Selasa, 11 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Legenda emas tinggal kenangan

Posted:

Legenda emas tinggal kenangan

Legenda emas tinggal kenangan

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
dan RONI HIDAYAT
hiburan@kosmo.com.my

AHMAD JAIS bangkit memperjuangkan seni sehingga ke akhir hayatnya.


PASTINYA lirik puitis penuh sentuhan rohani lagu popular berjudul Azizah itu cukup kuat untuk mengingatkan kita semua kepada figura bernama Ahmad Jais atau nama sebenarnya Datuk Mohd. Jais Ahmad.

Semestinya orang yang begitu rapat atau yang pernah berdepan dengan Ahmad Jais, 75, akan merasai kehilangan dan sedih apabila penyanyi legenda bersuara emas itu kembali ke Rahmatullah semalam.

Menurut anak keempat Allahyarham, Maimun, 31, bapa kesayangannya itu telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam apabila mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor pada 8 September lalu.

"Kemudian, ayah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam pada 24 September selama 15 hari setelah keadaan kesihatannya semakin serius.

"Kemudian sehari sebelum menghembuskan nafas terakhir keadaan ayah semakin tidak stabil dan akhirnya ayah telah meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi akibat komplikasi paru-paru," jelasnya.

Ditanya tentang ahli keluarga lain yang berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir, Maimun memberitahu, hanya dia dan adiknya, Mashita, 25, yang berada kerana dua orang abang mereka iaitu Iskandar, 41, Hisham, 40, serta seorang kakaknya, Salawati, 38, menetap di Singapura.

Jenazah Allahyarham telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 selepas solat Zuhur.

Dengan pemergian Allahyarham Datuk Ahmad Jais ke Rahmatullah, ternyata ia adalah satu kehilangan yang cukup besar dalam industri seni tanah air.

Menurut Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez yang ditemui di Masjid Negeri Shah Alam, perginya Ahmad Jais merupakan satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air khususnya pada irama pop yeh yeh.

"Pencapaiannya sangat besar dalam industri muzik dan dia merupakan legenda. Beliau merupakan ahli persatuan Karyawan yang sangat aktif dan bersedia membantu rakan-rakan dalam persatuan tidak kira masa dan tenaga," ujar Freddie.

Mengulas lanjut, kata Freddie, 58, Allahyarham juga dikenali oleh seluruh kaum tidak kira Melayu, India dan Cina kerana kelunakan suara dan lagu-lagunya yang sangat malar segar. Disebabkan itu sehingga kini Ahmad Jais masih menerima jemputan menyanyi di majlis-majlis.

"Saya sedih sebab dia tidak sempat menyanyi untuk jemputan nyanyian di masa akan datang sedangkan banyak jemputan yang diterimanya," katanya yang sempat melawat Allahyarham ketika beliau koma di DEMC.

Menurut Freddie lagi, hampir sebulan Ahmad Jais menderita penyakit paru-paru. Selepas dimasukkan ke DEMC beliau koma selama tiga minggu dan kemudiannya meninggal.

Kali pertama dan terakhir

Tiada apa yang mampu diucapkan selain melahirkan perasan sedih yang amat sangat. Itulah yang dialami penyanyi veteran tersohor, Salamiah Hassan, 60, meluahkan rasa sedih dan terkejut di atas pemergian Ahmad Jais.

Kali terakhir, ibu kepada penyanyi genit Atilia itu berjumpa dan berduet bersama Ahmad Jais untuk lagu Berdebar-Debar ketika mengadakan persembahan pada jamuan rumah terbuka raya Suruhanjaya Komunukasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Hotel Legend, Kuala Lumpur pada 16 September lalu.

"Itulah kali pertama dan juga terakhir kami berduet bersama. Sebelum ini, lagu Berdebar-Debar merupakan lagu duet kami untuk album dan kami tidak pernah berduet untuk persembahan khalayak bersama," katanya dengan nada sedih ketika dihubungi semalam.

Ketika berduet pada malam rumah terbuka raya tersebut, Salamiah memberitahu, keadaan Allahyarham tidak begitu sihat dan pernafasannya kedengaran tersekat namun beliau tetap cekal untuk menyanyi dan menghiburkan tetamu.

Semangatnya begitu kuat dan suaranya masih jelas mantap kedengaran di telinga Salamiah.

Melihat kepada rakan duetnya yang sudah tiada, pinta Salamiah agar nasib artis-artis veteran yang lain supaya lebih terbela.

"Janganlah bila mereka sudah tiada nanti baru nak ingat dan diangkat. Masa ketika tua mereka perlukan sokongan dan bantuan daripada mana-mana badan," katanya lagi.

Sementara itu, penyanyi Datuk DJ Dave yang turut ditemui memberitahu bahawa Allahyarham adalah penyanyi yang sangat diminatinya dari dulu sehingga sekarang.

Ujarnya, dia begitu meminati penyanyi tersohor itu kerana tertarik dengan suara unik yang dimiliki dan mereka kerap membuat persembahan bersama-sama sekitar era 70-an dan 80-an.

"Lagu berjudul Azizah yang dinyanyikan oleh arwah adalah merupakan lagu Melayu kedua yang saya dengar dan saya terus tertarik dan kagum dengan bakat yang dimilikinya itu.

"Sebagai seorang yang sudah berpuluh-puluh tahun berkecimpung sebagai penyanyi, arwah sememangnya seorang anak seni yang sudah banyak berjasa dalam industri hiburan tempatan," jelasnya.

Suka bergurau

Berkenaan dengan sikap peribadi yang dimiliki oleh penyanyi legenda berkenaan, rata-rata rakannya menganggap arwah sebagai seorang individu yang suka bergurau terutama dengan rakan-rakan di sekelilingnya.

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah, 58, yang terkejut dengan pemergian arwah memberitahu bahawa dia sudah menganggap penyanyi tersebut sebagai seorang abang setelah berkenalan sejak tahun 1965.

"Sepanjang 46 tahun saya berkawan dengannya, memang kami agak rapat kerana selalu membuat persembahan bersama-sama. Bagi saya, arwah seorang yang sangat suka bergurau dengan sesiapa sahaja.

"Antara gurauannya yang paling saya ingat apabila dia asyik bertanyakan tentang bila saya mahu berumah tangga. Bila mengenangkan gurauannya itu kembali, memang saya berasa teramat sedih," ujarnya yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual.

Ditanya sama ada beliau sempat menziarahi arwah sepanjang berada di hospital, Kak Pah memberitahu dia sempat melawat pada minggu lalu tetapi pada masa itu arwah dalam keadaan tidak berkata-kata.

Seorang lagi penyanyi yang popular sekitar tahun 1960-an, Datuk A. Rahman Hassan, 64, ketika ditemui berkata, arwah dianggap sebagai sebutir permata yang sangat berharga.

Menurutnya, biarpun sudah berkecimpung dalam bidang seni suara hampir 50 tahun, namun namanya masih lagi menjadi sebutan ramai dan mempunyai peminat yang tersendiri.

"Tidak dinafikan kebanyakan lagu-lagu dinyanyikan arwah adalah lagu evergreen yang masih diminati sehingga hari ini. Jadi, sudah sewajarnya dia diangkat sebagai salah seorang penyanyi legenda negara," jelasnya.

Bagaimanapun, di sebalik sikap penyanyi berkenaan yang suka bergurau, A. Rahman memberitahu bahawa arwah mempunyai sikap yang cukup tegas terutama dalam membuat sesuatu keputusan.

"Memang adakalanya ada sebilangan orang yang akan kecil hati dengan sikap ketegasannya itu, namun sepanjang mengenali dirinya dia sebenarnya adalah seorang individu yang sangat baik hati," ujarnya.

Sementara pelakon veteran terkenal, Datuk Aziz Sattar, 86, pula berkata, pemergian penyanyi legenda itu adalah sesuatu yang sukar untuk dicari ganti dan jasanya dalam bidang nyanyian tidak harus dilupakan sama sekali.

"Sebagai artis veteran hubungan kami sememangnya cukup rapat dan sepanjang mengenalinya arwah adalah seorang insan yang cukup istimewa.

"Perjuangannya sebagai seorang anak seni selama berpuluh-puluh tahun harus dijadikan contoh kepada penyanyi-penyanyi generasi sekarang," ujarnya.

Perginya Ahmad Jais sangat dirasai buat peminat-peminat yang menggilai suara dan lagunya. Hanya lunak suara dan lagu-lagu popularnya seperti Di Ambang Sore, Azizah dan Budi Setahun Segunung Intan yang tinggal sebagai kenangan.

Menyahut panggilan Ilahi, Allahyarham Ahmad Jais telah pergi meninggalkan kita semua selepas dikhabarkan rakan perjuangannya mengenai kebaikan dan keceriaan yang disalurkan ke dalam hidup mereka.

Sepantas itu nyawanya diambil semula oleh Sang Pencipta. Biarpun pemergiannya diratapi dan ditangisi, Ahmad Jais pergi dan tidak akan kembali lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Ceritera hayat Datuk Ahmad Jais

Posted:

Ceritera hayat Datuk Ahmad Jais

Ceritera hayat Datuk Ahmad Jais

"DIA bukan jenis penyanyi yang letak harga," ujar promoter konsert dan pemilik De' Media & Event Entertainment, Syed mohd. Yusof Wafa Syed Nordin atau Wafa yang sudah 15 tahun bekerjasama dengan arwah Datuk Ahmad Jais dalam urusan konsert-konsert di seluruh negara.

"Datuk Ahmad Jais seorang yang merendah diri. Dia tidak minta bayaran yang tinggi untuk nyanyiannya. Biasanya dia menerima bayaran di antara RM2,000 hingga RM4,000 untuk kemunculan dalam sesebuah konsert menerusi maksimum empat buah lagu," ujar Wafa yang berada di New York, Amerika Syarikat ketika dihubungi Kosmo! Dia mengakui betapa dirinya sangat terkejut dengan kepergian arwah yang sudah dianggap seumpama bapanya sendiri itu.

"Namun, arwah seorang yang sangat pemurah dan baik hati, malah dia berusaha keras memastikan penonton persembahannya akan berpuas hati.

"Malah, ada ketikanya dia dibayar untuk mendendangkan tiga buah lagu, tapi apabila penonton merayu untuknya terus menyanyi dia akan menambah bilangan lagu nyanyian tanpa berkira soal bayaran. Itulah sikap arwah yang paling saya kenang," luahnya yang turut memberitahu antara lagu kegemaran Ahmad Jais untuk persembahan-persembahannya termasuklah Umpan Jinak di Air Tenang dan Bahtera Merdeka.

Itu antara secebis kisah kenangan semasa hayat arwah Datuk Ahmad Jais yang mungkin ramai tidak mengetahui.

Merupakan salah seorang penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an, sementelah bergelar penyanyi yang bergelumang dengan kancah glamor, sudah tentu Ahmad Jais mempunyai 1001 kisah yang menarik sepanjang kehidupannya untuk dikongsi bersama peminat.

Dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada 28 Mac 1936 dan kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957, dari situ Ahmad Jais mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasib nyanyian di sana pula.

Sebelum bintangnya mula bersinar di Singapura, Ahmad Jais pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle and Carriage dengan gaji sekitar RM80 sebulan.

Bakat seni Ahmad Jais mula bersinar apabila beliau memenangi pertandingan nyanyian Lagu Asli Singapura pada tahun 1959 dan 1960.

Pada tahun 1961, Ahmad Jais sekali lagi menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura tetapi malangnya ramai peserta pertandingan itu membantah beliau mengambil bahagian buat kali ketiga.

Keistimewaan suara Ahmad Jais mendendangkan lagu-lagu asli menggugat peserta-peserta yang masuk bertanding. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura. Begitupun, beliau berjaya dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara.

Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

Rakam album pertama

Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria, Singapura.

Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan.

Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan bersama Kartina Dahari.

Pada tahun 1965 akhirnya Ahmad Jais merakamkan album pertama. Album tersebut berjudul Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu menerusi 15 album dan kebanyakannya dalam bentuk rakaman extended play (EP) dan rekod long play (LP).

Selepas melebarkan sayapnya di Singapura, Ahmad Jais kembali semula ke Malaysia. Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani memberitahu Kosmo!, penyanyi berkenaan adalah satu-satunya artis lelaki era 1960-an yang membuat konsert solo di Istana Budaya.

"Dalam persembahan yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 23 hingga 25 Mac 2007, sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila semua tiket habis dijual.

"Walaupun dikategorikan sebagai penyanyi veteran, namun arwah membuktikan dia masih lagi penyanyi yang diminati ramai dan mempunyai peminat yang tersendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda ke-63 pada 2006.

Beliau turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung-julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd - FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Full content generated by Get Full RSS.

Thailand dahagakan perkhidmatan 3G

Posted:

Thailand dahagakan perkhidmatan 3G

Thailand dahagakan perkhidmatan 3G

Sungguhpun pertumbuhan penjualan telefon pintar meningkat dengan mendadak di Thailand, teknologi komunikasi generasi ketiga (3G) masih belum dapat digunakan sepenuhnya penduduk negara tersebut.


PENINGKATAN jualan telefon pintar meningkat mendadak di Thailand namun warganya terpaksa bersabar apabila perkhidmatan 3G masih belum boleh dinikmati sepenuhnya.


SEJAK kebelakangan ini, semakin ramai warga urban Thailand menjadikan telefon pintar BlackBerry dan iPhone sebagai salah satu aksesori yang perlu dimiliki mereka.

Meskipun, telefon pintar menjadi kegilaan negara berkenaan, rangkaian internet mudah alih masih berdepan kesukaran dalam menawarkan perkhidmatan lebih pantas kepada pelanggan-pelanggan di negara Gajah Putih itu.

Selepas sedekad teknologi komunikasi generasi ketiga (3G) dilancarkan di Jepun, perkhidmatan 3G masih belum dapat dinikmati sepenuhnya rakyat negara Thailand sedangkan negara jiran mereka Laos sudah mula memperkenalkan teknologi 4G yang lebih pantas.

Selain Myanmar yang dikuasai tentera, Thailand merupakan negara di Asia Tenggara masih tidak menggunakan perkhidmatan 3G sepenuhnya. Teknologi 3G banyak memberi manfaat apabila membolehkan pengguna telefon mudah alih melayari internet dan memuat turun muzik serta video melalui telefon mudah alih.

"Saya telah membeli telefon ini kira-kira tiga tahun lalu kerana menyangka dapat menggunakan 3G tetapi, ia mengambil masa tiga tahun untuk menikmati perkhidmatan tersebut," kata Tiabtawan Limjittrakorn, 25, yang menetap di Bangkok.

Negara Kemboja turut mempunyai rangkaian 3G sejak tahun 2006 lagi, ia sekali gus membolehkan pengguna mudah alih mengakses kandungan dalam talian dengan lebih pantas berbanding jiran mereka Thailand.

Pada tahun lalu, mahkamah Thailand memberhentikan bidaan lesen rangkaian 3G pada saat-saat akhir disebabkan syarikat gergasi milik kerajaan, CAT, membantah bahawa Suruhanjaya Telekomunikasi Negara tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan bidaan.

CAT dan sebuah lagi syarikat milik kerajaan, TOT mempunyai hak menguntungkan bagi pemberian konsesi untuk perkhidmatan generasi kedua dan berdepan kerugian dalam pendapatan sekirannya pengendali-pengendali memperoleh lesen 3G dan bertukar kepada teknologi baharu itu.

Terdapat beberapa kawasan yang mendapat liputan terhad apabila tiga pengendali telekomunikasi utama Thailand iaitu Advanced Info Service (AIS), Dtac dan True mengetepikan isu lesen dengan menaik taraf kelajuan rangkaian penghantaran data, membina tiang-tiang komunikasi serta menyediakan rangkaian 3G secara percuma.

Peningkatan pengguna telefon

Dalam pada itu, firma-firma konsortium menawarkan liputan kelajuan tinggi kepada pengguna walaupun di luar kawasan tersebut tidak terdapat isyarat.

Situasi tersebut membuatkan pengguna telefon pintar Thailand menjadi pakar dalam mengemudi perkhidmatan disediakan kepada mereka.

Bahkan, terdapat pengguna yang mempunyai telefon dan beberapa kad SIM. Ada yang digunakan di rumah, ketika menaiki kereta api tatkala hendak ke pejabat dan mungkin apabila berkunjung pusat beli-belah.

Mengikut kajian Nielsen, Thailand mencatatkan pengguna internet mencecah sehingga 21 juta orang dan 17.6 juta daripada jumlah tersebut menggunakan telefon mudah alih mereka untuk mengakses internet.

Media sosial turut menunjukkan peningkatan mendadak apabila terdapat sebanyak 75 peratus lonjakan dalam akaun Facebook iaitu 12 juta pengguna sejak awal tahun ini.

Pengarah Amalan Telekom Nielsen Thailand, William Wang berkata, negara berkenaan merupakan antara negara di Asia Tenggara yang mempunyai kadar belian telefon pintar terpantas dengan pertumbuhan sebanyak lapan peratus pada tahun lalu.

Promosi-promosi diskaun telefon pintar cukup popular sehingga satu tawaran hebat iPhone baru-baru ini berjaya menarik ribuan pengguna di pusat beli-belah Bangkok malah, ada yang sanggup berkhemah semalaman semata-mata untuk mendapatkan peranti itu.

"Dengan telefon pintar terutamanya iPhone, saya rasa terdapat faktor trend yang menjadikan peningkatan ini. Ia baharu dan mencerminkan simbol status.

"Orang ramai sanggup beratur panjang untuk menggunakan peranti ini tetapi berharap mutu perkhidmatan 3G dapat ditingkatkan," kata Penganalisis Moody, Laura Acres kepada AFP.

Menurut kajian dilakukan pembikin telefon mudah alih HTC, jumlah jualan telefon pintar telah melonjak naik sekitar tiga juta pada tahun ini berbanding hanya 1.6 juta pada 2009.

Ketua Pengendali 3G, Piroon Paireepairit berkata, kumpulannya menjangkakan bilangan telefon pintar pada rangkaiannya akan bertambah tiga kali ganda dua tahun lagi dan 3G merupakan kunci utama strategi pada tahun akan datang.

"Tanpa rangkaian data seperti 3G telefon pintar bukanlah pintar," katanya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Seruan glamor cintai alam sekitar

Posted:

Seruan glamor cintai alam sekitar

Seruan glamor cintai alam sekitar

Oleh ADLAN JAAFAR

AISHAH menggunakan populariti dengan cara positif dalam mempromosi gaya hidup mesra alam kepada orang ramai.


AISHAH SINCLAIR merupakan salah seorang daripada selebriti yang sangat peka kepada alam sekitar. Mula melibatkan diri dalam aktiviti pemuliharaan flora dan fauna seawal usia lapan tahun, ketika itu, dia hanya memahami bahawa aktiviti tersebut adalah saat berharga menghabiskan masa bersama keluarga.

Waktu itu, dia pasti berada bersama ibu bapanya yang juga pengasas Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) dan adik-beradiknya untuk menikmati keindahan alam.

Menurut ibu yang berusia 31 tahun itu, secara semula jadi kanak-kanak sangat suka mendampingi ahli keluarga terutama ibu bapanya dan sangat mudah diasuh serta diterap nilai-nilai positif.

Oleh sebab itu, tidak pelik apabila melihat semangat cintakan alam sekitar begitu menebal dalam diri Aishah terutama ketika dia meniti usia dewasa. Kini, dia dan abangnya, Ashraf Sinclair merupakan antara ahli lembaga pemegang amanah YAWA.

Tanam pokok

Sama seperti ibu bapa lain, Aishah mempunyai matlamat untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya, Suraya Ann dari segi pendidikan, kehidupan dan masa hadapan.

"Namun, tanpa kita disedari sebenarnya kita telah memberikan dunia yang tidak pasti keselamatannya dengan cara tidak menjaga alam sekitar," ujarnya ketika ditemui di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr, Ismail, Kuala Lumpur.

Sebagai tanda menyambut kelahiran puteri sulungnya, Aishah telah menanam sebatang pokok bunga melor ditempat uri anaknya ditanam.

Selain itu, dua batang pokok lagi turut ditanam oleh ibunya dan sebatang lagi di sebuah taman yang terletak di Bukit Kiara.

"Walaupun ia kedengaran seperti orang dahulu kala tetapi, cuba bayangkan jika setiap ibu bapa melakukan perkara tersebut apabila ada kelahiran.

"Sudah pasti, pokok-pokok di hutan yang telah ditebang sebagai sumber bumi dapat diganti semula sebagai mengimbangi ekosistem," ujarnya yang turut mengakui bahawa aktiviti teknologi seperti cari gali minyak perlu dilakukan untuk keselesaan.

Diri sendiri

Mendidik melalui perilaku juga adalah salah satu cara menerapkan nilai menjaga alam sekitar. Aishah sendiri sentiasa mengamalkan kehidupan ke arah itu.

Ketika mandi, Aishah pasti menutup pili air jika mahu mencuci rambut atau memberus gigi dan sentiasa memastikan plug barang elektrik dicabut apabila tidak mahu digunakan.

"Standby light pada plug tersebut akan mengambil lima peratus daripada kos penggunaan elektrik sepanjang tahun," katanya berkongsi maklumat.

Mengasingkan sampah kertas dan plastik untuk dikitar semula pula telah menjadi rutin biasa sejak Aishah sejak kecil lagi.

Meningkatkan lagi semangat cintai flora dan fauna, pada akhir bulan Mei lalu, Aishah atau nama sebenarnya, Aishah Jennifer Mohamed Sinclair telah dilantik sebagai duta Earthkeepers Malaysia yang merupakan sebuah khidmat sosial oleh Timberland.

Pada bulan Jun lalu, Aishah menyertai kumpulan sukarelawan Timberland terbang ke padang pasir Horqin, China untuk menanam pokok di sana selain membuat kerja-kerja mencantas dahan pokok.


AISHAH sedang mencantas dahan pokok dalam program di Horqin, China.


Peluang tersebut memberi kesempatan kepada Aishah untuk menyampaikan kesedaran dan mesej kepada orang ramai betapa pentingnya menjaga dunia ini.

Menurutnya, Malaysia merupakan negara yang boleh dikatakan sangat menitikberat alam sekitar. Ia boleh dilihat dengan kewujudan banyak badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkannya.

Pihak kerajaan juga banyak mengeluarkan polisi dan kempen-kempen yang bertujuan menjaga alam sekitar namun, baginya seperti ada yang tidak kena.

Melalui pemerhatian Aishah, masalah sampah sarap amat ketara dan paling menjanggalkan adalah apabila papan tanda amaran dilarang membuang sampah diolok-olok dengan menjadi tempat longgokan sampah.

"Barangkali sikap rakyat Malaysia yang tidak kisah dan sentiasa mengganggap akan ada individu yang membersihkannya.

"Penguatkuasaan juga memainkan peranan penting kerana setiap undang-undang dan polisi yang dibuat akan terlaksana dengan berkesan jika ada ketegasan," ulasnya mengenai tahap kesedaran rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, tegas Aishah, rasa tanggungjawab dalam diri perlu ada dan ia perlu dipupuk dari rumah lagi oleh ibu bapa.

Lampin kain

Sementara itu, seorang lagi selebriti yang terkenal sebagai pencinta alam sekitar, Sazzy Falak turut berusaha mengamalkan gaya hidup mesra alam sekitar.

"Lebih kurang 98 peratus barang-barang yang saya gunakan akan dikitar semula atau bersifat mesra alam," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Baru sahaja dikurnia sepasang anak kembar, Sazzy turut mengaplikasi kitar semula dalam mengurus anak-anaknya.

Jika tiada aktiviti dan sentiasa berada di rumah, menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia akan menggunakan lampin jenis kain supaya boleh digunakan semula selepas dibasuh.

Selain itu, dia juga menggalakkan rakan-rakannya menggunakan botol minuman yang diperbuat daripada aluminium kerana ia lebih tahan lama.

"Ketika menjalani sesi penggambaran, saya pastikan tidak mengambil minuman yang disediakan dalam botol air mineral, manakala skrip-skrip yang diterima tidak akan dibuang begitu sahaja.

"Saya akan menggunakan kertas-kertas tersebut pada bahagian yang belum dicetak seperti menulis nota atau cetak pula pada bahagian tersebut," terangnya.

Walaupun hanya menjadi duta Earth Hour pada tahun 2009, Sazzy tetap memastikan dia dan rakan-rakannya yang lain menyambut hari alam sekitar itu dengan menutup suis lampu selama sejam setiap tahun.

Ujarnya, penjimatan hasil daripada kempen Earth Hour itu sangat banyak meskipun dilakukan dalam tempoh yang boleh dikatakan singkat iaitu sejam.

Cukup hanya sekadar sejuta buah rumah tidak menggunakan bekalan tenaga elektrik maka, tenaga yang diperlukan dibekalkan selama sejuta jam sudah dapat dijimatkan.

Full content generated by Get Full RSS.

Periuk kera bertelinga di Taman Negara

Posted:

Periuk kera bertelinga di Taman Negara

Periuk kera bertelinga di Taman Negara


PERIUK kera yang mempunyai bentuk fizikal tambahan seakan-akan telinga ini memiliki sifat boleh bervariasi.


DALAM tempoh dua tahun, Norsiah Bahari, pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang berasal dari Melaka berulang-alik kira-kira 14 kali ke Taman Negara Endau Rompin, Pahang.

Atas rasa cinta wanita berusia 37 tahun itu kepada alam sekitar dan sebagai sebahagian daripada kajian tesis, dia bersama ahli kumpulannya yang lain seramai tujuh orang telah menempuh perjalanan sukar untuk mengumpul spesimen yang terdapat di situ.

Ekspedisi kali pertama Norsiah pada 13 Mac 2009 bermula dengan mudah iaitu pendakian pada permukaan yang agak mendatar. Namun, tidak lama selepas itu mereka berdepan pula dengan permukaan berbukit yang curam setinggi 50 meter. Mujur terdapat laluan bertangga sepanjang pendakian tersebut.

Perjalanannya diteruskan dengan permukaan mendatar yang dipenuhi dengan struktur batu-batu pula. Disebabkan cuaca di situ agak lembap dan sejuk, tumbuh-tumbuhan seperti lumut dan paku-pakis tumbuh merata.

Pokok-pokok herba seperti kacip fatimah dan durian turut melatari pemandangan di kawasan tersebut yang Norsiah percayai, ia pernah menjadi kawasan laluan sungai suatu masa dulu.

Ujarnya, kawasan tersebut mempunyai aroma yang sangat menyenangkan kerana secara kebetulan tumbuh-tumbuhan di situ sedang berbunga.

Sekali lagi, Norsiah terpaksa memanjat permukaan bercuram tetapi kali ini dengan perubahan pemandangan flora yang sangat berbeza.

"Pada awal pendakian, kami dapat melihat banyak pokok-pokok tinggi termasuk pokok bertam. Kemudian, pokok-pokok palma pula mendominasi kawasan tersebut," ujar Norsiah.

Tambahnya, paling unik di kawasan tersebut adalah terdapat sebuah hutan edafik (pengaruh ciri-ciri tanah pada tanaman) bukit yang ditumbuhi pokok-pokok palma kipas. Pokok-pokok tersebut hidup secara berkelompok dan berumpun sahaja.


SEBAHAGIAN penyelidik bersantai di tapak perkhemahan sebelum memulakan ekspedisi.


"Ia adalah spesies endemik di Semenanjung Malaysia dan hanya boleh ditemui di Taman Negara Endau Rompin dan Hutan Simpan Bukit Bauk, Terengganu," ujar Norsiah mengenai tumbuhan yang telah disenarai sebagai spesies terancam dalam Buku Data Merah Persekutuan Pemuliharaan Antarabangsa (IUCN).

Fakta menarik mengenai pokok yang dikenali sebagai pokok sabun itu adalah nama saintifiknya, Livistona endauensis diambil sempena nama tempat asalnya, Endau.

Pendakian Norsiah berakhir apabila dia sampai ke kawasan dataran tinggi pada ketinggian 399 meter yang dipanggil sebagai Padang Tujuh. Ia dilitupi hutan padang atau dikenali juga sebagai hutan rawa.

Melengkap kajian

"Keseluruhan hutan padang itu ditumbuhi pokok-pokok renek, paku-pakis dan pokok periuk kera manakala cuacanya agak panas dan kering berbanding kawasan lain," terangnya mengenai keunikan hutan yang terdapat di kawasan tanah tinggi.


NORSIAH (tiga dari kanan) bersama pasukan penyelidiknya.


Keunikan dan kelainan yang ketara pada ketinggian yang berbeza sepanjang perjalanan dari pintu masuk Taman Negara, Guntung Keriung ke Padang Tujuh adalah penyebab Norsiah begitu berminat untuk mengkaji seterusnya melengkapkan pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang Biologi.

Kajian pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu meliputi hubung kait antara faktor ketinggian dan tumbuh-tumbuhan selain daripada penelitian tekstur tanah yang boleh mempengaruhi jenis flora yang hidup di persekitarannya.

Di Padang Tujuh, pasukan Norsiah yang terdiri daripada renjer perhutanan, potter, Orang Asli dan pembantunya berkhemah dan mengumpul spesimen.

Proses mencari dan mengumpul sampel bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang dan kadangkala pasukan Norsiah perlu bermalam di situ selama seminggu.

"Spesimen daun yang diambil perlu dipetik dari atas pokok dengan bantuan Orang Asli bagi memastikan kesegaran dan jenis pokoknya. Daun-daun di atas permukaan tanah kebanyakannya telah kering dan bercampur.

"Ia akan diawet menggunakan cara anestetik basah. Sampel direndam dalam cecair alkohol bagi memastikan daun tidak luruh daripada cabang," terang Norsiah mengenai kaedah spesimen diproses dan ia sering dilakukan pada waktu malam.


PENYUSUNAN spesimen dilakukan penuh berhati-hati di tapak perkhemahan.


Kemudian, sampel-sampel tersebut dibawa ke makmal di UKM untuk dikaji dengan melihat corak urat daun dan cara percambahan spesimen tersebut.

Ulas Norsiah, penemuan yang menarik sepanjang kajiannya adalah dua jenis sampel yang pada mulanya didakwa sebagai spesies tumbuh-tumbuhan baharu iaitu pokok durian dan periuk kera.

"Daripada penelitian terhadap urat-urat spesimen daun durian tersebut, ia adalah spesies baharu tetapi kajian mendalam perlu dilakukan kerana sampel yang lengkap seperti bunga dan putik daun perlu ada," jelasnya lagi.

Menurut Norsiah, di Padang Tujuh pula terdapat banyak pokok periuk kera. Paling mencuri tumpuan pasukannya adalah tumbuhan tersebut mempunyai bentuk fizikal tambahan seakan-akan telinga pada tumbuhan itu.

Bertandang ke Padang Tujuh

Selepas sesi konsultasi dengan pensyarah, Prof. Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad dan pakar periuk kera lain, kesimpulan yang dibuat adalah ia berkemungkinan spesies baharu.

Pada bulan Ogos lalu, Norsiah bertandang semula ke Padang Tujuh untuk kajian yang lebih terperinci terhadap hidupan tersebut.

Kali ini, Norsiah mendapati bahawa periuk kera tersebut adalah tumbuhan variasi. Walaupun ia bukan spesies baharu, namun sifat boleh bervariasi itu merupakan penemuan terkini bagi tumbuh-tumbuhan jenis tersebut yang pernah direkodkan.

Bagaimanapun, ujarnya, kedua-dua penemuan tersebut masih belum disahkan lagi kerana ia perlu diterbitkan dalam penerbitan jurnal terlebih dahulu.

Untuk tujuan itu, sampel lengkap perlu ada dan prosesnya sangat panjang iaitu daripada membuat kajian sehingga persidangan membincangkan penemuan baharu perlu dibuat.

Buat sementara waktu, kedua-dua spesies yang masih belum disahkan itu dikenali dengan nama saintifik Durio razakii ined bagi pokok durian manakala tumbuhan periuk kera pula adalah Nephenthes rafflesiana.

Full content generated by Get Full RSS.

Ultrabook pertama Acer

Posted:

Ultrabook pertama Acer

Ultrabook pertama Acer

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


ASPIRE S3 turut dilengkapi dengan sistem audio bunyi keliling Dolby Home Theater v4.


KOMPUTER tablet dan telefon pintar bagaikan sudah menjadi salah satu peranti mesti dimiliki dalam kehidupan pengguna hari ini. Ia bagaikan tidak lekang daripada pandangan mereka sama ada untuk berkomunikasi ataupun melayari internet apabila berada di mana-mana sahaja.

Sungguhpun begitu, komputer riba masih menjadi pilihan pengguna apabila memerlukan peranti yang mempunyai kapasiti penstoran lebih besar.

Ia amat penting untuk melaksanakan tugasan mereka dengan lebih lancar dan pantas apatah lagi, apabila tidak berada di pejabat.

Dalam memberi pilihan kepada pengguna, Acer Sales & Services Sdn. Bhd. memperkenalkan ultrabook pertama Acer iaitu Aspire S3.

Model terbaharu itu, menggabungkan kuasa dan produktiviti sebuah komputer buku dengan ciri-ciri penting telefon pintar serta komputer tablet untuk memberi kepuasan kepada pengguna.

Reka bentuk aerodinamik ultra nipis yang menampilkan kerangka aluminium dan aloi magnesium menjadikan peranti terbaharu ini amat ringan.

Dengan hanya seberat 1.35 kilogram (kg) dan ketebalan 1.3 sentimeter (sm), ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja tanpa perlu berfikir panjang.

Di samping itu, ultrabook tersebut turut didatangkan bersama pelindung kemasan logam untuk memastikan tiada kesan cap jari ditinggalkan pada permukaan licin kerangka peranti tersebut.


ACER tidak mahu ketinggalan dalam persaingan komputer riba melalui inovasi Aspire S3.


Aspire S3 turut menampilkan dua inovasi baharu iaitu Acer Green Instant On dan Acer Instant Connect dalam menawarkan penggunaan komputer dengan lebih pantas, jimat tenaga serta efisien.

Dengan dua mod Sleep dan Deep Sleep ditawarkan pada teknologi Acer Green Instant On, ultrabook terbaharu berkenaan dapat memastikan ketahanan bateri dengan lebih lama agar pengguna tidak kecewa kehabisan bateri apabila menggunakan peranti tersebut.

Acer Instant Connect pula membolehkan pengguna untuk mengakses internet dalam masa hanya 2.5 saat, empat kali lebih laju berbanding menggunakan sambungan internet konvensional.

Ia sekali gus dapat memastikan pengguna mengakses dengan lebih cepat dan produktif apabila menikmati keseronokan berhibur di alam maya.

Bagi mereka yang sentiasa mencari hiburan melalui internet, Aspire S3 dilengkapi Dolby Home Theater v4 memberikan bunyi keliling bertenaga dan meningkatkan kualiti suara untuk pengalaman mendengar pada tahap optimum.

Acer Aspire S3 ditawarkan pada harga RM2,599 di semua penjual sah utama Acer di seluruh negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


45,000 orang muda muflis

Posted:

45,000 orang muda muflis

45,000 orang muda muflis

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my

KEBANJIRAN kompleks beli-belah menjadi tarikan kepada orang ramai untuk berbelanja melebihi kemampuan. - Gambar hiasan


SUBANG JAYA - Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.

"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahmad Jais meninggal dunia

Posted:

Ahmad Jais meninggal dunia

Ahmad Jais meninggal dunia

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

SHAH ALAM - Penyanyi irama pop yeh yeh bersuara emas, Datuk Mohd. Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais (gambar kecil) meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Seksyen 14 di sini semalam akibat komplikasi paru-paru.

Ahmad Jais, 75, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut kira-kira pukul 9.20 pagi setelah 15 hari menerima rawatan.

Menurut anak keempat Allahyarham, Maimun, 31, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 24 September lalu setelah mengalami sesak nafas.

Bagaimanapun, menurutnya, keadaan arwah semakin tidak stabil mulai petang kelmarin.

"Pada pagi ini (semalam), denyutan jantungnya semakin lemah dan bapa saya akhirnya menghembus nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi di sisi saya dan adik bongsu, Mashita," katanya ketika ditemui.

Maimun memberitahu, ketika dirawat di DEMC, arwah sempat berpesan kepadanya dan Mashita supaya menjaga diri, anak-anak dan keluarga dengan baik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat jangan panik beli beras

Posted:

Rakyat jangan panik beli beras

Rakyat jangan panik beli beras

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan masalah kekurangan bekalan beras dari Thailand ekoran banjir besar yang melanda negara itu ketika ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah menyediakan stok beras secukupnya untuk rakyat di negara ini dan memberi jaminan tidak akan timbul masalah kekurangan bahan itu.

Menurutnya, bekalan beras mencukupi kerana perjanjian hadapan yang ditandatangani dengan Thailand sebanyak 307,000 tan metrik setahun dan negara itu sudah menyediakan stok bekalan seperti yang dijanjikan.

"Separuh daripada bekalan sudah berada di dalam negara dan selebihnya berada di tempat yang selamat di Bangkok dan tidak terlibat dengan banjir serta akan dibawa masuk dalam waktu terdekat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Harta Intelek Herba di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Banjir ragut ratusan nyawa di Asia Tenggara

Posted:

Banjir ragut ratusan nyawa di Asia Tenggara

Banjir ragut ratusan nyawa di Asia Tenggara

SEJUMLAH orang menggunakan pelampong dan perahu di sebuah kawasan banjir di Ayutthaya, Thailand semalam.


BANGKOK - Banjir besar telah menyebabkan 500 orang mati di Thailand, Kemboja dan Vietnam, kata beberapa pegawai semalam.

Di Thailand, angka kematian meningkat kepada 269 orang manakala ribuan askar melakukan operasi bantuan di kawasan yang teruk terjejas.

Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra berkata, situasi di negaranya berada dalam kawalan.

Usaha-usaha sedang dilakukan bagi menghalang banjir melimpah di kawasan rendah di Bangkok yang menjadi tempat tinggal 12 juta orang.

Beg-beg pasir diletakkan di sepanjang Sungai Chao Phraya di sini.

"Kami yakin, Bangkok masih berada dalam kawalan. Situasi kini adalah normal," kata seorang pegawai di Pentadbiran Metropolitan Bangkok.

Di Kemboja, angka kematian meningkat kepada 207 orang termasuk 83 kanak-kanak, kata seorang pegawai bencana.

Seramai 24 kematian dilaporkan di Vietnam akibat banjir di Delta Mekong.

Sejumlah besar tanaman padi musnah kerana banjir. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Ramalan tarikh kematian sendiri tepat

Posted:

Ramalan tarikh kematian sendiri tepat

Ramalan tarikh kematian sendiri tepat


LAMAN Twitter Mikey Welsh yangmeramalkan kematiannya.


CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Ramalan bekas pemain gitar bes kumpulan rock Weezer, Mikey Welsh bahawa dia bakal menemui ajal pada 9 Oktober lalu menjadi kenyataan apabila dia itu ditemui mati di bilik hotel penginapannya kelmarin, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Welsh meninggal dunia dipercayai kerana mengambil dadah secara berlebihan pada usia 40 tahun. Dia menginap di hotel berkenaan di sini kerana mahu menonton persembahan Weezer.

Selebriti itu meramalkan dengan tepat lokasi dan masa kematiannya di laman perkongsian sosial, Twitter pada 26 September lalu.

"Saya bermimpi saya mati di Chicago pada hujung minggu depan kerana diserang sakit jantung semasa tidur. Saya perlu menulis wasiat saya sekarang," kata Welsh dalam akaun Twitter miliknya.

Kemudian dia berkata: "Pembetulan, saya akan mati pada hujung minggu satu lagi."

Selain ramalan tepat itu, pemuzik berkenaan turut membuat beberapa ramalan berhubung peristiwa yang akan berlaku dalam akaun Facebooknya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar nafi pencipta asal logo penghormatan Steve Jobs

Posted:

Pelajar nafi pencipta asal logo penghormatan Steve Jobs

Pelajar nafi pencipta asal logo penghormatan Steve Jobs


Pelajar rekaan di Hong Kong, Jonathan Mak bergambar dengan logo penghormatan pengasas syarikat Apple, Steve Jobs.


HONG KONG - Seorang pelajar seni reka di Sekolah Rekaan Universiti Politeknik Hong Kong, Jonathan Mak semalam menyatakan logo penghormatan pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs bukan ciptaan aslinya.

Menurutnya, dia bukan yang pertama mereka logo tersebut yang menampilkan buah epal dan mempunyai bayangan bentuk sisi muka Jobs.

Rekaan Mak yang berusia 19 tahun itu menjadi popular di alam siber ekoran kematian Jobs.

Ia menjadi popular selepas disiarkan oleh Mak pada Khamis lalu selepas Jobs meninggal dunia.

Rekaan itu mendapat ribuan komen dengan topi dan baju T dijual di laman lelongan e-Bay memaparkan ciptaannya.

Logo tersebut juga digunakan oleh pelakon Hollywood, Ashton Kutcher di laman profail Twitternya.

Mak membuat komen tersebut selepas terdapat komen di laman Twitter bahawa seorang pereka yang berada di United Kingdom (UK) dikenali sebagai Raid71 sebenarnya telah mencipta logo tersebut pada Mei lalu.

Rekaan pereka UK itu itu turut meletakkan bayang Jobs tetapi dimensinya tidak sama seperti ciptaan Mak.

"Saya lebih gembira untuk memberitahu bahawa terdapat seseorang yang membuatnya sebelum saya," kata Mak.

Jobs yang mencipta revolusi dalam penciptaan komunikasi menerusi pengeluaran telefon bimbit iPhone dan gajet iPod meninggal dunia pada Rabu lalu semasa berumur 56 tahun. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ejen hartanah diberi 2 peluru

Posted:

Ejen hartanah diberi 2 peluru

Ejen hartanah diberi 2 peluru

11/10/2011 9:11pm

KUALA LUMPUR — Polis menemui dua butir peluru jenis 9mm yang diletakkan di dalam peti surat rumah seorang ejen hartanah di Jalan P.Ramlee, Setapak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata peluru itu ditemui hasil aduan ejen hartanah berumur 62 tahun itu, yang menghubungi polis sebaik menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali kira-kira 7.30 pagi.

"Pemanggil itu memberitahu ejen hartanah itu bahawa terdapat dua butir peluru diletakkan di dalam peti suratnya," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, malam ini.

Zakaria berkata, polis bersama Unit Forensik pergi ke rumah lelaki itu dan mendapati dua butir peluru berkenaan yang diletakkan di dalam sampul berwarna coklat.

"Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah. Kita juga sedang mengkaji motif kejadian," katanya.

Beliau berkata, ejen hartanah itu tinggal di rumah berkenaan sejak 23 tahun lepas. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Warga Nepal rentung

Posted:

Warga Nepal rentung

Warga Nepal rentung

11/10/2011 7:10pm

SHAH ALAM - Seorang warga Nepal maut manakala empat lagi rakan serumah yang merupakan rakan senegaranya cedera dalam satu kebakaran di sebuah flat di Jalan Tupai, Seksyen 20, di sini pagi tadi.

Kelima-lima mereka yang bekerja di sebuah kilang elektronik berhampiran, sedang tidur selepas pulang daripada bekerja syif malam apabila kebakaran itu bermula pada 11 pagi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Mohd Hisham Sidek.

Beliau berkata, mangsa Chakra Bahadur Bolum, 21.

"Kebakaran itu dipercayai bermula di ruang tamu rumah yang terletak di tingkat bawah Blok 14, dan puncanya masih lagi disiasat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

4 mengaku tidak bersalah pecah kedai

Posted:

4 mengaku tidak bersalah pecah kedai

4 mengaku tidak bersalah pecah kedai

11/10/2011 6:41pm

SETIU - Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah masuk ke dalam kedai emas dan mencuri barangan kemas di Taman Jertih, Jertih, Besut pada 31 Ogos lepas.

Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan itu kira-kira 3.45 pagi hingga 7.50 pagi di Rumah Kedai Emas Din Mahmood, Lot 333 Tingkat Bawah, Taman Jertih, Jertih Besut.

Cheng Hing Fei, dari Bentong Pahang; Lim Shing, 49, dari Taman Balakong Seri Kembangan, Selangor; Leong Weng Sang, 52, dari Puchong Selangor; dan Koh Kok Hin 44, dari Sentul, Kuala Lumpur dituduh melakukan jenayah tersebut terhadap kedai dan barang kemas yang dimiliki Hishammuddin Mat, 31.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun serta denda dan jika kesalahan itu kesalahan mencuri boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Shuzianna Shakila Raja Mamat.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noraslinawati Mohd Arshad.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tahun sibuk Ella

Posted:

Tahun sibuk Ella

Tahun sibuk Ella

WALAUPUN telah lama berada di dalam industri seni, aura dan bahang Ratu Rock Malaysia masih lagi dirasai dan dinantikan oleh peminatnya seantero dunia. Wanita yang telah memulakan perjalanan karier seninya seawal umur 17 tahun ini masih lagi menjadi yang terhangat di pasaran tidak kiralah di dalam bidang nyanyian mahupun lakonan.

Berbicara mengenai lakonan, Norzila Aminuddin atau lebih dikenali dengan nama Ella ini pernah beberapa kali tampil di layar perak dan antara filem hebat lakonannya ialah Bayangan Maut, Pemburu Bayang dan yang terakhir Hanya Kawan.

Namun, berbanding pencapaiannya di dalam bidang nyanyian, ianya berbeza bagai langit dan bumi. Walaupun filem-filem lakonannya berjaya mengaut kutipan pecah panggung, Ella yang ditemui pada majlis sidang akhbar yang perkenalkan dirinya sebagai penyanyi pembuka tirai persembahan Whitesnake World Tour 2011 - Live In Malaysia di Hotel Hilton Kuala Lumpur berkata bidang nyanyian masih menjadi keutamaannya.

"Filem terakhir lakonan Ella ialah Hanya Kawan dan itu pada tahun 1997. Bukannya kerana ketiadaan tawaran berlakon untuk Ella, namun kesibukan jadual merupakan salah satu sebab mengapa Ella menolak.

"Ini kerana jika Ella berlakon, Ella perlukan banyak masa untuk terlibat dalam penggambaran. Namun, ada satu tawaran yang Ella masih pertimbangkan. Ella tidak boleh beritahu ia sekarang kerana ia belum lagi dipastikan. Tapi, Ella akui watak tersebut sangat menarik dan kerana itu Ella pertimbangkan," cerita Ella yang mana katanya produksi tersebut memberi peluang pada Ella untuk memilih hero gandingannya kelak.

Akui Ella juga, sebenarnya antara sebab yang sering menghalangnya daripada menerima tawaran berlakon adalah kerana dia tidak mempunyai bakat di dalam bidang tersebut, dan bukannya kerana kejayaan yang dinikmatinya Ella semakin jual mahal atau sombong.

"Ella suka tengok orang berlakon, tapi hakikatnya pada diri Ella sendiri, Ella tidak pandai berlakon. Itu sebabnya Ella tolak banyak tawaran sebelum ini kerana Ella tidak mahu kecewakan mereka," jelas wanita kelahiran Pulau Pinang ini.


ELLA bakal mengeluarkan jenama jeans sendiri pada tahun hadapan.


Mungkin ini masanya yang ditunggu-tunggu oleh peminat fanatik Ratu Rock ini, iaitu penghasilan sebuah album yang akan mengubati kerinduan mereka terhadap wanita berpewatakan manja ini.

Komitmen tetap Ella sentiasa difokuskan kepada penghasilan album baharunya yang belum lagi mempunyai judul. Apa yang dibicara Ella, album baharunya bakal dilancarkan sebelum hujung tahun ini yang mana progres album ini telah pun sempurna lebih daripada 50 peratus.

Album yang bakal lahir ini mengandungi lapan buah lagu dan single pertama daripada album tersebut bakal dikeluarkan dalam masa sebulan dua lagi.

"Album Ella belum lagi diberi judul kerana ia belum siap sepenuhnya. Bagaimanapun, album tersebut akan Ella lancarkan pada tahun ini juga. Kerana itu Ella sedikit sibuk dengan penghasilan album ini kerana Ella mahukan yang terbaik bagi album ini.

"Ella hanya memuatkan sebanyak lapan buah lagu kerana jika terlalu banyak, kelak orang tidak mahu mendengar. Jadi, biarlah ia menjadi cukup-cukup sahaja," jelas Ella yang mana albumnya akan diedarkan oleh Warner Music.


RESIPI kejayaan Ella bertahan adalah dengan mengekalkan kualiti kerjayanya.


Selain sibuk dengan penghasilan album, Ella juga di dalam perancangan untuk mengeluarkan jenama jeans sendiri. Ini kerana, ceritanya, setiap kali membuat penampilan di mana-mana persembahan dan negara, pasti peminat akan mendekatinya untuk bertanyakan mengenai jeans yang dipakainya.

"Peminat selalu tanya Ella, dari mana beli jeans, jenama apa, model apa, dan soalan-soalan yang terperinci. Jadi, setelah difikirkan, baik Ella mereka jeans sendiri dan menjualnya kepada peminat.

"Saya memang peminat jeans, jadi tidak salah jika saya berkongsi minat saya itu bersama peminat," tutur Ella yang juga mengatakan jeans itu akan dikeluarkan di dalam pelbagai saiz bagi lelaki dan wanita.

Jelasnya, mungkin jika tiada halangan, jenama jeans itu akan dilancarkan pada tahun hadapan selepas selesai dengan pelancaran album baharunya.

Menyelit persoalan yang sering ditanya pihak media mahupun peminat, bilakah Ella ingin mendirikan rumah tangga, jawab Ella diselangi ketawa besar dengan gelagat manjanya, Ella menjelaskan jika benar dirinya sudah berpunya dan ingin menamatkan zaman solonya, dia tidak akan menyembunyikan perkara tersebut.

Jelasnya juga, dia juga tidak akan teragak-agak untuk berbicara mengenai hal tersebut dan akan mengumumkan berita gembira itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Esha dampingi Emraan

Posted:

Esha dampingi Emraan

Esha dampingi Emraan


ESHA GUPTA


ESHA GUPTA yang selama ini terkenal di India sebagai model bertaraf gred A kini bakal menceburi bidang perfileman di Bollywood dan filem sulung lakonannya yang berjudul, Informer bakal menggandingkannya dengan aktor Emraan Hashmi.

Menurut sumber, pada mulanya karakter tersebut telah ditawarkan kepada aktres Prachi Desai tetapi Prachi khabarnya tidak pasti mahu berlakon dalam filem yang mempunyai banyak babak erotik apatah lagi bergandingan dengan Emraan yang dikenali dengan gelaran Raja Pencium Bersiri Bollywood itu.

Apabila Prachi akhirnya menolak tawaran tersebut, penerbit filem itu Mahesh Bhat dan pengarahnya, Kunal Deshmukh kemudian melakukan uji bakat terhadap Esha dan mendapati dia sangat bersesuaian dengan watak tersebut.

"Kunal mendapati Esha menepati ciri-ciri karakter tersebut yang merupakan bukan gadis tipikal yang boleh dimanipulasi sesuka hati oleh lelaki. Itu ciri paling utama perlu ada karakter utama filem Informer dan Esha ternyata memilikinya," tambah sumber.

Full content generated by Get Full RSS.

Kembara

Posted:

Kembara <i>Field Trip USA</i>

Kembara Field Trip USA

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


QI (tengah) bersama penerbit program Field Trip U.S.A 2, Alet (kiri) dan Sean.


BAYANGKAN diri ditempatkan di benua asing yang jauh terpisah, dalam kepayahan menyesuaikan diri dengan cara hidup, bahasa, budaya, adat resam dan cuaca yang ternyata berbeza daripada Malaysia, pada masa yang sama perlu menjalani rutin harian sebagaimana masyarakat di sana.

Itu antara cabaran yang perlu ditempuh oleh sembilan orang remaja dalam rancangan realiti pertukaran pelajar dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Field Trip USA 2.

Konsepnya masih sama seperti musim pertamanya pada tiga tahun lalu, yakni pelajar-pelajar yang terpilih dari Malaysia perlu tinggal bersama keluarga angkat dan harus bijak menyesuaikan diri dengan cara hidup keluarga baharu mereka di lapan buah negeri berlainan sekitar Amerika Syarikat.

Hakikatnya kesemua mereka itu cukup bertuah kerana peluang untuk menyandang gelaran sebagai rakyat Amerika Syarikat yang mana menuntut mereka untuk berdikari, bersekolah dan membuat pelbagai aktiviti dalam masa enam bulan sepanjang di sana.

Bagi pengacaranya pula, Qushairi Razali atau lebih tepat dipanggil Qi, 34, pengalaman berganda dinikmatinya apabila sekali lagi diberi kepercayaan mengemudi rancangan kelolaan 8TV itu.

"Pertama sekali, syukur Alhamdulillah masih diberikan kepercayaan untuk saya mengacarakan rancangan itu dan diharapkan atas kejayaan Field Trip musim pertama dan kedua ini akan ada lagi musim-musim seterusnya.

"Namun, apa yang menarik adalah peluang untuk mengembara ke lapan buah negeri yang sebelum ini belum pernah saya lawati dan merasai kehidupan sebenar di sana walau cuma sekejap," katanya yang ditemui selepas sidang akhbar Field Trip USA 2 di Redbox Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menghurai lagi perbezaan antara musim pertama dan kedua rancangan itu, lokasi luar bandar menjadi prioriti untuk kali ini berbanding tempat-tempat popular seperti New York dan Los Angeles pada musim terdahulu.

Jika dicongak, sudah 16 buah negeri di Amerika Syarikat berjaya dilawati daripada 50 buah negeri di benua itu.

Selama 35 hari tempoh masa pula yang diambil untuk menyudahkan penggambaran 10 episod di sembilan buah rumah di lapan buah negeri di Amerika Syarikat.

Pun begitu, pengalaman yang tidak ternilai pastinya terukir bagi setiap pelajar yang berpeluang merasainya.

Contohnya Ammalina Aisyah Azman, 18, yang diberikan kesempatan tinggal bersama seorang ibu tunggal beranak dua di West Palm Beach, Florida. Ujarnya, momen indah bersama keluarga angkat di sana kadangkala membuatkannya tidak lena tidur apabila tiba di tanah air.

"Setiap hari pasti saya akan merindui piza keju Amerika hasil air tangan ibu angkat saya," ringkas jawapannya tapi sarat dengan makna.

Begitu juga jawapan yang diberikan lapan orang rakannya yang lain seperti Satyan Gunasekaran yang melunaskan tempoh enam bulan di Minnesota, Sanjiv N. Naddan (Seattle, Washington), Najmin Roslan (Oregan, Ohio), Chia Yen Gan (Charlotte, Carolina Utara), Kwek Thiam Chye (Wisconsin Rapids, Wisconsin), Thulaja Thessa (Goldfield, Iowa), Cherlyn Chin Ling Liew (Hagerstown, Indiana) dan Roderick Kelvin Gondipon (Indianapolis, Indiana).

Field Trip USA sebelum ini pernah memenangi Program TV Paling Diminati di Shout! Awards 2009 .

Program realiti 30 minit ini disiarkan pada pukul 9.30 malam setiap hari Rabu bermula 28 September lalu selama 10 minggu di 8TV atau saluran 708 di Astro.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved