Rabu, 5 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Terbang bak pesawat sebenar

Posted:

Terbang bak pesawat sebenar

Terbang bak pesawat sebenar

Oleh BASIR ABU BAKAR

PERASAAN cemas dan panik mula bermain dalam sanubari penulis apabila mendapati pesawat Airbus A380 yang dinaiki hampir terhempas kerana terlanggar puncak gunung dan dilanda ribut salji kuat ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow London ke Kuala Lumpur selepas didapati terbang rendah.

Pesawat yang dinaiki mula bergegar dan sistem auto pilot mula mengeluarkan amaran cemas. Debaran semakin memuncak apabila tiba-tiba salah sebuah daripada empat enjin pesawat yang dinaiki mengalami kerosakan dan terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Situasi cemas dalam salah satu drama bersiri popular, The Lost di televisyen yang mengisahkan tentang sebuah kapal terbang yang terhempas di sebuah pulau mula menjengah kotak fikiran penulis ketika itu.

Keadaan pesawat mula tidak stabil dan bergegar malah, kapten dan anak kapal yang kelihatan tenang mula bertindak pantas bagi mengawal situasi.

Bagaimanapun penulis dan kira-kira 10 penumpang yang menaiki pesawat komersial paling canggih, terhebat dan terbesar di dunia, A380 itu mula panik dan tidak senang duduk.


SIMULATOR ini memberi suasana sebenar sebuah kapal terbang termasuk boleh bergegar ketika 'melanggar' puncak gunung.


Ekoran itu juga, penumpang dan anak kapal masing-masing memegang kuat kerusi yang diduduki dan berdoa agar penerbangan tersebut berakhir dengan selamat. Kejadian yang berlaku itu benar-benar membuatkan penulis dan penumpang lain berdebar-debar serta terkejut.

Bagaimanapun, perasaan terkejut itu mula reda kerana apabila semuanya kembali pulih, kami kembali menyedari 'pesawat' yang dinaiki tersebut hanya merupakan salah sebuah daripada simulator Airbus model A380 terbaharu milik Penerbangan Malaysia (MAS).

Kokpit pesawat

Bertempat di Bangunan Simulator, Divisi Operasi Kapal Terbang, MAS Kompleks A, Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, baru-baru ini sekumpulan wartawan diberi peluang merasai pengalaman menaiki simulator terkini MAS model pesawat Airbus A380.

Simulator itu bukan seperti kapal terbang yang boleh dinaiki di taman-taman tema ataupun ekspo hiburan. Ia adalah simulator pesawat yang direka dengan sistem 100 peratus menyerupai pesawat sebenar yang boleh terbang di udara.

Bezanya cuma dari segi bentuk yang hanya dibina menyerupai bahagian kokpit pesawat sebenar. Sistem dan pemanduan yang diperlukan sama seperti pesawat biasa.

Seorang penumpang, Chong Shin Wai, 28, berkata, perasaan teruja ketika mula-mula dijemput oleh pihak pengurusan MAS untuk merasai sendiri pengalaman menaiki simulator pesawat Airbus model A380 dengan duduk di bahagian kok pit pemandu berubah cemas.


RUANG dalam simulator A380 yang menyerupai kokpit sebenar pesawat.


Perasaan itu mula membelenggu apabila pesawat simulator yang dipandu oleh Kapten Norshid Ali terpaksa terbang rendah kerana salah sebuah dari empat enjin pesawat mengalami kerosakan dan perut pesawat terlanggar puncak bukit ketika dalam perjalanan dari London ke Kuala Lumpur.

Ekoran itu, beberapa situasi cemas seperti gegaran kuat akibat pelanggaran dan amaran kecemasan dari sistem auto pilot beberapa kali berbunyi, membuatkan setiap penumpang seperti merasai keadaan sebenar.

"Situasi yang berlaku dalam kokpit seperti keadaan sebenar. Beberapa insiden yang disimulasikan seperti terlanggar awan, meredah ribut, meredah ribut salji, terlanggar gunung, pokok dan pendaratan cemas buat seketika menyebabkan penumpang merasakan ia seperti sebuah insiden sebenar," cerita Shin Wai yang merupakan seorang wartawan akhbar Guang Ming Daily.

Menurutnya yang pertama kali menaiki pesawat simulator itu, pengalaman menaiki pesawat simulator sangat mengujakan dan sukar diperoleh di mana-mana.

Pengalaman berharga

"Pesawat simulator inilah yang digunakan oleh pemandu kapal terbang profesional dan untuk melatih bakal juruterbang sebelum menerbangkan pesawat sebenar ke udara," ujarnya teruja.

Pengalaman yang sama turut dirasai rakan Sin Wai iaitu, Koh Chun Seng, 31, yang menganggap ia merupakan satu pengalaman yang sangat bernilai dalam hidupnya.

"Dengan menaiki pesawat simulator ini sedikit sebanyak saya turut mengetahui ilmu mengenai penerbangan dan apa yang juruterbang lakukan ketika mengendalikan sesebuah pesawat.


PESAWAT Airbus A380-800 akan menjadi salah satu koleksi pesawat tercanggih dimiliki MAS.


"Kebiasaannya kita tidak dibenarkan masuk ke bahagian kokpit yang menjadi tempat juruterbang memandu. Tapi pengalaman pertama kali ini saya dapat lihat apa yang juruterbang lakukan ketika menerbangkan pesawat dari awal hingga akhir," katanya.

Menurutnya lagi, keadaan di dalam kokpit sangat berteknologi tinggi dengan keadaan ruangnya yang dipenuhi ratusan butang dan seseorang juruterbang perlu mengingati manual pengendalian dengan baik serta menjalani latihan yang lama untuk mahir.

"Kapten Norshid Ali ada memberitahu penumpang bahawa pesawat Airbus A380 tidak lagi menggunakan stereng seperti pesawat biasa sebelum ini dan ia hanya menggunakan stereng seperti joystick.

"Kecanggihan peralatan di dalam kokpit seiring dengan perkembangan teknologi yang jelas memudahkan pemanduan juruterbang dan menampilkan ciri-ciri sistem keselamatan yang tinggi serta mesra pengguna," kata jurugambar akhbar China Press itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Destinasi percutian eksotik

Posted:

Destinasi percutian eksotik

Destinasi percutian eksotik

Oleh HAMDAN OTHMAN

MENYAKSIKAN matahari terbenam dan pancaran mega merah di pantai Tanah Lot, Bali, Indonesia merupakan detik yang harus dinikmati oleh semua pengunjung ke kepulauan yang dihuni oleh hampir 90 peratus penganut agama Hindu itu.

Sesiapa pun yang menyaksikan keindahan saat tersebut pasti tidak akan berhenti untuk merakamkan foto kerana setiap saat yang berlalu ketika mega merah memancarkan cahayanya adalah antara detik yang menggambarkan kebesaran pencipta alam! Sungguh indah.

Sukar dijelaskan dengan kata-kata namun, itulah antara keistimewaan bumi Bali yang sering menjadi tumpuan pelancong dan ejen pelancongan. Walaupun cuma beberapa hari berada di sini tetapi, setiap orang wajar menghabiskan waktu selama beberapa jam di pantai Tanah Lot hanya untuk menyaksikan momen itu.

Di sebalik keindahan senja nan merah, pantai Tanah Lot (lot dalam bahasa Bali adalah laut) atau nama asalnya Tanah Laut banyak menyimpan rahsia tersendiri.

Menurut sejarah, batu yang terbentuk indah di pantai Tanah Lot telah wujud sejak tahun 1500 dan ditemui oleh seorang pelaut yang akhirnya menjadikan kawasan batu tersebut sebagai kuil.

Pada tahun 1980, kuil atau sering disebut sebagai pura itu diancam hakisan. Namun, atas ihsan kerajaan negara Jepun yang mahukan kawasan tersebut dipelihara atas dasar hubungan dua hala, sebanyak AS$130 juta telah disalurkan oleh negara matahari terbit itu ke Indonesia bagi menjaga struktur asal batu itu sehingga hari ini.


ANDA boleh menikmati secawan teh di Tenggalang, sambil menyaksikan keindahan pemandangan padi teresnya.


Kata pemandu pelancong yang mesra disapa Ngurah, pengunjung tidak pernah putus ke sini bermula seawal pukul 6 pagi hinggalah ke pukul 12 tengah malam. Mereka datang bukan hanya untuk menikmati keindahan lautnya tetapi, juga untuk berkunjung ke kuil lama.

Di kuil itu jugalah kebanyakan ular laut yang didakwa datang membina sarang sehingga penduduk menganggap ular-ular tersebut sebagai utusan Tuhan untuk terus menjaga keindahan pantai dan keutuhan kuil.

Di samping memuji keindahan ciptaan Tuhan, Bali sering dikaitkan dengan konsep hiasan dalaman hingga menjadi ikutan ramai. Konsep Bali telah lama menjadi kebanggaan dalam membuat hiasan baik untuk rumah mahupun hotel di negara kita.

Konsep Bali macam mi Bandung

Tetapi ramai yang tidak tahu, tidak ada yang khusus untuk dikaitkan dengan konsep tersebut kerana hiasan Bali banyak dipengaruhi unsur-unsur Hindu Majapahit selain tumbuh-tumbuhan liar.

"Konsep Bali itu sebenarnya diilhamkan oleh seorang lelaki British yang menjadi rakyat di sini menggunakan nama Made Wijaya setelah berkahwin dengan seorang wanita tempatan. Idea Made Wijaya itulah yang telah diguna pakai sebagai konsep Bali sehingga hari ini. Sebenarnya, tidak semua yang peka dengan konsep itu kerana setiap orang ada cita rasa tersendiri dalam menyiapkan hiasan rumah," jelas Ngurah.

Kalau di Malaysia, setiap negeri ada identitinya terutama rumah-rumah lama, namun di Bali tidak ada yang khusus kerana idea tersebut datangnya daripada Made Wijaya yang asalnya bukan rakyat tempatan.

Cuma yang menghairankan, konsep Bali tetap menjadi sebutan dan pilihan kebanyakan penduduk di Malaysia. Apa pun, bak kata seorang teman, Danial Rayyan, mi Bandung atau sirap Bandung hanya terdapat di Malaysia dan tidak akan pernah ada di Bandung, begitulah juga dengan konsep Bali.

Lupakan tentang konsep yang menjadi sebutan kebanyakan penduduk Malaysia kerana keindahan pantai Kuta yang pernah menjadi mangsa tsunami pada Disember 2004 memang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa jua yang berkunjung ke situ.

Bukan kerana ombaknya yang besar setinggi 10 kaki yang sesuai untuk peminat papan luncur dan bukan juga kerana tukang urut-tukang urut yang bersedia memberi khidmat terbaik.


KEHADIRAN peniaga-peniaga kecil mencari rezeki antara pemandangan biasa yang boleh dilihat di Bali.


Sebaliknya, kebersihan pantai yang dijaga membuatkan kita leka kerana ia dijaga sebaik mungkin tanpa dapat terlihat walau sehelai daun pun di atas pasir yang memutih sepanjang pantai sejauh tujuh kilometer itu.

Kata Ngurah, setiap 20 kaki persegi ruang pantai Kuta ada pemiliknya dan setiap pemilik diberi lesen untuk menjalankan perniagaan mengikut kemampuan masing-masing.

"Ada yang menjual makanan, ada yang menunggu pelanggan untuk diurut, ada yang menyewa papan luncur malah, tidak kurang yang mengambil kesempatan menjadi guru untuk mengajar meluncur.

"Apa yang penting, mereka diwajibkan menjaga kebersihan kawasan masing-masing. Jika tidak pihak berkuasa boleh menarik kembali lesen aktiviti mereka tanpa sebarang amaran.

"Kelihatan kejam tetapi, itulah perjanjian yang telah dibuat sejak awal," kata Ngurah.

Jangan lupa cuba kopi Luwak

Bercerita tentang makanan, ramai yang pernah berkunjung ke sini terutama yang beragama Islam mengatakan cukup susah untuk mendapatkan makanan halal. Cerita begini mempengaruhi minda sehingga memaksa sesetengah pelancong Islam membawa bekalan makanan halal untuk dimakan sepanjang bercuti di Bali.

Hakikatnya, walaupun 90 peratus penduduk Bali menganut agama Hindu dan terdapat begitu banyak restoran babi guling atau babi panggang, masih ada banyak lagi kedai makanan halal yang boleh ditemui.

Malah, boleh dikatakan kebanyakan gerai di tepi jalan di sini diusahakan oleh orang Islam Indonesia yang datang dari daerah luar Bali seperti Bandung, Jogjakarta dan Surabaya.

Empat hari di Bali seperti tidak cukup untuk merasai nikmat sebenar kawasan peranginan yang terkenal di seluruh dunia ini.

"Banyak tempat yang boleh diteroka termasuk gunung-ganangnya tetapi, masa terasa begitu cepat berlalu ketika menikmati keindahan pantai Kuta, tanah Lot dan kota Denpasar sendiri," katanya.

Sebelum terlupa, tambah Danial, satu lagi yang perlu dicuba ialah kopi luwak yang dihasilkan melalui najis musang. Luwak yang membawa maksud musang hanya akan memakan buah kopi terbaik yang gugur ke bumi dan kemudian dikeluarkan bijinya melalui najis.

Biji kopi yang tidak dihadam itu kemudiannya akan dikutip semula dan dicuci sehingga bersih untuk diproses sehingga menjadi serbuk kopi.

"Rasanya memang enak sekali dan hanya terdapat di daerah Bali dan beberapa tempat di Surabaya dan Bandung.

"Harganya agak mahal kerana penghasilannya begitu terhad.


PUNCAK Uluwatu menawarkan pemandangan luar biasa.


"Dari sudut agama pula, pihak Majlis Agama Islam Indonesia telah mengeluarkan fatwa menghalalkan kopi ini dan ia boleh diminum oleh umat Islam," ujarnya sambil menghirup secawan kopi luwak penuh nikmat.

Tepuk dada, tanya selera. Jika ada yang was-was, rujuklah dahulu kepada yang lebih arif. Apa pun, bagi mereka yang gemar melancong, Bali tetap menarik untuk dikunjungi pada bila-bila masa.

"Kalau ingin datang ke sini, jangan lupa untuk menghubungi saya di www.buy2u.com.my, saya sedia membantu untuk berlibur di sini. Banyak lagi yang boleh diteroka," kata Danial sambil tersenyum.

Berghof simpan sejarah Hitler

Posted:

Berghof simpan sejarah Hitler

Berghof simpan sejarah Hitler


BERGHOF sering menjadi medan pertemuan Hitler (tiga dari kiri) dan pemimpin-pemimpin kanan Nazi bertemu dan membincangkan strategi ketenteraan.


SEORANG pelumba melintasi kawasan hutan pain Bavaria dengan basikal gunung miliknya. Kayuhannya diteruskan di sepanjang trek Alpine yang lasak terus ke lokasi yang pernah menjadi kediaman Adolf Hitler di pergunungan Kehlstein itu suatu ketika dahulu.

Dia tidak berhenti berkayuh walaupun untuk sepintas lalu ketika melintasi bangunan batu berdinding kelabu di lereng bukit yang pernah menjadi tempat persembunyian Hitler dikenali sebagai Berghof.

Berghof merupakan kawasan persembunyian Hitler yang dibangunkan oleh setiausaha parti Nazi Martin Bormann pada tahun 1939 sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50.

Ia merupakan lokasi kediaman diktator itu selama lebih sedekad sehinggalah dia membunuh diri di sebuah kubu di Berlin pada tahun 1945.

Berghof yang terletak separuh perjalanan di gunung Bavarian hampir musnah akibat dibom pada penghujung Perang Dunia Kedua. Malah, kesan pengeboman tentera Amerika Syarikat itu masih boleh dilihat sehingga kini.

Tiada papan tanda khusus bagi menunjukkan lokasinya. Bagaimanapun, terdapat papan kenyataan yang memberitahu pengunjung mengenai kawasan yang pernah menjadi medan pertikaian pada era Nazi dahulu.

Rumah persinggahan milik Hitler, Tea House dikenali sebagai Eagle's Nest terletak di laluan terpencil di atas kawasan pergunungan itu.

Sebelum ini, puluhan ribu pengunjung terpaksa melalui jalan yang menggayatkan untuk tiba di puncaknya semata-mata mahu melihat panorama di kawasan yang terletak di sempadan antara Jerman dan Austria itu.

Terletak pada ketinggian 1,800 meter, Eagle Nest kini dijadikan restoran, kafe dan kedai menjual buku-buku seperti buku Hitler's Mountain yang dihadiahkan kepada Hitler oleh parti Nazi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50.

Terdapat kisah menyatakan Hitler jarang berada di rumah persinggahan itu kerana gayat pada ketinggian.

Pakar sejarah mahu keseluruhan kawasan itu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang, tetapi ada pihak yang bimbang popularitinya yang mempunyai kaitan rapat dengan perjuangan Hitler akan menggalakkan kehadiran penyokong neo-Nazi atau mengubahnya menjadi Disneyland Nazi. "Kami mesti berhati-hati agar pengunjung tidak menjadi terlalu taksub terhadap Hitler," kata Axel Drecoll, 36, seorang sejarawan yang berusia 36 tahun.


PELBAGAI bahan pameran yang dipamerkan di Berghof memaparkan kehidupan Hitler di kawasan pergunungan Kehlstein itu suatu ketika dahulu.


Kehidupan Hitler

Lelaki itu bertanggungjawab dalam menjaga pusat dokumentasi dalam pameran yang dilawati kira-kira 160,000 orang setahun.

Bahan pameran yang dipamerkan menggambarkan dua kehidupan Hitler di kawasan pergunungan Obersaltzberg iaitu pemerintah di Berchtesgaden di samping jenayah yang dilakukan bersama Nazi.

"Kami perlu memastikan pelancong berpuas hati dengan apa yang mereka ingin ketahui tanpa mensensasikannya," katanya.

Penduduk tempatan sebelum ini dikejutkan dengan laporan akhbar menyatakan sebuah syarikat British menawarkan percutian Hitler di Berchtesgaden bersama beberapa laman web lain yang mempunyai kaitan dengan Fuhrer.

"Ia telah menimbulkan gelombang besar," kata pengarah pelancongan tempatan, Michael Griesser ketika mengimbas kembali bagaimana pihak berkuasa Bavaria cuba untuk menghentikan rancangan Face of Evil Tour apabila menyedari mereka berurusan dengan pelancong biasa dan bukannya penyokong neo-Nazi.

Bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang terus melakukannya.

Ada segelintir yang secara sembunyi-sembunyi meletakkan kalungan bunga dan lilin di Berghof pada ulang tahun kelahiran Hitler atau melakukan perkara yang sama pada tarikh kematiannya.

Bagaimanapun, kakitangan pusat dokumentasi yang terletak berhampiran menyedari perkara itu dan dengan pantas melupuskannya, kata Drecoll.

Tambah Drecoll, masalah utama bukan berpunca daripada tindakan radikal puak sayap kanan, tetapi disebabkan perubahan zaman menyebabkan manusia mula melupakan kekejaman Nazi. "Kisah sejarah dan seni komersial menyebabkan ia semakin kabur."

"Saya tidak mahu melihat Obersalzberg sebagai sesuatu tarikan yang menakutkan," katanya.

Ingrid Scharfenberg, 80, yang mengendalikan Zum Tuerken sebuah rumah rehat, antara bangunan asal yang masih kekal berhampiran Berghof, berkata, dia sendiri merasai layanan seperti seorang pengikut Nazi.

"Ada yang berkata gunung ini milik Nazi dan semua orang yang menetap di sini juga berasal daripada golongan sama.

"Namun, kamu tidak boleh meletakkan kesalahan yang pernah dilakukan Hitler terhadap generasi-generasi seterusnya hanya kerana dia pernah menetap di sini satu ketika dahulu," kata wanita itu.

Selama bertahun-tahun tentera AS telah menutup kawasan itu kepada orang awam dan menjadikannya kawasan rekreasi tentera sebelum ia diserahkan kepada kerajaan Bavaria pada tahun 1995.


SELAIN pengunjung, Berghof turut dikunjungi penyokong neo-Nazi yang memuja perjuangan Hitler dan Nazi.


Sejak itu, semua runtuhan termasuk kira-kira 12 kilometer terowong dan kubu bawah tanah telah ditutup kepada orang ramai, dijadikan kawasan larangan secara rasmi dan dirahsiakan bagi tujuan pemuliharaan.

Namun, arahan itu akhirnya ditarik balik disebabkan faktor politik, kata Ketua Pemuliharaan Monumen Bersejarah Bavaria, Egon Johannes Greipl.

Sejak itu, pihak berkuasa mula mencari sisa yang masih tertinggal di dalam runtuhan.

Disebabkan itu, Greipl mahu arahan pemuliharaan bangunan itu dikekalkan.

"Lagipun, tiada sesiapa pun yang pernah terfikir untuk merobohkan runtuhan Olympia dan berpendapat ia wajar dikekalkan sebagai sebuah pusat dokumentasi.

"Ia merupakan bukti sejarah asal yang terdapat di Obersalzberg," katanya.

Mereka yang menentang idea berkenaan bimbang kehadiran penyokong neo-Nazi akan menjejaskan industri pelancongan setempat melalui hubungan rapat persatuan itu dengan sejarah Nazi, kata Greipl.

Bukti sejarah

Seorang pemimpin persatuan Yahudi di Munich, Charlotte Knobloch bersetuju sekiranya penyokong neo-Nazi tidak dibenarkan melawat kawasan itu kerana semua bukti-bukti sejarah yang ada di luar pusat dokumentasi telah musnah.

"Tapak itu perlu mempunyai fokus dan bukan hanya dilihat melalui satu aspek sahaja," luah Knobloch menyatakan tentangannya terhadap mana-mana arahan bagi tujuan pemuliharaan.

Pendapat itu turut dipersetujui oleh ketua pemerintah serantau yang juga pemimpin kedua dalam kementerian keadilan Bavarian, Walter Schoen.

Katanya, pemuliharaan terhadap runtuhan itu akan menyebabkan ia tidak lagi asli, tidak memberi makna dan memberikan hasil yang memuaskan tentang apa yang terdapat di sana.

"Mengangkat keistimewaan status budaya terhadap Berghof dan rumah-rumah ladang Nazi di sekitarnya hanya akan menggalakkan golongan nasionalis dan sosialis menjejakkan kaki ke atas gunung itu," katanya.

Idea itu tampak berhasil kerana ia adalah Berchtesgaden, seperti Jerman, yang kini mempunyai kesukaran mencari keseimbangan sewajarnya apabila berurusan dengan sejarah sedemikian.

Baru-baru ini terdapat sebuah hotel lima bintang dibina berhampiran kawasan runtuhan di Berghof milik pemimpin Nazi, Hermann Goering. Menariknya, beliau memastikan setiap bilik hotel mempunyai salinan tentang buku sejarah jenayah-jenayah Hitler.

Bagaimanapun, disebabkan amalan membaca buku sebelum tidur adakalanya mengganggu tetamu, buku-buku itu kini disimpan di perpustakaan di hotel. - AFP

Destinasi percutian eksotik

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MENYAKSIKAN matahari terbenam dan pancaran mega merah di pantai Tanah Lot, Bali, Indonesia merupakan detik yang harus dinikmati oleh semua pengunjung ke kepulauan yang dihuni oleh hampir 90 peratus penganut agama Hindu itu.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


UniKL-RCMP ziarah Rumah Seri Kenangan

Posted:

UniKL-RCMP ziarah Rumah Seri Kenangan

UniKL-RCMP ziarah Rumah Seri Kenangan


PARA pelajar UniKL-RCMP dan penghuni Rumah Kenangan bergambar pada program kemasyarakatan di Tanjung Rambutan, Ipoh baru-baru ini.


PRIHATIN. Kolej Perubatan Diraja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL-RCMP) menganjurkan program kemasyarakatan ke Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan, Ipoh baru-baru ini.

Penasihat program, Prof. Dr. Abdul Karim Russ Hassan berkata, aktiviti kemasyarakatan itu melibatkan 40 pelajar Sains Kesihatan Bersekutu dan 22 kakitangan.

Beliau berkata, selain beramah mesra, program berkenaan bertujuan untuk mendedahkan pelajar UniKL-RCMP mengenai pengalaman merawat warga emas dan bekas penyakit kemurungan.

Katanya, beberapa program seperti pemeriksaan kesihatan, urutan pemulihan anggota, sesi kaunseling, ceramah agama dan senamrobik dilaksanakan untuk manfaat 263 penghuni Rumah Seri Kenangan.

4,000 pelanggan hadiri majlis pembukaan restoran MFC

Posted:

4,000 pelanggan hadiri majlis pembukaan restoran MFC

4,000 pelanggan hadiri majlis pembukaan restoran MFC


SEBAHAGIAN daripada kakitangan menunjukkan sijil yang diterima pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YPKT di Kuala Terengganu baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 4,000 pelanggan memeriahkan majlis pembukaan restoran tambahan Maulana Food Court (MFC) di Taman Seri Serdang, Selangor baru-baru ini.

Menurut pemilik dan pengusaha rangkaian Restoran Maulana Bistro Corner, Mohamed Abdul Kader, ia adalah cawangan keempat restoran itu yang dibuka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, bagi memberi keselesaan kepada pelanggan, beliau membelanjakan hampir RM400,000 untuk menaik taraf restoran MFC yang telah beroperasi sejak 23 tahun lalu.

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Datuk Dr. Satim Diman.

Selain jamuan makan, majlis turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pengguna mengadu rugi RM250 juta

Posted:

Pengguna mengadu rugi RM250 juta

Pengguna mengadu rugi RM250 juta

WALAUPUN perkhidmatan jalur lebar kian meluas termasuk meliputi pondok menunggu bas seperti dalam gambar ini, aspek kualiti didakwa belum memuaskan sehingga menyebabkan ramai mengadu kepada NCCC. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 34,381 aduan daripada pengguna di seluruh negara berhubung kes-kes pembelian barangan dan perkhidmatan yang membabitkan kerugian berjumlah sehingga RM250 juta sepanjang tahun lalu.

Jumlah kes itu mencatat peningkatan 6.2 peratus berbanding 32,369 aduan pada tahun 2009 dengan nilai kerugian RM150 juta.

Pengerusi Lembaga Pengarah NCCC, Datuk N. Marimuthu berkata, trend peningkatan jumlah aduan itu bermakna bilangan pengguna semakin ramai dan mereka juga kian sensitif terhadap kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan.

"Ini menuntut pengusaha mengambil langkah yang serius untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kepada pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Pelancaran Laporan Tahunan 2010 NCCC, di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

125 tahanan Akta Kediaman Terhad dibebas hari ini - Hishammuddin

Posted:

125 tahanan Akta Kediaman Terhad dibebas hari ini - Hishammuddin

125 tahanan Akta Kediaman Terhad dibebas hari ini - Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kesemua 125 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 akan dibebaskan selewat-lewatnya hari ini sejurus perintah arahan diserahkan kepada ketua polis daerah yang berkenaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar).

"Perintah arahan pembebasan telah ditandatangani. Proses untuk penyerahannya sedang dilakukan selepas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya (pembebasan) hari ini (semalam)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata, proses pembebasan kesemua mereka itu juga akan mengambil kira soal keselamatan rakyat yang mana kerajaan akan sentiasa memantau pergerakan kesemua tahanan yang dibebaskan kelak.

Hishammuddin bagaimanapun enggan mengulas mengenai maklumat mengenai individu yang akan dibebaskan serta jenis jenayah yang dilakukan.

"Kita ambil langkah satu persatu kerana saya tidak mahu kes-kes individu menjadi isu polemik," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kembar Siam tidak jadi bedah

Posted:

Kembar Siam tidak jadi bedah

Kembar Siam tidak jadi bedah

Oleh LUQMAN RIDHWAN
MOHAMED NOR
berita@kosmo.com.my


ZULKIFLI ketika ditemui wartawan Kosmo!, Luqman Ridhwan Mohamed Nor di Hospital Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Doktor-doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak akan menjalankan pembedahan bagi memisahkan kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie Zulkifli kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi sekali gus membahayakan nyawa kembar tersebut.

Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, ini kerana kembar tersebut berkongsi satu jantung sekali gus sebarang pembedahan boleh meragut nyawa kedua-dua kembar berkenaan

"Keadaan jantung kembar tersebut adalah tidak normal. Mereka berkongsi satu jantung. Itulah faktor utama mengapa pembedahan tersebut tidak dapat diteruskan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini nasib kembar tersebut yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HKL sejak semalam untuk rawatan susulan dan kemungkinan menjalani pembedahan pemisahan sekiranya keadaan mengizinkan.

Kembar tersebut yang dilahirkan pada 22 September lalu dibawa ke HKL dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu awal pagi kelmarin untuk tujuan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Saya cuba terbaik’

Posted:

'Saya cuba terbaik'

'Saya cuba terbaik'

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

SITI ZUBAIDAH mahu pastikan pemilihannya dalam skuad olahraga negara berbaloi.


"SAYA akan cuba beri yang terbaik."

Demikian janji atlet pecut wanita negara, Siti Zubaidah Adabi ketika diminta mengulas mengenai keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang telah menyenaraikan namanya semula bagi beraksi pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia November depan.

Selain Zubaidah, KOM turut menyenaraikan semula seorang lagi atlet pecut wanita iaitu Siti Fatimah Mohammad.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak bermakna tempat buat dua atlet tersebut sudah terjamin untuk beraksi pada temasya dwitahunan itu.

Ini kerana, Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengesahkan perkara tersebut Isnin lalu menjelaskan bahawa Zubaidah dan Fatimah perlu melepasi had kelayakan sekurang-kurangnya bagi melayakkan mereka dihantar menyertai Sukan SEA 2011 atas tiket kategori B.

Peluang buat Zubaidah dan Fatimah untuk membuktikan yang mereka layak ke bumi Indonesia bakal hadir apabila berlangsungnya Kejohanan Olahraga Terbuka Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Oktober ini.

Menyedari masa untuk melakukan persiapan bagi menghadapi Terbuka Kuala Lumpur kini tinggal dua minggu sahaja lagi, Zubaidah enggan meletakkan sebarang harapan yang tinggi sebaliknya akan cuba untuk melakukan yang terbaik.

"Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa kerana sudah seminggu saya tidak menjalani latihan. Sebelum menyertai GP (Grand Prix) Kebangsaan minggu lalu pun saya tidak menjalani latihan sepenuhnya.

"Dengan berbaki dua minggu sahaja lagi sebelum Terbuka Kuala Lumpur, saya akan menjalani latihan sebaik yang mungkin. Jika saya berlari sekalipun nanti, mungkin prestasi hanya 75 peratus sahaja.

"Namun, saya tetap cuba memberikan yang terbaik. Saya akan gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin," kata Zubaidah ketika dihubungi Kosmo! menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kelmarin.

Sebelum ini, timbul kontroversi apabila KOM menggugurkan nama Zubaidah dan Fatimah serta seorang lagi rakan mereka, Yee Yi Ling daripada membarisi kuartet 4x100 meter wanita negara ke Sukan SEA 2011.

Keputusan itu sekali gus menimbulkan rasa kurang senang tiga atlet terbabit yang merasakan bahawa ia adalah tidak adil.

Namun, Shahidan menerusi kenyataan kepada Kosmo! Isnin lalu menjelaskan bahawa ahli majlis KOM telah bersetuju untuk menyenaraikan Zubaidah dan Fatimah ke Sukan SEA 2011.

Begitupun, ia bukan bermakna kedua-dua atlet tersebut kembali disenaraikan dalam kuartet 4x100 meter tetapi ia lebih diberi keutamaan dalam acara individu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Shahidan Kassim kerana memberi peluang kepada saya dan Fatimah. Kami akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin," tambah Zubaidah.

Tiga pingat emas sasaran MTBC

Posted:

Tiga pingat emas sasaran MTBC

Tiga pingat emas sasaran MTBC


SKUAD boling wanita negara dijangka akan diberi saingan sengit oleh Indonesia, Singapura dan Filipina pada Sukan SEA 2011.


KONGRES Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya tiga pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November ini.

Setiausaha Agung MTBC, Sidney Tung berkata, harapan untuk meraih pingat disandarkan kepada pemain boling lelaki negara yang kebanyakannya mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa selain mempamerkan persembahan konsisten.

"Untuk kategori wanita, skuad kita mungkin mendapat saingan sengit daripada negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan Filipina kerana skuad wanita mereka mempamerkan persembahan yang semakin meningkat," katanya.

Ditanya mengenai jumlah pemain negara dalam skuad boling, Sidney berkata, MTBC dijangka menghantar 12 daripada 16 pemain kebangsaan untuk menggalas cabaran di Indonesia kelak.

"Enam belas pemain itu kini sedang menjalani latihan pusat di Megalanes Endah Parade, Sri Petaling sejak dua minggu lepas sebagai persiapan menghadapi temasya dwi tahunan itu.

"Kita akan memutuskan senarai 12 pemain yang layak iaitu enam lelaki dan enam wanita selewat-lewatnya minggu depan bagi memastikan mereka mampu menyumbang pingat buat skuad negara," katanya.

Beliau berkata, bagi menyesuaikan diri dengan venue acara boling di Jakarta nanti, kesemua 12 pemain terpilih itu akan bertolak ke ibu negara Indonesia itu pada 7 November depan.

"Kita pergi awal untuk menyesuaikan diri selain mendapat tahu bahawa pihak penganjur menggunakan dua paten lorong iaitu long lanes dan short lanes," katanya.

Acara boling untuk Sukan SEA dijangka berlangsung dari 14 hingga 20 November di Pusat Boling Jaya Ancol, Jakarta.

'Pastikan bertindak tegas elak kekacauan'

Posted:

'Pastikan bertindak tegas elak kekacauan'

'Pastikan bertindak tegas elak kekacauan'


PERLAWANAN antara Terengganu dengan Negeri Sembilan baru-baru ini terhenti seketika akibat kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong.


MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar kecil) berharap pihak keselamatan dapat bertindak pantas dalam menghalang sebarang bentuk kekacauan yang bakal berlaku pada perlawanan antara Terengganu menentang Kelantan 10 Oktober ini.

Menurut beliau, perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu bakal dibanjiri penyokong kedua-dua pasukan sekali gus memungkinkan berlakunya kekacauan.

Justeru, katanya, kehadiran Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) diharap dapat menjamin keselamatan dan suasana aman di stadium sepanjang perlawanan berlangsung.

"Saya kurang berpuas hati dengan insiden peminat membaling botol ke arah pengadil dan pemain lawan pada pertemuan Terengganu dengan Negeri Sembilan minggu lalu.

"Sepatutnya, pihak keselamatan perlu bertegas dan pantas menangani kekacauan itu sebelum sebarang kejadian lebih buruk berlaku," katanya selepas mesyuarat exco semalam.

Ahmad juga berharap pihak keselamatan dapat ditempatkan di setiap sudut di stadium bagi menghalang peminat daripada bertindak ganas.

Bagaimanapun, beliau turut menegur sikap segelintir penyokong Terengganu yang agak keterlaluan seperti membaling objek ke padang.

"Mereka (penonton) perlu ingat yang perbuatan mereka ini direkodkan oleh kamera video dan sebarang tindakan boleh dibuat berdasarkan bukti ini.

"Jadi, saya nasihatkan kepada semua penyokong agar lebih profesional terutamanya pada perlawanan 10 Oktober ini," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mon Amour wangian halal pertama

Posted:

Mon Amour wangian halal pertama

Mon Amour wangian halal pertama

MON AMOUR dikategorikan sebagai eau de parfum (EDP) kerana mengandungi 15 hingga 20 peratus kandungan pati minyak wangi.


HARUMAN yang memukau pasti memberi aura kepada semangat, penampilan dan keyakinan diri si pemakai. Minyak wangi The One - Mon Amour keluaran syarikat haruman Perancis, Atelier Des Parfums Asia Pacific Sdn. Bhd. (Atelier Des Parfums) adalah antara wangian yang tidak mengecewakan anda.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Atelier Des Parfums, Hermann J. Portner berkata, minyak wangi Mon Amour dibangun dan dihasilkan oleh pakar minyak wangi ternama dari Perancis iaitu Olivier Funel.

"Kenapa tercari-cari minyak wangi lain apabila anda boleh memiliki Mon Amour sebagai minyak wangi? Mon Amour merupakan minyak wangi yang unggul diimport dari Perancis dan mendapat pengesahan halal," katanya.

Mon Amour yang mula berada dipasaran pada bulan Jun 2011 lalu merupakan minyak wangi pertama dan satu-satunya yang telah mendapat pengesahan tanda halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kami telah membawa pegawai Jakim ke Perancis bagi melihat sendiri proses Mon Amour dihasilkan agar menepati standard halal yang ditetapkan Jakim dan dituntut Islam.

"Kami serius untuk menghasilkan minyak wangi halal dan segala prosedur yang ditetapkan Jakim diikuti dan akhirnya syarikat kami berjaya mendapatkan sijil perakuan halal Jakim," katanya yang turut mempunyai sebuah kilang di Shah Alam, Selangor.

"Atelier Des Parfums dijangka berada pada kedudukan yang kukuh di Asia Tenggara pada tahun 2013. Kami akan memasuki Indonesia, Thailand dan India mulai tahun hadapan," ujar beliau.

Portner berkata demikian selepas majlis pelancaran minyak wangi halal pertamanya di pasaran tempatan, The One-Mon Amour di pejabat CNI, baru-baru ini.

Atelier Des Parfums bekerjasama dengan CNI Enterprise (M) Sdn. Bhd. (CNI) untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pasaran minyak wangi halal di rantau ini.

Portner berkata, Atelier Des Parfums dijangka melancarkan beberapa produk baharu lagi sebelum akhir tahun ini dan tahun hadapan.

"Kami menyasarkan 55 produk dipasarkan di Malaysia dan setakat ini 25 produk telah mendapat kelulusan Jakim," jelasnya.

Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Pengedar CNI, Idril Idris berkata, Mon Amour dikategorikan sebagai eau de parfum (EDP) kerana mengandungi 15 hingga 20 peratus kandungan pati minyak wangi dan semburannya akan kekal bertahan antara enam hingga lapan jam.

"Selain itu, minyak wangi ini juga 100 peratus dihasilkan oleh Olivier Funel yang merupakan seorang pencipta minyak wangi terkenal berjenama seperti Bonia, Estee Lauder, Van Cleef & Arpels, Tommy Hilfiger, Cartier dan, Hermes," katanya.

Keempat-empat pilihan wangian Mon Amour mempunyai nota haruman berbeza dan tersendiri antaranya MA 01 dengan sentuhan bau sitrus, MA 02 dengan aroma bunga dan rempah-ratus, MA 03 dengan nota bauan herba dan MA 04 menyatukan haruman buah-buahan. – BASIR ABU BAKAR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Loji kimia AS terbakar

Posted:

Loji kimia AS terbakar

Loji kimia AS terbakar

AP
API dan asap hitam menjulang tinggi di Loji Kimia Magnablend Inc. yang terbakar di Waxahachie, Texas, kelmarin.


DALLAS - Satu kejadian kebakaran besar di sebuah loji kimia di selatan Dallas menyebabkan asap tebal kelihatan sehingga memaksa ratusan penduduk di bandar Waxahachie dipindahkan kelmarin, kata beberapa pegawai bomba.

Kebakaran di Loji Kimia Magnablend Inc. itu berlaku kira-kira pada pukul 11 pagi dan merebak dengan cepat.

Ketua Bomba Waxahachie, David Hudgins memberitahu wartawan kelmarin, 80 peratus daripada kebakaran itu berjaya dikawal.

Asap daripada kebakaran itu boleh dilihat dari jarak jauh tetapi tiada seorang pun yang mengalami kecederaan.

Sebahagian daripada mereka yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang kelmarin, jelas seorang jurucakap bandar Waxahachie, Amy Hollywood.

Loji tersebut menghasilkan pelbagai bahan kimia yang digunakan dalam pertanian, pengeluaran minyak, pembersihan perdagangan dan perindustrian serta rawatan air. - Reuters

Mr. Bean tidak berasa seronok

Posted:

Mr. Bean tidak berasa seronok

Mr. Bean tidak berasa seronok


AFP
ROWAN ATKINSON (tengah) bergambar bersama beberapa wanita semasa dia menghadiri tayangan perdana filem Johnny English Reborn di London pada Ahad lalu.


LONDON - Aktor yang dikenali ramai melalui siri komedi Mr. Bean, Rowan Atkinson kembali menggeletek di layar perak sebagai ejen perisik dungu, Johnny English.

Walaupun mendokong watak kelakar dalam filem terbaharunya, Johnny English Reborn, Atkinson mengaku penggambaran filem tersebut bukan sesuatu yang melucukan, apatah lagi menyeronokkan.

"Secara jujur, saya tidak pernah berasa seronok semasa melakukan penggambaran filem," katanya.

Ditemui pemberita semasa acara karpet merah di sini pada hujung minggu lalu untuk mempromosikan Johnny English Reborn di Britain, pelakon berusia 56 tahun itu menambah: "Tidak banyak gelak ketawa didengari di set penggambaran kerana saya menjadi terlalu serius ketika bekerja,"

Johnny English Reborn merupakan sekuel filem Johnny English yang menemui penonton pada 2003.

Selain Atkinson, filem arahan Oliver Parker itu turut menampilkan aktres Gillian Anderson dan Pamela Head.

Filem Johnny English pada 2003 yang menelan modal AS$40 juta (RM127.84 juta), meraih pulangan AS$160 juta (RM511.36 juta) menerusi tayangan di seluruh dunia. - Reuters

Polis Israel dalam keadaan berjaga-jaga ekoran isu masjid

Posted:

Polis Israel dalam keadaan berjaga-jaga ekoran isu masjid

Polis Israel dalam keadaan berjaga-jaga ekoran isu masjid

BAITULMUQADDIS - Polis Israel kini berada dalam keadaan berjaga-jaga di utara negara ini selepas sebuah masjid dibakar di kampung Badwi.

"Sejumlah besar anggota polis kekal ditempatkan di kampung Tuba Zangaria," kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.

"Pada malam kelmarin, terdapat satu siri tunjuk perasaan semasa batu-batu dilemparkan ke arah pasukan keselamatan," katanya,

Menurutnya, sebuah pusat kebudayaan dan klinik telah dibakar.

Tunjuk perasaan itu berlaku beberapa jam selepas sebuah masjid dibakar di kampung itu yang dipercayai dilakukan oleh ekstremis berhaluan kanan Yahudi. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ditahan miliki 10,642 Eramin 5

Posted:

Ditahan miliki 10,642 Eramin 5

Ditahan miliki 10,642 Eramin 5

05/10/2011 6:06pm

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dan merampas 10,642 biji dadah pil jenis Eramin 5 bernilai RM266,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Muda, Ampang dekat sini Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, dadah berkenaan ditemui secara berasingan di mana 1,000 biji pil berkenaan disimpan di dalam sebuah kotak yang dibungkus kemas dengan kertas pembalut hadiah.

Beliau berkata, serbuan pada kira-kira 1 pagi itu turut menemui 9,642 biji pil Eramin 5 lagi yang disembunyikan di dalam kenderaan dan bahagian lain di rumah suspek.

"Kita percaya pil itu mahu diedarkan untuk pasaran di kelab-kelab malam di sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang berita di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini. - Bernama

Lapor polis terima duit palsu

Posted:

Lapor polis terima duit palsu

Lapor polis terima duit palsu

05/10/2011 5:40pm

YAN - Seorang peniaga hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini setelah mengsyaki menerima duit palsu daripada seorang remaja lelaki yang membeli burger di gerainya semalam.

Azhar Ahmad, 36, dari Kampung Titi Raga berkata, remaja itu membayar dengan wang RM50 bagi enam burger yang dibelinya.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira 10 malam dan waktu itu terdapat ramai pelanggan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan burger masing-masing menyebabkan beliau tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap status duit itu.

"Budak lelaki tersebut datang dengan sebuah kereta. Dia yang pandu bersama seorang kawan, dan dia telah memesan sebanyak enam biji burger berharga RM11.

"Setelah siap dia bagi duit tersebut, pada masa dia bagi duit, saya dapat rasa lain macam sahaja apabila pegang duit itu, tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa sebab masa itu pelanggan ramai, sibuk siapkan pesanan semua," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azhar berkata, beliau menyedari bahawa duit itu disyaki duit palsu selepas 20 minit kemudian, setelah selesai memenuhi pesanan semua pelanggan yang datang pada malam tersebut. - Bernama

Ketepi hakim: Rayuan Anwar ditolak

Posted:

Ketepi hakim: Rayuan Anwar ditolak

Ketepi hakim: Rayuan Anwar ditolak

05/10/2011 5:34pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan penolakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd. Zabidin Mohd Diah supaya tidak menjadi hakim perbicaraan kes liwat ke atas ketua pembangkang itu sekarang.

Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetuai panel tiga hakim berkata, mahkamah tertinggi itu mempersetujui keputusan mahkamah rayuan bahawa rayuan Anwar itu tidak boleh dirayu kerana ia perkara dibuat di awal sesuatu perbicaraan yang tidak melupuskan hak perayu.

Zulkefli berkata, keputusan dibuat Zabidin itu tidak tertakluk kepada istilah "keputusan" mengikut definisi dalam Seksyen 3 Akta Mahkamah dan Kehakiman 1964, dengan demikian ia tidak boleh dirayu.

Panel yang dianggotai juga Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng dan Tan Sri Abdull Hamid Embong menolak permohonan Anwar untuk merujuk satu penghakiman Mahkamah Persekutuan mengenai tafsiran perkataan "keputusan" mengikut definisi Seksyen 3.

Mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujah peguam bagi pihak Anwar, Peguam Karpal Singh bahawa hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak tidak memiliki bidang kuasa untuk memasukkan merit rayuan dalam penghakiman bertulis beliau mengenai perkara tersebut. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ekin dikuarantin tiga bulan

Posted:

Ekin dikuarantin tiga bulan

Ekin dikuarantin tiga bulan

PASANGAN bahagia Mawi dan Ekin berharap agar kandungan Ekin selamat sehingga ia dilahirkan kelak.


TIADA momen paling menggembirakan buat juara program realiti Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani dan isteri yang dinikahinya pada 20 Disember 2008, Nor'ashikin Rahmat atau Ekin apabila mereka kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung.

Senyuman bahagia sentiasa meleret di bibir kedua-dua mereka ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Astro di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ramai yang menyapa wajah Ekin makin berseri dan badannya sedikit berisi.

Tidak kurang juga ada rakan-rakan artis yang tidak lokek memberikan petua buat Ekin supaya dia melalui kehamilan kali ini dengan selamat dan tenang.

Baik Mawi mahupun Ekin, kedua-dua mereka enggan terlalu kecoh mengenai kehamilan kali ketiga ini selepas melalui pengalaman keguguran kandungan sebanyak dua kali sebelum ini.

Justeru, bagi memastikan kesihatan Ekin dan kandungannya, Ekin telah dihantar untuk menetap bersama ibunya di Johor selama tiga bulan untuk dikuarantin sehingga kandungannya benar-benar kuat.

"Saya sudah ada dua pengalaman keguguran, jadi bila dapat tahu mengandung kali ketiga, bukan saya sahaja tetapi seluruh keluarga mengambil langkah berjaga-jaga. Saya tinggal bersama ibu di kampung selama tiga bulan kerana waktu itu kandungan masih belum kuat.

"Ibu saya juga tidak mahu ambil risiko, jika kandungan sebelum ini, saya jaga diri saya sendiri, ibu hanya datang pada hujung minggu sahaja.

"Namun kali ini, dia benar-benar jaga saya dan pastikan saya benar-benar sihat, sebelum raya baru saya kembali ke rumah di Bangi, Selangor dan ibu saya turut ikut tinggal bersama saya buat sementara waktu. Dia akan menjaga saya sehingga saya selamat bersalin," kata Ekin yang memberitahu Mawi berualang-alik setiap minggu antara Kuala Lumpur dan Johor sepanjang tempoh kurantin oleh ibunya itu.

Dua kali keguguran sebelum kandungan belum pun mencecah dua bulan, secara tidak langsung membuatkan Mawi dan Ekin fobia kerana bimbang perkara yang sama akan berulang. Kini, kandungannya sudah mencecah usia empat bulan dua minggu.

"Syukur, setakat hari ini semuanya sihat, harap-harap semuanya berjalan lancar sehingga saya bersalin kelak. Walaupun usia kandungan saya sudah boleh dikatakan memasuki fasa yang kuat, saya masih diberi layanan istimewa.

"Saya tidak melakukan sebarang kerja. Kerja saya hanya makan dan tidur, selebihnya Mawi dan pembantu rumah yang uruskan. Dia memang tidak bagi saya buat kerja atau banyak berjalan, kadang-kala saya terlupa yang saya mengandung, dia yang ingatkan saya supaya jangan terlalu aktif," tutur Ekin yang mengakui seronok apabila mendapat layanan istimewa.

Cerita Ekin lagi sambil Mawi setia duduk di sebelahnya, meskipun dia tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam sebarang makanan istimewa, Mawi masih melayankan segala permintaannya tanpa banyak soal.

"Saya tidak ada mengidam, alahan pun tidak ada, perkara yang berubah adalah saya makan dua kali ganda, jadi berat badan pun bertambah.

"Orang kata kalau isteri tidak mengalami alahan, suami yang akan jadi galang gantinya, tetapi setakat ini Mawi juga makan dan kesihatannya juga seperti biasa.

"Sebenarnya, pada tiga bulan pertama kandungan, saya mengambil suntikan kuatkan rahim dan mengambil vitamin tambahan sebagai penjagaan bayi dalam kandungan, semuanya atas nasihat doktor," kata Ekin.

Apabila ditanya soal jantina, kedua-dua mereka memberitahu, mereka tidak kisah sama ada anak mereka lelaki atau perempuan, asalkan bayi itu sihat dan dan sempurna sudah memadai buat mereka berdua.

"Saya tidak kisah perempuan atau lelaki, janji sihat sudah okeylah. Tetapi nanti apabila kandungan sudah cukup untuk melakukan scan, saya akan melakukannya kerana saya tidak sukakan kejutan. Jadi, lebih baik saya tahu jantina awal supaya boleh melakukan persiapan," kata Ekin lagi.

Sungguhpun begitu teruja untuk menanti ahli keluarga baharu, tegas Mawi, setakat hari ini mereka belum melakukan sebarang persiapan untuk menyambut bayi. Bukan tidak mahu, tetapi mengikut petua orang tua-tua, tidak elok melakukan persiapan terlalu awal untuk bayi sulung.

"Saya ikut petua orang tua-tua yang mengatakan tidak elok kalau kita terlebih seronok dan tidak sabar buat persiapaan. Jadi, tunggulah kandungan mencecah usia tujuh atau lapan bulan, baru kami mula beli barang, sekarang memang tidak beli apa-apa lagi," luah Mawi.

Memilih untuk melahirkan anak di Johor, kata Ekin dan Mawi adalah lebih mudah di kampung halamannya kerana selepas itu dia akan bersedia untuk berpantang di bawah jagaan ibu Ekin sendiri.

"Belum tahu lagi mahu bersalin di mana, sebab kita bukan tahu tarikh sebenar kelahiran. Tetapi sekarang ini mengikut perbincangan, saya mungkin akan bersalin di Johor. Bukan apa, senang sebab boleh terus balik kampung untuk berpantang.

"Kalau di sini, perjalanan untuk balik kampung agak lama, kalau di kampung, jarak hospital dengan rumah tidak begitu jauh, jadi memudahkan semua perkara," balasnya yang mengakui telah naik berat badan sebanyak enam kilogram.

Album baharu Mawi

Meskipun sedang sibuk menjaga isterinya yang sedang hamil, Mawi yang sudah lama menyepi bakal muncul dengan lagu baharu kini sedang dalam proses mengumpul bahan-bahan untuk album terkininya.

Sambungnya, album baharunya itu nanti akan bergenre pop rock. Malah, dia telahpun meminta tiga buah lagu daripada komposer dan penyanyi M. Nasir serta sebuah lagu daripada seorang komposer baharu.

"Buat masa ini saya belum masuk studio lagi kerana sedang memilih lagu yang benar-benar sesuai untuk dijadikan single.

"Saya memilih untuk tampil dengan genre lagu pop rock tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan elemen nusantara yang sudah sebati dengan lagu-lagu saya.

"Jika tidak ada aral melintang mungkin bulan Disember depan, lagu single terbaharu itu akan berkumandang di radio," ujar Mawi.

Kurang publisiti, tidak bermakna Mawi semakin kurang popular. Katanya, jadual kerjanya masih penuh dan dia masih sibuk memenuhi undangan nyanyian.

Cuma kini, dia memperlahankan sedikit aktiviti seninya bagi memberi tumpuan sepenuhnya buat isteri tercinta yang sedang berbadan dua.

"Saya masih lagi menerima undangan nyanyian, saya juga sibuk dengan syarikat produksi saya sendiri. Buat masa terdekat ini, tidak ada sebarang projek yang akan berjalan, mungkin tahun depan syarikat produksi saya akan kembali sibuk," tuturnya.

Penaklukan 2 Raksasa

Posted:

Penaklukan 2 Raksasa

Penaklukan 2 Raksasa

Oleh MALIAH SURIP


RAMLI SARIP berjaya merealisasikan kegemilangan Konsert 2 Raksasa.


MALAM Sabtu lalu, di dada langit metropolitan Kuala Lumpur hampir tiada bintang. Namun jauh di tengah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, di atas pentas, cahaya gemerlapan sudah cukup membuat seluruh isi stadium terang-benderang.

Ia juga bukan cahaya biasa-biasa, tetapi ia merupakan pancaran 'sinaran' dari 'dua butir bintang' terkenal tanah air, Sweet Charity dan Blues Gang.

Mereka sedang berkongsi pentas mengisi dahaga dan membangkit nostalgia 27 tahun lampau - melagukan untaian lagu malar segar mereka dalam konsert yang dinamakan Konsert 2 Raksasa.

Benar, saya tidak lahir dalam era kegemilangan dua buah band yang mengusung nuansa rock n roll dan blues ini. Lebih parah waktu album perdana Blues Gang yang dilahirkan pada tahun 1979, Any Time Any Day dan kelahiran album sulung Sweet Charity dengan menggunakan nama grup yang ditubuhkan pada tahun 1977 iaitu pada tahun 1979, saya belum wujud di dunia ini.

Lantas untuk mengaku diri sebagai penggemar tegar mereka adalah satu pembohongan besar, kecuali sama seperti kebanyakan orang seusia saya, lagu seperti Mak Siti, Khatulistiwa, Oh Mama Saya Mahu Kahwin atau Apo Nak Dikato milik Blues Gang dan Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah serta Batu dan Zakia juga Datang dan Pergi dari Sweet Charity adalah antara lagu hit mereka yang diketahui.

Justeru, apabila berpeluang menjadi salah seorang saksi generasi kini yang menonton konsert dua band yang memang begitu akrab dalam perjuangan seni mereka itu adalah satu momen yang mengujakan.


ITO masih berbisa degan gaya uniknya setiap kali menyanyi.


Sementelah, stadium pada malam itu dibanjiri lebih 8,000 penonton, yang hampir 90 peratus daripadanya adalah golongan pak cik-mak cik yang satu ketika dahulu menjadikan untaian karya dua band ini sebagai pengisi hiburan hati.

Tepat pukul 9 malam, Blues Gang yang cukup terkenal dengan nuansa tersendiri mereka, blues, menebarkan 'haruman' itu dengan persembahan yang tampak cukup menyeronokkan.

Setiap anggota band itu yang diketuai vokalisnya yang juga bermain harmonika Ito Mohd., Julian Mokhtar (gitar), Ghani Datuk Abu Talib (gitar kedua/keyboard), Jim Madasamy (bass/vokal) dan Shaik Karim (drum/vokal) begitu bersemangat dalam kembali mengimarahkan muzik mereka di atas pentas berskala konsert selepas sekian lama bubar dan bermain di kelab-kelab malam.

Selama lebih sejam, mereka menghiburkan peminat dengan hit-hit seperti Malaya Blues, Jumpo Kawan Lamo, Sakit, Sakit, Sakit, Ku Tetap Menanti, Damai dan Cinta oh Cinta yang mengembalikan nostalgia tersendiri kepada setiap yang hadir.

Malah untuk lagu-lagu seperti Oh Mama Saya Mahu Kahwin, Mak Siti dan tentulah Apo Nak Di kato, band yang mempunyai lapan buah album studio ini telah mengundang seisi stadium untuk berdendang dengan mereka.

Sementara pada lagu Khatulistiwa pula, Ito sempat menukar liriknya kepada 'oh orang kita, 1Malaysia' yang mendapat tepukan gemuruh daripada khalayak.

Usai Blues Gang meninggalkan pentas, Sweet Charity dengan figura yang cukup ikonik, Ramli Sarip tidak menunggu lama untuk membawa seisi stadium larut dengan hipnosis mereka.

Di atas pentas, tanpa perlu pengenalan, cukup dengan dentuman muzik yang padu berserta pencahayaan yang menarik, Ramli bersama 'pasukannya', 'berpesta' dengan peminatnya seluruh stadium dengan 22 buah lagu tanpa henti!

Dibuka dengan Sejuta Wajah, vokal serak basah Ramli sudah cukup membuat seluruh stadium bergema dengan sorakan dan iringan nyanyian.

Ia kemudian diikuti dengan lagu Kawan Ketawa Kawan Menangis serta lagu-lagu hit seperti Rock & Roll, Ribut, Tahun 2000, Penunggu, Terharu, Jangan Tunggu Lama-lama, Musibah, Batu dan Datang dan Pergi.


SAMBUTAN hangat daripada lebih 8,000 penonton menjadikan suasana persembahan konsert bertambah mengujakan.


Adalah satu kesalahan besar seandainya Sweet Charity tidak mendendangkan rangkaian hit mereka yang cukup luar biasa indah, Kamelia dan Teratai.

Bagaimanapun sebelum menghadiahkan dua hit tersebut secara langsung dengan permainan yang begitu impresif, Sweet Charity terlebih dahulu mendera peminatnya dengan meletakkan dua lagu berhantu tersebut di penghujung persembahan.

Hasilnya, ia telah menjadi encore atau penutup konsert yang begitu mengesankan.

Biar usia setiap anggota band tidak lagi muda, Blues Gang dan Sweet Charity tampil bersahaja dan menampakkan kematangan mereka menyembunyikan kelemahan masing-masing kerana faktor usia.

Lebih menarik apabila persembahan pada malam itu tidak pincang dan mereka berada dalam piawaian cemerlang untuk band otai yang sudah jarang benar untuk dilihat dalam sebuah konsert berskala besar.

Sesuatu yang terkesan juga adalah tentang lirik-lirik di dalam karya mereka. Ia bukan untaian kosong atau bercerita tentang soal picisan hati, tetapi menyentuh tentang sosial dan budaya yang setakat ini tidak banyak diambil berat oleh band-band generasi baharu yang lebih mementingkan soal kemajuan muzik sahaja.

Ternyata penangguhan konsert yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai lalu dan dibawa ke tarih 1 Oktober yang baru meninggalkan kita kurang seminggu adalah penangguhan yang berbaloi.

Konsert 2 Raksasa yang dianjurkan oleh Netzah Productions Sdn. Bhd. itu sukses dan tiada tolak bandingnya.

Ia juga membuktikan kenyataan Ramli sebelum ini yang berbunyi: "Konsert ini tidak mungkin bosan kerana pengalaman 40 tahun kami dalam bermuzik."

Ternyata, orang lama memang ada gaya dan aura yang tidak akan mati begitu sahaja.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved