Rabu, 19 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jutawan lawat kilang sel stem epal di Buchs

Posted:

Jutawan lawat kilang sel stem epal di Buchs

Jutawan lawat kilang sel stem epal di Buchs

SEJAK usia 19 tahun, bisnes produk kecantikan cukup dekat di hati wanita berkulit cerah dan bersosok sederhana ini. Bagi Zaiton Omar, 50, selain minat yang mendalam terhadap dunia kecantikan, bisnes dalam bidang berkenaan juga banyak membantunya menambah pendapatan.

Walaupun mempunyai pekerjaan tetap, beliau tidak meletakkan dirinya dalam zon selesa. Dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana antara faktor yang mendorong Zaiton berazam untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik.

Bapanya hanya bekerja sebagai pemandu manakala ibunya seorang suri rumah.

Cerita Zaiton, kenangan berulang-alik ke tempat kerja dengan menunggang basikal bersama suami, Abdul Rashid Othman, kini 57, masih segar dalam ingatan.

"Basikal itu adalah hadiah pemberian arwah ayah saya ketika zaman sekolah. Ia masih boleh dipakai walaupun selepas saya bekerja dan berkahwin," kata Zaiton, yang sekarang bergelar nenek kepada seorang cucu.

Daripada berbasikal, pasangan itu mampu membeli motosikal dan kemudian kereta.

Sedar tak sedar, sudah 24 tahun anak sulung daripada empat beradik itu berkhidmat dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah.

Namun, Zaiton belum puas kerana impiannya untuk menjadi jutawan belum tercapai.

Jadi, beliau nekad untuk berhenti kerja dan menyertai bisnes berkonsepkan rangkaian secara sepenuh masa.

"Saya tidak menyesal dengan keputusan tersebut. Untuk berjaya, kita perlu keluar daripada kepompong," kata Zaiton yang ditemui di K Club, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Menurut wanita pertama yang merintis bisnes sel stem epal itu, langkah pertamanya ialah mendalami selok-belok perniagaan dengan menghadiri kursus berbentuk motivasi diri dan strategi pemasaran.

Beliau juga sanggup berhabis wang membeli buku-buku potensi diri kerana baginya buku adalah guru terbaik.

Bagi wanita ini, peniaga produk kecantikan mesti tampil cantik sesuai dengan produk yang dijualnya.

"Sejujurnya, saya sendiri suka tampil cantik dan mencantikkan orang lain.


SAINTIS makmal sel stem epal Mibelle AG Cosmetics (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada proses penghasilan krim kecantikan sel stem epal kepada Kenny (dari kiri), Mahadir dan Zaiton.


"Apabila kita menjaga penampilan, pelanggan secara tidak langsung yakin dengan produk kita," katanya.

Pada masa yang sama, Zaiton kembali bertemu kenalan lamanya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Biocareer International Sdn. Bhd. (BCI), Kenny C Y Yang, 42, lebih setahun lalu.

Secara kebetulan, syarikat yang diasaskan Kenny sedang merintis pengeluaran produk kesihatan dan kecantikan yang menggunakan bahan asas daripada sel stem epal.

"Produk sel stem buah epal yang berasal dari Switzerland itu masih baharu di negara ini. Namun, memilih produk baharu tetapi telah teruji itu merupakan satu strategi yang baik ketika banyak produk kecantikan membanjiri pasaran," kata Zaiton.

Modal

Antara produk kosmetik keluaran BCI ialah Stem Science Brightening & Firming Moisturizer, Stem Science Nano Gold Mositurizer dan Stem Science Night Cream. BCI juga memasarkan dua minuman kesihatan iaitu Stem Science Nutrifresh Beverage dan Stem Science Nutrifresh Diet Slim.

Kesemua produk tersebut dijual secara pakej iaitu pada harga serendah RM270 untuk dua produk.

Untuk mencari pasaran baharu, Zaiton melakukan promosi dari negeri ke negeri, bertemu kenalan lama dan memberi mereka mencuba produk tersebut secara percuma.

"Saya yakin promosi dari mulut ke mulut adalah cara paling berkesan untuk menjual sesuatu barangan," ujar anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Zaiton menyertai BCI sejak bulan Ogos tahun lalu. Dalam tempoh itu, semua negeri di Malaysia sudah dijelajahinya malah beliau turut meneroka pasaran di Brunei dan Indonesia.


ROMBONGAN Biocareer International mengunjungi kilang Mibelle AG Cosmetics di Buchs, Switzerland baru-baru ini.


Zaiton memperoleh pendapatan sebanyak RM25,000 pada bulan pertama. Berkat kesungguhannya, beliau mencatat angka jualan bernilai jutaan ringgit dalam tempoh setahun. Apa yang menarik, kejayaan itu hanya bermodalkan wang sebanyak RM1,200.

Promosi

Bagi menghargai sumbangan dan kerja kerasnya, BCI memberikan beliau insentif berbentuk percutian selama lapan hari ke Switzerland baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut, Zaiton dan dua lagi jutawan kelahiran BCI, berpeluang melihat sendiri cara-cara memproses sel stem epal di kilang pembekalnya iaitu Mibelle AG Biochemistry, Buchs, satu jam setengah perjalanan dari bandar Zurich.

Dua lagi jutawan sel stem itu ialah Zainun Salleh, 53, dan Mahadir Abdul Hadi, 40. Turut serta dalam lawatan itu ialah Pegawai Perhubungan dan Media BCI, Munir Ghazali dan Penasihat Rangkaian syarikat tersebut, Abdul Rashid Othman.

Di negara Eropah itu, mereka dibawa melawat beberapa lokasi percutian menarik di sekitar bandar Zurich. Peluang menaiki kereta kabel berputar pertama di dunia di Gunung Titlis tidak dilepaskan.

Titlis dengan ketinggian 5,000 meter dari aras laut terletak di Banjaran Urner.

"Selepas melawat kilang dan makmal di Buchs dan melihat bagaimana sel stem epal diproses, saya bertambah yakin dengan produk yang saya jual.

"Ia juga secara tidak langsung menyuntik keazaman saya untuk terus meningkatkan jualan dan menambah pengetahuan saya mengenai produk tersebut," kata Zaiton yang sekarang sememangnya pengguna produk BCI.

Zaiton yang juga Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) BCI mengakui rezekinya melimpah-ruah selepas menyertai BCI. "Impian saya untuk memiliki rumah sendiri, simpanan, hartanah dan membantu keluarga menjadi kenyataan," ujarnya.

Zaiton boleh dihubungi di talian 013-452 6803 atau 013-405 8483.


PRODUK kosmetik dan minuman kesihatan berasaskan sel stem epal keluaran BCI semakin mendapat tempat di hati pengguna.


Sementara itu, seorang lagi jutawan, Zainun Salleh tidak menyangka penyertaannya ke dalam BCI pada bulan Ramadan tahun lalu memberi rezeki yang berlipat ganda kepadanya.

Bekas pekerja swasta yang mendapat sokongan daripada suami, Abdul Kadir Mohamad, 63, itu berkata beliau yakin pada kualiti produk yang dipromosikannya selama ini.

"Apatah lagi selepas saya pergi melihat sendiri kilang tersebut di Buchs, Switzerland baru-baru ini," kata anak kelahiran Ketereh, Kota Bharu, Kelantan itu.

Ibu kepada empat anak yang berpengalaman dalam dunia kecantikan selama tiga dekad itu mengakui sejak menyertai BCI pulangan yang diperoleh amat berbaloi.

Beliau yang puas dengan kehidupannya kini kerana bebas daripada hutang pernah mencatatkan keuntungan sebanyak AS$7,200 (RM21,600) pada bulan pertama menjualnya.

"Bisnes ini memberi pendapatan sampingan, bekerja ikut masa sendiri dan dapat mengenali ramai rakan baharu," kata beliau.

Pasangan suami isteri Mahadir dan Rose Maree, 34, pula mengakui mereka sangat teruja melancong ke Switzerland baru-baru ini.

"Selain dapat melawat pelbagai lokasi menarik, ia memberi motivasi untuk kami bekerja keras dan menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain,'' ujar Rose Maree.

Rose Maree, lulusan Sarjana Muda Kepujian Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata, pengalaman menyaksikan situasi sebenar di kilang pengeluar sel stem epal berkenaan meningkatkan lagi keyakinannya terhadap produk tersebut.

Meskipun pada peringkat awal beliau ragu-ragu dengan keberkesanannya, namun setelah menggunakannya keyakinan beliau meningkat.

Guru yang menghadapi masalah kulit muka berminyak dan kelembapan tidak seimbang itu mengakui mengalami perubahan ketara pada wajahnya selepas menggunakan Brightening & Firming Moisturizer sejak setahun lalu.

Menyertai BCI lebih setahun lalu, pasangan Mahadir dan Rose Maree pernah mencatat jualan sehingga mencecah RM500,000 dalam tempoh sebulan iaitu melalui produk minuman kesihatan Nutrifresh.

Sementara itu, Mahadir memberitahu, beliau menjadikan orang yang berjaya dalam perniagaan berkonsepkan rangkaian itu sebagai motivasi.

"Visi syarikat BCI jelas manakala produk yang dihasilkan berkualiti. Ia cukup berbaloi asalkan tidak mudah putus asa," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Secawan kopi luwak RM300

Posted:

Secawan kopi luwak RM300

Secawan kopi luwak RM300


SIAPA sangka najis musang atau luwak kini mampu menjadi komoditi bernilai tinggi yang menguntungkan pengusaha kopi di Indonesia.


LELAKI Indonesia yang menggelarkan dirinya Raja Luwak, Gunawan Supriadi kini berdepan kesukaran untuk memenuhi permintaan tinggi kopi luwak yang diproses daripada najis-najis musang peliharaannya.

Gunawan tidak bersendirian, pengusaha-pengusaha lain turut mengalami dilema yang sama.

Pengeksport-pengeksport berkata, permintaan terhadap biji kopi yang diproses daripada haiwan berbulu spesies musang atau lebih dikenali sebagai luwak meningkat secara mendadak dalam kalangan penggemar kopi di seluruh dunia.

Di ladangnya yang terletak di daerah, Lampung Barat, Sumatera terdapat sekitar 40 ekor musang yang memproses biji kopi secara semula jadi di bawah jenama kopi Raja Luwak. Daerah itu sememangnya terkenal sebagai pusat pengeluaran kopi luwak.

Pelihara musang

"Saya bercadang untuk memelihara 150 ekor musang pada masa hadapan bagi menampung permintaan yang semakin bertambah.

"Tiga tahun lalu, saya berjaya mengeluarkan kira-kira 50 kilogram (kg) kopi itu dan menjualnya kepada pengedar-pengedar tempatan.

"Bagaimanapun jumlah jualan pada tahun 2009 meningkat kepada 300kg. Pada tahun lalu, saya berjaya menjual sebanyak kira-kira 1.2 tan."


SELAIN menjadi penghilang dahaga, ada yang mempercayai khasiat kopi luwak dapat mengubati pelbagai penyakit.


Nilai najis emas luwak, musang dari spesies Asian palm civet itu mampu mencecah sehingga AS$800 (RM2,422) sekilogram di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura.

Kisahnya berbeza sebaik sahaja ia memasuki pasaran. Secawan kopi luwak yang diiktiraf antara kopi yang termahal di dunia mampu mencecah sehingga AS$100 (RM300) di beberapa lokasi terkemuka di London.

Haiwan itu memainkan dua peranan penting dalam penghasilan kopi. Pertama, ia memilih biji kopi terbaik untuk dihadamkan. Pakar-pakar turut berpendapat musang liar paling dicari-cari kerana kecerdikannya, namun ia agak sukar ditemui.

Setelah menggigit lapisan luar kulit buah kopi, biji kopi yang masih berkulit ditelan sebelum sistem pencernaan haiwan itu mula memprosesnya secara semula jadi. Enzim-enzim mula meresap dan memberi keseimbangan kimia terhadap biji kopi, lazimnya jenis Arabica kerana ia banyak ditemui di sekitar Sumatera.

Selepas dibersihkan, biji kopi kemudiannya dijemur dan dibakar. Produk akhirnya ialah kopi yang kurang pahit berbanding kopi-kopi biasa serta mempunyai rasa yang unik dan lazat.

"Jika ia boleh diumpamakan seperti sebuah kereta, ia setaraf dengan Rolls-Royce," ujar Supriadi.


BIJI kopi yang sedia tercerna, dibersihkan, dijemur dan dibakar sebelum diproses menjadi serbuk kopi.


Seorang pengeksport kopi luwak, Doni Irawan memberitahu, jualannya meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

"Ia telah menjadi primadona disebabkan harganya yang tinggi dan bekalan terhad. Penggemar-pengemarnya sentiasa bertambah dari semasa ke semasa," katanya.

Tradisi kopi luwak dikatakan bermula sejak beberapa ratus tahun lalu ketika era penjajahan Belanda di Indonesia.

Larangan membawa pulang kopi yang ditanam oleh tuan-tuan tanah ketika itu menyebabkan petani-petani tradisional mengumpul, membersihkan dan membakar biji-biji kopi tidak tercerna daripada najis haiwan yang mereka temui di dalam hutan.

Negara di rantau Asia Tenggara yang mempunyai populasi 240 juta penduduk itu kini merupakan pengeluar utama kopi luwak. Bagaimanapun industri itu hanya berkembang dalam tempoh beberapa tahun lalu menyebabkan data-data rasmi mengenai jumlah eksport yang dilakukan sukar diperoleh.

Penjual-penjual memberitahu, permintaan terhadap kopi luwak sentiasa tinggi dalam kalangan golongan berada dan pertengahan di negara itu.

Jenama tiruan

Di negara yang mempunyai kira-kira 40 peratus rakyatnya berpendapatan kurang daripada AS$2 (RM6) sehari, kopi luwak dijual pada harga AS$8 (RM16) secawan di sekitar pusat beli-belah.


TRADISI kopi luwak dikatakan bermula beberapa ratus tahun lalu ketika era penjajahan Belanda di Indonesia.


"Saya tidak pernah menyukai kopi, tetapi selepas mencuba kopi luwak, saya rasakan dunia saya berbeza. Saya semakin ketagih padanya," kata seorang penduduk di Jakarta, Galang Sulung Ramanda, 24.

"Saya minum kerana kebaikannya dari sudut kesihatan. Saya diberitahu ia mampu mencegah penyaki asma, Parkinson, kanser usus dan diabetes," jelasnya.

Kejayaan kopi luwak menyebabkan wujudnya beberapa jenama tiruan di pasaran yang menjanjikan pengalaman menikmati kopi yang sama pada harga separuh daripada harga asal.

Tidak mahu ketinggalan dalam persaingan itu, usahawan-usahawan di Vietnam memberitahu, mereka telah membangunkan kaedah mengubah biji kopi biasa secara kimia dan menghasilkan rasa yang sama seperti kopi luwak. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Niners berbasikal malam di Negeri Sembilan

Posted:

Niners berbasikal malam di Negeri Sembilan

Niners berbasikal malam di Negeri Sembilan

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my

SEJAK dari tadi, Yaakob Abd. Latid leka membelek-belek basikal gunung jenis Exit Way miliknya. Matanya tajam memerhatikan setiap inci basikal bermula daripada bahagian tayar, lampu hadapan, lampu brek dan pedal brek. Semuanya perlu dipastikan berkeadaan baik dan sempurna.

Selepas berpuas hati, lelaki berusia 32 tahun itu menyorongkan basikal itu melepasi pagar rumahnya di Taman Panchur Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Dia mula berkayuh menuju ke jalan besar seterusnya memasuki beberapa laluan utama menuju ke arah pusat bandar.

Malam itu, dia sudah berjanji untuk bertemu dengan ahli-ahli Niners (N9 Radio Amatuer Team) di sekitar Taman Tasik Seremban.

Kelibat Yaakob yang lengkap berpakaian seperti seorang pelumba profesional lengkap dengan sut, kasut, sarung tangan dan topi keledar itu nyata menarik perhatian pengguna jalan raya yang lalu lalang.

Bagaimanapun penolong pegawai perubatan di Hospital Tuanku Jaafar itu tidak ambil pusing. Dia tetap fokus dengan kayuhannya sejauh lebih 10 kilometer (km) itu.

Beberapa ahli Niners yang tiba lebih awal menyambut kehadirannya. Masing-masing kelihatan sibuk membuat persediaan awal sebelum memulakan aktiviti berbasikal pada waktu malam yang semakin popular di daerah itu.

Kedamaian malam

Mengikut perancangan, mereka akan berbasikal di sekitar kawasan pusat bandar terlebih dahulu sebelum memasuki beberapa lokasi lain seperti Ampangan, Senawang dan Rasah sebelum berpatah semula ke tempat permulaan membabitkan jarak sehingga 40km.

Yaakob berkata, dia gembira dengan hobi yang baru diceburinya kira-kira dua bulan lalu itu biarpun terpaksa berhabis hampir RM2,000 untuk membeli basikal dan aksesori yang berkaitan.


AKTIVITI berbasikal yang dipelopori Niners sedikit sebanyak menghidupkan suasana malam di sekitar bandar Seremban.


"Apa yang menariknya, berbasikal pada waktu malam ini sudah tentunya keheningan dan kedamaian yang diperoleh kerana jalan raya tidak terlalu sesak.

"Cuaca sejuk pada waktu malam membuatkan kita sentiasa berasa selesa dan tidak penat," katanya yang masih bujang.

Biarpun agak terseksa di peringkat awal katanya, ia boleh diibaratkan alah bisa tegal biasa.

"Saya akui dulu stamina kurang, berkayuh sekejap sahaja badan sudah terasa penat. Setiap kali pulang ke rumah pasti seluruh badan berasa sakit-sakit.

"Kini, boleh dikatakan hampir setiap hari saya berkayuh sama ada bersama Niners atau secara bersendirian," ujarnya.

Ditubuhkan sejak awal tahun lalu, Niners kini dianggotai 16 ahli pelbagai peringkat usia yang sebahagian besarnya merupakan peminat radio amatur dan pacuan empat roda (4WD).

Pengasas kumpulan itu, Izfanizal Iskandar berkata, pada mulanya, aktiviti itu diadakan secara suka-suka sebelum mula mendapat perhatian dalam kalangan ahlinya yang lain.

Ujarnya, melalui aktiviti tersebut ahlinya bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah, dapat bertemu dengan rakan-rakan dan menambah kenalan baharu dalam kalangan peminat sukan itu.

Pelbagai lokasi

Kongsi Izfanizal lagi, kumpulannya berkayuh antara dua hingga tiga jam tiga kali seminggu membabitkan perjalanan antara 30 hingga 50km.

"Selain di sekitar Seremban, kami juga berkayuh di daerah-daerah lain di negeri ini termasuk di sekitar Putrajaya. Setiap lokasi mempunyai cabaran dan laluan yang berbeza-beza. Ini dapat mengelakkan ahli berasa bosan berkayuh di laluan yang sama," katanya.

Menurutnya, aktiviti tersebut bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh, malah merapatkan lagi hubungan sesama rakan dalam kumpulan tersebut, di samping melatih mereka berdisiplin.

"Apabila menggunakan jalan raya atau jalan utama, kami tetap supaya mematuhi peraturan jalan raya seperti pengguna yang lain.

"Di samping itu, kami juga mensyaratkan setiap penunggang dan basikal dilengkapi ciri-ciri keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya sambil memberitahu ahlinya tidak pernah lagi terlibat dengan kemalangan.


FAKTOR masa dan kesibukan tugas tidak menghalang ahli-ahli Niners untuk bertemu dan melakukan aktiviti berbasikal tiga kali seminggu.


Selain itu, Izfanizal atau lebih mesra dengan panggilan Izfan memberitahu, kumpulannya sengaja memilih basikal gunung berbanding basikal lumba atau basikal fixie yang juga semakin popular pada hari ini.

"Tidak ramai yang mengetahui, sebelum ini Niners sering bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan penyelamat di negeri ini secara tidak langsung melalui bantuan teknikal dan komunikasi.

"Pemilihan basikal gunung pastinya memberikan kelebihan kepada ahli-ahli Niners untuk terlibat sama dalam misi bencana dan kecemasan pada masa hadapan khususnya membabitkan laluan hutan, berbukit dan sebagainya," jelasnya sambil mengakui aktiviti itu secara tidak langsung menghidupkan lagi bandar Seremban pada sebelah malam.

Jadi terapi minda

Sementara itu, Mohd. Romzie Ahmad, 42, berkata, minat mendalam terhadap aktiviti berbasikal sejak dari remaja mendorongnya menyertai Niners.

Katanya, dia selesa memilih aktiviti itu sebagai salah satu riadah dalam mengekalkan kecergasan dan kesihatannya setiap hari.

"Dulu saya suka joging, bagaimanapun peningkatan usia menyebabkan saya beralih kepada berbasikal yang dilihat lebih santai dan kurang berisiko.

"Keseronokkan aktiviti ini menyebabkan saya turut menyertai pertandingan-pertandingan basikal gunung atau jambori yang diadakan di seluruh negara," kata bapa kepada empat cahaya mata itu.

Ujarnya, dia pernah berulang alik dari Seremban ke Melaka dan Port Dickson hanya sekadar untuk suka-suka.


SIKAP saling bantu-membantu penting bagi memastikan setiap kayuhan yang dirancang berjalan lancar dan sempurna.


Jelas ahli perniagaan itu, aktiviti itu seakan-akan menjadi terapi minda kepadanya untuk menghilangkan segala tekanan dan masalah harian.

"Selain dapat melihat panorama pada waktu malam, saya juga seronok melihat pelbagai ragam manusia yang ditemui.

"Memang diakui setiap aktiviti ada risikonya termasuk berbasikal malam, namun ia dapat dikurangkan jika setiap penunggang bersedia dari segi mental dan fizikal," jelasnya.

Pengalaman luas yang diperoleh oleh Mohd. Romzie kini digunakan untuk mengajar ahli-ahli Niners mengenai selok-belok basikal daripada aspek teknikal sehinggalah tip kayuhan.

"Berkayuh memang tampak mudah, namun ia perlu disusuli dengan teknik-teknik yang betul seperti pemahaman mengenai penggunaan gear, pernafasan, struktur dan keadaan basikal dan sebagainya," ujarnya.

Mengenai jenis basikal yang digunakan katanya, pelbagai jenama boleh dilihat mengikut harga serendah RM1,000 sehinggalah mencecah RM18,000 sebuah ke atas.

"Harga basikal atau jenama bukan ukuran kerana semua orang boleh berbasikal mengikut kemampuan masing-masing, asalkan ada minat dan kemahuan," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Fesyen dan makanan magnet San Francisco

Posted:

Fesyen dan makanan magnet San Francisco

Fesyen dan makanan magnet San Francisco


NOLI memilih California sebagai negeri pilihan jika dapat berhijrah ke AS.


SAN FRANCISCO merupakan sebuah kota yang penuh dengan restoran dan kafe menghidangkan masakan dari seluruh dunia. Malah, masyarakat di Amerika Syarikat (AS) sendiri mengakui mereka sering berkunjung ke San Francisco atau ringkasnya disebut San Fran yang terletak di California untuk menjamu selera.

Kewujudan restoran Itali yang banyak di bandar raya berkenaan menyebabkan wujudnya kawasan yang dipanggil Little Itali. Restoran lain yang terdapat di San Francisco termasuklah restoran Turki, restoran makanan Arab, Vietnam serta restoran makanan Cina di sebuah kawasan yang dipanggil Chinatown.

Chinatown di sini mungkin tiga kali ganda luasnya berbanding kawasan membeli-belah Petaling Street di Kuala Lumpur. Pelbagai barangan menarik dijual di Chinatown termasuklah jaket dan baju T bertulis San Francisco, rambut palsu pelbagai gaya dan warna bagi mereka yang meminati fesyen dan pelbagai cenderamata unik.

Restoran terbaik

Rangkaian kafe The Cheesecake Factory pula menghidangkan kek keju pelbagai perisa, pasta dan piza bagi mereka yang gemarkan manisan dan hidangan yang ringkas.

Seorang penduduk San Francisco memberitahu, restoran yang ingin beroperasi di San Francisco perlu memastikan hidangan mereka berkualiti dan lazat. Persaingan begitu sengit dan restoran yang didapati tidak menjaga kualiti menghadapi risiko gulung tikar dalam waktu yang singkat.

Bagi rakyat Malaysia yang mungkin terlalu rindukan nasi atau hidangan kedai mamak ketika berada di bandar raya itu, mereka boleh menjamu selera di restoran-restoran makanan Pakistan yang menghidangkan nasi beriani, capati dan roti nan.

Jika ingin mendapatkan makanan pada harga yang lebih murah berbanding di restoran, terdapat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai pilihan hot dog dan sandwic. Pengunjung boleh duduk di bangku-bangku yang disediakan di tempat-tempat awam untuk menikmati makanan.

Namun, dalam keghairahan membeli-belah dan menjamu selera pengunjung perlu sedar bahawa caj perkhidmatan dikenakan ke atas setiap barangan. Cukai perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 9.5 peratus. Selain itu pemberian tip sebanyak 15 peratus daripada jumlah keseluruhan bil juga digalakkan di restoran atau di hotel-hotel.

Masyarakat San Francisco atau AS umumnya memang gemar menghabiskan masa berbual di kafe-kafe. Difahamkan terdapat hampir 100 buah kafe Starbucks di San Francisco sahaja. Setiap pagi Starbucks biasanya penuh

Sesak dengan golongan pekerja yang membeli kopi untuk dibawa ke tempat kerja masing-masing.

Selain dikenali sebagai kota makanan, San Francisco turut dikenali sebagai kota fesyen yang menjadi tumpuan selepas New York. Bandar raya ini juga merupakan tempat lahir bagi jean jenama Levi's.


SAN FRANCISCO menjadi salah satu daripada hab utama fesyen di AS selepas New York.


San Francisco menempatkan pejabat pengurusan jean jenama Levi's yang dikenali sebagai Levi's Plaza. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan Levi's di bawah satu bumbung di gedung-gedung Levi's yang terdapat di seluruh bandar raya ini.

Gedung lain yang terdapat di San Francisco termasuklah Nike Town yang menjual pelbagai pakaian sukan dan kasual jenama Nike. Tidak ketinggalan butik Victoria's Secret di mana pengunjung boleh mendapatkan pakaian, haruman dan alat solek jenama tersebut.

Berjalan kaki menyusuri deretan kedai dan jalan raya yang begitu sibuk di San Francisco penulis mendapati bandar raya berkenaan mempunyai begitu ramai masyarakat asing terutamanya mereka yang berketurunan Cina, Pakistan dan Asia Barat. Kebanyakan daripada mereka bekerja di premis-premis perniagaan dan restoran.

Ada juga antara mereka yang bekerja secara profesional seperti peguam. Kebanyakan mereka adalah generasi kedua imigran atau dibawa berhijrah ke AS oleh ibu bapa ketika masih kanak-kanak.

Terdapat warga asing yang hanya menjadi peniaga kecil seperti menjual topi dan sarung tangan di kaki-kaki lima.

Jambatan Golden Gate

Jambatan Golden Gate merupakan identiti bandar raya San Francisco dan dikatakan antara jambatan yang tercantik di dunia. Keunikan jambatan berkenaan adalah tiang menara berwarna merah yang tersergam indah serta kabel yang disusun dengan gaya tersendiri.

Jambatan berkenaan merentasi Selat Golden Gate yang menghubungkan San Francisco dengan Lautan Pasifik. Ia menghubungkan bandar Raya San Francisco dengan daerah Marin di California, AS.

Pada waktu malam, lampu-lampu yang menghiasi jambatan berkenaan menjadikan jambatan tersebut begitu indah.

Jambatan berkenaan mula dibina pada tahun 1933 dan siap pada 1937. Panjang jambatan tersebut adalah lebih 2.7 kilometer dengan enam lorong untuk kenderaan bergerak di kedua-dua hala.

Jambatan Golden Gate biasanya sibuk ketika musim panas. Sejak dulu lagi keindahan jambatan berkenaan sering dipaparkan dalam filem-filem Hollywood dan program televisyen terbitan AS.


PIER 39 merupakan kawasan pusat beli-belah, restoran, pusat arked video, persembahan jalanan dan Pusat Marin Mammal.


Dipercayai beribu-ribu orang membunuh diri dengan terjun dari jambatan ini. Ia dikatakan lokasi bunuh diri yang utama di AS dan di dunia.

"Mereka biasanya mengambil bas atau teksi ke jambatan tersebut. Polis sering menemui kereta sewa yang ditinggalkan berhampiran jambatan," demikian kata seorang warga AS sewaktu membawa penulis ke jambatan tersebut.

Alcatraz

Alcatraz merupakan satu lagi ikon San Francisco. Ia terletak kira-kira 2.4 kilometer dari pantai San Francisco Bay. Pada asalnya rumah api dibina di pulau berkenaan dan kemudiannya digunakan sebagai penjara sehingga tahun 1963.

Pada tahun 1969, pulau berkenaan didiami oleh sekumpulan aktivis India Amerika dari San Francisco. Namun selepas tahun 1972, Alcatraz menjadi kawasan rekreasi dan diiktiraf sebagai warisan negara pada tahun 1986.

Kini Alcatraz menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Untuk melawat Alcatraz pengunjung perlu menaiki feri dari Fisherman Wharf. Alcatraz banyak ditonjolkan dalam dokumentari dan filem terbitan AS. Namun, ada juga cerita-cerita seram dan kononnya Alcatraz berhantu.

Memandangkan penulis menyertai pakej makan malam di atas kapal, ketika menghampiri Alcatraz hari sudah semakin gelap. Justeru kami tidak berpeluang menjejakkan kaki di Alcatraz. Penulis hanya dapat meninjau Alcatraz dari atas feri. Namun kesan-kesan penjara lama tetap jelas kelihatan.

Jika perancangan untuk berhijrah ke AS menjadi kenyataan, California pasti menjadi negeri pilihan untuk menetap kerana dua tarikan utama bandar rayanya iaitu fesyen dan makanan.

Full content generated by Get Full RSS.

Santai di Impian Morib

Posted:

Santai di Impian Morib

Santai di Impian Morib

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my


PENGINAPAN jenis calet sesuai bagi mereka yang inginkan suasana privasi.


SEJAK dahulu lagi, Morib menjadi satu aset penting kepada daerah Kuala Langat. Terletak kira-kira satu jam setengah pemanduan berkereta dari Kuala Lumpur, tidak hairanlah ia sering menjadi tumpuan pengunjung yang mahu melarikan diri seketika daripada kehidupan kota.

Popularitinya tidak terhad sebagai pusat perkelahan keluarga seperti yang ditawarkan di Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pantai Tanjung Rhu dan Pulau Carey.

Pengunjung juga boleh memilih untuk melawat Bukit Jugra yang menyimpan pelbagai nilai dan kesan sejarah Kesultanan Melayu Selangor satu ketika dahulu.

Bagi yang ingin bermalam di sini namun, tercari-cari lokasi penginapan yang sesuai, apa kata berkunjung ke Hotel Impian Morib.

Bertaraf tiga bintang, hotel yang dibuka sejak tahun 2005 itu pastinya memberikan keselesaan yang diinginkan.

Sebaik menjejakkan kaki, pengunjung akan disambut mesra oleh petugas hotel yang murah dengan senyuman.

Elemen tradisional Melayu yang dijadikan tema dekorasinya menyejukkan pandangan mata.

Secara keseluruhan hotel itu menawarkan 60 bilik dari jenis superior dan deluxe. Bagi yang inginkan suasana yang lebih privasi, terdapat 20 penginapan jenis calet yang boleh dijadikan pilihan.


HOTEL Impian Morib sesuai menjadi persinggahan tetamu yang bertandang di Kuala Langat.


Menariknya pengunjung boleh memilih sama ada mahu menikmati pemandangan kehijauan flora dan fauna, kolam renang atau lautan yang terbentang luas setiap kali menjenguk ke luar pintu atau balkoni masing-masing.

Ruang biliknya tampak sederhana dan ringkas namun, tetap memberi keselesaan yang diinginkan umpama berada di rumah sendiri.

Kemudahan asasnya juga lengkap dengan penghawa dingin, kemudahan membuat teh dan kopi, telefon, jalur lebar Internet, televisyen satelit, air panas dan peti ais mini.

Menariknya, hotel itu mempunyai kolam renang yang luas dan besar. Ruang di sekeliling kolam renang juga boleh digunakan untuk majlis-majlis keraian dan barbeku.

Bagi pengunjung yang ingin beriadah, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini. Antaranya gimnasium, padang permainan, gelanggang bola tampar pantai, ping pong dan permainan dalaman.

Kedudukannya yang hanya beberapa meter dari Pantai Morib juga membolehkan pengunjung bermandi-manda atau sekadar bersantai sambil melihat panorama matahari terbenam.


KOLAM renang yang luas membolehkan pengunjung bebas bermandi-manda.


Bagi peminat-peminat golf pula, bolehlah berkunjung ke Sri Morib Golf Club yang terletak berhampiran. Malah, pihak hotel juga bersedia menawarkan beberapa aktiviti seperti menyelusuri sungai, lawatan atau memancing di laut berdasarkan permintaan.

Jika mahu menjamu selera, berkunjunglah ke Restoran Temasya yang terletak berhampiran lobi. Ia mampu memuatkan kira-kira 100 pengunjung pada satu-satu masa sambil menyediakan pelbagai hidangan Barat dan tempatan yang enak pada harga berpatutan.

Lebih penting, pengunjung juga tidak perlu risau akan statusnya kerana ia mempunyai sijil perakuan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hotel Impian Morib juga menawarkan kemudahan bagi agensi-agensi kerajaan atau syarikat korporat yang mahu mengadakan kursus, seminar, mesyuarat atau hari keluarga.

Terdapat empat dewan yang boleh dipilih iaitu Kelanang, Jugra, Bayu dan Sri Morib yang mampu memuatkan antara 40 hingga 220 peserta. Setiap satu lengkap dengan kemudahan bersidang seperti sistem pembesar suara, mikrofon dan skrin.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar KIA berlatih mendaki di Bukit Broga

Posted:

Pelajar KIA berlatih mendaki di Bukit Broga

Pelajar KIA berlatih mendaki di Bukit Broga


BEBERAPA pendaki gunung dan pelajar KIA bergambar kenangan bersama Mohd. Noor (berdiri enam dari kiri) di Bukit Broga baru-baru ini.


GEMBIRA. Beberapa pendaki gunung profesional dan amatur termasuk pelajar Kolej Islam Amtarabangsa (KIA) telah mengadakan latihan mendaki gunung di Bukit Broga, Semenyih baru-baru ini.

Turut bersama mereka ialah pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin.

Pelbagai latihan dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran seterusnya mengikut jadual yang telah disusun.

Latihan tidak formal itu bermula pada pukul 6 pagi dan berakhir pukul 6 petang.

Mohd. Noor yang juga merupakan seorang jurugambar ketika ini sedang menjalani latihan bagi persiapan misi mencipta rekod dunia dalam pendakian tangga Menara Kuala Lumpur akhir tahun ini.

Paling menarik, gambar mereka menjalani latihan dirakamkan oleh sekumpulan jurugambar dari Cheras, Putrajaya dan Bangi yang kebetulan berada di situ untuk merakamkan pemandangan indah dari Bukit Broga.

Full content generated by Get Full RSS.

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi

Posted:

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi


WAKIL koperasi bergambar kenangan bersama Sharina (enam dari kanan) di Kuantan baru-baru ini.


KURSUS KOPERASI. Seramai 100 wakil koperasi dari sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi di Kuantan baru-baru ini.

Dalam program tersebut, kira-kira 1.25 juta ahli koperasi di negeri-negeri berkenaan diumum bakal menerima faedah menerusi penubuhan Konsortium Koperasi Wilayah Pantai Timur (KKWPT) yang ditubuhkan pada bulan depan.

Setiausaha Penaja KKWPT, Zambree Zakaria berkata, penubuhan konsortium itu bakal memberi kelebihan kepada ahli koperasi terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Hadir sama dalam program tersebut yang turut diserikan dengan acara kempen menanam pokok di kawasan bandar ialah Pengarah Maktab Koperasi Wilayah Timur, Sharina Abdullah.

Full content generated by Get Full RSS.

TM Kedah & Perlis anjur Program Jom Broadband

Posted:

TM Kedah & Perlis anjur Program Jom Broadband

TM Kedah & Perlis anjur Program Jom Broadband


MOHAMAD SIDIK (lima dari kanan) meraikan pemenang Kempen Festive Reward pada program Jom Broadband @ TM di Alor Setar baru-baru ini.


JALUR LEBAR. Telekom Malaysia (TM) Kedah & Perlis telah menganjurkan Program Jom Broadband @ TM di pekarangan Kompleks TM, Jalan Kolam Air, Alor Setar baru-baru ini.

Program itu bagi meningkatkan jumlah pelanggan jalur lebar TM dan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di negeri ini.

Turut diadakan penyampaian hadiah utama kepada pemenang Kempen Festive Reward yang telah diadakan pada 1 Ogos hingga 31 Ogos lalu.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar, Pemasaran Pengguna, TM Kedah & Perlis, Mohamad Sidik Md. Salleh.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Had pendapatan RM7,000

Posted:

Had pendapatan RM7,000

Had pendapatan RM7,000

PENINGKATAN had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku membolehkan orang ramai membeli hartanah yang lebih selesa. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kerajaan menimbang untuk menaikkan had kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM3,000 sebulan sekarang kepada RM7,000 untuk membolehkan orang ramai membeli kediaman lebih selesa di bawah Skim Rumah Pertamaku.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, kajian menaikkan had pendapatan pemohon skim tersebut sebanyak dua kali ganda itu sedang dijalankan dengan institusi kewangan.

"Kita sedang kaji had kelayakan sekitar RM6,000 hingga RM7,000 sebulan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi mudah alih 'Kurnia One Touch' di sini semalam.

Katanya, kajian semula itu adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2012 yang menaikkan had pinjaman di bawah skim itu daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Siang Chai memberitahu, kementerian itu sedang menunggu maklum balas dari bank-bank berkaitan cadangan tersebut.

"Kami telah meminta pihak bank memberikan kami angka yang mereka rasa selesa jika seseorang itu perlu meminjam lebih banyak wang (di bawah skim itu), katanya.

Sementara itu, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) mengalu-alukan inisiatif menaikkan had pendapatan isi rumah di bawah pindaan skim itu dengan syarat ia tidak memberi kesan meningkatkan kadar hutang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Menu Rakyat perlu berkualiti

Posted:

Menu Rakyat perlu berkualiti

Menu Rakyat perlu berkualiti


SEORANG pengusaha restoran, Aziz Md. Zain menunjukkan Menu Rakyat 1Malaysia di restorannya di Alor Setar.


KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diminta memastikan mutu dan kualiti makanan yang ditawarkan di premis atau restoran yang menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia sentiasa berada pada tahap yang baik.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, walaupun harga yang ditawarkan murah namun, ia bukan alasan untuk pengusaha menyediakan makanan yang tidak berkualiti.

"Kita minta kementerian yang berkenaan memantau semua restoran yang terlibat dari segi perkhidmatan, mutu makanan dan pastikan kedai-kedai ini konsisten.

"Kita tidak mahu sekejap buka sekejap tutup," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai program Menu Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan kerajaan pada 7 Julai lalu sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan beban rakyat ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menerusi inisiatif itu, harga sarapan pagi di Semenanjung ialah RM2 dan RM2.50 untuk Sabah, Sarawak serta Labuan manakala untuk makan tengah hari, harga di Semenanjung ialah RM4 dan RM5 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Ma'amor juga mencadangkan agar pelepasan cukai diberi kepada restoran berkenaan sebagai menghargai peranan mereka dalam membantu kerajaan mengurangkan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Misteri kontena berat terungkai

Posted:

Misteri kontena berat terungkai

Misteri kontena berat terungkai

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my


Toyota Hilux antara kenderaan yang banyak menjadi sasaran sindiket mencuri kenderaan antarabangsa untuk dieksport ke luar negara.


KUALA LUMPUR – Curiga dengan berat empat buah kontena yang diisytiharkan berisi peralatan pam air membawa kepada penemuan 12 buah trak pikap Toyota Hilux curi yang dalam proses dieksport ke luar negara.

Rahsia kegiatan jenayah itu terbongkar apabila polis membuat serbuan di Pelabuhan Klang di sini pada Isnin lalu.

Ketika ditemui, kesemua 12 buah kenderaan yang dianggarkan bernilai RM90,000 setiap sebuah itu dalam proses dieksport ke luar negara dipercayai untuk pasaran di Kingston, Jamaica.

Setiap sebuah kontena itu diisi dengan tiga buah kenderaan Toyota Hilux. Setiap kenderaan itu pula disusun atur dengan cara kenderaan itu digantung pada bumbung kontena.

Ia bertujuan menjimatkan ruang kontena bagi mengisi lebih banyak kenderaan curi untuk dieksport.

Difahamkan, perkara tersebut terbongkar selepas kakitangan yang bertugas di pelabuhan itu curiga dengan berat kandungan setiap kontena tersebut yang diisytihar berisi pam air.

Semua barangan itu disebut untuk dihantar ke Bangkok, Thailand.

Satu sumber berkata, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik setiap kenderaan tersebut tetapi tidak menolak kesemua kenderaan itu dicuri di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

"Sebelum dieksport setiap kenderaan itu dihantar ke sebuah gudang di Kampung Baru Subang untuk tujuan pembungkusan sebelum dimasukkan ke dalam kontena.

"Kita percaya kesemua Toyota Hilux itu akan diseludup ke negara-negara luar termasuk di Asia Barat," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Namun Bangkok dipercayai dijadikan sebagai negara transit sebelum semua kenderaan curi itu dihantar ke negara-negara di Asia Barat.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Terengganu tetap waspada

Posted:

Terengganu tetap waspada

Terengganu tetap waspada

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

MANAF muncul wira Terengganu apabila meledak dua gol untuk memusnahkan impian Selangor pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.


"JANGAN terlalu selesa dengan situasi sekarang." Demikian peringatan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti kepada anak-anak buahnya meskipun sudah memperoleh bekalan selesa selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2011, malam kelmarin.

Irfan secara sinis mengakui dua gol yang diperoleh di Stadium Shah Alam itu bukanlah modal besar sehingga membolehkan para pemainnya bermain sambil lewa pada aksi kedua di Kuala Terengganu, Sabtu ini.

"Memang kami menang 2-0, tetapi permainan belum lagi berakhir. Masih ada 90 minit lagi yang perlu kami lalui dan dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku," katanya kepada Kosmo! semalam.

Justeru, kata pengendali kelahiran Kelantan itu, komitmen amat ditagih daripada kesemua pemain dalam misi mereka memburu tempat ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.

Jelasnya, kejayaan menumbangkan Kelantan pada suku akhir dan mendahului Selangor dengan kelebihan dua gol menjadi bukti terhadap kehebatan Terengganu ketika ini.

"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berpesta dan kami perlu mengelakkan diri daripada bersikap terlalu angkuh serta sombong. Kami perlu cekalkan hati kerana perjuangan kami masih belum selesai.

"Selangor akan hadir di Kuala Terengganu tanpa sebarang tekanan kerana mereka tahu kami memiliki kelebihan besar. Tetapi, situasi inilah yang membimbangkan saya kerana takut pemain akan leka sehingga membahayakan kedudukan pasukan," jelasnya.

Pada perlawanan di Stadium Shah Alam kelmarin, kesebelasan utama Terengganu sekali lagi menampilkan kelas tersendiri apabila mudah menjerat Selangor dengan dua gol menerusi sentuhan Abdul Manaf Mamat.

Kejayaan itu sekali gus mengulangi skrip yang sama di Kota Bharu minggu lalu apabila anak-anak buah Irfan mampu menyerap tekanan ribuan penyokong Gergasi Merah Kuning yang membanjiri stadium.

"Bukan mudah sebenarnya beraksi di Shah Alam kerana Selangor sama seperti Kelantan mempunyai kelompok penyokong yang sangat hebat. Namun, kami berjaya lepasi kesukaran ini dengan keputusan yang positif," katanya.

Mengulas perlawanan kelmarin, Irfan menjelaskan gol seawal minit pertama yang dijaringkan Manaf berjaya menaikkan semangat para pemain untuk terus bertahan mengekang asakan lawan.

Jelasnya, kehadiran Reshafiq Alwi dan Ahmad Nordin di bahagian tengah juga perlu diberikan pujian termasuk jentera tengah yang dikemudi Marzuki Yusof.

"Saya pilih Manaf sebagai pemain terbaik pada perlawanan semalam dan memberi kredit kepada Reshafiq dan Ahmad Nordin atas kesungguhan mereka membantu jentera tengah dan pertahanan.

"Inilah barisan terbaik saya dan pemain telah mempamerkan satu mutu permainan luar biasa sejak kebelakangan ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Amukan Hairuddin

Posted:

Amukan Hairuddin

Amukan Hairuddin

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


HAIRUDDIN (tengah) tampil dengan aksi yang menakjubkan pada aksi menentang T-Team di Kuala Terengganu malam kelmarin.


DUA tahun lalu, Hairuddin Omar dijulang bagaikan wira selepas membantu T-Team muncul juara Liga Perdana. Namun kelmarin, bekas penyerang kebangsaan itu seolah-olah dilabel sebagai 'musuh dalam selimut' oleh skuad kendalian Yunus Alif ekoran kejayaannya meledak dua gol ketika membantu Negeri Sembilan mencatat kemenangan 4-2 ke atas T-Team.

Kemenangan pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu sekali gus menyaksikan pasukan pelawat membawa bekalan cukup selesa menjelang aksi kedua di Paroi pada 22 Oktober ini.

Bagi Yunus, dia tidak terkejut dengan kemampuan Hairuddin yang mudah merobek gawang pasukannya kerana menyedari pengalaman yang dimiliki pemain kelahiran Terengganu ketika bersama T-Team dua tahun lalu.

Malah katanya, dia sendiri telah memberi peringatan kepada anak-anak buahnya agar sentiasa mengawasi pergerakan penyerang kental itu sepanjang 90 minit permainan.

"Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan kami mudah dibolosi empat gol walaupun beraksi di gelanggang sendiri. Salah satunya adalah perasaan gentar yang ada pada pemain apabila beraksi di peringkat genting seperti ini.

"Namun, faktor utama pasti kepada Hairuddin kerana dia merupakan bekas pemain T-Team dan tahu kemampuan pasukan ini. Dalam masa sama, pemain saya pula terutamanya penjaga gol begitu gugup apabila melihat Hairuddin memegang bola.

"Sebab itulah Hairuddin mudah menjaringkan dua gol menerusi tandukan kerana tiada pemain yang mengawalnya," jelas Yunus kepada Kosmo!.

Pada aksi semalam, pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Shahurain Abu Samah pada minit kelima sebelum Indra Putra Mahyuddin menyamakan kedudukan pada minit ke-11.

Namun, pengalaman luas Hairuddin membolehkannya meletakkan Negeri Sembilan kembali di hadapan minit ke-25, sebelum tuan rumah sekali lagi menyamankan kedudukan hasil jaringan Nor Farhan Mohammad.

Detik kemusnahan T-Team bagaimanapun hadir pada minit ke-42 apabila Hairuddin meledak gol peribadi keduanya, diikuti jaringan keempat oleh S. Kunalan pada minit ke-50.

Mengulas lanjut, Yunus kini mengakui tugas sukar terpaksa dilalui anak-anak buahnya di Paroi, Sabtu ini dalam misi menyekat kelebihan besar tuan rumah yang berjaya meledak empat gol pada aksi kelmarin.

Katanya, pemain T-Team tiada jalan lain untuk mara ke final Piala Malaysia musim ini selain bangkit dengan satu corak permainan menyerang habis-habisan.

"Laluan kami begitu sukar dan sejak dari awal lagi saya sudah katakan Negeri Sembilan bukanlah pasukan yang mudah ditewaskan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kok Chi: Malaysia tidak terjejas

Posted:

Kok Chi: Malaysia tidak terjejas

Kok Chi: Malaysia tidak terjejas

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

SETIAUSAHA Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi memberi jaminan kontinjen negara tidak akan menghadapi masalah kekurangan bilik penginapan pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Menurut Kok Chi, pihaknya telahpun menerima senarai penginapan daripada pihak penganjur berhubung penginapan buat atlet-atlet negara yang bakal bertanding pada temasya dwitahunan itu baik di Palembang mahupun di Jakarta.

"Setakat ini, tidak ada sebarang masalah yang dihadapi dan pihak penganjur pun telah menghantar senarai penginapan kepada kami (MOM) buat atlet-atlet Malaysia.

"Semuanya telah diatur mengikut perancangan dan tidak ada sebab untuk kita bimbang mengenai kekurangan bilik penginapan buat kontinjen negara," kata Kok Chi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Semalam, media di Indonesia melaporkan kekurangan bilik penginapan di perkampungan atlet dan bilik hotel terutamanya di Palembang mungkin memaksa Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA (Inasoc) untuk menggunakan kapal tentera Republik itu sebagai hotel terapung.

Sehingga kini, 15,900 atlet dan pegawai dari 11 negara telah mendaftar untuk beraksi pada temasya dwitahunan itu dan separuh daripada mereka akan berada di Palembang.

Bagaimanapun perkampungan atlet di Bandar Sukan Jakabaring, Palembang hanya boleh menampung kira-kira 2,000 peserta dan terdapat kira-kira 4,500 bilik hotel di bandar itu.

Kok Chi yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata: "Kami tidak dimaklumkan apa-apa mengenai masalah tersebut.

"Malah, senarai penginapan buat atlet-atlet Malaysia yang kami terima daripada pihak penganjur tidak ada pula menyebut yang atlet-atlet kita akan menginap dalam kapal tentera.

"Saya percaya, selaku penganjur, Indonesia tahu apa yang perlu mereka lakukan kerana mereka sendiri sudah berjanji bahawa segala persiapan bagi Sukan SEA kali ini akan siap sebelum ia bermula," ujar Kok Chi.

Dalam pada itu, Kok Chi turut memberitahu bahawa Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2011, Datuk Naim Mohamed bersama beberapa lagi pegawai daripada Majlis Sukan Negara (MSN) akan berlepas ke Indonesia, Sabtu ini bagi membuat tinjauan terhadap persiapan penganjur menjelang temasya yang bakal membuka tirainya 11 November ini.

"Apabila Datuk Naim bersama beberapa pegawai MSN sudah melakukan tinjauan itu nanti barulah kita akan tahu sejauh mana persiapan Indonesia bagi menganjurkan Sukan SEA kali ini dan selepas itu baharu kita boleh membuat sebarang keputusan sekiranya ada masalah-masalah yang timbul," tambah Kok Chi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Burt's Bees sasar RM10,000

Posted:

Burt's Bees sasar RM10,000

Burt's Bees sasar RM10,000

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my

SEJAK mula beroperasi pada tahun 2000, Pulau Orang Utan kini menempatkan sejumlah 27 ekor haiwan istimewa berkenaan.


SUATU ketika dahulu, orang utan boleh ditemui dari selatan China sehingga ke kaki pergunungan Himalaya dan selatan kepulauan Jawa, Indonesia.

Hari ini, kepulauan Borneo dan Sumatera merupakan dua lokasi terakhir di bumi yang menempatkan spesies orang utan.

Semuanya berpunca daripada kerakusan manusia yang mengejar keuntungan dan membelakangkan etika alam sehingga memusnahkan habitat asalnya.

Di bawah Kesatuan Pemuliharaan Sedunia (IUCN), orang utan kini disenaraikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan pada tahap kritikal. Sementara itu, Tabung Alam Sedunia (WWF) pula menganggarkan hanya terdapat kira-kira 3,000 ekor orang utan Borneo di seluruh dunia.

Dalam usaha menyokong pemuliharaan orang utan yang dilihat semakin terancam, Burt's Bees, jenama produk penjagaan diri secara semula jadi terkemuka di dunia melancarkan kempen mengumpul dana bagi Yayasan Pulau Orang Utan (OUIF), Bukit Merah Laketown Resort.

Pengarah Belmonde Corporation Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab memasarkan jenama itu di Malaysia, Susana Chung berkata, kempen itu diadakan sempena sambutan Hari Haiwan Sedunia baru-baru ini.

Melindungi hak asasi

Katanya, Burt's Bees sentiasa menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar dan persekitarannya sejajar dengan falsafahnya untuk melindungi hak asasi haiwan di seluruh dunia.

"Melalui moto Melindungi, Memulihara dan Mendidik, kami berharap dapat mengumpul dana secukupnya bagi meningkatkan kemudahan di Pulau Orang Utan.


SEORANG penjaga orang utan mendukung anak orang utan yang berusia dua tahun di Pulau Orang Utan Bukit Merah, Perak.


"Pada masa yang sama, ia dapat membantu penyelidikan dan pembangunan (R&D) pemuliharaan haiwan itu di sini," katanya.

Menyasarkan kutipan sehingga RM10,000 dalam kempen yang diadakan sepanjang bulan Oktober itu, Susana memberitahu pihaknya telah merangka pelbagai aktiviti bagi mengumpul dana berkenaan.

Antaranya, melalui penganjuran persembahan komedi bersama pelawak terkenal, Jason Leong dan Harith Iskandar yang bakal diadakan di PJ Live Arts pada 27 Oktober ini.

"Tiket-tiket berharga RM60 kini dijual di PJ Live Art Box Office. Sebanyak RM5 digunakan untuk yuran pemprosesan sementara RM55 lagi akan disumbangkan kepada OUIF," ujarnya.

Di samping itu, pihaknya turut bekerjasama dengana Rotaract Club of Port Klang Centennial Personnel untuk menganjurkan kempen kesedaran melalui aktiviti berjalan kaki pada penghujung Oktober nanti.

Katanya, orang ramai yang berminat boleh membeli tiket di semua cawangan Burt's Bees (kecuali Subang Parade dan Sephora) atau di Rotaract Club of Port Klang Centennial Personnel.

"Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran RM30 dan RM20 daripadanya disumbangkan kepada OUIF.

"Peserta-peserta akan mendapat sijil penyertaan, kemeja-T dan produk Burt's Bees di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disediakan," jelasnya.

Beli sambil menderma

Pada masa yang sama, pelanggan-pelanggan juga berpeluang membeli sambil beramal apabila berkunjung seluruh cawangan Burt's Bees di seluruh negara sepanjang bulan ini.

"Caranya ialah dengan membeli baucar Burt's Bees bernilai RM10. Pelanggan boleh menukarkan baucar itu dengan produk-produk Burt's Bees yang mempunyai nilai yang sama.

"Bagi setiap penjualan baucar ini, sebanyak RM10 akan disumbangkan kepada OUIF," katanya.


PEMBELI produk Burt's Bees melalui baucar akan menyumbang kepada OUIF.


Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah OUIF, K. Mohanachandaran berkata, sejak beroperasi pada tahun 2000, Pulau Orang Utan kini menempatkan 27 ekor haiwan berkenaan.

"Objektif utama Pusat Orang Utan ialah membantu menjaga dan memulihkan anak orang utan yang ditinggalkan ibu, tersesat dan juga yang tercedera supaya ia boleh kembali ke habitat asal. Untuk mencapai matlamat ini, kami memberi mereka tempat tinggal, rawatan dan latihan yang sesuai," katanya.

Ujarnya, bagi tujuan itu pihaknya memerlukan sumbangan kerajaan dan syarikat-syarikat korporat dalam usaha memulihara orang utan di negara ini.

"Dana berterusan diperlukan untuk mengurus kos makanan, penjagaan dan R&D. Pada masa yang sama, kami memerlukan dana untuk meningkatkan kemudahan dan prasarana sedia ada bagi menarik lebih ramai pengunjung," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penyelidik USM terus unggul

Posted:

Penyelidik USM terus unggul

Penyelidik USM terus unggul


YEE FUNG menunjukkan produk penyelidikannya yang berjaya menarik perhatian juri di Jepun.


BERMULA dengan idea kreatif, seorang penyelidik muda Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan serat makanan menerusi bahan sisa buangan pertanian yang dapat membantu dalam penjagaan kesihatan.

Hasil penyelidikan Wai Yee Fung, 23, dari Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) itu membuahkan satu penciptaan yang inovatif apabila mengungguli Anugerah Saintis Muda sempena Persidangan Asia keenam mengenai Bakteria Asid Laktik (ACLAB6) di Sapporo, Jepun baru-baru ini.

Pertandingan itu disertai kira-kira 3,000 peserta termasuk pembentang kertas kerja dari pelbagai disiplin ilmu termasuk bakterialogi, mikrobiologi gunaan, mikologi dan virologi.

Menurut Yee Fung yang merupakan pelajar tahun akhir PPTI, bahan itu dihasilkan dengan menggunakan sisa buangan pertanian seperti hampas beras, jagung, gandum dan sisa soya.

Katanya, penyelidikan itu berupaya memberi manfaat kepada penjagaan kesihatan usus, merendahkan tahap kolesterol, mengekalkan sistem penghadaman selain mencegah obesiti dan penyakit kencing manis.

"Serat daripada sisa pertanian melalui kaedah pengkapsulan nano ini menjadi bakteria baik dan dapat digunakan dalam produk penghasilan kesihatan dalam melindungi bakteria baik dalam badan.

"Ia tidak mempunyai rasa, namun boleh dijadikan bahan campuran seperti biskut dan mi bagi membantu penjagaan kesihatan selain dapat mengimbangkan kuantiti bateria dalam badan manusia," katanya kepada pemberita di USM baru-baru ini.

Kajian yang bermula pada tahun 2009 dengan geran penyelidikan USM berjumlah RM100,000 dan Dana Loreal of Women In Science sebanyak RM20,000.

Rangkul tiga emas

Selain itu, para penyelidik USM turut mempamerkan kecemerlangan mereka apabila berjaya merangkul tiga pingat emas dalam Pertandingan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2011 yang berlangsung di Kuala Lumpur September lalu.

Penyelidik berkenaan, Profesor Zainal Arifin Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral menyumbang emas melalui produk penyelidikan kategori Sains Gunaan.

Selain beliau, dua lagi pingat emas disumbangkan oleh Profesor Madya Kamal Zuhairi Zamli menerusi produk xGTWay dan Profesor Madya Cheong Kuan Yew dengan produknya, Chemical Vapor Growth of Nanowires.

Turut mengungguli malam anugerah tersebut ialah Profesor Madya Dr. Azizi Bahauddin menerusi rekaan tapak pameran yang berjaya merangkul Pempamer Terbaik. – ZAKI SALLEH

Full content generated by Get Full RSS.

Menambat selera anak

Posted:

Menambat selera anak

Menambat selera anak

SUSTAGEN memperkenalkan lima resipi yang bukan sahaja berkhasiat bahkan berwarna-warni dan lazat untuk hidangan si kecil.


TAHUKAH anda, tiga daripada empat ibu mengalami masalah dalam penyediaan makanan kepada anak-anak mereka yang mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat? Kebanyakan kanak-kanak agak sukar untuk makan makanan berkhasiat yang disediakan ibu mereka terutamanya sayur-sayuran dan nasi. Mereka lebih gemar makan makanan yang diproses seperti makanan ringan, burger, nuget dan gula-gula.

Masalah itu dikhuatiri menyebabkan tumbesaran anak-anak terganggu dan membesar sebagai seorang kanak-kanak yang obes. Lantaran itu, Mead Johnson Nutrition yang juga pengeluar produk rangkaian Sustagen memperkenalkan lima resipi yang mudah, menyeronokkan dan berwarna-warni untuk menarik minat kanak-kanak yang cerewet terhadap pemakanan.

Dengan kerjasama ketua tukang masak yang dilantik oleh Sustagen, Chef Chin Pei Ling, beliau menyediakan lima resipi enak untuk diikuti oleh para ibu mengikut Piramid Makanan yang telah diluluskan serta diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lima sajian itu ialah telur omelette berlapis bersama roti gandum, nasi mentega bersama dada ayam bakar dan salad bayam tomato, pasta bersos tomato klasik bersama ikan dan salad, puding vanilla Sustagen serta smoothie berperisa coklat Sustagen.

"Resipi-resipi dinamakan sebagai Appetit Support Nutrients ini mengandungi zat seperti tiamine, zink, vitamin B12, zat besi dan asid folik. Cara penyediaannya amat mudah dan sudah tentu setiap ibu boleh melakukannya dengan atau tanpa kemahiran memasak," kata Pei Ling.

Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Roger Dallas berkata, kanak-kanak memerlukan pelbagai variasi makanan yang berkhasiat agar untuk tumbesaran tubuh dan minda mereka.

"Dengan tip memasak yang diberi kepada ibu bapa hari ini, anak anda pasti makan dengan penuh selera dan tidak lagi menolak makanan yang disaji," tambah Dallas semasa pelancaran Formulasi Terbaru Sustagen, Appetit Support Nutrients di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara tip tersebut termasuklah memasak dan menghidang makanan yang sesuai dengan cara yang betul, perhatikan minat anak terhadap penyediaan makanannya dan hidangkan dengan serta-merta. Selain itu cara memasak seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang adalah lebih baik berbanding menggoreng.

"Gunakan kreativiti anda jika anak anda menolak makanan yang dihidang, cuba masak dengan cara yang lain. Tambahkan pelbagai warna dalam makanannya dan buatkan makanan mengikut bentuk seperti animasi atau nombor yang disukainya.

"Jangan isi makanan terlalu penuh ke dalam pinggan, sebaliknya hidangkan sedikit demi sedikit. Ini akan menggalakkan anak anda meminta lebih banyak makanan lagi," kata Dallas.

Tegas beliau lagi, ibu bapa perlu memahami kualiti yang harus diutamakan bukannya kuantiti.

"Hidangkan makanan berkhasiat kepada anak-anak anda seperti pasta yang mengandungi nutrient untuk kanak-kanak dengan menambah brokoli, kentang, keju, telur, daging ayam, ikan, kacang buncis dan sebagainya.

"Daripada pengalaman kami, jika tabiat pemakanan yang tidak baik tidak diatasi dari awal, kanak-kanak mungkin tidak mendapat nutrien yang secukupnya dalam Piramid Makanan," kata Dallas ketika diminta mengulas mengenai corak pemakanan kanak-kanak hari ini.

Demonstrasi masakan resipi-resipi tersebut turut diadakan dan ibu bapa yang terpilih mengikuti program itu juga sama-sama mempelajari bagaimana teknik-teknik penyediaan makanan untuk anak-anak mereka.

Bagi salah seorang peserta, Noraizah Mohd. Jaafar, 32, yang mempunyai dua orang cahaya mata, Appetit Support Nutrients amat penting untuk tumbesaran anak-anak serta menguatkan memori mereka.

"Saya pernah mencuba pelbagai jenama susu formula untuk diberi sebagai makanan tambahan kepada anak saya, tetapi dengan Sustagen, mereka amat serasi dan ia mengandungi khasiat 100 peratus yang diperlukan oleh tubuh mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved