Jumaat, 16 September 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Burger Malaysia di jalan Phonm Penh

Posted:

Burger Malaysia di jalan Phonm Penh

Burger Malaysia di jalan Phonm Penh

Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my

BURGER Ziki's kini menjadi kegemaran anak muda di Kemboja.


SIAPA sangka konsep dan cita rasa burger jalanan yang popular di Malaysia juga mampu menempa nama di luar negara terutama negara-negara Indo China seperti Kemboja dan Vietnam. Idea yang mendapat sambutan menggalakkan itu berjaya dibuktikan melalui produk di bawah label Ziki's Burger yang dimiliki sepenuhnya syarikat tempatan, Deminziki Co. Ltd. (Deminziki).

Malah, inisiatif Deminziki itu kini berjaya membawa konsep dan cita rasa burger jalanan yang mewarnai kehidupan rakyat di negara ini menjalar ke bandar raya Phonm Penh, Kemboja.

Berorientasi cita rasa Malaysia sepenuhnya, kombinasi daging burger tempatan buatan Ramly menjadi sandaran utama Ziki's Burger dalam menawan hati penduduk Phonm Penh. Pengarah Eksekutif Deminziki, Md. Arfizal Md. Ariffin berkata, idea memperkenalkan konsep burger jalanan ke negara itu dibuat atas dua sebab.

Sebab pertama, menurutnya peluang terbuka seiring dengan kepesatan ekonomi Kemboja yang kini sedang pesat membangun dan mempunyai potensi pasaran yang luas kepada pelabur luar selepas era zaman pemerintahan zalim tentera Pol Pot.

"Lagi pun, kini ledakan industri makanan segera berlaku di Kemboja dan ia tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kita boleh lihat kemunculan banyak restoran makanan segera seperti piza, pasta, burger dan ayam goreng.

"Jadi kami mencuba nasib memperkenalkan Ziki's Burger sejak beberapa tahun dahulu dan ternyata ia menerima sambutan yang baik. Sehingga kini kami sudah mempunyai 40 gerai burger di seluruh pelosok Pnom Penh dan ia dijangka bertambah dalam masa terdekat," ujarnya.

Perkara kedua, menurut Md. Arfizal, kolaborasi syarikat usahasama Malaysia dan Kemboja telah melancarkan rangkaian kios burger halal pertama seumpamanya pada 11 Mei lalu sebagai pilihan makanan halal kepada masyarakat Islam Kemboja dan pelancong luar.

Bermula dengan pemilihan lokasi strategik di sekitar Phnom Penh sebelum menempatkan kios kini di kawasan tumpuan ramai.

Bagi memastikan produk tersebut dikenali, pelbagai promosi dijalankan sebagai usaha menarik minat penduduk Kemboja bagi merasai keenakan burger jalanan yang begitu asing pada mereka, katanya.

"Setiap hari pasti akan ada kios-kios terpilih sekitar bandar menjalankan promosi istimewa termasuk pengedaran risalah tentang jenama Ziki's Burger," katanya.

Kini selepas dua bulan memulakan operasi, Ziki's Burger berjaya menggandakan jumlah kiosnya menjadi 40 buah sejajar dengan sasaran menjadikan 100 buah kios menjelang hujung tahun ini.

Keenakan burger Malaysia

Sama seperti burger di negara ini, kualiti, rasa dan bentuknya tetap dikekalkan sebagai penanda aras.

Ciri-ciri keunikan burger jalanan, burger untuk semua lapisan masyarakat ditonjolkan supaya penduduk tidak rasa janggal dan hairan ia lebih murah berbanding harga ditawarkan di restoran.

Ban lembut, mayonis, salad, bawang menjadi pelengkap kepada daging burger keluaran Ramly yang diimport ke Phonm Penh.


BEBERAPA kakitangan Ziki's Burger melakukan promosi di jalan Phonm Penh termasuk menggunakan maskot berbentuk burger.


Rata-rata pelanggan yang merasai burger keluaran Ziki's berpuas hati dengan rasa asli daging yang digunakan berbanding burger tempatan yang dijual di restoran.

Menurut Md. Arfizal, hasil maklum balas para pelanggan, kualiti daging yang enak menjadi pilihan kenapa mereka kembali memilih burger keluaran Ziki's.

Faktor harga yang lebih murah berbanding burger yang dijual di restoran turut menyebabkan ia menjadi tarikan utama bagi warga Phonm Penh untuk tidak lokek mengeluarkan wang saku.

Pada harga semurah RM3.30, Ziki's Burger mampu terjual kira-kira 500 biji sehari.

"Pelanggan kita berusia 40 tahun ke bawah dan kebanyakan yang menggemari produk kita merupakan remaja," katanya.

Katanya, biarpun jenama Ziki's Burger masih baru namun, dengan sambutan yang diberikan sejak ia diperkenalkan, beliau yakin burger keluarannya mampu bersaing dan berkembang menjadi jenama digemari.

"Kita tahu bukan mudah untuk kita ubah cara pemakanan sesuatu masyarakat, namun dengan perkembangan cara hidup masa kini yang lebih mendesak burger bakal menjadi pilihan masyarakat Kemboja," katanya.

Salah seorang pelanggan, Chin Phearum, 23, berkata, kali pertama menikmati keenakan Ziki's Burger membuatkan beliau tertarik dengan rasa daging sebenar yang berlainan dengan burger keluaran tempatan.

Katanya, rasa yang enak membuatkan beliau teruja untuk membeli kali kedua burger tersebut.

"Kami di sini jarang boleh menikmati burger kerana ia agak mahal jika hendak dibeli di restoran. Ada juga gerai yang menjual burger tetapi, mereka mengeluarkan daging yang dihasilkan sendiri. Rasanya kurang enak berbanding burger biasa," katanya.

Sementara itu, mengenai cara memasak pula, Md. Arfizal berkata, ia dipantau mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pengeluar daging burger Ramly bagi menjamin keenakan daging tersebut tidak terjejas apabila dimasak.

Antara pilihan menu yang terdapat di kedai Ziki's Burger ketika ini ialah, burger ayam, daging, ayam dan daging istimewa.

Bagi menjaga aspek kualiti makanan, kios Ziki's Burger diubah suai mengikut keperluan penduduk di sana.

"Kios-kios yang ditempah khas pada asasnya sama seperti kios-kios burger yang terdapat di Malaysia, cuma apa yang membezakan ialah ia lebih bersih dan dilengkapi sistem penyerap minyak dan asap," kata Arfizal.

Menurutnya, para pekerja pula diwajibkan memakai uniform lengkap berserta dengan apron sebagai penampilan diri kemas dan bersih.


ZIKI'S menawarkan empat jenis burger di gerainya di Phonm Penh.


Ketika penyediaan makanan para pekerja diwajibkan menggunakan sarung tangan plastik bagi menjaga kualiti dan kebersihan burger yang hendak dibungkus sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Program untuk belia Islam

Program Pembangunan dan Pencapaian Usahawan Kecil (SEDAP) merupakan platform utama membantu belia-belia Islam Kemboja keluar daripada belenggu masalah kemiskinan.

Dengan menerapkan pembangunan kapasiti, belia-belia Islam Kemboja diberikan latihan menjadi usahawan kecil untuk berdikari.

Salah seorang pekerja Ziki's Burger, Reh Vanny, 20, peluang yang diberikan amat bermakna buat dirinya.

Katanya, apa yang ditawarkan oleh majikannya itu jauh lebih baik dan mampu membuatkan beliau mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.

"Sebagai kaum minoriti di sini tidak banyak yang boleh dilakukan terutama dalam bidang perniagaan. Apa yang ditawarkan oleh Ziki's Burger terlalu istimewa untuk ditolak," katanya.

Bagi Pengurus Besar Deminziki Kemboja, Fauzy Ahmad, menerusi SEDAP, belia-belia Islam Kemboja bakal dilatih membina kemampuan, ketahanan dan kemahiran perniagaan.

Buat permulaan 40 orang belia kini sedang dilatih menjadi usahawan kecil sehingga mereka betul-betul mahir dan kemudian bakal ditawarkan peluang membuka kios burger sendiri.

"Dengan membuka kios sendiri keuntungan jualan bakal dimiliki melalui penjualan burger," katanya.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Ziki's Burger boleh diikuti melalui laman web www.zikiburger.blogspot.com atau di laman sosial facebook.

Tradisi yang kejam

Posted:

Tradisi yang kejam

Tradisi yang kejam


SEORANG lelaki bertindak nekad mendekati Afligido untuk menikamnya dengan lembing.


ORANG ramai sibuk berlari, menunggang kuda dan berteriak. Mereka berkejar-kejaran sambil merancang strategi untuk mengepung dan mengalahkan seekor lembu laga jantan. Masing-masing mengacukan lembing untuk disasarkan ke arah tubuh haiwan berkenaan yang mendengus dan mengganas akibat keresahan serta kesakitan.

Begitupun Selasa lalu, lembu itu akhirnya mati juga di tangan mereka. Ratusan orang telah berganding bahu menumpaskan Afligido, seekor lembu jantan seberat 608 kilogram dalam festival Toro de la Vega. Nama Afligido itu sendiri yang bermaksud 'kedukaan' seakan-akan mengejek hayat haiwan tersebut.

Berlangsung di bandar Tordesillas di wilayah tengah negara tersebut, lembu itu berlari cemas merentasi jalan dan lorong, menyeberangi Sungai Duero hinggalah akhirnya ia tewas di sebuah kawasan dataran.


PULUHAN peserta berkuda menyasarkan lembing mereka ke arah lembu jantan yang menjadi 'mangsa' sambutan sebuah warisan tradisi.


Selain luka parah akibat ditusuk puluhan lembing dari pelbagai arah, Afligido yang kehabisan tenaga dan tidak mampu lagi berlari akhirnya dibunuh dengan satu tikaman menggunakan alat pemutar skru besar tepat di kepalanya.

Ritual merejam lembu dengan lembing beramai-ramai itu adalah tradisi yang diwarisi sejak Zaman Pertengahan di negara itu. Ia jauh mendahului sebuah lagi tradisi lama yang juga dianggap tidak berperikemanusiaan iaitu pertandingan laga lembu.

Festival yang bermula sejak tahun 1453 itu disifatkan sebagai acara yang kejam dan memalukan oleh golongan pencinta haiwan serta banyak lagi pertubuhan bebas sedunia. Sebahagian besar rakyat Sepanyol sendiri merasakan festival itu perlu dihentikan dan diganti dengan acara lain.

Selain daripada insiden seorang penunjuk perasaan wanita yang nekad menyembur cecair pemedih mata kepada seorang perejam lembing di Tordesillas, sebuah perarakan protes turut dijalankan di Madrid.


KUMPULAN pencinta haiwan mengadakan perarakan di Madrid bagi memprotes festival Toro de la Vega yang kejam.


"Kami protes sambutan Toro de la Vega ini. Selain acara laga lembu, kami juga mahu festival yang lebih kejam ini dihentikan. Budaya negara ini tidak sepatutnya diasaskan dengan tindakan menyeksa dan menyebabkan kematian haiwan secara suka-suka," kata Silvia Barquero, jurucakap kumpulan pejuang hak haiwan, PACMA.

Wilayah timur laut Sepanyol iaitu Catalonia akan menganjurkan pertandingan laga lembu terakhirnya pada 25 September nanti. Perkara itu tercapai setelah mengambil kira undi bantahan pada tahun lalu yang mahukan tradisi itu dilenyapkan terus dari bumi Sepanyol.

Dalam perkembangan lain, PACMA mencabar majlis perbandaran Tordesillas untuk mengisytiharkan Toro de la Vega sebagai aset budayanya.

Setiap wilayah di Sepanyol mempunyai penilaian dan undang-undang tersendiri berkaitan isu perlindungan haiwan. Begitupun, pertandingan laga lembu masih dibenarkan termasuk di Tordesillas yang terus menganggap Toro de la Vega perlu disambut setiap tahun atas nama kesinambungan tradisi.

Job Camp latih pelajar

Posted:

Job Camp latih pelajar

Job Camp latih pelajar

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN daripada pelajar UniMAP yang menyertai Job Camp di Perlis baru-baru ini.


BERGELAR seorang graduan, pastinya merupakan satu detik paling manis kepada seorang graduan selepas bertungkus-lumus menelaah buku bagi memperoleh segulung ijazah.

Ia menjadi tiket mengejar cita-cita dan memegang wang sendiri.

Kelulusan diperoleh itu akan dibawa ke mana sahaja untuk mendapat pekerjaan idaman seterusnya membina kerjaya mereka pada masa depan dan mendapat pendapatan yang setimpal.

Namun, tidak semua graduan berjaya mencapai cita-cita yang diingini sebaik sahaja menerima segulung ijazah masing-masing lantaran persaingan sengit dalam dunia pekerjaan sebenar.

Resah dan bimbang menghantui graduan yang masih bergelut menempatkan diri dalam alam kerjaya apatah lagi mendapat pekerjaan yang setaraf kelulusan yang dimiliki.

Perkara itu dibuktikan berdasarkan data yang dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat April lalu yang menunjukkan bilangan penganggur dalam negara setakat pada tahun lalu ialah seramai 421,800 orang atau mewakili kadar 3.4 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Jumlah tersebut menjadikan pasaran kerja begitu sengit di kalangan graduan terutama bagi siswazah baru lepasan universiti untuk sama merebut tawaran kerja di sektor awam atau pun swasta.

Antara sebab graduan gagal mendapat pekerjaan ialah kebanyakan majikan kini menetapkan pengalaman bekerja sebagai salah satu syarat pelantikan selain kemahiran diri yang lemah di kalangan pemohon.

Ekoran itu, atas keprihatinan terhadap pasaran kerja yang sengit itu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tampil dengan program khusus bagi memastikan siswazah mereka mempunyai nilai pasaran.

Hasil program tersebut yang dikenali Job Camp UniMAP yang dikendalikan oleh Pusat Kerjasama Industri (CIC), universiti itu berjaya meningkatkan pasaran para siswazahnya.

Pengarahnya, Dr. Yufridin Wahab berkata, melalui Job Camp itu, UniMAP dapat meningkatkan nilai pasaran siswazahnya untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian sehingga 90 peratus.

"Job Camp khusus kepada latihan bersama industri yang diberikan kepada siswazah UniMAP yang masih belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

"Mereka yang dipilih bakal mengikuti latihan di antara empat hingga enam bulan di syarikat tertentu bagi menambah pengalaman untuk para siswazah," katanya.

Apa yang menariknya, lebih 98 peratus siswazah yang mengikuti latihan tersebut diserap atau diambil pekerja oleh syarikat yang melatih mereka dengan tawaran gaji yang lumayan.

"Selain itu, kami juga mendapat maklum balas yang baik dari syarikat terbabit yang berpuas hati dengan siswazah yang mengikuti latihan tersebut sehingga mereka berminat menawarkan kerja," ujarnya.

Jelasnya, Job Camp diperkenalkan pada tahun 2010 lalu dengan seramai 75 pelajar dipilih bagi mengikuti latihan industri di beberapa syarikat terpilih di dua sektor iaitu automatif serta elektrik dan elektronik.

"Bagi sektor automotif syarikat yang terlibat adalah seperti Perodua Manufacturing, Sapura Industrial, Sipro Plastic, Ingress Technologies dan Permintex Sanko Technologies.

"Untuk elektrik dan elektronik, syarikat terlibat ialah Silterra Malaysia, Infineon Technologies, Samrtac Technologies dan banyak lagi," ujarnya.

Katanya, kesemua syarikat tersebut merupakan syarikat terkemuka di dalam industri masing-masing dan pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM466,000 melalui peruntukan oleh pihak industri dan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Ekoran kejayaan yang diperoleh memberangsangkan, Job Camp akan diperluas dengan penambahan dua sektor industri lagi manakala dari aspek pengambilan siswazah pula, akan ditingkatkan sehingga 220 pelajar bagi tahun ini," ujarnya.

Sementara itu, seorang peserta program itu, Farahdina Che Jaafar, 24, memberitahu, dia amat berterima kasih dengan UniMAP dan majikannya yang mengambil dia berkerja yang dahulu tempat pelajar membuat latihan tersebut.

"Selepas tamat pengajian saya menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan apabila 20 permohonan di buat dan temuduga namun tidak mendapat balasan," ujarnya.

Farahdina berasal dari Sungai Petani kini berbangga bertugas sebagai Jurutera Material di Infineon Sdn. Bhd. di Kulim, Kedah.

Seorang lagi perserta itu, Mohd. Gadaffi Osman turut diserap oleh Ingress Technologies Sdn. Bhd. yang mengambilnya sejurus tamat program Job Camp.

"Saya kini menerima pendapatan yang tinggi sesuai dengan kelayakan dan saya amat berterima kasih dengan UniMAP yang mengambil berat tentang para pelajarnya walaupun setelah kami bergraduasi," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Volkswagen Polo GTI

Posted:

Volkswagen Polo GTI

Volkswagen Polo GTI

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

TIDAK keterlaluan jika dikatakan bahawa Volkswagen (VW) kini benar-benar mahu memastikan kehadirannya di pasaran tempatan disedari oleh semua pengguna kenderaan.

Bermula dengan pilihan model yang terhad, pengedar sah jenama dari Jerman itu Volkswagen Group Malaysia (VGM) semakin agresif untuk menawarkan sebanyak mungkin model yang dilihat sesuai di pasaran Malaysia.

Bukti terbaharu ialah acara Volkswagen Das Auto 2011 yang berlangsung di Bukit Jalil pada 10 dan 11 September lalu. Jika diukur daripada pertunjukannya yang memang kelas dan kesanggupan orang ramai beratur berjam-jam untuk masuk ke dalam dewan, VGM boleh membuat andaian bahawa peminat Volkswagen bukan sedikit.

Anggapan itu juga boleh dikaitkan dengan jumlah kenderaan Volkswagen yang semakin banyak di atas jalan raya. Kalau diikutkan, harganya bukanlah murah. Namun teknologi serta gah jenama VW membuatkan orang sanggup pejam mata membuat bayaran yang tinggi di bank setiap bulan.

Variasi produk yang ditawarkan oleh VGM sekarang agak luas. Mahu SUV mewah, anda boleh beli Touareg. Jika ia terlalu besar, beli sahaja SUV kompaknya Tiguan. Bagi mereka yang sukakan hot hatch, pasti model Golf menjadi idaman. Tidak kiralah sama ada GTI atau TSI, kedua-duanya mampu memberi kepuasan ketika melayan selekoh di mana-mana sahaja.

Bagi mereka yang gemar menghirup udara segar ketika memandu (tidak dicadangkan sewaktu jerebu ini), model EOS mungkin paling sesuai. Tidak dilupakan pastinya model comel VW, apa lagi kalau bukan Beetle dan Polo.

Minggu ini, berikan tumpuan anda kepada Polo. Harus tahu bahawa model mini itu merupakan antara model penting buat VW. Mula dihasilkan pada tahun 1975, Polo kini sudah memasuki generasi kelima bersama portfolio membanggakan. Terbaru, jentera subkompak itu dinobatkan sebagai Kereta Dunia 2010 dan Japanese Import Car of the Year 2010.

Di Malaysia yang terkenal dengan harga keretanya yang mahal, Polo dengan unit enjin 1.2 TSI dijual pada harga hampir RM110,000 seunit. Sekali fikir memang tidak masuk akal untuk sebuah kereta yang bersaiz seperti Perodua Viva atau Proton Savvy. Namun, harga premium itu tidak menghalang lebih 750 unit Polo TSI berjaya dijual pada tahun ini sahaja.


JENTERA berkuasa tinggi yang menjadi idaman ramai.


Mahu memeriahkan lagi tawaran sedia ada, VGM tampil dengan varian Polo lebih berkuasa, Polo GTI. Pengenalannya dibuat sempena pelumbaan Scirocco R-Cup yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada penghujung bulan puasa lalu.

Untuk makluman, model berprestasi tinggi atas nama Polo mula diperkenalkan dalam bentuk G40 Coupé dengan enjin supercharged berkuasa 113PS pada tahun 1986. Formula Polo GTI tidak pernah berubah. Ia merupakan sebuah kereta kecil dan ringan yang disumbat dengan enjin berkuasa tinggi, tanpa berkompromi dengan kualiti pengendaliannya.

Dalam kes Polo GTI terbaharu ini, ia dipasang dengan enjin twincharge (supercharge dan turbocharge) bersesaran 1.4 liter TSI. Kuasanya? Mampu mencecah 180PS pada putaran enjin 6,200rpm!

Sementara tork puncaknya iaitu 250Nm boleh dicapai pada 2,000 hingga 4,500rpm. Maka tidak hairanlah ia mampu memecut dari titik pegun ke kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh cuma 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 229 km/j.

Walaupun janaan kuasanya 30PS lebih berbanding enjin 1.8 liter yang ada pada model sebelumnya, penggunaan minyak adalah lebih menjimatkan. VW mendakwa Polo GTI berupaya mencatat penggunaan 5.9 liter bagi setiap 100 kilometer, iaitu penjimatan sebanyak 24 peratus.

Sama seperti model-model terbaharu VW yang lain, enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear DSG (Direct Shift Gearbox) tujuh kelajuan. Gear berkembar jenis kering itu dipadankan bersama sistem XDS electronic transverse differential lock yang hadir sebagai satu ciri standard.

Dari segi penampilan, Polo GTI mudah dikenal pasti menerusi lencana GTI yang dilekatkan pada gril hadapan yang berbentuk sarang lebah itu. Pada bahagian belakang, tiga huruf tersebut diletak berhampiran lambu sebelah kirinya.

Bagi menunjukkan ia berprestasi tinggi, anda akan dapat lihat angkup breknya yang dicat merah di sebalik rim aloi gaya 'Detroit' bersaiz 17 inci itu. Lampu utamanya pula dihias dengan butiran LED yang bertindak selaku Day Running Lights (DRL).


ENJIN 1.4 TSI yang telah ditala dan mampu menjana kuasa sehingga 180PS.


Pada ruang kabin, pemandu boleh menjangkakan reka letak papan pemuka kenderaan VW yang ringkas dan kemas. Bahagian tengahnya diisi oleh sistem audio yang mudah dioperasi dan menggunakan lampu merah sebagai latarnya.

Sterengnya rata pada bahagian bawah. Selain dibalut kulit bersama jahitan benang merah, anda juga boleh mengawal sistem audio menerusi butang-butang kecil yang ada di sana. Ingin mengekalkan tradisi sebuah GTI, tempat duduknya dibalut dengan fabrik bercorak kotak-kotak yang dipanggil Tartan.

Bagaimana dengan prestasinya? Saya antara yang bertuah kerana berpeluang memandu uji Polo GTI di litar SIC. Biarpun cuma empat pusingan, ia sudah menjadi satu pengalaman yang memuaskan.

Polo GTI seperti tidak sabar-sabar untuk meluru sebaik sahaja pedal minyaknya ditekan. Pertukaran gear DSG juga sangat cepat dan lancar. kalau mahu menentukan sendiri kedudukan gear, guna sahaja paddle shifter yang ada di bahagian belakang stereng.

Beraksi laju di selekoh, prestasi Polo GTI tidak dapat menandingi kestabilan Scirocco yang bertubuh lebih lebar. Tetapi sewaktu memecut di jalan lurus, harapan Scirocco untuk memotong jentera kecil ini memang tipis. Polo GTI pantas menghilangkan diri sebelum kembali ditemui di selekoh seterusnya.

Kestabilan dan kejituan pemanduan jentera itu banyak dibantu oleh sistem-sistem elektronik yang ada padanya. Selain XDS, sistem seperti ABS, EBD, BA, TCS dan ESP memastikan pemandu berada di landasan sebetulnya ketika mengambil selekoh serta memecut.

Pendek kata, Polo GTI bukan untuk mereka yang gemar memandu sambil makan angin di lorong laju. Sebaliknya, ia dibina bagi mereka yang tahu menghayati keseronokan memandu laju dengan selamat.

Di sebalik harganya yang tidak murah itu, VGM tetap optimis dapat menjual Polo GTI dalam kuantiti sepatutnya. Saya tidak fikir itu satu masalah. Orang Malaysia kan kaya.

GM buka kilang enjin diesel di Rayong

Posted:

GM buka kilang enjin diesel di Rayong

GM buka kilang enjin diesel di Rayong


KILANG ini dijangka mampu menghasilkan sehingga 120,000 unit enjin diesel setahun.


GENERAL MOTORS (GM) baru-baru ini mendirikan sebuah kilang pengeluaran enjin diesel yang canggih di Rayong, Thailand. Fasiliti yang bernilai kira-kira RM617 juta itu merupakan pelaburan paling signifikan pernah dibuat di Asia Tenggara.

Bangunan berkeluasan 54,275 meter persegi itu juga menjadi fasiliti pertama buat enjin diesel GM. Selain kilang pertama di dunia yang menghasilkan enjin diesel empat silinder untuk keluarga enjin Duramax. Enjin pengeluaran pertama akan dipasang dalam trak pikap Chevrolet Colorado.

Kilang tersebut berupaya merealisasikan kapasiti pengeluaran kira-kira 120,000 enjin setahun untuk kenderaan yang dikeluarkan di Thailand dan beberapa pasaran antarabangsa lain. Operasi dijangka melibatkan komponen tempatan buatan Thailand bernilai kira-kira RM289 juta menjelang tahun 2012.

Pembukaan kilang berkenaan merupakan antara strategi peluasan operasi GM di kawasan serantau bagi mencapai objektif sebagai pengeluar terkemuka untuk kenderaan berkelas dunia.

Selain itu, GM bakal melabur kira-kira RM461 juta di kilang pengeluarannya di Bekasi, Indonesia. Ia melibatkan talian pengeluaran baru untuk penghasilan jentera bagi pasaran Asia Tenggara.

Hadir pada majlis perasmian kilang di Rayong ialah Presiden Asia Tenggara GM, Martin Apfel, Setiausaha Tetap Menteri Perindustrian Thailand, Dr. Witoon Simachokdee dan Kaunselor Komersial kepada Duta Amerika Syarikat (AS) di Thailand, Michael L. McGee.

Menurut Apfel, kilang enjin itu membolehkan pihaknya menghasilkan enjin diesel yang lebih bersih, efisien dan berprestasi tinggi untuk para pelanggannya. Ia juga membuka peluang pekerjaan kepada 500 orang penduduk tempatan.

"Fasiliti tersebut mengaplikasi peralatan komputer termaju dengan potongan laser untuk menjamin kualiti yang tinggi. Malah proses menukar pengeluaran enjin berkapasiti 2.5 liter dan 2.8-liter dalam talian pengeluaran untuk memenuhi keperluan pasaran juga boleh dibuat dengan cukup mudah," katanya.

Lagi Power, Lagi Best

Posted:

Lagi Power, Lagi Best

Lagi Power, Lagi Best

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my


WARNA kuning terang ini memberi penampilan baru kepada Myvi SE dan Extreme.


SAYA masih ingat lagi, sewaktu Myvi generasi kedua dilancarkan pada Jun lalu, pihak pengurusan Perodua dengan tegas menyatakan bahawa mereka tidak ada perancangan untuk mengeluarkan Myvi yang menggunakan enjin bersesaran 1.5 liter.

Hasilnya, ramai juga yang percaya. Walaupun khabar angin, malah gambar curi mengenainya sudah berlegar di laman web sejak sekian lama. Namun, selepas kurang tiga bulan berlalu, Perodua membuat kejutan dengan memperkenalkan varian Myvi yang menepati jangkaan ramai itu.

Pengeluar kereta tempatan itu memperkenalkan varian terbaharu yang dikenali sebagai Myvi SE dan Myvi Extreme pada Khamis lalu. Menggunakan tagline Lagi Power, Lagi Best, ia menjadi model Myvi pertama dipasang dengan enjin melebihi sesaran 1.3 liter. Ini sekali gus menjadi bukti keprihatinan Perodua dalam mengambil kira maklum balas yang diterima daripada para pelanggannya.

Kali ini, Perodua memilih kuning sebagai warna signatur. Harus diakui bahawa warna yang pernah digunakan untuk model Kelisa Edisi Khas itu kena dan memberikan rasa segar kepada Myvi.

Secara visualnya, kedua-duanya telah menerima banyak penambahbaikan. Bahagian hadapannya tampil dengan rekaan hud, bampar dan gril radiator yang baru. Sementara bahagian belakangnya lebih menyerlah, terutama dengan spoiler yang seolah-olah boleh membuatkannya terbang ke bulan itu.

Agak mudah untuk membezakan antara kedua-duanya. Lihat sahaja kepada bampar hadapan dan belakang. Myvi Extreme mengenakan bampar dengan calitan warna hitam, di samping hendal pintunya yang berwarna krom.

Kelainannya kian ketara apabila dilihat pada ruang kabin. Myvi Extreme didatangkan dengan kerusi dibalut kulit berwarna hitam, sistem multimedia berskrin sentuh bersama navigasi, butang kawalan audio pada stereng dan banyak lagi.


ANDA pasti berpuas hati dengan tempat duduk yang bersalut kulit ini.


Myvi itu dikuasakan oleh unit enjin sama yang boleh didapati pada model Perodua Alza. Namun, ia telah menerima talaan baru bagi disesuaikan dengan karekter pemanduan Myvi.

Enjin berkod 3SZ-VE itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 76kW @ 6,000rpm dan tork puncak 136Nm @ 4,400rpm. Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, Myvi 1.5 SE dan Extreme didatangkan dengan transmisi manual atau automatik.

Pada majlis pengenalannya di Cyberjaya, saya berpeluang memandu uji model SE bertransmisi manual. Biarpun jaraknya cuma 10.4 kilometer, Myvi mampu memberi persepsi pertama yang positif mengenai dirinya.

Pertama seumpamanya

Saya sukakan anjakan kuasa yang diberikan. Suspensinya sedikit keras yang membuatkan tugas mengambil selekoh menjadi lebih yakin. Perincian mengenai pemanduannya akan saya tulis jika mendapat unit pandu uji tidak lama lagi.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh menyatakan Myvi Myvi 1.5 SE dan Extreme ialah model yang pertama seumpamanya di dunia. Ia tidak meniru mana-mana model Daihatsu Boon atau Toyota Passo.

Pembinaan model Myvi 1.5 dan 1.3 liter menelan belanja sehingga RM250 juta dan memakan masa selama 27 bulan. Apa yang pasti pelaburan tersebut bakal memberi pulangan lumayan kepada Perodua tidak lama lagi.

Perodua meletakkan harapan tinggi terhadap produk baharu tersebut. Ia menjangkakan jualan Myvi 1.5 SE dan Extreme menyumbang sebanyak 45 peratus daripada 8,000 unit jumlah keseluruhan jualan Myvi setiap bulan.


PAPAN pemuka untuk model Extreme
bertransmisi automatik.


Sehingga kini, Perodua telah menerima sebanyak 34,000 unit Myvi generasi terbaharu, dengan 18,000 unit sudah dihantar kepada pemiliknya. Jumlah itu menjadikan jumlah Myvi mencecah lebih 500,000 unit di atas jalan raya sejak diperkenalkan kepada umum pada Mei 2005.

Jadi, penguasaan pasaran Perodua juga boleh dianggap mengagumkan. Dengan hanya tiga model ditawarkan iaitu Viva, Myvi dan Alza jenama itu menguasai sebanyak 28 peratus pasaran kenderaan di Malaysia.

Aminar Rasyid juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan ada pengguna yang sudah menempah Myvi 1.3L beralih kepada Myvi 1.5L. "Kami sudah menjangkakan situasi ini. Ia tidak dapat dielakkan. Tetapi tidak kisahlah, Myvi juga," katanya sambil tersenyum.

Perodua juga akan memulakan pengeksportan Myvi ke beberapa buah negara termasuk Mauritius dan Sri Lanka. Namun, jumlahnya tidaklah besar. Hanya di antara 10 hingga 20 unit sebagai strategi untuk menembusi pasaran dan mengetahui minat pengguna terhadap Myvi di sana.

Sebelum ini, Perodua sudah mengeksport sebanyak 2,500 hingga 2,700 uniy Myvi ke Indonesia dengan memakai lencana Daihatsu Sirion.

Bagi yang mahu membuat tempahan Myvi 1.5L, anda boleh berbuat demikian di mana-mana 178 bilik pameran Perodua di seluruh negara. Demi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat Myvi SE dan Extreme secara lebih dekat, semua bilik pameran Perodua akan dibuka hingga lewat malam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


56 bayi Hari Malaysia dilahirkan

Posted:

56 bayi Hari Malaysia dilahirkan

56 bayi Hari Malaysia dilahirkan

SEBAHAGIAN ibu yang selamat melahirkan bayi Hari Malaysia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 56 bayi Hari Malaysia 2011 dilahirkan di tiga hospital kerajaan dan dua hospital swasta di ibu negara dan Ipoh, Perak sejak tengah malam semalam hingga tengah hari semalam.

Daripada jumlah itu, 20 merupakan bayi perempuan dan 18 bayi lelaki.

Tinjauan Bernama mendapati kelahiran paling ramai di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 17 bayi diikuti Hospital Ampang (10) dan lapan bayi di Hospital Kajang.

Di hospital swasta pula, Pusat Perubatan Sentosa dua kelahiran manakala seorang bayi dilahirkan di Pusat Perubatan Tropicana.

Daripada jumlah itu, empat kelahiran melalui pembedahan, tiga di HKL dan seorang di Hospital Ampang.

Tinjauan mendapati HKL menyambut kelahiran pertama bayi seberat 2.94 kilogram (kg) pada pukul 12.15 pagi manakala bayi seberat 2.21kg di Hospital Ampang pada pukul 12.20 pagi, masing-masing seorang perempuan dan lelaki.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Mengemis ala Jakarta, New Delhi

Posted:

Mengemis ala Jakarta, New Delhi

Mengemis ala Jakarta, New Delhi


SEORANG pengemis membahayakan diri mengemis di laluan yang sesak di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Golongan pengemis kini menjadikan bandar raya Shah Alam tidak ubah New Delhi di India atau Jakarta di Indonesia apabila mereka kini berani mengemis di jalanan sebagaimana di dua kota berkenaan.

Mereka dikesan mengemis dengan menjual pen bagi menarik simpati pemandu dan orang ramai yang lalu lalang di persimpangan lampu isyarat Jalan Monfort, Seksyen 13 di sini semalam.

Tinjauan Kosmo! mendapati, seorang wanita berusia lingkungan 50-an tiba-tiba muncul di celah laluan yang sesak dan mengetuk tingkap beberapa kereta sambil memegang sejumlah batang pen kepada pemandu untuk dijual.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Najib sampaikan penghargaan

Posted:

Najib sampaikan penghargaan

Najib sampaikan penghargaan

Oleh SUHANA VERU
dan CIK ROHANITA MAHMUD
berita@kosmo.com.my


Abdul Razak Latif NAJIB (tengah) memberi ucapan terima kasih kepada peserta dan orang ramai pada Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sifat mesra rakyat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terserlah apabila beliau secara peribadi bertemu dan bermesra dengan para peserta perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan ke-54 yang disambut serentak dengan Hari Malaysia ke-48 di Dataran Merdeka di sini semalam.

Sebaik sahaja acara sambutan selesai, Najib dilihat berjalan menuju ke padang Dataran Merdeka untuk mendekati para peserta dan orang ramai yang hadir untuk menyaksikan acara sambutan berganda itu.

Ketika meredah lautan manusia untuk ke pentas konduktor koir sebelum menyampaikan ucapan penghargaan di atas penyertaan para peserta yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda, Najib tetap mesra melayani para peserta dan orang ramai yang mengerumuninya untuk bersalaman dengan beliau.

"Saya teruja dengan persembahan anda," katanya yang disambut sorakan peserta dan orang ramai yang berada di Dataran Merdeka itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Menguji jeram Royal Belum

Posted:

Menguji jeram Royal Belum

Menguji jeram Royal Belum

PENDAYUNG yang berkemahiran juga bakal berdepan dengan arus yang mencabar.


ANTARA hidup dan mati. Itu yang penulis rasai tatkala mengharungi salah sebuah daripada jeram yang terdapat di Sungai Kejar, Taman Negeri Royal Belum, Perak.

Ungkapan itu dirujuk memandangkan pelampung yang digunakan untuk menentang arus deras hilang daripada pegangan sehingga menyebabkan penulis terperangkap di dalam air.

Sambil meronta melaungkan pertolongan kerana merasakan seperti mahu lemas, ketika itu sudah tiada apa yang bermain di benak minda. Kalau ada pun, cuma merasakan sama ada itukah jalan penamatnya.

Namun, pengalaman terbenam ke dalam air hanya sekejap kerana penulis akhirnya berjaya membolos jeram berkenaan dan timbul semula di permukaan air sungai dengan selamat.

Semuanya hanyalah permainan minda. Apabila berhadapan dengan senario yang tidak biasa, perasaan takut dan panik mula menyelubungi diri walhal sebenarnya anda berada dalam keadaan terkawal kerana sudah memakai 'jaket keselamatan'.

Ternyata, perasaan teruja tatkala berjaya melepasi jeram semasa ekspedisi Fakulti Komunikasi dan Media (FCM) (Unisel) Tasik Banding/Eksplorasi Belum baru-baru ini, memberi seribu erti.

Justeru, kalau ada yang mempersoalkan sama ada penulis akan mencuba lagi, jawapannya adalah ya. Namun begitu, timbul juga persoalan mengenai keselamatan sukan air tersebut.

Saat awalnya, penulis memang komited tidak mahu mencuba kerana merasakan ia bagaikan satu sukan tidak selamat. Namun, perasaan teruja melihat anggota ekspedisi lengkap dengan jaket keselamatan dan bertopi keledar khas, menjentik minat sesiapa sahaja untuk turut serta.

Ditambah pula dengan air sungai yang jernih dan persekitaran menghijau, ia pasti menaikkan lagi semangat seseorang yang baru kali pertama mencuba.

Arus deras

Cabaran awal berakit bermula sebaik sahaja rakit dihanyutkan arus yang tidak terlalu kuat. Namun, itu baru peringkat awal.


ARUS deras dan landskap berbatu memberi halangan kepada peserta untuk melepasi jeram.


Bagaimanapun, saat mahu melepasi jeram kedua, minda peserta ekspedisi teruji apabila rakit yang dinaiki diasak arus deras dan sering berlanggar dengan bongkah besar.

Selain terdapat rakit yang terbalik, rakit yang dikendalikan penulis bersama beberapa peserta lain pula gagal meneruskan ekspedisi kerana telah patah dek dipukul arus deras yang menghempasnya pada bongkah batu di situ.

Perasaan cemas sudah tentu dirasai kerana kami tenggelam timbul di tengah-tengah jeram. Saat itu terfikir juga, biarpun memakai jaket keselamatan, tiada siapa boleh menduga bahaya lain yang boleh terjadi.

Begitupun, para jurulatih ekspedisi cekap menarik para peserta ke tepi jeram dengan menggunakan throwbag (tali kecemasan).

"Sukan air ini adalah aktiviti yang selamat. Sama ada sukan air itu adalah berakit atau berkayak di arus deras mahupun tubing, peserta perlulah sentiasa bersama jurulatih yang berpengalaman.

"Ini penting kerana jurulatih akan menganalisa dahulu sungai itu untuk mengetahui kawasan yang selamat untuk diadakan aktiviti. Selain itu, peserta perlu patuh pada penggunaan jaket keselamatan yang betul.

"Ramai orang yang memandang ringan akan pemakaian jaket keselamatan dan merasakan 'asalkan sudah pakai, sudah cukup'.


PERSEKITARAN yang damai dan menghijau ini adalah hadiah paling istimewa buat para pencinta alam di Taman Negeri Royal Belum.


"Namun, itu adalah salah kerana pemakaian jaket keselamatan yang betul adalah dengan mengikut saiz. Itu akan membantu anda daripada keadaan tidak diingini," kata Pengurus Outworld Training and Equipment, Haslil Razif Amir Hasan.

Cabaran

Ramai menyangkakan bahawa cabaran sungai tidaklah sehebat laut. Persepsi itu berdasarkan pada lautan bergelora berbanding sungai yang kelihatan tenang sahaja.

"Apabila bercakap mengenai sukan air, ia terdiri antara laut dan sungai. Laut juga mempunyai cabarannya tersendiri. Tetapi, kalau sungai, anda akan berhadapan dengan bongkah batu besar yang mungkin menyukarkan.

"Jeram juga pelbagai peringkat, tertinggi adalah peringkat enam. Ia (peringkat) bergantung kepada kelajuan air dan jumlah isipadu air.

"Selalunya, peserta yang menyertai ekspedisi begini akan dibenarkan mengharungi jeram sehingga peringkat tiga dan empat sahaja," katanya.

Bagi mereka yang mempunyai rasa ketakutan pada air, usah risau kerana latihan keyakinan dalam air (water confident) akan dilakukan sebelum mana-mana ekspedisi dimulakan.

Dengan berpakaian lengkap jaket keselamatan dan topi keledar khas, setiap peserta dikehendaki melepasi jeram secara individu sambil tangan dilapangkan.

Ini bukan sahaja untuk membiasakan peserta dengan penggunaan jaket keselamatan malah melatih diri dengan kedudukan tangan yang betul semasa melepasi jeram.

"Selalunya perasaan takut itu hanya pada awal ekspedisi. Tetapi, selepas mencuba sukan air ini, mereka terus teruja dan merancang untuk ekspedisi seterusnya," kata Haslil Razif. - Bernama

Forum bimbing pelari malam

Posted:

Forum bimbing pelari malam

Forum bimbing pelari malam


DIET yang betul adalah penting sebelum seseorang boleh berlari dalam sukan maraton.


TINGGAL sebulan sahaja lagi sebelum satu-satunya maraton malam yang dibenarkan di Malaysia berlangsung.

Mengetahui debaran dalam kalangan para peserta, pihak penganjur Twenty First Centure Sports (TCFS) mengadakan forum di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membantu mereka mempersiapkan diri untuk larian malam tersebut baru-baru ini.

Forum tersebut dibarisi ahli panel yang terdiri daripada doktor sukan, pakar pemakanan, podiatris dan jurulatih maraton.

Kira-kira 100 peserta hadir bertukar-tukar pandangan dan mendapat nasihat daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang maraton.

"Berpengalaman menganjurkan lebih 150 acara larian, kami mendapati lebih ramai yang menyukai acara larian sebegini.

"Oleh kerana ramai yang menunjukkan minat untuk menyertai larian, kami mahu membantu mereka mempersiapkan diri dari segi diet, pakaian dan kasut yang sesuai sebelum acara maraton berlangsung," kata Pengarah TCFS, V. Nithiaseelan.

Nithiaseelan yang merupakan Pengarah Larian Putrajaya Night Marathon 2011 memberitahu, setiap larian yang dilakukan adalah satu pencapaian dan keseronokan.

"Kami mahu membantu supaya mereka mereka tidak mendapat sebarang kecederaan ketika melakukan larian tersebut kerana maraton pada waktu pagi dan sebelah malam adalah sangat berbeza.

"Barisan panel terdiri daripada mereka yang pakar yang pernah berkecimpung dalam maraton dan pelbagai acara sukan yang lain. Mereka adalah sumber pakar untuk menjawab sebarang pertanyaan berkaitan diet, penghidratan, kecederaan, kasut dan latihan," ujarnya.

Antara ahli panel yang hadir ialah doktor sukan, Dr. Aparajitha Krishnan, Pakar Pemakanan Institut Sukan Negara, Chai Wen Jin, jurulatih maraton, Sidamparam M. Periasamy dan Podiatris, Dr. Mark Reyneker.

Kesemua ahli panel tersebut menyarankan para peserta supaya mengikut kemampuan diri masing-masing.

Laras diet

"Setiap orang adalah unik. Salah satu cara untuk mengetahui ketahanan badan adalah melalui eksperimentasi dan latihan.

"Para peserta maraton perlu minum dalam dos yang sedikit tetapi, kerap. Jika anda mahu membuat persediaan menyertai maraton, bersedialah sebulan sebelum dengan melaraskan diet kepada diet tinggi karbohidrat, rendah lemak dan pengambilan protein yang seimbang," kata Wen Jin.

Tambahnya, jangan makan berlebihan kerana ia akan membebankan diri. Jika seseorang itu berlari lebih daripada 60 minit, dinasihatkan supaya mengambil karbohidrat yang banyak.

Katanya, persiapan untuk maraton malam sangat berbeza kerana jadual pemakanan peserta sama sekali terjejas dan berlainan.

"Seelok-eloknya anda makan tiga hingga empat jam sebelum maraton bermula. Jangan sekali-kali melangkau waktu makan. Sebaliknya makan makanan yang sesuai," sarannya.

Dalam pada itu, Reyneker memberitahu, satu-satunya perlindungan yang seseorang peserta itu perlukan ialah kasut.


BARISAN panel (dari kiri) Aparajitha, Wen Jin, Sidamparam dan Reyneker dalam forum persediaan untuk larian malam di Putrajaya.


"Permukaan jalan, badan kita dan cuaca panas di Malaysia mempengaruhi kasut yang dipilih. Pilih kasut dan stokin yang mempunyai aliran udara baik supaya memberikan keselesaan ketika berlari.

"Pemilihan jenis kasut yang dipakai boleh menjejaskan prestasi larian kita. Belilah kasut yang khusus untuk larian dan bukannya kasut badminton, futsal atau kasut kasual," ujarnya.

Jika mahu mencuba cara larian yang baru, sesuaikannya dengan keadaan tubuh anda dan jangan terus melakukannya secara tiba-tiba.

Keupayaan berbeza

Jurulatih maraton, Sidamparam pula berpendapat, setiap peserta yang membuat persiapan harus pahatkan di fikiran bahawa tiada dua individu yang mempunyai keupayaan sama.

"Setiap orang mempunyai kelajuannya tersendiri. Lakukan latihan dan jangan melakukan sesuatu yang baru pada hari maraton diadakan," nasihatnya.

Secara kebetulan, Sidamparam merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang telah memenangi maraton antarabangsa. Dia juga memegang rekod maraton dengan catatan masa dua jam 30 minit dan 55 saat.

Tip dan nasihat yang diberikan sangat dialu-alukan oleh para peserta. Tidak ketinggalan pemuda berusia 24 tahun, Ng Kayson yang telah mendaftarkan diri dalam kategori 21 kilometer.

"Forum ini semestinya berguna. Saya sendiri tidak sabar untuk mengaplikasikan tip dan nasihat yang diberikan oleh ahli panel kerana dapat membantu saya dalam larian maraton nanti.

"Segala saranan dan nasihat yang diberikan sangat praktikal dan efektif. Saya amat bernasib baik kerana mengikuti forum sebegini. Saya tidak pernah mendaftar untuk Putrajaya Night Marathon 2011 sebelum ini tetapi, selepas mendengar intipati forum, saya terus mendaftarkan diri untuk menyertainya," katanya yang merupakan ahli fisioterapi itu.

Putrajaya Night Marathon 2011 akan dilangsungkan pada 15 Oktober ini.

Maraton yang ditaja BSN itu disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Perbadanan Putrajaya, Persatuan Atlet Amatur Wilayah Persekutuan (FTAAA) dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU).

Ia turut mendapat kerjasama rakan penaja lain seperti Brooks, 100 Plus, Milo dan PowerBar sementara hooHa.asia menjadi rakan atas talian.

Demonstrasi tiga chef

Posted:

Demonstrasi tiga chef

Demonstrasi tiga chef

Oleh ALIF ABU BAKAR


CHEF ISMAIL berkongsi petua, kemahiran dan kelazatan sajiannya buat pengunjung program.


BERTEMPAT di Taman Melawati, Kuala Lumpur, sambutan Hari Keluarga oleh Sunway Rydgeway berjalan penuh lancar selama dua hari. Biarpun dilangsungkan dengan penuh kesederhanaan, acara-acara yang disediakan tetap menceriakan keluarga-keluarga yang membeli unit banglo di situ.


CHEF JEAN-JACQUES sudah sebati dengan hidangan tempatan.


Dengan tema East Meets West, hari pertama program tersebut menyaksikan pertembungan chef terkemuka tanah air, Chef Ismail dengan chef dari Perancis, Chef Jean-Jacques Butynska.

Para tetamu turut berpeluang menyaksikan secara langsung demonstrasi masakan kedua-dua chef tersebut dan seterusnya merasai sendiri hidangan yang disediakan.

Begitu juga dengan slot hari kedua program itu, Jean-Jacques masih dikekalkan tetapi, kali ini dia digandingkan pula dengan Chef Florence Tan.

Mula berjinak-jinak dalam dunia memasak seawal umur 16 tahun, makanan tradisi Melayu bukan lagi asing buat Jean-Jacques kerana dia sudah didedahkan dengan juadah tersebut selepas berkahwin dengan isterinya, seorang warga Malaysia berbangsa Cina.

"Saya masih lagi belajar tentang makanan Malaysia dan pengalaman bertemu kedua-dua chef tempatan ini amat menguntungkan saya.

"Juadah Malaysia sememangnya berbeza daripada masakan Perancis terutama tahap kepedasan dan bahan-bahan yang digunakan.

"Mungkin kedengaran pelik tetapi saya amat menggemari masakan pedas. Jadi, saya tiada masalah bereksperimen dengan makanan Malaysia," ujar peminat laksa itu.

Hijrah Jean-Jacques ke Malaysia secara tidak langsung turut mengubah teknik masakan yang dipraktikkan selama ini bagi mengikuti kesesuaian budaya masyarakat tempatan.


CHEF FLORENCE menunjukkan bakatnya dalam menyediakan juadah istimewa di hadapan penghuni kejiranan Taman Melawati.


Masih mengintai peluang untuk membuka restoran sendiri di Kuala Lumpur, chef berusia 47 tahun itu mempelajari penyediaan masakan tempatan daripada bapa mertuanya.

"Jika sebelum ini saya akan menggunakan wain dalam masakan tetapi kini saya menukarnya kepada cuka," jelasnya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee curi tumpuan

Posted:

Safee curi tumpuan

Safee curi tumpuan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SAFEE (kiri) terus menerus menjaringkan gol sepanjang sesi ujian bersama Cardiff City.


BAGAIKAN pahlawan di zaman silam, penyerang Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali jelas tidak pernah mengenal erti mengaku kalah.

'Takkan Safee hilang di dunia', kecederaan otot yang selama ini membelenggunya ternyata tidak menghalang penyerang prolifik itu daripada berterusan menjaringkan gol semasa latihan ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City setakat ini.

Semalam, Safee sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya mengatasi beberapa pemain pertahanan Cardiff sebelum meledak beberapa gol, dan aksinya itu dikatakan mula menggamit perhatian pengendali Cardiff, Malky Mackay yang kini dikatakan lebih cenderung menguji Safee berbanding penyerang lain semasa sesi latihan tersebut.

Doa ribuan peminat bola sepak tanah air yang mengiringi pemergiannya ke bumi Cardiff sejak Isnin lalu bagi memburu misi sebagai pemain pertama Malaysia beraksi dalam kancah saingan bola sepak England ternyata berbaloi apabila Safee tidak lagi dihantui kecederaan itu.

Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, buat masa ini Safee masih dipantau pengawai perubatan kelab tersebut bagi mengelak kecederaannya bertambah buruk meskipun Safee memberitahu tidak lagi merasa terjejas akibat kecederaan lamanya itu.

"Safee memberitahu dia tidak lagi merasa sakit semasa melakukan percubaan ataupun ketika menggelecek bola, dan ia sememangnya perkara positif apabila dia berjaya menjaringkan beberapa gol hari ini (semalam) dalam sesi latihan setelah kali pertama melakukannya sebaik menjalani sesi latihan Selasa lalu.

"Misi Safee untuk menyarung jersi Cardiff juga agak cerah apabila dilihat lebih kerap diuji berbanding penyerang lain, dan saya harap Safee dapat mengekalkan aksi konsistennya selepas ini," katanya kepada Kosmo!

Episod perjalanan Safee bagi menjadi pemain pertama negara bermula apabila mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Pelita Jaya bagi mengharungi sesi ujian pemilihan bersama Cardiff selama kira-kira dua minggu sehingga 27 September depan.

Selain Safee, turut dipanggil mengikuti ujian pemilihan tersebut ialah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq Rahim dan aksi kedua-dua pemain tersebut dikatakan mula menggamit perhatian setelah beraksi cemerlang dalam Kejohanan Prajelajah Asia baru-baru ini.

Malah, ketajaman Safee dalam melakukan aksi penyudah ketika beraksi di pentas antarabangsa ketika ini persis lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari satu masa dahulu juga dikatakan banyak dipengaruhi oleh latihan keras yang dijalaninya sepanjang berada di Indonesia, dan Zakaria sendiri tidak menolak kemungkinan itu.

"Semasa beraksi bersama Pelita Jaya, Safee banyak beraksi dengan pemain-pemain antarabangsa yang lebih kompetitif, dan ia pastinya mempengaruhi corak permainannya agar menjadi lebih bahaya di depan gawang lawan.

"Malah, Safee juga berjaya menjaringkan tujuh gol meskipun hanya beraksi sebanyak 14 kali bersama Pelita Jaya sebelum ini, selain turut dianugerahkan pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali," katanya.

Penggempur Kelantan perlu lebih konsisten

Posted:

Penggempur Kelantan perlu lebih konsisten

Penggempur Kelantan perlu lebih konsisten

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


AZWAN ROYA (tengah) antara watak penting dalam
merencanakan rentak serangan Kelantan.


KELANTAN mempunyai masa kurang daripada 48 jam untuk memantapkan lagi jentera penggempur dan pertahanan mereka sebelum turun menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam esok.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, jentera hadapan skuad The Red Warriors hanya berjaya menghasilkan empat gol biarpun banyak peluang terbaik terhidang dalam setiap perlawanan.

Sebagai penyandang juara, Kelantan pastinya berdepan tekanan yang cukup tinggi, apa lagi mereka kini berada di tangga kedua Kumpulan D dengan mengumpul enam mata selepas tewas mengejut kepada Felda United, Rabu lalu.

Biarpun terpaksa akur dengan kehe- batan Felda United yang berjaya menumpaskan mereka 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, skuad The Red Warriors itu dilihat menunjuk- kan peningkatan dalam permainan yang dipamerkan.

Berdasarkan statistik, Kelantan sekurang-kurangnya memiliki 10 percubaan tepat dan enam percubaan yang tersasar ketika menentang Felda United, namun masalah ketajaman penyudah menyebabkan mereka gagal menghasilkan sebarang gol.

Norshahrul Idlan Talaha yang baru pulih daripada kecederaan ketika bersama skuad kebangsaan harus segera mencari rentak untuk membuktikan dia adalah seorang penyerang yang cukup disegani.

Penyerang pinjaman, Azamuddin Akil juga dilihat masih belum menemui sentuhan apabila gagal menyumbang sebarang gol dalam tiga perlawanan selain harus bekerja lebih keras mencari keserasian bersama Norshahrul.

Dia yang diletakkan sebagai penyerang kedua selepas Norshahrul, perlu bijak meletakkan diri di posisi terbaik serta mencari ruang bagi menyudahkan peluang melalui gerakan barisan tengah Kelantan.

Dalam pada itu, 'jeneral padang' Kelantan, Badri Radzi yang bergandingan bersama Shakir Shaari juga perlu lebih kreatif merencanakan gerakan untuk membuka peluang kepada rakan dalam menghasilkan gol.

Perlawanan menentang Felda United tempoh hari membuktikan kedua- dua pemain ini perlu bekerja lebih keras mencari 'idea-idea' segar dalam mencipta gerakan kerana pemain lawan dilihat sudah mampu membaca permainan mereka berdua.

Dalam pada itu, antara kekuatan yang ada pada pasukan Kelantan yang tidak boleh dinafikan oleh pasukan lawan adalah kepantasan kedua-dua pemain sayap mereka.

Kelebihan yang ada pada Nurul Azwan Roya dan S. Chanturu perlu dimanfaatkan oleh Datuk M. Karathu mencorak serangan dan membantu Badri dan Shakir, selain kedua-duanya juga mempunyai keupayaan untuk menghasilkan gol.

Apa yang lebih penting, barisan pertahanan Kelantan perlu lebih konsisten, terutamanya pertahanan kental S. Subramanian yang perlu lebih vokal mengkoordinasikan rakan-rakan lain bagi membentuk benteng yang lebih kukuh.

Bagi Shahrizan, peluang yang diberikan oleh pihak pengurusan selepas ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuktikan dia masih seorang penjaga gol yang terbaik pernah dimiliki Kelantan.

Bertemu Sarawak malam esok adalah peluang terbaik buat Kelantan membuktikan mereka masih belum bersedia melepaskan Piala Malaysia yang dimenanginya musim lalu.

Tutup mulut pengkritik

Posted:

Tutup mulut pengkritik

Tutup mulut pengkritik

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti mahu menutup mulut pengkritik yang lantang mempersoalkan kemampuan anak-anak buahnya ekoran kekalahan 0-1 kepada Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Menurut Irfan, beliau sedikit pun tidak tertekan dengan kekalahan itu sekalipun Terengganu kini sekadar menduduki tangga kedua Kumpulan B.

Justeru kata Irfan, aksi menentang Sime Darby di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini akan menjadi bukti kepada kehebatan sebe- nar juara Piala FA itu.

"Mengapa saya perlu tertekan dengan kekalahan di Paroi tempoh hari kerana kami masih mempunyai peluang untuk layak ke suku akhir.

"Lagipun, pada perlawanan itu ada bebe- rapa pemain utama yang tidak dapat diturunkan akibat masalah kesihatan," kata- nya kepada Kosmo! semalam.

Pada perlawanan itu, pemain sayap, Joseph Kalang Tie dan pertahanan kanan, Helmi Rameli tidak diturunkan akibat masalah kesihatan, manakala perancang tengah, Ismail Faruqi pula terpaksa beraksi dalam keadaan separuh cergas.

"Saya tidak mahu mendabik dada dan tetap menghormati pasukan Sime Darby.

"Apa yang boleh saya janjikan, Terengganu akan beraksi dengan barisan terbaik malam esok (malam ini) dalam misi mengu- tip tiga mata," jelas pengendali kelahiran Ke- lantan itu.

Untuk rekod, Terengganu berjaya mene- waskan Sime Darby 3-0 pada aksi sulung Piala Malaysia minggu lalu sebelum menang tipis kepada PKNS Selangor di Kuala Terengganu.

Mengenai kedudukan Negeri Sembilan, Irfan menjelaskan, sasaran utamanya ketika ini adalah membawa Terengganu mara ke pusingan kedua, tidak kira selaku juara ataupun naib juara kumpulan.

"Secara peribadi, saya belum mahu memikirkan mengenai aksi suku akhir kerana kami perlu melalui tiga lagi perlawanan.

"Andai kami menang malam esok (malam ini), barulah saya boleh katakan kami sudah berada sebelah kaki di suku akhir," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lima rumah kedai hangus terbakar

Posted:

Lima rumah kedai hangus terbakar

Lima rumah kedai hangus terbakar

16/09/2011 9:24pm

PELABUHAN KLANG – Sederet lima buah rumah kedai di kawasan perindustrian Bandar Armada Putra di Lorong Sungai Chandong 12A, Pelabuhan Barat di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Lebih 10 letupan dilaporkan turut berlaku.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, siasatan awal mendapati kebakaran yang berlaku kira-kira 3 petang itu dipercayai bermula dari stor simpanan minyak hitam di deretan premis berkenaan.

Beliau berkata, seramai 50 anggota bomba bersama lima jentera dari lima balai bomba iaitu Pelabuhan Klang, Sri Andalas, Shah Alam, Bukit Jelutong dan Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian sebaik mendapat panggilan kira-kira 3.30 petang.

Katanya, 40 anggota bomba dan penyelamat Pelabuhan Barat turut membantu operasi memadam kebakaran selain pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang menambah tekanan air untuk melancarkan kerja-kerja mengawal api dari merebak.

"Kita berjaya mengawal kebakaran dari merebak dan mengecilkan kawasan terbakar menjelang pukul 6 petang serta mengurangkan letupan yang berlaku dipercayai akibat minyak hitam yang disimpan di premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehingga pukul 7.30 malam tadi api masih marak namun berjaya dikawal oleh pihak bomba. – Bernama

Lelaki maut selepas motosikal terbabas

Posted:

Lelaki maut selepas motosikal terbabas

Lelaki maut selepas motosikal terbabas

16/09/2011 9:03pm

GEORGETOWN 16 Sept – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 6.9 Jambatan Pulau Pinang menghala Butterworth pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timut Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu menyebabkan S. Sathees, 22, dari Taman Bukit Jambul, di sini, mati ditempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Akibat kejadian dia dan motosikalnya terseret kira-kira 31 meter sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat Sathees dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan lelaki itu baru pulang meraikan sambutan hari lahirnya hari ini bersama rakan-rakannya di Georgetown sebelum terlibat dalam kemalangan itu. – Bernama

Pameran kerjaya, pendidikan JobStreet

Posted:

Pameran kerjaya, pendidikan JobStreet

Pameran kerjaya, pendidikan JobStreet

16/09/2011 8:40pm

KUALA LUMPUR – JobStreet.com hari ini melancarkan Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia ke-12 (MCTF"11) berserta Pameran Pengajian Lanjutan (PGEF) ke-15 di Pusat Pameran Mid Valley di sini selama tiga hari.

Ia yang dianjurkan bersama dengan AIC Media and Events Group, menempatkan lebih 120 syarikat tempatan dan antarabangsa yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan.

Kira-kira 11,000 pencari kerja menghadirinya hari ini.

"Pencari kerja memberitahu kami mereka yakin untuk mencari kerja dalam pasaran pekerjaan sekarang," kata Ketua Pegawai Operasi JobStreet.com, Suresh Thiru.

"Malah indeks pencari pekerjaan yang dikesan sejak 2000 menunjukkan keyakinan paling tinggi dilihat pada tahun ini," katanya.

MCTF"11 menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor pada peringkat siswazah yang baru lulus hingga tahap pengurusan, di samping mempromosi pengajian sepanjang hayat sebagai sebahagian rancangan kerjaya. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved