Ahad, 6 November 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


35 tahun setia menjaga kubur

Posted:

35 tahun setia menjaga kubur

35 tahun setia menjaga kubur

SETIAP hari selama 35 tahun, Catherine Lessler melakukan rutin harian yang sama bermula seawal pukul 4 pagi. Dia akan mengesat habuk dan menyapu sampah di seluruh ruang rumah ibadat yang juga menjadi sebahagian daripada kediamannya.

Ia disusuli pula dengan membersihkan pekarangan kawasan tanah perkuburan Jepun yang terbesar di Malaysia. Sebaik selesai, dia akan menunggu dengan penuh setia kedatangan pelawat yang mungkin akan hadir sehingga pukul 5 petang.

Pada petang awal bulan lalu, rumput-rumput yang baru dipotong masih lagi basah kesan daripada hujan lebat yang sukar diramal menuntut Catherine supaya segera membersihkannya.

"Upah memotong rumput sangat mahal, kawasan perkuburan sahaja berharga RM200 dan perlu dilakukan dua kali sebulan," katanya ketika ditemui di kawasan perkuburan Jepun, Off Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

Dahulu, dia bersama-sama dengan mendiang suaminya, Stanley Bernard Lessler masih lagi mampu memotong rumput dan membersihkan sendiri kawasan perkuburan tersebut.

Namun, apabila tubuh dimamah usia, wanita berusia lingkungan 70-an itu terpaksa mengupah orang luar untuk memotong rumput tetapi, kerja-kerja membersihkannya tetap dia lakukan sendiri.

Tatkala kaki wanita yang mesra dipanggil Madam Catherine itu melangkah menyusuri kawasan perkuburan Jepun seluas 0.8 hektar untuk membuang bunga-bunga layu dan rumput-rumput kering, pasti ada cerita yang terpacul daripada mulutnya mengenai nisan-nisan yang tegak berdiri di situ.

T. Mori


CATHERINE pernah terfikir untuk berhenti daripada tugas menjaga kubur Jepun, tetapi mengenangkan jasa T. Mori, dia membatalkan niat itu.


Suasana yang masih berbekas dihatinya adalah upacara menanam beramai-ramai abu mayat mangsa kapal terbang JA8051 yang terhempas pada tahun 1977.

"Keadaan pada waktu itu penuh dengan suara tangisan oleh sanak saudara si mati. Terdapat sebuah keluarga, anak-anaknya masih kecil lagi menangis dan meratap pemergian ayah mereka," imbas Catherine.

Selepas melepasi beberapa nisan, langkah Catherine terhenti di hadapan sebuah nisan tertulis nama Mori Takamizu (T. Mori), lantas dia bersihkan kuburan tersebut.

Mori ialah individu yang bertanggungjawab memberikan pekerjaan penjaga kubur tersebut kepada Catherine sekeluarga ketika mereka mula-mula sampai di Kuala Lumpur.

Pada saat-saat akhir hidup lelaki itu, Catherine merupakan individu yang banyak menjaga T. Mori sehingga lelaki tersebut meninggal dunia pada tahun 1986 pada usia 79 tahun.

"Dia (T. Mori) pernah menjadi wakil kepada penduduk Jepun di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam memelihara kawasan kubur ini serta mengeratkan hubungan antara Jepun dan Malaysia," terangnya.

Ujar Catherine, T. Mori juga pernah bertugas sebagai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (Lelaki) Methodist, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, manakala isterinya merupakan salah seorang daripada adik-beradik ibu Allahyarham Tun Endon Mahmood.

Beberapa meter dari batu nisan T. Mori, sambil menunjukkan ke arah sebuah kubur, Catherine berkata, hampir setiap tahun pasti akan ada keluarga yang melawat lokasi tersebut. Malah menariknya, keluarga tersebut berketurunan India.

Katanya, kubur tersebut mempunyai kaitan saudara dengan seorang pakar psikiatri, terkenal Malaysia, Tan Sri M. Mahadevan. Bagaimanapun, dia tidak dapat memastikan perkara tersebut benar atau tidak.

Semakin masa berlalu, daripada pemerhatian penjaga kubur Jepun itu, bilangan pengunjung terutama dari Jepun yang datang melawat tanah perkuburan saudara-mara di situ semakin berkurangan.

"Mungkin mereka sudah tua atau sudah meninggal dunia malah, ada di kalangan anak-anak mereka mengambil abu nenek-moyang mereka untuk ditanam di sana (Jepun)," katanya yang dibayar gaji oleh The Japan Club of Kuala Lumpur (JCKL).

Lokasi tersembunyi


TANAH perkuburan Jepun Kuala Lumpur merupakan tanah perkuburan Jepun terbesar di negara ini.


Mendiami kawasan perkuburan tersebut hampir setiap saat dalam tempoh masa yang panjang tidak sedikit pun menimbulkan perasaan takut kepada Catherine dan keluarganya mengenai kewujudan hantu.

"Cuma, kami sekeluarga risau dengan penagih dadah yang selalu curi-curi masuk ke kawasan perkuburan untuk 'berparti' pada waktu malam. Mungkin tempat ini terlindung dan sesuai menjadi tempat mereka," ujar Catherine sambil menunjukkan ke arah sebuah altar berbumbung di kawasan perkuburan itu.

Kedudukan tanah perkuburan Jepun yang terletak di cabang Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur agak tersorok daripada pandangan umum dan ketiadaan nama jalan sering menyebabkan orang ramai keliru.

Menurut anak Catherine, Vincent Charles Lessler, 35, mereka kerap menerima aduan daripada pihak berkuasa tempatan yang mendakwa mereka tidak menjaga kebersihan tanah perkuburan dan membiarkan anjing berkeliaran.

"Sebenarnya, tanah perkuburan yang tidak berjaga dan anjing berkeliaran itu bukanlah tanah perkuburan Jepun sebaliknya sebuah lagi tanah perkuburan lain yang terletak di depan kawasan kami," keluhnya mengenangkan aduan orang ramai tanpa usul periksa.

Membesar di perkarangan kawasan perkuburan Jepun itu, Vincent mengakui mereka sekeluarga jarang dapat keluar makan angin bersama-sama seperti orang lain.

Jelasnya, setiap kali keluar berjalan, pasti salah seorang tiada kerana tuntutan kerja yang mewajibkan terdapat orang yang menjaga kawasan perkuburan itu.

"Mungkin sekali dalam setahun, kami dapat kelepasan untuk keluar bersama-sama seperti ingin meraikan hari lahir tetapi itu masih memerlukan pengganti," katanya.

Paling ironik, menurut cerita yang disampaikan oleh saudara-mara Vincent kepadanya, kedua-dua datuknya terbunuh oleh askar Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Rekod rasmi


KAWASAN tanah perkuburan masyarakat Jepun lama yang sudah diberi wajah baharu di Jalan Dewan Bahasa.


Penasihat JCKL, T. Mandai, 77, berkata, kedatangan imigran Jepun ke Tanah Melayu sangat berbeza dengan kemasukan rakyat Malaysia berketurunan India atau Cina.

Terangnya, tiada rekod rasmi yang menunjukkan jumlah kemasukan mereka, tempat asal dan identiti sama ada pada pihak Jepun atau di pihak Malaysia.

Malah, bilangan abu mayat yang telah ditanam di tanah perkuburan Jepun Kuala Lumpur juga sukar ditentukan tetapi yang pasti ia lebih dari 7,000 orang. Ini kerana selain mayat yang ditanam sejak tahun 1897, pada tahun 1945 ketika Perang Dunia Kedua berakhir, seramai 7,000 orang askar Jepun turut dikebumikan di situ.

Bagaimanapun ujar Mandai, daripada ribuan jumlah mayat yang disemadi di situ, JCKL hanya mempunyai rekod penuh 500 hingga 600 orang seperti nama, asal-usul dan pekerjaan mereka di Malaysia.

Antara rekod awal kewujudan komuniti Jepun di Malaysia adalah pada akhir tahun 1800 apabila tersebar berita terdapat orang Jepun diserang jangkitan demam campak.

Selain itu, lima tahun lalu di Raub, Pahang, pemaju perumahan di situ melaporkan kepada Kedutaan Jepun mengenai penemuan sebuah batu nisan yang bertarikh lebih kurang 1800. Individu tersebut meninggal dunia pada umur 100 tahun.


SURAT pewartaan yang membenarkan kawasan di Jalan Dewan Bahasa itu dijadikan tanah perkuburan komuniti Jepun.


"Kawasan perkuburan Jepun di Kuala Lumpur pula hanya diwartakan kepada komuniti Jepun pada tahun 1897 oleh kerajaan British," kata Mandai ketika ditemui di Taman Seputeh, Kuala Lumpur.

Seorang penterjemah di Singapura bernama Kusano, dikatakan individu bertanggungjawab meminta sebidang tanah untuk dijadikan kawasan perkuburan pada tahun 1896.

Kawasan perkuburan tersebut dibuka secara rasmi pada bulan Mac 1901, manakala rumah ibadat yang berada di kawasan sama telah dinaik taraf sebanyak tiga kali.

Tambahnya, antara kubur yang mempunyai rekod adalah sebanyak 200 mayat wanita pernah ditanam di kawasan tersebut dan mereka dipercayai bekerja di sektor pekerjaan paling tua dunia iaitu sebagai pelacur.

Wanita terakhir daripada golongan berkenaan dikebumikan di situ ialah seorang perempuan berusia 93 tahun yang meninggal dunia pada tahun 1988.

Komuniti Jepun yang berhijrah ke Malaya pada waktu itu tidak ramai dan kebanyakan mereka tergolong dalam golongan profesional pelabur ladang getah dan aktiviti perlombongan emas dan bijih timah.

"Mereka bukan kuli tetapi jurutera dan ahli perniagaan yang membuka perniagaan di bandar-bandar," ujarnya menerangkan sebab kemasukan komuniti Jepun terlalu sedikit.

Full content generated by Get Full RSS.

Sepakat pupuk nilai murni

Posted:

Sepakat pupuk nilai murni

Sepakat pupuk nilai murni


JUSCO menekankan konsep budi bahasa dalam kalangan petugas mereka malah, tidak ketinggalan menjalankan pelbagai program CSR lambang kemurniaan hati syarikat itu.


YANG kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Putih tulang di kandung tanah, budi yang baik dikenang juga.

Itu adalah antara peribahasa-peribahasa yang menyerlahkan betapa budi bahasa amat disanjung tinggi oleh masyarakat negara ini.

Namun begitu, peredaran globalisasi yang menyaksikan penularan senario 'individualistik' dalam kalangan warga dunia termasuk Malaysia, sedikit sebanyak memberi impak kepada amalan budi bahasa masyarakat.

Lantaran itu, kita sering mendengar ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap layanan mahu pun perkhidmatan yang diterima contohnya di pusat beli-belah, restoran dan sebagainya.

Jika senyuman yang menjadi perkara paling asas tiada langsung bagi sesetengah peniaga atau petugas di kaunter melayan pelanggan organisasi tertentu, bagaimana mengharapkan perkhidmatan yang mesra dan cekap.

Persoalannya, benarkah nilai-nilai budi bahasa sudah semakin luntur?

Masih utuh

Menyentuh mengenai dakwaan bahawa nilai-nilai murni dan budi bahasa semakin kurang dalam sahsiah diri seseorang, pekerja di sektor kerajaan, Nur Adila Abdul Wahab berpandangan sebaliknya.

"Kebiadapan atau kurangnya nilai-nilai murni bukanlah merangkumi seluruh rakyat negara ini. Ia hanya meliputi segelintir sahaja. Tetapi biasalah. Hanya disebabkan segelintir mereka ini, timbul pula persepsi negara kita semakin luntur budi bahasanya," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, gadis berusia 25 tahun itu memberitahu, beliau belum pernah dilayan kasar, dimarahi ketika berkunjung ke pusat beli-belah atau mana-mana restoran.

Katanya, kemesraan dan ucapan selamat datang masih lagi dapat dirasai sama ada ketika di restoran, pelayan di kaunter hadapan organisasi tertentu mahu pun semasa berkomunikasi dengan pembantu jualan.

Bagi Noor Farhana Ahmad Norain pula, beliau melihat senario ini bagaikan tertumpu kepada satu pihak sahaja, walhal ia perlu dimainkan secara situasi menang-menang.

Memahami bahawa juruwang, pembantu jualan juga manusia biasa, Noor Farhana berkata, mereka seperti orang lain, kadangkala turut berhadapan perasaan marah.

"Memanglah dalam pekerjaan, kita tidak boleh campur-adukkan dengan peribadi. Tetapi mereka juga manusia biasa tidak terkecuali. Tambahan pula, apabila berhadapan dengan pelanggan yang pelbagai karenah.

"Disebabkan tekanan itu, ia menyebabkan kadangkala mereka bermasam muka, terkasar bahasa kepada pelanggan. Namun, sebagai seorang pelanggan janganlah terlalu dikeruhkan lagi keadaan," katanya.

Selalunya, senario yang membangkitkan rasa tidak puas hati yang dipaparkan di media elektronik, cetak mahu pun menjadi buah mulut jiran tetangga hanyalah merangkumi komuniti pelanggan sahaja.

Namun, pernahkah kita mengambil tahu akan cara, sikap kita ketika membeli-belah, memesan makanan dan sebagainya?

Oleh itu, bagi memastikan usaha kerajaan dalam merancakkan pemupukan kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang dilancarkan sejak tahun 2005 dan kini dikenali sebagai Kempen Adab dan Sopan berjaya, ia perlu disertai semua pihak.


KEMPEN Adab dan Sopan bukan hanya melibatkan peniaga dan petugas kaunter hadapan tetapi juga orang ramai. - Gambar hiasan


Selain melingkari peranan ibu bapa dan sekolah dalam memupuk amalan budi bahasa generasi muda, Noor Farhana berpandangan penganjuran program yang rapat dengan mereka seharusnya diperbanyakkan.

Kepuasan pelanggan

Berlainan pula dengan Kisho Kumari, gadis kelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kewartawanan) dari Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang berpendapat pemupukan budi bahasa lebih berkesan sekiranya diamalkan di pejabat, iaitu tempat di mana banyak masa diperuntukkan.

Katanya, dengan merangka satu undang-undang baharu khusus di tempat kerja dan dipantau dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), sedikit sebanyak mampu memupuk nilai-nilai murni seseorang pekerja.

Menyedari bahawa kepuasan pelanggan adalah antara penyumbang kepada peningkatan keuntungan, AEON Co (M) Bhd., pengendali rangkaian pasar raya Jusco, sering menerapkan cara terbaik untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Pengurus Bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Penjenamaan Korporat, Noryahwati Mohd. Noh berkata, aspek berkenaan termasuk sambutan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pembantu jualan di kompleks beli-belah dan cawangannya.

"Dalam sektor peruncitan dan perniagaan, perhubungan yang baik adalah menjadi keutamaan kami. Jadi adalah penting bagi kami untuk berusaha ke arah memuaskan hati dan permintaan para pelanggan. Kami perlu memahami tingkah laku dan corak kehidupan pelanggan, agar kami dapat memenuhi keperluan mereka," katanya.

Sebagai peruncit terkemuka di Malaysia dengan kira-kira 10,000 pelanggan sehari, AEON menekankan konsep budi bahasa dalam kalangan petugas terutama di bahagian hadapan.

Ini tidak terhad kepada senyuman, kata Noryahwati kerana AEON mempunyai standard prosedur operasi sendiri bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan pelanggan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

7 bilion bukan sekadar angka

Posted:

7 bilion bukan sekadar angka

7 bilion bukan sekadar angka

Oleh SYALMIZI HAMID dan KUMARA SABAPATTY

DI MANA-MANA bahagian dunia pada minggu ini, kelahiran bayi dianggap sesuatu yang sangat istimewa kerana mereka merupakan penduduk ke-7 bilion bumi.

Bilangan penduduk bumi mencecah angka tujuh bilion Isnin lalu, cuma 12 tahun selepas ia mencapai enam bilion. Peralihan angka satu bilion itu hakikatnya memberi cabaran yang besar untuk tahun-tahun akan datang.

Bagaimanapun, sesetengah orang bertanya sebesar mana angka tujuh bilion itu?

Individu seperti genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, mungkin menyukai permainan angka itu. Sekali pandang, ia tidak jauh berbeza daripada enam bilion.

Kalau ditulis dalam nombor, ada sembilan nombor sifar dalam 6,000,000,000, sama seperti sembilan nombor itu dalam 7,000,000,000.


DUNIA menyaksikan penduduk bumi sudah mencecah angka tujuh bilion pada minggu ini.


Tetapi jika anda mengira semua nombor yang ada di antara enam bilion dan tujuh bilion, ia akan mengambil masa selama 30 tahun untuk diselesaikan. Ya, tiga dekad.

Bilakah kali terakhir anda menggunakan angka tujuh bilion dalam kehidupan seharian? Pernahkah anda makan tujuh bilion sesuatu atau memiliki tujuh bilion benda?

Pada awal tahun ini, cuma ada 140 orang di dunia yang mempunyai kekayaan bernilai kira-kira AS$7 bilion (RM21 bilion), menurut majalah Forbes.

"Nombor itu berada di luar pemikiran harian kita," kata profesor madya matematik di Universiti Villanova, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), Klaus Volpert.

"Kita mengira hingga angka 10 menggunakan jari tangan dan itulah skala kita. Malah untuk mengira hingga sejuta pun bukanlah satu kebiasaan. Angka yang besar itu membuatkan kita keliru," tambah beliau.

Ada banyak cara untuk kita membayangkan angka tujuh bilion. Tujuh bilion saat yang lalu ialah tahun 1789. Di Amerika Syarikat, ia merupakan tahun George Washington menjadi Presiden pertama negara itu.

Jika anda membuat tujuh bilion langkah di sepanjang garisan Khatulistiwa, iaitu kira-kira setengah meter bagi setiap langkah, anda boleh berjalan mengelilingi bumi sebanyak 106 kali.

Katakanlah purata ketinggian manusia ialah 1.6 meter. Jika anda menyusun mereka secara menegak, ia akan mencecah kira-kira 1 per 14 jarak matahari atau 27 kali jarak di antara bumi dengan bulan, kata Volpert.

Makanan


KRISIS air di India, negara kedua penduduk paling ramai di dunia, boleh bertukar menjadi krisis kemanusiaan.


Tujuh bilion semut, purata tiga miligram seekor pula boleh menjadi seberat 23,000 kilogram.

"Minda kita cuma menerawang apabila memikirkan betapa besarnya tujuh bilion," kata Volpert.

Beliau berkata, perasaan yang sama akan hadir apabila kita cuba membayangkan ukuran yang sangat kecil atau sesuatu yang berada di luar angkasa.

"Setiap kali kita mendongak ke langit dan melihat bintang, kita akan terpegun dengan skalanya yang besar dan menakjubkan," ujarnya.

Bumi belum sampai ke angka satu bilion penghuni sehingga tahun 1800, menurut Biro Referen Populasi AS, dan mencecah dua bilion pada tahun 1930.

Tetapi dengan kemajuan perubatan moden, ia hanya mengambil masa selama 30 tahun untuk mencatat tiga bilion, 14 tahun untuk empat bilion, 13 tahun untuk menjadi lima bilion dan 12 tahun untuk mencapai enam dan tujuh bilion.


PERTAMBAHAN sisa pepejal seiring dengan peningkatan bilangan penduduk.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan populasi dunia akan bertambah kepada 9.3 bilion menjelang tahun 2050.

Pertambahan itu menimbulkan kebimbangan tentang banyak perkara daripada makanan hinggalah ruang untuk tempat tinggal.

Pakar-pakar di National Geographic berkata, tujuh bilion manusia muat untuk bandar Los Angeles di AS yang seluas 800 kilometer persegi – jika kita berdiri dari bahu ke bahu. Mujurlah bumi mempunyai keluasan 149 juta kilometer persegi.

Pertambahan penduduk bermakna lebih banyak proses perbandaran berlaku. Pada tahun 1950, kira-kira 730 juta orang penghuni dunia adalah penduduk bandar.

Ada hampir 3.5 bilion penghuni bandar pada tahun 2009 dan dijangka 6.3 bilion manusia tinggal di bandar-bandar pada 40 tahun akan datang.

PBB juga menganggarkan pertambahan sebanyak 70 peratus terhadap keperluan makanan untuk sembilan bilion orang pada tahun 2050.

Kegunaan air juga dijangka meningkat dua kali ganda. Malangnya, lebih satu bilion manusia sekarang tidak mendapat bekalan air minuman.

Dijangkan bilangan lelaki dan wanita adalah sama. Namun, jangka hayat khususnya di negara maju akan bertambah.

Menurut Biro Perangkaan AS, sekarang terdapat hampir 390,000 orang yang berumur 100 tahun atau lebih, hampir 13 juta berumur lebih 90 tahun dan 1.5 bilion melebihi usia 50 tahun.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Diberi pampasan serendah RM22.20

Posted:

Diberi pampasan serendah RM22.20

Diberi pampasan serendah RM22.20

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN daripada 22 pekerja Terengganu Agrotech mengadakan demonstrasi aman di Gong Badak, Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban, 22 daripada 70 kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) tidak menyangka mereka turut menjadi 'korban' apabila diberhentikan kerja berkuat kuasa esok.

Alasan yang diberi pihak syarikat untuk membuang seorang pengurus, enam eksekutif dan selebihnya kakitangan kontrak itu ialah kerana syarikat mengalami kerugian dan melakukan penstrukturan semula.

Lebih malang, apabila ada di antara kakitangan yang mula berkhidmat sejak tahun 2006 itu diberikan faedah pemberhentian tidak setimpal apabila salah seorang daripada mereka diberi pampasan berjumlah RM22.20.

Bekas Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran syarikat berkenaan, Mohd. Razak Salih berkata, surat pemberhentian kerja bertarikh 1 November itu diserahkan kepada mereka Khamis lalu (3 November).

"Pemberhentian kami pula berkuat kuasa pada 8 November ini iaitu pada tarikh sepatutnya kami masuk kerja selepas cuti umum Hari Raya Aidiladha," katanya ketika ditemui bersama rakan-rakannya di Gong Badak dekat sini, kelmarin.

Menurut Mohd. Razak, penamatan perkhidmatan mereka oleh syarikat tidak dilakukan secara adil menyebabkan mereka kini hilang tempat bergantung dan mereka berharap campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi membela nasib mereka.

Jelasnya, sebelum ini dia cuba berjumpa dengan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus TADC namun pada tarikh surat itu diserahkan kepada mereka dua individu berkenaan tidak kelihatan di pejabat mereka di Bangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di sini.

"Saya juga cuba menghubungi telefon bimbit mereka tetapi panggilan kami tidak dijawab," katanya yang turut menjelaskan mereka tidak tahu alasan sebenar mereka dipilih di antara lebih 70 kakitangan syarikat berkenaan untuk diberhentikan.

Katanya, dia cuba merujuk masalah mereka ke Jabatan Perusahaan dan dia diberitahu pemberhentian kerja seperti yang dilakukan ke atas mereka hanya boleh dilakukan jika mereka merupakan pekerja bermasalah.

Tambahnya, beliau berharap agar campur tangan Ahmad dapat menyelesaikan masalah tersebut memandangkan mereka mempunyai tanggungan tambahan dua bulan lagi sesi persekolahan baharu akan dibuka.

Full content generated by Get Full RSS.

Import sayur dari China

Posted:

Import sayur dari China

Import sayur dari China

ALOR SETAR - Kerajaan disaran mengimport sayur dari China bagi meringankan beban pengguna berikutan kenaikan harga barangan keperluan akibat krisis bekalan ekoran banjir besar di Thailand.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusof Ismail (gambar) berkata, Malaysia tidak boleh terus bergantung dengan Thailand kerana negara itu masih berdepan krisis bencana alam dan ia mungkin mengambil masa lama untuk pulih.

"Sebagai alternatif, kerajaan boleh membawa masuk bekalan sayur-sayuran dari China termasuk cili merah yang ketika ini mengalami kenaikan harga mendadak di pasaran tempatan malah saya difahamkan harga bekalan cili merah dari China agak murah dan rasional iaitu RM8 sekilogram (kg)," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! mengenai kesan yang dihadapi pengguna di utara Semenanjung apabila terpaksa membeli barangan keperluan harian yang mahal berikutan banjir di Thailand yang masih berlarutan.

Menurut Yusof, orang ramai tidak seharusnya menuding jari terhadap peniaga dengan kenaikan harga barang keperluan kerana peniaga juga berhadapan tekanan daripada pemborong yang menawarkan harga tinggi berikutan krisis bekalan.

Katanya, bagi memastikan masalah bekalan selesai, kerajaan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu memikirkan alternatif lain bagi menstabilkan harga sayur di pasaran tempatan.

Dalam pada itu, Yusof yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengimport, Pembekal Ikan dan Sumber Laut Malaysia memberitahu, kenaikan harga ikan di pasaran tempatan tiada kaitan dengan banjir di Thailand kerana kebergantungan negara terhadap hasil laut dari negara itu dan Indonesia adalah kecil iaitu 30 peratus.

Katanya, selain itu, sumber ikan dari Thailand bukan dari kawasan yang terjejas banjir seperti Bangkok sebaliknya dari wilayah Takbai dan Patani.

"Mungkin cuaca tidak menentu yang menyebabkan nelayan tempatan tidak ke laut menyebabkan hasil berkurangan. Justeru, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia perlu memantau isu ini bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga yang membebankan pengguna," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan Cake di beberapa pasar sekitar bandar raya ini mendapati harga ikan kembung iaitu jenis ikan yang menjadi pilihan rakyat masih terkawal iaitu antara RM5 dan RM8 sekilogram bergantung pada saiz.

Full content generated by Get Full RSS.

Tindakan disiplin

Posted:

Tindakan disiplin

Tindakan disiplin

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin mengenakan tindakan disiplin terhadap beberapa pegawai yang mendorong pembayaran awal dibuat bagi bekalan peralatan kesihatan yang belum diterima bernilai RM708,220.

Ketua Setiausahanya, Datuk Kamarul Zaman Md. Isa berkata, tindakan itu disyorkan sebuah jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan pada 19 Mei lalu.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 baru-baru ini mendedahkan pengurusan perolehan bagi peralatan Jabatan Rehabilitasi Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah adalah tidak teratur apabila bayaran bagi perolehan tahun 2007 dibuat sebelum peralatan diterima.

"Jawatankuasa siasatan mengesyorkan pegawai-pegawai yang mengesahkan kesempurnaan bekalan yang diterima dikenakan tindakan disiplin kerana mengesahkan bekalan telah diterima secara sempurna dan mendorong bayaran dibuat bagi bekalan yang belum diterima melibatkan amaun RM708,220," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian mengenakan denda RM2.196 juta terhadap kontraktor berhubung kelewatan penyerahan peralatan bagi perolehan Next Generation Communication System (NGCS) bertujuan menaik taraf sistem komunikasi di hospital dan institusi KKM.

Menurut beliau, kementerian mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 27 Oktober 2011 berhubung denda berkenaan.

Pada pendapat Audit, perolehan NGCS tidak menguntungkan kementerian kerana sistem itu lewat disiapkan dan tidak dapat digunakan secara optimum di 13 hospital atau institusi.

Kementerian juga terpaksa membayar RM3.22 juta untuk perkhidmatan lesen yang tidak dapat digunakan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Demi kaki cantik dan licin

Posted:

Demi kaki cantik dan licin

Demi kaki cantik dan licin

PARA pelajar diberi penerangan mengenai penjagaan kecantikan oleh pakar kecantikan Veet.


BUKAN mudah untuk sentiasa tampil yakin dan anggun bersama kulit cantik yang menyerlahkan personaliti anda. Justeru, ramai wanita muda keliru dan cenderung mengalami masalah keyakinan diri berhubung isu memiliki kulit licin yang cantik.

Veet, depilatori nombor satu di dunia, kembali buat kali keduanya tahun ini dengan satu lagi misi iaitu membantu golongan wanita muda membentuk keyakinan mereka.

Melalui program kolej berunsur pendidikan bertemakan My Real Secret, kaum wanita muda di antara usia 17 hingga 22 tahun telah berpeluang menyertai sesi perapian berasaskan pengalaman yang lengkap baru-baru ini.

Veet telah mengunjungi enam buah universiti di sekitar Lembah Klang untuk berkongsi dengan para pelajar tentang kepentingan perapian diri.

Awal tahun ini, Veet berjaya menarik perhatian hampir 2,000 orang pelajar dalam program lawatan ke enam buah kolej di sekitar Lembah Kelang.

Penolong Pengurus Jenama Veet di Reckitt Benckiser Malaysia, Cathrina Chang berkata, Veet sentiasa memainkan peranan penting dalam memberikan penyelesaian terbaik untuk penjagaan peribadi bagi golongan wanita muda.

"Program kolej ini adalah satu langkah positif ke arah mendekati kaum wanita dan mendidik mereka mengenai kepentingan penjagaan dan pengurusan peribadi di samping membina keyakinan diri mereka," katanya.

Katanya, Veet melancarkan program kolej My Real Secret bagi memberi inspirasi kepada wanita muda untuk terasa diingini, cantik dan berkeyakinan untuk menyerlahkan kaki mereka yang licin.

"Menyedari keperluan golongan wanita muda, Veet menganjurkan ceramah perapian yang menarik bagi memperkasakan wanita untuk tampil ke hadapan dan menguasai persekitaran mereka dengan menyediakan sesi konsultasi perapian yang lengkap.

"Sepanjang sesi tersebut, wanita diberikan petua-petua penting mengenai tatacara membuang bulu, mempelajari kepentingan kecantikan dan menerima pendedahan secara langsung kepada produk depilatori," katanya.

Pada majlis berkenaan, para peserta berpeluang mengikuti siri aktiviti dan memenangi kit spa-Veet edisi terhad. Rakan acara Veet, Watsons turut menjual depilatori terpilih Veet dan mengedarkan baucar diskaun untuk depilatori Veet yang boleh ditebus di kedai-kedai Watsons terpilih.

Para pelajar juga telah menyertai Program Pertukaran Pisau Cukur. Seramai 50 orang pelajar pertama yang menyerahkan pisau cukur mereka telah memenangi Krim Pembuangan Rambut Veet 25g secara percuma.

Program pameran bergerak kolej Veet My Real Secret telah dijalankan di enam buah kampus iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), SEGI University College, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Masterskill University College of Health Sciences, INTI International University dan Nilai University College.

Semua produk Veet kini ditawarkan di Watsons, Guardian, SASA dan semua pasaraya dan farmasi terkemuka.

Untuk petua kecantikan tambahan dan nasihat mengenai fesyen daripada Veet, sila layari laman Facebook Malaysia Veet, www.facebook.com/VeetMalaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Aksesori gemerlapan di KLCC

Posted:

Aksesori gemerlapan di KLCC

Aksesori gemerlapan di KLCC


KEUNIKAN rekaan berlian dan batu pertama dari seluruh dunia dipamerkan buat kali kedua tahun ini di KLCC.


FESTIVAL Barangan Kemas Antarabangsa Malaysia (MIJ11) yang diadakan setahun dua kali menemui para peminat barangan kemas untuk edisi ke-17 awal bulan ini.

Seramai 150 pengusaha dari serata dunia antaranya Malaysia, Hong Kong, Singapura, Dubai, India, Sri Lanka, Kemboja, Indonesia, Iran, Thailand, China, New Zealand dan Poland menyertai pameran barangan kemas terbesar di Malaysia itu.


PERMAISURI Agong Tuanku Zahirah (kiri) meluangkan masa menjelajah ruang pameran MIJ11 baru-baru ini.


Menurut jurucakap bahagian promosi MIJ11, Jessica Cheong, pengusaha barangan kemas dari Hong Kong, Indonesia, Iran, New Zealand dan Singapura menyertai MIJ11 untuk kali pertama, sekali gus membawakan lebih pilihan kepada pengunjung MIJ11.

"Keunikan rekaan barang kemas yang diilhamkan oleh para pereka telah menambahkan momen gemerlapan untuk MIJ11," katanya.

Menurut Jessica, bukan hanya keistimewaan reka cipta barangan kemas daripada pereka-pereka terkemuka tersebut menjadi perhatian, MIJ11 juga mempamerkan rekaan barangan kemas yang menyerlahkan ciri-ciri budaya keaslian negara masing-masing.


SERAMAI 150 pengusaha dari serata dunia antaranya Malaysia, Hong Kong, Singapura, Dubai, India, Sri Lanka, Kemboja, Indonesia, Iran, Thailand, China, New Zealand dan Poland menyertai pameran kali ini.


"Misalnya rekaan barangan kemas yang berasal daripada India, Sri Lanka dan Iran, rekaan-rekaan ini jarang didapati di pasaran barangan kemas di Malaysia.

"Justeru itu, inilah peluang keemasan untuk para pengunjung MIJ11 menikmati pengembaraan barangan kemas dari serata dunia sepanjang pameran berlangsung," katanya.

Dalam pada itu, MIJ Exhibition Sdn. Bhd. bertindak selaku penganjur pameran MIJ11 dan sebelum ini banyak terlibat dengan pameran barangan kemas yang terkemuka di Malaysia.

Dengan mempunyai pengalaman yang melebihi 16 tahun dalam industri pameran, MIJ Exhibition Sdn. Bhd dikenali dengan kepakarannya dalam penganjuran acara bertaraf antarabangsa seperti MIJ dan pameran barangan kemas antarabangsa di Amerika Syarikat, Sepanyol, Shanghai dan Hong Kong.

Pada 1997, Malaysia Book of Records telah memberikan gelaran penganjur pameran barangan kemas terbesar di Malaysia kepada MIJ Exhibition Sdn. Bhd. ekoran pencapaian unggulnya dalam mendorong pembangunan ekonomi negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pasaran barangan perhiasan di Asia.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Misi balas dendam'

Posted:

'Misi balas dendam'

'Misi balas dendam'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

IMBAS kembali... Para pemain negara meraikan kejayaan memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA 2009 Laos.


KATA orang, menang emas bagi acara bola sepak adalah jauh lebih bermakna berbanding muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan SEA.

Justeru, ia memang satu cabaran yang cukup besar buat pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee pada temasya Sukan SEA 2011.

Tambahan pula, turun selaku juara bertahan selepas jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berjaya menamatkan kemarau selama dua dekad di Vientiane, Laos dua tahun lalu.

Petang ini, Harimau Muda bakal melayan cabaran Singapura bagi aksi pembuka tirai Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pukul 4 petang (5 petang waktu Malaysia), sekali gus menjadi penentu sejauh mana kemampuan skuad Kim Swee pada temasya kali ini.

Tiga mata berharga perlu diraih bagi mengelak skuad negara terpaksa menempuh ranjau penuh berliku pada aksi seterusnya kerana tuan rumah, Indonesia dijangka tidak berdepan masalah untuk menewaskan cabaran Kemboja dalam satu lagi aksi Kumpulan A pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Begitupun, jika tewas atau seri, Harimau Muda sepatutnya tidak 'mengibarkan bendera putih' terlalu awal kerana skuad Rajagobal juga kembali bangkit selepas bergelut di peringkat kumpulan sebelum muncul juara.

Duka yang diratapi 'abang' mereka, Harimau Malaya yang ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura dengan agregat 4-6 pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014, Julai lalu juga harus ditebus oleh anak buah Kim Swee.

Ketika itu, jutaan peminat fanatik bola sepak tempatan masih belum dapat melupakan enam gol memilukan hasil jaringan Alexandar Duric (dua gol), Qiu Li, Mustafic Fahrudin, Shahril Ishak dan Shi Jia Yi.

Apa yang pasti, Harimau Muda harus berwaspada dengan 1,001 helah yang bakal direncanakan pengendali Singapura, Slobodan Pavkovic yang diperkuatkan dengan kehadiran tiga pemain kebangsaan, Izwan Mahbud, Shahdan Sulaiman dan Afiq Yunos.

Sang Singa turut menerima khabar gembira selepas kaptennya, Hariss Harun dan dua lagi rakan sepasukan, Safuwan Baharudin serta Khairul Nizam Kamal turut diberikan pelepasan pada program Khidmat Negara yang diwajibkan Singapura sebelum ini.

"Saya harap, para pemain matang sama ada di dalam mahupun di luar padang. Dalam pada masa sama, kami masih menghormati pasukan Singapura yang dilihat antara pasukan terkuat dalam kumpulan walaupun kami memegang status selaku juara bertahan," kata Kim Swee kepada Kosmo!.

Selain Singapura, Indonesia dan Kemboja, turut bersama Malaysia di dalam kumpulan maut itu pada temasya kali ini ialah gergasi Asia Tenggara, Thailand.

Atas kertas, keupayaan Malaysia dan Singapura dilihat seimbang dan pertemuan petang ini pasti menjanjikan satu aksi yang menarik.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada satu perlawanan persahabatan awal tahun ini apabila Singapura yang sekadar dibarisi pemain skuad Olimpik tewas 0-2 kepada Malaysia.

Kedua-dua pasukan tidak bertemu di Vientiane, Laos dua tahun lalu apabila diundi dalam dua kumpulan berbeza, selain impian kedua-dua pasukan untuk membuat perhitungan di final ketika itu juga tidak kesampaian lantaran Singapura ditunjukkan jalan keluar oleh Vietnam 1-4 pada aksi separuh akhir.

Sementara pada temasya di Korat pada 2007, impian skuad kebangsaan untuk mara ke separuh akhir juga dinafikan oleh Singapura apabila sekadar seri 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B.

Gol Malaysia diperoleh menerusi jaringan Amirul Hadi Zainal pada minit ke-71 manakala gol penyamaan Singapura hasil jaringan Agu Casmir sembilan minit kemudian.

Malaysia yang memerlukan kemenangan apabila tewas 1-3 kepada Vietnam dan menang 4-0 ke atas Laos sebelum itu, terpaksa akur dengan kehebatan Singapura yang menempah slot ke separuh akhir dengan kelebihan satu mata.

Pencapaian Harimau Malaya bagi aksi di Manila, Filipina pada 2005 pula terbukti lebih hebat apabila menempah slot separuh akhir sebelum dikecewakan 1-2 oleh Vietnam berbanding Singapura yang terkandas di peringkat kumpulan.

Mengimbau semula perjalanan skuad Harimau Muda pada temasya di Laos dua tahun lalu, Harimau Muda yang menang besar 11-0 ke atas Timor-Leste pada aksi pembuka tirai terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 kepada Vietnam dalam satu aksi berat sebelah ekoran beberapa keputusan kontroversi pengadil dari Korea Selatan, Kim Jong Hyeok.

Selepas kembali bangkit mencatat kemenangan 4-0 dan 2-1 ke atas Kemboja serta Thailand di peringkat kumpulan, Malaysia berjaya menewaskan Laos 3-1 di separuh akhir ketika perlawanan masih berbaki 10 minit.

Selepas itu, Malaysia menjinakkan Vietnam 1-0 di final apabila pemainnya, Mai Xuan Hop menjaringkan gol sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hasil percubaan Safiq Rahim.

Full content generated by Get Full RSS.

Harimau Muda buru tiga mata

Posted:

Harimau Muda buru tiga mata

Harimau Muda buru tiga mata

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) negara tidak mempunyai pilihan lain selain mengutip tiga mata penuh menjelang sepak mula aksi Kumpulan A menentang Singapura pada Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno hari ini.

Jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee berkata, sudah menjadi lumrah dalam setiap kejohanan, aksi pada perlawanan pertama adalah sangat penting buat mana-mana pasukan sekalipun dan tidak terkecuali anak-anak buahnya itu.

Katanya, kemenangan pada pertemuan menentang Singapura itu penting bagi menyuntik semangat anak-anak buahnya untuk terus memberikan saingan sehingga tamat kempen peringkat kumpulan.

"Namun, apa yang lebih penting adalah fokus pemain-pemain dalam perlawanan menentang Singapura itu. Bukan 100 peratus tetapi saya mahu pemain-pemain memberikan fokus 200 peratus.

"Saya juga tidak mahu mereka memandang mudah perlawanan tersebut kerana ia hanya akan mengundang padah kepada pasukan.

"Perlawanan kali ini juga adalah peluang terbaik buat skuad negara untuk menebus kekecewaan ketika tewas di tangan Singapura pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 yang lalu," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta, Indonesia semalam.

Ditanya mengenai peluang anak-anak buahnya untuk mencatatkan kemenangan sulung pada pertemuan menentang Singapura itu, Kim Swee berkata: "Bukan cara saya untuk bercakap besar dalam mana-mana perlawanan yang dihadapi.

"Begitupun, saya lihat skuad negara mempunyai kualiti jika dibandingkan dengan Singapura.

"Namun, seperti saya katakan tadi, kita tidak boleh menandang mudah kemampuan Singapura. Ini kerana, setiap kali Singapura berdepan skuad negara, mereka pasti akan berjuang habis-habisan.

"Sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan muslihat serta pergerakan pemain Singapura," ujar Kim Swee.

Dalam pada itu, skuad negara menerima perkhabaran gembira apabila Kim Swee mengesahkan bahawa dua pemain perancang, Mohd. Irfan Fazail dan K. Gurusamy sudah kembali pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan masing-masing.

"Sebelum ini, Irfan bergelut dengan masalah kecederaan lutut manakala Gurusamy pula hamstring.

"Kedua-dua pemain itu sudah boleh diturunkan. Namun, untuk Irfan saya perlu membuat pemantauan kerana kecederaan yang dialaminya sebelum ini adalah kecederaan berulang.

"Jadi... saya tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkannya kerana bimbang kecederaannya itu akan berulang kembali," tambah Kim Swee.

Pada Sukan SEA kali ini, skuad negara tampil selaku juara bertahan selepas menamatkan kemarau selama dua dekad apabila berjaya memenangi pingat emas pada edisi dua tahun di Vientiane, Laos.

Full content generated by Get Full RSS.

Syahrul tak puas hati prestasi sendiri

Posted:

Syahrul tak puas hati prestasi sendiri

Syahrul tak puas hati prestasi sendiri


SYAHRUL (kanan) menaruh harapan untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad negara.


SELEPAS meledak dua gol pada pertemuan menentang Laos dalam aksi persahabatan pada Oktober lalu, Syahrul Azwari Ibrahim nyata masih tidak puas dengan prestasi yang dipamerkan.

Penyerang Harimau Muda berusia 18 tahun itu berazam untuk meneruskan prestasinya, sekali gus menjulang nama negara di persada antarabangsa.

Disenaraikan dalam skuad kendalian Ong Kim Swee ke Sukan SEA 2011 Indobesia, pemain kelahiran Tanah Merah, Kelantan itu tidak mahu menoleh lagi ke belakang lagi.

Sebaliknya, Syahrul berikrar untuk memberikan sumbangan terbaik kepada skuad negara yang dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya di Laos dua tahun lalu.

Jelasnya, meskipun menyedari kurang pengalaman di pentas antarabangsa, ia sedikit tidak menghalang untuk dia terus mempamerkan aksi yang mantap dan sentiasa berusaha bagi mencapai kemenangan buat skuad negara di Jakarta nanti.

"Selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Loas pada Oktober lalu, saya masih berasa tidak puas sebaliknya berazam mahu meledak dengan lebih banyak jaringan.

"Sebagai pemain bola sepak, saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi saya pada tahap yang lebih tinggi. Saya mahu sifat sebenar sebagai seorang penyerang ada dalam karakter saya.

"Selepas disenaraikan dalam skuad bimbingan Ong Kim Swee, saya tidak mahu melepaskan peluang ini dan menganggap ini sebagai medan yang terbaik. Dalam masa yang sama, saya mahu membantu skuad negara mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada dua tahun lalu.

"Ada pihak yang mempersoalkan pengalaman saya beraksi di pentas antarabangsa tetapi ia tidak pernah menjejaskan semangat saya untuk beraksi dengan lebih baik.

"Saya tidak mahu mempersia-siakan peluang ini dan harapan saya, saya mahu bantu pasukan dengan mempertahankan pingat emas nanti," katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Jakarta pada 2 November lalu.

Syahrul berkata, ketika ini dia sudah bersedia dari segi fizikal mahupun mental sekiranya diberikan peluang untuk beraksi menentang mana-mana pasukan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Rihanna rangkul gelaran terseksi

Posted:

Rihanna rangkul gelaran terseksi

Rihanna rangkul gelaran terseksi

Susunan ALIF ABU BAKAR

DIA bermula sebagai remaja perempuan serba sederhana, tidak pandai bergaya dan selesa mengenakan sneakers (kasut bertapak lembut) dan jean potongan baggy ketika mengadakan persembahan mahupun ketika membuat kemunculan di sebarang acara.

Nama Robyn Rihanna Fenty, 23, saat itu masih samar-samar dalam industri muzik antarabangsa, tiada jenama mewah mahu menaja pakaian penyanyi muda itu.

Selepas menandatangani kontrak rakaman bersama Def Jam Recordings milik Jay Z pada 2005, album pertama Rihanna, Music Of The Sun memberi 'amaran' awal kepada industri muzik bahawa Rihanna yang berusia 17 tahun ketika itu perlu dipandang serius.

Anak kelahiran Barbados itu mula dikenali ramai menerusi lagu-lagu hitnya seperti Pon De Replay, S.O.S, Break It Off dan Unfaithful sekali gus memberi ruang kepadanya untuk bereksperimen dengan imej.

Tahun 2007 dilabelkan ramai orang sebagai kemuncak 'jenama' Rihanna. Hanya dengan satu lagu berjudul Umbrella, namanya melonjak ke serata dunia dan akhirnya dia berjaya membentuk identiti dan mengumpulkan kelompok peminat tersendiri.

Selari dengan perkembangan muziknya, begitu jugalah kebijaksanaan Rihanna dalam hal berfesyen. Dia kelihatan semakin bijak dalam berpakaian, tiada lagi jean baggy ataupun sneakers, malah sepatu tumit tinggi, dres jenama terkenal serta aksesori jutaan ringgit mula menjadi teman akrab Rihanna.

Gelaran Bintang Paling Bergaya 2007 oleh majalah Seventeen buat Rihanna memang tepat kerana dengan kelasnya tersendiri, bintang itu mampu menjadikan gaun putih rekaan George Chakra tampak elegan dalam sebuah majlis biarpun disaingi banyak rekaan sofistikated yang dipakai ramai selebriti wanita lain.

Ikon fesyen

Pengaruh Rihanna tidak hanya tertumpu dalam bidang muzik malah dia turut disebut-sebut sebagai ikon fesyen dekad ini.

"Pada permulaan karier, segalanya begitu terkawal hinggakan saya tidak boleh menggunakan gincu berwarna merah ataupun merah jambu.

"Sekatan itu amat sukar memandangkan saya mempunyai ramai peminat dalam kalangan remaja, tetapi saya hanya mahu menjadi diri sendiri dan saya selesa dengan apa saya tonjolkan hari ini," luah Rihanna jujur kepada majalah Glamour September lalu.

Kaca mata hitam Marc Jacobs atau Louis Vuitton, but Christian Louboutin atau kasut tumit tinggi Stella McCartney, tali pinggang Gucci, cekak rambut bertatahkan kristal Swarovski dan jumpsuit Dolce & Gabbana semuanya pernah menyaluti tubuh genit Rihanna.


TAHUN 2007 merupakan puncak kepada jenama Rihanna.


Belum pernah mengecewakan peminatnya yang sering tertanya-tanya akan cita rasa fesyennya yang berubah-ubah, Rihanna sekali lagi mengejutkan dunia apabila dia menumpaskan Beyonce, Mila Kunis dan Emma Stone bagi merangkul gelaran Wanita Terseksi Dunia untuk majalah Esquire.

Pernah mendapat jolokan Wanita Kaki Tercantik, gelaran seksi yang diterimanya itu langsung tidak membuatkan pelantun lagu We Found Love tersebut berbangga ataupun berasa hebat.

"Setiap kali tamat membuat persembahan, saya tidak pernah fikirkan adakah saya kelihatan seksi ketika berada di atas pentas tadi.

"Perkara tentang seksi ini tidak pernah terlintas di fikiran saya dan apa yang saya pakai dan lakukan di atas pentas adalah apa yang bersesuaian dengan konsep persembahan," jelas Rihanna kepada majalah itu.

Menurut Rihanna lagi, kejayaannya hari ini membuktikan bahawa seorang individu dari pulau kecil bernama Barbados mampu menjulang nama negara itu ke serata dunia dan dia bangga menjadi individu yang mengharumkan nama negaranya.

Evolusi rambut

Fenomena rambut Rihanna bermula pada 2007 ketika dia membuat potongan cekung menerusi teknik bob cut yang seterusnya menjadi ikutan ramai gadis-gadis yang mahu kelihatan anggun seperti penyanyi itu.

Daripada seorang gadis berambut panjang, Rihanna cukup terkenal sebagai selebriti yang sering kali menukar gaya rambutnya terutama sekali apabila melibatkan fesyen rambut pendek.

Tampil berani dengan pelbagai teknik potongan rambut pendek, Rihanna tidak gentar membenarkan pendandan rambut kegemarannya, Ursula Stephen mencipta apa jua gaya baharu asalkan ia kelihatan serasi dengan bentuk wajahnya.

Buktinya, Rihanna tampil dengan rambut panjang berwarna merah terang pada penghujung tahun lalu. Ia mungkin dianggap melampau bagi sesetengah orang namun harus diakui bahawa ia merupakan fesyen rambut yang mengagumkan.

"Keputusan menghasilkan rambut panjang berwarna merah terang itu adalah keputusan kami bersama dan saya menggunakan rambut manusia sebenar sebagai extension (penyambung) bagi menjadikan rambutnya panjang," ujar Ursula ketika ditemu bual sebuah majalah tahun lalu.

Seakan-akan rindu dengan rambutnya yang pendek, Rihanna lantas meminta Ursula memotong rambut panjangnya itu bagi memudahkan gaya rambut lain dibentuk.

Dalam tempoh setahun dengan rambut merahnya itu, Rihanna telah 13 kali menukar gaya rambutnya dengan gaya kerinting bergulung-gulung, lurus dan lain-lain.

Intim dengan nama timangan Riri, bekas teman wanita Chris Brown itu dikatakan membelanjakan hampir AS$23,000 (RM71,600) seminggu bagi mendapatkan khidmat Ursula.

Full content generated by Get Full RSS.

Tangguh penuaan kulit

Posted:

Tangguh penuaan kulit

Tangguh penuaan kulit

Wajah yang cerah sahaja bukan bermaksud anda memiliki kesempurnaan kulit wajah tetapi keremajaan kulit adalah paling penting supaya anda tidak kelihatan tua sebelum masanya.


MENURUT Yuna, ramai golongan muda tidak mengenali tanda-tanda penuaan di wajah mereka.


PENYELESAIAN tujuh dalam satu Olay Total Effects sememangnya memberikan pulangan yang terbaik kepada pengguna yang inginkan kesempurnaan pada kulit wajah mereka.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan ke atas wanita Asia mendapati, 38 peratus responden percaya bahawa kulit yang cerah semata-mata bukanlah standard ideal untuk kulit yang cantik.

Sebaliknya, majoriti wanita Asia percaya keremajaan kulit ialah komponen standard ideal bagi kulit yang sempurna.

Selain itu, ramai wanita Asia pada usia 30-an menyesal kerana mereka terlewat menggunakan produk penjagaan kulit antipenuaan. Mereka sebaliknya berharap telah memulakan rejim penjagaan kulit sejak dalam usia awal 20-an lagi.

Justeru, wanita hari ini tidak seharusnya melakukan kesilapan sama. Kini Olay Total Effects menawarkan produk penjagaan kulit yang efektif yang bukan sahaja memberikan kecerahan, malah menentang penuaan sebelum waktunya.

Rahsia di sebalik keberkesanan Olay Total Effects ialah VitaNiacin yang merupakan kandungan kompleks antipenuaan hasil kombinasi Niacinamide, vitamin E dan C yang merupakan antioksidan serta Panthenol.

Melalui kombinasi ini, ia merawat kulit dari dalam sekali gus memberikan faedah berganda antaranya kecerahan, kulit kelihatan bersinar dan melawan proses penuaan kulit.

Sementara itu, kajian tersebut juga mendapati, kulit wanita melalui proses penuaan lebih awal berbanding tempoh yang mereka sangkakan.

Ini kerana, pada usia 24 tahun, majoriti wanita mengenal pasti sekurang-kurangnya satu tanda perubahan keadaan kulit yang merupakan tanda-tanda penuaan.

Perubahan ketara dalam proses penuaan yang lebih pantas masa kini dipercayai berpunca daripada sikap wanita yang tidak mengambil berat ataupun tidak mengenali tanda-tanda penuaan di wajah mereka.

Disebabkan itu, mereka melambat-lambatkan rejim penjagaan kulit yang sewajarnya, atau bergantung semata-mata pada produk pencerahan kulit untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah.

Dalam pada itu, Olay Total Effects kini tampil dengan botol baharu dengan paten monogram emas di bahagian atas botolnya.

Ia bertujuan supaya produk ini lebih dekat dengan golongan wanita muda khususnya yang mengalami perubahan pada keadaan kulit mereka tetapi tidak menggunakan sebarang produk antipenuaan.

Ia juga bagi membantu wanita-wanita muda ini memahami keperluan penjagaan antipenuaan seiring pelantikan duta baru Olay Total Effects, penyanyi Yuna, yang ideal mewakili golongan wanita muda hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Liputan musim haji di YouTube

Posted:

Liputan musim haji di YouTube

Liputan musim haji di YouTube

SEJUMLAH jemaah haji mengunjungi Jabal Rahmah di Padang Arafah dekat Mekah semalam.


WASHINGTON - Laman YouTube serta Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi bekerjasama untuk menyediakan liputan musim haji secara siaran langsung di Mekah.

"Berjuta-juta orang dari seluruh dunia boleh memberikan komen mengenai musim itu menerusi video," kata laman yang dimiliki Google itu.

Siaran langsung dari Mekah itu boleh dilihat diyoutube.com/hajjlive.

Lebih 2.5 juta jemaah haji Islam mula meninggalkan Mekah untuk berhimpun di Padang Arafah kelmarin yang merupakan lokasi Nabi Muhammad menyampaikan khutbah haji terakhir. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

PM Greece menang undi percaya di Parlimen

Posted:

PM Greece menang undi percaya di Parlimen

PM Greece menang undi percaya di Parlimen


GEORGE PAPANDREOU


ATHENS - Perdana Menteri Greece, George Papandreou menang undi percaya terhadap kepimpinannya semalam berhubung isu hutang negaranya.

Papandreo memperoleh sokongan 153 daripada 298 ahli Parlimen yang memberi sokongan terhadap kepimpinannya.

Ekoran kejayaan itu, tiada pilihan raya diadakan bagi memilih Perdana Menteri yang baharu.

Greece telah mendapat pakej penyelamat untuk krisis kewangan di negaranya sebanyak AS$110 bilion (RM342.26 bilion).

Namun, krisis itu amat meruncing sehingga menyebabkan satu lagi pakej penyelamat diperlukan.

Pada 27 Oktober lalu, selepas satu rundingan dilakukan oleh negara-negara Eropah, Greece akan memperoleh tambahan bantuan sebanyak AS$130 bilion (RM404.49 bilion) dalam bentuk pinjaman dan sokongan bank.

Sasaran pinjaman itu adalah untuk mengurangkan hutang Greece bagi membolehkan negara tersebut menguruskan kewangan tanpa bergantung kepada pakej penyelamat. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Juri kes bunuh Jackson gagal buat keputusan

Posted:

Juri kes bunuh Jackson gagal buat keputusan

Juri kes bunuh Jackson gagal buat keputusan

LOS ANGELES - Juri dalam perbicaraan kes pembunuhan Raja Pop. Michael Jackson gagal membuat sebarang keputusan, kata beberapa pegawai mahkamah kelmarin.

Tujuh lelaki dan lima wanita pulang ke rumah dan akan menyambung semula perbincangan pada Isnin ini bagi membuat keputusan sama ada Dr. Conrad Murray bersalah kerana melakukan pembunuhan tidak sengaja ke atas Jackson pada 25 Jun 2009.

Murray merupakan doktor peribadi Jackson. Dia akan dihukum penjara empat tahun jika disabitkan kesalahan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pegawai KKM berdepan tindakan tatatertib ekoran laporan audit

Posted:

Pegawai KKM berdepan tindakan tatatertib ekoran laporan audit

Pegawai KKM berdepan tindakan tatatertib ekoran laporan audit

06/11/2011 7:10pm

KUALA LUMPUR 6 Nov — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin mengenakan tindakan tata tertib terhadap beberapa pegawai yang mendorong pembayaran awal dibuat bagi bekalan peralatan kesihatan yang belum diterima bernilai RM708,220.

Ketua Setiausahanya, Datuk Kamarul Zaman Md Isa berkata tindakan itu disyorkan sebuah jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2011.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 baru-baru ini mendedahkan pengurusan perolehan bagi peralatan Jabatan Rehabilitasi Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah, adalah tidak teratur apabila bayaran bagi perolehan tahun 2007 dibuat sebelum peralatan diterima.

"Jawatankuasa siasatan mengesyorkan pegawai-pegawai yang mengesahkan kesempurnaan bekalan yang diterima dikenakan tindakan tata tertib kerana mengesahkan bekalan telah diterima secara sempurna, dan mendorong bayaran dibuat bagi bekalan yang belum diterima melibatkan amaun RM708,220," kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian mengenakan denda RM2.196 juta terhadap kontraktor berhubung kelewatan penyerahan peralatan bagi perolehan "Next Generation Communication System" (NGCS) bertujuan menaik taraf sistem komunikasi di hospital dan institusi KKM.

- Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Kolej KDM jadi kolej minyak dan gas

Posted:

Kolej KDM jadi kolej minyak dan gas

Kolej KDM jadi kolej minyak dan gas

06/11/2011 3:28pm

KOTA KINABALU 6 Nov. – Sebuah syarikat pengambilan tenaga pakar dalam industri minyak dan gas mencadangkan supaya projek cadangan Kolej Kadazandusun Murut (Kolej KDM), yang akan dibina di Kaingaran, Tambunan, dijadikan kolej minyak dan gas bagi melengkapkan Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTS).

Ketua Pegawai Eksekutif C.N Dumo Consulting Worldwide Sdn Bhd Aminudin Sajadi berpendapat ini merupakan satu pilihan bagi membantu memenuhi keperluan tenaga terlatih dalam industri minyak di Sabah.

"Yang jelas, Sabah masih mengalami kekurangan tenaga terlatih bagi industri minyak dan gas dan saya percaya Kolej KDM yang dicadangkan itu boleh menyumbang atau mengambil kesempatan daripada industri yang sedang berkembang itu bagi melahirkan lebih ramai tenaga terlatih.

"Lokasi (Kolej KDM yang dicadangkan di Tambunan) itu bukan satu masalah. Apa yang jelas, KTS masih tidak mencukupi kerana kita memerlukan lebih banyak pusat latihan atau kolej bagi melahirkan pekerja atau tenaga kerja terlatih. Selain daripada menawarkan kursus berkaitan industri minyak dan gas bagi satu peringkat sijil, buat permulaan, Kolej KDM mungin boleh menawarkan kursus yang mempunyai permintaan," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Aminuddin, yang menghadiri Forum Minyak dan Gas Sabah, di sini baru-baru ini dan menceburi bidang ini lebih daripada 20 tahun berkata masa depan bagi industri minyak dan gas Sabah adalah cerah dan ini amat baik bagi penduduk tempatan dalam soal peluang pekerjaan.

Pada 22 Mei, tahun ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengumumkan bahawa Kolej KDM akan dibina di Kaingaran di sini. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Dua lelaki ditahan selepas menyamun

Posted:

Dua lelaki ditahan selepas menyamun

Dua lelaki ditahan selepas menyamun

06/11/2011 3:24pm

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang menyamun seorang pemandu kereta di Jalan Parlimen di sini awal pagi Sabtu berjaya ditahan di Jalan Ipoh tidak lama kemudian.

Kedua-duanya yang berumur sekitar 30-an yang menaiki sebuah motosikal ditahan polis selepas menyamun pemandu berkenaan yang berumur 64 tahun dalam kejadian 4 pagi itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, kedua-dua suspek menyamun pemandu itu setelah menahan kereta mangsa.

Mereka mendakwa mangsa telah melanggar motosikal mereka dan meminta ganti rugi.

"Mangsa yang panik dengan keadaan itu terus mengikut arahan tersebut dengan menyerahkan sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM30.

"Namun mangsa kemudiannya naik berang dengan tindakan kedua-dua suspek, lalu mengejar mereka dengan keretanya hingga ke Jalan Ipoh sebelum keretanya bergesel dengan motosikal suspek," katanya.

Beliau berkata akibat geselan itu, kedua-dua suspek jatuh ke atas jalan dengan salah seorang daripada mereka cedera di tangan.

Seorang lagi suspek yang berang dengan kejadian itu telah memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya, katanya.

Zakaria berkata pada masa yang sama, sebuah kereta peronda polis melalui kawasan itu dan akhirnya menahan kedua-dua suspek.

Beliau berkata kedua-duanya kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Motosikal yang dinaiki suspek didapati merupakan motosikal curi, katanya.

Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, tambahnya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved