakian dan rasa seperti tidak cukup oksigen.

"Saya terpaksa berehat sebelum dapat meneruskan semula pendakian itu," katanya melalui temu bual yang ditulis di atas helaian kertas kerana dia tidak membawa jurubahasa.

Menurut pelukis grafik majalah Challenge itu, pengarang tempatnya bekerja adalah individu yang menggalakkannya menyertai ekspedisi itu.

"Sebenarnya rakan sekerja saya sepatutnya ikut sama tetapi dia akhirnya tidak jadi pergi, jadi hanya saya seorang menyertai pendakian itu.

"Ibu saya juga mengizinkan, malah dia amat gembira apabila menonton ekspedisi ini yang ditayangkan di Majalah 3 pada 29 Oktober lalu," katanya.

Ashikin memberitahu, dia tidak akan berhenti setakat Gunung Kinabalu sahaja, kerana dia mempunyai impian lain selepas ini.

"Saya mahu mendaki Gunung Tahan pula sekiranya diberi peluang.

"Kakak saya sendiri amat cemburu kerana saya sudah sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Dia adalah orang pertama yang saya hubungi apabila tiba di puncak," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Rahsia bertahan tiga dekad

Posted:

Rahsia bertahan tiga dekad

Rahsia bertahan tiga dekad

Oleh ADLAN JAAFAR

BAGI penduduk Jepun, saat menaiki kereta api adalah waktu yang sesuai untuk mereka ber mesra dan berbual bersama keluarga dan rakan-rakan sambil mengetahui perkembangan terbaharu.

Sebab itulah, menurut Motoko Ohno, perkhidmatan Blue Train atau dipanggil sebagai hotel bergerak itu benar-benar memberikan suatu perasaan nostalgiak kepada masyarakat Jepun sepertinya.

"Kami boleh bersantai dan berbual bersama rakan-rakan. Menikmati bekalan makanan yang dibawa sambil melihat pemandangan di sepanjang perjalanan," katanya sambil menunjukkan meja kecil yang terdapat dalam gerabak Blue Train.

Di Jepun, perkhidmatan kereta api Blue Train sangat terkenal dan setiap kali waktu puncak seperti cuti sekolah atau musim panas, amat sukar untuk mendapatkan tiketnya.

Malah, wanita dalam lingkungan umur 30-an itu juga tidak pernah berasa pengalaman menaiki Blue Train di Jepun. Bagaimanapun, dia yang kini bertugas sebagai pengarang majalah bahasa Jepun, Coconut di Kuala Lumpur boleh menaikinya pada bila-bila masa sahaja.

Gerabak Blue Train pemberian kerajaan Jepun kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menyusuri landasan kereta api dari Tumpat, Kelantan ke Woodland, Singapura mulai tahun hadapan.

Jalur pengangkutan KTM terbaharu itu diberi nama Kereta Api Malayan Tiger manakala koc pula dipanggil sebagai Koc Biru sempena panggilan kereta api itu di Jepun.

Meskipun gerabak-gerabak pemberian kerajaan Jepun itu sudah pun melangkau usia 30 tahun tetapi pandangan pertama tatkala menaikinya adalah ia masih kelihatan seperti baharu.

Penyelengaraan


KABIN yang selesa. Walaupun memiliki suasana lama tetapi peralatan fizikalnya masih berfungsi dengan baik.


Walaupun memiliki suasana lama tetapi peralatan fizikalnya masih berfungsi dengan baik. Menurut Pakar Operasi dan Penyelenggaraan Koc Japan International Cooperation Agency (Jica), Sadao Arai, faktor utama ia masih dalam keadaan baik adalah dengan menjalankan penyelenggaraan secara berkala.

"Terdapat tiga jenis penyelenggaraan yang dilakukan pihak Jica bagi memastikan ia berada dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan," katanya pada majlis prapelancaran Malayan Tiger di Stesen Wakaf Baharu, Kelantan baru-baru ini.

Penyelenggaraan yang dibuat merupakan pemeriksaan setiap hari, sebulan pemeriksaan dan tiga bulan pemeriksaan yang memberi fokus pada bahagian yang berbeza serta tujuan pemeriksaan.

Terang Arai, jika sesebuah kereta api itu sudah lama tidak digunakan, kecekapannya akan merosot atau boleh menyebabkan berlaku kegagalan enjin secara serta-merta.

Jadi, ia perlu diperiksa setiap awal pagi sebelum memulakan operasi. Beberapa bahagian tertentu yang diperiksa adalah seperti enjin dan generator.

Bagi pemeriksaan berkala sebulan dan tiga bulan sekali pula, ia memfokuskan kepada penukaran minyak pelincir, penapis enjin, sistem penyejuk enjin, minyak gris dan banyak lagi terutama bahagian melibatkan enjin.

Untuk bahagian dalaman pula seperti sistem pendingin, bekalan air, sistem pengurusan tandas dan peralatan brek turut perlu diberi perhatian.

Bagi memastikan Malayan Tiger mampu beroperasi lebih lama, Arai mencadangkan supaya setiap empat tahun sekali, bahagian-bahagian penting kereta api dibaikpulih.


AMINUDDIN (empat dari kiri) bersalaman dengan Arai pada majlis prapelancaran KTMB Blue Coach Malayan Tiger Train di Stesen Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan baru-baru ini.


"Bahagian yang perlu diambil perhatian adalah enjin, generator, pemampat dan sistem brek manakala badannya pula seperti pendingin hawa, kawalan elektronik dan bogi perlu ditukar di antara empat hingga lapan tahun atau mengikut peraturan KTMB," ulas Arai lagi.

Menurut Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan, pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM6.5 juta untuk membawa 14 unit koc ke Malaysia termasuk belanja mengubah suai kereta api itu mengikut laluan landasan di negara ini.

"Antara ubah suai yang dilakukan ialah pada bahagian bogi kereta api dengan mengecilkannya daripada 1,067 ke 1,000 milimeter," ujarnya kepada Kosmo!.

Selain itu, beberapa orang jurutera dan pemandu kereta api telah dihantar ke Jepun bagi menjalani latihan menyelenggara dan operasi koc biru.

Sistem elektrik seperti plug, pendingin hawa turut diubah suai mengikut sistem di Malaysia. Aminuddin meletakkan keyakinan bahawa jika koc biru diselenggara secara berkala, ia mampu bertahan untuk 10 hingga 15 tahun lagi.

Ubah suai

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai kerelaan KTMB menerima koc biru walaupun telah berusia lebih 30 tahun, Aminuddin berkata, ia bukan tindakan melulu.

"Kami telah menghantar beberapa orang jurutera untuk menilai keadaan gerabak dan terbukti ia masih baik serta mampu beroperasi dengan sempurna," ujarnya menepis semua salah sangka.

Beliau meletakkan sasaran keuntungan sebanyak RM5.6 juta setahun dengan penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut seramai 185,000 orang.

Rekaan dalaman kereta api dari Jepun itu sangat berbeza dengan gerabak-gerabak KTMB lain. Ia jelas kelihatan pada perincian yang diberikan supaya penumpang merasa selesa.

Paling istimewa adalah sistem tandasnya. Menurut Arai, koc biru itu direka mesra alam dan tidak mencemar alam sekitar.

"Apabila flush tandas digunakan, air yang berwarna biru akan keluar. Air tersebut mempunyai sejenis bahan kimia dan najis akan meragi.

"Najis tidak akan dibuang ke landasan tetapi disimpan dalam satu simpanan khas dan akan dikutip setiap enam bulan sekali," terang Arai lagi.


KERETA API yang berusia 30 tahun ini masih kelihatan baharu dan masih mengekalkan keselesaan penumpang.


Setiap gerabak mempunyai generatornya sendiri. Ia berbeza dengan koc KTMB sedia ada yang memiliki sebuah generator dan membekalkan tenaga elektrik kepada semua gerabak.

Apabila berlaku kegagalan generator pada salah satu gerabak, koc-koc yang lain masih lagi boleh berfungsi seperti sediakala.

Selain itu, rekaan dalaman koc biru sangat terperinci seperti tangga pada kelas kedua boleh dilipat untuk menjimatkan ruang.

Ruang pejalan kaki terpisah dengan ruang bilik walaupun memiliki luas bukaan yang tidak terlalu besar. Pengguna singki air pula sentiasa mendapat ruang privasi kerana disediakan tirai malah pili air berfungsi menggunakan sensor.

Bagi ruang kelas tiga pula, kerusi penumpang boleh dipusing untuk menghadap penumpang di belakang. Jadi, kepada mereka yang gemar berbual, koc biru adalah pilihan sesuai.

Keselamatan individu yang membeli tiket kelas pertama pula terjamin kerana walaupun direka sejak 30 tahun lalu, kunci pintunya dilengkapi dengan sistem kata laluan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil kerajaan Jepun, Dr. Hiroki Yajima dan Pengarah Pelancongan Kelantan, Zurina Abdul Samad.

Full content generated by Get Full RSS.

Badak Javan pupus di Vietnam

Posted:

Badak Javan pupus di Vietnam

Badak Javan pupus di Vietnam


KINI hanya terdapat dua subspesies badak Javan di dunia selepas bangkai badak Javan Vietnam terakhir ditemui baru-baru ini.


BULAN lalu, Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan International Rhino Foundation mengesahkan bahawa spesies badak Javan daripada subspesies Rhinoceros sondaicus annamiticus di Vietnam akhirnya pupus untuk selama-lamanya.

Ia berdasarkan kepada penemuan tulang-temulang haiwan tersebut dan dipercayai telah dibunuh oleh pemburu haram kerana tidak bersumbu ketika ditemui.

Pakar-pakar dalam bidang tersebut kebanyakannya tidak terkejut dengan berita terbaharu itu kerana dari tahun 2008, hanya seekor badak direkodkan wujud di Vietnam.

Menurut laporan Kepupusan Badak Javan dari Vietnam, analisis genetik terhadap sampel-sampel najis yang dikumpul di antara tahun 2009 hingga 2010 di Taman Negara Cat Tien menunjukkan kesemuanya adalah kepunyaan seekor badak sahaja.

Melalui pemeriksaan lengkap yang dilakukan oleh penyokong-penyokong pemuliharaan, badak tersebut telah dibunuh. Tambah mereka, itu mungkin dilakukan oleh pemburu kerana kaki badak tersebut ditembak selain sumbunya dipotong.

"Ia amat menyakitkan. Walaupun banyak pelaburan telah dilakukan dalam pemuliharaan badak Vietnam namun, usaha menyelamatkan haiwan unik ini gagal.

"Vietnam sudah pun kehilangan warisan semula jadinya," kata Pengarah WWF Vietnam, Tran Thi Minh.

Sehingga kini dianggarkan kurang 50 ekor badak jenis Javan daripada dua subspesies lain berada dalam di hutan.


DANA Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada bulan lalu mengesahkan badak Javan Rhinoceros sondaicus annamiticus di Vietnam telah pupus buat selama-lamanya.


Tiga jenis

Populasi badak Javan terbahagi kepada tiga kumpulan dan di Vietnam merupakan subspesies terakhir daripada jenis Rhinoceros sondaicus annamiticus.

Dua subspesies lain ialah Rhinoceros sondaicus inermis yang biasanya dijumpai di timur laut India, Bangladesh dan Myanmar, manakala Rhinoceros sondaicus sondaicus boleh dijumpai di Pulau Jawa, Indonesia. Subspesies lain sudah pun mengalami kepupusan.

Pengerusi Kumpulan Pakar Badak Asia IUCN, Bibhab Kumar Talukdar berkata, kematian badak Javan di Vietnam merupakan suatu tamparan yang hebat.

"Kita harus berusaha supaya kehidupan badak Javan lain (di Indonesia) pada masa hadapan tidak senasib dengan di Cat Tien," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, ancaman terhadap badak untuk mendapatkan tanduk adalah masalah yang besar. Tetapi disebabkan oleh kerja keras unit pelindung dan pihak berkuasa taman negara Indonesia, tiada aktiviti memburu direkodkan pada dekad yang lepas.

Pemeliharaan


KESAN tembakan peluru hidup ditemui pada tulang kaki badak itu.


Talukdar menjelaskan, kejayaan menyelamatkan spesies itu bergantung kepada pengurusan habitat yang betul. Badak Javan gemar meragut dan memerlukan hutan sekunder untuk itu.

Tegasnya, taman negara di Pulau Jawa menyediakan antara habitat terakhir untuk spesies tersebut kerana berlaku peningkatan pokok palma.

"Jadi, pengawalan terhadap palma arenga dan pengurusan habitat bagi badak Javan di Taman Negara Ujung Kulon sangat penting untuk masa depan spesies itu," ujarnya.

Di seluruh dunia berlaku peningkatan bilangan kes pemburuan badak secara drastik. Pada awal tahun ini, laporan Persekutuan Pemuliharaan Antarabangsa (IUCN) berkata, populasi badak di Afrika berdepan dengan krisis paling teruk dalam dekad ini.

Mengikut rekod WWF, sebanyak 341 ekor badak menjadi mangsa pemburu haram, meningkat daripada 333 ekor pada tahun lalu.

Ia berlaku kerana permintaan terhadap sumbu badak dalam pasaran gelap meningkat dari pasaran perubatan Asia. Sumbunya dipercayai mampu mengubati pelbagai penyakit termasuk kanser.

Full content generated by Get Full RSS.

Keselesaan skrin sentuh

Posted:

Keselesaan skrin sentuh

Keselesaan skrin sentuh

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


PAPARAN skrin sentuh yang besar memudahkan pengendalian Torch 9860.


DEWASA ini, penggunaan telefon pintar semakin mendapat tempat di hati penggemar peranti berteknologi tingggi. Bagaimanapun, pengguna mempunyai cita rasa berbeza - ada yang gemar menggunakan peranti dilengkapi papan kekunci QWERTY dan ada pula berasa selesa hanya menggunakan skrin sentuh.

Syarikat di belakang jenama BlackBerry, Research In Motion (RIM) baru-baru ini telah memperkenalkan Torch 9860 yang beroperasi sepenuhnya menggunakan skrin sentuh berbanding jenama yang cukup sinonim dengan papan kekunci QWERTY.

Model terbaharu yang menggunakan sistem operasi generasi terbaharu BlackBerry 7 itu menawarkan paparan skrin sentuh berukuran 9.4 sentimeter (sm) demi memberi kepuasan kepada pengguna.

Dengan paparan skrin besar, dijana pelayar BlackBerry yang lebih pantas dan dilengkapi butang kawalan serta trackpad optikal, ia akan memberikan pengalaman baharu kepada pengguna apabila melayari alam maya.

Pengguna juga akan merasai pengalaman kendalian menakjubkan lantaran paparan skrin yang jelas selain keselesaan menaip dengan lebih tepat.

BlackBerry Torch 9860 turut dilengkapi teknologi Liquid Graphics dalam memberikan kualiti paparan skrin jelas dan terbaik kepada pengguna. Melalui teknologi itu, mereka yang gemar menonton video atau bermain permainan video akan merasai kelainan kerana ia dilengkapi sokongan video HTML5.

Dalam pada itu, telefon pintar dilengkapi pemproses 1.2 gigahertz (GHz) membolehkan pengguna bermain permainan video, melayari Internet dan menonton video dengan baik serta pantas.

Model itu turut didatangkan bersama beberapa aplikasi menarik seperti Wikitude, Facebook dan Amazon MP3. Melalui aplikasi BlackBerry Messenger 6.0, telefon pintar itu dapat mengemas kini maklumat dengan segera manakala fungsi Social Feeds 2.0 dan Facebook For BlackBerry membenarkan pengguna mengetahui perkembangan semasa lebih pantas.

Pengguna yang ingin menyerlahkan kreativiti mereka dalam merakam imej pegun, ia didatangkan bersama kamera beresolusi lima megapiksel CMOS dalam memberikan imej berkualiti tinggi. Maklumat lanjut mengenai BlackBerry Torch 9860 boleh dilayari di laman web www.rim.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Penduduk Gombak Setia gotong-royong kenduri kampung

Posted:

Penduduk Gombak Setia gotong-royong kenduri kampung

Penduduk Gombak Setia gotong-royong kenduri kampung

MOHAMAD MUSTAFA (dua dari kanan) bergambar bersama ahli-ahli jawatankuasa program gotong-royong kenduri kampung di Gombak baru-baru ini.


GOTONG-ROYONG. Penduduk di Gombak Setia, Selangor mengadakan program gotong-royong kenduri kampung bersama masyarakat baru-baru ini.

Pengerusi program, Mohamad Mustafa Latif berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk menghidupkan semula konsep gotong-royong terutama dalam kalangan penduduk bandar.

Selain gotong-royong menyediakan makanan, penduduk turut mengadakan aktiviti tazkirah, tahlil dan doa selamat di Madrasah Al-Hilaliah manakala Forum Perdana Ehwal Islam dijalankan di padang Sekolah Menengah Gombak Setia.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis SPT lawat loji Percetakan Utusan Seberang Jaya

Posted:

Polis SPT lawat loji Percetakan Utusan Seberang Jaya

Polis SPT lawat loji Percetakan Utusan Seberang Jaya


AZMAN (lima dari kanan) dan Azli (enam dari kanan) bersama rombongan polis daerah SPT bersama kakitangan Utusan di Loji Percetakan Utusan Melayu di Seberang Jaya baru-baru ini.


MELAWAT. Kira-kira 50 pegawai dan anggota polis dari daerah Seberang Perai Tengah (SPT) meluangkan masa melawat Loji Percetakan Utusan Melayu (M) Berhad di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Rombongan diketuai Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah dan dalam lawatan hampir sejam itu, mereka diberi penerangan oleh Pengurus Loji Percetakan, Azli Hassan tentang operasi dan proses pencetakan akhbar.

Sempena kunjungan itu juga, kira-kira 60 kakitangan Utusan mendaftarkan diri sebagai Rakan Cop menerusi kaunter yang dibuka oleh pihak polis.

Full content generated by Get Full RSS.

568 pelajar dewasa Orang Asli tamat belajar

Posted:

568 pelajar dewasa Orang Asli tamat belajar

568 pelajar dewasa Orang Asli tamat belajar


MOHAMAD bergambar bersama masyarakat Orang Asli pada Majlis Penyampaian Sijil Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi di Jelebu baru-baru ini.


BERILMU. Selepas mengharungi pelbagai dugaan, akhirnya seramai 568 pelajar dewasa dari masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan berjaya menamatkan Kelas Dewasa Ibu bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (Kedap).

Kejayaan mereka itu lebih bermakna apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri menyerahkan sijil kepada mereka pada satu majlis di Sekolah Kebangsaan Putra, Jelebu baru-baru ini.

Mohamad menjelaskan, program Kedap merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan yang berkualiti.

Katanya, sejak Kedap dilaksanakan pada 2008, bilangan Orang Asli dewasa yang buta huruf kian berkurangan dan program itu juga semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Istana Negara kini di Jalan Duta

Posted:

Istana Negara kini di Jalan Duta

Istana Negara kini di Jalan Duta

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

BENDERA Peribadi Yang di-Pertuan Agong dinaikkan di pekarangan Istana Negara di Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Upacara pemindahan Istana Negara dari istana yang lama di Bukit Petaling ke istana yang baharu di Jalan Duta di sini dilakukan secara penuh istiadat di sini semalam.

Ia bermula dengan upacara menurunkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana lama yang berusia 83 tahun di tepi Bukit Petaling kira-kira pukul 9 pagi.

Upacara yang dilakukan oleh sekumpulan 10 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu menandakan penutupan rasmi bangunan yang tersergam indah dan ditandai dua kubah emas itu.

Bendera itu kemudiannya diarak keluar dari kawasan istana pada pukul 9.15 pagi dan diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil di hadapan pagar masuk istana dan dibawa ke Istana Negara yang baharu di Jalan Duta.

Tengku Farok Hussin kemudiannya mengarahkan Bentara Istana Negara, Rosli Asri mengunci pintu masuk utama istana lama menandakan segala tugas telah tamat di Istana Negara sebelum mengorak langkah ke Istana Negara yang baharu di Jalan Duta bagi istiadat menaikkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong.

Kawalan itu dilaksanakan Batalion Pertama RAMD dan Skuadron Istiadat Berkuda melibatkan seramai tiga pegawai, 69 anggota lain-lain pangkat dan 12 ekor kuda.

Selepas itu, Istiadat Menaikkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di kompleks Istana Negara baharu bernilai kira-kira RM800 juta itu menandakan pemindahan rasmi tersebut.

Istiadat itu dimulakan dengan perbarisan oleh 52 anggota RAMD serta 12 Skuadron Istiadat Berkuda.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk Kelana Jaya terkilan

Posted:

Penduduk Kelana Jaya terkilan

Penduduk Kelana Jaya terkilan

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan MOHD. YUNUS YAKKUB
berita@kosmo.com.my


INILAH padang Kompleks Sukan PKNS di SS7, Kelana Jaya yang hendak dihapuskan dan tapaknya dibangunkan dengan projek pangsapuri dan pusat komersial.


PETALING JAYA – "Kami terkejut dengan perkembangan terbaharu ini dan amat kecewa serta terkilan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana usaha membangunkan padang PKNS ini mendapat bantahan keras daripada penduduk di sini."

Itulah reaksi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya, Datuk Zul Mukshar Md. Shaari terhadap kenyataan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid, yang tetap berkeras mahu meneruskan projek pembinaan pangsapuri dan pusat komersial di tapak Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.

Menurut beliau, Selangor merupakan sebuah negeri yang kaya serta maju dan pemimpinnya sepatutnya mampu mencari tapak alternatif bagi menjayakan projek pembangunan seumpama itu, tetapi bukanlah di tapak Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya yang menjadi kegunaan rakyat sejak 30 tahun lalu.

"Saya amat yakin dengan kemampuan negeri Selangor, jadi mustahil Abdul Khalid tidak boleh mencari cara dan tapak lain untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat.

"Kenapa padang PKNS yang sudah mencatat pelbagai sejarah ini yang menjadi mangsa?" tegas beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir besar di negeri pantai timur

Posted:

Banjir besar di negeri pantai timur

Banjir besar di negeri pantai timur

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


FENOMENA air pasang besar di pantai timur Semenanjung Malaysia diramal berlaku pada 25 Disember ini dan 23 Januari tahun depan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dijangka mengalami banjir besar ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 Disember dan 23 Januari tahun depan.

Pakar Oseanografi, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus berkata, kawasan pantai timur dan Sarawak lebih terdedah kepada fenomena tersebut selain didorong oleh faktor tiupan angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.

"Fenomena air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan bumi.

"Jika sesebuah kawasan atau negeri menerima hujan yang luar biasa dan pada masa yang sama fenomena air pasang berlaku, banjir besar akan melanda," katanya ketika dihubungi semalam.

Kamaruzaman yang juga Dekan Fakulti Sains Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan memberitahu, banjir tersebut dijangka lambat surut ekoran paras air laut yang tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


BCI rai anak yatim tanda kesyukuran

Posted:

BCI rai anak yatim tanda kesyukuran

BCI rai anak yatim tanda kesyukuran

ANAK-ANAK yatim dari Rumah Bakti Hulu Klang dan Rumah Jalan Laksamana Batu Karang, Selangor menerima sejumlah RM120 setiap seorang.


UKIRAN senyuman tidak putus-putus di bibir setiap kanak-kanak yang hadir pada majlis minum petang anak-anak yatim bersama Biocareer International Sdn. Bhd. (BCI) tatkala menerima paket-paket kecil daripada para pemimpin syarikat berasaskan barangan kecantikan itu.

Anak-anak yatim seramai 30 orang dari Rumah Bakti Hulu Klang, Selangor dan Rumah Jalan Laksamana Batu Karang, Selangor menerima sejumlah RM120 setiap seorang dan ia sudah cukup menggembirakan hati mereka walaupun angka tersebut tidak terlalu besar.

Bagi Pengarah BCI, Kenny Yang Chin Yong, 45, majlis yang pertama kali diadakan itu akan menjadi langkah permulaan dalam setiap acara-acara kebajikan yang dirancang pihaknya pada masa akan datang.

"Perlu ada orang yang menggerakkan dahulu majlis-majlis seperti ini selain ia menjadi tanda kesyukuran terhadap kejayaan yang dikecapi," ujarnya yang ditemui di K Club, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor.

Selain itu, ujar Kenny, dia berharap banyak lagi acara sebegitu bakal diadakan terutama oleh ahli-ahli pengurusan syarikat jualan berasaskan rangkaian yang lain.

Pada tahun hadapan, pihak BCI merancang untuk menganjurkan sebuah majlis amal secara besar-besaran dengan mengumpulkan sekurang-kurang 500 orang anak-anak kurang bernasib baik dari seluruh Malaysia.

Majlis itu bakal mendapat kerjasama badan-badan bukan kerajaan seperti Lion Club dan Rotary Club selain rumah-rumah anak yatim sedia ada.

Tambahnya, acara tersebut bakal bersifat 1Malaysia dengan menjemput anak-anak yatim yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Produk baharu

BCI adalah sebuah syarikat rangkaian yang memberi fokus pada produk-produk kecantikan berasaskan stem sel epal liar dari Switzwerland.

Buat masa sekarang, BCI mempunyai lima jenis produk Stem Science Brightening & Firming Moisturizer, Stem Science Nano Gold Mositurizer, Stem Science Night Cream, Stem Science Nutrifresh Beverage dan Stem Science Nutrifresh Diet Slim.

BCI dijangka akan mengeluarkan sebuah lagi produk baharu pada tahun hadapan tetapi menurut Kenny, ia masih lagi di peringkat kajian untuk mendapatkan maklum balas.


TIGA jutawan BCI, Mahadir (kiri), Zaiton (dua dari kanan) dan Zainun (paling kanan) diapit oleh Kenny (dua dari kiri) dan Raja Ahmad Niza.


"Kami amat mementingkan kualiti untuk setiap produk yang dipasarkan. Setiap produk pasti melalui beberapa proses untuk mengetahui keberkesanannya," terang Kenny kepada Kosmo!

Sebanyak 1,000 buah sampel cadangan produk yang bakal dijual akan diberikan kepada sasaran pengguna untuk dicuba dan maklum balas diambil.

Kata Kenny, produk akan dijual apabila lebih 80 peratus pengguna berkata barang yang dicuba berada dalam kategori baik.

Pada majlis yang sama, tiga orang jutawan BCI, Zaiton Omar,50, Zainun Salleh, 53, dan Mahadir Abd. Hadi, 40, menerima plak penghargaan atas kecemerlangan yang mereka capai.

Dalam tempoh setahun menjalankan perniagaan produk BCI, ketiga-tiga mereka sudah pun bergelar jutawan dan selesa dengan pendapatan yang tetap.

Zainun yang juga ahli perintis BCI memulakan langkah amat perit pada tiga bulan pertama untuk memperkenalkan produk-produk syarikat tersebut kepada umum.

Namun, sehingga kini, dia telah berjaya mengumpul hampir 10,000 orang ahli di bawahnya yang berasal dari Malaysia dan Indonesia.

"Saya berharap pada tahun hadapan, ahli BCI akan terus bertambah 10 kali ganda atau melebihi 100,000," katanya sambil menadah tangan berdoa.

Majlis minum petang itu turut dihadiri oleh ahli-ahli BCI dari serata Malaysia selain Pengerusi BCI, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail dan Pegawai Media BCI, Munir Ghazali.

Full content generated by Get Full RSS.

Gajet sebagai sahabat Yuna

Posted:

Gajet sebagai sahabat Yuna

Gajet sebagai sahabat Yuna

Oleh ADLAN JAAFAR


YUNA menunjukkan foto-foto yang menjadi bidikan lensa kameranya semasa berada di New York.


MESKIPUN sibuk dengan proses rakaman lagu untuk album terbaharu, penyanyi yang lahir dari dunia internet, Yuna, 25, tetap tidak pernah lupa dengan hobi mengambil foto yang dicintainya.

Berkesempatan berada di Amerika Syarikat membolehkan dia mengembara ke beberapa bandar utama negara itu seperti San Francisco, Portland dan Seattle untuk melihat kehidupan di sana.

"Dalam beg saya sentiasa ada kamera DSLR untuk merakam saat-saat atau benda-benda menarik di sekeliling saya," kata Yuna ketika ditemui di JW Marriot Kuala Lumpur.

Gambar yang paling gemar dirakamkan lensa kamera Yuna ialah potret terutama wajah-wajah yang memiliki ciri-ciri unik atau berbeza dengan sifat-sifat yang selalu dilihatnya.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu, Dan Sebenarnya itu, dia biasanya akan menemui individu tersebut, memperkenalkan diri sebagai jurugambar dari Malaysia dan memberitahu tujuannya untuk merakam gambar.

"Setakat ini, kebanyakan orang di sana berfikiran terbuka dan membenarkan saya mengambil foto mereka," katanya.

Selain itu, pemandangan dan siar kaki bandar-bandar di sana tidak terlepas daripada bidikan lensa Yuna.

Yuna merupakan artis yang amat dekat dengan gajet dan teknologi tambahan pula dia mula mencipta nama melalui laman YouTube ketika berumur 19 tahun.

Komputer riba

Gajet pertama yang dimilikinya adalah sebuah komputer riba pemberian keluarga ketika dia berumur 12 tahun. Sejak itu, dia menjadi begitu teruja dengan gajet dan ingin memiliki segala-galanya daripada pemain MP3 sehinggalah kamera.

Kini, hanya dua gajet yang akan Yuna bawa ke mana-mana iaitu kamera dan mesin pencetak. Sehingga kini, dia telah pun memiliki tiga buah kamera dan terbaharu adalah daripada jenis Canon EOS.

Foto-foto yang dirakam oleh Yuna akan dikongsi melalui fotoblog milikinya iaitu www.yunamusic.com.


YUNA mencuba pencetak baharu Canon sambil diperhatikan oleh Melvyn (dua dari kiri) semasa majlis pelancaran produk Canon di ibu negara.


Mesin pencetak pula begitu memainkan peranan penting dalam hidup Yuna kerana ketika masih menuntut di Universiti Teknologi Mara, gajet itu benar-benar membantunya.

"Mesin pencetak saya ketika itu adalah Canon Pixma dan dengan gajet itulah saya mencetak semua kertas tugasan ketika belajar dahulu," imbasnya lagi.

17 mesin pencetak

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai ditemui ketika majlis pelancaran 17 buah mesin pencetak baharu Canon di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Presiden Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., Melvyn Ho berkata, mengikut laporan IDC terkini untuk separuh pertama 2011 menunjukkan Canon menjadi pendahulu dalam pasaran mesin pencetak.

"Canon menguasai pasaran sebanyak 57 peratus bagi pencetak inkjet pelbagai fungsi, 60.6 peratus pencetak inkjet fungsi tunggal dan 45 peratus pencetak laser," terang Mevlyn.

Kesemua mesin pencetak yang diperkenalkan pada hari itu dibahagi kepada empat kategori mengikut skala penggunaan iaitu pejabat kecil pejabat rumah (soho), pejabat, rumah dan untuk golongan profesional.

Mesin pencetak keluaran Canon mempunyai beberapa ciri khas terkini yang membolehkan pengguna mengurangkan kehilangan tenaga ketika mencetak selain mudah digunakan, cepat dan bersifat ekonomik.

Selain itu, salah satu model yang dilancarkan, imageCLASS MF8380Cdw dilengkapi dengan kata laluan keselamatan untuk mencetak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kuartet 4x400 meter dilayan macam pelarian

Posted:

Kuartet 4x400 meter dilayan macam pelarian

Kuartet 4x400 meter dilayan macam pelarian

KECERIAAN kuartet 4x400m negara (dari kiri) Mohd. Yunus, Kannathasan, Schezuan dan Yuvaraaj yang memenangi pingat emas kelmarin direntap selepas dihantar pulang sebelum dapat mencium pingat emas yang mereka menangi.


PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pela- rian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.

Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.

Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.

Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.

Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.

"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?

"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.

"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.

Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.

Full content generated by Get Full RSS.

'Apex' tak rela gawang dirobek Sang Garuda

Posted:

'Apex' tak rela gawang dirobek Sang Garuda

'Apex' tak rela gawang dirobek Sang Garuda


KHAIRUL FAHMI yakin pertemuan dengan skuad Indonesia esok bakal menjanjikan pertembungan penuh dramatik.


JAKARTA - Penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat makin bersemangat menjelang aksi terakhir Kumpulan A menentang Indonesia pada temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno di sini esok.

Jelas Khairul Fahmi, pertemuan menentang skuad Garuda itu bakal menjanjikan pertembungan penuh dramatik berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini.

"Perlawanan menentang Indonesia pasti dinantikan oleh pemi- nat dan penyokong kedua-dua pasukan. Saya dapat rasakan satu perlawanan yang menarik akan dapat disaksikan nanti.

"Ini kerana Indonesia sudah pasti tidak mahu tewas di hada- pan penyokong mereka sendiri, tambahan pula mereka mahu muncul juara Kumpulan A.

"Tetapi bagi kami (skuad Harimau Muda), saya harap rakan- rakan sepasukan tidak berasa tertekan kerana terpaksa menghadapi sorakan daripada para penyokong Indonesia nanti," kata Khairul Fahmi yang juga dikenali dengan panggilan 'Apex' kelmarin.

Dia turut mengingatkan rakan- rakan sepasukannya agar sentiasa memberikan komitmen seratus peratus di tengah padang bagi mengelakkan kesilapan yang mampu mengundang padah.

"Tempoh tiga hari yang kami ada sebelum menentang Indonesia Khamis ini (esok) akan kami guna- kan sebaik mungkin untuk proses pemulihan. Tahap kecergasan amat penting buat semua pemain.

"Saya yakin jurulatih (Ong Kim Swee) mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi Indonesia. Yang penting, setiap pemain harus menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya.

Dalam masa yang sama, 'Apex' berazam menjaga gawangnya daripada dirobek peledak berbisa Indonesia yang diketuai dua pemain kelahiran Papua, Patrich Wanggai dan Titus Bonai.

"Bagi saya, barisan pertahanan negara telah memberikan aksi terbaik dalam tiga perlawanan sebe- lum ini.

"Kami akan cuba memperbaiki beberapa kelemahan sebelum menentang Indonesia nanti," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Chu Sian lakar hatrik

Posted:

Chu Sian lakar hatrik

Chu Sian lakar hatrik


CHU SIAN (kanan) memerhatikan Khairul Anwar melakukan panahan pada aksi akhir acara recurve individu lelaki semalam.


JAKARTA - Ada cerita suka dan duka di sebalik kejayaan pemanah elit negara, Cheng Chu Sian ketika meraih pingat emas kategori recurve individu lelaki pada Sukan SEA 2011 di Lapa- ngan Memanah Senayan semalam.

Sejurus disahkan selaku pemenang selepas mengetepikan cabaran rakan senegaranya, Khairul Anuar Mohamad 6-2 pada aksi final, Chu Sian telah diberitahu oleh jurulatihnya, Lee Jae Hyung bahawa pemanah paralimpik negara, Mohd. Salam Sidek meninggal dunia di Kuala Lumpur.

Berita itu ternyata mengejutkan Chu Sian dan juga skuad memanah negara yang baru sahaja membuka saingan.

"Selama saya mengenali Salam, dia seorang atlet yang baik. Jika ada kela- pangan masa, kami sering bersembang bersama.

"Tetapi kami banyak bercerita tentang kamera kerana Salam begitu meminati kamera. Jadi bila diberitahu Salam meninggal dunia, saya benar- benar terkejut. Saya ucap takziah kepada keluarganya," jelas Chu Sian ketika ditemui semalam.

Chu Sian berkata, berita tersebut pasti menjadi tamparan hebat buat skuad memanah paralimpik negara.

"Salam sudah melayakkan diri ke Sukan Paralimpik 2012 dan ketiadannya, sudah pasti dirasai oleh seluruh warga memanah negara.

"Kemenangan saya hari ini (semalam) juga adalah kemenangan buat Salam," jelas Chu Sian yang turut me- layakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Selain Chu Sian, Khairul dan seorang lagi pemanah muda negara, Haziq Kamarrudin juga akan membuat penampilan pada temasya di London dalam kategori recurve berpasukan.

Pada aksi final semalam, Chu Sian membuktikan betapa dia berada dalam kelas tersendiri bagi merangkul pi- ngat emas ketiga berturut-turut pada temasya Sukan SEA sejak edisi 2007 di Korat, Thailand.

"Sebenarnya, keadaan saya tidak begitu baik hari ini (semalam). Saya seperti rasa nak demam sejak pagi tetapi saya tetap fokus sehingga aksi final menentang Khairul.

"Saya datang ke sini (Jakarta) untuk membantu rakan-rakan sepasukan lain kerana mereka membuat penampilan pertama pada Sukan SEA.

"Saya lihat prestasi Khairul dan pemanah-pemanah muda yang lain semakin baik dan ini satu petanda yang cukup baik kepada skuad memanah negara. Secara tidak langsung, ia juga akan meningkatkan reputasi kami."

Sementara itu, Khairul mengakui, dia tidak berasa tertekan ketika berde- pan Chu Sian yang memiliki pengala- man lebih luas berbandingnya.

"Bagi saya, tekanan tidak ada tetapi saya sendiri tidak dapat melakukan pa- nahan yang baik, sebagaimana ketika sesi latihan.

"Tetapi saya tetap berpuas hati kerana masih mampu menyumbang pingat untuk Malaysia. Saya harap dapat memperbaiki prestasi saya dalam kategori recurve berpasukan selepas ini," kata Khairul.

Terdahulu, dua pemanah wanita negara - Shahira Abd. Halim dan Nurul Syafiqah Hashim - gagal meraih seba- rang pingat apabila terkandas di peringkat suku akhir.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Sukan SEA: Bryan lakukan terjunan emas

Posted:

Sukan SEA: Bryan lakukan terjunan emas

Sukan SEA: Bryan lakukan terjunan emas

15/11/2011 10:23pm

PALEMBANG – Penerjun negara, Bryan Nickson Lomas berjaya menuai pingat emas kedua beliau di temasya Sukan SEA ke-26 Indonesia di sini selepas mengumpul markah tertinggi dalam pencapaian peribadinya.

Pada acara 10m platform individu lelaki, Bryan, 21, mengumpul 500.80 mata, suatu jumlah tertinggi yang belum pernah dicapai olehnya dalam mana-mana kejohanan sebelum ini.

"Untuk pertama kali saya dapat markah mencecah 500 dan ia adalah sesuatu yang bagus. Ia sememangnya sasaran saya untuk capai jumlah markah yang seperti itu.

"Kalau boleh saya mahu capai lebih lagi. Mungkin saya akan ke China lagi selepas ini untuk persediaan Piala Dunia tahun depan," katanya ketika ditemui wartawan Malaysia di sini.

Sementara itu, rakan senegara, Ooi Tze Liang meraih pingat perak dengan mengumpul 445.25 mata, manakala gangsa menjadi milik penerjun Indonesia, Muhammad Nasrullah dengan 420.85 mata. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Samun, bunuh: Lelaki ditahan bantu siasatan

Posted:

Samun, bunuh: Lelaki ditahan bantu siasatan

Samun, bunuh: Lelaki ditahan bantu siasatan

15/11/2011 9:29pm

MELAKA – Seorang lelaki yang dibebaskan daripada tahanan polis Jun lepas kerana kesalahan samun, ditahan semula semalam bagi membantu siasatan dua kes samun dan bunuh seorang warga emas di Alor Gajah, 9 November lepas.

Lelaki berusia 32 tahun yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan itu ditahan di Tangkak, Johor pada pukul 5.30 petang, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Supt R. Gunarajan.

"Polis berjaya menjejaki suspek di lokasi itu ketika dia sedang menaiki motosikal. Polis memintas motosikal suspek sehingga dia jatuh," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam kejadian Rabu lepas, Tey Ah Keh, 64, mati apabila ditikam di kedai runcit miliknya di Kampung Parit Melana dalam kejadian samum pada pukul 1.45 petang.

Setengah jam selepas itu, lelaki terbabit disyaki menyamun sebuah kedai telefon bimbit di Taman Kasawari, Gangsa kira-kira 10 kilometer dari lokasi pertama menyebabkan peniaga kedai itu Alvin Cham Boon Chuan, 32, cedera akibat ditikam di kiri dan kanan perutnya.

Gunarajan berkata, polis turut menemui dadah dalam poket lelaki itu dan siasatan awal mendapati lelaki itu disyaki terlibat dalam 36 kes pecah rumah dan samun di sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pertandingan BN Youth Music dilancarkan

Posted:

Pertandingan BN Youth Music dilancarkan

Pertandingan BN Youth Music dilancarkan

15/11/2011 9:27pm

KUALA LUMPUR – Pertandingan BN Youth Music 2011, yang julung kali diadakan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), dilancarkan hari ini dengan hanya memerlukan peserta memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai juri profesional.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, peserta boleh mula memuat naik video dengan durasi selama enam minit di laman web www.bnyouthmusic.com sebelum tempoh penyertaan tamat, akhir tahun ini.

Beliau berkata, 30 peserta terbaik akan dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 terbaik akan dipilih untuk ke pusingan akhir pada Januari depan.

Khairy berkata, pertandingan itu adalah bagi memberi peluang kepada generasi muda yang mempunyai bakat nyanyian dan tarian untuk menonjolkan bakat mereka menerusi kaedah muat naik yang kini semakin digemari generasi itu.

"Kaedah mencari bakat ini adalah relevan dan Pergerakan Pemuda BN sentiasa memikirkan platform terbaik bagi generasi muda mempamerkan bakat mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan itu di sini.

Khairy berkata, juara bagi kategori solo, vokal berkumpulan dan band akan diberi peluang untuk membuat rakaman dengan Syarikat Universal Music Malaysia, selain akan membawa pulang hadiah wang tunai dari RM20,000 hingga RM10,000 dan trofi. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Obama mahu luaskan zon perdagangan bebas

Posted:

Obama mahu luaskan zon perdagangan bebas

Obama mahu luaskan zon perdagangan bebas

Obama(tengah) bergambar bersama para pemimpin APEC di Kapolei, Hawaii, kelmarin.


HONOLULU, Hawaii - Usul Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk mewujudkan zon perdagangan bebas terbesar di dunia mendapat sokongan para pemimpin rantau Asia Pasifik kelmarin.

Jepun, Kanada dan Mexico telah menyatakan persetujuan untuk menyertai rundingan bagi menganggotai zon berkenaan.

Semasa menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, Obama berkata, potensi rantau Asia Pasifik yang dinamik sebagai rakan dagangan AS perlu dimanfaatkan.

Pada masa yang sama, beliau menggesa negara-negara APEC supaya menyertai blok Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) yang diterajui AS.

TPP merupakan perjanjian perdagangan bebas multilateral bertujuan menjadikan rantau Asia Pasifik sebagai zon perdagangan bebas.

"Hari ini kami (AS) berpeluang untuk mengorak kemajuan ke arah matlamat terbesar iaitu perdagangan serantau yang bebas," kata Obama.

"Saya mahu menekankan bahawa rantau Asia Pasifik adalah kritikal terhadap perkembangan ekonomi AS.

"Kami tidak akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara kami melainkan rantau Asia Pasifik turut berjaya," tambahnya.

TPP sebelum ini merupakan pakatan kecil melibatkan empat anggota APEC iaitu Brunei, Chile, New Zealand dan Singapura.

Namun, Obama mengubahnya sebagai inisiatif dagangan bebas utama dengan Australia, Malaysia, Peru, AS dan Vietnam turut serta dalam blok itu.

Sementara itu, harapan media untuk merakam gambar para pemimpin APEC memakai baju santai Hawaii hampa apabila Obama menghentikan tradisi tersebut. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tujuh maut restoran meletup di China

Posted:

Tujuh maut restoran meletup di China

Tujuh maut restoran meletup di China


POLIS menutup kawasan sebuah restoran makanan segera yang meletup di sebuah pusat beli-belah di bandar Xian, barat daya China semalam.


BEIJING - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dengan puluhan yang lain cedera apabila satu letupan kuat memusnahkan sebuah restoran makanan segera di China semalam.

Beberapa pegawai dan media tempatan menyatakan, letupan kuat itu menghamburkan serpihan-serpihan cermin kaca hingga tiga kilometer dari tempat kejadian.

Agensi berita Xinhua melaporkan, antara mangsa termasuklah kanak-kanak yang melintasi bangunan berkenaan semasa dalam perjalanan ke sekolah.

Gambar-gambar yang dirakam di luar bangunan sebuah pasar raya yang menempatkan premis tersebut di bandar Xian, barat daya China, menunjukkan timbunan kaca dan serpihan berselerakan di atas jalan berhampiran tempat kejadian.

Mayat-mayat mangsa pula diletakkan di atas pengusung dan ditutup menggunakan kain biru.

Xinhua memetik beberapa pegawai tempatan dan saksi sebagai menyatakan, kejadian berpunca daripada letupan gas di restoran makanan segera itu yang terletak di tingkat satu bangunan berkenaan.

"13 orang dihantar ke hospital dengan tiga meninggal dunia iaitu dua lelaki dewasa dan seorang budak perempuan berusia tiga tahun. Seorang lagi kritikal," kata seorang doktor di Hospital Shaanxi Renmin.

Seramai 19 orang lagi yang cedera dalam letupan sama dihantar ke Hospital Xian Gaoxin dengan empat daripada mereka meninggal dunia.

Setakat ini, polis masih menyiasat punca sebenar letupan tersebut. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Libya kembali bergolak

Posted:

Libya kembali bergolak

Libya kembali bergolak


BEBERAPA anggota militia mengawal sebatang jalan menuju ke Tripoli kelmarin.


TRIPOLI, Libya - Dua kumpulan militia yang bermusuh bertempur di pinggir ibu negara Libya di sini untuk hari keempat kelmarin dalam keganasan paling berdarah sejak penangkapan dan pembunuhan bekas pemimpin negara berkenaan, Muammar Gaddafi pada bulan lalu.

Beberapa saksi berkata, anggota-anggota kedua-dua militia itu saling melancarkan serangan dengan menggunakan peluru mortar, mesingan dan roket.

Pertempuran melibatkan beberapa kumpulan militia tersebut membunuh sekurang-kurangnya 13 orang sejak minggu lalu.

Ia turut mencetuskan kebimbangan mengenai keupayaan pentadbiran peralihan mengembalikan keamanan di Libya yang terjejas selepas perang saudara selama lapan bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin pentadbiran peralihan Libya, Mustafa Abdul Jalil berkata, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang mentadbir negara itu berjaya mencapai persetujuan dengan ketua-ketua kumpulan militia yang bermusuh supaya menamatkan pertikaian mereka.

"Saya memberi jaminan kepada rakyat Libya bahawa semuanya terkawal," Mustafa kelmarin.

Namun, ketika kenyataan tersebut dibuat, pertempuran masih sengit di bandar Zawiya dan Warshefana di pinggir bandar raya ini.

Punca pertempuran berlaku masih tidak dapat dipastikan tetapi seorang pejuang berkata, kedua-dua belah pihak bertempur untuk menguasai sebuah kem tentera milik bekas rejim Gaddafi. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved