Selasa, 20 September 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kekalkan tradisi sagat pisang

Posted:

Kekalkan tradisi sagat pisang

Kekalkan tradisi sagat pisang

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

KIRA-KIRA 25 tahun lalu, Kamisah Abdul Hamid berfikir panjang. Dengan modal RM50, dia bertanya pada diri sendiri, adakah dia berupaya menggerakkan bisnes kerepek?

Wanita itu mengakui, dia tidak pernah merentas satu fasa yang formal untuk mempelajari selok-belok berniaga.

Namun, bekas pesawah padi tersebut sedia maklum, membiayai sebuah perniagaan memerlukan instrumen kewangan yang kukuh selain strategi pemasaran perlu bijak dan teratur.

Menyedari dia perlu dibimbing dan tidak harus mengunci dirinya, Kamisah nekad untuk mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Daerah Jasin, Melaka.

Bengkel itu antara lain mengajak orang-orang kampung di daerah tersebut untuk melibatkan diri dengan industri kecil dan sederhana (IKS).

Masih jelas di benak wanita yang kini berusia 67 tahun itu, sekitar tahun 1986-1987 buah pisang dan ubi kurang laris di pasaran.

"Jabatan Pertanian hadir dan memberi penerangan cara-cara untuk kami mempelbagaikan pisang dan ubi agar tidak dibiarkan begitu saja," imbasnya saat ditanya tentang pembabitan awalnya dalam bisnes makanan ringan pelbagai jenis di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Selain Jabatan Pertanian, Kamisah memberitahu, perniagaannya turut disokong oleh Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Baru beberapa tahun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, Kamisah sudah terasa bahang kepayahan meskipun produk keluarannya hanya berupa kerepek pisang.

Daripada melaksanakan bisnes secara kelompok, wanita itu terpaksa mengundurkan diri lantaran tidak selesa bekerja secara berkumpulan.

Namun, pada tahun 1992, Kamisah bangkit semula dan menubuhkan sebuah syarikat memproses makanan ringan yang dinamakan AH Kamisah Enterprise yang membawa jenama Anak Desa.

Kali ini, dia tidak berseorangan sebaliknya bergandingan dengan kakaknya, Rukini yang bertindak sebagai pengurus. Dia turut dibantu oleh anaknya, Hasnida Abdul Hadi, 35.

Tapak perniagaan mereka pula didirikan bersebelahan dengan kediamannya di Kampung Tedong Pantai, Merlimau, Melaka yang diubahsuai dan diperbesarkan ruangnya sedikit.

Disitulah kerja-kerja menyagat, memotong, membakar dan menggoreng segala macam kuih dilakukan.

Bercerita tentang fasa baharu perniagaan, Kamisah memberitahu, dia mengeluarkan sejumlah duit poketnya.

Pada masa sama, wanita berhati wajah itu turut menggunakan modal yang diperuntukkan oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).


SEDIKIT pewarna dicampurkan untuk menaikkan seri warna kerepek pisang tanduk.


Pisang tanduk

Kamisah memberitahu, bisnes kerepek pisang masih diteruskan. Namun, pilihan mereka kali ini lebih terarah menggunakan pisang tanduk.

"Pisang kapas, nangka dan nipah dah susah nak dapat, petani-petani di sini lebih banyak mengusahakan tanaman pisang tanduk yang mempunyai daya tahan terhadap serangan penyakit pokok," katanya yang tidak pernah putus bekalan daripada tiga hingga empat pembekal yang rata-ratanya datang dari Kampung Rim, Jasin.

Setiap hari, syarikatnya akan menerima kira-kira lima tandan pisang seberat kira-kira 40 kilogram (kg). Harga sekilo pisang tanduk mencecah RM2. Momentum perniagaan adik-beradik itu semakin kencang ekoran jenama Anak Desa semakin dikenali ditambah permintaan yang semakin berlipat kali ganda.

Bilangan pekerja juga bertambah. Jika dulu hanya tiga orang, kini meningkat menjadi lapan orang.

Bagaimanapun, hanya satu perkara yang kekal. Mereka masih mengekalkan cara lama menyediakan kerepek pisang tanduk.

Sambil menyagat pisang tanduk yang saiznya sebesar lengan, Rukini bercerita tentang proses penyediaan kerepek pisangnya.

Teknik menyagat

"Kita tak guna mesin sebaliknya masih menggunakan teknik menyagat. Sesudah itu, bagi naikkan seri warna pisang, kita bancuh sedikit pewarna.

"Dalam banyak-banyak prosedur, proses yang terpenting ialah sukatan air garam. Air garam yang digaul bersama hirisan pisang perlu sekata, kalau tak, kerepek akan masin. Ketika menggoreng pula, kita kena jaga api dan kena tahu tahap kegaringan dan baru boleh diangkat," jelasnya.

Untuk hal-hal sebegini, Rukini memberitahu, kesemua lapan pekerjanya yang terdiri daripada suri rumah diberi latihan untuk melakukan setiap proses itu dengan teliti.

Daripada hanya mengusahakan kerepek, Kamisah dan Rukini mempelbagaikan keluaran kuih-muih tradisional lain. Antaranya ialah kuih denderam, pisang manis, rempeyek, bahulu, sepit, kerepek ubi masin dan pedas.


KAMISAH mengekalkan tradisi menyagat pisang berbanding menggunakan mesin untuk kerepek pisangnya.


Seperti kerepek pisang tanduk, kesemua kuih Melayu tradisional itu dibuat dengan adunan resipi turun-temurun keluarganya.

"Kita pakai resipi orang-orang dulu, kita olah dan perbaharui sikit," kata Kamisah.

Sementara itu, Sapura Mat Saad, 46, yang merupakan salah seorang pekerja syarikat ini memberitahu, dalam sehari dia akan mengadun kira-kira 20 kilogram (kg) kuih sepit.

"Untuk kuih bahulu dan denderam pula, biasanya kami membakar lebih 2,000 biji," katanya yang nampak bersahaja meskipun jarak api dengannya terlalu hampir.

Penangan air tangan Kamisah dan Rukini sememangnya berbisa. Namun, wanita-wanita itu masih merendah diri dan seperti menolak kenyataan itu.

Cerita Kamisah, dia pernah mengadun dan membakar kuih bahulu pada malam Hari Raya Aidilfitri demi untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

"Saya terpaksa berbuat demikian kerana pelanggan berkeras mahukan kuih itu, tak nak menghampakannya, saya adun dan bakar untuk dia," katanya yang terharu melihat kesanggupan pelanggannya yang menunggu berjam-jam lamanya di muka pintu.

Beratur depan rumah

Selepas itu, tahun demi tahun, senario orang ramai beratur di halaman rumahnya tatkala menjelang raya untuk membeli kerepek dan kuih-muih yang lain, sudah menjadi satu perkara biasa.

Lena Kamisah dan Rukini sejak kira-kira dua dekad lalu juga sering terganggu pada malam lebaran.

"Masih ada dalam kalangan pelanggan mengetuk pintu rumah tengah malam nak beli kerepek, kalau ada stok kita bagi, kalau tak, anggap tak da rezeki," ujar Kamisah.

Mengenang kembali kesulitan yang dialami sewaktu mula-mula berniaga dan melihat perkembangan bisnes yang semakin maju pada hari ini usahawan wanita itu sangat bersyukur.

Mereka baru mengerti bahawa keperihan masa lampau sebenarnya adalah resipi kepada kejayaan hari ini.


SAPURA mengadun dan membakar sebanyak 20 kilogram kuih sepit setiap hari.


Masih segar di ingatan adik-beradik itu. Mereka pernah ditempelak gara-gara ada yang tidak yakin dengan kemampuan seorang wanita.

"Biasalah perkara-perkara macam itu. Kita percaya pada rezeki Tuhan. Kita berniaga bukan untuk dapat untung sangat, kita cuma nak bantu orang kampung menambah pendapatan dan dapat bayar zakat seperti yang diwajibkan," kata Kamisah yang juga merupakan Tokoh Maulidur Rasul peringkat Dun Serkam, Melaka tahun 2011.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Jutaan muzik di hujung jari

Posted:

Jutaan muzik di hujung jari

Jutaan muzik di hujung jari

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

IRAMA dan lagu bagaikan sudah sinonim menjadi teman setia apabila kita mengembara di dalam ataupun luar negara. Tatkala berada dalam mood bosan apabila melaksanakan tugasan, beriadah ataupun bersantai, muzik dapat membantu menghilangkan perasaan tersebut sekali gus menceriakan semula keadaan.

Bagaimanapun, keterbatasan pengstoran dalam peranti pemain muzik ataupun komputer peribadi, sedikit sebanyak akan membuatkan pilihan lagu tidak dapat dilakukan mengikut mood.

Ia bakal berubah apabila MNC Wireless Berhad membangunkan alternatif terbaharu dalam mendengar muzik melalui perkhidmatan muzik awan yang dikenali sebagai WOWLOUD.

Perkhidmatan WOWLOUD menawarkan pelbagai genre muzik melalui dalam talian, ia dapat memenuhi keperluan pengguna terutamanya penggemar muzik.

Selain itu, evolusi muzik terbaharu tersebut turut dapat membantu menjimatkan ruang penstoran malah, mampu menyelamatkan peranti elektronik terdedah kepada virus apabila memuat turun lagu kegemaran.

Pengurus Korporat MNC Wireless Berhad., Gan Eng Eng berkata, penggunaan perkhidmatan muzik awan WOWLOUD dapat memberi banyak kelebihan kepada pengguna terutamanya kepada penggemar muzik tanah air.

"Melalui perkhidmatan muzik awan WOWLOUD, penggemar muzik akan dimanjakan dengan lebih satu juta pelbagai pilihan lagu yang digemari di hujung jari mereka.

"Ia dapat dilakukan kerana kita telah menjalin kolabarasi bersama syarikat-syarikat rakaman terkemuka untuk menampilkan artis mereka dalam WOWLOUD," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Eng Eng, menambah, konsep awan yang digunakan dalam WOWLOUD dilihat bakal menjadi trend terbaharu penggemar muzik hari ini.

Katanya, dengan mengaplikasikan penstriman, ia dijangka dapat memberi kepuasan kepada penggemar muzik malah, mereka tidak perlu lagi memuat turun lagu untuk menikmati muzik kegemaran.

"Selain daripada itu, penstoran juga amat minimum berbanding memuat turun lagu sekali gus dapat menjimatkan ruang pada terutamanya mereka yang menggunakan komputer.

"Buat masa ini, perkhidmatan WOWLOUD masih dalam peringkat percubaan untuk mendapat maklum balas daripada pengguna. Ia hanya akan dilancarkan sepenuhnya pada pertengahan bulan Oktober 2011," katanya.


WOWLOUD menjadi cara baharu anak muda berhibur dengan lebih mudah dan pantas.


Jelasnya lagi, terdapat tiga kategori yang boleh digunapakai pengguna untuk menikmati perkhidmatan ditawarkan WOWLOUD iaitu WOWLOUD FREE, WOWLOUD Premium dan WOWLOUD Premium+.

Katanya, melalui kategori percuma, pengguna terlebih dahulu perlu menghantar permohonan melalui e-mel untuk mendapat undangan eksklusif di laman web www.wowloud.com.

"Dua lagi kategori perlu dilanggan oleh pengguna dengan dikenakan bayaran tetapi, hanya boleh dinikmati selepas pelancaran dilakukan kelak.

"Perbezaan kategori adalah iklan suara latar akan diputarkan secara selang seli apabila memohon undangan, manakala melanggan tidak mempunyai sebarang iklan apabila memutarkan lagu," ujarnya lagi.

Teknologi WOWLOUD

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Teknologinya, Hooi Hing Chuan memberitahu, penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan WOWLOUD itu mengambil masa kira-kira satu tahun.

"Dalam tempoh tersebut, banyak yang dilakukan termasuk kaedah cuba-cuba untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan sempurna.

"Apa yang menarik menggunakan perkhidmatan muzik awan ini ialah ia menggunakan kaedah penstriman bermakna pengguna tidak perlu memuat turun lagu apabila ingin menikmati muzik kegemaran mereka," katanya.

Selain daripada itu, dia menambah, penstoran muzik juga dilakukan pada pelayan bagi memudahkan pengguna menikmati perkhidmatan ini di mana-mana sahaja mereka berada di dalam atau luar negara.


BERHIBUR dengan lagu kegemaran anda di mana-mana sahaja selagi anda boleh mengakses Internet.


Katanya, paparan skrin pemain WOWLOUD juga mudah dikendalikan pengguna. Mereka hanya perlu memasukkan tajuk lagu, nama artis ataupun album penyanyi kegemaran mereka sebelum senarai lagu dipaparkan pada skrin.

"Pengguna juga boleh membuat senarai lagu pilihan mereka sendiri apabila menggunakan perkhidmatan ini. Mereka hanya perlu tarik dan letak lagu yang diminati ke dalam senarai lagu.

"Bagi memudahkan lagi mereka, pemain WOWLOUD turut menawarkan perpustakaan muzik agar pengguna dapat mengurus lagu pilihan dengan lebih teratur mengikut kesesuaian mood mereka," katanya lagi.

Pelbagai genre muzik

Sementara itu, Perancang Interaktif, Pembangunan Produk dan Pengurusan Projek, Leonardo Ho, pula berkata, penggemar muzik dapat membuat pelbagai pilihan genre muzik kegemaran mereka apabila menggunakan perkhidmatan muzik awan itu.

"Pengguna boleh memilih genre muzik rock, pop, R&B, K-pop, J-pop dan banyak lagi mengikut cita rasa masing-masing apabila menggunakan WOWLOUD.

"Kita juga mempunyai kira-kira satu juta tajuk lagu yang boleh dipilih oleh pengguna apabila menggunakan perkhidmatan ini. Ia akan ditambah dari semasa ke semasa di perpustakaan lagu kami selepas pelancaran kelak. Dijangka ia akan mempunyai empat hingga 12 juta lagu," ujarnya lagi.

Leonardo menambah, melalui teknologi awan itu pengguna boleh mendengar muzik kegemaran mereka di mana-mana sahaja asalkan mempunyai sambungan internet.

Bagaimanapun dia memberitahu, buat permulaan ia hanya dapat digunakan pada komputer sahaja.


WOWLOUD menawarkan pelbagai jenis muzik daripada jazz, R&B, rock sehingga kepada K-pop dan J-pop.


"Dalam masa beberapa bulan lagi, kita menjangkakan ia dapat digunakan pada platform telefon pintar.

"Selain daripada itu, tablet, permainan konsol, televisyen dan peranti lain juga akan dapat menikmati perkhidmatan ini dalam masa terdekat untuk memudahkan lagi pengguna," ujarnya.

Selain daripada memberi perkhidmatan kepada pengguna, Leonardo memberitahu, pemuzik bebas juga boleh memasukkan muzik mereka dalam WOWLOUD.

Katanya, ia diharap dapat membantu mengembangkan lagi bakat-bakat pemuzik tempatan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai evolusi perkhidmatan muzik awan WOWLOUD boleh melayari laman web www.wowloud.com.

Kelas tersendiri Nokia E6

Posted:

Kelas tersendiri Nokia E6

Kelas tersendiri Nokia E6


DIJUAL pada harga RM1,155, Nokia E6 amat sesuai digunakan untuk melakukan tugasan ataupun berhibur.


PENGGEMAR telefon pintar seringkali berdepan dengan masalah membuat pilihan peranti yang mempunyai papan kekunci QWERTY ataupun skrin sentuh.

Pemilihan tersebut amat penting bagi mereka bagi memudahkan lagi pengendalian telefon pintar yang semakin canggih.

Terbaharu, Nokia memperkenalkan model Nokia E6 dengan menawarkan kelebihan kepada pengguna papan kekunci QWERTY ataupun skrin sentuh pada peranti mereka.

Dengan menawarkan kedua-dua ciri tersebut dalam telefon pintar, pengguna tidak perlu lagi pening kepala dalam membuat pilihan malah boleh menaip dan melakukan pelbagai aktiviti dengan mudah serta sempurna.

Nokia E6 mempunyai kerangka keluli tahan karat menggunakan sistem operasi Symbian Anna mampu melancarkan lagi pelayaran laman web dan pelbagai tugasan yang ingin dilakukan pengguna.

Dengan adanya sistem operasi Symbian Anna, paparan laman web akan dimuat naik dengan lebih pantas malah kawalan menu kelihatan lebih mesra pengguna.

Ia sekali gus akan menjadikan pengalaman melayari laman web lebih menyeronokkan.

Telefon pintar itu turut menyediakan Microsoft Communicator Mobile agar pengguna dapat berhubung apabila berada berjauhan daripada pejabat mereka.

Melalui Microsoft Communicator Mobile, pengguna dapat berhubung bersama rakan sekerja, keluarga dan rakan-rakan dengan lebih mudah.

Model Nokia E6 turut didatangkan bersama aplikasi yang dapat meningkatkan produktiviti seperti QuickOffice, World Traveler, JoikuSpot Premium, F-Secure Mobile Security dan banyak lagi.

Melalui aplikasi-aplikasi ini, ia dapat melancarkan lagi tugasan pengguna di mana sahaja mereka berada.

Bagi yang gemar mengembara pula, Ovi Maps versi 3.06 terdapat dalam telefon pintar itu dapat membantu mereka. Ia juga membolehkan pengguna menggunakan fungsi daftar masuk pada rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, FourSquare dan banyak lagi.

Dalam pada itu, ia turut didatangkan bersama paparan sentuh 6.24 sentimeter (sm) dan papan kekunci QWERTY penuh untuk memberikan kemudahan versatil kepada pengguna agar tidak perlu membuat pilihan memiliki telefon pintar.

Mereka yang gemar merakam imej, telefon pintar Nokia E6 terbaharu ini menawarkan kamera beresolusi 8 megapiksel. Imej tentu sekali akan kelihatan lebih berkualiti dan jelas apatah apabila ingin merakam detik-detik indah bersama keluarga dan orang tersayang.

Dijual pada harga RM1,155, Nokia E6 amat sesuai digunakan untuk melakukan tugasan ataupun berhibur. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar itu sila layari laman web www.nokia.com.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Kemewahan di banjaran Himalaya

Posted:

Kemewahan di banjaran Himalaya

Kemewahan di banjaran Himalaya

Biarpun dianggap terpinggir dari peta pelancongan dunia, Bhutan tetap mempunyai tarikan tersendiri yang sukar diperoleh di mana-mana negara lain di dunia.

BHUTAN yang terletak di barat dan hujung Himalaya merupakan salah satu destinasi percutian termahal di dunia. Tidak hairanlah ia dianggap syurga dalam kalangan golongan berada dan selebriti terkenal. Atas tarikan dan status tetamunya itu, kosnya juga dijangka bertambah mahal pada tahun hadapan.

Pelancong asing yang berkunjung ke sini perlu membuat tempahan awal melalui operator pelancongan yang berdaftar. Lazimnya, mereka mengenakan kadar minimum pada waktu puncak sekitar AS$200 (RM600) sehari merangkumi pakej seperti penginapan, makanan dan pengangkutan.

Keaslian banjaran Himalaya yang dilitupi gunung salji dan sungai-sungai dari gunung yang sentiasa mengalir meneruskan polisi 'pelancongan mewah, berimpak rendah' yang sengaja diperkenalkan bagi memelihara persekitarannya yang masih belum terusik daripada gangguan pelancongan komersial.

Bermula tahun hadapan, kadar caj pada waktu puncak akan meningkat kepada AS$250 (RM750) sehari per musim. Ini bermakna, pasangan pelancong yang menginap di hotel-hotel yang menawarkan pakej tersebut terpaksa membayar harga AS$500 (RM1,500) semalam.


VILA mewah ini disukai ramai pelancong yang sanggup membayar harga tinggi kerana mahu merasai keindahan dan ciri privasinya.


"Percutian mewah ini mungkin nampak seperti tidak berbaloi dari sudut ekonomi, namun ia bertujuan memastikan keaslian alam semula jadi Bhutan terus kekal untuk tatapan para pelancong dan generasi akan datang," kata Pengarah Urusan Lembaga Pelancongan, Kesang Wang.

"Jika kami membuka negara ini seluas-luasnya, pendapatan kami mungkin meningkat mendadak, tetapi apakah harga yang perlu dibayar?

"Kami menahan diri daripada merosakkannya dalam mengejar pembangunan ekonomi tanpa mengambil kira impak sosial dana alam sekitar," ujarnya.

Walaubagaimanapun, pada tahun hadapan, lembaga itu berharap dapat meningkatkan jumlah pelancong kepada lebih 50 peratus iaitu sejumlah 100,000 orang dengan menawarkan pakej percutian.

Laluan penerbangan juga mahu ditambah di beberapa bandar utama seperti Hong Kong dan Singapura.

Selama ini, Bhutan dikenali melalui doktrin pembangunan ekonomi yang dikenali sebagai 'Kebahagiaan Kebangsaan Kasar' yang mengambil kira kesejahteraan mental hampir 700,000 rakyatnya berbanding mengukur keuntungan kewangan semata-mata.

Negara yang terasing dan tidak pernah dijajah biarpun kedudukannya terletak di antara India dan China itu menjadikan hal perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai salah satu polisi yang mendasari budaya uniknya.

Pakaian tradisional


RUANG restoran di Hotel Uma, Paro memberi ketenangan buat para penginapnya.


Rakyat Bhutan diwajibkan memakai pakaian tradisional ketika melawat pejabat-pejabat kerajaan dan memakai pakaian elegan yang ditenun setiap hari sebagai mezahirkan kebanggaan mereka pada negara.

Keputusan Bhutan untuk mengelakkan kebanjiran pelancong luar terutamanya golongan pengembara backpackers yang mencari percutian murah di Himalaya dan jirannya Nepal, sekali gus menjadikannya sebagai destinasi yang menarik kepada sesiapa yang mahu menikmati percutian mengagumkan.

Beberapa bintang Hollywood seperti Leonardo di Caprio dan Kiera Knightley sebelum ini pernah menginap di resort di Uma Paro, salah satu daripada rangkaian hotel mewah dan eksklusif yang ditawarkan kepada para pelancong di negara itu.


BINAAN unik ini begitu menyerlah di atas landskap semula jadi.


Menginap di hotel-hotel sedemikian memerlukan pelancong membayar kos tambahan berbanding pakej lawatan asas yang berharga AS$200 (RM600) untuk lawatan sehari. Ini bermakna, bermalam di suite Uma Paro memerlukan mereka membayar sehingga AS1,000 (RM3,000) semalam.

Ravi Nischal dari Kumpulan Taj, pemilik berbangsa India yang memiliki rangkaian hotel-hotel mewah seperti di Thimpu, berkata, Bhutan mempunyai kelas tersendiri kerana ia kurang dikunjungi dan kebanyakan pelancong hanya mampu mengimpikan untuk melawatnya.

"Setiap destinasi yang ditawarkan di sini disertai konotasi mewah," ujarnya.

"Terdapat juga banyak misteri yang mendasari Bhutan. Ia dikenali sebagai Shangri-La Terakhir," katanya, merujuk kepada syurga Himalaya yang dinyatakan dalam novel terbitan 1933, Lost Horizon karya James Hilton.


SUASANA hebat di pinggir gunung dekat Paro ini dapat disaksikan pelancong yang mahu melawat biara Taktsang yang digelar Tiger's Nest.


Ia juga pernah digelar Tanah Naga Kilat sebelum ini kerana ketiadaan jalan raya dan mata wang sehinggalah tahun 1960-an. Rangkaian televisyen pula hanya dinikmati pada 1999 sebagai salah satu cara menarik perhatian pelancong asing.

Percutian mahal

Seorang ahli terapi, Nicole Feerbrucker, 56, yang berasal dari Belanda memberitahu bahawa dia mahu melawat ke negara itu sejak melihat gambar-gambar yang menunjukkan bekas raja negara itu melalui majalah National Geographic pada tahun 1974.


LELAKI tempatan ini berjalan melewati ruang siar kaki Memorial Choeden yang dibina bagi mengingati Raja Jigme Dorji Wangchuk.


Wanita itu berkata, tarif harian dan caj penerbangan tinggi yang dikenakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan milik negara itu, Druk Air, bagi menghubungkan Bhutan ke dunia luar, menjadikan percutian kali itu agak mahal untuk dia dan keluarganya.

"Namun, berkunjung ke Bhutan dengan membayar jumlah yang agak besar untuk bercuti dapat memastikan kelangsungan negara ini seperti sebelumnya. Secara tidak langsung, ia dapat menghindari pengaruh luar," kata Feerbrucker.

Sasaran 100,000 pelancong tahun hadapan menimbulkan perasaan kurang senang segolongan rakyatnya yang bimbang kesan kemasukan pelancong secara tiba-tiba itu.

Menurut Karma Tshiteem, ketua yang berpengaruh dalam Suruhanjaya Kebahagiaan Kebangsaan Kasar iaitu sebuah agensi penggubal polisi kerajaan, peningkatan pelancong mampu diserap dengan risiko kerosakan yang minimum.


PATUNG Buddha Dordemnma sedang dibina di salah sebuah puncak panorama di Thimphu.


"Kunci dalam strategi kami ialah mencapai jumlah 100,000 pelancong tanpa sebarang kesan negatif dan angka itu kini semakin meningkat sepanjang tahun di seluruh negara," katanya.

Ketika ini, sebahagian besar pelancong tiba pada musim bunga dan musim luruh untuk menikmati percutian sepanjang minggu di tiga lembah yang mudah dikunjungi dari bandar Paro, yang menempatkan lapangan terbang antarabangsa di negara itu.

Lembaga Pelancongan Bhutan mahu menarik kehadiran para pelancong yang mahu menikmati pakej percutian mewah, menghadiri persidangan dan pelancongan kembara. Begitupun, Bhutan tidak menawarkan aktiviti penjelajahan di kawasan pergunungan kerana ia dianggap tempat suci bagi penduduk negara itu.

Melalui pelan pemasaran berterusan di luar negara dan peningkatan jumlah penerbangan, pihak pelancongan berharap dapat meningkatkan kehadiran pelancong tanpa menjejaskan alam sekitar dan keaslian di negara yang paling terpencil di dunia itu. - AFP

Ikon kemegahan Washington

Posted:

Ikon kemegahan Washington

Ikon kemegahan Washington

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


DIHUNI buat kali pertama pada tahun 1800, nama rasmi White House diberikan oleh Presiden Theodore Roosevelt pada 1901.


BANGUNAN berwarna putih yang terletak di tengah-tengah Washington, Amerika Syarikat (AS) itu bukan sekadar bangunan biasa. Selama lebih 200 tahun, White House atau Rumah Putih telah berdiri sebagai simbol Presiden, pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan kemegahan rakyatnya.

Sejarah pembinaannya bermula apabila Presiden AS yang pertama, George Washington menandatangani Akta Kongres pada bulan Disember 1790 yang mengisytiharkan pusat pentadbiran baru kerajaan persekutuan yang 'tidak melebihi sepuluh batu persegi dari sungai Patomac'.

Presiden Washington, bersama-sama dengan perancang bandar Pierre L'Enfant telah memilih lokasi itu yang kini dikenali sebagai 1600 Pennsylvania Avenue, sebagai tapak kediaman rasmi Presiden.

Satu pertandingan telah diadakan bagi mereka bentuk kediaman Presiden. Daripada sembilan cadangan yang dikemukakan, rekaan arkitek kelahiran Ireland, James Hoban telah dipilih secara rasminya.

Batu pasir


SALAH sebuah bilik utama yang dihias dengan gaya sarat dan mewah.


Pada Oktober 1792, pembinaan White House dimulakan. Secara keseluruhan, struktur bangunan itu menggunakan batu pasir Aquia yang dicat putih mengikut gaya seni bina neoklasik.

Walaupun, Presiden Washington menyelia pembinaannya daripada mula sehingga akhir, namun beliau tidak pernah berkesempatan menetap di dalamnya.

Sebaliknya, Presiden AS kedua, John Adams menjadi individu pertama menghuninya secara rasmi pada tahun 1800 sebaik sahaja ia siap dibina.

Sejak era pentadbiran Adams sehinggalah Presiden AS ke-44, Barack Hussien Obama Jr., White House telah menjadi lambang kemegahan negara kuasa besar itu. Selain menjadi kediaman eksklusif Presiden, ia juga dikunjungi jutaan pengunjung dan tetamu kenamaan dari seluruh dunia.

Setiap Presiden yang dilantik bebas mengubah suai kediaman itu dan mengubah cita rasa luaran dan dalamannya.

Semasa pemerintahan Presiden Harry S. Truman, beliau telah mengarahkan kerja-kerja pengubahsuian ruang dalaman White House secara besar-besaran.

Lebih eksklusif


RIAS dalaman Rumah Putih diberi sentuhan peribadi oleh beberapa Presiden dan isteri Presiden sepanjang kewujudannya.


Sementara itu, Jaqueline, isteri Presiden John F. Kennedy turut mengarahkan kerja-kerja pengindahannya. Pelbagai artifak, koleksi antik dan lukisan yang bernilai tinggi telah mengubah imej White House menjadi lebih eksklusif berbanding sebelumnya.

Pada tahun 1990-an pula, Presiden Clinton telah memperbaharui beberapa buah bilik di White House dengan bantuan penghias Arkansas, Kaki Hockersmith termasuk di Oval Office, East Room, Blue Room, State Dining Room dan Lincoln Bedroom.

Secara umumnya, White House yang dibina setinggi enam tingkat secara keseluruhan mempunyai beberapa bahagian utama. Antaranya ialah Executive Residence, West Wing, Cabinet Room, Roosevelt Room, East Wing dan The Eisenhower Executive Office Building yang juga menempatkan pejabat Presiden dan Naib Presiden.

Namun bahagian paling popular ialah West Wing yang menempatkan Oval Office iaitu pejabat Presiden serta beberapa staf senior, selain mempunyai bilik untuk 50 orang pekerja.

Di sini juga terdapat Cabinet Room iaitu tempat Presiden mengadakan mesyuarat penting melibatkan angota Kabinet, selain White House Situation Room, James S. Brady Press Briefing Room dan Roosevelt Room.

Sepanjang kewujudannya, White House tidak pernah sunyi daripada pelbagai malapetaka.

Antaranya, serangan tentera British dalam peperangan tahun 1941 yang telah memusnahkan sebahagian struktur luaran dan dalamannya.

Pada 1929 pula, bahagian West Wing pernah musnah akibat kebakaran, tetapi ia dibina semula sewaktu pentadbiran Herbert Hoover.

Mengocak keli di sungai

Posted:

Mengocak keli di sungai

Mengocak keli di sungai

Oleh ADZRIEFAIZ ADZLAN


PENULIS memasak sendiri dua sajian asli Negeri Sembilan pindang dan lembap.


SETELAH puas menjelajah ke Borneo, kini Makan Angin musim kedua menyusur pula ke Negeri Sembilan Darul Khusus. Masak lemak cili padi, itulah makanan terkenal di Negeri Sembilan. Untuk menyahut cabaran kali ini, saya akan memasak sendiri dua jenis lauk istimewa iaitu masak pindang dan lempap.

Makanan mereka sangat sedap walaupun kurang menggunakan bawang. Perjalanan saya bermula dari Bandar Seremban dan seterusnya terus ke penginapan kami iaitu di Homestay Kampung Lonek, Batu Kikir di daerah Jempol.


LEMPAP adalah sajian yang mudah dan cepat disediakan.


Sebelum itu, kami sempat singgah ke Jelita Ostrich Farm dan mencuba sate ostrich atau burung unta. Inilah pertama kali saya makan sate burung unta dan paling seronok bila berpeluang menunggangnya.

Terasa macam dalam filem Prince of Persia pula! Kini barulah saya tahu yang burung unta ni tak banyak gigi. Ada juga yang tak ada gigi langsung.

Sebab itulah mereka makan batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menghancurkan makanan mereka di dalam perut. Wah! Pelik tapi benar.

Memancing di sawah


PINDANG yang dimasak dengan daun gelugur.


Akhirnya kami tiba di destinasi yang dituju dan terus mencari seorang wanita bernama Badariah berdasarkan alamat yang diberi. Resipi pertama iaitu masak pindang memerlukan ikan sebagai bahan utama.

Apa lagi, saya diminta untuk mencari ikan puyu di dalam sawah. Ia pelik bagi saya tetapi, tidak bagi penduduk kampung kerana memancing di sawah adalah aktiviti mereka pada waktu lapang. Saya berasa amat kecewa kerana sehingga ke akhirnya saya tidak dapat menangkap ikan tersebut.

Memandangkan tidak berjaya untuk mendapatkan ikan, saya kena masuk dalam sungai kecil di tepi sawah dan mengocak.

Ini pengalaman paling menarik kerana saya perlu mengeruhkan air di anak sungai tersebut. Cara ini akan menjadikan ikan mula mabuk dan timbul di permukaan. Usaha saya berhasil apabila berjaya mendapat beberapa ekor ikan keli hasil mengocak. Walaupun terkena sengatan ikan keli, namun hasil yang diperoleh memang berbaloi.

Seterusnya, Badariah memberi senarai bahan-bahan lain yang diperlukan. Setiap bahan tersebut ditanam di sekitar rumah sahaja. Jadi, saya harus mengenal sendiri rupa daun gelugur yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.


BAGI menghasilkan lempap yang lebih sedap kuahnya boleh dipekatkan.


Cabaran paling menguji adalah mematikan ikan keli dengan menabur garam kemudian menyiang ikan tersebut. Ikan keli dikenali sebagai ikan yang memiliki nyawa panjang. Menu pindang tidak menggunakan minyak di dalam masakannya.

Bagi menu kedua pula ialah lempap dan bahan utama ialah daging segar. Masakan lempap daging merupakan versi Negeri Sembilan dan setiap negeri memiliki versi lempap yang tersendiri. Nama lempap diperoleh kerana cara masakan yang cepat iaitu bahan dimasukkan secara 'pap.. pap.. pap…' lalu tercetuslah nama lempap. Pelik, bukan?

Masakannya sama macam masak daging lemak cili api. Selepas kuah santan kering dan meresap ke dalam daging, maka lempap boleh dihidangkan.

Lempap merupakan makanan popular di Negeri Sembilan. Di akhir sesi memasak, Badariah memberi markah kepada saya. Walaupun berjaya masak dan mendapat markah tinggi, namun saya tetap mendapat teguran atas kesalahan meletakkan minyak di dalam menu pindang dan menu lempap saya itu pula agak cair kuahnya. Tapi saya tetap berpuas hati.

Setelah penat kami dihiburkan pula dengan persembahan bongai iaitu majlis berbalas pantun secara melagukannya dengan kadangkala diiringi alat muzik.

Sebelum pulang, saya sempat singgah di Restoran D'Pantai untuk mencuba menu air akar kayu yang terkenal dengan rasa yang asli.

Air kesihatan yang menggunakan akar kayu asli dan direbus tanpa bahan campuran itu memang sangat pahit. Walaupun pahit, saya dapat mengembalikan tenaga yang hilang dan bertenaga untuk misi episod akan datang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lebih 320,000 kerja di sektor haram

Posted:

Lebih 320,000 kerja di sektor haram

Lebih 320,000 kerja di sektor haram

LIMPAHAN pekerja asing di Malaysia mendorong ramai bekerja dalam sektor yang di luar Dasar Penggajian Pekerja Asing. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Seramai 327,991 pekerja asing didapati bekerja di luar sektor pekerjaan yang dibenarkan untuk mereka, demikian penemuan awal laporan Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Dasar semasa kerajaan hanya membenarkan warga asing bekerja dalam lima sektor iaitu perkilangan, peladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.

Bagaimanapun, ramai yang didapati bekerja dalam sektor yang tidak dibenarkan seperti perlombongan, bengkel kereta, restoran makanan segera, gerai, nelayan, pengedar surat khabar dan mencuci kenderaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain itu, hasil risikan dan pemantauan Jabatan Imigresen juga mendapati terdapat pendatang tanpa izin yang bekerja sendiri, malah sesetengahnya telah menjadi majikan.

"Sungguhpun senario itu telah dikenal pasti sejak sekian lama, ia sukar ditangani disebabkan pelbagai faktor antaranya isu salah guna pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Hishammuddin berkata, agensi penguat kuasa juga sukar mengambil tindakan apabila mereka berselindung di sebalik permit kerja, sama ada yang sah atau dipalsukan.

"Sebab itu pelaksanaan Program 6P penting kerana selain menangani isu berkaitan pendatang tanpa izin sedia ada dalam negara, ia membolehkan kerajaan mendapat data tepat berhubung permasalahan sebenar," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Hampir 88,000 siswazah dapat kerja

Posted:

Hampir 88,000 siswazah dapat kerja

Hampir 88,000 siswazah dapat kerja

PUTRAJAYA - Kajian Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun lalu menunjukkan kira-kira 50.4 peratus atau 87,908 siswazah berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, angka itu mencatat peningkatan berbanding 45 peratus yang memperoleh pekerjaan bagi tempoh yang sama pada tahun 2009.

"Daripada 240,000 pelajar yang menamatkan pengajian setiap tahun, sebanyak 24.6 peratus atau 42,995 siswazah gagal mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan

"Keadaan itu berpunca daripada sikap memilih pekerjaan, bertukar-tukar pekerjaan dan ada yang melanjutkan pelajaran ke luar negara," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sijil kepada peserta program MyCareer MyFuture di sini semalam.

Menurut beliau, senario itu bagaimanapun menjadi penyumbang kecil kepada kadar pengangguran di negara ini.

Beliau memberitahu, walaupun prospek pekerjaan untuk siswazah masih cerah, pihak kementerian tetap akan berusaha mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tekanan dahsyat dorong remaja amal Emo

Posted:

Tekanan dahsyat dorong remaja amal Emo

Tekanan dahsyat dorong remaja amal Emo

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pengikut fanatik aliran muzik Emo terdorong untuk mengamalkan budaya jelik fahaman yang menyimpang itu termasuk mengelar tangan dan menjilat darah sendiri semata-mata untuk melepaskan diri daripada tekanan perasaan.

Menurut pakar sosiologi klinikal, Datuk Dr. Wan Halim Wan Othman, tekanan yang dihadapi oleh remaja pada ketika ini lebih dahsyat berbanding remaja pada era 20 atau 30 tahun lalu.

"Macam-macam masalah berlaku sekarang menyebabkan mereka tidak tahu lagi bagaimana untuk melepaskan perasaan masing-masing.

"Bagi mereka, muzik emo ini adalah ubat jiwa mereka kerana ia melambangkan masalah yang ada dalam kepala mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Popmyapple terjah pasaran

Posted:

Popmyapple terjah pasaran

Popmyapple terjah pasaran

EDIYUZRI (kanan) menunjukkan variasi aksesori Apple yang dijual di Popmyapple di SS15, Subang Jaya.


SYARIKAT pembekal aksesori dan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry, Popmyberry Sdn. Bhd. (Popmyberry) terus mengorak langkah dengan mewujudkan Popmyapple baru-baru ini.

Aksesori dan perkhidmatan Popmyapple dijuruskan khas buat pengguna produk syarikat komputer terkenal, Apple Inc. (Apple).

Selepas setahun memberi perkhidmatan luar biasa kepada pengguna Blackberry, Popmyapple juga mempunyai fungsi yang serupa dengan menawarkan pelbagai aksesori menarik serta perkhidmatan pada harga berpatutan.

Mengisi ruangan di hadapan kedai Popmyberry di SS15 Subang Jaya, Popmyapple dikatakan mampu berdiri setanding dengan abang sulungnya itu memandangkan pengguna produk Apple di Malaysia semakin meningkat.

Aksesori seperti sarung telefon, silikon, sarung kulit, filem pelindung skrin, fon telinga dan alat bebas tangan bakal menjadi fenomena pengguna produk Apple tidak lama lagi.

Direka khas secara langsung dari China, Hong Kong dan Indonesia, kesemua aksesori tersebut mampu dibeli pada harga serendah RM15 sehingga RM200 termasuk harga servis serta alat ganti telefon.


Popmyapple bukan sekadar menawarkan aksesori bahkan perkhidmatan bagi produk-produk Apple.


Pengurus Besar Kumpulan Popmyberry, Ediyuzri Esa memberitahu, rata-rata aksesori dan perkhidmatan yang disediakan Popmyapple disesuaikan dengan model iPhone 3G, 3GS serta iPhone 4.

"Kita turut mempunyai barangan dan servis buat pemilik iPad serta iPad 2 dan tidak lama lagi bagi mereka yang memiliki iMac.

"Memandangkan Popmyapple dan Popmyberry kini hanya terdapat di Subang Jaya, kami turut menyediakan khidmat penghantaran kepada mereka yang membeli secara talian," jelasnya.

Menurut Ediyuzri, kos penghantaran bagi Semenanjung Malaysia ialah RM10 manakala RM18 akan dikenakan bagi mereka di Sabah dan Sarawak, kos tersebut adalah tetap walaupun kuantiti yang dibeli berbeza-beza.

Menyentuh soal pembeli, Ediyuzri memberitahu sambutan Popmyapple juga akan menerima kelompok pembeli yang sama seperti Popmyberry iaitu mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun.

Selain itu, Popmyapple turut menyasarkan jualan sebanyak RM1.2 juta sehingga RM1.5 juta untuk tahun pertama operasinya di samping merangka sasaran baharu untuk membuka cawangan kedua di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat. - ALIF ABU BAKAR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi skuad Olimpik bermula

Posted:

Misi skuad Olimpik bermula

Misi skuad Olimpik bermula

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SUDAH terlalu lama sebenarnya pentas Olimpik tidak dijejaki skuad bola sepak negara.

Sepanjang tempoh 39 tahun lalu, wajah- wajah kesayangan peminat bola sepak tempatan yang menyarung jersi Malaysia sering bersilih ganti, namun belum cukup berupaya mengulangi pencapaian skuad kebangsaan yang layak beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Meskipun tetap layak beraksi pada Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia, namun ke- rajaan Malaysia memboikot temasya itu ke- rana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sejak itu, macam-macam tohmahan terpaksa diterima barisan pemain Harimau Malaya yang belum cukup bersinar di pentas antarabangsa.

Hari ini, menjadi titik permulaan skuad Harimau Malaya dalam misi memburu slot Olimpik apabila berdepan Jepun pada aksi pembukaan Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Fukuoka pukul 8 malam (7 malam waktu Malaysia).

Walau apa jua keputusan perlawanan yang dicatatkan anak-anak buah Ong Kim Swee malam ini, pastinya ia masih belum cukup untuk menutup mulut suara-suara sumbang yang sering 'berbunyi' dari luar padang.

Jika menang, dikatakan nasib, namun se- andainya tewas, sudah tentu bertubi-tubi kejian dihamburkan.

Sedangkan yang 'berbunyi' pastinya tidak sedar, anak-anak muda yang berjuang mewakili negara ketika ini bukannya calang-calang.

Tambahan pula tiga daripada mereka - Mohd. Fadlhi Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd. Irfan Fazail mula membuka 'mata dunia' apabila berjaya memikat kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce untuk menjalani latihan selama dua bulan di sana sebelum ini.

Apa yang pasti, Kim Swee kini di landasan terbaik bagi membuktikan keupayaan skuad Olimpik negara, sekali gus menjanjikan satu perlawanan yang istimewa malam ini.

Sikap Kim Swee yang gemar berteka-teki mengenai kesebelasan pemain utama negara malam ini juga harus dihormati kerana beliau pastinya memiliki alasannya tersendiri.

Malah, kesungguhan Kim Swee melindu- ngi anak-anak buahnya ketika mengamalkan dasar 'tutup pintu' kepada media Jepun sepanjang berada di 'Negara Matahari Terbit' itu, menjadi petanda yang cukup jelas betapa hanya kon- sentrasi seratus peratus pemain yang benar-benar ditagih beliau ketika ini.

"Yang paling utama, moral semua pemain kini berada di tahap tertinggi bagi memberi- kan cabaran yang terbaik ketika menentang Jepun.

"Menang sememangnya satu bonus buat Malaysia, namun kita harus sentiasa 'mengukur baju di badan sendiri' kerana Jepun sememangnya sedia maklum, berada di kelas yang berbeza," katanya semasa dihubu- ngi di Jepun semalam.


GALAS AMANAH... Khairul Fahmi Che Mat menjadi pilihan menjaga gawang skuad Olimpik.


Bagi perlawanan malam ini, posisi menjaga gawang negara hampir pasti digalas oleh Khairul Fahmi Che Mat, manakala Mohd. Zubir Azmi, Mohd. Fadhli Mohd. Shas, Mahali Jasuli dan Muslim Ahmad di- jangka mengemudi benteng pertahanan negara daripada dirobek jentera serangan Samurai Biru.

Segala corak serangan yang dijana dari tengah padang juga dijangka diterjemahkan oleh Abdul Shukor Jusoh, Wan Zack Haikal, Mohd. Fandi Othman dan K. Gurusamy, manakala A. Thamil Arasu dijangka digandingkan bersama Izzaq Faris Ramlan di jentera penyudah.

Cabaran Jepun di bawah kendalian Taka- shi Sekizuka pasti tidak dipandang mudah apabila dijangka menurunkan bintang muda Arsenal, Ryo Miyaichi bagi mengucar-ngacirkan benteng pertahanan negara.

Jepun turut diperkuatkan muka-muka lama yang membantu pasukan itu mendapat- kan pingat emas Sukan Asia tahun lalu seperti Kensuke Nagai, Hotaru Yamaguchi, Kazuya Yamamura, Daisuke Suzuki, Yusuke Higa, Takuya Masuda dan Shunsuke Ando.

Berbanding gergasi-gergasi Asia lain, skuad negara merupakan pasukan tunggal dari Asia Tenggara berjaya meneruskan ke- maraan pada pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012.

Selepas berjaya membenam Pakistan dengan agregat 2-0, anak-anak buah Kim Swee meneruskan momentum sedia ada dengan menyingkirkan Pakistan 2-1 pada dua pusi- ngan terdahulu.

Selain Jepun, turut diundi bersama skuad negara dalam Kumpulan C ialah gergasi Timur Tengah, Bahrain dan Syria.

Aksi Kumpulan A pula dibarisi satu lagi gergasi Asia, Korea Selatan bersama Qatar, Arab Saudi dan Oman, manakala Australia, Iraq, Uzbekistan dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula membuat perhitungan bagi aksi Kumpulan B.

Tiga pemenang peringkat kumpulan akan menempah slot automatik pada Sukan Olimpik 2012 di London, sementara satu lagi tempat akan ditentukan menerusi perlawanan playoff menentang wakil dari Afrika.

'Sentuhan Slovakia' jadi taruhan

Posted:

'Sentuhan Slovakia' jadi taruhan

'Sentuhan Slovakia' jadi taruhan


IRFAN (kanan) menjadi senjata terbaik skuad negara bagi merobek gawang Jepun.


MEREKA memiliki banyak persamaan, sama ada di dalam mahupun di luar padang.

Selain sama-sama 'berguru' bersama kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce, kedua-dua tonggak Olimpik negara, Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor juga dikhabarkan masih belum cergas sepenuhnya menjelang pertemuan dengan gergasi Asia, Jepun pada aksi pembukaan Kumpulan C, pusingan akhir Kela- yakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Fukuoka malam ini.

Ibarat harimau terluka, kedua-dua pemain itu pastinya lebih berbahaya sekiranya tetap menjadi pilihan pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bagi merobek ego Samurai Biru sebagai jaguh di rantau Asia.

Apa yang pasti, kecederaan tersebut langsung tidak mengganggu konsentrasi Irfan dan Wan Zack yang tetap teruja untuk beraksi dan hanya menunggu 'lampu hijau' daripada Kim Swee untuk diturunkan.

Irfan berkata, dia hanya mengikut arahan jurulatih dan tetap bersedia dari segi mental dan fizikal sekiranya diturunkan Kim Swee.

"Saya sebenarnya tidak sabar beraksi dan ingin membawakan satu watak penting dalam pasukan meskipun kadang-kadang terganggu dengan kecederaan lutut kanan.

"Apa pun, terpulang kepada kehendak jurulatih, sebagai pemain saya tetap bersedia bila-bila masa," katanya.

Nada sama turut disuarakan Wan Zack yang optimis mampu menggempur kubu Jepun meskipun tidak cergas sepenuhnya gara-gara kecederaan pangkal paha.

Ilmu yang dituntut sepanjang berada di bumi Slovakia sebelum ini juga katanya, banyak mempengaruhi corak permainan beliau yang kini dilihat semakin matang membuat sebarang keputusan di tengah padang.

"Saya cuba memberikan aksi terbaik untuk menjaringkan gol ataupun mencipta peluang kepada rakan.

"Siapa yang menjaringkan gol tidak penting, yang penting kami boleh mencapai keputusan baik menentang Jepun walaupun menyedari ia bukan tugas yang mudah," katanya.

Begitupun, Kim Swee tidak begitu 'pening kepala' sekiranya Irfan dan Wan Zack tidak dapat beraksi selama 90 minit memandangkan beliau memiliki barisan pemain yang sama hebat seperti Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan K. Gurusamy yang berupaya menampung kekosongan kedua-dua pemain itu di bahagian tengah dan sayap.

"Kecederaan Irfan lebih serius berbanding Wan Zack, namun pada masa sama, saya lebih gemar bercakap mengenai keupayaan pasukan berbanding individu kerana kami bermain sebagai satu pasukan," katanya semasa dihubungi di Jepun semalam.

Safee beri impak positif

Posted:

Safee beri impak positif

Safee beri impak positif

SELEPAS lebih seminggu menjalani ujian pemilihan bersama Cardiff City, kehadiran Safee Sali (gambar) ternyata memberikan impak yang cukup positif terhadap skuad bimbingan Malky Mackay itu.

Apa tidaknya, selain dijadikan pilihan utama untuk diuji berbanding penyerang lain sepanjang sesi latihan, ketajaman penyudah Safee kini dikatakan mula meniti di bibir peminat The Bluebirds.

Apa yang pasti, fenomena yang berjaya dicetuskan Safee di Indonesia ketika mewakili Pelita Jaya sebelum ini juga dijangka 'menjangkiti' peminat fanatik Cardiff yang begitu terdesak mahukan pembaharuan di bahagian serangan.

Ia turut diakui sendiri oleh pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim yang optimis penggempur berbisa Harimau Malaya itu mampu memberikan impak positif kepada Cardiff sekiranya terpilih.

Menurutnya, ia dapat dilihat apabila peminat tempatan yang menyokong perjuangan Safee selama ini kini mula menunjukkan minat terhadap Cardiff berbanding kelab-kelab utama England lain yang telah lama popular di Malaysia.

"Malah, jangan tidak percaya, Safee juga antara ikon Malaysia yang cukup dikenali di Indonesia sebaik menyarung jersi Pelita Jaya sebelum ini.

"Sebelum ini, rakyat Indonesia hanya kenal Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan (watak) Upin Ipin sahaja. Justeru, tidak mustahil Safee juga boleh mencetuskan fenomena yang sama serta mencuri perhatian peminat Cardiff sekiranya terpilih," katanya.

Selepas menjalani ujian di Cardiff sehingga 27 September ini, Safee dikhabarkan akan kembali semula ke tanah air bagi membantu bekas pasukannya, Selangor dalam aksi Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang Singapura empat hari kemudian.

Safee juga masih mendapat kepercayaan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Raja- gobal menentang Australia dalam perlawanan persahabatan pada 10 Oktober depan.

Bagaimanapun, Zakaria tidak mahu Safee hanyut dengan populariti bersifat sementara, sebaliknya menuntut anak kelahiran Kajang, Selangor itu memberikan komitmen yang cukup tinggi semasa sesi latihan.

"Bagi saya, yang paling penting Safee terpilih mewakili Cardiff terlebih dahulu.

"Justeru, saya mahu Safee menutup mulut pengkritik yang menyangka dia diberikan layanan istimewa sepanjang berada di sana, selain membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang yang selama ini dinanti-nantikan Cardiff," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


54 maut gempa di sempadan India

Posted:

54 maut gempa di sempadan India

54 maut gempa di sempadan India

Dinding rumah di Bhaktur, Nepal runtuh akibat gempa bumi yang berlaku kelmarin.


GUWAHATI - Sejumlah askar dan anggota penyelamat mencari mangsa-mangsa kejadian gempa bumi semalam dalam hujan di perkampungan di banjaran Himalaya.

Gempa bumi yang sekuat 6.9 pada skala Richter itu menyebabkan 54 orang terbunuh di India, Nepal dan Tibet yang dikuasai China.

Pusat gempa bumi itu adalah di Shangri-la, negeri Sikkim, India.

Gegaran gempa bumi yang berlaku malam kelmarin boleh dirasai di New Delhi yang terletak kira-kira 804.67 kilometer dari pusat kejadian.

Awan tebal menghalang beberapa helikopter penyelamat terbang dekat kawasan yang terjejas akibat gempa bumi.

Menurut jurucakap polis sempadan India-Tibet, Deepak Pandey, gempa bumi tersebut melonggarkan struktur tanah menyebabkan tanah runtuh akibat hujan.

"Kami sudah menyelamatkan lebih 400 orang sejak malam kelmarin," katanya.

Angka kematian terkini mungkin mengambil masa selama beberapa hari untuk disahkan.

Gambar-gambar di televisyen menunjukkan sejumlah orang di bandar utama negeri Sikkim, Gangtok duduk di tepi jalan di bawah payung dalam hujan lebat selepas mereka enggan memasuki rumah masing-masing kerana takut gegaran susulan.


BEBERAPA penduduk semalam melihat kerosakan akibat gempa bumi di Bhaktur, Nepal


"Orang ramai masih lagi panik," kata seorang penduduk di Gangtok, Pawan Thapa menerusi telefon kepada wartawan agensi berita Reuters.

Kedai-kedai, pejabat dan premis perniagaan ditutup di Gangtok dan kawasan berdekatan dengan bandar itu.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 6.10 petang waktu tempatan dan gegarannya dirasai di lima buah negara termasuk Bangladesh dan Bhutan.

Lebih 1,000 askar China dihantar untuk membantu kerja-kerja menyelamat.

Antara yang maut itu ialah dua orang di Bihar manakala enam lagi di negeri Bengal Barat.

Seramai tujuh orang mati di Nepal, tiga daripadanya menemui ajal selepas sebuah dinding di Kedutaan Britain di Kathmandu runtuh ke atas sebuah kereta dan motosikal.

Tujuh orang mati dan ratusan kehilangan tempat tinggal di Tibet, China.

Sejumlah gempa bumi telah melanda utara dan timur India pada tahun ini tetapi tiada yang menyebabkan kerosakan atau kecederaan.

Pada 2001, satu gempa bumi melanda negeri Gujarat, India menyebabkan 19,700 orang mati selain mengakibatkan kerosakan di Pakistan. - Agensi

Parti Lanun menang 15 kerusi Parlimen Berlin

Posted:

Parti Lanun menang 15 kerusi Parlimen Berlin

Parti Lanun menang 15 kerusi Parlimen Berlin


SEJUMLAH penyokong Parti Lanun menjerit kegembiraan selepas mengetahui keputusan pilihan raya Berlin di Berlin kelmarin.


BERLIN - Parti Lanun yang ditubuhkan pada 2006 dan mempunyai lebih 50 anggota menang 15 kerusi dalam pilihan raya Parlimen Berlin, lapor sebuah akhbar semalam.

Parti itu menang sembilan peratus daripada undi yang kebanyakannya daripada pengundi berusia di bawah 30-an.

Ia pada asalnya berkempen untuk perlindungan perkongsian fail dan data di Internet sebelum berkempen dalam isu pendidikan dan hak asasi manusia.

Selepas keputusan diumumkan, seorang anggota parti tersebut yang menjadi calon, Andreas Baum memberitahu stesen televisyen ZDF: "Kami mempunyai hak untuk bekerja."

Parti itu sebelum ini tidak pernah menenangi kerusi dalam pilihan raya parlimen di peringkat Persekutuan.

Pengerusi parti itu, Sebastian Nerz berkata, buat masa kini, anggota-anggota parti tersebut bekerja secara sukarela.

Menurutnya, parti tersebut mahu menjadi setelus-telusnya, berjuang menghapuskan paten dan mengehadkan kawalan hak cipta yang dimiliki oleh sesuatu pertubuhan.

Dalam pilihan raya itu, Parti Kristian Demokrat yang disertai pemimpin Jerman, Angela Merkel menduduki tempat kedua.

Parti Sosial Demokrat menduduki tempat pertama dalam pilihan raya itu. - Agensi

Padah menyamar untuk program TV

Posted:

Padah menyamar untuk program TV

Padah menyamar untuk program TV


BEN BOYCE menyamar sebagai juruterbang di Lapangan Terbang Auckland, New Zealand pada Sabtu lalu.


WELLINGTON - Seorang lelaki yang menyamar dirinya sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan dan cuba untuk memasuki kawasan larangan di Lapangan Terbang Auckland di New Zealand mungkin merupakan sebahagian daripada lawak jenaka untuk satu program televisyen.

Bagaimanapun, polis New Zealand mendakwa perkara itu bukannya satu gurauan.

"Percubaan untuk melanggar keselamatan lapangan terbang perlu diambil perhatian yang serius," kata seorang pegawai polis, Andy Lovelock dalam satu kenyataan.

Polis berkata, seorang lelaki memasuki pekarangan lapangan terbang dengan memakai pakaian seragam juruterbang dan lencana perak di topi pada Sabtu lalu.

Dia juga didapati membawa beg bimbit yang besar.

Polis memberitahu, lelaki itu cuba memasuki kawasan larangan sebelum dia dikejar oleh kakitangan-kakitangan di lapangan terbang tersebut dan melarikan diri dengan menaiki sebuah van Toyota berwarna hitam.

Juruterbang itu, Ben Boyce yang menyedari kesilapannya berkata dalam satu kenyataan: "Saya meminta maaf berhubung semua masalah yang telah berlaku.

"Kami tidak berhasrat untuk melanggar peraturan atau menyebabkan sebarang kebimbangan atau kerisauan. Ia merupakan satu percubaan gurauan yang kami menerima sepenuhnya sebagai berlaku di tempat yang silap."

Dia dan seorang deejay radio, Bryce Anthony Casey dan penerbit program televisyen, Andrew Logan Robinson dihadapkan ke sebuah mahkamah semalam ekoran kejadian itu.

Menurut dokumen mahkamah, kesemua mereka didakwa di bawah Akta Penerbangan Awam.

Mereka didakwa memasuki satu kawasan keselamatan di lapangan terbang tersebut walaupun mengetahui ia merupakan satu kesalahan.

Ketiga-tiga mereka dibenarkan diikat jamin dan diminta tampil di mahkamah pada 18 Oktober depan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jurulatih Selangor K. Devan letak jawatan

Posted:

Jurulatih Selangor K. Devan letak jawatan

Jurulatih Selangor K. Devan letak jawatan

20/09/2011 9:05pm

KUALA LUMPUR – K. Devan meletak jawatan sebagai jurulatih bola sepak Selangor berkuat kuasa hari ini, berikutan aksi hambar Gergasi Merah Kuning itu sepanjang kempen tahun ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Amin yang dihubungi hari ini mengesahkan peletakan jawatan Devan itu.

Permohonan Devan untuk meletak jawatan sebagai jurulatih itu diterima sebulat suara anggota jawatankuasa FAS yang mengadakan mesyuarat khas semalam, katanya.

Beliau berkata, teraju utama pasukan itu kini diambil alih penolong jurulatih P. Maniam.

Selangor gagal memenangi sebarang piala sepanjang tahun ini, selain berdepan kemungkinan tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

Devan menjadi jurulatih bola sepak Selangor dari Oktober 2008. – Bernama

Produk inovasi UTeM raih anugerah khas

Posted:

Produk inovasi UTeM raih anugerah khas

Produk inovasi UTeM raih anugerah khas

20/09/2011 8:46pm

MELAKA — Produk inovasi ciptaan pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Motorcycle Coordinate Localization System Using GPS Technology meraih Anugerah Khas pada Persidangan Dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Produk inovasi itu dicipta oleh pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Muhammad Herman Jamaluddin dan Nurul Akma Mohd. Idris.

Muhammad Herman berkata, produk itu berupaya memberi lokasi motosikal melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menggunakan teknologi pengesanan global (GPS) dalam tempoh hanya 19 saat.

"Produk ini bukan sahaja boleh dipasang pada motosikal malah boleh digunakan pada kenderaan lain seperti kereta dan bas bagi tujuan pemantauan dan pengesanan lokasi dengan cepat dan tepat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui produk itu pemilik kenderaan atau syarikat pengangkutan boleh mengetahui lokasi kenderaan dengan mudah di samping menjimatkan kos operasi.

Pada pertandingan itu pasukan penyelidik UTeM turut berjaya memperoleh tiga pingat emas, enam perak dan empat gangsa melalui produk inovasi yang dipertandingkan.

Sementara itu Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ahmad Yusoff Hassan berkata, kejayaan penyelidik universiti itu membuktikan hasil inovasi dari Malaysia mampu memberi impak besar kepada perkembangan teknologi masa kini.

Beliau berkata, UTeM sentiasa menggalakkan dan menggandakan usaha untuk mempelopori bidang penyelidikan berteraskan teknologi tinggi bagi merealisasikan visi ke arah universiti teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia. — Bernama

Syabas perlu tambah loji untuk elak krisis

Posted:

Syabas perlu tambah loji untuk elak krisis

Syabas perlu tambah loji untuk elak krisis

20/09/2011 7:38pm

PETALING JAYA — Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) perlu menambah loji rawatan airnya bagi mengelakkan keadaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi kritikal pada 2015.

Pengarah Eksekutif Projek Syabas, Sanusi Sulaiman berkata, permintaan air di tiga wilayah berkenaan semakin meningkat, terutama pada waktu puncak seperti musim perayaan berikutan pertambahan penduduk.

Berdasarkan trend enam tahun lepas dari 2005 hingga 2010, dengan kadar pertumbuhan permintaan 3.5 peratus setahun, kapasiti rizab air perlu ditambah 10 peratus bagi menampung keperluan dan mempercepatkan tempoh pemulihan jika berlaku gangguan, katanya, di sini hari ini.

Beliau yang bercakap pada persidangan meja bulat, berkata buat masa ini kapasiti pengeluaran air di 33 loji rawatan sedia ada berjumlah 4,326 juta liter sehari (JLH) berbanding purata permintaan 4,197 JLH.

Pertambahan loji rawatan akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air sebanyak 105 juta liter, katanya.

Beliau juga berkata, pada masa ini tiga kawasan di Lembah Klang iaitu sekitar Petaling Jaya, Hulu Langat, selatan Kuala Lumpur dan Klang sedang mengalami kekurangan bekalan air.

"Kalau kita tidak buat segera (loji), masalah akan jadi lebih rumit," kata Sanusi. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved