Ahad, 9 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Polemik tuntut hak kerakyatan

Posted:

Polemik tuntut hak kerakyatan

Polemik tuntut hak kerakyatan

SUSUNAN IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my

HUJAN lebat pada Ahad lalu, sedikitpun tidak meredakan kemarahan ratusan penduduk Hong Kong. Dengan memegang payung dan menutup kepala menggunakan plastik, mereka beramai-ramai berkumpul dan berarak di sekitar bandar raya bagi membantah satu keputusan mahkamah yang membenarkan ribuan amah asing mendapatkan hak menjadi penduduk tetap.

Suasana pada hari itu cukup tegang. Rata-rata penunjuk perasaan tegar menjerit sambil mengangkat kepingan kad yang tertera, 'Parti Sivik telah mengkhianati Hong Kong'. Kata-kata sinis itu ditujukan kepada perundangan prodemokrasi yang menyokong rayuan seorang amah dari Filipina menjadi warga tetap di negara tersebut.

Tunjuk perasaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Evangeline Banao Vallejos, 59, layak mendapat hak kerakyatan sepenuhnya di Hong Kong. Bagaimanapun, keputusan itu melanggar perlembagaan mini pulau itu yang dikenali sebagai Undang-Undang Asas.

"Kami tidak mahu amah datang ke Hong Kong untuk bekerja, pada masa yang sama mencuri peluang mendapatkan hak penduduk secara tetap. Kesannya, mereka bukan saja memperoleh gaji yang tinggi malah, turut mengambil keuntungan sosial kami," kata seorang penunjuk perasaan, Dennis Leung selepas dia dan sekumpulan penunjuk perasaan berarak melalui bandar raya Hong Kong ke pejabat kerajaan.

Selepas rayuan Vallejos mendapatkan hak penduduk tetap tiga tahun lepas gagal, Vallejos yang sudah berkhidmat selama 25 tahun di Hong Kong, tidak berputus asa. Sebaliknya, ibu kepada lima cahaya mata itu sanggup turun dan naik mahkamah bagi memastikan segala prosedur yang diingini lengkap dan sempurna.

Dia tidak berjuang seorang diri sebaliknya dia dibantu oleh majikan, keluarga, rakan-rakan dan kumpulan peguam yang berkaliber.

"Saya bersyukur dan terharu kerana berjaya memenangi kes ini. Segala usaha yang dilakukan mendatangkan hasil. Terima kasih kepada Tuhan, majikan dan peguam yang banyak membantu sehingga menjadikan impian ini satu realiti," ujar Vallejos kepada Mark Daly, iaitu salah seorang peguam yang mengendalikan kesnya.

Kejayaan Vallejos secara tidak langsung membuka peluang kepada 117,000 pembantu rumah warga asing yang berlumba-lumba untuk memohon hak kerakyatan di Hong Kong. Hong Kong dikategori sebagai bandar mahal yang menawarkan pendapatan yang lebih baik berbanding negara-negara lain di Asia.

Bersantai hujung minggu

Selain dibayar gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan, pembantu rumah turut diberi cuti sehari dalam seminggu dan cuti sakit berbayar. Buktinya, pada hujung minggu di sekitar bandar raya dan kawasan lapang di Hong Kong sentiasa menyaksikan kumpulan amah bersantai bersama teman-teman.

Mereka membawa bekalan makanan untuk dinikmati bersama dan menghiburkan hati dan melakukan aktiviti permainan.

Ternyata berita kejayaan Vallejos dikongsi bersama penduduk di Filipina. Mereka menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Hong Kong yang membenarkan amah warga Filipina mendapatkan taraf penduduk tetap.

"Keputusan tersebut sebagai satu langkah mewujudkan hak sama rata dalam kalangan pekerja asing. Lagipun, mereka telah memberi sumbangan kepada majikan dan keputusan tersebut sebagai mengiktiraf usaha Vallejos, selepas dia berkhidmat selama 25 tahun di sini," kata Timbalan Presiden, Jejomar Binay merangkap penasihat pekerja Filipina di luar negara.

Setakat ini, lebih sembilan juta rakyat Filipina mencari rezeki di luar negara. Seramai 137,000 berkhidmat sebagai amah di Hong Kong. Paling mengujakan 70 peratus amah dari Filipina fasih berbahasa Inggeris dan mempunyai ijazah serta mendapat pendidikan hingga ke sekolah menengah.

Mereka sanggup berhijrah sementara ke Hong Kong semata-mata mencari pendapatan lumayan bagi meningkatkan taraf hidup keluarga di kampung halaman.

Berdasarkan laporan pemerintah Filipina tahun lalu, pembantu rumah negara tersebut yang bekerja di Hong Kong telah menghantar sebanyak HK$312 juta (RM127.8 juta) ke negara mereka.


RAKYAT Hong Kong membantah keputusan Mahkamah Tinggi negara itu meluluskan kerakyatan ke atas seorang pembantu rumah Filipina, Vallejos.


Kaut keuntungan

"Kami begitu kecewa, sedih dan marah dengan insiden yang berlaku pada Jumaat lalu. Ia merupakan tamparan hebat bagi kami apatah lagi perkara seumpama ini pertama kali berlaku di Hong Kong.

"Bayangkan ribuan pekerja asing yang bekerja di sini ditukar hak kerakyatan, mereka akan mengaut banyak keuntungan dan kemudahan yang sememangnya sukar diperoleh di negara mereka sendiri," tegas Jeff Lam, wakil jurucakap daripada Kumpulan Sosial Prihatin Hong Kong.

Warga asing yang tinggal di Hong Kong selepas tujuh tahun memperoleh akses untuk mengundi dan hak tinggal di bandar raya itu tanpa visa kerja. Kumpulan amah turut termasuk dalam peruntukan itu.

Menerusi taraf penduduk tetap, seorang amah tidak lagi terikat kepada majikan. Mereka boleh melakukan sebarang pekerjaan dan mendapat manfaat daripada skim perumahan awam.

Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Awam Industri Perkhidmatan, Kang-yiu Tong menambah: "Kami membantah keputusan mahkamah kerana ia tidak adil kepada warga negara Hong Kong. Walau bagaimanapun Hong Kong akan mengetatkan undang-undang agar pekerja asing di negara ini tidak sewenang-wenangnya mendapatkan taraf penduduk tetap.

Sementara itu, Pensyarah Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Suradi Salim, memberitahu selain Hong Kong kebanyakan negara maju dan membangun turut membantah sekiranya hak kerakyatan diberikan kepada kumpulan pekerja asing.

Pekerja asing bukan saja berpeluang berkongsi hasil negara, pada masa yang sama mereka menikmati kepelbagaian skim dan peruntukan daripada kerajaan sama seperti rakyat tempatan.

"Dari segi psikologi ia menyebabkan rakyat asal sesebuah negara itu mula memandang serong kehadiran pekerja asing. Secara tidak langsung, mereka menyifatkan tujuan utama pekerja asing bukan untuk mencari rezeki tetapi lebih cenderung mencapai misi mendapatkan hak kerakyatan.

"Rakyat tempatan juga gusar adakah pekerja asing yang menjadi warga tetap akan taat pada negara baharu setulus hati? Jika situasi ini berterusan tanpa diatasi secara serius, tidak mustahil dalam tempoh jangka panjang pekerja asing dalam sektor pembantu rumah semakin berkurangan. Populasi di sesebuah negara itu pula semakin bertambah," jelas Suradi ketika dihubungi Kosmo!.

Suradi turut menyatakan Hong Kong antara negara yang menjadi pilihan ramai warga asing mencari rezeki sebagai pembantu rumah kerana upah kerja yang tinggi. Buktinya, secara minimum gaji pembantu rumah dibayar sebanyak HK$3,740 (RM1,532) sebulan.

Taraf pendidikan

Tambah Suradi, lebih memburukkan keadaan selepas warga asing berjaya mendapatkan kelulusan warga tetap maka golongan itu mula meninggalkan pekerjaan pembantu rumah. Mereka mula berkira-kira mencari pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding gaji sebelum ini.

"Padahal, kebanyakan masyarakat yang sibuk bekerja sememangnya memerlukan khidmat pembantu rumah menguruskan hal rumah tangga seperti memasak, menyapu, menggosok pakaian dan anak-anak kecil," ulas Suradi.

Pensyarah Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku di sebuah negara maju.

"Fikirkan kembali di mana relevannya meluluskan amah menjadi warga tetap? Sebahagian besar kumpulan ini tidak mempunyai latar belakang pendidikan memberangsangkan. Kemahiran diri pula hanya terhad perihal kerja-kerja rumah.

"Sewajarnya kelayakan hak kerakyatan diberikan kepada pekerja asing yang memiliki taraf pendidikan, skil dan pemikiran tinggi. Dalam erti kata lain, kita memilih warga asing yang terlibat dalam bidang akaun, perubatan, saintis, pendidikan mahupun reka cipta. Kelebihan yang mereka memiliki mampu memberi sumbangan pada negara dari aspek ekonomi dan sosial," tegas Fatimah.

Fatimah tidak menafikan khidmat pembantu rumah adalah untuk meringankan beban wanita yang kadangkala sukar membahagikan masa antara tugasan di pejabat dan tugasan di rumah.

"Sebab itu, sesetengah majikan berusaha menghargai pembantu rumahnya dengan cara mendapatkan status kewarganegaraan terutamanya kepada pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat.

"Pada pendapat saya, menaikkan gaji pekerja sudah memadai untuk menunjukkan tanda terima kasih," jelas Fatimah.

Memori hitam Vandyke di Libya

Posted:

Memori hitam Vandyke di Libya

Memori hitam Vandyke di Libya


VANDYKE pernah berada di sel penjara bersaiz kecil ini yang turut menempatkan kemudahan sinki dan ruang mandi.


PEMBIKIN filem Amerika Syarikat (AS), Matthew Vandyke memandangkan atas dan ke bawah sel penjara Tripoli. Dia pernah meringkuk di dalam penjara berkenaan selepas ditahan oleh pengawal peribadi pemimpin Libya, Muammar Ghaddafi.

Sambil menarik nafas lega, Vandyke menyatakan: "Sekiranya Ghaddafi. tidak ditumbangkan, pasti saya tidak akan keluar dari penjara ini."

Bru-baru ini, Vandyke mengunjungi semula penjara Abu Salim yang berpangkalan di ibu kota Tripoli itu, dan beliau masih tidak percaya bahawa dia telah bebas. Pengalaman dipenjara bersama 76 banduan selama 161 hari masih segar di fikirannya.

"Saya fikir saya perlu berada di dalam penjara ini selama tiga dekad dan dikenakan hukuman," jelasnya sambil memberitahu bahawa dia berjaya melarikan diri dari penjara itu selepas pemberontak anti-Ghaddafi. menakluk Tripoli.

Merakam pertelingkahan

Pemuda berusia 32 tahun yang berasal dari bandar Baltimore, Maryland, AS itu tiba di Libya pada bulan Februari lalu yang kebetulan pada tempoh itu pemberontak mula menentang Ghaddafi.

Vandyke memberitahu, kedatangannya ke Libya bertujuan menghabiskan masa dengan kumpulan pemberontak, menyaksikan keadaan sekeliling dan merakamkan pertelingkahan mereka untuk dimasukkan ke dalam filemnya itu. Bukannya untuk bergaduh dengan rakyat setempat.

Malangnya, pada pertengahan bulan Mac lalu, Vandyke tidak sempat melarikan diri ketika berlakunya peperangan hab minyak di timur Brega.

"Kami jatuh ke tangan penyerang. Saya cedera di bahagian kepala. Sebaik saja tersedar, saya sudah berada di dalam penjara dan terdengar suara seorang lelaki menjerit kesakitan akibat diseksa," imbas Vandyke.


VANDYKE berdiri dan menunjukkan sel penjara dia dipenjarakan di penjara Abu Salim di Tripoli, Libya.


Dia percaya penjara itu berhampiran bandar pelabuhan Sirte, iaitu kampung halaman Ghaddafi. Kawasan itu kini menjadi salah satu baki kubu sokongan.

Vandyke kemudiannya dipindahkan ke penjara Abu Salim yang menempatkan tahanan politik di bawah rejim Ghaddafi. Penjara berkenaan kelihatan bersih dan mempunyai kemudahan seperti sinki, tandas, tempat mandi dan tilam. Dia menikmati tiga kali makan sehari dan tidak diseksa atau didera.

Tetapi dia dikurung secara berasingan. "Saya menghabiskan masa di sini dan tidak pernah meninggalkan sel. Tiada apa yang boleh dilakukan, tiada buku kecuali membaca label kotak susu yang ditulis dalam bahasa Perancis. Malah, tiada sesiapa untuk diajak berbual dan tiada sesiapa pun yang datang menjenguk saya di sini," luah Vandyke kecuali pengawal yang datang menghantar makanan menerusi tingkap kecil di sel itu.

Situasi Vandyke menjadi semakin rumit kerana kehadirannya ke Libya bukan atas tiket wartawan. Sebaliknya, dia dianggap sebagai sebagai suspek.

Seksaan psikologi

"Mereka menyangka saya Agensi Perisikan Pusat Israel, Mossad. Lebih menakutkan mereka menyatakan saya tidak akan dapat melihat AS buat selama-lamanya," katanya.

Di dalam penjara, dia berusaha mengekalkan tahap kesihatan dan kewarasan dengan mundar-mandir selama 10 jam sehari di dalam sel kecilnya itu sambil menatap sekeping gambar budak perempuan di penutup sabun yang rupanya seperti wajah bekas wanitanya ketika muda.

Setiap malam dia berasa bimbang kumpulan rejim datang untuk menyeksanya.

"Bersendirian merupakan satu seksaan psikologi. Saya ingin kekal bertenaga tetapi mood saya bercelaru. Saya memikirkan banyak benda sehingga saya hilang kawalan," ujarnya yang menjadi obses mencuci tangan ketika berada di dalam sel penjara.

Bersendiri di negara asing itu, Vandyke langsung tidak menyedari bahawa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), sedang melakukan serangan ke atas Libya manakala kumpulam pemberontak menjadikan bandar di timur Benghazi sebagai kubu pertahanan mereka.

Selain itu, Vandyke juga tidak tahu kumpulan pemberontak meraih keuntungan besar terhadap tentangan pada kuasa Ghaddafi. Dia tidak mengesyaki apa-apa apabila mereka menyerbu ibu negara minggu lepas.

Apabila dia mendengar letupan bom di luar penjara, dia berpendapat itu merupakan serangan tentera udara Ghaddafi kepada pemberontak manakala bunyi tembakan pula sebagai tanda kejayaan kumpulan Ghaddafi meraikan kemenangan.

Namun pada suatu malam salah seorang tahanan telah membuka sel dan memaksanya keluar. Pada waktu itu dia berpendapat bahawa semua banduan sedang melakukan rancangan lari dari penjara.

Sebaik saja keluar dari penjara, dia terdengar jeritan Ghaddafi telah digulingkan. Sementara itu, kira-kira 200 tahanan kelihatan berdiri di tepi jalan. Pada ketika itulah dia mula memahami apa yang sedang berlaku di Libya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Segera mengadap Sultan Johor

Posted:

Segera mengadap Sultan Johor

Segera mengadap Sultan Johor

SEBAHAGIAN ahli pertubuhan bukan kerajaan mengadakan bantahan menuntut Lim Guan Eng menghadap Sultan Johor di Segamat semalam.


SEGAMAT – Kemarahan rakyat Johor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih belum reda apabila lima buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan satu perhimpunan bertujuan mendesak beliau mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memohon ampun.

Lima NGO yang mengadakan perhimpunan dinamakan Himpunan Aman Melayu Muda itu ialah Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa Malaysia (Prowaris), Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia, Gerakan Belia 4B Segamat, Persatuan Belia Batu Anam serta Persatuan Belia Bestari Bistari Kampung Paya Lebar, Segamat.

Perhimpunan secara aman itu diketuai oleh Presiden Prowaris, Feriz Omar.

Feriz menegaskan, Guan Eng perlu meminta ampun berikutan kebiadabannya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan fitnah terhadap keamanan dan kesejahteraan negeri Johor.

Beliau berkata, tuduhan Guan Eng bahawa Johor tidak selamat untuk pelaburan adalah satu fitnah terhadap kemajuan dan kesejahteraan yang dinikmati negeri itu selama ini.

"Justeru beliau perlu mengenepikan egonya agar segera mengadap Sultan Johor untuk meminta ampun.

"Beliau juga perlu menarik balik kenyataan fitnahnya itu dan seterusnya memohon maaf kepada rakyat negeri Johor,'' katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Hotel dikompaun 30 kali terus beroperasi

Posted:

Hotel dikompaun 30 kali terus beroperasi

Hotel dikompaun 30 kali terus beroperasi

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


MOHD. YUSOF (kanan) melihat pegawai MBMB mengeluarkan notis amaran kepada sebuah restoran di Melaka baru-baru ini.


MELAKA – Walaupun masih belum layak untuk menjalankan perniagaan, sebuah hotel bertaraf tiga bintang di sini seperti tidak serik apabila pernah dikenakan lebih 30 kompaun sejak tiga bulan lalu oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Tindakan itu adalah kerana hotel tersebut beroperasi tanpa lesen perniagaan, malah belum memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Selain hotel tersebut, turut melakukan kesalahan yang sama ialah dua buah restoran termasuk sebuah premis makanan segera yang menjalankan perniagaan secara haram sejak beberapa minggu lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Jangan sabotaj parti – Najib

Posted:

Jangan sabotaj parti – Najib

Jangan sabotaj parti – Najib


NAJIB semasa menyampaikan ucapan pada majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak menganggap diri sebagai calon boleh menang pada pilihan raya umum akan datang dan bertindak mensabotaj parti apabila tidak terpilih.

Pengerusi BN itu menegaskan bahawa calon-calon BN yang bakal diketengahkan kelak adalah calon terbaik yang mempunyai ciri-ciri boleh menang, yang dipilih selepas membuat tinjauan sistematik dan semakan terperinci.

"Kalau kita nak pastikan kemenangan, kita mesti tampilkan kriteria calon yang boleh menang dalam pilihan raya umum," katanya pada Majlis Penerangan Perdana BN Peringkat Wilayah Persekutuan yang dihadiri kira-kira 8,000 ahli dan pemimpin BN Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Debaran bermula

Posted:

Debaran bermula

Debaran bermula

JURULATIH Selangor, P. Maniam (empat dari kiri) masih mencongak strategi untuk menghadapi Perak di Stadium Shah Alam malam ini.


KEMPEN Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini.

Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini.

Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan.

Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Begitupun, aksi di Stadium Shah Alam juga dijangka 'hangat' selepas Perak menyuarakan keyakinan untuk mengejutkan Selangor yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.

Negeri Sembilan pula tidak memandang rendah keupayaan Felda United apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium MBPJ, Selangor manakala wakil tunggal Borneo, Sabah memikul tugas besar dalam misi memburu satu slot ke separuh akhir apabila bertemu T-Team di Stadium Likas.

Debaran gergasi Pantai Timur

Posted:

Debaran gergasi Pantai Timur

Debaran gergasi Pantai Timur

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


ABDUL MANAF (kanan) akan mengemudi jentera serangan Terengganu pada pertemuan menentang Kelantan malam ini.


PERMUSUHAN antara Terengganu dan Kelantan yang dicipta di Bukit Jalil pada Jun lalu kini sampai ke kemuncak apabila dua gergasi Pantai Timur itu bertembung sesama sendiri pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 malam ini.

Bagi Terengganu, rekod cemerlang menumbangkan ego skuad The Red Warriors pada aksi final Piala FA lalu menjadi bukti nyata mengapa mereka perlu diberi perhatian.

Namun, tanpa memperkecilkan kemampuan Kelantan, jurulatih Terengganu Irfan Bakti awal-awal lagi bersuara bahawa pertembungan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini adalah pertemuan antara dua juara dan merupakan 'final' sebenar bagi kempen Piala Malaysia musim ini.

"Semua orang memilih Kelantan sebagai pilihan ke separuh akhir tetapi mereka lupa bahawa kami telah menewaskan pasukan itu di final Piala FA lalu.

"Mungkin ia (kemenangan) itu sudah jadi sejarah, namun saya sentiasa percaya akan kemampuan pemain-pemain saya untuk memenangi perlawanan suku akhir ini," kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Irfan menjelaskan kekuatan sebenar pasukannya terletak kepada semangat berpasukan sambil mengharapkan sentuhan berbisa daripada beberapa pemain berpengalaman.

Justeru, katanya, semua pemain diharapkan dapat fokus sepanjang 90 minit permainan dan menggunakan segala kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

"Pastinya saya akan turunkan barisan terbaik malam esok (malam ini) termasuk Joseph Kalang yang baru sahaja pulang dari beraksi di Australia tempoh hari.

"Kehadiran Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat di bahagian serangan juga diharap mampu menghadirkan jaringan buat pasukan dalam misi mendapatkan bekalan selesa sebelum aksi di Kota Bharu," katanya.

Tambah Irfan lagi, pengalaman beraksi menentang Kelantan dalam kempen Liga Super dan final Piala FA lalu memberi lebih banyak idea kepadanya untuk mengekang asakan juara bertahan itu.

Namun, katanya, kelibat Norshahrul Idlan Talaha perlu sentiasa diawasi selain menyekat Badri Radzi daripada menguasai sepenuhnya barisan tengah.

"Kelantan memiliki barisan pemain seimbang dan mereka cukup pantas apabila melakukan serangan.

"Namun, saya tidak perlu risau kerana pemain tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk menyekat kemaraan Kelantan. Kami telah bekerja keras sepanjang musim ini dan kami tidak akan berhenti untuk mara lebih jauh," katanya.

Sabah harap tuah Stadium Likas

Posted:

Sabah harap tuah Stadium Likas

Sabah harap tuah Stadium Likas


SABAH pasti menagih khidmat pemain berpengalaman seperti Zainizam Marjan untuk menewaskan T-Team di Stadium Likas malam ini.


TAMPIL selaku wakil tunggal Borneo beraksi pada suku akhir Piala Malaysia musim ini, Sabah jelas memikul tugas besar dalam misi memburu satu slot ke separuh akhir.

Malam ini, kemampuan skuad kendalian Justin Ganai itu bakal diuji pasukan berstatus kelab, T-Team yang hadir dengan himpunan pemain bertaraf bintang selain reputasi selaku juara kumpulan.

Atas kertas, Justin mengakui kelebihan memang memihak kepada T-Team berdasarkan prestasi semasa termasuk memenangi kedua-dua pertemuan dalam kempen Liga Super.

Namun, katanya, Sabah tidak sesekali memberi laluan mudah kepada anak-anak buah Yunus Alif lebih-lebih lagi apabila kedua-dua pasukan beraksi di Stadium Likas malam ini.

"Saya bukan kata Stadium Likas menjadi stadium keramat kami kerana kami juga pernah tewas di sini. Namun, saya yakin beraksi di gelanggang sendiri pasti memberi semangat luar biasa kepada para pemain.

"Kami telah buktikan apabila berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam aksi peringkat kumpulan dan kini kami perlu teruskan rentak itu," kata Justin kepada Kosmo!.

Tambahnya lagi, kejayaan mara ke suku akhir mengatasi pasukan pilihan, Kedah merupakan kejayaan besar yang perlu diraikan para pemain.

"Siapa sangka kami akan mengiringi Perak ke suku akhir... tetapi kami telah buktikannya. Pemain saya bukanlah bintang tetapi mereka mempunyai semangat yang cukup tinggi.

"Berbeza dengan T-Team, pasukan kelab itu jelas memiliki kekuatan seimbang di setiap posisi dengan kehadiran ramai bekas pemain kebangsaan," ujarnya.

Mengulas mengenai kesebelasan utama, Justin masih enggan mendedahkannya dan mengakui hanya pemain terbaik akan berada dalam skuad utamanya.

Kata beliau, setiap pemain memiliki peluang untuk beraksi bergantung kepada prestasi dan tahap kecergasan semasa.

"Khidmat pemain berpengalaman seperti Zainizam Marjan pasti diperlukan dan begitu juga pemain-pemain muda lain seperti Rethuaddin Imran," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Ilham koktel Noni Reynders

Posted:

Ilham koktel Noni Reynders

Ilham koktel Noni Reynders

NONI REYNDERS, mungkin satu nama asing di Malaysia. Malah, mungkin ada yang menganggap wanita tersebut berasal dari negara Barat. Bagi mereka yang tidak pernah mengenali mahupun mengetahui kewujudannya, Noni atau nama sebenarnya Roziani Zulkifli merupakan anak jati Melayu tempatan yang dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor.

Dia kini sedang mengukir nama di persada fesyen antarabangsa melalui labelnya, Noni Reynders.

Walaupun kurang dua tahun menceburkan diri dalam bidang rekaan fesyen secara profesional, Noni, 32, pantas menawan hati para pelanggan. Jenama Noni Reynders kini sedang meniti di bibir para penggemar pakaian koktel di kota London.

Walaupun masih merangkak mengejar impiannya sebagai pereka fesyen, label tersebut sudah mula menembusi beberapa pasaran di Eropah.

Kesempatan menemui Noni ketika pulang bercuti ke tanah air bulan lalu membuat penulis cukup teruja untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Beberapa ketika diperkenalkan, hati tersentuh pula dengan kelembutan tutur bicara dan gerak lakunya yang mengekalkan kelaziman wanita Timur.

Seandainya Noni menggayakan baju kurung petang itu, tentu sahaja dia melengkapi imej dan ciri-ciri sinonim wanita Melayu Timur yang lemah lembut, menghargai tradisi dan penuh adab kesopanan. Mungkin itulah juga antara ciri-ciri yang memikat hati suaminya Robbie Reynders yang berasal dari Belgium.

Walaupun kesempatan pertemuan itu pada mulanya dia menolak dengan alasan masih baru dalam bidang fesyen dan menganggap dirinya belum layak untuk diketengahkan, namun dia akur apabila ditegaskan bahawa pada satu ketika nanti dia pasti melalui saat-saat tersebut. Maka, ini satu titik permulaan ke arah dunia glamor dan populariti arena fesyen yang bakal diharungi kelak.

Wanita tinggi lampai yang kini menetap di kota London itu pernah menjadi pramugari penerbangan Emirates, selain bertugas sebagai penata gaya profesional. Personalitinya tidak banyak bercakap, namun dia mudah diajak berbicara terutamanya topik yang menyentuh tentang dunia fesyen.

"Saya yakin usia bukan pengukur atau penentu sesuatu usaha atau kejayaan. "Saya tahu dari segi usia memang agak lewat untuk memulakan kerjaya ini. Tetapi sebenarnya ramai tidak tahu, dunia fesyen sudah sebati dengan jiwa dan kerjaya yang telah saya ceburi," pintas Noni.

Karya agung

Noni akui, pengalaman yang dikutip sepanjang berkhidmat sebagai pramugari dan penata gaya secara tidak langsung mendorong semangatnya untuk menghasilkan produk fesyen jenama sendiri.

Hasil kerja Noni banyak mencerminkan siapa dirinya. Setiap karya yang ilhamkan adalah karya agung yang ingin dipakainya. Sebagai wanita yang feminis dan mereka cipta untuk wanita, Noni percaya bagi menghasilkan sesuatu karya yang diterima pakai, seseorang pereka perlu bijak mengenengahkan gaya yang disenangi.

Dia percaya setiap pereka perlu ikhlas acap kali menghasilkan karya dan sentiasa mengaplikasi prinsip tersebut dalam setiap rekaan.

Kerjaya baharu ini menurut Noni adalah sesuatu yang cukup menyeronokkan. Pengalaman bertugas sebagai penata gaya untuk para eksekutif dan profesional di Dubai beberapa tahun lalu sesungguhnya membantu melengkapi perjalanannya terjun ke dunia fesyen.

"Tugas penata gaya adalah untuk membantu dan memastikan individu meningkatkan imej agar bersesuaian dengan keperibadian profesional bidang mereka. Minat mendalam terhadap fesyen tersemai sejak remaja sehingga menyebabkan kerjaya itu amat menyeronokkan.

"Walaupun kadangkala terasa sukar kerana setiap individu mempunyai imej impian, matlamat kerjaya dan keperibadian tersendiri, namun saya menganggapnya cabaran yang mengujakan," tambah Noni.


SIGNATUR rekaan Noni banyak tertumpu pada rekaan dan potongan dres yang menawan.


Pada masa yang sama, pengalaman bertugas di awan biru juga turut membuka peluang kepadanya meraih pengalaman gaya dan fesyen di setiap negara yang dilawati. Setiap kali ke luar negara, sepasang matanya pasti meneliti gaya masyarakat negara atau kota tersebut.

Sebagai wanita yang amat mementingkan imej dan kesempurnaan penampilan diri, Noni mengakui bahawa dia tidak akan sesekali menghadiri majlis formal dengan menyarungkan busana konsep santai.

Ciri ketimuran

Berteraskan ciri-ciri susur galur Timurnya dan menggabungkan ilham yang dikutip sepanjang pengalaman mengembara ke tempat orang di serata dunia, Noni menghasilkan ciptaan koktel yang istimewa dengan sentuhan hiasan unik serta fabrik menakjubkan.

"Hasil karya saya perlu menepati keinginan dan ciri-ciri wanita di luar sana. Sebab itu, setiap ciptaan saya pelbagaikan dari segi pilihan warna, potongan dan perincian.

"Apa yang pasti, saya menggabungkan elemen keanggunan yang tidak lapuk di telan masa," jelas Noni yang cukup kagum dengan rekaan pereka terkenal dunia seperti Lanvin, Marchesa dan Catherine Malandrino.

Di manakah terletaknya ciri-ciri ketimuran yang diterapkan Noni pada produknya? Jelas Noni, ia terletak pada perincian dan perhiasan. Kalau diperhatikan sehelai pakaian koktel yang bercirikan gaya Barat tetapi mempunyai sentuhan perincian Timur seperti manik, permata dan sulam.

Paling mengujakan setiap hasil kerja Noni dapat dilihat pada potongan koleksi busananya. Si pemakai bukan sekadar mampu tampil menawan tetapi dengan potongan ideal ia menghasilkan siluet menawan.

Contohnya untuk musim luruh/sejuk 2011, Noni menampilkan himpunan koktel romantis yang anggun dengan potongan menawan dan diberikan sentuhan lisu baik pada baju dan skirt. Teknik ropol yang dihasilkan pada dada dan bustier tentu sahaja membuat koleksi Rock & Romance tampak romantis.

Satu lagi kredit buat Noni ialah kebijaksanaannya memilih fabrik yang sesuai untuk setiap karya. Bagi menyuntik ciri-ciri romantis pada pakaian koktel, Noni banyak bermain dengan fabrik organza sutera. Misalnya, dres kelopak mawar merah jambu yang dipadankan dengan skirt bertingkat dan berlisu hitam yang diperbuat daripada organsza sutera.

Karya menawan dengan pilihan warna mewah seperti merah delima, biru firus, ungu, merah jambu yang digabungkan dengan nuansa hitam, coklat keemasan dan gading menghasilkan karya yang menakjubkan.

Menggunakan cogan kata, Tradisi Timur, rekaan Barat, Noni melangkah penuh yakin.

Butik di Kuala Lumpur

Selain aktif memperkenalkan hasil karyanya melalui perniagaan secara talian, label Noni Reynders boleh didapati di beberapa sudut runcit butik dan pusat beli-belah terpilih di United Kingdom (UK) dan di Kuala Lumpur bermula November ini.

"Selain menitikberatkan aspek rekaan, fabrik dan warna, saya percaya harga juga merupakan perkara utama bagi seseorang wanita dalam membeli pakaian. Sebab itu saya amat berhati-hati memilih fabrik dan hiasan agar ia sesuai dan tidak perlu dijual pada harga yang tinggi," tambah Noni yang pernah mendapat pendidikan formal dalam Associates of Arts in General Business dari Axia College, University of Phoenix, Amerika Syarikat (AS), serta beberapa kursus pendek berkaitan fesyen di pusat pengajian fesyen terkemuka dunia seperti London College of Fashion dan Central St. Martins di London.

Sebelum menutup bicara, Noni yang gemar menggunakan seni muzik sebagai ilham rekaannya, ingin mengenengahkan jenama tersebut di arena fesyen tempatan.

Sehubungan itu, sebagai langkah awal Noni bakal muncul di pentas peraga slot Persatuan Pereka Bumiputera (BDA) pada pertunjukan fesyen antarabangsa terbesar negara Malaysian International Fashion Alliance 2011 (MIFA)pada 22 November ini.

Ekstrak tumbuhan laut Annisue

Posted:

Ekstrak tumbuhan laut Annisue

Ekstrak tumbuhan laut Annisue

Produk kecantikan Annisue yang menggunakan bahan semula jadi dapat memberikan alternatif penjagaan kulit dalam memastikan kulit sentiasa kelihatan mulus dan sihat.


SUZANA (tengah) menunjukkan rangkaian produk Annisue yang dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan laut.


MEMILIKI kulit wajah yang bersih dan suci dapat menyerlahkan lagi penampilan diri apabila berada di khalayak umum.

Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri pemilik kulit yang mulus dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Untuk memiliki kulit wajah yang sihat dan segar, penjagaan awal perlu dititikberatkan tatkala usia muda agar kesan proses penuaan dapat diminimumkan apabila dimamah usia kelak.

Terbaru, produk kecantikan Annisue yang menggunakan bahan semula jadi memberi alternatif penjagaan kulit dalam membantu melewatkan proses penuaan, mencerahkan dan pelembapan kulit.

Pengasas Produk Kecantikan Annisue, Suzana Khalek berkata, penuaan adalah proses semula jadi dan jika seseorang mengambil sikap sambil lewa serta menunggu saat akhir dalam membaik pulih kulit ia hanya mengundang kerugian.

"Produk kecantikan Annisue menampilkan rangkaian produk penjagaan kulit menggunakan ekstrak tumbuhan laut yang menjalani proses kompleks.

"Ia membekalkan stem sel daripada tumbuhan laut yang boleh memperbaharui sel-sel kulit mati dan meningkatkan pertumbuhan kolagen," katanya pada majlis pelancaran rangkaian produk Annisue di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Suzana menjelaskan, mereka yang ingin mencuba produk Annisue boleh menggunakan pek permulaan yang mengandungi pembersih, penyegar, pelembap dan krim kecantikan.

Katanya, produk permulaan tersebut menggalakkan pertumbuhan sel baru, melindungi wajah dan merawat permasalahan kulit.

"Bagi kesan yang lebih optimum, pengguna digalakkan menggunakan pati stem sel Annisue kerana ia mudah menyerap ke dalam sel kulit.

"Selain daripada itu, ia juga dapat menegangkan kulit dan mengurangkan garisan kedutan pada wajah. Dengan menggunakan produk ini, wajah pengguna akan menjadi lebih lembap dan segar sepanjang hari.

Bagi mereka yang berminat menggunakan atau menjadi pengedar produk terbaharu ini boleh melayari laman web www.annisue.com atau menghubungi talian 017-635 7089.

Pereka muda fesyen Muslimah

Posted:

Pereka muda fesyen Muslimah

Pereka muda fesyen Muslimah


KREATIVITI pereka tempatan menyerlah dalam rekaan muslimah ini.


HALAL Fiesta Malaysia (Halfest) 2011 yang julung-julung kali diadakan di negara ini bakal menyaksikan pereka-pereka fesyen tempatan berentap di pentas peragaan dengan membawakan rekaan-rekaan berkonsepkan Muslimah.

Menurut pengasas Young Designers Arena (YODA), Baizura Tazri, YODA adalah penganjur persembahan fesyen Muslimah Halfest yang akan mengetengahkan para pereka fesyen tempatan bagi memperkenalkan rekaan-rekaan terkini mereka.

"Persembahan fesyen akan diadakan pada 15 Oktober nanti bertema Modesty in Style dan para pereka yang terdiri daripada pereka YODA dan pereka muslimah lain akan mempersembahkan 10 rekaan terkini mereka mengikut tema yang ditetapkan.

"Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan para pereka muda menonjolkan bakat mereka dan idea-idea baharu yang dapat memberikan inspirasi kepada kita semua," katanya pada majlis memperkenalkan pereka-pereka untuk Halfest di Menara Maple, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Baizura, pertandingan fesyen tersebut bakal diadili oleh panel-panel hakim yang berpengalaman dalam bidang fesyen dan tiga pemenang bakal diumumkan selepas persembahan fesyen berakhir.

"Pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 termasuk sijil penghargaan, manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000 serta sijil penghargaan," ujarnya.

Baizura memberitahu, pihaknya juga berbangga dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada persembahan fesyen itu nanti.

"Dengan kehadiran beliau, saya harap acara ini akan mendapat lebih sokongan daripada orang awam dan syarikat korporat bagi memastikan acara ini mencapai objektifnya dan mempunyai kesan jangka panjang," jelas Baizura.

Halfest bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 12 Oktober ini sehingga 16 Oktober, manakala pameran bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam selama lima hari.

Harga untuk sebuah gerai pameran adalah RM4,500 untuk lima hari dan pihak penganjur membuka peluang untuk semua pereka fesyen Muslimah di negara ini untuk mengambil bahagian.

Acara tersebut merupakan anjuran Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) dan disokong oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Peranan YODA adalah bagi menyalakan semangat keusahawanan dalam kalangan pereka fesyen di Malaysia.

– ROSMALINA ABD. KADIR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Lelaki penjual bunga

Posted:

Lelaki penjual bunga

Lelaki penjual bunga

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

PULUHAN jenis bunga berwarna-warni pasti menyebabkan pelanggan rambang mata dalam membuat pilihan.


DARI jauh, kelihatan orang ramai terutama wanita sudah memenuhi ruang kecil di sebuah kedai yang menawarkan pelbagai jenis bunga berwarna-warni.

Sebaik sampai di hadapan kedai tersebut, bau semerbak daripada bunga-bungaan segar itu pantas menusuk hidung seolah-olah menyambut kedatangan pelanggan ke sana.

"Jemputlah masuk dan lihat sendiri bunga yang mungkin anda minati. Jangan risau, jangan bimbang, semua bunga ini segar-segar belaka," demikian tutur seorang pemuda Cina sambil melemparkan senyuman manis kepada pengunjung yang datang.

Segak dengan penampilan kemeja-T hitam dan jean biru, pemuda berusia 31 tahun itu ramah melayan pelanggan yang berkunjung ke kedai miliknya, Ken Highlands Flower Shop yang terletak di pasar Brinchang, Cameron Highlands.

Menurut Ken Foo, kedainya menjual pelbagai jenis bunga segar yang diperoleh daripada lebih 10 pembekal di sekitar kawasan tanah tinggi tersebut.

Mula berniaga secara kecil-kecilan pada tahun 2003, kini perniagaan jualan bunga yang dilakukan bersama seorang rakan semakin berkembang dan mendapat tempat di hati pelanggan.

"Terdapat puluhan bunga segar ada dijual di sini termasuk bunga ros, matahari, kekwa, pom pom, lili, daisy, teluki dan banyak lagi. Setiap bunga pula mempunyai beberapa perbezaan contohnya warna yang mampu membuatkan pelanggan rambang mata untuk memilih bunga yang disukai.

"Setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutama ketika musim cuti persekolahan, cuti umum dan hujung minggu. Setiap hari kami juga mampu menjual lebih 100 batang bunga. Ini tidak termasuk penghantaran yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Perak," jelas Ken lebih lanjut.

Antara bunga lain yang ada seperti bunga yang diberi nama Everlasting Love yang amat diminati pelanggan kerana bau yang kuat dan tahan lama. Malah, jika dijaga dengan teliti bunga itu boleh bertahan dan hidup sehingga beberapa tahun.

Selain itu, tambah Ken kedainya turut menjual bunga lalang yang semakin popular di Cameron Highlands. Bunga tersebut dibekalkan oleh Orang Asli di sekitar kawasan itu.


KEN (kanan) dan Leong gembira menceburi bisnes menjual bunga yang biasa dimonopoli kaum wanita.


"Terdapat tiga jenis bunga lalang yang dijual iaitu lalang rumput, lalang lidi dan lalang emas. Apa yang pasti, bunga ini mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri.

"Apabila saya mengambil bekalan bunga lalang daripada Orang Asli, secara tidak langsung saya dapat membantu mereka menambah sumber pendapatan yang biasanya menjual petai dan ulam-ulaman," ungkap Ken lagi.

Faktor cuaca

Di samping bunga-bunga segar, kedai Ken turut menjual pelbagai variasi bunga kering, daun teh, daun paku, daun asparagus dan daun ekor musang yang boleh dijadikan potpouri atau hiasan di dalam rumah.

Bagi rakan kongsi Ken, Leong Chang, 35, kebiasaannya pada bulan Oktober hingga Disember, bekalan bunga agak berkurangan kerana faktor cuaca yang sering hujan. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi berbanding biasa.

Sementara pada bulan April hingga Ogos, cuaca baik sekali gus bekalan bunga tidak putus dan sentiasa ada. Justeru, harganya tidak terlalu tinggi.

"Begitu juga pada hari-hari keraian istimewa seperti Hari Kekasih, Hari Ibu dan sebagainya, harga bunga akan melonjak daripada biasa.

"Tidak ketinggalan, apabila tibanya musim perkahwinan terutama dalam kalangan masyarakat Melayu, kami akan banyak melakukan penghantaran bunga di sekitar Terengganu, Kelantan, Perak dan Kedah," katanya sambil memberitahu kunjungan seseorang ke Cameron Highlands tidak akan lengkap tanpa membawa pulang bunga segar sebagai kenangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai bunga Ken, layari laman sosial Facebook/kenflowershop.

Genting dipenuhi ahli magis dunia

Posted:

Genting dipenuhi ahli magis dunia

Genting dipenuhi ahli magis dunia

TIDAK perlu bersusah payah mengembara ke seluruh dunia hanya untuk menyaksikan persembahan magis oleh ahli silap mata kegemaran anda kerana sehingga 16 Oktober depan, kesemua mereka yang pernah mencipta rekod antarabangsa bergabung dalam satu persembahan di Resort World Genting.

Hadir dari beberapa buah negara yang berbeza latar belakang dan gaya hidup, para ahli silap mata iaitu Danny Cole, Kevin James, Michael Finney dan Juliana Chen dari Amerika Syarikat (AS) serta Victor Voitko (Ukraine), Andrian Soler (Sepanyol) dan Timo Marc (Jerman) hadir dengan idea baharu untuk menghiburkan para tetamu.

Menurut Pengarah Persembahan Superstars of Magic, David Lai, Danny Cole pernah memenangi anugerah ahli silap mata tahunan selama dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2007 dan 2008 dengan idea-idea magik terbaharunya.

"Magis yang dipenuhi lawak dan komedi pula bakal dibawakan oleh Michael Finney yang juga merupakan ahli silap mata komedi dunia di World Magic Award (WMA) tahun 2009 serta bertindak sebagai pengacara pada majlis ini," katanya.

Ahli silap mata Kevin James pula merupakan wajah yang biasa dilihat dalam rancangan America's Got Talent. Persembahan magis dan komedinya yang unik membuahkan reputasi yang baik serta sebagai artis visual bertaraf antarabangsa kepadanya.

"Kevin merupakan ahli silap mata yang berbakat dan menyentuh perasaan melalui pengalaman-pengalaman yang diselitkan dalam persembahannya.

"Selain itu, ahli silap mata Adrian Soler pula mempesonakan penonton dengan magis fesyen di mana pasangannya akan menukar pakaiannya dengan pantas tanpa disedari penonton," kata David.

Terbaik di China

Tambah David yang juga ahli silap mata Malaysia, peserta dari Ukraine pula akan mengejutkan penonton dengan kebolehannya mengangkat pasangannya ke udara tanpa menyentuh, manakala ahli silap mata Juliana Chen pula dikenali dengan kebolehannya memanipulasi kad sehingga kad yang dibaling akhirnya akan kembali ke tangannya.

"Juliana diiktiraf sebagai ahli silap mata terbaik di China ketika dia memenangi pertandingan All-China Best Magician.

"Selain itu, ahli silap mata Timo Marc pula merupakan individu terkenal di Jerman melalui teknik magis yang menggunakan ilusi, efek visual dan komedi magis yang dipersembahkannya," katanya.

Dalam pada itu, ahli silap mata Michael Finney memberitahu, keistimewaan ahli silap mata ialah kebolehan mereka menggunakan muslihat untuk menipu mata penonton sehingga mereka tidak sedar bagaimana mereka mampu melakukan magis yang mengejutkan.

"Kami menipu penonton dengan cara yang baik bertujuan menghiburkan mereka dan memastikan mereka tidak dapat menangkap helah kami," katanya.

Kevin James pula memberitahu, dia membawakan magis menghasilkan salji di Malaysia di samping mahu menyentuh emosi rakyat Malaysia terutama kanak-kanak yang ingin melihat salji tanpa perlu terbang jauh.

"Magis adalah kehidupan saya sejak kecil lagi. Saya memasukkan kisah-kisah peribadi di dalam persembahan saya di samping memastikan idea-idea baru dipersembahkan untuk penonton di Malaysia," katanya yang pernah membuat persembahan di White House.

Tiket persembahan Superstars of Magic yang berlangsung sehingga 16 Oktober ini boleh dibeli pada harga RM200, RM130, RM90 dan RM60 untuk dewasa, manakala harga tiket untuk kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas ialah RM100, RM65, RM45 dan RM30.

Ahli WorldCard Genting akan mendapat diskaun tiket sebanyak 30 peratus, manakala untuk tempahan tiket hubungi talian 03-2718 1118.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


34 digantung kerja kerana solat

Posted:

34 digantung kerja kerana solat

34 digantung kerja kerana solat

ZAINAB AWEIS, 20, yang merupakan orang Islam Somalia bergambar di hadapan bendera Amerika Syarikat di Seattle.


SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Seramai 34 pemandu syarikat sewa kenderaan tempatan Hertz digantung kerja kerana bersolat semasa waktu bertugas.

Pihak pengurusan Hertz sebaliknya memberitahu, tindakan disiplin itu diambil kerana mereka menyalahgunakan waktu rehat.

Disokong kesatuan sekerja, semua pemandu terbabit mengadakan protes di luar kaunter syarikat Hertz di Lapangan Terbang Seattle-Tacoma di sini bagi membantah tindakan majikan mereka.

"Penggantungan ini merupakan pencabulan terhadap hak para pekerja terbabit sekali gus satu diskriminasi agama," kata setiausaha perbendaharaan sebuah kesatuan sekerja tempatan, Tracey A. Thompson.

Menurutnya, penganut agama Islam dituntut melakukan solat sebanyak lima kali sehari.

Namun, pihak pengurusan Hertz ketika mengulas isu penggantungan kerja itu memberitahu, mereka yang terlibat melanggar perjanjian hak pekerjaan saksama yang dipersetujui dua tahun lalu.

"Isu ini tiada kaitan dengan agama. Beberapa pekerja Islam lain tidak digantung kerja kerana mereka mematuhi masa rehat 10 minit yang diberikan untuk bersolat. Mereka yang digantung kerja sebaliknya mengambil rehat lebih panjang," kata seorang jurucakap syarikat Hertz, Rich Broome.

Menurutnya, kakitangan yang ingin melakukan solat perlu merekodkan waktu rehat mereka dengan menggunakan kad perakam waktu.

Kenyataan tersebut bagaimanapun disangkal oleh seorang pemandu syarikat berkenaan, Zainab Aweis.

Dalam wawancara bersama akhbar The Seattle Times Zainab memberitahu, beberapa pengurus syarikat Hertz memberitahunya bahawa beberapa kakitangan wanita yang ingin mengerjakan solat telah diarahkan supaya pulang.

"Dia (pengurus berkenaan) berkata, jika anda mahu solat lebih baik anda pulang dan tidak bekerja di sini lagi.

"Saya bertanya kepadanya, adakah ini peraturan baru syarikat, di seterusnya menjawab, ya," kata Zainab.

– Agensi

Anjing lari melihat Julia Roberts

Posted:

Anjing lari melihat Julia Roberts

Anjing lari melihat Julia Roberts


Agensi OPTIMUS berundur jauh kerana takut melihat imej aktres jelita berkenaan. Gambar kecil Julia Roberts.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Dia merupakan wanita idaman lelaki sejak 20 tahun dahulu, malah hingga sekarang, masih ramai lelaki yang mengimpikan untuk mendampingi aktres Julia Roberts, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Namun, lain pula ceritanya dengan seekor anjing bernama Optimus. Hanya kerana melihat kelibat Roberts, 43, dalam majalah sudah cukup untuk membuatkan anjing jantan itu lari seperti tidak cukup tanah.

Aksi melucukan itu yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube telah ditonton lebih 400,000 kali.

Klip video tersebut menunjukkan seorang lelaki di sebuah kediaman memanggil Optimus dan menunjukkan gambar bintang filem Pretty Woman itu kepada anjingnya.

Namun, sebaik sahaja melihat imej Roberts, telinga Optimus terus menegak. Ia kemudian berundur tetapi matanya tetap terpaku pada gambar aktres berkenaan.

Apabila aksi serupa diulang, Optimus pantas melarikan diri ke bilik lain di kediaman itu.

Dalam komennya, lelaki tersebut menyatakan dia sendiri tidak tahu mengapa Optimus begitu takut dengan aktres popular Hollywood itu. – Agensi

56 maut dalam kemalangan sehari di China

Posted:

56 maut dalam kemalangan sehari di China

56 maut dalam kemalangan sehari di China


SEBUAH kereta remuk digilis treler dalam kemalangan melibatkan 24 kenderaan di Xiaoxian, China kelmarin.


BEIJING – Sebanyak 56 nyawa melayang dalam tiga kemalangan maut di China pada hari terakhir cuti umum selama seminggu di negara berkenaan.

Agensi berita Xinhua semalam melaporkan mangsa-mangsa yang maut termasuk 35 penumpang sebuah bas yang bertembung dengan kereta di sebuah lebuh raya di utara China.

Menurut Xinhua, bas terbabit terbalik selepas merempuh sebuah kereta di bandar pelabuhan Tianjin tengah hari kelmarin dengan menyebabkan 18 yang lain cedera.

Di bandar Xiaoxian, wilayah Anhui akhbar Beijing News melaporkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dengan 19 lagi cedera dalam rempuhan melibatkan 24 buah kenderaan ketika cuaca berkabus.

Pada masa yang sama, akhbar berkenaan menyatakan, 11 orang di dalam sebuah van maut selepas kenderaan itu dirempuh sebuah trak di wilayah Henan, tengah China.

Kemalangan serius kerap berlaku di China dengan muatan berlebihan atau kecuaian pemandu seringkali menjadi faktor nahas.

Kelmarin merupakan hari terakhir cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan China. – AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiga lelaki menyamar rompak RM400,000

Posted:

Tiga lelaki menyamar rompak RM400,000

Tiga lelaki menyamar rompak RM400,000

09/10/2011 10:04pm

SHAH ALAM — Tiga lelaki, dua daripadanya menyamar dengan memakai pakaian kakitangan syarikat keselamatan melarikan wang tunai kira-kira RM400,000 dari sebuah stesen minyak di Bukit Jelutong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, ketika kejadian, dua kakitangan sebuah syarikat keselamatan membawa wang untuk dimasukkan ke dalam mesin wang automatik (ATM) di stesen minyak itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Kereta dinaiki ketiga-tiga suspek berhenti berdekatan dengan stesen minyak itu. Sebaik kakitangan syarikat keselamatan keluar dari van, dua daripada suspek mengheret mereka masuk ke dalam kereta mereka bersama-sama wang kira-kira RM400,000 dan pistol milik syarikat itu.

"Kedua-dua pengawal keselamatan itu kemudian ditinggalkan di tepi jalan berdekatan. Mereka yang tidak mengalami kecederaan kemudian membuat laporan polis kira-kira pukul 1.20 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, polis masih mencari kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu berikutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak berkenaan tidak jelas. — Bernama

Belia disaran sertai Askar Wataniah

Posted:

Belia disaran sertai Askar Wataniah

Belia disaran sertai Askar Wataniah

09/10/2011 7:56pm

JOHOR BAHRU – Golongan belia disaran menyertai pasukan Askar Wataniah bagi mengelakkan mereka hilang arah dan terjerumus dalam pelbagai aktiviti negatif.

Timbalan Komander Regimen 501 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Ishak Ismail berkata, selain menerapkan tahap disiplin yang tinggi, pasukan keselamatan sukarela itu dapat memberikan ilmu ketenteraan yang berguna kepada anggotanya.

"Ilmu-ilmu ketenteraan itu boleh dipakai dalam kehidupan harian mereka," katanya sambil menambah perasaan persaudaraan dan jati diri amat tinggi di kalangan anggota pasukan wataniah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Pertandingan Menembak Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw) 2011 di Lapang Sasar Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram dekat sini hari ini.

Meskipun pasukan wataniah itu disertai penjawat awam dan swasta, katanya keanggotaan pasukan tersebut juga terdiri daripada mereka yang masih belum bekerja.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Obet Tawil yang merasmikan pertandingan itu berkata kerajaan negeri sentiasa menggalakkan penjawat awam negeri menyertai pasukan askar wataniah.

Menurutnya, Johor telah bekerjasama dengan Rejimen 501 selama lebih 16 tahun untuk mempromosikan pasukan itu di kalangan penjawat awam negeri.

Beliau yang juga Kolonel Kehormat dan juga pengerusi JAKPAW berkata kerajaan negeri mensasarkan untuk mencapai nisbah dua askar wataniah bagi setiap anggota tentera yang ada di negeri itu menjelang 2020.

"Ini akan memperkuatkan lagi rejimen ini dan membolehkan anggotanya lebih bersedia dalam apa jua panggilan tugas jika diperlukan," katanya.

Menurutnya, Rejimen 501 telah menjadi anak angkat kerajaan negeri sejak 28 Okt, 1995 di 26 kawasan parlimen yang mempunyai pasukan askar wataniahnya masing-masing.

Turut hadir pada pertandingan tersebut ialah Komander Rejimen 501 (AW), Brig. Jen. Tajuddin Joned. - Bernama

Wanita mati dibunuh selepas bergaduh

Posted:

Wanita mati dibunuh selepas bergaduh

Wanita mati dibunuh selepas bergaduh

09/10/2011 6:03pm

KUALA KUBU BAHARU – Seorang wanita ditemui mati di rumahnya di Kuarters Pejabat Haiwan Taman Golden Wood di sini, dipercayai dibunuh selepas berlaku pertengkaran dengan ahli keluarga terdekat.

Mayat S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui di atas katil dengan keadaan mukanya berdarah serta mempunyai kesan lebam.Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun dan seorang wanita berusia 44 tahun yang merupakan saudara terdekat mangsa bagi membantu siasatan kes itu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Afendy.

Beliau berkata mayat wanita penjual nasi lemak itu ditemui pada pukul 7 pagi ini oleh anggota polis yang ke rumah berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai kejadian itu.

"Lelaki dan wanita terbabit ditahan ketika ditemui berada di rumah berkenaan dalam keadaan kebingungan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata berdasarkan kesan lebam pada muka mangsa, polis percaya wanita itu dipukul dan telah mati dalam tempoh tidak kurang dari 24 jam ketika mayatnya ditemui.

"Kami percaya berlaku pergaduhan di antara tiga individu ini yang membawa kepada pembunuhan. Hasil siasatan awal menunjukkan si mati, lelaki itu dan seorang lagi wanita sering mabuk dan bertengkar setiap hari.

"Menurut anak lelaki si mati, kali terakhir kesemua mereka ini bertengkar ialah pada petang dan malam semalam," katanya.

Norel berkata wanita yang ditahan itu turut mempunyai kesan calar di muka dipercayai kesan akibat pergelutan dan pergaduhan dengan si mati.

Anak mangsa yang hanya dikenali sebagai Shareendra, 24, seorang pekerja keselamatan, berkata beliau keluar rumah kira-kira pukul 8 malam selepas ketiga-tiga mereka bergaduh, dan apabila pulang pagi ini melihat ibunya telah mati. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Acha pilih watak eksklusif

Posted:

Acha pilih watak eksklusif

Acha pilih watak eksklusif

KEHIDUPAN selalu disamakan seperti pergerakan roda. Naik dan turun sudah menjadi lumrah alam untuk dihitung sebagai tauladan atau sempadan.

Gerakan roda adakalanya pantas dan terkadang terlalu perlahan. Roda hidup artis seberang, Acha Septriasa juga tidak terkecuali. Setiap mata dan minda pasti mengingati gadis genit penghias filem Heart.

Acha membuai simpati yang bukan sedikit tatkala itu. Beregu dengan aktor Irwansyah, mereka menjadi item yang bukan sahaja popular di Indonesia tetapi juga di Malaysia.

Ketika itu usianya baru belasan. Anak cilik yang menapak kaki menjadi aktres dan kemudian membikin jenamanya sendiri melalui dunia hiburan, lakonan dan nyanyian. Wanita muda ini enak bercerita tentang jalan solonya baik dalam karier mahupun kehidupan.

Semakin matang

Acha Septriasa di depan sudah berubah. Fizikal dan buah katanya bertunjang kematangan. Ketawa manja, dia menghampiri usia wanita. Kini usianya menerjah angka 23.

"Ramai yang berkata perihal kematangan saya. Saya sedar, banyak hal yang tak boleh kita raih atau dapat dalam hidup ini. Sebagai manusia, kita tidak boleh terlalu mahukan kesempurnaan," senyumnya memula bicara.

Tuturnya lagi: "Hidup ini perlu pengorbanan. Kita tidak selamanya berada di atas. Ada masa di bawah seperti perjalanan roda," kiasnya tentang roda hidup yang sedang dinikmati kini. Dia melalui naik dan turun. Acha selesa di tempat sekarang walaupun dia tidak kerap muncul di mata khalayak seperti dahulu.

Mungkin fasa selesa sedang dirasai sekarang. Menyelak lembaran buku lebih banyak berbanding naskhah skrip, Acha sekarang mengaku sudah merasai naik turun namanya dalam senarai populariti aktres.

"Disember ini saya akan tamat belajar dengan segulung ijazah. Bermula 2008, pejam celik sekejap masa berlalu dan saya akan tamat pengajian dalam bidang penyiaran. Saya sangat fokus sebagai pelajar. Pada saat belajar, saya tidak fikir soal kerja dan sebaliknya," ujarnya yang pernah menunda belajar satu tahun kerana tawaran kerja dan tiba-tiba berasa 'kosong' dengan keputusan itu.


DISELANG waktunya 'bercinta' dengan buku-buku dan kuliah, Acha sempat mengikuti jelajah Astro untuk mempromosikan Indo Pek yang memberi saluran Bintang dan Pelangi.


Kembali seorang aktres

Usai menyarung persalinan siswazah, jiwa yang sebelahnya berdarahkan seni sedang meronta-ronta untuk kembali ke set penggambaran. Ditahan-tahan seketika namun jadual lengkap meneruskan jalan seorang aktres sudah disusun sang ibu.

Jujur Acha, cuti semester yang kadang berjalan dua bulan diisi dengan lakonan. Terkadang waktu libur itu digunakan sebagai eskapisme daripada bergelar pelajar mahupun bintang dengan mengembara ke luar negara.

"Pulang ke Indonesia nanti saya akan menjalani penggambaran filem bertajuk 9 Reasons. Sebuah filem historikal dan saya membawakan karakter sebagai salah seorang isteri Presiden Sukarno. Dia itu seorang introvert, tidak vokal dan banyak bermain emosi dalaman. Filem ini berkisar sisi cinta seorang mantan presiden," ujar Acha yang banyak membaca buku sejarah sebagai panduan dan juga menggali puisi-puisi nukilan sang presiden. Utaranya dia cukup teruja untuk terlibat dengan sebuah filem historikal bersama Wulan Guritno, Happy Salma, Revalina S. Temat dan Mariana Renata.

"Saya percaya dengan istilah karakter itu yang memilih pembawanya. Filem ini sesuatu yang baru buat saya. Dalam filem terdahulu, khalayak melihat saya banyak bersuara tapi kali ini berlainan. Jujurnya banyak tawaran yang saya tolak kerana skrip yang saya rasa tidak selari dengan jiwa saya," pemain filem ini bersuara seraya menyatakan keinginannya berlakon sinetron untuk menguji kemampuan dirinya.

"Saya mendapat beberapa tawaran sinteron tetapi sayang terpaksa ditolak. Jujurnya, berlakon drama bersiri sangat memenatkan tetapi hasilnya terlihat cepat. Saya lebih selesa bermain filem. Pada saya, berlakon sinetron itu ada kesukarannya. Untuk seorang aktres filem terjun ke drama bersiri, perlu ada kemahiran. Perlu pandai menjadi spontan," akuinya yang terlibat dengan 15 buah telefilem.

Jadi eksklusif

Melihat kemunculannya sekali sekala di dada akhbar mahupun majalah, secara harfiah Acha terbawa sisi eksklusif. Cerita-cerita panas dirinya sudah mendatar termometer dan dia tidak terbabit gosip murahan . Tidak seperti dahulu, pernah ditunggu paparazi di hadapan rumah gara-gara mahu mengorek cerita cintanya selepas berstatus solo.

"Ada sisi eksklusifnya. Mungkin dengan cara ini jangka hayat sebagai artis itu lebih lama. Saya melihat dan menjadikan Dian Sastrowardoyo sebagai contoh dalam hal ini. Ceritanya tidak banyak keluar tetapi dia tetap 'ada' dalam industri dan hati umum. Saya mahu menjadi seperti dia," ujar Acha yang turut mendapat perhatian pelbagai jenama untuk menjadi duta, sama seperti idolanya Dian.

Penulis turut bertanya tentang hala tujunya sebagai anak seni.

Senyumnya seraya memula topik ini, dia tidak pernah meletakkan sasaran menjadi pelakon wanita terbaik sewaktu masuk ke dalam dunia hiburan namun bersemangat apabila dinobatkan pada tahun 2008 melalui filem Love.

"Jujurnya juga ya, bercakap tentang hala tuju, saya mengikut apa sahaja yang dirancang oleh ibu saya. Saya menyelesaikan persekolahan dan dalam masa yang sama merancang perjalanan karier seperti yang ibu mahukan. Syukur dalam masa yang sama, saya masih dapat mencari wang buat diri saya. Saya berasa bertuah kerana keluarga sangat menyokong apa sahaja keputusan saya. Andai saya mahu berhenti berlakon, keluarga tidak akan menghalang," ujarnya yang teruja dapat menggembirakan ibu bapa dengan segala keputusan bijaknya.

"Perancangan jangka masa pendek, habiskan kuliah. Jangka panjang, saya mahu membikin album untuk meneruskan karier nyanyian. Juga akan berlakon beberapa filem yang sudah direncanakan," senyumnya yang mahu menjalani kehidupan dengan seadanya.


AKUI wanita muda ini, dia menyandang status solo sejak April lalu dan sedang menikmati fasa ini seadanya.


Jalani hidup solo

Mengurangkan serius topik bicara, Acha mengaku kini dia kembali solo.

"Sejak April tahun ini, saya single. Sudah malas mahu mencari-cari. Ada jejaka yang cuba mendekati. Jujurnya saya rindu untuk rasa jatuh hati kepada seseorang. Tapi untuk jangka waktu solo ini, saya sedang menikmatinya. Jelas lebih masa kualiti untuk famili juga tidak terkongkong untuk keluar bersama teman-teman," ironi si pendendang Berdua Lebih Baik ini bersuara.

Tetapi dia turut mengakui, mahu menamatkan zaman solo pada usia yang muda, mahu menjejak usia kahwin sang ibu katanya.

"Ibu bapa sering mendoakan saya senang dapat jodoh. Kalau mencari, saya mahu mencari yang benar-benar serius dalam perhubungan. Bukan masa bermain-main lagi. Dia tidak hanya perlu baik dan elok di mata saya tetapi juga di mata Allah dan famili. Perlu kerja keras, berusaha dan yang penting romantis seperti bapa saya," ketawanya meledak dalam jujur kata-kata. Dia meletakkan umur 25 untuk bergelar pasangan kepada seseorang, ada tempoh dua tahun untuk mengejar impian cintanya.

"Ada media di Indonesia yang mengatakan saya tidak boleh melepaskan kisah lalu bersama Irwansyah. Mereka boleh menebak cara mereka, yang tahu hanya saya. Jujurnya kisah lalu tidak membelenggu hidup saya kini," ujarnya yang meledak meletup dengan nyanyian duet bersama Irwansyah melalui lagu Sampai Menutup Mata dan My Heart.

Sepahtu singkir Mamat

Posted:

Sepahtu singkir Mamat

Sepahtu singkir Mamat


WALAUPUN Sepahtu menghibur tanpa Mamat, (kanan sekali), tiga anggota Sepah yang merupakan produk Raja Lawak itu masih boleh bekerjasama dalam filem Sepah The Movie yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.


SEMASA mula mencuri perhatian dalam episod mingguan pertandingan Raja Lawak musim ketiga, Sepah awal-awal lagi dilihat sebagai pelawak berkumpulan yang mampu mengikut jejak dan mencipta fenomena seperti yang pernah dicipta kumpulan Senario. Itu antara komen-komen positif yang pernah keluar daripada mulut pengkritik tetap ketika itu, Fauziah Nawi. Syaratnya, Sepah harus mengekalkan momentum dan ikatan tiga sekawan yang telah mereka jalin.

Baru masuk tahun ketiga dan kini bergelar Maharaja Lawak pergolakan dalaman kumpulan yang dianggotai tiga anak kelahiran Johor itu kini menggelegak. Bagaikan melecur, ia membakar dan akhirnya memusnahkan kesatuan dan setiakawan Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jep), 26, Shahmira Muhamad (Shuib), 27, dan Mohd. Noor Murad (Mamat), 26.

Pembubaran Sepah secara tidak rasmi bermula pada Ogos lalu apabila setiap anggotanya boleh muncul solo sekiranya mendapat tawaran secara individu. Namun keretakan Sepah sampai ke tahap tidak dapat diselamatkan apabila Jep dan Shuib mengumumkan mereka hanya berdua. Mereka menjenamakan Sepah sebagai Sepahtu (sepatu).

"Saya ingatkan ketika di atas pentas final Raja Lawak musim ketiga saya ingin umumkan kami mahu berpecah begitu juga halnya ketika program Maharaja Lawak, tetapi tidak adil untuk peminat yang mengundi kami, jadi saya diamkan sahaja masalah kami.

"Kami sudah hilang sabar. Bukan sekali dua kali tetapi sudah tiga tahun saya beri peluang, ruang dan nasihat kepada Mamat untuk memberi komitmen pada kumpulan Sepah sehingga sampai satu tahap kami sudah tidak boleh buat apa-apa lagi. Jadi jalan penyelesaian terbaik adalah berpecah meskipun kami bertiga sedar ramai yang tidak mahu melihat kami berpecah," bongkar Jep tentang masalah yang dihadapi Sepah selama ini.

Sayangkan reputasi dan mahu karier lawak tidak terus berkubur atau Sepah jadi bersepah-sepah, Jep dan Shuib mahu Sepah tanpa Mamat dikenali sebagai Sepahtu, lebih adil untuk Mamat walaupun mereka masih boleh bekerjasama dalam projek-projek terdekat, Superlawak FC dan Sepah The Movie.

Mereka hanya boleh bekerjasama dalam televisyen atau filem tetapi untuk menerima masuk semula Mamat, jawapannya tidak. Jep dan Shuib sudah berpatah arang berkerat rotan dengan gelagat Mamat.


SEPAHTU yang dianggotai Jep dan Shuib (kiri) akan meneruskan legasi kumpulan Sepah yang menjuarai program realiti Maharaja Lawak.


"Saya sudah berkahwin dan tidak lama lagi akan menjadi ayah, tanggungjawab saya semakin besar. Saya tidak mahu kerana terlalu asyik menjaga hal orang, itu tidak adil (buat keluarga saya). Kalau saya tidak ada duit, saya minta orang, mana ada orang nak bagi duit. Sekarang kami hanya mahu fokus pada kerja sahaja. Terima Mamat kembali, rasanya tidaklah," ulas Shuib pula yang bakal menimang anak lelaki dalam masa terdekat.

Pengumuman Jep dan Shuib itu dibuat selepas majlis pelancaran album sulung nyanyian mereka yang diterbitkan oleh MW Entertainment milik Mawi dan Sheikh Qalam Records.

Pekung di dada sudah dibuka namun persoalannya, adakah benar Sepahtu itu benar-benar bebas daripada Sepah. Sebagai anggota yang disingkirkan, Mamat tetap berasakan dirinya sebagai teraniaya.

"Saya rasa Sepah masih wujud. Shuib akan bersama-sama dengan saya apabila membuat persembahan dan aktiviti melibatkan Sepah. Jika mereka (Jep dan Shuib) mengatakan saya bermasalah, saya rasa semua orang ada masalah. Saya tak nak komen lanjut dan tak kisah dengan apa yang orang nak kata," kata Mamat yang turut terpalit kontroversi kisah cinta bersama Fida Gadis Melayu.

Tambah Mamat, dia berasa amat terkilan dengan kenyataan yang keluar dari mulut sahabat-sahabatnya. Tutup Mamat, sekalipun mahu berjaya, janganlah kejayaan itu datangnya daripada penat jerih orang lain.

Siti pasrah

Posted:

Siti pasrah

Siti pasrah

USAI dua minggu sejak dilancarkan, album bahasa Inggeris Datuk Siti Nurhaliza masih menanti rangsangan peminat. Buat yang menggemari, cinta dan setia kepada penyanyi nombor satu ini, mereka mencari dan mendapatkan album terbaru itu sebagai sebuah lagi bahan koleksi yang wajib dimiliki.

All Your Love ialah sebuah refleksi eksistensi dendangannya, dititahkan oleh ratu nyanyian yang tidak pernah turun takhta.

Tidak terkecuali yang memberi respons ikhlas terhadap reformasi bahasa yang dilakukan oleh seorang penyanyi tersohor negara. Suatu perubahan untuk Siti Nurhaliza yang sudah melalui perjalanan seni dengan pelbagai situasi dan penceritaan.

SEAN KINGSTON

Pemilihan pasangan duet lagu Remember You membuahkan satu kelainan untuk sejarah pasangan Siti Nurhaliza. Ada sebab tersendiri kenapa penyanyi kelahiran Miami, Florida yang terkenal dengan lagu Beautiful Girls itu menjadi pilihan.

"Sean Kingston digilai ramai. Cara dia menyanyi dan melagukan rap ada stail. Malah vokal Sean memang kena dengan konsep lagu Remember You yang merupakan lagu paling sesuai untuk Siti berduet."

KONSEP ALL YOUR LOVE

Ulas Siti, khalayak perlu memahami konsep yang diketengahkan album ini. Jika ada yang tercari-cari sebuah lagu balada yang merentap tangkai jiwa, All Your Love bukanlah jawapannya.

"Album ini lebih menonjolkan lagu-lagu rancak, santai dan memang konsep sebegini menjadi pilihan agar membuahkan kelainan.

"Pemilihan hanya dua komposer iaitu Christian Alexander dan Bryan Bouro juga dipilih oleh pihak What's Up Entertainment untuk projek istimewa ini. Siti beri kebebasan kepada pihak What's Up untuk membentuk idea yang segar dan kreatif. All Your Love ialah sebuah langkah baru buat Siti dan memberi ruang buat peminat yang baru.

"Juga satu jalan untuk keluar ke negara-negara luar. Dalam perancangan, album ini akan dibawa ke Australia dan negara-negara Eropah. Malah semua lagu Siti sudah masuk ke iTunes," ujarnya yang menganggap album ini adalah eksklusif dan mimpi jadi nyatanya.



YAKIN BERBAHASA INGGERIS

Stigma dan persoalan tentang keyakinan peminat terhadap keupayaan Siti berbahasa Inggeris bukanlah baru. Ketawanya berbunga tatkala ditanya, dia tahu ada kumpulan yang sengaja mencari salahnya bertutur dan menyanyi dalam bahasa antarabangsa itu.

"Siti tahu ada yang mendengar untuk cari kesalahan Siti. Untuk semua itu, Siti bersiap sedia malah itu bukan perkara baru. Pasti ada kritikan dan Siti terbuka. Ini album pertama, Siti sudah lakukan yang terbaik dan boleh buat lebih baik untuk masa hadapan. Tentang sebutan yang betul, Siti tiada masalah kerana komposer banyak membantu. Mereka juga tidak ada masalah dengan bahasa Inggeris Siti," akuinya yang tidak ambil kisah dengan kata-kata luar tentang bahasanya.

KONVOI MOTOSIKAL

Aktiviti baru Siti Nurhaliza dan suami sudah diketahui khalayak. Pasangan manis ini gemar berkonvoi menaiki motor berkuasa tinggi. Menurut penyanyi Bukan Cinta Biasa ini, bermotosikal kini menjadi hobi yang digemarinya dan suami.

"Kami lakukan dalam grup dan sering rancang untuk ke tempat-tempat yang menarik. Selalunya aktiviti ini dilakukan pada hujung minggu untuk satu jelajah yang memakan jarak yang dekat. Terbaru, kami baru selesai konvoi 1Malaysia dan Siti dapat melawat tempat-tempat yang menarik. Itu tempoh paling lama berkonvoi iaitu selama enam hari. Sebelum ini Siti juga berkonvoi di Cape Town. Seronok kerana dapat melihat pemandangan yang cantik dan cuaca yang segar di negara luar," katanya yang tidak berasa sakit-sakit badan menaiki motor.

LAMAN SOSIAL TWITTER

Bila Siti muncul dengan akaun CTNurhaliza11 di laman Twitter, para pencintanya teruja. Ini sebuah jambatan yang mendekatkan peminat kepada penyanyi kesayangan mereka itu. Buat Siti yang sudah memiliki 117,310 pengikut, hal itu sebuah alternatif pendekatan dengan peminatnya.

"Bila Siti rajin, tidak banyak kerja, Siti akan cuba balas semua tweet peminat. Tapi bila sudah mula kerja, Siti fokus dan tidak sempat balas langsung. Bagi Siti, kepentingan Twitter adalah memudahkan akses peminat bertegur sapa dengan Siti. Banyak juga hal semasa yang Siti ketahui daripada laman tersebut. Siti sedar kadang kala peminat teruja untuk mengetahui aktiviti yang dilakukan artis kegemaran mereka. Melihat sisi lain karakter artis tersebut. Apa yang boleh Siti kongsi, Siti kongsi tetapi ada juga meletakkan batas privasi di situ," ujarnya.

"Malah saya mendapat respons positif tentang album baru saya di laman sosial Twitter. Ramai memberi komentar dan mereka menggemari album terbaru saya," senyum pendendang single Falling In Love ini.



PRODUK SIMPLYSITI

Pengeluar rangkaian Simplysiti membuktikan perjalanan karier malah kesungguhannya bergelar usahanita. Terkini, sebanyak 200 item kosmetik dan penjagaan kulit telah dilancarkan.

"Terbaru, Simplysiti melancarkan rangkaian Lovely dan Vogue yang memberikan pemakainya dua pilihan warna yang berbeza. Kami juga tampil dengan produk Clear Solution untuk kulit sensitif. Banyak kajian dilakukan untuk setiap produk. Contohnya kami menggunakan arang dalam produk Simplysiti untuk menyedut toksin," ujar Siti selaku taukeh yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini alat solek untuk pengguna Simplysiti.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved