Jumaat, 28 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Variasi 40 jenis kuih talam

Posted:

Variasi 40 jenis kuih talam

Variasi 40 jenis kuih talam

MASIH kuat dalam ingatan Basharah Mustafa, 57, bagaimana dia begitu tekun menyiapkan tempahan kuih talam pelanggan sehingga pengsan akibat kepenatan. Jadual hariannya terlalu padat. Seawal pukul 4 pagi dia sudah sibuk di dapur menyiapkan tempahan yang akan diambil oleh pelanggan sebelum dia ke tempat kerja iaitu sekitar pukul 7 pagi.

Pulang ke rumah pada sebelah petang, dia masuk ke dapur lagi menyiapkan tempahan-tempahan lain yang tidak pernah surut.

"Kadang-kadang saya tidur pukul 2 pagi dan bangun semula pukul 4 pagi, sebab itulah sampai pernah pitam jadinya" kata Basharah menceritakan pengalamannya menjalankan bisnes kuih talam hampir sedekad lalu.

Sejak bersara sebagai pegawai bank setahun lalu, Basharah akhirnya dapat merehatkan badan dan mengehadkan tempahan pelanggan.

"Dahulu, walaupun mempunyai pekerjaan tetap saya buat juga kerja sambilan mengambil tempahan kuih talam kerana minat memasak dan ingin menambah pendapatan.

"Bila tiba bulan puasa, saya akan berniaga kuih talam di bazar Ramadan," katanya yang kini menetap di Kampung Tasik Tambahan, Ampang.

Begitupun, Basharah memberitahu, dia mengehadkan tempahan kepada 25 dulang sehari kerana sudah tidak bertenaga seperti masa muda-muda dahulu.

"Kadang-kadang bila banyak sangat tempahan, saya tidak larat menyiapkannya, jadi saya minta jiran-jiran ambil alih tempahan.

"Di sekitar kawasan perumahan ini, ada beberapa peniaga lain yang mengambil tempahan kuih talam, malah kami bertukar-tukar bahan-bahan mentah sekiranya kehabisan stok," katanya.

Menceritakan pembabitannya dalam bisnes kuih talam dari rumah, Basharah memberitahu, dia mengikuti kelas membuat kuih talam pada tahun 2001 dan turut mempelajari pelbagai resipi kuih talam moden.

"Zaman dahulu tidak banyak pilihan kuih talam tetapi kini terdapat lebih 40 jenis kuih talam yang boleh dipelajari. Antara jenis kuih talam moden hari ini ialah talam mentega kacang, talam cendol, talam skoteng dan talam Tokyo," katanya.

Menurut Basharah, kalau dahulu nenek dan ibunya tidak menggunakan sukatan tetap untuk membuat sedulang kuih talam, kini sukatan dalam gram menjadi elemen penting bagi memastikan rasa kuih talam tidak berubah dan sentiasa menjadi.

"Semua resipi ini mempunyai sukatan tetap. Saya pernah mencuba membuat kuih talam mengikut sukatan agak-agak tetapi ada yang menjadi dan ada yang kurang menjadi seperti terlebih keras atau terlalu lembut," katanya.

Basharah memberitahu, ketika mahu memulakan perniagaan tersebut, dia mengubah serba sedikit resipi yang dipelajari terutama kuantiti timbangan bahan-bahan masakan untuk disesuaikan dengan cita rasanya.

"Sebagai peniaga, kita mahu beri yang terbaik dan rasa yang paling enak. Tetapi sukatan tetap penting kerana kita tidak dapat merasa kuih yang dipesan pelanggan sebelum menyerahkannya.


BASHARAH menuang lapisan atas talam seri muka sebelum mengukusnya dengan api sederhana.


"Sekiranya pelanggan berpuas hati, mereka akan terus memesan kuih kita," katanya yang menerima kira-kira lima dulang kuih talam sehari pada hari-hari biasa dan boleh mencecah 25 dulang pada hujung minggu.

Keuntungan

Menurut Basharah, melalui kelas masakan juga dia mempelajari pelbagai resipi membuat kuih talam tradisional dan talam moden.

Dia juga memperoleh pendapatan lebih RM27,000 sepanjang tahun ini hanya dengan menjual kuih talam.

"Masih ramai pelanggan yang suka menempah kuih talam tradisional seperti talam seri muka, kole kacang, talam keladi dan talam gula merah tetapi tidak kurang juga pelanggan yang suka mencuba rasa kuih talam moden seperti talam berlauk, talam cendol, talam Tokyo dan talam serunding," katanya yang boleh dihubungi di talian 013-343 9180.

Sementara itu, pengusaha kuih talam dan kek, Lizzuin Latif, 32, turut mengikuti kelas masakan untuk mendalami resipi membuat kuih talam moden. Namun dia tetap menggunakan resipi neneknya untuk membuat kuih talam tradisional.

"Nenek saya mengajar saya cara-cara membuat kuih talam semasa saya masih bersekolah. Kuih talam yang siap dimasak bukan sahaja untuk hidangan keluarga tetapi turut dihantar ke surau berdekatan.

"Kuih talam tradisional yang saya pelajari daripada nenek memang berbeza dengan kuih talam moden kerana kuih talam dulu-dulu banyak menggunakan santan dan kurang tepung, tetapi kini sebaliknya," katanya yang menghidangkan kuih talam mentega kacang, talam seri muka durian dan talam jagung kepada penulis di rumahnya di Subang Bestari, Shah Alam.

Lizzuin memberitahu, kebanyakan tempahan kuih talam yang diterimanya ialah kuih talam mentega kacang, talam seri muka, talam Tokyo, talam kuih bakar, talam seri muka durian dan tepung pelita.

"Penggemar kuih talam masa kini gemar kuih talam tradisional dan suka mencuba kuih talam moden. Peniaga juga sebenarnya boleh mencuba pelbagai resipi kuih talam mengikut idea sendiri asalkan ramuan asas seperti kuantiti santan, gula dan tepung dikekalkan.

"Semua kuih talam moden hari ini adalah hasil kreativiti individu yang menciptanya, asalkan rasanya enak dan cantik apabila dipandang," kata Lizzuin yang turut menjalankan perniagaan kek cawan, kek untuk majlis-majlis dan kek kreatif dari rumah.


SEMUA maklumat tempahan dicatatkan Basharah supaya keuntungan bulanan dapat dikira.


Bercerita lanjut, Lizzuin memberitahu, walaupun menjalankan perniagaan dari rumah, pelanggannya bukanlah semata-mata rakan sekerja suaminya atau penduduk berdekatan.

"Dengan teknologi internet yang ada hari ini, kebanyakan pengusaha makanan dari rumah menggunakan kelebihan itu untuk memasarkan produk mereka.

"Saya juga menerima hampir kesemua tempahan melalui laman web hannanhomemadecake.com selepas dua tahun menjalankan perniagaan dari rumah," katanya.

Sementara itu, penulis buku masakan, Hasma Basir, 66, menjelaskan dahulu kuih talam dipanggil sebagai tepung talam. Pada masa itu, hanya terdapat dua jenis tepung talam sahaja iaitu tepung talam berbelang coklat putih dan tepung talam pandan berbelang hijau putih.

Tepung talam

"Tepung talam yang kini dipanggil sebagai kuih talam adalah resipi tradisi zaman berzaman, pada waktu dulu mereka yang mahir membuatnya mampu memperoleh pendapatan.

"Resipi ini bermula di Pulau Pinang tetapi kini tepung talam berkembang ke seluruh negara hasil migrasi dan perkongsian resipi," katanya ketika dihubungi.

Di Indonesia, tepung talam turut dihasilkan tetapi pada asalnya ia sedikit berbeza dengan tepung talam di Malaysia.

Tepung talam di Malaysia berbadan coklat dan kepalanya putih, tetapi di Indonesia pula terbalik kerana badannya putih dan kepalanya berwarna coklat.

"Tepung talam ini dihasilkan menggunakan dua jenis tepung sahaja iaitu tepung gandum atau tepung beras," katanya.

Hasmah memberitahu, talam seri muka yang dihasilkan hari ini juga boleh didapati di Sumatera, Indonesia dan Thailand.

"Di Sumatera ia dipanggil sebagai putri salat manakala di Thailand kepala seri muka dipanggil sebagai sangkaya.

"Jadi tidak dapat dipastikan dari mana resipi ini bermula terlebih dahulu kerana mungkin resipi ini dibawa oleh nenek moyang kita yang datang daripada rumpun yang sama," katanya.

Tambahnya, di Afrika Selatan juga terdapat banyak masakan Melayu termasuk kuih talam bingka.

"Di sana juga terdapat masakan yang dibuat menggunakan daun pandan seperti di Malaysia. Bagi saya, resipi tradisional berkembang kerana migrasi manusia dari satu negara ke negara lain," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Bukan buatan India

Posted:

Bukan buatan India

Bukan buatan India

Oleh SHAWKATH AZDE

SEJARAH motosikal Indian ternyata suatu yang cukup menarik untuk dikaji. Riwayat perjalanannya penuh dengan suka duka. Malah ia pernah beberapa kali terkubur dan dihidupkan semula.

Jika dibandingkan dengan motosikal buatan Itali atau Jerman, nama Indian jarang sekali didengar oleh pengguna di Malaysia. Maka, tidak hairanlah jika ada yang beranggapan bahawa motosikal dengan gaya easy rider ini berasal dari negara India.

Sedangkan, Indian ialah motosikal pertama Amerika Syarikat (AS). Usianya sudah mencecah 110 tahun. Dua individu di sebalik kelahiran motosikal itu ialah George Hendee dan Carl Oscar Hedstrom.

Hendee merupakan seorang pelumba dan pengeluar basikal, sementara Hedstrom pula seorang jurutera. Satu perjanjian rakan kongsi dimeterai di antara mereka pada 1901 dengan produk pertama diperkenalkan pada tahun sama. Indian dikeluarkan oleh Hendee Manufacturing Company (Hendee Manufacturing).

Hedstrom bertanggungjawab terhadap semua aspek pengeluaran dan pengembangan perniagaan. Hendee, sebagai presiden dan pengurus besar pula memikul tugas membuka rangkaian pengedaran dan menguruskan pembiayaan.

Kejatuhan Indian


PAKEJ enjim krom sepenuhnya didatangkan bersama varian Chief Classic.


Pengeluaran motosikal Indian mencapai 32,000 unit pada 1913 dan 41,000 unit pada 1916. Dua tahun tersebut juga menyaksikan pengunduran kedua-dua individu itu daripada syarikat. Hedstrom meletak jawatan pada 1913 kerana 'tidak sehaluan' dengan Lembaga Pengarah berhubung isu meningkatkan nilai saham. Tiga tahun kemudian, Hendee pula mengambil langkah sama.

Indian menjadi motosikal ketenteraan apabila menawarkan model buatan tahun 1917 dan 1918 kepada AS sewaktu Perang Dunia Pertama.

Meskipun perniagaan Hendee Manufacturing memuncak sekitar tahun 1920-an, penguasaan kedudukan motosikal nombor satu di AS sudah terlepas ke tangan pesaing utamanya, Harley-Davidson.

Nama Hendee Manufacturing ditukar kepada Indian Motocycle Co. pada 1923. Selepas itu, pemilikan syarikat beberapa kali bertukar tangan sehingga ia diisytihar muflis pada tahun 1998 (tahun sama nama syarikat berubah kepada Indian Motorcycle Company).

Kebangkitan semula

Usaha menghidupkan semula jenama tersebut cuba dilakukan menerusi penggabungan sembilan syarikat termasuk California Motorcycle Company dan IMCOA Licensing America Inc. pada tahun 1998. Ia tidak kekal lama apabila sekali lagi diisytiharkan muflis pada tahun 2003.

Indian Motorcycle Company dihidupkan semula oleh sebuah firma ekuiti berpangkalan di London, England iaitu Stellican Limited pada tahun 2006.


SISTEM brek jenis Brembo diberi kepercayaan untuk memberhentikan jentera ikonik AS.


Pada April 2011, Polaris Industries Inc. (Polaris) mengambil alih Indian Motorcycle. Polaris merupakan syarikat rekaan, kejuruteraan, pengeluar dan pemasar kenderaan off-road seperti kenderaan semua laluan (all-terrain vehicle, ATV), snowmobile dan motosikal Victory.

Lima varian

Baru-baru ini, Kumpulan Naza menerusi anak syarikatnya, Harmony Fabulous Sdn. Bhd. (Harmony Fabulous) mendapat hak pengedaran motosikal Indian untuk pasaran Malaysia dan Singapura.

Buat permulaan, empat model iaitu Chief Blackhawk dan Chief Blackhawk Dark (edisi khas), Chief Vintage, Chief Classic dan Chief Dark Horse diperkenalkan. Harga ditawarkan bermula RM225,000 sehingga RM275,000 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj lain).

Semua varian itu menggunakan kerangka keluli regangan konkrit, enjin Power Plus 105 sejukan udara rod bersesaran 1,721 cc. Enjin besar itu dipadankan dengan kotak transmisi enam kelajuan.


PENGENAAN warna krom pada komponen-komponen motosikal menyerlahkan lagi aspek kemewahannya.


Khidmat sistem brek jenama Brembo digunakan untuk menghentikan jentera itu. Kapasiti tangki bahan apinya pula kira-kira 20.8 liter. Tipikal bagi sebuah motosikal jenis easy rider, meter laju analog dan skrin paparan pelbagai guna diletakkan di atas tangki minyak.

Pengurus Besar Naza Two Wheel Division, Nik Danial Nik Mahmood berkata, pihaknya berhasrat menjual 16 unit peruntukan motosikal Indian yang telah diterima pada tahun ini. Ketika artikel ini ditulis, tempahan empat unit sudah diterima . Pada tahun hadapan, pihaknya akan menerima peruntukan di antara 48 unit sehingga 60 unit motosikal Indian.

"Kami akan membuka sebuah bilik pameran di kawasan Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor untuk Indian. Jumlah pelaburan ialah sebanyak RM5 juta," katanya pada majlis pelancaran motosikal itu di Shah Alam, Selangor.

Meskipun Indian dan Harley-Davidson memiliki sejarah persaingan yang lama, beliau optimis bahawa kedua-dua jenama tersebut tidak akan menjejaskan pasaran antara satu sama lain. Ini kerana masing-masing menawarkan kelas serta gaya hidup yang tersendiri buat setiap pemiliknya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ford S-Max

Posted:

Ford S-Max

Ford S-Max

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


BAHAGIAN hadapan S-Max yang kemas dan maskulin.


PANTAS sungguh masa berlalu. Terasa seperti baru minggu lepas kita memasang azam untuk tahun baharu. Pejam celik, helaian kalendar di atas meja sudah tinggal dua helai. Satu untuk bulan November dan satu lagi Disember.

Masa juga membuatkan kita menilai semula segala perubahan yang berlaku di sekeliling. Hampir semua benda sudah berubah. Kalau dulu orang suka minum kopi di kedai kopi Pak Mat, orang sekarang menikmati sarapan di kopitiam-kopitiam yang lengkap dengan sambungan internet, walaupun WiFi itu kadangkala langsung tidak boleh diharap.

Industri pemotoran turut mengalami revolusi yang pesat. Bukan sekadar teknologi, malah reka bentuk dan segmen kenderaan juga semakin canggih. Semua benda hendak disumbatkan ke dalam satu model, semuanya demi memenuhi kehendak bakal pembeli yang semakin kompleks.

Antara segmen yang menerima perubahan drastik ialah van. Kenderaan berkapasiti tiga baris tempat duduk itu dibina untuk membolehkan ramai penumpang diangkut sekali gus.

Ia dilihat cukup sesuai bagi mereka yang berkeluarga besar atau menjalankan perniagaan membawa budak-budak sekolah. Tidak kiralah sama ada berpermit atau sebaliknya.

Bagi anda yang pernah memandu van, banyak karekter utama van yang tidak dapat dilupakan. Antaranya, ia kurang stabil ketika mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi dan tempat duduk yang panas. Sebabnya, enjin van diletakkan di bahagian bawah tempat duduk. Silap-silap terasa seperti berada dalam bilik sauna.

Bagi penumpang pula, paling kasihan ialah mereka yang terpaksa duduk di baris paling belakang. Jangan harap udara sejuk dari corong pendingin hawa boleh sampai ke tempat mereka. Jadi, berpanaslah hingga sampai ke destinasi yang dituju.

Pemanduan seperti sedan

Zaman van sudah hampir pupus sekarang. Sebaliknya kenderaan yang kini dijual lebih untuk tujuan komersial itu sudah diganti oleh kenderaan pelbagai guna atau MPV.

MPV menawarkan kualiti pemanduan seperti sebuah sedan dan tetap boleh membawa sehingga tujuh orang penumpang. Malah, semua orang boleh duduk di dalam kabin dengan lebih selesa

Disebabkan oleh praktikalitinya, MPV menjadi antara segmen yang paling pantas berkembang. Sebab itulah hampir semua pengeluar kenderaan ada menawarkan MPV dalam rangkaian produk mereka.


RUANG tengah papan pemuka yang dihuni oleh unit audio jenama Sony, lubang pendingin hawa dan butang Start/Stop.


Ford tidak terkecuali. Pernah menawarkan van seperti Econovan dan Spectron pada lewat tahun 1990-an, Ford sekali lagi tampil dengan model yang jauh lebih baik dan menarik, Ford S-Max.

S-Max diperkenalkan ke pasaran tempatan bersama model sedan Mondeo pada Jun lalu. Berpaksikan kepada hala tuju rekaan Ford yang dikenali sebagai Kinetic Design, para jurutera Ford berjaya membuatkan S-Max cukup bergaya. Lihat dari mana-mana sudut sekali pun, MPV itu sememangnya menarik perhatian.

Rekaan bahagian hadapannya jelas garang dengan rekaan gril radiator lebar, sepasang lampu LED DRL (Day Running Lights) dan lampu tama yang berbucu tajam. Mahu tampil lebih sporty berbanding MPV lain di pasaran, S-Max turut dipasang dengan 'sirip' pada sisi arca roda hadapannya. Memang bergaya.

Bahagian belakang S-Max menyerlah dengan lampu belakang yang dihuni oleh jaluran LED. Nampak moden dan elegan berbanding MPV yang lain.

Kuasa yang menggiurkan

Walaupun besar, S-Max cuba sedaya upaya meminimumkan titik buta dengan meletakkan cermin yang agak besar pada tiang A. Anda juga tidak perlu bimbang ketika hendak memarkir atau membelok di ruang kecil kerana setiap sudut MPV itu dipasang dengan alat pengesan. Ia akan berbunyi sekiranya kenderaan hampir melanggar halangan di hadapan.

Tagline enjin EcoBoost bersesaran 2.0 liter yang berbunyi "More power, less fuel" memang tidak menipu. Sepanjang pandu uji selama tiga hari, hanya suku minyak dihabiskan. Sedangkan, banyak juga tempat yang sempat saya pergi.



Lebih menarik lagi, kuasa yang ditawarkan oleh unit enjin itu memang menggiurkan. Memandu S-Max sedikit laju memang mengasyikkan. Ditambah pula dengan karekter pemanduannya yang tidak jauh beza seperti sebuah sedan.

Kawalan sterengnya tepat dan responsif. Pengagihan kuasa menerusi kotak gear enam kelajuannya juga lancar. Jarang sekali anda akan berasa MPV itu berat. Keadaan itu membuatkan saya langsung tidak mencuba ciri penukaran gear secara manual yang tersedia.

Mahu berpindah rumah? Ruang kargo S-Max yang luas itu akan sangat membantu. Tempat duduk baris kedua dan ketiganya yang boleh dilipat sepenuhnya membolehkan barang bersaiz besar disumbat tanpa banyak masalah.

Sebenarnya, banyak perkara yang saya suka tentang S-Max. Secara jujurnya juga, tidak apa yang boleh saya rungutkan. Semuanya bagus dan memuaskan. Untuk makluman, saya tidak dibelanja makan oleh Ford kerana menulis perkara-perkara positif mengenai S-Max.

Di pasaran Malaysia, MPV itu bersaing secara langsung dengan Peugeot 5008. Cuma, harga 5008 lebih murah iaitu sekitar RM160,000 seunit. Biarpun begitu, S-Max yang ditawarkankan pada harga RM185,888 seunit (di atas jalan dengan insurans) pasti membuatkan anda tersenyum setiap kali memandunya. Percayalah.

Full content generated by Get Full RSS.

Lexus CT200h Siri F-Sport

Posted:

Lexus CT200h Siri F-Sport

Lexus CT200h Siri F-Sport

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


MODEL ini dibina untuk bersaing dengan varian lebih berkuasa yang dikeluarkan oleh BMW dan Mercedes-Benz.




KIRI: Ruang dalaman Siri F-Sport ini lebih sporty berbanding varian CT200 biasa.




LENCANA yang menjelaskan lagi perbezaannya.


SEBELUM ini, saya pernah berikrar dengan seorang rakan bahawa saya tidak akan membeli kenderaan Toyota moden kecuali Lexus. Walaupun jenama itu asal-usulnya daripada Toyota, namun Lexus difungsikan sebagai kemuncak kesempurnaan Toyota.

Jika rekaan Toyota boleh dikatakan sebagai biasa-biasa sahaja, Lexus pula lebih elegan. Rekaannya bersahaja tetapi tajam dan segak. Istilah Inggeris yang biasa digunakan ialah sharp.

Harus tahu, mereka yang bekerja di Lexus bukan calang-calang orang. Mereka sangat mahir dan teliti dalam bidang masing-masing. Sehinggakan enjin diuji dengan telinga melalui steteskop bagi memeriksa jika ada bunyi yang berbeza daripada kebiasaan.

Mereka yang mahir ini dipanggil sebagai Master Craftsmen atau gambaran lebih jelasnya ialah seperti pengukir kayu di negara kita. Hasil ukiran yang halus datang daripada pengukir mahir serta berpengalaman yang sememangnya boleh membuatkan kita kagum dengan hasil kerja mereka.

Semakin halus ukiran, maka lebih tinggi nilainya. Begitulah juga dengan Lexus. Proses praproduksinya pun sudah cukup meletihkan. Ini sekali gus meletakkan harganya dalam kategori premium, walaupun hakikatnya nadi atau platformnya adalah sama dengan kenderaan Toyota.

Lexus sebenarnya disasarkan untuk pasaran mewah yang sudah sinonim dengan jenama dari Jerman seperti BMW dan Mercedes-Benz. Oleh sebab itu, setiap model BMW dan Mercedes-Benz pasti akan ada pencabar serupa daripada Lexus selaku pesaing dari Asia.

Model CT200h keluaran Lexus boleh dilihat sebagai pencabar BMW 1 Series atau Mercedes B-Class. Saiz CT200h tidaklah besar mana. Malah, ia kelihatan seperti model IS250 yang dipendekkan. Namun, ruang storan belakangnya tidaklah sempit atau menampilkan rekaan yang sekadar cukup makan.

Apa yang paling menarik tentang CT200h di pasaran tempatan ialah harganya yang murah. Lebih tepat lagi, paling murah antara model-model Lexus lain. Dengan harga kira-kira RM173,000 anda boleh memiliki CT200h yang menggunakan sistem hibrid sama seperti Prius. Kereta mewah yang ekonomikal. Oleh kerana memakai jenama Lexus, maka harganya lebih mahal berbanding Prius yang berharga sekitar RM140,000 seunit.

Tidak cukup dengan bertarung secara berdepan dengan variasi Mercedes-Benz dan BMW, Lexus turut mempunyai pesaing bagi model berprestasi kedua-dua jenama itu, misalnya AMG untuk Mercedes.

F-Sport adalah gred sporty bagi kenderaan Lexus. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui penggayaan baharu seperti spoiler belakang yang lebih besar, skirt sisi kembang, gril hadapan dan bampar yang aerodinamik.

Pada keempat-empat rodanya, dipasang rim aloi 17 inci dengan warna gelap. Di dalam kabin, apa yang membezakan model F-Sport dengan model biasa ialah sterengnya yang rata pada bahagian bawah, selain pedal dan scuff plates yang diperbuat daripada aluminium.

CT200h F-Sport dilengkapi dengan cruise control, tempat duduk disalut kulit dan boleh dilaras secara automatik, selain sistem pemanas (pada tempat duduk hadapan). Ia turut dipasang dengan cermin sisi dengan electrochromatic dan kamera parkir dengan visual pada cermin pandang belakang.

Jika itu masih tidak memadai, pembeli boleh menambah lagi resipi kemewahan dengan beberapa perkakasan seperti sistem navigasi HDD yang digabungkan dengan kawalan Remote Touch Lexus.

Selain cermin pandang belakang dengan tahap cahaya boleh laras, model mewah itu turut dilengkapi monitor panduan belakang dan pakej sepuluh unit pembesar suara. Alat pengesan parkir hadapan dan belakang serta cermin suria juga ada sebagai opsyen pembelian.

Demi kualiti pengendalian dan pemanduan yang lebih mantap, Lexus telah menala suspensi model itu agar lebih 'berhubung' dengan pemandu. Standard untuk F-Sport ialah teknologi lateral damping. Sementara kadar kekenyalan pegas gegelungnya telah ditukar. Penyerap hentak standard Showa pula telah digantikan dengan set jenama Kayaba yang lebih berorientasikan pemanduan sporty.

Sistem lateral damping yang dilihat unik dalam kelas CT200h berjaya mengurangkan gegaran badan kereta. Ia kemudian menyumbang kepada rasa stereng yang lebih linear, seterusnya menjadikan pemanduan lebih asyik dan selesa untuk semua penumpangnya.

Dengan pelanjutan pengecualian cukai terhadap kenderaan hibrid, tidak mustahil model F-Sport akan dibawa masuk ke dalam pasaran negara. Suatu ketika dulu, dengan cukai yang tinggi memang agak mustahil untuk rakyat merasa teknologi termaju automotif. Tetapi kini, dengan insentif cukai hibrid itu apa yang ditawarkan di pasaran global dapat kita beli.

Biarpun sudah ketinggalan jauh dalam industri kereta massa, Malaysia tetap mempunyai peluang yang luas dalam bidang teknologi hijau. Malah, jika pasaran kenderaan diliberalisasikan dalam masa beberapa tahun akan datang, kenderaan hibrid dijangka kalis penurunan harga kerana faktor harganya yang realistik dengan sedikit cukai.

Di United Kingdom (UK), Lexus CT 200h F-Sport ditawarkan pada harga bermula €27,850 iaitu kira-kira RM137,000. Secara relatifnya, harga model tersebut di UK berada pada paras harga Toyota Prius di sini.

Saya yakin Lexus Malaysia, UMW Toyota dan kerajaan mempunyai kira-kira tersendiri mengapa harga kenderaan hibrid di sini berbeza dengan di UK. Mungkin juga spesifikasinya berbeza dengan pasaran lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Amil serah diri kerana keluarga malu

Posted:

Amil serah diri kerana keluarga malu

Amil serah diri kerana keluarga malu

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU - Disebabkan malu wajahnya disiarkan di akhbar, bekas imam di sebuah masjid di Kulaijaya di sini akhirnya menyerah diri kepada polis semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan wang zakat fitrah tahun lepas.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail, bekas imam itu, dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Katanya, suspek bertindak demikian apabila dihubungi ahli keluarga yang memujuk agar dia menyerah diri setelah malu wajahnya disiarkan di televisyen dan akhbar.

"Hasil siasatan awal polis mendapati suspek mengaku selama ini dia berada di Ipoh, Perak dan bekerja sebagai guru tahfiz.

"Dia kini ditahan untuk membantu siasatan dan reman akan dibuat esok (hari ini).

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana membantu kami menyiarkan maklumat sehingga suspek sendiri membuat keputusan menyerah diri kepada polis," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan polis sedang memburu suspek yang dipercayai terlibat dengan penipuan wang zakat tahun lepas.

Suspek yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya disyaki gagal menyerahkan kembali wang kutipan zakat sebanyak RM18,000.

Sementara itu, Pengerusi MAIJ, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, satu mesyuarat akan diadakan minggu hadapan untuk mencari sistem terbaik bagi mencegah insiden penipuan wang zakat daripada berulang.

Katanya, meskipun kes penipuan yang membabitkan suspek merupakan kes terpencil, namun ia secara tidak langsung menjejaskan nama baik banyak pihak.

"Seingat saya, ini merupakan kes pertama seumpamanya yang berlaku di MAIJ tetapi kami akan mengambil tindakan lanjut bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang.

"Saya akan memanggil semua pegawai saya minggu hadapan dan mengadakan mesyuarat bagi memperkemas sistem kutipan dan penyerahan wang zakat," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Zainal, pada mesyuarat terbabit, pihaknya akan cuba mencari jalan mendapatkan kembali wang kutipan zakat yang dilaporkan hilang itu.

Katanya, kutipan zakat sepatutnya diserahkan kepada MAIJ sebaik sahaja selesai tempoh bayaran tetapi disebabkan cuti perayaan dan kesibukan, wang tersebut seringkali lewat diserahkan.

"Mungkin selepas ini kami akan tetapkan wang kutipan diserahkan seminggu sekali dan tidak perlu menunggu sehingga habis tempoh kutipan ataupun mana-mana amil yang dipertanggungjawabkan tidak boleh menyimpan wang melebihi RM10,000 atau sebagainya," katanya.

Sementara itu di Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap semua Majlis Agama Negeri berhati-hati dalam memilih dan seterusnya melantik golongan amil bagi mengutip wang zakat pada masa akan datang.

Menurutnya, walaupun setiap tahun diadakan semakan berkenaan pemilihan golongan amil oleh setiap negeri tetapi ia perlu dilakukan dengan lebih teliti bagi membendung masalah ini berulang.

"Soal songlap duit ia tidak kira siapa, jadi pihak majlis agama kena berhati-hati pada pelantikan golongan amil pada masa akan datang," katanya di sini semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan boikot, kurangkan beli

Posted:

Jangan boikot, kurangkan beli

Jangan boikot, kurangkan beli


KENAIKAN harga ayam sehingga RM9 sekilogram mendorong pengguna mengurangkan kekerapan pengambilan makanan itu dalam sajian harian. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Tindakan memboikot pembelian ayam bukan penyelesaian terbaik dalam isu kenaikan harga ayam sebaliknya persatuan pengguna mencadangkan agar pengguna mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam.

"Jika kita makan ayam lima kali seminggu kita kurangkan tiga kali itu sudah cukup... susah jika kita tidak mahu makan terus sebab ayam antara makanan utama kita rakyat Malaysia," kata Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata, jika pengguna dapat mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam, permintaan terhadap ayam dalam pasaran akan berkurangan seterusnya dapat menurunkan harga ayam.

Kenaikan harga ayam selepas musim perayaan mungkin disebabkan harga siling ayam yang ditetapkan pada musim perayaan kerana pengusaha dan penjual ayam memerlukan satu mekanisme untuk meraih kembali keuntungan mereka, katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna agar mengambil resit pembelian ayam jika harga yang dikenakan terlalu tinggi dan membuat aduan kepada kementerian berkenaan dengan disertakan resit pembelian.

Marimuthu berkata, penguatkuasaan terhadap harga siling ayam juga perlu sentiasa dilakukan agar harga ayam tidak membebankan pengguna pada masa ini dan masa depan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, tindakan memboikot pembelian dan pemakanan ayam akan menjejaskan peniaga kecil ayam di negara ini.

"Peniaga kecil ini beli ayam bayar tunai kepada penternak, bila boikot peniaga kecil ini terbeban dengan stok yang banyak. Peniaga besar tidak terjejas sangat kerana mereka ada cara simpan stok ayam untuk tempoh lama," katanya.

Beliau berkata, selain memantau harga ayam di pasaran, kerajaan juga perlu memantau kos penternakan ayam kerana kos itu mampu memberi kesan yang besar kepada harga ayam di pasaran.

Katanya, tindakan mengimport ayam juga bukan penyelesaian terbaik kerana harga ayam di negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia jauh lebih mahal selain turut melibatkan isu halal.

Full content generated by Get Full RSS.

Fara, Neelofa hos baharu Nona

Posted:

Fara, Neelofa hos baharu Nona

Fara, Neelofa hos baharu Nona

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


Neelofa


KUALA LUMPUR - Penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana sah menjadi hos program terbitan TV3, Nona bersama pelakon jelita, Neelofa bermula Januari tahun depan.

Pengumuman mengenai pemilihan Fara, 31, dan Neelofa, 23, sebagai hos baharu Nona itu dibuat oleh Pengarah Urusan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

"Fara dipilih kerana gaya spontan beliau selain ada ramai pengikut manakala Neelofa pula adalah bintang baharu yang sedang meningkat naik," kata Izham pada sidang akhbar pratonton rancangan televisyen Media Prima Berhad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

Menurut Izham, gandingan Fara dan Neelofa diharap menyuntik kelainan kepada Nona di masa depan.

Sementara itu, Fara yang hadir pada majlis tersebut mengakui teruja dengan cabaran baharunya itu.

"Saya tidak sabar-sabar lagi untuk menjalankan tugasan sebagai hos baharu Nona kerana selepas berbincang dengan pihak penerbitan Nona, saya dibenarkan menjadi diri saya sendiri," ujarnya.

Tambah beliau, Nona yang bakal dikendalikan bersama Neelofa itu akan menggunakan pendekatan baharu untuk mencipta kelainan berbanding gaya program itu yang dikendalikan hos sedia ada, Vanidah Imran.

Katanya, konsep baharu itu akan diumumkan pada sidang akhbar Nona tidak lama lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Debaran malam kemuncak

Posted:

Debaran malam kemuncak

Debaran malam kemuncak

KAPTEN Negeri Sembilan, Shukor Adan (kiri) dan kapten Terengganu, Marzuki Yusoh berjabat tangan pada sidang media final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam semalam.


AKSI penutup tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini menyaksikan pertembu- ngan dua pasukan terhebat, Terengganu dan Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Apa yang pasti, kedua-dua pasukan mempunyai misi yang sama bagi menjulang piala paling berprestij itu sebagai koleksi peribadi kedua-dua pasukan.

Di saat Negeri Sembilan memburu koleksi ketiga setelah memenanginya pada edisi 1948 dan 2009, Terengganu juga mahu mengulangi kegemilangan hampir sedekad lalu apabila kali terakhir muncul juara pada 2001.

Atas kertas, rekod pertemuan kedua-dua pasukan dilihat seimbang apabila masingmasing mencatatkan satu kemenangan, satu tewas dan dua kali seri musim ini.

Dalam kempen Piala Malaysia, kedua-dua pasukan diundi dalam Kumpulan B dengan menyaksikan Negeri Sembilan menang 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebelum mencatatkan seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu.

Bagi aksi Liga Super, Terengganu berpesta gol di Stadium Sultan Ismail Nasirud- din Shah apabila membelasah Negeri Sembilan 3-0 sebelum seri 1-1 di gelanggang lawan.

Menjelang aksi final malam ini, jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah tetap optimis skuad kendaliannya mampu membawa semula Piala Malaysia ke Serem- ban selepas dikecewakan Kelantan musim lalu.

"Moral para pemain kini berada pada tahap terbaik.

"Kesemua pemain telah bersedia bagi menghadirkan satu persembahan yang isti- mewa esok (malam ini).

"Malah sekiranya menang, ia adalah detik paling bermakna bagi saya selaku jurulatih selain menganggap ia sebagai hadiah hari jadi saya," kata Azraai kepada pemberita dalam sidang media final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh; Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Abd Halim Abd Latif; Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Salleh Mat Rasid; Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan kapten kedua-dua pasukan, Shukor Adan dan Marzuki Yusof.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti menjelaskan, anak-anak buahnya telah bersedia daripada aspek mental dan fizikal bagi mengharungi aksi malam ini.

Jelasnya, sekalipun terpaksa beraksi dalam keadaan hujan dan padang becak, beliau tetap mahu barisan pemainnya mengamalkan corak permainan secara menyerang.

"Meskipun keadaan cuaca tidak menentu ketika ini tetapi saya tetap percaya bahawa kesemua barisan pemain saya sudah bersedia untuk menghadapinya.

"Bukan sahaja kami, malah Negeri Sembilan turut akan merasai kesukaran yang sama sekiranya terpaksa beraksi dalam keadaan hujan dan padang becak," kata Irfan.

Full content generated by Get Full RSS.

Marzuki tekad rantai Hairuddin

Posted:

Marzuki tekad rantai Hairuddin

Marzuki tekad rantai Hairuddin


MARZUKI (tengah) memikul tanggungjawab besar bagi mengekang kemaraan penggempur Negeri Sembilan pada aksi final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam malam ini.


DILABEL sebagai 'kereta kebal' Terengganu, Marzuki Yusof jelas memikul tugas sukar pada aksi final Piala Malaysia malam ini dalam misi menge- kang setiap asakan jentera serangan Terengganu.

Tanpa mahu memperlekehkan kemampuan pihak lawan, kapten Terengganu itu juga tekad merantai setiap pergerakan rakan senegerinya, Hairuddin Omar yang di- akui memiliki kelebihan luar biasa khususnya menerusi tandukan.

Jelas Marzuki, kehadiran Hairuddin dalam pasukan Negeri Sembilan dianggap 'duri dalam daging' bagi sku- ad Penyu memandangkan penyerang bertubuh sasa kela- hiran Setiu itu pernah beraksi bersamanya dalam pasu- kan Terengganu.

"Dia (Hairuddin) adalah pemain serba boleh dan seorang penyerang yang memiliki pengalaman luas beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia. Dia juga sangat pantas mencuri peluang, terutamanya menerusi tandukan," jelas Marzuki.

Justeru kata tonggak pertahanan itu, setiap pergerakan Hairuddin perlu diawasi dengan bijak dan tidak sese- kali memberi peluang kepadanya berada dalam kawasan kotak penalti.

Paling penting jelasnya, rakan-rakan sepasukannya perlu mengelak daripada membiarkan pemain pasukan lawan melakukan hantaran- hantaran silang yang mampu memberi kelebihan kepada Hairuddin melakukan tandukan.

"Semua pemain dalam pasukan Negeri Sembilan berbahaya tetapi saya melihat Hairuddin sebagai ancaman utama kami.

"Dia mungkin tahu serba sedikit mengenai corak permainan Terengganu dan sebab itu kami perlu mengawa- sinya sepanjang 90 minit permainan," katanya.

Hairuddin yang pernah bersama-sama Marzuki menjulang Terengganu muncul juara Piala Malaysia 2001, kini dilihat berada pada prestasi terbaik dan menjadi nadi kepada kejayaan Negeri Sembilan mara ke final buat kali ketiga berturut-turut.

Dia turut menyumbat dua gol menerusi tandukan ketika membenam bekas pasukannya, T-Team pada aksi sepa- ruh akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.

"Apa yang perlu adalah kerjasama daripada semua pemain. Kami perlu bertahan dan menyerang sebagai sebuah pasukan.

"Lagipun, inilah peluang terbaik kami untuk membawa Piala Malaysia selepas kejayaan menjuarai Piala FA, Jun lalu," jelas Marzuki.

Full content generated by Get Full RSS.

Awas 'tandukan bersiri' Hairuddin

Posted:

Awas 'tandukan bersiri' Hairuddin

Awas 'tandukan bersiri' Hairuddin

JIKA ditanya siapakah yang mampu mencuri tumpuan di tengah padang pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini, sudah tentu jawapannya ialah penyerang veteran Negeri Sembi- lan, Hairuddin Omar (gambar).

Dalam misi peribadi menjulang Piala Malaysia buat kali keempat dalam kariernya, keupayaan Hairuddin, 32, menjaringkan gol dalam dua pentas final ber- turut-turut, bersama dua pasukan berbeza sebelum ini pastinya sukar ditandi- ngi mana-mana pemain lain.

Pada edisi 2009, Hairuddin yang dipin- jamkan ke Negeri Sembilan lantaran ke- labnya ketika itu, T-Team tidak layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia, berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.

Ketika menyarung jersi Kelantan musim lalu pula, Hairuddin yang dikenali dengan gelaran 'Hai-O' tiba-tiba bertukar watak menjadi 'api dalam sekam' buat Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.

'Tandukan bersiri' Hairud- din juga dilihat masih belum kehilangan bisanya musim ini apabila dia berjaya menanduk masuk tiga lagi gol bagi membantu Negeri Sembi- lan mara ke final ketika menentang T-Team dan Felda United dalam aksi suku akhir dan sepa- ruh akhir sebelum ini.

Malah, mungkin ada juga pemi- nat yang sudah lupa mengenai pe- ranan Hairuddin yang turut membawa watak penting bersama Rosdi Talib dan Sapian Wahid ketika Terengganu bangkit menewaskan Perak 2-1 pada final edisi 2001 walaupun dia tidak menjaringkan gol pada perlawanan itu.

Malam ini, tibalah peluang bagi anak kelahiran Setiu, Terengganu itu un- tuk mengecewakan negeri kelahirannya sendiri dan Hairuddin sendiri mengakui, ia adalah satu detik yang isti- mewa jika berjaya menjaringkan gol.

"Sudah tentu ia menjadi malam yang cukup indah jika berjaya menjaringkan gol dalam tiga pentas final berturut- turut. Tambahan pula berdepan Terengganu, tanduk boleh, pakai kaki pun tak kisah, asalkan gol.

"Tetapi saya tidak terlalu memikirkan sangat nak jaringkan gol. Bagi saya, dapat membawa balik semula Piala Malaysia pulang ke Seremban sudah cukup baik," jelas Hairuddin.

Pada masa sama, Hairuddin yang telah menjaringkan tujuh gol sepanjang edisi Piala Malaysia kali ini, menyedari ia bu- kan satu tugas yang mudah bagi menem- busi kekebalan benteng Terengganu yang diketuai oleh Marzuki Yusof.

"Jika pergerakan saya dirantai pun tak kisah, ia satu cabaran untuk saya berusaha lebih keras, selain boleh memberi lebih ruang kepada rakan sepasukan lain seperti Shahurain (Abu Samah) dan S. Kunanlan untuk menjaringkan gol," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Susu UHT 1Malaysia selamat diminum

Posted:

Susu UHT 1Malaysia selamat diminum

Susu UHT 1Malaysia selamat diminum

ROHANA SAFINAH (kanan) bersama rakan niaga Ng Boon Leong , Hannah Moo dan Ahmad Azman Sharif menunjukkan susu 1 Malaysia bagi program pendidikan susu untuk murid sekolah seluruh negara di Petaling Jaya baru-baru ini.


SELEPAS berdepan dengan beberapa dugaan kes keracunan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah yang mengambil susu 1Malaysia, Dutch Lady Malaysia (DLM) memberi jaminan bahawa susu keluaran mereka selamat dinikmati oleh kanak-kanak.

Program susu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak September tahun lalu itu dijalankan di 7,073 sekolah rendah terpilih seluruh Malaysia pada April lalu.

Melibatkan hampir 1.4 juta pelajar, kes keracunan akibat meminum susu tersebut dikatakan berada pada skala yang rendah. Perkara itu terjadi disebabkan pelbagai faktor.

"Kebanyakan pelajar yang diletakkan di bawah program ini merupakan mereka yang tinggal di luar bandar dan berasal dari keluarga susah.

Segelintir daripada mereka telah berhenti minum susu dalam satu tempoh lama dan apabila mereka kembali minum susu, perut mereka akan memberikan satu tindak balas yang berbeza.

"Ia mungkin disebabkan alahan laktosa. Justeru, kami menyarankan agar pelajar ini mengambil separuh susu sahaja pada waktu rehat dan separuh lagi selepas tamat sesi persekolahan pada hari yang sama," ujar Ketua Bahagian Korporat dan Kawal Selia DLM, Rohana Safinah Abdul Hamid.

Sehubungan itu, DLM meminta orang ramai meletakkan keyakinan tinggi terhadap program yang pernah dijalankan suatu ketika dulu sebelum dihentikan pada tahun 2007 bagi melahirkan pelajar-pelajar yang sihat dengan susu.

Dengan pemberian susu dua kali seminggu kepada setiap pelajar, program itu juga diharapkan dapat mengurangkan masalah kekurangan zat makanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar khususnya di luar bandar.

Keberkesanan susu sebagai penyelesai masalah kekurangan zat dibuktikan dengan program susu yang sama. Program tersebut dijalankan di Thailand, Guatemala, Turki dan lain-lain apabila jumlah pelajar yang mengalami masalah kekurangan zat makanan menurun setiap tahun.

Bagi memastikan matlamat program tersebut dicapai, DLM turut melapangkan masa mencipta pelbagai program di sekolah-sekolah terlibat terutama di kawasan pedalaman.

Di bawah program itu juga hanya susu perisa coklat dibekalkan kerana ia merupakan perisa paling digemari kanak-kanak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ibu kota Thailand 'dikepung' air bah

Posted:

Ibu kota Thailand 'dikepung' air bah

Ibu kota Thailand 'dikepung' air bah

SEBUAH jeti yang rosak dilihat terapung di Sungai Chao Phraya. Banjir besar yang melanda memaksa pihak berkuasa Thailand mengarahkan penduduk supaya keluar dari Bangkok.-Reuters


BANGKOK - Puluhan ribu orang membanjiri stesen bas dan lebuh raya dalam usaha meninggalkan ibu kota Thailand, Bangkok ketika situasi banjir di sini semakin meruncing dengan arahan perpindahan pertama telah dikeluarkan.

Kota metropolis yang dihuni sembilan juta orang itu kini dikelilingi air banjir.

Setakat ini, banjir yang melanda Thailand sejak Julai lalu telah mengorbankan 373 orang di seluruh negara dengan kerugian mencecah berbilion-bilion dolar. Lapangan Terbang Don Muang iaitu lapangan terbang kedua terbesar di sini turut ditutup akibat banjir.

Setakat semalam, kebanyakan kawasan di Bangkok masih belum ditenggelami air. Namun, warga kota dilihat giat melakukan persediaan ekoran banjir kali ini yang tidak dapat dielakkan.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata, penduduk di dua daripada 50 daerah di sini iaitu Don Muang and Bang Phlat sudah diarah berpindah.

Kedua-dua daerah tersebut kini ditenggelami air banjir.


SEORANG lelaki mengayuh sebuah sampan ketika mengharung banjir di tengah-tengah kota Bangkok.-AFP


"Ini kali pertama saya menggunakan perkataan berpindah. Ini juga kali pertama saya meminta anda semua supaya beredar ke tempat lebih selamat," kata Sukhumbhand.

Di tempat-tempat lain di Bangkok, ribuan penduduk membanjiri terminal bas Mo Chit untuk meninggalkan bandar raya tersebut.

Kebanyakan mereka mengambil kesempatan cuti umum lima hari yang diisytiharkan oleh kerajaan bagi mengelakkan orang ramai terperangkap dalam banjir.

Cuti umum berkenaan yang bermula semalam hingga Isnin depan melibatkan kawasan-kawasan terjejas teruk akibat banjir termasuk Bangkok.

Sementara itu, peta satelit menunjukkan bandar raya itu kini 'dikepung' oleh air banjir.

Banjir yang melanda utara Thailand sejak Julai lalu sedang mengalir ke bandar raya ini dan menuju ke Teluk Thailand di selatan negara itu.

"Jumlah airnya amat besar," kata Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

"Sebahagian air banjir akan melanda Bangkok tetapi kita akan berusaha supaya banjir mengalir keluar dengan seberapa segera," tambahnya.

Menurut Yingluck, beberapa kawasan di sini mungkin ditenggelami air sedalam 10 sentimeter hingga 1.5 meter.


SEKUMPULAN penduduk menaiki sebuah trak untuk keluar dari Bangkok.


"Jika tiga tembok penghadang banjir di sini kekal utuh, situasi di Bangkok akan bertambah baik. Namun, jika benteng tersebut gagal, seluruh Bangkok akan dilanda banjir," ujarnya.

Sementara itu, pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota memberhentikan pengeluarannya pada Sabtu ini di empat buah kilang di Amerika Utara termasuklah Indiana, Kentucky, Ontario Kanada dan Virginia berikutan impak banjir di Thailand.

"Banjir di Thailand telah menyebabkan gangguan dalam pengeluaran beberapa pembekal di rantau itu. Kami masih belum pasti sama ada boleh memulakan pengeluaran pada Isnin (31 Oktober) atau sebaliknya. Kami akan memantau keadaan di sana," kata jurucakap Toyota, Amiko Tomita.

- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Saif mahu serah diri

Posted:

Saif mahu serah diri

Saif mahu serah diri


SAIF AL-ISLAM


DUBAI – Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif Al-Islam (gambar) mahu sebuah pesawat membawanya keluar dari gurun di selatan Libya supaya dia dapat menyerah diri kepada mahkamah jenayah perang di The Hague, Belanda, kata sumber Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) semalam.

Saif juga mahu pembabitan negara ketiga sama ada Algeria atau Tunisia dalam menjayakan misi tersebut.

"Dia mahu sebuah pesawat membawanya keluar dari Libya sebelum dihantar ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda," kata sumber itu dalam satu wawancara telefon dari Libya.

Saif, 39, melarikan diri semasa bapanya maut seminggu lalu di tangan sekumpulan pejuang NTC.

Beberapa pegawai NTC memberitahu bahawa Saif kini bersedia untuk menyerah diri ke muka pengadilan seperti yang dilakukan oleh bekas ketua agensi perisikan Libya, Abdullah al-Senussi.

Kedua-duanya menjadi buruan ICC kerana melakukan jenayah kemanusiaan berhubung tindakan mereka dalam mengekang kebangkitan rakyat Libya pada Februari lalu.

Beberapa laporan bercanggah mengenai lokasi persembunyian Saif tersebar sejak dia hilang dari kubu kuat Gaddafi di Bani Walid, utara Libya dengan beberapa laporan menyatakan dia dan Senussi bersembunyi di Niger.

Namun, sumber NTC itu memberitahu, Saif masih berada di Libya.

Dia kini dilindungi seorang pemimpin puak Tuareg di kawasan gurun berhampiran sempadan Niger dan Algeria. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Pemilik rumah berang harga rumah jatuh di Shanghai

Posted:

Pemilik rumah berang harga rumah jatuh di Shanghai

Pemilik rumah berang harga rumah jatuh di Shanghai


JUALAN hartanah di China jatuh sebanyak 10 peratus, sekali gus menyebabkan para pemaju memotong harga bagi menaikkan semula kadar jualan mereka.- Reuters


SHANGHAI - Beratus-ratus pembeli rumah yang marah mengadakan protes di ibu kota komersial China, di sini pada minggu ini kerana membantah kejatuhan harga hartanah milik mereka, lapor media pemerintah semalam.Terjejas akibat kemerosotan permintaan dan kekurangan dana, para pemaju bertindak memotong harga beberapa projek perumahan baru di bandar raya ini hingga 20 peratus.

Akhbar tempatan, China Business News melaporkan tindakan pemaju-pemaju itu mencetuskan kemarahan mereka yang membeli rumah-rumah serupa pada harga lebih tinggi.

Beberapa penganalisis memberitahu, siri protes itu yang adakalanya bertukar ganas, merupakan isyarat bahawa langkah-langkah pemerintah untuk memperlahankan kenaikan dalam pasaran hartanah di bandar-bandar utama China adalah berkesan.

Dalam insiden terbaru kelmarin, kira-kira 200 pemilik rumah menyerbu pejabat jualan sebuah projek perumahan yang dibangunkan oleh Greenland Group dan menuntut wang mereka dikembalikan.

"Kami mahu wang kami dipulangkan kerana kerugian yang kami alami terlalu besar," kata seorang penunjuk perasaan.

Dia mendakwa telah membayar AS$2,678 (RM8,327) untuk setiap meter persegi kediamannya pada tahun lalu. Tetapi pemaju kini memotong harga kediaman sama sebanyak 30 peratus untuk menggalakkan jualan.

Mengulas isu berkenaan, seorang penganalisis tempatan, Su Yan berkata pemaju terpaksa bertindak demikian kerana masalah dana.

"Para pemaju kini tertekan dan terpaksa mengurangkan harga hartanah," katanya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki ditemui lemas dalam Sungai Perak

Posted:

Lelaki ditemui lemas dalam Sungai Perak

Lelaki ditemui lemas dalam Sungai Perak

28/10/2011 9:13pm

IPOH 28 Okt — Seorang lelaki yang dilapor terjatuh ke dalam Sungai Perak, dekat Teluk Intan, 100 km dari sini malam tadi, ditemui mati lemas.

Mayat C. Hariharen, 23, ditemui terapung di sungai itu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 10.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata lelaki berkenaan dilapor terjatuh ke dalam sungai itu pada pukul 8 malam ketika dia berjalan bersendirian di tepi sungai itu.

Mayat lelaki itu ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia dilapor terjatuh, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mayat itu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

— Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki dibunuh ketika makan

Posted:

Lelaki dibunuh ketika makan

Lelaki dibunuh ketika makan

28/10/2011 7:24pm

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki mati selepas diserang sekumpulan lelaki ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Jalan Bakawali 37, Taman Johor Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, lelaki berusia 31 tahun yang sedang makan bersendirian dilibas dengan senjata tajam di bahagian dada, perut dan kepala.

Lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Taman Johor Jaya itu cuba melarikan diri tetapi terus dikejar kumpulan lelaki terbabit. Mangsa rebah di Jalan Bakawali 48, kira-kira 50 meter dari restoran itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian bukan bermotifkan samun kerana barangan milik lelaki itu tidak dilarikan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Roslan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pengusaha pusat karaoke mati ditembak

Posted:

Pengusaha pusat karaoke mati ditembak

Pengusaha pusat karaoke mati ditembak

28/10/2011 6:27pm

LUMUT - Seorang pengusaha sebuah pusat karaoke dan kedai dobi mati ditembak di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan dekat sini malam tadi.

Peniaga berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Kelvin itu ditembak pada kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menjalankan siasatan dan setakat ini belum ada suspek ditangkap.

"Polis masih menyiasat dan sedang mencari pertunjuk kes itu dan tidak mahu siasatan terganggu," katanya yang enggan mengulas lanjut. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Norsiah mula tugas 6 pagi

Posted:

Norsiah mula tugas 6 pagi

Norsiah mula tugas 6 pagi

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

PARA penumpang mengakui berasa lebih selamat menaiki bas yang dipandu oleh wanita.


SEBAIK meletakkan motosikal di dalam kawasan depoh Sentul, Norsiah Salim, 46, pantas membuka topi keledar yang dipakai. Rambut hitamnya yang panjang mengurai dibiarkan lepas bebas. Sesekali jari-jemarinya mengelus helaian rambut yang terdapat di muka.

Lengkap memakai persalinan kemeja rona biru lembut yang dipadankan dengan seluar hitam, wanita itu berjalan pantas untuk mengemas kini alat perakam waktu atau punch card bagi tugasan pada hari tersebut.

Langkahnya terus diatur menuju ke sebuah bas mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bernombor plat WVB 4123. Enjin kenderaan tersebut mula dihidupkan. Deruman kasar bergema memenuhi ruang di kawasan sekitarnya.

Sementara menunggu enjin bas panas, wanita berkulit cerah itu bertindak memeriksa kebersihan bas. Dari depan hingga ke bahagian belakang, dia teliti melakukan tugas berkenaan.

Selepas berpuas hati dengan keadaan dalam bas itu, barulah dia kembali ke posisi di bahagian tempat duduk pemandu dan membawa bas itu ke ruang mengisi minyak yang terdapat di dalam depoh tersebut.

Sejurus minyak memenuhi tangki bas, Norsiah mula memandu bas itu keluar dari depoh RapidKL yang terletak di Jalan Sentul Sehaluan, Sentul Pasar, Kuala Lumpur.

Gaya pemanduannya kelihatan bersahaja dan sesekali dia mencuri pandang ke arah cermin belakang bagi memastikan keadaan lalu lintas dari arah berkenaan.

Kerenah penumpang

Hari itu seperti biasa bas yang dipandu akan dibawa melalui Jalan Pekeliling ke KLCC dan Jalan Bukit Bintang. Sebaik sampai ke destinasi laluan yang dituju, dia berhenti untuk mengambil beberapa penumpang.

"Selamat pagi kak, cantik hari ni," tegur seorang penumpang lelaki yang kemudian dibalas Norsiah dengan senyuman tanpa sebarang jawapan.

Itu antara situasi yang sering dihadapi Norsiah dalam melayan pelbagai kerenah penumpang yang menaiki bas dipandunya. Malah, lebih teruk ada penumpang lelaki termasuk warga asing cuba mengurat dan meminta nombor telefonnya untuk dihubungi.

Namun, sebagai pemandu bas wanita yang berpengalaman selama dua dekad, dia menganggap gurauan itu sebagai 'makanan' hariannya di samping berpegang pada prinsip menjaga disiplin diri sewaktu melaksanakan tugas.


SEBAGAI pemandu bas wanita, Norsiah sentiasa memandu dengan cermat dan berhati-hati bagi memastikan keselamatan penumpang lebih terjamin.


"Usikan sedemikian dah biasa sangat saya dengar. Tapi, semua itu saya tak peduli kerana niat saya hanya mahu mencari rezeki untuk menyara keluarga," demikian ungkapan telus yang lahir di bibir Norsiah yang mula membawa bas sejak usia 26 tahun.

Sebelum membawa bas Rapid KL, dia pernah ditugaskan membawa bas mini yang begitu popular di ibu kota suatu ketika dahulu diikuti bas Intrakota. Malah, jika dahulu gaji yang diterima sekitar RM1,600 sebulan, tetapi kini Norsiah berpuas hati dengan pendapatan yang mencecah RM3,500 sebulan.

Apatah lagi sejak bergelar ibu tunggal kira-kira enam tahun lalu, Norsiah ternyata mampu berdikari untuk menampung kehidupan selepas ditinggalkan suami bersama empat orang anak.

Wanita itu mengakui dia sebenarnya langsung tidak berminat dengan kerjaya sebagai pemandu bas. Bagaimanapun menyedari tiada kemahiran lain dan tidak berpelajaran tinggi, Norsiah kuatkan hati untuk mencubanya.

"Sebagai wanita sudah tentu kita tidak mahu menceburi kerjaya yang rata-ratanya didominasi oleh golongan lelaki. Sebaliknya, pasti ramai yang suka dengan pekerjaan yang selesa seperti di pejabat berhawa dingin, menghadap komputer dan sebagainya.

"Namun, saya sedar tanpa sebarang kelulusan, impian memiliki kerjaya yang diminati tidak akan tercapai. Justeru, saya kuatkan semangat dan membuang rasa malu yang ada dalam diri untuk menjadi pemandu bas," jelas Norsiah mengimbau detik-detik awal penglibatannya dalam kerjaya tersebut.

Apakah pengalaman yang dirasai ketika memandu bas buat kali pertama? Norsiah mengakui perasaan gementar menguasai fikirannya.



"Memang sewaktu kali pertama memegang stereng bas, jantung saya berdebar-debar dan rasa gemuruh dalam hati. Malah, saya juga bimbang dan tertanya-tanya adakah saya mampu melakukan pekerjaan ini.

"Tetapi apabila memikirkan niat untuk bekerja mencari rezeki yang halal, perasaan takut yang bersarang di dada dibuang jauh-jauh. Sebaliknya saya tanamkan keyakinan dalam diri bahawa saya juga boleh memandu bas dengan baik," tutur Norsiah yang tidak pernah mengalami kemalangan sepanjang membawa kenderaan tersebut.

Dipandang sinis

Berbicara lanjut, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu memberitahu sewaktu mula-mula bertugas sebagai pemandu bas, ramai sanak saudara yang memandang sinis kepadanya.

Tetapi, semua tanggapan negatif itu tidak dihiraukan kerana bagi Norsiah dia hanya mahu membantu keluarga mencari rezeki yang halal.

"Alhamdulillah, berkat kesabaran saya lama-kelamaan pandangan negatif sanak saudara tersebut lenyap kerana menyedari bahawa wanita juga sebenarnya mempunyai kemahiran tersendiri memandu kenderaan berat itu," ujar wanita itu sambil menghela nafas panjang tanda lega dengan situasi yang dilalui ketika itu.

Menyelami kehidupan Norsiah, tanpa sedar ia mampu menerbitkan rasa kagum di hati apabila melihat ketabahannya dalam melaksanakan tugas.

Seawal pukul 4 pagi, Norsiah sudah bangun untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Dia dikehendaki berada di depoh sekitar pukul 5 pagi untuk memulakan tugas membawa bas pertama pada pukul 6 pagi.


MEMANDU kenderaan bersaiz besar seperti bas memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.


Jika ditugaskan pada sesi pagi, rutin kerjanya akan berakhir pada pukul3 petang. Bagaimanapun, jika khidmat diperlukan dia perlu menyambung tugas memandu bas sehingga pukul

8 malam.

Setiap hari, Norsiah akan berulang-alik mengambil penumpang di laluan yang telah ditetapkan sehingga 14 kali bergantung kepada lalu lintas di kawasan tersebut.

"Kalau jalan sesak, jumlah itu mungkin berkurang. Bayangkan saya pernah duduk sahaja di dalam bas yang hanya dapat bergerak seinci demi seinci selama hampir empat jam.

"Memang lenguh kaki dan badan. Tetapi, demi tugas semua perasaan letih dan penat yang dirasai dibuang jauh. Kesabaran juga perlu ditingkatkan semata-mata untuk menjaga keselamatan penumpang yang berada di dalam bas," tegas Norsiah sambil menyatakan dalam tempoh sebulan, laluan akan diubah sebanyak dua atau tiga kali mengikut tugasan yang diberikan pihak pengurusan.

Full content generated by Get Full RSS.

Ceria si cilik raikan Deepavali

Posted:

Ceria si cilik raikan Deepavali

Ceria si cilik raikan Deepavali

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


AHLI Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan peribadi seorang pelajar sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Kanan Jabatan Kewangan Perodua, Suresh Kumar (kanan).


SUASANA petang di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya baru-baru ini sentiasa sibuk dengan pengunjung yang datang silih berganti. Apatah lagi ketika itu kurang dua minggu menjelang sambutan Deepavali.

Justeru, sudah tentu ramai pengunjung yang terdiri daripada kaum India berpusu-pusu untuk membuat persiapan terakhir dalam meraikan Pesta Cahaya yang disambut saban tahun.

Di sebalik kemeriahan itu, kelihatan sekumpulan kanak-kanak berwajah ceria sedang asyik memilih kelengkapan untuk meraikan hari bahagia. Mereka turut dibantu oleh beberapa petugas jualan dalam memilih barangan yang diinginkan.

Ada yang mengambil kasut dan ada juga yang memilih baju baharu untuk dicuba. Masing-masing kelihatan begitu teruja sambil senyuman tidak lekang di bibir apabila mendapat layanan sedemikian rupa.

Itu yang dialami oleh sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik yang diraikan Perodua melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena menyambut ketibaan Pesta Cahaya 2011 Rabu lalu.


SEBAHAGIAN kakitangan Perodua yang terlibat dalam program amal Deepavali gembira dapat menunaikan tanggungjawab sosial dalam penuh suasana perpaduan.


Seramai 50 orang kanak-kanak dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Choh dan SJKT Bukit Beruntung menerima sumbangan RM200 seorang untuk membeli kelengkapan Deepavali seperti baju, kasut dan seluar di samping dihadiahkan wang bernilai RM50.

Selepas penat membeli-belah selama dua jam bermula pada pukul empat petang, kumpulan kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Restoran Kenny Rogers di pusat beli-belah tersebut untuk mengisi perut dengan sajian enak yang dihidangkan.

Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, pihaknya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keseronokan dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

"Kami berbesar hati kerana dapat memenuhi keperluan mereka yang kurang berkemampuan dalam setiap perayaan utama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

"Di samping menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan, Perodua percaya program CSR seumpama ini memberi makna yang besar kepada mereka yang menerimanya," ujar Aminar Rashid.

Tambah beliau, program CSR itu meliputi biasiswa melanjutkan pengajian, latihan teknikal untuk golongan belia, sumbangan dalam bentuk wang tunai dan tenaga kepada badan-badan kebajikan.


KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah kanak-kanak ini kerana berpeluang meraikan Hari Deepavali bersama kakitangan Perodua.


"Kesemua projek komuniti dan sumbangan ini selaras dengan tagline jenama kami Building Cars, People First," jelasnya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan yang menyampaikan sumbangan peribadi termasuk biskut kepada kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, selain meraikan 50 kanak-kanak yang kurang bernasib baik, Perodua juga tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan kepada tiga buah sekolah dan tiga rumah kebajikan.

Tiga buah sekolah yang terpilih itu adalah SJKT Changkat Asa, SJKT Ladang Escot dan SJKT Ladang Kerling, manakala rumah kebajikan pula terdiri daripada Divine Life Society Kuala Kubu Baru, Persatuan Penganut Satguru Sri Raghavendra dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah.

Masing-masing menerima sumbangan bernilai RM3,000 untuk menjayakan program yang akan diatur kelak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved